AES PARIT - Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan pengeluaran saman terhadap pesalah jalan raya yang dikesan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dihentikan sementara sehingga pengguna benar-benar bersedia dengan sistem tersebut.
  
Exco Pergerakan Pemuda Umno Mohd Hisamuddin Yahaya berkata idea penggunaan AES dilihat baik dan mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, namun pelaksanaannya tidak dirancang dengan baik.
  
Katanya Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepatutnya menjalankan kempen secara berterusan terlebih dahulu bagi memastikan orang ramai benar-benar faham dengan hasrat murni kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.