Rabu, 21 November 2012

Real situation of Gaza- 19 Nov, 2012

Gaza : Apa makna kecam Israel tetapi tidak iktiraf Hamas


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin.
Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin.

“Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat?” ujarnya kepada Harakahdaily.

Dalam hal ini, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan Malaysia menganggap Hamas sama seperti Pakatan Rakyat di Malaysia serta negeri-negeri yang diperintah oleh PR seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang dilayan seperti warga kelas kedua.

Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia.

boikot israel
Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa? 

Boikot Israel : Boikot McDonald VS Notis McDonald Malaysia!

boikot israel Mcdonald
Ok. Sekejap. Tertarik kami dengan notis McDonald Malaysia ini? Kami berikan dalam bentuk point supaya ia mudah difahami.

Zionis Dikenali : Bukti surat perjanjian penasihat APCO sebenarnya dari Israel

Best Blogger Tips
1 Malaysia
Klinik 1 Malaysia
BR1M
KR1M
Haramjadah 1 Malaysia tu semua merupakan hasil nasihat zionis APCO yang berasal dari Israel yang telahpun bertapak di sebelah Perdana Menteri Najib Razak sebagai penasihat.. tuan penasihat.. reti?


Kuala Lumpur surat perjanjian rahsia ini terbahagi kepada 3 bahagian, 

Pertama : Surat Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI Internasional yang kini di kenali sebagai APCO

Kedua : Surat setuju terima APCO dari Jabatan Perdana Menteri

Ketiga : Surat perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan APCO World Wide Untuk pengetahuan anda jumlah bayaran kerajaan Malaysia untuk menggunakan khidmat GCI atau APCO ini adalah rm 77 Juta setahun, klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

1.Perjanjian antara  Kerajaan Israel dengan GCI International



2. Surat Setuju terima Jabatan Perdana Menteri


3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd

kenali siapa dia kerajaan Barisan Nasional yang sebenar, mereka tidak membawa kesejahteraan kepada rakyat tetapi membawa kemusnahan kepada agama bangsa dan negara, mereka mengutuk tindakkan zionis di media media propaganda mereka tetapi hakikatnya mereka berdagang minyak sawit dan membayar zionis untuk menjadi perunding imej Najib di mata dunia.

Masjid, surau diminta laksana solat hajat, bacaan Qunut Nazilah untuk Palestin

KUALA LUMPUR - Semua masjid dan surau di seluruh negara diminta mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman Israel.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau juga telah meminta masjid-masjid utama di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Wilayah Persekutuan serta seluruh masjid di Wilayah Persekutuan untuk berbuat demikian mulai hari ini.
  
"Di samping itu, masjid-masjid berkenaan akan membacakan khutbah khas mengenai isu Palestin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata inisiatif itu sebagai sokongan masyarakat Malaysia kepada penduduk Palestin.   
  
Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain. - Bernama

Palestin antara perjuangan umat dan persaingan kuasa

Oleh HARIS ZALKAPLI

Isu Palestin sentiasa menjadi satu isu sentral dalam dunia Islam, dengan perhatian pada wilayah ini tidak pernah berakhir dan sentiasa berupaya mencetuskan emosi dan tindakan politik.

Kedudukan yang penting ini juga, walau bagaimanapun, mendedahkan Palestin kepada permainan politik antara kuasa-kuasa serantau yang bercita-cita tinggi.

Pemimpin-pemimpin negara Iraq, Iran, Qatar, Turki, Syria, Arab Saudi dan banyak lagi semuanya terlibat dalam menjadikan Palestin sebagai satu isu dalam meningkatkan kredibiliti kepimpinan umat masing-masing, walaupun pada tahap komitmen dan keikhlasan yang berbeza-beza.

Sepanjang sejarah, ramai pemimpin telah muncul dengan imej pembela Palestin dan pemimpin umat Muslim, imej yang dapat dengan segera meningkatkan kedudukan dan pengaruh pemimpin tersebut dalam dunia Islam.

Walau bagaimanapun, komitmen yang ditunjukkan dengan dramatik itu berdepan dengan turun naik dan sangat bergantung kepada kepentingan masing-masing, yang berubah menurut keadaan dan masa.

Pada Januari 2009, di Davos, Switzerland, pertengkaran terbuka Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dengan Presiden Israel Shimon Peres mencetuskan imej pembela Palestin pada Erdogan.

Menteri gesa ibu bapa Orang Asli lapor dakwaan rasuah


Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi menggesa ibu bapa kepada empat murid Orang Asli yang ditampar supaya membuat aduan rasmi berhubung dakwaan bahawa guru berkenaan cuba merasuah mereka.
Katanya, beliau belum menerima apa-apa laporan berhubung perkara itu dan menggesa ibu bapa terbabit supaya berbuat demikian.

Tambahnya, kejadian yang didakwa berlaku itu dianggap sebagai rasuah malah ia juga umpama guru berkenaan mengakui kesilapan mereka.

"Sekiranya ini dapat dibuktikan kita akan mengambil tindakan ke atas guru terbabit," kata Puad.

Katanya lagi, kementerian tidak membenarkan tindakan menampar murid dan tindakan disiplin boleh diambil atas perbuatan tersebut.

Beliau juga menggesa Jabatan Pelajaran Kelantan meneliti dakwaan ibu bapa berkenaan.

Semoga berjumpa lagi di bumi Malaysia tanpa Lynas!


Saya tiba di Kampung Awah, Maran pada waktu senja 16 November, setelah tiga jam memandu kereta.  Penghuni kampung yang berdekatan menunding jari ke arah masjid, sambil berkata di situlah tempatnya peserta jalan kaki "Stop Lynas" berteduh.

Berteduh di masjid?  Mungkinkah?  Rupa-rupanya pendeta Buddha dan kawannya benar-benar berteduh di situ untuk semalaman, tetapi di bilik tadika yang bersebelahan dengan masjid.  Sememangnya gerakan Stop Lynas tidak berkenaan dengan politik dan tiada kaitan dengan agama.  Saya nampak mereka sedang berehat di tepi jalan ketika saya sampai di situ, sementara sesetengahnya pergi mandi.  Saya pergi mencari Wong Tack.

Sedikit "hangus" Wong Tack dijemur keterikan matahari.  Kakinya yang sedang berdiri tidak bergetar.  Beliau menuju ke arah saya untuk berjabat tangan.  Saya memaklumkan bahawa saya membawa sedikit barangan untuk mereka, dan harap mereka tidak mengambil hati.

"Tidak, tidak," lantas beliau membalas.  Maka mereka membantu untuk memunggah barangan dari kereta saya, antaranya ubat, plaster, dan minuman herba.  Mereka bersorak, mengagihkan minuman herba kepada yang lain dan minum di situ juga.  Kulit hitam pada wajah mereka akhirnya mengukir senyuman yang puas.

Adegan terharu di mana-mana

Antara kejayaan UPSR dengan beban PBS

Pemuda PAS ingin merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang berjaya di dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Syukur Alhamdulillah kita panjatkan ke hadrat Ilahi di atas nikmat kejayaan yang diberikan. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, peperiksaan ini bukanlah penamat segala-galanya. Tanamkan iltizam baru dan terus belajar dengan gigih untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Pada masa yang sama, semua pihak mesti mengiktiraf usaha bakti yang telah dicurahkan oleh para guru untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kita. Kita sedia maklum akan bebanan tugas guru yang amat berat. Maka sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan penyelesaian segera di atas keluhan warga guru yang rata-ratanya merasa terbeban dengan perlaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Di bawah Transformasi Pendidikan yang dicanangkan kerajaan, warga guru kini bukan sekadar mentaksir keupayaan akademik pelajar di peringkat sekolah malah diminta untuk membuat taksiran sumatif peringkat pusat di samping pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan ko-kurikulum.

AES kekal, tiada cadangan beri diskaun saman

AES KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang memansuhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahupun memberi diskaun saman kepada pesalah trafik yang dikesan menerusi sistem itu.
  
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan bahawa sistem AES bukan untuk menghukum tetapi bagi mengajar pengguna jalan mematuhi undang-undang dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan maut.
  
Sejak fasa pertama sistem kamera AES dipasang pada 22 September lepas, ada penurunan sehingga 70 peratus bilangan mereka yang melanggar had laju dan melanggar lampu isyarat, katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
  
Cho Ha berkata, pelaksanaan AES telah dikaji daripada segala aspek termasuk kepakaran memperbaiki, menyelenggara peralatan AES dan kaedah mengelakkan wujudnya vandalisme.
  
Katanya beliau berasa amat kecewa dengan tindakan segelintir wakil rakyat pembangkang yang didakwa memutarbelitkan fakta mengenai AES.

Iltizam PR Lonjakkan Prestasi Jabatan, Agensi Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 21 NOV: Iltizam yang kuat oleh Pakatan Rakyat(PR)untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor menjadikan prestasi jabatan dan agensi Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan mendadak selepas 2008.
Akhirnya usaha semua pihak ini membuahkan hasil apabila laporan Ketua Audit Negara membuktikan peningkatan ketara.
Demikian menurut Adun Batu Caves, Amirudin Shari ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Mengulas lanjut ketika ditemui selepas DNS untuk hari ketiga selesai bersidang, beliau berkata usaha ini boleh ditingkatkan lagi.

UN Chief in Mideast: "Stop the Violence"

Latest report on the bus explosion in Tel Aviv

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pertahanan

MP DAP Batu Gajah Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pertahanan

MP PAS Hulu langat/ PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi

Tim Menteri Gulong Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pengajian Tinggi

MP PKR Machang Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pertahanan

Pbhsn Peruntukkan Kem.Pengajian Tinggi - PKR Machang

MP PAS Kuala Selangor Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pertahanan

Kemelut Air Selangor Jangan Tolong Orang Yang Tak Tolong Rakyat

Isteri GARANG Jatuh Sakit Kerana Di DOA Suami - Ustaz Azhar Idrus

Minyak WANGI Ustaz - Ustaz Azhar Idrus

Hukum SOKONG Ulama Melalui Parti POLITIK - Ustaz Azhar Idrus

Hong Kong sedia buka semula kes RM40Juta.. panas punggunglah pemimpin UMNO..



Ketua pendakwaraya awam Hong Kong hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk membuka semula kes kontroversi yang melibatkan RM40 juta yang didakwa oleh Kerajaan Malaysia sebagai "derma politik" kepada UMNO Sabah.

Kevin Zervos, Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong, menyatakan pihaknya memerlukan bukti yang baru untuk mengkaji semula kes itu.

Beliau berkata pejabat beliau dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) mengalu-alukan maklumat daripada sesiapa sahaja.

"Berhubung dengan kes ini, ia adalah lebih perkara bidang kuasa," katanya.

"Bahan yang diperolehi dari Malaysia adalah bahawa ia adalah derma politik. Jika apa-apa datang sekarang untuk menunjukkan bahawa ini bukan kes itu, perkara itu pasti akan melihat ke dalam.

Australia bangunkan AES tapi akui gagal kurangkan kemalangan

KUALA LUMPUR 21 NOV: Australia – negara yang membangunkan teknologi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengakui ketidakberkesanannya untuk mengurangkan kemalangan.
Ironinya, pengendali AES di Malaysia, Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan pakai teknologi yang dibangunkan sebuah syarikat berpangkalan di Australia – Syarikat Redflex Traffic System.
“Kerajaan Australia sendiri arah 38 kamera itu dipadam kerana kegagalannya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Parlimen petang ini.
Berdasarkan Laporan Auditor General Special Report no 85 (Speed Detection Device) Parliament Of Tasmania Australia pada 2009, beliau berkata:
“Laporan audit itu mendorong Menteri Jalan Raya New South Wales Australia, Duncan Gay mengakui AES bukan penyelesaian,” katanya .

Najib tidak boleh samakan buah epal dengan bacang

Najib masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-kata nya pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi meyakinkan rakyat.
Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagi negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.

‘Say No to Racism’ petition gathers pace

Since its launch two days ago by Projek Dialog, an online website, hundreds of signatures have already been secured.
PETALING JAYA: Projek Dialog, a website advocating honest dialogue and racial and religious harmony, has initiated an online petition against racism in Malaysia.
The petition aims to put an end to racist politics, political and racial exploitation of the media, the abuse of religion to legitimise racism and persecutions of religious minorities.
It also calls for the release of all detainees held unjustly under draconian measures put in place on the false basis of national security and inter-communal peace, and more dialogue aimed at a peaceful and more inclusive Malaysia.
The petition also calls for the Malaysian government to ratify the International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) to show its seriousness in combating racism.
Since the petition was started on Monday, it has already gotten close to 300 signatures, including a number of local NGOs.

Konflik Israel-Palestin Mengajar Kita

SEMALAM Dewan Rakyat meluluskan sebulat suara usul mengecam Israel. Ini tiada yang baru. Ketika mengecam Israel itu boleh memberi imej yang gempak, sang Fasis pun tidak teragak-agak nak membalut keffiyeh di leher lalu melaungkan betapa bencinya terhadap penindasan. Ironi memang ada di mana-mana. Sempat juga membelek-belek teks ucapan Ketua Parlimen DAP, saudara Lim Kit Siang berkenaan hal ini. Perenggan ini ada pengajaran berguna:
“Sungguhpun begitu, kami amat kecewa dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang lekas membela rejim Israel dengan mengatakan bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada serangan roket militan Palestin. Bagaimana pula dengan hak rakyat Palestin untuk mempertahankan diri daripada penindasan sistematik dan keganasan tajaan rejim Israel yang membawa kematian dan kerosakan skala besar?

Isu Talam selesai: Putar belit BN masuk tong sampah

USAHA kerajaan PR Negeri Selangor merungkai isu hutang syarikat swasta yang membebani anak syarikat kerajaan negeri wajar dipuji.
Tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) mengambil alih hutang syarikat Talam Corporation mencerminkan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan negeri terhadap ekonomi dan kelangsungan pembangunan untuk rakyat.
Bagaimanapun, usaha serius kerajaan negeri cuba dijadikan isu oleh pemimpin BN di Selangor dan diperbesarkan media arus perdana bagi menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membantu menyelesaikan hutang Talam.
Berikutan itu menyebabkan ada rakyat yang kurang faham diperalatkan pemimpin UMNO-BN Selangor untuk mendesak kerajaan negeri supaya turut melangsaikan hutang rumah mereka.
Bagi mereka jika kerajaan negeri boleh melunaskan hutang Talam, tidak ada sebab kerajaan negeri enggan membantu bagi meringankan beban hutang rakyat.
Empat perkara fundemental isu Talam
Bagi menjawab pelbagai tuduhan dan persoalan yang dibangkitkan itu, kerajaan negeri mengeluarkan Kertas Putih dan diedarkan kepada umum termasuk wartawan. Melalui penelitian dan analisis yang dijalankan, terdapat empat perkara fundemental yang menjelaskan segalanya.
Pertama, lambakan hutang Talam membuktikan kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN terdahulu gagal mengurus hutang negeri dengan baik. Hutang Talam itu terbongkar hasil usahasama syarikat itu dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Permodalan Nasional Berhad (PNSB) antara 1994 dan 2002. Pada masa sama, Talam juga berhutang kepada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PYSB/UNISEL) antara 2001 dan 2003.
Objektif pelunasan hutang Talam yang bertujuan menjaga kepentingan dan survival anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dalam meyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat rakyat jugva perlu menjadi perhatian.

Doa orang dizalimi x ada hijab, itu yang Umno.......

Ahli Umno x perlu risau,, sebab yang mungkin hancur ialah parti yang zalim, bukan ahlinya !!
Menurut satu sumber, tindakan Nik Razi adik Menteri Besar Kelantan mendoakan agar kerajaan UmnoBn hancur bukan atas desakan mana-mana pihak, tetapi dari kehendak hatinya sendiri. Doa ini diucapkan oleh Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat dalam satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam Jumaat lalu.  Beliau didalam doanya memohon agar Allah menghancurkan parti zalim yang bernama Umno,, seperti mana Allah menenggelamkan Firaun, Haman, Namrud dan Abu Jahal kerana kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan.

Kenapa Umno begitu melenting? Mungkin dek kerana jahilnya mereka dalam agama atau belum khatam! .  Sebab itulah mereka amat marah dengan doa itu yang dianggap sebagai melampau. Bagi mereka Nik Razi telah menyifatkan mereka sebagai Firaun, Haman, Namrud, Abu Jahal dan Abu Lahab.  Sepatutnya Umno tidak perlu terkejut apabila dilebelkan sedemikian, kerana bekas presiden mereka sendiri pernah mengakui dan mengatakan,,,,,saya adalah Mahafiraun,,, dan yang terbaru,,,, UmnoBn adalah “syaitan yang dikenali” 

Justeru, eloklah Umno muhasabah diri,  renung jauh-jauh. Kepada ahli-ahli Umno jangan gundah gulana dengan doa itu. Andainya parti Umno hancur Pakatan Rakyat adalah pilihan yang terbaik tempat berhijrah!. . Mari kita sama-sama berteduh di bawah payung PR yang bersungguh-sungguh mahu menjauhi amalan rasuah, salahgunakuasa,  rakus dan menzalimi rakyat    

Oleh : rahimothman

Azmin : Kerajaan Negeri Hanya Terima 18 Peratus Daripada Dana Kerajaan Pusat


SHAH ALAM 21 NOV : Kerajaan Negeri hanya menerima RM 364 juta daripada peruntukan RM 67 bilion yang kononnya disalurkan Kerajaan Pusat bagi tujuan pembangunan dan kemajuan Selangor.
Jumlah RM 364 juta itu hanya 18 peratus daripada jumlah RM 67 bilion yang diumumkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang Dewan Rakyat lalu.
Hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa, kenyataan Abdul Rahman itu adalah satu propaganda yang dimainkan Umno-BN bagi mengaburi rakyat Selangor kerana ia melibatkan satu jumlah dana besar.
“Semakan dengan Bendahari dan Pegawai Kewangan Negeri nyatakan berbeza dengan apa dikatakan.

Umno juga ‘rakyat’, tak salah untuk memiliki tanah awam, kata ADUN Kuang

SHAH ALAM, 21 Nov — Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Selangor dari Kuang hari ini menafikan bahawa Umno menyalahgunakan kuasa mendapatkan tanah kerajaan negeri untuk orang awam, sebagai parti yang mewakili rakyat.

Kesemua 24 plot tanah di Selangor — yang dikatakan milik parti komponen Barisan Nasional (BN) dan bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu semasa mereka memerintah — adalah untuk kegunaan awam seperti dewan serbaguna dan tadika, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus.

"Umno juga adalah rakyat, Umno mewakili 400,000 rakyat di Selangor. (Plot tanah) ini bukan untuk individu, ini untuk satu pertubuhan yang ramai.

"Tak boleh Umno gunakan tanah terbabit untuk kepentingan rakyat?" katanya, sebagai membalas kenyataan penyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam sidang dewan undangan negeri Selangor semalam yang menuduh BN terlibat dalam menyeleweng plot tanah ketika berkuasa.

Pusat harap semua parti sepakat PRU13 serentak


Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz KUALA LUMPUR - Pilihan raya yang diadakan serentak dapat mengelak pembaziran kos, tenaga kerja dan masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya semua parti politik dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya akan datang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen secara serentak.
  
"Sebarang tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau DUN terpulang kepada pucuk kepimpinan kerajaan berkenaan, iaitu pembubaran Parlimen menjadi hak perdana menteri manakala DUN hak menteri besar atau ketua menteri.
  

Keputusan ketepi kes Bersih 3.0 bergantung kepada taktik Umno

KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 12 Disember depan sebagai tarikh keputusan permohonan tiga pimpinan KEADILAN untuk mengetepi pertuduhan kes Bersih 3.0.
Majistret, Datuk Mahmud Abdullah turut menetapkan perbicaraan bagi kes sebenar ialah pada 4 Januari 2013.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menyertai himpunan Bersih 3.0 dan boleh dihukum denda maksimum RM10,000.
Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat dalam kes Bersih dengan mengingkari perintah diisytiharkan majistret.
Mereka turut didakwa bersama-sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kononnya bersubahat memecahkan benteng ketika perhimpunan Bersih 3.0, pada 28 April lalu.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai CheguBard, berkata kes itu wajar diketepi jika mengikut pertimbangan logik dan perundangan.

Pemimpin Umno jaja istilah Islamik kaburi penyelewengan – Anwar

KUANG 21 NOV: Pimpinan Umno BN sibuk menjaja istilah Islamik untuk mengaburi kecurangan dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bila buat sambutan Maal Hijrah, bersyarah tentang wasatiyah. Dalam masa sama, kontrak, balak, hilang. Beri pada keluarga dan kroni. Masalah ekonomi tak selesai.
“Nak jadi pemimpin kena berani. Usul kecam serangan Israel terhadap Gaza di Parlimen tapi Najib tak berani sebut nama Amerika dan Obama?.
“Jumpa Obama takut, Sebut nama Amerika takut. Balik rumah pun takut?” katanya disambut gelak tawa hadirin.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di padang awam Kampung Setia Tasik Biru, Kuang, malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Rawang Gan Pei Nei.

Chua Tee Yong Disaran Buka Kertas Putih Audit NFC

SHAH ALAM, 21 NOV: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2, Datuk Seri Chua Yong disaran agar membuka kertas putih dalam isu National Feedlot Corporation NFC yang melibatkan kementeriannya.
Saranan tersebut dibuat oleh Adun Rawang, Gan Pei Nei apabila beliau mencelah ketika Adun Teratai, Lee Ying Ha sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 hari ini.
“Datuk Chua patutnya tidak menyibuk isu Talam (Corporation) sebab dia pun tak berani buka kertas putih isu NFC, saya minta dia buka kertas putih NFC,” kata Pei Nei.
Sebelum itu, Adun BN sekali lagi cuba menimbulkan isu Talam di Dewan Negeri Selangor(DNS) meskipun Kerajaan Negeri membentangkan Kertas Putih isu terbabit.
Dalam Kertas Putih tersebut, turut dijelaskan segala langkah Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang lapuk Talam yang diabaikan Kerajaan Negeri ketika di bawah era BN sebelum ini.
Selain itu turut dikepilkan dalam laporan kertas putih tersebut termasuklah laporan (firma) juruaudit KMPG.

Salah Maklumat : Rafizi tuntut Parlimen ambil tindakan pada Nazri



Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mungkin memberi makluman salah kepada Dewan Rakyat berhubung "sumbangan politik" berjumlah RM40 juta kepada Umno Sabah.

NONEPemimpin NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) itu menuntut Parlimen mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Nazri.

"...(Tindakan) Nazri boleh dikira cuba menyalahmaklumkan Parlimen dengan kenyataannya bahawa (yang) seolah-olah kesimpulan bahawa wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik kepada Umno dibuat oleh ICAC (Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong), sedangkan ia dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC.

Umno is ‘rakyat’, not wrong to acquire public land, says Kuang rep

SHAH ALAM, Nov 21 — A Selangor assemblyman denied today that Umno had abused its political ties to grab state land meant for the public, as the party represented the people.
All 24 plots of land in Selangor — alleged to have been acquired by Barisan Nasional (BN) component parties and former MIC President Datuk Seri Samy Vellu (picture) while they were in the ruling coalition — were meant for public amenities like multi-purpose halls and kindergartens, said Umno state lawmaker for Kuang, Abdul Shukur Idrus.
“Umno is ‘rakyat’... Umno represents 400,000 ‘rakyat’ in Selangor. (The land plots) were not for an individual. They’re for an organisation with many members.

BN menang ‘pengundian AES’ di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Barisan Nasional (BN) hari ini menang dalam pengundian untuk melaksankan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Dewan Rakyat walaupun terdapat usaha wakil rakyat pembangkang untuk menghalang sistem itu dilaksanakan.
Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan kemudiannya diluluskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas proses pengundian menunjukkan 78 ahli Parlimen bersetuju, dan 49 tidak bersetuju.
Sejurus pengundian dilaksanakan, Pandikar Amin memutuskan untuk menamatkan segera sesi penggulungan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada ahli parlimen pembangkang yang bangkit mempersoalkan AES sejak tengahari tadi.
Keadaan itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat ketika Kong membahaskan penggulungan dan beliau dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan jumlah kematian.

Menteri sahkan kejadian kegagalan radar



 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mengakui bahawa Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur beroperasi tanpa radar selama hampir dua jam ekoran kegagalan sistem yang dialami pada September lalu.
Dalam jawapannnya kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), menteri itu berkata insiden pada 12 September itu berlaku disebabkan sistem sandaran itu tidak berfungsi selepas satu gangguan elektrik.

PKR pada September lalu menuntut kerajaan menjelaskan bagaimana masalah itu berlaku selepas mengalami "kegagalan sistem sepenuhnya dengan tiada radar dan frekuensi radio" yang didakwa menjejaskan keselamatan penumpang.

Mesyuarat gerakan Islam seru bersatu tentang Zionis


(Dr Syed Azman [kiri sekali] dan Khalil [berdiri di tengah] berbincang bersama para pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia)

KHARTOUM (Sudan): Mesyuarat gerakan Islam sedunia yang baru selesai di sini mengambil keputusan untuk terus berdiri bersama rakyat Palestin bagi menentang keganasan Zionis.

Keputusan juga diambil bagi membantas keras kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Obama dan sekutunya yang terus menyokong keganasan Israel ini.

Keganasan Zionis Israel yang menyerang Gaza sejak seminggu lalu tanpa henti ini membuktikan keangkuhan Israel yang di lindungi oleh sekutu rapatnya, Amerika Syarikat dan Britain.

Gerakan Islam seluruh dunia dari Ikhwan Mesir, Sudan, Jordan, Irak, Syria, Tunisia, Libya, Moroko, Pakistan, Bangladesh dan PAS Malaysia yng berhimpun di ibu negara Sudan, Khartoum, juga mencapai kata sepakat untuk segera menggerakkan massa di setiap negara masing-masing bagi membantu rakyat Palestin dalam bentuk bantuan kemanusiaan seperti perubatan, makanan serta keperluan harian.

Selangor : Tiada Lesen Baru Untuk Pusat Siber, Rumah Urut Sejak 2008



SHAH ALAM 21 NOV : Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada Mac 2008,  Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak lagi meluluskan sebarang permohonan lesen bagi rumah urut, pusat hiburan awam dan pusat siber.
Bagaimanapun, menurut Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu, premis yang mempunyai lesen sebelum 2008 masih boleh memperbaharui lesen mereka.
“Lesen mereka masih boleh diperbaharui setiap tahun selagi tidak melanggar syarat-syarat lesen dan undang-undang sedia ada,” jelas Ronnie ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz di Sidang DUN pagi tadi.

Jawatan PM: Tanda BN iktiraf PR ada calon


Tian Chua KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu mengambil berat komen-komen pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung siapa calon terbaik memegang jawatan perdana menteri apabila pihaknya memerintah kelak.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berpendapat, berbangkitnya isu itu membuktikan parti lain mampu menjadi orang terpenting dalam negara selain calon dari Barisan Nasional (BN) yang memerintah lebih lima dekad.

"Kita tidak mahu ambil berat apa yang dibangkitkan, kita hanya mahu bahas isu negara.

"Tetapi isu perdana menteri ini, nampaknya seolah Umno dan BN setuju calon perdana menteri datang daripada parti lain.

Gaza ground war poses risks for Netanyahu

30 Israeli Missiles Hit Gaza Overnight

Bus explosion hits Tel Aviv; at least 15 people hurt

Kemalangan maut Kilometer 294.1 Lebuhraya Utara - Selatan

Kaunter AES KASE terima sambutan hebat

Mum wants probe over prison 'negligence'

Selangor Buktikan Ketelusan, Beri Rakyat Akses Kertas Putih Talam

Parlimen Gamat, Dua Individu Dihalau Keluar

Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri..!!!

Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR.
Mekanik minta SPR siasat status daftar undi isteri
Mariani didapati mengundi di dua tempat berlainan setelah disemak di laman web SPR. 
 
TEMERLOH – Seorang mekanik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat status daftar pemilih isterinya yang didapati mengundi di dua tempat berlainan iaitu di Temerloh dan Pendang, Kedah.
Mazlan Mohd Yasin, 42, berkata dia keliru dengan apa yang dipaparkan di laman web SPR kerana isterinya tinggal di sini bersamanya.
Katanya, masalah itu disedari empat bulan lalu semasa membuat semakan daftar pemilih di laman web SPR.
Isterinya Mariani Said, 37, tidak pernah daftar mengundi sebelum ini dan inilah kali pertama dia mendaftar sebagai pemilih.
Menurutnya, perkara itu menimbulkan kekeliruan dan dia mengesyaki ada dua individu berlainan mempunyai nombor kad pengenalan sama dengan nama yang juga sama.

Kroni BN dapat kontrak kendali AES sebelum pengumuman tender

KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER: Datuk Mahfuz Omar mempersoal bagaimana Beta Tegap Sdn Bhd mendapat kontrak mengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sedangkan pengumuman tender dibuat dua tahun kemudian.
“Beta Tegap didaftar 2004. Sejak 2004 lagi sudah tahu dia dapat. Pengumuman oleh kerajaan pada 2006 menyebut sembilan syarikat masuk (untuk dapatkan tender).
“Sedangkan sejak 2004, Beta Tegap sudah maklum (dapat kontrak). Boleh jawab pada saya?” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika mencelah perbahasan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Chong Ha pada sesi perbahasan hari ini.
Mahfuz kemudian bangun sekali lagi apabila Chong Ha menafikan pendedahan itu, dengan mengatakan maklumat itu didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Dewan kecoh, menteri mengelak jawab AES


KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha enggan memberi laluan kepada ahli-ahli parlimen Pakatan untuk mencelah bertanyakan soalan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Pengangkutan pagi tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar cuba bangun meminta penjelasan menteri walaupun tidak diberikan peluang bertanya.

"Kenapa menteri enggan memberi ruang untuk kita bertanya dan saya lihat menteri seolah-olah takut untuk jawab kerana risau ia akan terbongkar.

"Saya pasti ini disebabkan semuanya ada kepentingan sebab itu takut," jelas beliau walaupun Kong Cho Ha enggan memberi laluan.

AES: Kaunter Kase diserbu orang ramai

KUALA LUMPUR: Kaunter saman AES yang baru dilancarkan hari ini oleh Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) dengan Kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Pusat, diserbu orang ramai.

Hampir 100 orang kena saman (OKS) hadir sambil membawa salinan surat saman untuk diserahkan kepada Kase dan Juham.

Kaunter yang dibuka di lobi Pejabat Agung PAS akan beroperasi dua minggu sekali bermula 1 Disember ini, dari jam 12.00 hingga 1.00 tengah hari.

Orang ramai juga diberi taklimat prosiding asas oleh wakil Juham iaitu bagaimana mereka berhadapan dengan proses mahkamah nanti.

Dalam pertemuan itu, OKS berkesempatan mengajukan soalan-soalan  kepada wakil Juham berhubung saman AES.

Presiden Kase Datuk Mahfuz Omar yang turut merasmikan kaunter saman AES berkata, sehingga hari ini seramai 200 OKS mendaftar melalui emel ditambah pula sambutan pada hari ini amat menggalakkan.

Kong: Kontraktor AES sedia kenderaan untuk JPJ..???



 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini menjelaskan bahawa kontraktor Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditetapkan untuk menyediakan kenderaan penguatkuasaan untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam satu ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada kakitangan kontraktor tersebut dibenarkan untuk mengguna kenderaan tersebut.
"Di bawah perjanjian syarikat penyedia perkhidmatan perlu sedia kenderaan (tetapi) penguatkuasaan bukan dibuat syarikat, penguatkuasaan masih dibuat JPJ.

Ariffin Atira Layak Lawan Awang Adek

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kegagalan usaha pihak tertentu untuk meletakkan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zaiyadi Awang Noh bertanding di kerusi parlimen Bachok bagi berhadapan dengan Ketua Umno Bachok, Awang Adek Hussein memberi kelegaan sementara buat bekas calon bakal MB Kelantan tahun 2008 itu.


Ariffin Atira: Layak lawan Awang Adek.
Sebelum ini Awang Adek dikatakan cukup bimbang sekiranya pihak Pakatan Rakyat mengirimkan Zaiyadi ke situ untuk berdepan dengannya. Pengaruh bekas ketua pemuda Umno itu dikatakan masih bertunggul lagi di Bachok dan boleh mengugat kedudukan Awang Adek. Kebetulan juga dia mempunyai keluarga besar di Bachok.

Bagaimana pun kegagalan atau salah perkiraan (teori songsang) pihak tertentu menyebabkan hasrat itu berkecai di tengah jalan dan ini melegakan Awang Adek. Satu program untuk menjaja Zaiyadi sebagai calon Bachok yang diadakan baru-baru ini gagal kerana kurang mendapat sambutan seperti mana diharapkan.

Majlis itu yang pada mulanya akan turut dihadiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Husam Musa tidak berjalan seperti mana diharapkan apabila kedua tokoh itu 'pulau' majlis tersebut. Khabarnya sepanduk menguar-uarkan kedatangan mereka berdua sudah pun dipasang dimerata tempat termasuk disebar dalam Fb. Menurut program asalnya Tengku Razaleigh dikhabarkan akan diarak menaiki kereta kuda di samping pertunjukkan tarik tali di antara gajah dengan bloger dan facebooker yang mendokong Ziyadi. Digumba sebanyak empat ekor gajah akan dibawa ke Bachok.