Rabu, 28 November 2012

Deepak: 'I want to clear my name'

'Neutral' ex-IGP holds press meet with PKR men

French lawyer: Najib, Razak Baginda 'priority witnesses'

13. QA5. Tak hubungi ibu yang pukulnya dari kecil? - Dato' Dr MAZA

TPM: Bersama melakar kemenangan....ulangan cerita lama...la ni 2012 bukan 1970..!!!

KJ: Gempur hingga 'berkubur Pakatan durjana'

AWAS BLOGGERS! Amaran Dari Cawangan Khas


TERKINI : Amaran Dari Cawangan Khas

Bhai… baru kejap tadi gua dapat call… dari kengkawan gua kat Cawangan Khas Bukit Aman … diorang mintak gua sampaikan maklumat nih kat semua rakan blogger… Diorang mintak jasa baik lu orang dan gua gak supaya jangan menyebar luaskan video dan gambar berkaitan dengan majlis sambutan 1881 Sultan Pahang dengan anakandanya di London tue.
Kawan-kawan baik gua kat Cawangan Khas mintak supaya semua blogger chill out bab isu nih…. supaya memudahkan diorang agar tak perlu banyak buat kerja nak siasat para blogger dan facebooker serta twitterer …. Sebab diorang tak larat nak layan songel dari Istana… kalu tidak… takder kerja lain la diorang asyik nak kena layan jer geng Istana nih….
Jadi… tolong aaa… tolong jangan susahkan rakan kiter kat dalam Cawangan Khas yer… yang dah terlepas diupdate dalam blog tue… kira dah terlepas la… jangan ditambah lagi…. okeh aaa… Sebab geng-geng Cawangan Khas nih awal pagi dah panas telinga pasai isu nih…. tolong aaa..
Gua sampaikan maklumat jer… terpulang la kat lu orang nak ikut ker taknak…. hahaha
 
 

Mohd. Kamal bin Abdullah

Scorpene: Malaysia Shuts Doors On The Truth

Tahniah : Utusan catat kerugian sebelum cukai RM1.09 juta bagi suku ke-3..fitnah dan tipu punca kerugian...!!!

KUALA LUMPUR, 28 Nov —Utusan Melayu (M) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai berjumlah RM1.09 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2012 berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM14.82 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Utusan berkata pendapatannya susut kepada RM90.05 juta daripada RM92.14 juta.
“Utusan menjual anak syarikatnya, Utusan Print Corp Sdn Bhd, dalam segmen percetakan pada September tahun lepas. Ekoran itu kumpulan ini meraih keuntungan RM14.1 juta daripada penjualan itu, yang menghasilkan keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi,” katanya.
Mengenai prospek, Utusan Melayu berkata kumpulan itu akan terus memanfaatkan acara-cara seperti jualan mega dan kempen kembali ke sekolah untuk meningkatkan pendapatan daripada pengiklanan dan mengurangkan kerugian bagi tahun kewangan ini. — Bernama

TAHNIAH! Gambar Amir Syed Bin Abdullah Dah Dapat Kad Pengenalan (IC). Daftar Pemilih Bila Pula?

Kad Pengenalan IC Sabah TAHNIAH! Gambar Amir Syed Bin Abdullah Dah Dapat Kad Pengenalan (IC). Daftar Pemilih Bila Pula?
Tahniah..syabas kepada Sabah & juga Malaysia. Bertambah sudah etnik di Sabah. Warganegara Malaysia sendiri pun punyalah susah nak dapatkan kad pengenalan yang sememangnya mereka patut perolehi tanpa sebarang kerumitan dan lebih mudah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya….
Amir Syed Bin Abdullah pun dah dapat kad pengenalan. Persoalan yang bermain di minda kami selama ini, di mana lokasi yang sesuai untuk diletakkan saudara baru kita ini, Amir Syed Bin Abdullah mengundi bersama-sama rakyat Sabah pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak?
Tiada yang mustahil, sejarah yang pernah kami muatkan laporan berita mengenai SPR selama ini di Berita Semasa pelbagai berita “pelik” dan “tidak masuk akal” melibatkan daftar pemilih di Malaysia pernah berlaku. Antara laporan berita yang kami maksudkan adalah seperti :
  1. Kampung Baru pun boleh mengundi
  2. Dikesan 1538 orang yang berumur lebih 100 masih lagi layak untuk mengundi
  3. Ada kes yang menunjukkan orang yang sama tetapi kelebihan memiliki 2 nombor kad pengenalan yang berbeza
  4. Ada 2 pengundi ini boleh memiliki kad pengenalan lama yang sama dan juga alamat lama yang sama tetapi kad pengenalan yang berbeza
  5. Rupa-rupanya Malaysia memiliki seoarang rakyat Malaysia yang merupakan manusia tertua di dunia pada umur 158. Wong Kwan Moy namanya. Dan paling pentingnya beliau layak untuk mengundi. Tahniah kami ucapkan…
Jikalau disemak nombor kad pengenalan Amir Syed Bin Abdullah ini. Beliau lahir pada tahun 94 bersamaan 18 tahun. Apa rahsia beliau kelihatan tua dan berumur pada usia semuda 18 tahun ini?
Walauapapun, yang penting Amir Syed Bin Abdullah sudah pun bergelar warganegara Malaysia menyertai 28 juta rakyat Malaysia yang lain termasuklah anda, anda dan anda di sini….

PRU13 : Faktor & Tawaran Yang Mempengaruhi Undi Anda?

Pilihanraya Umum ke 13 Pra Pilihanraya Umum ke 13 : Faktor & Tawaran Yang Mempengaruhi Undi Anda?
Pilihanraya Umum ke 13 mesti diadakan sebelum 28 April 2012. Jadi Datuk Seri Najib mempunyai masa sekitar 5 bulan sahaja lagi untuk mendapat ilham bagi memilih tarikh pilihanraya Umum ke 13 yang sesuai untuknya…..Oleh itu…
Oleh itu, dalam laporan artikel kali ini kami ingin membuat sedikit kajian bagi edisi para Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan samada bulan Disember 2012 ini ataupun pada Mac 2013 yang akan datang, bagi mengetahui “mood” kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini. Termasuklah anda-anda di sini…

Pilihanraya Umum ke 13 : Tawaran & Janji Daripada Pemimpin Parti Politik

Pilihanraya Umum ke 13 2013 Pra Pilihanraya Umum ke 13 : Faktor & Tawaran Yang Mempengaruhi Undi Anda?
Kesemua 6 pemimpin daripada komponen parti politik yang utama di Malaysia seperti di atas ini akan menjanjikan pelbagai tawaran dan janji kepada anda semua pada Pilihanraya Umum ke 13.
Jadi persoalannya, apa sebenarnya yang menjadi pertimbangan yang boleh mempengaruhi undi anda semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak? Sila undi dan…nyatakan mengapa ianya menjadi pilihan utama anda?

Tawaran Yang Mempengaruhi Undian Anda?

PAU : Kuasa Melayu ‘Bagai Telur di Hujung Tanduk’. Benarkah? Fakta @ Auta?


Shahrizat Perhimpunan UMNO 2012 Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?
Kalau tengok sekarang ini, bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang berlangsung sekarang ini, media arus perdana tidak kira media cetak mahupun elektronik terus memberikan liputan yang cukup meluas. Sehingga kami tertanya-tanya, UMNO ada “tanam sahamkah” kepada media-media ini?
Seperti di muktamar PAS yang lalu kami sedikit pun tidak memberikan liputan di Berita Semasa. Bagi kami itu hal parti mereka. Apa-apa masalah yang persoalan yang berbangkit. Itu hal parti tersebut. Jangan sesekali melibatkan rakyat dalam masalah parti anda. Andaikata sokongan parti merosot, salahkan diri sendiri berbanding menyalah & meletakkan “beban” masalah di bahu rakyat yang tidak menyokong.
Begitu juga dengan Perhimpunan Agong Umno 2012 kali ini….
Kami tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan kali ini…..(Laporan Bernama)
Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….
Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir” kemudiannya.
“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.
Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…
“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.
Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah ada orang mengatakan kepimpinan melalui tauladan.
Soalan kami, macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain? Ehem……
Lembu Shahrizat Jalil Perhimpunan UMNO 2012 : Kuasa Melayu Bagai Telur di Hujung Tanduk. Benarkah? Fakta @ Auta?
Tepuk dahi kami melihat senario politik yang berlaku hari ini.
Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan “Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan”, Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.
“Jika Melayu bersatu, dan kuat dan mejadi tulang belakang kerajaan yang dipilih, apatah lagi jika majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, maka insya-Allah semua kaum, semua lapisan masyarakat akan dapat meraih kestabilan politik negara,” katanya. [Sumber : BERNAMA]
Dan seperti dijangka antara isu yang akan dibangkitkan adalah persoalan Melayu, kekuatan bangsa Melayu, kuasa politik Melayu hilang dan akan juga diselitkan dengan “kerisauan mereka terdapat keadaan Islam yang ada pada hari hari ini”.

Kisah perlaksanaan Hudud yang masih ramai di UMNgOk kan lagi


"Isu hudud bukan main kuat dan hebat dipermainkan oleh pihak UMNO, dimana pihak UMNO mengatakan bahawa mereka OK, tetapi kerajaan negeri dibawah pentadbiran PAS yang tak OK. Masih buat pelbagai alasan dan tidak melaksanakan Hudud.

Tetapi, dengan kehendak ALLAH, pekung sebenar UMNO telah diserlahkan. Insiden dimana seorang wakil ADUN UMNO di Johor telah mengutarakan pandangan agar Johor di jadikan negeri pertama di 1Malaysia melaksanakan hudud.

TAKBIR!!!! Alhamdulillah.

http://www.malaysiakini.com/news/202369

Malahan ramai wakil-wakil dari pembangkang memberikan sokongan 100%.

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sokong-penuh-hudud-di-johor-1.62733

Wanita UMNO juga begitu, Alhamdulillah.

http://www.malaysiakini.com/news/203284

Tetapi, apabila Ustaz tersohor BN iaitu Ustaz CSL bersuara, lintang pukang ahli-ahli UMNO berdolak dalik mengatakan cadangan itu hanyalah pandangan peribadi dan Hudud tidak akan dilaksanakan di Johor.

Sokongan kepada PAS Johor luar biasa

Semakin hampir PRU Ke-13, semakin menyerlah kebangkitan PAS Johor, negeri Muhyiddin Yassin  yang bersungguh-sungguh untuk menentang PAS habis-habisan.

Laporan terkini memberi khabar gembira hampir setiap hari iaitu bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS/Pakatan Rakyat Johor, negeri yang digahkan sebagai kubu kuat Umno selama ini.

Sabtu, 1 Disember ini akan diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran Rakyat Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat dari jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. Dijangkakan puluhan ribu orang akan membanjiri Dataran Rakyat itu untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan negeri Johor.

Himpunan Rakyat ini dijangka akan menyerlahkan sekali lagi gelombang kebangkitan rakyat Johor dalam usaha untuk menukarkan kerajaan Umno/BN yang memerintah lebih suku abad kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

Seperti yang saya katakan dulu bahawa tsunami politik Malaysia dijangka akan bermula dari negeri paling selatan, iaitu negeri Johor, kemudian akan melimpah ke negeri lain, khususnya Negeri Sembilan, dengan negeri Melaka juga dijangka akan mengalami perubahan.

Israel and Hamas: Will the ceasefire hold?

Fitnah Sentimen Perkauman UMNO : PR Jadi Boneka DAP..!!

Morsi: Revolusi rakyat Mesir dikhianati

Dr Mujahid Yusof,
Kebangkitan rakyat Mesir menggulingkan Hosni Mubarak dibayar dengan harga yang tinggi. Ramai yang terkorban akibat keganasan saat akhir regim Hosni Mubarak terdesak untuk mempertahankan kuasa.

Setelah berbulan bertahan di Tahrir Square, akhirnya tumbanglah regim Mubarak yang memerintah Mesir hampir 30 tahun.

Namun era baru tidak menjanjikan jalan mudah yang diharapkan kerana cabaran post-revolusi ialah memastikan proses pendemokrasian berjalan dan adalah paling utama revolusi rakyat membuka jalan untuk proses pilihanraya yang adil dan dan bersih.

Setelah melalui berbagai halangan khususnya berhadapan dengan kuasa tentera yang masih menguasai pentadbiran negara Mesir, satu pilihanraya Presiden yang demokratik berjalan dan akibatnya Dr Mohd Morsi telah memenangi pilihanraya tersebut.

PRESIDEN TANPA KUASA


Walaupun Morsi menang bergaya dalam pemilihan yang demokratik, Presiden Mesir itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa kerana beliau gagal membentuk Parlimen memandangkan kuasa tentera masih lagi merupakan kuasa tertinggi yang boleh membubarkan Parlimen.

Kuasa kehakiman juga masih terhad dan banyak perkara yang tertunggak dalam tuntutan rakyat tidak dapat dilaksanakan umpamanya penghakiman ke atas pembunuhan demonstran oleh pasukan polis, penghapusan kuasa tentera dan penggubalan perlembagaan baru bagi memberi laluan parlimen berfungsi secara bebas.

Presiden tanpa kuasa adalah jolokan terbaik yang diberi kepada Morsi dan oleh kerana itu Morsi memerlukan mekanisma untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat melalui pendemokrasian sistem pentadbiran negara yang berterusan.

Tapi soalannya bagaimana Presiden Mesir dari Ikhwan itu harus melakukannya?

AMBIL KUASA UNTUK BERI KUASA

MB : Tanah Selangor Bukan Untuk ‘Tauke Sewa’


SHAH ALAM 28 NOV : Tanah untuk aktiviti komersial seperti perniagaan atau pertanian akan dijual pada harga pasaran supaya hasil penjualan itu dapat disalurkan kepada negeri dan rakyat.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini berbeza dengan pendekatan pentadbiran Umno-BN dahulu yang memberikan tanah tanpa penilaian yang berpatutan.
Abdul Khalid berkata tanah juga hanya akan diberikan kepada pemilik yang juga pengusaha atau owner-operator.
Ianya bukan untuk ‘rentier’ atau ‘tauke sewa’ iaitu mereka yang ingin memajak atau menyewakan tanah berkenaan kepada orang lain.
“Bukan seperti dahulu, tanah diberikan secara terlalu murah, kini kita akan menawarkan tanah mengikut dasar perniagaan dan harga semasa.
“Duit yang kita perolehi ini juga akan digunakan kembali untuk keuntungan rakyat,” ujar beliau menjawab soalan lisan daripada Adun Dengkil, Datuk Marsum Paing mengenai Lesen Menduduki Tanah Sementara (TOL) yang diberikan kepada pengusaha tanaman.

Altantuya: Pengakuan Deepak bukti akuan sumpah kedua PI Bala tak sah

Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.
Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib. Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.
SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

Nurul slams "panic stricken" Shahrizat for May 13 scaremongering

Dato' Seri Shahrizat Jalil's echoing of Tun Dr Mahathir's scaremongering reveals the real and true nature of a decaying regime. Instead of showing leadership and focusing on the future, we are reminded of the possible  spectre of communal violence of 13 May - possibly 're-staged' to save a moribund UMNO.

Shahrizat's panic stricken message in the event of a Pakatan Rakyat 13 th GE win demonstrates her outright disconnect with voters especially with Malaysians' political  wisdom and desire for change.
Change through the ballot box
Pakatan Rakyat is committed to change through the democratic process, and will strive to protect and strengthen Malaysia's electoral democracy. As such, I would like to repeat Dato Ambiga Sreenevasan's call: "We want to bring change through the ballot box, if there is to be change at all."

The UMNO 2012 AGM proves the following point: The rakyat must choose between UMNO's politics of fear and Pakatan's politics of hope for a better Malaysia. And the only way to disprove indeed that fear and panic has descended on UMNO, is for the UMNO President to immediately debate Dato Seri Anwar Ibrahim.

NURUL IZZAH ANWAR IS VICE-PRESIDENT OF PARTI KEADILAN RAKYAT

Kedai Kopi PAU :Umno kalah lagi di Pulau Pinang

Ramlan Ahmad dari Bukit Mertajam memberitahu, “beberapa bahagian sangat teruk.”

KUALA LUMPUR: BN dan Umno boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke 13.
Alasannya pemimpin Umno di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.
Perkara ini dinyatakan oleh beberapa ahli dan penyokong Umno yang ditemui di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.
Ramlan Ahmad dari Bukit Mertajam memberitahu, “beberapa bahagian sangat teruk.”
“Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).
“Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.
“Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.
“Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.
“Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang,” kata Ramlan lagi.
`Terpinggir dan terhapus’
Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin Umno di bahagiannya.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihan raya akan datang.
Pemimpin Umno bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.
Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.
“Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.
“Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus,” ujar Mahmud.

Bersama berjihad memerangi rasuah

Oleh DR AMINUDIN MANSOR
Rasuah adalah jenayah paling berbahaya dalam masyarakat dan negara. Jika gejala ini tidak diperangi secara serius rakyat dan negara akan hancur.
Amalan tidak baik iaitu rasuah menyebabkan seseorang itu sentiasa tamak, tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak jujur dalam melaksanakan pekerjaan.


Justeru, rasuah jangan hanya dijadikan isu politik, tetapi semua pihak harus memandang jijik perbuatan ini dan membanterasnya.

Semua agama dan bangsa di dunia ini benci akan perbuatan rasuah yang merupakan penyakit masyarakat jika dibiarkan.
Perbuatan ini bukan sahaja keji tetapi amat dikutuk oleh ALLAH SWT. Justeru, orang yang kaya kerana hasil rasuah sering berasa tidak tenang dan diburu oleh kebimbangan dan ketakutan dalam kehidupannya.

Hadi: Orang Umno salah naik "bas"


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Perhimpunan Agung UMNO ke-66 tahun ini dijangka menjadi medan untuk menghentam PAS selain menonjolkan partinya konon lebih Islam dan membela orang Melayu.

Katanya, Umno cenderung bertindak begitu kerana berada dalam keadaan terdesak menjelang PRU-13 yang bila-bila masa sahaja akan diadakan daripada sekarang.
"Umno sudah berada dalam fasa defensif dan seolah-olah lupa Malaysia ini negara demokrasi. Dalam isu doa kepada orang zalim misalnya, kalau Umno tidak zalim, tidak perlulah takut," bidas Ustaz Abdul Hadi mengulas polemik tersebut yang masih ditimbulkan dalam media perdana cengkaman kuasa kerajaan Umno-BN.
Ujarnya, apabila PAS mendoakan kehancuran Umno bukanlah bermaksud mendoakan turunnya bencana alam atau menggunakan bom atom hingga memusnahkan semua orang.
"Kita mendoakan supaya Umno kalah pilihanraya bukannya doakan kemusnahan individu, " tegasnya sambil menyebut bahtera sebagai analogi kepada Umno manakala kelasi untuk pemimpin dan ahli parti tersebut.

Kempen bebaskan tahanan ISA di Himpunan Kebangkitan Rakyat

KUALA LUMPUR 28 November: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual diadakan di Stadium Bukit Jalil 12 Januari depan.
“Usaha-usaha begini perlu diberi sokongan. Kami akan lakukan mobilisasi,” kata Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.
Menurutnya, GMI akan meneruskan kempen membebaskan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk membuka pondok maklumat di himpunan tersebut di seluruh negara, bermula di Sri Gading, Johor, Sabtu ini.
“Sekarang GMI mengumpul 10,000 kad menuntut pembebasan tahanan. Kita akan serahkan kepada Menteri Dalam Negeri,” katanya.
Beliau berkata, pemansuhan ISA yang diumum kerajaan 15 September tahun lalu digantikan dengan undang-undang yang sama mencengkam, iaitu Sosma.

Dakwaan tiada siasatan kes Scorpene, bohong


 
KUALA LUMPUR: Tindakan Umno BN yang cuba memberi gambaran bahawa tidak berlaku sebarang siasatan di Paris berhubung kes Scorpene adalah pembohongan semata-mata.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mengikuti taklimat Scorpene di Singapura semalam, berkata siasatan kes itu sedang berjalan dengan lancar.

Menurut, Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) hakim kes tersebut mungkin akan datang ke Malaysia Januari atau Febuari tahun depan sekiranya ada perkembangan terkini berhubung kes itu.

"Kenyataan BN bahawa tidak ada apa-apa berlaku di Paris adalah bohong, siasatan sudah dibuat dan berjalan penuh, malah senarai saksi sudah diterima oleh dua orang hakim," katanya.

Sementara itu, Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menyifatkan Umno BN seolah-olah tidak mahu langsung perkara yang benar didedahkan kepada rakyat negara ini.

Katanya, Ahli Parlimen BN kecewa sebab Singapura membenarkan Peguam Perancis Apolene Cagnat masuk ke negara itu.

PAU : Shahrizat selar media ‘pro pembangkang’ dalam ucapan penggulungan

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) dalam hari ini menyelar portal media yang dikatakan ‘pro pembangkang’ dan meminta mereka agar tidak menulis dengan sesuka hati.
“Media hari ini... Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk belajar. Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit', mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab.
“Tambah portal-portal ni. Guna nama Malaysian… Betul?
"Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan maruah.
“Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja tanpa tanggungjawab. Helah kamu — letak tajuk macam tu, kemudian orang yang dikenakan nak kena jawab, kamu tak payah jawab.
“Mana boleh macam tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu, buatlah. Boleh?” kata Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.

PAU : Pakatan bidas Muhyiddin, dakwa beliau kurang idea baru

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) membalas kritikan  Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sebagai mencerminkan parti pemerintah itu kekurangan idea baru untuk negara dan jelas membuktikan Umno terdesak untuk memenangi undi orang Melayu-Islam menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti.
Semalam, timbalan presiden Umno itu menuduh PAS berbohong dalam perjuangan Islam dan mendakwa bahawa perjuangan parti Islam itu tidak disokong oleh sekutunya DAP dan PKR.
Ahli parlimen PAS (Kuala Selangor), Dr Dzulkefly Ahmad berkata serangan ke atas partinya adalah kerana Umno takut kehilangan undi daripada masyarakat Melayu-Islam.
“Jelas sekali apa yang Umno lakukan sekarang adalah bertujuan untuk memancing undi Melayu Islam,” kata Dzulkefly.
Beliau menambah Umno terpaksa menggunakan taktik itu kerana parti itu sendiri tidak lagi memiliki sokongan di kalangan pengundi, terutamanya apabila isu kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memberikan persepsi Umno adalah sebuah parti korup.
“Sebab Umno berdepan dengan PAS, jadi dia (Umno) kena rosakkan imej dan kredibiliti PAS. Sebab itu perkara utama yang dia hentam adalah PAS, tidak DAP atau PKR.
“Kita adalah satu lawan satu dengan Umno. Yang akan menggantikan Umno adalah PAS dan juga orang Melayu dalam Umno.”

SHOW YOUR FACE IF YOU DARE, Deepak challenges Raja Ropiaah: Trial begins Thurs

Politically-connected businessman Deepak Jaikishan will take the witness stand on Thursday when the Kuala Lumpur High Court begins hearing the lawsuit filed by his firm Astacanggih Sdn Bhd against Selangor Wanita Umno chief Raja Ropiaah Raja Abdullah.
"I believe I am the person who can best explain the whole matter to the court. I believe our courts are fair but because the timing is such, there might be political interference ad this should not be the case because there is incriminating evidence," Deepak told a press conference on Wednesday.
SHOW YOUR FACE IF YOU DARE, Deepak challenges Raja Ropiaah: Trial begins ThursThe case promises to be the among the most sensational corruption trials involving Umno bigwigs this year and comes hot on the heels of RM250mil NFC corruption debacle, which culminated in the husband of Wanita chief Shahrizat Jalil being charged for criminal breach of trust.
Apart from suing Raja Ropiaah and her firm Awan Megah (M) Sdn Bhd for specific performance and "criminal intent", Deepak is also suing the Ministry of Defense, the land and mining office Pejabat Tanah dan Galian for not releasing the land titles to nominee firm Cebur Megah (M) Sdn Bhd.
Show your face if you dare
Deepak also challenged Ropiaah to appear in court. The trial will begin at 9am at the Jalan Duta court complex.
"If she is innocent and interested to clear her name, she should not wait to be subpoenaed. Come to the court tomorrow if she dares," said Deepak.
Ropiaah was appointed a Senator in April by Prime Minister Najib Razak, replacing Shahrizat who was forced to step down as Women's minister following the NFC corruption scandal. There is speculation among Wanita members that Ropiaah has been 'earmarked' to take over top Women's post.
So far, Raja Ropiaah has declined comment other than to say that her lawyers will look into the matter.
"At this point, I don't wish to comment but will let my lawyers handle it. Deepak has been going around saying all sorts of things. We want to know what his accusations are and take the next step from then on," Raja Ropiaah told Malaysia Chronicle on Tuesday.

Criminal action

Bila Perhimpunan Syaitan Penuh Dengan Fitnah, Adudomba & Propaganda

Selalunya apabila sesebuah parti politik itu mengadakan Perhimpunan parti mereka sudah tentulah agenda utama dalam perhimpunan itu untuk mengukuhkan parti, kerja-kerja dalam parti, perpaduan dalam parti, perancangan masa depan parti dan membetulkan segala kelemahan dan kesilapan yang pernah berlaku, dan sekiranya ingin menyentuh rumahtangga parti lain pun hanya sekadar secara spontan atau hanya sepintas lalu sahaja.
Tetapi kali nampaknya menyerang Pakatan Rakyat menjadi agenda utama perhimpunan mereka.

Namun begitu, amat malang apabila UMNO yang kini sedang mengadakan perhimpunan besar-besaran parti mereka sekarang ini telah tersasar dari tujuan asal yang sepatutnya seperti kebiasaanya untuk parti-parti mengadakan perhimpunan atau muktamar atau sebagainya.
Ucapan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bukan untuk menegur ahli-ahli yang selalu buat maksiat, buat mungkar, buat kerja yang dilarang Allah dan Rasul atau bukan bercakap tentang perpaduan rakyat secara keseluruhanya tetapi mereka lebih berminat berucap untuk mencampuri urusan parti-parti lawan mereka dengan merekacipta perkara-perkara yang tidak berfakta, menabur fitnah, mengadudomba dengan tujuan ahli UMNO khususnya orang Melayu yang bodoh dan tolol akan terpedaya dengan ucapan mereka dan menyokong UMNO.
Pemimpin UMNO kelihatan seperti orang sudah hilang arah, tertekan dan mengelabah dengan keadaan politik negara sekarang. Mereka meracau di hadapan ribuan perwakilan mereka umpama syaitan gila dan syaitan mabuk. Maka tidak peliklah jika perhimpunan mereka kali ini dikenali sebagai “Perhimpunan Puak Syaitan Yang Di Kenali”.

Tanya Najib siapa Deepak dan K Eswaran


KOTA BHARU: Para wartawan diminta bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapakah orang yang bernama Deepak (Jaikishan) dan Kenneth Eswaran jika benar beliau perjuangkan Melayu.


"Kalau dia pemimpin Melayu, dia kena terang siapakah dua manusia yang mengelilingi kehidupan beliau," kata Dr Hairudin Abdul Malik, perwakilan Tambun.  Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul yang dibentangkan oleh PAS Pusat berhubung dengan pengkhianatan parti itu kepada orang Melayu ketika bercakap Pakatan akan mengkhianati Melayu jika menang nanti.

Siasatan Harakahdaily melalui Google mendapati, kedua-dua nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Najib khasnya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.  Deepak (gambar) dalam satu sidang medianya memberitahu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor umpama kakak kepada beliau.  "Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja.  "Dia seorang yang baik. Jika anda mengenal dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.

UMNO YANG KARAM !......

 Kenanglah jasa Umno bersama keburukannya,,,   
 
Dalam suasana PRU yang semakin dekat ,  pagi tadi Rabu 28/11/2012 RTM ada menyiarkan wawancara khas  dengan seorang veteran Umno dari Pahang (bekas menteri) berhubung dengan perlunya orang Melayu bersatu dan menyokong kembali Umno. Jangan begitu mudah melupakan Umno,, hargailah jasa Umno,,,, katanya.

Seruan begini biasa sangat kita dengar dari mulut-mulut pemimpin Umno khasnya mereka yang masih belum sedar betapa banyaknya kedurjanaan yang telah dilakukan Umno terhadap orang Melayu .  Mereka tak jemu-jemu meminta orang Melayu supaya berterima kasih dan menghargai jasa Umno kepada orang Melayu selama ini.  Memang benar dan tidak dinafikan parti Umno ada berjasa kepada orang Melayu,  tetapi pemimpin Umno juga wajib mengakui semasa mereka memerintah mereka terlalu banyak menyalahgunakan kuasa. Kuasa diguna sewenang-wenangnya!

Ini adalah diantara keburukan dan kecurangan pemimpin Umno selama 55 tahun memerinyah.  Mereka terus ghairah dalam  penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.  Mereka begitu mesra dengan budaya rasuah. Mereka bersikap tamak dan rakus,, dan  akhirnya mereka berlumba-lumba mengumpul kekayaan untuk diri dan kroni,  tanpa mengira halal haram. Ada yang sanggup menggadai hak keistimewaan dan kepentingan bangsa Melayu termasuk menghakis tanah rezab Melayu dan mengikis saham yang diperuntukkan kepada Melayu & bumiputra.  Dan menambah buruknya lagi Umno ini,,, agama Islam mereka peralat untuk kepentingan parti dan dalam masa yang sama ada hukum-hakam Islam yang mereka perlekeh,,, jauh sekali untuk memertabatkannya.  Secara amnya,, itulah intipati keburukan parti Umno.

Justeru soal terima kasih dan menghargai jasa Umno bukanlah isu. Memang wajar pun orang Melayu berterima kasih, tetapi setelah melihat seribu satu macam penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah wajarkah orang Melayu menyokong dan memilih Umno sekali lagi? Di kesempatan terbaik dan adanya pilihan terbaik ketika ini, jangan salahkan orang Melayu kalau mereka menyokong Pakatan Rakyat. Orang-orang Umno juga seharus sudah insaf. Larilah meninggalkan Umno. Melayu tak akan mati tanpa Umno !!

Oleh : rahimothman

UMNO Semua Halal : Jemput Pemantau PRU13 , Campurtangan Asing, APCO dan Bagi Mykad, Tak Apa Pulak?


Pelik sungguh UMNO ni, bila dia buat sesuatu untuk kepentingan parti dia walaupun bertentangan dengan undang-undang dan keselamatan negara,tak mengapa pula, tetapi jika untuk keadilan dan kebebasan dari penipuan UMNO bantah pula. Memang dasar UMNO ini suka kepada penipuan, pendustaan, penindasan dan kezaliman.

Isu pembangkang ingin menjempu pemerhati dari negara luar untuk PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi dibantah oleh pemimpin UMNO dengan alasan pembangkang ingin menjemput orang luar mencampuri urusan dalam negara dan ingin menjadi pengkhianat. Orang luar datang untuk tengok cara kita mengundi dikatakan menjemput campurtangan asing? Bukankah isu pemantau dan pemerhati pilihanraya dari negara-negara luar ini banyak berlakuk di negara-negara luar malahan SPR sendiri pernah menghantar wakil menjadi pemantau dan pemerhati pilihanraya negara luar?
Sebenarnya UMNO cukup takut jika pemantau luar dijemput, maka akan habis semua tembelang penipuan yang dilakukanya terbongkar.
Mengapa apabila UMNO memberikan mykad kepada rakyat asing tanpa sebab itu tidak dikatakan menjemput rakyat asing mencampuri urusan hak rakyat dan negara kita? Bukankah itu lagi merbahaya terhadap hak rakyat dan kedaulatan negara? Melantik syarikat Yahudi (APCO) sebagai penasihat keselamatan, apakah itu tidak membahayakan negara?

Desak Umno BN tarik semula penutupan Masjid Ar-Rahman

KUALA LUMPUR 28 November: Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) di Jalan Pantai Baru di sini diarah tutup oleh kerajaan Umno BN mulai Sabtu ini, tanpa surat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Mempertahankan Masjid Ar-Rahman, Jamlus Mansor, kain rentang dan notis pemberitahuan mengenai penutupan masjid yang digantung sejak seminggu lalu menimbulkan keresahan penduduk.
Notis penutupan juga tidak dinyatakan tempoh berapa lama masjid tersebut diselenggara.
“Kami sedih perkara ini berlaku, dan kita tidak dimaklumkan tindakan awal yang mahu diambil berhubung penutupan itu.
“Ini satu-satunya masjid yang dikatakan sebagai contoh pimpinan dahulu, tapi sekarang nak diubah suai. Kita tak halang kerja-kerja tersebut. Tapi jangan sampai sekat orang ramai nak solat sedangkan ruang masjid ini luas.
“Malah notis yang ditampal juga tanpa pengesahan daripada Jawi,” katanya pada sidang media di luar pagar masjid, hari ini ekoran halangan oleh seorang yang mengaku ahli jawatankuasa masjid tersebut.
“Ini masjid tertua dan jadi tumpuan pelajar universiti, pusat bahasa dan orang-orang luar untuk solat.
“Apa tujuan sebenar ia diarah tutup. Adakah melibatkan isu politik atau isu agama. Kita mahu perkara ini dijelaskan,” katanya lagi.

Adun PR Tidak Berminat Ambil Tanah Selangor


SHAH ALAM, 28 NOV : Adun Pakatan Rakyat tidak berminat untuk menggunakan kepentingan sedia ada bagi mendapatkan mana-mana tanah di negeri ini.
Pengisytiharan ini dinyatakan sendiri Adun Kajang, Lee Kim Sim pada sesi perbahasan Jawatankuasa Tanah Hulu Langat di Dewan Negeri Selangor (DNS).
Menurutnya, permohonan tanah perlu diberikan kepada rakyat yang masih tidak memiliki tanah kediaman ataupun syarikat.
“Wakil rakyat PR tidak berminat untuk memiliki tanah.
“Hanya kita nak memastikan permohonan-permohonan untuk pelupusan tanah adalah diberikan kepada individu, perbadanan atau syarikat yang sepatutnya dapat,” katanya.
Tegasnya, setiap adun perlu turun ke padang bagi melihat sendiri setiap permohonan tanah yang dikemukakan agar gambaran sebenar lokasi permohonan diperoleh.
Melalui cara ini, ulasan semak dan imbang serta pertimbangan sesuai dapat dilakukan.
“Ada satu ketika di mana Adun diberikan peranan untuk memberikan ulasan terhadap permohonan-permohonan tanah termasuk Adun-Adun turun ke padang dan membuat siasatan di tapak tanah tersebut.

Kerajaan PR Selangor perkukuh syiar Islam


SHAH ALAM, 28 NOVEMBER: Usaha Kerajaan PR Selangor meninggikan syiar Islam diteruskan apabila menyumbang RM1,250 setiap minggu kepada 192 surau yang melaksanakan solat Jumaat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pada masa yang sama kerajaan negeri menyediakan peruntukan kepada setiap masjid di seluruh negeri.
Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Taman Medan, Haniza Mohamed Talha.
Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan PR Selangor yang diterajui PKR, DAP dan PAS meminggirkan usaha meninggikan syiar Islam di negeri ini.
Menurutnya, daripada jumlah itu, kawasan yang terbanyak menerima sumbangan adalah Hulu Langat diikuti Petaling Jaya dan Klang.
“Kerajaan negeri sudah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari segi penggunaaan surau dan masjid untuk mengadakan solat Jumaat,” katanya Abdul Khalid yang juga ADUN Ijok.
Beliau berkata, sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan terhadap program pengimarahan masjid dan meningkatkan syiar Islam seperti  penganjuran forum dan seminar di peringkat daerah serta Konvensyen Masjid Negeri Selangor, lawatan Kerajaan Negeri ke negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Syria.

Daif Dan Miskin : Apa BN Sudah Buat di Sabah ?

PATI – Belenggu Sabah


Masalah peningkatan kadar kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah tidak terkawal di Sabah bakal menjejas seluruh struktur ekonomi, sosial, demografi dan fizikal Sabah. Baru-baru ini rakyat Sabah telah menyuarakan isu PATI ini sebagai isu yang paling mustahak untuk diselesai oleh kerajaan. Persoalannya, mampukah BN menyelesaikan masalah yang diciptakannya sendiri?
Sejarah masalah PATI Sabah bermula hampir sewaktu penubuhan Malaysia. Dalam tahun 1970an, disebabkan persengketaan politik dan agama di selatan Filipina, ramai pelarian berhijrah ke Sabah mencari tempat bernaung. Akibatnya mereka diberi hak status pelarian politik dan dikenali sebagai pelarian IMM 13.
Setakat tahun 2009, sudah ada 81,000 penduduk Sabah yang diberi status IMM 13 yang memberi mereka hak untuk bergerak secara bebas dan mencari pekerjaan.
Namun penyerapan PATI ini telah bertambah secara mendadak. Oleh kerana kebanyakan pelarian ini beragama Islam terutama yang beragama Islam, mereka dengan senangnya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat Sabah.

PAU : Tak patut Muhyiddin jual surat khabar lama

Kalau pembangkang menang, negara jadi porak-peranda. Itu kata Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin semalam ketika merasmikan serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2012 di PWTC, se malam.
Malangnya, Muhyiddin tidak nampak porak-peranda yang dibuat UMNO/BN sendiri selama 55 tahun memerintah negara. Bila hutang negara bertambah, harga barang naik, gaji tak cukup hennak membeli-belah, bila sang bapa ikat perut nak bayar kereta-rumah, bila nak menyimpan cukup payah, bila buat projek, bangunan sana sini rebah, ini semua apa kejadah?
Kan molek kalau Muhyiddin balik sekolah belajar bahasa. Paling tidak jumpa Cikgu Ishak Surin bertanyakan maksud perihal porak-peranda. Bak kata pepatah Melayu, air yang tenang jangan disangka tak ada buaya.
Muhyiddin tak pernah berjalan pekena teh di Chow Kit
Rasanya Muhyiddin tak pernah pun berjalan menengok-nengok pekena teh segelas dua di Chow Kit. Paling-paling sekadar dibawa drebar terus ke PWTC. Banyak lagi ceruk-ceruk KL ini yang boleh dijadikan iktibar buat beliau. Malaysia sudah lama porak-peranda dek kebejatan pimpinan UMNO-BN sendiri melahap hasil-mahsul bumi bertuah ini termasuk duit lembu.
Muhyiddin mungkin sama kasta dengan bosnya Najib yang tak kekok berkhutbah. Dalam ucapannya malam tadi beliau turut membangkitkan soal perkongsian kuasa, soal pemikiran sekular liberal, soal masyarakat bumiputera Fiji mengamuk, soal ‘pembangkang’ yang tak pandai bermuafakat, soal kumpulan LGBT dan seperti biasa menabur janji untuk jaga Melayu.
Mahathir vs Muhyiddin

Shahrizat slams news portals, says God is with Utusan

The Wanita Umno chief goes on a tirade against 'unfair' news portals, but sings praises for Utusan over its sincerity.
KUALA LUMPUR: Shahrizat Abdul Jalil said today that that Malaysian news portals give “unfair and irresponsible coverage” of Barisan Nasional, whereas God is with Malay daily Utusan due to its “sincerity”.
“There are pros and cons to social media, but the cons is that it has no limits. They speak without responsibility, especially news portals,” said the Wanita Umno chief in her winding-up speech at the Umno general assembly today.
“I don’t need to elaborate on that. [The news portals] use the word ‘Malaysia’ in their name, am I right? What is this… if you use the word ‘Malaysia’, then you must write with pride, honour and dignity!” she cried.
She was likely referring to news portals such as Free Malaysia Today, MalaysiaKini and The Malaysian Insider, which have often been accused of being “pro-opposition” due to their critical stance towards the ruling government.
Shahrizat today claimed that a common “trick” used by news portals was to write provocative headlines that lead people into trouble.

Deepak to sue Najib and "HER" for cancellation of govt contracts to his firms

Deepak to sue Najib and "HER" for cancellation of govt contracts to his firmsControversial carpet trader Deepak Jaikishan has opened an explosive new can of worms for embattled Prime Minister Najib Razak and his wife Rosmah Mansor.
Blaming the first couple for the cancellation of a slew of business contracts awarded to his family and firms, the 40-year-old has threatened not only to reveal more "details" about a sensational statutory declaration connected to the Altantuya Shaariibuu murder but to also sue the various ministries involved including the PM himself.
Deepak also suggested he would take action against "her" for influencing "members of her family" into cancelling the government contracts enjoyed by his firms after he gave an interview in 2010 to blogger Raja Petra Kamaruddin on the statutory declaration. When asked if 'her' meant Rosmah, he declined to confirm or to deny.

PAU : Kenyataan Shahrizat boleh cetus huru-hara

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membayangkan tragedi 13 Mei 1969 akan berulang jika Umno hilang kuasa pada PRU13 sebagai 'bahaya' dan 'boleh mencetus huru-hara'.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan ketua wanita Umno itu bukan sahaja mempamerkan ketakutan Umno, malah cuba 'mengugut' rakyat.

"Kenyataan itu sebenarnya berbaur ancaman seolah-olah mereka akan berusaha mencetus huru-hara jika Umno kalah pilihan raya.

"Mereka cuba takutkan rakyat bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika Pakatan ambil alih kuasa," katanya.

Kenyataan ancaman Tragedi 13 Mei akan berulang itu dimuatkan dalam teks ucapan Shahrizat di Perhimpunan Agung Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini.

Dalam teks itu, bekas menteri yang turut terpalit skandal RM250 juta NFC itu berkata, jika Umno tidak lagi berada ditampuk kuasa, kestabilan politik negara "akan goyang" dan pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara ini tidak akan senang.

Halang Tugas Polis : Desak tangkap Hishammuddin Hussein

Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.

Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhianatan tetapi maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi menjaga maruah dan air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin kanan mereka.

Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihammuddin itu sesuatu yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan itu di muka dunia. Hishammuddin ialah salah seorang naib presiden Umno dan sepupu kepada Najib Razak.

Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.

Menurutnya campur tangan berbentuk arahan dibuat oleh Hishammuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.

MP: Persoal taklimat Scorpene untuk hasut S'pura?




 
MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli bimbang golongan yang mempersoalkan taklimat isu Scorpene di Singapura bertindak demikian untuk menghasut negara berkenaan supaya tidak mendedahkan kebenaran di sebalik skandal tersebut.

Katanya, keadaan itu berbeza sekiranya taklimat itu tetap diadakan di Singapura walau Malaysia membenarkan ia dijalankan di negara ini.

Namun, keadaan yang berlaku pada masa ini adalah sebaliknya, kata Hatta dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

"Saya risau mereka seolah-olah menghasut negara lain bertindak sama.
"Kalau (suruh) Singapura tak payah layan (anjur taklimat), tapi (Malaysia beri ruang) tak apa.

Taklimat di Singapura kerana sekatan kerajaan, kata MP Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menolak tuduhan oleh Umno semalam yang mengatakan kerajaan Singapura cuba campur tangan urusan negara, sebaliknya menjelaskan taklimat Scorpene di negara jiran tersebut berpunca dari sekatan kerajaan Malaysia.
“Taklimat semalam amat berguna dan kami kecewa dengan sikap Speaker yang menghalang peguam Perancis, Apoline Cagnate daripada memberi taklimat di Parlimen.
“Malahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak memberi apa jaminan akan membenarkan peguam itu masuk Malaysia hingga memaksa taklmat dijalankan di Singapura,” kata ahli parlimen (MP) Subang (PKR), R Sivarasa (gambar).
Dalam laporan The Malaysian Insider semalam, pemimpin Umno mengecam kerajaan Singapura kerana membenarkan peguam Perancis memberi taklimat isu kes mahkamah Scorpene kepada ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat.
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu surat kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan peguam Perancis mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, bangunan Parlimen.
Walaupun halangan daripada kerajaan Malaysia, peguam Perancis tersebut masih sedia untuk datang ke Malaysia, menurut MP Batu (PKR) Chua Tian Chang.
“Peguam Perancis menyatakan mereka masih telus untuk memberikan taklimat di Parlimen. Kalau ada perkembangan terkini, mungkin pada Januari atau Februari mereka akan datang.

Jenayah Malaysia : Deepak dakwa ditekan lembaga pengarah syarikatnya


 
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya, didakwa ekoran tekanan ke atasnya oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara yang diadakan bersama beberapa media termasuk Malaysiakini berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya.

Polis Terikat : Bekas KPN dakwa menteri campur tangan siasatan

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.
Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.
Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.
“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.
Musa (gambar) kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.
“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO (Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?
“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”

Jenayah Malaysia : Deepak dakwa bayar keluarga Najib bagi urusan tanah

 Ahli perniagaan Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.
Menurut Deepak, dia memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang pemimpin Umno Selangor di mana beliau menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

NONEIni bermula, jelas Deepak, dengan satu perjanjian penswastaan pada
tahun 2005 di mana syarikat itu telah ditugaskan untuk mengendalikan satu projek Kementerian Pertahanan di Putrajaya.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta itu, yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Klang.

Bagaimanapun, Deepak berkata, ahli politik berkenaan tidak mempunyai kepercayaan kredit pada masa itu untuk mendapatkan bon tanah RM72.5 juta yang diperlukan bagi projek tersebut dan oleh itu, telah menemuinya untuk mendapatkan bantuan.

Perjanjian itu, katanya, akan memerlukan beliau mendapatkan bon tanah RM72.5 juta dan ditambah RM23 juta dalam bayaran tunai kepada syarikat tersebut.

Sebagai balasan, kata Deepak, syarikat ahli politik tersebut akan memberinya pemilikan hartanah berkenaan, yang merupakan sekeping tanah prima bersebelahan dengan bandar Alam Setia yang kini pesat berkembang.

najib abdul razak in perth chogm 1Nama ahli politik dan syarikat terlibat dirahsiakan sementara
menunggu jawapan mereka kepada permintaan Malaysiakini bagi mendapat komen.

"Beliau gagal untuk mendapatkan kerajaan bersetuju bon tanah dikeluarkan kepada pihak ketiga kerana di bawah penswastaan, syarikat yang mendapat (projek) penswastaan, tanah mesti kekal di bawah nama mereka.

"Jadi, saya menganjurkan satu mesyuarat untuk beliau bertemu (Najib), yang pada masa itu adalah menteri pertahanan kita, untuk membenarkan tanah ini dipindahkan kepada syarikat pihak ketiga," katanya.

Deepak berkata pemindahan itu dapat dilakukan selepas beliau "menyumbang banyak" kepada keluarga Najib.

12. QA4. Nusyuz dan ruju'? - Dato' Dr MAZA

11. QA3. Siapa tentukan mahar? - Dato' Dr MAZA

Adakah Engkau Mahu Satu Kebaikan Yang Tuhan Bawa Untuk Engkau? - Dr Maza

MP PAS Kuala Selangor Bahas Rang Undang2 Bank Negara Malaysia

Arak hak untuk Non- Muslim & pub haram | Sidang media Dato' Takiyuddin

AES : PAC digesa siasat ATES

Scorpene: Sekat peguam elak skandal terdedah

Selangor : Keperluan Infrastruktur Sekolah Agama Dinilai Tiap Tahun


SHAH ALAM, 28 NOV : Keperluan Sekolah Rendah Agama(SAR) akan dinilai setiap tahun oleh Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi memastikan sekolah berkenaan mendapat bantuan yang diperlukan mengikut keutamaan.
Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali berkata, polisi ini diamalkan setiap tahunbukan sahaja terhadap infrastruktur sekolah malah melibatkan dan keperluan tenaga pengajar.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan perbahasan Jawatankuasa Belanjawan Jabatan Agama Islam Selangor yang dibangkitkan oleh Adun Skinchan, Ng Suee Lim.
Suee Lim dalam soalannya membangkitkan keadaan usang Sekolah Rendah Agama Parit 7, Skinchan selain mengalami masalah infrastruktur terutama tandas pelajar.
“Saya setuju sekolah yang disebutkan Skinchan merupakan satu keutamaan kerana iamelibatkan kemudahan asas,” ujar Dr Halimah lagi.
Untuk tahun ini, sebanyak RM8 juta diperuntukkan Lembaga Zakat Selangor untuk pembangunan infrastruktur.

Pakatan Rakyat terus desak k’jaan panggil pemantau asing PRU 13

KUALA LUMPUR 28 November: Pakatan Rakyat akan terus desak kerajaan untuk panggil pemantau asing bagi memastikan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) telus dan adil.
“Kita akan terus tekan dan tuntut perkara ini, dan akan ada tindakan susulan,” kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.
Beliau mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima pemantau asing bagi membuktikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telus dan tidak menipu semasa PRU nanti.
Semalam, SPR dalam pengumumannya menyatakan telah mengenalpasti 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemantau pada PRU 13.
“Najib seolah-olah mengakui wujudnya kepincangan dalam SPR. Sebab itu beliau tolak kerana takut tembelangnya pecah jika ada pemerhati dari luar,” kata Zakaria.
Menurutnya, banyak bukti diserahkan kepada SPR berhubung penambahan pengundi di seluruh negara.

RM40 juta : Saya tidak gusar jika pemimpin BN mahu saman - Rafizi

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak gusar dengan kata dua diberikan Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Rahman Dahlan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau jika terus membuat kenyataan berkenaan dana politik RM40 juta.

"Saya tidak sedikit pun merasa tergugat dengan ancaman tindakan undang-undang seperti yang disebut oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan. Saya yakin saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat dan bersedia untuk mempertahankan kes yang saya bawa di mahkamah pada bila-bila masa.

"Persoalannya: Apakah (Ketua Menteri Sabah) Datuk Seri Musa Aman bersedia untuk bertemu di mahkamah dan mendedahkan butiran penderma-penderma beliau di mahkamah seperti mana bersedianya saya?" kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Rafizi, beliau percaya maklumat-maklumat berkenaan bukan sahaja dituntut oleh rakyat Malaysia, malah turut ditanya oleh pimpinan Umno sendiri.

PAS Wilayah buka kaunter serahan saman AES


KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan bersedia membantu mereka dengan membuka kaunter khidmat serahan AES yang bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) di Parlimen Titiwangsa, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur.


Demikian dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi (gambar) dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan beliau yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Wilayah Persekutuan akan menggerakkan usaha memberikan maklumat yang betul kepada masyarakat mengenai pelbagai kepincangan yang timbul dalam pelaksanaan sistem Automated Enforcement System (AES).

Bagi PAS WP, rakyat perlu mengetahui maklumat sebenar mengenai AES serta rahsia sebalik pelaksanaan AES yang amat meragukan banyak pihak.

PAS WP sependapat dengan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang menentang pelaksanaan AES kerana merasakan pelaksanaan AES dibuat secara terburu-buru.

Kenyataan Deepak: SAMM tuntut kes Altantuya dibuka semula


KUALA LUMPUR: Berikutan pengakuan bekas rakan karib Datin Seri Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibuu dibuka semula.

Ini kerana, pengakuan bersumpah (SD) P balasubramaniam yang kedua telah tidak sah apabila dipengaruhi oleh keluarga Datuk Seri Najib Razak.

"Merujuk kepada laporan Harakah(daily) mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga DS Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P. Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Sharibuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak," kata Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.

Beliau dipercayai mengulas laporan Harakahdaily semalam yang melaporkan kenyataan Deepak Jaikishan yang menyebut beliau terlibat dalam SD PI Bala yang kedua.

Musa dicabar dedah siapa sumbang wang RM40 juta



 KUALA  LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta kepadanya jika benar beliau bersih.

Beliau mendesak agar Musa memberitahu, apa hubungan penderma/penyumbang ini dengan beliau dan Umno?

Musa juga perlu menjelaskan, apa kontrak-kontrak atau konsesi yang pernah diberikan kepada penderma/penyumbang ini?

Di samping itu, Musa juga perlu dedahkan, di mana wang itu disimpan dan atas nama siapa?

Persoalan ini dibangkitkan Rafizi ketika berhujjah bahawa badan pencedah rasuah Hong Kong, ICAC belum membersihkan nama Musa.

Bagi beliau, surat badan pencegah rasuah Hong Kong (ICAC) tidak mahu meneruskan siasatan ke atas Ketua Menteri Sabah itu bukan bukti beliau telah bersih.

MP BN : Adakah PAS sendiri patuh syariah?



 
Persidangan Dewan Rakyat hari ini gamat seketika apabila seorang MP BN mempersoalkan sama ada PAS merupakan parti yang mematuhi ketetapan syariah.
Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) bertanya demikian dengan mengaitkan satu doa bagi memohon kehancuran Umno yang dibacakan dalam muktamar PAS minggu lalu.

"Adakah PAS sendiri mematuhi syariah apabila mendoakan kehancuran orang lain?" tanya Tajuddin yang mencelah ucapan perbahasan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Mengulas perkara itu, Dzulkefly kemudiannya berkata, PAS menganjurkan doa berkenaan atas "kezaliman" yang dilakukan Umno dan BN.

"Tuan Guru lebihkan berdoa untuk TKO (binasakan) Umno BN kerana Umno BN melakukan kezaliman dengan merompak royalti Kelantan pada angka RM10 bilion.

PAU : Lakonan pejuang Melayu bermula

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
 
“Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupor seperti lembu yang hendak mati,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walaupun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.

Beliau berkata, Umno sekarang sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan.

Tambahnya, mereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama, cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja.

PAU : PM dirayu kembalikan 'peluang dan kedudukan' Shahrizat





 
Perwakilan Wanita Umno Kedah Halidah Putih merayu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembalikan "peluang dan kedudukan di tempat yang sewajarnya" kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, rayuan itu dibuat kerana pergerakan itu "sayang" ketua Wanita Umno itu yang menurutnya, cukup gigih memajukan sayap utama parti itu dan kaum wanita.

"Saya merayu kepada Datuk Seri Najib... Datuk Seri, kami sayang ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia. Tolong kembalikan, Datuk Seri (Najib)... ketua kami di mana yang sewajarnya.

"Beliau berjuang tidak mengira waktu, masa.  Tak kira apa jawatan pun... Waima (beliau) tidak ada jawatan pun, maka Datuk Seri Shahrizat seorang yang cukup gigih.

"Kita merayu, tolonglah, berilah peluang dan berikan kembali kedudukan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, selepas pilihan raya umum ke-13 di tempat yang sewajarnya" katanya ketika menyampaikan ucapan menyokong ucapan ketua Wanita Umno itu.

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat


KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.