Isnin, 3 Disember 2012

Tok Guru Disayangi Rakyat..Tapi Dibenci Oleh Syaitan Dikenali....





Israel settlement plans prompt ambassador withdrawls

Egypt Prepares for Controversial Referendum

Egypt judges to boycott Mursi's constitution referendum

02/02 Episod 2 KEMAH KEMING Ustaz Azhar Idrus

01/02 Episod 2 KEMAH KEMING Ustaz Azhar Idrus

Meyda Sefira : Tok Guru Pemimpin Contoh

RAKYAT JOHOR MESTI TURUN RAMAI-RAMAI DI KL 12-1-2013

Ustaz Azhar Idrus- Panas...!!! bolehkah doa melaknat orang yang menzalimi kita

Selamat Hari OKU

Selamat Hari OKU buat semua teman-temanku. 
Teruskan perjuangan. Salam solidariti.

Kawan Baik Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan Bongkar Skandal Najib Mengenai Altantuya Dan..?

Najib Deepak Kawan Baik Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan Bongkar Skandal Najib Mengenai Altantuya Dan..?
Yang mana mengikuti perkembangan Berita Semasa daripada mula, kami pernah menerbitkan laporan berita mengenai P. Balasubramaniam DI SINI menyentuh kes berprofil tinggi melibatkan pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shariibuu yang dikatakan sarat dengan elemen seks, rasuah, penyelewengan & penyelahgunaan kuasa dan pembunuhan. 
Terbaru, P. Balasubramaniam hilang entah ke mana, timbul pula Deepak Jaikishan. Siapa pula Deepak Jaikishan?
Deepak Jaikishan hanya sekadar seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan karpet sahaja tetapi mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan Rosmah Mansor. Baru-baru ini, Deepak Jaikishan ada muncul dalam wawancara beliau dengan Malaysiakini dan mengatakan beliau :
  • Deepak Jaikishan sendiri ada mengaku membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. Hebat….
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Amanat Najib : Perang Kepada Pakatan Rakyat. Fitnah PAS, Pluralisme PKR & Perkauman DAP!

Najib Perhimpunan UMNO Amanat Najib : Perang Kepada Pakatan Rakyat. Fitnah PAS, Pluralisme PKR & Perkauman DAP!
Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2012 telah pun melabuhkan tirainya…seperti yang dijangka Datuk Najib Razak mahukan anda sebagai rakyat Malaysia menolak parti-parti pembangkang kerana undi anda kepada mereka membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.

Datuk Najib melontarkan persoalan & peringatan kepada amaran kepada rakyat Malaysia.
  • Adakah kita mahu anak-anak anda sesat akidahnya?
  • Adakah anda mahu anak-anak anda gelap masa depannya?
  • Anda anda mahu negara ini jadi porak peranda?
  • Adakah anda sanggup memperjudikan masa depan negara?
  • Adakah anda sanggup memperjudi masa depan negara?
Jika semua jawapannya tidak, Datuk Najib Razak mahukan anda semua juga katakan tidak kepada PKR, tidak kepada PAS, tidak kepada DAP. Ini kerana Datuk Najib mahukan anda semua sama-sama menentang…..

PBB beri amaran langkah Israel 'bunuh' proses damai

PBB PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) - Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memberi amaran langkah Israel membangunkan kawasan penempatan baru, melibatkan 3,000 unit rumah, akan memberi kesan buruk ke atas prospek pelan damai dengan Palestin.

Israel mengumumkan rancangan itu, yang lokasinya belum diumumkan dengan jelas, sehari selepas PBB meluluskan permohonan mengiktiraf statusnya di badan dunia itu.

Media Israel melaporkan bahawa projek itu terletak di E1, kawasan antara Baitulmuqaddis barat dan penempatan Maaleh Adumim.

Palestin mengecam projek E1 kerana ia jika dilaksanakan akan memutuskan Tebing Barat kepada dua, utara hingga selatan, selain merumitkan lagi proses damai.

Menangislah kerana takut Allah

Oleh Detik Islam
Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis? Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya. 


Akan tetapi terdapat beberapa kajian untuk membuktikan kebalikan dari keyakinan orang-orang jahil tersebut.

Dalam al-Quran menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"

Seperti dilaporkan dari laman Al-Sofwa, satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan Belanda menemui kebaikan di sebalik menangis bahawa kebanyakan orang merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada saat yang sama, hanya satu orang dari 10 yang keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas menangis ).

Ahli psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.

Najib perlu jawab 10 soalan ini!

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Perdana Menteri Najib Razak untuk menjawab segera 10 soalan penting sebelum PRU13 diadakan. Sebenarnya Najib Razak telah menjadi Perdana Menteri yang sarat dengan paling banyak skandal dalam sejarah Malaysia serta ada keperluan untuk beliau tampil ke depan dan bersihkan nama.

AMK berpendapat kegagalan Perhimpunan Agung UMNO dalam mengemukakan sebarang pandangan dan halatuju negara dalam mencapai perubahan yang baik kepada rakyat. PM Najib Razak langsung tidak menyentuh tentang isu rasuah dan penyelewengan dalam UMNO, tetapi memilih untuk serang dan mengaibkan Pakatan Rakyat.

Perbuatan Najib Razak bukan sekadar menunjukkan bahawa UMNO telah hilang keyakinan untuk menang dalam PRU13. Sekiranya beliau ada keikhlasan untuk mengakui kesalahan yang dibuat oleh UMNO/BN sejak dulu, maka 10 soalan yang dikemukakan oleh AMK perlu dijawab dengan serius agar rakyat dalam menilai dengan informasi yang mencukupi dan gambar yang sebenar.

SOALAN 1: Sekiranya Najib Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling demokratik di dunia, kenapa sampai hari ini masih enggan untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Bukankah berdebat adalah sebahagian penting dalam sistem demokrasi?

Bukti Mahathir yang pimpin Umno, bukannya Najib

Oleh NIGEL AW (Malaysiakini) 
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyebut nama Tun Dr Mahathir Mohamad semasa perhimpunan agung Umno kerana beliau "tidak mempunyai pengaruh" untuk menguatkuasakan pandangannya sendiri, dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan".

"Saya tidak fikir dia mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Dr Mahathir)," katanya. "Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini.

Najib, dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lepas, mengisytiharkan bahawa Dr Mahathir bersedia menyokong calon pilihan raya pilihannya walaupun jika dia (Mahathir) tidak sukakan mereka.

Jangan takut tukar kerajaan yang rasuah dan zalim

Oleh AZIZ MUDA 

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini diseru bangkit menjadikan PRU-13 tidak lama lagi sebagai gelanggang terbaik untuk menukar Kerajaan Umno-BN kepada Pakatan Rakyat yang lebih prihatin, adil, telus dan mesra rakyat.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, ketakutan Umno terhadap jatuhnya mereka dalam PRU-13 telah digambarkan dengan jelas oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam Ucapan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC, 29 Nov lalu.

Najib ketika berucap meminta rakyat tidak cuba-cuba bereksperimen untuk menukarkan kerajaan dalam PRU-13 kerana Umno-BN merupakan parti yang terbukti relevan sepanjang zaman sebagai pilihan utama. 

"Suka tidak suka, persoalan ini sangat asasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui secara nyata sebelum membuat keputusan paling penting bersabit masa depan mereka. Pilihanraya bukan satu uji kaji.

"Lima tahun ialah jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku hatta sebuah negara yang berjaya pun akan gagal dan tersungkur," kata Najib mempengaruhi ahli Umno dan rakyat negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Satu Malaysia Tolak Apa ?

Oleh Ahmad Zawawi
Saya  melihat  “  Doa ”   hancurkan  UMNO/BN   oleh  ahli  PAS  baru-baru  ini  seperti  sudah  berhasil.  Ini  adalah  dari  apa  yang  terpacul  daripada  mulut  pemimpin-pemimpin  tertinggi  UMNO  sendiri  semasa  mereka   berucap (mengulung)  dipenghujung  persidangan  tahunan  baru-baru  ini.

 Naib-Naib  Presiden,  Timbalan  dan  juga  Presiden  memulakan  ucapan  (mukadimah)  dengan  melafazkan  salam  Satu  Malaysia  tolak  fitnah.  Ianya  dipancarkan  keseluruh  negara  oleh  stesen-stesen  TV.
Bercakap  tentang   perkara   fitnah   ini   bukankah  mereka  yang  menjaja  fitnah  dengan  mengatakan  Malaysia  akan  bankrap  jika  rakyat  tukar  kerajaan.  Negara  akan  mengalami  sekali  lagi  13  Mei  jika  rakyat  memileh  Pakatan  Rakyat  memerintah  pada  PRU  13  nanti  dan  berbagai  lagi  andaian  jika  rakyat  menolak  BN.
Saya  juga  melihat  Pakatan  Rakyat  terutama  PAS  bukan  sekadar  berdoa  malah  sentiasa  berdepan  dengan    masaalah  rakyat  dan  segera  membantu  menyelesaikan  segala  bantuan  perlu  kepada  yang  berhak  mendapat  pembelaan.

Pas syor PR umum nama bakal PM selepas penamaan calon


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencadangkan agar Pakatan Rakyat  (PR) mengumumkan nama bakal Perdana Menteri daripada kalangan mereka selepas penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mustafa Ali "Waktu paling sesuai diumumkan secara rasmi siapa bakal Perdana Menteri ialah selepas penamaan calon, supaya rakyat ada clear choice selepas itu," kata beliau dipetik Harakahdaily.

Cadangannya itu bagaimanapun kata beliau, terletak pada budi bicara pimpinan tertinggi PR.
Jelasnya, cadangan itu akan memberi semangat kepada penyokong PR untuk bekerja memenangkan calon masing-masing dalam pilihan raya umum nanti.

"Kerana untuk jadi Perdana Menteri mesti bertanding dalam PRU13 dan mesti menang. Jadi selepas penamaan calon kita sudah ada nama bakal perdana menteri," katanya.

Namun katanya, soal siapa jadi Perdana Menteri bagi PR nanti akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi apabila sampai masanya.

Ada agen Umno berucap dalam Muktamar PAS?

Oleh KHALID SAMAD
Sepertimana yang diketahui umum, muktamar PAS ke-58 telah selamat berjalan dengan lancarnya dari 16 hingga 18 November di PUTIK Kelantan. Tulisan ini bercadang untuk mengemukakan pandangan saya mengenai apa yang telah berlaku di Muktamar tersebut. Saya akan menulis mengenainya dalam dua bahagian.


Bahagian pertama pada pagi Jumaat ini akan membincangkan persoalan ‘apa yang ingin dicapai oleh pimpinan melalui muktamar ini’ dan ‘apa yang sebenarnya telah tercapai’ mengikut padangan saya.

Dalam Bahagian kedua pula saya akan mengupas beberapa isu yang timbul yang sedikit sebanyak menunjukkan adanya kekeliruan di kalangan ahli berhubung isu tersebut.

Muktamar PAS tahun ini amat dinanti-nantikan kerana ianya merupakan Muktamar terakhir sebelum berlakunya PRU ke 13. Ramai yang berharap ianya akan menzahirkan kepada semua ahli PAS satu hala tuju dan cogan-kata khusus bagi memenangkan calon PAS di kawasan-kawasan yang ditandingi mereka. Dan sememangnya inilah yang telah diusahakan oleh pimpinan parti.

YANG INGIN DICAPAI PIMPINAN PAS PUSAT

Ini bukti Najib lemah, Anwar jauh lebih cekap !

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah pengurus ekonomi yang cekap kerana gagal menangani krisis kewangan Asia yang melanda Malaysia pada tahun 1997-1998.  kata Perdana Menteri  dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra beberapa hari lalu.   Kata-kata  Najib tak lebih dari tuduhan membabi-buta tanpa disertakan sebarang fakta..  Cara terbaik menilai keupayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:
Zaman Najib, Hutang Negara mencecah RM456 billion,  manakala lebihan/ Defisit (%) =  - 4.8%       Zaman Anwar (1997), hutang Negara cuma RM89 billion, Lebihan Defisit (%) = 2.4%                             
Sepanjang  Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, satu ketika dulu, beliau memastikan hutang negara semakin berkurangan,  bahkan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehingga tahun 1997.  Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Anwar. 

Kenapa takut dengan doa?


Assalamualaikum,,.. Untuk sekian kalinya kita dapat melihat UMN0 mengelabah dengan doa.Kalau sebelum ini UMNO cukup sinis dengan doa tetapi kali ini doa Nik Razi cukup berkesan untuk memporak perandakan UMNO dan sekutunya.Berbagai bagai reaksi yang boleh kita lihat sejak doa itu dibaca sehinggalah PAU yang lalu.

ISMA, Hassan Ali dan beberapa NGO suruhan UMNO melompat terkinja kinja untuk mengatakan doa itu tidak patut dibaca sehingga nama Erdogan diheret sama.Kenapa jadi macam ni, sedangkan ketika umat berdoa dengan doa orang orang yang dizalimi pada PRU yang lepas, UMNO selamba ajer?Ketika doa kemusnahan Mat Said, MB Terengganu dalam peristiwa Masjid Bujal, reaksi Mat Said dan UMNO pun selamba malah Mat Said dengan mendabik dada mengatakan doa itu tidak memberi kesan apa apa kepadanya.

NAJIB RAZAK mimpi ngeri ALANTUYA isu sex dan pembunuhan

Oleh: mohdnoorawang

"Tamat PAU (persidangan agung UMNO di PWTC). Semua perwakilan dan pemerhati UMNO disemua sayap pulang kedistinasi masing masing dengan membawa buah tangan berbentuk arahan, adudomba, sumpahseranah, kebencian yang melampau, fitnah mengila, menghina ulama dan islam bermula bersidang dan berakhir sidang PAU 2012.

Itulah kelebihan pemimpin UMNO bermula dari PM dan perwakilan yang membahas ucapan dasar Najib Razak. Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Putri UMNO dan UMNO tua berlagak dan berucap seperti dirasuk syaitan menghentam tokoh dari Pakatan Rakyat.

Namum diluar dewan Najib Razak dan keluarganya dibongkar dengan pendedahan bekas rakan karib Datin Sri Rosmah Mansor dalam isu pembunuhan wanita Monglia Altantuya.

Bekas rakan karib Rosmah Mansor seorang peniaga karpet bernama Deepak Jaikishan pengakuan brsumpah (SD) P. Balasubramaniam yang kedua tidak sah .

Untuk rekod pengakuan bersumpah pertama Bala menyebut penglibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya. Tanggal 1Julai 2008 penyiasat persendirian P. Bala mendedahkan hubungan Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam akauan bersumpah , Anrata dakwaan yang terkandung ialah:-

- Najib Razak memberitahu Razak beliau pernah melakukan hubungan seks bersama Altantuya.

- Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

- Altantuya menuntut wang komisen sebanyak US$500,000 daripada Razak berhubung pembelian kapal selam

Meyda Sefira Kecek Kelate

Mat Sabu: Umno fears the facts of history

Jangan Ketawa : SD1M...memang wujud..!!!

SD1M (Seluar Dalam 1 Malaysia) akan diberikan kepada remaja yang berumur 21 tahun dan berpendapatan di bawah RM1000....

Bancian Online Sinar Harian Jam 8.30 Malam 3-12-2012

Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda:

Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon
 
6 % (489)
Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon
 
2 % (199)
Tidak akan kerja masa PRU13
 
7 % (580)
Saya akan sabotaj Umno-BN
 
31 % (2586)
Saya akan lompat parti
 
53 % (4410)
Jumlah Undian: 8264

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?

Pas
 
94 % (10589)
Umno
 
6 % (670)
Jumlah Undian: 11259
 

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, perikatan pilihan anda?

Barisan Nasional
 
7 % (720)
Pakatan Rakyat
 
93 % (10255)
Jumlah Undian: 10975


Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU13?

Saya yakin
 
6 % (623)
Saya tidak yakin
 
90 % (9772)
Saya tidak pasti
 
5 % (494)
Jumlah Undian: 10889

3 ekor

Oleh Newkk

UMNO arah supaya semua bilik gerakan petiundi dibuka mulai sekarang sehingga PRU13. Itu tanda-tanda pembubaran Perlimen akan berlaku pada bila-bila masa dan paling akhirnya bulan April 2013.

Iatu tarikh yang sedang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Tarikh bagi menentukan parti mana yang akan menguasai pemerintahan kerajaan. Mungkinkah berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Banyak tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan kejatuhan BN pada PRU kali ini, yang terbaru apa yang berlaku semasa Persidangan Agong UMNO Malaysia ke 66 baru-baru ini. Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri telah gagal menarik minat pengundi-pengundi supaya ghairah menyokong UMNO pada PRU nanti kerana tidak ada perkara yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada pembangkang. Isu-isu hambar dan ejakan yang kurang memberi semangat juang kepada ahli saja kedengaran.

Kenyataan sokongan untuk kebajikan rakyat tidak memberi impak yang besar bagi mengalihkan sokongan rakyat yang sekarang begitu bersemangat menyokong pembangkang kepada UMNO dan BN. Hanya dua perkara yang tidak akan dinikmati keseluruhan kepada pengundi iaitu tambahan pinjaman wang TEKUN dan kaji semula akta kebengkrapan.

Apa yang ditonjol disepanjang persidangan berlangsung tidak banyak yang boleh dibawa pulang oleh perwakilan untuk dihayati apabila sampai dikampung-kampung. Isu-isu lapuk masih dicanang oleh para pembahas. Tidak ada teguran yang meresahkan para pemimpin kerana budaya bodek masih tebal dikalangan UMNO.

Baju KO BN!!


Baju KO BN BE.. END KO !! Sempena doa munajat di Stadium Negeri Kelantan laris di pasaran. Baju ini boleh menggeggarkan HATI dan JIWA penganut UMNO/BN!!!

BNM not authorised to return gold money, says deputy minister

Lim said BNM could only release the funds if compelled to do so by a court order. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 3 ― Gold traders must file for a court order if they want to reclaim money from accounts suspected of being used in illegal investment schemes, Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim has said. He was reported telling the Senate that Bank Negara Malaysia has no legal authority to the return to investors’ money from accounts it had frozen, following calls for the central bank to lift the suspension of the assets, including from former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Investors can file a third party suit to the court for the return of their money or assets,” the senator was reported by state news agency Bernama as telling the Dewan Negara today.
He added that the central bank could only release assets that had been tied up in suspected criminal activities under the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 with a court order.
Lim was replying to a question from Senator Chew Lee Giok, who asked if investors whose assets have been seized under the alleged illegal trading scheme could recover their monies.
He advised would-be investors to check the background of the companies before pumping any money into any scheme.
Dr Mahathir, an advocate of the gold standard and who has urged for its adoption in global trade following the decline of the US dollar, had last week urged Bank Negara to release assets from giant gold trading firm, Genneva Malaysia.

13 Mei : PR Jempol buat 6 laporan polis ke atas Shahrizat


PR Jempol buat 6 laporan polis ke atas Shahrizat
Anggota Pakatan Rakyat menunjukkan tiga daripada enam salinan laporan polis dibuat semalam. Turut kelihatan, Kok Seong (tiga, kanan).
JEMPOL - Pakatan Rakyat (PR) Jempol hari ini buat enam laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol dekat sini berhubung kenyataan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpunan Agung Umno, baru-baru ini.

Laporan berkenaan membabitkan beberapa pemimpin PR setempat termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.

Najib takut bantah campur tangan Mahathir

PETALING JAYA 3 Dis: Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
“Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas.
“Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib tidak boleh bertindak tegas terhadap bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil (ketika terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tak boleh bayangkan beliau boleh bertegas dengan Mahathir,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Anwar berkata, beliau tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13.

Rahman Mydin mahu jadi ombak pecah tembok usang


TASEK GELUGOR: Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Seri Rahman Maidin bersedia jadi ombak untuk memghempas benteng pantai sehingga pecah.
(Rahman Mydin berucap di pentas PAS di Tasek Gelugor)

Ujarnya, "biar pecah benteng lama yang sudah tidak kukuh.  Kita bina kembali dengan benteng yang kuat dan padu.

"Jika digambarkan suasana di lautan saya pilih ombak sebab ombak dia boleh bersihkan pantai bahkan bukan setakat bersih dia boleh hancurkan benteng yang tak kukuh, " ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas berucap di majlis makan malam anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang dengan kerjasama PAS Kawasan Tasek Gelugor di Taman Desa Murni, Sungai Dua Semalam.

Ini adalah antara majlis awal Rahman selepas mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS.

Japan checks motorway tunnels as collapse claims more victims

Bill and Melinda Gates: Changing the world

Ahmadinejad: 'You can't rule with war'

PC : Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah

Anwar Ibrahim: Bukan Perhimpunan Agong UMNO, Itu Perhimpunan Agong "Anwar"

Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kedah - 7 Disember 2012





ALOR SETAR - Lebih 50,000 orang dijangka hadir pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah yang akan diadakan pada 7 Disember 2012 di Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, di sini.

Pengerusi DAP Kedah yang juga pengerusi bersama program, YB. Lee Guan Aik berkata, perhimpunan yang bermula pada jam 2 petang itu akan menghimpunkan ahli-ahli dari PAS, DAP dan Pakatan Rakyat (PKR).
“Bas Jelajah Merdeka Rakyat juga akan turut serta dalam perhimpunan yang diadakan itu selain ucapan daripada Cikgu Bad pada jam 5 petang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena majlis Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini.
Menurutnya, semua pemuda dari PKR akan turut menyampaikan ucapan dan perhimpunan secara besar-besaran akan bermula pada jam 8 malam.

GURU AGAMA YANG DIPECAT (JAWI), AKAN DIAMBIL SEMULA BEKERJA DENGAN SYARAT PERLU MENJADI AHLI UMNO TERLEBIH DAHULU!!!!


Guru agama sementara dari Labuan yang dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, mendakwa menerima borang keahlian Umno selepas ditelefon seorang pemimpin Umno setempat.

Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara.

Qatrun mendakwa dalam perbualan telefon sebelum itu beliau
dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.

NAJIB LEBIH HEBAT DARI TUN MAHATHIR....MAMPU BUAT MAK CIK-MAK CIK MENANGIS HANYA DENGAN KATA-KATA SAJA...

  TUN MAHATHIR MENANGIS MERAUNG 

AHLI-AHLI UMNO BUAT TAK KISAH!!!!!


TERNYATA NAJIB RAZAK JAUH LEBIH HEBAT DAN BERKARISMA DARI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD?????

Hukuman Hudud cara UMNO : Warisan penjajah ....Turun Gred lebih rendah..

Adat resam resmi tradisi budaya penjajah masih kekal berada dalam budaya melayu UMNO,,semakin tinggi pangkat, jawatan dalam sesuatu organisasi semakin kurang hukuman yang bakal diterima jika melakukan sesuatu kesalahan..

Jadi aku tak rasa hairan sedikit pun kalau mamat ni dikenakan hukuman yang paling ciput...


Malulah sikit,, awak tu orang Islam,, janganlah malu dengan Allah S.W.T , sebab kalau ada persaan malu dgn Allah sudah tentu perkara ini tak berlaku,, tetapi malulah dengan sorang seorang bekas pengarah CIA David Petraues  yang sudah tentu kafir bukan Islam tetapi ada intergriti...



Sekadar turun gred, tak ada hal.... duit elaun pun tak habis nak guna,,, lepas ini bodek sikit Rosmah dan Najib,, boleh adjust balik,,sebab peluang kedua masih ada..


Apa nak dikata,, UMNO menjajah budaya dan hukuman syariah agama Islam di bumi Malaysia..

Tokoh Korporat Dedah.. Kekayaan Negara Hanya Untuk Kroni..!!!


Apa makna segelintir jadi billionaire tapi puluh ribu peniaga lain gulung tikar?
Kisah Mazlan Aliman berjaya 'lamar' Dato' Seri Abd Rahman Maidin

Hanya kroni UMNO tertentu yang kaya raya, peniaga Melayu bukan kroni merempat dan gulung tikar...


Oleh: MAZLAN ALIMAN

Dato' Seri Abd Rahman Maidin, 66 tahun, seorang tokoh korporat yang tidak asing kepada kita. Terlibat dlm dunia perniagaan selama 32 tahun, melalui syarikatnya MRCB, pernah menguasai TV3 suatu ketika dahulu.

Terlibat aktif dalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia selama lebih 25 tahun. Beliau sangat mengetahui situasi peniaga2 bumiputera yang terhimpit dan menjadi mangsa percaturan ahli perniagaan Umno yang memonopoli semua projek2 kerajaan.

Beliau mula menjarakkan diri di hujung pemerintahan Dr Mahathir kerana kecewa dengan polisi Kerajaan yang melonggokkan projek untuk beberapa kerat ahli korporat yang menjadi kroni pemimpin Umno. 

KALAULAH SAYA SOKONG DAP DIANGGAP ANJING,BABI ATAU ANAK HARAM SAYA RELA DIPANGGIL SEDEMIKIAN

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/559683_478979595487826_311368671_n.jpg

Kalau lah saya sokong DAP Dianggap ANJING,BABI atau ANAK HARAM saya rela dipanggil sedemikian, tetapi jika Kita sokong UMNO atau menjadi ahli UMNO satu perkara yang mulia saya sanggup Di panggil 1000 Kali anjing,Babi,dan anak haram...tetapi saya x sanggup menjadi barua UMNO yg menjual nama bangsa,ugama,Malah negaranya sendiri Demi kepentingan politik kotor mereka....

HAS SOMEONE BEEN SMOKING 'GANJA': BN to regain two-thirds majority

The Umno's morale has been boosted after the Umno General Assembly and even its goal has changed.
Umno President Datuk Seri Najib Razak set retrieving the two-thirds of parliamentary seats as the new goal. As the Prime Minister, he must have a certain degree of confidence to say so or he would have to face both internal and external pressure once he fails to achieve the goal.
HAS SOMEONE BEEN SMOKING 'GANJA': BN to regain two-thirds majorityNajib is very clear that he is just a "transition prime minister", who received the regime directly from Tun Abdullah Badawi. In other words, he has not received a formal mandate from the people.
To be a strong leader, he must lead his team and win the election. And he understands that if the BN just barely wins, the regime will be inevitably unstable while his perso
Abdullah's experience showed that Umno needs a powerful regime instead of a simple majority ruling.
Umno's demand is very clear, namely to win two-thirds of the parliamentary seats and retrieve Selangor. Only that will be called the true victory of Umno and the BN coalition.
Retrieving the two-thirds majority is meant to ensure regime stability. In addition to passing law amendments in Parliament, it can at the same time rout the Pakatan Rakyat's morale and weaken its threat.
Meanwhile, the need of winning back Selangor is because the state is the essence of the country with rich resources and developed economy. It is also a political centre. The BN cannot afford to lose it again.

SPAD halang pemandu teksi perbaharui lesen

KUALA LUMPUR 3 Dis: Langkah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjadikan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik sebagai alasan menghalang pembaharuan kad pemandu teksi dibantah Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan.
“Tidak termaktub dalam mana-mana Akta Pengangkutan Jalan bahawa SPAD berhak menghalang pembaharuan kad pemandu.
“Ada 79,500 pemandu teksi di seluruh Malaysia. Sebahagiannya mempunyai kesalahan trafik. Namun SPAD tak boleh jadikan saman agensi lain untuk nafikan hak pemandu perbaharui kad pemandu. Ini menafikan hak mereka.
“Lebih baik kuasa perbaharui kad pemandu teksi diberi kepada JPJ dan trafik. Bubarkan sahaja SPAD,” katanya kepada Keadilan Daily.
Dalam pada itu, jelas Amran, terdapat sesetengah saman ke atas  pemandu yang tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan. Beliau memberi contoh pemandu tertidur di tepi jalan ketika menunggu penumpang juga disaman.
Amran turut mempersoal adakah SPAD yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk mengarahkan agensi lain menghalang pembaharuan kad pemandu.
Kegagalan memperbaharui kad itu, katanya, menyebabkan pemandu beroperasi seolah-olah secara haram dan tidak boleh mendapat sebarang manfaat, misalnya skim Tayar Rakyat 1Malaysia.
Amran Jan (kanan) mengunjungi SPAD untuk kepastian mengenai tindakan suruhanjaya itu menghalang pembaharuan kad pemandu.
Amran hari ini bersama beberapa aktivis BBPTB bertemu wakil SPAD di UTC, Pudu Sentral, bagi mengajukan isu berkenaan.
Ketua Wilayah Tengah SPAD, Norhaslinda Mohd Ishak ketika ditemui memaklumkan, pihaknya tidak boleh memberikan sebarang maklum balas kerana perkara itu perlu dirujuk kepada pihak atasan.

Selangor : Lima Pejabat Daerah dan Tanah Terima Insentif RM 200,000...zaman UMNO@BN penyapu dapat le..!!!


SHAH ALAM, 3 DIS : Lima Pejabat Daerah dan Tanah Selangor berjaya mencatat peratusan dan jumlah kutipan hasil cukai tanah tertinggi sepanjang tahun lalu.
Pejabat Daerah dan Tanah Petaling mencapai jumlah kutipan hasil cukai tanah keseluruhan paling banyak iaitu lebih RM 156 juta, sementara peratusan kutipan cukai tanah tertinggi didominasi Pejabat Daerah dan Tanah Klang, diikuti Gombak, Sepang dan Kuala Selangor.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyerahkan insentif berupa wang tunai sejumlah RM 200,000 kepada kelima-lima Pejabat Daerah dan Tanah yang berjaya mencapai sasaran ditetapkan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif diberikan berdasarkan tiga aspek, iaitu peratusan kutipan sasaran cukai tanah semasa melebihi 95 peratus, sasaran tunggakan cukai tanah melebihi 75 peratus serta jumlah kutipan hasil cukai tanah paling banyak.
“Dahulunya kita hanya berikan RM 100,000 kepada mana-mana pejabat daerah yang mencapai sasaran 95 peratus.

’1,000 foreign workers died in M’sia last year’

The Al-Jazeera television station also claims that foreign workers in Malaysia work in so-called 3D conditions – dirty, dangerous and difficult.

by Jared Pereira
PETALING JAYA: More than 1,000 foreign workers died from accidents, illnesses and suicide in Malaysia last year, while thousands of immigrant workers have lost their lives in the country over the last few years, an Al Jazeera report claimed.
“They [foreign workers in Malaysia] work in so-called ’3D’ conditions – dirty, dangerous and difficult,” the international television station said in a programme called 101 East.
In a 25-minute video report by Chan Tau Chou entitled “Worked to Death”, Al Jazeera claimed that the high death rate is a result of slack safety standards, poor housing conditions and weak enforcement of laws to protect the foreign labour.
It claimed that Malaysia was the largest importer of labour in Asia where migrant workers provide cheap labour in construction, manufacturing and plantation industries.
“There are more than three million foreign workers, of which nearly a third are undocumented. Most of the migrant workers come from Bangladesh, India, Indonesia and Nepal.
“Desperate to repay debts from the high recruitment agency fees and under financial pressure from their families back home, migrant workers are vulnerable to exploitation. Many suffer non-payment of wages, abuse, serious injuries and even death,” the report claimed.
The video report depicts the mundane and often extremely dangerous lifestyle migrant workers are subjected to in Malaysia.
It also features the plight of these foreign workers, who are ill-protected against exploitation which involves the non-payment of salaries, physical abuse and most significantly, death.
Gruesome experiences

Surendran hauled up by police ahead of stateless Malaysian Indians protest on Dec 12

Surendran hauled up by police ahead of stateless Malaysian Indians protest on Dec 12
Police have summoned PKR vice president N Surendran for questioning after he brought to public attention the plight of stateless Indians despite having lived in Malaysia for decades.
"This is a police crackdown on PKR's mass rally for stateless Malaysians planned for December 12 in Putrajaya. They are also investigating me for the march at Brickfields by stateless Indians that took place on November 24," Surendran told Malaysia Chronicle.
His lawyers, PKR legal affairs director Latheefa Koya and former Bar president Ambiga Sreenevasan, were also present at the IPD at Jalan Travers.

Indeed, with the general election just months away, the votes of the minorities, especially the Indians, have become "very sensitive" to Prime Minister Najib Razak's BN coalition which may lose its stranglehold on power if it continues to fail to stem the flight of votes.
Hence, "heavy handed" interference by the police has been expected but Surendran warns such tactics will only backfire and convince the community to vote for change.
Red IC despite being born in Malaysia!
Surendran and his Pakata Rakyat coalition have claimed there are at least 300,000 Malaysian Indians who have been cut out of the nation's economic, social and educational systems due to "systemic neglect" by the BN federal government and its refusal to issue proper papers and citizenship documents to this group of people.

Anwar: Pemimpin Umno mula takut hilang kuasa....untuk berhadapan dengan mahkamah rakyat..!!!

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) membidas Perhimpunan Agung Umno 2012 digunakan oleh pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu sebagai platform mempertahankan kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU13), bukannya membincangkan soal kebajikan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Umno yang takut kehilangan kuasa juga telah menggunakan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai isu untuk menjejaskan peluang PR.
Selain itu kata beliau, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membangkitkan isu 13 Mei jika PR menang sebagai usaha untuk menghidupkan kembali karier politiknya yang semakin malap ekoran skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Menurutnya, Shahrizat sengaja menimbulkan isu peristiwa hitam itu untuk memulihkan kembali pengaruh politiknya sekali gus menyemai perasan takut di kalangan rakyat.

Beliau berkata, hujah yang dikeluarkan Shahrizat bukan sahaja biadap tetapi boleh dikategorikan sebagai hasutan.

"Shahrizat sengaja menyeru kembali 'hantu' 13 Mei untuk menakutkan rakyat.

Perhimpunan Umno medan Najib serang PR, menakut-nakutkan rakyat

PETALING JAYA 3 Dis: Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir Sabtu lalu gagal menyentuh isu asas melibatkan kepentingan rakyat, sebaliknya menjadi medan serangan terhadap Pakatan Rakyat dan menakut-nakutkan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan berbentuk penipuan dan penghinaan itu diketuai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
“Kami mengecam kenyataan tidak bertanggungjawab beliau bahawa Malaysia akan hilang kedaulatannya dalam tiga tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah,” tegas Anwar pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Beliau berkata, ucapan pembukaan Najib dipenuhi serangan terhadap pemimpin Pakatan, terutama ke atasnya, dalam gaya bahasa yang tidak wajar dilafaz oleh seorang negarawan.
“Apakah dasar baru yang dibentangkan (PAU) demi kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan, perumahan dan pendidikan?” soalnya.
Anwar berkata, isu 13 Mei yang dibangkitkan semula dalam PAU bertujuan menimbulkan permusuhan dan ketakutan di kalangan rakyat dan bersifat hasutan serta boleh dianggap sebagai jenayah.

Perhimpunan Umno Tidak Fokus Masalah Rakyat, Hanya Semai Kebencian


PETALING JAYA, 3 DIS: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam tidak memfokuskan terhadap dasar kerajaan dan masalah yang dihadapi rakyat sebaliknya hanya berminat meniup api perkauman termasuk cuba menghidupkan kembali ‘hantu 13 Mei’.
Tindakan Umno itu disebabkan timbulnya perasaan ketakutan pemimpin Umno akan kehilangan kuasa apabila ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tindakan menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara masyarakat Melayu dengan bukan Melayu.
“Seterusnya menyemai budaya ketakutan dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya Umno kehilangan kuasa,” kata Anwar di dalam satu kenyataan akhbar.
Anwar juga berkata tindakan tersebut merupakan suatu hasutan dan boleh dianggap sebagai satu jenayah.