Jumaat, 30 November 2012

"Haramjadah" Najib Terus Menimpa Saham Felda. Ditutup Menyamai Harga IPO!

Hari ini dalam sejarah - harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad pertama kalinya ditutup pada paras harga penyenaraiannya (RM4.55).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tiba-tiba melenting dengan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh. 

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga, malaysiakini dipetik.

"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini. 

"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini. 

UMNO Parti Pilihan Allah Selama 55 Tahun? Apabila UMNO Kalah, Akan Mengundang Tragedi 13 Mei?

UMNO Hilang Kuasa 13 Mei1 UMNO Parti Pilihan Allah Selama 55 Tahun? Apabila UMNO Kalah, Akan Mengundang Tragedi 13 Mei?
Apa yang kami perhatikan sekarang ini, yang mana UMNO memang benar-benar mahu kekal berkuasa dan berharap diberikan mandat lagi satu penggal lagi selepas Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Malangnya…situasi politik di Malaysia tidak seperti dahulu…..Tidak semudah di era zaman Tun Mahathir Mohamad dahulu…..
Selalunya apa yang kami perhatikan apabila sesebuah parti politik mahu mengadakan Perhimpunan parti, apa yang perlu dilakukan adalah :
  • mengukuhkan parti
  • merencanakan strategi kerja-kerja dalam parti
  • perpaduan dalam parti
  • perancangan masa depan parti
  • membetulkan segala kelemahan dan kesilapan yang pernah berlaku
Kalau pun teringin benar nak menyentuh rumahtangga parti lain pun hanya sekadar secara spontan atau hanya sepintas lalu sahaja.
Janganlah daripada hari pertama sehingga hari terakhir, balik-balik diulang-ulang parti pembangkang, pemimpin seperti Anwar, Anwar dan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Hadi Awang dan Nik Aziz yang menjadi siulan perwakilan pemimpin tertinggi UMNO. Jikalau begitu caranya, bila masanya UMNO nak memantapkan jentera parti sebelum menjelangnya Pilihanraya UMUM ke 13 kelak? Bila masa? Bukankah anda (UMNO) kata mahu berubah & mahu menang?
Yang rakyat mahu mendengar adalah : 

PARTI YANG MANA SATU MEMBAWA PERJUANGAN DAN IMEJ ISLAM DAN YANG MANA SATU PARTI YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM!!!!


Cuitkan minda dan gegarkan sedikit akal...Lihat dengan mata kepala sendiri dengan gambar diajak berbicara demi pencerahan minda.

Jangan kita hina kebijaksanaan diri kita sendiri disebabkan anutan politik sambil menolak kebenaran yang jelas terpampang didepan mata.

Kebenaran itu perit. Terimalah kenyataan walaupun dari musuh politik anda. Kebenaran dan kesahihan tidak boleh diselindung dan diselimut dengan dipadam hitam dimedia arus perdana kerana kini kita sedang berada dizaman informasi dihujung jari.

Umno mahu menyerang, PAS pula di posisi defensif?

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Perhimpunan Agung Umno 2012 merupakan medan terakhir buat Najib Razak memperagakan "penampilan bergaya" parti itu bagi meraih sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
 Ketika kelompok bukan Melayu, khususnya orang Tionghua, kelihatan berpatah arang untuk kembali mengundi BN, hanya masyarakat Islam menjadi sandaran utama Umno mempertahankan Putrajaya.

 Justeru, "solekan agama" lebih diperlukan supaya orang Melayu terus terkeliru atau sekurang-kurangnya berada dalam keadaan serba-salah untuk mengundi Pakatan Rakyat.
Dijangka dalam perhimpunan terbesar itu, Umno akan mengambil pendekatan menyerang dan cuba menganjak daripada posisi bertahan, termasuk membelasah saingan terdekatnya, PAS, dengan hujah-hujah agama, bagi mempamerkan ia lebih Islamik, sekali gus membawa retorik lama, iaitu menjaga dan mempertahan kepentingan  Melayu.
"Hari ini kami pakai baju merah... ini petanda kami nak pergi berperang," kata Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan kepada Bernama, di PWTC, 27 Nov lalu, semasa mengatur persiapan terakhir perhimpunan.

Lagi Kuat Najib Menjerit, Lagi Sumbang Penampilannya

Oleh Shahbudin Husin
Tidak ramai yang memperkatakan intipati ucapan Najib di perasmian Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Semuanya sudah dijangka. Serangannya kepada pembangkang, kecamannya terhadap Anwar Ibrahim, keyakinannya UMNO sudah pulih dan keghairahannya mahu mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun bukanlah sesuatu yang pelik.

Ia sudah banyak kali diperkatakan Najib sebelum ini. Penegasannya kali ini hanyalah merupakan ulangan skrip lama yang dikitar semula.

Apa yang lebih banyak diperkatakan ialah kenapa Najib terlalu banyak terjerit dan terlolong di atas pentas kali ini. Tidak seperti sebelumnya, kali ini bermula di awal ucapannya lagi beliau beliau sudah menjerit-jerit dan meninggikan suaranya seolah-olah sistem pembesar suara di Bangunan UMNO itu tidak cukup canggih untuk melantunkan suaranya.

Baik di dalam Dewan Merdeka mahu pun di persekitaran PWTC, perwakilan dan pemerhati rata-ratanya kehairanan serta tidak henti-henti memperkatakan kenapakah Najib terlalu banyak menjerit-jerit kali ini. Apakah isu Scorpene dan pengakuan Deepak yang mengaitkannya dengan rasuah telah menjadikan kepalanya terlalu semak sehingga menjadi mamai dan tidak sedar atas perlakuannya yang terlihat "over" itu.

UMNO Rancang Huruhara Jika kalah dalam PRU13 nanti?

Oleh: Tok Janggut
Boleh dikatakan saban hari Mahathir membuat kenyataan fitnah, adudomba dengan tujuan rakyat menolak Pakatan Rakyat. Ketakutan dan tekanan jelas terbayang di wajah beliau sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 kelak, maka direkaciptanya ayat-ayat palsu bahawa pembangkang akan buat huruhara jika kalah nanti.

Pembangkang akan mengamuk dan buat demonstrasi besar-besaran dijalanan jika tidak dapat ke Putrajaya kelak sedangkan apa yang berlaku ialah UMNO mengamuk dan buat huruhara serta demonstrasi di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah bila dah kalah manakala dinegeri-negeri lain yang Pakatan Rakyat tidak pula pembangkang buat huruhara akibat kekalahan pada PRU12 lalu. Mereka buat fitnah, hasut rakyat dengan berbagai tuduhan palsu yang akhirnya memakan diri sendiri. Dalam Perhimpunan UMNO yang sedang berjalan sekarang, Shahrizat, Ketua Wanita UMNO mendakwa akan berlaku huruhara termasuk 13 Mei jika UMNO kalah dalam PRU13 nanti. Shahrizat kata kuasa Melayu akan hilang jika UMNO kalah PRU13 nanti. Ini membuktikan bahawa UMNO sedang merancang untuk membuat huruhara dalam negara jika mereka kalah dalam PRU13 nanti.
Mahathir kata pembangkang yang akan buat huruhara jika kalah, Shahrizat pula kata UMNO akan buat huruhara jika kalah, mana satu yang betul? Yang betul ialah apa yang Shahrizat cakap itulah berdasarkan fakta dan apa yang dilakukan oleh puak UMNO di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sekarang ini.

Deepak gesa Ropiaah letak jawatan senator untuk selamatkan Umno

 
KUALA LUMPUR, 30 Nov — Peniaga kontroversi Deepak Jaikishan menggesa Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah meletakkan jawatan untuk menyelamatkan Umno daripada malu dengan kes penipuannya.
“Untuk selamatkan Umno, saya gesa beliau untuk meletak jawatan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Beliau (gambar) menyaman ketua wanita Umno Selangor dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja, dimana kesnya didengar semalam.
Beliau menamakan Awan Megah bersama dengan Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Developement Sdn Bhd dalam dakwaan beliau mengenai tuduhan menipunya berjuta ringgit dalam perjanjian pembelian tanah itu.

Filem PRU13 : Lagu rintih nasib Melayu UMNO buat perwakilan sebak.....

Riwayat itu setakat ini

Oleh Hishammudin Rais

MENGIKUT tuan yang empunya ceritera, adapun riwayat Bik Mama ini amatlah panjang berjela-jela. Kalau diukur ke bumi, maka seluas bumilah ianya. Kalau diukur ke laut, maka seluas lautlah ia. Kisah Bik Mama diturunkan dari telinga ke telinga. Dari mulut ke mulut. Dari rumah ke rumah. Maka riwayat Bik Mama semakin berpanjangan.

Sang Nelayan yang memasang tajur di Laut China Selatan bercerita. Si Penoreh yang menunggu getah membeku membuka kisah Bik Mama. Anak-anak dara yang menunggu padi di jemuran senyum luas bila mendengar kisah Bik Mama. Dari sawah naik ke ladang, dari denai masuk ke kolam, dari darat belayar ke laut, dari kampung masuk ke pekan – orang ramai sambut menyambut menyambung cerita Bik Mama.

Menurut tuan yang empunya ceritera, riwayat Bik Mama merayau berlegar hingga pada satu hari, pada satu ketika, di malam bulan penuh berbintang, ketika angin sepoi-sepoi bahasa, ketika unggas nyenyak tidur, ketika bara menjadi abu, seperti tertulis dalam kitab terdahulu, maka riwayat Bik Mama akhirnya sampai juga ke facebook.

Riwayat dari facebook inilah yang diulang kisah di sini. Riwayat Bik Mama melantun dan dilantun dari pejabat ke pejabat dari opis kerajaan ke pejabat swasta. Dari PC ke laptop. Dari laptop ke ipod. Dari ipot ke ipad. Kisah Bik Mama menjadi virus pindah berpindah. Maka, sampailah hari dan bilamana riwayat Bik Mama ini didengari budak pejabat hinggalah ke CEO. Seantero negeri alam Melayu berkisahlah mendengar riwayat Bik Mama. Kecuali seekor mahkluk bernama Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq yang tidak tahu menahu sejarah riwayat Bik Mama dari dahulu hingga sekarang.

Adapun mengikut tuan yang empunya ceritera, Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq dilahirkan tidak cukup bulan. Maka, perangainya amatlah poyo lagi membosankan. Tidak berani membuat apa-apa keputusan. Telah juga luas disurahkan hinggakan kanak-kanak dalam buaian, tahu dan sedar tentang kisah Najeeb anak lelaki Abdeel Razaq ini yang tidak tamat belajar. Dua kali Najeeb ditangkap meniru. Kemudian Si Najeeb lari sekolah kerana mencuri papa batu. Kisah ini sedang disimpan rapi. Hanya facebook sahaja yang maha mengetahui.

Ketam UMNO ingatkan anak anak

Kita sebagai orang Melayu sedia maklum ibarat “Ketam mengajar anak jalan betul” yang sememangnya mustahil anak anaknya dapat atau boleh berjalan betul, sedangkan ibu atau bapaknya tidak boleh berjalan betul.

Walaupun diajar dengan kaedah yang dibuat begitu sistematik sekalipun anak anaknya mustahil dapat dan boleh berjalan betul, kerana ibubapaknya dari azali lagi tidak pernah berjalan dengan betul.

Oleh itu, manusia yang kebanyakan tidak gemar dengan kebenaran mustahil boleh dan dapat berjalan betul jika ibubapaknya berjalannya tidak betul.

Apa apa pun, sangat wajar Datuk Seri Mohd Najib Razak mengingatkan para pemimpin umno supaya bersikap rendah diri. Kenapa? Kerana kebanyakan para pemimpin umno sejak dahulu dan kini sombong.

Fitnah tak makan, maki hamun orang menyampah... akhirnya UMNO guna taktik minta


UMNO ibarat jantan taik pit ingat janda dan anak-anak time nak lepas gian ketagih dadah.

Setelah puas menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat ke seluruh pelusuk dunia melalui media nyata dan media maya setiap hari tetapi akhirnya rakyat terbanyak tetap menolak UMNO Be End. Sudah empat kali tarikh PRU132 dicadangkan tetapi apabila Najib mendapati kajian menunjukkan bahawa Be End akan kalah maka PRU pun ditunda.

Begitu juga dengan taktik menyemai kebencian melalui memaki hamun yang digunakan oleh beribu pahlawan maya mereka dalam FB, twitter dan blog tetapi akhirnya rakyat bukan setakat tidak terpengaruh dengan hasutan kebencian itu tetapi sebaliknya rakyat makin menyampah dengan perangai buruk UMNO tidak berakhlak itu.

PAU : Pembangkang umpama penjajah baru, rosakkan ekonomi..!!! oooo rosak ekonomi kroni UMNO..ha..ha..ha...

KUALA LUMPUR, Nov 30 — Perwakilan Umno menyamakan pembangkang sebagai penjajah yang merosakkan ekonomi negara dan menggesa kesemua ahli parti bekerja keras untuk merampas semula negeri ditawan.
Seramai enam perwakilan membahaskan usul ekonomi yang dicadangkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh pada hari ini.
“Pembangkang ini umpama penjajah, sudah lupakah kita semasa dijajah dulu? Ekonomi orang Melayu ketika itu sangat teruk.
“Adakah kita mahu keadaan itu berulang?” kata Datuk Ramli Norani, perwakilan daripada bahagian Sungai Besar.
Ramli turut mengecam pembangkang menuduh negara akan bankrap selepas pembentangan Bajet 2013.
“Mereka kata kerajaan tidak pandai menguruskan ekonomi negara, tapi adakah mereka pandai memerintah negeri mereka?” katanya lagi.
Beliau turut mengingatkan tentang nasib kaum bumiputera semasa zaman penjajahan dahulu yang disifatkannya sebagai sangat menyedihkan.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengubah nasib kaum bumiputera, ramai peniaga-peniaga kecil sudah berjaya sekarang.
“Walaupun negara berhutang, tapi semua itu adalah demi untuk memberikan bantuan kepada rakyat,” tambah Ramli.
Sebelum itu, penyokong usul tersebut Senator Norliza Rahim, perwakilan daripada Bukit Gelugor turut senada apabila menuduh Pakatan Rakyat tidak pandai menguruskan ekonomi.
“Baru-baru ini di Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata nisbah hutang negara adalah 25.7 peratus dan dikatakan paling tinggi.
“Pada 2008, GDP (keluaran dalam negara kasar) ialah 5.7 peratus tetapi turun kepada 1.8 peratus dalam suku tahun ini.

Husam: Tiada maaf jika tidak bayar royalti Kelantan



Husam Musa KOTA BHARU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengumumkan penyerahan wang royalti Kelantan sekiranya beliau benar-benar jujur dan ikhlas memohon maaf kepada rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, Islam menetapkan mereka yang memohon maaf perlu memulangkan perkara yang diambil selain tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan.

“Dalam kes wang royalti, permohonan maaf tidak boleh diterima kerana wang Kelantan terus diambil oleh Kerajaan Pusat.

"Jadi beliau hanya minta maaf untuk mempermainkan rakyat Kelantan dan ini tidak lebih dari retorik menjelang pilihan raya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tuduhan Deepak: Adakah Muhyiddin bela Najib?

KUALA LUMPUR: Dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari pelbagai tuduhan Deepak Jaikishan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Muhyiddin akan menyampaikan ucapan sebagai Timbalan Presiden dalam perhimpunan agung Umno.

"Rakyat malah seluruh dunia ternanti-nanti untuk melihat adakah Muhyiddin akan membela Najib dari semua serangan termasuk pelbagai tuduhan Deepak," katanya.

Jika Muhyiddin bermurah hati dan sudi membela Najib, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat ingin melihat pula sejauh manakah pembelaan itu.

"Bukan sahaja rakyat dan dunia ingin melihat sejauh manakah Muhyiddin bersungguh-sungguh membela Najib, mereka juga ingin melihat apakah yang tersirat dalam pembelaannya itu.

"Rakyat tidak bodoh, mereka boleh membaca apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Kata-kata yang positif dengan mudah dapat dibaca maksud yang negatif yang tersirat di sebalik kata-kata itu," kata Mahfuz.

PAU : UMNO GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE...HA..HA...

Egypt Islamists approve new constitution

Syrian rebels acquire heavy weapons

ADUN BN Batang Kali Didapati Bersalah Keluar Kenyataan Berbaur Seksis

ADNAN : 'Cut off my ears if BN loses in Bentong'

ADNAN : No sympathy for Green Marchers

PAU : Lagu rintih nasib Melayu buat perwakilan sebak..dulu kini dan selamanya melayu kena lebong UMNO....!!!!

Para perwakilan dan pimpinan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini bangun berdiri dalam keadaan terharu dan ada di antara mereka yang menangis dek tersentuh dengan seorang perwakilan kelab Umno luar negara yang menyanyikan lagi 'Anak Kecil Main Api'.
Ia merupakan sebuah lagu mengenai keluhan nasib bangsa Melayu yang tersisih di bumi sendiri.

Lirik lagu yang dinyanyikan oleh wakil Kelab Umno Tokyo Ariff Yasir Zulkifli antara lainnya menyebut: "Air mata darah bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang,"

"Nenek moyang kaya-raya, tergadai segala harta benda, akibat sengketa sesama kita, pribumi merintih sendiri".

Turut menyanyikan lagu itu ialah Pengerusi Tetap Tan Sri Amiruldin Bahruldin dan juga para perwakilan.

Ariff Yassir kemudiannya melaungkan slogan "Hidup Melayu!" beberapa kali yang turut diikuti para perwakilan.

Prestasi Pembangkang Selangor Dalam PAC Lemah

SHAH ALAM, 30 NOV: Prestasi pembangkang(Umno-BN) dalam Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) didapati amat lemah apabila tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat yang dijalankan jawatankuasa itu.
Bertambah malang lagi, apabila wakil pembangkang Selangor juga menolak perlantikan sebagai Pengerusi PAC.
Demikian menurut Ng Sue Lim( DAP- Sekinchan), dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
“Amat berbeza ketika zaman saya dan Tuan Speaker, Datuk Teng Chang Kim jadi pembangkang dahulu, kami datang mesyuarat dan berikan pendapat kita,” kata beliau.
Menurut beliau, tindakan pembangkang menolak mandat tersebut membuktikan mereka tidak serius berkhidmat sebagai wakil kepada suara rakyat.
Pada 2010, DNS mencipta sejarah apabila buat pertama kali di Malaysia, Dewan Negeri meluluskan usul melantik wakil daripada Pembangkang sebagai Pengerusi PAC.
PAC merupakan sebuah salah satu jawatankuasa Dewan paling penting yang diberi tanggungjawab untuk menyiasat dan menyemak semua penyelewengan jabatan-jabatan kerajaan dan memastikan eksekutif bertanggungjawab terhadap Dewan melalui pengawalan perbelanjaan wang ringgit orang ramai.

Umno pilihan Tuhan: Jangan heret Tuhan dalam pertembungan kita

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) berasa pelik, dan ,menganggap ianya keterlaluan apabila sebuah parti tua yang mendabik dada bahawa hagemoni mereka tidak akan pernah lupus dari bumi Malaysia ini, sekonyong-konyong mendakwa parti mereka adalah pilihan Tuhan, untuk menjalankan tanggungjawab memerintah negara ini dan atas dakwaan pendek akal itu, memaksa pembodohan terus bersarang dalam pemikiran anak muda negara tercinta ini.
Amat malang buat semua, apabila Exco Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih bangga dipanggil Umno, mendakwa dalam ucapannya bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja perubahan di negara ini.
Maka jelas terbentang kerja-kerja pembodohan minda yang ingin dilakukan oleh Reezal Merican ini yang secara mudah menganggap anak muda akan bermuhasabah menerima kenyataan penuh dangkal itu dan tetap bersama penyelewengan mereka.
Banyak tanggapan untuk memperlekehkan ucapan Reezal Merican boleh ditulis, tetapi AIC melihat dari beberapa sudut mengapa ucapan-ucapan politik selemah itu harus wujud dalam waktu seharusnya jiwa-jiwa besar memainkan peranan dalam membangunkan semangat kenegaraan yan kian lumpuh. Pertamanya adalah betapa Pemuda Umno, sebagai sayap parti pemerintah sudah merasakan ‘faktor ketakutan’ melanda mereka.
Mereka tidak lagi bertemu dengan golongan anak-anak muda yang sanggup bersama mereka dalam arus hebat menahan asakan pembangkang menuju Pilihanraya Umum ke 13.
Mereka tidak lagi melihat anak muda, tanpa diberi bayaran dan ganjaran material akan duduk tegap bersama mereka melakar kembali beberapa detik kegemilangan yang pernah mereka kecapi satu waktu dulu.

SAMM bersama polis yang berintegriti, desak Menteri Dalam Negeri ‘dicutikan’

SAMM pandang serius kenyataan Musa Hassan dalam sebuah Sidang Media di PJ Hilton Selangor, yang mendedahkan Hishamuddin dan beberapa pimpinan Bn campur tangan dalam urusan/siasatan Polis termasuk arahan bebaskan penjenayah yang jelas telah melanggar sekyen 4(1) akta polis(67).
Tindakkan sebegini meletakkan Malaysia dalam krisis keyakinan dari dalam dan luar negara.
SAMM dengan ini mendesak :
1. Hishamuddin (jika ada maruah) harus bercuti sendiri sehingga siasatan terbuka selesai. Kabinet wajib arahkan dia bercuti atau digantung tugas.
2. Siasatan terbuka harus segera dilakukan dan bukan setakat Hishamuddin tetapi semua pimpinan Bn yang terlibat ganggu tugas polis harus dihadapkan ke muka pengadilan.
3. Musa harus jangan menyorok dan harus tampil dengan membuat pendedahan penuh. Jika dia tidak bersalah dan dengan niat baik perlu mendedahkan tanpa ragu-ragu, yakinlah rakyat akan mempertahankannya.
4. Gangguan seperti ini bukan kes terpencil sudah menjadi rahsia terbuka selama ini. SAMM dengan ini juga mendesak Ketua Polis Negara sekarang untuk berani tampil berdiri bersama rakyat pertahankan integriti polis malaysia dengan menolak semua campur tangan serta tekanan politik oleh pemimpin Bn.

Umno leaders and London properties

It a known fact among Malaysians in the UK that senior Umno leaders own an extensive array of properties in London.
LONDON: There is no doubt that Umno leaders are filthy rich. In fact, word here is that almost all senior federal leaders in Umno are so wealthy that they own multiple properties in central London.
Not surprising, their spendthrift ways and that of their children have been making the news for a while.
Malaysians living in London have been privy to this information for decades and view it with repugnance and shame.
They are surprised that despite the dazzling light on the unusual wealth accumulated by government ministers which is displayed in their purchase of numerous properties around the world, their brazen hypocrisy elicits little comment back home.
Malaysians living here claim a former top Umno leader is linked to over a thousand properties in various parts of central London. Most of the properties are in the Canary Wharf areas.
“We know for a fact of this Umno guy who owns 1,400 properties in London. He is filthy rich… very, very rich. He even has a new wife now,” said one Malaysian who has been residing here for the last 20 years.

Deepak’s exposé: Najib should respond, not Zahid

It is Najib and not Zahid who should respond to Deepak’s most serious allegations at the Umno General Assembly tomorrow, says Lim Kit Siang.

Defence Minister and Umno vice president Ahmad Zahid Hamidi has said that he would respond tomorrow to allegations made by businessman Deepak Jaikishan on Prime Minister Najib Tun Razak’s family which is also related to the high-profile and long-running  Mongolian Altantuya Shaariibuu murder case.
It is not Zahid but Najib himself who should be responding in his winding-up speech at the 66th Umno General Assembly tomorrow, for three reasons.
Firstly,  Deepak’s allegations pertain to Najib’s family, that he had paid an undisclosed sum for the premier’s intervention to allow him to come in as a party in a RM100 million defence ministry project in 2005 when Najib was the Defence Minister -  stitching a deal with a Selangor Umno Wanita leader’s company where he would participate as a third party in the project.
As Najib is not only around but is also the chief of the pack in Umno, he should respond as whatever Zahid could say would only be hearsay with neither credibility nor legitimacy.
Secondly, the Deepak connection with the high-profile and long-running Mongolian Altantuya Shaariibuu murder case. Deepak has expressed regret of his involvement in getting private investigator P Balasubramaniam to make a second Statutory Declaration which reversed an earlier one linking Najib to murdered Mongolian Altantuya.

Shame on you, Shahrizat: You are a fear-monger

NOV 30 — As a former minister, Shahrizat Abdul Jalil should have more sense to be responsible and appreciate the democratic process. Instead, she comes across as someone who is not prepared to accept the verdict of the people in a democratic election if that verdict went against Umno.
Is she planting the seeds of hatred in the minds of Umno members and instigating them to run amok and create havoc?
How does one view her statement when she said at the Wanita Umno assembly: “If we are no longer in power, we would lose political stability. Certainly, the Malays, the majority in this country, would be unsettled” (Malaysiakini, November 28).
“I am concerned and worried that this would bring racial tensions that could lead to a repeat of the May 13, 1969 tragedy.”
Is she threatening Malaysians that there will be a recurrence of the May 13, 1969 tragedy if Umno were to lose power? Why should that be so? Is she calling on Umno members to get ready to do the unthinkable if they were forced by the electorate to vacate Putrajaya?

Perhimpunan Umno sekadar belasah Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: “Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupur seperti lembu yang hendak mati,” kata AJK PAS Puat, Ustaz Idris Ahmad.


Katanya, Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.

Umno sekarang, ujarnya sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan dan ereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama.

“Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ugutan Shahrizat: WargaAMAN gesa NGO buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN) gabung bersama Tamilar Action Force (TAF) serta berberapa NGO akan membuat laporan polis terhadap kenyataan bahaya Datuk Seri Shahrizat Jalil baru-baru ini di Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Dewan Merdeka PWTC, yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika UMNO hilang kuasa pada PRU 13.

“WargaAMAN menyifatkan kenyataan Shahrizat sebenarnya berbaur ancaman, ugutan dan hasutan yang seolah-olah boleh mencetus huru-hara di kalangan rakyat Malaysia,” Setiausaha Agungnya, S.Barathidasan (gambar) dalam satu kenyataan.


Menurutnya, selain daripada itu ia satu cubaan menakutkan rakyat bahwa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa, kononnya jika UMNO tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara akan goyong, negara tidak selamat, kucar kacir dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

MB Manfaat Kutipan Hutang Talam Untuk Kesejahteraan Rakyat

SHAH ALAM, 30 NOV – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menegaskan akan memanfaatkan hasil kutipan hutang Talam Corporation bernilai RM392 juta untuk kesejahteraan rakyat.
Bercakap pada sesi penggulungan Dewan Negeri Selangor(DNS), Abdul Khalid berkata tanah-tanah pembelian GLC ini mampu memberikan nilai pulanganyang tinggi menerusi projek pembangunan perumahan dan komersil yang dirancang pada masa depan.
“Keputusan dari kutipan ini kita menyelamatkan tanah-tanah ini daripada dirampas dan dijual oleh bank.
“Malah kita menggunakan aset-aset ini untuk mendapatkan semula hutang Talam kepada GLC menerusi Menteri Besar Incorporated (MBI),” katanya.
Jelasnya, bagi memastikan hutang ini dijamin dapat dikutip, satu perjanjian penyelesaian menyeluruh ditandatangani bersama Talam.
Setakat ini, Nilai Pembangunan Kasar (GDV) secara keseluruhan bernilai RM4,146 juta untuk tanah-tanah yang dibeli oleh Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Tanah-tanah tersebut adalah Bukit Beruntung (PKNS) bernilai RM133 juta, Bukit Beruntung (PNSB) bernilai RM2,378 juta dan di Bestari Jaya (PNSB) pula bernilai RM1,635 juta.
Jelas beliau lagi, penilaian terbaru Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada 26 November lalu terhadap tanah di Bukit Beruntung mendapati tanah berkenaan dianggarkan bernilai RM475 juta berasaskan status tanah bercampur.
Keadaan ini sekaligus mencerminkan Kerajaan Negeri berjaya menghasilkan nilai ekonomi dan sosial menerusi pelunasan hutang-hutang Talam.

Selangor : Tiada Pilihan Sekira Parlimen Bubar Mac 2012

SHAH ALAM, 30 NOV: Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan lain selain turut membubarkan Dewan Negeri Selangor(DNS) sekirannya Kerajaan Pusat memilih membubarkan Parlimen pada Mac 2013.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penangguhan DNS hari ini.
“Saya tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini, jadi kalau dibubarkan pada Mac depan Selangor tiada pilihan lain,” ujar beliau.
Terdahulu, Abdul Khalid dalam satu kenyataannya berkata, Kerajaan Negeri tidak ikut membubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum keputusan kajian dari program ‘Selangorku Bersih’ diperolehi.
Program Selangorku Bersih merupakan satu program yang mengkaji kesahihan pengundi-pengundi yang berdaftar di Selangor.
Sementara itu, Speaker, Datuk Teng Chang Kim ketika menutup persidangan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama yang ditunjukan Adun-adun Negeri Selangor.

Lagi pendedahan Felda jual minyak sawit ke Israel

KUALA LUMPUR 30 November: Satu lagi ‘bom besar’ berkaitan penjualan minyak sawit ke Israel oleh Felda akan didedahkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Batu Pahat esok, kata Mazlan Aliman.
“Saya akan dedahkan satu lagi maklumat berhubung penjualan minyak sawit Malaysia ke Israel esok, dalam himpunan di Johor,” kata Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) itu.
Beliau turut mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mempertimbang untuk saman Suara Keadilan dan Harakah.
Maslan berkata, kedua-dua akhbar tersebut memaparkan kenyataan Mazlan berhubung isu penjualan minyak sawit kepada Israel.
Selasa lalu, Suara Keadilan pada muka depannya melaporkan, Felda menjual lebih 100 tan minyak sawit untuk sebulan, malah nilai import dari Israel berjumlah RM2 bilion pada 2010 dan 2011.
Sementara laporan Harakah pula bertarikh 26 November.
“Itu hak dia untuk saman. Apa yang saya nyatakan itu adalah benar. Saya ambil kira semua dokumen dan fakta. Saya tak takut berhadapan perkara ini,” tegas Mazlan ketika dihubungi.

Hukum Makmum LAFAZ Takbir Kuat - Ustaz Azhar Idrus

Isteri KUAT Stamina Tak PUAS Dengan Suami - Ustaz Azhar Idrus

Doa Untuk IBU BAPA Atau Rasulullah Dahulu ? - Ustaz Azhar Idrus

Niat Solat QADHA Subuh - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Kaji Kitab BIBLE - Ustaz Azhar Idrus

Tahrir reacts to Egypt's draft constitution

Isu Khutbah Jumaat & Orang Zalim Mesti Dihancurkan

Egypt Islamists approve new constitution

Egypt panel voting on divisive charter

Palestinians in the West Bank react to the UN vote

Konsep Warisan Tanjung Tokong

Dato' Hamidah (UMNO) kata jumpa ular dan India pukul India dulu

Penang : Skandal Tanjung City Marina

Hikayat Pak Monggol & Scorpene

Pendirian Malaysia:Jangan sokong pejuang yang menentang Bashar Al-Assad......Regim UMNO Penyokong Regim Bashar Syiah Yang Anti Sunni

Menjelang PRU, Umno memberi amaran tentang anarkisme dibawa Pakatan....seperti yang UMNO lakukan sejak merdeka...!!!! ni 2012 laa....!!!

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Perwakilan Umno terus menghentam Pakatan Rakyat (PR), dengan berkata pakatan pembangkang itu hanya mencetus huru-hara dalam negara, dengan pilihan raya umum (PRU) semakin hampir, yang akan diadakan selewat-lewatnya April tahun depan.
Pada hari kedua persidangan, perwakilan berhujah dengan mengatakan PR mengajukan liberalisme dan kebebasan mutlak yang menuju kepada anarkisme serta huru-hara.
Datuk Samsol Bari Jamali dari Johor berkata, pembangkang membawa budaya ekstremisme yang membawa perpecahan dan pertelingkahan.
“PAS membawa budaya ekstremisme agama, DAP pula membawa hak kesamarataan tanpa mengira kepentingan setiap bangsa, PKR pula membawa ideologi liberalisme yang hanya menjurus pada anarkisme,” kata Samsol dalam ucapan perbahasannya.
Menurut Samsol, semasa pilihan raya pertama, Umno sanggup berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC walaupun populasi Melayu pada ketika itu ialah 80 peratus.
“Apakah ini ‘apartheid’ dan rasis seperti yang didakwa pembangkang? Siapa sebenarnya ‘apartheid’ dan rasis?” kata Samsol lagi.
“Sebenarnya mereka hanya menjaja retorik ke sana ke mari membawa huru-hara dalam negara ini,” katanya lagi.
Sementara itu, perwakilan dari Negeri Sembilan pula berkata, MCA sendiri mengakui bahawa hanya Umno sahaja membela orang-orang Cina di negara ini.
Datuk Jalaludin Alias berkata parti komponen BN, Gerakan dan MCA mengetahui hanya Umno sahaja akan membela nasib kaum Cina dan bukannya pembangkang semasa membahaskan ucapan dasar presiden Datuk Seri Najib Razak.
“Gerakan dan MCA mengetahui hanya Umno sahaja mampu membela nasib kaum Cina dan bukannya pembangkang.

PAU : 'Ulul amri kita adalah pemimpin BN, PM'

Seorang perwakilan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini menyifatkan perdana menteri dan parti BN sebagai golongan ulul amri yang patut ditaati anggota parti.
Dalam ucapannya, wakil Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata orang Islam yang sempurna iman mereka perlu taat kepada ulul amri (pemerintah) selain daripada beriman kepada Allah dan rasul.
Oleh yang demikian, golongan Muslim wajib taat kepada kepimpinan perdana menteri dan kerajaan BN yang merupakan pemerintah pada masa kini, katanya.

Beliau berkata demikian berdasarkan tafsirannya ke atas sepotong ayat dalam surah An-Nisa berhubung isu ketaatan kepada pemimpin.

"Siapa ulul amri kita? Ulul amri sekarang adalah kerajaan yang berkuasa.

"Ulul amri kita sekarang adalah BN dan perdana menteri kita," kata Jalaluddin.

Beliau mengulas ucapan Najib semalam yang menyentuh isu disiplin berjamaah dan mentaati kepimpinan parti, dengan memetik surah sama. 
Najib dalam ucapannya semalam membangkitkan perkara itu bagi menggesa anggota parti supaya menggunakan saluran parti bagi menyampaikan pendapat.
Najib juga berkata, anggota parti perlu menerima dengan hati terbuka keputusan muktamad yang dibuat pemimpin parti.
Isu berkenaan turut diulas seorang wakil Puteri Umno yang menggesa ahli Umno mengelak daripada berbalah sesama sendiri di media alternatif.

Malaysia Muflis di bawah PR? Najib diminta cermin diri

Tony Pua
KUALA LUMPUR, 30 NOVEMBER: Berdasarkan rekod pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang terbukti cemerlang, tidak ada sebab Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menakut-nakutkan pengundi dengan dakwaan naif bahawa Malaysia akan muflis dalam tiga tahun jika PR mengambilalih Kerajaan Pusat.
Perkara yang sama dinyatakan pemimpin UMNO-BN ketika Kelantan mula ditadbir PAS pada 1990 dengan memberi tempoh hanya tiga bulan dapat bertahan, namun hingga sekarang sudah 22 tahun tetapi rakyat Kelantan terus beri kepercayaan kepada PAS memerintah negeri itu.
Malah, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, Malaysia akan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih memberangsangkan melalui Belanjawan Alternatif PR 2013 yang dibentangkan.
“Najib perlu cermin diri kemampuannya daripada  terus membuat tuduhan liar yang tidak berasas kepada kebenaran terhadap PR.” katanya.

Of BDSM and Umno

Like the erotic novel 'Fifty Shades of Grey', Umno and the rakyat are locked in a violent, relationship; Umno is the dominant partner, and the rakyat the submissive.

The erotic novel “Fifty Shades of Grey” by EL James has much in common with Umno and Malaysian politics.
When Prime Minister Najib Tun Razak opened the 2012 Umno General Assembly at the Putra World Trade Centre, he started off with an inspection of the guard of honour formed by 50 Wanita members, 50 Umno Youth members and 50 Puteri Umno members.
Fifty Shades of Grey is reported to be the fastest selling paperback in history. The novel, which is about sexual desire, fantasy and BDSM (bondage, domination, sado-masochists) has received mixed reviews.
Many people describe the book as soft porn, because of its explicit sexual content, but it is also known as “mummy porn” because of the wide female readership; others claim that the book is written badly, with no plot.
Fifty Shades of Grey tells the story of a naïve student, 22-year old, Anastasia Steele and her sexual liaison with an older man, the 27-year old billionaire Christian Grey. Grey has sado-masochistic tendencies and demands that Steele should be completely under his control, if she agrees to have a relationship with him. He tells her that she will be happy when she is dominated.

CAP TANGAN NAJIB dalam skandal penipuan tanah Kem Pertahanan

Suka atau tidak, cap jari Perdana Menteri Najib Razak berada di segenap skandal rasuah terbaru Umno yang bakal didedahkan - penipuan Kementerian Pertahanan ​​ yang melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan, dalam penswastaan tanah untuk mendirikan pusat penyelidikan pertahanan yang dicadangkan tetapi masih belum siap serta tanah bernilai RM400 juta pada harga semasa.
Deepak yang berusia 40 tahun merupakan kawan baik isteri Najib, Rosmah Mansor, bertukar menjadi 'wisel blower' pada pasangan tertinggi Negara itu apabila firmanya Astacanggih Sdn Bhd mendapati telah "ditipu" atas sebahagian tanah yang dibeli dari Awan Megah (M) Sdn Bhd milik Raja Ropiaah. Tanah itu telah diswastakan oleh Kementerian Pertahanan kepada firma Ropiaah.
"Tanpa kebenaran Najib, Raja Ropiaah tidak akan dianugerahkan kontrak itu oleh Kementerian Pertahanan," Deepak memberitahu Malaysia Chronicle.
Memintas Kabinet

Menurut Deepak, Najib mengabaikan Kabinet apabila dia meluluskan permintaan Ropiaah untuk memindahkan hak milik tanah daripada Awan Megah kepada syarikat nomini supaya memudahkan penjualan kepada Astacanggih.
"Ini adalah satu fasal yang luar biasa kerana tanah itu adalah milik kerajaan, Najib sepatutnya meminta kelulusan Kabinet. Tetapi dia mengarahkan kakitangannya untuk mengeluarkan surat kelulusan bagi membenarkan geran dipindahkan kepada Cebur Megah Pembangunan Sdn Bhd (firma penama). Anda boleh katakan bahawa dia telah menyalahgunakan kuasanya, "kata Deepak.
Untuk menyokong tuntutan itu, Deepak menunjukkan salinan surat dan laporan polis yang telah dibuatnya terhadap Raja Ropiaah dan syarikatnya. Diantara surat itu, salah satu merupakan dari Awan Megah bertarikh 25 Sept 2006, yang ditandatangani oleh Ropiaah sebagai pengerusi firma dan dialamatkan kepada Najib sebagai Menteri Pertahanan. Dalam surat ini, Ropiaah memohon kebenaran untuk memindahkan geran kepada Cebur Megah, yang diberi jaminan adalah 100% milik Awan Megah.
Tindakan awal Najib merupakan arahan kepada Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Abu Bakar Abdullah yang dapat dilihat dengan jelas pada surat - En Abu Bakar, TKDU, Saya tiada halangan ke atas permintaaan ini. Sila uruskan secara rasmi.
Kementerian Pertahanan, melalui Abu Bakar mengeluarkan kelulusan bertulis kepada Awan Megah melalui surat bertarikh 6 November 2006.
"Semua ini merupakan maklumat awam. Kami menyaman Awan, Megah, Kementerian Pertahanan dan para pegawai Pejabat Tanah dan Galian dan semua dokumen-dokumen ini telah difailkan di mahkamah. Tiada persoalan tentang pelanggaran kerahsiaan, hanya banyak perkara yang luar biasa dilakukan sesetengah pihak," tambah Deepak lagi.

'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgit

Nampaknya Deepak Jaikishan yang umum sudah tahu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan isteri Perdana Menteri Najib Razak, mula tawar hati kepada pasangan itu mahupun ahli-ahli Umno yang lain.
Deepak, penjual karpet yang telah berkecimpung dalam perniagaan besar yang lebih menguntungkan mula menuduh ketua sayap wanita Umno, Senator Raja Ropiaah Abdullah mencuri tanah bernilai RM400 juta daripada syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd dan menjual sebahagian daripadanya kepada pihak ketiga.
'BOM' DEEPAK: Raja Ropiaah 'curi' tanah sementara keluarga Najib raih jutaan ringgitDalam temubual ekslusif bersama Malaysia Chronicle, Deepak juga menuduh ahli keluarga Najib telah meraih komisyen berjumlah jutaan ringgit melalui Najib yang telah menswastakan tanah milik Kementerian Pertahanan kepada Raja Ropiaah pada tahun 2005 dibawah projek Puspahanas.
“Ropiah yang tidak mempunyai pengalaman hanya bergantung pada sokongan Najib untuk mendapatkan kontrak,” jelas Deepak pada Malaysia Chronicle.
Dia enggan memberi nama ahli keluarga Najib yang telah meraih komisyen itu, tetapi ada spekulasi menyebut bahawa orang itu merupakan Rosmah kerana dia sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib.
Puspahanas singkatan untuk Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, merupakan sebuah projek bernilai RM100 juta yang diberikan kepada firma Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk membangunkan tanah bagi membina sebuah pusat penyelidikan yang menyerupai unit perisikan MI5 di Britain bagi Kementerian Pertahanan Malaysia.
Raih jutaan ringgit

Deepak yang mula dikenali di Malaysia berikutan pendedahan skandal Najib atas pembelian dua kapal selam Scorpene dan pembunuhan misteri penterjemah Mongolia, telah menafikan mempunyai sebarang motif politik.
“Tidak, ini bukan untuk saya. Saya hanya mahu membangungkan tanah itu. Saya bukanlah orang suruhan bagi mana-mana bahagian Umno yang mahu menjatuhkan Najib mahupun Raja Ropiaah. Saya juga tidak bertindak bagi pihak Pembangkang,” kata Deepak lagi.
Dia turut menuduh Najib, yang ketika itu Menteri Pertahanan, sebagai " tidak bertanggungjawab" atas transaksi yang kini "terbengkalai".
"Saya sudah bosan dengan semua ini. Saya ahli perniagaan dan sudah terlalu lama menunggu. Saya juga telah menulis surat kepada Najib tetapi dia gagal mengambil sebarang tindakan. Dia hanya berdiam diri sahaja," tambah Deepak.
“Raja Ropiah pula persis mentornya, Sharizat Jalil. Cuma bezanya, Sharizat tidak meletakkan namanya atas apa-apa pun tidak seperti Ropiaah
Seperti mentornya?

Deepak merujuk kepada bekas Menteri Wanita, Sharizat Jalil yang suaminya telah didakwa atas jenayah pecah amanah berikutan skandal Pusat Feedlot Kebangsaan yang bernilai RM 250 juta.
Shahrizat kekal sebagai ketua Wanita Umno tetapi pelantikannya sebagai Senator tidak disambung dan ia telah diberikan kepada Raja Ropiaah pada bulan April. Ramai yang berada dalam sayap itu merujuk kepada Ropiaah sebagai ketua 'de facto' kerana mengikut jejak langkah Shahrizat yang telah jatuh ketika mengetuai wanita Umno.
Sementara itu, Raja Ropiaah enggan mengulas selain memberitahu bahawa peguamnya akan meneliti perkara itu.
Peguam Ropiaah akan teliti

DON'T BE SO 'ULU' UMNO: Stop the May 13 threats, have the GUTS to compete on level ground!

The irresponsible threats raised by UMNO leaders at the 66th UMNO General Assembly of “May 13” and chaos if UMNO loses the 13th General Election, falsely claiming that Malays will lose political power and will be rendered “destitute in our own land”, is the best proof of the failure and hypocrisy of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s 1Malaysia policy.
If the 1Malaysia Policy proclaimed by Najib after he became Prime Minister in in April 2009 is more than election gimmicks for votes in the 13GE, its philosophy “to create a Malaysian nation where every Malaysian will regard himself or herself as Malaysian first and race, religion, geographical region or socio-economic status second” should have been the guiding spirit of speeches of UMNO/BN leaders and their party conferences.
But this is clearly not the case despite the onset of the 43rd month of Najib’s premiership, as illustrated by the 66th Umno General Assembly.
In the first place, an Umno/BN leader fully imbued by the 1Malaysia spirit of “Malaysian first and race, religion, geography or socio-economic status second” would never entertain any notion let alone utter any threat of May 13 or chaos regardless of the outcome of the forthcoming 13th general election, as anyone who could toy with any May 13 threat or warning of chaos because of the free democratic choice of Malaysians in the 13th general election has not only failed to imbibe the spirit of 1Malaysia, but is acting in a most disloyal and unpatriotic manner utterly heedless of the higher interests of the nation and the best future for the country.
Felled by own falsehoods

‘Najib has a lot to answer’

PKR and NGOs want the prime minister to clear the air following allegations linking him to the murder of Mongolian interpreter, Altantuya Shaariibuu.
PETALING JAYA: Prime Minister Najib Tun Razak must come out and clarify the recent statement by carpet trader Deepak Jaikishan linking him to the murder of Altantuya Shariibuu, PKR leaders and NGOs said.
At a press conference yesterday, Deepak promised to reveal more details surrounding the murder of Altantuya.
He said he was involved in arranging for a second statutory declaration (SD) for private investigator P Balasubramaniam.
The second SD reversed the earlier SD which had directly linked Najib to the murder of the Mongolian national.
Deepak said: “I got involved in the second SD to protect the interest of Najib. There is no other logical reason, is there?”
PKR vice-president and Subang MP R Sivarasa said that Deepak’s statement clearly showed that the first SD was the truth.
“… Deepak’s decision for arranging the second SD was obviously to reduce the impact of Bala’s revelations.
“If this is true, then the prime minister has a lot of questions to answer with regard to the real murderers of Altantuya,” he said.
He added that the whole country knew that the two policemen who killed her had acted on instruction.

Pakatan syor potong gaji MB Perak, Exco jika tak jawab soalan

IPOH – Pakatan Rakyat (PR) mengusulkan pemotongan gaji Menteri Besar Perak dan Exco Kerajaan Negeri sebanyak RM100 bagi setiap soalan yang tidak dijawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) 17 Disember ini.

Setiausaha DAP, Nga Kor Ming berkata, usul itu dibuat secara sepakat selepas beberapa kali wakil rakyat PR menjadi mangsa apabila soalan lisan tidak dijawab pada sidang Dun.

Menurutnya, apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) itu menimbulkan rasa kurang puas hati kerana soalan yang dibangkitkan adalah pertanyaan mewakili rakyat.

“Buat masa ini, kami diberikan notis bahawa persidangan Dun pada 17 Disember ini, tetapi tidak tahu berapa hari.

"Berdasarkan pengalaman lalu, kami pernah bersidang selama tiga jam 40 minit untuk meluluskan bajet sejumlah RM720 juta, ia berbeza dengan Kerajaan Selangor yang mengambil masa 14 hari untuk meluluskan bajet tahun depan,” katanya ketika sidang media, di sini, hari ini.

Puteri Umno sekarang bukannya masa untuk merancang

Merujuk kepada ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia yang telah menggariskan beberapa perkara dan agenda untuk Pergerakan itu mendekati golongan muda dilihat sebagai sesuatu yang baik namun ada beberapa perkara pokok yang dilihat tempang dan menimbulkan persoalan dikalangan pemerhati politik yang majoritinya ialah generasi muda itu sendiri.
Meneliti antara intipati ucapan beliau saya melihat ia adalah sebagai satu ucapan bersifat politik semata-mata yang dilafazkan bagi membeli hati generasi muda khususnya wanita muda Malaysia
Persoalan nya ialah apakah Datuk Rosnah lupa yang beliau kini berada di dalam kepimpinan kerajaan yang sepatutnya bicara soal perlaksanaan serta memperincikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin dan membantu golongan muda khususnya wanita muda dalam menaik tarafkan kehidupan mereka,yang kebanyakkan nya terbeban dengan kancah politik ekonomi yang sukar hasil pemerintahan kerajaan yang ada kini.
Sebaliknya didalam ucapan beliau itu hanya penggunaan ayat perancangan yang acapkali diulang menunjukkan seolah-olah suara Pergerakkan ini yang dipimpin oleh seorang yang bergelar timbalan menteri tidak lansung memberikan implikasi terbaik untuk generasi wanita muda Malaysia yang seharusnya diperjuangkan sejak dahulu lagi.

Rasuah punca Umno takut kalah

Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak sepatutnya bermain dengan sentimen politik perkauman kerana ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Yang sebenarnya UMNO risau akan perpecahan undi bukan melayu terhadap parti tersebut kerana gusar akan kehilangan tampuk kuasa di PRU 13 yang akan diadakan bila-bila masa sahaja.
Rakyat Malaysia telah lama hidup bersatupadu tetapi Umno Bn mengamalkan budaya politik kotor serta tidak mengamalkan konsep demokrasi. Lihat sahaja PERKASA yang sering membuat pelbagai provokasi perkauman dan keagamaan yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif terhadap pengundi bukan melayu.
Kaum Melayu akan menjadi pelarian dibumi sendiri bukan kerana tidak ada kuasa bersaing dalam ekonomi tetapi tindakan kerajaan BN sendiri yang membawa masuk warga asing dan diberikan pula IC bagi membolehkan mereka menang di PRU13 akan datang.
Kenapa kaum melayu akan terpinggir jika hilang kuasa politik? Setelah lebih 50 tahun Umno memegang kuasa sebagai kerajaan apakah tidak cukup masa bagi menaiktaraf kehidupan kaum Melayu?.
Datuk Seri Shahrizat harus menerima hakikat bahawa Melayu yang dibantu selama ini adalah golongan suami isteri anak-anak serta kroni-kroni Umno yang mementing perut sendiri manakala rakyat dibawah hanya dapat merasa sisa-sisa bantuan tersebut. Yang kaya adalah kroni manakala rakyat hidup digula-gulakan oleh kerajaan.

Timbunan hutang negara RM456b zaman Najib, RM89b era Anwar

PETALING JAYA 30 November: Hutang negara semasa pentadbiran Najib Razak kini cecah RM456 bilion dan ia melonjak lima kali ganda berbanding RM89 bilion di era Anwar Ibrahim, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.
“Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehingga tahun 1997.
“Sebaliknya, hutang negara kini melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Anwar.
“Hutang negara yang diterajui Datuk Seri Najib kini mencecah RM456 bilion pada akhir tahun 2011 mewakili 53 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar),” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Beliau membidas ucapan Perdana Menteri yang mendakwa kononnya Ketua Pembangkang bukan ‘pengurus ekonomi yang cekap’ sewaktu menjadi Menteri Kewangan dari 1992 hingga 1998.
Azmin berkata, sepanjang pentadbiran Anwar, defisit belanjawan negara hanya sekitar 0.8 peratus sehingga 2.4 peratus.
“Manakala pada era Najib, ia meningkat sekitar 4.1 peratus sehingga 6.7 peratus. Ini sumber dari Kementerian Kewangan
sendiri,” jelas Ahli Parlimen Gombak itu.
Tambahnya, tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Najib.
Menurut Azmin, kegilaan berhutang dan berbelanja boros Najib memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar paling tinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM30 bilion.

Bersih 3.0: Polis sebar fitnah berita kematian anggota – Tian

KUALA LUMPUR 30 November: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, polis cuba sebar fitnah kepada tahanan, menyatakan ada beberapa anggota pasukan itu maut semasa Himpunan Bersih 3.0 28 April lalu.
“Semasa berada dalam tahanan di Pulapol (Pusat Latihan Polis), beberapa pegawai polis menyiasat saya. Antara soalan mereka, adakah himpunan itu berjaya atau tidak.
“Salah seorang pegawai polis terbabit mengatakan kononnya ada antara anggota mereka maut semasa bertugas di perhimpunan tersebut. Beliau juga bertanya, apa pandangan saya tentang berita kematian tersebut.
“Saya memilih untuk tidak menjawab pertanyaan tersebut, kerana pada saya ia bukan soalan interogasi, tapi hanya bertujuan untuk menabur fitnah dan cubaan untuk melakukan provokasi terhadap saya,” kata Tian ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Jenayah di Jalan Duta, hari ini.

Adun BN Batang Kali Didapati Bersalah Keluar Kenyataan Berbaur Seksis

SHAH ALAM, 30 NOV : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini mendapati Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pada 22 November lalu.
Ekoran itu, Isa dikenakan denda sebanyak RM1,000 melalui potongan Elaun Khas Ahli Dewan Negeri.
Keputusan itu ditetapkan Speaker DNS, Datuk Teng Chang Khim setelah mengambil kira persetujuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul pindaan berhubung mengenakan denda kepada Isa.
“Bahawasanya dewan yang mulia ini mengambil ketetapan untuk mengenakan denda RM1,000 yang akan dipotong dari Elaun Khas Ahli Dewan Negeri ke atas Adun Kawasan Batang Kali terhadap kenyataan seksis yang dikeluarkan oleh beliau terhadap Adun Bukit Lanjan pada 22 November 2012 semasa sesi penggulungan Yang Berhormat Bukit Lanjan yang berbunyi “…(Tapi) jangan sampai terlupa jaga hutan kita sendiri”,” katanya.

AES : 1 Malaysia Kamera

Pembangunan Islam dinilai melalui kualiti- Nurul

Najib ugut rakyat Malaysia - Nizar

Anwar Menteri Kewangan Bersih. Najib Penuh Rasuah dan Skandal

Najib perlu berundur jika benar-benar insaf


IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa berundur jika perdana menteri itu bebar-benar sudah menginsafi segala kelemahannya.

Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak Fakhrulrazi Mokhtar, Najib tidak boleh menganggap kesilapannya adalah perkara biasa dan berasa cukup dengan hanya meminta maaf.

Sebaliknya katanya, permohonan maaf itu perlu disusuli dengan meletakkan jawatan dan memberikan peluang kepada mereka yang lebih baik untuk menerajui negara.

“Permohonan maaf tersebut menggambarkan pelbagai kezaliman yang telah Umno lakukan sebelum ini dan Najib melihat perkara ini sangat kecil dan mudah dimaafkan.

"Najib seharusnya berundur dan melepaskan jawatannya jika beliau benar-benar insaf akan perbuatannya seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin di Negara lain," kata beliau kepada Harakahdaily.

Sementara itu, mengulas Perhimpunan Agong Umno (PAU) kali ini beliau berpendapat ianya seoalah-olah tiada arah tuju.

Menurutnya, pimpinan dan perwakilan Umno menggunakan perhimpunan kali ini lebih kepada  medan untuk menghentam dan memfitnah Pakatan Rakyat.

Ahmad: Felda timbang saman Harakah, Suara Keadilan



 
Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Ahmad Maslan mengumumkan bahawa Felda sedang mengkaji untuk mengemukakan saman ke atas lidah parti PKR, Suara Keadilan dan juga organ PAS, Harakah berhubung laporannya mengenai Felda.

Saman itu akan dikemukakan atas laporan di akhbar Suara Keadilan dan Harakah itu memaparkan dakwaan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman bahawa Felda menjual minyak sawit kepada sebuah syarikat Israel, katanya.
Katanya, dakwaan itu disiarkan dalam Suara Keadilan bertarikh 27 November dan juga Harakah bertarikh 26-29 November.
Ahmad berkata, dakwaan yang dibuat oleh Mazlan di dua akhbar berkenaan merupakan satu fitnah dan bermotifkan politik.

"Memang pembangkang ini pembohong dan pemfitnah. Mereka menuduh Felda berurus niaga dengan Israel, BN khianati rakyat Palestin dan minyak sawit dijual ke Israel. Akhbar ini memfitnah Felda. Mereka fitnah Felda bermakna fitnah kerajaan juga.

Fakta : Bandingkan pencapaian Najib-Anwar

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengemukakan fakta sebagai perbandingan bagi menjawab siapa sebenarnya lebih bijak mengurus kewangan negara antara Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fakta berupa angka pertumbuhan Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) kedua-dua zaman Anwar dan Najib menjadi menteri kewangan itu di kemukakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Menurut Azmin, ketika Anwar menteri kewangan, negara mencatatkan pertumbuhan KDNK yang kukuh pada kadar 8.8 peratus pada tahun 1992,  9.9 peratus (1993), 9.2 peratus (1994), 9.8 peratus (1995), 10 peratus (1996) dan 7.3 peratus pada 1997 apabila krisis ekonomi bermula.

Sebaliknya, di bawah Najib, KDNK negara merosot sebanyak 1.5 peratus pada 2009, dengan pertumbuhan berikutnya sebanyak 7.2 peratus pada 2010 dan 5.1 peratus pada tahun 2011.

Pendedahan secara perbandingan itu dipercayai bagi menyangkal kenyataan Najib ketika berucap di perhimpunan agung Umno semalam bahawa beliau (Najib) mampu menguruskan ekonomi negara lebih baik daripada Anwar.

"Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAU : Umno takut debat, hanya berani mengata belakang


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mencadangkan pemimpin tertinggi Umno berdebat secara terbuka dengan pemimpin tertinggi PAS daripada terus menjadikan Perhimpunan Agung umno (PAU) sebagai medan memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, ucapan perasmian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ucapan dasar ketua-ketua sayap pemuda dan wanita hinggalah ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi fokus kepada hala tuju parti itu.

Sebaliknya mereka mengambil peluang tersebut untuk memburuk-burukkan Pakatan rakyat semahu-mahunya.

"Ucapan dasar Datuk Seri Najib menjadi ucapan nanar yang sasarannya ialah Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Takbur Dan Agah : 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong' - Adnan



 
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasan Bentong yang menurutnya tidak akan dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."

Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.