Ahad, 25 November 2012

Bacul : Ajak DEBAT takut...dengan DOA pun takut..dengan BILLBOARD pun takut...!!!

Air Mata Buaya Che Det Bernilai USD44Billion??

Hari ini Joceline Tan menulis dalam ruangannya dalam akhbar The Star bertajuk Dr M drums up support for Umno

Antara isi kandungannya dalam usaha beliau mempertahankan Umno, air matanya hampir mengalir. Ini dinukilkan oleh Datuk Faizal Abdullah, menantu Onn Ismail.

The hall was just as packed when it came to Selangor Umno’s turn.

“He said this is going to be the mother of all battles. He appealed to us to come together as one. We are at the crossroads – either we make it or we are finished. He was pleading with us, I thought he came close to tears at one stage,” said the Kapar Umno deputy chief Datuk Faizal Abdullah.

Petang ini saya telah mendapat jawapan kenapa kemungkinan air mata buaya Che Det hampir mengalir lagi...? Fb UZAR...

Wikipedia melaporkan...Nilai Harta Bekas Pemimpin Negara

Mari kita ajarkan UMNO erti Perpaduan.



Najib tak faham konsep perpaduan Melayu.
Macam mana nak faham? Kunci perpaduan dan permuafakatan yang Najib tahu ialah lu tolong gua tolong lu. Maknanya rakyat dibantu jika menyokong Najib. Ini bukan keikhlas. Kita ada pemimpin negara yang tidak ikhlas. Prinsip yang betul ialah kalau kita nak tolong rakyat, kita tolong atas nama memberi bantuan secara jujur- bukan membangkit bangkit atau menuntut pembalasan. 
Najib dan UMNO tak faham faham. Kalau betul2 hendak mengunggulkan orang Melayu- maka perintahkan semua ahli UMNO sokong calun Melayu tidak kira dari parti mana. Jika calun Melayu dari PAS lebih baik dari calun Melayu UMNO, maka pilih calun PAS. Bukankah dia Melayu? Jika calun Melayu DAP lawan calun Cina MCA, sokong calun Melayu. Akhirnya yang menang orang Melayu kan?
Jangan kita sokong Melayu secara babi buta. Kalau Melayu itu rasuah, tidak berkelayakan, apa asas untuk kita sokong dia? Kerana dia Melayu maka kita memaafkan segala kekurangan dan kejahatan? Kalau Melayu itu menyapu RM 250 juta, kita maafkan kerana dia Melayu? Kalau dia sapu komisyen RM 500 juta dan agihkan agihkan pula sesama Melayu lain- maka itu tidak mengapa sebab yang senang orang Melayu? Begitu? Jika begitu, jika orang masuk rumah kita, tidur dengan isteri kita, atau meniduri anak perempuan kita- kita kata tak apa- sebab dia Melayu?  Atau yang lebih dasyat- tak apa sebab dia Melayu dan UMNO!
Yang jadi masaalah pokok ialah, yang merah itu saga, yang Melayu itu UMNO. Bila UMNO dan pemimpin nya angkuh dan sombong, maka timbullah sangkaan bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. 
Cuba kita bayangkan keadaan begini. Katalah semua penduduk dalam negara ini Melayu. Ketika itu puak UMNO tidak boleh melaga lagakan Melayu dengan bukan Melayu. Ketika itu, segala kemungkaran dan angkara durjana yang berlaku tentulah dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Adakah kita ingat ketika itu, orang Melayu akan duduk berdiam diri dan memekakkan teliga, membutakan mata dan membisu seribu bahasa menerima kezaliman yang dilakukan? 

BBCBN: Jangkaan kerusi 120 'cukup baik'...hilang keyakinan dah..!!!


Bung Mokhtar Radin KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin berkata jangkaan minimum 120 kerusi Parlimen yang boleh dikuasai Barisan Nasional (BN), sebagaimana dibayangkan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, "cukup baik" buat perikatan itu.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan pembangkang yang bekerja keras menghentam dan menabur fitnah ke atas BN, namun rakyat tetap terus yakin untuk mengekalkan kerajaan semasa di peringkat pusat.

Beliau berkata, usaha berterusan daripada BN dapat menangkis serangan pembangkang dan memberi keyakinan yang berkekalan di kalangan rakyat untuk setia kepada parti.

"Pada saya, BN masih menjadi pilihan rakyat, walaupun menghadapi cabaran terhebat dari pembangkang.

"Namun dengan usaha-usaha berterusan BN, ia telah membantu BN untuk diyakini rakyat jelata.

"(Sebanyak) 120 kerusi cukup baik untuk BN," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi.

DAP : BN menang PRU13 hanya sekadar ramalan



Dr Tan Seng Giaw SHAH ALAM - Parti komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP gagasan pembangkang itu masih mempunyai peluang cerah untuk menawan Putrajaya meskipun beberapa ramalan menyebut Umno-Barisan Nasional akan mengekalkan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, hakikat adalah, trend semasa menunjukkan PR punya sokongan yang menggalakkan di peringkat akar umbi yang membolehkan pembangkang menumbangkan kerajaan semasa.

Himpunan Hijau berkeras tunggu di Dataran hingga esok pagi

KUALA LUMPUR, 25 Nov ― Aktivis Himpunan Hijau berkeras tetap akan berada di Dataran Merdeka sehingga jam 9 pagi esok walaupun pihak polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas peserta perarakan hari ini di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck berkata tindakan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tidak membenarkan peserta masuk ke Dataran Merdeka adalah tidak adil dan melanggar hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk bebas berhimpun dimana sahaja.
“Saya akan tetap berada disini sehingga jam 9 pagi esok dan sedia berhadapan dengan sebarang tindakan.
“Tindakan polis dan DBKL yang tidak membenarkan kami masuk ke Dataran Merdeka ini sesuatu yang tidak adil dan melanggar Perlembagaan,” kata Wong.

Green Walk ends near Dataran amid blockade

About 300 Green Walk marchers have decided to remain at Dataran Merdeka overnight.
KUALA LUMPUR: Thousands of Green Walk marchers today gathered along Jalan Raja after their route to Dataran Merdeka were blocked off by the authorities.
The marchers then decided to sit down by the road, facing a police barricade that stopped them from entering Dataran Merdeka which has been cordoned off since yesterday.
The police have also informed the marchers that no action would be taken as long as the police barricade remained unbreached.
At the same time, the marchers also formed a volunteer team to form a human chain to keep the other marchers from breaching the police barricade.
The marchers were been joined by some Pakatan leaders.
Earlier, the organisers said the marchers had gathered at the Sentul market at about 1pm today before embarking on the last leg of the 300km march from Kuantan which started 13 days ago.
The march started on Nov 12 by Himpunan Hijau chairman Wong Tack to campaign against the controversial Lynas rare earth plant in Gebeng as well as to highlight other environmental issues.
The crowd later broke into jubilation when Wong Tack arrived at the scene at 5.30pm.
“The people have risen, the choice is in our hand,” he said while addressing the crowd.

Hindraf wants 'Ministry of Minority Affairs' established

Dun Kedah : ADUN BN Mengamuk!

PENYERAHAN NOTIS PERHIMPUNAN AMAN (AKTA 736) 2012

Wong Tack: 'Kami akan duduk hingga esok pagi'

 
Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.

green march reaching dataran 251112 wong tack speech 06Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi.

Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.

"Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu.

Acara Green Walk Anti Lynas Akan Diteruskan Ke Parlimen

KUALA LUMPUR 25 NOV : Pemimpin perarakan Anti-Lynas “Green Walk” akan meneruskan misi mereka dengan berarak ke Parlimen esok bagi menyeru Kerajaan Pusat supaya menghentikan operasi loji nadir bumi Lynas di Pahang.
Ini setelah perarakan yang berjaya mencecah 20,000 orang itu dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, hari ini.
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Jack berkata beliau dan aktivis lain akan bermalam di Kuala Lumpur dan meneruskan kempen mereka dengan berarak ke Parlimen.
“Saya akan teruskan kempen ini sehingga kerajaan menghentikan operasi Lynas,” kata beliau kepada media di luar perkarangan Dataran Merdeka.

Pas: Najib risiko jika BN menang tipis


SHAH ALAM - Ramalan Barisan Nasional (BN) hanya akan menang 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang membuktikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menjadi seteru politik paling digeruni Kerajaan Pusat sepanjang empat tahun ini dan satu risiko kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dr Dzulkefly Ahmad
Menurut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, realiti itu tambah meyakinkan dengan penemuan kajian yang dilakukan oleh penganalisis politik, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Dapatan Dr Shamsul Amri itu seolah-olah satu pengakuan bahawa kekuatan Pakatan Rakyat itu tidak boleh dipandang mudah sebab daripada 140 kerusi sekarang ini sudah merosot kepada 120 kerusi," katanya.

Berdasarkan hasil kajian yang mengambil kira prestasi dari pelbagai sudut termasuk pembentangan Bajet 2013 dan insentif yang diumumkan pada September lalu, Shamsul berkata, kemenangan akan memihak kepada BN.

“... mereka akan dapat minimum 120 kerusi. Sekarang 140 kerusi, 24 kerusi kelabu, baki 70 kerusi Pakatan Rakyat... (pada keseluruhan) majoriti tipis," katanya yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara.

Artis Indonesia Bawa Mesej Anti-Pemerdagangan Manusia Ke Malaysia


KUALA LUMPUR 25 NOV : MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menghadiri satu majlis minum pagi bagi meraikan kehadiran kumpulan artis Indonesia yang membawa mesej anti pemerdagangan manusia melalui konsert mereka di Malaysia.
Kumpulan D’Masiv dan Adara dibawa khas oleh Tourism Selangor Sdn Bhd untuk sebuah konsert di Dataran I-City Shah Alam pada malam ini.
Selain mesej anti-pemerdagangan manusia, konsert ini bertujuan meraikan pembukaan taman tema baru di I-City.
Bercakap pada TVSelangor, Nurul Izzah berkata rakyat di negara ini masih kekurangan kesedaran dan pengetahuan umum mengenai isu pemerdagangan manusia yang merupakan jenayah yang serius.
Katanya, artis-artis tersebut banyak membawa mesej kemanusiaan bagi membantu menyedarkan masyarakat mengenai kempen yang sedang dijalankan di negara ini.
Statistik daripada Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negara menunjukkan 591 individu telah ditangkap antara tahun 2008 dan 2011 kerana terlibat di dalam jenayah itu.

Lensa 7 : Himpunan Hijau - Dataran Merdeka Kami Telah Tiba
















Syria - Patriot missiles: a new provocation ?

Anwar Ibrahim: Janji Tak Ditunai, Penipu Itu Munafik

Israel eases restrictions on Gaza fishing

Tabung Cakna Palestin DPPM

Lagu ROZANA Amy Search Tukar Lirik - Ustaz Haslin Baharin

Perempuan CEMBURU Sampai Ke SYURGA - Ustaz Haslin Baharin

Ustaz Sharir Long: Kezaliman berleluasa...Maka bala akan menimpa semua manusia !

Ustaz Sharir Long: 4 faktor yang akan menyebabkan kebinasaan sesuatu kaum

Ustaz Sharir Long: Mendustakan ayat2 Allah...2 jenis azab dari Allah

The Unknown Kg Sg Melayu, the Bird Transit Point.

Anwar Ibrahim: Pemimpin Kena Ada Rasa Malu (Sense Of Shame)

Lebih 20,000 Peserta Anti-Lynas “Green Walk” Sampai Di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 25 NOV : Perarakan Anti-Lynas “Green Walk” yang telah mencecah kira-kira 20,000 orang telah sampai di Dataran Merdeka Kuala Lumpur petang tadi di mana mereka di halang daripada memasuki padang bersejarah tersebut.
Peserta yang berbaju hijau daripada berbilang kaum itu telah membanjiri persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak tetapi dihalang daripada memasuki Dataran Merdeka oleh pasukan polis dan penguatkuas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Walaubagaimanapun, peserta-peserta berada di dalam keadaan aman dan ceria sementara menunggu isyarat daripada pemimpin mereka berkenaan langkah seterusnya jika masih dihalang untuk memasuki Dataran Merdeka.
Turut kelihatan dalam perarakan tersebut pemimpin Pakatan Rakyat seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, MP Kuantan Fuziah Salleh, Exco Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong dan Adun Rawang Gan Pei Nei.
Acara “Green Walk” dimulakan oleh pengerusi Himpunan Hijau Wong Jack sebagai kempen untuk memupuk kesedaran tentang bahayanya operasi loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Wong yang memulakan acara Green Walk di Kuantan pada Nov 12, telah berjalan kaki sepanjang 300 km dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meraih sokongan terhadap kempen itu.
Beliau yang memulakan acara tersebut secara peseorangan telah mengumpul beratusan penyokong yang turut berjalan bersama beliau.

Lensa 6 : Himpunan Hijau - Dataran Merdeka Kami Telah Tiba









Alasan Sengal : Penganjur Himpunan Hijau tidak maklum polis, kata timbalan ketua...dah lebih seminggu berjalan tak tau lagi eh..????

PETALING JAYA, 25 Nov — Penganjur Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang, tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan itu di kawasan Dataran Merdeka, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Penyokong Himpunan Hijau di Jalan Sentul, menuju ke arah Dataran Merdeka. — Gambar Saw Siow Feng
Menurut Khalid penganjur himpunan itu juga gagal mendapatkan kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama perhimpunan itu. “Undang-undang jelas, mengkehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman ini, orang yang ingin mengadakan perhimpunan supaya dapatkan kebenaran tuan punya tempat, beri notis pada polis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung... Tapi mereka tidak,” katanya.
“Kita dah hubungi penganjur, cuba berunding dengan mereka, tapi dia tak membalas.”
Khalid kata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Jenayah anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan penduduk Subang Jaya di sini, hari ini.

Lensa 5 : Himpunan Hijau - Dataran Merdeka Kami Telah Tiba











Lensa 4 : Himpunan Hijau - Mara Ke Dataran Merdeka