Sabtu, 24 November 2012

Rome braces for student protest

Italians in new protest over education cuts

Number of Syrian refugees 'double'

Takut Dengan Pemerhati Bebas, Bukti Pilihanraya Malaysia Tidak Bersih & Tidak Telus!

Pemantau bebas, mengapa M'sia begitu gelabah?'

Senator bebas Australia, Nick Xenophon menganggap sebagai munasabah permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pemerhati bebas dari rantau itu bagi memantau perjalanan pilihan raya Malaysia.

Xenophon, yang berasal dari Australia Selatan menganggap media Malaysia melaporkan bahawa Australia memohon untuk campurtangan dalam pilihan raya Malaysia sebagai penyampaian yang salah, direka dan memutarbelitkan kedudukan sebenar.

"Mengapa kerajaan Malaysia begitu mengelabah mengenai permintaan munasabah Anwar untuk pemerhati bebas dari rantau itu.

"Apa yang Anwar minta ialah pilihan raya di Malaysia yang bebas, adil dan bersih dan Australia - sebagai jiran dan rakan Malaysia - memainkan peranan jika diminta," katanya dalam satu kenyataan.

Xenophon menyerahkan surat peribadi Anwar kepada Menteri Luar Australia Bob Carr minggu lepas.

Beliau berkata tidak ada apa dalam permintaan kepada Carr itu yang boleh ditafsirkan sebagai campurtangan oleh negara dalam hal ehwal negara lain.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Cara Najib cakap macam Umno-Bn dah nak habis umur

Kata PM Najib,"Barisan Nasional BN sudah bersedia untuk berubah kata Najib yang juga pengerusi gabungan 13 parti itu “ BN bukan parti yang tidak fleksibel Kami bersedia untuk berubah “Perubahan boleh berlaku di negara kita dan kita telah buktikan bahawa tidak semestinya kita menukar kerajaan kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan sama ” kata Najib dalam ucapannya di perhimpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC hari ini.-The Malaysian Insider.

Bila Najib kata lagu tu saya teringat akan orang yang terlentang tak boleh bangun dah nak habis umur.Dia nampak malaikat maut datang nak ambil nyawa dan rasa gementar yang amat sangat.Lalu terbayanglah akan segala apa yang dilakukannya semasa hidupnya.Nyawanya sudah mau dicabut oleh malaikat Izrael dan dia pon mau bertaubat tapi sudah terlambat kerana taubatnya sudah ditolak oleh Allah swt.Dia nak buat kebajikan sana kebajikan sini, mau sedekah segala harta kekayaannya tapi semasa sihatnya amat bakhil dan berkira kedekut pahit tapi bila nyawa dihujung hayat semua nak disedekahnya.Jawabnya sudah terlambat.Moga kita semua tak termasuk dalam golongan seperti ini.

POLITIK SYAITAN DIKENALI : USAHA BERTERUSAN UNTUK CEMAR IMEJ YB FUZIAH SALLEH

Terdapat usaha-usaha pihak tertentu untuk mendatangkan keraguan di kalangan masyarakat khususnya di Parlimen Kuantan bahawa KEADILAN kini tergugat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan di dalam PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi.  Lebih menariknya, pihak berkenaan menggunakan isu perkauman kononnya Ahli Parlimen Kuantan sekarang, YB Fuziah Salleh mengabaikan masyarakat kaum Melayu.
Berkunjung di Pasar Tani bersama AMK
Berdailog bersama Persatuan Nelayan Kuantan
Bertemu nelayan dan mendengar permasalahan mereka
Usaha ini bukan cerita baru kerana pihak yang sama juga pernah melakukan perkara yang sama iaitu cuba untuk menanamkan keraguan di kalangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Parlimen Indera Mahkota.  Dakwaan mereka kononnya berlaku 'perang besar' atau 'permusuhan' di antara penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail dengan Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman juga dikaitkan dengan YB Fuziah Salleh.  Nampaknya mereka tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak melihat perpecahan berlaku di kedua-dua Parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN di situ.

PAS sentiasa relevan dalam realiti baru

Khair Mutanazzar Ismail,
PAS adalah parti yang sentiasa terbuka untuk menerima teguran dan kritikan sama ada daripada dalam atau luar parti. Dalam muktamar baru-baru ini, ahli diberikan hak seluas-luasnya untuk menegur pimpinan. Isu penolakan terhadap Kepimpinan Ulamak, penstrukturan semula Harakah, ketegasan dalam perlaksanaan undang-undang Islam dan lain-lain telah menjadi fokus para perwakilan untuk menegur pimpinan. Ia jauh sekali berbanding parti UMNO yang menutup pintu ahlinya untuk menegur.
PAS juga bersedia untuk menerima teguran daripada luar. Bahkan PAS menjemput mereka untuk berdialog dan menegur secara direct dalam majlis yang dianjurkan oleh PAS sendiri walaupun ada orang yang sehingga sekarang tidak memberikan tarikh setelah bersetuju untuk datang.

Doktrin yang perlu ditolak

Menjawab teguran bukan bermakna tidak menerima teguran tersebut. Kadang-kadang jawapan perlu diberikan sebagai satu penjelasan. Doktrin bahawa teguran yang dijawab dianggap tidak diterima harus ditolak. Di samping itu, ada yang menuduh bahawa jawapan yang diberikan adalah reaksi melenting dan melatah. Perlu diingat bahawa senyap, tidak menjawab tidak semestinya bermakna menerima teguran kerana kadang-kadang ia ditolak kerana malas menjawab.

Keras atau lembut dalam menjawab pula adalah berdasarkan teguran yang diberikan. Ini kerana kadang-kadang teguran yang dibuat bukan untuk membaiki tetapi lebih untuk membina persepsi yang buruk terhadap orang yang ditegur.

Justeru itu, tidak pelik jawapan yang diberikan kadang-kadang agak keras. Lihat sahaja kata-kata Saidina Abu Bakar yang keras terhadap Urwah bin Mas'ud, wakil musyrikin Mekah dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah: "Kamu ini manusia yang menghisap kelentik kemaluan berhala al-Latta." Jawapan keras ini dihamburkan oleh Abu Bakar r.a. apabila Urwah menegur Rasulullah s.a.w. yang dilihat ingin menghapuskan dan memusuhi bangsa sendiri (Lihat Sofiy ar-Rahman, 1991).

Undang-undang Islam adalah prinsip dan perjuangan PAS

PAS pilihanku

Doa hak individu. Kenapa takut?

Oleh: Rossem
Ketika doa yang menakutkan pemimpin dan pendokong Umno/BN itu dibaca, saya berada di luar stadium, tak bersama  jamaah  yang berada di dalam stadium mengamimkan doa, namun  walaupun di luar stadium, inti  dari doa itu dapat didengar dengan jelas bersahutan bersama  ucapan amim yang bergema lebih dari 50,000 jamaah yang hadir persis bunyi guruh dari langit ketika musim tengkujuh.


Solat sunat hajat dan bermunajat secara berjamaah di lapangan lumrah bagi pendokong PAS terutama di Kelantan sejak dulu, bahkan telah menjadi semacam tradisi bagi  orang  PAS Kelantan bila  timbul masalah yang di luar batas-batas upaya mereka menyelesaikan sesutau hal yang menghalang arus perjuangannya, justeru mereka mengadakan solat sunat hajat berjamaah, memohon langsung kepada Allah SWT agar dimudahkan jalan penyelesaiannya.
 Jumlah  jamaah yang dikerah dan tempat diadakan acara solat sunat  hajat  bergantung kepada keperluan doa, jika pemasalahannya besar, melibatkan ummat dan masa depan perjuangan Islam maka lokasi solat dan munajat diadakan di stadium kerana stadium boleh menampung jamaah yang ramai, sebaliknya  jika   isu  kecil, memadai  di lapangan yang terbatas dengan jamaah yang menimum.

Semut dalam seluar?

Oleh SELENA TAY
Ada satu peribahasa Cina iaitu 'semut dalam seluar' yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang selalu suka buat kacau dan suka menyusahkan orang lain tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Pihak lawan boleh dikatakan umpama 'semut dalam seluar' kerana seringkali mengungkitkan isu-isu remeh untuk mengganggu pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

 Selain dari itu, pihak lawan juga suka mencipta isu palsu.  Rekaan isu palsu ini semuanya mempunyai niat yang jahat oleh pihak yang memang tidak bertanggungjawab.

Walaubagaimanapun, isu-isu remeh yang sentiasa dipaparkan dalam media arus perdana juga akan menjadi seperti isu yang besar manakala isu yang palsu apabila sentiasa diulangi akan menjadi seolah-olah ia adalah benar.

Anti Lynas: Ahli PAS diseru ke Dataran esok

KUALA LUMPUR: PAS menyeru ahli-ahlinya yang berkelapangan untuk turut menyertai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ke Dataran Merdeka, pagi esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata ahli-ahli PAS yang berada di sekitar Lembah Kelang digalakkan menyertai perarakan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka.

Tambah Mahfuz, perjuangan kumpulan Himpunan Hijau itu perlu dihargai memandangkan mereka sanggup berjalan kaki sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

"Perjuangan mereka bukan kecil. Mereka berjalan kaki, demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang.  Saya seru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka. Lebih baik, jika dapat berjalan bersama mereka ke Dataran (Merdeka) esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

PRU13: 'Pemantau bebas, mengapa M'sia begitu gelabah?'

Senator bebas Australia, Nick Xenophon menganggap sebagai munasabah permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk pemerhati bebas dari rantau itu bagi memantau perjalanan pilihan raya Malaysia.

nick xenophon 290412Xenophon (kanan), yang berasal dari Australia Selatan menganggap
media Malaysia melaporkan bahawa Australia memohon untuk campurtangan dalam pilihan raya Malaysia sebagai penyampaian yang salah, direka dan memutarbelitkan kedudukan sebenar.

"Mengapa kerajaan Malaysia begitu mengelabah mengenai permintaan munasabah Anwar untuk pemerhati bebas dari rantau itu.

"Apa yang Anwar minta ialah pilihan raya di Malaysia yang bebas, adil dan bersih dan Australia - sebagai jiran dan rakan Malaysia - memainkan peranan jika diminta," katanya dalam satu kenyataan.

Xenophon (kanan) menyerahkan surat peribadi Anwar kepada Menteri Luar Australia Bob Carr minggu lepas.

Beliau berkata tidak ada apa dalam permintaan kepada Carr itu yang boleh ditafsirkan sebagai campurtangan oleh negara dalam hal ehwal negara lain.

Maqasid - Sheikh Ismail Omar (Bahagian 2)

Maqasid - Sheikh Ismail Omar (Bahagian 1)

Perkasa : Worse is over, BN will get two third majority

Protests call for Thai PM to step down

Participants swell to 2,000 as long march reaches KL

Ahli-ahli Legislative Council Hong Kong Akan Desak ICAC Siasat Dakwaan Rasuah RM40j

Delegasi Serah Bukti Baru Kepada ICAC Untuk Buka Semula Kes Rasuah RM40 Juta

Hong Kong Legislator James To helps Malaysian Delegation to re-open RM40m case

Media Briefing: Why We Have Decided To Come To Hong Kong

Lebih 2000 pejalan kaki anti Lynas tiba di Taman Melewar


KUALA LUMPUR:
Kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed (KUIZM), Taman Melewar, tepat jam 4 petang ini, diiringi Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin.

Sebelum itu, mereka berarak dari Tol Gombak,  bermula jam 3 petang dan disambut meriah oleh PAS Batu.  Kumpulan tersebut turut diiringi beberapa kenderaan berpacuan empat roda sepanjang perjalanan dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Ironinya, biarpun kebanyakan di kalangan mereka berbangsa Cina, namun ketibaan mereka disambut oleh pelbagai pihak agama dan bangsa, yang menunjukkan solidariti mereka dalam usaha menghentikan sebarang pembangunan atau projek yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan kesihatan rakyat.

Ketibaan mereka disambut dengan tepukan dan sorakan 'Stop Lynas', 'Close The Damn', 'Stop Baram' dengan penuh bersemangat, biarpun keletihan dan kepanasan terpancar di wajah mereka.

Kertas Putih Talam Sudah Keluar, Kertas Putih NFC Bila?


SHAH ALAM, 24 NOV : MP Pakatan Rakyat (PR) mencabar Perdana Menteri, untuk mengikut contoh Kerajaan Selangor dan mengeluarkan kertas putih skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM 250 juta.
Ini kerana Kerajan Selangor telah mengeluarkan kertas putih tentang pelunasan hutang Talam Corporation kepada Selangor berjumlah RM 392 juta, yang hangat diperkatakan oleh pemimpin Umno-BN.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kertas putih tersebut telah berjaya membuktikan bahawa dakwaan kerajaan negeri gunakan duit rakyat untuk ‘bailout’ syarikat Talam adalah tidak benar dan tidak berasas.
“Kejayaan membentangkan kertas putih ini telah membuktikan pentadbiran PR bersikap telus, jujur dan tidak menyembunyikan sebarang urusniaga yang melibatkan harta milik rakyat yang bernilai jutaan ringgit.”

PRU13 : 'Jika ikut Bebas, BN telah menang penuh' kata Perkasa...ha..ha..ha..!!!!!

Ibrahim Ali KUALA LUMPUR - Jangkaan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh minimum 120 kerusi jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sekarang, sebagaimana dinyatakan oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, tidak akan memberi keselesaan kepada perikatan itu, kata Perkasa hari ini.

Bagaimanapun menurut Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, beliau yakin BN akan menang dan wakil rakyat Bebas akan memberi sokongan kepada perikatan itu.

Sehubungan itu kata beliau, era kononnya BN sudah berakhir telah lama berlalu dan dengan adanya penyokong tegar parti itu yang akan terus mengundinya, BN diyakini akan terus mempertahankan kuasa.

"Ya, memang 120 kerusi itu tidak memberi keselesaan kepada BN, tapi kalau ikutkan Bebas, BN telah menang penuh.

Israel Lepas Tembakan Di Sempadan Gaza


Israel Lepas Tembakan Di Sempadan Gaza

GAZA CITY – Tentera Israel dilaporkan melepaskan tembakan ke atas penduduk Gaza yang menghampiri pagar sempadan menyebabkan seorang terbunuh, awal hari ini.
Kejadian itu sekali gus menyaksikan gencatan senjata yang berlangsung dua hari lalu antara Hamas dan Israel dianggap kini dicemari Israel.
Dalam satu surat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), wakil pemerhati Palestin, Riyad Mansour berkata, keadaan di Gaza amat tidak menentu dan mendakwa Israel mencemari gencatan senjata berkenaan.
Ratusan penduduk Palestin dilaporkan berkumpul di pagar sempadan di beberapa kawasan di selatan Gaza bagi memastikan Israel tidak mengenakan penguat kuasaan di kawasan 300 meter yang dijadikan ‘zon halangan’ di sebelah sempadan Palestin.
Sebelum ini, askar Israel sering melepaskan tembakan kepada sesiapa yang cuba menyeberangi zon berkenaan. – AFP

Kenapa Israel Mahu Gencatan Senjata?

Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

Apa tidaknya ?

1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...

Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

Mereka Akhirnya Enggan Menghantar Tentera Ke Gaza


"Bukannya mengirimkan pasukan untuk membebaskan Gaza serta mengusir penjajah Israel daripada merobek tanah Muslim Palestina dan membantu negeri Syam, para pemimpin negara malah hanya duduk-duduk dan enggan untuk melakukan hal tersebut, kecuali ikut serta dalam menjaga keamanan Israel.

Gencatan senjata merupakan hal yang diinginkan Israel untuk menjaga keamanan di zon selatan, sehingga Israel dapat memfokuskan persiapan di zon utara untuk menghadapi para tentara kemerdekaan Suriah yang kian berkuasa serta berulangkali para tentara di Syam tersebut menyatakan penolakan mereka kepada Dewan Koalisi Nasional yang dibentuk di luar negeri, serta mereka dengan tegas bekerja untuk membentuk Negara Islam di bumi Syam.


"Kalau terjadi gencatan senjata, kita akan kirim pasukan perdamaian. Ini sama ketika kita kirim pasukan untuk menjaga perdamaian ke Lebanon," kata Presiden SBY, Indonesia setelah menghadiri pertemuan dengan pemimpin Kelompok-8 Negara Berkembang (D-8) di Islamabad, Pakistan, Kamis malam.

Israel bunuh seorang pemuda dan cederakan 15 yang lain selepas gencatan senjata

Hamas menguatkuasakan gencatan senjata rapuh berusia dua hari pada hari Jumaat dengan memindahkan warga Palestin dari zon larangan di sempadan selepas Israel menembak mati seorang penduduk Gaza di situ yang merupakan kematian pertama sejak gencatan senjata.

Israel berkata tenteranya melepaskan tembakan selepas penunjuk perasaan, sebahagian daripada mereka membaling batu, cuba untuk melanggar pagar sempadan Gaza, melanggar zon keselamatan seluas 300 meter luas di mana Israel telah menghalang akses Palestine sejak 2009.

DHPP nafi PAS tolak Anwar jadi PM

Anwar Ibrahim: Sabah PKR Convention 2012 (3)

Anwar Ibrahim: Sabah PKR Convention 2012 (2)

Kematian dalam tahanan menunjukkan perlunya IPCMC

Testimoni polis yang bercanggah, gambar mengerikan mayat yang lebam dan reput mangsa yang mati dalam tahanan, telah mendorong satu forum mengenai keganasan menggesa penubuhan segera Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

"Bagaimana polis boleh menyiasat diri mereka sendiri?" kata peguam hak asasi manusia, M Visvanathan, yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

NONE"Kita sepatutnya mempercayai mereka yang menegakkan undang-
undang. Tetapi apa yang berlaku? Anda fikirlah sendiri sama ada mereka telah menegakkan undang-undang, sama ada mereka menjalankan tugas mereka," kata Visvanathan (kiri) di forum tersebut di Pulau Pinang malam tadi.
Beliau menegaskan, walaupun telah mendedahkan kesilapan, kecacatan dan penyelewengan mereka, namun tidak seorang pun anggota polis tunggal yang telah dipertanggungjawabkan terhadapnya.

"Ini adalah fakta, bukan fiksyen," tegas beliau.

Semasa forum dua jam itu, Visvanathan menunjukkan "bukti dokumentari yang mengejutkan" mengenai R Gunasegaran, 31, yang ditemui mati pada hari yang sama dengan kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock.

Berdoa’ mohon Allah hancurkan penzalim pun salah?

Nak bercakap dalam TV untuk membela diri atau bercakap soal dasar parti kamu tak kasi,,  TV kamu jadikan macam hak milik kamu sendiri,,  kamu pulun cukup-cukup! .  Hari-hari kamu kutuk PAS,  hari-hari kamu fitnah pembangkang.   Nak guna akhbar arus perdana,  juga kamu sekat.  Sama macam TV, kamu guna akhbar untuk parti kamu saja,, Kamu cerita yang buruk-buruk tentang pembangkang dan apabila pembangkang hendak memberi  penjelasan kamu halang. .  Kebenaran yang mahu di ketengahkan oleh pembangkang kamu sembunyikan!  Sikap monopoli kamu ini benar-benar menggambarkan sikap tamak, busuk hati dan berniat jahat.   

Apa lagi jalan yang kami ada untuk meminta?   Akhirnya kami meminta dengan Allah!,   kami himpunkan seluruh rakyat untuk solat hajat dan berdoa ! agar penzalim dihancurkan!! Takkan yang ini pun kamu nak marah?  Kalau sudah makan cili terima sajalah pedasnya !    

Barangkali kalau media bersikap adil, bebas dan berkecuali, orang PAS tak payah turun padang,   tak perlu buat ceramah hari-hari.  Orang PAS tak perlu himpunkan umat Islam untuk bersolat hajat !! 
 
Oleh : rakyathimothman

MUZAKARAH SESAMA ORANG BODOH MAKA DAPATLAH KEPUTUSAN YANG BODOH

Oleh : WFauzdin
MAKA bermuzakarah lah puak-puak pembaca Utusan Meloya dan peminat setia TV3 suku, iaitu satu kumpulan 'ular dalam semak' (ULARMAK) dengan Pemuda Umporno bersama Ahmad Maslan.  Maudhuk mereka " Apa hukumnya PAS mendoakan kehancuran Umporno".                             Maka para Ularmak ini membuka kitab sebelum mengemukakan hujah dengan dalil masing-masing.  Kitab yang menjadi rujukan mereka adalah kitab bernama 'Al Utusan Meloyawiyyah".  Belek punya belek, kesemuanya sepakat mengatakan "Tak Patut doakan Umporno hancur".
Apa kejadahnya muzakarah serupa ini?  Muzakarah sepatutnya yang dijemput adalah pihak yang berbalah.  Pihak yang menuduh dengan pihak yang kena tuduh akan berbincang atau bermuzakarah, kitab rujukannya mestilah Al-Quran, Hadith dan dipandu dengan Ijmak Ulamak.  Baru boleh dapat rumusan sesuatu perkara.

Kalau bermuzakarah sesama orang bodoh yang diperbodohkan oleh Utusan Meloya dengan TV3 Suku ini, maka jawapan atau hasil dari muzakarah itu mesti keputusan yang bodoh juga. 

Green Walk crowd swells to thousands

For the last stretch of the 300km Green Walk thousands have joined in the march

GOMBAK: The number of men, women, and children supporting the cross-country 300km Green Walk has swelled tremendously, with estimates putting the crowd at more than 2,000 today. Many new faces had congregated at the Gombak toll this afternoon before joining in with the core group of roughly 30 led by Himpunan Hijau chairman Wong Tack.
A few hours before resuming the Kuantan-Kuala Lunpur journey, the atmosphere was carnival-like. Many were posing for photos with Wong, PKR MP Tian Chua as well as DAP State exco Ronnie Liu.
The group was also joined by a team of observers from the Malaysian Bar.
Bar Council’s human rights comittee co-chair Andrew Khoo told FMT that while they did not expect trouble, they were here to record and hoped that there would not be any interference by the authorities or saboteurs in the last two days.
“We’ve been told that Dataran Merdeka is now closed off. We have to see what happens but we hope not to see the violence of Bersih 3.0. Thegovernment must allow people to voice out.”

Bantah Najib sambut penjenayah antarabangsa ke Malaysia

KUALA LUMPUR 24 NOV: Kerajaan Umno BN didesak membatal Mahindra Rajapaksa ke Malaysia berikutan Presiden Sri Lanka itu dilabel penjenayah antarabangsa selepas terlibat membunuh 200,000 rakyat negara berkenaan.
Jurucakap Angkatan Prihatin Insan Mangsa Perang Sri Lanka (API), Raja Retinam kesal kerana Datuk Seri Najib Razak memberi layanan ‘karpet merah’ kepada Rajapaksa.
“Dalam 50 tahun, hampir 200,000 orang, kebanyakannya masyarakat Tamil, dibunuh dan 500,000 lagi hilang tempat tinggal. Ini berlaku Sri Lanka, tidak jauh dari Malaysia.
“Mereka jadi pelarian di merata negara termasuk Malaysia. Kenapa Perdana Menteri tak faham (dan) beri layanan karpet merah?” katanya ketika ditemui pada perarakan aman di Brickfields hari ini.
Seramai 50 orang menyertai perarakan aman membantah kehadiran Rajapaksa. Laporan polis turut dibuat tentang perkara ini di Balai Polis Jalan Travers.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir adalah Naib Presiden KEADILAN N Surendran, Ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam dan Ahli Parlimen Teluk Intan, S Manogaran.

Himpunan Hijau: Hati kami sudah di Dataran Merdeka


Kembara Himpunan Hijau yang memasuki hari ke-12 hari ini memecahkan rekodnya sendiri dengan kehadiran hampir 2,000 orang berjalan kaki dari Taman Rimba Templer ke plaza tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Perjalanan sejauh hampir 10 kilometer itu yang pada asalnya dijadualkan bermula jam 9 pagi diawalkan setengah jam apabila ia menerima penyertaan lebih ramai peserta hari daripada 11 hari lepas, kata pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Kembara Himpunan Hijau sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala
Lumpur ini bermula pada 13 November lalu sebagai kembara protes Wong Tack untuk mewujudkan kesedaran politik dan alam sekitar menentang loji memproses nadir bumi Lynas.

Nazri: Penjara mandatori bagi perogol gadis bawah umur



Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz PADANG RENGAS - Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
  
Beliau berkata, pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.
  
Katanya, pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.
  
"Saya telah minta kepada Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan nasihatnya kita nak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun," katanya.
  

Dato Dr Mujahid Jangan Undi Parti Keris Bersilang UMNO

Umno itu sakular?

Fahaman sekular adalah merujuk kepada perkataan Latin iaitu saeculum yang bererti generasi atau zaman. Dalam agama Kristian sekular bermaksud agama itu bertentangan dengan gereja. Untuk pengertian yang lebih jauh sekular merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau yang bersangkutan dengan dunia lahir sahaja dan tidak ada kena mengena dengan keabadian. Dalam perbincangan ini sekular bermakna kehidupan yang tidak ada kaitan dengan perkara ghaib, atau perkara agama. Dengan begitu sekularisme adalah bermakna satu fahaman yang memisahkan agama dari kehidupan ini, khususnya kehidupan bernegara. Ugama adalah masalah peribadi yang tidak mempunyai kaitan dengan negara. Manusia adalah bebas dari asuhan agama dan ketetapan dari Yang Maha Kuasa. Sekularisme menentang sebarang pengaruh agama dan manusia bebas menentukan kepercayaan dan arah haluan hidupnya sendiri.  

Teras kepada sekularisme ialah politik yang berasaskan kepada perkauman atau pun kebangsaan, atau apa yang kita panggil nasionalisma. Manakala ekonominya pula berasaskan laissez faire  dan falsafah individualisma.Ia kemudiannya merebak ke dalam masyarakat dan menjadi sebahagian dari gaya hidup mereka yang merupakan pemujaan kepada modenisma, materialisma dan pemujaan hawa nafsu.   

Menelusuri sekularime di Malaysia, ia sebenarnya datang bersama-sama penjajah Inggeris  yang menakluk negara ini dari tangan Belanda. Dalam Perjanjian Pangkor pada 1874 antara Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Sir Andrew Clarke, syarat penting dalam perjanjian itu ialah residen Inggeris akan menasihati Sultan dalam semua hal pentadbiran negeri kecuali mengenai agama Islam dan adat Istiadat Melayu. Dengan semikian segala urusan pentadbiran dan perlaksanaan undang-undang negeri terserah kepada Inggeris yang pastinya mengikut sistem dan acuan mereka yang tidak pernah memikirkan soal agama dan sebagainya. Di sini para Sultan sudah kehilangan hak politik dan pemerintahan dan tidak lagi berkuasa untuk mencegah usaha-usaha menanamkan fahaman sekular yang dibawa oleh Inggeris. Dan akhirnya berlakulah apa yang dinamakan pemisahan politik dari agama, atau agama dari negara.

Monarki Arab, antara ancaman Iran dan ancaman Ikhwan

Oleh HARIS ZALKAPLI

Sejak 1979, tahun berlaku revolusi di Iran, isu ancaman pengaruh Iran dan Syiah menjadi satu topik yang sering diulang-ulang setiap kali kedudukan rejim-rejim Arab berasa terancam.

Dari Mesir ke Syam hingga ke Teluk Parsi dan Yaman, ancaman Iran sebagai kuasa serantau sering dikemukakan.

Tehran didakwa menggunakan proksi-proksi di seluruh dunia Arab untuk memperluaskan pengaruh, dakwaan yang walaupun ada kebenarannya, biasanya diperbesarkan dan disertakan implikasi yang amat negatif.

Persaingan serantau Arab Saudi dan sekutu dengan pakatan diketuai Iran muncul dalam hampir semua perkembangan politik serantau. 

Walau bagaimanapun, dilihat dengan lebih teliti, perkembangan semasa, terutama ekoran tercetus kebangkitan yang mengubah landskap politik di Mesir, Ikhwan al-Muslimin kelihatan lebih mampu menggugat rejim-rejim Arab, termasuk monarki yang sehingga ini masih tidak tergugat.

Perkembangan terkini, yang menyaksikan Ikhwan dan kumpulan yang mempunyai hubungan dengan gerakan ini lebih pragmatik, meningkatkan lagi ruang dan peluang gerakan Ikhwan serantau untuk mengatur gerakan bagi mendapatkan kuasa politik.

Persaingan Najib-Anwar ambil hati Obama, siapa menang?

Imej memainkan peranan yang sangat besar dalam politik, dalam usaha membina imej popular untuk meraih sokongan ramai.

Dalam dunia hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjadi pemimpin berimej paling popular, dengan muncul bergaya di pelbagai jenis majalah termasuk majalah budaya popular terkenal dan diminati di seluruh dunia.

Imej ini memberi implikasi positif yang luas kepada AS, ekoran kemampuan seorang presiden memberi impresi baik hanya melalui imej dirinya.

Imej Obama ini mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mendekati dan dilihat bersamanya, menjadikan peluang dilihat bersama presiden AS daripada Parti Demokratik itu sesuatu yang sangat dihargai oleh pemimpin seluruh dunia.

Di Malaysia, dua pemimpin utama kerajaan dan pembangkang, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersaing untuk mendapatkan kesan imej positif Obama, dan juga sokongan melibatkan politik.

PRU13 : Undi untuk mangsa keganasan kerajaan

“Bagaimana nak ubah?” Soalan ini diajukan berkali-kali kepada saya, oleh seorang kawan Melayu yang baru saya kenali, sepanjang perbualan kami. Pada mulanya, kami berkongsi pandangan yang sama ketika membincangkan kerenah pemimpin Barisan Nasional, dan skandal-skandal yang terpalit.

Kemudian saya tertarik dengan penafsirannya yang terbuka dalam soal kaum dan agama. Misalnya beliau menganggap seseorang harus mengawal nafsu sendiri, daripada mengawal pakaian orang lain. Justeru itu, beliau agak bimbang seandainya “perubahan politik” yang diwar-warkan hari ini tidak membawa kita ke mana, sebaliknya selangkah ke belakang.

Beliau terus meluahkan kesangsiannya terhadap “perubahan” yang akan mengambil tempat, mendakwa mustahil keadaan berubah dengan “mindset konservatif” yang membelenggu minda politikus hari ini. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk memangkah “undi rosak” pada PRU akan datang.

Secara jujur saya agak terkejut dengan sikap sedemikian. Dengan keluhan dan rungutan yang melambak terhadap regim yang sedia ada, seseorang itu memilih untuk merosakkan undinya. Untuk sekian lama saya menganggap hanya masyarakat Cina yang berpendirian sedemikian, kerana mereka menganggap dirinya “suci”, dan enggan terjerat dengan politik kepartian yang “kotor”.

Malah, barangkali ia juga mencerminkan mentaliti kaum minoriti, yang tidak yakin bahawa undinya mampu membawa perubahan. Saya andaikan masyarakat Melayu tidak mempunyai masalah ini, kerana sebagai “tuan” kepada tanahair ini, mereka akan menentukan nasib mereka, sama ada memilih madu atau racun. ”Duduk atas pagar”, semestinya bukan pilihan yang terbaik, lebih-lebih lagi apabila Malaysia kini berada di persimpangan sejarah.


Misteri tak berjawab

Pengeluaran KWSP Fleksibel Lebih Baik VS Pengeluaran Penuh? Kantung KWSP Semakin Kering?

Pengeluaran KWSP Umur 50 Tahun Pengeluaran KWSP Fleksibel Lebih Baik VS Pengeluaran Penuh? Kantung KWSP Semakin Kering?
Kalau sebelum ini heboh pasal umur pengeluaran KWSP dilanjutkan ke 60 tahun. Dan cadangan KWSP tersebut menerima bantahan daripada ramai pihak, terutamanya dari rakyat Malaysia sendiri. Kalau sebelum ini juga, selepas sahaja 55 tahun, pengeluaran penuh KWSP boleh dilakukan. Dan akibatnya, ramai yang bertindak membuat pengeluaran penuh sehingga merisaukan pihak KWSP sendiri. Akhirnya…..
KWSP keluar dengan idea ini…
Pengeluaran Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) secara fleksibel pada umur 55 tahun
Kempen Pengeluaran KWSP ini memang nampak menarik dan juga “lebih selamat” kepada pihak KWSP, antara cara terbaik untuk KWSP mengajak pencarum untuk mengekalkan simpanan bersama KWSP. Dari pihak pencarum pula, antara masalah utama adalah selepas membuat pengeluaran penuh, lepas beberapa tahun, duit simpanan tersebut habis begitu sahaja, kemudian terpaksa bekerja semula bagi menampung hidup.

Pengeluaran KWSP : Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun’

Perubahan – antara kata-kata dan amalan


Perubahan tidak datang mutlak. Perubahan perlukan daya tahan untuk membangun gagasan yang kuat akarnya, supaya idea sebagai perlawanan dapat mencabar segenap ruang yang ada. Barangkali, itu yang saya dapat belajar daripada kehidupan. Memang enak untuk lafazkan kata-kata, tapi saya percaya ianya tidak semudah itu. Jadi, pertanyaan yang membibir di benak hati ini – apakah Malaysia sebagai negara, bangsa dan masyarakat sudah bersedia ke arah perubahan?
Rata-rata, kini semakin galak menyeru kita (sebagai sebuah Malaysia) perlu menuju perubahan. Dan, apa yang saya tangkap daripada pertanyaan mereka-mereka ini adalah perubahan yang ditanggapi sebagai ‘peralihan politik’ daripada A kepada B, daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Ini persepsi paling maklum untuk dibaca. Sejauh mana benar atau bathilnya persepsi ini, biarlah ia kekal sebagai abstrak dan subjektif.
Saya memetik kata-kata seorang penulis Inggeris George Orwell yang pernah berkata ‘to make lies sound truthful and murder respectable, and to give an appearance of solidity to pure wind.’ Ini kerisauan saya yang paling besar sekiranya perubahan yang dilaung-laungkan setiap detik masa dan ketika, hanya ditanggapi pada pemahaman yang paling cetek. Dan, dengan kata lain – ‘ular tetap menjadi ular, cuma sekadar bersalin kulit’.
Kebudayaan baharu?
Perubahan – pada faham yang paling sebenar setidaknya mengajak kita untuk bersedia ke arah kebudayaan yang baru. Maka, lanjut daripada pernyataan ini – kebudayaan apa yang baharu?
Kebudayaan baharu yang mungkin pada pandangan asas dan tohor dalam cerminan saya adalah kesediaan untuk setiap daripada kita mencuba  untuk mengangkat idealisme pemikiran yang sihat. Manapun, kebudayaan ini harus menjadi cabaran untuk setiap inci masyarakat mencabar akal mereka untuk menyelesaikan urusan harian kita mentadbir hidup. Dan, bagi saya inilah aras perubahan yang sebenar.

Campur tangan asing: Jangan malukan Malaysia, kata Najib..!!! Takut Kantoi.???

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Malaysia tidak memerlukan campur tangan asing dalam memantau pengurusan pilihan raya negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan campur tangan pihak lain bagi menangani masalah sistem pilihan raya di negara ini.

"Jangan kita, negara luar campur tangan dalam negara kita yang mempunyai masa hadapan.

"Jangan bagi malu negara kita dengan meminta campur tangan negara luar sedangkan negara kita telah diiktiraf dunia dan ramai yang merujuk Malaysia dalam masalah pendamaian dan
sebagainya," kata beliau ketika berucap pada Himpunan Barisan 1 Malaysia di Pusat Perdangan Dunia Putra hari ini.

Laporan media Rabu lalu menyebut permintaan bantuan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah ditolak oleh Australia atas alasan tidak mahu mencampuri urusan negara.

NGOs protest against Sri Lanka president’s arrival

An NGO say they will use all means to prevent Mahinda Rajapaksa, whom they deem have committed genocide against the the Sri lankan Tamil minority, from entering the country.
KUALA LUMPUR: A PKR-linked NGO leader has vowed to use force if necessary to prevent the Sri Lanka President Mahinda Rajapaksa from entering Malaysia for an international Islamic forum from Dec 4 to 6.
The People Welfare and Rights Organisation (Power) president S. Gobi Krisnan issued the threats after lodging a police report against Rajapaksa’s arrival with other NGOs leaders today.
The NGOs were upset that the government has planned for a red carpet welcome for Rajapaksa, whom they deem have committed genocide against the Tamil minority in Sri Lanka.
“The government has been hurting the Indians’ feeling in this country, and now the invitation is an insult to Indians .
“We will use all means, including force if necessary, to stop him from coming,” he said.
The group would stage a protest outside of the parliament building on Tuesday, and have planned for similar rallies at the forum’s venue in JB.
The 26-year civil war in Sri Lanka ended in 2009 with the government army’s quashing Liberation Tigers of Tamil Eelam and re-established control of the northern part of the country.

Anwar Ibrahim: Sabah PKR Convention (1)

MELAKA KUBU TERKUAT UMNO DALAM DUNIA...HA..HA...HA...!!! PRU13 BATAL..!!!!!!


IZINKAN GAMBAR BERBICARA!!!...JAMUAN MAKAN MALAM 190 MEJA ANJURAN DAP DIMELAKA DAN CERAMAH JELAJAH MERDEKA RAKYAT AIR KEROH, MELAKA, MEMBUKTIKAN MELAKA KINI SUDAH GOYANG DAN TIDAK TERKEJUT JIKA MELAKA TUMBANG!!!!
Kalau dilihat pada sokongan rakyat pada jamuan makan malam DAP 190 meja dan ceramah DSAI Jelajah Merdeka Rakyat di Air Keroh, Melaka, amat jelas sekali rakyat kini sudah siap siaga untuk melakukan perubahan... Pakatan Rakyat jadi pemerintah dan UMNO/BN sebagai pembangkang.

Jamuan makan malam, semua meja habis dijual dan terpaksa mereka mau mendengar amanat dari DSAI dan YB Lim Kit Siang  bersesak-sesak diluar dewan.

Mereka datang ceramah PR terpaksa bayar bukan diangkut dengan dibayar. Berbeza dengan jamuan anjuran UMNO.. Semuanya disediakan percuma termasuk pengangkutan.

Fenomena inilah yang menyebabkan sehingga kehari ini, Najib Razak masih tidak jumpa tarikh nak bubar parlimen.

Belum pernah dalam sejarah negara sebelum ini, seorang Perdana Menteri masih ragu-ragu dan takut nak bubar parlimen.. Belum pernah!!!!

Begitu juga ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Air Keroh Melaka.. Lagi hampir Pilihanraya lagi ramai yang turun mendengar. Lagi kuat dan hebat Pakatan Rakyat difitnah bertambah ramai rakyat yang berhijrah.

MUNGKIN DOA KERAMAT BN KO DISTADIUM SULTAN MUHAMMAD IV, KOTA BHARU, KELANTAN SUDAH MULA MENAMPAKKAN HASILNYA.

DULU KUTUK SEKARANG TIRU!!!! HA..HA..HA...KOPIAH UMNO...!!!!


Adakah kopiah berlogokan UMNO bakal mengganti songkok tinggi yang cukup sinonim dengan UMNO pada PAU 2012 kali ini?

Jika ianya benar maka jelas kini UMNO mau menonjolkan imej Islamik secara kosmetik.

Islam bukan dilihat sebagai pemakaian kopiah tetapi lebih kepada perlaksanaan dan cara hidup harian.. Islam A Way of Life... Islam sebagai Ad-deen.

PRU13 : Mahathir Layak Dinobatkan Batu Ronson Negara

Oleh Shahbudin Husin
Komen terbaru Mahathir mengenai siapa yang layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang mengesahkan lagi kedudukan Mahathir sebagai batu api dalam politik negara atau "batu ronson" dalam istilah orang kebanyakan. Beliau nampaknya bekerja siang malam memikirkan bagaimana untuk melaga-lagakan penyokong Pas, PKR dan DAP serta rakyat seluruhnya sebelum Najib membubarkan Parlimen.


Hari ini bekas PM itu berkata, Haji Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar jika PR menang pilihanraya akan datang kerana menurutnya Presiden Pas itu tiada bebanan sejarah berbanding Anwar.

Sehari sebelum itu, dalam isu yang sama beliau berkata, PR sepatutnya memilih Karpal Singh menjadi PM jika pakatan pembangkang itu memenangi piliharaya kerana katanya, Pengerusi DAP itu sudah lama berjuang dan sudah sewajarnya diberikan jawatan itu.

Hanya dalam dua hari, pandangannya tidak konsisten. Kalau esok ada yang bertanya lagi tentang isu yang sama, mungkin jawapannya berbeza lagi. Mungkin Mahfuz, Mat Sabu atau Lim Guan Eng pula yang disebutnya lebih layak menjadi PM.

Dengan menyebut dua nama berbeza yang layak untuk menjadi PM mewakili pembangkang, selain Anwar yang sudah dipersetujui secara konsensus oleh PR, ini secara jelas menggambarkan Mahathir juga seperti majoriti rakyat lain tidak lagi menaruh harapan PM akan datang datangnya daripada UMNO.

Anti-Lynas group shocked by secrecy

This time, the anti-Lynas group takes a political stand saying it was time to vote the ruling government out for ignoring the people's objection to the Lynas plant.
PETALING JAYA: The Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) group today said it was appalled by the cloud of secrecy surrounding the arrival of rare earth ore at the Kuantan Port yesterday.
In a statement, SMSL’s spokesman Steve Hang said that the shipment runs against Lynas Malaysia Sdn Bhd and the Malaysian government’s promise to be transparent on the matter.
Yesterday, about 100 containers of rare earth ore arrived at Kuantan Port and is scheduled to be sent for processing at the Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) located in Gebeng, Pahang.
The shipment, which arrived at midnight, was guarded by heavy police escort.
Lynas confirmed that it would start its operations in the “coming days” despite an on-going legal battle in the court.
Last month, the Kuantan High Court lifted the suspension on Lynas’ operations. However, it would still hear judicial reviews on getting the plant to stop operations.

RM40 Juta : KEADILAN akan ke Hong Kong semula untuk serah semua bukti

Delegasi KEADILAN akan ke Hong Kong semula dua minggu lagi bagi menyerahkan semua bukti dokumen transaksi berkaitan kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli yang merupakan salah seorang anggota delegasi berkata, bukti-bukti berkenaaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC).
Katanya, ia ekoran jaminan dari Ketua Pendakwaraya Hong Kong, Kevin Zervos dan James yang mengalu-alukan bukti baru untuk membuka semula siasatan ke atas kes itu.
“Sebelum ini kita rancang ke Hong Kong hanya untuk serah memorandum supaya pihak berkuasa dapat ‘review’ semula kes, tapi bila mereka kata siasatan boleh dibuka semula asalkan ada bukti mencukupi, kita akan kembali dalam dua minggu lagi,” jelasnya.

Rakyat Malaysia mesti berani pertahankan perlembagaan, kata penganalisi politik

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Setiap individu yang mengakui diri mereka warganegara Malaysia mesti berani mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata perlembagaan negara perlu terus menjadi rujukan dan sandaran semua rakyat dalam mengekalkan perpaduan serta mewujudkan hubungan etnik di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“(Penghayatan) perlembagaan bukan ikut suka. Bila kita suka kita ikut, tak suka tak ikut. Kita mesti berpegang kepada perlembagaan pada setiap masa,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai “Masa Depan Hubungan Kaum dan Perpaduan” pada Himpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan ribuan anggota pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pandangan mengenai dasar negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan terutama berkaitan kontrak sosial tidak harus dipersoalkan.
“Soal agama Islam, Bahasa Melayu, keistimewaan orang Malayu dan institusi Raja-raja Melayu harus dipertahankan sebagai satu kepelbagaian. Jangan sama sekali cuba diubah,” kata Sivamurugan dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Beliau juga berkata corak hubungan etnik di Malaysia mesti ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri dan bukannya bergantung kepada negara luar.

Harga naik, harga turun

Oleh SELENA TAY
Harga barang makanan asas seperti telur telah mengalami kenaikan harga dari RM2.90 hingga RM3.40 dari pertengahan bulan Ogos tahun ini sampai sekarang.  Apabila harga barang makanan asas mengalami kenaikan yang mendadak, ini bererti situasi ekonomi negara sudah tidak dapat dikawal dengan baik.


Pada masa yang sama juga, saham Felda telah mengalami penurunan dari harga RM5.50 pada bulan Julai tahun ini hingga ke paras sekitar RM4.70 pada masa kini.  Ini adalah satu tanda yang tidak memuaskan.

Satu soalan yang juga perlu ditanya ialah mengenai pinjaman sebanyak RM6 bilion yang Felda telah memperolehi dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).  Adakah pinjaman ini sudah dibayar balik dengan penuh?  Ini adalah kerana wang KWSP juga adalah wang rakyat.

Tiga 'ta' pembinasa lelaki?

Oleh Lahh
Di ruangan ini, saya pernah celotehkan bahawa pengantin baru (lelaki) malah 'pengantin veteran' perlu ada tiga 'ras' untuk kebahagiaan rumah tangga yang berkekalan iaitu waras (berkaliber sebagai pemimpin rumah tangga yang sentiasa berfikiran matang), beras (kemampuan menyediakan nafkah kehidupan) dan keras (kesihatan yang baik); kali ini ustaz dalam ceramahnya mengutarakan tiga 'ta' yang katanya menjadi pembinasa lelaki. 

Saya pun tertunggu-tunggu apakah 'ta' itu. Yang pertama kata si ustaz, 'takhta' iaitu kedudukan, pangkat dan kuasa. Orang yang gila 'ta' ini tidak pernah puas dengan kedudukan yang sudah diraihnya. Jika tiada kuasa, dia mahu kuasa, jika sudah ada jawatan dan kuasa dia mahu yang lebih tinggi lagi. Dia sentiasa lapar kuasa, mungkin dia mahu kedudukan setinggi langit. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan kedudukan ini - soal halal haram - tiada dalam kamus kehidupannya. Yang penting orang puji dan sanjungnya berdasarkan kedudukan, pangkat dan kuasa yang dia ada.

PRU13 : 'Mengapa Tun M pilih Abdul Hadi?'


Mohamed Mustafa Ishak SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kelebihan berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau dianggap oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin layak diangkat sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentadbiran negara pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dua sarjana yang juga pemerhati politik tanah air berpendapat, sebagai negarawan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam arena politik negara, Dr Mahathir sudah tentu mempunyai cukup keupayaan untuk menilai kelayakan dua tokoh pembangkang itu, apa lagi beliau sendiri pernah berdamping rapat dan mempunyai hubungan kerja yang sangat dekat dengan Anwar.

"Tun (Mahathir) sudah tentu mampu melihat kelebihan pada Abdul Hadi berbanding Anwar dan dia juga tahu siapa yang lebih baik untuk rakyat dan negara," kata Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Akidah : Awang Adek diminta lapor Jabatan Agama dan SPRM


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan mencadangkan Datuk Awang Adek Husein (gambar)  agar melaporkan kepada  Jabatan Agama dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar membukti bukti penyelewengan.

Jika tidak, kenyataan Awang Adek baru-baru ini mahu membawa kes konon PAS ada masalah akidah ke Perhimpunan Agung Umno hanya retorik semata-mata.

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadli Shaari kepada Harakahdaily.

Katanya, Pemuda PAS Negeri Kelantan tertarik untuk memberikan respon terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin bahawa UMNO Kelantan akan mendedahkan penyelewengan akidah PAS pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 nanti.

Mursi going too pharaoh?

Cairo in uproar over Mursi's plan to rule by decree

Pembentangan Usul Cikgu Normala Sudirman - Isu PBS

Bukti Adun Umno Hina Wanita Dalam Sidang DUN -- Detik Semasa

Kuburkan Utusan saja bukan vendornya

Assalamualaikum...

Saya mewakili vendor/peniaga surat khabar, amat tidak bersetuju di atas cadangan agar pengedar dan penjual Utusan di saman Di atas beberapa sebab.


1- Kami hanya mencari rezeki di bumi Allah ini, bukanlah hak Umno.Ini bukan penyelesaian .

2-Kami hanya berniaga, bukanlah penfitnah macam umno.

3-ALlah swt mengurniakan akal kepada manusia, agar menimbang sesuatu berita sama ada       benar atau fitnah.

4-KAmi adalah peniaga yg mempunyai akaun vendor di dalam setiap akhbar,sama ada Utusan meloya,NSTP,The star,Dan setiap akhbar yg ingin di ambil, perlu menggunakan wang hasil berniaga, harian, bukan dari UMNO. Termasuk Harakah, Keadilan, Roket.