Jumaat, 16 November 2012

Muktamar 58 : Ucapan Dasar Presiden Part 3

Muktamar 58 : Ucapan Dasar Presiden Part 2

Muktamar 58 : Ucapan Dasar Presiden Part 1

PAS tawar 4 cara memulihkan ekonomi


(Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar)

KOTA BHARU: Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menawarkan empat pendekatan untuk memulihkan ekonomi yang sudah dirosakkan BN.

Ia perlu dilakukan untuk mengelakkan negara dari muflis.

“Melaksanakan transformasi ekonomi ala Kerajaan BN untuk setanding dengan negara yang kaya di dunia Barat juga, bukanlah ukuran yang rakyat inginkan.

"Nilai ringgit yang ada pula makin menyusut, sehingga duit bertimbun yang dimiliki tidak memberi apa-apa makna lagi,” tegas Abdul Hadi dalam ucapan pembukaan Muktamar PAS ke 58.

Ambil iktibar ucapan dasar Presiden PAS - Wan Azizah

PENGKALAN CHEPA: Presiden PKR Datuk Wan Azizah Wan Ismail mengambil iktibar dari ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memberikan gambaran yang luas merangkumi semua aspek.

Beliau berkata, Tuan Guru Abdul Hadi banyak menyentuh isu-isu semasa yang sepatutnya ditangani oleh semua pihak khususnya membabitkan pergolakan umat Islam di luar negara.

"Misalnya isu Palestin yang semakin bergolak, Filipina dan Rohingya," katanya ketika ditemui di khemah perkarangan Putik.

Beliau turut memberi sokongan terhadap seruan Presiden PAS yang mengajak para petugas PAS serta Pakatan Rakyat agar bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya.

Arahan Presiden kepada pimpinan dan ahli PAS


 
KOTA BHARU: Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 yang merupakan muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan khusus kepada ahli dan pimpinan parti itu.

Tujuh arahan tersebut ialah:

1. Mengarahkan semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.

2. Mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.

Negara Berkebajikan Teras Perpaduan




UCAPAN DASAR MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-58 (2012)


NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

الحمد لله حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما ينبغي
لجلال وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شيء
قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل وسلم وبارك على محمد
أشرف الأنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه إلى يوم الدين

1. Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato‟ Mursyidul „Am, Sohibul Fadhilah Dato‟ Timbalan Mursyidul „Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat, Dato‟ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, pengamal media cetak dan elektronik, seluruh para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

2. Saya ucapkan selamat datang ( )أهلا وسهلا ومرحبا بكم kepada semua para perwakilan dan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk tanahair tercinta dan luar negeri. Saya juga mengalu-alukan kehadiran kali pertama ahli-ahli baru PAS ke muktamar ini, dari kalangan rakyat, artis dan karyawan, ahli sukan, tokoh akademik, mantan pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan masyarakat, dan semua kalangan yang ingin bersama PAS membawa mesej Islam ke dalam negara kita ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-puan sekelian, akan memeriahkan muktamar kita, menyuntik semangat dan merapatkan saf angkatan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam, ketika seluruh dunia merayu kepada penyelamat, kerana dilambung gelombang krisis kemanusiaan dalam segala lapangan.

3. Negara kita juga tidak terkecuali dalam keadaan yang sama. Cukuplah rakyat menjadi saksinya, apabila UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional, culas dalam melaksanakan amanah, tidak menepati janji – dengan jelasnya tidak menghormati perjanjian hasil petroleum di negeri-negeri sehingga tergamak menindas majoriti rakyat beragama Islam di negeri Kelantan dan Terengganu khususnya, dengan menafikan hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah SWT.

‘Green Walk’ from Kuantan to KL gains pace

The one-man 300KM 'green walk' from Kuantan to KL by environment activist Wong Tack has turned into a march of 80 people who are against the Lynas plant and other projects.
PETALING JAYA: Painful blisters, rain, and limited supplies have not deterred the group of activists on a two-week trek since Tuesday to rally support against the Lynas rare earth plant and highlight other environmental issues.
Instead the march is picking up pace — having gathered 80 people to walk with them and more support from well wishers along the way, according to Himpunan Hijau chairman Wong Tack.
Today, on their fourth day, they have already journeyed a total of about 100km, which was about a third of the 300km distance between Kuantan to Kuala Lumpur.
“It is tiring, but spirits are high and everybody is sharing this energy. We are starting to recover from our initial injuries and our muscles are building up, we can continue stronger,” Wong told FMT.
He said that it was encouraging to find all sorts of new faces each day as they make their stops in towns and villages.

Bung Mokhtar hadir taklimat kes rasuah Scorpene minggu depan

KUALA LUMPUR 16 November: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dari Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaannya untuk hadir pada taklimat Scorpene yang dijadual diadakan di Parlimen Khamis depan.
“Tiada masalah untuk hadir mendengar taklimat. Sekiranya dijemput dan saya punya masa, apa salahnya, saya akan hadir,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Menurut Bung Mokhtar, beliau tidak meletakkan sebarang halangan dan sedia menyambut ketibaan peguam dari Perancis itu di Parlimen.
“Saya tiada sebarang halangan dan masalah untuk itu,” jelasnya.
Pada 29 Oktober lalu, dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.
Kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.

PAS offers to fix economy in bid for Putrajaya

Hadi said the course being set by BN would doom the country to insolvency. — File pic
KOTA BARU, Nov 16 ― PAS vowed today to repair what it called a faulty economic philosophy under the Barisan Nasional (BN) government that has allowed cronyism, monopolies and cartels to grow and put the country on the path to bankruptcy, if it is chosen to govern Putrajaya at the coming 13th general election. Its president, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, outlined four steps he said would help correct the current imbalance and create a fair and accountable economic state that will increase disposable income and reduce cost of living.
“Our country, which is rich with natural resources, will go bankrupt if it stays in Barisan Nasional’s hand,” he said in his opening address at the Islamist party’s national conference, or muktamar, here today.
“Economic transformation ala-BN which tries to make us equal to the West, is not the yardstick that people want,” he added.
In its four steps, PAS urges the adoption of a national economic philosophy that emphasises equality and prosperity, with fair fiscal and monetary policies .

Ulamak : Hudud sudah ada kata sepakat


Harun Taib KOTA BAHARU - Di sebalik kecaman yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hudud di negara ini,  Pas mendakwa mendapat kata sepakat dari Pakatan Rakyat (PR) untuk melaksanakan syariat Islam itu sekiranya mendapat keyakinan rakyat.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib bagaimanapun berkata, pelaksanaan hukuman itu perlu dibuat  mengikut perlembagaan negara ini.

“Kalau kita majoriti dalam Parlimen, kita kemukakan undang-undang berkaitan dan kita dapat sokongan Parlimen dan diluluskan, maka dengan sendiri (hudud) menjadi undang-undang negara.

Majlis Syura sentiasa pantau dasar PAS

Pandangan individu kadang-kala terbawa ke luar, mungkin tidak sedar ada pihak lain menggunakan kesempatan dalam hal tersebut.
PETALING JAYA: Majlis Syura PAS sentiasa memantau sama ada parti itu mematuhi atau telah  melanggar dasar yang ditetapkan, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din.
Beliau berkata, sehingga sekarang dalam mesyuarat Majlis Syura PAS, tidak ada masalah besar tetapi hanya bergema selepas mesyuarat berakhir atau di dalam media.
“Orang seperti ini tidak pernah memberi pandangan dalam mesyuarat,” katanya ketika menjawab solan dari wakil PAS Kalabakan, Sabah.
Harun berkata, pandangan individu kadang-kala terbawa ke luar, mungkin tidak sedar ada pihak lain menggunakan kesempatan dalam hal tersebut.
Sementara itu,  beberapa perwakilan mula membahaskan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertajuk Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.

Abby Abadi Saman Utusan Malaysia RM5 Juta

Baru-baru ini, hasil daripada nasihat peguam, Fadiah Nadwa, pelakon Abby Abadi atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan akan memfailkan saman dan tuntutan sebanyak RM5 Juta ke atas akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di Malaysia kerana memfitnah, iaitu Utusan Malaysia.

Abby turut meluahkan kekecewaannya dan mendedahkan bahawa akhbar milik Umno itu sering melakukan fitnah ke atas dirinya meskipun sebelum beliau menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut peguam, pihak Abby Abadi menuntut RM5 juta dan permohonan maaf dalam masa tujuh hari yang mesti disiarkan dalam Utusan Malaysia kerana memfitnah pelakon itu.

Hadi: 'Pas tidak pernah tersasar landasan'

PENGKALAN CHEPA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini secara sinis menyindir mereka yang mendakwa parti itu sebagai tersasar dari landasannya sebagai "mereka yang tidak memahami bahasa al-Quran" ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar ke-58 parti itu hari ini.

Menurut Abdul Hadi, mereka yang terus-terusan menyelar parti itu kononnya tergelincir daripada wadah perjuangan Islam hakikatnya terpengaruh dengan bahasa asing  “welfare state” yang menafsirkan kebajikan dengan makna yang sempit.

"Muktamar yang lalu kita kemukakan tema: Membangun Negara Berkebajikan. Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap, sehingga membuat kenyataan terbuka, bahawa Pas sudah menyeleweng daripada matlamat perjuangan menegakkan Islam," kata Abdul Hadi mengundang riuh sidang hadirin di dalam Dewan.

Tahaluf Siyasi: PAS pada landasan betul


KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS sentiasa memantau perjalanan parti itu agar tidak lari dari landasan perjuangan sebenar.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din berkata, ianya termasuklah berkaitan tahaluf siyasi.

"Majlis Syura Ulama sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS berada dalam landasan yang betul," kata beliau di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-58 di Putik hari ini.

Beliau juga berkata, setiap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dibincangkan dengan teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dnegan keputusan yang dibuat.

Namun katanya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan kepada media seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.

"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.

Hasil negeri Sabah berbilion ringgit tapi rakyat terus ditindas

KOTA BELUD 16 November: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) gesa rakyat Sabah melakukan perubahan supaya tidak terus ditindas Umno BN dan dapat menikmati kemudahan yang dinafi kerajaan.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, statistik menunjukkan Sabah memperoleh sumber pendapatan berbilion ringgit namun rakyat terus derita.
“Selagi tak berlakunya perubahan, selama itulah nasib rakyat Sabah tidak akan terbela.
“Kalau di Selangor, kita berjaya berikan pelbagai kemudahan contohnya seperti air percuma, tapi di Sabah usahkan air percuma, paip air pun tak ada, yang ada hanya tong air pemberian Umno, tapi tak guna sebab tak ada paip,” katanya depan penduduk Kampung Payas Payas, Kota Belut sempena Jelajah Kempen Sumpah Rakyat Tuntut Hak, semalam.
Shamsul berkata, kejayaan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor perlu dijadikan inspirasi rakyat Sabah untuk keluar dari kepompong Umno BN dan turut serta melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tolak pemerintahan rasis Umno BN – Anwar

PERMATANG PAUH 16 November: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak mengamalkan sistem perkauman sempit dan jumud sehingga mengabaikan kepentingan sebenar agama.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkauman adalah sebahagian dari assabiyah yang membawa keruntuhan hubungan sesama Islam jika dijadikan landasan dalam pentadbiran negara.
“Ia tidak akan memberi keadilan dan menyimpang dari hakikat sebenar. Perjuangan adalah untuk suku masing-masing. Manakala suku lain yang turut memerlukan pembelaan tidak akan menikmati keadilan tersebut,” katanya ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Taman Pauh Idaman, dekat sini semalam.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, prejudis dan rasis yang melampau telah menjadi sebahagian dari rutin pemimpin negara.
Katanya, jika amalan ini berterusan, ia mampu meruntuhkan hubungan rakyat.
Anwar berkata, sistem pemerintahan sekarang wajar diubah segera bagi menyelamatkan masyarakat menjadi mangsa kerakusan pemimpin berkuasa.

Penyelewengan MB N Sembilan punca Umno bakal tersungkur

KUALA LUMPUR 16 November: Penyelewengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dalam skandal tanah akan menyebabkan Umno Negeri Sembilan tumbang pada pilihan raya umum (PRU) nanti, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, terlalu banyak penyelewengan oleh pemimpin Umno negeri demi mengkayakan kroni.
Rafizi menunjukkan dokumen mengenai pelan rancangan struktur Negeri Sembilan 2001-2010 yang dikaitkan dalam skandal tanah oleh Mohamad.
“Banyak penyelewengan dan puak-puak yang berebut mengaut keuntungan. Bila kita dedahkan, ia menimbulkan perasaan cemburu antara puak itu dan menyebabkan keretakan kepada Umno Negeri Sembilan dan keretakan itu yang akan tumbangkan mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi.
Oktober lalu, KEADILAN mendedahkan skandal penyelewengan pengambilan tanah secara haram di Negeri Sembilan oleh Mohamad.

Dituduh hina Sultan: Polis paksa Ahmad mengaku ‘Zul Yahya’

KUALA LUMPUR 16 November: Juruukur bahan, Ahmad Abdul Jalil, 27, yang dituduh menghina Sultan Johor dipaksa membuat pengakuan sebagai ‘Zul Yahya’ semasa berada dalam siasatan polis.
Perkara itu dimaklumkan Ahmad kepada kakaknya, Asiah Abdul Jalil.
Menurut Asiah, Ahmad pada mulanya ditahan dengan alasan untuk mencari maklumat siapa dan di mana ‘Zul Yahya’, tetapi polis mengubah dan memaksa beliau mengaku atas tuduhan menghina Sultan.
“Saya pun tak faham kenapa polis buat kerja macam tu, sedangkan Ahmad langsung tidak kenal siapa ‘Zul Yahya’. Saya beberapa kali tanya pernahkah berhubung atau kenal nama tersebut tapi Ahmad memang tak tahu,” kata Asiah ketika dihubungi.
Pada 8 November lalu, Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bharu atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook, bulan lepas.
Ahmad didakwa memuat naik satu status menghina Sultan Johor di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama ‘Zul Yahya’ di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi pada kira-kira 3 petang, 21 Oktober lepas.

Fitnah anti Islam: Senator Australia lapor polis terhadap Utusan, NST

KUALA LUMPUR 16 November: Senator Australia, Nick Xenophon membuat laporan polis di Balai Polis Travers hari ini ekoran laporan palsu oleh akhbar Utusan Malaysia dan New Straits Times yang mengambarkannya sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.
Beliau ditemani peguamnya, Amer Hamzah Arshad.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Xenophon berkata, laporan itu palsu sepenuhnya, fitnah dan akan ambil tindakan.
Xenophon yang berada di Malaysia termasuk hari perhimpunan Bersih 3.0 dan membuat kenyataan menyesali kejadian dalam perhimpunan itu dengan berkata: “Ia aman (sehingga pendemo diprovokasi)”.
Xenophon bersama-sama pemerhati antarabangsa berada di Kuala Lumpur bagi memerhati himpunan itu.

Ingatkan k’jaan siasat kes menteri rogol amah – Zuraida

KUALA LUMPUR 16 November: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin mempersoal sikap hipokrit kerajaan dalam membela mangsa rogol, tetapi tidak menyiasat kes rogol amah yang didakwa membabitkan Menteri Kabinet.
“Kita puji tindakan kerajaan dalam membela nasib wanita teraniya, tapi hentikan sikap hipokrit, siasat juga isu menteri rogol amah beberapa tahun lepas,” kata Ahli Parlimen Ampang itu ketika dihubungi.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilapor mengecam kes rogol warga Indonesia di Pulau Pinang dan terbaru, Seremban, Negeri Sembilan.
“Kedua-dua isu itu melibatkan hubungan antarabangsa dengan Indonesia, tapi mentang-mentang ia berprofil tinggi semua takut untuk siasat, bukankah ini menganiya mangsa juga?” soalnya.
Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan beberapa pendedahan mengenai keterlibatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Penang : Tiga anggota polis didakwa atas tuduhan merogol wanita Indonesia



 
Tiga anggota polis yang dituduh merogol seorang wanita Indonesia, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pulau Pinang atas tuduhan berniat bersama untuk merogol.

Hakim Nabishah Ibrahim membaca pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk tuduhan merogol dan Seksyen 377(c) untuk tuduhan melakukan seks luar tabii.

Ketiga-tiga anggota polis tersebut - Sin Mat Lazim, 33; Syahiran Ramli, 21;  dan Remy Anak Pana, 21 - yang ditahan selama tujuh hari yang berakhir hari ini, minta dibicarakan.

Jika didapati bersalah, ketiga-tiga mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Ketua Pemuda Umno Perlis: Saya sudah penat, sebab itu letak jawatan..!!! Ramai lagi akan menyusul....

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam Umno, mengatakan dirinya sudah penat dengan semua tanggungjawabnya di dalam parti.
Beliau membuat keputusan itu semalam, dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.
“Saya berasa penat menanggung beban dalam pentadbiran di bahagian cawangan, bahagian dan peringkat negeri.
“Terlalu banyak tanggungjawab yang saya pikul, jadi saya sudah penat,” katanya setelah dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, beliau tidak keluar dari Umno sebaliknya membantu jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang.
“Saya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin, ini adalah masanya untuk ahli Pemuda Umno Perlis untuk berdikari.
“Umno Perlis sentiasa mempunyai barisan untuk memimpin.

“Dan saya akan terus menjadi ahli Umno dan terus berjuang untuk Umno,” katanya lagi.
Beliau berkata, beliau tidak mahu memegang banyak jawatan, kerana ia hanya membawa keburukan sekiranya tidak mampu untuk memikul semua jawatan.
“Saya berharap semua ahli Umno akan teruskan perjuangan, jangan berjuang hanya kerana jawatan,” kata Mohsin lagi.
Mohsin semalam meletakkan status di Facebooknya, “hari ini saya mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam Umno”.

Pas: Rancangan ambil alih Putrajaya bukan sekadar impian


KOTA BAHRU - PAS hari ini menegaskan rancangan untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya bersama sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukannya sekadar impian dan meminta anggotanya bersabar menanti tarikh pilihan raya umum ke-13.
logo muktamar Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keutamaan PAS ialah mempertahankan kesemua 24 kerusi Parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.
Di samping itu, parti juga akan memberi tumpuan kepada kerusi yang akan ditandingi PAS di Sabah dan Sarawak, katanya dalam ucapan dasar semasa merasmikan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.
Hadir sama pada perasmian muktamar bertema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw.

Manfaatkan muktamar, p'raya sudah dekat

 
KOTA BHARU: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengaharapkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang berlangsung bermula hari ini menjadi medan memperkuatkan parti berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Berucap memberikan aluan pada muktamar di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini beliau berkata, para perwakilan harus menggunakan peluang muktamar ini sebaik mungkin kerana PAS sudah tidak banyak masa untuk menghadapi PRU13.

Ini kerana menurutnya, PRU13 mesti diadakan paling lewat pada tarikh 27 Jun 2013 manakala parlimen akan terbubar secara automatik pada tarikh 29 April jika tiada sebarang pembubaran lebih awal dari itu.

Justeru katanya, muktamar ini adalah masa paling penting yang ada untuk melakukan penambahbaikan dan persediaan untuk parti.

"Muktamar ini mesti digunakan untuk memberi kritikan membina kerana kita sudah tidak banyak masa untuk PRU13," tegasnya.

Umum calon awal tak munasabah, kata Abdul Hadi

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Hadi Awang, dan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali sewaktu Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Baru 16 November, 2012. – Gambar oleh Saw Siow Feng
KOTA BARU, 16 Nov –  Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan adalah tidak munasabah untuk parti berteraskan Islam itu membuat pengumuman awal bagi  calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Abdul Hadi ketika ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS ke-58 berkata, amalan tradisi PAS adalah mengumumkan nama calon sejurus selepas tarikh pilihan raya ditetapkan.
“Tidak munasabah (umum calon awal) ... tarikh pilihan raya pun kita tidak tahu lagi.

“Untuk mengumumkan calon awal, itu terletak kepada Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat,” kata Abdul Hadi kepada pemberita sejurus tanat ucapan dasarnya di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini.
Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, senarai calon PAS diputuskan Majlis Syura Ulama, dan sudah pun diserahkan kepada kepimpinan pusat.
“Calon sudah kita kenal pasti dan telah pun diserahkan kepada Majlis Syura Ulama ... bila Majlis Syura dah putuskan, yang mana boleh bertanding, yang mana tidak kita gugurkan.
“Untuk menentukan calon bertanding kita perlu lihat akar umbi ... kita bukan setakat meletakkan calon, tetapi juga kita mahu menang,” katanya kepada pemberita.

PAS siap untuk PRU13 atau muktamar tahun depan?





KOTA BHARU: Muktamar PAS ke 58 iaitu yang terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13 bakal bermula pagi ini dengan kira-kira 1,000 perwakilan dan beribu-ribu pemerhati akan memenuhi Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan Ucapan Dasar yang bakal menentukan halatuju PAS dan seterusnya merasmikan muktamar kali ini.

Muktamar ini diadakan selepas ketiga-tiga sayap PAS iaitu Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda selesai mengadakan muktamar masing-masing.

PAS tawarkan memperbaiki ekonomi dalam usaha tarik sokongan pengundi

KOTA BARU, 16 Nov – PAS hari ini dilihat memberikan fokus untuk memperbaiki ekonomi dalam meneruskan perjuangan mereka membentuk negara berkebajikan seperti dilaungkan sebelum ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika ucapan dasar Muktamar PAS ke-58, hari ini menegaskan hanya ekonomi dan negara berkebajikan yang berkonsep adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia pelbagai kaum.
“Perpaduan dalam negara tidak akan wujud dengan laungan 1 Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan perkauman sempit dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud di negara kita.
“Ramai kalangan lawan dan pemerhati tersalah anggap negara berkebajikan PAS, mengatakan PAS menyeleweng dari matlamat asal.
“Anggapan salah itu adalah kerana mereka tidak memahami bahasa Al-Quran dan terpengaruh dengan bahasa asing ‘welfare state’ yang mentafsir kebajikan sempit,” kata Abdul Hadi sewaktu ucapan dasarnya di hadapan hampir 1,200 perwakilan dari seluruh negara.

Awasi usaha lagakan sesama parti Pakatan - Presiden


KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan ahli parti di semua peringkat bersiap sedia pada tahap maksimum bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir.

Beliau berkata, ahli biasa mahupun pimpinan di setiap peringkat harus berada dalam keadaan bersedia kerana mereka akan berhadapan dengan provokasi media dan BN yang mahu memporak perandakan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita.

Hadi: Beri Pakatan mandat, jangan takut untuk berubah


PENGKALAN CHEPA - Sementara negara sudah mula bersiap sedia untuk melangsungkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan Pas bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia untuk menggalas amanah yang lebih besar bukan sahaja di peringkat negeri bahkan pusat - menggantikan Barisan Nasional (BN).
logo muktamar Sehubungan itu, Presiden Pas memberi keyakinan bahawa peralihan kuasa akan berjalan dengan lancar sekiranya PR diberi mandat.
"Pas percaya dan yakin bahawa peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Rakyat akan berlaku dengan lancar dan aman sekiranya rakyat memberikan amanahnya kepada kita.
"Kepada rakyat keseluruhannya, jangan takut untuk berubah kepada yang lebih baik.
"Maka, sekiranya kita gagal melaksanakan amanah itu, rakyat bolehlah menghukum kami dalam pilihan raya yang seterusnya," kata Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar presiden bertemakan Negara Berkebajikan Teras Perpaduan pada Muktamar ke-58 parti itu di sini, hari ini.

Syura PAS selesai tapis calon

Sidang Media Selepas Perasmian Muktamar PAS Ke 58

'PAS sudah sedia perintah M'sia bersama Pakatan'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertegaskan bahawa parti sudah bersedia untuk memerintah negara bersama rakan gabungan Pakatan Rakyat bagi memikul dan melaksanakan amanah berdasarkan resolusi permuafakatan gabungan itu.

"Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak  memaksa dalam perbezaan.

"Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi ini menuntut kita terus bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara," katanya.

Siap hadapi 'taufan wang' - Presiden PAS



(Para tetamu, perwakilan dan pemerhati Muktamar PAS ke 58 di Putik, Pengkalan Chepa, Kelantan)

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa ahli parti melakukan tindakan secara terancang bagi melawan serangan "taufan wang" yang bakal digunakan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, PAS akan berdepan dengan ujian getir iaitu rakyat dipujuk dengan wang, projek dan sebagainya, selain daripada pelbagai cara penipuan yang menjadi senjata utama Umno BN.

"Petugas PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, sebab penundaan tarikh-tarikh PRU adalah sememangnya strategi BN untuk menurunkan moral serta melemahkan kedudukan kewangan kita, selain dari mereka juga cuba memancing isu yang akan memerangkap kita.

"Sepanjang tempoh ini jugalah, kita akan berdepan dengan tiupan api perkauman dan ketegangan oleh media arus perdana yang menjadi perkakas dalam mempertahankan kerakusan kerajaan Umno BN. Teguhlah dengan jemaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi dengan cabaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-58 yang bertema 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Putik, dekat sini, hari ini.

Dewan Putik penuh sesak dengan perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh negara untuk mengikut dan menyertai muktamar terakhir menjelang pilihan raya umum ke 13.

Terdahulu, Ustaz Hadi menerima tabik hormat dari pasukan Unit Amal serta dipersembahkan dengan kawad kaki dari Briged Amal.

Harakah: akhbar alternatif terhebat

Nasrudin bin Hassan,
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia yakin Harakah adalah akhbar alternatif terbaik yang pernah wujud di arena media tanah air. Menyusur 1001 mehnah dan ibtila' dibawah tekanan hebat daripada parti pemerintah sejak diasaskan, menjadikan Harakah sebagai media yang paling digeruni lawan dan dihormati kawan.

2. Kritikan terhadap Harakah melewati usul daripada DPP Wilayah Persekutuan dan diterima oleh seluruh perwakilan Muktamar DPP Malaysia kali ke-53 adalah usul untuk penambahbaikan terhadap akhbar alternatif yang berprestij tinggi itu. Ia bukan usul menghentam tetapi usul membina agar Harakah terus segar dan relevan sepanjang zaman menepati prinsip lidah rasmi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam.

Saya puas hati dengan Harakah - Presiden

KOTA BHARU: Disebalik kritikan yang dilemparkan kepada Harakah khususnya oleh Dewan Pemuda PAS dan Dewan Ulamak dalam muktamar kedua-dua dewan itu semalam, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut membuat penjelasan.

Beliau yang ditanya wartawan berhubung perkara itu berkata, PAS bersedia menerima segala teguran yang dibuat mana-mana pihak terhadap lidah rasmi parti itu.

"Kita orang Islam diajar tiada yang sempurna, yang sempurna Tuhanyang satu. Saya pun tak sempurna orang boleh kritik.

"Dalam masa yang sama kita menerima nasihat dari semua pihak," katanya.

Bagaimanapun bagi beliau, peranan Harakah membawa suara parti setakat ini boleh dibanggakan walaupun berdepan tekanan dan kekangan dari pelbagai sudut.

"Sehingga ini saya berpuas hati dengan Harakah dan Harakahdaily.

Putik pacu kemenangan tuju Putrajaya

KOTA BHARU: Hampir 2000 perwakilan dan pemerhati memenuhi dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) bagi mengikuti Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58.

Seawal pagi lagi Putik telah dibanjiri ahli-ahli PAS yang datang dari segenap pelusuk dengan satu tekad dan semangat bersama untuk menawan Putrajaya pada PRU-13 tidak lama lagi.

Mereka mula memenuhi kawasan Putik seawal jam 7 pagi bagi  memanfaatkan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 yang terakhir sebelum PRU yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Sebagai acara pembukaan Muktamar kali ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang diiringi Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Siti Zailah Yusoff memeriksa perbarisan Unit Amal dan Bridged Muslimat di perkarangan Putik.

'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

NONEBeliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam. 

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Semua nama calon PAS sudah disahkan



(Sidang media selepas majlis perasmian muktamar)

PENGKALAN CHEPA: Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan semua nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, senarai nama tersebut sudah diteliti dan Majlis Syura Ulama sudah menapis nama-nama yang layak.

"Semua nama calon mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.

"Semua nama sudah diserah kepada pusat dan Majlis Syura sudah luluskan nama-nama yang layak bertanding, dan yang layak digugurkan," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS, di Putik hari ini.

Beliau turut menegaskan, PAS menekankan calon boleh menang, termasuk calon muslimat.

Anwar Ibrahim: We Are Preparing To Govern And To Save This Country

PRU13: Nik Abduh sedia lawan TPM di Pagoh

Ketua Pemuda Pas isytihar harta

Aksi Menjolok Mata Rosmah Mansur ..!!!