Isnin, 19 November 2012

7 hari lagi untuk BN roboh kamera haram di S’ngor

KUALA LUMPUR 19 November: Kementerian Pengangkutan hanya ada tujuh hari sahaja lagi untuk menanggalkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di Selangor, sejak perintah itu dikuatkuasakan kerajaan negeri Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya.
Menurutnya, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada PBT.
Justeru, beliau bertegas akan mengarahkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk merobohkan kamera tersebut sekiranya kontraktor berkenaan gagal berbuat demikian.
“Kalau tak roboh, kita akan minta MPKj buat surat untuk roboh dalam 14 hari. Kalau (dalam tempoh itu) tak roboh (kamera), kita akan robohkan. Kita patuhi undang-undang,” kata Ronnie.
Kerajaan Selangor menetapkan 14 hari kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November dan tempoh itu berbaki tujuh hari lagi dari sekarang.

Dasar pendidikan negara: Pakatan ambil kira pandangan semua kaum

KUALA LUMPUR 19 November: Pakatan Rakyat (Pakatan) mengambil kira pandangan setiap kelompok masyarakat pelbagai kaum dan agama sebelum membentuk dasar pendidikan kebangsaan di Putrajaya kelak jika menang pada pilihan raya umum nanti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penasihat Ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucaptama perasmian Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara: Mereformasikan Pendidikan Negara di Universiti Selangor (Unisel) semalam.
Katanya, ia penting bagi memastikan tiada mana-mana kelompok dalam negara yang tercicir dan terpinggir dalam pentadbiran Pakatan Rakyat bersesuaian dengan dasar gabungan itu yang mementingkan pendemokrasian dalam kualiti pendidikan.
“Bagaimanapun, etika harus ada sebagai teras dalam dasar itu kerana apabila kita sebut mengenai pendidikan, kita tidak boleh lari dari asas agama, akidah dan akhlak,” katanya.

Selangor bentang belanjawan berimbang untuk tahun kelima berturut-turut

Kerajaan Selangor telah berjaya dengan konsisten membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun kelima berturut-turut yang membuktikan kemampuan kita mentadbir secara telus, hemah berbelanja dan mengamalkan urus tadbir kewangan yang baik.
Ia juga sejajar dengan iltizam kerajaan negeri untuk memastikan setiap perbelanjaan menepati nilainya atau value for money.
Belanjawan 2013 dengan tema Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia  yang saya bentangkan hari ini, Kerajaan Selangor memperuntukkan sejumlah RM1,630 juta yang dianggarkan diterima daripada Hasil Cukai sebanyak RM584,444,172.26 (35.86 peratus), Hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 (52.75 peratus) dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM185,752,260 atau 11.40 peratus.
Sejumlah RM996,980,690.00 atau 61 peratus diperuntukkan untuk Perbelanjaan Mengurus manakala 39 peratus atau RM633,019,310 untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Perbelanjaan Mengumus menurun 0.3 peratus disebabkan penurunan bayaran balik pinjaman kepada kerajaan Persekutuan yang dibayar secara konsisten dan berkala yang membuktikan kerajaan negeri komited menguruskan hutang kepada kerajaan Persekutuan.

Airstrike Hits Gaza Media Center

Ahli PAS dekati pengguna dengan Touch n Get


KUALA LUMPUR: Dengan dunia teknologi yang semakin berkembang pesat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melancarkan satu aplikasi Anroid pada muktamar tahunan ke-58 parti itu di Kota Bharu, minggu lalu untuk ahli dan penyokong PAS mendekati para pengguna melalui medium smartphone.


Parti Islam SeMalaysia (PAS) memperkenalkan aplikasi Android rasmi mereka yang dikenali sebagai PAS Touch n Get (TnG).

Buat masa ini, aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat (JITP) ini masih tidak dimuat-naik ke Google Play Store dan memerlukan pengguna memuat-turun fail APK dan memasangnya pada peranti mereka.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri pada peranti anda hari ini.

Israel defends air strikes that hit media building

Media building in Gaza hit for the second time

Kementerian malu letak polisi Islam untuk belia?


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menggesa kerajaan agar memperkuatkan pembangunan insan kepada golongan belia bagi mengelakkan gejala sosial daripada terus meningkat.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan petang ini.

Menurutnya lagi, pembangunan insan adalah satu perkara yang penting kerana jika ia diterapkan dalam diri belia segala gejala sosial yang berlaku pasti dapat dikurangkan.

"Kita melihat kementerian seolah-olah malu untuk meletakkan polisi keislaman dalam dasar terutamanya melibatkan generasi belia.

"Apa yang pasti kerajaan perlu menjadikan agenda pembangunan insan itu sebagai satu perkara utama dan ini bagi memastikan gejala sosial dapat dikurangkan," katanya.

Takkan UMNO hilang di dunia !!

Kah, kah, kah! kasihannya dia,, macam itik nila meneran sembelit tak lepas !


Dialog 1 :  Hidup Melayu!  Hidup Melayu,! Hidup Melayu !!   Kalau UMNO tak ada habislah Melayu,  kalau UMNO dah ghuyub, tak kayalah aku !,,,,,  uhuk. uhuk,  uhuk !!!   alahai peritnya tekak ini !,  dada semput,  perut pulak senak !!!  Uhuk uhuk !!! Hidup Melayu,!  Hidup UMNO!!!

Dialog 2 :    Ayuh  bangsaku UMNO !! ayuh kita pergi mengundi !  Jangan lupa pangkah calun UMNO!!   Yakinlah, PRU 13 kali ini adalah milik kita!  Jangan benarkan Anwar menjadi PM kerana beliau kaki liwat,,  rosak keturunan kita nanti!!  Mari kita tentang habis-habisan!! Walaupun terkeluar cirit ijau

Dialog 3 :    Ingat wahai orang-orang UMNO !  Kita adalah tuan di negara ini.  “Ketuanan Melayu” mesti dipertahankan. Jangan takut!,,,, Lihat, binatang apa yang ada ditangan aku ini?  Ini senjata keturunan moyang aku!!    Tentang puak-puak Cina yang anti Melayu dan anti Islam itu,, jangan risau,,,,,,.....    keris ini akan kita mandikan dengan dengan darah orang-orang Cina  (meminjam kata-kata Najib semasa menjadi ketua pemuda Umno satu ketika dulu)

Oleh : rahimothman

Inilah empat perkara yang menghantui Najib...

UMNO LUNYAI !!! 400 keluar BN sertai PKR

Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.

Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.

Murtad: Mesej jelas dari Tok Guru

Sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Hakikatnya, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi mesej yang jelas bahawa sesiapa saja yang memperlekeh dan menolak Islam telah murtad, termasuk Umno.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).
Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi pada zaman ini.
Nik Aziz berkata demikian kepada para pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa dekat Kota Baharu semalam.
“Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak Islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagi tau dia, lapor beberapa laman web.
Utusan Malaysia, akhbar milik Umno hari ini memperbesarkan isu murtad dengan memuatkan berita ini di muka hadapannya bertajuk “Nik Aziz dakwa Umno murtad”.
Ini merupakan satu lagi percubaan Utusan untuk memburuk-burukkan peribadi Nik Aziz dan PAS dengan memuatkan komen dan ulasan para pemimpin dan ulama Umno dengan membuat pelbagai andaian.

Halang peguam Perancis masuk M’sia untuk lindung Najib – Cynthia

KUALA LUMPUR 19 November: Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, tindakan kerajaan menghalang dua peguam Perancis masuk ke Malaysia bertujuan untuk melindungi penyelewengan Perdana Menteri dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Ia ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan peguam terbabit, Wiliam Bourdon dan Joseph Breham akan ditahan jika hadir ke Malaysia dan meminta mana-mana pihak tidak mempolitikkan ‘keputusan yang dibuat’.
Beliau juga menyerahkan kepada pihak Imigresen sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam terbabit.
“Sebagai menteri, Hishammuddin mengambil keputusan untuk tidak ambil tahu, ia seolah-olah disengajakan dan tujuan sebenarnya untuk menyekat rakyat Malaysia dari mengetahui fakta sebenar kes itu.
“Hishammuddin sedar kenapa mereka perlu halang taklimat tersebut. Ini kerana mereka takut rahsia Datuk Seri Najib Razak akan terbongkar.
“Sedangkan tidak ada sebab munasabah untuk mereka sekat penyaluran maklumat tersebut,” tegasnya ketika dihubungi.

SAMM tawar diri roboh kamera AES di Selangor


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menawarkan diri untuk merobohkan kamera haram Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Selangor secara sukarela dan percuma.
Ini kerana hanya berbaki tujuh hari lagi daripada 14 hari tempoh yang diberi kepada Kementerian Pengangkutan untuk menanggalkan dua kamera AES yang dipasang secara haram di negeri itu, kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Katanya, menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu, jika kamera tersebut gagal diturunkan sehingga tempoh yang ditetapkan berakhir pada 25 November ini, kerajaan negeri akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk robohkannya.

“Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menawarkan diri untuk merobohkan kamera haram tersebut secara sukarela dan percuma,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Usul tergempar isu Palestin tak dibentang hari ini



Usul tergempar yang pada asalnya dijadual dibentang di Parlimen hari ini untuk mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin, akan dibentang esok.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Terdahulu Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) bangun meminta penjelasan berhubung laporan media hari ini yang menyebut kerajaan akan mengemukakan usul tergempar mengenai Gaza.

More dirt revealed on ‘violent’ 6P agents

New allegations of fraud have surfaced against a government-appointed '6P agent' company which was previously accused of exploiting and physically abusing foreign workers 

PETALING JAYA: More incriminating evidence has surfaced about a local company appointed by the government as an agent under the 6P amnesty programme, weeks after the same outfit was exposed in CCTV footages to have allegedly assaulted several foreign workers.
Investigations by the Selangor Anti-Human Trafficking Council (Mapmas) together with FMT have revealed that the company, SNT Universal Corporation Sdn Bhd, may have acted beyond its supposed duties of registering foreign labour to have deceived, not only the foreign workers, but also the authorities.
The deception, according to Mapmas task force member and activist Abdul Aziz Ismail, involved the setting up of more than a dozen companies which act as “bogus employers”.
These “bogus employers”, he explained, were companies with no proper business infrastructure, and were formed for the sole purpose of obtaining fraudulent work permits for foreign workers under the 6P programme.
FMT saw documents, including several company searches from Companies Commission of Malaysia (SSM), which showed that the same few individuals who ran and owned SNT Universal Corporation were behind at least 10 other companies. Most of them were set up between 2011 and 2012.
Among the same owners and directors, one of the recurring names in these companies was that of one “Md. Shahidul Islam”, supposedly of a Bangladeshi man called “Babul”.
He was the same man who was named in a police report in regard to the previous cheating and assault case.

UNISEL Catit Untung RM127 Juta Selepas Hutang Dipindahkan


SHAH ALAM 19 NOV : Tindakan Kerajaan Negeri mengambil alih liabiliti Unisel membolehkan universiti tersebut mencatat keuntungan sebanyak RM 127 juta pada tahun lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tadi berkata kesemua hutang dan liabiliti berjumlah RM 150 juta itu dipindahkan ke Perbadanan Menteri Besar (MBI).
“Langkah tersebut membolehkan Unisel bebas daripada liabiliti dan bebanan bayaran hutang.
“Dengan ini juga, perbelanjaan Unisel akan berkurang di samping meningkatkan pendapatan,” jelas Abdul Khalid dalam sidang media selepas Sidang DNS.
Sebelum 2008, PIYSB-UNISEL mempunyai jumlah hutang sebanyak
RM 150 juta daripada pinjaman terbitan Bithaman Ajil Islamic Debt Securities (BaIDS) dengan Affin Investment Bank Berhad.
Justeru itu, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan UNISEL dan mengambil alih hutang tersebut.

S'gor jimat RM80j selepas kutip sampah sendiri

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berjaya menjimatkan lebih RM80 juta setahun selepas kutipan sisa pepejal negeri itu diuruskan sendiri pihak berkuasa tempatan – berbanding sewaktu ia diuruskan Alam Flora Sdn Bhd.

"Wang penjimatan ini kita salurkan semula kepada rakyat sejajar dengan semangat "Hasil Negeri untuk Rakyat" melalui skim pemberian 25 peratus rebat cukai pintu kepada rumah flat kos rendah di seluruh Selangor," katanya sewaktu membentangkan belanjawan Selangor bagi tahun 2013.

Alam Flora dilapor menghentikan kutipan sisa pepejal di Selangor pada 16 Oktober 2011 selepas Selangor memutuskan mengambil alih perkhidmatan berkenaan.

Sebelum itu Khalid sekali lagi menegaskan bahawa perjanjian perkhidmatan yang dimeterai di antara kerajaan negeri dahulu dan Alam Flora berat sebelah dan merugikan rakyat Selangor.

Bagaimana pun, Selangor sentiasa berunding dengan Alam Flora untuk menyelesaikan baki tunggakan hutang, katanya.

"Hasil daripada semakan yang kita lakukan, kerajaan negeri akan membuat tuntutan balas kepada Alam Flora kerana kebanyakan kompaktor dan mesin yang dipulangkan kepada kita (berada) dalam keadaan yang sangat teruk," katanya.

Kita hanya merancang, Tuhan menjadi penentu

Aspan Alias,
Barisan Nasional tidak dapat meyorokan perasaan gelabah dan runsing mereka apabila rakyat sudah menyedari yang UMNO itu bukanlah sebuah parti yang ‘invincible’ dan tidak boleh di ketepikan oleh sesiapa pun. Malangnya kesedaran mereka (UMNO) sudah agak terlambat kerana selama ini UMNO terlalu lalai dan tidak mengambil tahu yang partinya itu bukannya parti yang tidak boleh di ketepikan oleh rakyat. Mereka sudah mula sedar yang rakyat sudah lama memerhati dan menilai mereka dan kini sedang berada di saat mereka untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ dalam PRU yang akan datang ini.


Maka pimpinan BN buat pertama kali dalam sejarah negara tidak berani mengadakan pilihanraya walaupun ia telah dipimpin oleh pengganti kapada penerima mandat Abdullah Badawi dahulu. Inilah kali pertama kita mempunyai seorang PM yang belum mendapat pengesahan rakyat untuk beliau duduk di kerusi PM itu.  Tidak mungkin Najib tidak memanggil pilihanraya lebih awal itu kerana sebab-sebab yang lain. Beliau tidak berkeyakinan untuk berjaya mempertahankan parti yang baru beliau pimpin itu.

Selain dari masalah kejatuhan sokongan orang Melayu termasuk ahli-ahlinya sendiri, UMNO juga sedang menghadapi masalah dalaman yang semakin hari semakin parah. Keadaan ini sedang berlaku tetapi oleh kerana tumpuan UMNO ialah untuk menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat maka pergolakan itu tidak terlihat oleh orang ramai secara jelas. Hanya mereka yang terlibat sahajalah yang tahu dan mampu memberikan penjelasan.

Apakah masalah-masalah yang dihadapi UMNO jika kita dapat rumusan semuanya ini?

PBS harus dikaji semula, jangan bebankan guru


KUALA LUMPUR: PAS memandang serius isu yang sedang melanda bidang pendidikan negara mutakhir ini dalam memastikan konsep Negara Berkebajikan PAS menjadi acuan yang dapat menyelesaikannya.
Justeru, Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan Nor Azman Mohamad berkata, pendidikan harus dijadikan sebagai teras dalam Negara Berkebajikan malah dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya.

Tambahnya, gesaan itu selari dengan isu yang sedang melanda pendidikan serta warga pendidik di negara ini setelah Umno BN membawa satu lagi dimensi songsang dalam wahana pendidikan negara dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Beliau berkata, sistem baharu tersebut umpama nanah yang sedang membarah dalam sistem pendidikan negara setelah 55 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah, perubahan berkenaan dasar pendidikan yang sering diubah, lebih memburukkan keadaan, kebanyakan dasar itu bersifat ‘market-drive’ dan menanggung kerugiaan berbilion ringgit.

Venezuela, Palestin, Memali


VENEZUELA adalah sebuah negara Amerika Selatan yang terkenal dengan wanitanya yang umpama bidadari. Sudah enam kali negara itu menyandang gelaran Miss Universe. Terbaru pada 2009 melalui Stefania Fernandez, yang mengikuti langkah rakan senegara, Dayana Mendoza yang memenangi gelaran itu pada tahun sebelumnya. Saya sudah ‘google’ keduanya; memang cantik.
Venezuela adalah satu daripada tiga negara yang lahir daripada keruntuhan Gran Colombia pada 1830. Ia juga pernah dijajah Sepanyol pada 1522 sebelum diisytihar merdeka pada 1811, namun tidak merdeka sepenuhnya sehingga 1830.
Sebuah negara persekutuan republik, ia memunyai 23 negeri dalam kawasan seluas hampir satu juta kilometer persegi dengan jumlah penduduk dianggarkan 29 juta yang bertumpu ke kawasan bandar, menjadikannya antara negara Amerika Latin paling ‘urban’, dengan 96% daripadanya beragama Kristian Katolik.
Sekitar abad ke-20, negara itu menemui simpanan minyak terbesar di seluruh dunia dan menjadi negara pengeksport minyak paling utama. Sebelum itu Venezuela sekadar mengaut kekayaan daripada hasil pertanian termasuk kopi dan koko.
Kini 95% daripada hasil eksportnya adalah bergantung kepada hasil minyak; yang menyumbang kepada 40% hasil kerajaan, dan 12% daripada KDNK negara berkenaan.
Sebenarnya kalau dibelek dengan cermat, kita akan dapati bahawa sosio-ekonomi Venezuela tak ada banyak beza dengan Malaysia. Populasinya juga hampir sama. Cuma mungkin gadis Malaysia belum ada yang jadi Miss Universe. Dan sewaktu Venezuela sudah Merdeka, Semenanjung Tanah Melayu mungkin sedang galak menerima kemasukan orang putih dengan tangan terbuka.
Selain itu juga, Venezuela barangkali sedikit bertuah kerana mempunyai seorang pemimpin bernama Hugo Chavez.

PM Tak Payah Tunggu Pilihanraya Nak Batalkan Projek Kondo Batu Caves



SHAH ALAM, 19 NOV : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh terus membatalkan projek kondominium di Batu Caves tanpa perlu menunggu saat mengambilalih pentadbiran Selangor.
Sekiranya Najib benar-benar jujur, beliau boleh menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk memberhentikan projek itu kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew.
“Beliau boleh membatalkan permit penjualan dan iklan projek (sales and advertising permit) sebab projek pembinaan 29 tingkat kondominium ini adalah “service apartment”.
“Kalau Perdana Menteri benar-benar jujur dan ikhlas mahu memberhentikan projek ini, dia hanya perlu membatalkan permit berkenaan.
“Atau cara yang lain, dia boleh memberi arahan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk membatalkan lesen pemaju.
“Setiap pemaju perlukan lesen sebelum membuat sebarang projek pembinaan.

Pembelian bas kempen PRU dibiayai sendiri oleh MB Selangor


Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau membiayai sepenuhnya kos pembelian bas dua tingkat yang akan digunakan pakatan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 tanpa melibatkan dana kerajaan negeri.
Abdul Khalid berkata beliau membayar sebanyak RM10,833 sebagai ansuran bulanan bas bernilai hampir RM650,000 yang dibuat melalui konsep sewa beli.
"Bas untuk kempen pilihan raya ini pembeliannya dibuat secara persendirian.
"Saya turut galakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk buat kajian dan saya (sanggup) memberikan dokumen berkaitan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) pada hari pertama persidangan
Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Mohamad Satim bertanyakan sama ada kerajaan negeri melakukan proses audit bagi memastikan transaksi pembelian bas itu betul, telus dan bertanggungjawab.
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berkata kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri olehnya untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenal pemimpin pembangkang kepada rakyat.
Bas yang didaftarkan atas nama Abdul Khalid, dengan lesen diberikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan itu, boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.- Bernama

Egypt steps up search for Gaza ceasefire

Will the Arabs speak up for Gaza?

Anwar Ibrahim: Kalau Najib Tengok Ini, Pasti Dia Goyang

Green Walk: "Damn the Dam" call from Baram

UMNO-BN amal ‘Pecah Perintah’, PR amal konsep ‘Bersatu dan Perintah’


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada perasmian Muktamar PAS ke-58 di Kota Bharu, baru-baru ini menyatakan bahawa PAS bersedia mengambilalih kuasa pemerintahan Persekutuan dengan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR).
Rakyat Malaysia kini dalam dilema untuk membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), untuk memilih PR menggantikan BN mentadbir Putrajaya, yang ternyata mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan dan ketidaksamarataan sejak memerintah negara lebih 50 tahun lalu.
Terdapat dua prasyarat untuk PR mengalahkan Umno-BN dalam perebutan menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti..
PR yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP mesti mampu meyakinkan rakyat mengenai kelebihannya berbanding BN.
Pertama, PR mengamalkan politik “Bersatu dan Perintah” yang berbeza berbanding BN yang mengamalkan “Pecah dan Perintah” tanpa membezakan rakyat berlainan keturunan, bangsa dan agama.
Melalui politik pembohongan, penipuan dan menakut-nakutkan, UMNO-BN menyebarkan mesej berbeza dan bercanggah antara kaum dan agama, selain menyemai benih kebencian, yang bertentangan dengan matlamat membina bangsa Malaysia.

Pasca muktamar PAS, ikatannya kian kuat


‘Alf-mabruk’ kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang baru selesai mengadakan  ‘muktamar-pilihan raya’nya hujung minggu lalu. Bergegarlah ‘arasy’ di PWTC memikirkan bagaimana pula untuk memutuskan tali-tali yang mengikat ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat yang kian kejap simpulannya pasca muktamar PAS yang lalu.
Penyudahnya muka depan lidah rasmi pemerintah hari ini sekadar melaporkan kecaman Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Mursyidul Aam PAS terhadap UMNO, yang hanya akan membuat orang ramai berfikir tentang betapa jahatnya UMNO ini sampai dilabel sebegitu rupa.
Antara lain yang mencuri tumpuan dan membuat kita terketar kepala lutut seketika adalah suara-suara daripada PAS yang ingin melihat Presidennya menjadi Perdana Menteri. Saya kira ini adil bagi PAS, yang sekarang pun memegang kerusi majoriti di sebelah kiri dewan. Tidak perlu tunggu pilihanraya pun sebenarnya, PAS boleh saja menuntut jawatan Ketua Pembangkang; tetapi ia tidak buat begitu.
Demikian kesatuan fikrah pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang sudah masak dengan selok belok politik. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak melatah, malah sekadar ketawa dan menyatakan kesediaan untuk berkhidmat jika diperlukan. Sekadar sudi untuk menjadi khadam rakyat, katanya. ‘Cita-cita saya ialah mahu lihat Islam menang, lepas itu kalau saya mati pun tak apa’.
Begitulah lunaknya jawapan seorang ahli agama yang punya profesyen rasmi sebagai seorang nelayan. Tidak ia berkehendak terhadap jawatan, sekadar menyatakan kesediaan sekiranya amanah itu diberi.

6 Kepercayaan karut + khurafat Umno memakan diri.

1. Umno itu Melayu, Melayu itu Umno.  Kenyataan ini tidak benar, ia satu penipuan terhadap orang Melayu dan masyarakat dunia. Terbukti sudah, bahawa ramai ahli Umno hari ini bukanlah Melayu. 
2. Melayu itu Islam,, Islam itu Melayu.   Ini juga kenyataan yang tidak benar,  ia satu penipuan yang boleh mengelirukan orang Melayu sendiri dan masyarakat umum. Di sini Umno seolah-olah memaksa orang Melayu agar menganggap diri mereka sangat mulia di sisi Islam. Islam seolah-olah milik orang Melayu.                                                  
                                                                                                                
3. Hanya Umno parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu.   Ini satu lagi penipuan -  sebab Umno bukanlah parti tunggal orang Melayu. Kalau benar Umno perjuangkan Melayu kenapa Kelantan yang 90% penduduknya Melayu, Umno sekat segala hak atau bantuan yang sepatutnya mereka terima?  Seperkara lagi,,   hari ini banyak hak dan keistimewaan orang Melayu sudah digadai oleh Umno. Orang Melayu kini sudah sedar bahawa Umno sebenarnya bukanlah pembela tetapi pengkhianat bangsa.                                                                                                    
4. Hanya Umno parti yang memperjuangkan agama Islam.   Kalau Umno perjuangkan Islam kenapa PAS yang sememangnya memperjuangkan Islam Umno musuhi?   Sah !  Umno nak menipu orang Melayu lagi, kerana selama ini pun hukum hakam Islam Umno tak berapa nak ikut,, mungkin separuh ikut, separuh lagi tidak, tak kurang juga hukum-hukum Islam yang di langgar.  Apabila ada pemimpin MCA menghina Islam,  Umno diam.   Lebih malang, kadang-kadang Umno menyokong cemuhan dan hinaan yang  dilemparkan terhadap agama mereka sendiri (Islam). 
5. Melayu adalah tuan di Negara ini ! Ketuanan Melayu mesti dipertahankan.    Ternyata “Ketuanan Melayu” adalah satu ungkapan atau slogan yang amat karut lagi haprak !  Ia ibarat keris makan tuan. Rupa-rupanya Umno yang meletakkan Melayu sebagai “Tuan” dinegara ini telah memberikan kesan yang sangat buruk terhadap bangsa Melayu. Dengan bersikap “tuan” lah sedikit sebanyak menyebabkan Melayu menjadi malas dan mundur dalam banyak bidang, terutama akademik dan ekonomi.                                                                                                                                                    
6. Hanya Umno parti yang membela dan mempertahankan kedudukan Raja2.   Ini pun satu kenyataan menipu,  Umno hanya berpura-pura sayangkan Raja, hakikat sebenar mereka nak berselindung dicelah ketiak Raja agar dapat mengekalkan kuasa. Pada 1994 bukankah Umno pernah menarik kuasa Raja2   dan pada suatu ketika bukankah Umno pernah cuba menggulingkan Sultan Kelantan? Kalau dilihat kembali sudah terlalu banyak perbuatan derhaka atau provokasi derhaka dibuat oleh Umno terhadap Raja!

Inilah sebahagian kalimah-kalimah keramat parti Umno, yang cukup popular sejak dulu kini dan selamanya.  Sedar atau tidak rupa-rupanya Umno telah mengkhianati ungkapan  keramat ini.   Yang dibuat tak serupa apa yang diucap, maka inilah bahananya, Umno mendapat ketulahan!  Maruah Umno semakin buruk, semakin tercemar,,  jasadnya pula semakin reput,, menunggu saat untuk dikuburkan !!    
 
Oleh : rahimothman     

Rumusan perjumpaan MP Pakatan dengan SPR berkenaan kajian data daftar pemilih

Kajian dilaksanakan ke atas (Daftar Pemilih Induk) DPI  2010, DPI SK2 2012 dan kesemua RDPT (Rang Daftar Pemilih Tambahan) di antara tarikh tersebut didapati beberapa kejanggalan yang tidak seharusnya berlaku, boleh menjurus kepada manipulasi data di dalam daftar pemilih.
1. Sejumlah 7958 pemilih baru didapati tiba-tiba muncul di dalam DPI SK2 2012 semenjak daripada DPI2010 tanpa di pamerkan di dalam mana-mana RDPT di antara tempoh tersebut. Ada sejumlah yang agak besar di sesetengah kawasan Parlimen yang boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.
2. Nama pemilih yang sudah dipotong dimasukkan semula kedalam DPI (Daftar Pemilih Induk). Kategori adalah seperti berikut;
a. Warganegara hilang kerakyatan di daftarkan semula setelah di pamer POTONG nama mereka dari Daftar Pemilih
b. Polis/Tentera yang sudah dipotong nama sebab pencen, didaftarkan semula dan nama mereka dimasukkan semula sebagai pemilih didalam Daftar Pemilih Induk SK2 2012
c. Nama Pemilih yang sudah dipamer potong diatas sebab kematian di daftarkan semula sebagai pemilih (contoh Ja’afar Bin Tahir)

SPR beri jaminan pada pengundi di luar negara

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengemukakan peraturan dan mekanisme untuk pengundi di luar negara untuk diwartakan dalam tempoh satu hingga dua minggu di Parlimen.
Ia merupakan susulan kepada jaminan bahawa rakyat Malaysia yang berada di luar negara akan berpeluang untuk mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi jawatankuasa pilihan raya DAP Anthony Loke berkata SPR memberi jaminan tersebut dalam satu taklimat khas kepada ahli dewan di bangunan Parlimen hari ini.

"Itu adalah komitmen SPR," kata Loke kepada pemberita dalam sidang media di lobi Parlimen.

Kerajaan Selangor bentangkan kertas putih Talam esok

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Kerajaan Selangor berharap akan dapat menyelesaikan isu Talam dengan MCA apabila membentangkan kertas putih tentang pengstrukturan semula hutang Talam Corporation, yang didakwa MCA sebagai skandal RM1 billion.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan kertas putih tersebut ketika sidang dewan undangan negeri esok dengan berkata, dokumen tersebut akan mengeluarkan maklumat lengkap tentang perjanjian kerajaan negeri dengan syarikat bermasalah itu pada tahun 2010.
“Saya yakin rakyat akhirnya dapat melihat pembohongan mereka akan terbongkar,” katanya selepas membentangkan Bajet 2013 di dewan undangan negeri pagi ini.
Pengerusi Biro Professional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong berkata dana rakyat yang digunakan oleh kerajaan negeri telah disalahgunakan dengan mendakwa pentadbiran Khalid telah melangsaikan hutang Talam yang bernilai RM676 juta untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM392 juta kepada anak syarikat negeri.

Kes Tampar : Keluarga Orang Asli ditawar wang agar tarik balik laporan


Keluarga seorang pelajar Orang Asli yang ditampar kerana tidak membaca doa di sekolah minggu lalu didakwa ditawarkan wang untuk menarik balik laporan polis mereka.
Timbalan pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SK Bihai Arom Asir, mendakwa, keluarga Hassan Achoi ditawarkan demikian pada 7 November untuk menarik balik laporan tersebut.

Beliau mendakwa, abang kepaa salah seorang murid perempuan itu, Along Hassan menghubunginya pada Khamis (8 November) untuk meminta nasihat dan memaklumkan perkara itu kepadanya.

Arom ketika ditemui di Kuala Lumpu pada 9 November lalu mendakwa, Along memaklumkan bahawa individu terbabit menawarkan RM300 untuk setiap murid yang ditampar.

Beliau berada di ibu negara untuk menghadiri satu persidangan mengenai hak Orang Asli.

MB Selangor nafi minta KSN ganti YDP MPS


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan bahawa beliau menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa supaya perkhidmatan Datuk Zainal Abidin A'ala sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ditamatkan.

Abdul Khalid berkata, beliau hanya mengemukakan perancangan awal untuk mengenal pasti calon yang akan menggantikan Zainal Abidin sebelum Yang Dipertua MPS itu bersara tahun depan.
“Saya tidak tulis surat (kepada KSN) YDP Selayang perlu keluar. Saya tidak menulis begitu. Bukan notis 24 jam dan tiada kena mengena dengan projek,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini.

RM300 Juta Geran Selangorku Boleh Diguna Tanpa Kelulusan DNS


SHAH ALAM, 19 NOV: Peruntukan RM300 juta bagi Geran Selangorku yang dilancarkan tahun lalu masih boleh dibelanjakan pada 2013 nanti kerana ia tidak termasuk dalam Belanjawan 2013 yang memerlukan kelulusan Dewan Negeri Selangor(DNS).
Geran untuk membiayai projek pembangunan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang, menurap jalan dan membina jejantas itu juga merupakan satu peruntukan tetap yang boleh digunakan sehingga habis tanpa had jangkamasa tertentu.
Demikian menurut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media di lobi Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri Selangor selepas pembentangan Belanjawan 2013 hari ini.
“Geran Selangorku adalah satu peruntukan tetap RM300 juta dan buat masa ini ia masih tidak habis digunakan lagi.

S'gor umum RM300j untuk jambatan yang dijanjikan BN


 
Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.

NONE"Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.

"Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.
Jumlah RM300 juta itu, kata Khalid datang daripada rezab negeri yang tinggi "hasil daripada perbelanjaan berhemat yang dilakukan pemimpin".

Jangka siap dua setengah tahun

Selangor peruntuk RM1.63 bilion Belanjawan 2013

SHAH ALAM 19 November: Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.63 bilion dalam Belanjawan 2013 yang bertema ‘Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia’.
“Anggaran perbelanjaan negeri yang diperakui bagi tahun 2013 berjumlah RM1,630,000,000.00,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau mengumumkan jumlah itu ketika membentangkan belanjawan berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Menurut Khalid, Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat membentangkan belanjawan berimbang selama lima tahun berturut-turut.
“Hal ini sekali gus membuktikan kemampuan kita mentadbir secara telus, berhemat berbelanja dan mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemah. Pada masa yang sama kita juga telah memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya dalam laporan belanjawan tersebut.
Khalid berkata, sebanyak RM996,980,690.00 diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus iaitu 61 peratus yang terdiri daripada perbelanjaan tanggungan (RM57,907,095.00 atau 3.5 peratus) dan perbelanjaan bekalan (RM939,073,595.00 atau 57.6 peratus),manakala perbelanjaan pembangunan disediakan RM633,019,310.00, iaitu 39 peratus.

BERDOSA MENJATUHKAN UMNO/BN!!!!!


UMNO kini sedang ligat dan rancak menjaja "fatwa" Sheikh Prof Dr Sulaiman Saloomi, Ahli Majlis Fatwa Masjidi Haram yang menyatakan adalah "berdosa bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan yang baik".

"Fatwa" itu dicetak pada kain rentang dan dipasang dan dikibarkan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) UMNO/BN.

Sheikh Dr Sulaiman Saloomi tidak menyatakan berdosa bersekongkol menjatuhkan kerajaan UMNO/BN yang baik tetapi juak-juak UMNO termasuklah para pemimpinnya merasakan tubuh badan dan jenama UMNO itu cukup baik sebagai kerajaan.

UMNO tidak memperjelaskan secara terperinci kerajaan macam mana yang dikatakan baik itu seperti kehendak dan kemahuan fatwanya.

Adakah kerajaan yang rasuah, menindas dan menzalimi rakyat, menipu dan memfitnah seteru politik dengan politik lucah itu dianggap kerajaan yang baik?

Sekutu rapat dalam komponen yang menghina serta mencaci Islam itu dianggap kerajaan yang baik?

Pemimpinnya takut nak berdebat demi mencari pencerahan minda dan kebenaran dianggap pemimpin kerajaan yang baik?

Pemimpinnya yang sombong serta enggan menerima hukum Allah SWT dianggap memimpin kerajaan yang baik?

UMNO DARI DULU, KINI DAN SELAMANYA SUKA BUAT LAWAK.

Bolehkah Mendoakan Kemusnahan Sesama Islam? Apa Komen Dr MAZA?

SOKONGAN WARGA FELDA KEPADA UMNO SUDAH NAK HILANG!!!!



Gambar yang dirakamkan di Felda Jengka 6, Jenka, Pahang dimana sebuah lori tanker membawa minyak  kelapa sawit kepunyaan Felda, kelihatan memasang bedera Parti KeADILan Rakyat dilorinya dari depan sampai kebelakang.

Petanda warga Felda sudah mula bangkit secara berani dan terangan menentang UMNO/BN.

Simpanan tetap (fixed deposit) sokongan warga Felda kepada UMNO kini sudah retak menunggu pecah berderai!!!!!

Apakah ini ada kaitan dengan harga saham Felda merudum teruk?

NAJIB BERI DURIAN RUNTUH PARA PENEROKA AMBIL TAPI BERI UNDI TETAP KEPADA PAKATAN RAKYAT... AKHIRNYA UMNO JUGA YANG BAKAL RUNTUH!!!!

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG NANTI JAWAB NAJIB...PUTRAJAYA NAK HILANGGGG.

SPR akui kesilapan teknikal dalam daftar pemilih, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan terdapat pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini.
“Semua kebimbangan dan keraguan kami terbukti adalah benar. Ia bukan satu tuduhan liar, tapi ia berdasarkan penemuan sah yang disahkan sendiri oleh SPR,” kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada wartawan selepas mesyuarat dengan SPR bersama 40 ahli parlimen (MP) hari ini.
“Mereka kata mereka juga manusia. Tidak sempurna.
“Tolong sampaikan kebimbangan ini dan tolong beri kami satu jaminan bahawa anda tidak boleh mengadakan pilihan raya sehingga semua perkara ini diselesaikan,” kata beliau.
MP PAS, Fuziah Salleh dan DAP, Anthony Loke yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut juga mendedahkan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih yang diakui sendiri oleh SPR sendiri hari ini.
Fuziah berkata terdapat 40 ribu pengundi yang nama mereka hilang dalam daftar pemilih disebabkan status kematian mereka tetapi mereka kemudiannya didaftarkan sekali lagi.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan gambar kontroversi beliau



Berikut adalah penjelasan Ustaz Azhar Idrus berkenaan gambar kontroversi beliau yang disebarkan oleh pencacai Umno.

Tujuannya tidak lain tidak bukan hanya untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz yang 'mesra' PAS ini.

Gambar yang dimuat turun oleh pencacai Umno untuk menjatuhkan Ustaz Azhar Idrus yang kononnya sedang makan di McD bersama keluarga.

Moga Ustaz Azhar terus tabah mengharungi perjuangan ini..

Laporan 'Umno Murtad': Fitnah terbaru, kata Nik Aziz

SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN),  Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Mursi: Mesir tidak akan tinggalkan Gaza sendirian


KAHERAH: Bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat, Duta Mesir ke Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Osman menekankan bahawa Kaherah bukan pengantara di antara Israel dan Palestin, tetapi berdiri teguh di pihak Palestin.


Beliau menambah bahawa Mesir sedang melaksanakan setiap usaha untuk menghentikan pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa pihak Israel memulakan konflik dan tindakan dari puak Palestin adalah tidak lebih dari hanya mempertahankan diri.

Duta Mesir, bercakap kepada Asharq Al-Awsat melalui telefon dari Ramallah, juga menegaskan bahawa "tindakan diplomatik dan politik yang sedang diambil oleh Mesir bertujuan memberikan sokongan kepada Gaza, dan kami juga menghantar mesej kepada pihak Israel tentang keperluan untuk menghentikan pencerobohan. "

Israeli airforce continues to pound Gaza

Israel Says It's Targeting Hamas Militants

Exclusive: Hamas rockets fire into Israel

07/07 Program Ustaz Sayang Anda - Ustaz Don Danial Don Biyajid

06/07 Program Ustaz Sayang Anda - Ustaz Don Danial Don Biyajid

05/07 Program Ustaz Sayang Anda - Ustaz Don Danial Don Biyajid

04/07 Program Ustaz Sayang Anda - Ustaz Haslin Baharin (Bollywood)

03/07 Program Ustaz Sayang Anda - Ustaz Haslin Baharin (Bollywood)

02/07 Program Ustaz Sayang Anda - Ustaz Zamri (Mari Mengaji)

01/07 Program Ustaz Sayang Anda - Ustaz Zamri (Mari Mengaji)

MP PKR Kuala Langat Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber

MP PAS Padang Terap Bahas Peruntukan 2013 Kem Belia

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2013 Kem Belia

Menteri Gulong Bahas Peruntukan Kem Perumahan & Kerajaan

PAS Jerai Bahas Peruntukan Kem Belia & Sukan

Politik vs Demokrasi - Bhg 9 - Sesi Pergulungan

Politik vs Demokrasi - Bhg 8 - Sesi Soal Jawab.

Politik vs Demokrasi - Bhg 7 - Ustaz Wan Ji

Politik vs Demokrasi - Bhg 6 - Prof Madya Dato Dr Mohd Asri

Politik vs Demokrasi - Bhg 5 - Dr Maszlee Malik

Politik vs Demokrasi - Bhg 4 - Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri

Politik vs Demokrasi - Bhg 3 - Dr Maszlee Malik

Politik vs Demokrasi - Bhg 2 - Ustaz Wan Ji Wan Hussin

Politik vs Demokrasi - Bhg 1 - Kata Aluan dan Perasmian

Wang Rizab Negeri Hanya Untuk Projek Khas Bukan Biayai Pengurusan


SHAH ALAM,19 NOV: Kerajaan Negeri hanya membelanjakan wang rizab untuk membiayai projek khas sahaja dan bukannya untuk menampung perbelanjaan mengurus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Wang rizab juga tidak boleh dibelanjakan untuk membiayai perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan lazim lain oleh Kerajaan Negeri kerana ia menggambarkan pengurusan kewangan yang tidak cekap.
Pembentangkan belanjawan defisit untuk menampung perbelanjaan pengurusan juga mencerminkan kegagalan pentadbiran mengurus kewangan dengan cekap dan sekaligus menunjukkan kegagalan mengawal perbelanjaan secara berhemah.
Abdul Khalid berkata demikian ketika memberikan penjelasan berhubung tindakan Kerajaan Negeri menggunakan wang rizab negeri untuk membiayai empat buah projek yang menelan belanja RM500 juta.
“Projek yang kita buat itu, ia berasingan supaya ia lebih jelas penggunaannya.

Belanjawan 2013 : Konsep ‘Value For Money’ Tingkatkan Hasil Negeri


SHAH ALAM, 19 NOV : Penerapan konsep “Value For Money” atau “nilai untuk setiap sen yang dibelanjakan” berjaya menjimatkan lebih RM 183 juta wang rakyat secara keseluruhan daripada dua inisiatif.
Pertama, Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan RM 102 juta melalui perlaksanaan sistem tender terbuka yang mengurangkan kos perolehan.
Kedua, melalui pengambilalihan kutipan sampah daripada Alam Flora Sdn Bhd awal tahun ini, Kerajaan Selangor dapat menjimatkan RM 81 juta.
Penjimatan RM 81 juta itu kemudiannya disalurkan semula kepada rakyat melalui skim pemberian rebat 25 peratus cukai pintu kepada pemilik rumah flat kos rendah di seluruh Selangor.
“Apabila kita mengambil alih pengurusan (kutipan sampah) tersebut, kita berusaha melaksanakan banyak penambahbaikan terhadap sistem pengurusannya.
“Antaranya mengamalkan sistem tender terbuka, melengkapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kompaktor dan pengurusan hutang PBT kepada Alam Flora.

Hak kerahsiaan hilang jika individu melakukan jenayah, kata peguam Rafizi

SHAH ALAM, 19 Nov — R Sivarasa, peguam mewakili pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam hujahnya menegaskan hak kerahsiaan seseorang individu dalam maklumat perbankan hilang serta-merta jika didapati terlibat dalam jenayah.
Hujah tersebut diberikan oleh Sivarasa semasa sesi pendengaran permohonan membatalkan pertuduhan dibawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) ke atas Rafizi hari ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
“Ia diakui maklumat perbankan seseorang individu itu adalah rahsia.
“Tetapi jika seseorang itu menghadapi pertuduhan pecah amanah dan jenayah, secara serta-merta hak kerahsiaan itu terbatal,” kata Sivarasa dihadapan hakim, Datuk Ghazali Cha.
Dalam hujahnya lagi, Sivarasa juga mempertahankan pendedahan maklumat perbankan Pusat Fidlot Nasional (NFC) oleh Rafizi memandangkan perkara tersebut bertujuan untuk kepentingan awam.
“Apa yang Rafizi lakukan ini adalah atas tanggungjawabnya kepada orang awam.
“Lagipun aduan BAFIA ini bukan dibuat sendiri oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mahupun Public Bank tetapi ia dilakukan oleh individu (pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail) yang kini menghadapi tuduhan jenayah di mahkamah,” kata Sivarasa lagi.

Pengisian maklumat atas talian membebankan guru


Guru dedikasi,
Saya merupakan guru data sekolah yang bertanggungjawab menyelaraskan data dan maklumat guru di atas talian.

Yang mengecewakan ialah terdapat pelbagai aplikasi yang berbeza-beza dan guru perlu mengisi maklumat yang sama berulang-ulang kali. Contohnya, seseorang guru perlu melaporkan kursus dan seminar yang dihadiri dalam aplikasi eSPLG, e Operasi dan Emis Online.

Tiga aplikasi yang berbeza namun maklumat yang diminta lebih kurang sama sahaja. Di sini saya senaraikan pelbagai macam aplikasi yang diwujudkan oleh KPM untuk diisi oleh guru-guru.

1. Emis Online (Maklumat peribadi pegawai, bilangan murid, kelas dan sekolah untuk statistik dan analisa )
2. E operasi (Untuk kiraan hak perjawatan guru dan pertukaran guru )
3. E pangkat (Untuk kenaikan pangkat )
4. E SPLG (Laporan kursus dan bacaan ilmiah)
5. OPMEN (Operasi Menengah / untuk pengiraan hak guru di sekolah-sekolah))
6. HRMIS (Untuk kegunaan rawatan di klinik atau hospital kerajaan)

Isu data peminjam PTPTN di sebalik hutang menggunung


 
 Di waktu pemimpin politik bertelagah mengenai penyediaan pendidikan percuma di Malaysia, timbul dakwaan bahawa hutang menggunung yang dipinjamkan dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin tidak dapat diperolehi semula dalam masa singkat.
Sumber yang dekat dengan agensi tersebut mendakwa, sejumlah besar daripada pinjaman RM45.41 bilion itu diberikan kepada pelajar yang tidak lagi dapat dijejaki.

Sumber mendakwa, data elektronik dalam Sistem Pengurusan Pinjaman Pendidikan (Elmas) yang berusia 10 tahun, kini usang dan PTPTN tidak menaruh harapan tinggi untuk mendapatkan bayaran hutang itu kembali.

Al Jazeera reports from Ashkelon

Gaza crisis: Paramedics under pressure

As it happened: Huge airstrike in Gaza

The 300km Green Walk

MP PKR Ampang Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Perumahan

MP PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Perumahan

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Perumahan

MP BN Kinabatangan Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Perumah

MP PAS Kota Raja Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Perumahan

MP PKR Kuala Kedah: Isu Lesen kepada Warga Asing

MP PKR Machang: isu Syarikat Franchise

Saya minta maaf pada PAS - Bekas SB

Sidang Media Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Sidang Media TGNA Muktamar Tahunan PAS ke 58

Perkembangan global sinari PAS, Pakatan

Oleh Lanh
KETIKA menjadi editor luar negara sebuah akhbar harian nasional pada tahun-tahun 1990-an dulu, antara perkembangan global yang mendebarkan saya dan petugas berita luar negara lain adalah kejatuhan SovietUnion dan kejayaan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dalam pilihan raya yang meletakkannya hampir menerajui kerajaan Algeria. Peristiwa terlerainya SovietUnion yang membawa kepada kemerdekaan 15 republik termasuk Rusia sudah banyak diulas tetapi tidak demikian halnya dengan kejayaan FIS
FIS pimpinan Abbasi Madani dan Ali Benhaj adalah parti Islam pertama di dunia memenangi sesebuah pilihan raya. Bagaimanapun kemenangan itu tidak dapat diterima, pihak tentera dengan segera mengambil alih kuasa. Akhirnya kedua-dua tokoh FIS itu merengkok dalam penjara. Negara dan kuasa Barat bersorak gembira, tidak ada langsung pihak yang mencela rampasan kuasa tentera. Pendeknya Barat tidak dapat menerima pihak Islamis memerintah hatta negara umat Islam sendiri. Namun perkembangan global sekarang seperti kejayaan kumpulan Islamis di Tunisia dan Mesir menubuhkan kerajaan dengan tidak disanggah kuasa dan negara Barat, menunjukkan sudah berlaku perubahan drastik dalam percaturan politik dunia. Demikian juga perubahan ke arah pemerintahan lebih Islamik berlaku di negara seperti Turki, Bosnia malah wilayah autonomi seperti Aceh tidak pula tidak digugat oleh kuasa Barat. Apakah ini petanda bahawa pihak Islamis berpotensi untuk berperanan lebih kuat di negara-negara umat Islam termasuk Malaysia?

PAS mara dengan 'tahaluf siyasi' bersama Pakatan

Muktamar PAS ke-58 yang melabuhkan tirainya semalam pastinya meniup semangat berkobar-kobar kepada ahli dan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa.

Pelbagai saranan, kritikan, cadangan dan arahan diberikan oleh pucuk pimpinan parti dan diperdebatkan oleh perwakilan demi menghasil "satu input masak" agar memastikan fokus mereka tidak tersasar dengan gerak kerja agresif menggantikan Umno.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya menggariskan empat tindakan khusus kepada jentera parti di semua peringkat supaya lebih berdisplin dan bersedia segala aspek bagi memastikan kemenangan sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi.

Lapan arahan khusus juga dikeluarkan kepada ahli dan pemimpin supaya mematuhi segala arahan dan keputusan parti bagi menjamin kesepaduan dan keutuhan dalam jamaah dan hubungan dengan masyarat umum dan pengundi.

Pemimpin UMNO: Tolong Melayu Atau Tipu Melayu?

Oleh Shahbudin Husin
Hubungan UMNO dengan Melayu dan sejauh mana pemimpin UMNO menolong bangsanya sendiri menjadi perdebatan dan perbincangan di mana-mana sekarang ini. Di ketika kuasa yang dipegang selama lebih 50 tahun ini hampir terlepas bila-bila masa, semua pihak dalam UMNO mula bercakap soal Melayu dengan lebih kerap sekarang ini.


Mereka melaung dan menjerit seolah-olah hanya UMNOlah yang memperjuang dan menolong Melayu. Orang Melayu semakin kerap diingatkan agar jangan terlalu mudah melupakan jasa-jasa UMNO, diminta menyedari hanya UMNOlah kononnya pejuang Melayu sambil diminta mengekalkan teraju kuasa terus dipegang oleh UMNO.

Tanpa UMNO, Melayu dilihat akan susah, kelaparan dan papa kedana semula.

Dalam masa yang sama jika ada orang Melayu yang dilihat terlalu kuat mahukan perubahan dan menyokong Pakatan Rakyat, kecaman segera muncul, apakah mereka ini tidak sayang Melayu?

Momokan kononnya hanya UMNO yang boleh memperjuangkan kepentingan Melayu kini boleh didengari di mana-mana.

Selepas 25 Tahun Buat Dosa SB Bertaubat & Minta Maaf Pada PAS

Kota Bharu: Seorang bekas polis yang bertugas dengan Cawangan Khas (SB) selama 25 tahun, Abdullah Omar memohon maaf atas segala dosa yang beliau lakukan terhadap PAS sepanjang bertugas sebagai polis.

"Dosa apa yang saya tak buat terhadap PAS sepanjang lima pilihan raya yang lepas..... saya tidak mahu sebut di sini, biar saya dan Allah sahaja yang tahu.

"Tetapi maafkanlah saya, saya sudah bertaubat," katanya yang tampil sebagai perwakilan Taiping yang menyokong usul Pilihan Raya yang dibawa PAS Pusat.

Abdullah juga merupakan bekas OCPD Taiping pernah bertugas sebagai SB selama 25 tahun berterima kasih kepada PAS kerana sanggup menerima beliau yang pernah berdosa dengan PAS dan rakyat.

Tolak katak politik

Oleh Markus Lim
Penulis pernah terserempak dengan seekor katak ketika melalui sebuah kawasan paya tidak beberapa lama dahulu. Wajahnya cukup hodoh manakala saiz badan katak itu pula agak luar biasa berbanding katak biasa.Kelihatan ketika itu, katak tersebut sedang menunggu untuk memerangkap mangsa.

Mujur, katak tersebut tidak merasa terancam dengan kehadiran penulis di kawasan berkenaan. Malahan, katak itu seolah-olah reda dengan kehadiran penulis. Haiwan yang tergolong dalam keluarga amfibia itu mungkin tidak sehebat harimau bintang mahupun seekor cheetah…namun sekurang-kurangnya ianya mampu berdiri sama tinggi sebagai seekor haiwan yang digeruni…tidak seperti segelintir katak-katak lain yang tidak bermaruah dan berintegriti.
Katak yang dimaksudkan penulis merujuk kepada katak politik yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Katak-katak politik ini nampaknya lebih rela menghambakan diri mereka dengan elemen kekayaan, kuasa dan pengaruh bagi meningkatkan mobiliti sosial.

Mat UMNO dah gabra

Oleh: Shirzad Lifeboat
Bagi sesetengah yang turut berada di Pusat Dagangan Dunia Putra tahun demi tahun, sama ada secara default atau kerana ingin turut sama berseronok dengan suasana pesta tatkala UMNO mengadakan persidangan, picturesque (pemandangan) di persekitaran bagunan tersebut mengesahkan mood happy happy itu.

Sedang perwakilan UMNO berseloroh menyampaikan pidato dan disambut dengan gelak dan hilai ketawa – dari Pengerusi Tetap membawalah kepada Presiden (memberikan gambaran seolah-olah raison d-etre parti tersebut adalah untuk berseronok-seronok dan tidak semestinya kerana perjuangan politik Melayu), di ruang legar pula keadaannya lebih kurang macam pasar jalanan Uptown di mana sekian banyak gerai menjual sekian banyak barangan dikunjungi oleh sekian banyak pengunjung. Yelah, para perwakilan serta rombongan mereka itu kebanyakannya dari luar Kuala Lumpur dan juga dari luar bandar. Nak shopping di pusat membeli belah premium di ibu kota agak kekok. Mungkin ongkos yang dibawa atau diberikan oleh calon (atas nama bantuan kos perjalanan dan penginapan) tidaklah sebanyak mana. Maka mahu tak mahu shopping di dewan legar PWTC sahajalah jawabnya
Kalau nak makan, pergilah ke tingkat atas bangunan The Mall di seberang jalan. Di situ juga ada banyak gerai dan harganya pun tidaklah mahal sangat. Kalau nak style sikit mungkin boleh lepak di beberapa restoran berfesyen di sebelah hadapan bangunan berkenaan. Bila boleh duduk minum kopi dengan harga kopi lebih RM5 secawan, baru ada ummph, baru ada perwatakan pemimpin. Nanti bila balik ke cawangan boleh dijadikan modal untuk bercerita.

OIC perlu beri tekanan henti serangan ke atas Gaza

KUALA LUMPUR 18 Nov: Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) perlu memberi tekanan kepada regim Zionis agar menghentikan segera keganasan di Gaza, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Sehingga kini, serangan tentera Zionis Israel menyebabkan ramai penduduk Palestin terkorban, termasuk kanak-kanak, wanita, warga tua dan orang awam.
Menurutnya, pada 1973 misalnya, Raja Arab Saudi, Raja Faisal Al Saud melakukan sekatan minyak kepada Israel dan negara bersekutu bagi mendesak serangan terhadap Palestin dihentikan.
“Langkah ini boleh diadakan sekali lagi dan OIC perlu mengadakan sidang tergempar untuk bincangkan perkara ini,”

Perbezaan pandangan dalam PAS, tetapi pemimpin menegaskan parti kekal bersatu

Pemimpin-pemimpin PAS mengambil gambar selepas akhirnya muktamar. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 19 Nov — Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan parti Islam itu kekal bersatu dan mempamerkan kematangan dalam kongres terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) dengan kepimpinan pusat mengetengahkan dasar inklusif bagi semua rakyat Malaysia - dasar-dasar yang pragmatik sementara sayap-sayap lain memberi tumpuan kepada tema tradtional hudud dan dasar konservatif. Sepanjang persidangan tiga hari di kubu kuat politik mereka di Kelantan, kepimpinan pusat yang secara tradisinya konservatif menjauhkan diri dari membincangkan pelaksanaan undang-undang jenayah dan hukuman kontroversi hudud, sebaliknya lebih menumpukan kepada dasar praktikal di bawah manifesto 'negara kebajikan' mereka. Akan tetapi topik tersebut masih dibawa oleh sayap pemuda, wanita dan ulama.
“Perbezaan ini bukan kerana perbezaan cita-cita, tetapi kerana perbezaan dalam kematangan. Ia bergantung sama ada anda memahami perjuangan dan strategi PAS,” kata Aiman Athirah, ketua penerangan Dewan Muslimat PAS atau sayap wanita kepada The Malaysian Insider.