Selasa, 6 November 2012

Fitnah Akidah : Izzah sedia dipanggil Jais

A man bit a police after he was assaulted by the police during a road block

Ustaz Raihan Abd Aziz: Mas Kawin Bidadari Syurga ?

Ustaz Raihan Abd Aziz: Masjid kecil sebesar sangkar burung

Ustaz Raihan Abd Aziz: Belajar ilmu mesti ada gurunya

NGOs to rally against state violence

Pindaan penjara mandatori bagi perogol bawah umur diteruskan

Pindaan itu akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat sesi akan datang selepas mendapat 'lampu hijau' daripada pejabat Peguam Negara.


KUALA LUMPUR: Kerajaan bertegas untuk meneruskan rang undang-undang pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi membolehkan perogol bawah umur 16 tahun dikenakan hukuman penjara mandatori.
Pindaan itu bertujuan supaya hukuman penjara mandatori di bawah Seksyen 376 dikekalkan, dan hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen
294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara agar hukuman diringankan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pindaan itu akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat sesi akan datang selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada pejabat Peguam Negara.
“Tanggungjawab kerajaan untuk melindungi gadis bawah umur. Cadangan ini disokong Ahli Parlimen, Peguam Negara, serta badan bukan kerajaan (NGO) maka kita kita tidak akan teragak-agak untuk teruskannya.

Pemuda PAS sokong gesaan agar Nazri bercuti


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat Datuk Seri Nazri Aziz sepatutnya tahu batas perhubungan khususnya dengan mereka yang dikaitkan dengan tuduhan rasuah.

Ketua peneranganya, Riduan Mohd Nor berkata, hubungan dengan individu seperti itu hanya akan mewujudkan pandang serong masyarakat lebeih-lebih lagi beliau merupakan menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang negara.

"Sebagai seorang Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang negara, beliau semestinya tahu batas-batas pergaulan supaya tidak dilihat serong.

"Kes ini akan dilihat pelik sekiranya beliau atau anak beliau mempunyai hubungan dengan individu yang sudah terpalit dengan rasuah," katanya.

Rakyat berharap selepas pilihanraya ini mereka tidak di bohongi lagi

Bila pilihanraya akan di adakan Tuhan sahaja yang tahu. Inilah kali pertama seorang Perdana Menteri belum lagi di sahkan oleh rakyat sokongan mereka terhadap beliau. Mandat yang sekarang ini adalah mandat dan sokongan rakyat terhadap Abdullah Badawi. Najib tidak berani membuat keputusan kerana beliau masih ragu untuk mengadakannya kerana rakyat semakin hari semakin menunjukkan sikap tidak berpuas hati dengan kerajaan pimpinan Najib yang meminjam mandat Abdullah Badawi.
Tetapi tidak mengapalah. Bagi pandangan ramai lagi ditangguhkan pilihanraya ini lagi mudah lah untuk menundukkan BN kali ini. Oleh kerana terlalu lama menangguhkan pilihanraya ini maka lagi jelaslah yang kerajaan hari ini yang mempunyai segala-galanya untuk memperkuatkan diri mereka tidak berdaya untuk menolak arus perubahan yang ingin di bawa oleh rakyat.
Apa yang pasti Najib akan terus keluar menjelajah keseluruh negara kerana beliau terpaksa melakukannya di sebabkan UMNO di peringkat bawahan tidak bergerak dan tidak berdaya untuk berfungsi lagi. Maka kita terpaksalah menanggung kos perbelanjaan penjelajahan Najib yang setiap kali lawatan itu memakan belanja yang berjuta jumlahnya. Semuanya itu adalah tanggungan rakyat belaka. Saya selalu berkata yang kita terpaksa menanggung perbelanjaan Perdana Menteri dalam siri kempen untuk menegakkan benang basah mereka.
Bagi Pakatan Rakyat, mereka tidak menggunakan wang kerajaan untuk berkempen. PR tidak menggunakan jutaan wang rakyat seperti yang dibelanjakan oleh BN dalam kempen mereka. Seperti contoh yang akhir sekali yang kita tengok ialah semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban 3hb yang lepas dalam mana rakyat berpusu-pusu hadir di dalam hujan yang lebat dan keadaan padang yang becak.

SAMM Gesa Seluruh Negara Bangkit Lawan Penipuan Pilihanraya Demi Selamatkan Negara

Kenyataan Terbuka
7 Nov 2012
SAMM Gesa Seluruh Negara Bangkit Lawan Penipuan Pilihanraya Demi Selamatkan Negara
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetap komited untuk melancarkan kempen besar-besaran demi mengekang penipuan pilihanraya khususnya yang melibatkan pemberian kewarganegaraan segera kepada warga asing.
Pemberian taraf warganegara yang membolehkan warga asing mengundi adalah perkara yang sangat serius kerana ia menggadai kedaulatan negara. Ia dibuktikan dengan beberapa laporan pada awal oktober lalu ketika mahkamah mengesahkan seorang warga asing dihukum penjara kerana memiliki kad pengenalan tidak sah sedangkan nombor kad pengenalan tersebut wujud dalam senarai pengundi SPR.
Juga tidak lama dulu pernah didedahkan beberapa IC yang mempunyai tarikh luput ‘Mac 2013′ . IC tersebut juga diakui wujud oleh JPN dengan pelbagai alasan tidak logik. Tambah lebih malang kepada rakyat Malaysia apabila nombor IC tersebut juga wujud dalam pangkalan data senarai pengundi SPR.

Nah!! Ini Bukti Bergambar Ribuan Warga Myanmar Terima Kerakyatan Di Stadium KLFA


Berikut adalah pendedahan berani mati oleh blog King Jason. Blog ni mendedahkan bukti bergambar susulan pendedahan di fb Shirley Gabriella (baca sini). Lihatlah bukti bergambar yang di dedahkan blog King Jason...

Skandal IC kepada PATI Burma di stadium Cheras?

Benarkah pendatang asing Burma di beri IC dalam projek memberi kerakyatan dan IC di Stadium KLFA Cheras? Berselindung di sebalik status pelarian United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) ? Jangan korang tanya bagaimana gua tau skandal projek MEMBURMAKAN negara kita,Tapi tanya kenapa semua ni berlaku dan mengapa pemimpin PR tak peduli isue nih?


Bolehka gua percaya skandal ni tidak mempunyai kaitan dengan PRU13 yang akan datang?Sepanjang gua berada di sana,dan menemuramah Burma2 ini,soalan gua berkisar kepada apa yang sedang mereka tunggu..jawapan mereka adalah sedang menunggu proses pendaftaran IC !! what the fuck !!!dalam hati gua rasa marah bila mengetahui projek kementerian BN nih..

Kadar Pengangguran di Malaysia Bawah 3% (Hampir Tiada Kata Menteri BN) VS Negara Maju 21% Kadar Pengangguran Mereka!!

Kadar Pengangguran Malaysia Kadar Pengangguran di Malaysia Bawah 3% (Hampir Tiada Kata Menteri) VS Negara Maju 21% Kadar Pengangguran Mereka!!
Kadar Pengangguran di Malaysia : Selama yang kami perhatikan cara kalangan menteri apabila berhujah, acapkali terus membandingkan dengan negara-negara lain bagi menunjukkan negara kita masih lagi terhebat, terendah dan termurah. Kami tiada masalah jika perbandingan yang dibuat itu jika perbandingan yang dibuat adalah secara adil dan terperinci. Bukan separa-separa dan mengambil sipi-sipi data sahaja seperti ini….
Sebelum ini seorang lagi menteri pernah membuat perbandingan dengan negara ASEAN lain berdasarkan laporan yang telah kami keluarkan sebelum ini yang bertajuk “(KAJIAN) Kos Pemilikan Kereta di Malaysia Antara Terendah & Murah VS Negara ASEAN Lain? Benarkah?“. Kali ini kita perhatikan perbandingan yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop…..

Kadar Pengangguran di Malaysia RENDAH!!

Bakal Jadi Pengundi : 'PASPOT HAIWAN Mungkin Diwajibkan? - Noh Omar'

1. Bolehlah bawa binatang2 kesayangan sprt anjing, kucing, arnab, tikus putih, ular dll melancong ke Disneyland atau ke mana aje!

2. Gemuklah kantung kroni yg membekalkn paspot tu.

3. Perlu ambil cap kaki2 binatang trsebut. Tapi klau ular,
Ikan mas dn brbagai jenis ikan termasuk piranha
nak ambil cap apa, ek?

4. Salah seorng anak sya mempunyai 10 ekor kucing.
Boleh dpt diskaun x utk buat paspot2 tu?

Kesimpulan : Noh Omar adalah Menteri yg paling Gila
di M'sia!
 
Berita Berkaitan :

The result of Umno’s UGLY MALAY agenda: “Dulu, kini dan tak lama lagi”

It’s difficult to use a yardstick when it comes to assessing the Malay community in Malaysia. But while there has so far been no exact science in going about analyzing the Malay race, what is however certain and sure is that they have become divided and fragmented in the arena of socio-politics at present.
While under the Mahathir regime’s administration, Malays seemed to have enjoyed a certain albeit false sense of camaraderie and unity, the same cannot even be said for the Malay race as of now.
Not only are they skewered three-ways politically, between UMNO, PAS and PKR, but in many other ways the Malay community in Malaysia have shown evidence of becoming increasingly disintegrated and the fact is there doesn’t seem to be any possibility whatsoever of them coming together ever again.
The fault seems to be better education and better dissemination of information; in short, evolution. Malays have become more sophisticated in their thoughts and the political competition offered by the likes of PAS and PAS versus the monopoly wielded by UMNO means the split is here to stay.
In fact, the divisions along both political and religious lines are set to become more acrimonious in the future. And the culprits behind this unhappy scenario is none other than the UMNO Malays who have earmarked for themselves an ambitious but unrealistic future much to the disappointment of not only non-UMNO Malays but the Chinese and Indians as well.
The dire consequences of UMNO’s future game plan

BERAPA JUTA AGAKNYA NURUL AKAN DI BAYAR GANTI RUGI OLEH UTUSAN

INI DIA UTUSAN SPIN UCAPAN NURUL UNTUK KELIRUKAN RAKYAT-INI ADALAH KERJA PENGAKUAN KETUA PENGARANGNYA

INI MAKSUD NURUL SEBENAR SEPERTI HURAIAN DR.MAZA TU

Fakta politik semasa

Oleh: DukunPasir

"Kepanasan berpolitik akan berlaku apabila masing masing sedaya upaya nak pertahankan pendirian mewakili parti masing masing. Apa kata kita tenang tenangkan diri sambil BERFIKIR TENTANG FAKTA ini.

- Musa Aman tidak lagi AMAN di Negeri Sabah Kerana Isu 40Juta.

- Lim Kit SIANG jarang dapat memberikan ceramahnya pada waktu SIANG kerana terpaksa SIANG ikan dirumah.

- Tahukah anda menteri Idris JALA tidak pernah meniaga JALA pada nelayan nelayan dikampung kelahirannya.

- Hanifah Aman......Menteri Luar kita ini setakat ini tidak lagi pernah menyertai MISI AMAN di Palestine .....

-Di pihak pembangkang, Isa Samad lebih dikenali sebagai ISA SMART kerana kelicikannya dalam isu FELDA, manakala AHMAD MASLAN pula dikenali dengan Ahmad Malas kerana kenyataannya yang kurang bijak walau memegang ketua Penerangan UMNO.

- Rata rata pengikut PAS tidak lagi BERMINAT untuk makan beras jenama JATI kerana Hassan Ali!

Ulamak Umno Cuba Redakan Kemarahan Rakyat Terhadap Chua Soi Lek ?


"Oleh : Ustaz Azhar Yahya
Timbalan Ketua Ulamak Pelapis PAS Pusat

Ulamak Pelapis PAS (Pusat) merasa terpanggil untuk menyatakan pendirian terhadap kenyataan saudara Fathul Bari yang seakan-akan ingin meredakan kemarahan umat Islam terhadap kenyataan tidak berasas yang dikeluarkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan dengan hukum Hudud.

Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 5.11.2012, antara isi utama kenyataan saudara Fathul Bari adalah penegasan bahawa Datuk Seri Chua Soi Lek bukanlah mempertikaikan hukum-hukum Islam sebaliknya beliau hanyalah mempertikaikan Hudud versi PAS.

Persoalan yang ingin diutarakan adalah atas dasar dan hujah apa yang memungkinkan pihak-pihak yang terbabit membuat kenyataan bahawa Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS adalah Hudud versi PAS dan bukannya Hudud yang disyariatkan di dalam Islam?

Kenyataan Media: Tindakan Undang-undang

KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain, berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah saya menyokong murtad.

Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai,
merangkap Naib Presiden KEADILAN

GURU PONDOK YANG MENGELUARKAN FATWA KAFIR HARBI KEPADA DAP DAN HARAM UMAT ISLAM MEMBERI UNDI, DIPERCAYAI KENA KEMBALIKAN WANG RM2JUTA YANG DIBERIKAN OLEH TOK PA SEBAGAI IMBUHAN??



Kalau begini  alamatnya,  wang RM 2juta sebagai mengeluarkan "Fatwa" DAP Kafir Harbi dan haram umat Islam memberikan undi terpaksa dipulangkan balik kepada Tok Pa selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, sebab itu bukan fatwa pun.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Jaga Agama Malaysia, Jamil Khir Baharom di Parlimen hari ini bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang.


KUALA LUMPUR, 6 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

DAPSY Pulau Pinang tuntut Ahmad Abdul Jalil dibebas


GEORGE TOWN, 6 NOVEMBER: Pemuda DAP Pulau Pinang menuntut supaya Ahmad Abdul Jalil, yang ditahan kerana didakwa menghina Sultan Johor di laman sosial Facebook dibebaskan segera.
Setiausaha Publisiti DAPSY Pulau Pinang, Steven Sim dalam kenyataan medianya kesal dengan tindakan polis yang mengendalikan kes Ahmad Abdul Jalil, seorang juruukur bahan berusia 27 tahun.
“Pihak polis perlu tegas melaksanakan tugas mereka menjaga keamanan awam berlandaskan undang-undang serta perikemanusian walaupun terhadap mereka yang bersalah,” kata Steven terhadap tindakan polis terhadap seorang pemuda yang tidak disabitkan kesalahan malahan dibebaskan Mahkamah Majistret.
Beliau menganggap pihak polis gagal melaksanakan tugas mereka secara profesional dan melanggar Kanun Acara Jenayah kerana gagal menjelaskan kesalahan apa menyebabkan Ahmad ditahan.
Beliau juga mengecam tindakan pihak polis yang menurutnya tidak mematuhi hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan kerana terus menafikan hak Ahmad untuk berkomunikasi dengan peguam beliau sehingga kini.

Demokrasi bukan untuk ahli politik sahaja…

Oleh Edry Faizal

Rakyat sering didendangkan bahawa sistem demokrasi Malaysia sihat. Sebagai bukti, jari dituding kepada amalan pilihan raya yang masih berlangsung. Sama ada lima tahun sekali atau apabila wakil rakyat mati.
Sebab itu pemerintah tiada masalah untuk merayu rakyat keluar membuang undi. Kemudian rakyat bolehlah pulang ke rumah dan sambung tidur kembali. Membiarkan negara dikemudi sekumpulan kecil manusia entah ke mana hala tujunya.
Bagi yang peduli akan politik juga tidak terlepas daripada menari mengikut rentak sama. Kiblat perjuangan demokrasinya hanyalah kotak undi kerana itu simbol kuasa. Ada pula kelompok yang berahikan kuasa melalui pilihan raya kerana mengimpikan satu sistem lain. Ini kerana demokrasi dilihat hanyalah sekadar jalan. Yang boleh dirobek-robek selepas berjalan di atasnya menuju destinasi kuasa.
Tidak kurang juga yang sudah mula letih dan mula meragui sistem sedia ada. Demokrasi dilihat tidak menyelesaikan sebarang masalah. Malah cuma menambah bilangan manusia yang menjadikan dewan perwakilan itu mirip sarkas. Akhirnya sebahagian mereka bukan sahaja tidak mahu mengundi, bahkan meragui terus demokrasi.

TOLAK BN...PILIH PR !!

PRU KE-13 KIAN HAMPIR. INILAH MASANYA UNTUK KITA BERUBAH. KITA BERHAK UNTUK BERUBAH. SIAPA PUN TAK BOLEH MENGHALANG. DAKWAAN UMNO/BN JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA AKAN MUFLIS ADALAH MENGARUT, SATU UGUTAN DAN BERNIAT JAHAT. RAKYAT BOLEH BUKA MATA DAN LIHAT SENDIRI KEMAJUAN YANG DIBAWA OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT, TERUTAMA DI SELANGOR DAN PULAU PINANG !!

CUKUPLAH 55 TAHUN KITA DI BELENGGU DAN DICENGKAM OLEH PEMERINTAH YANG BERNAMA BARISAN NASIONAL / BN. DULU KEBURUKAN DAN KEBOBROKAN BN DISEMBUNYIKAN, TAPI SEKARANG SEGALA PEKUNG DI DADA MEREKA SUDAH TERDEDAH.

AYUH SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG LAYAK MENGUNDI, MARI KITA MEMILIH KERAJAAN MALAYSIA YANG BARU – PAKATAN RAKYAT,  DENGAN MENYOKONG DAN MENGUNDI CALUN-CALUN PAKATAN RAKYAT DARI PAS, DAP DAN PKR DALAM PRU KE-13 NANTI !!

Oleh : rahimothman

Bersedia, dan jangan terkejut terima kemenangan!

oleh Ahmad Lutfi Othman
Saya melihat Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November, di Seremban Jaya, sebagai   pelepasan pecutan awal di pusingan terakhir buat aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13. Ia bukan sekadar satu upacara penuh simbolik untuk menggerakkan seluruh potensi kekuatan bagi menamatkan era BN, tetapi komitmen padu membawa perubahan menyeluruh yang didambakan setiap warga selama ini.
Meskipun jadualnya bertukar, daripada acara kemuncak menghimpunkan sejuta orang di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam, kepada himpunan di peringkat zon -- dengan memilih Negeri Sembilan sebagai tapak bersejarah membuka laluan kepada momentum tsunami politik 2008 ke arah selatan -- ia tetap membawa makna besar ke arah pembebasan Putrajaya. Seremban  menjadi saksi bahawa penampan yang memagari negeri-negeri yang dikatakan kubu kuat Umno lebih empat tahun lalu, sudah mulai roboh.

RM10 bilion bajet tetapi entah ke mana...

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad
Tahukah anda bahawa negeri Terengganu di sepanjang di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Sri Ahmad Said, perbelanjaan kerajaan negeri telah mencecah hampir RM10 billion?

Bermula dari tahun 2008, negeri Terengganu telah mencatatkan bajet tertinggi di seluruh Semananjung Malaysia dengan berbelanja lebih RM2 bilion setiap tahun.

Perbelanjaan tahunan ini jauh mengatasi negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Ini merupakan 'perbelanjaan amat luar biasa’ dan menghairankan sepanjang pentadbiran Datuk Ahmad Said memimpin negeri ‘Darul Iman’ ini.

Ya, siapa boleh menjangkakan bahawa ‘negeri kaya rakyat miskin’ ini boleh berbelanja dengan jumlah yang amat besar dan menakjubkan.

Tuntutan bersih daftar pemilih serius, jangan sampai melukut di tepi gantang…

Oleh : Hafiz Zainuddin
DALAM keghairahan parti politik berkempen manakala ahli politik pula lebih banyak menghabiskan masa memenuhi jemputan kenduri kahwin dan doa selamat, mereka juga sudah mula  turun padang menjenguk kampung, parit dan longkang. Jalan berlopak sudah ditampung, fakir miskin diberi bantuan, anak sekolah dapat basikal. Mudah-mudahan tuah menyebelahi mereka harapnya.

Walaupun, rakyat sekadar mampu mendengar, melihat dan menilai sejauh mana keikhlasan dan keazaman parti atau bakal calon mereka sebelum memuntahkan pendirian di atas kertas undi. Debaran menanti pilihan raya bakal berakhir, mahu atau tidak, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menetapkan tarikh pilihan raya umum sebelum tamat sesi Parlimen ke-12 pada 24 April 2013. Dan kiranya beliau punya rasa malu dan maruah, punya keyakinan dan anak jantan, beliau perlu “Bersihkan senarai pemilih dalam daftar pemilih SPR” sebagaimana tuntutan masyarakat sivik dan NGO Bersih.
Orang kita cepat kelabu mata, kelabu asap
Rakyat Malaysia sering kelabu mata dengan angka, sebab itu ramai yang kena tipu masuk pelaburan haram. Bila dah rugi, potong leher pun duit takkan kembali. Perhatian yang sama juga harus kita berikan pada angka pengundi di Malaysia.
Menurut data SPR sendiri, jumlah pegundi baru yang berdaftar mencatatkan rekod terhebat sepanjang separuh abad ini. Sehingga 30 Jun 2012, sejumlah 2,920,828 rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi bermula dari tahun 2008.

Isu Nazri Aziz: Najib Perlu Bertindak Sebelum Mahathir Bersuara

Oleh Shahbudin Husin
Isu yang melibatkan Nazri Aziz, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, Parlimen dan SPRM dengan usahawan balak Michael Chia, terus memanaskan suhu politik negara dengan pelbagai pendedahan baru hari demi hari.

Isu ini bermulanya dengan jawapan Nazri di Parlimen berkaitan Michael yang pernah ditahan di Hong Kong kerana membawa wang tunai RM40 juta yang didakwa untuk diberikan kepada Musa Aman, Ketua Menteri Sabah. Jawapan Nazri di Parlimen yang menyebut Michael tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan kerana wang itu sebenarnya adalah untuk diberikan kepada UMNO Sabah, bukannya Musa Aman secara peribadi, akhirnya mengundang petaka yang tidak berkesudahan.

Jawapan Nazri itu, dan kemudian diikuti dengan kenyataan Najib pula bahawa tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana parti politik menerima sumbangan, walaupun dilihat cuba membersihkan Musa Aman dan Michael Chia namun kekotoronnya berpindah pula kepada Nazri kemudiannya.

Untuk Apa Muhyuddin Ke Kampung Saya?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Timbalan Presiden Umno Muhyuddin Mohd Yassin (aik sebut molek dah nama dia..) katanya akan turun ke Rantau Panjang Khamis ini 8 November. Tidak pasti apakah tujuan beliau mengadakan lawatan sehari ke Rantau Panjang.

Apakah misi pendidikan di kawasan sempadan itu? Atas sifatnya sebagai timbalan presiden Umno, pasti Muhyuddin akan menyelam sambil minum air, meninjau soal pendidikan dan juga perkembangan Umno di situ.
Ataupun lawatan itu meritnya lebih kepada Umno dan kedudukan sebagai menteri itu hanya diguna untuk kepentingan parti saja. Selalunya begitulah yang berlaku dalam tanah air ini, penjawat awam sering kali menggunakan fasilitis kerajaan untuk kepentingan siasahnya.

Buat masa ini tidak ada masalah pendidikan di Rantau Panjang yang agak berat, kecualilah ada kes-kes terpencil murid makan pil kuda atau bersanggama dalam semak kemunting. Sempena lawatan itu mungkin Muhyuddin akan melawat ke sekolah Cina yang ada di pekan Rantau Panjang dan mengumumkan peruntukan bagi menarik perhatian orang Cina Rantau Panjang. Inilah selalu Muhyuddin lakukan dalam siri-siri lawatannya di seluruh negara. Peruntukan untuk sekolah Cina perlu diberi kalau tidak undi akan hilang?

Adakah kekal beragama Islam adalah satu paksaan?

Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz
Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal tuhannya sebagaimana non muslim.
Kelahirannya sebagai seorang muslim itu juga adalah satu ganjaran besar Allah kepada kedua ibu bapanya yang istiqamah dengan iman dan Islam sepanjang hayat mereka.

Dengan itu, menjadi mudahlah bagi mereka untuk mendidik anak-anak kepada Islam. Anak-anak adalah amanah yang diperlu dijaga, tidak dikhianati dan akan ditanya Allah nanti. Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?
Bukankah Islam itu saudara akalnya yang turut membesar, matang dan baligh bersama tumbesaran fizikalnya?
Bukankah ibu bapanya yang muslim sentiasa di sisinya menjadi tiang yang gagah untuknya bergantung dan meminta pertolongan?

PAS adakan Muktamar pada 14-18 Nov

Kalau parti putus tanding di Sabah saya ok

MP Lembah Pantai Vs Menteri WP & Kesejahteraan Bandar (1a)

Panas : MP Lembah Pantai vs Menteri WP & Kesejahteraan Bandar (1)

Haji Hadi terlupa ka, Umno FAIL matematik?

"Kalau 99 peratus jelas, 1 peratus tak jelas, maka kita tidak boleh hukum orang,"

Hadi: Mesti 100 peratus jelas sebelum menghukum...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama agama seperti yang dilapor media.

Menurutnya, beliau tidak mendapat gambaran sebenarnya untuk mengulas berhubung kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai itu.
"Kita tidak mendapat gambaran sebenar. Saya tidak boleh buat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana tak lengkap," katanya.

THICK-SKINNED & BLACK HEARTS: The result of Umno's UGLY MALAY agenda

THICK-SKINNED & BLACK HEARTS: The result of Umno's UGLY MALAY agenda It’s difficult to use a yardstick when it comes to assessing the Malay community in Malaysia. But while there has so far been no exact science in going about analyzing the Malay race, what is however certain and sure is that they have become divided and fragmented in the arena of socio-politics at present.
While under the Mahathir regime’s administration, Malays seemed to have enjoyed a certain albeit false sense of camaraderie and unity, the same cannot even be said for the Malay race as of now.
Not only are they skewered three-ways politically, between UMNO, PAS and PKR, but in many other ways the Malay community in Malaysia have shown evidence of becoming increasingly disintegrated and the fact is there doesn’t seem to be any possibility whatsoever of them coming together ever again.
The fault seems to be better education and better dissemination of information; in short, evolution. Malays have become more sophisticated in their thoughts and the political competition offered by the likes of PAS and PAS versus the monopoly wielded by UMNO means the split is here to stay.
In fact, the divisions along both political and religious lines are set to become more acrimonious in the future. And the culprits behind this unhappy scenario is none other than the UMNO Malays who have earmarked for themselves an ambitious but unrealistic future much to the disappointment of not only non-UMNO Malays but the Chinese and Indians as well.
The dire consequences of UMNO’s future game plan

Pakatan to probe Batu Caves temple boss’ wealth

DAP says Nadarajah’s riches will be given to poor Indians if found to be ill gotten. 

SEREMBAN: Batu Caves temple chairman R Nadarajah will be among the first targets of investigation into public figures suspected of accumulating ill gotten wealth if Pakatan Rakyat takes over Putrajaya after the general election, according to DAP.
If Nadarajah’s guilt were proven, the wealth he had wrongfully acquired would be confiscated and returned to poor Indians, especially those who have disabled children, said Senawang state assemblyman P Gunasekaran, who sits in DAP’s Central Working Committee.
“Nadarajah has been the Batu Caves temple chairman for the past 37 years and we believe he has extraordinary assets in Malaysia and overseas, like in Tamil Nadu and Australia,” he said.
The Pakatan programme to investigate the assets of public figures holding extraordinary wealth was announced last weekend in Seremban Jaya, during the Pakatan rally billed as Himpunan Kebangkitan Rakyat.

After 55 years, this is how BN has 'TRANSFORMED' Malaysia...


I WOKE this morning and found a very interesting email, asking all the right questions.
After 55 years, this is how BN has 'TRANSFORMED' Malaysia...
I do not know how long the content of the email has been in circulation but it sure depicts the frustrations of Malaysians in general with their super corrupt Umno-led Barisan Nasional (BN) government.
If anything, the email indicates Malaysians are not so gullible anymore to the mere rhetoric of BN leaders and are asking all the right questions that affect their daily lives and the country they love.
It also shows there is still hope to save Malaysia from a greedy regime which is bent on bankrupting the country to enrich their cronies and the elite.
CORRUPTION
The images below explain why our federal debt is believed to be at RM800 billion or more now, not the official RM502.4 billion as claimed in Budget 2013.
The RM502.4 billion is a mere 1.3% short of the 55% legislated federal debt ceiling.

Arrogance and denials

MP PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pelancongan

MP DAP Batu Gajah Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pelancongan

MP PAS Baling Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pelancongan

MP DAP Rasah Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pelancongan

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Pelancongan

MP DAP Segambut Bahas Kem Wilayah Persekutuan 2013

MP PKR Lembah Pantai Bahas Peruntukan 2013 Kem W.Persekutuan

Penang : Bajet Tahun 2013 Agenda Ekonomi Saksama(AES)

Klang Bandar Diraja - Kenali Selangor

Anwar Ibrahim Dakwa UMNO Guna Agama Untuk Tujuan Politik

Pua cries abuse for being pulled into ROS dragnet

Nurul Izzah wants Jais to haul up Utusan, too

PKR tolak hasrat Zaid bertanding bawah PR

Mahkamah Shah Alam gempar panggilan bom

Kuantan mothers want PM to terminate Lynas TOL

Pengundi Muda - Salam Selangor

Tanding di Pekan: Saya bukan diktator, kata Hadi


Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan sama ada beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan terletak sepenuhnya pada keputusan parti kelak.
Sehubungan itu kata Hadi, nasibnya terserah kepada pimpinan tertinggi parti itu dan apabila mengatakan bersedia tanding di Pekan minggu lalu, beliau hanya menyampaikan mesej bahawa beliau bukan seorang "diktator."
"Kenyataan itu adalah mesej kepada ahli-ahli parti. Saya bukan diktator.
"Kalau parti kata tak bertanding, tak bertandinglah. Kalau parti kata bertanding di Pekan, bertandinglah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat yang membincangkan muktamar tahunan dan persiapan menjelang pilihan raya umum.
Hadi sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengejut apabila berkata beliau sedia bertanding di kubu kuat Umno-BN itu jika diarah berbuat demikian.

Hadi: Mesti 100 peratus jelas sebelum menghukum...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan isu kebebasan beragama agama seperti yang dilapor media.

Menurutnya, beliau tidak mendapat gambaran sebenarnya untuk mengulas berhubung kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai itu.

"Kita tidak mendapat gambaran sebenar. Saya tidak boleh buat kenyataan. Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media kerana tak lengkap," katanya.

Kemudian, wartawan cuba menjelaskan isi kenyataan Nurul Izzah itu, Abdul Hadi berkata: "Tidak boleh... Kita mesti baca sepenuhnya".

Hadi: Bertanding di Pekan mesej 'saya bukan diktator'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kenyataan beliau untuk bertanding di parlimen Pekan jika diarahkan oleh parti sebagai "mesej kepada seluruh ahli yang menyokong parti" bahawa beliau bukan diktator dalam parti.

"Kenyataan itu adalah mesej kepada seluruh ahli-ahli parti yang menyokong parti supaya yang pertama, saya bukan diktator dalam parti.

"Kita tidak boleh membuat keputusan sendiri, kita terima calon, kita bincang bersama dan patuh kepada keputusan parti.

"Kalau parti kata tidak bertanding, tak bertandinglah. Kalau bertanding, maka bertandinglah.

"Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, (maka) Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan AJK PAS Pusat.

Abdul Hadi berkata demikian bagi mengulas lanjut berhubung kesediaannya bertanding di Pekan seperti yang dilapor media.

Konsep ulama dan kepimpinannya

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil,
“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?

Keluasan Takrif

Mungkin pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

Tiada Gelaran Kafir Harbi Dalam Masyarakat Malaysia



KUALA LUMPUR, 6 NOV : Gelaran ‘kafir harbi’ yang digunakan setengah pihak terhadap masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh dianggap sebagai fatwa.
Sebaliknya pandangan hukum Islam itu hanya bersifat peribadi menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk SeriJamil Khir Baharom.
Jamil menegaskan, sebarang pandangan hukum di negara ini hanya sah diiktiraf selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
“Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai kafir harbi atau kafir zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Putar Belit Fakta, Nurul Izzah Ambil Tindakan Undang-Undang


SHAH ALAM, 6 NOV : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog media berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berunsur fitnah.
Izzah dalam satu kenyataan media menegaskan, beliau  mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk melaksanakan tindakan tersebut.
“Saya telah mengarakan peguam saya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Kenyataan Nazri Aziz Bercanggah Dengan SPRM..


KUALA LUMPUR 6 November: Datuk Seri Nazri Aziz dicabar dedahkan hasil siasatan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berhubung kes penyeludupan RM40 juta oleh usahawan balak dari Sabah, Michael Chia.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia ekoran Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilihat bermati-matian mempertahan isu tersebut dalam jawapan bertulis di Parlimen, 11 Oktober lalu.
Nazri juga menyatakan ICAC tidak mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan itu berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan tiada elemen rasuah dalam kes tersebut.

“Nazri harus dedahkan keputusan ICAC dan SPRM tersebut, bukan hanya membaca dan memberi jawapan begitu di Parlimen,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Tapah not a sure bet for BN

Former Umno state rep Mohd Ariff Sabri says that BN will win only seven parliamentary seats in Perak.

PETALING JAYA: A former Barisan Nasional state assemblyman and popular blogger Mohd Ariff Sabri today claimed that the Tapah parliamentary constituency was not a sure bet for BN and that the constituency could fall to Pakatan Rakyat if the opposition pact wins over 20% Indian support in the tussle for the seat.
Ariff, the former state representative of Pulau Manis, in Pekan, Pahang said the Tapah parliamentary seat considered to be safe by the BN could fall if only 20% of Indian voters there reject the ruling coalition and opt for Pakatan.
In his latest posting titled “GE 13: Targeting Perak”, Ariff , who runs the “Sakmongkol AK47″ blog, also said that BN will win only seven parliamentary seats in the state.
Perak has in total 24 parliamentary seats. At the 2008 general election, BN had won 13 seats.
However, Ariff felt that out of the 13 parliamentary seats, the ruling coalition stood a good chance of winning only seven seats.

Muktamar Pas di Kelantan minggu depan, bincang soal PRU


Mustafa Ali KUALA LUMPUR - Pas akan mengadakan Muktamar Tahunan Pas ke-58 mulai 16 hingga 18 November ini manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.

Muktamar ini yang bertemakan Negara Berkebajikan Teras Perpaduan akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.
"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," kata beliau dipetik Harakahdaily.
Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata, ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, dalam ucapan dasar tersebut, Hadi akan mengupas pelbagai isu di dalamnya, khusus berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya.

Pada malam 16 November itu juga, akan berlangsung Himpunan Kebangkitan Rakyat  peringkat Kelantan, katanya.

Pluralisma Agama Hanya Alih Isu Penyelewengan BN

KUALA LUMPUR, 6 NOV : Umno-BN dilihat terdesak apabila kembali memainkan sentimen keagamaan sebagai modal politik serta  menimbukan budaya tidak sihat, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, isu pluralisma hanya dimainkan untuk mengalihkan pandangan umum terhadap isu kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang didiamkan supaya tidak diketahui umum.
Katanya, perkara ini hanya didiamkan oleh ulama Umno-BN dan kejadian memutarbelitkan fakta perlu dipandang serius.
“Saya dah jelaskan banyak tempat, Rasulullah itu diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam, itu cirinya plural.

Ada Berani : Anwar cabar Najib tanding di Marang

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Najib.
Ditanya sama ada Abdul Hadi pasti bertanding di Pekan, Anwar yang ditemui di lobi Parlimen, berkata: "Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti."
Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata beliau akan bertanding di mana-mana kawasan yang diminta parti termasuk untuk kerusi Parlimen Pekan.
Najib semalam berkata beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan. - Bernama

Kelantan sokong program 'menjohorkan' PAS di Johor


KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan rancangan PAS Johor untuk 'menjohorkan' PAS di negeri itu.

Bagi mereka, ianya bersesuaian dengan ‘mood’  pelbagai lapisan masyarakat terhadap perjuangan parti itu yang dilihat semakin hebat.

Ketua Dewan Pemudanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (gambar), ketika ditemui selepas mesyuarat Dewan Harian dewan berkenaan memberitahu, rakyat akan lebih mudah memahami dasar dan matlamat perjuangan PAS menerusi cara itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berhubung program baru parti itu yang mahu menjohorkan PAS di negeri itu.

PAS di Kelantan juga mengambil pendekatan yang sama iaitu mendekati rakyat negeri itu melalui program sosiobudaya mereka untuk memenangi hati mereka.

Bersih not looking for an Arab Spring, Ambiga tells CNN’s Amanpour

Ambiga stressed that Malaysians don’t take to the street so easily unless it is for a very good reason. — File pic
KUALA LUMPUR, Nov 6 — The Bersih 2.0 movement does not want to cause an Arab Spring in Malaysia, Datuk Ambiga Sreenavasan told CNN in a rare interview on international television aired here this morning. She stressed that the election watchdog group she heads only wants a clean polls process to ensure a democratically-elected government.
Ambiga told CNN’s Christiane Amanpour during the New York interview that Bersih 2.0 is not opposed to the possibility of the present government returning to power after the next polls, provided that its leaders are elected fairly.
“Well, let me tell you where we’re coming from. We don’t want an Arab Spring,” the activist said to the renowned CNN chief international correspondent.

Wanita Umno desak Anwar perjelas isu Melayu bebas beragama



Shahrizat Abdul Jalil DENGKIL - Wanita Umno hari ini mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjelaskan dakwaan bahawa pakatan pembangkang akan memberi kebebasan beragama kepada semua termasuk orang Melayu jika menang pilihan raya umum ke-13.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata maklumat itu juga mendakwa agama bayi tidak akan ditulis pada sijil kelahiran, sebaliknya mereka boleh memilih agama masing-masing apabila berumur 18 tahun.
"Jadi saya nak tanya Anwar selaku Ketua Pembangkang, adakah ini benar," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil, di sini.

Tiada fatwa istilah ‘Kafir Harbi’, kata Jamil Khir

Jamil Khir menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa berhubung istilah "Kafir Harbi".
KUALA LUMPUR, 6 Nov — Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.
“Sehingga kini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai Kafir Harbi atau Kafir Zimmi yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri atau MKI,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

NAJIB VS HADI DI PEKAN : NAJIB GUSAR?


Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata beliau tidak fikir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane semalam.

Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.

Bantahan projek Empangan Murum perlu diteruskan

Antara sebab yang diketengahkan untuk membantah pembinaan Empangan Murum ialah ia melanggar Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak Orang Asal. 

PETALING JAYA: Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Dr Kua Kia Soong hari ini menyenaraikan sebab-sebab mengapa bantahan terhadap pembinaan Empangan Murum yang telah siap 80% perlu diteruskan.
Suaram merupakan antara 50 NGO yang menyokong perjuangan 1,600 anggota masyarakat Penan dari lapan buah kampung dan  sekumpulan masyarakat Kenyah terhadap Empangan tersebut.
Menurut Kua, pembinaan empangan tersebut melanggar Perisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan Hak Orang Asal.
“Menurut perisytiharan tersebut, persetujuan untuk membina empangan dan memindahkan masyarakat asal perlu diperoleh oleh kerajaan sebelum projek dimulakan. Persetujuan masyarakat perlu diberikan dengan rela hati berdasarkan maklumat yang diberikan.
“Di dalam kes Bakun pun, laporan penempatan masih tidak diperoleh. Misi pencarian fakta oleh NGO di Kampung Asap mendapati proses penempatan semula dalam kes empangan Bakun telah dijalankan dalam keadaan yang teruk sekali.

Kementerian Pelajaran Perlu Jelaskan Perbelanjaan Tak Konsisten

KUALA LUMPUR, 6 NOV : Jawatankuasa Kerja Pendidikan Pakatan Rakyat (PET) menggesa Kementerian Pelajaran menjelaskan percanggahan perbelanjaan di antara Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) dan perbelanjaan pembangunan 2006 – 2010 Kementerian Pelajaran.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata percanggahan tersebut perlu dijelaskan kerana ia akan menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan NEB.
Dalam satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini, Nurul Izzah menjelaskan, jangkaan perbelanjaan pembangunan dari 2006 hingga 2010 pada awalnya adalah RM 17.9 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM 8.6 bilion.
“Lebih malang lagi, angka ini tidak konsisten dengan RM 19.771 bilion yang diberikan sebagai perbelanjaan pembangunan dan perkara ini wajib dijelaskan kementerian bertanggungjawab,” tegas beliau.