Rabu, 5 Disember 2012

Video : JMR Gombak. Aksi Pencacai UMNO

Video : UMNO buat hal Jelajah Merdeka Rakyat Batu 8 Jalan Gombak

Video : Ceramah PR Gombak Batu 8. Samseng Umno kecoh

Video : Ceramah Pakatan Rakyat dicemari oleh Umno

Video : Mamat Umno buat kecoh Ceramah Gombak Batu 8

From now on, it’s a Malay vs Malay contest

As Umno general assemblies go, the one held last week was rather tame in its rhetoric. It was certainly memorable for its lack of vitriolic language.
And it was expectedly so ― therein lies its significance.
Things were quite different back in the days before 2008, when ethnocentric exhortations were run of the mill, and Umno Youth was the amplifier of racial extremist voices. This year, showing party unity was the order of the day.
From now on, it’s a Malay vs Malay contest  Much of the credit must go to the fact that Malaysia today has a surprisingly stable two-party system in place. As we know, such a competitive structure has a strong moderating effect on extremist voices, be they racial or religious. After all, gaining the middle ground is how electoral victories are won.
The fact that the incumbent prime minister, Najib Razak, reportedly cited ― as a warning to his followers ― significant errors made by Republican challenger Mitt Romney in his defeat at the hands of United States President Barack Obama, tells us that even at the highest level, the possibility of the hitherto invincible Umno being toppled is being taken seriously.
Indeed, the bipolar Obama-Romney battle is being reflected in the clash between Najib and Anwar Ibrahim, the leader of the opposition.
What this actually reveals is the most important point that anyone can make today about the dramatic changes that have been taking place in Malaysian politics, not only over the last five years but also over the last decade and a half.

Opposition forces within the Malay community have come of age. That is the fundamental difference. We are witnessing a Malay-Malay battle.
Despite the rhetoric, the Malay community ― perhaps because of its increased relative size, its comparative youth, its growing urbanity or its heightened educational level ― is showing a political confidence it did not have before.
Its questioning of Umno’s claim to being the only plausible champion of their interests as a community ― in fact, questioning the limitations of communal politicking ― is an expression of that very maturity.

Makin Goyang : Orang Kuat Ibu Pejabat Umno Akan Sertai Pakatan Rakyat?

Jangan percaya dulu! Seorang kuat di ibu pejabat Umno di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur diberitakan sedang menimbang untuk meninggalkan Umno dan menyertai salah satu parti komponen Pakatan Rakyat. Tokoh berkenaan yang pernah 'menguasai' ibu pejabat Umno kini tidak lagi berkhidmat di situ beberapa tahun lepas.

Menurut empunya cerita sekiranya tokoh berkenaan sudah memuktamadkan keputusan itu dia akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tidak dipastikan apakah tokoh bergelar Datuk itu sudah menghubungi penasihat PKR atau belum? Bagaimana pun dari sumber lain oppotiment untuk tujuan itu sudah diatur seseorang hanya menanti masa senggang Anwar saja.

"Ini saya bagi tahu kepada saudara saja, yang lain tunggu dulu," tutur yang menyampaikan maklumat sulit ini lewat tengah hari ini.

Hydro Tasmania will quit Sarawak

An aggressive campaign mounted jointly by Sarawak coalition of NGOs Save Rivers, Bruno Manser Fund and the Australian Greens Party in Australia sees a victorious end.

KUCHING: Controversial Australian government-owned company Hydro Tasmania, which Sarawak Energy Bhd (SEB) had once described as an “essential partner” in the state’s plan to build multiple dams, will withdraw from Sarawak by the end of 2013, leaving Chief Minister Taib Mahmud with a “big headache”.
Hydro Tasmania’s involvement in the RM3 billion Murum Dam project has been at the receiving end of incessant campaigning by local native NGOs and Australians, and it has succumbed to public pressure on Monday and announced it is phasing out.
Hydro Tasmania CEO Roy Adair told Sarawak campaigners Peter Kallang and James Nyurang from Save Rivers, a coalition of Sarawak NGOs, and Peter John Jaban from Radio Free Sarawak that “Hydro Tasmania will leave Sarawak by the end of 2013″.
“Our role is diminishing and there is no plan to replace our current secondees… our secondees are reducing to four at the end of this year and the others will be phased out over the next 12 months,” he said.
He said all four remaining Hydro Tasmania staff seconded to SEB, the main contractors, will be phased out over the next 12 months and not replaced.
The remaining personnel, he said, will fulfil their “contractual obligations” and return.

Musa Hassan: 'Saya cuma nak betulkan keadaan'


Musa HassanSHAH ALAM - Pandangan yang dikeluarkan berkaitan campur tangan menteri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya untuk menasihati dan mengingatkan bahawa sekiranya ia tidak dibendung akan membawa "rosak", demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.
Sehubungan itu kata Musa, beliau tidak mahu niatnya disalahertikan oleh mana-mana pihak.
Bercakap kepada Sinar Harian Online, Musa berkata, campur tangan dalam urusan operasi polis oleh pihak atasan misalnya akan menyebabkan reputasi PDRM terjejas.
"Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang...
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," tegas beliau.

Keganasan di Gombak: Marilah kita terus berdoa...

1. Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak yang diserang samseng taik kucing UBN telah membuktikan doa Umno KO, KO Umno, BN KO, KO Bn menampakkan tanda-tanda bagaikan semakin dimakbulkan. Hanya makhluk yang hampir mati sahaja akan mengaruk dan mengamuk bagi menggambarkan keresahan sebelum sampai tahap nazak dan mati!
2. Tahniah jugak kepada pemuda UBN yang megah sakan dengan bendera biru gelap semasa merusuh kerana telah turut berjaya menjayakan program sabotaj UBN yang amat dibimbangi Najib Razak! Teruskanlah mengganggu program-program Pakatan Rakyat agar program mensabotaj UBN lebih memberi impak hodoh yang lebih besar kepada UBN sebelum disungkurkan oleh rakyat di gelanggang PRU ke 13.
3. Dengan berlakunya 'serangan' terhadap program Pakatan Rakyat di Gombak itu mungkin telah membuatkan Najib rasa begitu puas hati dan gumbira kerana 'pengisytiharan' perangnya terhadap PR di PAU tempoh hari telah benar-benar disambut dan dimulakan di Gombak oleh para samseng UBN yang berotak sedikit! 

NEGARA KU-KAU DAH JADI NEGARA POLIS DEMI SANG DIKTATOR MENGELEPUR KUASA DAH LEPAS DARI TANGAN



MENGELEPUR KUASA DAH LEPAS DARI TANGAN
Bekas Ketua Polis Negarapun Diintip SB
 
PETALING JAYA: Mungkin ironis bunyinya, bekas Ketua polis Musa Hassan mendakwa bahawa beliau kini diekori oleh pegawai cawangan khas.

Ia adalah susulan kepada sidang akhbar kontroversi minggu lepas, di mana beliau mendakwa bahawa unsur-unsur jenayah telah menyusup dalam unit polis dan mendedahkan bahawa ahli-ahli politik campur tangan dalam siasatan.

Selain dari beliau, Musa berkata bahawa R Sri Sanjeevan dari NGO Watch yang menganjurkan sidang akhbar saya juga turut diekori. Musa adalah penaung NGO Watch yang baru ditubuhkan.


"Bagi saya ia lucu lah. Mengapa anda mesti meletakkan saya di bawah pengawasan? Seolah-olah saya satu ancaman kepada keselamatan.

"Saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak mengekori saya lah. Saya tidak akan memusnahkan negara, itulah nombor satu. Nombor dua, saya fikir anda ada kerja yang lebih baik untuk dilakukan , seperti mengekori penjenayah , yang benar-benar menjejaskan keselamatan orang awam," bekas KPN memberitahu FMT.

"Jadi saya fikir adalah suatu kebodohan mereka [untuk mengikuti kami], membazirkan wang rakyat. Jika anda mahu apa-apa hanya hubungi saya, saya akan memberitahu anda segala-galanya, "katanya.

MALUNYA AKU BER’PM’ SEORANG PONDAN-DAYUS DAN PENAKUT

Mahathir bermati-matian menyokong Najib (bukanlah betul-betul ikhlas dan sayangkan UMNO) kerana dia tahu kalau dia tak turut serta kempen untuk Najib dan UMNO/BN silap-silap harap bulan (bukan silap lagi dah) PR menang dan Anwar jadi PM Malaysia ke-7, mampuslah dia dan anak-anaknya. Ke mana dia lari? Ke lubang kuburlsh jawabnya.
 
Najib Tak Ada Pengaruh!! kata DSAI
Najib merasa perlu 'ambil hati' Dr M, kata Anwar

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan agung Umno kerana beliau "tidak mempunyai pengaruh" untuk menguatkuasakan pandangannya sendiri, dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan".

"Saya tidak fikir dia mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Dr Mahathir)," katanya.
"Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini.

RAKYAT TAHU DAN FAHAM POLIS TAUBAT LAHUM TAK AKAN MENYIASAT LAPORAN YANG DIBUAT INI KERANA SEPERTI MUSA HASSAN KATA LE!

Kalaulah perkara yang sama dilakukan oleh para pemimpin PR tidak kiralah sama ada PAS ke, PKR ke atau DAP ke, tambah-tambah lagi pihak polis menerima laporan seluruh Negara dari Perlis sampai ke Sabah-berani bersumpah DEMI ALLAH pihak polis akan cepat-cepat bertindak macam kes Mat Sabu, macam kes BERSIH 2.0 dan rasa nak tergelak sikit bila polis sendiri akan membuat laporan untuk menyiasat, melokap (reman) dan mendakwa sesiapa saja dari kalangan pemimpin atau pendokong PR yang mengugat kuasa UMNO. 

Lihatlah berapa banyak laporan dibuat sudah dibuat terhadap keganasan dan samseng pendokong UMNO lakukan terhadap para pemimpin PR, satu pun tidak diambil tindakan oleh pihak polis, malah ia seolah-olah menyokong keganasan dan kesamsengan pendokong UMNO terhadap PR.
Sungguh memalukan pasukan polis kita ketika menjalankan tugas cukup tidak professional.Seolah-olah pasukan polis kita ini anggota BN ke-15 nampaknya, di samping SPR dan JPN. Pendedahan Musa Hassan menjadi buktinya bahawa pasukan polis kita adalah kuda tunggangan UMNO.
Laporan Polis Besar-besaran Terhadap Ketua Wanita Umno Malaysia

Kajian : Masih Ramai Berpendapat Tahap Korupsi Tinggi Di Kalangan Penjawat Awam, Ahli Politik Malaysia



PETALING JAYA 5 DIS: Kajian terbaru oleh NGO Transparency International Malaysia (TI-M) mendapati persepsi terhadap kebolehan dan kesungguhan Kerajaan Pusat menangani rasuah masih tidak memuaskan.
Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2012 menunjukkan sebanyak 75 peratus daripada sejumlah respondan berpendapat bahawa Kerajaan Pusat masih gagal dalam usaha membanteras rasuah.
Sementara itu, pada skala 1 hingga 5, (1-tidak pernah dan 5-sangat kerap), responden memberi purata gred 4.3 kepada kenyataan “adakah pengawai awam berpangkat tinggi dan ahli politik kerap menyalahgunakan dana awam?”
Manakala, responden memberikan purata gred 4.1 daripada skala 5 terhadap kenyataan “adakah penjawat awam kerap kali meminta dan menerima rasuah?”
Laporan itu diumumkan Presiden TI-M, Datuk Paul Low Seng Kuan dalam satu sidang media di Hotel Shah Village di sini hari ini.
Katanya, Malaysia berada pada kedudukan 54 (skala 49/100) daripada 176 negara dalam CPI 2012 bersama-sama negara Republik Czech, Latvia dan Turki.
“Kedudukan Malaysia masih berada di tahap pertengahan yang menunjukkan walapun banyak langkah telah dilaksanakan di bawah inisiatif GTP/NKRA, responden tidak berasa kadar rasuah telah turun,” Paul berkata.
Satu lagi indikasi yang penuh bermakna, Paul berkata, adalah dalam kenyataan “adakah anda berasa sebab syarikat anda gagal mendapat kontrak atau peluang perniagaan baru adalah kerana pesaing telah membayar rasuah?”

2 Tahanan Warga Colombia Lolos Dari Kawalan Polis

KUALA LUMPUR — Dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 November lepas kerana kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya, semalam.
Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap bersepadu di Shah Alam, Selangor untuk didakwa di mahkamah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, kehilangan dua tahanan terbabit hanya disedari polis apabila mereka tiba di mahkamah pada pukul 11.20 pagi.
“Kesemua tahanan itu diiring tiga anggota polis iaitu seorang pemandu dan dua bertindak sebagai pengiring,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Penjara Pudu…Hanya Ini Saja Yang Tinggal


Hanya pintu gerbang ini saja yang tinggal.
Itu saja yang boleh dikatakan tentang Penjara Pudu, bangunan bersejarah yang dibina pada tahun 1891 itu ketika ini.

Pelbagai pihak berdebat sebelum ini sama ada wajar atau tidak bangunan tersebut dikekalkan.
Ada yang merasakan sejarah yang tersimpan di dalamya ‘bukan sesuatu yang perlu dikenang atau untuk dipelihara’.
Bahkan Penjara Pudu tidak pernah pun diiktiraf dalam senarai bangunan warisan oleh Organisasi Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Semasa Mynewshub.my ke sana tadi, yang tinggal cuma pintu gerbang dan saki baki sisa runtuhan yang menunggu masa untuk diratakan sepenuhnya.

Keganasan Umno Di Gombak

Grup Pemikir Muda turut meluahkan rasa kesal dan hina terhadap provokasi yang dilakukan oleh sekumpulan penyokong Barisan Nasional di Gombak Utara semalam. Kekesalan ini terhasil saat melihat anak-anak muda yang dimanipulasi serta dipergunakan oleh pemimpin Barisan Nasional demi mengaburi kelemahan mereka untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat secara ilmiah.

Anak-anak muda seharusnya mempunyai pemikiran yang tuntas dan segar, jangan jadi tua sebelum usia. Kenapa wujud anak muda yang tunduk kepada pemerintah korup? Jangan anak muda letakkan mereka pada aras kehinaan, diberi upah yang tidak seberapa dan akhirnya tidak ada nilai yang mereka perolehi.

Lintasan sejarah mengukir nama-nama pemuda yang hebat, salah seorangnya adalah, Sultan Muhammad al-Fateh yang Berjaya menakluk Constantinople, merupakan anak muda yang hebat bukan sahaja jitu dari segi fizikal malah keilmuan yang dimiliki baginda ketika berumur 21 tahun. Selain itu, anak muda juga boleh berbangga dengan Saidina Ali bin Abi Talib, yang tidur di katil Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Hijrah lantas berjaya mengagalkan satu percubaan membunuh baginda.

‘We are still a corrupt lot’

Malaysia ranked 54th out of 176 countries in the Transparency International Corruptions Perception Index, with a score of 49 out of 100.

KUALA LUMPUR: Malaysia received a Corruption Perception Index (CPI) of 49 out of 100 for 2012, placing it at 54th place among 176 countries assessed by non-governmental organisation Transparency International (TI).
Although the country has improved from last year, where it received a score of 43 out of 100 (0 being most corrupt, 100 being corruption-free), and was ranked 60th out of 183 countries, TI Malaysia president Paul Low described this year’s results as “just average”.
“There is improvement, and that is expected. All the efforts taken by the government, the MACC [Malaysian Anti-Corruption Commission], Pemandu have borne fruit.
“But as much as we improve, the issue is whether we can make that substantial jump beyond 50. We remain middling, with an average score,” Low said at a press conference.
According to TI-M, the results for Malaysia were taken from eight different surveys and country assessments by various independent institutions. They were carried out among expert observers such as business people and country analysts, including local experts.
In a separate survey, they also found that 50% of the respondents had lost business in Malaysia due to bribery – the highest percentage among the 30 countries surveyed.
Low said that it was wrong to dismiss the results as being unimportant, as people’s decision to invest in Malaysia – and hence spur economic growth – was based on their perception of the corruption here.

Kali Ini Kita Bertindak Balas....


Tersebar seluruh negara tentang kisah semalam, di mana pemerintah yang berpayung dibawah parti bernama Umno akhirnya tidak dapat membendung resah lagi, menggunakan kekerasan dan sikap biadap untuk menghentikan kemaraan lawannya dalam demokrasi, dan susuk yang dibencinya sejak sekian lama iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Ribuan mata menjadi saksi, bagaimana lemahnya Pemuda Umno, disebalik provokasi ganas dan maki hamun jelek yang dilontarkan, berselindung di sebalik kekerasan untuk melunturkan semangat rakyat terbanyak, mencari saki baki kebenaran setelah segenap ruang maklumat ditutup oleh pemerintah dek kerana bimbang kuasa yang dijulang rebah sebelum sempat semua kekayaan negara dipunggah keluar.

Lalu anak muda pasti tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Umno selama ini? Apakah makna pembelaan yang dilaung-laungkan terhadap bangsa , agama dan negara yang mereka laung-laungkan lebih separuh abad yang lalu, sekiranya pembelasahan terharap rakyat awam menjadi kayu ukur kematangan mereka. Apakah Umno melalui syaap Pemuda bertujuan menghidupkan semuala Pemuda Tahan  Lasak yang menjadikan kekerasan sebagai modus operandi mereka untuk terus merajai pemerintahan negara?

Indeks rasuah: M'sia di tangga ke-54



 
Presiden badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) Paul Low berkata Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini namun skandal politik besar menjejaskan prestasi negara.
Katanya, Malaysia mencatat 49 daripada 100 mata yang meletakkannya di tangga ke-54 daripada kesemua 176 negara yang diselidik.

Malaysia mencatat kedudukan di tangga ke-60 pada tahun lalu.

“Walaupun ia bertambah baik, kedudukan kita masih tidak berapa baik... Ada di antara perkara ini (skandal rasuah berprofil tinggi) menghalang kedudukan kita daripada meningkat.

"Sepanjang pengetahuan saya, 49 (mata) tidak bagus, tapi dengan segala usaha yang dilakukan, ada sedikit peningkatan.

“Walaupun dengan semua skandal, kita lebih baik daripada kedudukan kita beberapa tahun lalu. Contohnya, kita dapat membincangkan isu rasuah dengan lebih terbuka. Suasananya berbeza," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan tahunan CPI ketika skandal seperti National Feedlot Corpoation dan "sumbangan politk" untuk Umno Sabah timbul.

UN head says world is in a race against time

Azmin Ali - Angka & Fakta !!! Siapakah Yg Pandai Urus Ekonomi Negara !!!.

Saya cukup kecewa: Ibu Aminulrasyid

Don’t fear Umno’s May 13 threat

BN politicians who continue to use the May 13 racial riots as the bogey to scare or intimidate Malaysians into supporting them are completely out of date.
By Chua Jui Meng
It is very irresponsible and unbecoming of Shahrizat Abdul Jalil to use May 13 to threaten all Malaysians, especially the non-Malays, at the Umno general assembly that ended on Nov 30.
Who will become prime minister when Pakatan Rakyat is given the mandate to govern in the next general election?
Who will be the new Johor Menteri Besar when Pakatan wins the right to rule the state?
De facto Pakatan leader Anwar Ibrahim, a Malay, will be the prime minister. His deputy would also be a Malay, PAS president Hadi Awang.
A Malay leader from the Pakatan will also be the new Johor Menteri Besar.
So, how can there be the recurrence of the May 13 racial riots when the Umno-led Barisan Nasional is given the boot by the people in the next national polls?
Pakatan’s Malay leaders are also backed by non-Malay leaders in PKR and DAP. There is no racial discontent or friction.
BN politicians who continue to use the May 13 racial riots as the bogey to scare or intimidate Malaysians into supporting them are completely out of date and are doing a disservice to communal unity and nation-building.
The next general election is not about race or religion. It is about good governance and justice.
Who are the super rich and rich in Malaysia? They are the Umno Malays and their cronies, not the ordinary rural and urban Malays.

SPR yakin BN, Pakatan panggil PRU serentak


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melahirkan keyakinan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan secara berasingan oleh kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, isu mengadakan pilihan raya berasingan juga tidak lagi dibangkitkan oleh PR seperti yang didengar sebelum ini.

Menurutnya, oleh kerana waktu semakin suntuk, tidak mungkin pembangkang akan meneruskan rancangan seperti yang diuar-uarkan sebelum ini untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan di peringkat negeri.

Bagaimanapun beliau berkata, waktu yang semakin suntuk akan menyebabkan Parlimen terbubar dengan sendiri dan tarikh pilihan raya akan ditetapkan pada tahun depan.

"Masa pun sudah suntuk, tidak sempat lagi nak buat pilihan raya berasingan.

Keadilan untuk Aminulrasyid: SAMM sanggah keputusan mahkamah

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang sentiasa komited mempertahankan nasib Aminulrasyid Amzah yang ditembak bertubi-tubi dan dituduh penjenayah setelah kematiannya, hari ini menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam apabila rayuan Koperal Jenain Subi diterima.
Sehubungan itu, Jenain dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati Aminulrasyid. Seperti dijangka keputusan mahkamah peringkat awal hanya bertujuan untuk sejukkan keadaan semata-mata.
Ini satu keputusan yang menghina rakyat negara ini, apakah dengan keputusan ini membolehkan polis guna senjata api sewenang-wenangnya?
Dengan keputusan ini juga, rakyat berdepan dengan risiko ditembak bukan hanya dari perompak bank tetapi dari kelalaian polis yang bertugas.
Bagi SAMM, jangan sesekali kita lupa bahawa Jenain telah melepaskan 21 das tembakan untuk memberhentikan sebuah kereta biasa, bukan kereta kebal. Ini melangkaui keraguan munasabah.
Sudahlah Aminulrashid mati dibunuh, dituduh pula sebagai penjenayah apabila kononnya dijumpai sebilah pedang atau parang dalam kenderaan milik kakak arwah yang dipandunya.

MB : Hasil Pasir Selangor Menjangkau RM150 Juta

 
SHAH ALAM 5 DIS : Hasil pendapatan daripada sumber pasir negeri telah menjangkau jumlah RM150 juta, demikian jelas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Penjelasan tersebut sekaligus menyangkal dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd. Zin Mohamed kononnya Kerajaan Negeri hanya berjaya mengutip RM32.5 juta melalui hasil pasir dari 2009 hingga 2011.
“Jika dicampur kesemua peringkat hasil kutipan ini melebih jumlah tersebut.
“Apa yang dikatakan Mohd Zin itu tidak betul, apa sahaja yang dikatakannya sebelum ini semuanya tidak betul,” ujar beliau dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung di sini petang tadi.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran dan tidak pernah menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan rakyat.
“Jika dapat kita akan maklumkan, begitu juga andai kita tidak dapat (hasil), kita akan beritahu rakyat, tidak ada sorok-sorok,” katanya lagi.

PRU13 : Pakatan boleh tambah kerusi Parlimen di Melaka


MELAKA: Berdasarkan analisis terhadap beberapa dapatan kajian yang dilaksanakan oleh beberapa pihak, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan Pakatan boleh menambah satu lagi kerusi parlimen di Melaka.

Tambahan kerusi parlimen ini menjadikan PR menguasai dua daripada enam kerusi parlimen di negeri tersebut.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) dijangka boleh menang dengan agak selesa mengekalkan penguasaan negeri Melaka, dengan memenangi sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN daripada 28 kerusi.

Kedudukan ini memperlihatkan Melaka adalah antara negeri yang paling selamat bagi BN.

"Analisis ini dibuat berdasarkan beberapa dapatan kajian yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan pengkaji dari universiti dan pihak ketiga, di samping data yang diperolehi oleh PPP sendiri," kata Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Marzuki (gambar atas).

Kalau Melaka tolak, akan rayu Pulau Pinang


MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek (gambar) kesal dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kaherah yang menghalang 25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut.

"Apa alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki Rumah Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Terbukti mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang di penginapan kawan-kawan mereka dari negeri lain, jelas mereka menafikan hak pelajar-pelajar ini" ujar Kamaruddin pada majlis ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek, di sini malam tadi.

Beliau berkata hal ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab di negeri ini tetapi mereka meminta beliau merayu kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yang merupakan Pengerusi MAIM.

ANAK Dedah Konspirasi Lantik Isa Samad Sebagai Pengerusi KPF

KUALA LUMPUR, 5 DIS : Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan konspirasi terancang untuk mengangkat Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi baru Koperasi Permodalan Felda (KPF) demi ‘menyelamatkan’ Felda Global Ventus (FGV) yang sahamnya semakin menjunam.
Menurut Pengerusi Anak, Mazlan Aliman mendakwa, ‘kerja jahat’ ini diketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail didakwa mengarahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengeluarkan notis bertarikh 4 Disember agar Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad mengadakan  Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke- 31 pada 27 Disember depan  bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Mazlan mendedahhkan tujuan mesyuarat ini dipanggil semula berikutan kes pertikaian No.05/2012 bertarikh 26 November lalu yang memerintahkan KPF mengadakan semula mesyuarat agung tahunannya.
Turut dilampirkan pada surat berkenaan surat kuasa memanggil mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke 31 oleh Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Md Yusof Samsudin.
“Surat kuasa menyatakan Mesyuarat Agung perwakilan Tahunan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad yang berlangsung pada 20 Jun lalu adalah tidak sah dan terbatal.
“Daripada bukti yang ada sudah ada wujud campurtangan dalam KPF. KPF merupakan koperasi terbaik di Malaysia yang mempunyai 246,000 anggota dengan jumlah caruman lebih RM2 bilion,”katanya.
Sebelum ini, FGV berhasrat membawa masuk KPF menjadi sebahagian daripada mereka, namun usaha itu gagal kerana KPF sebagai badan bebas maka mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan dan semuanya bergantung kepada lembaga pengarah.

Laporan Lengkap Umno-BN Sapu Tanah Selangor


SHAH ALAM 5 DIS : Kerajaan Selangor akan mendedahkan secara terperinci semua bidang tanah yang diperolehi secara murah oleh komponen parti Umno-BN bagi rakyat menilai keikhklasan gagasan itu yang terkenal dengan slogan “rakyat didahulukan”.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri kini dalam proses mengumpulkan maklumat berhubung dakwaan pemilikan tanah tersebut.
Ini berikutan siri pendedahan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun lepas berkenaan tanah yang dimiliki pemimpin Umno-BN di seluruh negeri .
Pendedahan terbaru oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim pada 20 Nov lalu di mana beliau mendedahkan bukti bahawa komponen Umno-BN membeli 24 bidang tanah yang bernilai lebih RM 20 juta dengan bayaran premium murah RM 1 kaki per segi.
Ng berkata tanah-tanah tersebut dibeli antara 1999 – 2008, semasa Umno-BN memerintah Selangor.
“Kita masih dalam proses semak dan tambah maklumat kerana kita juga perlu turun padang untuk ambil gambar tanah dan jenis pembangunan yang dilakukan di atas tanah tersebut.

Himpunan kemuncak selamatkan Felda 28 Dis


 
KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) sekali lagi akan merancang himpunan besar-besaran di Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak 28 Dis ini bagi menyerahkan memorandum membantah kegagalan Felda menguruskan aset dengan baik.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, ia termasuk perkembangan terbaru kejatuhan saham Felda ke paras terendah, pemilikan saham Syarikat Genting Berhad dan penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi dan nasib pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad mesti bertanggungjawab ke atas kemerosotan Felda.

"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Himpunan tersebut akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan akan berarak ke pejabat Felda.

Jangan tertipu dengan air mata Umno

Oleh Tok Janggut
Akhirnya Perhimpunan Agung Umno tamat juga setelah, serentak dengan berakhirnya monopoli saluran TV yang menyiarkan cerita perhimpunan tersebut. Ada yang terpaksa mencari saluran lain walaupun hanya menayangkan cerita kartun


kebangkitan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat secara besar-besaran sekarang membuatkan umno tidak lena tidur. Serangan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut membuktikan betapa takut, bimbang dan gerunnya dengan situasi politik negara sekarang ini. Dengan rasa gelabah sehinggakan setiap ucapan sama ada peringkat tertinggi sehingga perwakilan, semuanya menyerang pembangkang.

Yang agak pelik ialah apabila golongan yang sering membuat fitnah berdoa agar Umno dilindungi dari fitnah. Kenyataan lain yang ganjil ialah mengatakan Umno adalah pilihan Tuhan kerana berjaya memerintah negara lebih 50 tahun. Jika kita belajar agama kita akan faham bahawa sememangnya Allah juga akan memanjangkan  kuasa pemerintahan golongan yang zalim, ahli maksiat, jaguh fitnah, penipu, perosak agama dan penindas kerana golongan ini diistilah kan termasuk dalam golongan yang “istidroj”, iaitu golongan yang Allah sesatkan setelah berbagai peringatan daripada ayat-ayat Allah dan ajaran nabi diberikan tetapi mereka masih berdegil dan pekakkan telinga, maka Allah biarkan mereka terus dalam kesesatan, kezaliman dan kekufuran.

Believe It or Not: MACC and A-G Chambers to conduct graft avoidance course for MPs

NONEThe Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) and the Attorney-General’s Chambers will hold a course on avoiding corruption for parliamentarians next year, Pemandu Director D Ravindran said today.
“The Government Transformation Plan 2.0 (GTP 2.0) has the commitment of both the MACC chief commissioner Abu Kassim Mohamad and the AG (Abdul Gani Patail), who will both be conducting the course for our lawmakers.
“So, for the first time, we are going to teach our Parliamentarians what is right to take and what is not right to take,” Ravindran said on the sidelines of the launching of the Corruption Perception Index in Petaling Jaya today.
He said this would include information on what constitutes corruption, and the codes of conduct and best practices to avoid it.
To a question, Ravindran (left) denied that the course was to be carried out because of a perceived lack of basic information about corruption among MPs.

Pengganas JMR Gombak Kini Di Kesan!

Seorang Pemuda Barisan Nasional di gombak cedera parah semalam bila motosikal yang 
di naikinya terbabas ketika melarikan diri dari kepungan anak muda dalam JMR gombak semalam, kejadian berlaku apabila pemuda Barisan Nasional ini memulakan provokasi 
melampau dengan membaling batu menjerit jerit serta menghalang untuk rakyat hadir pada 
malam JMR Gombak tersebut.

rakan rakanya pula di katakan membawa kerambit dan pelbagai senjata tajam sehingga
mencederakan seorang anak muda yang hadir pada malam Jelajah Merdeka Rakyat atau
JMR Gombak malam tadi.

di fahamkan saksi di tempat kejadian memberitahu bahawa,

budak ni mereng sikit bang, dia buat kacau, tempat orang nak ceramah, bila ramai anak muda datang nak nasihatkan dia, dia ingat orang nak belasah dia, terus dia naik motor pecut laju laju kemudian terbabas kerana terlalu takut sangat agaknya, pokok pisang tepi jalan yang dia cium, orang dahi cium sejadah, budak ni dahi cium jalan. dorang dapat rm 50 seorang untuk hadir malam tadi buat ganas.
seorang lagi saksi di tempat kejadian memberitahu kami,
kita sebuk mahu dengan ceramah, mereka datang sini bikin keganasan, terjerit jerit macam beruk kena belacan, lepas tu bila geng geng dia baling batu pada tapak ceramah dekat situ,orang ramai marah la, petugas unit amal cuba datang secara mengejut beramai ramai, 
budak tu lari tak cukup tanah terus naik motor bawak selaju mungkin, baru 200 meter, dia langgar pokok pisang tepi jalan, kepala dia bagi jalan makan.
facebook budak lari tidak cukup tanah kerana cetus provokasi hingga langgar pokok pisang tepi jalan di gombak
 by @tiewnama - sendiri bikin, sendiri repot, sendiri mendapat. kahkahkahkah


SMS Dari Ketua Pemuda Umno Gombak Suruh Budak Budaknya  Cetuskan Keganasan.
by @tiewnama - Ketua Umno Bahagian Gombak tengah sedap sedap dengan ehm ehm,
pemuda umno gombak bodoh langgar pokok pisang atas arahan pihak atasan? kahkahkahkah
memang bodoh sungguh..

Dilema Ekonomi Buntu

Oleh Muhammad Nazreen

Setelah hampir 40 tahun, Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan semasa pemerintahan Tun Razak kini semakin hari semakin menuju jalan buntu.
Bayangkan sahaja, kesan inflasi ekonomi yang menerima tempias daripada ketidakstabilan ekonomi global, krisis ekonomi Zon Eropah dan krisis sub-prima di Amerika Syarikat tahun 2008 kini semakin terasa. Misalnya di Malaysia, jurang kemiskinan di antara golongan kelas rendah dan tinggi semakin kelihatan. Dan, inflasi yang semakin menjadi-jadi secara mendadak menambahkan lagi keperitan rakyat menjalani kehidupan seharian.
Mengikut perangkaan terbaru yang dikeluarkan, hampir 65% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan isirumah di bawah RM3,000 sebulan, 75% daripada rakyat Malaysia mempunyai pendapatan isirumah di bawah RM5,000 sebulan dan 90% daripada rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM10,000 sebulan.
Bumiputera terus tersepit?
Lebih aneh, majoriti kaum yang tersepit di bawah pendapatan isirumah di bawah RM3,000 sebulan adalah kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak  yang mendahului peratusan sebanyak 65-70%, diikuti kaum India 20-25% dan kaum Cina 10-15%. Bukankah sepatutnya golongan ‘Melayu dan Bumiputera Sabah-Sarawak’ mendapat manfaat daripada ‘tindakan affirmatif berdasarkan kelas’ hampir 40 tahun ini mencapai ekuiti pembahagian kekayaan negara sebanyak 30%?

MB: S'gor pasang sarung, tak turunkan kamera AES

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri tidak akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tetapi hanya menutupnya dengan satu sarung dalam operasinya pada Jumaat ini.

Katanya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada tiga langkah berperingkat yang diambil kerajaan Selangor dalam menangani kontroversi mengenai kamera AES.

Khalid berkata Selangor mengambil tindakan demikian memandandangkan Kementerian Pengangkutan tidak mengendahkan surat oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPS) agar menurunkan kamera berkenaan.

"Mereka (MPS) tulis surat kepada kementerian utk membetulkan proses mendirikan tiang-tiang AES itu. Malangnya surat yang ditulis Yang Dipertua MPS tidak dijawab, tidak diendah.

Chua Soi Lek usah ulangi pembohongan mengenai isu rumah di Pulau Pinang

Wong Hon Wai
GEORGE TOWN, 5 DIS: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kecewa dengan pengumuman Kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan dalam Bajet 2013 hanya akan membina 70 unit rumah di Pulau Pinang atau 0.35 peratus daripada 20,454 unit rumah di seluruh negara.
Exco Perancang Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri, Wong Hon Wai, berkata ini menunjukkan komitmen BN di Pulau Pinang terlalu sedikit dan jelas kenyataan  Chua Soi Lek selama ini kosong.
Katanya, sebagai Presiden MCA, Chua sepatutnya menggunakan kedudukannya meminta rakannya, Menteri Perumahan itu supaya membina lebih banyak perumahan di Pulau Pinang.
“Oleh itu, saya mengingatkan Soi Lek supaya tidak lagi membohongi rakyat dengan isu perumahan di Pulau Pinang.
“Sikap kerajaan BN itu berbeza dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang memperuntukkan RM500 juta bagi merealisasikan Skim Perumahan Mampu Milik di negeri ini,” katanya.
Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hitam berkata, menerusi peruntukan itu kerajaan negeri akan membina 18,000 unit rumah mampu milik di kawasan pulau dan tanah besar termasuk Jalan SP Chelliah (George Town), Teluk Kumbar (Daerah Barat Daya), Ampang Jajar (Seberang Perai Utara), Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah) dan Batu Kawan (Seberang Perai Selatan).

Kes Perkosa : Lagi demo anti Malaysia di Jakarta

Bagaimanapun, ratusan polis yang berjaga berjaya mengawal keadaan.

JAKARTA: Laskar  Merah Putih membuat demonstrasi sekali lagi di depan pejabat  kedutaan besar Malaysia. di Jalan HR Rasuna Said, Jakarta Selatan hari ini.
Bagaimanapun, ratusan polis yang berjaga berjaya mengawal keadaan.
Mereka  mahu bertemu dengan pihak kedutaan besar Malaysia.
“Niat kami berbicara baik, jangan sampai kami terus teriak menghina ka,” kata anggota Laskar Merah Putih menggunakan pembesar suara .
Tapi keinginan mereka ditolak.
“Mereka nggak (tidak) mahu bertemu pendemo,” ujar ketua polis sektor Setiabudi, AKBP Lalu Muhammad Iwan Mahardan.
Namun pendemo tetap menginginkan perwakilannya masuk ke pejabat kedutaan besar. Pendemo mengancam akan mengerahkan puluhan ribu anggota Laskar Merah Putih untuk mengepung kedutaan.

Najib, Deepak dan Altantuya: Antara anak jantan dan sumpah

Oleh Hafiz Zainuddin

KAMI anggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak cukup jantan kerana tidak mampu menjawab tuduhan ke atasnya mengenai pembongkaran ahli perniagaan Deepak Jaikishan membabitkan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Atau, Najib menunggu masa untuk bersumpah menjunjung kitab suci al-Quran seperti yang dilakukan Saiful Bukhari dalam masjid kemudian ke Makkah mengerjakan umrah seperti Shahrizat setelah kesnya meletup
Manusia bernama Deepak ini menggemparkan Malaysia apabila beliau mengaku bahawa dirinya diperalatkan pihak tertentu untuk memujuk atau menakut-nakutkan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menandatangani akuan bersumpah (SD) kedua yang mana akuan bersumpah pertama mempunyai dakwaan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu.
Malang sekali, Perhimpunan Agung UMNO ke-66 berlalu begitu saja dengan meninggalkan persoalan maha penting. Najib sekadar berselindung di balik segala doa dan sumpah yang dilafaz sedangkan rakyat sudah lama menanti jawapan.
Ketidakmampuan Najib membersihkan namanya hanya menjadikan buah silatnya canggung di mata biarpun berdegar-degar sumpah membela bangsa dilaung, biarpun berdegar-degar musuh politiknya dihamun.
Antara Najib dan Anwar

Musa Hassan bakal dedah peranan pemimpin Umno dalam serangan fitnah

KUALA LUMPUR 5 Dis: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan membongkar satu lagi pendedahan di Shah Alam dalam masa terdekat berhubung peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Gombak Utara malam tadi.
Beliau bagaimanapun tidak memperinci tarikh pendedahan itu.
Ahli Parlimen Gombak itu menyifatkan pendedahan tersebut sebagai petanda Umno BN berkubur pada Pilihan Raya Umum nanti.
“Kini, Musa Hassan sedang membongkar satu demi satu peranan pemimpin tertinggi Umno dalam serangan fitnah. Saya dengar beliau akan ada satu lagi pendedahan, tunggu dan lihat.
“Apa yang pasti ini petanda Umno akan dikuburkan bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Putrajaya, InsyaAllah,” katanya di hadapan 4,000 rakyat.
Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Adun Batu Caves, Amirudin Shari; Yang Di Pertua PAS Kawasan Gombak, Saleh Huddin Mohd Nasir dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat.

Serangan JMR Gombak: Pakatan mula provokasi, kata Umno....benang dah basah kuyup...!!!!

 (SMS PROVOKASI PIHAK UMNO SEBELUM CERAMAH)



KUALA LUMPUR - Provokasi pembangkang didakwa menjadi penyebab kekecohan pada ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak sehingga seorang Pemuda Umno menerima 9 jahitan  di kepala, malam tadi.

Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata, tindakan provokasi seorang penyokong pembangkang yang bertindak meluru kepada Pemuda Umno menjadi punca insiden tersebut.

Beliau menjelaskan, penduduk setempat di Rantau Gombak Utara membantah ceramah Pakatan Rakyat yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  kerana berlangsung di hadapan bilik gerakan peti undi Gombak Utara, yang pada masa sama  berlangsung taklimat pilihan raya.

“Apabila penduduk dan Pemuda Umno Bahagian mengadakan bantahan secara aman di tempat kami, salah seorang daripada mereka telah meluru ke arah kami sambil provokasi  dilakukan pembangkang dari tempat mereka.

Nik Aziz: 'Apa untung serang ceramah Pakatan'

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa insiden serangan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak, Selangor malam tadi membuktikan akan timbul huru hara apabila ada pihak tidak boleh menerima kekalahan jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu soal beliau, apakah faedah diperoleh oleh musuh politik dengan menyerang ceramah-ceramah anjuran PR.

"Sudah jelas dan nyata siapa yang akan buat huru hara apabila kalah pada PRU13 nanti. Ada keuntungankah menyerang ceramah Pakatan Rakyat?" kata beliau mesej dipaparkan pada laman sosial Facebooknya petang ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, "moga ALLAH berbuat apa yang sepatutnya sama ada memberi hidayah ataupun turunkan bala setimpal apa yang telah dilakukan mereka beserta dengan sekutu-sekutu mereka."
Dalam pada itu, Bernama melaporkan polis akan memanggil saksi bagi mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik semasa ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.

Polis panggil saksi pergaduhan di JMR Gombak

Polis akan memanggil saksi bagi mendapatkan keterangan berhubung pergaduhan penyokong dua parti politik semasa
ceramah umum pemimpin pembangkang di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak malam tadi.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Rosly Hassan berkata polis mempunyai rakaman video berhubung kejadian itu yang berlaku pada pukul 9.30 malam yang menyebabkan dua lelaki berusia 37 tahun cedera di dahi dan bahu  dipercayai akibat terkena objek yang dibaling seperti batu dan botol air.
  
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
  
Beliau berkata kekecohan dikatakan berlaku apabila kira-kira 250 lelaki tidak berpuas hati kerana ceramah yang turut dihadiri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di kawasan berhampiran kediaman mereka.
  

Cairo calm with more protests due

Philippines typhoon kills more than 200

YB Sen Dr Syed Husin Ali Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2013

YB Sen Dr Syed Husin Ali Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2013

YB Sen Dr Syed Husin Ali Bahas Rang Undang2 Perbekalan 2013

Najib Bangla PAU 2012

Gaza : Mati Syahid Kerana Agama

Hukum HISAP Ganja - Ep2 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Motor MANDI Air Yasin Elak Accident ? - Ep2 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

MUSLIMAH Dirikan Jemaah Baru Dalam MASJID - Ep2 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

Dapat LIHAT Amalan Seseorang ? - Ep2 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus

21. SJ12. Keberkatan Pada Rambut Nabi? - Dato' Dr MAZA

20. SJ11. Musik Islam? - Dato' Dr MAZA

19. SJ10. Bagaimana Ajar Anak? - Dato' Dr MAZA

18. SJ9. Difitnah Makan Harta Orang Mati & Anak Yatim? - Dato' Dr MAZA

17. SJ8. Ambil Upah Mandikan Jenazah atau Ajar Al-Qur'an? - Dato' Dr MAZA

16. SJ7. Ikhlas & Ihsan Lebih Baik Daripada Hukum? - Dato' Dr MAZA

MEJA BULAT (Edisi 11) : Negara Islam - Hak Bukan Islam (Bahagian 2)

MEJA BULAT (Edisi 11) : Negara Islam - Hak Bukan Islam (Bahagian 1)

Today in History for December 5th

NATO approves missiles on Turkey-Syria border

Assad forces mount counter-attack against advancing rebels

Life in Syrian refugee camps

Typhoon Bopha wreaks havoc in the Philippines

Progress of Typhoon Bopha

Samseng umno gombak- pemuda umno melalak tapi jahil diperbodoh oleh najib

LGE : Mana Janji Ditepati ?

Mahkamah Sesyen Khas Rasuah percepatkan pendakwaan: SPRM

Malala Yousafzai

Pesalah lalu lintas berkaitan kamera AES 10 mengaku salah 4 dibebaskan dengan amaran

Genneva-Bank Negara dan Kerajaan BN Kena Bertanggungjawab - LGE

Sad State of Tanjung City Marina - LGE

GSF: Himpunan selamatkan felda 28 Disember 2012

GSF cadang himpun 28 Disember 2012

Peneroka GATCO protes di hadapan SUK Negeri Sembilan

Nurul Izzah: UMNO/BN akan main politik perkauman utk menang pilihanraya!

Tragedi 13 Mei: Dewan Muslimat ajak Shahrizat debat

Samseng umno gombak- sedang buat kecoh bila Anwar sedang berucap.

Insiden Gombak bayangan 13 Mei Shahrizat?

Ulasan Anwar mengenai PAU 2012

Anwar : Najib ketakutan dengan Mahathir

JMR Gombak : Pakatan Optimis Menang Besar PRU 13

Anwar : Najib ketakutan gergasi besar dalam pakatan

Siapa Lagi Keras Kepala? Bagus, BN Perak Terus Bergolak!


Kepimpinan Barisan Nasional Perak dikatakan bertembung secara langsung dengan Presiden MIC, G Palanivel disebabkan isu calon dan peruntukan kerusi di negeri ini bagi parti terbesar berasaskan kaum India di negara ini.

Sumber mendedahkan, sementara Palanivel berkeras mengekalkan beberapa veteran parti sebagai calon bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang, kepimpinan BN negeri yang diketuai oleh Menteri Besar haram, Zambry Abdul Kadir mahu MIC untuk mengemukakan calon baru dan boleh menang, terutama pemimpin muda.

Zambry tidak berpuas hati terhadap Palanivel, yang juga ketua MIC Perak, telah menegaskan bahawa beberapa pemimpin "tamat tempoh" diberikan kerusi negeri untuk bertanding pada pilihanraya umum ke-13, kerana dalam tempoh empat bulan akan datang, sumber itu juga mendedahkan.

Seorang pemimpin parti, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu bahawa "kedegilan" Palanivel mungkin merosakkan peluang MIC memenangi kerusi di negeri ini.

Mahathir kata marah tak sampai tembak, bunuh tapi ini apa..........

Keputusan mahkamah sangat tidak adil – Keluarga Aminulrasyid

KUALA LUMPUR 5 Dis: “Keputusan mahkamah memang sangat tidak adil kepada pihak kami,” kata Azura Amzah, kakak kepada Aminulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati anggota polis dua tahun lalu.
Keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan tertuduh, Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Semasa mahkamah mengumumkan keputusan itu pagi tadi, Azura dan keluarganya tidak ke mahkamah, tetapi mengikuti perkembangan melalui internet.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan keputusan tersebut selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.
Pada 13 September tahun lepas, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Keadilan untuk Aminulrashid: Peguam Negara didesak fail rayuan

KUALA LUMPUR 5 Dis: KEADILAN gesa Peguam Negara segera failkan rayuan berhubung kes kematian remaja lelaki 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak polis dua tahun lepas.
Naib Presidennya, N Surendran mahu rayuan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang membebaskan Koperal Jenain Subi dari tuduhan menyebabkan kematian Aminulrashid.
“Keputusan tersebut amat mengecewakan keluarga mangsa dan peguam. Ia adalah keputusan yang tidak betul,” kata Surendran, wakil peguam kes itu.
“Kita menggesa Peguam Negara agar fail rayuan secepat mungkin untuk dapatkan keadilan bagi pihak Aminulrashid. Itu tugas Peguam Negara, kita tak boleh fail rayuan sebab ia adalah kes jenayah,” jelasnya ketika dihubungi.
Aminulrashid mati ditembak polis berhampiran rumahnya di Shah Alam pada awal pagi, 26 April 2010. Sebanyak 21 das tembakan mengenai tubuh remaja itu.
“Kita juga tak puas hati dengan cara polis kendalikan kes tersebut. Dari awal, polis cuba tutup kes. Kemudian buat cerita tak betul tentang mangsa dan sekarang polis yang menembak mati itu pula dilepaskan,” kata Surendran .
Ibu Aminulrashid, Norsiah Ahmad sebelum ini menuntut janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya mahu memastikan siasatan kes itu dijalankan secara telus dan adil.

Alasan Biasa : Polis tak pasti kumpulan mana buat provokasi dan kacau program PKR..!!!

Perkara ini dinyatakan timbalan ketua polis Gombak, Superitendan Rosli Husin yang dihubungi hari ini.
PETALING JAYA: Polis Gombak belum mengenalpasti pihak yang membuat provokasi dalam program jelajah merdeka rakyat anjuran PKR di Gombak malam tadi.
Perkara ini dinyatakan timbalan ketua polis Gombak, Superitendan Rosli Husin yang dihubungi hari ini.
“Kita tak pasti mereka dari parti mana. Yang kita pasti ialah mereka ialah orang tempatan di kawasan itu, bukannya orang luar,” kata beliau.
Beliau menjelaskan bahawa polis dapat mengawal keadaan setelah berlaku provokasi di luar kawasan ceramah.
Tambah beliau, ada dua orang tercedera dalam kejadian itu.
“Seorang terkena botol di dahi dan seorang lagi terhiris di dahi. Lukanya kecil dan memerlukan empat jahitan sahaja.”
Rosli menambah bahawa punca hirisan tersebut tidak dapat dikenalpasti oleh mangsa kerana kawasan tersebut mempunyai lambakan bahan binaan rumah kampung.
Beliau turut menegur pihak penganjur kerana tidak mematuhi akta perhimpunan aman 2012.
“Penganjur memberi notis pada kami pada Selasa lalu  iaitu lapan hari sebelum ceramah sedangkan akta perhimpunan aman 2012 menetapkan bahawa penganjur perlu memberi notis 10 hari sebelum ceramah diadakan,” katanya lagi.

Skandal RM40j: PKR ke ICAC Hong Kong semula



KUALA LUMPUR: PKR akan ke Hong Kong semula bagi menyerahkan bukti kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) berkaitan skandal rasuah RM40 juta yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

(Kunjungan wakil PKR ke ICAC sebelum ini)


Menurut laporan Keadilan Daily, delegasi PKR itu akan bertemu ICAC pada 13 Disember ini sebagai memenuhi permintaan suruhanjaya itu supaya bukti yang diperlukan pihaknya diserahkan untuk membuka semula siasatan kes tersebut.

“Kita akan bertemu ICAC 13 Disember ini dan serah dokumen yang mereka tiada, termasuk semua dokumen transaksi. Ia bagi membantu ICAC dapatkan bukti kes,” kata salah seorang wakil deligasi, Chang Lih Kang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja itu juga mendakwa, bukti berkenaan juga akan diserah kepada Ahli Parlimen (MP) Hong Kong yang ditemui sebelum ini untuk dibawa kepada Mesyuarat Panel Keselamatan Hong Kong.

Special Branch on his tail? But Musa has too many stories to tell & he's DESPERATE

When you have a shrewd prime minister (PM) like Mahathir Mohamad, a compliant top cop (IGP) like Musa Hassan and a highly questionable Attorney-General (AG) like Abdul Gani Patail, so many things can be concocted to maintain the status quo and 'disguise' if not outright hide the system painstakingly built by Mahathir and his UMNO party to siphon out the nation's money - right to the very last drop.
Special Branch on his tail? But Musa has too many stories to tell & he's DESPERATEWe all know of Mahathir's misdeeds such as his abuse of power, wastage and plundering of the national treasury without saving for a rainy day, thus leaving the Malays 'high and dry' like beggars in their own birthplace.
Make no mistake, Mahathir managed to create some Malay millionaires and even a few Malay billionaires, but like an ex-MRCB chairman said, “What is the meaning of having a few billionaires when tens of thousands other have to close shop?” Still, in Mahathir's book, he is the grand savior and hero of the race and no one should question him. It is not him but the "ungrateful" Malays who are to blame for their own plight.
Pit of crocodiles
Now, let's get back to Musa Hassan, who retired as Inspector General of Police in September 2010 amid a public quarrel with Home Minister Hishammuddin Hussein. Musa and his two other famous siblings Jalaluddin, the actor, and Fuad, the former Ampang Jaya UMNO Member of Parliament, were born to a very religious family. They grew up in a strict but not too rich environment. As a result, they have had to work hard and fend for themselves.

Musa Hassan: Kalau tidak diperbetulkan, negara akan rosak.....Musa nak betulkan kesilapan lalu..!!!

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini menyatakan tindakan beliau mengeluarkan komen berkenaan camputangan sesetengah menteri dan ahli politik dalam urusan polis kerana keadaan sudah semakin teruk dan jika tidak diperbetulkan, negara akan rosak . "Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang.
"... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak.
"Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Manurut Musa (gambar), sejak akhir-akhir ini campurtangan menteri semakin dalam pasukan polis semakin parah berbanding dahulu.

Bisu dan Pekak : 'Kenapa Najib, Rosmah tak nafi dakwaan Deepak?'


 
Naib presiden PKR N Surendran mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansoh masih belum menafikan dakwaan yang dibuat ke atas mereka oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Katanya, Najib dah Rosmah perlu menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak itu.

"Mereka tidak seharusnya mengada-adakan pembohongan mengenai penglibatan kami dalam soal ini," katanya kepada Malaysiakini.

Surendran berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dalam laporan New Straits Times hari ini bahawa ketua pembangkang itu memainkan peranan dalam dakwaan Deepak.

Deepak exposé: Perkasa screams slander

PKR is using the businessman against Najib and Rosmah, says the Malay rights group.

PETALING JAYA: Perkasa today accused PKR of slandering Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor through businessman Deepak Jaikishen.
“Since the beginning I didn’t trust this Deepak character,” said Perkasa secretary-general Syed Hassan Syed Ali. “People who get involved with an immoral leader are immoral themselves.”
Yesterday, pro-Umno blogger Papagomo posted a poorly lighted video featuring a man who looks and sounds like Deepak speaking of the circumstances surrounding the businessman’s recent press interviews, which resurrected allegations that Najib and Rosmah were involved in the bribery of private investigator P Balasubramaniam.
Papagomo’s posting alleged that Opposition Leader Anwar Ibrahim was behind Deepak’s exposés.
The man in the video named several other PKR leaders, including vice president N Surendran and Subang MP R Sivarasa.
Both Sivarasa and Surendran have dismissed claims that PKR was involved in the exposes, saying they were only representing Deepak for a court case involving a land deal that went sour.
Syed Hassan alleged that PKR was losing support and had resorted to slander to regain it.

Serang JMR Gombak : Politik Ganas Makin Sukar Dikawal

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa ceramah Merdeka Rakyat yang dihadiri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Gombak, Selangor malam tadi diganggu lagi, berakhir dengan pergaduhan membabitkan penyokong PKR dan Umno.
Dalam insiden itu, anggota PKR dan Umno dilaporkan mengalami kecederaan termasuk ada yang ditikam.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kali ini selain serangan batu, tong sampah dan peralatan lain, "kita dikejutkan oleh tikaman pisau yang disyaki dilakukan oleh salah seorang anggota Pemuda Umno."
Serangan itu dilaporkan berlaku di pekarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara.
Pemuda Umno dijadual mengadakan sidang media di Kuala Lumpur tengah hari ini berhubung insiden tersebut, yang menarik perhatian ketika Pilihan Raya Umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
"AMK tegaskan bahawa ini merupakan tindakan bacul dan ala pengganas. Dalam tweet Ketua AMK malam tadi, Khairy selaku Ketua Pemuda Umno telah didesak untuk menjelaskan insiden berdarah ini," kata beliau.
Kata beliau, jika ini benar pihaknya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia agar segera mengambil tindakan tegas menahan pihak terbabit.
Khairy menerusi Twitter pagi ini berkata, "insiden Gombak semalam: Siasat semua pihak. Politik keganasan mesti ditolak. Tapi siapa mula provokasi? Orang BN cedera."