Rabu, 14 November 2012

Mokhzani dapat kontrak Petronas RM836j, Dr M patut letak jawatan

KUALA LUMPUR 14 November: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa meletak jawatan dalam Petronas kerana gagal menjaga kepentingan Petronas dan lebih mengutamakan syarikat milik anaknya.
Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail mengulas penganugerahan kontrak Petronas Carigali Sdn Bhd bernilai RM836 juta kepada anak syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd.
Anak Mahathir – Datuk Mokhzani Mahathir adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Pengerusi Kencana.
Azan berkata, sebagai negarawan, Mahathir patut malu kerana sinonim dengan jolokan kronisme.
“Kalau dia tahu malu dan bertanggungjawab, sudah lama dia letak jawatan. Petronas merupakan syarikat milik negara. Mahathir tak boleh gunakan pengaruh beliau rompak harta negara untuk diagih kepada anak pinak,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota itu ketika dihubungi.
SapuraKencana dilapor memaklumkan bursa saham pada 1 November lalu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd dianugerahkan kontrak RM700 juta bagi membekal perkhidmatan dalam laut selam tiga setengah tahun.

Rafizi, Nurul Izzah Dibunuh, Mirzan Dijunjung


KUALA LUMPUR, 14 NOV : Fitnah dan sekatan terhadap pemimpin muda PKR, Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli adalah usaha Umno-BN untuk mematikan karier politik politik mereka dan menutup pembongkaran kepincangan mentadbir Umno-BN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu juga untuk menafikan kebangkitan golongan generasi muda yang berkebolehan memimpin negara dengan lebih gemilang.
Beliau berkata, Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai kini difitnah sebagai pemimpin yang menggalakkan umat Islam untuk bebas memilih agama dan murtad.
Manakala Pengarah Strategi PKR, Rafizi, tegasnya, disekat mengadakan sidang media di Parlimen berikutan kelantangannya membongkar penyelewengan Umno-BN seperti projek bermasalah National Feedlot Corporation (NFC) membabitkan lebih RM 250 juta.
“Orang macam ini kita patut bagi galakan, jadi sasaran mereka (Umno-BN) nak matikan karier politk Rafizi dan Nurul Izzah.
“Mereka nampak anak-anak muda ini cemerlang maka mesti dipukul habis-habisan. Mereka difitnah.
“Jangan biarkan menteri Umno-BN menjahanamkan anak-anak kita. Apa salah Rafizi bongkar cerita lembu, fitnahkah RM 250 juta?

Dayangku Intan Mahu Rakyat Bangkit Tumbangkan Umno-BN


KUALA LUMPUR, 14 NOV : Sokongan padu yang diberikan golongan artis kepada Umno-BN selama lebih 50 tahun telah mengakibatkan mereka ditekan dan kebajikan mereka diabaikan.
Pengalaman ini diceritakan oleh penyanyi terkenal 90-an Dayangku Intan Tengku Hamid, 41, atau lebih dikenali Dayangku Intan.
“Saya sebagai artis mengalami nasib begini apabila selama ini memberikan sokongan kepada Umno-BN.
“Mereka mengambil kesempatan atas diri kita. Umno-BN hanya pentingkan diri mereka dan golongan berkepentingan yang terlibat dengan mereka,” katanya di dalam ucapan di ceramah Pakatan Rakyat di Setapak di Sini, semalam.
Umno-BN katanya, hanya berusaha untuk menjaga kebajikan artis selepas ia melihat semakin ramai golongan itu bangkit dan menentang pentadbiran mereka.
“Sekarang bila rakyat mula bangkit, mereka sedar serta mula mahu menjaga kepentingan rakyat termasuk golongan artis dengan pelbagai janji dan bantuan yang ingin diberi supaya terus menyokong mereka,” katanya.
Oleh itu katanya, rakyat perlu bangkit dan menjatuhkan kerajaan Umno-BN dalam pilihanraya akan datang supaya masa depan mereka lebih terbela.
Dayangku Intan turut menghibur 3,000 hadirin di ceramah itu dengan beberapa lagu popularnya seperti “Berpaut Di Dahan Cinta”.
Dayangku Intan menyertai PKR pada April lepas.

'Pengundi Sabah jadi kuasa penentu PRU13'

Berikut adalah kenyataan Ketua Parlimen DAP dan Ahli parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang selepas menamatkan jelajah “Ubah” DAP selama tiga hari di Papar, Kota Belud, Inanam, Matunggung dan Kudat pada Selasa 13 November 2012:

Pengundi Sabah adalah kuasa penentu (kingmakers) dalam PRU13 yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan siapakah yang akan menjadi perdana menteri Malaysia.

Lawatan saya yang terkini ke Sabah serta tiga hari jelajah “UBAH” DAP bersama pemimpin DAP ke Papar (Kg. Tamui), Kota Belud (Kg Nahaba), Inanam, Matunggung (Kg. Pinaurat) dan Kudat, jelas menunjukkan RM7.28 bilion daripada Belanjawan Alternatif 2013 Pakatan Rakyat Sabah yang diumumkan bulan lepas, betul-betul tepat dan memberikan tekanan ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin Barisan Nasional.

Rogol: PAS anggap bukan imej polis negara ini


KUALA LUMPUR: PAS hari ini memberi jaminan bahawa tiga anggota polis yang didakwa terlibat dalam kes rogol warga Indonesia akan dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang berat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tiga anggota polis itu adalah bersifat peribadi bukannya menggambarkan imej pasukan polis negara ini.

"Saya pasti agensi polis negara ini sentiasa menjaga imej baik mereka di negara ini mahupun di negara-negara luar dan apa yang berlaku itu ia hanya melibatkan sifat peribadi ketiga-tiga mereka.

"PAS akan pastikan mereka yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang berat atas perbuatan mereka yang telah mencetus ketidakpuasan hati negara jiran kita Indonesia," jelasnya kepada Harakahdaily.

Rampasan baju Bersih 2.0 tidak sah - mahkamah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada plaintif dalam masa 14 hari.

Demikian dimaklumkan Pengarah Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (gambar) dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bahawa rampasan baju Bersih 2.0 oleh pihak polis dan Menteri Dalam Negeri tidak sah di mana Mahkamah Tinggi turut memerintahkan bahawa pihak Polis harus memulangkan baju-baju yang dirampas kepada Plaintif dalam masa 14 hari.

Isu kondo: Exco kata YDP MPS diarah bertukar


Exco kanan kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Datuk Zainal Abidin A'ala telahpun diarahkan bertukar.
Liu percaya arahan pertukaran itu dibuat ekoran kenyataan Zainal pada 30 Oktober lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.
NONE"Saya rasa sedih kerana kita akan kehilangan seorang YDP yang rajin dan telah membuktikan beliau boleh tangani isu-isu penting.
"Tapi sekarang tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi jangan salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.

"Saya rasa tidak puas hati (dengan pertukaran) selaku ketua kepada kerjaan tempatan di negeri Selangor," katanya yang mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu pada Jumaat lalu.
Semakan Malaysiakini dengan pejabat MPS petang ini mendapati, Zainal Abidin diarahkan bertukar ke ibu pejabat Institut Tadbiran Awam Negara berkuat kuasa esok.
Seorang pegawai di bahagian hal ehwal korporat itu, yang memperkenalkan diri dengan nama Mohd Zin mengesahkan perkara itu dan berkata, hari ini merupakan hari terakhir Zainal berkhidmat di MPS.

Pengisytiharan harta untuk kembalikan kepercayaan terhadap pemerintahan Islam

SHAH ALAM, 14 Nov — Pengisytiharan harta dicadangkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat serta disokong oleh PAS negeri Selangor dan Pahang adalah untuk menggembalikan kepercayaan rakyat Malaysia dan dunia terhadap pemerintahan Islam, kata Mohamad Sabu.

“Realiti yang berlaku pada hari ini di dalam dunia ketiga khususnya dunia Islam, pemimpin memiliki segala-galanya.

“Apabila kita tengok pemimpin-pemimpin negara Islam hampir kesemuanya adalah golongan terkaya sama ada Soeharto di Indonesia, keluarga Saud di Arab Saudi, keluarga Raja di UAE, Qatar dan Brunei.

“Kekayaan tidak dimiliki oleh rakyat.

“Jadi, mesti golongan pemuda (Pemuda PAS), yang sedang atau bakal dapat kuasa bangun memperlihatkan apa yang dipanggil Islamic Civilization (Ketamadunan Islam), dan jikalau kita gagal bermakna Islam hanya kembali dalam bentuk retorik,” katanya.

Menurut Mohamad (gambar) lagi, pengisytiharan harta yang dicadangkan oleh Pemuda PAS itu,hanyalah permulaan kepada ciri-ciri ketamadunan Islam – bakal dilaksanakan jika parti tersebut diberi peluang untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Final battle to rid Umno of SABOTAGE VIRUS

Final battle to rid Umno of SABOTAGE VIRUS
KUALA LUMPUR - The defeat of Umno candidates in the last general election is due to sabotage among party members, which is also among the factors for the loss of Barisan Nasional's (BN) two-thirds majority, Umno Information chief Datuk Ahmad Maslan said.
"This is the feedback I received based on my survey on 80 per cent of the constituencies in Malaysia, including the black and white areas. "Please don't sabotage the party again.
We should not put our own interests above the party's," he told Bernama here.
He said there were three factors for sabotage, namely because the person did not like the selected candidate, the person was not selected as a candidate and the person cannot stay loyal and had planned to quit the party.

Penjelasan Nurul perlu diterima dengan baik

Usaha memfitnah Nurul Izzah adalah selari dengan strategi Umno untuk menakutkan masyarakat Melayu.

Oleh Khalid Samad
Kesanggupan media Umno dan para pencacainya memfitnah Nurul Izzah Anwar berhubung dengan ucapannya di sebuah forum di Subang Jaya adalah bukti muktamad bahawa Umno tetap Umno.
Keputusan PRU ke-12 pada 2008 di mana Umno mengalami prestasi terburuknya tidak mampu mendatangkan perubahan kepada kejelekan keperibadian Umno sebagai sebuah wadah politik, walaupun sedikit. Fitnah adalah ‘second nature’ kepada Umno.
Usaha memfitnah Nurul Izzah adalah selari dengan strategi Umno untuk menakutkan masyarakat Melayu terhadap kedudukan Islam dan ummat Islam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat.
Sekiranya mereka berjaya untuk meyakinkan masyarakat Melayu bahawa Anwar dan keluarganya adalah penganut fahaman Islam liberal dan PAS serta Pakatan tidak mampu menghalang dan hanya ikut sahaja, maka Melayu akan mengundi Umno walaupun sudah jelas kejelekan dan kezalimannya.
Di atas sebab itu, usaha memfitnah sebegini perlu ditentang dan sesungguhnya ianya tiada lain melainkan fitnah semata-mata.

Rafizi ke Hong Kong 21 November siasat skandal Musa Aman

KUALA LUMPUR 14 November: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong 21 November ini bagi menyiasat sendiri skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.
Menurut beliau, pemergiannya ke sana selama dua hari itu bagi mendapatkan kepastian sama ada kes tersebut ditutup kerana tiada bukti mengaitkan rasuah atau tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan Malaysia.
Kes ini muncul apabila jutawan balak Sabah, Michael Chia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Hong Kong kerana membawa wang berjumlah S$16 juta (RM40juta) yang beliau dakwa wang tersebut adalah milik Musa.
Pada 11 Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, ICAC setelah tiga tahun menjalankan siasatan membersihkan Chia dari tuduhan rasuah.
Rafizi berkata, jawapan Nazri itu tidak meyakinkan dan kerana itu beliau sendiri akan bertemu pihak ICAC.

Demokrasi di muktamar PAS terus dipertahan

KOTA BHARU: PAS tetap mempertahankan demokrasi dengan memberi peluang kepada perwakilan membangkit apa sahaja isu tanpa ada sekatan pada muktamar yang bermula Jumaat ini.

Bagaimanapun Timbalan Pengarah Muktamar, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, setiap negeri ditetapkan membahas isu yang sudah ditetapkan PAS Pusat.

“Biar pun diberi kebebasan untuk berucap namun ada garis panduan secara kasar di mana perwakilan membahas berdasar kepada inti ucapan dasar Presiden.

“Secara umumnya tidak ada apa-apa sekatan bagi membangkit apa-apa isu. Ia tidak lebih sebagai satu muhasabah bagi memantapkan parti,” katanya pada persidangan media menjelang muktamar di Putik hari ini.

Hadir sama Pengarah Muktamar kali ke-58, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan anggota-anggota jawatankuasanya.

Muktamar: Harapan ahli bawahan

Insya-Allah, Muktamar PAS ke-58 akan berlansung pada 2-4 Muharram 1433H bersamaan dengan 16-18 November 2012. Dua hari sebelumnya akan diadakan terlebih dahulu muktamar peringkat dewan-dewan, iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda. Muktamar pada kali ini pasti mendapat perhatian ramai pihak, ditambah pula dengan kesabaran menanti tarikh PRU-13 yang masih belum dijumpai oleh Dato’ Seri PM. Secara lojiknya, muktamar ini pasti banyak memberi fokus kepada persiapan dan komitmen PAS dalam perjalanan menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan Pakatan Rakyat yang lain. Selain itu, beberapa isu besar yang berlaku sepanjang tempoh setahun yang lalu, pasti akan turut diketengahkan dan dibincangkan secara bersama nanti.

Hakikatnya, bukan sahaja para pimpinan PAS di semua peringkat yang teruja dan mengambil maklum akan perkembangan Muktamar ini nanti, tetapi ahli-ahli bawahan juga pasti turut ternanti-nanti akan hasil dan resolusi daripada muktamar ini - termasuklah saya sendiri. Pasti ahli-ahli bawahan ini mempunyai harapan dan hasrat masing-masing terhadap muktamar pada kali ini. Walaupun tidak dapat menyertai secara langsung dan dekat, namun ahli-ahli bawahan ini sedar bahawa para perwakilan yang telah mereka berikan amanah dan mandat untuk mewakili mereka, akan melaksanakan tanggungjawab seikhlas mungkin, dan dapat membawa suara mereka dan pandangan mereka ke peringkat yang tertinggi.

Hadi Awang: 'Pilih pemimpin amanah'



.
logo muktamar MARANG - Rasuah dan jenayah merosakkan negara sehingga boleh menjadikan rakyat mundur walau sudah lebih setengah abad merdeka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, agihan ekonomi negara juga dilihat tidak adil kerana yang kaya dalam kalangan kroni berterusan jadi kaya dan miskin terus miskin walaupun berusaha keras.

Malah katanya, perkara itu tidak tepat dengan kehendak Islam.

“Oleh itu, mengambil semangat hijrah, kita perlu berubah dengan meletak tanggungjawab memimpin negara kepada individu amanah yang bukan sahaja mampu bangunkan negara, tetapi juga amanah dalam pemerintahan dan adil kepada rakyat.

Dialog KM bersama pendemonstrasi di Komtar untuk menyokong AES

Anwar Ibrahim: Najib, Hutang Negara RM538 Billion, Siapa Nak Bayar Itu?

Anwar Ibrahim: Dekat Pilihanraya BR1M BR1M BR1M, Lepas Pilihanraya BROOM BROOM BROOM

Anwar Ibrahim: Kita Akan Batalkan Akta Kampung Baru Jika Pakatan Tawan Putrajaya

Rafizi Ramli: Rakyat Dah Buat Keputusan, Akan Tukar Kerajaan Kali Ini

Rafizi Ramli - Isu Kereta Hummer Anak Daddy Nazri Aziz

Perutusan Maal Hijrah 1434 H

Muktamar 58 : Tutup ruang pergeseran sesama sendiri

PARA perwakilan dan ahli PAS digesa untuk tidak mencetuskan ruang yang boleh mengundang masalah dan menjejaskan sokongan rakyat kepada parti dalam muktamar nanti, tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
"Jangan timbulkan masalah yang boleh merugikan parti atau pergeseran antara satu sama lain serta rakanrakan kita dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga menyifatkan, pilihan raya umum kelak sebagai paling "genting" buat PAS khasnya serta Pakatan Rakyat umumnya selepas provokasi demi provokasi kaum dan agama yang dicanang Umno dan paling ketara MCA mutakhir ini.
"Kita kini dalam fasa kritikal untuk berdepan PRU13. Ada harapan untuk kita menang sebenarnya bukan sekadar di negerinegeri bahkan tidak mustahil menerjah ke peringkat pusat," tambahnya.
Bagaimanapun, Khalid mengingatkan, PAS tidak perlu melatah dengan beberapa isu yang sengaja digembar-gemburkan oleh media Umno-BN.

Muktamar 58 : Minta hujah perwakilan matang, berfakta

Dewan Pemuda PAS Pusat berharap para perwakilan bersiap sedia menghadapi Muktamar PAS ke-58 dan Muktamar Dewan Pemuda ke-53 dengan hujah lebih matang, berasaskan fakta dan angka serta mengemukakan saranan bernas perbaiki gerak kerja parti untuk hadapai PRU13.
Ketua Penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor menegaskan, situasi ini berbeza dengan Umno yang menjadikan pentas Perhimpunan Umno untuk memuja dan memuji pemimpin.
Sebaliknya kata beliau, pentas muktamar hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk mengkritik, muhasabah dan memberi teguran kepada Dewan Pemuda PAS agar prestasi bagi memicu kebangkitan anak muda di negara ini melonjak, bagi menolak rejim Umno-BN.
“Pemuda PAS Pusat mengingatkan pemerhati dan perwakilan agar membuat persiapan mental dan fizikal untuk ke muktamar.
“Dapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada di kalangan perwakilan yang meninggal akibat kemalangan jalan raya kerana tak dapat rehat yang cukup,” katanya.

Muktamar 58 : Tuntut kaum hawa celik politik, peka hak

GOLONGAN wanita diseru supaya menjadi lebih celik politik dan peka akan hak mereka, kata Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff.Ketika membuat gesaan itu, beliau berkata, PRU13 kelak menjadi medan untuk mengukur sejauh mana gerak kerja PAS seluruh kawasan dalam mendekati kaum hawa segenap peringkat usia.
Beliau berharap dalam Muktamar PAS ke-58 ini, perwakilan Dewan Muslimat PAS kawasan-kawasan di seluruh negara mengambil peluang untuk memberi keyakinan kepada semua ahli dan jentera parti agar bekerja bersama-sama bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya nanti.
“Kita patut menggunakan medan tersebut untuk memperbaiki kelemahan dan mengaktifkan gerak kerja kita terus bekerja sehingga kita mencapai kemenangan menuju pilihan raya,” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Dalam masa sama, golongan wanita juga diseru supaya peka akan isu semasa serta hak mereka dalam usaha melahirkan generasi yang berakhlak serta masyarakat adil dan sejahtera.
“Muktamar kelak juga akan memberi tumpuan kepada aspek kebajikan wanita khususnya golongan suri rumah kerana hak mereka juga sentiasa dibela oleh PAS. Salah satunya ialah kita akan menerangkan Skim Caruman 
Wanita Nasional yang dianjurkan bersama dalam Majlis Wanita Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi.
Muktamar Muslimat akan diadakan pada 14 November 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) yang akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Muktamar 58 : Isu cercaan terhadap Islam jadi tumpuan

KETUA Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Salleh berkata, muktamar kali ini dijangka akan membahaskan isu-isu cercaan Presiden MCA terhadap Islam dan hukum ‘Hudud PAS’ selain isu-isu teras yang lain. 
Beliau juga berharap Muktamar Ulama PAS akan dijadikan medan muhasabah secara membina untuk parti dan seluruh ahlinya kerana hari ini sudah terdapat tanda-tanda perjuangan PAS diterima oleh semua rakyat.
“Muktamar kali ini menjurus ke arah kita mencapai kemenangan. Kita perlu memikirkan apakah pengisian apabila sudah kita menang nanti? Ini kerana PAS menang tidak seperti Umno yang gila memunggah kekayaan negara,” katanya.
Kemenangan PAS tegas beliau, mempunyai matlamat untuk mengharapkan keredaan Allah SWT dan keberkatan termasuk dalam melaksanakan segala matlamat parti untuk membentuk negara Islam.
Katanya, kemenangan PAS untuk melaksanakan negara Islam yang mempunyai kebajikan dan bersikap tolak ansur dengan bukan Islam agar menjadi model kepada negaranegara lain.
Muktamar Ulama akan diadakan pada 15 November 2012 jam 9:00 pagi di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan yang akan dirasmikan oleh ketuanya, Dato’ Ustaz Harun Taib.

Perang Dingin : Muhyiddin Sedang Diintip Di Melbourne?


Ini maklumat yang baru diterima.

Timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan selama sembilan hari ke Melbourne, Australia bermula 10 November lalu rupanya sedang diintip beberapa pegawai yang diupah khas perdana menteri, Najib Altantuya.

Menurut sumber, Muhyiddin yang menginap di sebuah hotel terkemuka (H****) di bandaraya itu diawasi pergerakkannya menerusi mikrofon tanpa wayar yang dipasang khas beberapa hari sebelum ketibaan Muhyiddin dan isterinya, Norainee Abdul Rahman.

Lawatan selama SEMBILAN hari Muhyiddin ke luar negara dipercayai antara sebab utama mengapa Najib Altantuya terpaksa menggunakan khidmat sedemikian bagi mengatur gerak balas sekiranya timbalannya itu bercadang menggulingkan jawatannya selaku perdana menteri.

Ini merupakan lawatan Muhyiddin yang paling lama ke luar negara semenjak menjadi manusia kedua paling berkuasa di Malaysia itu sejak April 2009.

Muhyiddin yang turut menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi China Dunia (WCEF) sempena lawatannya ke negara kangaroo itu dikatakan membuat satu perancangan rapi bagaimana mahu menjatuhkan Najib Altantuya semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 yang akan diadakan dari 27 November hingga 1 Disember.

Kelantan : Pas Sudah Ada 25 Kerusi Dalam Tangan

Bila orang bertanya saya mengenai kedudukan dan peluang Pas di Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang saya menjawab begini; setakat hari ini Pas masih mampu membentuk kerajaan tetapi bukan dengan majoriti lebih 2/3 tetapi dengan majoriti tipis.


Abdul Fatah Haron
Kedudukan ini berdasarkan angka dan suasana semasa. Saya meletakkan Pas melebihi Umno dua atau tiga kerusi saja. Angka hampir sama gagah iaitu Pas 25,  Umno 20 kerusi. Saya tidak mahu menggunakan istilah status quo seperti tahun 2004. Kenapa?

Di atas kertas bagi Pas mereka mempunyai 15 kerusi yang betul-betul sedap duduk. Ini berdasarkan kepada jumlah majoriti yang diperolehi dalam pilihan raya lalu. Kalau pun undi wakil-wakil berkenaan merosot hingga 20 persen mereka masih dapat mengawal kerusi mereka.

Kerusi-kerusi itu ialah; Kelaboran (2,212), Pasir Pekan (4,516), Chempaka (4,249), Panchor (3,437), Tanjung Mas (6,112), Kota Lama (5,206), Bunut Payung (4,341), Pengkalan Pasir (2,348), Chetok (2,670), Meranti (3,135), Salor (3,232), Pasir Tumbuh (3,403),  Demik (4,799), Tawang (3,278) dan Bukit Panau (4,148).

PR terpaksa melalui kepayahan untuk membersihkan negara

Jika BN berjaya merampas kembali kerajaan Selangor dalam PRU ini, projek kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 29 tingkat di Batu Caves akan dibatalkan. Inilah janji Najib kepada kaum India semasa berucap di Batu Caves semalam. Pengumuman Najib ini dengan terang menunjukkan betapa selekehnya BN kerana memberikan janji pembatalan projek yang diluluskan oleh kerajaan BN sendiri pada tahun 2007 dahulu. Cara Najib berjanji itu seolah-olah ia merupakan satu ‘deal’ yang hebat sedangkan ia hanya membatalkan projek yang BN sendiri telah luluskan.
Pembangunan projek itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan PR sekarang ini kerana Menteri Besar BN Mohd Khir Toyo lah yang meluluskan projek itu dahulu. Najib menjadikan kesalahan kerajaan BN dahulu untuk mendapatkan sokongan kaum India dalam pilihanraya yang akan datang ini. Sepatutnya Najib mesti memohon maaf kepada kaum India kerana kerajaan BN telah membuatkan kaum India naik radang dengan pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan negeri pimpinan Mohd Khir Toyo dahulu.

Hijrah: Berubah meletak kepimpinan negara


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihan raya.
Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititikberatkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.

Sudah lebih setengah abad Malaysia merdeka dalam keadaan rasuah dan jenayahnya yang sangat parah. Ia telah merosakkan negara dan rakyat sehingga menjadikan negara dan rakyatnya mundur. Begitu juga dengan agihan ekonomi yang berlaku secara tidak adil. Yang kaya di kalangan kroni terus menerus menjadi kaya dan yang miskin terus miskin walaupun keras berusaha. Perkara ini tidak tepat dengan kehendak Islam.

Oleh itu mengambil semangat hijrah, perlu untuk kita berubah dengan meletakkan kepimpinan negara kepada manusia yang amanah yang bukan sahaja mampu membangunkan negara, tetapi amanah dalam pemerintahan dan adil layanannya kepada rakyat.

Di samping itu, kita sebagai individu Muslim juga mesti berubah ke arah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada seluruh dunia ke arah melihat dunia yang lebih adil dan terkeluar daripada kezaliman, peperangan dan penindasan yang banyak berlaku di masa ini.

Salam Maal Hijrah

YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

'Ada pihak cuba jatuhkan Nurul Izzah'



Dr Muhammad Nur Manuty SHAH ALAM - PKR kecewa apabila penjelasan yang dibuat oleh Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama sengaja ditenggelamkan pihak tertentu bagi mengelakkan rakyat mengetahui perkara sebenar.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Nurul Izzah komited terhadap agama dan tidak akan membuat sesuatu kenyataan yang bertentangan syariat Islam.

“Beliau pemimpin harapan, ia disukai semua kaum dan agama, malah keterampilan dirinya berpaksikan agama Islam.

Mahfuz: 'Saya sedia dikritik'


mahfuz omar SHAH ALAM – Pemimpin tertinggi Pas bersedia untuk menerima sebarang kritikan daripada perwakilan parti itu, sekiranya terdapat perkara berbangkit dalam Muktamar Pas ke-58 yang bermula hari ini.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun bakal berhadapan dengan kritikan ahli lain, mereka akan menerima perkara tersebut secara terbuka dan telus.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah mengenai perkara tersebut dan berharap ia dapat membantu parti itu pada masa hadapan.

Patutlah Umno selalu sesat barat dalam kerja buat politiknya, rupanya ini sebabnya!

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa Umno tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politiknya.
Katanya seperti dipetik Umno-Online:
“Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam.”
Jika Umno benar-benar tidak pernah menggunakan panduan ayat-ayat al-Quran dalam kerja buat politiknya bagaimana Umno boleh menjadi betul mengikut landasan Islam? Malah sudah tentu juga asas dan tujuan parti Umno itu boleh menjadi salah kerana bercanggah dengan panduan yang wajib dikuti dan dipatuhi! 
Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankan al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam?

Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara!
Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi! Kesian!

Kita bijak atau Menteri yang bodoh?


Isu saman AES ini belum lagi reda ,cuma isunya agak HEBAT DITENGGELAMKAN OLEH MEDIA PERDANA untuk memberikan LALUAN MUDAH PADA ISU NURUL IZZAH . Jika kita lihat dan buat sedikit kajian, setiap kali ada isu kepentingan rakyat dan memihak pada rakyat, akan ada ISU ISU BARU yang sengaja DISENSASIKAN kerana mereka tahu kita mudah lupa.


Berbalik pada AES yang didakwa BERTUJUAN UNTUK mengurangkan kadar kemalangan hinggakan kita pun pelik,statistik kemalangan semasa perayaan tidak lagi diberi PERHATIAN dalam media perdana SEPERTI SEBELUM NI ...Naik ke menurun ke macam saham FGV tuuu! Jika jumlah kemalangan meningkat .......INI AMAT BAHAYA UNTUK LAKSANAKAN SISTEM AES,jika menurun kadar kemalangan......takut STATISTIKNYA MENIPU ,maklumlah kalau Audit pun boleh ditipu apatah lagi jumlah kemalangan.....SIAPA TAHU DAN SIAPA SANGGUP NAK PERGI PERIKSA satu balai ke satu balai ?

Saham FVGH - KWSP Dan KWAP Spekulator Pasaran...!!

Salam. Saya mengunjungi laman Web Bursa Saham. Amat terkejut didapati KWSP dan KWAP menjadi spekulator dan support bagi menjaga nilai saham FVGH dipasaran terbuka.

Saya mohon pihak tuan mengunjugi laman [sila_klik] dan lihatlah satu persatu diruangan view. saya juga mohon save dan print dokument sebelum dihilangkan.

Sila ke http://feldaglobal.com/bursa_announce.php

Sekian. Terimakasih
Wasalam

Pembersihan RM275Juta Wang Haram Musa Aman dilaporkan di Switzerland

Banyak betul duit dia ni ya.. Baru-baru ni heboh pasal RM40Juta yang dikatakan sebagai sumbangan seorang Ahli Perniagaan buat diri dia kemudiannya bertukar menjadi sumbangan kepada UMNO Sabah, ini pula tentang RM275 Juta pulak..

Kes mengenai pengubahan wang haram ini juga melibatkan Musa Aman dan sekumpulan 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) telah memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan ketua menteri Sabah itu.


Menurut Bruno Manser Fund (BMF), kes itu membabitkan dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang didakwa sebagai penamanya.

"Kes itu dibuka peguam negara Switzerland pada 29 Ogos susulan satu laporan jenayah oleh BMF," kata BMF dalam kenyataan mereka.

Berikut adalah kenyataan Media BMF..

BANGANG memang tercipta untuk Umno...!!!

JAWAPAN kepada Pemuda Umno Malaysia.. jangan jadi TOLOL sangat

Pertama: Kerajaan diberi mandat oleh rakyat utk memerintah Malaysia, maka sekolah, hospital, jalan raya, etc adalah tanggujawab kerajaan... sekiranya pembangkang memerintah maka menjadi tanggujawab pembangkang juga utk menyediakan semua infrastruktur tersebut. JELAS.

Kedua: Kerajaan dapat wang dari cukai rakyat dan pelaburan mengg
unakan harta negara, hatta pembangkang sekali pon ... terpaksa membayar cukai, jadi dari rakyat untuk rakyat bukan dari kerajaan untuk rakyat. Kerajaan hanya mentadbir dan menguruskan wang rakyat tersebut. JELAS.

Ketiga: Rakyat tidak mempersoalkan semua infrastruktur tersebut, terima kasih kerajaan Malaysia cuma jangan ingat itu wang kerajaan. JELAS.

Keempat : Cuba bayangkan KERAjaan XXX yang memerintah MALAYsia dari tahun 1957. Semua sekolah, hospital, jalan raya etc pun dibuat oleh kerajaan XXX cuma prestasi pentadbiran KERAjaan XXX semakin lama semakin merosot sehingga berlakunya salah urus tadbir negara yg kronik sedang negara Malaysia kaya raya aman dan makmur. Penyakit ini bermula dari satu pemimpin dan terus berjangkit ke pemimpin seterusnya dan menjangkit kepada pemimpin yg sekarang ni dan penyakit itu ber++ teruk.Para pemimpin KERAjaan XXX mengamalkan rasuah, kronizem, pembaziran, skandal etc.
Ekonomi negara merudum dan dibantu lagi dengan ekonomi dunia yg merundum tetapi penyakit itu menyerang dgn lebih teruk lagi. Hutang negara meningkat berganda2, lebih mendukacitakan lagi kerajaan XXX menggunakan pulak perkhidmatan APCO dgn harga yg mahal hanya kerana nak memulihkan imej KERAjaan XXX yang kononya dikatakan tercemar. Bermacam-macam skandal berlaku dan keputusan yg dilakukan oleh KERAjaan XXX sejak akhir2 ni nampak membimbangkan sungguh. Apakah hala tuju MALAYsia. Adakah kita rakyat MALAYsia yang bersyukur akan tetap mengundi KERAjaan XXX hanya semata-mata kita mahu menjadi rakyat yang bersyukur atau tidak mahu dipanggil "kacang lupakan kulit"? Sekiranya ada KERAJAAN YYY yang lebih baik, tidak mahukah kita bertukar ?

p/s: KERAjaan XXX & KERAJAAN YYY bukan nama sebenar. JELAS.

Kelima: Ingat bukan UMNO aje yang menjaga hak istimewa orang melayu. JELAS! (..)

DEEPAVALI INSINCERITY: Najib’s 'nambikkai' focused on ballot box, his own survival

DEEPAVALI INSINCERITY: Najib’s 'nambikkai' focused on ballot box, his own survivalPrime Minister Najib Razak, in his Deepavali Day message, has again asked the Indian Nation in Malaysia – a people without territory in the Diaspora – to place Nambikkai (trust) in him. If he wants to be given the benefit of the doubt, there’s little indication that he deserves it.
This should not be about a man, a personality cult, but a system. Leaders come and go, but a system lives on, a people live on.
Indians, others as well, cannot continue to be held to ransom by whoever occupies the Prime Minister’s chair.
Instead, they need to see concrete action on the ground to dismantle the apartheid-like structure that Umno has foisted on Malaysia.
Indians in particular are victims of this structure of evil which is a manifestation of racism – feelings of inferiority – prejudice (being against something for no rhyme or reason) and opportunism (the ruling class monopolizing all opportunities).
Deepavali is a Time to Focus on Victory over Evil, Light over Darkness. And Evil, keeping the Nazi holocaust in mind, is best defined as the lack of empathy.

AIYOH Najib, no need to fake it: A Chinese to be made Education minister ahead of GE13?

AIYOH Najib, no need to fake it: A Chinese to be made Education minister ahead of GE13?A new twist to Chinese education minister gimmick?
NOW, did I read it right? One million copies of Malay Mail (MM) to be distributed free nationwide? (see article below)
With the seniors leaving MM, I doubt it is still on. Perhaps it will be a million copies of New Straits Times, instead.
I wonder if the the trio were the "brains" behind the gimmick hatched and are now being rewarded for "brilliance" (below is what No News Is Bad News published on Oct 26, 2012).
The half-baked "advisers" of Prime Minister Najib Abdul Razak must be thinking the NST would be a better vehicle to sell the gimmick to Malaysians in the next general election. Ohh! Those overpaid nut heads!
Chinese education minister gimmick hatched to win votes?

THE latest political gossip in town is that Prime Minister Najib Abdul Razak has hatched a plan to win back the hearts and minds of the Malaysian Chinese electorate.
The talk goes like this: Najib has instructed his office to place an order for a million copies of a newspaper for Nov 28, 2012, to be distributed nationwide.
It seems, Najib would use the newspaper for a propaganda announcement that he would be appointing a Chinese to be education minister. Details are unclear whether he would do this in a snap Cabinet reshuffle or after the 13th General Election.
This means the next general election is unlikely to be held in November but, earliest, December.

Time for Indians to seek change

After 55 years of BN rule, do the Indian community want more of the same?

With December still being touted as a possible month for holding the 13th general election, ground reports are filtering in pertaining to voter support.
The Chinese have made up their mind to vote for Pakatan Rakyat while PAS is gaining ground among the Malays. The urban folks in Sabah and Sarawak will support the opposition and now all that is left is the Indian vote.
Some reports have put the Indian vote as 50:50 while other reports have put it as 54% in favour of Barisan Nasional. Whatever it is, it is still not solid.
It seems that the Indians are still in two minds whether or not to give their vote to Pakatan.
“The Indians must realise that MIC is already irrelevant. Otherwise, why is [Prime Minister] Najib [Tun Razak] instructing Nazri to talk to Hindraf in regard to obtaining Indian support? MIC must preserve its dignity by leaving BN,” said M Manogaran, DAP’s Teluk Intan MP.
Manogaran said that it is surely a great blow to MIC when Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz has been given the task to negotiate with Hindraf instead of MIC leaders.
“BN must be really desperate enough to woo Hindraf now,” added Manogaran.
It must be said, however, that Indians gained more recognition from Pakatan than from BN. Consider this list of DAP’s Indian MPs and state assemblymen:

Dewan Ulama: Pilihan raya sebahagian agenda Pas



logo muktamar SEMPENA Muktamar Tahunan Pas Ke-58, Sinar Harian Online berpeluang menemu bual Setiausaha Dewan Ulamanya, Dr. Khairuddin A. Razali yang mengupas pelbagai aspek - peranan dan signifikan sayap ini, cabaran Pilihan Raya Umum ke-13, kepentingan muktamar kali dan isu-isu semasa kerjasama dalam Pakatan Rakyat serta perjuangan melaksanakan hukum hudud.

Ikuti temu bual menerusi e-mel Dr Khairuddin bersama G Manimaran dan Salmiah Druhamad Drahsin.


SINAR HARIAN ONLINE: Dewan Ulama sekali lagi mengadakan muktamar tahunan. Dari sudut pandangan Dr, sejauh mana peranan dan signifikan sayap ini dalam arus perjuangan Pas?

DR KHAIRUDDIN: Sebelum dibincang peranan dan signifikan perlu difahami apakah yang dimaksudkan dengan Ulama dalam Islam. Ulama adalah satu istilah merujuk kepada mereka yang mempunyai dua ciri. Pertama; kemampuan ilmu yang tinggi tentang selok belok agama Islam dengan kemampuan merujuk kepada sumber-sumber utama Islam iaitu al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Kedua; mempunyai sifat ketaqwaan yang tinggi dengan takut kepada ALLAH dan meletakkan pertimbangan dosa dan pahala, syurga dan neraka dalam semua ucapan dan tindakan serta berakhlak mulia.

Punca Sebenar Penduduk Kampung Ugut Keluar Umno Terbongkar!


Semalam, heboh disiarkan tentang sekumpulan penduduk yang menyokong Umno mengugut untuk keluar dari parti itu tetapi masih menjadi persoalan mengapa mereka sanggup bertindak demikian.

Hari ini, segala spekulasi tersebut terjawab!

Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, mengancam akan berbuat demikian berikutan parti yang kunun memperjuangkan nasib orang Melayu itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.

Najib Ulangi Tawaran ‘Sibu’ Terhadap Isu Kondo Batu Caves


SHAH ALAM 14 NOV : Datuk Seri Najib Razak dilihat sekali lagi mengulangi tawaran ‘Sibu’ apabila menyatakan akan membatalkan pembinaan projek kondo 29 tingkat di Batu Caves jika rakyat memilih Umno-BN dalam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan datang.
Exco Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Perdana Menter tidak seharusnya membuat kenyataan sedemikian kerana jika projek itu tidak boleh diteruskan maka ia harus dibatalkan tanpa perlu membuat sebarang tawaran.
Katanya, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sudah siap sedia membatalkan projek itu pada bila-bila masa selepas kajian dan siasatan dilaksanakan.
“Najib tidak boleh ada sikap ‘You Help Me, I Help U’ dan membuat satu ‘deal’ dengan rakyat, ini tidak boleh.
“Kalau projek itu tidak betul, menang ke kalah ke perlu batalkan,” katanya kepada TVSelangor.

55 Tahun UMNO hamba abdikan Orang Melayu!

Walaupun memerintah 55 tahun dan memiliki segala sumber media dan menguasai jentera kerajaan, UMNO berkelakuan seperti sudah tewas. Kita tidak pernah dengar jentera UMNO mengoyakkan poster lawan, atau mencuri kain pemidang parti lawan. Kita tidak pernah dengar UMNO melontar batu, membaling cat, mengungut, menyekat pergerakan parti lawan. Ini semua petanda2 orang yang sudah pun tewas sebelum masuh gelanggang. Jika saya mereka, baik berdiam diri supaya orang tidak sakit hati dan kemudian akan melakukan pembalasan kepada kamu.  Dan penyakit ini kian merebak zaman Najib Razak jadi Presiden UMNO membuktikan bahawa Najib tidak mempunyai punca mahu memuliakan UMNO.

Kajian menunjukkan peruntukan Perlembagaan mengenai hak Melayu, tanah, galakkan diskriminasi

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Malaysia perlu memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik, menurut kajian yang berpangkalan di United Kingdom mengenai diskriminasi dan kesaksamaan di negara ini.
Kajian empat bahagian, yang dijalankan bersama oleh organisasi amal antarabangsa Equal Rights Trust (ERT) dan kumpulan hak asasi manusia Malaysia Tenaganita, berkata kewujudan Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan adalah antara sebab-sebab yang kuat di sebalik diskriminasi kaum di Malaysia kerana kedua-duanya gagal memenuhi niat asal untuk tindakan positif.
Sebaliknya, peruntukan “melanggar piawaian undang-undang antarabangsa”, kata kajian tersebut dalam ringkasan eksekutif “Washing the Tigers: Addressing Discrimination and Inequality in Malaysia” kajian yang diterbitkan di laman web ERT pada lewat hari Isnin.
“Langkah-langkah tindakan positif di bawah peruntukan ini tidak terhad kepada masa atau mempunyai fungsi terhad.

Muktamar: Medan jihad untuk menangkan Islam


KUALA LUMPUR: Para pendukung PAS diseru menjadikan Muktamar Tahunan PAS ke-58 sebagai medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana muktamar kali ini merupakan ijtimak terakhir parti sebelum menghadapi PRU13.

“Jadikan ia medan meningkatkan semangat jihad dalam meneruskan usaha memenangkan perjuangan Islam di Malaysia,” ujarnya.

Beliau menegaskan, PAS yakin perwakilan akan menggunakan kesempatan ini untuk saling mengukuhkan gerak kerja, mengemaskan jentera dan meningkatkan pengorbanan seluruh ahli.


Ustaz Nazmi Karim: Sahabat2 terawal memeluk Islam

Ustaz Nazmi Karim: Karamah Saidina Umar Al-Khattab

Ustaz Nazmi Karim: Abah bunuh mak ! Abah bunuh mak !

Rafizi Ramli: Jelajah Merdeka Rakyat Pandan, Selangor

Semangat Hijrah; Ubah Pemimpin Negara Yang Tidak Amanah


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/07/hari_pergulungan_18-565x375-452x300.jpgParti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan selamat menyambut maal hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia amnya. Peristiwa hijrah adalah peristiwa besar yang memberi pengajaran bermakna kepada kita khususnya rakyat Malaysia dalam berdepan dengan pilihanraya.

Tindakan pertama Rasulullah SAW selepas hijrah dalam membangunkan negara Madinah ialah mendirikan masjid dan keduanya membina pasar. 

Kedua tindakan nabi ini adalah simbolik kepada pembangunan insan dan pembangunan ekonomi yang dititik beratkan dalam membina sesebuah negara. Masjid adalah tempat membangunkan manusia untuk bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan manusia sesama mereka. Manakala pasar pula sebagai pusat kegiatan ekonomi yang kedua penting dalam membangunkan negara.