Sabtu, 3 November 2012

Lensa : Himpunan Kebangkitan Rakyat - Malam





Lim Kit Siang: Kebangkitan Rakyat, Selamatkan Negara

1Saman AES, 1Malaysia tolak BN

SEREMBAN: Satu saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan, 1Malaysia tolak BN, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat konsisten mendesak kerajaan menangguhkan AES sehingga kajian terperinci dilakukan.

"Kalau kerajaan tak mahu tangguhkan AES, biar Pakatan Rakyat yang menangguhkannya bila kita ambil alih Putrajaya nanti.

"Ingat semua, satu saman AES, 1Malaysia tolak BN," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, dekat sini, malam ini.

Sesiapa hina Islam, DAP bela agama Islam


SEREMBAN: DAP menyatakan ikrar untuk mempertahankan Islam sekiranya terdapat pihak yang cuba menghina agama itu.

Ketua DAPSY, Anthony Loke berkata isu berkaitan agama akan dipertahankan oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.
Berucap di hadapan lebih 5,000 hadirin, Anthony yang juga Ketua DAPSY Negeri Sembilan, menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang politik perkauman.
"BN sering menggunakan politik perkauman dalam menarik perhatian rakyat. Mereka sering mengeluarkan kenyataan jika Pakatan Rakyat memerintah negara, Melayu akan hilang kuasa.  Sedangkan yang akan hilang kuasa adalah BN.

Himpunan PR saksikan kebangkitan rakyat N9



SEREMBAN:
Biarpun hujan lebat turun tidak berhenti-henti sejak jam 5 petang tadi, namun ianya tidak menghalang ribuan rakyat hadir ke pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini malam ini.

Dianggarkan sehingga jam 9.30 malam, lebih 10,000 orang dari pelbagai kaum memenuhi ruang padang dihadapan pentas dan jumlahnya semakin bertambah menjelang ucapan pemimpin utama Pakatan Rakyat di penghujung program malam ini.

Mereka tetap hadir walaupun terpaksa berpayung, berbaju hujan dan berada dalam becak di tengah padang, semata-mata mahu mendengar amanat dari pimpinan mereka.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP Lim Kit Siang dijangka akan menyampaikan amanat khas malam ini.

Hidup bernafaskan cinta kasih

Oleh Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri
 Perkataan rahmat yang digunakan dalam bahasa kita berasal dari bahasa Arab. Rahmah dari kata rahima yang bermaksud kasih atau kasihan belas. Dari perkataan ini lahirnya perkataan rahim (womb), perkataan ar-Rahman dan ar-Rahim dari akar rahima ataupun rahmat dalam bahasa kita dan lain-lain lagi.



Hidup ini dibina atas cinta dan rahmat. Tanpa cinta dan kasih hancurlah kehidupan. Justeru surah-surah dalam al-Quran kesemuanya – kecuali Surah at-Taubah, bermula dengan basmalah iaitu ‘dengan nama ALLAH ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) Lagi ar-Rahim (Maha Penyayang)’. Hubungan Tuhan dengan manusia serta alam keseluruhannya berasaskan cinta dan kasih. Hubungan manusia dengan Tuhan juga berasaskan cinta dan kasih. Mencintai Tuhan adalah asas dalam keimanan. Sesiapa yang membenci Tuhan maka dia tidak beriman.

Dakwah atas rahmat

Tuhan jadikan  belas kasih dan sayang sebagai asas kehidupan yang sejati. Ketika membicarakan tentang Nabi Muhammad SAW, ALLAH SWT menyebut: (maksudnya) “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (dan) dia pula kepada orang-orang yang beriman sangat belas sayang dan sangat rahmat (kasih) (Surah at-Taubah: 128).

Dilaknat menyanggah hukum-hakam al-Quran

Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
SABDA Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Tidak beriman dengan al-Quran orang yang menganggap hlal perkara yang Tuhan kata haram.” Sama ada dikata halal dengan lidah benda yang Tuhan kata haram, ataupun berlagak seperti barang itu halal sedangkan ia jelas haram hukumnya di sisi Allah SWT. Cara itu pun dikira tidak beriman dengan al-Quran.

Tidak beriman dengan al-Quran sama ertinya tidak beriman dengan yang lainnya, baik beriman dengan Allah dan Rasul beriman dengan Kitab dan beriman dengan hari akhirat semuanya termasuk dalam beriman dengan al-Quran. Ini kerana semuanya dijelaskan dalam al-Quran, jika sudah termasuk tidak beriman dengan al-Quran bererti sama juga tidak beriman dengan Allah SWT dan malaikat-Nya serta qada’ dan qadar dan dengan malaikat juga kitab serta lainnya.
Oleh yang demikian kepada orang tidak menganggap bahawa perkara haram itu haram, dan yang halal itu halal bahkan yang haram dikatakan halal atau sebaliknya, maka orang begitu sikapnya Nabi s.a.w., tidak jamin bahawa mereka seorang mukmin. Tidak mukmin, jika tidak kafir bererti munafik kedudukannya. Setuju atau tidak perkara tersebut tetap begitu.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Hendaklah kamu baca al-Quran selagi ia boleh melarangmu.”

Syed Mokhtar, Raja Kroni Najib Yang Tidak Disenangi Rakyat Malaysia

Oleh Shahbudin Husin
Nama Syed Mokhtar Al Bukhary, orang Melayu paling kaya di Malaysia disebut lagi di Parlimen. Kali ini ia disebut oleh orang yang senama dengannya iaitu Bung Mokhtar, Ahli Parlimen UMNO Kinabatangan yang memang terkenal dengan kelantangan dan ucapan yang kontroversi.

Bung Mokhtar membangkitkan tentang monopoli perniagaan yang diperolehi oleh Syed Mokhtar daripada kerajaan sejak akhir-akhir ini. Selama ini katanya, usahawan itu sudah memperolehi perniagaan di darat, laut serta udara dan tidak mustahil selepas ini di atas kubur pula.

Jika sebelum ini Ahli Parlimen pembangkang sering melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Syed Mokhtar terutama berkaitan kenaikan harga gula dan penganugerahan beberapa projek mega sejak Najib menjadi PM, kini Ahli Parlimen BN juga bagaikan senada dengannya.

Memanglah diakui, sejak Najib menjadi PM pada 2009, hampir semua projek mega diberikan kepadanya. Beliau kini menguasai monopoli perniagaan gula dan beras dan dianugerahkan pula penswastaan dalam perniagaan pelabuhan, IPP, Proton, MRT, Keretapi Tanah Melayu dan banyak lagi.

Siapa bodoh, siapa bijak?

Oleh SELENA TAY
LANGKAH Perdana Menteri Najib Tun Razak membiarkan Presiden MCA, Chua Soi Lek menghina Islam adalah strategi yang mampu merugikan dirinya sendiri dalam zaman teknologi dan kehangatan media sosial era kini.
Bayangkanlah situasi ini. Pada masa Perhimpunan Agung MCA berlangsung pada 20-21 Oktober lalu, PM Najib telah memberi sokongan kepada MCA. Pada masa yang sama beliau juga telah menyerang DAP tetapi gagal menegur Soi Lek yang telah menghina Islam pada 20 Oktober.

PM Najib menyeru rakyat 1Malaysia supaya terus menyokong Umno, MCA dan BN. Apabila ini berlaku, MCA akan dapat memperolehi undi Melayu. Tetapi Umno yang sudah pun kehilangan undi Cina bakal akan kehilangan undi Melayu sekarang kerana orang Melayu sudah tentu akan marah dengan PM Najib dan pemimpin Umno lain yang gagal menegur Soi Lek. Apakah strategi macam ini?

Hujan Tak Malapkan Semangat Himpunan Rakyat

SEREMBAN  3 NOV : Meskipun hujan lebat berterusan dan kawasan tapak digenangi air, ia tidak menghalang orang ramai dari terus membanjiri tapak di Taman Seremban Jaya untuk menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).
Sehingga jam 8.30 malam dianggarkan kehadiran orang ramai telah melebihi 5,000 orang dan dijangka terus bertambah.
Barisan kempimpinan tertinggi PR seperti Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka akan tiba di tapak HKR pada bila-bila masa untuk memberi ceramah.
Selain itu turut kelihatan di tapak HKR, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar  dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Sebelum ini, hadirin di himpunan tersebut dihiburi konsert oleh artis-artis seperti Aishah, Dayangku Intan dan Nizam Laksamana.

Aishah : Umno Bukan Adat Negeri, Tinggalkan Umno


SEREMBAN 3 NOV: Penyanyi terkenal 80-an Aishah menyeru rakyat Negeri Sembilan agar tinggalkan Umno di dalam ucapannya di dalam konsert sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Taman Seremban Jaya di sini.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, berkata meskipun orang Negeri Sembilan kuat berpegang pada adat, tetapi Umno bukanlah sebahagian dari adat Negeri Sembilan.
“Orang Negeri Sembilan harus tahu, Umno bukanlah adat yang perlu kita pertahankan, jadi kita harus tolak Umno yang merosakkan negara ini,” ujar beliau di dalam ucapan ringkas selepas persembahan beliau.
Acara di tapak HKR dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti persembahan nyanyian artis popular 90an, Nizam Laksamana dengan lagu popularnya “Gugurnya Bunga Cinta”.
Selain Aishah dan Nizam Laksamana, antara artis lain yang turut hadir adalah Dayangku Intan dan Vincent Chong.
Selain menyampaikan ucapan ringkas, Dayangku Intan turut menyampaikan lagu popular beliau, “Berpaut Di Dahan Cinta”.
Selain hiburan, majlis petang tadi turut diselang-selikan dengan ucapan pemimpin muda Pakatan Rakyat yang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asal.

Hujan lebat, jalan sesak tapi 5,000 banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat

SEREMBAN 2 November: Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang.
Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas.
Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat.
Antara tokoh yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bakal mendeklamasi puisi malam ini.
Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan,  Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil.
Program dihenti sekitar jam 6.30 petang untuk memudahkan rakyat beragama Islam menunaikan solat, sebelum acara utama diteruskan jam 8 malam.
Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Negeri Sembilan di ambang perubahan politik

SEREMBAN: Ketika para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di sebuah padang usang di Taman Seremban Jaya, Senawang, di tengah-tengah bandar Seremban dianjurkan konsert khas.

Konsert yang dinamakan Majlis Perpaduan Negeri Sembilan Sehati Sejiwa  itu menampilkan penyanyi M Nasir, Hatta, One Nation Emcee dan lain-lain diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Majlis  yang bermula jam 8.00 malam itu dianggap cuba mengalihkan perhatian masyarakat negeri ini dari tertumpu ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan kira-kira 10 km dari situ.

Promosi program ini bukan calang-calang. Bannernya dipasang seluruh bandar Seremban kalau tidak seluruh Negeri Sembilan pun. Ia ada di merata-rata tempat di bandar Seremban ini termasuk di pokok-pokok di dalam hutan taman rekreasi.

Di Senawang, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula sejak jam 3 petang lagi. Ia bermula dengan perarakan masuk rombongan bermotosikal Pemuda Pakatan Rakyat.

Lensa : Himpunan Kebangkitan Rakyat - Petang



Pemuda diajak jatuhkan BN Negeri Sembilan

SEREMBAN: Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuka tirai Himpunan Raksasa Kebangkitan Rakyat dengan mengajak generasi muda menjatuhkan Kerajaan Umno BN negeri itu.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Kharil Anuar Wafa berkata, hanya melalui undi pada Pilihan Raya Umum (PRU ) ke-13 nanti.

"62 peratus undi orang muda menjadi penentuan dalam PRU.

"Kebangkitan golongan muda mencorakkan Malaysia baru. Perubahan di tangan golongan muda.

"Dengan hanya sebatang pensel kita mampu membuat perubahan baru," katanya ketika berucap di acara pembukaan perhimpunan.

Adakah ‘dermawan’ Michael Chia VVVIP Umno BN?

KUALA LUMPUR: Pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pendedahannya mengaitkan keluarga Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan jutawan balak, Michael Chia menimbulkan banyak persoalan.
“Kenyataan Nazri mengesahkan bahawa hubungan Michael Chia dengan beliau dan anak beliau tidak semudah 'sekadar meminjam sebuah kereta Hummer bernilai setengah juta.' Sama seperti kes derma RM40 juta kepada Umno Sabah, takkan derma sebanyak itu diberi tanpa mengharapkan pulangan apa-apa?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim juga bertanya selain menderma RM40 juta kepada Umno Sabah dan meminjam kereta mewah untuk kegunaan anak Nazri, apakah ada lagi ahli politik atau orang institusi awam seperti di Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima habuan berbentuk derma atau pinjaman daripada Chia?

“Adakah Chia kini dilayan seperti seorang VVVIP di dalam Umno sebagaimana seorang pelanggan bank yang membuka akaun mewah di mana-mana bank?

Kerajaan bermentaliti zaman batu wajar ditolak

Malam ini akan berlangsung program Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban dan dijangka lebih dari 50,000 orang akan hadir. Seperti biasa apa sahaja yang dilakukan oleh PR akan mendapat halangan dari pihak berkuasa dan penyokong-penyokong mereka kerana ketakutan mereka melihat kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan yang sejati dalam negara kita.
Program ini telah terpaksa berpindah sebanyak tiga kali untuk mendapatkan tempat yang sesuai kerana penganjur himpunan ini tidak diberikan permit oleh pihak polis. Walau bagaimana pun ia akan tetap diadakan dan lokasi yang dipilih ialah Seremban Jaya yang mampu menampung kehadiran seramai 50,000 orang peserta itu. Ada pihak yang telah mengugut yang program ini akan mencetuskan pergaduhan jika pihak Polis tidak menghalang program ini diadakan.
Beberapa NGO dan ketuanya di kenalpasti sebagai Major (bersara) Razali Zakaria telah mengugut jika program ini masih di teruskan mereka akan menghalangnya seratus peratus dan jangan salah pihak NGO ini jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ugutan pihak ini jelas menunjukkan bagaimana terdesaknya pihak yang mereka sokong sehinggakan mengugut untuk mengganggu program ini serta menghalangnya untuk berlaku.

Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah


SEREMBAN: Program Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya di sini bermula meriah petang ini.

Biarpun hujan lebat turun sejak jam 2 petang tadi, namun kehadiran orang ramai ke sini tidak putus-putus sejak tenga hari.

Tirai program dibuka kira-kira jam 4 petang ini sejurus hujan mula reda dengan ketibaan hampir 200 motor berkuasa tinggi yang berkonvoi dari Stadium Paroi ke tapak program di sini.

Ketibaan mereka turut disambut dengan paluan gendang dan alat musik tradisional dari tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

Pada ketika ini, sudah hampir 5,000 orang memenuhi tapak program biarpun program utama dengan kehadiran pemimpin utama PAS, PKR dan DAP hanya malam ini.

Keadaan padang yang becak tidak sedikitpun menyukarkan orang ramai untuk berada di tengah-tengah padang.

Sementara itu pihak penganjur turut menyediakan kerusi kepada orang ramai yang hadir.

Petang ini juga turut berlangsung ucapan pembukaan dari ketiga-tiga ketua pemuda PAS, PKR dan DAP negeri.

Dan sekarang ini pula berlangsung konsert nyanyian artis-artis yang telah bersama Pakatan termasuk Aisyah dan Dayangku Intan.





Bawa isu Nazri, Michael Chia kepada pihak berkuasa, kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Ekoran beberapa dakwaan yang dibuat Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, tentang hubungan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan peniaga balak Sabah, Michael Chia, Timbalan Perdana Menteri hari ini menggesa pemimpin PKR itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa daripada menuduh perkara yang bukan-bukan tanpa asas yang kukuh.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto fail) menegaskan pihak pembangkang agar tidak menjatuhkan hukuman hanya kerana terdapat satu pihak menuduh, sebaliknya ia perlu di bawa kepada pihak berkuasa untuk dilihat dari aspek perundangan.
“Pihak pembangkang akan kemuka macam-macam ...  kalau dia (Rafizi) fikir tidak berapa tepat, kemuka kepada polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) boleh siasat, kita jangan jatuhkan hukuman kerana satu pihak menuduh,” tegas Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran.
“Jangan mudah buat ‘judgement’, ia mesti dilihat dari prinsip kebertanggungjawaban dan undang-undang.”
Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut Rafizi mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu untuk bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah bekas rakan Kabinetnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mengambil cuti berikutan  hubungannya Michael Chia.
Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia, dikatakan sebagai “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan wang peribadi Musa.

Makin Sombong Dan Bongkak : MCA cabar Pakatan jadikan hudud sebagai manifesto PRU 13



KUALA LUMPUR, 3 Nov — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) untuk meletakkan hudud dalam manifesto pilihan raya ke-13 mereka sekiranya benar menyokong perjuangan PAS dalam menegakkan hukum Islam.
Malah, pemimpin MCA itu juga sedia untuk menerima pelaksanaan hudud sekiranya rakyat negara ini bersedia menerima undang-undang Islam tersebut.
"Saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi.
"Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang (PRU 13).
"Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Chua (gambar) juga turut mencabar DAP untuk menyatakan pendirian mereka,  sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak.
"Sekiranya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi PAS di negara kita.
"Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini.
"Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak," cabar Dr Chua lagi.

Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat Dapat Kebenaran Polis Negeri Sembilan

Seremban, 3 NOV: Sebanyak 200 motosikal dan 50 buah kereta telah berlepas dari Stadium Paroi di sini dan menghala ke Taman Seremban Jaya bagi menyertai “himpunan kebangkitan rakyat” yang bertujuan meningkatkan semangat aktivis Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya ke-13.
Konvoi tersebut berlepas setelah Polis Daerah Port Dickson memberi kebenaran kepada selepas perbincangan dengan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.
Konvoi tersebut berlepas jam 3.30 petang setelah hujan lebat berhenti. 
Orang ramai yg berada di sepanjang jalan turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing dan memberi tanda tangan isyarat bagus.
Dilaporkan sebelum ini bahawa polis Negeri Sembilan tidak membenarkan himpunan dan konvoi tersebut diadakan kerana penganjur “tidak mempunyai permit”.

SU Agung Pas ‘rasa’ Hadi tanding di Marang


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali percaya Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal bertanding di kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara perbincangan mengenainya masih belum dibuat.
“Saya rasa beliau tetap (tanding) di Marang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mustafa Ali Mustafa diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memetik kenyataan Abdul Hadi pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.
"Setakat ini kita tidak ada bincang. Mungkin dia cuma tunjuk kesediaan beliau yang patuh kepada keputusan parti," kata Mustafa.
"Mesej di situ ialah semua orang termasuk dia terpaksa patuh kepada parti,” tambah beliau.
Abdul Hadi, bekas Menteri Besar Terengganu, menyandang kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.
Beliau menang kedua-dua kerusi itu sejak 1990.

Saifuddin: PR belum ada ketetapan Hadi tanding di Pekan


 Datuk Saifuddin Nasution Ismail SHAH ALAM - PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR) belum membuat sebarang pendirian berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertanding di kerusi Parlimen yang disandang Perdana Menteri di Pekan, Pahang.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, setakat ini hasrat Hadi masih belum dibincangkan di peringkat pusat.
“Pengumuman harus dibuat oleh Pas untuk mengesahkan hal ini.
“Kita tidak bincang lagi di peringkat pusat jadi masih tidak ada ketetapan parti dalam hal ini,” ujar beliau.
Semalam, Hadi membuat kejutan apabila mengumumkan beliau sedia bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan,” katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.

Kak Wan : Ucapan pelancaran papan tanda PRU 13

Syaitan Terdesak : Lori Kempen DAP Dicuri!


Sebuah lori Parti Tindakan Demokratik (DAP) dicuri awal pagi tadi di Johor Bharu, Johor menurut laman web berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar tadi.

Lori tersebut yang diletakkan di hadapan sebuah kedai kopi di Taman Tunku Aminah, Skudai dipercayai dicuri sekitar jam 4 pagi ketika pemandunya sedang tidur di kawasan berhampiran.

Ketua pemudanya, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkara tersebut sebentar tadi kepada bekas wartawan portal berita Malaysiakini, Regina Lee.

Seorang saksi kejadian memberitahu lori tersebut kali terakhir dilihat kira-kira jam 1 pagi tadi.

Lori tersebut yang baru saja dilancarkan kurang seminggu lalu bakal menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia dalam usaha mendekatkan diri kepada masyarakat selain mempromosi pelbagai bentuk imbuhan menarik seperti memansuhkan tol, menurunkan harga minyak dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat

Trouble in Sabah: PKR’s ‘ori’ vs ‘photocopies’

Anwar Ibrahim must come up with a quick solution to douse the growing resentment between original members and newcomers 

KOTA KINABALU : There’s  a new catch-phrase greeting in Sabah PKR’s political circles and it is greatly divisive. The greeting is “PKR ori” or “PKR photocopy?”.
“PKR ori” refers to genuine members of the party while “photocopy” addresses those with Angkatan Perubahan Sabah (APS) and Pakatan Perubahan Sabah (PPS) who “refused” to be members of PKR.
APS is led by Tuaran MP who was once deputy president of Upko, Wilfred Bumburing, while PPS is by Lajim Ukin, a former federal deputy minister, who is also Beaufort MP.  Lajim was with Umno and is often referred to as Umno’s westcoast warlord. Their ‘defection’ was much heralded by opposition Pakatan Rakyat.
These parties are now “parked” under Pakatan and and have declared their support of Anwar Ibrahim, PKR’s de facto leader.
The “ori” and “photocopy” catch-phrase is rising in popularity within PKR in Sabah.

Muhyiddin didesak perjelas isu tiga calon BN hadiri program sekolah


Khalid Samad
Khalid ketika memberi penjelasan mengenai individu didakwa calon BN menghadiri program di sekolah tanpa jemputan.
 
SHAH ALAM - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin didesak memberi penjelasan berhubung kehadiran tiga individu disyaki bakal calon Barisan Nasional (BN) ke dua sekolah di sini, minggu lalu dan semalam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mendakwa, beliau mendapat maklumat bahawa individu itu menghadiri program Hari Restu Ibu Bapa Menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tanpa jemputan.

Difahamkan, mereka juga tidak mempunyai anak yang belajar di sekolah berkenaan.

“Mereka hadir dan diberi layanan VIP (istimewa). Saya minta Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin) memberi jawapan sama ada benar atau tidak dakwaan itu.

Pekerja asing mampu raih RM2,000 sebulan di ladang Felda...Peneroka merempat ditanah air sendiri...!!!

Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Malaysia akan terus bekerjasama dengan Kumpulan Felda dalam aspek pengurusan rakyat negara itu yang bekerja di ladang termasuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata kerjasama di antara Indonesia dan Malaysia itu juga adalah untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara bagi menyokong pembangunan ekonomi di negara ini.

Pihak kedutaan sentiasa ingin bekerjasama dengan Felda agar manfaatnya dinikmati bersama dengan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin.

"Setiap pekerja dan majikan tentunya akan ada masalah, masalah ini kita selesaikan sebaik-baiknya jangan sampai yang sedikit ini (masalah) bisa membuat retak hubungan kedua-dua negara," katanya kepada pemberita sempena kunjungannya ke Ladang Kumpulan Felda di Felda Wilayah Trolak di Trolak, malam tadi.

Turut hadir Naib Presiden Eksekutif Felda Global Ventures Holding Berhad, Datuk Khairil Anuar Aziz dan Atase Ketenagakerjaan KBRI Malaysia, Agus Triyanto.

Politik Kotor Dan Samseng : Jangan cemari PRU13, PKR nasihat lawan


Wan Azizah Wan Ismail PETALING JAYA - PKR, komponen Pakatan Rakyat (PR), hari ini melancarkan kempen poster dan papan tanda gergasi, yang pertama seumpamanya, untuk menolak politik kotor Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika berucap merasmikan kempen poster dan papan tanda gergasi PKR di ibu pejabat parti itu di sini berkata, papan tanda ini mengandungi mesej jelas bahawa ia parti yang boleh menjadi sandaran harapan rakyat.

"Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan penipuan pilihan raya, salah guna kuasa dan fitnah politik BN.

"PRU kali ini akan dijadikan medan BN untuk menghambur segala caci nista kepada PKR.

"Sebab itu, PRU13, kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian. Kita mahu mewarnai kempen PRU ini dengan idea, harapan, wajah-wajah rakyat, semangat," kata Dr Wan Azizah.

Siapa kata kontraktor Melayu Pulau Pinang terpinggir? Putar-belit BN terbongkar


GEORGE TOWN, 3 NOVEMBER: Tuduhan BN bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminggirkan kontraktor Kelas F yang kebanyakannya Melayu Bumiputera dianggap tidak berasas apabila jumlah penganugerahan projek kepada kontraktor berkenaan meningkat setiap tahun selaras dengan pertambahan peruntukan pembangunan kerajaan negeri.
“Pada 2010, nilai kerja projek pembangunan negeri yang ditawarkan kepada kontraktor Kelas F bernilai RM38.5 juta iaitu meningkat sebanyak RM26.8 juta berbanding 2009,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2013 semalam.
“Pada 2011 juga mencatat peningkatan ketara di mana nilai projek berjumlah RM67.9 juta ditawarkan jabatan dan agensi kerajaan negeri kepada kontraktor Kelas F,” katanya.
Menurut Guan Eng, sehingga September 2012, nilai projek yang ditawarkan kepada kontraktor Kelas F adalah berjumlah RM57.02 juta.
Prihatin, Pulau Pinang tubuh majlis Rundingan Kontraktor Kelas F

Konvoi Kembara Oren dihalang di Sg. Siput oleh Syaitan Dikenali...


 
KUALA LUMPUR: Konvoi 20 kenderaan Kembara Oren Selamatkan Felda ke Felda Lasah di Sungai Siput, Perak berdepan halangan apabila dikepung lebih 100 orang yang meyekat perjalanan mereka.


Insiden itu berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, sejurus pasukan konvoi yang turut disertai Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman tiba di pintu masuk gugusan felda berkenaan.

“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya kepada Harakahdaily.

Mazlan berkata, beliau turut disentap keluar dari kereta oleh beberapa pemuda dan menolaknya.

Tidak cukup dengan itu, kumpulan itu juga katanya turut mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.

Keadaan itu kemudian menjadi makin tengang dan sekurang-kurangnya 10 anggota polis turut berada di tempat kejadian.

PKR lancar ‘Pakatan Harapan Rakyat’

Fasa pertama sebanyak 10 bilboard akan dipasang, dan fasa kedua kempen secara online akan dilakukan

PETALING JAYA: PKR selangkah lagi menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) apabila melancarkan kempen bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ sebagai medium menyahkan fitnah politik BN.
Menurut Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, PKR menjadi parti politik pertama yang menjalankan kempen ini.
Katanya, kempen tersebut mengetengahkan idea,harapan dan wajah rakyat untuk memberi kelainan kepada Malaysia.
“PRU kali ini akan jadi medan BN untuk menghambur segala caci nista kepada keadilan (PKR)
“Sebab itu PRU-13 ini kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian mereka. Makanya kempen poster dan papan tanda gergasi ini adalah pendekatan kita untuk menolak kempen berbaur fitnah yang akan dimainkan oleh BN,” katanya ditemui selepas perasmian kempen itu di Ibu Pejabat PKR pagi tadi.
Beliau turut menafikan bahawa kempen ini bukan untuk propaganda namun membawa mesej,warna dan harapan rakyat.

Ugutan UMNO Untuk Tumpahkan Darah Di Himpunan Rakyat Petang Ini

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis
SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban hari ini, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria semalam.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:

‘Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah’.

Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.

Umno: Kenyataan Hadi pelik, boleh makan diri..ha.ha..UMNO makin goyang, terkejut beruk...!!!


Ahmad Maslan PONTIAN - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertanding di Pekan, yang kini disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai "pelik".

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya melihat perkara tersebut sebagai pelik memandangkan Parlimen Pekan bukan kubu kuat Pas, DAP mahupun PKR.

Ketiga-tiga parti itu komponen Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga menasihatkan agar Hadi, kini Ahli Parlimen Marang, Terengganu, tidak mengambil tindakan yang boleh 'makan diri' sendiri.