Khamis, 15 November 2012

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Terengganu

Komitmen Mat Sabu isytihar harta jika tanding p'raya

Himpunan Rakyat Bantah AES: Kroni Kaya, Rakyat Menderita!

Perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Kali Ke 51

Sidang Media Ketua Dewan Ulamak di Muktamar Kali Ke 51

Nasrudin ingatkan Pemuda PAS tidak bersikap eksklusif

Ahli majlis MPS bantah pertukaran YDP, dakwa bermotif politik

Ahli-ahli Majlis Perbandaran Selayang. — Gambar oleh Choo Choo May
SELAYANG, 15 Nov — Ahli majlis membantah keras keputusan pertukaran Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin Aala ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan tidak menolak ia bermotif politik ekoran pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves. Ahli majlis MPS, A. Rahim B. Ahmad Kasdi berkata tindakan tergesa-gesa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA ) nyata mempunyai motif terselindung hingga menyebabkan YDP menjadi mangsa politik kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Notis mengejut ini juga mengundang beberapa persoalan terutama berkaitan dengan pendedahan MPS ke atas projek kontroversi kondominium di Batu Caves.
"Ia juga menyebabkan secara tidak langsung YDP menjadi mangsa politik hingga beliau ditukarkan," kata A. Rahim dalam satu sidang media di ibu pejabat MPS petang ini.
Dalam sidang media yang turut dihadiri 14 ahli majlis, A. Rahim tidak menolak pertukaran YDP ini akan mengganggu perjalanan  jawatankuasa bebas khas yang ditubuhkan kerajaan negeri Selangor bagi menangani isu tersebut.

Berapa Anggaran Kekayaan Najib Altantuya?



Umno dan rasuah umpama nyawa dan badan, jika bercerai salah satu, maka tamatlah riwayat parti yang kununnya memperjuangkan hak orang Melayu selama 55 tahun memerintah.

Dari ketua cawangan hinggalah perdana menteri, rasuah dalam Umno kini umpama seorang penghidap barah tahap empat, sudah tidak boleh diselamatkan lagi walau denga menggunakan dos paling kuat sekalipun.

Percaya atau tidak, bekas menteri di zaman Mahathir, Kadir Sheikh Fadzir sendiri mengakui bahawa rasuah dulu dan kini dalam Umno tidak pernah padam, malah semakin bertambah dari segi jumlahnya mahupun pelakunya.

Dengan indeks rasuah Malaysia kini terus menunjukkan kemerosotan, dari tempat ke-25 pada 2007, kini negara yang kunun mengaku sebuah negara Islam sudah pun terperosok ke tangga ke-60 tahun lalu.

Kakitangan Felda Akan Bongkar Isu Saham FGVH, Hanya Tunggu Parlimen Di Bubar..


Faizoull Ahmad

Inilah wajah Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Maklumlah, 75% staff Felda tidak bersamanya. Saya difahamkan, Wisma Felda Jln Semarak dipasang 40 CCTV khususnya dalam pejabat bagi merakam pergerakan dan perbualan Staff. Ianya bagi mempastikan tiada kebocoran maklumat. Kata mereka, hidup macam dalam penjara!

Esok, Faizoull bersama Ahmad Maslan dan Isa Samad ke London melawat 100 pelajar tajaan Felda. Mereka belajar dari Okt hingga Januari 2013. Kos setiap seorang RM50,000. Salah seorang pelajarnya, anak Faizoull sendiri!

Saya harap Faizoull tangani segera isu pinjaman saham FGVH yang dihadapi Kakitangannya. Mereka ini sebahagian besarnya berkempen kuat agar peneroka sokong penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia. 60% dikalangan mereka tidak menjual saham mereka dengan harapan harga mencanak naik. Pengurus Felda ditawar hingga 21000 unit dengan pinjaman RM115,150. Eksekutif 6100 unit dengan pinjaman RM28,025, Non Eksekutif 3000 unit dengan pinjaman RM13883.

AFRAID OF MORE EXPOSURES FROM SCORPENE LAWYER? Hisham refuses to clear Bourdon's trip

AFRAID OF MORE EXPOSURES FROM SCORPENE LAWYER? Hisham refuses to clear Bourdon's tripThere's only a week to go but Home Minister Hishammuddin Hussein has refused to give the green light for French lawyer William Bourdon to enter Malaysia where he is due to brief Members of Parliament on the latest in the Scorpenes corruption trial, in which Prime Minister Najib Razak has been heavily implicated.
"We fear the worst given the way the Najib administration has been attacking SUARAM and even banned non-MPs from accessing the Parliament press conference lobby. If there is no guilt, why not allow Bourdon to come in and brief us all. If Najib is innocent, there is no need to deport Bourdon or to shut up SUARAM. Instead, as PM, he should welcome the chance to clear his name for himself as well as for his country," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Political intrigue, greed and murder
Bourdon was due to arrive by November 22. He was deported from Kuala Lumpur when he came to brief his client SUARAM in July 2011. Nevertheless, he agreed to come again to update Malaysian lawmakers when invited by Opposition Leader Anwar Ibrahim last month but on the condition that the authorities would assure his safety and not deport him again, thus wasting his trip and time.
Anwar had then written to inform Hisham and to seek an assurance that Bourdon would not be turned away upon arrival. But with the clock ticking down, the chances of securing such an agreement are now slim - reflecting Najib's fear that Bourdon may reveal further explosive details that could pin down his involvement in the controversial deal.

Peguam Perancis bakal sertai jelajah bongkar Scorpene

KUALA LUMPUR 15 November: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bercadang membawa peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham menyertai jelajah ‘Le Tour De Scorpene’ sebaik dibenarkan masuk ke Malaysia.
“Kita akan bawa mereka terus kepada rakyat untuk beri taklimat. Sesi penerangan juga akan dibuat di Parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir,” kata Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.
Kedua-dua peguam berkenaan menyatakan persetujuan di atas jemputan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat berhubung perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis kepada Ahli Parlimen Malaysia pada 22 November ini.
Media pro BN sebelum ini melaporkan kononnya perbicaraan kes rasuah Scorpene di mahkamah Perancis tidak berlaku.
Bourdon menjelaskan, Tribunal deGrande Instance telah mengadakan siasatan jenayah dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diterima sebagai pihak parti sivil sejak Mac lalu.

Bantah Lynas: Peserta jalan kaki serah memo pada PM 26 Nov


KUALA LUMPUR 15 November: Peserta ‘Himpunan Hijau’ yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi membantah pembinaan kilang radioaktif Lynas di Gebeng akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen 26 November ini.
Ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin berkata, kandungan memorandum mengandungi tuntutan rakyat agar kerajaan mengkaji semula dasar pembangunan yang memberi kesan alam sekitar dan kesihatan manusia.
“Rakyat dari seluruh negara akan hadir, terutama yang tempat tinggal mereka terkesan oleh pembangunan.

Dewan Ulamak : 'Usaha guling BN lebih penting'


mukatmar Pas
Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamad menyampaikan ucaptama pada Muktamar Ulama Pas, pagi ini.
 
KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas menyifatkan usaha untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih penting berbanding membincangkan soal kebebasan agama yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Harun Taib mengakui ada beberapa pihak termasuk wartawan  mahu isu kebebasan agama dibangkitkan pada muktamar kali ini.

Namun beliau menegaskan, tiada keperluan untuk membincangkan hal tersebut.

Jangan jadikan fitnah sebagai wacana untuk meruntuhkan Melayu dan Islam – Anwar

BAYAN LEPAS 15 November: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bangsa Melayu dan umat Islam perlu memperkasakan peradaban dan tidak menjadikan fitnah dan aib sebagai wacana sehingga melampaui batas.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, memperkasakan soal kaum dan meninggalkan kepentingan akhlak serta peradaban bukan tuntutan Hijrah yang sebenar.
“Dari aspek Melayu apa yang perlu ditekankan ialah merubah Melayu supaya menjadi bangsa yang baik dari segi akhlak, jiwa dan ilmunya.
“Bangsa Melayu dan umat Islam kini mesti bebas dari kerakusan dan memperkasakan peradaban. Jangan jadikan fitnah dan aib sebagai wacana besar dalam negara sehingga melampaui batas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran buku ‘Islam dan Melayu’ oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil, sempena Seminar Maal Hijrah 1434H peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, dekat sini pagi tadi.

SU Agung PKR: Mufti Perak tidak harus buat kenyataan 'selektif'


Saifuddin Nasution Ismail SHAH ALAM - PKR menggesa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya mengeluarkan kenyataan lebih adil, bukannya membuat pendirian "selektif" seperti yang dikeluarkan terhadap Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, semalam berhubung kenyataan kontroversi kebebasan beragama.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, Harussani sepatutnya mengeluarkan kenyataan lebih terbuka terhadap sesiapa sahaja yang didapati 'bersalah' berhubung isu agama termasuk bekas Perdana Menteri sebelum ini.

SU Dewan Ulama: Ada 'ketidakselarasan' di Harakah

Setiasaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Khairuddin Aman Razali menyerahkan kepada para perwakilan sayap berkenaan untuk membangkitkan rungutan berhubung lidah partinya Harakah dalam muktamar penuh parti itu esok.

Beliau turut menyebut mengenai "sedikit ketidakselarasan" di Harakah sehingga terdapat kenyataan daripada sayap berkenaan yang tidak disiarkan di akhbar tersebut.

Bagaimanapun, hampir 95 peratus kenyataan dan pendirian Dewan Ulama disiarkan dalam portal berita Harakahdaily, kata Khairuddin ketika berucap di muktamar sayap parti tersebut petang ini.

"Cuma sedikit 'ketidakselarasan' berita tidak dikeluarkan di peringkat Harakah cetak. Sehubungan itu, saya akan berbincang supaya dikeluarkan di peringkat Harakah cetak (bagi menyelesaikan rungutan tersebut).

Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRU



 
Dalam keputusan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan yang berucap menolak usul tersebut berhujah bahawa sumber parti perlu disalurkan ke arah menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, dan bukannya menganjurkan satu protes mega.

Ketika membahaskannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Umno Umno telah turun ke kampung-kampung di luar bandar dan mengedarkan habuan.

Oleh itu, katanya,  jika protes tersebut diteruskan, rakyat akan bertanggapan bahawa mereka hanya tahu turun ke jalanan.

Isu calon, Harakah, Syria hangatkan muktamar Dewan Ulamak


 
(Para perwakilan Muktamar Dewan Ulamak)

KOTA BHARU: Wakil Urusan Ulama Bagan Datuk Perak, Mohd Khir Jamaluddin bimbang golongan ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya memandangkan sekarang menjadi “trend” bekas-bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS.

Sedangkan katanya, mereka tidak pernah menjadi proses tarbiah dalam parti, namun kemungkinan lebih mendapat tempat sebagai calon pada PRU nanti.

“Sedangkan ada calon-calon dari kalangan ulama yang berwibawa namun dibimbangi kemungkinan akan diketepikan,” katanya.

Merungkai isu berkenaan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Puisat, Dr Khairuddin Ahmad Razali berkata, soal calon bukan berada di bawah bidang kuasa Dewan Ulamak, sebaliknya ia hak PAS Pusat.

Muslimat lulus usul pembantu rumah tempatan


Suasana Muktamar Muslimat PAS Pusat di dewan Kelantan Trade Centre.

KOTA BHARU: Kementerian Sumber Manusia digesa melaksanakan pelan tindakan bagi melatih warga tempatan sebagai pembantu rumah untuk mengurangkan pergantungan kepada pihak luar dan menyekat pengaliran keluar wang negara.

Usul ini dikemukakan oleh Perwakilan Muslimat dari Indera Mahkota Zuriati Muhammad telah dibahaskan dan diluluskan.

Ketika mengemukakan usul ini, Zuriati (gambar) berkata, isu pembantu rumah tidak pernah reda apatah lagi apabila Kerajaan Indonesia menetapkan syarat agar majikan Malaysia membayar gaji minimum RM700 bagi setiap jenis pekerjaan.

"Senario ini membuka mata semua apabila masing-masing mempersoalkan mengapa perlu menggaji orang luar?

"Mana perginya rakyat tempatan? Persoalan ini menjadi retorik apabila kita sendiri yang mengambil pekerja asing sebagai pembantu rumah," katanya di depan lebih 600 perwakilan di Kelantan Trade Centre.

Katanya, berdasarkan kajian keadaan ini berlaku kerana sikap rakyat tempatan yang memandang remeh pekerjaan tersebut atau menilai kualiti kerja orang luar labih baik dari warga tempatan.

Oleh yang demikian, katanya pelbagai pihak telah tampil memberi cadangan untuk mengangkat martabat pembantu rumah sebagai satu profesion untuk menarik minat warga tempatan.

AES, Harakah, Bersih4 dibahas dalam usul Pemuda


KOTA BHARU: Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-53 kali ini menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan pada hari ini.

Usul pertama berkaitan politik dan pilihan raya yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Jasin yang mengusulkan kepada muktamar supaya mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan Bersih 4.0 ekoran ketidakpedulian kerajaan terhadap tuntutan Bersih 3.0 sebelum ini.

Usul kedua pula berkaitan media rasmi PAS, Harakah yang perlu diperkasa yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah.

Usul tersebut antara lain mahu PAS Pusat membuat penstrukturan semula sidang editorial Harakah dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily.

Kerajaan didesak arus perdana pendidikan Islam


KOTA BHARU: Tindakan kerajaan yang meminggirkan usaha mengarus perdanakan pendidikan Islam dan mengabaikan institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) menimbulkan ketidakpuasan hati umat Islam.

Dengan itu, Muslimat PAS mendesak Kementerian Pelajaran agar mengarus perdanakan pendidikan Islam di Malaysia sebagai salah satu entiti penting dalam dasar pendidikan negara bukannya dipinggirkan.

Usul dari Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat yang diterima tanpa bahas turut mendesak kerajaan memperkasakan semula peranan Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (Lepai) seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kongres Pertama Majlis Agama Islam Negeri seluruh Malaysia pada Febuari lalu.

Tahaluf siyasi kejayaan besar PAS dalam Pakatan

KOTA BHARU: Keputusan ijtihad Majlis Syura Ulamak untuk mengadakan kerjasama politik dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dilihat satu kejayaan besar dalam gerakan politik PAS setakat ini.

Ianya bukan sahaja bersifat kejayaan politik, malah juga kejayaan dari sudut mengangkat perjuangan Islam PAS diterima bersama-sama dengan parti politik lain yang majoriti ahlinya bukan Islam.

Perkara itu dinyatakan wakil PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abd Halim (gambar) ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada muktamar dewan itu hari ini.

"Inilah satu kejayaan besar ulamak-ulamak dalam PAS. Islam yang diperjuangkan oleh PAS dilihat oleh PKR dan DAP bahawa tiada pendekatan terbaik untuk menentukan corak pemerintahan negara selain corak pemerintahan Islam yang ditunkan Allah swt," katanya.

Syarhan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak juga berkata, sejak PAS bertahaluf dengan PKR dan DAP, Islam dilihat semakin difahami oleh orang-orang bukan Islam.

"Hari ini dengan selogan PAS untuk semua, telah berjaya memecah tembok pemisah antara dengan orang bukan Islam.

"Ada orang-orang tua India sudah mula memegang bendera PAS. Ada anak-anak muda bukan Islam pakai baju gambar Tok Guru di dada mereka," katanya.

Namun begitu katanya, ia tidak bermakna usaha untuk memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam itu cukup sekadar itu sahaja malah harus diperkasakan.

Pertahan ijtihad tahaluf siyasi - Ketua Ulamak



(Para perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan Ulamak)

KOTA BHARU: Para ulama di dalam PAS diseru agar mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, untuk mencapai matlamat politik Islam, ulamak berijtihad dalam menentukan wasilahnya.

"Antaranya, Ulamak dalam PAS berijtihad dengan merujuk kepada al-Qur’an dan al-Hadis membenarkan  Tahaaluf  Siyasi dengan parti-parti lain dengan syarat-syaratnya sebagai satu wasilah mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

"Rentetan daripada ijtihad Tahaaluf Siyasi, ahli-ahli PAS diarahkan mengundi calon-calon pilihanraya bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat," katanya.

Untuk itu, katanya, ulamak perlu menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli parti dengan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan al-Hadis.

Dalam masa yang sama juga Ulamak perlu sentiasa prihatin dengan syarat-syarat Tahaaluf Siyasi yang telah digariskan.

Lensa : Perasmian Muktamar Ulamak PAS Malaysia Ke 51











Lensa : Perasmian Muktamar Muslimat PAS Malaysia Ke 52












Lensa : Perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia Ke 53







DHPP Wanita Sasar 4 Strategi PRU ke-13

KOTA BHARU, 15 Nov - Kumutha Dewi A/P Raman selaku Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) turut hadir sepanjang muktamar ini menyeru muslimat PAS lebih menyantuni wanita bukan Islam.
Berucap di hadapan 660 perwakilan muslimat hari ini, beliau menyatakan bahawa hanya terdapat beberapa negeri sahaja yang mempunyai ketua DHPP.
Beliau menyatakan sanggup untuk turun padang bersama muslimat PAS berharapkan agar pertambahan ahli wanita dalam DHPP.
"Pengundi wanita sebagai penentu PAS dalam pilihan raya kerana pengundi wanita lebih ramai berbanding pengundi lelaki," ujarnya.
Dalam ucapan penggulungan dewan itu, beliau turut mengetengahkan empat strategi yang boleh muslimat PAS guna pakai sebagai panduan memenangi pilihanraya ke-13 nanti.
Strategi yang paling utama adalah kerjasama antara parti dan jentera dalam Pakatan Rakyat.
Strategi kedua, sampaikan maklumat termasuk penerangan bercetak mengikut bahasa ibunda bangsa masing-masing.
Strategi ketiga, penerangan berkenaan perlaksanaan hukum hudud disampaikan dengan lebih terperinci kepada bukan Islam.
Strategi terakhir adalah maklumat yang hendak disampaikan perlu melalui teknologi terkini untuk sebaran yang cepat.

Ulamak : Persoalan Calon Hak PAS Pusat


KOTA BHARU, 15 Nov
- Soal calon bukan berada di bawah bidang kuasa Dewan Ulamak, sebaliknya ia hak PAS Pusat.
Menjawab isu berkenaan calon ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya, setiausaha dewan itu, Dr. Khairuddin Ahmad Razali berkata,
"Selain kelayakan dari segi syaksiah banyak aspek lain yang menjadi pertimbangan, namun ia lebih bersifat strategi yang tidak boleh diumumkan secara terbuka."
Tambahnya, setiap kali pilihan raya, Dewan Ulamak menghantar antara 20 hingga 25 peratus senarai calon dari kalangan ulama atau bertaraf ulama.
Bagaimanapun sudah menjadi prinsip dalam Dewan Ulama, mana-mana pihak yang meminta untuk disenaraikan sebagai calon akan diketepikan.
Fenomena kebimbangan golongan ulama terpinggir sebagai calon pada pilihan raya mula hangat diperkatakan selepas bekas-bekas pegawai kanan kerajaan menyertai PAS sekarang menjadi 'trend'.
Isu yang dibangkitkan Wakil Urusan Bagan Datuk Perak, Mohd Khir Jamaluddin itu menyatakan, golongan baru ini tidak pernah menjalani proses tarbiah dalam parti. Namun kemungkinan besar mereka mendapat tempat sebagai calon pada PRU nanti adalah lebih.
“Sedangkan ada calon-calon dari kalangan ulama yang berwibawa, namun dibimbangi kemungkinan akan diketepikan,” katanya.
Menjawab persoalan yang sama, Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mahfudz Mohamad berkata, pernah berlaku ada pihak yang meminta untuk dicalonkan ditolak, kemudian dia membawa diri menyertai parti lain.

“Dalam kes yang berlaku itu akhirnya parti terbabit juga menyingkirkan orang berkenaan. Jadi keputusan awal kita menolak hasratnya menjadi calon terjawab dengan sendiri,” ujarnya menjawab.

Ulamak Haraki Benteng Izzah Islam

KOTA BHARU, 15 Nov - Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib menegaskan kemenangan PAS mesti dipertahankan oleh Ulama Haraki dengan mengisi kemenangan tersebut dengan Islam.
Parti Islam Semalaysia PAS hari ini berjaya memerintah Kelantan sejak 22 tahun dan Kedah sejak 4 tahun yang lalu. PAS juga berkongsi kuasa memerintah Selangor dan Pulau Pinang.
Dalam ucaptama perasmian dewan itu pagi tadi, Ustaz Harun berkata, manusia tercari-cari model kerajaan yang baik, yang memberikan keadilan dan kebajikan kepada umat manusia.
"Jawapannya ialah pada Islam. Hanya dengan Islam kita akan menikmati izzah keagungan, kehormatan, dan kemuliaan," jelasnya.
Tambahnya, seluruh manusia sama ada Islam atau bukan Islam akan mengecapi sebenar-benar keadilan dan kebajikan.
"Begitulah di Malaysia, apa bangsa sekalipun termasuk Melayu, tidak akan mencapaiIzzah melainkan dengan menerima Islam sebagai asas pemerintahan dan urustadbir bernegara," jelasnya.
Dalam masa yang sama, keperluan Islam untuk memerintah dan mentadbir mesti dihurai dan dijelaskan oleh para Ulamak Haraki kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menggunakan pelbagai medium bagi melebar-luaskan lagi kemenangan di seluruh Malaysia.
Justeru katanya, Ulamak Haraki perlu menggembeleng seluruh tenaga, masa dan harta yang mereka ada untuk membina Izzah Islam agar Malaysia dipimpin sepenuhnya berpandukan Islam selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Muslimat Pergiat Penerangan Alternatif Untuk Rakyat

KOTA BHARU, 15 Nov - Wanita Umno bukan saingan muslimat PAS, walau bagaimanapun muslimat perlu sedia dengan setiap perubahan dari semua segi termasuklah sebelum dan selepas pilihan raya.
Penegasan dari wakil daripada Dewan Muslimat Negeri Sabah itu turut mengajak muslimat PAS pergiat penerangan alternatif kepada rakyat bagi meneraju perubahan mengajak orang awam lebih mendekati PAS.
"Kita boleh mengadakan debat PM seperti yang dilakukan seperti di US. PAS tiada masalah mengenai debat tersebut, tetapi UMNO takut untuk berdebat dan seperti kata mereka debat bukan lah kaedah kami...." ujar beliau.
Fatmawati yang juga setiausaha dewan itu mengesahkan muslimat PAS Sabah akan menghantar wakilnya untuk pilihan raya yang akan datang.
Tambahnya, PAS dan Pakatan Rakyat telah mencapai pencapaian yang cemerlang sepanjang pilihan raya ke-13 lalu sehingga UMNO tidak dapat menetapkan tarikh untuk pembubaran parlimen.
Justeru, muslimat PAS perlu bersedia menghadapi pilihan raya ke-13 dan kenal pasti kelemahan supaya kecemerlangan PAS berterusan.