Selasa, 13 November 2012

PENCACAI DAN ANJING-ANJING UMNO DAPAT APA.......

ANAK PEMBESAR UMNO DAPAT KONTRAK BERJUTA RINGGIT.MEREKA HANYA DAPAT RM500.00 SETELAH 55 TAHUN MERDEKA


Tun kata anak PM lain pun dapat
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Minggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi Sapura Kencana.
Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata: "Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.

JOHOR BAKAL TUMBANG PADA PRU INI-SEMUA ORANG UMNO DAH MABUK DAN GILA TAKUT KALAH

Benarlah kata-kata Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, bukan setakat Sabah dan Sarawak kini goyang dek kemaraan Pakatan Rakyat, bahkan di negeri tiang seri Umno pun, perubahannya sudah semakin kuat dirasakan.

Malam tadi, satu ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Dataran PAS Parit Yaani, dalam parlimen Sri Gading yang diwakili oleh ahli parlimen yang terkenal dengan 'peluru kosong' di parlimen, Mohamad Aziz.

Wan Azizah: 'Biar cahaya kemenangan bangkit semula'


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
SHAH ALAM – PKR menyeru rakyat Malaysia mengingati mereka yang sedang menghadapi "kegelapan" - kesukaran dan keperitan hidup masing-masing - sempena sambutan Deepavali.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ingatan tersebut wajar bersesuaian dengan erti sambutan perayaan ini yang bermaksud ‘sebarisan pelita’dan melambangkan simbol kemenangan cahaya apabila berhadapan dengan kegelapan.

“Apabila anda menyalakan pelita dipa bersama keluarga anda, harapan saya bahawa anda mengingati Indra, yang masih menantikan keadilan untuk anaknya Kugan yang telah menjadi mangsa keganasan polis ketika dalam tahanan.

Kantoi : 1,000 Demo bantah Malaysia di Indonesia.. Bernama laporkan 20 orang saja?

Printscreen di atas tu dari Portal Indonesia Kompas.com yang melaporkan demo oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan mengadakan aksi konvoi 1,000 motor sebagai bentuk protes terhadap Pemerintah Malaysia.

Ini pula laporan dari Bernama... apa yang nak di selindungkannya entahlah.. hinggakan jumlah peserta demo sangat sedikit dilaporkannya..

JAKARTA - Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara di sini pada Selasa.

Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu - Bernama.

Nak menipupun biarlah berpatutan.. tak ada salahnya kalau ditulis angka sebenar peserta demo tu..

Bernama lapor 20 orang.. cuba korang kira berapa orang semuanya yang berkonvoi ni..

Kemalangan bas dan treler

MIPPM batah pindaan Menteri Perumahan

Penganalisis: Politik matang bermula dari media

Deepavali Bersama YB Manoharan Malayalam ADNS Kota Alam Shah - Salam Selangor

Kebakaran ragut nyawa 3 beranak

Pembentukan Federasi Malaysia

Dosa Dosa Mahathir Pt 2

Dosa Dosa Mahathir Pt1

PUM: Henti manipulasi teks agama

SHAH ALAM - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa semua pihak termasuk Sister In Islam berhenti daripada memanipulasi teks agama untuk disesuaikan dengan perspektif sekular, termasuk dalam isu kebebasan beragama.

Setiausaha Agungnya, Dr. Mohd Roslan Mohd Noor berkata, tindakan tersebut merupakan satu penistaan agama yang menjadi sebahagian daripada menifestasi religiofobia.

“Perkara itu boleh di anggap satu jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa.

“PUM menyokong Kerajaan Persekutuan atau kerajaan-kerajaan negeri yang mengambil tindakan dari sudut perundangan, pendidikan, media dan seumpamanya bagi memastikan hak beragama tidak dinafikan melalui nama indah lain seperti hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, PUM turut menyokong tindakan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan para pemimpin dunia lain yang mengutuk perbuatan biadap menista agama, termasuk sebarang penistaan dalam isu kebebasan beragama.

PKNS Serang Balas Zaini Hassan & Utusan Malaysia

Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia.

Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching bag.

Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri Selangor.

Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan dianugerahkan “Best SEDC” pada tahun 2011.

Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300 juta dalam masa tidak sampai empat tahun.

Polis Rogol Amah punca Bendera Malaysia dibakar di Indonesia

 
JAKARTA — Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara, di sini hari ini.
Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.
Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada beraksi di hadapan kediaman itu.

Muktamar 58 : Pas Kedah tonjol model tadbiran Islam



logo muktamarMuhammad Sanusi Md Noor ALOR SETAR - Pas Kedah akan menonjolkan model pentadbiran Islam dalam masyarakat majmuk pada Muktamar Pas Pusat kali-58 yang berlangsung di Kelantan minggu ini.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang pentas muktamar untuk mengetengahkan pencapaian serta kejayaan Pas dalam menerajui sepenggal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Menurutnya, usaha berkenaan bagi membolehkan segala maklumat berkenaan pencapaian itu sampai sepenuhnya kepada pengetahuan Pas Pusat serta Pas negeri lain.

Pas mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah sejak Mac 2008.

“Walaupun kita menghadapi cabaran dalam mentadbir kerajaan, namun tidak besar hanya sedikit cabaran sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berhubung perwakilan Pas bebas membentangkan sebarang usul walaupun pada tahap mengkritik pemimpin sendiri, Sanusi turut menyambut baik usaha itu.
Menurutnya, bagaimanapun isu yang lebih penting untuk diketengahkan perlu menyentuh usaha untuk mengukuhkan pendirian Pas dari dalam terutamanya menghadapi situasi negara yang semakin mencabar.

PENDEMO UMNO ISLAM WASSATIYAH BUAT BANTAHAN KEATAS YB NURUL IZZAH SAMPAI NAK TUNJUK KEMALUAN!!!!!!


Lihat dengan mata kepala sendiri, gambar-gambar sebagai saksi bukannya sekadar bercakap pakai air liur basi.
Gelagat dan telatah beberapa mat rempit upahan UMNO/BN petang tadi telah membuat demo di Bandar Baru, Ampang, Selangor, kononya membantah keras kisah yang diputar belit oleh semua media lidak biawak rasmi UMNO dan BN, YB Nurul Izzah Anwar menggalakan serta mengizinkan murtad!!!!

Lihatlah sendiri cara mereka..Ada yang sampai nak tunjuk kemaluan sebagai tanda protes cara UMNO yang mengamalkan konsep Islam Wassatiyah.

Untuk makluman, admin diberitahu, mat-mat rempit inilah yang buat ganggu kacau dengan membisingkan motosikal mereka malam tadi di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat, Taman Dagang, Fasa 1,  Ampang.

Kalau beginilah cara juak-juak UMNO membuat demo kononnya atas demi pertahankan kesucian Islam, alamatnya ia demo makan tuan!!!!!

UMNO sekadar mampu upah beberapa kerat Mat Rempit untuk buat bising tapi tidak memberi sebarang kesan dan impak langsung kepada rakyat beragama Islam berpindah arah untuk memberikan sokongan kepada UMNO pada PRU 13 nanti.. ITU ADALAH REALITI.

UMNO TUMBANG... ISLAM DAN MELAYU GEMILANG.

Selangor likely to stop Batu Caves condo project, state exco hints

KUALA LUMPUR, Nov 13 – Selangor executive councillor Ronnie Liu today hinted that the state government would likely pull the plug on the controversial luxury condominium project near Batu Caves, after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak promised this morning to scrap the project if the opposition Barisan Nasional (BN) came to power in the next general elections.
Najib, in his speech at MIC’s Deepavali open house at Batu Caves, had promised to stop the project should BN successfully recapture Selangor in the next polls.
In response, Liu said: “He already knows we are stopping it. So he announced it first.”
When asked to confirm the Selangor government’s plans to stop the project, however, Liu (picture), who is in charge of local government, research and development, stopped short.
He noted that the state government has already set up a taskforce to look into the matter and issued a temporary stop work order on the project, adding that these steps were “as good as stopping it (the project)”.

400 Wanita Meriahkan Program Memasak Sepetang Bersama Abby Abadi


SUNGAI BESAR,13 NOV : Kira-kira seramai 400 orang wanita di sekitar Parit Lapan Gambut Sungai Panjang berpeluang belajar memasak Nasi Goreng Jepun, Kek Coklat Kukus Berpisang dan Daging Kari Hijau Ala Thai daripada Chef yang didatangkan khas daripada Shah Alam Convention Center (SACC).
Tunjuk ajar ini diperolehi Chef Zulkifli dan Chef Jamili dalam Program Sepetang Bersama Abby Abadi yang diadakan di Dataran Desa Permai di sini.
Program ini dirasmikan Isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut.
Beliau dalam ucapannya berkata, wanita perlu memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dengan bergiat aktif dalam program-program kemasyarakatan.
Ujarnya, di bawah Kerajaan Negeri banyak program disediakan untuk golongan wanita melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang boleh dimanfaatkan.
“Program wanita kini ditonjolkan dengan Geran Selangorku yang memperuntukkan kira-kira RM30 juta untuk golongan wanita.

Sendiri BAKAR, sendiri jerit API, sendiri PADAM... kahkahkah...

Sendiri BAKAR, sendiri jerit API, sendiri PADAM...
Kahkahkah...
Ni la dia warna sebenar mereka...
Puak dia yang luluskan projek tuh dulu...
Puak dia jugak yang cuba buatkan isu...
Tapi bila kemaruk nakkan undi orang-orang India, dia sanggup jadi bodo sikit tak pa dengan membatalkannya semula...
Adoiii... lemahnyer Piem Umno neh....

FORUM: Kebebasan Beragama atau Murtad? - Part 3

FORUM: Kebebasan Beragama atau Murtad? - Part 2

FORUM: Kebebasan Beragama atau Murtad? - Part 1

KACAU DAUN : SIAPA SEBENARNYA PENGANTIN PEREMPUAN DATUK LEE CHONG WEI NI?


Gambar perkahwinan Datuk Lee Chong Wei yang mengundang persoalan cepu mas...SIAPA PENGANTIN PEREMPUAN LEE CHONG WEI YANG SEBENARNYA?

Inilah kalau ada manusia yang terlalu gilakan publisiti,  sampaikan tiada batasan langsung!!!!

Media Massa Perlu Berperanan Mendamaikan Keadaan

Bukan senang untuk mendisiplin orang politik tidak kira dari relong mana. Mulut orang politik lebih luas dari mulut tempayan dan buasnya lebih lasak dari anak lembu belum baligh. Untuk menang mereka akan melakukan apa saja. Apa lagi politik yang diamalkan di Malaysia ini (politik demokrasi sekular), menyebabkan sesuatu yang mereka lakukan walaupun bersalahan dengan adat dan agama tidak menjadi masalah.

Dalam dunia politik yang haram pun boleh dihalalkan dan yang halal pula boleh diharamkan.  

Sebab itu jika diperhatikan orang politik akan mempolitikan apa saja. Politik kita ada stail tersendiri kerana kita tidak terikat dengan mana-mana terma politik, tetapi bebas dengan terma yang kita cipta sendiri; boleh berbohong, boleh memfitnah dan boleh menggunakan apa saja isu. Rukun 4C - (Publisiti, manipulasi, kontroversi dan hipokrasi), tetap praktikal dan valid dalam politik kita.

Najib oh Najib.. dok RAYA DEPAVALI pun nak auta lagi..!!??!?!?!

Aduhai Najib dok beraya tu pun mau AUTA lagi kaa.. siapa la yg jadi PENASIHAT ko nie yg bagi FAKTA salah... sebelom cakap tu kajilah dulu projek tu siapa buat siapa luluskan....nah sekarang kena lagi kat kepala koo... NAJIB OH NAJIB....

Ahmad Maslan mengaku Umno parti rasuah??


Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan mengakui Umno parti rasuah? Cam tak caya jer.. Cer klik sini dan cuba fahami maksud yang tersirat di sebalik kenyatan Ahmad Maslan ni berkenaan rasuah dalam Umno.
Menjawab persoalan yang ditanya wartawan berikutan dakwaan Setiausaha Agung Umno bahawa cabaran utama dalam Umno adalah untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa dalam Umno. 
Ahmad Maslan kata bukan hanya dalam Umno sahaja tapi dalam semua pihak pun terbabit dengan gejala rasuah ni. Seperti kelihatan yang dia mengakui bahawa dalam Umno memang rasuah wujud dan menjadi amalan sejak sekian lamanya.
Wa cuma nak bagi peringatan kepada Ketua Penerangan Umno Malaysia ni, Jangan ingat institusi yang lu sertai yang dah korup tu dan memegang jawatan tertinggi,peranan yang penting dalam Umno ingat semua pihak lain sama macam lu. Kalau geng2 lu dah jadikan rasuah sebagai amalan untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam kerajaan dan lu boleh buat persepsi bahawa pihak lawan pun sama macam lu.

Masihkah Kita Ingat Dengan Gadis Bernama Siti Musliha?


Masihkah Kita Ingat Dengan Gadis Bernama Siti Musliha?

Masih ingatkah dengan Siti Musliha yang pernah popular sekitar tahun 90-an dulu?
Aku membesar dengan melihat beliau yang sering muncul di kaca TV3 dalam rancangan MHI kendalian Aziz Desa ketika itu.
Namun, selepas kemunculannya yang menyentap perasaan orang ramai sekitar 1994 hingga 1996, Siti Musliha tiba-tiba ‘hilang’ tanpa sebarang khabar berita. Tiba-tiba, tadi aku terpandang satu post di facebook yang memaparkan gambar terbaru Siti Musliha.
Lantas, tergerak hati aku untuk berkongsi dengan kalian semua mengenai beliau bagi membangkitkan nostalgia mereka yang pernah mengenali beliau selama ini. Juga untuk tatapan anda yang masih belum lahir ketika itu yang tidak tahu menahu mengenai kisah Siti Musliha.
Latar Belakang Hidup
Nama penuh beliau adalah Siti Musliha Mohd Mustafa. Dilahirkan pada 10 Januari 1983. Anak sulung kepada pasangan Mohd Mustafa Manap dan Rohani Atan ini dilahirkan dalam keadaan tidak normal. Beliau mengalami kecacatan seluruh anggota badan.
Dilaporkan bahawa semasa lahir, beliau tidak mempunyai batang hidung, dan salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening. Kedudukan mata beliau juga tidak normal.
Siti Musliha telah menjalani pembedahan re-construction pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Pembedahan kali pertama ini telah memakan masa selama 10 jam. Pembedahan dilakukan untuk membentuk wajah Siti Musliha. Selain itu, doktor juga telah menjalankan pembedahan untuk memisahkan jari beliau yang bercantum.
Pada tahun 1988, Siti Musliha telah menjalani satu lagi pembedahan untuk membetulkan kedudukan mata beliau. Manakala pembedahan ketiga telah dijalankan pada awal Ogos 1994 untuk membetulkan kedudukan hidung beliau yang sebelum ini dibentuk pada pembedahan pertama. Kesemua pembedahan ini memakan belanja hampir 1 juta. Kos pembedahan tersebut adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin pada masa itu untuk membatu Siti Musliha.
Bidang Seni

Isteri-isteri Rasulullah SAW


Saya sungguh sangat terkejut mengetahui bahawa banyak dari kaum kita yang tidak mengenal dengan baik latar belakang Rasullullah. Mengapa banyak dari kita yang sepertinya tidak ambil kisah dengan sejarah Rasul.
Salah satu yang sering sekali kita lupakan adalah juga termasuk tentang isteri-isteri beliau. Untuk sekadar menambah pengetahuan dan kecintaan kita kepada Rasullullah, berikut ini saya berikan nama-nama isteri Nabi yang tercatat dan sejarah singkat pernikahannya.
1. Khadijah
Khadijah yang menikahi Nabi (25 tahun) saat dia sudah berusia 40 tahun. Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita pedagang yang mulia dan kaya raya. Nabi adalah seorang pemuda miskin yang hanya sekadar penggembala.
Selama hidup dengan Khadijah, Nabi hanya mempunyai seorang isteri saja sampai akhirnya Khadijah wafat.
Pernikahan Nabi dan Khadijah berlangsung 25 thn setelah kepulangan beliau dari Syam.
2. Aisha
Aisha RA adalah anak perempuan Abu Bakar yang dinikahi oleh Nabi saat berusia sekitar 7-9 tahun m. Tetapi kerana usia yang masih terlalu muda, Nabi hanya mula tidur dengan Aisha ketika berusia 9 tahun. Sewaktu menikahi Aisha, usia Nabi saat itu sekitar 50 tahun. Tentang umur perkahwinan Aisha ini masih menimbulkan kontroversi, akan kita dibincangkan di posting berikutnya.
Pernikahan ini diperkitakan terjadi pada tahun 620 M, beberapa bulan selepas kematian Khadijah, isteri pertama Nabi.
Ia hidup sampai akhir hayat Nabi. Ketika Nabi wafat, dia berumur 18 tahun, ia meninggal diumur 57 tahun.
3. Hafsah
Hafsah adalah putri dari Umar. Sebelum berkahwin dengan Nabi, Hafsah sebelumnya telah berkahwin dengan Khunais yang gugur ketika perang Uhud. Pernikahan dengan Nabi dilakukan sekitar 7 bulan selepas Hafsah menjanda.
Khunais gugur sebagai pahlawan syuhada dalam perang Uhud, maka tinggallah Hafsah sebagai janda mujahidin dalam usia 18 tahun.
Hafsa dinikahi Nabi di tahun 625, 3 bulan selepas penghijrahan ke Madinah. Dia berumur 19 tahun dan Nabi berumur 55 tahun ketika berkahwin. Dia hidup bersama Nabi selama 8 tahun sampai akhirnya Nabi meninggal pada tahun 669 pada umur 63.
4. Zainab bint Jash

Yahudi Bangsa Yang Paling Suka Perkara Khurafat


 “Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, sedang Sulaiman tidak menyihir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang menyihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut di Babylon dan tidaklah mereka mengajarkan kepada seorang pun sehingga mereka berkata, “Kami ini hanya cobaan, kerana itu jangan kamu belajar sihir”. Lalu mereka belajar dari dua malaikat itu apa yang mereka dapat menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Padahal mereka tidak dapat membahayakan kepada seorang pun dengan sihir itu, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka belajar sesuatu yang membahayakan mereka, dan yang tidak berguna bagi mereka. Demi, mereka sungguh telah meyakini, bahawa siapa yang membelinya (sihir), maka baginya tidak ada bahagian sedikit pun di akhirat. Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui, “(QS. Al-Baqarah: 102).
KHURAFAT ialah sesuatu yang dibuat-buat atau dongeng-dongeng yang tidak ada asas pembuktian kebenarannya. Termasuk di dalam pengertian khurafat ialah sihir. Sihir oleh orang-orang Yahudi dianggap sebagai ilmu yang diwariskan oleh Nabi Sulaiman kepada Ummat manusia.Hal ini disangkal oleh Allah dalam ayat di atas.Segolongan pendeta Yahudi dengan sikap pura-pura bodoh terhadap ajaran-ajaran Taurat dengan sengaja melemparkan Kitab suci Taurat, kemudian mereka mengikuti dan mengamalkan sihir yang diterimanya dari syaitan-syaitan pada zaman Sulaiman bin Daud.Bangsa Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaimanlah orang pertama yang mempunyai koleksi buku-buku sihir, kemudian menanam buku-buku tersebut di bawah singgahsana kerajaannya.
Kemudian dari tempat inilah Bangsa Yahudi menukil dan menyebarkan ilmu sihir. Cerita semacam ini jelas merupakan kebohongan yang dengan sengaja dilontarkan oleh Bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman.Sihir adalah suatu usaha untuk menipu dan mengelabui mata manusia. Para ahli sejarah meriwayatkan bahawa ahli-ahli sihir Firaun menggunakan air raksa untuk merubah tali-tali, tongkat-tongkat bergerak laksana ular yang sedang berjalan sehingga mata orang awam terpedayakan dan memercayainya apa yang dilihatnya benar-benar ular.

Mendarat kapalterbang tersilau bulan purnama

KOTA BHARU: Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) terletak kira-kira 12 km dari pusat bandar Kota Bharu. Jumaat ini tumpuan politik negara terarah ke situ.

Kompleks berciri senibina Islam itu lengkap dengan dewan besar, madrasah, pejabat dan bangunan menempatkan alat penghawa dingin.

Dibina dengan kos jutaan ringgit mula digunakan pada September 2001 bagi meraikan sambutan Jubli Emas PAS. Dalam tempoh tidak sampai setahun pembinaannya siap.

Modalnya disumbang orang ramai. Berbeza jauh berbanding projek pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra berharga asal RM143 juta, tidak siap-siap selepas hampir enam tahun diletak batu asas.

Sudah acap kali muktamar PAS diadakan di Putik. Semua ahli dan penyokong PAS tahu di mana kedudukan Putik. Begitu juga kalangan pemimpin Umno.

Pemimpin Umno yang sering menaiki kapalterbang pasti tersilau bangunan berdiri megah di sebelah landasan kapalterbang di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Unit Amal sertai Istiadat Perbarisan Kehormatan



(Unit Amal menyertai pembarisan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad)


KOTA BHARU: Pasukan Unit Amal diberi penghormatan menyertai Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Padang Merdeka, kelmarin.

Unit Amal diwakili Briged Amal dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Pengkalan Chepa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pertama kali dalam sejarah pasukan Unit Amal dijemput menyertai acara rasmi peringkat negeri.

"Ini merupakan satu pengiktifaran yang belum pernah berlaku sejak kewujudan Unit Amal kira-kira 25 tahun lalu.

Janji batalkan projek kondo Batu Caves adalah rasuah politik, kata Xavier

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Janji Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan projek pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor adalah rasuah politik kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor.



Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.



"Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu," kata ahli ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Xavier Jayakumar (gambar) kepada The Malaysian Insider.



"Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik.



Anti Lynas: Jalan kaki Kuantan - KL bermula hari ini



(Andansura [baju kuning] mengiringi Wong Tuck (3 dari kanan) di fasa pertama kempen dari Kuantan ke Gambang)

KUANTAN: Protes terhadap Lynas di teruskan hari ini dengan Wong Tuck selaku pengerusi Himpunan Hijau secara solo memulakan kempen berjalan kaki dari perkarangan Masjid Negeri Kuantan menuju ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Acara pelepasan beliau turut di sertai oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang menyokong penuh sebarang kempen kesedaran bagi membantah operasi Lynas di Gebeng.

Turut serta ialah Andansura Rabu (TYDP Pas Indera Mahkota/Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pahang), Fuziah Salleh (MP Kuantan), Ustaz Syed Anis (PAS Kuantan) serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain yang berjuang menentang operasi Lynas di bawah gabungan SLC (Stop Lynas Coalition) dan Himpunan Hijau.

Murtad tidak termasuk dalam kebebasan beragama

KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) bersama pelbagai badan ulama’ di peringkat antarabangsa sentiasa mengalukan pendirian tegas OIC bagi mewakili semua negara anggotanya di PBB dan pelbagai forum antarabangsa berhubung kebebasan agama.
“Islam mengiktiraf kebebasan beragama; seseorang tidak boleh dipaksa untuk menganuti sesuatu agama; namun, murtad tidak termasuk dalam kebebasan tersebut,” ujar Setiausaha Agung PUM, Dr. Mohd Roslan Mohd Noor dalam satu kenyataan.

Di bawah adalah kenyataan penuh beliau.

Dengan harapan media beramanah dalam melaporkan isu kebebasan beragama yang sedang dibincangkan, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) ingin menyatakan sokongan terhadap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), termasuk para pemimpin dunia yang lain yang mengutuk perbuatan biadap menista agama, termasuk sebarang penistaan dalam isu kebebasan beragama.

Dan, di saat ummah Islam semakin hilang keyakinan terhadap PBB, PUM turut menyokong Kenyataan Malaysia, khasnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menolak konsep kebebasan beragama yang tidak menepati Syariah dan Perlembagaan Persekutuan semasa Sesi Biasa Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

47,000 kes jenayah, Wanita tuntut jaminan polis- Haniza

KUALA LUMPUR 13 November: Pihak polis perlu memandang serius mengenai kadar jenayah terhadap wanita yang semakin meningkat, kata Naib Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk heng Seai Kei bahawa 46,902 kes jenayah terhadap wanita direkodkan sejak 2007 hingga Mac tahun ini.
Menurut Haniza, kempen cegah jenayah semata-mata tidak mencukupi selagi pihak berkuasa itu tidak mengambil tindakan pro aktif menangani isu jenayah, khasnya terhadap wanita.
“Sampai bila nak berkempen, kita rakyat Malaysia perlukan jaminan perlindungan daripada pihak berkuasa.
“Jenayah yang berlaku terhadap wanita bukannya di luar rumah, malah dalam rumah pun boleh berlaku,” ujarnya.
Terdahulu, Seai Kei dalam kenyataanya berkata jumlah kes berkenaan merangkumi jenayah rogol, sumbang mahram, cabul dan keganasan rumah tangga.
Berikutan itu, katanya, kempen pencegahan jenayah perlu dipertingkatkan bagi membantu golongan wanita menyedari bentuk jenayah terhadap mereka.
Sebelum ini, KEADILAN menggesa kerajaan menyelesaikan peningkatan kes jenayah dan bukan memberi tumpuan kepada usaha menangani persepsi umum berhubung isu itu semata-mata.

Short Film : Promo Muktamar PAS Pusat 2012

Gobind Singh Deo: We Want A 2-Party System Where The Real Power In The Hand Of The People

Rafizi Ramli: The Links Between Michael Chia And Nazri Aziz

Johor : High handed tactic used to evict Kampung Semangat squatters

Anwar: Serangan dan fitnah TV3-Umno, latihan buat Izzah

Elizabeth Wong: We Are Comrades Because We Believe In The Struggle, For A Better Malaysia

Activate - Israel: No Place to Go

Tony Pua - Ini Kompeni Syed Mokhtar Al Bukari Yg Punya

Syaitan Dikenali : Ketua Cawangan UMNO menyerang ceramah PAS di Johor

4 tahun: Kerajaan Kedah tunjuk perubahan, tolak tohmahan BN


KULIM – Kedah menjana transformasi dengan sangat pantas apabila dalam empat tahun sahaja kerajaan negeri berjaya menjalankan pelbagai projek dan program yang bermanfaat untuk rakyat.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan bahawa kerajaan negeri hanya baru memerintah selama empat tahun. Tahun pertama ibarat masuk ke rumah baru dan menyusun perabot, maka selepas tu barulah dapat dilakukan aktiviti-aktiviti lain.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kulim, di Masjid An-ANajah, Padang Serai.
“Orang ramai sering tohmah kita dengan menyatakan bahawa jika kita perintah maka Kedah akan menjadi huru-hara. Ianya adalah tidak benar kerana kita telah lakukan yang terbaik. Walaupun kita tidak baik melebihi orang lain tetapi sekurang-kuranya kita sama dengan orang lain. Kita juga sering berusaha untuk memerangi rasuah.

Teuku Adnan sahkan Umno tidak Islam?


Setiausaha Agung Umno yang dikatakan berhasrat hendak meletak jawatan kerana sudah berbua Umno akan kalah, Teuku Adnan Teuku Mansor mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak mengambil satu potong ayat al-Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun ingatan di dalam parti tersebut.

Pengakuan Adnan itu dikira ikhlas dan benar menepati apa yang terserlah di dalam Umno kini, di mana Umno hanya tahu menyebut Islam tetapi tidak tahu berbuat (melaksanakan) kehendak Islam. Pengakuan Adnan itu juga mengesahkan tanggapan sebelum ini yang Umno sebuah parti sekular yang anti kepada Islam.

Mungkin bertolak dari realiti itulah menyebabkan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bersedia untuk membubarkan Pas sekiranya Umno mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Nik Aziz sudah tahu bahawa cabaran itu tidak akan tersambut oleh Umno kerana parti itu kering dengan Islam malahan menentang Islam sejati.

Saham FGVH Turun, Kakitangan Felda Turut Jadi Mangsa


SHAH ALAM 13 NOV : 60 peratus daripada jumlah kakitangan Felda kini turut menjadi mangsa kerugian besar apabila harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) semakin menjunam jatuh.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman berkata, perkara ini berlaku ekoran kadar unit dan lot saham yang ditawarkan kepada mereka jauh lebih besar berbanding peneroka Felda.
Katanya, pihaknya menerima aduan daripada beberapa kakitangan Felda yang mula mengeluh kerana mula membayar balik pinjaman bank dengan kadar RM400 sebulan sedangkan harga saham jatuh.
Beliau berkata keadaan itu akan terus membebankan peneroka dan kakitangan kerana terpaksa menanggung kerugian bayaran pinjaman bank apabila kadar faedah yang dikenakan lebih mahal daripada dividen yang diperoleh.

40 aktivis mulakan perarakan hijau Kuantan-KL



 
Kira-kira 40 orang menyertai perarakan 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan loji nadir bumi Lynas beroperasi dan untuk ketengahkan isu-isu alam sekitar yang lain.

NONEDiketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack, kumpulan itu berkumpul di Padang MPK 1 Kuantan pada kira-kira 8 pagi sebelum bergerak, di tengah-tengah sorakan kira-kira 400 penyokong.

Antara pesertanya ialah 12 pribumi Sarawak, yang membantah projek empangan hidroelektrik di negeri mereka. Turut menyertainya ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH - Liau Kok Fah dan Wong Chin Huat.

Perang Dingin : Presiden Umno Bakal Tumbang Melalui Undi Tidak Percaya?


Seperti yang telah dinyatakan dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendesak presiden Umno supaya membubarkan parlimen selewat-lewatnya 30 November ini, iaitu semasa perhimpunan agung parti itu atau berdepan dengan penentangan Umno besar-besaran di seluruh negara.

Telah jelas kebimbangan Najib Altantuya bahawa pilihanraya kali ini merupakan pertempuran paling getir Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak negara mencapai kemerdekaan dari tangan British pada 1957.

Perkembangan terkini yang semakin tidak memihak BN ekoran beberapa pendedahan siri skandal membabitkan pemimpin Umno sendiri, bermula daripada cincin RM24 juta milik Rosmah Mansor, penyelewengan wang menternak lembu oleh keluarga Shahrizat Jalil, skandal membabitkan kemewahan luar biasa artis Zahida Rafik dari Shafie Apdal, kontrak sistem kawalan penerbangan membabitkan anak Jamaluddin Jarjis dan terbaru pemberian kontrak pemasangan sistem penguatkuasaan trafik AES milik anak bekas pemimpin Umno Johor.

Setiap kali Najib Altantuya berkira-kira mahu membubarkan parlimen, ada sahaja isu yang terkena kepada batang hidung Umno menyebabkan 'perancangan' yang sudah dibuat dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa ditangguhkan.

Politik sabotaj: 'Tindakan saya dikontroversikan' kata Asrullah

KUANTAN - "Hanya kerana gimik politik, tindakan saya mengundang kontroversi apabila dikatakan membuat kecoh sehingga membahayakan keselamatan penceramah parti pembangkang yang ketika itu sedang berucap,” kata Pengerusi Tetap Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Asrullah Afendi Abdullah.
Arena politik Malaysia: Beradab atau ganas? Kejadian yang berlaku pada Februari lalu mengundang kontroversi apabila beliau dikatakan cuba mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ketika itu sedang berucap di sebuah majlis di Lepar Hilir 2 di sini.

Menurutnya, sebagai anak jati Felda, beliau bersama rakan berhak membanteras pembohongan yang cuba dibawa pihak pembangkang yang dikatakan mahu meracuni fikiran penduduk kawasan ini dengan adakan ceramah tanpa permit.

“Walaupun sudah memberi nasihat pada peringkat permulaan, tetapi tidak diendahkan, kami rasa tercabar dan mahu majlis tersebut segera dihentikan.

Pesakit kanser wajar berehat atau direhatkan

Saya tidak dapat memikirkan alasan-alasan yang munasabah untuk kita mengekalkan UMNO sebagai pemegang amanah negara kerana segala-gala yang dilakukan dan kegagalan UMNO selama ini sudah ‘terbonggeng’ dan sudah dirasakan oleh semua rakyat. UMNO ibarat pesakit kanser yang ‘terminal’ kerana hampir semua sel-sel dalam tubuh UMNO itu sudah mati. Penyakit kanser ini merupakan satu penyakit dalam mana sel-sel di dalam tubuh kita telah mati dan sel-sel yang masih hidup itu pun akan berbunuh-bunuhan sehingga penanggungnya, ia itu tubuh dan jasadnya mati.
Seperti pengidap kanser, ia akan selalu berusaha untuk mengubati penyakit yang merbahaya itu, tetapi akhirnya tubuh akan mati juga. Pesakit dan pengidap kanser akan melakukan apa sahaja untuk berubat samada menggunakan ubat tradisi atau ubat-ubat moden di hospital-hospital. Selalunya pesakit kanser akan berbuat apa sahaja untuk meneruskan kehidupan. Jika ada yang memberikan nasihat untuk pergi ke tempat-tempat di mana-mana sahaja untuk berubat pesakit atau penjaganya akan pergi untuk memberikan harapan untuk terus hidup.
Tetapi akhirnya pesakit-pesakit kanser yang sudah pulih itu hanya mengalami pemulihan sementara sahaja dan akhirnya mereka akan mengakhiri kalamnya kerana penyakit itu juga. Tetapi saya tidak menafikan yang ada yang selamat sehingga satu jangka yang lama (dengan izin Allah), tetapi lambat launnya pesakit itu akan meninggal kerana penyakit itu.

Muktamar 58 : Ulama tak berhasrat sentuh isu Izzah

logo muktamar SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas tidak berhasrat membawa isu kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Muktamar Pas ke-58 ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka mempunyai perkara lain yang lebih utama daripada isu itu berbanding pemimpin sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Tidak, kami (Dewan Ulama) tidak akan bawa isu (Nurul Izzah) ke dalam muktamar. Banyak perkara lain yang ingin kami usulkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Banjir : Paras air sungai Selangor di Kuala Badong melebihi aras bahaya

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di sekitar Sungai Selangor di Kuala Badong, Kuala Selangor berjaga-jaga berikutan air sungai berkenaan telah melebihi aras bahaya dengan bacaan 4.04 meter.
Kawasan sekitar dikhuatiri akan dinaiki air, menurut portal JPS yang dikemaskini pada 10 pagi ini.
Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat pula telah melebihi aras amaran dengan bacaan 4.11m, dan JPS meminta penduduk sekitar berwaspada.
Dalam pada itu,  Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan mangsa banjir di Perak setakat 9.30 pagi ini berjumlah 35 orang daripada sembilan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat, Kampung Padang Serai di Manjung.
Portal banjir MKN bagaimanapun tidak memberi maklumat terbaharu mengenai bilangan mangsa di Selangor, Johor dan Melaka.
Setakat malam tadi, bilangan mangsa banjir di Selangor ialah 1,357 orang daripada 345 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan -- empat di Kuala Langat, dua di Sepang dan satu di Kuala Selangor.
Menurut MKN, bilangan mangsa di Johor dan Melaka ialah masing-masing 138 di Batu Pahat dan 84 orang di Jasin. — Bernama

SAMM teruskan 'Le Tour De Scorpene' tanpa kebenaran polis

MELAKA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka akan meneruskan Le Tour De Scorpene peringkat negeri Melaka malam ini walaupun tanpa kebenaran polis.

Zuraidi Abdullah, penyelaras SAMM Melaka berkata, pihaknya telah bertemu dengan pihak polis Melaka Tengah semalam bagi membincangkan program ini.

"Malam ini, SAMM Melaka menjemput kehadiran semua golongan masyarakat ke program SAMM RAPAT RAKYAT ABU : Jelajah Bongkar Skandal Scorpene bertempat di Peringgit Jaya (berhampiran Petronas dan AEON Jusco), Melaka bermula sekitar jam 9.00 malam," kata Zuraidi dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pertemuan dengan polis yang diketuai ACP Muhammad semalam, SAMM telah memaklumkan kepada polis tentang proram ini.

Bolehkah Pakatan percayai Zaid untuk terimanya semula?



 
"Kritikan yang paling tajam sering seiring dengan idealisme yang mendalam dan cinta kepada negara." - Robert F Kennedy
Ramai dalam Pakatan yang meletakkan beliau dalam kategori yang sama dengan katak-katak yang melompat parti. Ikutilah bahagian pertama wawancara dengan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengenai perkara itu.

Mengapa Datuk berhasrat bertanding di Pekan?
Kenyataan saya untuk bertanding di Pekan adalah berkaitan dengan berita bahawa (Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) akan menjadi calon  (di situ). Saya tidak fikir presiden PAS harus didedahkan kepada risiko seperti itu. Tidak ada keperluan untuk pendekatan gung-ho seperti itu. Beliau perlu menang. Tawaran saya itu dibuat dalam konteks jika tidak ada siapa yang berwibawa, maka saya bersedia.

Bolehkah Datuk ceritakan keadaan yang membawa kepada peletakan jawatan Datuk sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri dan penggantungan Datuk dan seterusnya nama Datuk digugurkan sebagai calon dari Umno dalam pilihan raya umum 2008?
zaid ibrahim quits pkr 191110 05Keputusan saya untuk meletak jawatan dalam kabinet adalah kerana ia tidak dapat dipertahankan bagi saya untuk menyokong keputusan kerajaan menahan (pemimpin DAP) Teresa Kok (kiri), (blogger) Raja Petra Kamarudin dan seorang lagi wartawan akhbar (Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng ) di bawah ISA.

Saya diambil kononnya untuk melakukan reformasi dalam badan
kehakiman dan undang-undang yang zalim. (Maka) saya tidak boleh mempertahankan tindakan seumpama itu. Jadi saya letak jawatan. Saya juga tidak tahu mengapa saya digugurkan sebagai calon pada tahun 2008, kecuali orang yang mengambil tempat saya itu adalah setiausaha politik PM sekarang.

Datuk menuduh (timbalan presiden PKR) Azmin Ali melakukan penyelewengan dalam pemilihan parti PKR. Adakah pandangan Datuk sudah berubah terhadap mekanisme pemilihan dalamam PKR?

Umno sedang 'tunda najis hanyut'


PETALING JAYA: PKR menyifatkan serangan menggila terhadap naib presidennya, Nurul Izzah Anwar umpama tindakan 'menunda najis yang hanyut'.

Ini kerana, tindakan ini adalah langkah terbaru Umno dalam percubaan mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat yang semakin terhakis.

Demikian kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.

Kenyataan beliau ini mengulas serangan terhadap Nurul Izzah selepas kenyataan berhubung kebebasan beragama yang dinyatakan beliau.

"Sesungguhnya, kenyataan spontan dan bersahaja YB Nurul Izzah pada majlis berkaitan adalah secara umum dan memang boleh mengundang pelbagai persepsi dan tafsiran.

Hari Deepavali: Lawan kejahatan untuk peroleh keadilan – Anwar

KUALA LUMPUR 18 November: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kaum India yang rata-ratanya penganut Hindu menjadikan sambutan Hari Deepavali sebagai panduan melawan kejahatan demi mendapatkan keadilan.
Beliau menyifatkan menentang kejahatan sebagai langkah pertama untuk mendapatkan keadilan sebelum mencapai kemenangan yang disimbolik melalui perayaan pesta cahaya.
“Tentang masalah bahasa mereka, kelayakan kewarganegaraan dinafikan, tahap kemiskinan dan permasalahan sosial dan ekonomi yang harus ditangani dengan baik.
“Sejarah sambutan ini punya kaitan kehebatan perlawanan antara yang membawa semangat kebaikan dan perubahan menumpaskan kejahatan.
“Kita harap mesej ini boleh memberi jaminan keadilan kepada semua  khususnya kepada masyarakat India,” katanya pada perutusan Hari Deepavali, hari ini.

Anwar: Sokongan Masyarakat India Terhadap PR Meningkat


PETALING JAYA 13 NOV: Dasar yang diperkenalkan negeri Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Selangor dilihat berjaya meningkatkan sokongan kaum India terhadap gabungan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Demikian menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai sokongan kaum India terhadap PR di ibu pejabat PKR di sini.
Katanya, sambutan yang diterima masyarakat India terhadap program dan skim yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor sebagai contoh berjaya menarik perhatian mereka yang sebelum ini seringkali diabaikan ketika pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Umno-BN dahulu.
“Selangor di bawah pimpinan PR berusaha menjaga masyarakat India di negeri ini dengan menyediakan pelbagai program bantuan termasuk memberikan bantuan pendidikan sebanyak RM4 juta disemua Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
“PR juga berusaha memdapatkan kad pengenalan terhadap beberapa individu daripada kaum India yang tinggal di pedalaman selama berpuluh tahun tetapi masih tidak diberikan kewarganegaraan,” katanya yang merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

HOW NOW, Najib? Felda share price FALLS BELOW IPO price

HOW NOW, Najib? Felda share price FALLS BELOW IPO price
Share price for Felda Global Venture Holding marked its historic low today as it briefly dipped below its initial public offering price of RM4.55 today, hitting RM4.53, the lowest point to date, before easing to RM4.57 at noon.
The dip is lower than the RM4.57 recorded on September 11 on inter-day trading, which then rebounded within four days to RM4.95.
However, since then, FGV shares have been on downward trend again, shedding RM0.35 to RM4.60 as of last Friday.
Felda settlers have been forced to take up loans to obtain the 800 shares, which the government said were 'gift' for settlers alongside the RM15,000 'windfall' in the wake of FGV's controversial listing.
National Felda Settlers’ Children Association (ANAK) has claimed that settlers would suffer losses if share price fell below RM4.70.
The company's initial public offering institutional price was RM4.55, while its retail price was RM4.45.
Felda chairman Isa Samad has been insisting that the fall was temporary due to the drop in global oil palm commodity prices.

Bantu Islam, bukan jadi batu penghalang - Tuan Ibrahim



(Tuan Ibrahim berucap di Padang Rengas - foto Muslimeen United)

 PADANG RENGAS: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam majlis Kembali Ilmu di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas dekat sini.

Untuk mencapai matlamat tersebut, beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat.

Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil, tegas Tuan Ibrahim sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Muslimeem United.

(Sebahagian orang ramai yang hadir - foto Muslimeen United)

Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan."