Isnin, 26 November 2012

Talk to Al Jazeera - Monti: 'Italy is done with austerity'

Syrian rebels claim helicopter base near Damascus

MB jawab isu KUIN

Selamat Bersidang Pawah NFC 1Malaya.....!!!!


Seandai para perwakilan lupa tanggung jawab sebenar/hakiki  mereka ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bakal berlangsung secara rasmi mulai 27hb November 2012 hingga 1hb Disember 2012, maka menjadi tanggungjawab admin memberikan peringatan.

Maklumlah.. MELAYU MUDAH LUPA.

Kalau tepuk pastikan kali ini kalau boleh kasi pecah dewan...Gelak terbahak-terbahak sambil menggilai apabila ada satu lawak bodoh dari salah perwakilan dipersembahkan.

Ampulah setinggi bangunan PWTC segala ucapan Presiden UMNO,  sebagai contoh, dengan menyatakan beliau adalah pemimpin terhebat pernah dilahirkan dinegara kita malahan nasihat dan pandangan beliau sungguh berwawasan jauh, dan kini sentiasa diburu oleh para pemimpin dunia untuk memohon dan mengemis segala pandangannya sama ada perhubungan antarabangsa, ekonomi maupun politik.

Presiden UMNO pemimpin yang membawa tuah kepada negara dengan memiliki ciri keberanian yang amat luar biasa.. Amat digeruni pihak lawan dan disegani serta disanjung serta dipuja pihak kawan.

Ucapan dasar dan perasmian sidang UMNO yang terhebat pernah diucapkan.

Akhir sekali berikrarlah dengan suara yang kuat nyaring sambil bersumpah sanggup mati bermandikan darah sehingga hancur tulang dan lumat lunyai badan, mempertahankan UMNO, Najib, Rosmah, Melayu dan Islam.

Banyak sudah contoh yang UMNO memang pejuang Melayu bersikap dan bersemangat sedemikian. Contoh terkini rakan paling baik, akrab dan disayangi UMNO, MCA terus gentar nak menghina, mencaci dan memaki hamun Islam dalam Persidangan Tahunan MCA baru-baru ini.

Kepada para perwakilan.. Selamat Bertepuk, Angguk kepala, Ketawa dan Ampu Bodek...SALAM 1 M'SIA.. SALAM BODEK 1M'SIA...HIDUP UMNO!!!!... HIDUP NAJIB!!!!!... HIDUP ROSMAH!!!!!!

Pas relevan dalam realiti baru, Ulama Pelapis jawab Dr Asri

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDINKhair Mutanazzar Ismail
26 November 2012
PAS adalah parti yang sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan kritikan sama ada daripada dalam atau luar parti. Dalam muktamar baru-baru ini, ahli diberikan hak seluas-luasnya untuk menegur pimpinan. Isu penolakan terhadap Kepimpinan Ulama, penstrukturan semula Harakah, ketegasan dalam perlaksanaan undang-undang Islam  dan lain-lain telah menjadi fokus para perwakilan untuk menegur pimpinan. Ia jauh sekali berbanding parti Umno yang menutup pintu ahlinya untuk menegur.

Pas juga bersedia untuk menerima teguran daripada luar. Bahkan Pas menjemput mereka untuk berdialog dan menegur secara direct dalam majlis yang dianjurkan oleh Pas sendiri walaupun ada orang yang sehingga sekarang tidak memberikan tarikh setelah bersetuju untuk datang.

Doktrin yang perlu ditolak:

Menjawab teguran bukan bermakna tidak menerima teguran tersebut. Kadang-kadang jawapan perlu diberikan sebagai satu penjelasan. Doktrin bahawa teguran yang dijawab dianggap tidak diterima harus ditolak. Di samping itu, ada yang menuduh bahawa jawapan yang diberikan adalah reaksi melenting dan melatah. Perlu diingat bahawa senyap, tidak menjawab tidak semestinya bermakna menerima teguran kerana kadang-kadang ia ditolak kerana malas menjawab.

Mahathir bimbang UMNO tewas. Beliau akan terus berkempem

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.

Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.

"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Dr Mahathir and UMNO fear the Great Unknown- PR's Reform Agenda

Whatever reforms or vision we have, we don’t have to explain to Dr Mahathir. We don’t have to jump when Dr Mahathir challenges us. It’s killing him and UMNO- that we don’t see the necessity to explain our policies and vision. We present it direct to the rakyat and the people in Kelantan, Kedah, Penang and Selangor know what we can do. In Perak, for 11 months, the people knew what were achievable under better Pakatan rule. So we don’t have to explain to UMNO, BN or Dr Mahathir. 
We on the other hand, already knew what he did during 22 years- plus the years before him- the Malays as he said it himself are beggars in their own country. They are like that because after 55 years, what Mahathir and UMNO wanted wasn’t liberation of Malays but bondage. After 55 years of rule, 95% of Malays are bonded to UMNO while 95% of the non-Malays enjoyed freedom from UMNO rule.
The result: we have one section of Malaysians pulling away enjoying better economic standing while another section, remains lagging behind. The cause? UMNO’s paternalistic and pseudo feudal rule.  

UMNO@BN bukan sahaja rosak, malah tidak boleh dibaiki lagi......


KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER: Sekiranya Barisan Nasional (BN) dipilih semula memerintah Selangor seperti yang diramalkan Perdana Menteri, Najib Razak; aset kerajaan negeri pasti akan kembali dicabul dan dirompak.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kenyataan medianya berkata demikian sambil mengulas tindakan penjualan tanah secara berleluasa pada harga yang teramat murah seperti yang didedahkan ADUN DAP Sekinchan, Ng Swee Lim.
Menurut beliau, sudah seminggu Swee Lim mendedahkan bagaimana BN memperoleh 24 bidang tanah bernilai tinggi di kawasan komersil dengan premium hanya RM1 sekaki persegi ketika mereka berkuasa antara tahun 2000 dan 2008. Tanah seluas 34.5 ekar itu ‘dijual’ kepada UMNO, MCA, MIC dan Gerakan dianggarkan bernilai lebih RM200 juta.

Wanita DAP Selangor mahu lebih banyak calon wanita bagi PRU13


KUALA LUMPUR, 26 NOV: Demi mengangkat martabat dan merealisasikan matlamat satu pertiga pembuat dasar terdiri di kalangan wanita, Wanita DAP Selangor mencadangkan parti supaya meletakkan lebih ramai calon wanita untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Cadangan itu adalah satu daripada lima usul Konvensyen Wanita DAP Selangor yang juga menyokong cadangan penubuhan Agensi Hak Sama Rata dalam pekerjaan yang bertujuan membantu golongan wanita terhadap diskriminasi yang berlaku melibatkan isu gaji, peluang naik pangkat dan kebajikan.
Selain itu, mereka turut menyokong caruman RM50 sebulan kepada suri rumahtangga yang berpendapatan RM1,500 se-isi rumah dan ke bawah sepertimana cadangan Agenda Wanita Malaysia yang digubal oleh Wanita Pakatan Rakyat.
Kementerian Pelajaran pula didesak menerapkan Falsafah Hormat Wanita dan peka gender dalam buku teks sekolah, dengan harapan generasi yang akan datang akan lebih sensitif dalam isu gender.
Wanita DAP Selangor juga menyeru Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri meningkatkan kadar guna tenaga wanita mahir dan separa-mahir daripada 46% kepada 60% melalui pendidikan dan latihan modal insan wanita.

Today in History for November 26th

Azmin Ali : Party Leaders Must Be Brave To Clean Up The Trojan Horses

Azmin Ali : We Must Continue And Strengthen The Reformasi Movement

Saifuddin Nasution: Weaknesses Are Responsibilities That Must Be Shared By Members

Saifuddin Nasution: This Party Will Become The Strongest Party In Malaysia

Saifuddin Nasution: Our Party Polls

Dr. Syed Husin Ali : Anwar Ibrahim, The Glue To Stick Pakatan Parties Together

Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman (Part 2)

Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman (Part 1)

Warga Gaza bangkit dengan semangat baharu selepas 8 hari diserang

GAZA CITY - Selepas lapan hari menjadi sasaran serangan Israel yang meragut 168 nyawa, kehidupan di Gaza kini kembali seperti biasa.   

Berikutan gencatan senjata yang dicapai antara Hamas dan Israel, para nelayan menarik nafas lega kerana perjanjian itu turut menambah keluasan kawasan mereka mencari rezeki sejauh enam batu lagi.

Sebelum itu, mereka hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan kawasan tiga batu di Laut Mediterranean.

Di pasar ikan utama Gaza, peniaga menjual pelbagai jenis ikan dan penduduk berpusu-pusu ke situ untuk membeli ikan kegemaran mereka.

“Ini suatu permulaan yang baik dan kami harap suasana ceria ini akan berkekalan. Tapi, kami memerlukan pemantauan antarabangsa kerana orang Israel tidak menghormati perjanjian berlandaskan undang-undang," kata penjual ikan bernama Khaled Shamalekh.

Desak tubuh Suruhanjaya Diraja untuk semak harta Umno BN

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon menggesa kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan segera untuk membuat semakan yang terperinci ke atas semua harta benda yang dimiliki oleh parti Umno BN sejurus dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Kuang dan Kuala Kubu Bharu bahawa tiada salahnya beli tanah dengan murah serta Umno itu adalah rakyat.
Kedua-dua wakil rakyat dari Umno BN Selangor bukan sekadar tidak dapat membezakan konsep kerajaan dan parti, malah tanpa berasa salah langsung dengan menyalurkan harta kerajaan kepada harta parti atau peribadi. Kenyataan mereka menghalalkan pemberian hakmillik tanah kepada parti politik sendiri dengan tanah Umno BN diguna untuk rakyat adalah alasan tempang.
AMK percaya skandal 24 keping tanah yang dijual dengan murah cuma merupakan hujung iceberg (tip of iceberg) daripada rasuah dan salahguna kuasa Umno BN yang memerintah Malaysia lebih setengah abad.
Memandangkan Umno BN yang begitu lantang dan langsung tidak berasa salah, maka tidak mustahil cara sedemikian juga diamalkan oleh negeri-negeri lain yang lama diperintah oleh Umno BN. Skandal tanah seperti di Selangor tidak dibongkar di negeri-negeri lain kerana kebanyakan negeri yang masih belum berlakunya pertukaran kerajaan.

"Kami menang atau syahid" - Pemimpin Hamas


KAHERAH: 'Roket rintangan' yang menyerang Tel Aviv menunjukkan perubahan dalam imbangan kuasa antara Hamas dan entiti Israel, kata ahli biro politik Hamas, Dr Mahmoud al-Zahar ketika bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat.

(Roket jarak jauh Hamas yang memasuki Israel membentuk keseimbangan baru di Gaza)

Beliau mendakwa, roket ini menyeimbangkan 'keganasan' oleh satu pihak ke atas pihak yang lain, menambah keseimbangan baru ini akan menyebabkan Israel berfikir dua kali sebelum memulakan apa-apa pencerobohan baru terhadap Semenanjung Gaza.

Al-Zahar juga memuji kedudukan yang diambil oleh Mesir dalam konflik dan usahanya dalam mendapatkan perjanjian gencatan senjata, berkata "kami menjangka kedudukan ini dari Mesir yang baru yang mana Presiden, kerajaan dan rakyatnya berdiri teguh di belakang rakyat Palestin".

Al-Zahar (gambar) menyamakan peluru berpandu jarak jauh Hamas seperti "batu-batu dari tanah yang dibakar keras", merujuk al-Quran, Surah al-Fil.

Al-Zahar berkata "pertempuran batu-batu dari tanah yang dibakar" dengan Israel telah memberi faktor baru dalam konflik dan akan membentuk pengakhiran pencerobohan melalui pertempuran yang terancang dan meningkat yang akan mendedahkan tahap khayalan musuh yang mengabaikan kehendak rakyat Palestin dan ketahanan mereka."

Qur'an Mengajar Pendirian Politik - Dr MAZA

MB: Jambatan Klang ke-3, Sejauh Mana Janji Umno-BN Ditepati - Detik Semasa

Senario Anak Muda Boikot Mac Donald's - Selamatkan Palestine

‘Political links behind inaction on 6P mess’

Tenaganita's Irene Fernandez says that political links is one of the reasons why the government is being silent on exploitation of foreign workers under the 6P programme
KUALA LUMPUR: The Malaysian government’s inaction in solving the 6P amnesty programme “fiasco” is due to strong political links between errant agents and the BN, Tenaganita’s Irene Fernandez alleged today.
The migrant rights NGO’s executive director was commenting on the revelation that former Home Minister Mohd Radzi Sheikh Ahmad, is a director of a government-appointed agent which is being investigated by the police for several human trafficking related offences.
“The presence of a former minister in a company that has been found to have committed so many alleged crimes speaks volumes. This is yet another reminder of how urgent and imperative it is that investigations into allegations of corruption and state complicity in fraud involving the 6P programme be carried out independently, and openly,” said Fernandez.
“This tells you why there has been inaction. It is because of the strong political links to the regime and the government of the day. This is blatant fraud, but nothing is done,” she said.

Kes rasuah RM40j kecoh di Hong Kong, KL pula senyap – Anwar

KUALA LUMPUR 26 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik pelaksanaan sistem tidak adil oleh institusi kerajaan, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beliau merujuk kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan jutawan balak, Michael Chia yang mendapat perhatian serius pihak berkuasa Hong Kong.
“Kes rasuah melibatkan pemimpin negara boleh riuh di Hong Kong, tapi di Kuala Lumpur tutup kes,” katanya.
“Pemimpin patut ada perasaan malu, satu negara tahu, dan ada rekod kes di Hong Kong,” tambahnya pada Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat Sabah di Kota Kinabalu, Sabtu lalu.
Ekoran kelemahan itu, Ketua Pembangkang berkata, pihak berkuasa kerajaan tidak mendapat kepercayaan rakyat.
“Sebut SPRM orang tak yakin, Mat Sabu sebut SPR pun (dia) tak yakin,” kata Anwar.
“Saya masih ingat masa pilihan raya 2008 di Selangor, masa pengundian ditambah dua jam, sepatutnya habis jam 4 petang ditambah kepada 6 petang. Kita kata itu satu usaha nak tipu undi, sebab rakyat Selangor masa itu berat ke arah Pakatan,” jelasnya.
Anwar berkata, kesedaran dan kebangkitan rakyat akan menumbangkan penipuan tersebut.
Justeru, beliau menyeru rakyat Sabah menukar kerajaan dan sistem yang diamalkan.
“Ia bukan hanya soal tukar kerajaan atau Perdana Menteri, tetapi juga tukar sistem yang ada dengan sistem dan agenda baru,” katanya disambut tepukan 500 penyokong.

Doa: Mashitah kata untuk beri peluang PAS bertaubat..!!! Umno tak nak taubat ke...???

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini ~ Malaysiakini

Hakikatnya ialah Mashitah cuba memperbodohkan rakyat yang bukan Ahli UMNO (Ahli UMNO tak perlu diperbodohkan lagi kerana mereka sememangnya bodoh)..

Kononnya Kerajaan UMNO/BN memberikan peluang untuk bertaubat dan bermuhasabah kepada PAS sedangkan tiada kesalahan yang dilakukan oleh PAS..

Filem PRU13 : 8,000 epal untuk petugas media pada AGM Umno...Epal..Epol..Epal...ki..ki..!!

Kira-kira 8,000 epal akan disaji kepada petugas media yang membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ketua Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn Bhd Datuk Maxson Abdullah Jaafar berkata epal merah dan hijau itu akan disediakan semasa minum pagi dan minum petang sebagai satu kelainan berbanding penganjuran perhimpunan agung sebelum ini.

Menurutnya, ia juga sebagai satu langkah ke arah menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan petugas media di sebalik kesibukan membuat liputan.

"Kita ambil pendekatan 'an apple a day keeps the doctor away'. Tapi buah-buahan lain pun ada," katanya kepada Bernama.

Mengenai makanan yang akan disaji kepada para perwakilan, tetamu kenamaan dan petugas media sepanjang lima hari persidangan mulai esok, Maxson Abdullah berkata ia masih mengekalkan menu seperti tahun lepas kerana merasakan ia adalah hidangan terbaik.

MP BN : Kes seludup 'seolah-olah tiada pengawasan'

Seorang MP BN hari ini menuntut kementerian perdagangan dalam negeri menjelaskan pemantauan kementerian tersebut yang diadakwa meragukan sehingga membolehkan barangan subsidi bernilai diseludup merentasi sempadan Sabah ke Indonesia.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mendakwa, keadaan itu malah menunjukkan "seolah-olah tiada pengawasan langsung".

"Penyokong saya memaklumkan saya operkara ini dan mengambil gambar, malah mereka kadang-kala melihat perkara ini apabila menyeberangi sempadan.

"Jika satu atau dua tong gas sahaja (diseludup), mungkin ini tidak menjadi masalah, tetapi ini beratus-ratus juta," kata Abdul Ghafur ketika mengemukakan satu soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Abdul Ghafur turut bertanya jika kementerian bercadang untuk bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Eksais dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia untuk menangani masalah ini dengan menyeluruh.

MP: Isu tanah tunjuk BN tak mampu berubah

DAP mendakwa tindakan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang berdiam diri dalam isu tanah yang diperolehi individu tertentu bawah harga pasaran ketika BN mentadbir Selangor menunjukkan parti berkenaan tidak mampu berubah.
"Najib mendakwa BN 'sedia berubah' tetapi di mana perubahan itu apabila dia terus menyokong aman rasuah sebelum ini apabila tanah kerajaan negeri diberikan kepada parti komponen BN pada harga yang cukup murah", kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Pua berkata, parti komponen BN Selangor tangkas mempertahankan diri apabila isu berkenaan didedahkan ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim.

Sekurang-kurangnya 24 keping tanah didakwa dijual kepada parti berkenaan pada harga RM1 sekaki peregi, manakala nilai tanah berkenaan dianggarkan RM20 juta.

Kudat : Lebih 6,000 keluar bertemu Anwar di panas mentari



(Orang ramai yang keluar untuk bertemu Anwar di Kudat)

KUDAT: Lebih 6,000 penduduk Sabah keluar beramai-ramai di Kudat hari ini bagi bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia melambangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan oleh para penganalisis amat menggerunkan Umno.

Kalau selama ini Sabah dianggap deposit tetap untuk BN, pertemuan hari ini meleyapkan segala anggapan itu.

"Pertemuan di tengah panas mentari ini menggoncang Umno Sabah," kata seorang penganalisis yang menghubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, seorang bekas bekas timbalan menteri menganggarkan, Pakatan akan menang sekurang-kurangnya 16 dari 24 kerusi Parlimen di Sabah.

Ia terdiri dari 13 kerusi-kerusi KDM (Kadazan Dusun dan Murut) serta tiga kerusi Melayu Islam.

'Benteng manusia' halang bahan ke kilang Lynas


KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Dataran Merdeka, semalam, mereka akan meneruskan perjuangan mereka di Kuantan, Pahang.

Biarpun masih belum ada tarikh khusus diputuskan, mereka sedang merangka untuk mengadakan program 'benteng manusia' atau 'barricade' bagi menghalang kemasukan bahan-bahan mentah ke kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.

Ketua Publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, berkata biarpun rakyat tidak mampu menutup kilang Lynas dari beroperasi, kerajaan yang enggan mendengar suara rakyat perlu ditunjukkan kebangkitan rakyat.

"Kita sedar, kilang itu tidak akan ditutup kerana kerajaan yang ada tidak mendengar suara rakyat.  Jadi, kita akan menyekat kemasukan bahan mentah ke kilang terbabit dengan program 'barricade' kebangkitan rakyat ," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Kalau Najib takut debat dengan Anwar, saya aje

Aspan Alias,
Najib telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.
Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.

Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.

Saman Anwar: Mahkamah tolak permohonan Khairy


Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk mengetepikan perintah berhubung pembelaan beliau dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng, yang membuat keputusan itu dalam kamar, menolak permohonan Khairy dengan kos RM30,000.
Di luar mahkamah, peguam Datuk Sulaiman Abdullah yang mewakili Anwar berkata, dalam keputusannya, mahkamah berpendapat afidavit Khairy tidak mempunyai merit.
Beliau berkata, mahkamah juga berpendapat Khairy mengambil mudah prosiding pada 13 Ogos dan menetapkan 26 Dis untuk perbicaraan kes saman itu.
Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy, pula berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dan permohonan penangguhan prosiding bicara. - Bernama

Speaker halang, taklimat Scorpene di Singapura esok


Taklimat kes Scorpene untuk ahli Parlimen yang diusahakan Pakatan Rakyat akhirnya akan diadakan di negara jiran Singapura pada jam 12 tengahari esok.

NONENaib Presiden PKR Tian Chua berkata keputusan itu diambil kerana Speaker Dewan Rakyat enggan memberikan kebenaran untuk taklimat di Parlimen, antaranya dengan alasan bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC).

Justeru, sesi taklimat itu akan dibuat di Hotel Changi Village, Singapura selama dua jam oleh rakan kongsi William Bourdon, Apoline Cagnate, tambah ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang turut serta dalam sidang media.
Tian dan Sivarasa dalam sidang media itu turut mengedarkan surat daripada Yang Dipertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak permohonan daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat berkenaan.

Pandikar Amin memberikan alasan, isu Scorpene itu merupakan "perkara yang masih lagi dalam siasatan serta pertimbangan pihak berkuasa berkenaan".

military malaysia navy french built submarine scorpene classDalam surat tersebut, beliau turut menyatakan bahawa BNBBC membuat bantahan "demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara".
Suratnya itu turut menjelaskan kepada MP PKR Machang Saifuddin Nasution bahawa penjelasan ke atas kes berkenaan masih dianggap sebagai tuduhan.
"Kalau pun seperti dijelaskan YB Machang ada bukti-bukti terbaru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli parlimen, pada hemat saya ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat dan berunsur politik yang bukan bipartisan," surat itu dipetik.

Azmin optimis PR akan rampas Putrajaya selepas PRU13

SHAH ALAM, 26 Nov — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (gambar) hari ini optimis kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13, sekaligus membidas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan PR akan menimbulkan kekacauan jika tewas dalam pilihan raya tersebut.
"PR akan menang, saya optimis PR akan terajui kerajaan baru ... jadi  tidak timbul isu PR akan timbulkan keganasan," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.
Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, kenyataan Dr Mahathir itu adalah sifat semulajadi Umno yang mewujudkan budaya "menakut-nakutkan" rakyat ekoran kedudukan parti dominan Melayu itu jelasnya yang semakin "tenat" dan "nazak".
"Ini yang kita selalu sebut, Umno membawa budaya menakut-nakutkan rakyat, (sedangkan) kita (PR) bawa budaya harapan kepada rakyat.
"Konsep kita adalah pengagihan yang adil dan semua ini meyakinkan rakyat, Umno pula dah tersepit, nazak, dan terus dengan budaya menakutkan-nakutkan rakyat," katanya kepada pemberita.
Adun Bukit Antarabangsa itu turut berkata PR telah menunjukkan sikap terbuka mereka, walaupun kalah beberapa negeri pada Pilihan Raya 2008, mereka masih boleh menerima keputusan tanpa sebarang pertumpahan darah.
"Kita sudah lihat kita kalah di beberapa negeri pada 2008, dan tiada pertumpahan darah.
"Sekarang kita tumpu kerja di empat negeri, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan kita yakinkan rakyat keupayaan PR mentadbir.

IDEAS: Rasuah tidak boleh diukur berdasarkan persepsi rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Kadar rasuah dalam negara tidak boleh diukur berdasarkan persepsi rakyat semata-mata, tetapi harus dilihat dari segi inisiatif kerajaan dalam memerangi rasuah, kata pengarah eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan (gambar).
"Apabila bercakap tentang kadar rasuah di negara ini, kami mendapati bahawa terdapat jurang antara pendapat orang ramai dengan data yang diberikan.
"Pandangan orang ramai diukur oleh Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menunjukkan situasi rasuah di negara ini sangat teruk, tetapi data menunjukkan masalah rasuah di Malaysia tidak seteruk markah CPI berikan," kata Wan Saiful dalam kenyataan medianya.
Menurut Wan Saiful, untuk membincangkan masalah rasuah di Malaysia, adalah perlu dilakukan secara teliti dan bukan terpengaruh dengan persepsi semata-mata.
"Bagaimanapun, kami tidak mengatakan bahawa tidak ada rasuah di Malaysia. Persepsi tidak datang begitu sahaja.
"Apa yang kami katakan adalah perlu berhati-hati dan tidak memberi dakwaan kosong semata-mata dan menafikan usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Parlimen cadang larangan kata-kata seksis ketika debat

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Parlimen hari ini telah menerima cadangan untuk menghalang ahli parlimen dari mengeluarkan kata-kata seksis ketika perdebatan.
Dalam Peraturan Tetap 36 (4) mengatakan: “Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap).”
Jika diterima, pindaan untuk Peraturan Tetap 36 (4) akan dimasukkan dengan frasa “atau menggunakan kata-kata seksis.”
Cadangan untuk meminda peraturan mesyuarat itu diluluskan oleh Jawatankuasa Peraturan Tetap Parlimen.
Ahli parlimen didapati sering menggunakan kata-kata seksis, dan yang terkini merupakan kontroversi melibatkan ahli parlimen Barisan Nasional (BM) Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar).

Menteri: Pindaan baru haram kenyataan seksis MP



 
Satu pindaan ke atas Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat akan dicadangkan untuk memperluaskan tegahan ke atas ahli Dewan agar tidak mengeluarkan kenyataan seksis.
NONEPerkara 36(4) dalam Peraturan Mesyuarat sebelum ini menyebut, larangan itu dikuatkasaha ke atas perbuatan mengeluarkan kenyataan biadap atau tidak sopan.

Cadangan pindaan baru ke atas fasal berkenaan kini menyatakan: "Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadap) atau membuat pernyataan seksis".

Menteri hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam sidang medianya berkata, beliau menulis surat kepada setiausaha Dewan untuk mengusulkan perkara itu esok.

Haniza : Usul Bawa Mohd Isa Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan


SHAH ALAM 26 NOV : Usul membawa  Datuk Mohd Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan dibuat Adun Pakatan Rakyat (PR) di dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada minggu ini.
Tindakan itu diambil berikutan kenyataan dibuat Mohd Isa yang disifatkan menghina kaum wanita terhadap Exco Pelancongan, Hal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong ketika sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2013 dalam sidang DNS Khamis lalu.
Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata, usul tersebut akan dikemukakan untuk dibahaskan ketika sesi DNS berlangsung dengan persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana insiden itu berlaku kurang dari 14 hari.
Beliau selanjutnya berkata, perbincangan sedang dijalankan dengan beberapa kumpulan dan pertubuhan wanita supaya kenyataan bersama dapat dikeluarkan berhubung perkara berkenaan.
“Kita memang mendapat sokongan dari beberapa kumpulan dan pertubuhan wanita mengenai isu ini. Usul akan dibuat dengan meminta salah seorang Adun wanita supaya membahaskannya di dalam dewan.

Noh Tidak Profesional, Halang Pegawai Pertanian Jumpa Exco Selangor


SHAH ALAM, 26 OKT: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar didakwa menghalang pegawai kementeriannya menghadiri mesyuarat Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor merupakan suatu tindakan tidak profesional.
Tindakan Menteri tersebut menyebabkan pembangunan pertanian di Negeri Selangor tidak dapat diselaraskan dengan baik.
Demikian beritahu Exco terbabit, Dr Yaakob Sapari ketika ditemui TV Selangor selepas sidang Dewan Negeri Selangor ditangguhkan petang ini.
Dr Yaakob juga berkata, salah satu akibat daripada tindakan tersebut akhirnya menyebabkan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Sungai Yu, Kuala Selangor dibina tanpa kelulusan Majlis Daerah Kuala Selangor.
“Apa yang berlaku contohnya, bila sesuatu pembangunan dijalankan, dia masuk ke hutan atau tanah Kerajaan Negeri tanpa izin.

Najib Takut Dan Bacul : Halang masuk M’sia, peguam Perancis beri taklimat Scorpene di Singapura esok

KUALA LUMPUR 26 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Parlimen Malaysia ditukar di Singapura esok, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Katanya, keputusan itu dibuat berikutan permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan taklimat tersebut ditolak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ekoran itu, sesi taklimat tersebut akan diadakan di Hotel Changi Village selama dua jam bermula 12 tengahari oleh Apoline Cagnate, rakan kongsi dari firma peguam Perancis, William Bourdon.
“Hari ini pejabat Ketua Pembangkang terima surat rasmi dari Speaker yang beri jawapan negatif (berhubung permohonan taklimat).
“Antara sebab yang diberi Speaker adalah bantahan dari Ahli Parlimen BN dengan alasan menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bagi meminta jaminan peguam boleh masuk ke Malaysia juga sampai hari ini tidak dijawab,” kesalnya.
Justeru, beliau menjemput semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk dari BN serta pihak media untuk hadir sama.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor 1 Disember


(Pimpinan PAS dan Pakatan Johor dengan poster Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor)


JOHOR BAHRU: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Johor akan diadakan pada 1 Disember 2012 di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat.

Menurut Pengarah Himpunan, Tuan Haji Aminulhuda Hassan, program berkenaan akan bermula pada pukul 8 pagi dengan acara konvoi Jelajah Johor daripada Senggarang menuju ke Parit Sulong dan seterusnya ke tapak himpunan.

"Pada sebelah petang, program yang dianjurkan sempena himpunan ini adalah santai anak muda bersama Ali XPDC. Antara acara menarik yang terdapat dalam program santai anak muda ini adalah pertandingan motosikal cantik, jamuan nasi lemak kopi 'O' dan cabutan bertuah"

"Pada sebelah malamnya pula, himpunan ini akan dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat di tapak program. Selepas solat isyak, himpunan akan diteruskan dengan ceramah daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dijemput sebelum diakhiri dengan ucapan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat," ujar Aminulhuda (gambar) ketika sidang media di Pejabat PAS Kempas sebentar tadi.

Shit Mahathir Tidak Pernah Berubah!

Kejahatan itu adalah modal paling utama politik Mahathir Mohamad. Benarlah kata Shahnon Ahmad kebusukan seorang Mahathir sampai ke dalam perut. Shit. Shahnon telah menggambarkan akan kejahatan Mahathir Mohamad yang tidak ada kepada orang lain.Shit... adalah anologi atau gambaran Shahnon. Sasterawan Negara itu melukis kebusukan Mahathir sama dengan tahi.

Benda paling busuk dan kotor dalam diri seseorang ialah tahi. 

Tidak ada anologi atau gambar seterusk tahi tetapi itulah yang diberikan perumpamaan oleh Shahnon terhadap Mahathir. Ternyata kejahatan dan kebusukan Mahathir tidak pernah berubah. Mahathir istiqamah dengan kejahatan dan kekejian itu. Baginya tidak ada niat atau perasaan untuk membuat baik.

Sampai ke hari ini amalan jahat diteruskan oleh Mahathir. Kedewasaan dan perjalanan usianya semakin lanjut tidak pernah mengubah pendirian dan persepsi dan prinsip politiknya, di mana politik itu harus dicapai dengan berbuat jahat. Kejahatan menjadi sebahagian ideologi kerpercayaan dan kejataan hidupnya. Ia sudah tentu bertentangan dengan nilai mana-mana agama sekali pun.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang 9 Disember


(Dr Hamzah (duduk, dua kiri) menyampailan ucapan dalam sidang media berkaitan Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Pahang)


TEMERLOH: Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pahang akan diadakan pada 9 Disember ini di Dataran Rakyat, Kerdau dengan tema “Ubah Sekarang Selamatkan Pahang”.

Menurut Pengarah Himpunan Dr Hamzah Jaafar, program disertai oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), STOP LYNAS, BERSIH, HIJAU MALAYSIA, KERABAT dan ROYALTI.

Katanya, program akan bermula pada jam 2 petang dengan acara konvoi bermotorsikal Pemuda Pakatan Rakyat. Kemudian diikuti dengan program santai anak muda yang melibatkan artis, golongan pemuda dan wanita serta kebudayaan Orang Asli.

“Pidato pada sebelah malamnya akan disampaikan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Kebangsaan Tuan Haji Mohammad Sabu.

Wakil UMNO 'Mengamuk' Bila Isu 'Sapu' Tanah Didedahkan

“Wanita perlu diberi ruang lebih besar”

Profil

Nama     : Siti Zailah Mohd Yusoff
Umur     : 45 tahun
Jawatan : Ahli Parlimen Rantau Panjang
Jawatan dalam parti: Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengalaman: Pegawai Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan dilantik Senator antara 2000 dan 2006, Timbalan Pengelola Dakwah Halaqa peringkat negeri Kelantan.
Pendidikan: Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM)
Anak: 10 orang
MEMPUNYAI cita-cita untuk melihat golongan wanita berilmu, terbela, dan tidak didiskriminasi, beliau sering turun padang bertemu masyarakat di kawasannya tanpa mengira siang atau mahupun malam. Siti Zailah Mohd Yusof yang lebih mesra dipanggil Kak Lah adalah orang yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat di Rantau Panjang. Biarpun menggalas tanggungjawab besar mendidik dan membersarkan 10 anak, beliau tetap mampu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat di kawasannya.
Ikuti wawancara eksklusif wartawan Roketkini.com, Hafiz Zainuddin dan jurugambar Wira Andika dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan mengenai hala tuju pembangunan wanita dan Malaysia.
Saya sudah terbabit dalam politik sejak lebih 20 tahun lalu sehingga dilantik sebagai Senator untuk dua penggal iaitu dari 2000 hingga 2006 dan seterusnya diberi kepercayaan bertanding pada pilihan raya umum 2008.
Selain itu pernah berkhidmat sebagai Pegawai Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan selama enam tahun dan yang terkahir sebelum dilantik Senator ialah Timbalan Pengelola Dakwah Halaqa Peringkat Negeri Kelantan yang mengendalikan 2,700 pegawai dakwah di seluruh negeri.
Saya terbabit dengan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan sejak 1986 hingga sekarang dan kini dilantik pula sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
YB adalah seorang ibu kepada 10 anak dan tujuh cucu dan aktif sebagai seorang ahli politik, jadi bagaimana YB menguruskan hal ehwal keluarga dan rumah tangga?
Saya sebenarnya mempunyai 12 anak tetapi dua sudah meninggal dunia sejak kecil lagi. Saya tidak mempunyai pembantu rumah (tersenyum). Saya selalu ditanya soalan ini sebab orang selalu terkejut, jarang orang yang ada anak ramai terbabit aktif dalam politik.
Cara saya mengurus masa yang pertama ialah dengan kerjasama. Saya menyusun tugasan anak-anakk. Sejak mereka kecil lagi mereka diajar berdikari. Jangan harap semua ibu yang kena buat. Contohnya kalau gosok baju, saya ajar anak saya menggosok sendiri baju mereka. Jadi, anak saya yang Tahun Dua dan Tahun Tiga sudah pandai gosok baju sendiri. Kalau masak, saya memang ajar anak sulung dan anak kedua memasak. Jadi mereka sekarang bergilir mengatur jadual masing-masing. Di rumah, kita memang ada jadual. Contohnya, kalau Ahad, anak sulung akan tolong di dapur, anak kedua tolong jemur kain, anak ketiga tolong sapu sampah, anak keempat kemas laman rumah. Kemudian esoknya saya tukar jadual. Orang lain pula buat kerja berbeza supaya mereka tidak jemu. Lama-lama mereka sudah biasa.
Mungkin YB seorang ibu yang garang dan tegas di rumah.

“Belajar daripada kesilapan lalu, selesai segera pembahagian kerusi…”


Jimmy Wong Sze Phin

KOTA KINABALU, 26 NOVEMBER: Berdasarkan sambutan hangat rakyat terhadap majlis anjuran PR negeri, rakyat Sabah dilihat semakin faham dan sudah bersedia menumbangkan kerajaan BN negeri itu yang banyak terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.
Dalam satu majlis makan malam anjuran PR Sabah di sini, Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin dalam ucapannya menimbulkan persoalan samada akan wujud senario satu lawan satu di Sabah?
Ini kerana rakyat di negeri itu cuma mempunyai dua pilihan yang akan menentukan masa depan rakyat dan negeri.
“Pakatan Rakyat Sabah sedang dan dalam proses pembahagian kerusi dan kita perlu membuat keputusan memilih untuk kepentingan semua,

Piala AFF : Ultras Malaya berang

Morsi's assumption of sweeping powers polarises Egypt

Kedah : Pusat hiburan dan judi didalangi mafia

Multiculturalism Rhetorics : A Breeding Ground for Racism?

ASEAN Coalition for Clean Governance by Dr BJ Habibie

Defisit Kedah 2 5%

Hancur UMNO. Hancur syaitan yang dikenali


UMNO/BN sekarang ni sememangnya sakit teruk. Rakyat sudah lama tahu cuma segelintir sahaja yang masih mengangggap Umno/BN sihat segar bugar. Setakat ni hayat Umno/BN hanya bersandarkan tali hayat "bantuan/ rasuah" dan penipuan dalam pilihanraya semata-mata. 

Mutakhir ni Umno/BN telah masuk ke peringkat meracau. Maklumlah sakit makin teruk, tanda-tanda nak nampak lega belum berhasil. Merintih tak habis-habis mengharap simpati. Tapi apakan daya, keegoannya yang berasa seolah-olah masih mampu memilkul kederat menjadikannya semakin parah dan tak larat.

Kelmarin, PM Najib Razak telah sekali lagi (entah berapa kali?) merayu yang jelas nampak penyakit Umno/BN semakin tenat. Kalau diikut nasihat doktor, seandainya seseorang mengidap penyakit seperti Umno/BN perlu sangat ianya berehat.

Defisit teruk dari Greece, Adun Umno dibidas


ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah menempelak tuduhan Adun BN Kuah, Datuk Nawawi Ahmad kononnya Kedah menanggung defisit lebih teruk dari Greece iaitu hampir 72 peratus daripada hasil pendapatan negeri berbanding perbelanjaan.

Nawawi ketika perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN minggu lalu mendakwa dengan jangkaan hasil negeri sebanyak RM640 juta, dan perbelanjaan pula RM1.1 bilion, menunjukkan defisit hampir 72 peratus.

"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan," kata Nawawi.

Kenyataan Nawawi itu juga turut disiarkan di beberapa akhbar pada keesokannya termasuk Sinar Harian dengan meletakkan tajuk "Defisit Kedah lebih teruk dari Greece".

Memahami motif dua himpunan

Mohd Sayuti Omar,
Tanpa iklan dan publisiti besar-besaran menerusi akhbar arus perdana dan media eletronik No: 1, 2, dan 3 semalam telah berlangsung dua himpunan agak besar juga di ibu negara Kuala Lumpur yang mencecahkan penyertaan lebih 40,000.

Himpunan itu ialah Himpunan Hijau menentang projek nadir bumi (Lynas) di Pahang dan himpunan membantah dasar pendidikan nasional oleh golongan pendidikan Cina Dong Zong bertempat di Petaling Jaya. Ramai yang tidak sedar mengenai kedua-dua himpunan itu sebenarnya. Sebelum ini tidak ada apa-apa publisti dan penguar-uaran di mana-mana media massa seperti mana himpunan Bersih atau pun himpunan-himpunan lain seperti anjuran Anak dan lain-lain.

Kempen atau panggilan ke himpunan itu seakan berlaku dalam senyap, atau pun sudah ada pengertian dari kalangan mereka yang menyertainya. Mereka tidak perlu dikerah secara fizikal tetapi cukup setakat memberi isyarat dengan satu bunyian ganjil saja.

Yang paling mengejutkan ialah himpunan Dong Zong di Petaling Jaya itu. Tidak kedengaran bahawa kumpulan pendidikan Cina itu menguar-uarkan himpunan berkenaan. Tidak ada pun riak risik mengenainya. Inilah cara orang-orang Cina bekerja dan bertindak, mereka tidak heboh tetapi bertindak dalam senyap. Apa yang mereka lakukan tak ubah seperti api di dalam sekam. Mereka bukanlah ayam yang bertelor sebiji riuh sekampung.

Mustahil kalau pihak pengajur tidak mengetahui akan himpunan Hijau di Dataran Merdeka itu, mungkin mereka sudah sepakat untuk 'menyerang' negara secara serentak dari dua versi berbeza, tanpa disedari 'musuh' - kerajaan UBN.

Pegawai bank sahkan anak Taib belanja RM880,958.91 dalam tempoh enam bulan

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Pegawai bank mengesahkan anak kepada Ketua Menteri (KM) Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM880,958.91 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank hari ini.
Bukti penyata bank dikemukakan oleh peguam plaintif menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Mahmud Abu Bekir daripada Januari hingga Jun tahun ini berjumlah RM880,958.91.

Notis Nak Naik Harga : Harga minyak murah punca penyeludupan berlaku, kata Rohani

KUALA LUMPUR - Harga petrol dan diesel yang lebih murah berbanding di negara jiran adalah punca utama berlakunya aktiviti penyeludupan di mana pihak yang tidak bertanggungjawab mampu mengaut keuntungan begitu mewah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, walaupun kerajaan menghapuskan subsidi, harga minyak di negara ini masih murah sehingga membawa kepada aktiviti penyeludupan bahan tersebut termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Bagi RON95 di Malaysia, harga subsidi petrol di negara ini adalah RM1.90 seliter manakala di Thailand RM4.85 seliter. Diesel pula adalah RM1.80 seliter dan di Thailand RM3 seliter.

"Daripada perbezaan harga itu, menunjukkan memang mewah dan berbaloi untuk membuat ketirisan atau penyeludupan.

BILA PULA UMNO PANDAI BERDAKWAH?

Timbalan menteri di jabatan perdana menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini.

Tajuddin meminta beliau menyatakan pendirian kerajaan dalam isu doa yang dibacakan adik kepada mursyidul am PAS, Nik Razi Nik Abdul Aziz semasa solat hajat sempena muktamar parti itu, 18 November lalu.
Bacaan doa berkenaan menerima kecaman keras daripada pemimpin Umno, sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan Islam.
Hebat Umno sekarang, sudah pandai berdakwah.........!!

Peluang Pakatan Rakyat menang di Johor seimbang

Dr Zuhdi Marzuki,
Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk PR menawan Johor adalah seimbang. Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit” Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan. Oleh sebab itu, PPP menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.


Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai. Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di saat akhir membuat keputusan. Daripada kawasan-kawasan tersebut, 8 kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN. Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak besar.

Filem PRU13 : 'Kementerian tak batal leburaya Kota Bharu-Kuala Krai'



 
Kementerian Kerja Raya hari ini menjelaskan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kelima tidak pernah dibatalkan.Timbalan menteri kerja raya Datuk Yong Khoon Seng berkata, kementerian bagaimanapun memerlukan lebih masa untuk
memperolehi peruntukan dan penelitian ke atas beberapa aspek pembinaan seperti dirancang.

"Kementerian tidak pernah membatalkan lebuh raya itu, ia cuma ditangguhkan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR-Ketereh), Yong memberi jaminan bahawa projek itu akan diberi pertimbangan dan keutamaan untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Mengulas rancangan PAS Kelantan untuk meneruskan pembinaan lebuh raya itu sendiri, Yong berkata kerajaan sedia menghulurkan bantuan teknikal dan sebarang bantuan kepakaran yang diperlukan negeri itu.

Bagaimanapun, kementeriannya masih belum menerima sebarang permohonan daripada Kelantan sejak mereka mengumumkan rancangan itu, katanya.

Mahathir ramal Umno mungkin tewas jika...!!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan bahawa Umno mungkin tewas sekiranya jentera peringkat bahagian masih belum bergerak aktif kerana menunggu calon diumumkan.

Dalam satu wawancara disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Mahathir berkata jentera berkenaan sepatutnya sudah digerakkan walau pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam tempoh enam bulan lagi.

"Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa mungkin kita akan kalah.

"Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Mahathir berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno sudahpun melakukan persediaan mencukupi memandangkan persidangan Umno yang bermula esok merupakan persidangan terakhir sebelum pilihan raya.

Kase gesa perjanjian konsesi AES didedah kepada umum


Kase gesa perjanjian konsesi AES didedah kepada umum IPOH – Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa perjanjian antara kerajaan dengan dua syarikat konsesi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan sebagai dokumen awam.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu bahawa perjanjian itu tidak boleh dikeluarkan kerana ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

Bagaimanapun menurutnya, tiada keperluan perjanjian itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi kerana  tidak mengandungi perkara rahsia mengenai keselamatan yang perlu dilindungi daripada pengetahuan  umum apatah lagi musuh negara.

“Kerajaan perlu ada ketelusan dalam mengendalikan urusan negara kerana ia berkaitan dengan pembayaran yang dibuat kepada syarikat ini daripada wang rakyat yang dikatakan melakukan kesalahan,”katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dr M: I don’t know what’s wrong with Genneva..???? So What..!!!

The former prime minister says authorities should probe the gold trading company first before shutting it down.
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad said today he did not know what was wrong with gold trading company Genneva Malaysia, and stressed that authorities should probe the gold trading business before shutting it down.
“I don’t know what is wrong with the Genneva thing. They claim that they are not operating this [ponzi] scheme.
“I think they should be investigated to find out exactly what they did that was wrong,” said the former premier, who had also launched Genneva Malaysia on Dec 15, 2010.
Last month, Bank Negara Malaysia had frozen Genneva Malaysia’s accounts, cheques and other assets on suspicion of the company taking deposits illegally, money-laundering, tax evasion and misrepresenting itself as an investment firm, among others.

Majoriti Pembaca Undi Anwar Perdana Menteri


Majoriti pembaca sebuah portal berita, Free Malaysia Today (FMT) mahu melihat pemimpin de facto KEADILAN dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihanraya umum ke-13.

Persoalan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat timbul berikutan cadangan dari sayap Ulama PAS bahawa presiden parti Abdul Hadi Awang akan dipilih Perdana Menteri.

Cadangan ini telah dibuat semasa mesyuarat 58 PAS di Kelantan.

Daripada 7269 yang mengambil bahagian dalam pengundian selama seminggu itu, 72% atau 5.246 memilih Anwar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP menduduki tempat kedua dengan 15% atau 1079 undi.