Khamis, 22 November 2012

Gazans begin to clean up and rebuild

Fatah and Hamas show rare unity over ceasefire

Deadly airstrike damages hospital in Aleppo

PAS: Umno semakin rapuh, kerana itu doa ditakuti

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno sebagai sebuah parti rapuh menyebabkan doa yang dibaca oleh Ustaz Nik Razi ditakuti dan menjadikannya sebagai isu untuk menyerang Pakatan Rakyat (PR).
Baru-baru ini, doa yang dibaca oleh Ustaz Nik Razi dipertikaikan oleh ramai pihak terutamanya daripada Umno yang mengecam hebat tindakan tersebut.
"Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti.
"Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul, mereka doalah pula," kata ketua penerangan PAS pusat dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim (gambar) juga membidas sikap media pro-kerajaan yang banyak membuat liputan melibatkan isu doa tersebut tetapi bukannya dasar parti semasa Muktamar PAS ke-58 lalu.
"Isu yang hangat dimainkan media adalah sesuatu yang bukan dasar parti.
"Ucapan perwakilan, doa oleh seorang imam, dan pertikaian jawatan PM kesemuanya bukanlah dasar parti," tambah Tuan Ibrahim lagi.

Tahniah!! Nazri Aziz Dinobatkan Sebagai 'Raja Pembohong' 1Malaysia


Saya merujuk kepada laporan ekslusif oleh Teoh El Sen yang disiarkan oleh portal berita Free Malaysia Today bertajuk “Hong Kong Willing To Re-open RM40m Case” bertarikh 20 November 2012.

Laporan ekslusif tersebut memuatkan petikan wawancara dengan Kevin Zervos, Ketua Pendakwaraya Hong Kong mengenai siasatan kes rasuah RM40 juta yang disabitkan dengan Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia.

Dari laporan dan wawancara tersebut, beberapa perkara kini dapat disahkan:

1. Pihak berkuasa Malaysia (sama ada SPRM, Peguam Negara atau kedua-duanya sekali) yang memaklumkan kepada Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang RM40 juta adalah sumbangan politik kepada Umno

2. Wang RM40 juta memang dibekukan di dalam sebuah akaun Michael Chia (walaupun namanya tidak disebut) dan disyaki pihak berkuasa Hong Kong disimpan bagi pihak Dato’ Seri Musa Aman (walaupun namanya tidak disebut)

Keterangan Kevin Zervos itu mengesahkan bahawa Dato’ Seri Nazri Aziz tidak berterus terang di Dewan Rakyat baru-baru ini apabila beliau memaklumkan bahawa keputusan ICAC menghentikan siasatan adalah oleh kerana ICAC mendapati wang RM40 juta tersebut adalah sumbangan kepada Umno.

Kedah : Pelaburan di Papua tiada unsur rasuah

Kedah : Orang zalim mesti dimusnahkan

Kedah : ADUN Anak Bukit dedah, Ketua Pembangkang mengeluh

Hak PAS doa Umno hancur

Subky Latif,
SATU dari acara menyemarakkan Mukktamar PAS ke-58 di Kota Bharu minggu lalu ia solat hajat raksasa dan berdoa moga-moga Allah musnahkan UMNO/Barisan Nasional.
Ia mendapat reaksi yang berbagai khususnya dari pemimpin dan penyokong UMNO. Macam-macam mereka burukkan tindakan  PAS itu.

Apa yang  PAS buat itu adalah haknya. Ia tidak dilarang oleh perlembagaan dan tidak menyalahi peraturan dan undang-undang pertubuhan. Ia juga tidak menyalahi amalan demokrasi.

PAS itu dipimpin oleh para ulama. Tiadalah organisasi ulama yang paling besar dan paling berwibawa di negara ini selain dari PAS. Muafakat para mufti dan majlis fatwa hanya dianggotai oleh tidak lebih 30 orang. Ulama yang menyertai UMNO pula mungkin paling ramai 300 orang.

Tetapi yang bersama  PAS ada di mana-mana. Bagi mereka berdoa  minta UMNO dibinasakan tidak melanggar syarak. Jika ada di kalangan ulama yang mengatakan tindakan PAS itu tidak betuk pada syarakatnya, ia adalah kejadian yang terpinggir. Tetapi yang bersama PAS itu boleh dikira ijmak.

Hadi mungkin disokong syaitan, kata Dr Mahathir

Bagaimana rakyat boleh tahu bahawa pembangkang tidak disokong oleh syaitan, tanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Islam itu sendiri mungkin disokong oleh syaitan.

"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu.

"Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Govt paid 10 times more for speed cameras

Pokok Sena MP Mahfuz Omar says this was based on quotations from suppliers made for the same products in the US.
KUALA LUMPUR: An opposition MP today claimed Putrajaya may have paid 10 times more than the original price for its laser speed cameras.
Pokok Sena MP Mahfuz Omar, speaking in Parliament today, cited quotations on the same cameras made for three states in the US which showed remarkable differences in prices and called on the government to explain.
In a written reply to Jerai PAS lawmaker Mohd Firdaus Jaafar, Home Minister Hishammuddin Hussein had said on Monday that his ministry had paid RM173,925 per unit of Laser Digicam and RM223,500 per unit of Laser Trucam.
Meanwhile, Montana had allegedly paid only US$4,995 (RM15,292.59) per unit while Idaho paid US$5,057.44 (RM15,483. 84) per unit for Laser Trucam and Delaware paid US $6,378 (RM19,526.88) per unit of Laser Digicam.
The prices quoted also included services and warranty. Some of the states were also offered discounts for wholesale purchases.

Agah : JPJ akan perluaskan AES


Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  akan memperluaskan lokasi pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara selepas pelaksanaannya  fasa pertama yang melibatkan 14 lokasi daripada 831 kawasan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, bagi 14 lokasi itu, pihaknya ingin melihat keberkesanan pemasangan sistem itu dan mempertingkatkannya dan kemudian barulah lokasi fasa kedua di negeri lain akan djalankan.
"Kita akan memperluaskan penguatkuasaan termasuk di Kelantan, apa yang perlu saya katakan, sistem ini adalah untuk mendidik pengguna, " katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kes Menteri rogol amah: Duta dan polis Indonesia buka siasatan

AMPANG 22 November: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.
“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.
“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.
Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis pada Eli




 
Seorang wakil rakyat pembangkang Datuk Mohd Isa Abu Kasim mencetus ketegangan di persidangan DUN Selangor hari ini apabila beliau didakwa menghamburkan kenyataan seksis terhadap anggota exco Elizabeth Wong.
Mohd Isa dalam perbahasan itu antara lainnya berkata beliau gembira kerana exco berkenaan terus menjaga kawasan rizab hutan untuk menghalang pencerobohan.

"...(Tapi) jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri," katanya lagi.

PR Selangor dakwa tak munasabah Umno beli tanah RM1 sekaki

SHAH ALAM, 22 Nov —  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim hari ini mendakwa tidak munasabah Umno membeli 24 keping tanah dengan harga sekaki RM1 memandangkan ia terletak di kawasan komersil.
"Kita dah siasat, kesemua tanah ini berada di tempat komersial dan strategik. Nilainya adalah melebihi RM20 juta lebih.
"Ini buktikan semua tanah ini dibolot untuk kroni dan dana Umno sahaja. Mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan berganda," kata beliau.
ADUN DAP itu turut membidas kenyataan oleh Adun Kuang, Abdul Shukur Idrus sebagai penipuan kerana mengatakan kesemua tanah itu adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika.
"Sebagai contoh ialah sebuah tanah di pekan Sekinchan, PT179 HSD 1768 seluas 874.12 persegi (9 ribu kaki persegi). Sekarang tanah ini memiliki lima unit kedai tiga tingkat yang dijual ratusan ribu.
"Soalnya disini, dimananya dewan serbaguna dan tadika seperti yang dikatakan Adun Kuang?," soal Ng.

K’jaan dan polis diperguna untuk kepentingan Lynas – Fuziah

KUALA LUMPUR 22 November: KEADILAN menyelar iringan dan kawalan polis terhadap lebih 100 kontena disyaki mengandungi bijih nadir bumi untuk loji radioaktif Lynas di Gebeng, Kuantan.
“Apakah wang pembayar cukai Malaysia diguna untuk mengawal syarikat (Lynas) yang mendapat pengecualian cukai?
“Ini tak patut berlaku. Kerajaan Malaysia dan polis yang sebenarnya dipergunakan,” tegas Naib Presidennya, Fuziah Salleh ketika dihubungi.
Jelas Ahli Parlimen Kuantan itu, usahanya menghubungi Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Jasmani Yusoff sehingga kini masih gagal.
Fuziah berkata, kerajaan seolah-olah bersekongkol dengan Lynas, ketika tiga penduduk Kuantan menunggu tarikh sebutan rayuan berikutan Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) 8 November lalu.
“Dalam konteks undang-undang, TOL telah dilulus. Tetapi pada 10 November, penduduk membuat rayuan dan menunggu tarikh sebutan kes.

Bacul : Perwakilan Umno diarah ‘tutup mulut’

Kandungan ucapan perwakilan Umno nanti perlu fokus kepada usaha dan persiapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.
KUALA LUMPUR: Perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 yang akan mula bersidang pada 27 November depan diarah ‘tutup mulut’ daripada membincangkan mengenai ‘perkara-perkara sensitif’ yang bakal menggugat parti dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya kandungan ucapan perwakilan Umno nanti perlulah fokus kepada usaha dan persiapan untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.
“Saya fikir perwakilan telah ditentukan (Umno) Perhubungan Negeri dan Timbalan Perdana Menteri akan bertemu dengan semua perwakilan untuk beri garis panduan agar tidak menyentuh perkara-perkara sensitif bagi pihak di dalam atau luar parti.
“(Ini) bukan masa untuk lontarkan pandangan yang berbeza,” kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Qunut Nazilah Buat Palestin & Syria

The Suffering of Gaza, Palestine | Derita di Gaza, Palestin - Part 2/2

The Suffering of Gaza, Palestine | Derita di Gaza, Palestin - Part 1/2

Mesej Dari Sahabat di Gaza

Mungkin bagi sebahagian rakyat Malaysia, serangan Israel ke atas Gaza tidak menimbulkan sebarang perasaan kemarahan mahupun kesedihan. Gaza merupakan sebuah tempat yang jauh, tidak pernah dilawati dan tiada siapa pun yang dikenali di sana. Oleh itu sebarang bantahan terhadap kezaliman Israel akan turut sama dibantah tetapi tanpa timbulnya perasaan yang lebih mendalam dan secara peribadi (personal).

Saya telah diberi kesempatan oleh Allah untuk ke Gaza sebanyak dua kali, menjadi tetamu saudara kita di sana yang walaupun kekurangan dari banyak perkara, dari segi harta dunia, tetapi sanggup berkongsi apa sahaja yang mereka ada dengan saya; hanya di atas sebab mereka ini kaya dengan nilai murni akhirat. Oleh itu saya mempunyai beberapa sahabat baik yang telah bersama semasa saya ke sana dan mereka juga bersama saya semasa mereka di sini.

Salah seorang dari mereka adalah seorang sahabat yang dikenali dengan nama panggilannya 'Abu Yyish' atau nama sebenarnya Ahmad Najad. Semalam beliau berhubung dengan saya melalui mesej telefon, sambil kawasan kampungnya dibom tentera udara Israel. Pesanan terakhirnya adalah pada jam 11.15 pagi semalam. Walaubagaimanapun, semenjak itu tiada lagi mesej yang saya terima darinya.

Sebelum itu, sempat juga beliau hantarkan link video anaknya Muhammad yang saya turut kongsikan di sini. Apa khabar mereka sekeluarga, saya tidak tahu. Saya harap mereka selamat dalam perlindungan Allah. Saya juga berharap agar tuan-tuan turut sama mendoakan keselamatan mereka sekeluarga dan seluruh rakyat Palestin.



Rundingan Damai, Bukan Tindakan Ketenteraan Buat Gaza


Dua hari lepas saya menyedari satu komen yang terlalu menakutkan ditujukan kepada Gaza. “Kita perlu meratakan seluruh kawasan kejiranan di Gaza. Meratakan seluruh Gaza. Amerika dahulunya tidak berhenti sekadar dengan Hiroshima – Jepun tidak menyerah kalah dengan pantas, jadi mereka juga serang Nagasaki” – Itu adalah kata-kata Gilad Sharon, anak kepada mantan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon. Kemudian dia menambah lagi bahawa sepatutnya tidak ada apa-apa termasuk bekalan elektrik, minyak gasolin atau sebarang kenderaan bergerak, di Gaza…
Meskipun pandangan Gilad di dalam Jerusalem Post amat mengejutkan, tindakannya mengaitkan keganasan yang berterusan ke atas rakyat Gaza dengan Amerika Syarikat (AS) adalah menarik. Seolah-olah “demokrasi terbaik” sepertimana yang AS gelar dirinya tidak cukup untuk mengalihkan pandangan.
Lebih daripada 100 rakyat Palestin dan tiga rakyat Israel terkorban sejak enam hari lalu dan pada Ahad sahaja sembilan kanak-kanak terbunuh. Dan Israel mengancam untuk melakukan serangan darat namun menangguhkannya bagi memberi laluan kepada rundingan damai tajaan Mesir yang dijangka berlangsung pada Khamis. Jelas tidak ada penyelesaian ketenteraan yang sesuai untuk konflik di Gaza. Sementara strategi Mesir untuk rundingan damai itu masih belum diketahui, Hamas tidak boleh diketepikan daripada menjadi sebahagian daripada rancangannya. Ini kerana Hamas adalah kerajaan yang dipilih rakyat Palestin secara demokratik.
Hamas berjaya menguasai Gaza pada 2007, setahun selepas kemenangan muktamad dalam pilihan raya umum. Dan kini mereka menuntut dihentikan sekatan ke atas Gaza sekiranya mahukan gencatan senjata.

AES mudahkan BN kalah PRU-13

NASIB baik ada juga rakyat cerdik yang memenangkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, pada pilihan raya umum lalu.
Kalau   tidak, sudah pasti nasib mereka juga sama dengan rakyat di negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN) akan menjadi mangsa ‘penghisap darah’ menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
‘Penghisap darah’ AES itu tidak dapat menguatkuasakan sistem itu di empat negeri berkenaan kerajaan negeri PR berjaya menghalang dengan tidak membenarkan kamera itu dipasang.
Bagaimanapun, rakyat di negeri yang diperintah PR tidak terlepas, sebaliknya turut dikenakan saman jika mereka pergi ke negeri yang diperintah BN yang pasti banyak dipasang kamera AES.
Walaupun BN menang dalam pengundian untuk melaksankan AES di Dewan Rakyat, tetapi wakil rakyat pembangkang sudah berusaha untuk menghalang sistem itu dilaksanakan.
Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan itu diluluskan selepas 78 Ahli Parlimen bersetuju, cuma 49 yang tidak bersetuju.
Sebelum itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada Ahli Parlimen pembangkang yang bangkit mempertikaikan AES.
Keadaan itu mencetuskan kekecohan berikutan Cho Ha dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian pengguna jalan raya.

SATANIC TALES: Hadi is working with the Devil I know - Dr M

SATANIC TALES: Hadi is working with the Devil I know - Dr M
KUALA LUMPUR, — The PAS president is backed by the devil himself, former Prime Minister Tun Dr Mahathir said today, in retaliation against Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s thinly-veiled comment about Malay-majority Umno.
“He himself is working with the devil, that’s the devil I know,” Dr Mahathir (picture) said in a press conference here, referring to Abdul Hadi.
This remark came after the Marang MP spoke at the Islamist party’s annual conference, or muktamar, last weekend, where he criticised a “party of devils”.
“The devil party which is controlled by the devil — the devil that people know — is incapable of upholding justice for all,” Abdul Hadi said in his opening speech last Friday.
At a press conference later, Abdul Hadi was asked to clarify which party did he mean was the “party of devils”, but he refused to name any names.
“Siapa yang makan lada, dialah yang rasa pedas,” he replied, referring to a Malay idiom on knowing that one fits a description.
“Go and ask Mahathir, that was said by Mahathir, he was the one who coined the term,” PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali added.
In his blog entry in August, Dr Mahathir had urged the people to choose the “devil they know” rather than risk the country’s future with an “angel they don’t know”, a reference to Pakatan Rakyat.
The line had since then been used repeatedly to attack the ruling coalition on various occasions.

Who is more DANGEROUS to the non-Muslims - PAS or UMNO?

Who is more DANGEROUS to the non-Muslims - PAS or UMNO?
AT THE recently concluded PAS annual general assembly, much fuss and concern were evoked by Malaysians and reports from both the print and electronic media.
It was all about PAS members’ call for their president Hadi Awang to be prime minister should the Pakatan Rakyat (PR) win the people’s mandate to govern Malaysia after the next general election.
First, I wish to ask: “Which political party in the world whose members do not want their leader to be made prime minister?”
Give me an honest answer to that and then proceed with reading my two cent’s worth of say.















Realistic or not?
It is normal for members of political parties to express their wish for their leader to rule as their country’s No.1. It’s called political posturing.
No political party that practices democracy and freedom of speech can stop their members from expressing their wishes.
What is important is whether what was expressed is realistic or almost impossible or impossible to come true.
How many seats is PAS contesting? How many seats is DAP contesting? How many seats is PKR contesting?
Can PAS win more seats than DAP and PKR combined?
So, what’s the fuss about? In a democracy, if PAS or Umno can win the required majority to amend the federal constitution, no one can stop whatever the majority wishes to implement.
Emotion over judgment
What I am more worried is that the people stop using their common sense and let emotions to cloud their judgment.
Based on the super corrupt racist Umno-led Barisan Nasional (BN) government’s current actions – using race and religion to create fear and divide Malaysians – should we fear PAS more than Umno?
MCA’s insult of hudud and Islam with Umno remaining quiet is clear evidence of the political insincerity of both parties in their quest to remain in power.
Both will use race and religion to divide the people and win votes to rule. Why is Perkasa allowed to spew racial and religious venom without any fear of committing sedition? Why is the Umno-owned Utusan Malaysia allowed to insult and bash Christians and Christianity without any fear for the law?

Mad Devil Dr M

Di sebalik gencatan senjata, Palestin tetap teguh


Di sebalik gencatan senjata, Palestin tetap teguh
Rakyat di Palestin meraikan genjatan senjata antara Israel dan Gaza malam tadi. - Foto EPA
ANALISIS: Ketika Hamas meraikan ‘kemenangan’ di kubu kuat mereka di Gaza semalam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia), timbul pula persoalan sejauh mana kedua-dua musuh itu mampu mempertahankan amanah itu.

Gencatan senjata diisytiharkan selepas lapan hari Israel menyasarkan serangan ke wilayah Gaza sehingga menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.

Sama ada Palestin dan Israel berasa lega apabila konflik yang berlanjutan lapan hari telah sampai ke penghujungnya tanpa pencerobohan berdarah Gaza, tetapi firasat di kedua-dua belah pihak bahawa gencatan senjata itu mungkin tidak bertahan lama.

"Kami masih ragu-ragu," kata seorang pegawai kanan kerajaan Israel, yang enggan namanya disiarkan.

"Tetapi Mesir dan Amerika Syarikat (AS) telah menyokong perjanjian ini dan jika perjanjian ini dimungkiri mereka tahu bahawa kita mempunyai alasan yang kukuh untuk bertindak lebih keras," katanya.

Di wajah kedua-dua puak bertelagah itu, kesimpulan positif boleh dibuat di akhir pertembungan kejam yang membunuh 162 rakyat Palestin, termasuk 37 kanak-kanak dan lima Israel.

Rodziah: 20 peratus Ibu Tunggal keluar Daripada Paras Kemiskinan


SHAH ALAM, 22 NOV : Sasaran 20 peratus ibu tunggal keluar daripada paras kemiskinan seperti yang disasarkan dua tahun lepas berjaya dilakukan di Selangor.
Angka ini menafikan bahawa Kerajaan Negeri meminggirkan golongan ibu tunggal seperti yang didakwa Umno-BN.
Exco Wanita, Kebajikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, tindakan secara menyeluruh dibuat dan setakat ini seramai 27,320 orang ibu tunggal didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
Katanya, hampir 11 program yang mempunyai kaitan berhubung bantuan ekonomi ibu tunggal dilaksanakan termasuk penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

PR : Sokongan Melayu di Selangor Johor dan Perak meningkat



(Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat yang kini mendapat sokongan besar)

KUALA LUMPUR: Hasil kajian terbaru mendapati sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini meningkat dengan ketara sekali.

Kajian yang dibuat di tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak mendapati sokongan Melayu meningkat antara 3 - 8 peratus di ketiga-tiga negeri ini.

Di Selangor, sokongan kepada Pakatan di negeri itu meningkat sehingga lebih 55 peratus di kalangan pengundi Melayu.

Sokongan Cina dan India di Selangor untuk Pakatan juga sangat membanggakan antara 60 - 75 peratus.

"Isu penting adalah kejayaan kerajaan negeri Selangor membukti pentadbiran yang cemerlang dalam semua segi," kata pengkaji itu tanpa mahu menyebut sumbernya.

Hipokrit : Rogol di balai polis isu terpencil, kata KDN

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat kes kejadian rogol wanita warga asing di Balai Polis Prai adalah isu terpencil.
Timbalan menterinya, Datuk Abu Seman ketika sesi penggulungan kementeriannya berkata, ia hanya berlaku segelintir sahaja, bagaimanapun menegaskan PDRM memandang serius terhadap perkara itu.
"Ia hanya berlaku dalam segelintir sahaja ... ia isu terpencil.
"Tetapi PDRM memandang serius itu, dan anggota polis yang terlibat telah pun didakwa," katanya lagi.
Ahli Parlimen Masjid Tanah itu turut menggesa agar pasukan keselamatan itu tidak dipersalahkan atas kesalahan segelintir pihak polis yang tidak bertanggungjawab.
"Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga ... Ahli Yang Berhormat perlu ingat, dalam setandan pisang tidak semuanya elok," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Puchong, Gobin Singh Deo di Dewan Rakyat petang tadi.
Abu Seman turut berkata, setakat ini, sejumlah 384 balai polis di negara ini sudah dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) sehingga 2012 dan berada dalam keadaan baik.
Sebelum ini, seorang wanita pekerja kedai makan warga Indonesia berusia 25 tahun mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh tiga anggota polis di sebuah balai di Bukit Mertajam selepas menahannya di kawasan Megamall Pulau Pinang kira-kira jam 6.20 pagi ketika sedang menunggu teksi.
Tiga anggota polis berkenaan bagaimanapun telah didakwa di mahkamah.
Susulan kejadian itu, sekumpulan rakyat Indonesia telah mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia untuk membantah perlakuan tersebut.

Air Selangor : Kos Teknologi Membran Berpatutan


SHAH ALAM, 22 NOV : Kerajaan Negeri sentiasa memantau penggunaan teknologi rawatan air dengan memastikan kosnya berpatutan bagi mengelakkan pengguna di Selangor terbeban.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata demikian apabila Kerajaan Negeri bercadang menggunapakai teknologi penapisan air membran bagi merawat bekalan air di Selangor.
Sebagai permulaan teknologi ini akan digunakan di Loji Perawatan Air (LPA) di Bukit Jelutong yang ditutup pada tahun 1990.
Menurutnya, Kerajaan Negeri juga bersikap terbuka dalam menggunakan teknologi terkini di pasaran dengan tujuan mendapatkan pengeluaran air yang maksimum dari segi kuantiti dan kualiti.

Aktivis ikrar akan halang eksport Lynas

Aktivis yang menentang pemprosesan nadir bumi Lynas berikrar untuk menghalang eksport produknya, berikutan penerimaan secara diam-diam penghantaran bijih nadir bumi oleh syarikat ini pagi ini.

"Bahan itu mungkin telah sampai (ke Gebeng), tetapi produk mereka tidak akan keluar," kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack di satu sidang akhbar di Bukit Tinggi, Pahang.

Himpunan Hijau sebelum ini telah mengancam untuk mengadakan sekatan di pelabuhan selepas menggunakan saluran undang-undang untuk menghalang Lynas daripada beroperasi.

Bagaimanapun, Wong berkata, Himpunan Hijau hanya akan dapat merangka strategi selepas selesai kempen sekarang - perarakan 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

Bung Mokhtar: Saya akan ajar mereka yang kurang ajar

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini mempertahankan tindakannya menggunakan perkataan lucah dalam laman Twittern kepada seorang pengikutnya atas alasan pengikutnya itu bertindak biadap terhadapnya. Bung Mokhtar, yang dikenali dengan imej "tegas" dan "lantang" di Dewan Rakyat menegaskan beliau juga akan bersikap sopan kepada mereka yang bersopan kepadanya, tetapi akan turut biadap kepada yang biadap terhadapnya.
"Dia (pengikut Twitter) yang cakap dulu, saya bilang 'f**k yourself' la ... dia Tweet saya dulu, saya jawab kepada orang yang biadap saya (akan bertindak) bagi dia biadap.
"Saya sudah cakap kepada orang yang bersopan saya akan lebih sopan, kalau biadap saya akan berlaku biadap terhadap mereka kerana tidak mahu orang terlalu biadap," tegas Bung Mokhtar kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen BN itu juga tidak merasakan tindakannya itu suatu kesalahan walaupun beliau merupakan seorang ahli Parlimen, dan menegaskan tidak boleh "bertolak ansur" dengan mereka yang "memakinya" di laman Twitter.

PAS: Siasat penamatan kontrak 92 pensyarah UPNM



Naib presiden PAS Salahuddin Ayub menggesa Kementerian Pengajian Tinggi menyiasat penamatan kontrak seramai 92 pensyarah yang terdiri daripada bekas pegawai tentera dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Salahuddin berkata kementerian itu perlu menyiasat memandangkan penamatan kontrak itu dibuat kerana kakitangan berkenaan didakwa hanya berkelulusan diploma lanjutan.
"Saya berharap satu panel khas ditubuh bawah KPT untuk menyiasat pemberhentian begitu ramai walaupun atas nama penamatan kontrak.

"Kalau betul kerana kelayakan, kenapa mereka diambil bekerja dengan UPNM sebelum ini?," soalnya dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

SUA TG Nik Aziz sahut debat Minda Pondok


KUALA LUMPUR: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran debat Minda Pondok bagi menjernihkan tuduhan yang dilemparkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Cabaran itu, katanya khusus bagi memperbetulkan tuduhan terhadap Tuan Guru khususnya dalam isu doa dan dakwaan memurtadkan Umno.

"Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran Minda Pondok yang saya kira perlu untuk dilaksanakan.

"Dalam hal ini saya kira samada Minda Pondok boleh merangka program ini ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjadi urusetia," katanya dalam kenyataan.

Beliau berharap Minda Pondok boleh menerima cadangan ini sekiranya benar-benar mereka ikhlas untuk menjernihkan suasana.

Isu doa petanda Umno dalam ketakutan


KUALA LUMPUR: Menghangatkan isu doa menandakan Umno kini berada dalam keadaan ketakutan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

“Namun oleh kerana Umno semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti. Sepatutnya kalau Umno rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain). Semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia. Doa kepada sabuah parti yang menjadi lawan bagi PAS,” kata Tuan Ibrahim.

Isu doa yang dibaca oleh oleh Ustaz Nik Razi Nik Mat dalam Munajat Perdana anjuran PAS Jumaat lalu, kata Tuan Ibrahim, tidak perlu dipertikai oleh mana-mana pihak, kerana doa untuk parti lawan kalah dan dimusnahkan adalah perkara normal dalam mana-mana perlawanan.

Bahkan, katanya tiada pihak boleh menyekat seseorang untuk berdoa demikian.

Ingat Umno, ingat rasuah!

"Penerima dan pemberi rasuah masuk neraka." (Hadis riwayat At Tirmidzi)

"Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Hadis riwayat Ahmad)


Ketua penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan baru-baru ini dilaporkan tidak senang hati dengan tuduhan bahawa "Umno sahaja yang terlibat dalam rasuah" sebaliknya berpendapat rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak kenal siapa.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Dato' Tengku Adnan Mansor beberapa minggu lalu bahawa antara cabaran semasa Umno adalah menangani isu "persepsi rasuah".

"Rasuah tidak boleh dibandingkan antara sesebuah parti, tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu jantina serta tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu bangsa," kata Ahmad.

"Jangan menuduh rasuah hanya berlaku di kalangan orang Umno sahaja. Isu rasuah adalah merentas semua," katanya dalam satu sidang akhbar selepas berkempen di Hentian Jalan Duta, lapor Malaysian Insider.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mendakwa kerajaan BN tegas dalam membanteras rasuah.

Tidak sesiapa pun yang akan menyanggah pandangan Ahmad Maslan bahawa rasuah itu boleh berlaku merentasi manusia, masa dan ruang. Tidak ada sesiapa juga yang boleh mendakwa bahawa parti yang diwakilinya dijamin seratus peratus bersih daripada penyakit rasuah.

Kisah Scorpene dan Altantuya dikartunkan

KUALA LUMPUR 22 November: Kisah pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.6 bilion dan kes pembunuhan Altantuya diterjemah ke dalam buku kartun bertajuk ‘Hikayat Pak Monggol dan Scorpene’.
Buku terbaru kartunis Zunar hasil kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu mengandungi 32 muka surat.
Ia bagi memudahkan pemahaman orang ramai terhadap skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.
“Ia bukan hanya sekadar kartun, ia diterjemah dari fakta sebenar, iaitu dari artikel akhbar, maklumat dari prosiding mahkamah di Perancis dan fakta dari inkuiri yang sedang berlangsung,” jelas Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSACH) petang tadi.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, buku tersebut merupakan satu lagi usaha untuk menyebarkan maklumat sebenar selain ceramah dan jelajah.

Auku: Mahkamah tolak rayuan kerajaan, KPT dan UKM

SHAH ALAM - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
Panel hakim lima orang memutuskan bahawa rayuan itu ditolak memandangkan Parlimen telah pun meminda seksyen tersebut dan oleh itu kes tersebut dianggap sebagai akademik.
"Mahkamah Persekutuan menolak rayuan dibuat (oleh kerajaan, menteri dan UKM) atas alasan kini ia hanya satu kes akademik sebab Seksyen 15(5)(a) sudah pun dipinda," kata peguam yang mewakili empat bekas penuntut UKM dalam kes ini, Ashok Kandiah ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Keputusan itu dicapai selepas panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan empat bekas pelajar UKM untuk membatalkan permohonan perayu atas alasan perkara itu akademik berikutan Seksyen 15(5)(a) telah dimansuhkan.
"Kes ini tidak lagi kompeten di hadapan mahkamah ini kerana Seksyen 15(5)(a) akta itu yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sudah dimansuhkan," kata Zulkefli dipetik Bernama.
Dalam keputusan sebulat suara itu, beliau juga berkata mahkamah mendapati bahawa pertikaian dalam kes itu tidak lagi wujud.
Empat anggota panel yang lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.
 

Najib gets a taste of C4: Ops Scorpene to 'un-spin' Umno 'lies' with cartoon series

Najib gets a taste of C4: Ops Scorpene to 'un-spin' Umno 'lies' with cartoon series  Taking great strides forward in its campaign to reach the grassroot communities, SUARAM’s Ops SCORPENE team is pleased to announce the launch of its Cartoon Series.
Titled “HIKAYAT PAK MONGGOL & SCORPENE”, the 32 page booklet is a depiction of the SCORPENE Scandal in simple, catchy and witty story form, to enable a simple and interesting understanding of a complex corruption scandal.
Making sure the rural folk get to know the truth
The Cartoon Series is designed for a specific target group; and shall hit the far corners and most rural areas of Malaysia, in its bid to correct the misinformation and lies that have been spun overzealously by UMNO and its allies, in trying to confuse the facts surrounding the purchase and ongoing inquiry in France.

RAJA YANG SEBENAR-BENARNYA BERJIWA RAKYAT DAN BERWATAKKAN SEPERTI RAKYAT BIASA....SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU... ALLAHUAKHBAR!!!!


Rakaman gambar yang cukup tersentuh kalbu apabila DYMM Sultan Muhammad V turut serta terjun dalam kubur untuk sama-sama membantu menyemadikan jenazah.

Belum pernah terlihat mana-mana Raja lagi yang melakukan sedemikian.

Admin cukup kagum perwatakkan yang ditunjukkan baginda Tuanku.

Tidak hairanlah mengapa seluruh rakyat Kelantan cukup sayang, sanjung dan hormat kepada Sultan Muhammad V. ALLAHUAKHBAR!!!!


RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA....ISLAM DIJUNJUNG..RAJA DISANJUNG.. RAKYAT DIPAYUNG.

Taklimat Scorpene minggu depan – Sivarasa

KUALA LUMPUR 22 November: Taklimat Scorpene yang dijadual berlangsung di Dewan Rakyat hari ini ditunda ke minggu depan berikutan permintaan oleh kedua-dua peguam Perancis – William Bourdan dan Joseph Breham.
Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, penangguhan itu dibuat kerana alasan peribadi peguam terbabit.
“Kita akan umumkan tarikh dan masa tersebut pada Isnin depan. Bagaimanapun taklimat itu tetap akan diteruskan di Parlimen minggu depan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Jelas Ahli Parlimen Subang itu, pihaknya masih berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri berhubung status kemasukan mereka.
Joseph Breham
“Surat rasmi mengenai perkara itu sudah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri bagi meminta sekatan tidak dilakukan terhadap kedua-dua peguam itu.
“Buat masa ini, belum ada jawapan secara bertulis sama ada kerajaan membenarkan kemasukan peguam tersebut atau sebaliknya dan kita masih tunggu,” katanya.

Hukum Guna YURAN FUTSAL Untuk Beli HADIAH - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bahagi HARTA Arwah Ayah Sama Rata Adik Beradik - Ustaz Azhar Idrus

Anak Muda Mula MINAT Islam - Ustaz Azhar Idrus

Sebab KRISTIAN Buat Video Hina Nabi MUHAMMAD S.A.W - Ustaz Azhar Idrus

Fenomena Islam BANGKIT Akhir Zaman - Ustaz Azhar Idrus

Turkey asks NATO for missiles on Syrian border

Today in History for November 22nd

Mahfuz : Harga kamera AES Malaysia terlampau mahal

MPM : 'Perhimpunan bakal menimbulkan keresahan'..!!!

Datuk Tamrin Ceramah Dun Bukit Tunggal

Penyerahan Borang Pengiystiharan Harta Dewan Pemuda Pas Malaysia

'Papua Merdeka'

Gaza ceasefire enters first full day

Filem Air Selangor Dah Ditayangkan


Anda masih ingat tentang pengambaran filem ISU AIR DI SELANGOR yang kecoh sedikit masa dulu? Jika lupa rujuk pada Artikel ini KLIK SINI
Kini filem ini telahpun ditayangkan dalam Kosmo (Rujuk Sini) .Tak pastilah filem ini ditayangkan atau tidak  dalam TV1 atau  TV3 tadi.Rasa nak tergelak sampai tergolek pun ada kerana jika anda amati gambar ini betul betul anda akan kenal bahawa Pelakon pelakonnya adalah


-BEKAS PELAKON YANG MENAYANGKAN PUNGGUNG . Dan dalam filem  ini pelakonnya tetap menonggeng dalam gambar ini miahaha.

-BERLAKU DI BELAKONG sedangkan rakaman ini berlaku di  rumah rumah  flat Petaling Jaya.

- Perhatikan Remaja berbaju hitam yang menjeling pada Dato Suhaimi ...Lihat pada bajunya, kan sama lambangnya .




Kantoi Filem Air : Selangor bentang kertas putih


PENGERUSI Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan (kanan) membantu mengagihkan air daripada lori Syabas kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman, Balakong yang terputus bekalan air baru-baru ini.

(Nota : Foto Ini Adalah Filem Krisis Air Terbitan Pencacai UMNO )
 

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membentangkan laporan kertas putih bagi memperjelas isu hutang syarikat Talam Corporation Berhad dan status penstrukturan semula air di negeri itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembentangan itu bertujuan agar rakyat Selangor meneliti dan memahami kedua-dua isu tersebut.
Beliau berkata, rakyat Selangor boleh memuat turun laporan kertas putih itu menerusi laman web rasmi kerajaan negeri www.selangor.gov.my serta laman web media "Selangorku" di www.selangorku.com.my.

Bila Doa dianggap dosa ...... Tapi jika begini?

Oleh: DukunPasir

"Kita digalakkan untuk berdoa  apabila ditimpa musibah, tetapi ada juga yang yang salah erti apabila ianya berlaku dalam politik. Cuba renungkan kisah ini ... dan fikir Rumah Husin  Ali seorang pengedar beras JATI dan kayu Jati yang berjaya telah dimasuki oleh tiga orang perompak yang amat dikenali ramai iaitu Michael Chuak, Hisamkudin dan Nazpajeri .Selain dirompak dan disamun segala beras dan peratus JATI kecuali tiang letrik TNB didepan rumah Husin ALi, anak gadisnya dirogol dan dirakam untuk dijadikan bahan bukti POLITIK dua tahun akan datang.Manakala anak lelaki dan isterinya telah dibelasah...Husin Ali tak mampu buat apa apa kerana dia rabun jauh..Husin ALi cuma mampu berDOA pada Allah .......

YA ALLAH KO HANCURKAN HIDUP PEROMPAK YANG ZALIM INI" 


HisamKudin dan Nazpajeri si Perompak  yang kebetulan mendengar Doa Husin Ali telah marah dan melempang Husin sambil berkata

'MANA BOLEH DOA MACAM TU...AKU ORANG ISLAM!! JANGAN DOAKAN KEHANCURAN SESAMA ISLAM DAN MELAYU NANTI MICHAEL CHUAK TEPUK TANGAN ...... Kata mereka berdua sambil memerhatikan Michael Chuak yang semakin cuak sekarang ni....


Ke Guanerr? Hahaha

Gaza


Saat ini Tuhan sahaja yang mengerti kesedihan yang bergelinangan di sebalik wajah suram, ibu-ibu tua yang menatang anak-anak kecil. Mereka seakan berlari-lari kecil, sambil menyelusuri lorong-lorong berhabuk, diselirati bumbung-bumbung yang roboh membumi semata-mata untuk mengejar saat bernafas sedetik masa lagi. Bagi mereka, itulah kehidupan hari-hari. Mereka sudah tegal diburu anjing-anjing Zionis yang serakahkan titisan darah sang Palestin.
Maka, tiada apa lagi kekuatan yang ada untuk melawan – cuma saki-bakinya tinggal meneguk peluang untuk pulang ke rumah pada hari esok, menyambut anak-anak kecil yang menunggu hidangan untuk bersidang. Kawanan liar para Zionis terus merakus, menghidu setiap peluang menghujani bumi Gaza dengan dentuman bom-bom peluru.
Benar. Mungkin naluri manusia sendiri kekal dengan suasana yang rasional. Manusia mana di dalam dunia yang tidak bangkit melawan ketika menindas, mempertahankan hak dan maruah untuk hidup. Sedangkan itu, anak-anak mereka diludah-ludah dengan kecamuk suara-suara angkuh manusia Zionis.
Dendam yang berpilu dekad lamanya tidak mampu digentap lagi. Palestin bertahan. Sedetik direbah, seangkasa berteguh. Namun, kekuatan rohani sahaja tidak mampu membantu mereka kekal bertahan. Bertahun dicemuh dengan peluru-peluru liar, masakan lagi kekal berdiam.
Intifadah tahun 2000 menjadi saksi. Solidariti antara agama menanggung pesan untuk bangkit menentang. Muslim di Gaza, Kristian di Nablus, Yahudi di Jerusalem kini bertukar badan. Bagi mereka, satu adalah kita. Kita adalah satu.

Syarikat dilantik KKM untung 7 peratus “duduk saja”?


KUALA LUMPUR, 22 NOV: DAP mempertikaikan tindakan syarikat pembekal ubat dan peralatan kesihatan, Oratis Services Sdn. Bhd. yang dilantik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mengenakan komisyen hingga tujuh peratus terhadap farmasi yang berdaftar di bawahnya.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, berkata tindakan Oratis Services Sdn Bhd mengenakan komisyen sehingga tujuh peratus itu boleh menyebabkan kenaikan kos ubat dan peralatan kesihatan.
Katanya, walaupun DAP menyambut baik pelaksanaan pembiayaan ubat dan peralatan kesihatan yang dibekalkan secara percuma kepada Pesara Awam Persekutuan sejak Februari lalu, tindakan mengenakan komisyen yang tinngi itu perlu dikaji dan disemak semula kerana ia akan menyebabkan farmasi terpaksa menaikkan harga untuk menampung kos.
Nie Ching ketika Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 di Parlimen, semalam, berkata beliau tidak faham kenapa KKM perlu beri hak itu  kepada syarikat Oratis Services Sdn Bhd untuk mendapat komisyen tujuh peratus daripada keuntungan farmasi.

Fitnah yang lama dah berkulat, fitnah baru datang lagi,,,

Rakyat sudah lali dengan segala tuduhan yang dilempar oleh Umno  terhadap DS Anwar.   Anwar ejen Yahudi, Anwar kaki liwat,  Anwar kaki zina,  Anwar kuda tunggangan DAP,  Anwar  rakan baik Soros,  Anwar pengkhianat bangsa,  Anwar nak jual Negara  dsbnya. 

Menjelang PRU 13 yang semakin dekat,  ini dakwaan dan fitnah terbaru buat Anwar dengan harapan orang ramai mempercayainya. Anwar didakwa kononnya mahu  jadikan Islam di Malaysia ini Islam liberalisma.  

Dan kenyataan Nurul Izzah “tiada paksaan dalam agama” yang diputarbelit  oleh media Umno baru-baru ini mereka harap boleh menyokong dakwaan mereka. Apa-apa pun Alhamdulillah, rakyat Malaysia yang sihat akal,  masih tenang dan dapat berfikir dengan waras. Dakwaan itu mereka anggap tidak lebih seperti cerita penglipur lara.    .  

HONG KONG! Sidang Media Skandal Musa Aman 3 Petang Ini!


Delegasi PKR ke Hong Kong mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan James To, pemimpin Parti Demokrat di dalam Majlis Perundangan Hong Kong pada 21 November 2012. 


Beliau adalah Naib Pengerusi, Panel Keselamatan (Vice Chairman, Security Panel) Majlis Perundangan Hong Kong yang bertanggungjawab memantau kebebasan dan keberkesanan badan penguatkuasa undang-undang di Hong Kong, termasuklah Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC).



Dalam pertemuan itu, beliau telah mengaturkan supaya satu perjumpaan segera diadakan dengan pegawai-pegawai ICAC untuk menerima bukti baru dari Malaysia berhubung kes dakwaan rasuah RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa Aman.

Hishammuddin: Rakyat perlu diberi peluang bantah kekejaman Israel


Hishamuddin-Tun-Hussein
PUTRAJAYA -  Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata rakyat perlu diberi ruang untuk meluahkan kesedihan, bantahan dan menyatakan pendirian bagi membantah kekejaman rejim Zionis ke atas rakyat Palestin di Gaza.
  
Katanya ini bagi mengelakkan mereka melakukan perkara-perkara di luar batasan sehingga kemungkinan diterjemahkan ke arah keganasan atau menyertai kumpulan militan.
  
"Jika tidak ada ruang pun untuk menyatakan pendirian, tidak mustahil tindakan-tindakan yang lebih ganas (akan berlaku), kumpulan-kumpulan militan yang boleh mengambil tindakan yang lebih teruk kerana kita rasa bahawa kita tidak ada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku dalam jiwa," katanya.
  

SAMM Cabar Kerajaan Benar Peguam Perancis Masuk Malaysia


KUALA LUMPUR 22 NOV : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengalu-alukan dan sedia menyambut kedatangan peguam Perancis ke Malaysia untuk merungkai isu pembelian kapal selam Scorpene dalam sebuah sesi taklimat khusus kepada ahli parlimen Malaysia.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam kenyataan media menyeru Ahli Parlimen BN dan Pakatan Rakyat harus bersama mendengar taklimat dari peguam terbabit kerana ia membabitkan imej negara dimata antarabangsa.
“Namun sehingga hari ini masih belum ada sebarang kata putus dari pihak Kerajaan Malaysia membenarkan atau tidak kemasukkan peguam Perancis untuk memberi taklimat mengenai skandal Scorpene.
“Sikap kerajaan yang membisu ini bukan sahaja menimbulkan lebih banyak persoalan malah menyebabkan persediaan untuk sesi taklimat yang diatur terganggu sehingga terpaksa ditangguh minggu depan,”kata beliau.

Adun BN hasut penduduk, dakwa peneroka Gatco

Datuk Zainal Abidin Ahmad didakwa menghasut penduduk Kampung Serampang Indah, Jelebu untuk menimbulkan suasana tegang di kalangan penduduk.
SEREMBAN: Seramai 16 peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco) dari Jelebu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seremban lewat petang semalam dan mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN-Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad menghasut penduduk kampung tersebut bagi menimbulkan suasana tegang di kalangan penduduk kampung Gatco itu sendiri.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco), K Krishnan; dalam satu majlis di Balai Raya Kampung Serampang Indah pada 10 November lalu, Zainal Abidin dalam ucapan beliau dikatakan menghasut orang kampung untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan penduduk kampung.
“Beliau menyeru kepada sekumpulan orang kampung untuk membuat laporan polis terhadap kami sekiranya kami menghalang pihak luar yang memasuki ladang yang kami usahakan selama ini.
“Kehadiran Datuk Zainal Abidin dalam majlis itu juga seolah-olah untuk meminta sokongan penduduk kampung untuk mempercepatkan usaha-usaha penebangan pokok getah di ladang kami.
“Sedangkan kami telah membuat laporan polis di Balai Polis Air Hitam dan meminta pihak polis mengawal keadaan dan kami tidak akan membenarkan mana-mana pihak memasuki ladang kami ini untuk sebarang aktiviti sebelum masalah peneroka diselesaikan terlebih dahulu”, kata Krishnan.
Krishnan kata peneroka Gatco telah menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 8 Ogos lepas dan mengutarakan masalah ini kepada beliau. Walaubagaimanapun Krishnan berkata mereka masih menunggu maklum balas dari Menteri Besar.