Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali SHAH ALAM – Pas Pusat menyifatkan segelintir ahli Pas Selangor menganjurkan satu forum semalam, yang secara terbuka mendesak parti itu kembali ke landasan asal perjuangan termasuk mengkaji semula hubungan dengan DAP, sebagai golongan bermasalah.
Malah, parti itu juga mendakwa penganjuran program sedemikian satu “fenomenabiasa” menjelang pilihan raya umum.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ada di antara mereka yang hadir merupakan ahli yang telah dipecat atas masalah disiplin dan ada yang ditolak sendiri oleh ahli-ahli Pas di bahagian masing-masing.
“Saya tidak mahu mendedahkan punca mengapa ada sebahagian daripada peserta program itu dipecat kerana tidak mahu mendedahkan aib orang lain.