Ahad, 4 November 2012

Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan?

Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang  ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.

Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.

Ahmad Abd Jalil 2"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam
beberapa hari ini," kata peguam Ahmad - Mohd Zakwan Adenan kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Mohd Zakwan berkata Ahmad (kiri) akan ditahan di lokap di Johor Bahru sehingga esok.

Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.

"Ia bagi polis untuk mengumpul saksi dan bukti dan menjalankan siasatan yang perlu," kata Mohd Zakwan.
Mohd Zakwan berkata Ahmad akan dibawa ke mahkamah esok, tetapi sehingga itu, beliau tidak tahu tuduhan terhadapnya dan kenyataan mana yang didakwa menghina sultan.

Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya...

Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

Anak TUN MAHATHIR Dapat Projek RM836 JUTA Untuk Projek GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok PM301,

PENDEDAHAN HOT!! Anak TUN MAHATHIR Dapat Projek RM836 JUTA Untuk Projek GAS dari Medan Bunga Kamelia, Blok PM301, 150km dari Kota Bharu Dalam Perairan Kelantan melalui syarikatnya, SapuraKencana Petroleum Bhd.

Jumlah Pengeluaran GAS dalam 110 Juta Kaki Padu/hari, InsyaAllah jika KITA SEMUA pakat TUNTUT, dari medan ini sahaja KITA boleh ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% sebanyak lebih RM100 JUTA/tahun.

Anak Tun Mahathir, Sebab BEKAS PM Maka DAPAT PROJEK RM836 JUTA.

Rakyat KELANTAN yang TUNTUT ROYALTI sejak 2009, SATU SEN PUN TAK DAPAT!!

BERIKAN ROYALTI KAMI!!

Pakatan Rakyat di landasan kukuh untuk kuasai Putrajaya

Selepas 12 kali Pilihan Raya Umum dilaksanakan dalam negara kita, rakyat sudah mulai sedar bahawa, mereka perlu mendokong sebuah pakatan yang kuat untuk menggantikan Barisan Nasional.

Pakatan yang didokong oleh kuasa rakyat, dikesan pada PRU ke-12 yang berlangsung pada tahun 2008, iaitu 51 tahun selepas Malaya merdeka.

Sejak merdeka, parti Perikatan yang dijenamakan sebagai BN, terus berkuasa sehingga sekarang. Tempoh kuasa mereka sudah mencapai 55 tahun.

Dalam sistem demokrasi moden, tiada parti yang benar-benar boleh bertahan sebegini lama. Jika kita melihat sistem demokrasi secara bebas yang diamalkan negara-negara membangun, kerajaan mereka sering bertukar.

Pertukaran ini tidak banyak mengubah dasar pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Semua parti yang berusaha memegang tampuk kuasa, sudah pasti akan mengutamakan kepentingan rakyat.

Parti yang didapati mementing dan mengamalkan korupsi, kronisme dan nepotisme akan dijatuhkan oleh rakyat.

Khutbah Jumaat: The Debtor's Curse

Tazkirah Jumaat: Nilai Sebuah Pengorbanan

Kit Siang proposes AES for corruption

Today in History for November 4th

Pengenalan Hukum Hudud


Oleh: kamal_hasan

"Kita sering membicarakan berkaitan isu-isu hudud. Ada sesetengah orang bukan islam juga dan orang islam cuba bercakap berkaitan hudud tetapi tidak memahaminya.

Disini saya masukkan petikan berkaitan ringkasan pengenalan Hukum Hudud untuk manfaat bersama.

PENGERTIAN HUDUD

Hudud dari sudut bahasa membawa maksud menahan atau mencegah. Manakala dari segi istilah ialah keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T atau merosakan kepentingan masyarakat umum dan ketenteraman orang ramai iaitu berzina, menuduh orang berzina, minum arak, memcuri, murtad, merompak dan memberontak . Kadar hukumannya adalah mandatori dan tidak boleh dipinda samaada dikurang atau ditambah.

Puteri Umno bidas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti komponen BN bersifat perkauman


Rosnah Abdul Rashid Shirlin KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO membidas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa parti komponen Barisan Nasional (BN), terutama MCA dan MIC, bersifat perkauman.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kenyataan itu membuktikan Presiden PAS adalah seorang yang berfikiran sempit serta gemar menggunakan politik berunsur fitnah.
"Kenyataan Abdul Hadi membuktikan bahawa pemimpin pembangkang di negara ini lebih gemar menyebar fitnah meskipun mereka sedar bahawa perkara tersebut adalah salah serta dilarang oleh agama.
"Keadaan ini amat mengecewakan kerana ketika semua parti komponen BN bekerja keras membela nasib rakyat, pembangkang pula bekerja keras memutar-belitkan fakta untuk memfitnah," katanya.
Beliau mengulas ucapan Abdul Hadi pada perhimpunan jalanan di Seremban semalam yang mendakwa parti komponen BN terutama MCA dan MIC bersifat perkauman kerana dianggotai satu kaum sahaja manakala parti pembangkang tidak begitu dan dianggotai pelbagai kaum.

Rohingya : Merhrom kecewa pendirian Suu Kyi


Aung San Suu Kyi SHAH ALAM – Sekiranya kerajaan Myanmar masih enggan mengiktiraf masyarakat Islam Rohingya sebagai rakyat negara itu, komuniti dunia wajar membantu etnik tertindas itu.
Presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (Merhrom), Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, jika dirujuk kepada sejarah, lebih 800 tahun lalu, jelas menunjukkan majoriti penduduk di negeri itu adalah masyarakat Islam Rohingya.
“Itu adalah negeri kami, hak kami… jadi dunia harus bantu kami untuk membantu kami mendapat kembali hak kami yang dinafikan.
“Apa yang berlaku sekarang, sudah tidak ada jaminan nyawa di Arakan (kini Rakhine) di tambah pula beribu-ribu nyawa sudah melayang,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Krisis Rohingya: Mapim kecam pendirian Suu Kyi

SHAH ALAM – Masyarakat dunia disaran menyatakan pendirian terhadap kenyataan pemenang hadiah Nobel Keamanan, Aung Sang Suu Kyi yang memutuskan enggan membela atau memihak mana-mana pihak dalam isu Islam Rohingya.
Setiausaha Agung Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, komitmen antarabangsa perlu mengambil tanggungjawab untuk membela nasib etnik tertindas itu.
“Di Myanmar sekarang sudah tidak ada siapa yang boleh diharapkan untuk membantu masyarakat Islam Rohingya selepas beliau, Suu Kyi sendiri membuat kenyataan seperti itu.

“Kini beban itu sudah beralih kepada masyarakat dunia untuk menggalas tanggungjawab membela nasib mereka,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Bukti NAJIB merupakan MENTERI KEWANGAN paling BAGUS dalam MALAYSIA.. Anwar pun KALAH..!!

BAGUS MENJAHANAMKAN NEGARA...!!!!

Lagu Dalam Filem Diharamkan, Hina islam

Lagu Dalam Filem Diharamkan Kerana Penari Gelek

Mesir – Kerajaan Mesir mengharamkan sebuah lagu dalam filem  `Abdu Mouta’ selepas sebuah kumpulan memfailkan saman ke atas penerbitnya mendakwa lagu berkenaan menghina Islam.
Abdu Mouta yang mula ditayangkan di pawagam di Mesir pada Hari Raya Aidiladha lalu, telah mencatatkan sejarah sebagai filem yang mencatatkan kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan.
Ia berjaya mengumpul $409,668 dolar pada tayangan pertama Jumaat lalu dan kini dimainkan di pawagam seluruh negara.
Babak yang dianggap menghina Islam ialah apabila penari gelek, Dina telah menari gelek ketika lagu menyentuh nama puteri Nabi Muhammad S.A.W, Fatimah dan cucu baginda, Hassan serta Hussein dinyanyikan.
Tindakan berkenaan telah mencetuskan kemarahan pengikut Syiah di Mesir.

MTUC Rancang Adakan Piket

MTUC Rancang Adakan Piket
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merancang untuk mengadakan piket semasa Persidangan Perbankan ASEAN Ke-19 berlangsung di ibu negara bermula 7 hingga 9 November ini.
Presidennya, Mohd. Khalid Atan mendakwa, piket secara aman yang dirancang pada 7 November itu sebagai tanda protes MTUC terhadap pihak bank kerana didakwa menafikan hak pekerja dan kesatuan.
“Sejak dua tahun lalu pihak bank telah melaksanakan usaha anti-kesatuan dan melanggar hak pekerja bank serta kesatuan.
“Pelbagai resolusi telah dibuat oleh MTUC untuk menghalang pelanggaran itu tetapi pihak bank masih terus menekan golongan pekerja bank.
“Kita merancang piket kerana pihak bank telah melanggar undang-undang dan prinsip hak asasi dalam negara dan antarabangsa,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Still Remember – RM 880 million loan from RHB Bank to Sarawak Chief Minister’s Sister Raziah Mahmud


Cause to celebrate? Razia Geneid – sister of Taib MahmudWe can reveal that Malaysia’s RHB Bank has just lent Raziah Mahmud, the Chief Minister’s sister and her third husband, Robert Geneid, a whopping RM 880 million ringgit!
This breath-taking hand-out (the equivalent of US$ 285 million) was discovered by Sarawak Report in the public records of  Malaysia’s Companies Commission.  It was registered last June as a charge against one of the couple’s privately owned companies, Kumpulan Construction.
Kumpulan Construction is registered as having RM1 million share capital, 5% owned by Zaleha Binti Mahmud Hajjah (her elder sister) and the rest by Mastim Sdn Bhd, which in turn is jointly owned by Raziah and Robert, an Australian national.
The vast size of the loan, particularly in relation to the relatively modest assets recently posted by Kumpulan Construction, raises a number of questions for the couple and the bank , as well as the Chief Minister of Sarawak, who has repeatedly abused his position by granting his sister’s companies lucrative state-funded projects which they are not equiped to carry out.

The Shareholders – Mastim belongs to Robert and Raziah Geneid
On what basis was such a loan granted ?
Insiders  confirm that Kumpulan Construction ”never did an honest day’s work on any of the contracts they secured” and that “everything is sub-contracted out to others, especially to Hock Seng Lee (HSL)”.

RHB Headquarters, KL
Therefore, Sarawak Report questions on what basis RHB, a public bank owned by Malaysia’s public service pension fund, the Employees Provident Fund (EPF), advanced a loan of such magnitude to this medium-sized private company?  Indeed, could any other equivalent firm leverage what amounts to nearly a sixtieth of the RHB’s entire loan capital?

Orang Melayu akan kehilangan kuasa, Islam akan pupus, penderhaka Raja, republik Kristian dan hudud...

Kenapa kita katakan bahawa politik yang dipelopori oleh Barisan Nasional (BN) sekarang adalah politik jenis jahiliah? Sebab utamanya adalah kerana BN, khususnya Umno menggunakan cara berpolitik yang ketinggalan zaman, seolah-olah di zaman purba kala.
Politik dalam BN yang ditentukan oleh Umno itu selalunya berpandukan kepada politik perkauman, kebencian, dendaman, pembohongan, melemparkan fitnah dan tohmahan, memburuk-burukkan pihak pembangkang, menindas mereka yang tidak menyetujui BN, mengancam keselamatan orang ramai, menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan politik, mengheret Raja-raja Melayu ke dalam kancah politik, mempergunakan Raja-raja Melayu untuk menutup kelemahan mereka, tidak berperikemanusiaan, tidak menghormati hak asasi kemanusiaan, tidak menghormati hak dan kebebesan bersuara, mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa serta mengamalkan dasar pecah dan perintah.
Itulah politik BN yang dikatakan ketinggalan zaman. BN tidak berani mengetengahkan polisi mereka untuk menandingi polisi yang dikemukakan oleh barisan pembangkang. Apabila barisan pembangkang ingin mengetengahkan polisi mereka untuk tatapan umum dan diperdebatkan agar rakyat dapat mengadilinya, BN hanya gemar mempersendakan dan mengutuk tidak tentu arah polisi yang dikemukakan oleh pihak lawan, tanpa memberikan gambaran yang penuh apakah kebaikan yang ada pada polisi BN selama ini.

Why Should you Support Future Prime Minister of Malaysia Nurul Izzah Anwar

Politicians are known to be chameleons and most of them would tailor make their statements according to their audience. Not for Nurul Izzah, an emerging force within the party, Parti Keadilan Rakyat, which was founded to fight against Anwar Ibrahim’s persecution.
At a forum on “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?”, she was reported to have said “People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays.”
“When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally.” she said.
She was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.
“Malay” is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs.
Ultimately, she said, what should be sought is “quality” where Muslims’ faith is strong.

'Janji ditepati':Kalau tak bagi guna Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka kita akan ke jalanraya

PR dan semua NGO akan jadikan tarikh 12 Januari 2013 sebagai ibu segala himpunan kebangkitan rakyat sama ada di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka sebelum pru 13 diadakan.
Tim Pres Pas Haji Muhammad Sabu pulak bila tanya ,"Bang Mat ..kalau pihak berkuasa tak bagi guna Stadium Bukit Jalil dan Stadium Merdeka macam mana?"Jawab beliau ,"Dulu Najib dan Hishamuddin pernah berjanji benarkan kita guna Stadium Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.Kalau tak bagi kita akan turun di jalanraya.Janji ditepati bukan janji dicapati."

Ulama sifatkan Taufan Sandy sebagai hukuman



Taufan Sandy KAHERAH - Segelintir ulama menyifatkan tragedi Taufan Sandy yang membadai New York dan beberapa bandar lain di Amerika Syarikat (AS) adalah hukuman ALLAH SWT selepas kelancangan dan kebiadaban negara itu menerbitkan filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Ulama Mesir, Wagdi Ghoneim menganggap taufan itu sebagai pembalasan terhadap penerbitan filem anti-Islam yang dilakukan AS sehinggamencetuskan gelombang protes di seluruh dunia pada September lalu.

HOW STUPID! Of Scorpenes & the Navy chief, 'Hudud' & the MCA

Before we go further, let me respond to the Chief of Navy’s rationalisation for the purchase of the Scorpene submarines. The navy chief must take us for fools if he thinks we will believe that Malaysia bought the submarines to avoid the repetition of the Portuguese capture of Melaka.  The country spent RM3.4 billion to buy the submarines with a further RM 500 million for commissions paid.
HOW STUPID! Of Scorpenes & the Navy chief, 'Hudud' & the MCAWe must remember to sack the imbecilic navy chief when PR takes over the government. We cannot have military leadership running around and taking us as stupid. Probably that kind of story can be accepted by Umno supporters. What kind of story can we use to justify the purchase of state of the art military aircrafts then? That a long time ago, some foreign powers invaded our country using garudas or with some flying objects?Or we justify the purchase of over RM 7 billion APCs because a long time ago, the Siamese invaded the Malay Peninsula on elephants?
He and others got the reasons for the downfall of Malacca and for that matter any kingdom wrong. Everyone who read history knows that Melaka fell because the feudal leadership was decadent, corrupt and inept. The feudal class enfeebled themselves by leading a decadent lifestyle, enriching themselves and their cronies while entertaining themselves singing -memang aku ini, anak orang miskin?. So in order to avoid the repetition of the Portuguese invasion that led to the downfall of Melaka, we must not have a decadent government given to corruption and incompetence. The reason given by the navy chief must be taken as signs of incompetence spawned by an inept and corrupt government.
The MCA just as dumb

Dompok nafi Upko hampir-hampir keluar BN


PENAMPANG - Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN).
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN.
"Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang.
"Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini hari ini.

Hudud PAS: Soi Lek sudah rasa tertekan


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dalam sebuah akhbar mingguan hari ini kerana sudah merasai tertekan dengan kemarahan umat Islam.


Mengambil tempoh waktu tertentu akhirnya Presiden MCA membuat kenyataan baru untuk mengelak daripada dirinya terus dikecam.

“Dia sebenarnya rasa tertekan…tersinggung dengan kritikan umat Islam sendiri sebelum ini berhubung tindakannya mempertikaikan hukum hudud dan sebagainya.

“Dia kata dia tidak hina Islam, tetapi pertikaikan hukum hudud PAS, mana boleh jadi begitu sedangkan hukum hudud itu sendiri adalah Islam,” ujarnya.

The changing face of Syria's opposition

Ust Azhar Idrus- Tok Mad Kata PAS Sesat

Kit Siang : Najib PM paling lama tanpa mandat

Janji Pakatan: Turun harga minyak dan kereta, mansuh PTPTN, pendidikan percuma

Why Chinese won't vote BN in GE13- 麦兜看蔡CD(大马恶搞版)

Himpunan Rakyat : Penutup Program - View

“Nasih baik hujan” : Kehadiran Himpunan Kebangkitan Rakyat Luar Jangkaan



SHAH ALAM, 04 NOV : Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dan tinjauan TVSelangor di tapak acara tersebut semalam di Taman Seremban Jaya, Seremban mendapati kehadiran luar jangkaan dan bukan seperti yang cuba digambarkan media pro Umno-BN.
Malah Pengarah Jawatankuas Penganjur sambutan itu, Mohamad Sabu melafazkan kesyukuran kerana hujan pada malam tersebut mengurangkan kehadiran di padang yang sudah sesak dengan lebih 10,000 orang.
Pemerhatian TVSelangor pada pukul 9 malam mendapati padang di depan khemah dan pentas telah penuh dengan hadirin yang sanggup berpayung dan menunggu di dalam hujan untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.
“Anggaran kami kehadiran orang ramai di sepanjang hari semalam tidak mustahil mencecah sasaran 50,000, kalau tidak pun, sudah pasti hampir.
“Memang kita tak mahu cuaca buruk, tetapi memang benarlah hujan itu ada rahmatnya sebab kalau tak hujan saya kira keadaan jadi kelam-kabut.
“Tak dapat tampung lebih dari yang ada semalam,” kata beliau ketika dihubungi.
Hari ini, beberapa media pro-Umno mendakwa bahawa acara semalam tidak mendapat sambutan seperti yang dijangkakan.

PR: Umno mula bimbang jika Hadi tanding di Pekan

SHAH ALAM - Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa reaksi Umno berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedia mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan menunjukkan mereka sudah mula bimbang kemungkinan kekalahan Perdana Menteri di kubu kuatnya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan jelas menggambarkan Umno takut 'kehilangan' Najib di Pekan.

Menurutnya, PR percaya dengan harapan rakyat yang mahukan perubahan kerajaan di peringkat pusat.

Hadi lawan Najib, Nik Aziz juga sokong

Muryidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.

Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.

Dari sudut lain saya melihat tindakan Abdul Hadi itu boleh membersihkan fikiran sesetengah pihak yang mengatakan beliau (Abdul Hadi) masih lagi menyimpan hasrat untuk mewujudkan unity government. Jadi dengan beliau menentang Najib, sampah UG itu boleh dibersihkan. Tindakan Abdul Hadi itu sebagai membuktikan bahawa hasrat untuk menubuhkan UG sudah tidak ada lagi.

PAS NS tidak sia-siakan harapan Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat untuk menerajui pentadbiran negara selepas PRU13 nanti.

Pesuruhjayanya, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Taman Seremban Jaya semalam merupakan satu kenyataan besar Pakatan Rakyat.

Katanya yang juga berbangga apabila Negeri Sembilan yang dipilih sebagai tuan rumah yang pertama bagi program julung kalinya diadakan itu.

"Kami berbesar hati setelah menjadi tuan rumah yang pertama untuk program ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan tidak akan mensia-siakan harapan Pakatan Rakyat pusat," katanya kepada Harakahdaily.

PR: Kami semakin kuat, pandangan Mahathir tiada asas

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyangkal dakwaan  bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerjasama perikatan berusia empat tahun itu hanya bersifat sementara.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, PR tetap bersama mentadbir kerajaan sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, PR akan bersama dengan mengamalkan konsep yang telah dipersetujui parti walaupun mempunyai ideologi yang berbeza.

Tambahnya, "kejayaan PR bersama mentadbir empat negeri yang diperintah membuktikan kita sentiasa bersama dan akan kekal begitu."

"Kenyataan Dr Mahathir adalah untuk menakutkan rakyat, tapi rakyat sudah tidak kisah dan mereka yakin kerajaan alternatif mampu memberi perubahan.

Awat Kak Jat nak bebankan pihak FRU nie...sape nak jaga Demo dan tembak gas..!!!

Aduhai kak jat..jgn kacau fru la.dia org tu bertugas sembur gas kat ceramah2,perhimpunan2 je.polis jg ceramah bt roadblock jln nak p ceramah,masjid.penyamun,kawaq MN ada d malaysia ni klu Ada pun sikit ja...apa la hang nie kak jat oi...

Guan Eng to DAP: Beat BN in ‘readiness’

Quoting an internal report from BN, he says the political foe’s election readiness in non-Malay areas in Selangor was 53%.

PETALING JAYA: DAP secretary-general Lim Guan Eng has urged party members to buck up their election preparedness in face of a strong challenge posed by Barisan Nasional.
Citing a BN assessment internal report, Lim today told the party delegates at the Selangor DAP annual convention that BN’s national election readiness (kesiapsiagaan) in Chinese areas was at 47%, and at 63% in India areas.
He said the BN internal report also recorded a 70% readiness in Penang’s non-Malay areas and 53% in Selangor’s non-Malay areas.
In Malay areas, BN was more than 90% ready, he added.
The Penang chief minister urged the party members not to take non-Malay votes for granted as the statistics showed that MCA, Gerakan or MIC are ready to pose a strong challenge in the coming election.
“I want to remind the party members that we should also improve our readiness to at least 75% when election is just around the corner.
“I feel that we have yet to reach that stage, and I urge the Selangor DAP leadership to work on this,” he said.
He opined that a well-prepared Pakatan or DAP would ensure their election victory, but this would not be the case if they are not.
Later at the press conference, Lim admitted that he was less than satisfied to the level of election readiness in Selangor, saying there were much room for improvement.
He however refused to disclose the criteria to evaluate his party’s readiness, saying that this was an internal strategy.
Playing the racial card

Mat Sabu: Pakatan yakin tawan Negeri Sembilan

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yakin bahawa Negeri Sembilan bakal ditadbir oleh perikatan itu ekoran "kebangkitan rakyat", yang diperlihatkan pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban, semalam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, PR mempunyai keyakinan akan menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan sokongan ditunjukkan rakyat dengan menghadiri majlis semalam walaupun dalam keadaan hujan.
Menurutnya,  pada tahun 2008 PR tidak memiliki kekuatan seperti sekarang.
PR dianggotai Pas, PKR dan DAP. Kini ia mentadbir Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Bagaimanapun apabila semua parti bekerjasama dalam setiap program yang dianjurkan PR, katanya, ia menunjukkan pembangkang semakin kuat.
"Kita yakin PR akan menang untuk tawan Negeri Sembilan pada kali ini.

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Tafsir Surah Al-A'raf

Syrian opposition meets for key conference

Syrian opposition to hold crucial talks in Doha

PAS akan bincang polisi tanding kerusi - Idris

Dana Asing: Suaram cabar Ng kemuka bukti

Himpunan Rakyat : Pemuda N9 ajak rakyat bersama PR, tinggalkan BN

AES: Mahfuz mahu rakyat tolak BN

Himpunan Kebangkitan Rakyat : Puluhan hadir ribu walaupun hujan lebat

Anthony Loke : CSL Celaka Dan Biadap - DAP Akan Pertahan Islam Jika Dihina

PRU 13 : Guan Eng paling yakin di Kelantan dan Selangor

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata peluang terbaik Pakatan Rakyat adalah di Kelantan, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan akhir sekali Kedah.

Penilaian beliau berdasarkan kepercayaan bahawa retorik perkauman BN akan mempunyai impak yang kurang di Kelantan dan Selangor.
Bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Selangor pagi ini, Lim berkata BN sedang memainkan soal perkauman, tetapi menurutnya adalah lebih sukar untuk bermain isu perkauman di Selangor.
Tambahnya, keadaan adalah sama di Pulau Pinang. Apabila ditanya mengapa BN akan memainkan soal perkauman di negeri yang mempunyai etnik yang bercampur, Lim berkata, ia adalah kerana beliau merupakan satu-satunya ketua menteri bukan Melayu.

"Pokoknya saya adalah satu-satunya ketua menteri keturunan Cina dan bukan Islam di Malaysia, jadi saya sasaran yang mudah. Ia adalah sangat jelas bukan?"
Bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat masih memerlukan sokongan pengundi Melayu untuk memastikan "kemenangan yang baik" di Pulau Pinang.

PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa.

Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya.

Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan melepaskan segala-galanya.

Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat.

Segala masalah dalam Umno tertumpu kepada Mahathir

BATU PAHAT: Segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir.

Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan Dr Mahathir atas kehancuran Umno sekarang.

"Umno dah rosak dan Dr Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini.

Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno.

Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno.

Pakatan Rakyat Jamin Hak Rakyat Bukan Islam Amalkan Agama


SEREMBAN, 4 NOV : Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak perlu bimbang kononnya hak mereka untuk mengamalkan agama dan mengguna bahasa ibunda masing-masing akan terhakis sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Sebaliknya kebebasan untuk mengamalkan agama dan menggunakan bahasa ibunda masing-masing itu terus dihormati seperti mana yang dijamin dalam Perlembagaan Negara.
Selain itu, masyarakat bukan Islam negara ini juga perlulah menghormati bahawa agama Islam merupakan agama rasmi seperti ditetapkan dalam perlembagaan sama.
Demikian ujar Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang kepada kira-kira lebih 10,000 orang ramai yang menyaksikan ceramah dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Seremban Jaya malam tadi.
“Islam melarang paksaan di dalam agama. Mereka ada hak kepada agama mereka, untuk melakukan upacara agama mereka. Ini hak yang dilindungi Islam.
“(Pada masa sama) orang bukan Islam terima yang Islam agama rasmi kerana 60 peratus rakyat Malaysia terdiri dari orang Islam,” ujar Hadi.

Pakatan Rakyat Heret Pemimpin Umno-BN Rasuah Ke Mahkamah Sekiranya Menang Putrajaya



SEREMBAN, 4 NOV: Pakatan Rakyat (PR) akan mengheret ke mahkamah mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang pernah terlibat dengan rasuah sekiranya diberi peluang menerajui kerajaan.
Mereka yang terlibat dengan perbuatan tidak bermoral akan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan.
Demikian ujar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Seremban Jaya malam tadi.
Menurut Anwar lagi, tindakan pemimpin Umno-BN menyalahguna kuasa dan kedudukan mereka ketika berkuasa telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada rakyat dan negara ini.
“Saudara, kita tak nak ganggu dia, tetapi yang dia kata kalau kita menang, kita akan jadi alat dan pencacai kepada DAP (tetapi) sebenarnya yang mereka takut adalah harta yang mereka rampas daripada rakyat.
“Anak Perdana Menteri, anak bekas Perdana Menteri, kerjanya, bilion ringgit dia ambik, apa kamu ingat duit ini bapa kamu punya ke atau rakyat punya.
“Syarikat petroleum bilion ringgit bila untung beli syarikat arak dan ustaz Umno pun kata hidup Melayu,” sindir Anwar.

Penganalisis: Mustahil Hadi-Najib lawan di Pekan....ia mustahil bagi UMNO..bagi Pakatan ia Politik Alaf Baru...!!!

SHAH ALAM - Mustahil pemimpin tertinggi kedua-dua Pas dan Umno akan bertanding di Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), kata Pengarah Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Ujarnya, setakat ini belum ada dalam sejarah politik Malaysia pemimpin utama Melayu dalam sesebuah parti bertembung untuk merebut mana-mana kerusi Parlimen.

"Kalau ikut sejarah pemimpin tertinggi parti lawan Melayu sama Melayu tak pernah, Cina ada.

"Kemungkinan berlaku pertembungan ini memang tidak wujud.

"Kalau ia berlaku, ia adalah satu anjakan politik yang luar biasa. Tidak mungkin apabila seseorang sudah berada di kawasan yang selamat untuk pergi ke kawasan yang tidak selamat," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Umno: Karier politik Hadi akan tamat jika bertanding di Pekan..ha..ha..atau takut jadi Sejarah Presiden UMNO kalah PRU..!!!



KUALA LUMPUR, 4 Nov — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang umpama "membunuh karier politiknya" jika mengambil pendirian untuk bertanding menentang pemilik kerusi Parlimen Pekan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin Umno.
Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang dihubungi The Malaysian Insider membayangkan Hadi akan menamatkan kariernya dalam politik dengan cara yang "amat memalukan" jika memilih Pekan sebagai lokasi untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Sebagai presiden parti, jika benar mahu bersara, pilih cara yang lebih baik ... bukan bersara dengan kekalahan.

"
Jika Hadi (gambar) bertanding di Pekan, dia tidak akan menang, tetapi bakal mengalami kekalahan besar," katanya.
Abdul Rahman bagaimanapun tidak melihat Najib, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan akan tergugat jika bertanding menentang Hadi.
"Belum ada sejarah perdana menteri yang berkhidmat tewas di kerusi yang ditandinginya.
"Kalau Hadi mahu mencipta sejarah memalukan legasi kepimpinan PAS, saya alu-alukan beliau bertanding di Pekan," tambahnya kepada The Malaysian Insider.

71 Peratus Setuju Presiden PAS Lawan Presiden Umno Di Pekan!


Setelah hasrat Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di parlimen Pekan menentang presiden Umno yang juga perdana menteri, Najib Altantuya, direstui Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, sokongan terus melonjak!

Buktinya, setakat jam 1130 pagi tadi, sebanyak 71 peratus atau 592 pembaca yang mengundi dalam kajian yang dilakukan oleh akhbar Sinar Harian bersetuju ahli parlimen Marang itu bertanding menentang Najib Altantuya.

Manakala cuma lapan peratus atau 67 pembaca akhbar dalam talian berbahasa Melayu itu merasakan tidak wajar bagi Abdul Hadi berbuat demikian.

Selebihnya, 21 peratus atau 173 pembaca merasakan cadangan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.

Yang Kamu Semai, Itulah Yang Kamu Tuai!

Saya ada membaca suatu berita yang menyatakan bahawa orang Melayu Johor akan menyekat kemaraan PR. Kenyataan itu boleh jadi ada kebenarannya. Tambahan pulaPR tidak pernah menyasarkan kemenangan total di Johor. Kita pun tahu- mustahil lah UMNO kalah semua. Mereka akan menang di Pekan. mereka menang di Pagoh. Kita hanya menyatakan UMNO akan kalah secukupnya untuk membolehkan PR memerintah.
Kita tahu UMNO cukup kuat di Johor dan orang Melayu Johor cukup tebal dengan semangat keUMNOan mereka. Bacaan harian mereka selepas Subuh selain Yasiin, ialah Utusan Malaysia dan tontonan mereka ialah TV3. Kita semua tahu jenis orang Melayu yang membaca dan menonton dua jenis media ini. itulah yang menerangkan mengapa Melayu Johor sokong UMNO.
Namun, terdapat juga kelompok Melayu yang sedar bahawa sokongan membabi buta kepada UMNO adalah merugikan. Sokongan kepada manusia adalah sokongan bersyarat- yakni qualified support bukan nya absolute support. Kita menyokong kerajaan dan pemerintah selagi mereka bersikap adil.

Umno yang berkuasa pun tak boleh buat apa !


inikan pula Hasan dengan JATI dan radio online nya!
 
Hasan akidah tubuh rangkaian TV, radio online
Lepas satu, satu,,, Dulu bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali tubuhkan JATI, kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.  Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.

Memertabatkan Islam, Melayu dan Raja? Kesiannya dia !  apakah Umno parti yang maha berkuasa, parti keramat orang Melayu dan parti ketuanan Melayu selama ini tak buat kerja?  Sedarlah wahai Hasan !  mike tu  hanya ada golok tumpul. Kalau nak harap gebang besar, lidah dan gusi saja baik tak payah!  
 
Itulah ,, masa ada sedikit kuasa dulu tak mahu guna dengan betul dan berhemah,  sekarang bila tah tak ada kuasa baru sibuk nak buat kerja itu dan ini. Kamu anggap semua orang tak buat kerja, kamu perasan kamu saja yang pandai buat kerja, walhal kamu hanya pandai bercakap,, tak lebih dari itu!!

Oleh : rahimothman

AES - Kong Cho Ha bermain wayang tongkol

Oleh Syed Imran
Perdebatan di dalam dan luar Parlimen mengenai pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)  yang menurut Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha (MCA) telah dijadikan isu politik oleh parti pembangkang (Pakatan Rakyat) sebaliknya menunjukkan bahawa Cho Ha sendiri bermain 'wayang tongkol' atas pentas yang bakal roboh. 


Dakwaan atau tuduhan Cho Ha yang cuba mempersalahkan 'musuh politik' Barisan Nasional jelas jauh menyimpang daripada kebenaran.
Ini kerana agensi berita nasional, BERNAMA, yang terletak  bawah seliaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sendiri melaporkan rata-rata anggota Parlimen, saya ulang rata-rata anggota Parlimen,  bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya pelaksanaan AES ditangguhkan.

Mereka, iaitu anggota Parlimen, berpendapat kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sistem itu dilaksanakan.

Saya tak nampak di mana permainan politik parti pembangkang seperti yang dituduh  Cho Ha yang tidak hadir menjawab isu AES ketika dibangkitkan di Dewan Rakyat. Kenapa Cho Ha berbuat demikian hanya dia yang tahu, mungkin dia takut berhadapan dengan kenyataan.

TGHA bertanding di Pekan, Najib bertanding di Bukit Bintang

Takde kawasan lain ke Hadi ni nak cari?


Ura-ura Tok Guru Hadi Awang (TGHA) untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan amat menarik perhatian ramai termasuk diri saya sendiri. Jika benar apa yang di sebut oleh Presiden PAS itu akan terjadi maka BN terpaksa melakukan banyak perkara yang ‘unorthodox’ bagi menampung sokongan yang semakin mengecil terhadap UMNO dan Najib di seluruh negara. 

Tindakan TGHA itu sedikit sebanyak akan menjejaskan prestasi BN di Pahang dan akan memberikan impak yang bukan kecil kepada pengundi-pengundi di kawasan yang kini menjadi harapan kepada PR rakyat di negeri itu. Ada lapan kerusi parlimen yang dalam keadaan ‘reachable’ bagi PR di Pahang sebelum Hadi memberikan indikasi untuk bertanding di Pekan. Jika benar-benar TGHA pergi bertanding di Pekan maka harapan bagi lapan kerusi parlimen di Pahang untuk jatuh ke tangan PR akan bertambah cerah.

Keputusan saya bergantung kepada parti.
Pendeknya keputusan TGHA untuk bertanding di Pekan itu bukan sahaja menjadi isu besar kepada BN di Pekan, malahan ia akan menambahkan pengaruh dan rangsangan penyokong PR untuk memenangi kerusi-kerusi yang selama ini menjadi idaman PR di Pahang itu. Di antara kerusi-kerusi yang memberikan potensi besar kepada PR ialah Raub, Jerantut, Bera, Cameron Highland, dan beberapa yang lain selain dari mempertahankan kerusi Kuantan dan Indera Mahkota.
Mahu tidak mahu pertandingan di antara TGHA dan Najib ini mesti diakui sebagai ‘the fight of the titan’ dan Pekan akan menjadi kawasan yang menjadi fokus rakyat dalam PRU ini. Perlu diingat Pekan bukan semestinya satu kawasan yang mustahil bagi BN dikalahkan. Telah tercatat dalam rekod dan sejarah pilihanraya di negara ini yang BN pernah memenangi hanya 241 undi sahaja dalam pilihanraya 1999 dahulu.  Jika ‘aura’ kebangkitan rakyat meninggi, kedudukan Najib sebagai PM yang selalunya sudah untuk ditandingi akan hilang kerana rakyat bergerak seiring dan sehayun untuk menukar kerajaan yang sudah terpalit dengan persepsi buruk rakyat sekarang ini.

AKHBAR BERITA HARIAN HEBOHKAN HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SAMBUTAN MENGHAMPAKAN!!!!!!


Seperti dijangkakan.. Salah satu lidah biawak rasmi UMNO, Berita Harian telah menerbitkan kisah kononnya sambuatn Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi sambutan cukup menghampakan penganjur.

Untuk menguatkan hujahnya maka diterbitkan kerusi-kerusi kosong sebagai bukti!!!!!

Inilah dinamakan politik primitif zaman batu!!!!... Tidak sedar yang kini kita sudah hidup dizaman alaf baru.. Zaman internet.. Zaman informasi dihujung jari.

UMNO nampaknya semakin terperangkap dizaman purba, zaman syok sendiri, zaman tidak mau menerima realiti.

Demi menjawab fitnah dan penipuan UMNO yang sudah terkantoi lumat lunyai ini, maka dimuat naikkan beberapa gambar sebagai bukti berbicara.