Sabtu, 10 November 2012

Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei Jadi 'Hura Hara' Kerana Rosmah Mansor..


Kehadiran isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei sebentar tadi benar-benar mengejutkan!
Setelah tidak hadir dalam majlis yang sama malam semalam yang dikhaskan kepada para kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Rosmah yang tidak mengikuti Najib Altantuya malam tadi, rupanya kehadirannya malam ini memang sangat memalukan.
Mana tidaknya, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!
Sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Today in History for November 10th

Syria car bombs 'kill 20 soldiers' in Deraa

Kerja siapa ni?, Nurul Izah atau Umno?



                          Menurut Jamil Khir, 168 permohonan murtad diluluskan
 
Hebuh dan kecoh !! Memang isu ini sengaja disensasi dan dipanaskan !!  Pemimpin PKR, Nurul Izzah,  kononnya dalam satu kenyataan beliau ada menyebut  - Islam tidak melarang umatnya memilih agama/ bebas beragama !  Apakah benar beliau ada membuat kenyataan begini? Tak sabar-sabar pencacai Umno nak buat kecoh dan hebuh ! Siasatlah dulu!  Belum tentu benar atau tidaknya!  Kalaupun benar beliau ada membuat kenyataan,, mungkin beliau tersasul dan tersilap !   Boleh jadi juga kenyataannya cuba diputarbelit oleh media arus perdana yang selama ini sentiasa mencari kesalahan pemimpin pembangkang !
 
Benar atau tidak kenyataan Nurul Izzah sepatutnya ia tak menjadi isu. Ada perkara lain seharusnya kita ambil berat dan pertikaikan !   Lihat dibawah ini
Menurut satu laporan, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama sejak tahun 2000 – 2010. Jamil Khir dalam jawapannya berkata mengikut kementeriannya  menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama islam telah diluluskan. Sila rujuk - http://paspb2.blogspot.com/2012/11/melayu-tukar-agama-ini-bukti-murtad.html   
Wow! ramainya?  Ini salah siapa dan kerja siapa?  Mustahil ini kerja pemimpin DAP, PAS PKR atau kerja Nurul Izzah?  Peminpin-pemimpin Umno tolong jawab!!  Jangan asyik mencari dan mengintai tahi hidung di lubang hidung orang lain, punggong sendiri dibiarkan bernajis!!
Oleh : rahimothman

ISU SOSIAL : Jalan keluar membentuk jiwa remaja

Oleh : HASAN AL-BANNA MOHAMED


Zaman remaja hanya datang sekali sahaja bagi setiap manusia yang hidup di dunia sementara ini. Alam remaja merupakan usia peralihan dan era puncak bagi kehidupan seseorang yang dipenuhi pelbagai tribulasi.


Jika mereka mampu atasi dugaan yang penuh onak duri, nescaya akan lahirlah suatu kuasa besar sebagai agen transformasi dalam mereformasikan sesebuah negara bangsa. Golongan ini dianggap sebagai ‘pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara’. Remaja juga diistilahkan oleh kebanyakan pakar psikologi dan kaunseling sebagai individu yang mula akil baligh (berakal dan cukup umur) - dalam lingkungan 13 tahun sehingga mencapai usia 24 tahun.
Sekiranya dalam tempoh umur tersebut kehidupan mereka goyah atau hilang arah, maka pasti akan bergelumang dengan noda dan akhirnya pincanglah  pembangunan sesebuah keluarga, komuniti dan negara pada masa hadapan.

Umno sengaja guna Utusan yang jahil

Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Ustaz Harun Taib memberikan penjelasan panjang lebar tentang kejahilan Umno memahami Kanun Syariah Kelantan dan Terengganu. Sekaligus menjawab tohmahan Dr Chua Soi Lek yang mendapat nasihat dari ulam amuda Umno, Fathul Bari Mat Jaya: Jom baca dan telaah dengan hati yang terbuka :

Utusan Malaysia masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk "Polemik Hukum Hudud PAS" menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.
Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat dua versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok.

Soi Lek hina Islam: Mana pemimpin Umno, Ulama Muda & Perkasa raya?

 Oleh Safar Jumaat
PERTUBUHAN Pribumi Perkasa (Perkasa) sudah mengeluarkan kenyataan "haram orang Islam memberi undi" kepada calon MCA dalam pilihan raya akan datang. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali dalam satu kenyataannya membidas Presiden MCA, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek yang terus menerus menyerang hudud dan mempertikaikan hukum Islam tersebut.


Setakat ini, tiada siapa yang tahu apakah kenyataan Syed Hassan itu adalah kenyataan Perkasa, kerana tidak pernah pun kedengaran Perkasa bangkit mengadakan tunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan tersebut, kerana selama ini, Perkasa akan berbuat demikian.
Juga, tidak kendengan suara-suara "orang penting dan orang agama" dalam Perkasa yang menyahut kenyataan Syed Hassan itu – mungkin kerana ada kepentingan yang harus Perkasa jaga, kerana "cari makan juga penting bagi mereka".
Dulu, Timbalan Presiden Perkasa, Dato' Abd Rahman Abu Bakar pernah mengeluarkan kenyataan, orang Melayu jangan mengundi Dato' Dr Ir Wee Ka Siong di Parlimen Air Hitam, Johor kerana penentangannya terhadap biasiswa pelajar-pelajar Melayu.

Nazri Patut Belajar Dari Kejatuhan Pemimpin Negara Arab

Oleh Shahbudin Husin
Perilaku kesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh Nazri Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada undang-undang, Parlimen dan SPRM terus menjadi bualan rakyat. Di dalam dan di luar UMNO, ia terus menjadi topik perbualan yang menggambarkan bahawa UMNO masih memiliki sisi hodoh yang sukar untuk dikikis.

Ketika timbul isu anaknya menggunakan kereta mewah Hummer yang didapati menjadi milik Micahel Chia yang sebelum itu namanya dibersihkan oleh Nazri melalui jawapan di Parlimen berhubung penahanannya kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa milik Ketua Menteri Sabah, Musa Amab, beliau dengan sombong mengatakan bahawa ia adakah urusan antara anaknya dengan usahawan balak itu.

Anak saya sudah dewasa, saya tidak tidur dengannya dan dia tidak perlu memberitahu apa yang dilakukannya. Dia bukan isteri saya, begitulah lebih kurang jawapan sombong Nazri.

Bagi Nazri, urusan anak dan keluarganya adalah urusan peribadi mereka dan tidak ada kena-mengena dengan kedudukannya sebagai menteri dan pemimpin rakyat. Anaknya yang liar, bermewah dan suka berjoli sakan dianggap langsung tidak membebankan UMNO dan kerajaan.

Tamrin Tidak Akan Bertanding Dalam Pilihan Raya

Oleh Mohd Sayuti Omar
Bila orang ternampak saya berjalan dengan Tamrin Ghaffar melintas Dataran Ilmu di Kota Bharu semalam mungkin ada yang menimbulkan pertanyaan (yang tidak perlu) didalam hati masing-masing. Mungkin ada yang curiga dan berpandangan serong terhadap apa yang mereka saksikan itu. 


Apa lagi semalam saya bersama Tamrin menemui Tok Guru Nik Aziz sebaik saja tok guru itu selesai menyampaikan kuliyyah mingguannya.

Tamrin dan Nik Aziz: Sama-sama serius.
Saya berharap sangat agar tak ada yang salah anggap dan salah fikir dalam hal ini. Apa dibimbangi, ialah takut ada yang beranggapan saya sedang melobi kerusi untuk Tamrin bagi pilihan raya akan datang. Maklumlah saya pernah dituduh sebagai pelobi dan yang pencantur kerusi untuk orang tertentu. Ada yang jengkil dengan 'kerja' saya itu sampai ada yang mahu meludah?

Dan apa lagi yang tidak arif dalam politik dan berakal kemetot, beranggapan saya mendapat faedah dari kerja itu. Dan tidak kurang juga ada mengatakan saya hanya suka berak atas pusu saja. Nauzubalik himinazalik.

Sejarah dilalui oleh Ibrahim Ali cukup memberi pengalaman pahit dan menyebabkan timbulnya akal-akal begitu. Tetapi ada yang tahu dan faham erti siasah dan sepak terajangnya tidak membimbangkan, kerana saya kononnya hanya melakukan kerja berak atas pusu saja.

Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad?

Oleh Penarik Beca
Umno lawan Nurul Izzah Anwar kononnya kerana marah murtad. Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad? Lihat carian dalam Internet:

Pada 25 Mac 1998, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi telah ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan.


Pada 1 November 1999, usul untuk menangani gejala murtad dari  Ahli Parlimen Marang telah ditolak ke bawah di dalam senarai sehingga beliau tidak mendapat laluan untuk membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub selaku Ahli Parlimen Kubang Kerian pernah  mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. Percubaan Salahuddin ditolak mentah-mentah.

Salahuddin juga pernah mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. Percubaan itu juga ditolak.

Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 termasuk peruntukan menangani murtad. Umno bukan sahaja tak mahu sokong malah memfitnahkan habis-habisan rang undang-undang itu.

Kes Polis Didakwa Merogol Di Balai Polis

Bukit Mertajam - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.

Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan tiga anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi berhampiran pasar raya Pacific, Perai dan dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Beliau juga mengesahkan tiga anggota terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

Logik BANGANG Sisters In Islam ...senyap pulak pencacai...!!!

Tapi kalau kita nak cari logik untuk membenarkan apa sapa pegangan yang kita pakai memang boleh, contoh macam logik bangang SIS tu, dari segi logiknya memang nampak logik tapi logik yang tak kena dengan hakikat sebenarnya.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalarn kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam mass sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.
"Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya. - TMI.   
Kalau baca sekali lalu, memang kenyataan Pengarah program SIS, Suri Kempe ni ada logiknya, tambah-tarnbah bagi yang takdak pengetahuan yang berautoriti dalam hal ni, memang boleh dengan senang-senang terima logik SIS ni.

Cumanya, kita kena faham, hukum logik bukan boleh diguna dalam sernua hal dan keadaan. Tambah-tambah  yang berkaitan agama yang melibatkan perkara ghaib.

Anwar Ibrahim: Apa Masalah Dalam Negara Kita?

A ‘dark’ Deepavali for Kg Railway residents

Slapped with an eviction order, the residents staged a picket and demanded the developer and DBKL to build them low-cost houses.
SENTUL: This year’s Deepavali or festival of lights will be a gloomy one for 153 Kg Railway residents who have been slapped with a court eviction order from developer Sentul Raya Sdn Bhd.
“Light festival darkened” read one banner as some 40 residents staged a picket at the entrance of their century-old settlement this afternoon.
The 30-minute picket saw the residents holding black flags and displaying banners that read among others “One Malaysia, one family, one house” and “Safeguard Kg Railway residents’ rights”.
On Oct 30, High Court declared Sentul Raya as the rightful owner of the land and issued the eviction order.
The residents now demanding the Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and Sentul Raya to issue a letter of commitment to fulfill their earlier promises of building low-cost apartments as compensation.
Their lawyer Abdul Rashid Ibrahim said the residents are not requesting a free unit but agreed to pay at a discounted price to own a unit.
He said prior to the court decision, Deputy Minister of Federal Territories and Urban Wellbeing M. Saravanan pledged that low-cost apartments will be built by the developer in a meeting with the residents at Sentul Pasar.
He claimed that Saravaman reaffirmed the statement before the court handed down its decision on Oct 31.
The residents were informed that they would obtain the commitment letter from the developer regarding the building of low-cost apartments on Nov 4.

Hindraf akan umum pelan tangani golongan miskini India

p waythamoorthy hindraf pc brickfields five-year blueprint

 
Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy hari ini mengumumkan bahawa pergerakan itu akan mengumumkan satu pelan tindakan lima tahun untuk menangani nasib golongan miskin dalam masyarakat India.

"Pada 25 November, sempena ulang tahun kelima perhimpunan Hindraf November 2007, kita akan mengumumkan pelan tindakan lima tahun kami untuk membawa golongan miskin dalam masyarakat India ke dalam arus pembangunan perdana negara," katanya dalam satu sidang akhbar di Brickfields hari ini.

Pelan tindakan tersebut akan menggariskan pelan jangka pendek
pergerakan itu, yang berasaskan daripada 18 tuntutan kepada kerajaan pada tahun 2007.

Selangor Catat Nilai Pelaburan RM6.9 Bilion Tertinggi Di Malaysia


SHAH ALAM, 10 NOV: Perkembangan ekonomi Selangor dijangka terus berkembang pesat setelah negeri itu berjaya menarik jumlah pelaburan tertinggi dalam sektor pembuatan dengan nilai RM6.9 bilion berbanding negeri-negeri lain.
Angka yang diperolehi dari statistik terbaru, sehingga Ogos 2012 itu diperolehi dari MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) semalam.
Statistik pelaburan itu juga menunjukkan Selangor berjaya mencatat jumlah pelaburan dalam negeri tertinggi yang bernilai RM5.23 bilion dan pelaburan asing bernilai RM1.66 bilion dengan jumlah projek perindustrian tertinggi, 170 projek.
Jumlah tersebut berjaya dicapai disebabkan kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri ini berjaya mewujudkan suasana yang kondusif untuk perniagaan sekaligus menarik minat pelabur-pelabur baru untuk melabur.

GST for oranges, but not lobsters

A senior government officer admits to some unavoidable 'limitations' in the impending Goods & Services Tax (GST) but insists that it is a good for the country

KUALA LUMPUR: Luxury food items such as abalone, lobsters, and oysters will be exempted from the Goods & Services Tax( GST) while common fruits such as oranges will be taxed.
The above example is said to be “illogical” and “unfair”, given that the government’s intention for the proposed GST is to only make basic necessities tax free.
Customs deputy director GST special unit Wan Leng Whatt explained that such incidents are due to unavoidable “limitations”.
“These issues are difficult to answer and there are many more of such examples. Yes, it’s true that lobsters and even abalones and oysters are zero rated. Fruits are generally standard rated,” he said during a recent talk on GST.
Wan said while the government generally wanted to make all basic food “zero rated”, problems arose when certain items do not have a properly defined “code”.
“We wanted to zero rate basic food. We want people to be able to afford fish and prawn but at the same time we don’t have codings for lobsters, abalone, oysters [to differentiate item types]. These were simply the limitations,” he said.

Hindraf to unveil Indian poor five-year blueprint

Dialog KM bersama pendemonstrasi di Komtar untuk menyokong AES

CM : BN Leader don't understand the difference between 'Debenture and Mortgage Charge'

Tanah Dirampas : Orang asli bangkit tuntut hak

Traumatised Ahmad lodges police report for own safety

UMNO@PERKASA Membantah Anwar Ibrahim Solat Jumaat Di Kerteh

Dah Tenat : Ayam Pencen Pun Dikerah Masuk Gelanggang

Veteran Umno Digesa Bersedia Bantu Parti Menangi PRU 13
KUALA TERENGGANU: Anggota Veteran Umno Malaysia harus sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa.
Pemangku Pengerusi Veteran Umno Malaysia Datuk Mohd Zahid Sirat berkata ini kerana pilihan raya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga hala tuju bangsa Melayu.
"Pembangkang yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan kerajaan BN danmerampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan di negara ini.
"Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi selama ini dikhuatiriakan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapandasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia ke-5, di sinihari ini.

Umno sudah kehilangan hidayah

Oleh kerana pimpinan Umno kurang berkemampuan untuk berfikir, kali ini biar rakyat yang memikirkannya dan kita lihat apa yang mereka (rakyat) lakukan tidak lama lagi dalam pilihanraya nanti. Masalah UMNO ialah masalah yang diwujudkan olehnya sendiri. Tengku Adnan Mansor berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja. Kata-kata Setiausaha Agong UMNO ini menampakkan satu fenomena, iaitu parti itu benar-benar terasa masalah-masalah yang dihadapi oleh parti itu. Hishamudin, Menteri Dalam Negeri, juga pernah berkata persepsi buruk itu telah berjaya ditempelkan pada UMNO dan semua sekutunya dalam BN oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Komen saya senang sahaja. Untuk satu-satunya persepsi itu melekat kepada UMNO itu mesti ada sebabnya. Persepsi-persepsi buruk terhadap UMNO itu bukannya wujud dengan sekelip mata dan ia tidak wujud dengan senang sahaja. Ia tentunya wujud di atas isu yang ‘real’ dan nyata. Jika isu terhadap UMNO ini tidak ‘real’ bagaimana persepsi buruk itu boleh melekat dan menjadi ‘stigma’ yang tidak dapat ditanggalkan lagi dengan parti yang telah memerintah sejak merdeka dahulu.

Ulama dunia yakin Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia

SEBERANG TAKIR 10 Nov: Pengerusi Ulama SeDunia, Sheikh Yusof al-Qaradawi yakin, malah mendoakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Doa itu tertulis pada pesanan beserta tandatangan pada buku tulisannya berjudul ‘Khaulah Sha’ab’ yang dihadiahkan kepada Anwar (yang kemudian diterjemah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berjudul Kebangkitan Rakyat).
“Dia sendiri tulis – Untuk saudara Anwar, Perdana Menteri Malaysia. Ini doa dia. (Kalau ada) tidak setuju tak apa tapi ini ulama besar.
“Dia (Yusof al-Qaradawi) kata, cari kedamaian, tegakkan keadilan, satukan ummah, bawa perubahan seperti kami usahakan di Tanah Arab.
“Ini doa dia supaya berlaku perubahan dan kita menang pilihan raya akan datang,” katanya disambut laungan takbir lebih 5,000 rakyat di tapak pasar Teluk Ketapang dalam siri Jelajah Merdeka Rakyat malam tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, keyakinan Yusof al-Qaradawi itu kerana sedar kepincangan di negara ini sehingga rakyat hidup terseksa di bawah pentadbiran Umno BN.
“Tapi tak semena-mena sekarang ini berlaku fenomena yang disebut Yusuf al-Qaradawi ‘khaulah sha’ab’ (kebangkitan rakyat).

Pahang mahu ihsan atau royalti 20 peratus?

Oleh Subky Latif
Sekarang Pahang pula dipilih Allah dianugerah minyak dan gas.  Rakyat Pahang wajar bersyukur dan rakyat Malaysia seluruhnya juga ikut syukur kerana rahmat yang datang ke Pahang itu akan dapat juga limpahannya kepada negara.
 

Perdana Menteri sudah membayangkan wang ihsan yang bakal Pahang peroleh dalam masa yang tidak lama. Logiknya Pahang boleh jadi Kuwait baru di Malaysia selepas Terengganu.

Pakatan Rakyat menggesa supaya Pahang jangan ditindas kerajaan BN seperti Terengganu dan Kelantan - sekadar memberinya wang ihsan. Ia patut diberi royalti seperti yang diperuntukkan oleh akta Petronas.

Apa pun, nikmat Pahang itu tidak akan diterima sebelum PRU13 yang paling lewat bulan Mac 2013.

DAP gesa inkuiri awam siasat dana RM40 juta


Lim Kit Siang SHAH ALAM - Pemimpin veteran Pakatan Rakyat (PR) menggesa supaya satu inkuiri awam diadakan untuk menyiasat sumbangan dana politik RM40 juta kepada Umno Sabah oleh seorang ahli perniagaan yang didedahkan baru-baru ini.

Lim Kit Siang dari DAP berkata, daripada mengamalkan sindrom penafian berkenaan dengan masalah rasuah di Malaysia, pemimpin-pemimpin Umno seharusnya bertanggungjawab penuh dengan mempamerkan iltizam politik dan komitmen untuk melawan "rasuah besar" melibatkan pemimpin-pemimpin politik dan kerajaan.

Dakwaan Hina Sultan : Ahmad disoalsiasat 8 hingga 9 jam setiap hari


 
TEMUBUAL Ahmad Abd Jalil, yang didakwa dengan menghina Sultan Johor melalui Facebook telah dikurung selama tujuh hari ketika ditahan reman di Balai Polis Johor Bahru.

NONEDalam satu wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Ahmad
menceritakan pengalamannya sewaktu dalam tahanan di dalam sebuah sel kecil yang menurutnya tersangat panas, tidak ada kipas, dengan sebuah tingkap kecil yang tinggi berhampiran siling.

Sepanjang masa di dalam sel tersebut, Ahmad tidak melihat atau berjumpa sesiapa, kecuali anggota polis yang "mengiringinya" sewaktu dia hendak ke tandas.

"Ia tersangat panas sehingga saya tidak dapat tidur. Terdapat 12 unit semuanya, tetapi tiada siapa yang boleh mendengar atau melihat antara satu sama lain. Saya tidak dapat melihat apa-apapun, burung atau bahkan pokok," kata juruukur bahan berusia 27 tahun, yang baru mendirikan rumahtangga..

"Setiap hari, saya meminta untuk berjumpa dengan keluarga saya dan peguam kami tetapi mereka tidak membenarkannya".

Pada hari Khamis, Ahmad dibebaskan dengan ikatjamin selepas didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ahmad  yang keluarganya berasal dari Pulau Pinang, berkata beliau terpaksa berdepan dengan dua sesi kira-kira lapan hingga 10 jam disoalsiasat setiap hari.

RM5 Ribu : Baju 'I love PM' saja tak cukup, kata Najib pada warga Felda



Najib Tun Razak SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan ucapan terima kasih kepada warga Felda dalam program "Himpunan generasi baharu Felda" tetapi masih belum cukup dengan menunjukkan sokongan yang diberikan  melalui pemakaian baju "I love PM".

Menurutnya, negara akan berhadapan dengan peristiwa lebih besar - Pilihan Raya Umum ke-13 dan memerlukan sokongan seperti yang ditunjukkan kepada kerajaan dalam majlis pembayaran durian runtuh fasa ketiga hari ini.

Katanya, yang mencukupkan sokongan rakyat terhadap beliau adalah apabila tibanya pilihan raya tidak lama lagi.

"Saya nampak ramai yang pakai baju 'I love PM', 'I love PM'.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pemakai baju merah 'I love PM' dan baju oren iaitu baju Felda, tapi ini masih belum cukup.

"Dengan pakai baju merah dan oren sahaja masih belum cukup, kita ada lagi satu peristiwa besar akan datang tak lama lagi, tak cukup pakai baju merah dan oren yang mencukupkan ialah bila sampai pilihan raya nanti," katanya kepada warga Felda generasi kedua di padang kawad UiTM di sini, hari ini.

Majlis Himpunan Generasi Baru Felda dihadiri 12,000 belia dari seluruh tanah rancangan Felda di Malaysia.

MB Ganu cabar Hadi tanding di Kemaman..ha..ha...ha..Mat Said..!!!


KEMAMAN – Cabar-mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berterusan – kali ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertanding di kerusi Parlimen Kemaman.
Ahmad Said Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata, Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bertanding di Kemaman terlebih dahulu sebelum berhasrat bersaing di Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kesediaan Abdul Hadi itu (untuk) bertanding di Pekan hanya gimik politik sahaja, bohong belaka. Apa tujuan dia? Nak dapat publisiti? Nak gali kubur sendiri?

“Kalau berani, marilah bertanding di Kemaman. Buat apa pergi bertanding di Pahang. Tunjukkan kehebatan di Terengganu dahulu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012 di Padang Kubu, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media yang menyatakan Abdul Hadi akur dengan kemahuan parti jika diarahkan bertanding di Parlimen Pekan pada PRU13.
Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Abdul Hadi untuk bertanding di kerusi Parlimen Kemaman bagi menguji kehebatan parti itu dalam mendapatkan sokongan rakyat.
Tegas beliau, kenyataan Abdul Hadi itu juga adalah gimik kononnya pemimpin itu akur arahan parti sekali gus untuk menghangatkan suasana sebelum PRU13.

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 9 Nov 2012

Ulasan TGNA mengenai isu Nurul Izzah

MB : Usahawan Islam Mesti Lebih Berani


KLANG 10 NOV : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan usahawan industri halal yang beragama Islam supaya lebih berani meneroka bidang pengeluaran lain yang mempunyai permintaan tinggi selain daripada produk makanan.
Bidang lain itu antaranya pengeluaran ramuan, kosmetik dan farmaseutikal halal.
Katanya, berdasarkan statistik permohonan sijil halal, bidang-bidang ini diceburi oleh syarikat bukan islam dan usahawan berbangsa lain yang memonopoli pengeluaran makanan dan minuman serta rumah penyembelihan di negeri itu.
“Kita mesti belajar supaya umat islam lebih ke depan dalam bidang ini supaya dapat menampung permintaan masyarakat setempat,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Halal Festival di Masjid As Syarif, di sini.
Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Agama Islam negeri (JAIS) supaya merangka langkah-langkah untuk membantu usahawan memperkembangkan industri itu.
“Saya juga berharap program ini diteruskan dan diimarahkan di masjid-masjid yang lain sekitar negeri,” katanya.

Johor Bakal Tumbang Angkara Ghani Othman?

Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya, Abdul Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih.

Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.

Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.

Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik.

Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Najib Altantuya juga kelihatan letih kerana asyik turun padang bagi memastikan rakyat yakin dengan Barisan Nasional (BN).

SAMM Lancar Wayang Pacak Sebar Maklumat Selangorku


SABAK BERNAM 10 NOV: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor melancarkan siri Jelajah Anak Muda Selangorku khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.
Penyelaras SAMM Selangor, Azhar Achil berkata, siri jelajah ini dengan kerjasama TVSelangor bertujuan menyampaikan maklumat dan dasar Kerajaan Negeri secara terus melalui pengedaran risalah mengenai skim dan program supaya rakyat mengetahuinya secara lebih jelas.
Katanya, tumpuan utama siri jelajah ini adalah kepada masyarakat luar bandar kerana masih kekurangan akses kepada saluran media alternatif bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
“Siri jelajah ini memberikan naskhah dan risalah mengenai skim bantuan air percuma, penjelasan mengenai hutang Talam, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), serta pengedaran akhbar Selangor Kini kepada penduduk yang datang ke tapak pasar malam ini,” katanya ketika di temui di lokasi pertama siri jelajah di tapak Pasar Malam Sabak Bernam petang semalam.

SPRM: Tak cukup bukti berhubung dakwaan rasuah oleh Bala



 
Timbalan pendakwa raya (DPP) mendapati kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana pihak berikutan aduan rasuah oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menghantar jawapan mereka kepada peguam Bala, Americk Sidhu pada 8 November berikutan tuntutan penyiasat persendirian itu supaya suruhanjaya itu menjawab aduannya kepada suruhanjaya tersebut.

Menurut Americk, SPRM dalam jawapannya berkata mereka telah "menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh" dan telah mengemukakan hasilnya kepada DPP untuk "penelitian dan nasihat".

UNHCR : Tiada aktiviti pemberian Mykad di Stadium KLFA


(Antara laporan yang mendakwa aktiviti pemberian Mykad berlaku di KLFA)

KUALA LUMPUR: United Nations High Commissioner For Refugess (UNHCR) menjelaskan pihaknya kini sedang melakukan aktiviti pengumpulan maklumat pemohonan suaka yang belum berdaftar di Stadium KLFA di Cheras.

Permohonan suaka yang belum berdaftar itu terdiri daripada etnik Rohongya, Myanmar Muslim, dan Myanmar Tamil dari Myanmar.

Kenyataan ini dikeluarkan melalui laman web UNHCR pada 7 November.

Kenyataan ini menafikan dakwaan sesxetengah pihak berlaku pemberian kad pengenalan kepada warga asing di stadium berkenaan beberapa hari lepas.

1,000 sertai demo bantah Chua Soi Lek hina hudud

MARANG: Hampir 1,000 umat Islam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, semalam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina hudud serta hukum Islam.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar kiri) berkata Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.

Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.

“Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah,” ujarnya.

PAS sambut baik Pemuda PAS mahu isytihar harta


KUALA LUMPUR: Cadangan Dewan Pemuda PAS untuk membuat pengisytiharan harta pimpinan masing-masing disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).

Bercakap kepada Harakahdaily, Mustafa berkata beliau mengalu-alukan keprihatinan Pemuda PAS untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab dalam mengambil inisiatif untuk membuat pengisytiharan harta sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

“PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka,” katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.

Pilihanraya kariah masjid satu usaha pendemokrasian

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia akan meningkatkan tahap ketelusan selaras dengan perjuangan PAS ke arah urus tadbir kerajaan yang baik.
PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang berkata, pilihanraya jawatankuasa kariah masjid sebagai usaha pendemokrasian institusi masjid.
“Langkah mereformasi institusi masjid ini dijalankan untuk meningkatkan tahap ketelusan. Ia juga selaras dengan perjuangan PAS ke arah urus tadbir kerajaan yang baik,” kata Timbalan Pesuruhjaya 1. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.
Beliau turut menambah bahawa usaha pendemokrasian ini akan membendung isu-isu seperti penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.
“Sebelum ini ketua bahagian Umno menyokong pencalonan masjid dan mereka terus mendapat jawatan tersebut,” kata Mujahid.

Saham Felda menjunam, apa tanggungjawab Najib


KUALA LUMPUR: Kerajaan mestilah mengemukakan pelan tindakan untuk menangani kejatuhan saham Felda yang telah menghampiri rekod terendah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Orang yang dilihat paling beria-ia hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebelum ini ialah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri.

"Pandangan dan bantahan yang bertentangan dengan keserakahannya hendak menyenaraikan FGVH tidak dipedulikan langsung," katanya.

Beliau meminta rakyat khususnya para peneroka beramai-ramai mendesak Najib mengambil tanggungjawab ke atas apa yang terjadi ke atas saham Felda kini.

Salahuddin juga kesal kerana kerajaan pimpinan Najib langsung tidak memperlihatkan sebarang daya usaha yang diyakini umum untuk menangani kejatuhan saham Felda itu.

GENAP 5 TAHUN BERSIH &TUNTUTAN RAKYAT....SPR MASIH ANGKUH

Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.

Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.

Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.

BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.

Fitnah Akidah : Nik Aziz pertahan Nurul Izzah


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.

Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk.

FACE UP to allegations, not ban non-MPs from exposing your MISDEEDS - Rafizi tells Nazri

FACE UP to allegations, not ban non-MPs from exposing your MISDEEDS - Rafizi tells Nazri Following the new ruling that only members of parliament could address the media at the parliament lobby, PKR strategic director Rafizi Ramli, whose expose on minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz  – who also double as the minister in charge of parliamentary affairs – said it was an attempt to stifle him from further revealing alleged links with Michael Chia, the timber tycoon caught with RM40 million cash.
“I have already predicted that this is the next step that will be taken by Nazri using his power to bar me from making press conferences at the parliament.
"This is another conflict of interest because the press conference may be about him,” Rafizi said in a statement.
Yesterday, parliament speaker Pandikar Amin Mulia claimed that “no parliament in the world” would allow non-MPs to give press conference.
He said it was "embarrassing" for him to see non-MPs speaking to the media while the parliament emblem in their background.
But Rafizi said the new ruling had further eroded credibility of the parliament.

Labis: Kubu kuat MCA yang mungkin terlepas dalam PRU 13

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

JOHOR BAHRU, 10 Nov — Labis adalah seperti pulau, jauh dari kebisingan kota, tidak ada siapa yang akan percaya bahawa kerusi parlimen ini dipegang oleh dua bintang utama MCA selama enam penggal iaitu bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Dr Chua Sio Lek yang sekarang ini memimpin MCA.
Namanya, sesetengah ahli sejarah percaya berasal dari nama “labi-labi” yang menyerupai kura-kura; bergerak perlahan dan kelihatan mengantuk.
Kebanyakan penduduk bekerja di estet getah atau ladang kelapa sawit, manakala yang lain adalah peniaga kecil, kakitangan kerajaan atau hanya singgah melalui bahagian Johor yang sibuk.
Di sini, seseorang tidak dapat mendengar kebisingan industri mahupun melihat asap putih mencemarkan langit oleh kerana kilang terdekat adalah berbatu-batu jauhnya.
Selepas 7.00 malam, bas tidak lagi melalui jalan raya di bandar ini – lagipun, jarang penumpang turun di perhentian ini.
“Labis menjadi kawasan terpencil selepas pukul 7.00 petang ... laut mati. Lebih ironi lagi ... Ling Liong Sik merupakan menteri pengangkutan ketika beliau memegang kerusi Labis,” kata penduduk tempatan, S. Madhavan baru-baru ini apabila ditemui.

Fathul Bari akan jadi penyokog PR ??

Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: “Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL”. Oleh kerana Fathul Bari turut ‘ditag’ dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.

Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.

Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.

Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.

Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!

Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:

Betulkah Teuku Adnan Teuku Mansor Hendak Letak Jawatan?

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.


Adnan: Terhidu kekalahan.
Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.

"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

NO SIGHT of Petroleum Heritage Fund: What happens when Petronas oil money DRIES UP?

The absence of any fund to secure Malaysia's petroleum wealth for the future generation has been described as a "serious indictment" of the government.
NO SIGHT of Petroleum Heritage Fund: What happens when Petronas oil money DRIES UP?PKR vice president Chua Jui Meng said while almost all oil producing countries have their own oil funds for their peoples’ future, Malaysia still does not have such a plan despite the setting up of national oil company Petronas in 1974.
"Has there been any such oil fund set up? As far as I know there has never been a disclosure by the government of the existence of such a fund," he said in a statement to Harakahdaily, lamenting the extraordinary wealth of Barisan Nasional leaders and their families.
Chua pointed out that four decades of oil revenue amounting to "billions or even trillions of ringgit" meant that the absence of such a fund was a "tragic betrayal of the people's trust".
"There is absolutely no excuse that is acceptable to Malaysians for this tragic betrayal of the people’s trust by our 'oil sheikhs ... Mahathir, Abdullah and Najib'," said Chua, referring to former prime ministers Dr Mahathir Mohamad and Abdullah Ahmad Badawi, and the incumbent Najib Razak.
Prior to this, Petronas founding chairman Tengku Razaleigh Hamzah, currently the Gua Musang member of parliament, had revealed that the giant company had planned to preserve the oil wealth for future generations through the setting up of a National Petroleum Heritage Fund, to which a percentage of oil revenue would be channelled.

Tee Yong Tak Layak Cabar Kerusi Bandar Tun Razak


KUALA LUMPUR, 9 NOV: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2, Datuk Chua Tee Yong tidak layak mencabar kerusi parlimen Bandar Tun Razak kerana mempunyai rekod prestasi yang jauh ketinggalan berbanding pencapaian cemerlang Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Tee Yong juga gagal memastikan kementeriannya agar berjaya mengutip hutang RM250 juta dari National Feedlot Corporation (NFC) yang dikuasai keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Sharizat Jalil yang sepatutnya memulakan bayaran pada Januari lalu.
Sebaliknya, Abdul Khalid bukan sahaja memiliki rekod prestasi cemerlang sepanjang empat tahun menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, malah berjaya mengutip setiap sen dari hutang RM392 Juta Talam Corporation yang ditinggalkan Kerajaan BN sebelumnya.

Anwar : Merdeka Rakyat Seberang Takir Kuala Terengganu

Kenapa perlu pikulkan beban dosa BN kepada Pakatan?

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November, di Seremban Jaya membawa mesej jelas; momentum tsunami perubahan kini berada di jajaran yang cukup melegakan. Hujan lebat langsung tidak menjejaskan penyertaan proaktif penduduk Negeri Sembilan dan masyarakat sekitar, seterusnya menunjukkan sokongan padu kepada kempen "Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia"


Hampir 30,000 menjadi saksi kesepaduan tiga parti -- PAS, KeADILan dan DAP -- untuk menggembleng hasrat dan aspirasi rakyat, bagi melakukan perubahan besar dan cukup bererti dalam PRU13 nanti. Keserasian yang dibina secara formal sejak 1998, walaupun pada satu ketika ada pasang surutnya, ternyata kini sukar untuk dirobek. Dan himpunan itu seperti mahu menzahirkan, bahawa apa pun rintangan menghalang, ia tidak seharusnya membantut usaha lebih murni, bagi menyelamatkan  tanahair tercinta daripada mangsa kerakusan pemimpin BN.
Ketua Pemuda DAP, yang juga Ketua Pembangkang di Dun Negeri Sembilan, Anthony Loke, dalam pidatonya pada majlis berkenaan, yang disorak tepukan bergemuruh, mengungkapkan: "Jika agama Buddha dihina, saya yakin pemimpin PAS akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin KeADILan akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya."
Saya kira angan-angan pemimpin Umno untuk mengadu-domba pemimpin PAS dan DAP, seterusnya menimbulkan rasa curiga, apatah lagi menyemai bibit sengketa, di kalangan penyokong kedua-dua parti, semakin berderai dengan komitmen bersama yang ditunjukkan pada malam Ahad itu. Bukan sahaja terjalin persefahaman yang baik di kalangan pemimpin atasan, malahan kerjasama padu di peringkat akar umbi.
Di kala majoriti masyarakat bertambah yakin dengan keupayaan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, masih timbul kecelaruan pemikiran dan usaha terancang memomokkan bahawa kepentingan Melayu akan terabai di bawah kerajaan baru nanti, manakala kebejatan pemerintah akan disalin-ganti oleh penguasa yang baru. Dakwa kelompok ini, apa guna kerajaan bertukar jika reformasi menyeluruh gagal dilaksanakan.

Majlis Badan Bertindak NGO Pro UMNO bantah kehadiran Anwar


Majlis Badan Bertindak NGO bantah kehadiran Anwar
Ahli Majlis Badan Bertindak NGO Kemaman berkumpul sambil memegang sepanduk dan melaungkan protes terhadap kedatangan Anwar ke Kemaman semalam.
 
KEMAMAN – Majlis Badan Bertindak NGO Kemaman berkumpul secara aman dan membuat laporan polis sebagai membantah kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kemaman sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat PKR, semalam.
Sebanyak 18 laporan polis dibuat oleh 10 NGO di Balai Polis Kerteh dekat sini, kira-kira jam 11 pagi yang menyaksikan ahli turut membawa sepanduk tertera pelbagai kata-kata tentangan sebagai tanda protes kehadiran Anwar.
NGO telibat membabitkan Perkasa Kemaman, Persatuan Kontraktor Kemaman, Belia 4B Pekan Kerteh, Belia Seri Chengal, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dun Kemasik, Persatuan Silat, Persatuan Anak Muda Dun Kemasik, Persatuan Kebangsaan Bekas Perisikan Malaysia, Penyelaras JKKK Dun Kemasik dan Pemuda Umno Kemaman.
Pengerusi majlis badan bertindaknya, Mustafa Ab Rahman berkata, pihaknya menentang kedatangan Anwar ke Kemaman sebab dilihat ia akan timbulkan bibit perpecahan dalam masyarakat di daerah ini.

Sambutan 'Sepi' Rakyat Terengganu Terhadap Anwar Ibrahim..



Di Syahbandar, Kuala Terengganu jam 5 petang. Panas terik tapi rakyat berduyun-duyun datang menyambut bakal PM.
Walaupun berlaku provokasi dari pencacai Umno di Kerteh, Terengganu tapi rakyat tetap turun untuk mendengar amanat Anwar Ibrahim..





Kat atas ni gambar pencacai-pencacai Umno buat kacau di Kerteh, Terengganu..