Sabtu, 17 November 2012

Muktamar pas: Seruan untuk pertahan kepimpinan ulama dalam pas


logo muktamar KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ternyata tidak senang dengan dakwaan beberapa perwakilan di Mukmatar PAS bahawa kepimpinan ulama semakin terhakis dalam parti itu.

Sambil menegaskan intipati kepimpinan ulama terkandung dalam perlembagaan PAS, beliau berkata perlembagaan itu perlu dipinda terlebih dahulu sebelum kepimpinan ulama dapat dihapuskan daripada parti itu.

"Nak pinda perlembagaan kena bawa ke muktamar ini. Ada yang setuju hendak pinda. Ada yang kata PAS dulu dan sekarang tidak sama.

Hisham: Biar pihak imigresen uruskan William Bourdon

KUALA LUMPUR, 17 Nov — Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata beliau akan menyerahkan kepada pihak Imigresen membuat keputusan sama ada membenarkan atau tidak kemasukan peguam Perancis, William Bourdon ke Malaysia.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, masih belum mendapat sebarang maklumat terperinci tentang kehadiran Bourdon ke negara ini.
“Saya belum dapat sebarang maklumat dari Imigresen, dan kita dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan serahkan kepada pihak Imigresen untuk jalankan tugas mereka,” kata Hishamuddin dalam sidang media selepas merasmikan BN Youth Job Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
“Kalau Imigresen tidak benarkan beliau masuk, kita harap supaya tidak dipolitikkan.”
Peguam Perancis itu yang mewakili Suaram dalam kes Scorpene telah dihantar pulang setelah tiba di Malaysia tahun lalu, akan datang kembali ke negara ini pada 22 November ini atas jemputan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maria Chin ditahan di KKIA, alasan bukan orang Sabah

Maria (kanan) berkata apabila beliau dibenarkan melalui lapangan terbang untuk ke majlisnya, dua pegawai Cawangan Khas dilihat sibuk merakam fotonya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, Nov 17 — Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin Abdullah ditahan oleh pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), jam 7.30 malam semalam.
Menurut Maria, beliau ditahan dan dibawa ke bilik sambil diiringi lima orang pegawai wanita.
“Saya telah disoal siasat dalam masa 20 minit, dan apabila saya ditanya kenapa saya ditahan, pegawai itu menjawab kerana ‘saya bukan orang Sabah’.
“Kemudian, pegawai tersebut memberitahu saya bahawa nama saya telah disenaraihitamkan dan saya seharusnya tahu kenapa saya ditahan,” kata Maria apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Maria kemudian berkata mereka mengambil kad pengenalan dan difotokopi, sebelum mereka membenarkannya pergi.

Perhimpunan 1 juta orang Pakatan 14 Januari 2013

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan mengadakan pehimpunan besar-besaran membabitkan kira-kira 1 juta orang membabitkan orang politik dan NGO di ibu negara 14 Januari tahun depan.
Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semasa berucap di muktamar parti di Kota Baru hari ini.
Perhimpunan itu kerana menuntut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih.
“Perhimpunan di peringkat negeri juga diadakan. Pada 1 Disember di Johor; Melaka (8 Disember); Pahang (9 Disember); Terengganu (14 Disember); Perak (16 Disember) dan Sabah (24 Disember).
“Manakala negeri-negeri lain belum ditetapkan lagi,” kata beliau.
Bagaimanapun,  tempat perhimpunan belum ditetap tetapi membayangkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Nasional atau di tengah-tengahnya.
Mohamad menjelaskan pada mulanya, Pakatan Rakyat mahu mengadakan konvensyen tetapi NGO mahu membetulkan kerajaan yang ada dengan mengadakan perhimpunan.
“Saya yakin jika perhimpunan itu disertai sejuta orang, kita akan menawan Putrajaya,” katanya lagi.
Beliau menambah, keputusan mengadakan perhimpunan mega dibuat dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Katanya, beliau sekali lagi dipilih untuk mengetuai perhimpunan tersebut.

PAS Lancar Touch n Get (TnG)

Aplikasi yang dikenali sebagai PAS Touch n Get (TnG) itu dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat boleh dimuat turun dari laman web http://www.pas.org.my/TnG.
Tujuh menu disediakan dalam aplikasi itu ialah Berita, Kenali PAS, Aktiviti PAS, Webtv, Facebook, Twitter, dan Extra.
Dalam menu berita mengandungi berita Harakah, berita mengenai PAS Pusat, Ulamak PAS Pusat, Pemuda PAS Pusat, Muslimat PAS Pusat, Presiden PAS.
Portal seperti Tranungkite, Malaysiakini, Keadilan Daily, Bernama, Islam Online, dan Al-Jazeera boleh diakses menggunakan aplikasi ini.
Dalam menu Kenali PAS mengandungi sejarah, misi, visi, perlembagaan, pimpinan, keahlian, lagu rasmi, hubungi, direktori Pejabat PAS Negeri dan Kawasan.
Dalam menu WebTV mengandungi semua chanel Web tv PAS.
Dalam menu Facebook dan Twitter pula semua ahli PAS Pusat, Ulamak Pusat, Pemuda Pusat, Muslimat Pusat, Harakah Daily, Mursyidul Am, dan Presiden PAS boleh diakses.
Akhir sekali, menu Extra mengandungi bahagian semakan pemilih, A-Mathurat, Hadith Arbain, Doa Harian, dan Buku Jingga.

Mahathir mahu Pas perjelas undang-undang hudud...!!!


Tun Dr Mahathir Mohamad. KOTA KINABALU - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Pas perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.

"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

Mustafa Ali: Pengecualian tertentu wakil Pas tanding 2 kerusi



Mustafa Ali KOTA BHARU - Pengecualian tertentu akan diberikan oleh Pas Pusat untuk membenarkan pemimpin Pas bertanding dua kerusi pada pilihan raya umum ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
  
Beliau berkata pada dasarnya pucuk pimpinan bersetuju hanya memperuntukkan satu kerusi kepada setiap calon untuk bertanding tetapi pemberian dua kerusi boleh diberikan atas sebab-sebab tertentu.
  
"Terpulang kepada Pas Pusat yang akan turun ke bawah bagi mendengar cadangan berkenaan. Seboleh-bolehnya kita berikan satu kerusi tetapi pengecualian tertentu boleh diberikan dua kerusi untuk ditandingi," katanya pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Kali-58 di Pusat Tarbiah Islamiah di sini hari ini.

DHPP Sedia Turun Bantu Jentera PAS

PENGKALAN CHEPA, 17 Nov - Perwakilan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini menyatakan mereka akan terus menyokong penuh perjuangan PAS.
Memegang terus tagline 'PAS For All', DHPP memuji usaha yang dilaksanakan Lajnah Perpaduan Nasional PAS dalam memartabatkan penubuhan dewan itu.
Katanya, sebelum penubuhan kelab penyokong PAS pada 2008 lagi, pelbagai tohmahan dilemparkan kepada PAS untuk menakut-nakutkan golongan bukan Islam mendekati parti itu.
Beliau yang mewakili sayap baru dalam PAS itu memberitahu, mereka (ahli DHPP) selalu dimomokkan dengan paksaan pertukaran agama, ketiadaan tempat ibadat sekiranya terus menyokong PAS.

Tangguh AES antara 8 usul Muktamar Pas terima sebulat suara


logo muktamar KOTA BHARU - Isu pencabulan hak asasi manusia terhadap penduduk Gaza dan Rohingya adalah antara tiga usul yang sempat dibahaskan di Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini hari ini.

Usul yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS itu antara lain meminta muktamar mengambil ketetapan mendesak kerajaan Malaysia melalui Parlimen menerima usul tergempar berkaitan Palestin dan Rohingya.

Usul lain yang dibahaskan ialah mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan meminta sistem tersebut ditangguhkan serta-merta bagi mengelakkan penganiayaan kepada rakyat.

Majlis Syura gesa PAS ‘diamkan’ pemimpin diperalat pihak luar

Haron Din menegaskan badan tertinggi parti itu perlu memainkan peranan tegas. — Gambar fail
KOTA BHARU, 17 Nov — Majlis Syura Ulama memandang berat kenyataan pimpinan PAS yang secara terbuka mengeluarkan kenyataan parti berlandaskan Islam itu tersasar daripada perjuangan sebenar mereka. Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din menegaskan badan tertinggi parti itu perlu memainkan peranan tegas untuk ‘menutup mulut’ pemimpin berkenaan daripada terus menjadi alat kepada musuh politik mereka.
“Atas kesedaran itulah, Majlis Syura Ulama bersidang bagi memikirkan cara terbaik untuk diamkan orang ini daripada bercakap,” katanya pada sisi penggulungan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-58 di sini.
Haron bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemimpin tersebut, sebaliknya hanya melabelkan kumpulan seperti ini sebagai “bukan calang-calang pemimpin”.

Lori kempen Barisan Nasional tiru Pakatan Rakyat

JIKA benar gambar ini, nampak sangat Barisan Nasional hanya dipenuhi dengan pimpinan yang berotak kosong. Tiada idea, hanya pandai cakap bergegar-gegar, tapi tak mampu menghasilkan idea yang baik.

Mana tidaknya, sampaikan strategi kempen untuk pilihanraya pun mereka terpaksa meniru daripada Pakatan Rakyat. Lihat gambar di bawah, Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim guna lori, treler dan bas untuk kempen pilihanraya melalui program Jelajah Merdeka Rakyat mereka pun nak juga.

Mereka gunakan lori aiskrim sebagai pentas ceramah kah kah kah...



Ini menunjukkan pimpinan Pakatan Rakyat maju ke hadapan, energetik dan fresh. Memiliki idea-idea yang bernas untuk membangunkan negara. Sedangkan pimpinan BN hanya pandai bercakap dan meniru idea orang lain.

Tidak hairanlah bila idea-idea bernas seperti mansuhkan tol, pendidikan percuma, turunkan harga kereta dan lain-lain diusulkan kepada pemimpin Barisan Nasional, maka jawapan yang biasa kita dengar adalah "Negara akan bangkrap"

ReJaM© "Pemimpin tak ada idea sebenarnya yang akan bangkrapkan negara... "

Perwakilan berjaya tepis tohmahan dan provokasi

KOTA BHARU: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang berlangsung sejak semalam menunjukkan betapa kematangan perwakilan PAS yang tidak termakan sebarang provokasi dan fitnah pihak lawan.

Sebagai contoh katanya, walaupun media pihak lawan melakukan provokasi kononnya isu Nurul Izzah akan menjadi topik hangat dalam muktamar kali ini, namun perwakilan yang tampil berbahas langsung tidak membangkitkan isu ini.

Malah katanya, perwakilan dilihat matang membangkitkan isu khsusnya melontarkan kritikan membina kepada pimpinan parti ke arah menjadikan PAS lebih mantap berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Ini juga menunjukkan bahawa PAS bukan macam kepimpinan (Ayatullah) Khomeini yang tidak boleh ditegur," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan penggulungan ucapan dasar Presiden PAS petang ini.

PAS sasar 60 kawasan parlimen PRU-13

KOTA BHARU: “Jangan pula kita hilang rasa tawaduk kepada Al Malik dan menerimalah apa yang ditentukan Allah Taala.

“Jangan dilihat kita terlalu gelojoh, jangan pula kita menunduk sehingga terhantuk. Kita hendak kaji apakah punca kita kalah sebelum ini dan bagaimana pula cara hendak menang.

“Selepas muktamar ini kita balik dan semak di kawasan masing-masing,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ketika menggulung ucapan dasar presiden pada muktamar hari ini.

Beliau juga berkata, memang diakui demokrasi itu kejam, di mana orang yang baik pun boleh tewas dalam pilihan raya.

“Ini sangat kejam. Kalau gagal merakyatkan parti kita akan gagal. Oleh itu kita kena merakyatkan perjuangan,” ujarnya.

PAS bukan parti bermuka-muka - Salahudin

KOTA BHARU: PAS bukan parti bermuka-muka sebaliknya berterus-terang dalam menyatakan dasar dan prinsipnya kepada rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, berkat sikap berterus-terang PAS itu, orang bukan Islam tidak segan untuk bertanya tentang Islam kepada pemimpin PAS.

"Kita menyatakan dasar kita depan DAP dan di belakang mereka. Kita berterus-terang dan kita bukan parti yang bermuka-muka. Kita tak pernah undur dan dalam tahaluf siyasi PAS tak pernah rugi.

"Siapa sangka pemimpin muda DAP datang berjumpa Tok Guru (Nik Aziz) tanya maksud ayat al-Quran. Kita kena beri peluang kepada orang bukan Islam untuk memahami Islam. Jangan sempitkan ruang kepada bukan Islam untuk belajar tentang Islam," katanya sewaktu menggulung perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS kali ke-58, di Putik hari ini.

Ulamak tetap utuh terajui PAS

KOTA BHARU: Ketiga-tiga Naib Presiden PAS percaya tidak akan ada di kalangan PAS yang mahu mengubah kepimpinan Ulama yang menjadi dasar dan perjuangan PAS selama ini.

Berucap sewaktu penggulungan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan ulama sudah termaktub dalam Perlembagaan PAS dan jika ahli PAS mahu menolak dasar itu sudah tentu perlu menggubal semula perlembagaan tersebut.

"Usahlah ada kerisauan terhadap mana-mana individu dalam parti kononya ada yang mahu mengubah kepimpinan Ulama," katanya.

Malah tegasnya, semua tindakan dibuat peringkat eksekutif mesti dirujuk dan persetujuan Majlis Syura Ulama terlebih dahulu.

Naib Presiden pertahan kepimpinan ulamak PAS

Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan tidak ada sebarang keperluan untuk mengubah kepimpinan ulamak yang menjadi peneraju parti.
PETALING JAYA: Tiga Naib Presiden PAS tampil mempertahankan kepimpinan ulamak dalam PAS sekaligus menghapuskan kebimbangan pihak tertentu yang bimbang mengenai pimpinan parti untuk masa depan.
Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan tidak ada sebarang keperluan untuk mengubah kepimpinan ulamak yang menjadi peneraju parti.
“Orang yang tidak tahu akan kata PAS meninggalkan perjuangan asal dengan memperkenalkan konsep negara berkebajikan.
“(Tetapi) negara berkebajikan bukan baru…negara berkebajikan adalah inti dalam Islam,” kata Husam.

Peluang paling cerah tawan Putrajaya – Anwar, Nik Aziz

KOTA BAHRU 17 November: Belum pernah jalan perjuangan untuk menawan Putrajaya secerah sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Saya masih ingat perbincangan dengan Tok Guru Nik Aziz. Kata beliau, setelah begitu lama dalam perjuangan, belum pernah nampak jalan menawan Putrajaya secerah ini, Insya-Allah. Ini doa, mudah-mudahan berhasil.
“Maka, dengan itu saya ulang. Sama ada pilihan raya Disember ini atau awal tahun depan, insya-Allah kita tawan Putrajaya,” katanya disambut sorakan semangat.
Berucap depan kira-kira 40,000 orang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan semalam, Anwar berkata, Pakatan mahu membawa negara ke arah lebih baik, bukan sekadar menggantikan Umno BN.
“Tapi orang tanya untuk apa? Sekadar ganti ketua menteri, perdana menteri, ganti parti memerintah? Untuk anjakan kepada sistem nilai, fahaman etika dan tatakelola kerajaan,” katanya.
Beliau kesal kerajaan pemimpin Umno BN tiada keberanian berhadapan ‘tauke-tauke’  besar menyebabkan kekayaan negara berlegar di kalangan individu tertentu sahaja.
Turut berucap ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pemimpin Kanan DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS merangkap Pengarah Program, Mohamad Sabu.
Ia ialah program kedua selepas siri Himpunan Kebangkitan Rakyat dilancarkan di Taman Seremban Jaya Negeri Sembilan 2 November lalu.

Hadi : Saya lebih senang jadi nelayan semula

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa Islam mengajar beliau agar tidak meminta-minta jawatan.

Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya.

Beliau berkata, fokus utama PAS dan Pakatan Rakyat adalah untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13, bukan menentukan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

"Saya sebagai pemimpin yang diajar dalam Islam tak boleh minta jadi pemimpin dan memimpin ini satu amanah yang berat, yang besar tanggungjawabnya.

"Apa yang penting kita nak ke Putrajaya. Siapa Perdana Menteri ialah mereka yang dipilih rakyat, yang layak, yang dapat menyatukan dan menegakkan keadilan untuk rakyat.

Hamas condemns Israeli air strikes

Israel calls up thousands of troops

Hukum Tahlil ARWAH / Menjamu Tetamu Tahlil - Ustaz Azhar Idrus

Bila Nak Ceramah Di SINGAPURA ? - Ustaz Azhar Idrus

Makna PENAT Di Dunia - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Derma Untuk Anak Yatim HINDU / Bukan Islam - Ustaz Azhar Idrus

Anak ANJING Masuk Dalam Kawasan Rumah, Perlu SAMAK ? - Ustaz Azhar Idrus

'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'

Anwar Ibrahim: Najib, Dunia Belum Tentu, Jangan Agah Sangat

Muktamar : Pemimpin ghairah buat 'kenyataan bercanggah'

Doa solat hajat khusus kepada UMNO BN

Perbahasan Ucapan dasar Wakil Sabah

Perbahasan Ucapan Dasar Wakil Wilayah Persekutuan

Perbahasan Ucapan dasar Wakil DHPP - Kita Berjuang Pertahankan Islam

Himpunan Kebangkitan Rakyat - Wakil Royalti Hak Rakyat Kelate

Hadi : Saya mahu jadi khadam untuk rakyat

Sekitar suasana Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bahru

Felda ketakutan, 40 unit cctv dipasang

Tahaluf Siasi PAS dalam PR masih relevan

Dewan Ulama PAS syor Hadi jadi PM

Bekas pengarah JAIS, pesara tentera sertai PAS

PAS delegates want party leaders to tread lightly on sensitive issues

KOTA BARU, Nov 17 — Several PAS delegates have expressed fear that the outspokenness and eagerness of some leaders to comment on sensitive issues would only invite trouble for the party ahead of the coming general election.
Citing the example of Nurul Izzah Anwar’s controversial remarks on Islam recently, one delegate said party leaders should have waited to see the PKR vice-president’s full text before issuing any statement on the issue.
Ahmad said members were disappointed with leaders who were quick to comment on controversial issues. — Picture by Saw Siow Feng
“This is the best attitude ... but those who are excited to give statements (should) have waited first,” a delegate from Perlis, Yaakob Othman, told the party’s annual conference or muktamar here yesterday. “Don’t be too excited with the microphone and a reporter’s voice recorder,” he said.
The PAS leadership was quick to back Nurul Izzah, who drew controversy when she told a forum on religion that there was no compulsion in Islam.
Religious hawks have accused her of voicing support for Muslims who renounce Islam, considered a grave sin by those of the faith, which has provided much grist for the political mill in the run-up to the 13th general election.

Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk ke Putrajaya

Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU di adakan jika pilihanraya benar-benar akan di adakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.
Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk di ikuti dan di tarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.
Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN.

Dengan Umno, kalau nak niaga durian pun tak boleh

Semalam saya terbaca tulisan sahabat saya, MSO di dalam blog beliau dalam mana beliau telah menceritakan kepada umum tentang pertemuan seorang pegawai tinggi PDRM dengan Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini. Pegawai tersebut diiringi oleh bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah yang saya kenali sejak bersama di kampus dahulu.
Jika benar kunjungan dan perjumpaan ini ada kena mengena dengan perpaduan Melayu (UMNO dengan PAS) ia merupakan satu usaha yang agak terlambat kerana kebanyakan orang Melayu memangnya mahu perpaduan itu, tetapi perpaduan itu mestilah di luar UMNO. Melayu telah begitu lama berpadu di bawah UMNO tetapi apa yang kita alami sekarang ini menunjukkan yang UMNO bukanlah wadah yang relevan buat masa ini untuk menyatukan orang Melayu.
Bagaimana UMNO mampu untuk menyatukan orang Melayu sedangkan orang Melayu sendiri sedang keluar beramai-ramai dari UMNO. Jika tidak keluar secara rasmi mereka akan keluar melalui sokongan mereka terhadap PR di dalam peti undi semasa pilihanraya nanti. Bagaimana mungkin PAS boleh berbincang dengan UMNO sedangkan tindakan itu akan melemahkan PAS itu sendiri. Tidak ada rasionalnya PAS untuk memikul ‘baggage’ UMNO yang terlalu ‘excessive’, besar dan berat itu.

MB Kelantan terima memo sokong tangguh AES


(MB Kelantan menerima memo sokong tangguh AES)


KOTA BHARU: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima memorandum yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menangguhkan pelaksanaan AES di negeri Serambi Mekah itu.

Memorandum disampaikan oleh Koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES Kelantan (BANTAH AES), Ismady Radzuan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.

Dalam memorandum tersebut, mereka menyokong penuh tindakan kerajaan Kelantan yang menangguhkan pelaksanaan AES 29 Oktober lepas.

PAS Pastikan Agama Persekutuan Bawa Kebaikan

PENGKALAN CHEPA, 17 Nov - PAS dengan permuafakatan Pakatan Rakyat mengisytiharkan empat resolusi siap sedia memerintah Malaysia.
Menyokong relosi bahawa Islam Agama Persekutuan dan memberikan hak yang adil kepada agama-agama lain untuk diamalkan di Malaysia, perwakilam Pulau Pinang, Ustaz Mohd Fauzi Yusof menyatakan,
"Islam yang dipenjarakan oleh Umno kini bukanlah Islam yang meletakkan sebagai penyelesai kepada segala masalah, malah banyak membawa masalah seperti rasuah, kroni dan lain-lain lagi,
"Sekiranya Islam dipenjarakan, Islam itu tidak akan memberi rahmat kepada umat ini,"ujarnya.
Islam yang menjadi Agama Persekutuan itu menjadi tanggung jawab kepada PAS untuk memastikan Islam ini ditafsirkan sebagai Ad-Din, yang membawa kebaikan kepada seluruh umat Islam.
Oleh itu, beliau menegaskan supaya semua pendokong dan penyokong PAS perlu mempertahankan kepimpinan ulamak kerana pemimpin itu yang akan memimpin PAS menuju Putrajaya.
Ustaz Mohd Fauzi turut mengharapkan perwakilan PAS akan terus bersama berganding bahu menyatukan fitrah agama Islam dan bersatu padu memimpin jemaah ini.

Muktamar : Pimpinan Elak Panjang Lidah, Panjang Tangan

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Pimpinan PAS dinasihatkan agar ini tidak panjang lidah dalam mengeluarkan kenyataan dan menjawab isu atau panjang tangan dalam menulis artikel.
Nasihat ini bangkitkan bagi mengelakkan kecelaruan fikrah dan polemik dikalangan ahli PAS.
Perwakilan Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Yahya dalam membahaskan ucapan dasar Presiden PAS itu mengingatkan agar setiap pimpinan seluruh peringkat sama ada pusat atau kawasan untuk bersih dalam soal aqidah.
"Para pimpinan bukan hanya bebas dalam aspek rasuah, malah perlu memiliki aqidah yang jelas iaitu aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah," jelasnya.

PAS tidak pernah lari dari perjuangan asal - Syura Ulamak

KOTA BHARU: Majlis Syura Ulamak PAS menyeru seluruh ahli, pendokong dan penyokong PAS agar jangan melayan fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS yang kononya PAS telah terpesong dari perjuangannya.

Menurutnya, musuh tahu bahawa PAS masih di atas keasliannya, akan tetapi sengaja manabur fitnah itu tanpa mereka menyedari bahawa sebenarnya mereka mengiktiraf PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam yang sebenar.

Di waktu yang sama, kata Majlis Syura ulama mereka berkenaan seperti tidak menyedari bahawa itu adalah taktik dan strategi musuh PAS untuk menyelamatkan diri mereka daripada ditolak rakyat dengan menggunakan individu-individu tertentu untuk mencalarkan PAS demi menjaga kepentingan mereka yang amat tergugat.

Doa “Hancur Umno, Tumbang BN” bergema di stadium

KOTA BHARU: “Hancur Umno, Tumbang BN” bergema dalam suasana Stadium Sultan Mohammad Ke IV sendat dengan lautan manusia. Tiada siapa sangka wakil Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Mat mampu mengetuai teriakan sambil berdoa selepas solat hajat.

Kenyaringan suara itu menerjah ke awan dalam suasana langit di pagar bintang-bintang, dengan membawa satu mesej menumbangkan kerajaan Umno dan BN.

Baginya, rakyat negara ini tidak sanggup lagi membiarkan jenayah rogol, bunuh, buang anak dan pelbagai lagi terus menghantui masyarakat.

“Apa lagi yang mampu diharapkan kepada Umno. Jadi kita perlu bekerja keras bagi menukar kerajaan yang ada sekarang,” katanya dengan nada yang sekali sekala ada sedunya.

Kami tentera perjuangan Islam - DHPP

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menyifatkan diri mereka sebagai "tentera perjuangan Islam" dan secara sukarela bersama-sama dalam perjuangan PAS.

Perwakilan DHPP, K.Deepakaran berkata, ahli DHPP sudah faham perjuangan PAS dan tiada sesiapa yang memaksa mereka menyertai parti itu.

"Kita ikhlas dan sukarela nak memberi sokongan kepada sebuah parti Islam di Malaysia iaitu PAS.

"Saya selalu katakan DHPP adalah tentera perjuangan Islam. Kenapa saya katakan kami tentera Islam? kerana Islam untuk semua, Islam hadir untuk semua dan terima kasih untuk logo PAS For All," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Putik hari ini.

Setiausaha DHPP itu juga berkata, usaha sesetengah pihak menakut-nakutkan DHPP terhadap PAS dan Islam menemui kegagalan apabila semakin ramai orang bukan Islam menganggotai DHPP dan bersama-sama dalam PAS.

"Objektf DHPP adalah merapatkan hubungan antara kaum. Pandangan orang bukan Islam, kalau kai sertai DHPP, kene peluk Islam, kena potong itu, macam-macam lagi.

Pakatan guna isu royalti minyak untuk pertahan Kelantan

Protes kreatif menuntut Royalti. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KOTA BHARU, 17 Nov — Pertarungan merebut Kelantan bermula apabila Pakatan Rakyat (PR) berjanji kepada pengundi malam semalam bahawa royalti minyak akan dikembalikan kepada rakyat negeri tersebut sekiranya mereka menawan Putrajaya, bakal menjadi isu pilihan raya yang perlu diadakan dalam tempoh enam bulan. Janji itu dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapan lebih sepuluh ribu rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Mohammad IV dalam sebuah program PR dinamakan “Himpunan Kebangkitan Rakyat”.
“Hari ini kita bentuk kerajaan, esok kita akan turunkan harga minyak,” janji bakal perdana menteri PR itu.
“Kemudian kita akan pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan.
“Kami bahkan tidak memerlukan jawatankuasa,” katanya, merujuk kepada jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada bulan Ogos oleh kerajaan pusat untuk melihat ke dalam pengagihan “adil” bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu.

PAS Perjelas Misi Cadangan Sistem Pendidikan

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Isu pendidikan menjadi teras dalam pembentukan negara berkebajikan PAS.
Demikian tegas perwakilan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Muhammad dalam sesi perbahasan ucaptama Presiden PAS petang tadi.
Katanya, dasar pendidikan kebangsaan yang diguna pakai sejak merdeka sering mengalami perubahan. Namun begitu, perubahan yang dibuat lebih bersifat 'market-driven'.
"Dasar dan sistem yang diperkenalkan tidak dikaji sepenuhnya sebelum dilaksanakan," ujarnya membahas.
Beliau menekan serius dasar PPSMI yang menelan belanja sehingga RM 5.1 billion ditarik balik selepas 4% pelajar sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris melalui dasar yang diperkenalkan.
"Ia bukan sahaja merugikan rakyat, tetapi juga memperjudikan masa hadapan anak-anak!" tegas beliau.
Hinggakan, Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang diperkenalkan baru-baru ini pula membebankan guru dengan kerja-kerja pengkeranian.
Justeru, beliau menggesa supaya guru-guru dikembalikan kepada kerja profesionalisme yang sebenar.
"Dasar pendidikan yang dicadangkan oleh PAS perlu mempunyai misi yang jelas agar beban guru dapat dikurangkan dan dapat menumpukan sepenuh masa untuk mendidik," tambah beliau.
Presiden PAS pagi itu memberitahu, PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat wajib memastikan tidak ada kalangan rakyat yang tercicir daripada pendidikan, mengikut tahap kemampuan masing-masing.

Muktamar PAS ke-58 pecutan akhir PRU13 bermula di Kota Bharu

PAS negeri Kelantan sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Muktamar PAS ke-58 yang akan diadakan mulai 2-4 Muharam 1434 (16-18 November 2012). Kebetulan muktamar kali ini diadakan agak lewat berikutan penangguhan dari yang sepatutnya pada Jun lalu. Penangguhan itu ada kaitannya dengan persiapan dan mood pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedang mempengaruhi gerak kerja PAS di semua peringkat. 
Apa pun, Muktamar PAS ke-58 kali adalah bertepatan dan sesuai diadakan di Kota Bharu, Kelantan kerana sekarang ini Kelantan sedang dalam kempen Tahun Melawat Kelantan 2012. Ia berlaku lagi seiringan dengan sambutan Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada 11 November lalu. Tambah diserikan lagi dengan bulan ini juga berlakunya sambutan awal Tahun Hijrah 1434 pada 14 November lalu. Malah muktamar kali ini juga cukup harmoni kepada para perwakilan yang mengambil kesempatan mengunjungi negeri Serambi Mekah bersempena musim cuti persekolahan ini.
Kesemua senario tersebut sudah tentu menggamit nilai-nilai kewajaan kepada semua perwakilan yang bakal menyumbang pandangan dan hujahan bernas sepanjang muktamar di Dewan Besar PUTIK, Pengkalan Chepa. 
Pecutan PRU13 menuju Putrajaya
Meskipun demikian, sepanjang minggu lalu pihak media pro-kerajaan Barisan Nasional begitu sibuk mencanang pelbagai isu yang berniat untuk mengatifkan perbahasan Muktamar PAS ke-58 ini. Kononnya ada beberapa pihak kalangan lebih 1,100 perwakilan PAS dari seluruh negara akan mengambil peluang untuk membangkit isu-isu yang mereka tidak puas hati terhadap pendirian parti. Media berkenaan cuba merendah-rendah pemikiran perwakilan, kononnya ada sebahagiannya (semacam kumpulan majoriti) tidak senang dengan pendirian DAP mengenai Islam dan hukum hudud. Malah ada juga media berkenaan yang cuba melaga-laga kalangan pimpinan utama PAS, satu pihak dicap sebagai pendukung Anwar (kononnya puak Anwarinas) ada pula yang anti-Anwar (kononnya puak PAS totok). Justeru media tersebut meramalkan akan berlaku ribut besar sepanjang muktamar nanti. Demikianlah mainan media yang sentiasa tidak senang dengan kestabilan PAS kini, terutama saat menjelang PRU13.

Presiden PAS : Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

PAS Gerakan Islam Penyambung Perjuangan

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS adalah gerakan Islam yang menyambung perjuangan Islam dan membawa mesej Islam dengan komponen tarbiyah, dakwah serta politik yang jelas.
Beliau berkata PAS wujud sebagai kesinambungan dari perjuangan menentang penjajah yang dipimpin oleh ulamak terdahulu sejak tahun 1973 dan PAS wujud secara rasminya pada tahun 1951.
Malah sepanjang tempoh itu, PAS mengalami pasang surut pengalaman dalam penglibatan sistem demokrasi pilihan raya.
"PAS tetap memilih demokrasi menyertai pilihanraya sebagai wasilah walaupun berdepan dengan demokrasi tanpa moral oleh pihak UMNO-BN," jelas Abdul Hadi.
Tambahnya, Majlis syura Ulama diwujudkan dalam PAS bagi menjamin keteguhan PAS dalam dasar Islam, aqidah, syariah, akhlak, dan nizam (Sistem), beristiqamah dengan undang-undang tubuh PAS.
PAS turut mengambil pengajaran yang baik dari kemenangan rakan-rakan di negara Asia Barat dengan ilmu dan bukannya mengagumi atau menjadi pengikut secara semberono.
Beliau dalam ucapan dasarnya pagi tadi turut menasihati agar ahli-ahli PAS tidak berasa terasing dalam PAS.

Ucapan Dasar Presiden PAS : Negara Berkebajikan Teras Perpaduan


UCAPAN DASAR MUKTAMAR PAS 2012
NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
الحمد لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما
ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد
وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل
وسلم وبارك على محمد أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه
إلى يوم الدين
.
1. Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato‟ Mursyidul „Am, Sohibul Fadhilah Dato‟ Timbalan Mursyidul „Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, Dato‟ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, pengamal media cetak dan elektronik, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.
2. Saya ucapkan selamat datang ( )أهلا وسهلا ومرحبا بكم kepada semua para perwakilan dan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk tanahair tercinta dan luar negeri. Saya juga mengalu-alukan kehadiran kali pertama ahli-ahli baru PAS ke muktamar ini, dari kalangan rakyat, artis dan karyawan, ahli sukan, tokoh akademik, mantan pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan masyarakat, dan semua kalangan yang ingin bersama PAS membawa mesej Islam ke dalam negara kita ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-puan sekelian, akan memeriahkan muktamar kita, menyuntik semangat dan merapatkan saf angkatan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam, ketika seluruh dunia merayu kepada penyelamat, kerana dilambung gelombang krisis kemanusiaan dalam segala lapangan.
3. Negara kita juga tidak terkecuali dalam keadaan yang sama. Cukuplah rakyat menjadi saksinya, apabila UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional, culas dalam melaksanakan amanah, tidak menepati janji – dengan jelasnya tidak menghormati perjanjian hasil petroleum di negeri-negeri sehingga tergamak menindas majoriti rakyat beragama Islam di negeri Kelantan dan Terengganu khususnya, dengan menafikan hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah SWT.

PAS Sedia Menjadi 'Jambatan' Penyelesai Konflik

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS mengharapkan persetujuan damai yang dicapai antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina dapat menjadi pedoman kepada kerajaan-kerajaan lain dalam menangani isu wilayah bergolak seperti di Selatan Thailand dan Wilayah Rakhine,
Mengulas isu antarabangsa ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru kedua-dua buah negara itu supaya menghentikan segera konflik yang berlaku dengan kembali ke meja rundingan untuk mencari jalan damai.
"PAS punya sumbangan membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan kerajaan Indonesia dan juga proses damai antara MILF dan kerajaan Filipina," ujarnya dalam ucapannya pagi tadi.
Tegasnya lagi, PAS sentiasa bersedia untuk menjadi 'jambatan' bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini.

Komitmen PAS Untuk Rakyat

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS sedia memberi komitmen untuk rakyat dan sedia menerima amanah sebagai komponen kerajaan pusat ataupun negeri bersama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, komitmen besar PAS ini memberikan suatu jaminan bahawa jentera kerajaan Pusat atau Negeri yang terdiri dari pegawai berbagai peringkat ini tidak akan dizalimi atau dibalas dendam.
"Mereka ini yang akan melaksanakan dasar kerajaan semasa yang dipilih oleh rakyat. Hubungan yang baik dengan institusi Raja berpelembagaan akan dipertahankan, sebagaimana komitmen bersama Pakatan Rakyat yang kita ikrarkan," jelasnya.
PAS menyeru kepada rakyat keseluruhannya agar tidak takut untuk berubah kepada perkara yang lebih baik.
"Sekiranya PAS gagal melaksanakan amanah itu, rakyat bolehlah menghukum kami dalam pilihan raya yang seterusnya," katanya.
Senarai usul yang akan PAS mansuhkan sekiranya diberi amanah ini antaranya ialah mengembalikan kewibawaan institusi penting, membela hak rakyat peribumi Sabah dan Sarawak serta peneroka FELDA.


PAS Tingkat Capaian Maklumat Hadapi PRU 13

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov - PAS tidak mendapat liputan yang adil dalam media arus perdana adalah faktor sabotaj yang digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk terus kekal sebagai kerajaan pusat.
"Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS pula hanya dihadkan kepada ahli dan tidak diberikan permit keluaran harian," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar muktamar pagi tadi, Abdul Hadi menyatakan yang PAS siap meningkatkan penyampaian maklumat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 menggunakan .
Menjawab persoalan media berkenaan persiapan PAS menghadapi pilihan raya akan datang, Presiden PAS itu menjelaskan,
"Walau pun masih belum sempurna dalam penyampaian maklumat kepada rakyat, anak-anak muda yang bekerja di bandar membantu menjadi agen PAS bagi menyampaikan maklumat," jelasnya.
Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan perubahan berlaku di kalangan rakyat sehingga menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat berjaya menawan empat buah negeri.
Perubahan ini turut berlaku di kawasan yang sukar mendapat maklumat terutamanya di kawasan pinggir bandar.

SAMM sokong isytihar harta, minta semua calon ikut

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah di atas komitmen Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS untuk mengistiharkan harta sebelum menyertai PRU 13 jika dinamakan oleh parti sebagai calon.
Komitmen beliau telah ditegaskan melalui ucapan dalam Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53 di Kelantan beberapa hari lalu.

"Tindakan berani ini perlu kerana PRU dan pentadbiran negara masa mendatang ini memerlukan komitmen tinggi pemimpin dan ahli politik yang telus dan penuh berintegriti," kata ketuanya, Badrul Hisham Shahrin (gambar).

SAMM, katanya, menyeru rakyat atau pengundi menjadikan pengistiharan harta ini sebahagian syarat wajib untuk mendapatkan undi rakyat.

Majlis Syura pastikan hala tuju parti



Haron Din KOTA BHARU - Majlis Syura Ulama sentiasa peka memantau perjalanan Pas dalam memastikan hala tuju parti itu tidak lari dari landasan perjuangan yang sebenar.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, pemantauan ini termasuk dalam isu berkaitan 'tahaluf siyasi'.
Menurutnya, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama akan dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun, beliau turut berasa hairan mengapa ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan media seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.

Muktamar : Ucapan dalam Kantonis dan Tamil tarik perhatian




(Tiga pimpinan utama PAS ketawa besar dengan celoteh perwakilan Gombak)

KOTA BHARU: Perwakilan dari Gombak, Selangor, Salahuddin Nasir mencuit hati sidang Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 hari ini apabila berucap dalam bahasa Kantonis dan Tamil.

Beliau berucap dalam bahasa Kantonis dan Tamil kira-kira lima minit dan mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, pemerhati dan pimpinan PAS.

Bagaimanapun, apabila Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ismail bertanya maksud ucapannya, Salahuddin secara berseloroh menyuruh beliau bertanya sendiri kepada wakil Cina dan India.

Ucapan dalam kedua-dua bahasa itu sebagai meraikan kehadiran wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ke muktamar yang berlangsung di Putik itu.

Muktamar : Tindakan tegas kepada duri dalam daging


PENGKALAN CHEPA: Perwakilan Perak meminta PAS mengambil tindakan tegas kepada kepimpinan yang menjadi 'duri dalam daging'.

Wakilnya Razman Zakaria (gambar) berkata, mereka yang disifatkan 'duri dalam daging' ini sedikit sebanyak akan menyukarkan PAS untuk mencapai matlamat dan tujuannya.

Ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau juga berharap PAS lebih berani dalam membuat keputusan diluar kotak agar diyakini oleh semua kaum.

Malah katanya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga hendaklah diperkasakan dengan memberi latihan kepimpinan bagi memperkuatkan sayap parti PAS ini.

"Dalam memperkasakan dominasi dewan masing-masing perlu ditangani dengan cermat, dewan-dewan lebih menonjolkan ikon yang berkebolehan bagi menyaingi parti lawan," katanya.

Lensa : Perasmian Muktamar PAS Ke 58







Umno kini 'sasau, meroyan, nyanyuk'



 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno kini berada dalam keadaan "sasau, meroyan dan nyanyuk" sehingga sanggup memainkan pelbagai dakwaan termasuk hubungan dengan Yahudi dan Israel serta kenyataan anaknya, Nurul Izzah yang didakwa menyokong murtad.

anwar in kota bharu"Umno kini sasau, meroyan dan meracau... Sebabnya (mereka) tidak ada benda yang hendak dipertahankan. Kalau ikut negeri dan pembangunan, negeri Pakatan Rakyat lebih membangun. Bersih lagi (pentadbiran) kita.

"Yang ada (pada mereka) fitnah. Kalau rakyat sudah termakan fitnah, padahnya punah ranahlah negara kita. Kita (kena) selamatkan negara kita, umat dan negeri Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Apatah lagi, katanya, rakyat kini memberi sambutan pada janji Pakatan yang ditawarkan termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan harga kereta, sekiranya gabungan itu berjaya menguasai Putrajaya.

Berucap di hadapan kira-kira 50,000 hadirin dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Mohamad ke-IV di Kota Bharu malam tadi, Anwar menempelak pemimpin BN yang mendakwa negara akan muflis jika Pakatan Rakyat mentadbir negara ini.

Mat Sabu : Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

Anwar : Himpunan Kebangkitan Rakyat Kota Bharu

Perempuan Tak Tutup Aurat TAPI Tak Tinggal SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Tak Nak Beri SOALAN, Nak Ucap Terima Kasih - Ustaz Azhar Idrus

Kilang TUTUP, Macamana Nak Makan - Ustaz Azhar Idrus

Hukum TAWASUL Di Kubur WALI Allah - Ustaz Azhar Idrus

Solat JUMAAT Pada Hari Raya - Ustaz Azhar Idrus

The Selayang council chief was only TELLING THE TRUTH, can BN not accept that?

The Selayang council chief was only TELLING THE TRUTH, can BN not accept that?The Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, and the Public Services Commission (“PSC”) must ensure that the Public Services Department (“PSD”) comply with the principle that civil servants must be politically impartial and dedicated to the implementation of policies and programmes of the elected government of the day which in respect of Selangor, is the Pakatan Rakyat.
Article 139(2) of the Federal Constitution confers jurisdiction on the Public Services Commission to include members of the public service of States such as Selangor. The Public Services Commission is under the Prime Minister’s department.
The only reasonable inference that can be drawn on the sudden 24 hour notice by PSD to transfer Datuk Zainal Abidin Aala as President of the Selayang Municipal Council (MPS) to INTAN is that he has incurred the wrath of Barisan Nasional leaders in disclosing that the planning approval for the Dolomite Park Avenue Project next to the Batu Caves Temple was given on November 30, 2007 and MPS releasing the minutes of the full Board Meeting of November 29, 2007.
All he did was to be PROFESSIONAL

Ahli Parlimen BN ‘meroyan’ ditanya tentang Scorpene

KUALA LUMPUR 16 November: Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dari Barisan Nasional (BN) ‘meroyan’ apabila disoal tentang Scorpene.
Ketika dihubungi Keadilan Daily, beliau ditanya berhubung kesediaannya untuk hadir mendengar taklimat Scorpene yang akan disampaikan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham di Parlimen minggu depan.
Idris menjawab, “Saya tak perlu dengar keterangan penipu macam itu, orang macam itu akan guna apa cara sekalipun untuk buktikan dia betul,” katanya penuh emosi.
Lebih teruk lagi, beliau turut merapu dengan menghambur kata-kata ‘pedas’ terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memburukkannya.