Selasa, 20 November 2012

Hutang Talam Mesti Dikutip Kerajaan Selangor


SHAH ALAM 20 NOV : Proses pengutipan hutang RM 392 juta daripada syarikat Talam Corporation harus dijalankan kerana ia boleh memberikan impak buruk kepada syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) sekiranya tidak dikutip.
Ini kerana, Talam, yang berhutang dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), menghadapi masalah kewangan yang serius.
Talam telah dikategorikan sebagai syarikat berstatus PN17 di antara September 2006 dan Jun 2010 kerana kegagalannya membuat bayaran bagi pinjaman dan bon.
Menurut laporan kertas putih tentang penstrukturan semula hutang Talam, proses tersebut bukan satu ‘bailout’ di mana wang awam dipakai untuk menyelamatkan sebuah syarikat yang sakit.
Ini kerana tiada sebarang bayaran sama ada dalam bentuk tunai atau barangan, diberikan kepada Talam untuk mengutip hutang tersebut.
Kerajaan Selangor hanya membelanjakan RM 420,000 sahaja dalam bentuk yuran perundangan dan faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

Selangor Buktikan Ketelusan, Beri Rakyat Akses Kertas Putih Talam, Status Penyusunan Air


SHAH ALAM, 20 NOV: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi membuktikan ketelusan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat dengan mendedahkan dua dokumen berkaitan dua isu yang menjadi bahan polemik Umno-BN.
Dokumen terbabit adalah Kertas Putih berhubung proses kutipan hutang syarikat Talam Corporation Bhd bernilai RM 392 juta yang diabaikan pentadbiran Umno-BN dahulu.
Selain itu, turut didedahkan kepada masyarakat umum, laporan status penstrukturan semula industri air Selangor.
Dua dokumen tersebut boleh diakses di laman web rasmi Kerajaan Negeri dan laman web Media Selangorku bermula esok.
Demikian menurut Abdul Khalid dalam sidang medianya di Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
Abdul Khalid memberitahu langkah tersebut diambil agar rakyat Selangor mengetahui situasi sebenar berkaitan dua isu itu.

BILLBOARD JANJI KERAMAT PAKATAN RAKYAT YANG MEMENINGKAN KEPALA NAJIB DAN UMNO SAMPAI NAIK ANGIN SATU BADAN...TERPACAK GAGAH DILEBUH RAYA PLUS!!!!!.


Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Utara sebelum R&R Behrang.

Janji PKR/PR dimana hari ini menang PRU dalam tempoh 24 jam harga petrol, disel dan gas cecair akan turun diseluruh negara.

Tak tahulah kalau boleh bertahan lama billboard ini berdiri gagah dilokasi sebab sudah pasti akan ada arahan dari UMNO kepada PLUS supaya billboard ini dicabut atau dirobohkan.

Yang pastinya hampir semua rakyat sudah tahu akan janji bakal ditepati PKR/PR ini..JANJI KERAMAT .

PAKATAN MENANG RAKYAT SENANG.

Musa Aman Dan Nazri Aziz Sudah Panas Punggung??


Ketua pendakwaraya awam Hong Kong hari ini menyatakan kesediaan beliau untuk membuka semula kes kontroversi yang melibatkan RM40 juta bahawa dakwaan kerajaan Malaysia adalah "derma politik" kepada Umno Sabah.

Kevin Zervos (gambar), Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong, memberitahu bahawa pihaknya akan memerlukan bukti baru untuk membuka semula kes itu.

Beliau berkata bahawa pejabat beliau dan Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) mengalu-alukan maklumat daripada sesiapa sahaja.

"Berhubung dengan kes ini, ia adalah lebih perkara bidang kuasa," katanya. "Bahan yang diperolehi dari Malaysia adalah bahawa ia adalah derma politik. Jika apa-apa perkembangan terbaru yang membuktikan bahawa ini ada kes, perkara itu pasti akan disiasat secara mendalam."

Mana-mana maklumat atau keterangan tambahan perlu dibawa kepada perhatian ICAC, katanya.

Tentera Israel tiada belas kasihan, kata rakyat Palestin


Sh4 KUALA LUMPUR - Saksi rakyat Palestin hari ini menceritakan pengalaman perit kehilangan orang kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah berkata: "Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan."
  
Salah Al Sammouni, 33, saksi pertama yang memberi keterangan pada pendengaran Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin, berkata askar Israel membunuh 21 anggota keluarganya termasuk anak perempuannya pada 5 Januari 2009, ketika menyerang kampungnya di Gaza.
  
"Pada hari berkenaan, 21 anggota keluarga saya mati di rumah yang sama pada masa yang sama," katanya menerusi penterjemah, dengan air mata berlinangan.
   

Jika Ikut Ajaran Allah, Kenapa Takut Dengan Doa Pas?

Oleh Shahbudin Husin
Doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.

Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.

Sementara Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah, menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya.

Sehingga kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas.

“Taikun” Malaysia (KRONI) Hutang RM134.84 bilion Dengan Bank Negara (BNM). YTL Paling Mewah!

Syarikat YTL Group Taikun Malaysia (KRONI) Hutang RM134.84 bilion Dengan Bank Negara (BNM). YTL Paling Mewah! RM134.84 bilion suatu angka yang cukup besar. Untung mereka. Berjaya mendapat hutang yang dijamin oleh kerajaan Malaysia untuk kepentingan & perniagaan mereka sendiri. Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari dan Kawalan dan Pemantauan menunjukkan di sini terdapat krisis yang melibatkan syarikat keluarga atau kroni yang meminjam terlalu besar daripada institusi kewangan.
Mengikut sejarah dana modal, dana harta diwujudkan supaya pengagihan kewangan itu lebih telus dan teratur, tidak hanya bidang kuat kuasa Menteri Kewangan atau Perdana Menteri semata.

Senarai KRONI Yang Hutang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) & Jumlah Hutang?

  1. YTL – Tan Sri Francis Yeoh – RM53.1 Billon.
  2. Kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar – RM34.3 Billon.
  3. Kumpulan Tan Sri Ananda Krisnan – RM18.4 Billon.
  4. Genting, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong- RM16.4 Billon
  5. Kumpulan Berjaya – Vincent Tan (Sekitar RM8 bilion)
  6. Lion Group, Tan Sri Willian Cheng- RM3.8 Billion
Sekaligus kalangan 6 orang taikun di Malaysia ini yang bukan terdiri daripada kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) merupakan kumpulan yang paling banyak berhutang iaitu sebanyak RM134.84 bilion atau 10 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.

Iktiraf pilihanraya Palestin 2006, HAMAS kerajaan sah

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER: Kerajaan Malaysia digesa mengiktiraf HAMAS sebagai kerajaan sah Palestin sebagaimana keputusan pilihanraya negara itu pada 2006.
Setiausaha Antrabangsa DAP, Liew Chin Tong dalam satu wawancara berkata, bahawa Amerika Syarikat dan komuniti antarabangsa seharusnya kembali kepada keputusan pilihanraya tahun 2006 dan mengiktiraf kerajaan yang dipilih warga Palestin.
Bagi beliau, pengiktirafan antarabangsa terhadap kerajaan sah pimpinan HAMAS itu akan memberi ruang dan peluang kepada Palestin untuk wujud sebagai negara yang berdaulat serta membolehkan solusi dua negara beroperasi.
Bercakap selepas sidang tergempar Dewan Rakyat yang mengecam serangan Israel terhadap wilayah Gaza di Palestin, Chin Tong berkata, pengiktirafan terhadap HAMAS sebagai kerajaan sah Palestin adalah penting supaya HAMAS tidak lagi dilayan seolah-olah sebuah kumpulan pengganas.

Salah laku polis: Cabar Hishammuddin berdebat

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER: Respon lemah Menteri Dalam Negeri dalam isu salah laku polis yang terbaru dituduh merogol wanita warga Indonesia memperlihatkan kelemahan Datuk  Seri Hishamuddin Hussein dalam menangani dan memperbaiki imej polis.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam kenyataannya kepada media hari ini mencabar Hishammuddin untuk berdebat secara terbuka mengenai masalah berkaitan keselamatan awam dan salah laku polis terhadap orang awam dan tahanan.
Beliau melontarkan cabaran itu lantaran kes salah laku polis yang kian menular membabitkan kematian, kes rogol serta kekerasan terhadap tahanan polis.
Menurut Gobind, Menteri Dalam Negeri sekadar boleh memberi respon bahawa kerajaan hanya dapat membawa anggota polis yang dituduh merogol waga Indonesia terbabit ke muka pengadilan dan tidak ada tindakan lain yang boleh diambil.
Gobind berkata, Menteri Dalam Negeri seharusnya belajar daripada kes Teoh Beng Hock, Kugan dan Ahmad Sarbani Mohamed yang mati ketika dalam kawalan pihak berkuasa yang jelas menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem dan langkah yang digunapakai di balai polis serta tempat tahanan dipertikai.

Al Jazeera's Nicole Johnston reports from Gaza

MP PAS Shah Alam Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pengangkutan

Isu AES: MP Putatan/Shah Alam Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pengangkutan

Isu AES: Batu Gajah / Shah Alam Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pengangkutan

Isu AES: MP PAS Pokok Sena Bahas peruntukan 2013 Kementerian Pengangkutan

Dokumentari Khas : Tangisan GAZA

Anwar gesa Menteri Luar ke Gaza nyatakan sokongan

KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mewakili Malaysia untuk ke semenanjung Gaza bagi menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul mengutuk kekejaman Israel ke atas Palestin berhubung serangan terbaru regim itu terhadap Semenanjung Gaza.
“Ada perkembangan positif akhir-akhir ini iaitu ketegasan Liga Arab serta negara demokrasi baru, terutama Tunisia, Mesir dan Turki yang ambil langkah cukup berani (membantah serangan).

Anwar: Israel takkan berani serang Gaza tanpa restu AS

KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Parlimen Malaysia mendesak Amerika Syarikat (AS) menghalang Israel dari terus melakukan pembunuhan terhadap warga Palestin di semenanjung Gaza. “Israel tidak mungkin berani bertindak tanpa restu dan persetujuan AS. Maka wajar Dewan (Rakyat) turut gesa agar AS ambil pendirian lebih wajar dan adil,” katanya ketika membahaskan usul tergempar bagi mengutuk serangan terbaru Israel ke atas Palestin, hari ini.
Merujuk laman berita CBSnews.com semalam, Barack Obama dalam sidang media di Bangkok berkata ‘Israel berhak untuk mempertahankan dirinya’.
“Kami menyokong sepenuhnya hak Israel untuk mempertahankan diri dari roket-roket yang mendarat di rumah-rumah warganya,” kata Obama dipetik.
Justeru, tegas Anwar, Malaysia wajib memberi tekanan berterusan kepada AS dan tidak mengehadkan bantahan hanya sepanjang serangan terbaru regim Israel ke atas semenanjung Gaza.
“Saya tak melihat ia disentuh. Walaupun Menteri rujuk khusus kepada (serangan) mutakhir. Saya bimbang kalau diketepikan kezaliman lebih besar Israel dalam penaklukan di wilayah Arab terutama bumi Palestin.
“Ia tidak beri gambaran tentang ‘politics of dispossession’ (pengusiran). Masalahnya pengusiran, tanah milik rakyat Palestin dirampas kemudian disahkan kerana tiada tekanan yang kuat.

Anwar: Malaysia mesti tindak tamatkan konflik Rohingya


Datuk Seri Anwar Ibrahim PEMBUNUHAN kaum Muslim Rohingya di Myanmar yang berlaku semenjak bulan Jun tahun ini masih tiada berkesudahan meskipun menghadapi tentangan masyarakat antarabangsa, dan telah menyebabkan kematian hampir 200 orang Rohingya dan seramai 110,000 tiada tempat berlindung. Penyembelihan secara sistematik ini telah dijalankan dengan bantuan kerajaan Myanmar menerusi tentera mereka, dan serangan terkini yang telah berlaku pada bulan Oktober telah menjadikan krisis tersebut semakin parah.

Dalam kenyataan media bertarikh 14 Ogos tahun ini, Pakatan Rakyat telah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memainkan peranan dalam menghentikan serangan terhadap kaum Rohingya, lebih-lebih lagi sebagai seorang pemimpin Muslim di dalam Asean, namun senarai tindakan itu tidak dijalankan. Kami menyesali kelengahan Datuk Seri Najib, lebih-lebih lagi apabila hubungan diplomatik antara Myanmar dan Malaysia sudah lama terbentuk hasil usaha Malaysia membawa Myanmar ke dalam Asean.

Suee Lim : Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta


SHAH ALAM 20 NOV : Kes pemilikan tanah di Selangor oleh parti komponen Umno-BN akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa terdapat penyalahgunaan kuasa.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata tanah tersebut melibatkan 23 kawasan di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN.
Ia melibatkan parti komponen dan pemimpin Umno-BN termasuk Umno, MCA, MIC dan Gerakan di mana parti-parti tersebut hanya dikenakan bayaran premium RM 1 satu meter persegi.
Katanya, semua kawasan tersebut melibatkan nilai lebih
RM 20 juta dengan saiz setiap lot antara satu hingga tujuh ekar yang mana Umno menerima 14 kawasan, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).
“Kes ini wujud elemen salahguna kuasa dan bagaimana ia diluluskan, kenapa untuk Umno-BN, kita akan minta perkara ini disiasat.

Untuk menang ‘perang’, musuh mesti dihancurkan

Azhar Yahya,
Doa untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.
Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan. Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.

Dasar Umno BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno BN selama ini. Umno BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.

Jangan polemikkan isu jawatan PM – Mustafa


KUALA LUMPUR: Isu siapa menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti tidak perlu dijadikan polemik di kalangan pemimpin dan penyokong PR, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Menjawab polemik isu jawatan Perdana Menteri yang ditimbulkan sejak tamatnya Muktamar Tahunan PAS ke-58, Mustafa mengingatkan semua pihak bahawa perkara tersebut hanya satu perbahasan di dalam muktamar.

“Maka tiada keperluan sebenarnya untuk media memainkan perkara ini kerana ia bukan sebahagian daripada usul muktamar,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Tegasnya, cadangan supaya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri hanyalah luahan sayang para pewakilan PAS kepada Abdul Hadi, yang dianggap bapa yang dihormati dan disanjungi ketika perbahasan di muktamar PAS.

Doa 'KO BN': Umno Kelantan buat laporan polis


Keratan Sinar Harian Isnin KOTA BHARU - Umno Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa Umno sebuah parti murtad.
  
Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.
  
Ketua Wanita Umno Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.
  

Doa hancur Umno demi selamatkan agama dan negara

Tok Janggut,
Pada mulanya tersentak juga penulis apabila membaca kenyataan beberapa pihak akan doa yang dibaca dalam solat hajat anjuran PAS di Kelantan baru-baru ini. Antara yang didoakan ialah minta agar Allah tumbang dan hancurkan Umno kerana kezaliman yang lakukan sudah sampai ke kemuncaknya tanpa boleh dinasihat atau sudah tidak nampak tanda-tanda yang Umno ini akan insaf dan kembali ke jalan Allah dan Rasul.

Tidak timbul PAS mendoakan kehancuran kepada saudara seagama denganya. PAS hanya berdoa terhadap orang yang zalim dan PAS adalah golongan yang dizalimi dan ditindas selama ini. Bukankah Nabi pernah bersabda “takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa mereka tidak ada hijab dengan Allah”. Hal ini bermakna jika kita dizalimi, kita boleh berdoa kepada Allah untuk dihancurkan golongan zalim itu demi untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran kita.

Islam tidak pernah membenarkan kita melakukan kezaliaman sesama sendiri hatta dengan orang bukan Islam pun kita dilarang melakukan kezaliman.  Tetapi Umno tidak peduli semua itu, apatah lagi mereka sentiasa dibela dan dipertahankan oleh ulama upahan, puak mufti dan tok guru mereka sedangkan  golongan agama mereka ini tidak pernah pun dilihat menegur Umno melakukan kezaliman dan penindasan terutamanya terhadap PAS dengan merampas royalti dan menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang meyokong PAS.

Anak Penasihat Petronas dapat "anugerah projek" diseret ke SPRM


KOTA BHARU: Gara-gara anak Penasihat Petronas mendapat anugerah projek carigali bernilai ratusan juta di perairan Kelantan, kumpulan anak-anak muda di sini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SapuraKencana yang ada kaitan dengan Datuk Mokhzani Mahathir dikatakan mendapat projek bernilai RM835.8 juta daripada Petronas Carigali Sdn Bhd dan HESS Exploration and Production Malaysia BV.

Anak bekas perdana menteri itu merupakan Naib Pengerusi SapuraKencana.

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti - R) mengesyaki wujud unsur-unsur tidak sihat di atas anugerah projek terbabit.

Presidennya, Nazri Deraman berkata, R merujuk laporan kenyataan media Petronas yang menyebut Tun Dr Mahathir merupakan penasihat Petronas sehingga sekarang.

Kata beliau projek berkenaan membabitkan pengeluaran gas dari Medan Bunga Kamelia dan Blok PM301 yang terletak 150 km dari pantai Kelantan.

Kase buka kaunter AES di Pejabat Agung PAS esok

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan membuka kaunter penerimaan saman AES, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut esok.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata kaunter penerimaan saman AES itu dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang.

"Kita seru orang kena saman (OKS) untuk hadir bertemu peguam kita dan bawa sekali surat saman AES yang diterima mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Naib Presiden PAS itu lagi, Kase sedia memberi khidmat guaman percuma kepada semua OKS termasuk yang memandu kenderaan persendirian, kenderaan awam, lori, bas, kereta sewa kenderaanagensi kerajaan.

Justeru katanya, semua pihak yang menerima surat saman AES dialu-alukan untuk hadir bagi bertemu dan mendapat khidmat nasihat dari pasukan peguam Kase esok.

Menteri: Harga kamera had laju polis RM23.5j

Walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudahpun dilaksanakan, polis masih menggunakan kamera perangkap laju yang berharga lebih RM23.5 juta.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kamera perangkap had laju itu berharga di antara RM173,000 hingga RM220,000 setiap satu.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan lisan MP Jerai, Mohd Firdaus bin Jaafar, Hishammuddin menjelaskan kamera itu dibekalkan secara berperingkat kepada PDRM sejak tahun1995.

Kamera yang dibekalkan itu terbahagi kepada dua jenis – model laser Digicam sebanyak 85 unit berharga RM173,925 seunit dan model laser Truecam sebanyak 39 unit berharga RM223,500 seunit, kata Hisham dalam jawapan bertulisnya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop sebelum ini dilaporkan berkata sistem kamera perangkap had laju PDRM masih diteruskan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan di jalan raya.

Menurutnya, kerajaan tidak bercadang memansuhkan sistem itu walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dilaksana.

Pakatan dedah ‘Projek Sapu Tanah’ BN di Selangor, akan bawa ke SPRM

SHAH ALAM, 20 Nov — Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini mendedahkan berlakunya “projek sapu tanah” oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor yang melibatkan 23 keping tanah yang mempunyai keluasan 33.5 ekar di negeri berkenaan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, tanah-tanah dengan keluasan satu hingga tujuh ekar itu dianggarkan bernilai lebih daripada RM 20 juta, dan merupakan tanah yang bernilai tinggi kerana merupakan tanah untuk tujuan perniagaan komersial, rumah kedai, dan bangunan perniagaan.
“Ada 24 keping tanah di seluruh Selangor yang dimohon bukan sahaja oleh Umno, tetapi juga kesemua parti komponen BN seperti MCA, MIC, termasuk Gerakan.
“Daripada jumlah itu, 14 dimiliki Umno, lima milik MCA, tiga milik MIC, dan satu milik Gerakan,” kata Adun Sekinchan itu ketika sidang media di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Anwar Ibrahim Sokong Usul Mengecam Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

10 Resolusi Mengecam Serangan Israel Ke Atas Rakyat Palestin

Tok Ki Det calun Karpal sajalah jadi PM - Saksikan Kemusnahan Umno Depan Mata..!!!

Isu Kondo: MP PKR gesa timbang semula projek

Anwar Ibrahim: Saya Ucap "Salute" Kepada Anak-Anak Muda Yang Bangkit Bersama-Sama

Anwar Ibrahim: Kita Harus Bantah Sekeras-Kerasnya Kezaliman & Kebiadaban Israel Yang Beterusan

PAS: AES using vehicles with JPJ logo to install cameras

Israel lets Egypt give peace a chance in Gaza

Al Jazeera's Peter Greste in Cairo explores Gaza diplomatic routes

Talk of a ceasefire gathers momentum

MB : Teliti Kelulusan Projek Kondo Batu Caves Sebelum Ambil Keputusan

The latest report from Al Jazeera's Nisreen El-Shamayleh in Jerusalem

MP PAS Kuala Selangor Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber

MP DAP Teluk Intan Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber

MB RM300 Juta Geran Selangorku Boleh Diguna Tanpa Kelulusan DNS

Belanjawan 2013 Konsep Value For Money Tingkatkan Hasil Negeri

Belanjawan 2013 Konsep Value For Money Tingkatkan Hasil Negeri

UN chief Ban Ki Moon calls for immediate Gaza-Israel ceasefire

Al Jazeera's Nadim Baba has the latest from Gaza

Al Jazeera's Nicole Johnston has the latest from Gaza

A quiet night in Gaza amid talk of a ceasefire

Pasca muktamar: PAS wajar menilai diri

Kedudukan semasa PAS dalam Pakatan Rakyat tidak membolehkan sama sekali Presiden PAS untuk menjadi Perdana Menteri.
PETALING JAYA: Secara realiti tidak mungkin Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat selepas pilihanraya umum ke 13..
Kedudukan semasa PAS dalam Pakatan Rakyat tidak membolehkan sama sekali  Presiden PAS untuk menjadi Perdana Menteri.
Kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum 2008 ialah 77 tetapi lima daripadanya telah menjadi wakil Bebas.
PAS hanya menang 24 kerusi berbanding PKR 31 dan DAP 24. Ini bermakna PAS paling kurang kerusi Parlimen dalam Pakatan Rakyat.
Abdul Hadi ditolak oleh DAP, ditolak PKR dan juga ditolak oleh sebahagian pemimpin pro Anwar dalam PAS sendiri.
Sama ada Presiden PAS itu menolak jawatan itu, ia satu perkara yang lain.
Berdasarkan ucapan Presiden PAS di muktamar parti Ahad lalu,  beliau mengalu-alukan cadangan untuk melantiknnya sebagai Perdana Menteri.
Cuma beliau mengingatkan ahli dan para penyokong PAS supaya tidak terlalu terburu-buru.
Abdul Hadi mengaitkannya dengan pengalamannya pergi memancing dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Peruntukan RM81.8 Juta Untuk Laksana MARRIS

SHAH ALAM 20 NOV : Sehingga Oktober lalu, sejumlah RM81.8 juta dibelanjakan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Program Geran Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
Jumlah ini, menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meliputi 1, 141 projek yang disenaraikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah Tanah sepanjang tahun ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Balakong, Yap Lum Chin berkenaan Program MARRIS dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pagi tadi.
Mengulas lanjut, Menteri Besar memaklumkan Kerajaan Negeri mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan Program MARRIS dapat dijalankan dengan efektif dan bermutu.
“Kerajaan Negeri menetapkan penglibatan Adun untuk mengenalpasti dan mengemukakan projek-projek penyelenggaraan jalan, dengan perbincangan diadakan bersama PBT untuk dilaksanakan.
“Kaedah ini membolehkan Adun mengawal selia peruntukan di samping mengelakkan penyelewengan,” jelas beliau yang juga Adun Ijok.

Muslimat kemuka 31 calon berpotensi

KOTA BHARU: Muslimat berharap status quo kerusi yang sedia ada dikekalkan, di samping mengharap ada pertambahan calon mewakili muslimat di setiap negeri.

“Kita juga berharap dapat mengekalkan kedudukan sekarang. Muslimat telah menyerah 31 nama mengikut negeri-negeri untuk pertimbangan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama.

“Muslimat berharap sekurang-kurangnya diberi satu kerusi Parlimen dan satu kerusi Dun di setiap negeri,” kata ketuanya Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini bermakna 14 negeri termasuk Sabah dan Sarawak akan ditampilkan calon muslimat.

Kata beliau usaha itu dilakukan bagi membolehkan suara muslimat berada di peringkat penggubal dasar sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.

Kerajaan digesa henti promosi produk berkait Israel

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengesa agar kerajaan bertegas terhadap produk-produk yang mempunyai hubungkait dengan Israel.

Menurutnya yang juga Naib Presiden PAS, parlimen perlu meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) agar tidak mempromosikan produk berkait Israel demi menjaga kepentingan dan perasaan umat Islam.

"Adakah parlimen boleh meminta MITI agar tidak mempromosikan barangan Israel yang mana kita tahu banyak barangan mereka masuk ke negara ini.

"Parlimen harus bertegas kepada MITI kerana ini adalah ingin menjaga kepentingan dan perasaan umat Islam di negara ini mahupun di Palestin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah penggulungan usul keganasan Israel di Gaza oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini.

Kase lapor polis pengendali AES menyamar penjawat awam


 KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) hari ini membuat laporan polis berhubung dengan tindakan dua syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang telah menyamar sebagai penjawat awam.

Laporan polis terhadap syarikat tersebut dibuat secara berasingan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan juga Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

Menurut Mahfuz, laporan ini dibuat apabila dua syarikat pengendali kamera AES telah bertindak menyamar sebagai penjawat awam iaitu dengan mewarnakan kenderaan milik syarikat dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Saya mengesyaki kedua-dua syarikat tersebut telah melakukan kesalahan yang amat serius apabila menyamar sebagai penjawat awam dengan mewarnakan kenderaa milik mereka menyerupai warna kenderaan JPJ.

"Mereka melakukan penyamaran ini sewaktu mengendali kamera mobile AES di beberapa lokasi," jelasnya.

Kenali Komander Elit Hamas.. Briged Al-Qassam


Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ". Jika di Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan Israel dengan Shayetet 13.

Manakala Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

Kertas Putih Isu Air: Kerajaan Pusat Enggan Beri Kerjasama Punca Penstrukturan Air Gagal


SHAH ALAM 20 NOV : Penstrukturan semula air di Selangor sehingga kini tidak dapat direalisasikan kerana Kerajaan Pusat enggan turut serta dalam pengambilalihan syarikat konsesi yang bertanggungjawab terhadap operasi industri air di negeri ini.
Ini berlaku walaupun Kerajaan Pusat mempunyai kuasa eksekutif untuk memutuskan pengambilalihan industri air mengikut Seksyen 3 (1) Akta Industri dan Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).
Keengganan tersebut membantutkan usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat menikmati perkhidmatan air yang cekap pada kadar tarif yang munasabah.
Rumusan tersebut dinyatakan di dalam Ringkasan Laporan Status Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air.
Laporan tersebut disediakan oleh Unit Perancanga Ekonomi Selangor dan diedarkan hari ini di Dewan Negeri Selangor.

Isytihar Israel pengganas, Hamas kerajaan sah


KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia didesak mengambil tindakan proaktif dan bertegas dengan Israel dalam usaha mengecam tindakan zalim Israel ke atas Palestin. Malah, beberapa pindaan dan cadangan terhadap usul yang dibawakan Perdana Menteri mengenai isu tersebut perlu dilakukan segera bagi menyatakan sokongan padu kepada Palestin.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar, menegaskan kerajaan perlu memutuskan semua bentuk hubungan kerajaan dengan Israel, termasuk menjual minyak sawit kepada Israel.
Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Hubungan Luar dan Antarabangsa PAS Pusat, berkata parlimen juga perlu mengisytiharkan Hamas sebagai kerajaan yang sah setelah dipilih rakyat.

PAS: AES guna kenderaan berlogo JPJ pasang kamera


 
PAS membuat laporan polis terhadap kontraktor AES kerana didakwa menggunakan kenderaan dengan warna dan logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memasang kamera di pelbagai lokasi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini.

Mereka masing-masing membuat laporan yang mendakwa bahawa dua kenderaan, satu didaftarkan kepada Ates Sdn Bhd dan satu lagi berdaftar kepada Preferred Synergy Sdn Bhd, telah dirakam gambarnya yang mengguna warna dan logo JPJ.

Hutang Talam bukan ‘bailout’

KPMG yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang-hutang Talam turut berpandangan keputusan kerajaan negeri ini adalah bijak. 

Sidang DUN Selangor
SHAH ALAM: Pelunasan hutang-hutang Talam Corporation Berhad (Talam) bukan satu usaha penyelamat (bailout) tetapi merupakan satu keputusan komersil yang bijak.
Demikian menurut laporan kertas putih yang diedarkan kepada pihak media ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bersidang di sini pagi ini.
Menurut laporan itu, pelunasan menerusi Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA) dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Selangor mampu mengutip semula hutang-hutang Talam.
KPMG Transaction dan Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang menjalankan pemeriksaan bebas terhadap usaha pungutan semula hutang- hutang Talam turut berpandangan keputusan kerajaan negeri melengkapkan GSA ini adalah bijak.

Pemandu Perlahan Juga Boleh Jadi Mangsa AES


SHAH ALAM, 20 NOV: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) didakwa tidak tepat dalam mengesan kenderaan yang melebih had laju kerana ia boleh menyebabkan kenderaan yang tidak melebihi had laju juga disaman.
Ini kerana kamera AES yang statik akan menyebabkannya merakam kenderaan yang tidak melebihi had laju yang kebetulan berada di hadapan kamera secara serentak dengan kenderaan lain yang laju.
Dakwaan tersebut dibuat Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu semalam.
Ronnie berkata beliau mengetahuinya melalui kajian yang dilakukan baru-baru ini termasuk membuat rakaman video di salah satu tapak kamera AES yang ada di Selangor baru-baru ini.
“Ia bukan macam kamera yang dikendalikan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) atau polis trafik yang boleh terus tembak kepada kenderaan yang dipandu laju, tetapi AES ia statik.

Isu air: Selangor cadang k’jaan Pusat rujuk badan antarabangsa

SHAH ALAM 20 NOVEMBER: Selangor mencadangkan kerajaan Pusat merujuk nilai tawaran pengambilalihan syarikat konsesi air kepada Badan Timbang Tara Antarabangsa untuk menentukan nilai terbaik dan adil.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok itu, nilai yang ditawarkan termasuk aset, ekuiti dan liabiliti termasuk bon yang ditanggung konsesi
“Saya telah tawarkan RM5,709 juta pada 2009, RM9,218 juta dan RM9,277 pada 2010, namun syarikat konsesi menolak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Tambah Khalid, tidak wajar untuk membayar pampasan terlampau tinggi kepada pemegang saham kerana syarikat itu telah beroperasi sehingga mengaut pulangan modal serta keuntungan dalam bentuk dividen.

Gaza: Lebih 100 maut serangan Israel


Israel bom pejabat PM Palestin
Anggota bomba Palestin berusaha memadam api selepas serangan udara Israel di Gaza City, baru- baru ini. - Foto ihsan Reuters
 
GAZA CITY - Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh di Semenanjung Gaza selepas enam hari Israel menyerang dan meneruskan pengeboman dengan alasan serangan dilakukan untuk menghentikan  serangan roket ke Israel.

Kematian semalam termasuk melibatkan komander kumpulan militan Jihad Islam.

Lebih 100 roket dilancarkan ke Israel semalam tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan selain tiga kematian melibatkan penduduk Israel minggu lepas.

Kabinet Israel mengadakan perbincangan berhubung syor gencatan senjata dibawa Mesir.

Pakatan sokong usul Gaza, gesa ketegasan Malaysia

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyatakan sokongan ke atas usul yang dibentangkan berkaitan serangan Israel, tetapi menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas bagi melindungi kepentingan rakyat Palestin di Gaza.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan negara-negara lain wajar mengambil langkah melawat dan menghadirkan diri di Gaza dan kawasan berdekatan untuk menegaskan inisiatif-inisiatif diambil.

Menurutnya, kerajaan juga perlu  memperluaskan skop bukan hanya mengecam Israel, tetapi memberi tekanan ke atas Amerika Syarikat kerana negara itu memberi bantuan dan sokongan kepada Israel secara berterusan.

"Itu (Gaza) hanya cebisan daripada kekejaman Israel, memang Israel itu pengganas, saya sokong tapi kerajaan perlu ambil langkah lain.

"Saya gesa kerajaan bukan hanya kecam Israel tapi bagi tekanan," kata beliau yang juga Ketua Umum PKR ketika membahaskan usul dibentangkan di  Parlimen hari ini.

Morsi's Gaza dilemma hits home

Rafizi to meet HK's anti-corruption officials tomorrow

Ibrahim Ali atau Hasan Ali pun boleh menjadi Perdana Menteri

Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM:  TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih di perbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM.  Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.
Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.
Ini merupakan kali pertama yang rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang ini. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-dua nya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.

PKNS Rancang Bina 9,481 Rumah Mampu Milik Bagi 2014 – 2018


SHAH ALAM 20 NOV : Sebanyak 9,481 unit rumah mampu milik lagi di seluruh negeri dirancang untuk dilaksanakan bagi tempoh 2014 hingga 2018 oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad berkata unit rumah itu akan dibina antaranya di Kota Puteri, Hulu Selangor, Antara Gapi dan Shah Alam.
Manakala bagi tempoh 2010 hingga 2013 sebanyak 1,215 unit rumah mampu milik sudah dibangunkan dan sedang dibangunkan.
“Empat projek sudah diadakan perbincangan dan kini sudah masuk ke permohonan kebenaran merancang,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor(DNS) penggal kedua belas ketika menjawab pertanyaan Adun Tertai Jenice Lee.
Iskandar menambah Kerajaan Negeri turut menggalakkan pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik.

Selangor Minta Ketua Audit Negara Kaji Geran Selangorku

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri Selangor meminta Ketua Audit Negara membuat penyelidikan terhadap Geran Selangorku bagi membandingkannya dengan geran-geran negeri lain.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan usaha tersebut pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.
“Dengan cara ini kita dapat tingkatkan lagi tatacara perlaksanaannya,” ujar Abdul Khalid.
Dalam sidang media semalam, Abdul Khalid berkata hampir RM 200 juta dari RM 300 juta jumlah keseluruhan Geran Selangorku (GSK) telah digunakan dan bakinya masih boleh digunakan pada tahun 2013 tanpa perlu kelulusan DNS.
GSK merupakan sebuah geran untuk membiayai projek infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh Selangor seperti jalan raya dan lampu jalan kampung, baikpulih masjid dan gelanggang sukan.
Dana untuk GSK diperolehi daripada pengutipan hutang Talam Corporation RM 392 juta serta penstrukturan semula Canal City.

Senjata yang ada pada PAS mohon doa kepada Allah


KUALA LUMPUR: Senjata yang ada kepada PAS ialah memohon doa kepada Allah supaya Allah membalas dengan setimpal atas kejahatan yang dilakukan oleh Umno, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Justeru, beliau mempersoalkan kenapa pemimpin Umno bising dengan doa untuk menghancurkan parti itu, tetapi diam membisu ketika Umno Terengganu pimpinan Datuk Seri Ahmad Said mengadakan Wacana PAS Parti Ajaran Sesat, pada 11 April  2012 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam Terengganu.

“Atas asas apa PAS dituduh ajaran sesat. Ayat al-Quran mana yang PAS menyeleweng?

“Layakkah PAS dilabel sebagai menganut ajaran sesat, semata-mata kerana hendak memperjuangkan Islam di negara ini?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Gambar ini buktikan kebenaran Al Quran tentang kebaculan Israel

Miracle in the Quran proving the cowards of Israel.

لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعاً إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاء جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعاً وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ

PAS gesa pulau ekonomi, media pro Israel


KUALA LUMPUR: PAS berpendirian, sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan sidang tergempar berhubung serangan terbaru Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza.

Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat ketika berbahas menyokong usul mengecam tindakan keganasan Israel yang melancarkan serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi “Pillar of Defence”, 14 November lalu ke atas Wilayah Palestin di Gaza meliputi pengeboman dan serangan udara dan laut.

"Sudah tiba masanya Malaysia memainkan peranan yang pro aktif dalam menangani isu ini khususnya melalui OIC untuk mengadakan sidang tergempar mempengaruhi rakan-rakan OIC dan rakan-rakan negara Arab.

Kerajaan pusat ada kuasa batal projek kondo Batu Caves, kata exco

SHAH ALAM, 20 Nov — Kerajaan Pusat memiliki kuasa penuh untuk membatalkan pembangunan projek kondominium 29 tingkat di kawasan keagamaan Kompleks Batu Caves, kata Ronnie Liu.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian, dan Penyelidikan itu ketika sesi sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja mengelirukan orang ramai apabila menjanjikan untuk membatalkan projek tersebut jika berjaya menawan Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke 13, sedangkan mereka mempunyai kuasa penuh dan kaedah membatalkan projek tersebut.
“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan menteri mempunyai kuasa penuh menarik balik lesen pemaju ... membatalkan permit penjualan dan pengiklanan.
“Jadi mereka cuba mengelirukan orang ramai. Kalau mereka jujur dan ikhlas nak batalkan projek itu, mereka ada caranya,” kata Ronnie menjawab soalan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.
Najib dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat India kepada BN telah membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Umno pun tak berdoa supaya PAS kuat


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan tampil membalas mainan media terhadap isu doa kehancuran Umno BN di Himpunan Kebangkitan Rakyat sempena Muktamar Pas ke-58, Jumaat lalu.
 
“Isu doa tak perlu jadi polemik. Kita harus beza doa kepada manusia dengan badan atau negara. Doa agar Umno tumbang, lemah dan lain-lain tidak bercanggah dengan syarak,” tegas Tuan Ibrahim dalam satu tulisan di Facebooknya.

Tuan Ibrahim juga menyindir apakah orang mengharapkan PAS nak doa agar Umno menjadi kuat.

“Takkan PAS nak doa agar Umno kuat, Umno pun tak doa PAS agar kuat,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Apapun, kata Tuan Ibrahim, PAS sentiasa mendoakan ahli Umno dan lainnya agar semua diberi petunjuk dan hidayah.

Himpunan bantah AES di Parlimen, desak batal semua saman

KUALA LUMPUR 20 NOVEMBER:  NGO Bantah AES mendesak kerajaan membatalkan serta-merta saman trafik yang dikeluarkan sistem penguatkuasaan automatik (AES).
“Saman AES tidak boleh dilaksanakan dengan keadaan seperti ini, dengan menekan rakyat. Batalkan kamera yang akan dipasang serta 14 kamera yang telah dipasang,” kata penyelaras Bantah AES, Saifullah Zulkifli.
Beliau yang juga Exco Angkatan Muda KEADILAN mempertikaikan penswastaan sistem itu kepada dua syarikat kroni Umno-BN dengan alasan ‘langkah kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya’.
“Terbukti dua syarikat (pengendali AES) ada hubungan rapat dengan Umno-BN seperti didedahkan di Parlimen sebelum ini,” tegasnya.
Terdahulu, kira-kira 30 aktivis Bantah AES berhimpun di depan bangunan Parlimen pagi ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengangkutan.

Tiada dana awam digunakan untuk selesaikan hutang Talam, kata kerajaan Selangor

SHAH ALAM, 20 Nov — Kerajaan negeri Selangor hari ini menafikan penyelesaian hutang Talam Corporation Berhad adalah satu “tindakan penyelamat” dan menegaskan tidak ada sebarang dana awam diberikan kepada syarikat tersebut.
Beradasarkan kertas putih yang diedarkan ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, kerajaan Selangor menegaskan, hanya sejumlah RM420,000 digunakan bagi tujuan itu, yang mana sebahagian besarnya hanyalah untuk yuran perundangan dan faedah dikenakan bank.
“Ini bukan satu ‘bailout’, kerana tiada sebarang bayaran sama ada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanya,” kata kertas putih yang turut diedarkan kepada ADUN dan pemberita itu.
“Pelunasan hutang-hutang Talam menerusi (Perjanjian Pelunasan Menyeluruh) GSA dilaksanakan bagi memastikan anak-anak syarikat kerajaan negeri (GLC) mampu mengutip hutang Talam,” kata kertas putih berkenaan.
Firma audit daripada KPMG Transaction and Restructuring Sdn Bhd turut menyatakan tiga langkah yang perlu diambil oleh kerajaan negeri dalam kertas putih tersebut.
Selain mengejar baki daripada RM500 juta  yang dipertikaikan Talam, KPMG turut mencadangkan agar Menteri Besar Incorporated (MBI) menyelesaikan Perjanjian Jual Beli dan mengutip hasil jualan daripada lima tanah tersebut.
Antara tanah-tanah yang dinyatakan dalam kertas putih berkenaan adalah tanah di kawasan Bukit Beruntung, Bestari Jaya, Danau Putra, Bukit Jalil dan Ulu Yam.
KPMG turut mencadangkan kerajaan Selangor untuk menyemak harga pasaran semasa berdasarkan Pelepasan Aset bagi memastikan nilainya selari dengan harga pasaran.

PKR akan melobi penggubal undang-undang HK untuk buka semula siasatan rasuah Musa

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Di halang daripada bercakap di Parlimen, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli akan mengetuai delegasi empat orang ke Hong Kong esok untuk mendesak Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) untuk membuka semula siasatan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman.
Rafizi (gambar) menjelaskan bahawa satu-satunya cara untuk membuka semula kes itu adalah oleh meyakinkan penggubal undang-undang Hong Kong bahawa kes ini akan memberi kesan terhadap imej ICAC, agensi anti-rasuah yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata penggubal undang-undang boleh membantu kempen PKR untuk memastikan bahawa kes itu akan disemak semula.
“Kami dinasihatkan mengambil kes ini dari perspektif untuk mengekalkan reputasi ICAC, kes itu boleh dibawa oleh ahli-ahli majlis perundangan di Hong Kong sebagai kempen.
“Ahli-ahli boleh bercakap kepada ICAC dan kajian jawatankuasa untuk menyemak kembali kes ini supaya nama agensi tidak disalahgunakan di luar negara,” katanya pada sidang akhbar disini.
Selepas menulis kepada semua 70 ahli majlis perundangan di Hong Kong, Rafizi berkata empat pihak dari kem pro-demokrasi atau pan-demokrat telah menyatakan minat dalam kes itu dan bersetuju untuk bertemu dengan delegasi PKR.

Today in History for November 20th

Israeli airstrikes continue to pound Gaza

Gaza : MP PAS Tumpat Bahas Usul Membantah Serangan Ketenteraan Israel

Gaza : MP PAS Marang Bahas Usul Membantah Serangan Ketenteraan Israel

Gaza : MP DAP Ipoh Timur Bahas Usul Membantah Serangan Ketenteraan Israel

Gaza : Ketua Pembangkang Bahas Usul Membantah Serangan Ketenteraan Israel

Che'gu Bard - FAKTA !!! Malaysia Menghantar Minyak Sawit TERUS Ke ISRAEL LAKNATULLAH !!!..

Sebab Ustaz Guna Perkataan BODOH - Ustaz Azhar Idrus

Melayu Islam TAPI Tentang Hukum Agama - Ustaz Azhar Idrus

Cara Kawan Ustaz Belajar Agama - Ustaz Azhar Idrus

(Eksklusif) Pengalaman Ustaz Belajar Agama - Ustaz Azhar Idrus

Intro Ustaz Sayang Anda - Ustaz Azhar Idrus

(FULL) JKK Naik Pentas Bersama Ustaz Azhar Idrus

Pelunasan hutang Talam keputusan komersil yang bijak - Kertas Putih

SHAH ALAM: KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (“KPMG”) yang membuat audit terhadap pelunasan hutang-hutang Talam mendapati ia satu keputusan komersil yang bijak.

Ini juga bukan satu “bailout” kerana tiada sebarang bayaran samada dalam bentuk tunai atau barangan pernah diberikan kepada Talam untuk mendapatkan tanah atau hartanahnya.

"KPMG berpandangan bahawa keputusan Kerajaan Negeri untuk memulakan dan melengkapkan Perjanjian Pelunasan Menyeluruh (GSA)  merupakan keputusan komersil yang bijak," kata kertas putih yang dibentang kepada kerajaan negeri Selangor hari ini.

Kertas putih ini disediakan oleh KPMG, sebuah firma oudit yang bertauliah, selepas dilantik oleh kerajaan untuk menilai pelunasan hutang-hutang Talam.

Berikut adalah ringkasan Kertas Putih yang disediakan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor.

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam