Jumaat, 23 November 2012

Orang ramai dah mula sibuk - siapa layak jadi PM?



Akhir-akhir ini orang ramai dah mula sibuk bercakap pasal siapa layak jadi PM?. Maknanya seluruh rakyat Malaysia kini sedang ternanti-nanti siapa yang benar-benar layak. Ini menggambarkan  Najib yang berkuasa hari ini seolah-olah tidak layak? atau hanya bertaraf  pemangku?   Kebetulan Najib anak bangsawan Pahang ini  belum dapat sebarang mandat dari PRU (Pilihan Raya Umum). Mandat yang dipegang nya hari ini ialah mandat Abdullah Badawi.
Justeru,, siapa yang paling layak jadi PM?   Sudah tentu rakyat mengharapkan seorang insan yang benar- benar jujur, ikhlas, adil dan berjiwa rakyat untuk menjadi pemimpin No.1  negara,,  bukan seperti Najib,anak bangsawan yang lembik dan penakut,  bukan Muhyiddin,  bukan Zahid Hamidi, bukan Hishamudin Tun Husien.   Bahkan Ibrahim Ali dan Hasan Ali juga bukan !   Zulkifli Nordin?  Jauh panggang dari apai !  Cukuplah sekadar berangan Mat Jenin.

Setelah teman lihat,  kaji dan telek,  tak ada satu pun pemimpin Umno diperingkat negeri dan pusat yang masih bersih – berintegriti jauh sekali.  Kebanyakannya bersalut dengan politik wang, politik kroni,  rasuah dan seribu satu macam sifat buruk.  Nak cari pemimpin Umno sebersih Nik Aziz, Haji Hadi, atau kebanyakan pemimpin PAS, round satu Negara pun takkan jumpa. Nak dapat pemimpin Melayu berkarisma sehebat  ketua pembangkang juga amat payah.  

Jadi buat masa ini siapa yang layak?  Sudah tentu DS Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi dikhianati dan difitnah. Kenapa beliau layak? Kerana sudah terbukti beliau seorang yang berani, tegas, adil dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau juga merupakan seorang insan  yang tidak lupa dengan agamanya, bahkan alim ulamak adalah menjadi sumber rujukannya. Rakyat melihatnya bukan saja dengan mata, tetapi dengan matahati dan hatibudi!   Seburuk manapun Anwar digambarkan oleh Umno, namun di matahati rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa Anwar tetap baik dan bersih dari rasuah,  sebab itu dia menjadi pilihan rakyat!!

Oleh : rahimothman

Parliamentary data show Najib using police to maintain power, not to fight CRIME



Parliamentary data show Najib using police to maintain power, not to fight CRIME
As Parliament concludes the debate on Budget 2013 this afternoon with the debate on allocation to the Home Ministry, it is very sad to note that budgetary figures of 2010, 2011, 2012 and 2013 show that the Barisan Nasional government is more interested in using the police to maintain power than to fight crime.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak became Prime Minister in April 2009 and Budget 2010 was his first budget. Since then Najib has full power to change the course of history and hence should take full responsibility for the crime situation in the country.
In the context of the heightened crime situation nationally, it is high time for the nation to examine the priorities of the police through its budgetary arrangements.
It is important to note that the police force executes the policies of ruling politicians. There is no point to blame the police for misplaced priorities. Ultimately, the policy directions of the police reflect the choices made by the ruling government.
Bulk of allocation goes to security of govt, not security of people

BLOW FOR UMNO! Lajim to defend Beaufort seat on PKR ticket



BLOW FOR UMNO! Lajim to defend Beaufort seat on PKR ticket
KUALA LUMPUR - Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin (pix) yesterday confirmed that he will defend his seat in the 13th general election on a PKR ticket.
"I have discussed with Pakatan Rakyat (leaders) … I will contest under PKR but I am not a party member. I have a new party (in Sabah) but it has not been (officially) registered," Lajim told theSun when met in Parliament yesterday.
The former Umno Supreme Council member had left the party in July to be a PR-friendly independent MP and was later stripped of his position as deputy housing and local government minister.
Lajim's departure, along with Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Bumburing and several other local Barisan Nasional leaders, has been touted as a signal for an impending wave of support for PR in Sabah.
The duo had then respectively announced the formation of PR-aligned movements – Sabah Coalition for Change (PPS) and Sabah Force for Change (APS).
On Wednesday, Deputy Prime Minister Tan Seri Muhyiddin Yassin, during a walkabout in Kota Kinabalu, reportedly described Lajim as a "traitor" and declared that BN would go all out to reclaim the Beaufort seat.
"Lajim has let the people down, and he was stupid to have left Barisan but we need to look forward and ensure this district continues to be developed," he said.
In response, Lajim said: "It is OK … The mission for BN is to get more seats and strengthen its government, but in Sabah, people have already said they want change."

Mat Sabu: Isu tukar agama rasmi mainan politik Umno


Mat Sabu
Mohd Sabu bersalaman dengan penduduk setempat yang hadir pada siri jelajah di Damansara Damai kelmarin.
PETALING JAYA – Tuduhan Umno bahawa memberi Pakatan Rakyat (PR) undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bermakna status agama persekutuan Malaysia akan diambil alih oleh Kristian hanya mainan politik dan tuduhan tidak berasas parti teras Barisan Nasional itu, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamed Sabu.
Beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Umno kini sudah terdesak dan  terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk memecahkanbelahkan rakyat berbilang bangsa yang hidup harmoni ketika ini.
Menurutnya, parti tertua itu  juga sudah ketandusan idea dengan mencipta pelbagai andaian palsu untuk mengekalkan kuasanya.
“Dia (Umno)  tidak tahukah, hendak  jadikan Kristian agama rasmi, kena pinda Perlembagaan, kena ada dua pertiga majoriti, jadi ada 146, adakah Ahli Parlimen beragama Kristian seramai itu di Parlimen... jawapannya sudah tentu tidak, apatah lagi di  Malaysia hanya ada sembilan peratus rakyat beragama Kristian, jadi boleh Perlembagaan  ditukar?
"Kalau  sudah tahu kenapa canang perkara ini,” kata beliau ketika berucap di hadapan 6,000 yang hadir pada siri ceramah Jelajah anjuran PR Subang kelmarin.

MB: Murtad di Selangor berkait kemiskinan



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata isu murtad dalam kalangan umat Islam di Selangor antara lain berpunca daripada kemiskinan dan usaha menanganinya perlu dilaksanakan dengan bijaksana.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Negeri, beliau akan melihat langkah menggabungkan perkhidmatan bantuan Tabung Amanah Islam dan Lembaga Zakat Selangor supaya kebajikan umat Islam lebih terjaga.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Bebas-Gombak Setia) yang bertanya mengenai usaha memurtadkan umat Islam  di Selangor, pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Abdul Khalid berkata agensi penguatkuasaan agama Islam di Selangor juga perlu memantau cara pendakwah agama lain menarik umat Islam serta mengkaji kaedah untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

Egyptian opposition calls for a day of protests following Mursi decree

Exco Kedah dedah salah urus zaman UMNO

Wong Tack: People will decide how this country will move forward

Pengalaman Melayakkan Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri


SHAH ALAM, 23 NOV : Pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun sebelum ini melayakkan beliau untuk menyandang jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Justeru, Abdul Khalid berkata, tindakan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Satim Diman yang sengaja mempertikaikan peranan Anwar disifatkan tidak lebih sebagai ‘cemburu’.
“Satim mempersoalkan peranan Datuk Seri (Anwar) yang kononnya tidak sesuai. Jika Sri Serdang (Satim) pernah menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, saya boleh minta dia jadi penasihat. Anwar dipilih atas pengalaman beliau, maka tugas untuk mentadbir kewangan negeri dan negara adalah sangat sesuai,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2013 semasa Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini pagi tadi.

Laporan Projek Pendemokrasian Selangor Dedah 134,675 Pengundi Tidak Dikenali


SHAH ALAM 23 NOV : Seramai 134,675 pengundi tidak dikenali dikenal pasti didaftar di negeri Selangor dedah Laporan Projek Pendemokrasian.
Jumlah ini mewakili kira-kira 28 peratus daripada jumlah 497,084 pemilih baru yang didaftarkan. Sebagai rekod sehingga kini jumlah pengundi di negeri ini mencecah 1,924,281 orang.
Semakan daftar pemilih bagi jumlah itu berdasarkan daftar pemilih induk (DPI) suku ke empat 2011 yang diperolehi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) serta dilaksanakan mengikut 56 DUN yang dilakukan oleh Ketua Kampung, Ahli Majlis, kakitangan Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Mengikut laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) itu mencatatkan DUN Sri Serdang mengalami bilangan pengundi tidak dikenali yang paling ramai iaitu lebih 9,000 orang.
Ia diikuti dengan DUN Subang Jaya 8,000 orang, Hulu Kelang 5,500 orang dan Sri Muda 5,000 orang.

Seramai 66 calon tanding 20 jawatan penting DAP


KUALA LUMPUR: Seramai 66 calon yang layak akan bertanding untuk menduduki 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada pertengahan bulan depan.

Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok berkata, sehingga pencalonan ditutup, terdapat 103 orang yang dicalonkan untuk bertanding tetapi 37 calon telah menarik diri dari bertanding, dan kini tinggal 66 calon sahaja yang bakal merebut jawatan.

Beliau yang juga pengerusi Kongres DAP Ke-16 yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 15 dan 16 Disember depan menjelaskan, 20 calon yang dipilih oleh perwakilan kongres mengikut undi terbanyak akan memilih pula antara mereka pemegang-pemegang jawatan pari di peringkat nasional.

Katanya, CEC yang dipilih itu juga berhak, mengikut perlembagaan parti, melantik sehingga 10 ahli parti untuk menganggotai CEC.

Nama-nama calon yang layak adalah:

Janji Umno Yang Tak Ditepati



Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my

Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut:

bullet buttonEkonomi
- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu 
- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun 
- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara 
- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi

bullet buttonKeselamatan
- Mengurangkan indeks jenayah negara 
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin 
- Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam 
bullet buttonUrus tadbir kerajaan
- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih 
- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) 
- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa 

Nurul Izzah saman Utusan, sedia menghadap Sultan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang mengatakan beliau ‘menyokong’ kebebasan beragama kepada masyarakat Melayu di negara ini.

Ianya berhubung empat artikel pada 5, 6 dan 7 November 2012 diterbitkan akhbar Umno itu yang didakwa telah memfitnah beliau.

Saman itu menamakan tiga pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak, penerbit Utusan Publising dan pencetak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai responden.

Beliau memohon gantirugi am, teladan, teruk dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain menuntut perintah injunksi terhadap Utusan Malaysia untuk tidak menerbitkan berita yang boleh menjejaskan reputasinya.

Beliau diwakili peguam Hanifa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Utusan pada muka depannya 5 November lalu, memanipulasi kenyataan Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Geraja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya.

Laporan tersebut bertajuk “Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu – Nurul Izzah”.

Flip-Flop : Sekolah Cina, kementerian pinda jawapan di Parlimen


Ini kes "sekejap ada, sekejap tak ada" di Parlimen semalam apabila Kementerian Pelajaran bergegas meminda satu jawapan bertulisnya, mungkin untuk mengelak tindak balas daripada pengundi Cina.

NONEDua hari lalu, kementerian itu telah mengeluarkan jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong Tee Keat yang meminta penjelasan sama ada terdapat pertimbangan yang berbeza terhadap permohonan menubuhkan sekolah swasta, sekolah antarabangsa dan sekolah swasta Cina.

Ong, yang juga bekas presiden MCA, juga bertanya apakah sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas sekolah-sekolah tersebut.

Kementerian itu telah menjawab bahawa permohonan untuk sekolah menengah persendrian Cina (SPMC) "tidak lagi dibuka" kerana sekolah itu menggunakan kurikulum yang disedia sendiri dan tidak selari dengan kurikulum kebangsaan.

Menjelang pertengahan petang semalam, edisi Cina Malaysiakinimenyiarkan berita tersebut, manakala beberapa akhbar Cina telah menghantar mesej teks berita.

S'gor dakwa kesan 28% pemilih gagal dikenal pasti


Selangor mendakwa berjaya mengesan 28 peratus pemilih berdaftar baru yang tidak dapat dikenal pasti di negeri itu daripada Daftar Pemilih Induk suku keempat 2011 yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jumlah itu adalah seramai 134,675 daripada 497,804 pemilih berdaftar baru dengan bilangan pemilih berdaftar tidak dapat dikenal pasti paling ramai dicatatkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang. LAPORAN PENUH
Ia dinyatakan dalam Laporan Projek Pendemokrasian Negeri Selangor bertarikh 19 November yang dikeluarkan Unit Perancangan Ekonomi negeri Selangor.
Daripada 134,675 pemilih yang tidak dikenal pasti ini, 51 peratus pemilih ini adalah lelaki dan 44 peratus pengundi baharu ini dalam lingkungan umur 21-30 tahun. 

Dari aspek bangsa pula, 45 peratus pemilih yang tidak dikenal pasti adalah berbangsa Melayu, 35 peratus Cina, 13 peratus India dan 7 peratus lain-lain.
Laporan itu turut menyatakan seramai lebih 9,000 pemilih berdaftar baru gagal dikenal pasti dikesan di DUN Sri Serdang - yang merupakan kawasan ketua pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.

Akta Perhimpunan Aman tidak konsisten dengan Perlembagaan, kata Karpal


KUALA LUMPUR, 23 Nov —Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh (gambar) hari ini menegaskan Akta Perhimpunan Aman 2012 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ketika sesi perbicaraan kes Ketua Pembangkang itu di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Karpal dalam hujahnya menegaskan Seksyen 4(1)(c) tidak konsisten dengan Artikel 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.
“Dapat dilihat di sini hak untuk berhimpun melalui protes jalanan adalah dilarang dengan merujuk kepada Seksyen 4(1)(c) dan definisi “berhimpun” dan “protes jalanan” di Seksyen 3.
“Ia bukanlah mewujudkan sekatan tetapi larangan, dan juga, Seksyen 4(1)(c) tidak konsisten dengan Artikel 10(2)(b),” katanya di hadapan hakim Kamardin Hashim ketika membentangkan hujah pembelaan mewakili Anwar.
Seksyen 4(1)(c) menyatakan: “hak untuk menganjurkan perhimpunan atau menyertai perhimpunan Aman tidak melebihi perhimpunan jalanan.”
“Perhimpunan” merujuk kepada Seksyen 3 adalah, “dengan niat untuk berhimpun secara sementara dengan sejumlah peserta di kawasan umum, sama ada perhimpunan itu bergerak atau tidak.
“Protes jalanan” pula bermaksud “perhimpunan terbuka yang dimulakan dengan pertemuan di tempat spesifik termasuk berjalan dalam perarakan yang besar untuk tujuan menentang atau mendahulukan sebab atau sebab-sebab tertentu.”

Perwakilan Umno ditegah membuka mulut


Aspan Alias

23 NOV — Salah seorang Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Umno telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agong Umno yang akan bermula 27hb November ini. 
Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. 
Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. 
Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam Umno dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh Umno itu. 
Apa maknanya Perhimpunan Agong jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.
Ini adalah budaya biasa dalam Umno kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. 
Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. 

Hong Kong ambil serius pendedahan bukti baru, kata delegasi PKR


Delegasi PKR ke Hong Kong. — Gambar fail
PETALING JAYA, 23 Nov — Pihak berkuasa Hong Kong memandang serius bukti terbaru daripada delegasi PKR kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), kata William Leong dalam satu sidang media hari ini.
Leong yang merupakan salah seorang daripada delegasi PKR ke Hong Kong berkata, selepas penyerahan bukti semalam, pemimpin di dalam Majlis Perundangan Hong Kong,  James To Kun-sun telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan isu dibangkitkan kepada ICAC.
“Selepas penyerahan bukti baru semalam, To telah berjanji akan mengambil serius perkara ini dan berjanji akan memantau ia dari masa ke semasa.
“Selain itu, ICAC juga telah mengarahkan kami untuk memberikan mereka bukti-bukti terbaru berbentuk transaksi terhadap permohonan kami supaya fail kes RM40juta itu dibuka,” tambah Leong.
Leong semasa sidang media tersebut juga menyatakan mereka akan kembali semula ke Hong Kong dalam tempoh dua minggu daripada sekarang.
Selain itu, delegasi PKR juga mengedarkan kepada media satu kenyataan yang dikeluarkan oleh To di Hong Kong berhubung kes yang dibangkitkan semasa pertemuan dengan ICAC semalam.

Kerajaan Malaysia beritahu ICAC RM40j ialah ‘derma politik’ — Rafizi


Delegasi PKR ke Hong Kong. — Gambar oleh Zurairi AR
KUALA LUMPUR, 23 Nov — Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media hari ini mendakwa kerajaan Malaysia yang memberitahu pihak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) bahawa RM40 juta tersebut adalah derma politik dan menyebabkan kes tersebut ditutup.
“Kerajaan Malaysia yang beritahu ICAC bahawa RM40j tersebut adalah ‘derma politik’ dan kemudiaannya kes tersebut ditutup.
“Cuma tidak pasti pihak mana yang memberitahu ICAC mengenai perkara tersebut, ia mungkin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun Peguam Negara (AG),” terang Rafizi.
Namun, selepas penyerahan bukti terbaru semalam oleh delegasi empat orang PKR menyebabkan ICAC akan membuka semula kes tersebut untuk disiasat, kata Rafizi lagi.
“Cuma kini kami terpaksa memberikan bukti berbentuk transaksi terhadap urusniaga pengubahan wang haram tersebut kepada ICAC.
“Dalam tempoh dua minggu lagi, kami (delegasi PKR) akan perlu kembali ke Hong Kong untuk menyerahkan bukti transaksi tersebut kepada mereka,” ujar beliau lagi.

AGM: Jangan bangkit isu sensitif - Tengku Adnan

Izzah Saman Utusan Isu Kebebasan Beragama

Selangor sediakan Laporan Pendemokrasian untuk SPR

Elizabeth: Hutan Simpan Di Selangor Selamat

Sejak PKR lahir PAS setuju Anwar jadi PM

Pasangan kekasih mati dibunuh

Ustaz Azhar TIRU Skill Bollywood Ustaz Haslin / Gangnam Style - Ustaz Azhar Idrus

02/02 (Eksklusif) ERTI Anak Isteri Yang BERTUAH - Ustaz Azhar Idrus

01/02 (Eksklusif) ERTI Anak Isteri Yang BERTUAH - Ustaz Azhar Idrus

Sebab Wanita Barat ENGGAN Lahirkan Ramai ANAK - Ustaz Syed Norhisham

02/02 (Eksklusif) Suami Isteri ENGGAN Miliki Ramai Anak - Ustaz Haslin B...

01/02 (Eksklusif) Suami Isteri ENGGAN Miliki Ramai Anak - Ustaz Haslin B...

Kata Aluan Forum Perdana KHAS - Ustaz Syed Norhisham Tuan Padang

William Leong : UMNO Barisan Nasional Memainkan Isu Perkauman & Isu Agama

Isu Air : Pendirian P P Amat Jelas

Demo Menyokong Umat Islam Gaza

Himpunan Hijau:'The end is nigh'

Kerajaan Selangor Akan Perjelas Isu Tuntutan Elaun Ibu Tunggal

100 ibu tunggal berdemo di SUK

10 Sebab Belanjawan Selangor 2013 Untuk Anda - LAPORAN KHAS

Umno tak dapat buktikan saya boneka DAP - Nizar

PR ada mekanisme atasi lompat parti

Suami Shahrizat seleweng, Rafizi pula didakwa bagai penjenayah

SHAH ALAM 23 November: Peguam Sivarasa Rasiah bertegas tidak setuju dengan keputusan hakim hari ini yang menolak permohonan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli untuk mengenepi pertuduhan ke atasnya di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989.
Ini kerana menurut beliau, memang sepatutnya pendakwaan terhadap anak guamnya itu tidak perlu.
“Rafizi mempunyai tanggungjawab untuk dedahkan penyelewengan terhadap wang rakyat, dan Datuk (Mohamad) Salleh (Ismail) sebagai penyeleweng tidak punya hak undang-undang untuk mendakwa Rafizi,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Berikutan penolakan itu, Sivarasa dan dua lagi peguam yang mewakili Rafizi – Latheefa Koya dan Eric Paulsen akan memfailkan notis di Mahkamah Rayuan, Isnin depan.
“Kita hormat keputusan hakim tetapi kita akan buat rayuan kerana kita yakin memang Rafizi tidak sepatutnya didakwa di mahkamah seperti seorang penjenayah, kalau di negara luar beliau pasti diberi pingat,” katanya.
Hakim turut memutuskan kes pendakwaan yang dijadualkan berlangsung 3 Disember depan, ditangguh sehingga keputusan rayuan diperoleh.
Rafizi hari ini yang masih di Hong Kong bersama rombongan KEADILAN mengikuti kes tersebut dari sana.

Saman ke atas Utusan perlu menyeluruh - Sayuti


KUALA LUMPUR: Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.

Demikian pandangan penulis politik, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya Merah Tinta http://msomelayu.blogspot.com.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini yang telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.

Sebelum ini, kata Sayuti sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan.

Memahami prinsip moral perjuangan sebelum PRU13

Akademi Tarbiyah DPPM,
Beberapa waktu sebelum berlaku pertempuran penentuan di Yarmouk di antara umat Islam dan orang-orang Romawi pada tahun ke-13 Hijrah (634 M), seorang tentera Islam telah berkata kepada Khalid Ibnul Walid, "Alangkah banyaknya tentera Romawi dan sedikitnya tentera Islam!".

Lalu Khalid membalas soalan tersebut dengan menjawab, "Alangkah sedikitnya tentera Romawi dan betapa banyaknya tentera Islam! Tentera itu akan jadi banyak kerana kemenangan (bersikap optimis) dan akan sedikit kerana kekalahan (bersikap pesimis)".

Erti ucapan beliau (Khalid Ibnul Walid) itu ialah sesuatu pasukan tentera tidak boleh diukur hanya melalui jumlah dan kelengkapannya sahaja, tetapi 'moral' yang amat penting. Sesebuah angkatan tentera yang rendah moralnya tidak ada nilai dalam peperangan, satu pasukan kecil yang mempunyai moral yang kukuh akan dapat mengalahkan satu pasukan besar yang moralnya goyang.

Napoleon Bonaparte berkata, "Nilai moral jika dibanding dengan kekuatan kebendaan bersamaan tiga nisbah satu", yakni nilai sesuatu pasukan tentera itu adalah 75 peratus moral dan 25 peratus kebendaan. Kata-kata Napoleon itu telah diperkukuhkan lagi oleh panglima-panglima tentera masa lalu dan oleh kebanyakan panglima tentera sekarang. Walaubagaimanapun, General Faller pernah menulis di dalam bukunya "Weapon And History", bahawa ukuran moral dan kelengkapan material telah berbeza dengan pendapat-pendapat sebelum ini memandangkan terciptanya senjata neuklear, hidrogen dan kerana kemajuan besar pada bentuk dan penggunaan senjata sekarang.

Politikkan Laporan Talam: Adun Permatang Didakwa Hina Penjawat Awam


SHAH ALAM 23 NOV : Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) kecoh apabila Sulaiman Razak (BN-Permatang) dikatakan menghina penjawat awam dengan mempolitikkan laporan Talam.
Pertelingkahan di antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Sulaiman itu berlaku apabila Adun Umno itu mula mempertikai kemampuan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam membuat penilaian tanah di Bukit Beruntung.
“Permatang jangan suka-suka menghina kakitangan awam, saya sudah arahkan mereka nilai semula perkara itu. Tanah yang dinilai itu berasaskan pertanian.
“Jika dibandingkan dengan tempat di Ijok sendiri, antara pertanian dan komersial tentu Permatang sendiri juga memilih komersial. Ini cuma perbezaan antara penilaian dari segi andaian itu sebab ada perbezaan,” tegas Abdul Khalid.
Dalam sesi perbahasan isu penstrukturan hutang Talam itu, Abdul Khalid berkata beliau (Sulaiman) sengaja mahu membangkitkan emosi rakyat berhubung isu terbabit.
“Saya bukan sengaja nak merendahkan mutu, tetapi saudara sengaja sebab mahu dapatkan kebangkitan emosi.
“Bukan cara seperti dulu, sebelum ini, bolehlah Menteri Besar tulis lulus, pengsan penjawat awam. Pegawai Daerah lebih penting dari Menteri Besar.
“Jangan pusingkan untuk politik, saya kutip RM392 juta untuk tolong rakyat yang pentadbiran dulu tidak kutip.
“Ini pandai buat drama besar sahaja tapi duit tak dapat kutip juga, kalau Umno-BN benar-benar nak buat macam Talam, saya cabar buat untuk kes National Feedlot Corporation (NFC),” sindir Abdul Khalid.

HINT FOR 'SLOW' NAJIB? Assembly should focus on GE13 - Muhyiddin


HINT FOR 'SLOW' NAJIB? Assembly should focus on GE13 - Muhyiddin ISLAMABAD -- The Umno general assembly 2012 is expected to focus on matters pertaining to the looming general election.
Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said it aimed to enhance the focus and attention of all members on the importance of the coming general election.
"At the same time, we also want to take the opportunity to look at the condition of the mind of party leaders at all levels on the major challenge that we will be facing in the election," he told Malaysian media, here Friday.
Muhyiddin, who is also the Deputy Prime Minister, is here to attend the D8 Summit and related summit meetings.
He said that through the challenges, the antics of the opposition and matters arising could be tackled by party members to defend the position of Umno as the power behind the government.
"If possible, we strengthen our position after the general election. It's important for us to secure a bigger victory and to win back all the states that we lost in the 2008 general election.
"So, this general assembly is of utmost significance. Although we know that within Umno itself there are certain issues, the main focus will be how we should prepare every Umno member, including at the grassroots level, to face the election," he said.

Jaga periuk nasi and press freedom


In Malaysia, speaking the truth has become a risky business.

The days of papers giving a voice to the man in the street are numbered. Anyone who is trying to highlight a wrong, which involves the government, a public figure, celebrity or corporate body is advised to just grin and bear it. He should forget about trying to be socially responsible. He has little chance of getting his message across.
If the story did sneak into the press, the journalist who wrote it would risk his job and perhaps his freedom.
In the worst-case scenario, he could jeopardise the position of his editor, his colleagues and the publication for which he writes. At best, his story will be reworked until it is not recognisable. This is not unique to Malaysia; it has been observed around the world.
The end result is that journalists and editors heavily self-censor their work. They need to safeguard their own interests, or in Malay parlance, “jaga periuk nasi”.
Malaysia has some of the most restrictive media laws anywhere and certain political parties tend to influence newspapers like Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star and The New Straits Times. These newspapers are pro-government. Good and credible journalism cannot thrive when journalists are forced to toe the government line. When this happens, the media loses its reach and reputation.
Another threat comes from the corporate ownership of newspapers. In an article in the Asia Sentinel dated Nov 13, 2012, titled “Pro-Beijing tycoons circle Taiwan media”, the Hong Kong media magnate Jimmy Lai, a severe critic of Beijing, may soon lose his media empire to his arch-rival, Tsai Eng-meng, who is very much in the pro-China camp.

Kumpulan anti-Israel gagal serah memo pada Felda



Sekumpulan kira-kira 2000 orang yang diketuai oleh PAS, hari ini gagal menyerahkan memorandum kepada Felda, menggesanya supaya menghentikan dakwaan jualan minyak sawit kepada "sebuah syarikat Yahudi".

NONEPara pengawal di ibupejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur
enggan membuka pintu atau membenarkan wakil masuk untuk menyerahkan memorandum itu kepada pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

"Inilah caranya mereka melayan rakyat Malaysia, seolah-olah Felda milik ibu bapa mereka," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada para hadirin.

"Malah, di Istana Negara pun mereka terima dan membenarkan wakil masuk."

Menurut Presiden ANAK, Mazlan Aliman, Felda telah dimaklumkan melalui faks dan e-mel sebelum demonstrasi hari ini diadakan.

Lebih 2,000 demo bantah Felda jual minyak ke Israel



KUALA LUMPURBiarpun hujat lebat turun sejak jam 2 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat lebih 2,000 rakyat berarak ke ibu pejabat Felda di Jalan Semarak di ibu negara.

Perarakan itu bagi membantah tindakan Felda menjual minyak sawit kepada syarikat Yahudi Israel sedangkan negara haram itu sejak berdekad lalu membunuh umat Islam Palestin di Gaza tanpa belas kasihan termasuk terbaru sepanjang lapan hari yang lalu.

Perarakan yang bermula sejurus solat Jumaat dari Masjid Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak itu, turut disertai wakil NGO termasuk Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), para peneroka serta NGO yang memperjuangkan kebebasan Palestin.

Mereka melaungkan slogan, hancur Yahudi!, henti jual minyak!, Felda jangan jadi talibarut Yahudi dan pelbagai lagi sebagai membantah tindakan Felda itu.

Antara pimpinan PAS yang mengetuai himpunan itu hari ini termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat Mazlan Aliman dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.

Selain bantahan terhadap penjualan minyak kepada Israel, himpunan itu juga antara lain menuntut penjelasan Felda berhubung RM400 juta saham syarikat judi, Genting Berhad dalam Felda.

Nik Mohd Abduh ketika berucap turut mengecam tindakan Felda yang bertindak meneruskan dagangan dengan Israel walaupun semua pihak memulau negara haram itu.

Khalid Samad: Kita Jatuhkan Melayu Yang Rasuah, Ganti Dengan Melayu Yang Bersih

Today in History for November 23rd

Palestinians bury victims of Israeli attacks

Save Gandhi School Sitiawan (2012)

Air Selangor

Dr Maszlee - Demokrasi Bukan Setakat Politik Tapi Proses Pendidikan Diri

Fitnah Murtad : Izzah fail saman terhadap Utusan hari ini

Touch 'n Get dapat sambutan hangat pengguna


KUALA LUMPUR: PAS Touch 'n Get mendapat sambutan hangat pengguna-pengguna Anroid.
"Lebih 2,000 pengguna telah download aplikasi TnG ini selepas 2 hari dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu.

"Setakat ini, banyak panggilan pengguna yang bertanya bila JITP akan meluaskan PAS TnG ini kepada pengguna-pengguna Black Berry, iPad dan lain-lain lagi," kata Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong kepada Harakadaily.

Beliau berharap pengguna peranti selain Anroid bersabar dulu sehingga pihaknya menyelesaikan beberapa penambahbaikan kepada TnG versi 1.04 ini terlebih dahulu. Aplikasi Touch 'n Get (TnG) itu boleh dimuat turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG.

Umno’s Alwi blames ulama for Malay disunity

It’s unfair to call Umno evil, says the Kelantan opposition leader.
KOTA BARU: Kelantan opposition leader Alwi Che Md Ahmad has singled out religious scholars and preachers as being the main culprits causing disunity among the Malays.
He said some ulama, particularly those affiliated with PAS, had been using Islam since the 1990s to split the community, and the situation had become so bad that rival groups of Malays could not even stand the sight of each other.
He was commenting on last Friday’s controversial prayer to damn Umno, which was recited by Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat and his younger brother Nik Abdul Radzi at the Stadium Sultan Muhammed IV in Kota Baru. The occasion was a political rally that was part of Pakatan Rakyat’s campaign for support in the coming general election.

Mengapa DAP Tetap Pilih Anwar Jadi PM?

Sejak polemik mengenai siapa yang akan dilantik menjadi perdana menteri pertama dari Pakatan Rakyat ditimbulkan perwakilan PAS semasa muktamar parti itu di Kota Bharu minggu lalu, rupanya telah menarik minat luar biasa Umno melalui lidah syaitannya, Utusan Malaysia.

Walaupun penganalisis berpendapat ia tidak mungkin menjadi kenyataan, hakikat yang tersirat sebenarnya menunjukkan bahawa Umno kini sudah tidak lagi memikirkan sama ada Najib Altantuya atau Muhyiddin Yassin yang akan mengepalai Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya berhempas-pulas meraih kembali sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

Kedudukan Umno yang semakin lemah di beberapa negeri termasuk di Sabah yang selama ini menjadi simpanan tetap mereka berkuasa di Putrajaya pantas diambli kesempatan Pakatan Rakyat yang saban malam mengadakan sesi ceramah dan penerangan di seluruh negara.

Jawatan PM: Tidak perlu bincang, PR sudah sepakat


 Dr Muhammad Nur Manuty SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) sepakat memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya PR membentuk Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), nanti.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Majlis Syura Pas juga bersetuju Anwar menjadi Perdana Menteri seperti mana yang diumumkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
“Ini hak masing-masing. Keputusan rasmi telah dibuat oleh Majlis Pakatan Rakyat dan diperkukuhkan dengan kenyataan Husam selepas Muktamar Pas Kali Ke-58 yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke berkata, isu Perdana Menteri dalam kalangan PR sama ada Anwar atau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya polemik sahaja.

“Ia tidak perlu dibincangkan. Pendirian DAP seperti mana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Anthony berkata, PR fokus kepada PRU13 dan polemik tersebut perlu ditamatkan.

A dumping ground called KUANTAN

A dumping ground called KUANTANWhat another country (Australia) most certainly does not want in its own backyard, our country (Malaysia) seems so happy and so determined to have in the capital city of one of our states in the east coast of the peninsula. A funny way to show concern for our people, if you ask me. The federal government says it is safe.
NO it isn’t says the MP for Kuantan. YES it is, says the MP for Pekan.
Well if it is really so safe to have the rare earth processing plant in Kuantan, my town-in-law (that is, my spouse’s birth place and home town), it should be equally safe to move the plant to Pekan in the same state of Pahang, wouldn’t you say?
Stop the bare-faced LIES
But what is decidedly unbecoming and disingenuous is for the MP of Pekan to say, loud and clear, that one of the world’s largest if not the very largest rare earth processing plant is safe in and for Kuantan.
Why only Kuantan, then? Correct my logic if you wish, but surely what is safe for Kuantan should be safe for Perth or Pekan, no?
Well if this is as he says it is, then the people of Kuantan would understandably want to see the MP of Pekan, who has the powers invested in him (far beyond any other member of parliament in the country) to please set up the rare earth processing plant in Pekan itself.
Or at the very least, the honourable member from Pekan should set up house in Kuantan in the vicinity of the rare earth installation and actually stay there, with all his loved ones, for all the twelve years during which Lynas the operator of the plant is exempted from tax, courtesy of our government.
- http://ongohing.com
(Ed's note: MP Kuantan is PKR vice president Fuziah Salleh and MP Pekan is BN's Prime Minister Najib Razak)

Relevankan Pas dalam realiti baru?

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.

Perasaan mereka, saya tidak tahu.
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.

Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.

Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Ummno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.

Berubah

Penguatkuasaan undang-undang trafik tidak sepatutnya diswastakan, kata bekas KPN

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Penguatkuasaan undang-undang tidak seharusnya diswastakan kerana ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan ke atas rakyat, kata bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, selepas Parlimen meluluskan sistem penguatkuasaan automatik tersebut untuk mendenda pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju.
Beliau mengulas tentang isu kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dibantah orang ramai dan ahli parlimen pembangkang kerana motif keuntungan dalam perjanjian konsesi kepada dua syarikat swasta yang dilantik untuk memasang dan menguruskan kamera berkelajuan tinggi itu dalam masa lima tahun.
“Bagi saya, penguatkuasaan tidak boleh diswastakan.
“Ia hanya akan menimbulkan persepsi bahawa kerajaan hanya mahu membuat keuntungan keatas rakyat,” kata Musa (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Musa bersetuju dengan kritikan bahawa terdapat banyak kelemahan pelaksanaan AES ini, termasuk keuntungan minimum 17 peratus kepada dua pemegang konsesi — ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap — yang memerlukan 2.72 juta saman setiap satu untuk lima tahun akan datang untuk memberi pulangan modal kepada pelaburan RM700 juta mereka.

Undang-undang dalam negara ini kian tercemar



Undang-undang dalam negara ini kian tercemarUndang-undang di negara kita ini telah menjadi semakin tercemar. Seakan-akan undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara ini hanyalah untuk disasarkan kepada orang ramai yang tidak menyetujui kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka-mereka yang mengkritik dasar-dasar BN yang tidak adil, mereka yang berjuang menentang ketidakadilan, kekejaman, keganasan, politik wang, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkauman.

Sementara mereka yang berada di dalam lingkungan BN, para penyokong BN, Umno, MIC, MCA, Gerakan, NGO yang pro-Umno seperti Perkasa, Pekida, Pembela, JI, MTPKL dan sebagainya menikmati kekebalan setaraf dengan Raja-raja Melayu dan dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun kebanyakan daripada tindakan mereka yang telah menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sedih & Memalukan: Kerajaan & Polis Malaysia Dipergunakan Untuk Kepentingan Lynas

Keadilan menyelar iringan dan kawalan polis terhadap lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi untuk loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.

“Apakah wang pembayar cukai Malaysia diguna untuk mengawal syarikat (Lynas) yang mendapat pengecualian cukai? “Ini tak patut berlaku. Kerajaan Malaysia dan polis yang sebenarnya dipergunakan,” tegas Naib Presidennya, Fuziah Salleh ketika dihubungi.

Jelas Ahli Parlimen Kuantan itu, usahanya menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff sehingga kini masih gagal.

Mat Rempit "Syaitan Dikenali" ganggu himpunan nyalaan lilin anti-Lynas



 
Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ.

NONEPenunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang NONEberada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.

Walaupun tidak berlaku sebarang perbalahan, seorang wartawan Sin Chew Daily dilaporkan berkata bahawa dia dikasari oleh beberapa penunggang motosikal tersebut.

Kataya, dia cuba untuk mengambil gambar kumpulan itu tetapi beberapa penunggang motosikal tersebut menjerit dan mengancam untuk bertindak terhadapnya.

Kumpulan penunggang motosikal itu beredar selepas kira-kira 30 minit.

SAMM Dakwa Malaysia Hantar Getah Pada Israel, Bukti Umno-BN Hipokrit


SHAH ALAM 23 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa mempunyai bukti terbaru bahawa Kerajaan Pusat Umno-BN mempunyai hubungan dengan Israel apabila membantu kuasa Zionis itu dari segi ekonomi.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya memperolehi maklumat bahawa Malaysia memang membekalkan getah ke Israel pada 19 November lalu.
“Tempoh hari kita dedahkan penghantaran minyak sawit ke Israel. Kerajaan Umno-BN kononnya mengatakan sawit tersebut untuk Palestin. Kamu boleh terus berbohong.
“Hari ini kita dapat transaksi terakhir iaitu kerajaan menghantar getah di atas nama Perusahaan Getah Asas Sdn Bhd juga ke Israel.
“Adakah kamu nak kata bekalan itu juga dihantar ke Palestin. Mana ada kilang getah di Palestin?” kata Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard.
Beliau juga mendakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir bertanggungjawab dalam merealisasikan perkara berkenaan.

Gaza's underground economy also takes a hit

Gazans celebrate "victory" over Israel

Man of the moment Morsi to rule Egypt by decree