Ahad, 2 Disember 2012

Undian Online Sinar Harian : BN Boleh Kuasai 2/3 Parlimen Pada PRU13..!!!!

Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU13?

Saya yakin
 
8 % (149)
Saya tidak yakin
 
86 % (1612)
Saya tidak pasti
 
6 % (108)
Jumlah Undian: 1869

 

Undian Online Sinar Harian : Selepas PAU....BN Makin Menjadi Pilihan Rakyat..!!!

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, perikatan pilihan anda?

Barisan Nasional
 
9 % (157)
Pakatan Rakyat
 
91 % (1623)
Jumlah Undian: 1780

 

Undian Online Sinar Harian : Selepas PAU...Pengundi Pilih UMNO Lagi...!!!

Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?

Pas
 
91 % (1555)
Umno
 
9 % (147)
Jumlah Undian: 1702

 

SIDANG AKHBAR: Dato Seri Anwar Ibrahim Memberi Komen Mengenai Perhimpunan Agung UMNO

Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media berkenaan Perhimpunan Agung Umno seperti tertera di bawah:

TARIKH/MASA: 3 DISEMBER 2012 [11:30 PAGI]
TEMPAT: IBUPEJABAT KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya

Undian Online Sinar Harian : Soalan Cepumas Najib Dah Jadi Mimpi Ngeri Buat UMNO

Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda:

Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon
9 % (112)
Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon
3 % (41)
Tidak akan kerja masa PRU13
10 % (121)
Saya akan sabotaj Umno-BN
40 % (480)
Saya akan lompat parti
38 % (461)
Jumlah Undian: 1215

 

Analisis: Najib perlu menang 2/3 elak dilema.....keadaan UMNO makin tak stabil..!!!

G MANIMARAN
AGM Umno
IKRAR TAAT SETIA... Perwakilan bersama-sama melafazkan ikrar taat setia pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno, semalam. - Foto Bernama
 
ANALISIS - Dalam ucapan penggulungan setahun lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyentuh aspek keyakinan bahawa partinya akan memperolehi majoriti dua pertiga di Parlimen. Mana nada itu tidak didengar sepanjang setahun lalu kecuali kenyataan, pandangan dan keprihatinan untuk menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun situasi yang berbeza disaksikan sekitar jam 7 petang semalam.

Selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno, Najib melahirkan keyakinan akan memperoleh majoriti dua pertiga dengan syarat tiada unsur sabotaj dalam parti. Parti yang dimaksudkan Umno. Umno salah satu komponen Barisan Nasional (BN). Maknanya, ia merangkumi komponen-komponen perikatan itu secara keseluruhan.

Hari ini, beliau memberi peringatan kepada komponen BN.

Seminggu sebelum Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin memberitahu bahawa BN akan memperoleh kerusi minimum 120 jika PRU diadakan sekarang.

Ia akan mengalami peningkatan apabila PRU13 dipanggil kemudian, katanya dengan merujuk kepada kajian beliau. PRU13 sudah jelas hanya akan diadakan tahun depan. Bukannya dalam tempoh 28 hari akan datang.

Seorang lagi penganalisis memberitahu bahawa kerusi selamat bagi BN bawah 100.

UMNO GA 2012 Summing Up: Najib faces Internal Sabotage over Winnable Candidates

NONEEvery year, the UMNO General Assembly is a colourful military-precision display of unity and organisation. But underlying the careful choreography in this year’s meet is the party’s pressing problem that has become all too apparent – internal sabotage.
Although several party officials broached on the prickly subject during the five-day conference, the job of imploring everyone to be on the same page fell on Party President Najib Abdul Razak.
Almost the entire first half of his 45-minute closing speech was spent building his case for party members to accept his choice of “winnable candidates” for the coming general election.
This included name dropping two former Premiers – Dr Mahathir Mohamad and Abdullah Ahmad Badawi – labouring to impress the audience how the two had to sacrifice themselves for the greater good of the party.
NONECapping his extended sales pitch Najib continued the tradition started by his Deputy Muhyiddin Yassin at the last general assembly, in leading delegates in an endless loyalty oath and prayer that eventually lost steam.
Najib’s predicament is notable as previously, local party leaders had much clout in determining the choice of candidates. The system usually meant that many leaders could nominate themselves repeatedly, even if it was to the detriment of UMNO’s chances at the polls.
But the clock is ticking for Najib to rein in disgruntled local leaders, as polls are expected to be called in four months at the most.
Fractured UMNO no secret
According to political analyst Wan Saiful Wan Jan, Najib’s plan to reform the candidate selection process is clearly facing inertia and that there was a disconnect between the top leadership and local leaders.
“It is a public (open) secret that there are many camps in UMNO, all paying loyalty to different leaders.

Undian Sinar Harian : Hanya 11 % yakin BN dapat 2/3, 89 % undi PAS




(Keputusan bancian antara PAS dan Umno))

KUALA LUMPUR: Hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3  kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang.

89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS  dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno.

Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian hari ini.


(Bancian tentang majoriti 2/3 oleh Sinar)

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu.

Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai  kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?"

Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67).

Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046.


(Bancian tentang sokongan antara BN dan PR)

Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?:

PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta.

Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129).

Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang.

Palestinians laud Abbas after UN vote

Perbezaan Perhimpunan UMNO Dengan Muktamar PAS

Oleh Shahbudin Husin
Perhimpunan Agung UMNO tahun ini yang berakhir semalam diadakan hanya berselang dua minggu dengan Muktamar Agung PAS yang diadakan di Kota Bharu pertengahan bulan lalu. Kedua-duanya, UMNO dan PAS saling menyedari bahawa perhimpunan dan muktamar tahun ini adalah yang terakhir sebelum piliharaya umum diadakan.


UMNO berhimpun kali ini dalam suasana ketakutan hilang kuasa, sementara PAS pula dalam keghairahan mahu menggenggam kuasa.

Ini menjadikan suasana kedua-duanya dapat dilihat mempunyai perbezaan yang nyata.

Dalam perhimpunan UMNO kali ini, bermula daripada ucapan dasar yang disampaikan oleh Najib selaku Presiden UMNO, serangan terhadap pembangkang dan tokoh-tokohnya begitu jelas dapat didengari. Nama Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan lain-lainnya begitu menghantui pemimpin UMNO sehingga mereka dan parti masing-masing dilabelkan dengan pelbagai gelaran oleh perwakilan dan pemimpin yang berucap di majlis penggulungan.

Meskipun ada mesej perpaduan dan ingatan supaya jangan ada sabotaj terhadap parti dan calon yang dipilih tetapi nada ucapan Najib menggambarkan ketakutan beliau terhadap perkara ini mungkin memberikan mimpi lebih buruk kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti.

Umno panik, wajah baharu hanya untuk hadapi PRU13

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli-ahli Umno kini ternyata begitu panik untuk menghadapi PRU13, sehingga terpaksa menukar identitinya daripada bersongkok hitam tinggi kepada berkopiah putih merah.
Perubahan yang mengejutkan itu dilakukan oleh mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, di sini yang berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember , bagi menonjolkan imej sebenar mereka yang kononnya sememangnya Islamik.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, tanpa disedari oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri, perubahan tersebut akan menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai. "Dengan perubahan itu, mereka ingin menonjolkan kepada orang ramai kononnya mereka lebih Islamik dan lebih bertanggungjawab dalam membela agama berbanding PAS. Pada hal, itu semua bergantung kepada soal attitude mereka.
"Malah seperti yang dikatakan oleh bekas pemimpin Umno sendiri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, perjuangan Umno sekarang untuk keluarga dan kroni-kroni mereka, bukan untuk orang Melayu apatah lagi untuk Islam," katanya.
Ketika dihubungi 27 November lalu, beliau berkata, meskipun mengubah identiti, orang ramai tetap sedar dan faham Umno bukanlah parti yang memperjuangkan Islam.

Israel lulus bina 3,000 rumah baru

BAITULMAKDIS
BAITULMAKDIS: Beberapa jam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memberikan taraf kenegaraan kepada Palestin, Israel kelmarin bertindak balas dengan mengumumkan tindakannya meluluskan pembinaan 3,000 rumah baru bagi rakyatnya di kawasan petempatan Tebing Barat dan Baitulmakdis Timur.
Seorang pegawai, yang enggan namanya disiarkan, berkata pemerintahnya juga memutuskan untuk mempercepat kerja-kerja perancangan bagi ribuan lagi rumah di kawasan yang sensitif itu, berdekatan dengan Baitulmakdis, yang disifatkan oleh para pengkritiknya bakal menyekat harapan rakyat Palestin untuk mencapai sebuah negara.
Keputusan yang dibuat di PBB kelmarin jelas menaikkan status Palestin dalam badan dunia itu. Ia kini menjadikannya "sebuah negara bukan anggota" PBB, berbanding dengan sebelum ini Palestin dianggap hanya sebuah "entiti".
Usul itu disokong oleh 138 negara, ditentang sembilan negara, manakala 41 negara tidak mengundi. Ia mencerminkan pengasingan diplomatik semakin meningkat bagi Israel.

Provokasi Israel, sekat dana Palestin


Benjamin Netanyahu TEL AVIV - Israel mengumumkan untuk menyekat lebih AS$100 juta (RM304 juta) bayaran cukai dan dana lain yang dikumpulkan oleh mereka bagi pihak Palestin.
Sekatan itu diputuskan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersama menteri Kabinet semasa mesyuarat mingguan di Tel Aviv, semalam. (ahad)
Tindakan itu diambil kononnya sebagai hukuman ke atas Palestin di atas kejayaan mereka menaik taraf status kepada negara pemerhati bukan anggota di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu.
Kabinet turut meluluskan resolusi yang menyebut bahawa Israel tidak akan berunding terhadap dasar PBB yang akan mengiktiraf Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Genting Gaza sebagai negara Palestin, lapor AP

Dalam satu kenyataan, Menteri Kewangan Yuval Steinitz berkata, kerajaan akan menggunakan wang yang sepatutnya dipindahkan kepada Palestin itu untuk membayar hutang di dalam negara.
Difahamkan, ini adalah 'serangan balas' kedua yang diambil oleh Israel selepas mereka mengumumkan rancangan untuk membina penempatan haram Yahudi termasuk pelan pembangunan di kawasan strategik di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Isu sabotaj dalam parti masih hantui Najib...budaya UMNO dulu kini dan selamanya khianat serta sabotaj...

NAMPAKNYA isu sabotaj dalam parti masih membimbangkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini khususnya di kalangan mereka yang tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum Malaysia akan datang yang harus diadakan selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.
Dalam ucapan penggulungannya sempena hari penutup Perhimpunan Agung Umno ke-63 semalam, Perdana Menteri Malaysia itu sekali lagi membayangkan kebimbangannya itu.
"Saya percaya musuh tak berapa kuat. Yang saya khuatir sikit saja… soal kita sesama kita," kata Datuk Seri Najib, sambil merujuk kepada isu sabotaj yang pernah menyebabkan perikatan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen semasa pilihan raya umum pada Mac 2008.
Semasa menyampaikan ucapan menggulung perbahasan perhimpunan itu, yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan, Datuk Seri Najib berkata beliau ingin menanyakan kepada para perwakilan Umno satu 'soalan cepumas'.


 "Kalau anda tidak terpilih sebagai calon adakah anda akan sokong sepenuhnya calon yang dipilih oleh Umno dan Barisan Nasional?" tanya beliau.
Menurutnya, tinjauan itu penting, namun beliau tidak meminta anggota perwakilan memberikan jawapan ketika itu.

Hisham, SPRM, jangan lindungi Najib,, siasat segera!!

Dalam sehari dua ini, pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Deepak, seorang usahawan kapet terkenal, tentang penglibatan Najib dalam pembunuhan ngeri seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Sharibuu. Pengakuan bersumpah SB Bala kali kedua, dikatakan ada melibatkan Najib dan keluarga.

Dakwaan terbaru,, menurut Deepak lagi,, Najib terlibat dengan rasuah dalam satu projek kementerian pertahanan,  semasa menjawat Menteri Pertahanan pada 2006, di mana kes ini turut melibatkan ketua wanita Umno Selangor.  Najib bukan saja takut tetapi tentu sekali cemas atau lemas dalam berdiri.  Ini terbukti apabila peguam Perancis dilarang memasuki Malaysia setelah dijemput oleh ketua pembangkang untuk memperjelaskan isu kapal selam Scorpene kepada Ahli-Ahli Parlimen Malaysia.

Dengan isu rasuah kapal selam, pembunuhan Altantuya dan terbaru isu rasuah dalam kementerian pertahanan, ia sudah menjadi seperti bangkai gajah,, nak diserkup tak boleh,, terlalu besar. Reputasi Najib kini benar-benar tercemar !  Sebelum SPRM menyelongkar lebih baik Najib angkat bendera putih!  Kepada Hishamudin Tun Husien,    jangan pula menghalang tugas SPRM mahu pun PDRM - sebagaimana yang dilapor oleh Musa Hasan bekas KPN baru-baru ini.  Walaupun Najib sepupumu siasat tetap siasat,!  Jangan tak siasat!!, Jangan cuba melindungi Najib kerana tembelangnya sudah pecah dan berbau hingga kehujung dunia !!

Oleh : rahimothman

Bekas menteri terbuang buat ugutan !

"Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam nggegara kita? Kita pastinya tidak mahu." Demikian petikan kata-kata Shahrizat dalam PAU 2012 kelmarin.

Cakap-cakap begini memang berbentuk ugutan. Sudah 12 kali PRU dijalankan di Malaysia. Pernahkah berlaku sekali pun rusuhan yang berpunca dari pembangkang. Belum pernah,, sedangkan rekod telah membuktikan Umno lah yang mencetuskan peristiwa 13 Mei setelah mereka kalah dalam pilihanraya 1996 dulu,, bukan pembangkang!!  Jangan main taik le kak Ijat!! Kalau sendiri pernah berak di tengah jalan kenapa meramalkan orang lain akan buat benda yang sama? 
 

Kenapa doa kehancuran UMNO mesti diistiqamahkan

Oleh: senik

"Assalamualaikum,...
Doa kehancuran UMNO mesti terus diamalkan secara istiqamah oleh setiap orang Islam yang beriman. Kenapa? Kerana UMNO menerusi PAU terbarunya mengesahkan kezaliman dan kebathilan mereka. UMNO mengesahkan bahawa mereka tidak mahu mendengar peringatan yang disampaikan hatta orang orang agama dalam UMNO sendiripun sudah mengakui keperluan untuk berdoa seperti mana nabi Nuh yang pernah berdoa untuk kehancuran umatnya yang degil dan enggan menerima peringatan untuk kembali ke jalan yang benar(cerita nabi Nuh ini bukan cerita dongeng tetapi cerita yang diceritakan sendiri oleh ALLAH dalam quran).

Sejarah telah melakarkan bagaimana UMNO sejak dulu enggan mendengar nasihat dari orang orang yang berilmu untuk melaksanakan kerangka lengkap carahidup Islam. Bukti nyata keengganan UMNO ini terserlah menerusi usaha yang pernah dibuat oleh almarhum Prof Ahmad Ibrahim yang kemudiannya diiktiraf oleh UMNO sebagai anak melayu paling cerdik.

Sheikh Sudais - Kaba Wash 2012 29th November [15th Muharram 1434]

Ucapan "meneran" Najib, Deepak, Musa dan royalti Kelantan

Oleh Ahmad Lutfi Othman
SELEPAS mengikuti Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu baru-baru ini, dan melihat dari dekat semangat serta komitmen perwakilan Parti Islam itu, khususnya untuk berdepan PRU13, saya harap dapat menyaksikan sepenuhnya Ucapan  Dasar Presiden Umno (tentunya disiarkan secara langsung oleh semua stesen televisyen utama), pagi Khamis, 29 November lalu.
Sebagai pengamal media, walaupun menerajui organ parti, saya teruja untuk melihat sendiri situasi para aktivis dua organisasi politik terbesar, PAS dan Umno, di ambang pilihan raya paling sengit ini. Sekurang-kurangnya dapat juga membuat penilaian dan perbandingan lebih seimbang. Boleh sahaja membaca ucapan perasmian dan penutup Presiden Umno dalam akhbar esoknya, namun saya lebih gemar mendengar intonasi dan melihat lenggok badan secara terus.
Semasa sihat bugar dahulu, terutama semasa era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, saya akan cuba mempastikan hadir di PWTC, terutama pada sesi penggulungan, pada hari terakhir persidangan Umno. Tentunya pidato Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Umno waktu itu, turut menjadi tumpuan. Anwar diakui mempunyai keistimewaan tersendiri, termasuk berupaya menyindir bosnya, Mahathir. Apa pun, saya kira ucapan Sanusi Junid selepas kalah pemilihan Naib Presiden pada 1993, mengenai gejala politik wang dalam Umno dengan mengaitkan lambang-lambang dalam setiap wang kertas,  terakam kukuh dalam ingatan.
Ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi, satu pembaharuan dibuat, iaitu siaran langsung sesi perbahasan persidangan oleh Astro. Ia langkah berani, mungkin bertujuan untuk mempromosikan lagi Umno kepada khayalak lebih luas, tetapi malangnya menerima padah dan kesan negatif kepada Abdullah. Banyak persoalan sensitif yang dilemparkan perwakilan telah menyinggung perasaan masyarakat bukan Melayu dan mungkin kemudiannya menjadi faktor mereka menolak BN dalam PRU12.

Pengerusi DAP Pulau Pinang ramal BN menang 120 kerusi jika PRU diadakan sekarang

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chan Kon Yeow meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi 120 kerusi dan 100 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), jika pilihan raya umum (PRU) diadakan sekarang.
Ahli dewan undangan negeri (Adun) Padang Kota itu berkata, akar umbi DAP harus menumpukan fokus dalam menghadapi pilihan raya dalam masa 50-100 hari sebelum pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini.
“Ramalan yang terbaru menunjukkan Barisan Nasional masih di hadapan kita, mereka diramalkan akan menang 120 kerusi berbanding 100 kerusi Pakatan Rakyat jika pilihan raya diadakan sekarang.
“Oleh kerana pilihan raya masih belum dapat diadakan sekarang, kita masih ada masa lagi untuk melipatgandakan usaha kita untuk menggugat Umno dan Barisan Nasional.
“Kita perlu menggunakan 50 hingga 100 hari yang akan datang untuk menentang Barisan Nasional habis-habisan,” kata Chan dalam ucapannya sempena Konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini.
Katanya, Umno dan BN sedar mereka perlu menghadapi pilihanraya yang sengit kali ini.
“Perhimpunan Agung Umno kali ini telah menjadi medan peperangan menentang Pakatan Rakyat dimana mereka masih menggunakan semangat perkauman, semangat Melayu untuk mengapi-apikan orang Melayu menentang Pakatan Rakyat.
“Pengundi bukan Melayu juga ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa sekiranya orang Melayu hilang kuasa, negara ini akan menjadi porak-peranda,” katanya.
Katanya lagi, DAP mahu menyakinkan orang-orang Melayu mereka tidak akan hilang kuasa di tanah sendiri.

PRU13. UMNO tanpa sokong Pemuda dan Puteri.

Oleh newkk
Selesailah sudah Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, setelah 5 hari dilangsungkan di PWTC Kuala Lumpur, Wanita, Pemuda dan Puteri telah menyanyi dengan nada yang sumbang disepanjang perhimpunan tersebut kerana tidak ada apa yang boleh dihayati oleh perwakilan sebagai ilmu bagi menghadapi pilihanraya umum kelak. 

Wanita hanya sempat mengaitkan peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya PR menang PRU13 nanti, satu andaian yang sengaja dibuat untuk menarik perhatian dan mengalehkan isu daripada ahli-ahli persoalkan trajedi NFL yang melibatkan pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta yang telah memaksa PM Najib tidak terus melantik Ketua Wanita UMNO, Sharizat Jalil sebagai menteri.

ISTANBUL AKU DATANG - "YOU PELUK I KAT KL OK JER"?!!

Today in History for December 2nd

Egypt top court delays key ruling on constitution

1 Juta Ke Grand Finale Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Haruslah lebih serius...?

Oleh SELENA TAY
Dalam mukasurat 4 sebuah akhbar harian tempatan bahasa Inggeris bertarikh 25hb November 2012, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah dilaporkan berkata bahawa pilihanraya boleh diadakan pada bulan Disember

Setelah membaca berita ini, penulis pun memberitahu berita tersebut kepada seorang penjual sayur di pasar pagi Kepong yang sering bertanya mengenai bila pilihanraya akan diadakan.
Apabila mendengar berita mengenai pilihanraya itu, penjual sayur tersebut berkata demikian demi mengulas laporan tersebut, "Saya berharap Perdana Menteri kita adalah serius mengenai perkara ini kerana ia melibatkan urusan pentadbiran dan masa depan negara.
Jika BN sudah bersedia, barulah pengumuman boleh dibuat tetapi jika BN belum nak buat pilihanraya atau tarikhnya belum dipilih atau belum ditetapkan lagi, usahlah diumumkan dulu. Janganlah menggunakan proses penetapan tarikh pilihanraya ini sebagai satu 'game' atau menganggapnya sebagai satu hal yang remeh."

Selangor Sasar 2,500 Keluarga Dapat Bantuan Tadika Tahun Depan

PETALING JAYA 2 DIS : Kerajaan Negeri mensasarkan penyertaan 2,500 keluarga dalam Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) pada tahun depan di seluruh negeri dengan peruntukan dana RM 3 juta.
Setakat ini, skim tersebut mendapat sambutan yang menggalakan dengan penyertaan 1,500 keluarga dalam lima bulan sejak ia dilancarkan Julai lalu kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.
“Tunas adalah langkah bagi membantu ibu bapa (berpendapatan rendah) dengan setiap keluarga mendapat bantuan RM 50 sebulan menerusi pusat asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor,” Dr Halimah berkata.

Polis soalsiasat tujuh orang berkaitan Perarakan Hijau

Sekurang-kurangnya tujuh orang telah dipanggil polis untuk disoalsiasat berhubung Perarakan Hijau setakat ini, Himpunan Hijau, termasuk dua ahli parlimen PKR, kata ketua publisitinya, Lee Chean Chung.

tian chua kampung railway residents protest 3Mereka adalah ahli jawatankuasa pergerakan itu Dr Phua Kia
Yaw dan Bang Seet Peng, pemilik sebuah SUV yang digunakan semasa perarakan - Jimmy Wong dan isterinya, ketua PAS Gombak Ishak Surin, dan Ahli Parlimen - Tian Chua (kanan) dan Sivarasa Rasiah.

Manakala polis Kuantan menyoalsiasat Phua dan Bang hanya tentang Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Februari, Lee berkata masanya adalah "membingungkan", kerana ia telah hampir sepuluh bulan berlalu sejak perhimpunan itu diadakan.

Kedua-duanya enggan menjawab sebarang soalan di ibu pejabat polis daerah Kuantan semalam.

Perarakan Hijau merupakan kembara sejauh 300 kilometre dari Kuantan ke Kuala Lumpur sebagai membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dan kumpulan itu tiba di Dataran Merdeka pada 25 November selepas dua minggu perjalanan.

Menurut Lee, Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah dipanggil untuk disoal siasat semalam.

Musa enggan ulas dakwaan Hishammuddin beliau cuba alih tumpuan perhimpunan Umno

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan enggan mengulas dakwaan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa isu yang dibangkitkan beliau sebagai percubaan mengalih perhatian dari Perhimpunan Agung Umno yang berjalan dari 27 November hingga 1 Disember.
“Itu saya tak boleh komen, itu pandangan dia, suka hati dia lah.
“Kalau dia rasa macam tu, itu pendapat dia, saya pun ada pandangan saya sendiri,” kata Musa (gambar) semasa dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
Jumaat lalu, menteri dalam negeri melihat isu dibangkitkan Musa tentang berlakunya campur tangan menteri Kabinet dan ahli politik dalam urusan pihak polis adalah percubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada perhimpunan yang sedang berlangsung.
Hishammuddin menegaskan, isu yang dibangkitkan adalah isu sampingan dan kementeriannya sudah memberi penjelasan ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen sebelum ini.
“Ada mana-mana pihak cuba alih (perhatian) dengan isu sampingan ... saya harap orang ramai jangan terkeliru dalam pemikiran dan agenda mereka.

Pemimpin UMNO seleweng tanah Melayu, cuba salahkan Pakatan Rakyat


GEORGE TOWN, 2 DIS:  UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui “pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah”.
Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato’ Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam.
Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa “tiada ada sebiji pun” rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
“UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.
“Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ulama mahu bertenggek di pintu pemerintah tanpa telinga?

Dulu di sekolah rendah saya ada masuk kumpulan nasyid. Suara sebelum baligh jauh lebih merdu dari yang sekarang ini. Dalam banyak-banyak lagu nasyid yang saya hafal, ada satu lagu yang sangat saya gemari sehingga kini dan saya rasakan sangat relevan dengan berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di PWTC sana.
Nasyid yang saya maksudkan ini tajuknya ialah ‘Pengaduan Kepada Allah’, dipopularkan oleh kumpulan nasyid Nadamurni. Ini di waktu Al-Arqam dan nasyid-nasyidnya belum difatwakan sesat.
Rangkap pertama nasyid ini menyebut, ‘Tuhan Kau telah memberitahu kami, tentang peristiwa akhir zaman, peristiwa di zaman kami ini, melalui lidah NabiMu’. Rangkap-rangkap seterusnya tentang pemburuan manusia terhadap dunia dan perilaku jahat manusia terhadap manusia lain. Termasuk satu baris yang menyebut ‘Perempuan-permpuan dijadikan hiasan,’ yang mengingatkan saya kepada gambar di laman Facebook yang menunjukkan Timbalan Presiden UMNO disambut masuk ke persidangan dengan iringan gadis-gadis cantik di kiri dan kanan.
Namun yang lebih signifikan dalam nasyid ini ialah rangkap yang berbunyi, ‘Tuhan yang paling menakutkan NabiMu pernah bersabda, di akhir zaman yang paling jahat, ulama yang memandang dunia, tabiatnya busuk bak bau bangkai, siapa tercium kan mati jiwanya.
Ini mengingatkan saya kepada sekelompok cerdik pandai agama siap dengan janggut dan kupiah yang menganggotai UMNO. Bukan setakat menjadi anggota malah menjadi pembela setia kepada segala kegiatan parti tersebut. Yang terbaru hari ini ialah perwakilan Arau yang mengepalai jabatan alim ulama muda UMNO, Fathul Bari namanya.

Peluang terakhir untuk rakyat UBAH

Pada hari ini, DAP mengadakan konvensyen negeri Pulau Pinang untuk menguatkan keazaman kita dan menajamkan fokus kita untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13. Matlamat kita kali ini adalah mempertahankan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Pulau Pinang dan menewaskan UMNO dan Barisan Nasional untuk memenangi Putrajaya.
Tema konvensyen negeri ini adalah begitu jelas iaitu untuk mengembelingkan semua tenaga dan sumber kita dengan semangat perpaduan dan berpasukan untuk mencapai matlamat ini.
Konvensyen ini adalah konvensyen terakhir sebelum kita menghadapi pilihanraya umum. Saya percaya parti kita telah siap sedia menghadapi UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang paling penting bagi Negara kita.
Pilihanraya ini paling penting kerana ia akan menentukan nasib masa depan Negara kita, sama ada Negara kita akan berpeluang untuk menjadi Negara yang masih ada harapan cerah di bawah Pakatan Rakyat ataupun akan menjadi Negara yang akan terus menjunam ke lembah kejahanaman di bawah UMNO dan Barisan Nasional.
Melayu tak akan hilang kuasa…
Kita perlu menghadapi pilihanraya ini dengan penuh yakin walaupun kita perlu menghadapi UMNO dan Barisan Nasional yang tidak akan rela menyerah kuasa pemerintahan mereka dengan begitu mudah.
Ramalan yang terbaru menunjukkan Barisan Nasional masih di hadapan kita, mereka diramalkan akan menang 120 kerusi berbanding 100 kerusi Pakatan Rakyat jika pilihanraya diadakan sekarang.
Oleh kerana, pilihanraya masih belum dapat diadakan sekarang, kita masih ada masa lagi untuk melipatgandakan usaha kita untuk menggugat UMNO dan Barisan Nasional.
Kita perlu menggunakan 50 hingga 100 hari yang akan datang untuk menentang Barisan Nasional habis-habisan.

Live update: Taliban attack NATO base in Jalalabad

Five dead in Japan road tunnel collapse

The human cost of Syria's war

Death in Gaza Documentary [HQ]

Israel vs Palestine - a must see !!! documentary .

Documentary - Jews how they violate Palestinians Pt 1 of 2

Kisah yang wajib orang2 UMNO baca

Assalamualaikum , saya ingin berkongsi cerita dengan encik . . Saya bercuti di Kuala Lumpur , saya juga diberi penginapan di Hotel Sunway Putera ( Depan PWTC) , hadiah daripada boss saya kerana berkerja dengan cemerlang :)

Saya bercadang untuk berjalan-2 di sekitar bandaraya bersama

 keluarga saya. Untuk pengetahuan encik , DI PWTC , terdapat persidangan UMNO . Kebanyakan mereka menetap di Hotel yang saya duduk . Dengan ada nya mereka , penggunaan lif menjadi sesak sehingga saya terpaksa menunggu 1 jam 17 minit . Ya , 1 jam 17 minit . saya trlampau menyampah sehinggakan saya mengira berapa lama saya berdiri menunggu lif . Begini ceritanya

Sewaktu itu , pukul 3.30 , saya dan keluarga akhirnya berjaya melangkah masuk ke dalam lif . bilik kami di tingkat 23 . kami ingin ke hotel lobby (tingkat 9) . Ketika kami hendak turun , di tingkat 19 , ada sekumpulan orang umno ( 10 - 15 orang ) meluru masuk ke dalam lif . sampai ke orang kedua terakhir , alarm full lif berbunyi . Saya pun berkata " cik , tunggu lif satu lagi, jgn push , anak saya ada kat sni" . Salah seorang daripada mereka yang tidak dapat masuk berkata " Kami nak pi bersidang ni , cik boleh tak kluaq sat ?" WOW , mereka mengarahkan kami (saya dan kluarga) kluar daripada lif , hanya untuk mereka yang sudah terlambat ingin bersidang ? saya berkata " Cik , atas dasar apa cik nak suruh saya kluar ?" makcik tua umngok jawab " ATAS DASAR NAJIB , PM SAYA DAN KAMU" . 

Sedikit pertelingkahan berlaku , sehingga kan , anak saya yang paling besar itu ditolak kluar . saya ada 3 anak , 2 laki 1 perempuan . yang paling besar adalah yang paling bongsu . namanya Atif . Atif ditolak oleh seorang pakcik UMNGOK ke luar lif . saya marah dan terus memaki makcik itu balik . Mereka berkata mereka seharusnya pergi bersidang tepat pukul 3 . hei , sewaktu itu sudah pukol 3.30 - 3.40 . Nampak sangat orang UMNGOK ni tak tepati masa . Isteri saya sudah keluar dan saya mengalah lalu memberikan mereka lif yang saya susah payah menunggu di tingkat 23 itu . 

Share cerita saya ini kepada semua orang agar semua orang tahu UMNGOK NI GUNAKAN NAMA PM UNTUK SEGALANYA . FUCK UMNGOK

-Marwan-(bkn nama sebenar)

DAP jamin kuasa Melayu kekal bawah Pakatan


Kon Yeow
Kon Yeow (kanan) mengibarkan bendera ketika menyanyikan lagu parti pada Konvensyen Tahunan DAP hari ini.
 
GEORGETOWN - DAP memberi jaminan orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah air sendiri meskipun Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai parti itu, memerintah negara ini.
Sebaliknya, hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan hilang kuasa dalam arena politik.
Jaminan itu diberikan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika berucap padaKonvensyen Tahunan DAP negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata, Umno dan BN  juga sedar pihaknya perlu menghadapi pilihan raya yang sengit kali ini apabila menjadikan Perhimpunan Agung Umno 2012, yang berakhir semalam, sebagai medan menyerang PR.
Menurutnya, Umno masih menggunakan sentimen perkauman untuk mengapi-apikanagar orang Melayu menentang PR.
“Pengundi bukan Melayu juga ditakut-takutkan dengan ugutan bahawa jika orang Melayu hilang kuasa, negara ini akan menjadi porak-peranda.

Dalang di belakang Deepak dan Musa?

Ramai yang tertanya-tanya mengenai kemunculan serentak pendedahan 'berani mati' peniaga permaidani, Deepak dan Musa Hassan pada ketika Umno sedang rancak mengadakan Perhimpunan Agung Umno 2012 mereka.
Dalam 'pendedahan pek berkembar' ini, Deepak mendedahkan perihal penglibatan keluarga Najib bagi membantu membersihkan kekotoran yang ditinggalkan oleh surat Akuan Bersumpah (SD) Penyiasat Persendirian Balasubramaniam yang mengaitkan keluarga Najib dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuyaa.
Keluarga Najib meminta jasabaik Deepak agar memujuk Balasubramaniam membatalkan Akuan Bersumpah pertamanya dan digantikan dengan Akuan Bersumpah kedua. Deepak dijanjikan imbuhan bisnes jutaan Ringgit.

Namun kes kehilangan Balasubramaniam menjadikan Deepak sebagai sasaran keluarga Najib yang bimbang tembelang mereka akan pecah terburai. Pelbagai gangguan dan tekanan dikenakan ke atas Deepak agar beliau dapat mempastikan Balasubramaniam tidak berpaling tadah. Premis perniagaan karpet beliau telah diserbu oleh pihak penguatkuasa atas dakwaan yang direka-reka.

Perniagaan karpet Deepak menerima kesan dan terjejas teruk akibat daripada publisiti buruk yang beliau terima. Namun, sampai bila Deepak mampu bertahan apabila beliau terpaksa pula turun-naik mahkamah disebabkan urusan perniagaan yang tidak menjadi seperti yang dijangka.
Maka Deepak memilih untuk tidak berterusan menanggung bala akibat SD Bala dan keluar dengan pendedahan di khalayak. Beberapa siri pendedahan telah dilakukan oleh Deepak yang sedikit sebanyak memberikan impak kepada Najib dan keluarga. Terkini Deepak telah mendedahkan bahawa Rosnah, suami Najib bakal menerima durian runtuh sebanyak RM26 bilion hasil beberapa perniagaan yang melibatkan Rosmah termasuk harga 'tawaran tender' untuk menjadi 'calon boleh menang' Umno/BN dalam PRU-13 nanti.

Najib: Dr M masih memantau saya

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN), mengatakan bahawa perdana menteri keempat itu masih “memantaunya”.
Sementara melancarkan perhimpunan agung tahunan (AGM) Parti Progresif Rakyat (PPP) hari ini, Najib mengucapkan tahniah kepada Dr Mahathir kerana wawasannya menuju Wawasan 2020, pelan untuk Malaysia mencapai negara maju yang dilancarkan pada tahun 1991.
“Dia ada tugas yang mudah, tapi tugas saya susah,” kata Najib dalam nada bergurau.
“Dia umumkan wawasan tersebut, tetapi saya perlu mengisi wawasannya. Sebab dia masih memantau saya.”
Dr Mahathir juga disebut oleh presiden PPP Datuk Seri M Kayveas dalam ucapannya, dengan berterima kasih kepada bekas perdana menteri tersebut kerana sumbangannya kepada negara.
Kayveas menggambarkan Dr Mahathir sebagai “mutiara yang tidak ternilai harganya” dan arkitek moden Malaysia, yang beliau katakan punca pengaruh PPP untuk terus relevan.
“Tidak salah untuk saya katakan, PPP telah diberi sokongan penuh ketika zaman Tun sehingga menjadi parti yang stabil selepas sekian lama di zaman gelap,” kata Kayveas dalam ucapannya di hadapan 4,000 ahli PPP hari ini.
Dr Mahathir hadir dalam acara hari ini dan berkata BN boleh mendapat majoriti dua pertiga majoriti parlimen dalam pilihan raya nanti.
“Saya rasa hari ini kita boleh nampak, PPP contohnya, mempunyai semangat yang cukup baik,” kata Dr Mahathir selepas perhimpunan PPP hari ini.

Hak tanah rakyat dikembalikan sebaik Johor ditawan – Anwar

BATU PAHAT 3 NOV: Pakatan Rakyat akan mengembalikan hak rakyat Johor ke atas tanah mereka yang dirampas sewenang-wenang sebaik negeri ini ditawan dalam Pilihan Raya Umum ke-13, kata Datuk Seri Anar Ibrahim.
“Insya-Allah sebaik tawan Johor, kita sambut dengan kembalikan hak milik. Mandat diberi untuk pertahan hak rakyat. (Kalau) diambil, pampasan (kena) betul. Memang sukar tapi kita kena buat.
“Yang diambil tanah orang kampung. Tak boleh ikut suka. Kena hormat proses. Satu kesilapan oleh pemerintah akan memudaratkan satu generasi,” katanya.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap demikian depan 15,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Johor, di Parit Saleh Ros, Batu Pahat, malam tadi.
Anwar antara lain merujuk isu bantahan penduduk Batu 5, Kampung Md Noor, dekat Seri Gading yang membantah kawasan perkampungan mereka dijadikan pusat pelupusan sampah.

PAU 2012 DS Najib lebih hebat dari Tun Mahathir PAU 2002

Mereka berdua berbeza dari segala aspek, walaupun dalam satu parti UMNO dari segi kepimpinan,, Tun Dr Mahathir mempunyai tokoh kepimpinan dan karisma yang lebih tinggi, pandai berlakon,,, namun peristiwa semalam Najib ternyata lebih hebat,, 

Kenapa aku kata begitu... 


Bila aku tengok karikatur Pak Rossem di bawah ni baru aku teringat kembali...  

 
Perhimpunan Agung 2002, Mahathir menangis,, dengan lakonan hebatnya semua hadirin terpukau dan tertipu dengan lakonan tersebut,, kesian orang-orang UMNO asyik kena tipu....
Tetapi Najib lebih hebat dari Mahathir,, Tak percaya !....
Najib sanggup melanggar arahan Allah secara jelas dan terang,,, apakah Najib dan pemimpin UMNO dibelakangnya itu pakat amal ilmu sekadar niat tak perlu solat? .. Cuba lihat gaya tangannya tu..

170 syahid semasa 8 hari serangan Israel


GAZA: 800 rumah musnah samasekali, 170  syahid, 300 yang cedera parah, 1000  yang cedera rengan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga kini menjadi miskin tegar.

Itulah apa yang diperolehi Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) dalam tinjauan mereka ke Gaza.

Misi tinjauan dan mencari fakta  MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu.

Dalam tinjauan MAPIM di Gaza bermula sejak perang bermula apabila wakil MAPIM, Sany Araby, telah dapat masuk menyaksikan sendiri perang tersebut.

Misi kedua seramai lima orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong Mapim kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya.

IKLAN : Syabas vs. Selangor (Edisi Penuh)

Misi Gaza : Azeez makin agah..!!! Ulama muda Umno kata tak de jihad...???

Lensa : Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor - Parit Raja Batu Pahat.