Isnin, 5 November 2012

Saham FGVH Jatuh Paras Terrendah - Peneroka Mula Rugi

Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) hari ini menyaksikan kejatuhan di paras paling rendah sejak ia dilancarkan. Harga saham FGVH ditutup pada RM4.65 petang ini.

Saham FGVH telah dilancarkan pada 5 Julai tahun ini pada harga RM4.55 sebelum ia kemudiannya meningkat di paras tertinggi RM5.55.

Selepas daripada itu, harga itu terus jatuh dan jatuh ke paras terendah pada RM4.69 pada 10 September lalu.

Kemudian harga menjadi tidak stabil selepas itu, sehinggalah rekod paras paling minima itu telah dipecahkan petang ini untuk berada di kedudukan RM4.65.

,Sementara itu, sebelum ini, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob telah berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Nampaknya apa yang dibimbangi oleh ANAK kini telah menjadi kenyataan.

Aziz Bari explains ‘No compulsion’ verse

He says it does not mean that Muslims can renounce their religion.

PETALING JAYA: The Quranic verse that prohibits compulsion in religion applies only to people who have not yet accepted Islam, according to former International Islamic University (UIA) professor Abdul Aziz Bari.
Commenting on a remark made two days ago by Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, he said the true meaning of Verse 256 of Surah al-Baqarah was that Muslims were prohibited from coercing others to embrace Islam.
Nurul Izzah made the remark in reply to a question from an audience at forum on the Islamic state on Saturday.
“How can anyone say (freedom of religion) only applies to non-Muslims?” she was reported as saying.  “It has to be applied equally.”
She added, however, that she was tied to “prevailing views” on the issue.
Aziz, an expert on constitutional law, said the verse in question did not mean that a Muslim could renounce his faith. “If this is the case, then what is the point of the ruling that says renouncing Islam is a big sin?” he said.
He said one needed to set a context in which to discuss freedom of religion because of the vastness of the topic.

Hina Sultan: Polis tahan semula Ahmad selepas dibebaskan

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pihak polis hari ini menahan semula Ahmad Abd Jalil selepas seorang majistret Johor membebaskan beliau dari reman tiga hari, dengan memberitahu keluarga bahawa mereka bertindak atas perintah dari “orang atas” (pegawai atasan), dakwa seorang ahli keluarga.
Ahmad, yang telah ditahan Jumaat lalu untuk siasatan hasutan kerana penghinaan beliau di Facebook terhadap Sultan Johor, terus ditahan semula oleh polis lagi selepas beliau dibuka gari di mahkamah petang ini, walaupun terdapat bantahan daripada peguam dan keluarga.
“Ahmad dibebaskan secara sah oleh majistret. Akan tetapi polis mahu membawa beliau semula ke IPK. Kami berkeras mahu Ahmad pulang bersama kami. Polis masih…?” kata bapa Ahmad, Abd Jalil Abd Rahman, dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
IPK merujuk kepada “ibu pejabat polis kontigen”, dimana lelaki berusia 27 tahun di ditahan selama beberapa hari.
Dalam kiriman mesejnya pada 5.25pm, Abd Jalil berkata, “Majestret dah LEPAS Ahmad tapi inspector Nazri dan 2 anggota tak pakai uniform dah bawa balik Ahmad ke IPK. Sekarang dia ‘under arrest’ dgn charge lain pula (Multimedia Act).”

Bank Negara: Banyak pelabur emas tidak dapat pulangan

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Hampir 10 ribu pelabur yang melabur di dalam empat syarikat emas di Malaysia tidak mendapat pulangan bagi tempoh lima bulan selepas membuat pembayaran, dakwa Bank Negara Malaysia (BNM) dan beberapa agensi lain yang terlibat menyiasat skim tersebut.
Setakat siasatan ketika ini yang dijalankan oleh BNM, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat tersebut juga tidak menyimpan rekod transaksi secara baik.
Ramai rakyat Malaysia terlibat dalam pelaburan tidak berlesen sedemikian termasuk perdagangan emas bagi mencari pulangan tinggi bagi mengelak faedah rendah yang diberikan bank untuk mendapatkan pendapatan.
Namun, serbuan baru-baru ini menonjolkan beberapa perkara yang bersembunyi di sebalik perniagaan tersebut.
Pada 5 Oktober, pihak berkuasa telah melancarkan serbuan ke atas Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti menerima deposit haram, pengubahan wang haram, pengelakan cukai dan memberikan maklumat palsu.
Tiga hari kemudiaan, satu lagi syarikat iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd turut diserbu.
Putrajaya mempercayai pelabur mungkin telah menyuntik sebanyak RM1 bilion dalam skim pelaburan emas dibawah Genneva Malaysia.
Agensi kerajaan pada hari ini mendedahkan jumlah keseluruhan emas yang dirampas semasa serbuan itu dianggarkan 142.7 kilogram berserta RM101.92 juta wang tunai dan daripada akaun bank.
Turut ditemui adalah syarikat tersebut gagal menghantar akaun untuk diaudit, manakala yang lainnya mempunyai versi rekod kewangan berbeza bagi tujuan berbeza.
“Agensi penguatkuasaan menyedari akan kesukaran dialami oleh para pelabur terbabit dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesan penyimpanan mana-mana wang dan aset syarikat tersebut.
“Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan aliran wang dan aset lain. Firma perakaunan antarabangsa juga telah dilantik secara sepenuh masa untuk membantu siasatan. Skop penyiasatan adalah bersifat antarabangsa.”
Agensi siasatan tersebut juga menambah siasatan mereka juga menjurus di peringkat antarabangsa.
“Dalam hubungan ini, agensi penguatkuasaan bekerjasama secara aktif dengan rakan sejawat di luar negara untuk mendapatkan bukti di beberapa negara lain bagi membantu penyiasatan.”
Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura turut melakukan operasi ke atas Genneva Pte Ltd di Singapura.
Dilaporkan skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi hingga kepada 24 peratus setahun.
Syarikat-syarikat lain turut dilaporkan menawarkan skim yang hampir serupa dengan Genneva.
Dalam laporan The Malaysian Insider baru-baru ini menyentuh tentang akibat yang bakal menimpa Putrajaya terutama daripada segi politik, namun terdapat juga kebimbangan jaminan kerugian atau langkah serupa mungkin memaksa berbilion ringgit terpaksa dikeluarkan dan mungkin akan lebih parah.

MTUC desak kerajaan tegas laksana gaji minimum


Khalid Atan KUALA LUMPUR — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa kerajaan supaya bertegas dengan pelaksanaan skim gaji minimum bulanan RM900 bermula 1 Jan tahun depan. 
  
Presidennya, Khalid Atan memberitahu Bernama majikan telah diberikan masa yang cukup dan kini mereka sepatutnya sedia untuk melaksanakan tindakan itu. 
  
Khalid mengulas permintaan Presiden Persatuan Industri Kecil Sederhana (SMI) Malaysia, Teh Kim Sim supaya kerajaan mengkaji semula rancangan itu dan tidak tergesa-gesa melaksanakannya.
  
Khalid berkata majikan tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menangguhkan rancangan itu oleh kerana pekerja telah menunggu hampir 12 tahun. 
  
“Malahan MTUC mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM1200 berdasarkan kos hidup yang semakin meningkat khususnya di kawasan bandar," ujar beliau.

Kaum Ibu Hadir Ke Parlimen Bantah Lynas

KUALA LUMPUR, 5 NOV : Sekumpulan ibu-ibu prihatin dari Kuantan berjanji meneruskan penentangan terhadap projek kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation kerana bimbang ancaman terhadap masa depan anak-anak mereka.
Kumpulan yang diketuai Rahiza Zulkifli itu hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, mereka amat perihatin dengan keputusan kerajaan meluluskan lesen sementara kepada Lynas bagi memulakan operasi memproses nadir bumi dari Mount Weld, Australia.
Memorandum tersebut diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bagi pihak Najib yang sedang berada di luar negara.
“Sebagai ibu, kami sentiasa mahukan yang terbaik bagi keluarga kami. Untuk anak-anak dan juga untuk negara Malaysia tercinta.
“Kami juga mahukan pembangunan lestari yang tidak mengancam alam sekitar dan juga kehidupan seharian,” kata Rahiza.

Najib tidak fikir Hadi tanding di Pekan...takut nampaknya...!!!


Najib Tun Razak
Najib  termenung memikirkan cabaran Ust Hadi...!!!
 
VIENTIANE - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak fikir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.
  
"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di sini hari ini.
  
Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.
  
"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.
  
Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak 1976. Hadi pula ialah Anggota Parlimen Marang. - Bernama

Ahli Parlimen BN akui RM40 juta kini dalam akaun Umno Sabah

KUALA LUMPUR 5 November: Wang seludup RM40 juta yang diserahkan oleh ahli perniagaan, Michael Chia kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kini berada dalam akaun Umno Sabah.
Maklumat itu dinyatakan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Barisan Nasional kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada satu program di Sabah dua hari lalu.
“Saya dimaklumkan oleh Rahman Dahlan. Persoalan besar ialah, kenapa sekarang? Semenjak 2008, wang itu baru timbul dalam akaun Umno Sabah?” katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
“Mengikut skop besar SPRM, fail ini patut dibuka semula. Ia tak sukar. Kalau perkara (siasatan) boleh dibuat terhadap rakyat biasa, tanpa kuasa dan sumber, lebih-lebih lagi (membabitkan pimpinan) kerajaan.

Rafizi Terus Bongkar Skandal RM40 Juta Umno Sabah


PUTRAJAYA 5 OKT: Walau berdepan dengan kemungkinan disaman,Pengarah Stretegi PKR, Rafizi Ramli bersedia untuk terus membongkar skandal RM40 juta yang didakwa Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia.
Rafizi berkata, beliau akan terus mencari bukti bagi mengaitkan penglibatan ketiga-tiga individu ini walaupun laporan mengenainya sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
“Saya sedar bahawa SPRM akan menuntut saya supaya berhenti membuat sebarang kenyataan sementara siasatan sedang dilakukan namun jika saya menemui beberapa bukti baru saya akan terus mendedahkannya.
“Saya bersedia berdepan sebarang kemungkinan walaupun laporan sudah dibuat kepada SPRM saya fikir jika kedua-dua pihak bekerjasama adalah lebih baik,” katanya.

RM40 Juta : Rafizi desak Nazri bercuti, SPRM memulakan siasatan

PUTRAJAYA, 5 Nov — Datuk Seri Nazri Aziz didesak mengambil cuti sebagai menteri Kabinet hari ini apabila pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas tuduhan menteri tersebut dikatakan mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta ke atas Umno Sabah.
Menteri de facto undang-undang minggu lalu mengakui beliau mengenali peniaga balak Michael Chia secara peribadi, tetapi menafikan mempunyai kepentingan ke atas dakwaan beliau membersihkan perasuah.
Menteri itu menerangkan bahawa beliau perlu menjawab soalan terhadap Chia, dan tuduhan terkini terhadap kes rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman kerana tugasnya selalu menteri de facto undang-undang.
Tetapi Rafizi menyatakan kedudukan Nazri selaku menteri de facto undang-undang tersebut itu berselisih kepentingan dengan siasatan SPRM.
Rafizi (foto fail) memberitahu wartawan sebelum membuat laporan ke SPRM ke atas Nazri yang dituduh mempunyai perselisihan kepentingan melibatkan “dana politik” RM40 juta diterima oleh Umno Sabah, dan melibatkan Nazri dengan Chia melalui anaknya Nedim.
“Berbeza dengan Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) dahulu, Datuk Seri Nazri adalah bertanggung jawab kepada SPRM.
“Apabila SPRM membuka fail ke atas Datuk Seri Nazri, dia akan disiasat oleh badan yang akan melaporkan pada dirinya sendiri.

PAS MP: Muslims are by choice, not by being Malays

RM40 Juta : Rafizi sedia disaman Menteri

RM40 Juta : Rafizi Mohon SPRM Buka Siasatan

Dato Husam Musa | Royalti Minyak Pahang dan Kelantan

DSAI - Tanya Sama Najib Vs Jamm Versi Rock

Anwar Ibrahim: Lagu "Goyang" Untuk Najib Daripada Warga Rumah Panjang

Kerajaan UMNO@BN tidak tumpu usaha mencegah zina

KUALA LUMPUR: Kurangnya aspek pencegahan mengakibatkan bilangan anak luar nikah semakin bertambah setiap tahun, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kerajaan hanya memberi tumpuan kepada aspek penyelesaian dan mengabaikan aspek pencegahan seperti pembasmian premis-premis hiburan yang memberi ruang kepada golongan yang belum berkahwin melakukan penzinaan.

"Apa yang berlaku hari ini antaranya adalah manifestasi daripada wujudnya premis-premis yang menyebabkan peluang untuk mereka melaksanakan kerja-kerja yang tak baik ini berleluasa termasuk kelab malam, pusat hiburan dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Kerajaan UMNO@BN peroleh RM9.3 bilion dari cukai judi


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh hasil dalam bentuk cukai sebanyak RM9,317,068,054.74 daripada syarikat-syarikat perjudian berlesen.

Anggaran hasil itu dicatatkan untuk tempoh empat tahun bermula tahun 2008 sebanyak RM2,202,054,597.67, 2009 (RM2,292,892,729.5), 2010 (RM2,335,160,184.27) dan tahun 2011 (RM2,486,975,543.29).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan dalam pertanyaan lisan daripada Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.

Daripada hasil itu, sebanyak 1818 lesen perjudian telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada sembilan syarikat termasuklah, Genting Malaysia Berhad, Sport Toto Sdn Bhd, Magnum Corporation Sdn Bhd, Sarawak Turf and Equestrian Club dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd.

Katagori perjudian yang dibenarkan adaalah kasino, pertaruhan nombor ramalan, pertaruhan lumba kuda, loteri awam dan permainan mesin slot.

Dalam soalan asal, Nasir meminta Menteri Kewangan menyatakan nama dan jumlah syarikat perjudian yang mendapat lesen dan katagori perjudian yang dibenarkan serta anggaran hasil yang diperoleh kerajaan dalam bentuk cukai.

Rafizi cabar Nazri saman jika dakwaan palsu


Mohd Rafizi Ramli PUTRAJAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Datuk Seri Nazri Aziz agar menyaman beliau jika dakwaan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menggunakan kenderaan mewah milik Micheal Chia adalah palsu.

Rafizi juga mendakwa anak menteri itu, Nedim Nazri Aziz adalah rakan kepada jutawan balak Sabah, yang menggunakan Hummer dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

"Keterlibatan anak Datuk Seri Nazri Aziz yang mendapat manfaat dalam bentuk kenderaan mewah pada masa yang sama beliau bertanggungjawab terhadap siasatan tuduhan kes rasuah Micheal Chia dan Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai unsur-unsur rasuah yang perlu disiasat oleh SPRM," katanya kepada pemberita di pekarangan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini petang ini.

Rafizi Bakal Ke Hong Kong! Nazri Aziz Diminta Bercuti?





Berikutan pendedahan KEADILAN mengenai hubungan rahsia antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz dengan jutawan balak Sabah, Michael Chia, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebentar tadi membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak kertas siasatan dibuka terhadap Chia dan ketua menteri Sabah, Musa Aman.

Rafizi sendiri akan terbang ke Hong Kong minggu depan bagi meminta kertas siasatan yang didakwa sudah ditutup oleh badan anti rasuah negara itu, Independent Commision Against Corruption (ICAC) seperti yang didakwa Nazri.

Nazri kini didesak bercuti dari kabinet oleh Rafizi, selepas melaporkan dakwaan bahawa menteri itu mempunyai kepentingan melibatkan siasatan derma politik kepada Umno Sabah sebanyak RM40 juta.

Rundingan tak berselisih, muafakat tak bercanggah: Adat berlalu dalam terang

Sebegitu kuat tekanan yang dihadapi rakyat yang dilakukan oleh pihak BN yang berkuasa, orang ramai tetap menzahirkan keinginan untuk bertukar dan mewarnai politik dan siasah negara khususnya bagi rakyat Negeri Sembilan. Berbagai-bagai halangan dihadapi oleh rakyat dalam usaha mereka untuk melihat perubahan yang amat diperlukan oleh mereka. Rakyat mahukan suasana politik yang berbeza dan mereka mahu melenyapkan politik yang mereka anggap sudah ketinggalan zaman dan memeritkan perasaan dan kehidupan seharian mereka.
Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 3hb yang lalu amat berjaya kerana dalam cuaca yang sangat sejuk kerana hujan yang tidak berhenti-henti sepanjang hari lebih daripada 30,000 rakyat telah hadir. Elemen yang amat memberi rangsangan ialah kehadiran rakyat berbilang kaum yang berduyun-duyun datang membawa payung dan baju hujan untuk memberikan sokongan kepada himpunan yang sangat penting bagi pihak ‘alternative’ kepada BN itu.

Menteri wanita dibidas gagal hadir jawab soalan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat kecewa terhadap kegagalan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjawab isu-isu yang dibangkitkan mereka dalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Timbalan Menteri, Senator Heng Seai Kie mengabaikan soalan-soalan berkaitan wanita walaupun sudah dibangkitkan minggu lalu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS juga berkata, segala kepincangan bermula apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri.

"Kita tak puas hati sebab menteri wanita tidak datang menjawab banyak isu yang kami bangkitkan tidak dijawab. Contohnya peruntukan pembangunan bagi tahun 2012 menurun sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lepas.

Isu RM40j: PKR buat laporan SPRM terhadap Musa, Nazri

Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu wang RM40 juta yang didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Rafizi berkata, laporan SPRM dibuat terhadap Musa dan Nazri kerana didakwa disebabkan hubungkait yang ada antara mereka tentang isu wang RM40 juta yang dibawa oleh ahli perniagaan, Michael Chia.

"Jadi satu laporan SPRM dibuat dan saya minta SPRM buka satu fail untuk siasat kes RM40 juta terhadap Musa Aman dan Michael Chia, dan juga Nazri dan anaknya.

"Nazri tak menafikan dan mengatakan anaknya tak ada kaitan dengan dia.

"Berdasarkan Akta SPRM, ada asas untuk mereka mulakan siasatan," katanya dalam sidang media sebelum masuk ke bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Kebangkitan Rakyat telah bermula!

Hujan lebat telah turun sejak jam 2 petang tadi, tidak menghalang kehadiran orang ramai ke Seremban Jaya bagi menghadiri Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, sejak tengah hari tadi.
Program yang bermula kira-kira jam 4 petang tadi sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 buah motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini.
Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang.
Hujan renyai-renyai turun pada petang tadi ketika berlangsung ucapan pembukaan daripada ketiga-tiga ketua pemimpin PAS, PKR dan DAP Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tiada rampasan tanah rakyat S’wak bila Pakatan ke Putrajaya

KUALA LUMPUR 5 November: Tiada sesiapa yang dapat rampas tanah rakyat Sarawak seperti yang dilakukan pemimpin Umno BN jika Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN memberi jaminan itu di depan 5,000 rakyat ketika berucap pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Kabong, Saratok, Sarawak Jumaat lalu.
“Saya tidak mahu rakyat di negeri kaya ini derita dan sengsara. Saya yakin InsyaAllah, kita ada keupayaan untuk berubah. Masyarakat Melayu, Cina, Iban, Kadazan, tidak akan berada di bawah kerana negeri ini boleh beri keupayaan.
“Melihat kepada perkembangan di Sabah dan Sarawak, Datuk (Seri) Najib (Razak) sudah goyang. Tapi kalau rakyat Sarawak berani pilih kita, kita akan tunaikan janji, pemimpin tidak boleh ambil tanah.

Soi Lek putar belit, tetap perlu mohon maaf


KUALA LUMPUR: Dewan pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa 'penjelasan' Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghinaannya terhadap hudud sebagai putar belit untuk melepaskan diri selepas tersepit.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, alasan Soi Lek bahawa beliau tidak menghina Islam dan hanya mempersoal hudud PAS adalah tidak masuk akal.

Ini kerana ketika menghina hudud dengan mendakwa 'dengan melaksanakan hudud, Malaysia akan hilang pelaburan dari luar kerana pelabur-pelabur takut dengan perlaksanaan undang-undang yang kejam di Malaysia', langsung tidak menyebut hudud PAS.

Selain itu Soi Lek juga pernah berkata 'apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot' seperti dilapor media.

Beliau juga mendakwa bahawa lapan daripada sebelas negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara yang paling korup dan tidak selamat.

Maria Chin : Mengapa soal saya mengenai Suaram?

Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah percaya ia merupakan satu pola gangguan baru oleh pihak berkuasa.
PETALING JAYA: Pengarah Eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah hairan dengan tindakan polis yang mahu menyoal beliau berikutan satu laporan terhadap NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
“Saya tidak faham…..apa kaitan saya dengan Suaram kerana saya bukan ahli mahupun pengasas Suaram. Ia sangat mengelirukan,” kata beliau yang juga merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Bersih 2.0.
Maria berkata demikian sebagai reaksi kepada surat yang diterima beliau hari ini yang ditandatangani oleh Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS), ASP Arsad Kamaruddin.

LESSON FOR UMNO: China launches probe into PM Wen Jiabao's 'FAMILY WEALTH'

LESSON FOR UMNO: China launches probe into PM Wen Jiabao's 'FAMILY WEALTH'
HONG KONG - China's ruling Communist Party has launched an inquiry into the alleged wealth of Premier Wen Jiabao's family at his own request, a report said Monday.
Citing sources, Hong Kong's South China Morning Post (SCMP) said Wen had written to the Politburo Standing Committee, the country's highest policy-making body of which he is a member, formally asking for the probe.
It comes after the New York Times reported that Wen's family had accumulated at least $2.7 billion in assets in various sectors, according to an analysis of company and regulatory filings from 1992-2012.
The report on Wen's letter and the inquiry is unusual. The communist party usually ensures that its internal affairs are covered by a strict veil of secrecy.

Rakyat Terpaksa Berdepan Dua Saman Polis, JPJ

KUALA LUMPUR, 5 NOV : Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar melahirkan kekecewaan ekoran rakyat terpaksa berhadapan dua bentuk saman.
Pertama saman yang dikeluarkan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kedua saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Reaksi ini sebagai mengulas jawapan Sesi Soal Jawab Dewan Rakyat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.
“Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.
“Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaima ia beroperasi, bukan terus saman,” katanya

Muktamar PAS 14 hingga 18 Nov ini di Kelantan


KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 pada 14 November hingga 18 Nov ini.


Muktamar ini yang bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata muktamar kali ini merupakan muktamar terpenting memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Memandangkan muktamar ini yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, maka ia merupakan muktamar terpenting yang akan menggerakkan seluruh parti bagi menghadapi pilihan raya umum," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Menyentuh agenda-agenda penting yang akan dibincangkan pada muktamar kali ini, Mustafa berkata ia akan memfokuskan kepada perbahasan ucapan dasar yang disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Zul Noordin minta lebih daripada RM60,000 untuk kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR 5 November: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran lebih tinggi berbanding RM60,000 bagi mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Perkara itu dinyatakan beliau ketika menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu ditanya berhubung pendedahan beliau dalam kes samannya terhadap Zulkifli 25 Oktober lalu bahawa Zulkifli ada meminta bayaran RM60,000 bagi tujuan itu.

Today in History for November 5th

Thailand says Muslim fighters seeking peace

Ajaran Sesat - Jais jangan melulu, ujar Harun Taib

Pakatan janji perubahan jika perintah Putrajaya

Himpunan Rakyat : Pakatan masih ragui daftar pemilih

AES: PAS Perak tawar khidmat guaman percuma

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PKR Sg Petani Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PKR PJ Selatan Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PAS Kota Raja Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP DAP Rasah Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PKR Kuantan Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PKR Machang Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Sumber Asli

MP PKR Machang: Status Bank Islam Mega?

Aisyah : Jangan takut tinggalkan UMNO

PRU13: N9 akan jadi negeri PR

" BN bersedia ubah tsunami 2008 ".........kepada kiamat buat UMNO@BN selamanya...!!!


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa negeri pada pilihan raya umum 2008 telah memberi banyak perubahan kepada imej baru gabungan tersebut. Kini menjelang Pilihan Raya Umum  Ke-13 (PRU13), Pemerhati politik  meramalkan akan berlaku satu pertembungan sengit, di antara BN dan Pakatan Rakyat (PR). Namun, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam wawancara bersama Sinar Harian menegaskan BN kali ini lebih bersedia dari segi segala aspek berbanding dahulu.   Ikuti wawancara Menteri Pertahanan ini bersama Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali; Editor Sinar Harian Online, Dr G Manimaran; Wartawan, Noor Azura Sahril dan Jurugambar Rosli Talib.


Pandangan Datuk Seri sebagai Naib Presiden, bagaimana kedudukan Umno kini selepas empat tahun, sejak tsunami politik pada 2008?

Sombong dan Agah : Putrajaya tidak bercadang hentikan saman ekor dengan pengenalan AES

Abu Seman Yusop berkata saman ekor PDRM tidak akan dihentikan walaupun AES dikuatkuasakan.
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Timbalan kementerian dalam negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata Putrajaya tidak akan menghentikan saman ekor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) telah dikuatkuasakan. Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Abu Seman berkata pelaksanaan AES adalah dibawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan walaupun kedua-duanya merupakan agensi berbeza tetapi ia mempunyai peranan sama.
“Pendekatan sekarang yang digunakan oleh PDRM akan masih lagi dilaksanakan kerana AES akan dilaksanakan oleh JPJ,” kata Abu Seman.
Abu Seman juga menjelaskan kedua-dua kaedah akan digunakan kerana kes-kes kemalangan jalan raya yang meningkat ketika ini memerlukan pemantauan serius.
“Hari ini, kes-kes kemalangan jalan raya banya berlaku, jadi setiap agensi akan melaksanakan tugas masing-masing untuk memantau perkara ini,” terangnya lagi.
Ahli parlimen PAS, Mohd Firdaus Jaafar sebelum itu dalam soalan tambahan menyoal pihak kementerian sama ada Putrajaya akan menjalankan kedua-dua sistem saman ini secara serentak.

Pecah belahkan rakyat, Umno BN seperti diktator

KUANTAN 5 November: Umno BN tak ubah seperti diktator, menggunakan dasar pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan membolot kekayaan negara, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Diktator memang suka laga dan takutkan rakyat antara orang Melayu, Cina dan India, supaya mereka senang dan terus berkuasa. Sebab itu rakyat perlu bangkit tolak kezaliman.
“Kebangkitan rakyat ini bukannya kerana Anwar…tetapi atas kesedaran rakyat itu sendiri,” katanya di hadapan hampir 10,000 hadirin pada ceramah Merdeka Rakyat peringkat negeri Pahang di Batu 11, Taman Mahkota Aman, di sini malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Ketua Cabang Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid.
Merujuk Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Thaurah Sha’ab, Anwar menjelaskan, istilah ‘Arab Spring’ itu perlu dimaknai semula, sesuai dengan zaman dan wilayah.

Pengguna Lebuhraya SKVE Disaman AES Diminta Serah Butiran kepada KASE

KUALA LUMPUR, 5 NOV – Pengguna jalan raya yang menerima notis saman berhubung kesalahan kelajuan yang melibatkan kamera AES khususnya di KM6.6 Jalan Kajang-Puchong SKVE diminta supaya menghantar butiran saman mereka kepada Kempen Anti Saman Ekor (KASE).
Ini kerana, butiran had kelajuan yang tertera pada notis yang dikeluarkan nyata bercanggah dengan had yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti dipaparkan di laman web rasmi mereka.
Penasihat Perundangan KASE, Zulhazmi Shariff berkata, terdapat pengurangan had laju kepada 80 kilometer sejam (km/j) di kawasan berkenaan sedangkan had kelajuan yang ditetapkan adalah 90 kilometer sejam.
Namun, berdasarkan aduan yang diterima, terdapat pemandu yang disaman pada kelajuan 91km/j walhal Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed dalam kenyataan di New Sunday Times berkata, terdapat kelonggaran had kelajuan (buffer) 10km/j pada setiap kamera AES mengikut setiap had laju yang ditetapkan.

Gelombang perubahan sangat kuat di Kota Belud


 
(Gambar: Mustaqim (tengah) bersama SU PAS kawasan Martubis Jumdot (kiri) serta SU Dewan Pemuda PAS kawasan Abu Ubaidah)

KOTA BELUD: Gelombang perubahan yang melanda seluruh Sabah sejak akhir-akhir ini sangat kuat dirasai di kawasan Parlimen P.169 Kota Belud di sini.

Biarpun ia dikatakan 'kubu kuat' BN sejak sekian lama, sehingga tidak pernah dalam sejarah politik Sabah, ada parti yang bukan kerajaan pernah menang di sini, namun kali ini ianya dilihat berbeza.

Kesedaran masyarakatnya yang timbul akibat dihimpit pelbagai masalah khususnya infrastruktur dan ekonomi menyebabkan rata-rata mereka kini berani bercakap tentang perubahan politik.

Yang DiPertua PAS Kota Belud, Mustaqim Aling berkata, pihaknya kini dapat melihat satu perubahan luar biasa masyarakat di situ yang cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

Katanya, slogan 'ini kalilah' bagai meniti dibibir masyarakat dan dapat didengar dalam perbualan harian mereka di sini.

"Ini kalilah itu mulanya di Kota Belud, malah sekarang sudah jadi gelombang yang sangat luar baiasa di sini. Kalau kita di mana-mana sahaja boleh dengar.

BN ‘Bodoh’ Guna Isu Air Serang Selangor

KOMENTAR: Satu Fakta asas yang perlu di ketahui umum bahawa hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia, hal urus tadbir air kesemuanya berada dibawah kerajaan negeri masing-masing kecuali Selangor.
Persoalannya, mengapa bidang kuasa urus tadbir air di Selangor yang mewakili Selangor, Wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak diserahkan kepada kerajaan negeri tetapi di serahkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Syabas pula merupakan sebuah syarikat milik kroni yang mana Kerajaan Negeri Selangor hanya memiliki pegangan kecil. Tetapi inilah caturan yang telah dibuat sejak era BN menguasai Selangor dahulu.
Jawapannya amat mudah. Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan kawasan elit. Hampir setiap hari ada sahaja bangunan kediaman, rumah kedai maupun rumah persendirian, kilang-kilang kecil dan besar yang baru didirikan.
Natijahnya semua pembangunan sedia ada, yang sedang dalam pembinaan dan yang dalam perancangan pembinaan akan menggunakan keperluan air.
Sejajar dengan kawasan elit ini setentunya juga kuasa membayar oleh penghuninya juga tidak menimbulkan masalah.
Justeru, air akan menjadi barangan paling berharga untuk diperniagakan kepada rakyat. Itulah antara agenda mengaut keuntungan berganda yang bersalut dalam benak pemimpin-pemimpin Umno-BN yang berkuasa di Selangor sebelum ini.
Atas perkiraan tersebut tidak hairanlah Kerajaan Negeri terdahulu sanggup membayar gaji paling lumayan kepada CEO Syabas. Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, CEO Syabas, Rozali Ismail menerima gaji lebih RM 5 juta setahun.

Air dagang jadi air percuma

Hudud: Lepas ni parti syaitan nak ubah tiang gol lagu mana pulak?

Istilah hudud versi PAS sebenarnya modal lapuk yang dikitar semula. Umno dan Barisan Nasional (BN) terus ditipu oleh khayalan mereka kononnya istilah 'hudud versi PAS' boleh menjadi senjata dan perisai yang hebat untuk mereka pergunakan.

Bagi anak-anak muda yang terlepas cerita lama, berita HarakahDaily hari ini bertajuk "Pengakuan Chua: BN perlu bentang hudud di Parlimen" melaporkan:

Mahfuz mengingatkan, jika selepas ini MCA terus menggunakan alasan hudud versi PAS untuk menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia, Umnolah yang bertanggungjawab mendorong MCA berbuat demikian.

"Menggunakan alasan hudud versi PAS bukan sesuatu yang baru malah telah digunakan sejak kerajaan PAS di Kelantan membentangkan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah.

"Presidan PAS pada masa itu lagi, Almarhum Datuk Fadzil Noor meminta Umno mengemukakan undang-undang merangkumi hudud yang parti itu yakin berdasarkan Islam sebenarnya," katanya.

Tetapi, kata Mahfuz lagi, Umno sengaja enggan berbuat demikian kerana ia tahu keengganannya itu akan membolehkan alasan hudud versi PAS terus digunakan untuk menghina Islam dan menyebarkan ideologi Islamofobia seperti yang dilakukan oleh MCA.

Rakyat nikmati manfaat kerjasama PAS, DAP

Oleh Noor Jaafar

Malah, MCA yang menjadi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang semakin galak menghentam PAS telah dengan sengaja menghina Islam melalui usaha memperlekeh hukum dan akidah Islam. Dan UMNO hanya berdiam diri dengan perbuatan MCA itu.
DAP yang dibarisi pemimpin utama seperti Lim Kit Kiang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng Setiausaha Agung dilihat lebih menghormati Islam dan mesra Melayu berbanding MCA yang kini diterajui Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
DAP juga terbukti saling bantu-membantu dengan PAS dalam merampas negeri yang sekarang ini diperintah Pakatan Rakyat, termasuk Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (sebelum dirampas secara rakus oleh BN).
Selepas PRU 2008, DAP semakin akrab dengan PAS termasuk berceramah di atas pentas sama pada setiap kempen pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.
Fitnah perkauman

Demi negara, Janice seru orang muda sertai DAP


PETALING JAYA 5 NOVEMBER: Golongan muda yang menyertai DAP perlu sedar bahawa penyertaan mereka ke dalam parti itu bukanlah satu platform untuk mendapat balasan atau imbuhan seperti yang dilakukan BN.
Malah ahlinya terutama di kalangan AJK DAPSY perlu lebih banyak berkorban demi negara untuk menyedarkan masyarakat mengenai betapa pentingnya demokrasi dan perubahan.
Berucap dalam Konvensyen DAPSY Selangor di Dewan Sivik Petaling Jaya, Ketua DAPSY Selangor, Jenice Lee Ying Ha berkata, parti sangat mementingkan kualiti daripada kuantiti semata-mata.
“Ini kerana sesiapa yang dipilih sebagai AJK perlu mengorbankan masa dan tenaga secara sukarelawan untuk membangunkan DAPSY tanpa mengharapkan apa-apa balasan,
“Dalam tiga tahun lalu kita berjaya menubuh 13 cawangan iaitu Sg. Besar, Kuala Langat, Kapar, Klang, PJU, PJS, Kelana Jaya, Pandan, Ampang, Serdang, Puchong, Hulu Langat dan Sepang, ia bukanlah suatu perkara mudah.” ujarnya.
Golongan muda Selangor vs pengundi asing

Kerja Syaitan Dikenali : Cermin kereta petugas DAP dipecahkan


SEREMBAN, 5 NOVEMBER: Mungkin berang dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat di Taman Seremban Jaya, Sabtu lalu, ada pihak bertindak merosakkan kereta peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, termasuk sebuah kereta milik petugas Ibu Pejabat Kebangsaan DAP.
Pembantu Editor Roketkini.com itu menyedari cermin belakang kereta Proton Saga miliknya retak seribu dipercayai akibat hentakan benda tumpul mungkin penukul ketika mahu meninggalkan acara berkenaan.
“Ini petanda baik bahawa ada pihak yang sudah tidak senang hati dengan kebangkitan rakyat menentang politik jahat UMNO dan Barisan Nasional,” katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.
Menurut beliau, politik ganas yang dibawa UMNO tidak akan menjanjikan apa-apa selain tindakan reaksioner rakyat yang bakal menumbangkan UMNO daripada terus  memerintah Negeri Sembilan.
Kereta yang diletak di tepi jalan bersama ribuan kereta pengunjung yang hadir di perhimpunan itu menjadi sasaran mungkin kerana kenderaan itu didaftarkan di Pulau Pinang, negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Rakyat Daif 'Tiada Bekalan Air Dan Letrik' Di Pekan, Terbukti Janji Najib Memang Tidak Di Tepati

Orang ramai terkejut dengan pendedahan panas oleh akhbar Sinar Harian (Pahang) pada Sabtu 3 November lalu berkaitan kedaifan hidup rakyat Pekan yang terletak dalam kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Artikel yang bertajuk "Rumah Daif Tempat Berlindung", sekeluarga cekal jalani hidup tanpa bekalan air, elektrik dan kediaman usang. Kemiskinan yang berlaku ini sungguh mengejutkan kerana seantero dunia umum mengetahui kawasan parlimen Najib rakyatnya hidup selesa. Tambahan pula apabila Najib sering melaung-laungkan kesengsaraan rakyat yang hidup di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Malah, dalam roadshow "Jelajah Janji Di Tepati" beliau selama ini pun, Najib sering mendabik dada dengan mengatakan hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang boleh membela rakyat Malaysia. Beliau juga sering mengherdik dan menghina negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang (Pakatan Rakyat) kononnya tidak pandai mentadbir dan sering berhadapan dengan berbagai masalah terutamanya isu bekalan air. Namun, bagai sesuatu yang tidak dijangka rupanya masalah berkenaan lebih teruk berlaku di negeri Pahang terutamanya kawasan Najib sendiri. Soalnya, apakah Najib sedar apa yang berlaku dan mana perginya laungan "janji ditepati" yang dicanangkan itu agaknya. Inilah yang menjadi kemusykilan kepada orang ramai terutamanya rakyat Pahang yang membaca artikel panas berkenaan sebenarnya.  Dalam laporan itu, Sinar Harian juga memaparkan gambar kedaifan dan kemiskinan hidup sebuah keluarga terbabit. Kejadian berlaku di Kampung Bentan (Pekan).

Rafizi: Cabaran Nazri tak relevan


Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz tidak relevan kerana beliau telah pun menyatakan pendiriannya akan mengambil tindakan perundangan termasuk membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, beliau yakin dengan bukti-bukti yang didedahkan mengenai anak menteri itu, yang dikaitkan dengan kenderaan milik ahli perniagaan Michael Chia.

Katanya, beliau akan membuat laporan di SPRM 3 petang ini.

Tambahnya, "sekarang bukan soal cabaran, tetapi soal etika politik dan undang-undang."

Anak muda perlu tolak Umno-BN dalam PRU13

Pilihan raya umum sudah semakin hampir. Walaupun Perdana Menteri masih mencari ilham waktu yang sesuai untuk membubarkan parlimen, namun pada jangkaan saya waktu dan tempohnya semakin hampir. Parti-parti politik sama ada Pakatan Rakyat (PR) ataupun Barisan Nasional (BN) masing-masing telah dan sedang melakukan persiapan dan pecutan terakhir untuk menghadapi  pilihan raya.

PRU ke-13 ini adalah medan paling getir bagi BN, kerana selama 50 tahun, belum pernah hegemoni kuasa mereka tercalar sebegitu teruk dalam PRU ke-12 yang lepas.

Bagi PR pula, medan PRU13 inilah peluang terbaik buat mereka untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara, membina harapan baru bagi rakyat Malaysia dan menjadikan Malaysia negara yang adil dari sudut demokrasi dan matang gaya politiknya.

Nurul Izzah Kecewa Kenyataan Disalah Taksir


SHAH ALAM, 5 NOV : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar melahirkan kekecewaan apabila kenyataannya berkenaan aqidah umat Islam disalah taksir oleh sesetengah pihak.
Dalam satu kenyataan media Izzah menegaskan beliau sentiasa mendukung program pendidikan dan dakwah untuk memperkukuhkan aqidah dan meningkatkan kefahaman terhadap Islam.
Beliau melahirkan kekesalan kerana terdapat usaha pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan kenyataannya seolah-olah dia meremehkan soal aqidah atau mudah menerima umat Islam yang memilih untuk murtad.
Dalam satu sesi soal jawab,apabila ditanya berkenaan isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Disebalik Selaran MCA, Kaum Cina Makin Faham Hudud

SHAH ALAM, 5 NOV: Meskipun isu hudud semakin kerap dijadikan bahan mainan politik MCA dan Umno, sokongan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina didapati makin meningkat.
Keadaan ini berlaku apabila masyarakat bukan Islam di negara ini mulai memahami isu sebenar mengenai undang-undang jenayah Islam ini.
Selain itu, kejadian jenayah yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini juga menjadi pendorong utama kepada golongan bukan Islam itu menerima hudud sekiranya dilaksanakan.
Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kepada TV Selangor ketika mengulas kajian yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
“Alhamdullilah, ini juga disebabkan usaha kita memberikan penerangan kepada orang ramai termasuk yang bukan Islam bahawa hudud itu adil untuk semua.
“Mereka juga semakin tertekan dengan peningkatan kadar jenayah di negara ini lalu mereka perlu memilih samada peningkatan jenayah atau hudud,” kata beliau.

Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES

KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.
Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.
“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.
“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.

Salahudin sedia tanding di Pagoh lawan Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Selepas Presiden PAS membuat kejutan menyatakan kesediaan bertanding di Pekan iaitu parlimen Datuk Seri Najib Razak, kini Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyatakan kesediaan bertemu Muhyiddin di Pagoh.

Menurut Salahudin, jika parti memutuskan beliau bertanding di Parlimen Pagoh, iaitu kawasan Timbalan Perdana Menteri itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, maka beliau bersedia.

Salahuddin berkata, beliau senada dengan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bertanding Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Nurul Izzah: Saya sama sekali tidak terima murtad



 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menafikan bahawa kenyataan beliau yang dibuat Sabtu lalu dalam satu forum awam menggalakkan umat Islam murtad.

NONE"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.

Anak sulung ketua umum PKR itu merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum tersebut yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?"

Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.

Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Melayu bebas pilih agama?" dengan memetik laporan Malaysiakini berhubung kenyataan Nurul itu.

Tiada jalan, Utusan terpaksa selamatkan Soi Lek


KUALA LUMPUR: Selepas menyinggung perasaan umat Islam dan dimalukan teruk apabila penulis blog seks berkata rakan karib mereka adalah idolanya, Umno cuba menyelamatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dengan membiarkan Mingguan Malaysia meletakkan penjelasan Chua di muka depan semalam.
“Tapi sudah terlambat. Laporan itu back-fire lagi, Chua kini dilihat dari menghina Islam kepada menghina kebijaksaan umat Islam terutamanya pengundi Umno dengan penjelasannya,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

“Apakah perlu lepas 2 minggu lamanya baru beri penjelasan? Sudah tentu tidak. Penjelasan Chua sepatutnya datang lebih awal. Tapi kerana penulis blog seks berkata Chua adalah idolanya, maka penjelasan itu terpaksa ditangguhkan. Kalau keluar masa yang sama, keadaan akan menjadi sangat kelakar dan kekok pada Umno,” tambahnya lagi.

Sumber itu memberitahu kerana Umno tidak dapat menceraikan MCA, dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk memaksa Chua turun takhta, maka jalan terakhir ialah untuk cuba menyelamatkannya dan cuba selamatkan balik apa yang telah dirosakkan Chua terhadap undi Melayu atas pagar.

Saman PDRM tetap berjalan walaupun ada AES

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kpada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pada sesi soal jawab lisan pagi ini.

HUDUD DAN MASYARAKAT CINA

Markus works in research now but was a journalist with Utusan Malaysia

4 NOV — Pendedahan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, UMCEDEL mengenai pemahaman masyarakat Cina terhadap hudud baru-baru ini, nyata membuka mata ramai pihak. 
Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Lebih signifikan, bilangan peratusan mereka yang menerima pelaksanaan hukum hudud di negara ini meningkat dari 12 peratus dalam tinjauan terdahulu kepada 24 peratus dalam tinjauan terbaru.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 12 peratus. Manakala peratusan masyarakat Cina yang tidak pasti dengan hudud telah menurun daripada 38 peratus sebelum ini kepada hanya 25 peratus.
Apa yang menarik mengenai tinjauan pendapat tersebut ialah generasi muda Cina telah mempamerkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding golongan yang lanjut usia.
Kesemua hasil tinjauan pendapat UMCEDEL itu jelas menidakkan tanggapan selama ini bahawa masyarakat Cina mempunyai persepsi serong terhadap hudud.

Pengakuan Chua: BN perlu bentang hudud di parlimen


KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah membentang rang undang-undang yang merangkumi hudud untuk menghentikan MCA mempolitikkan hukum itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar.

"Oleh kerana Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) kata pihaknya hanya menolak hudud versi PAS, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) selaku ketua kerajaan BN yang diterajui oleh Umno bertanggungjawab membentangkan satu rang undang-undang di Parlimen yang merangkumi perlaksanaan hudud.

"Saya yakin MCA akan menghentikan penentangannya kerana undang-undang berkenaan digubal dan dibentangkan oleh BN dan bukan lagi hudud versi PAS.

"Saya juga yakin MCA tidak akan mempolitikkan hudud lagi jika BN yang menggubal dan membentangkannya untuk diluluskan oleh Parlimen memandangkan Chua sendiri yang menyatakan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar," kata beliau.

Syria: Rakyat mangsa, pemimpin berlaga dan musuh untung


ABDUL HADI AWANG


DARI segi hubungan dengan negara jirannya, terdapat tanda-tanda sejak awal yang menunjukkan adanya hubungan sulit antara Syria sendiri dengan negara Barat dan negara haram Israel, walaupun secara zahir sikapnya menunjukkan keras terhadap mereka khususnya Israel. Namun yang nyata ialah sejak awal sehingga kini, Syria tidak menjadi sasaran serangan terbuka daripada Israel seperti yang dialami oleh Lubnan, Iraq dan Sudan.

Sebenarnya sudah terang lagi bersuluh, bahawa adanya kerjasama melalui beberapa tindakan membantu pihak Barat apabila menghalang dengan keras terhadap pengaruh politik Islam yang menjadi ancaman terbuka kepada Israel dan Barat, di samping Syria mendapat dukungan kuasa besar Rusia dan China.

Kebangkitan rakyat berlaku sejak awal 1980-an yang dipimpin oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Pada ketika itu, Bandar Hama yang paling kuat pengaruh Islam menjadi mangsa kekejaman. Puluhan ribu rakyat menjadi korban mangsa kezaliman kerajaan parti Ba’ath Alawi pimpinan Presiden Hafez al-Assad (1970–2000). Media tidak membuat liputan manakala negara Arab lain dan jirannya diam membisu. Maklumat hanya melalui berita kecil dalam ruang yang sempit. Majoriti rakyat bermazhab Sunah bernaung dan berpijak di atas bara yang membakar. Kalangan ulama yang berani dan pemimpin anti kerajaan terpaksa menjadi mangsa dipenjara, ada dibunuh dan ada yang hidup dalam buangan di luar negara. Hanya kalangan yang menyembunyikan diri atau membisu boleh menyelamatkan diri. Adapun kalangan pengampu mendapat liputan yang sebaik-baiknya dan diletak ditempat penting dalam urusan agama Islam untuk menjadi topeng melindungi kesesatan dan kezalimannya.