Jumaat, 2 November 2012

Jangan rasis, majikan diberi amaran



Dr Subramaniam KUALA LUMPUR - Majikan di negara ini diingatkan supaya tidak mengamalkan diskriminasi kaum dalam proses pengambilan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, majikan perlu bersikap terbuka dengan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu yang menghalang mana-mana kaum daripada menyertai organisasi mereka.

"Sekiranya ada bukti diskriminasi belaku, kementerian boleh mengambil tindakan terhadap majikan berkenaan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Batu Caves di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di sini hari ini.

Dr Subramaniam mengulas laporan sebuah portal berita mengenai satu kajian berhubung kecenderungan majikan Malaysia memihak kepada pemohon kerja daripada kaum tertentu berbanding kaum lain.

“I don’t sleep with my son – I am not gay (homosexual) – Nazri Aziz

If the way to a man’s heart is through his stomach, then the way to an Umno politician’s heart, is through his spouse or children. In Malaysia, cronies beat a path to the politician’s door, to provide material goods for his family members.
Only the naïve would think their acts charitable. Cronies do it for personal gain: tenders for contracts, to avoid the law, a means to fleece the public through subsidies or when government projects are ‘outsourced” like the AES (Automated Enforcement System) aka “speed traps”.
Plum jobs and multi-million dollar government contracts are reserved for the offspring of Umno politicians, their cronies and pro-Umno civil servants.
The rakyat have heard of a few of the children of ministers who are allegedly involved in cronyism and corruption, but there are many more ministerial children of whom we have heard nothing, yet.
Whose son was allegedly awarded the RM128.4 million air traffic control system contract, through a “closed tender” process? This air traffic control system was allegedly faulty and risked the lives of millions of airline users.

Transcript: Top UMNO Spinner Nazri speaks to the Press

De facto Law Minister Mohd Nazri Abdul Aziz said that he sees no problem with his son driving businessman Michael Chia’s Hummer SUV.
He said that if a certain Opposition figure (name withheld due to legal reasons) is not worried about a leaked video purportedly depicting himself having a tryst with a foreign sex worker, then there is no reason why he should be.
Reporters had questioned Mohd Nazri at his office after the allegation on the Hummer was exposed by PKR leaders at the Parliament lobby today  (November 1).
The full transcript follows:
Nazri: He (Rafizi Ramli) got no locus standi.
Reporters: (Batu MP) Tian Chua and (Ampang MP) Zuraida (Kamaruddin) were there also.Then bring him to Parliament lah.
We can show the stuff that they (PKR) have done.
I saw. If it is an offence… Ask Tian Chua to ask me… If it is an office, report to the Police… If I have done any offence, report me to the MACC.
Basically they just said it is a conflict of interest.
Who asked the questions?
All three of them (Zuraida, Tian Chua and Rafizi).

KEMPEN PENJENAMAAN PILIHANRAYA (ELECTION BRANDING CAMPAIGN)


KEADILAN akan melancarkan kempen penjenamaan pilihanraya (election branding campaign) lebih awal dan menjadi parti yang pertama melancarkan poster dan papan tanda pilihanraya.

Satu majlis pelancaran ringkas akan disempurnakan oleh YBhg Dato' Seri Dr Wan Azizah Ismail, Presiden KEADILAN bagi menandakan bermulanya kempen poster dan papan tanda pilihanraya KEADILAN
Bersempena pelancaran itu yang akan bermula jam 9 pagi, hari Sabtu 3 November 2012 di ibu pejabat KEADILAN, satu papan tanda kempen gergasi telah dipasang di ibu pejabat KEADILAN.

Selamat Tinggal Zambry Kadir?


Sudah hampir pasti menteri besar haram Perak, Zambry Kadir tidak akan dipilih sekali lagi menerajui negeri yang pernah bergolak ekoran rampasan kuasa secara haram oleh Barisan Nasional (BN) yang didalangi timbalan perdana menteri ketika itu yang kini perdana menteri, Najib Altantuya.
Walaupun hampir sah Zambry akan diletakkan semula di kerusi DUN Pangkor yang diwakilinya sekarang, veteran Umno sendiri pun tidak yakin kepimpinan Zambry menepati hasrat rakyat negeri itu yang mahukan lebih daripada seorang jurucakap semata-mata.
Pengumuman Zambry yang mendahului hasil kajian menyeluruh yang dilakukan Jabatan Geologi dan Mineral berkenaan penemuan emas di negeri yang kaya dengan bijih timah satu ketika dahulu tidak cukup untuk menyelamatkan kedudukannya sendiri.

SAMM Gerak Kemuncak Mobilisasi Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov

Kenyataan Umum
2 November 2012
SAMM Gerak Kemuncak Mobilisasi Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat 3 Nov
Setelah hampir seminggu terlibat secara serius dengan kerjasama rakan sekutu dalam Jelajah Pra-Himpunan 3 November termasuklah beberapa siri ceramah, menaikkan puluhan kain rentang dan ribuan poster, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus menggerakkan mobilisasi untuk Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang kini memasuki fasa kemuncaknya dengan aktiviti “Siaraya Perdana” selama 3 jam ke seluruh pinggir bandar Seremban.
Siaraya Perdana SAMM akan bermula pada jam 12 tengahari berkumpul di Dataran Senawang dan akan berakhir jam 3 petang di Stadium Paroi, seterusnya akan bersama dengan kumpulan besar Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat. Sepanjang 3 jam perjalanan Siaraya Perdana SAMM, beberapa lokasi menjadi pilihan untuk edaran risalah dan sesi penerangan ringkas sambil ‘menghasut’ orang ramai hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung di Seremban Jaya.
Sesi siaraya akan berakhir di Stadium Paroi pada jam 3 petang dan sebuah konvoi lebih besar akan akan bermula dari Stadium Paroi yang akan berakhir di tapak program Himpunan Kebangkitan Rakyat. Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan menggegar bandar Seremban dan seterusnya menjana arus perubahan di Negeri Sembilan.

Bahrain protest ban fails to stop street clashes

PBT PRO UMNO HALANG DAP HULUR BANTUAN KEPADA MANGSA RIBUT DI AYER KEROH HEIGHT

MBSA Perlu Perjelas Lulus Kompleks Hiburan Di Padang Jawa


SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini diminta menjelaskan mengapa permohonan IRDK Land untuk membina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif  di Padang Jawa diluluskan sedangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah bertitah agar tiada sebarang pusat hiburan dibina di Shah Alam.
Selain melanggar titah baginda sultan, Kompleks tersebut yang masih dalam pembinaan itu juga mendapat bantahan penduduk beberapa buah kampung di Padang Jawa.
Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.
Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beliau ada dimaklumkan oleh pegawai MBSA bahawa pihak istana telah memberikan lampu hijau terhadap kompleks hiburan tersebut.

Kak Ijat : Rang undang-undang antilompat parti hanya ‘gempak politik’

GEORGE TOWN, 2 Nov — Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan langkah kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan rang undang-undang antilompat parti sebagai gimik dan sandiwara politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau berkata sebenarnya ia merupakan cubaan Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menimbulkan sesuatu isu.
“Itu semua gempak politik, sandiwara Guan Eng... dia cari macam-macam isu... nak mempopularkan diri dia sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah ibu tunggal, M. Sithalachemy, 57, di Sungai Ara, dekat sini hari ini.
Semalam, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan rang undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan.
Rang undang-undang itu memperuntukkan seseorang anggota dewan yang telah dipilih sebagai calon sesebuah parti politik hendaklah mengosongkan kerusinya sekiranya dia melepaskan atau dilucutkan keanggotaannya atau berhenti daripada menjadi anggota parti politik tersebut atas apa-apa juga sebab.
Shahrizat berkata tindakan itu juga jelas menunjukkan Lim sudah hilang keyakinan terhadap anggota parti pakatan pembangkang dan pentadbirannya.

Syabas Tuan Guru Abdul Hadi Awang Lawan Najib Di Pekan

Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berseloroh dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen yang baik dan serius.
Sewajarnya ketua sebuah parti berdepan dengan ketua sebuah parti yang bertentangan. Jangan persoalkan apakah Pekan itu kawasan lawan atau tidak, yang pentingnya Abdul Hadi ke situ bagi menumbangkan ketua parti yang dimusuhinya.

Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ. Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.

Yang membela Islam tiga orang Cina

HAMPIR menitis air mata menahan sebak melihat yang membela Islam dicerca Dr. Chua Soi Lek dan pemimin MCA ialah orang Cina dipercayai ketiga-tiganya bukan Islam.

Jika yang sensitif apabila Islam dicerca ialah orang Islam, orang PAS dan orang yang beriman, tiada suatu yang luar biasa kerana orang Islam tidak  wajar membisu apabila agamanya dicerca.

Tetapi amat menakjubkan apabila rakan-rakan Cina yang tampil menyifatkan Soi Lek dan  MCA menghina Islam seperti yang disuarakan oleh Anthony Loke, MP DAP Rasah, kolumnis SIANG MALAM di Harakah, Lim Hong Siang dan seorang penulis lagi Sarena Tay.

Pada mereka apa yang cakap oleh Soi Lek dan semua pemimpin MCA dalam perhimpunannya dua hari pada 20 Oktober lalu adalah menghina Islam, hudud dan PAS.

Mereka bukan orang Isalam, bukan beriman dengan hudud dan bukan pejuang PAS. Mereka adalah pembawa berita sebenar dan pembuka mata, sesuai dengan ajaran ilmu kewartawanan iaitu berita adalah maklumat berunsur kejutan seperti anjing digigit orang. Bukanlah berita lagi kalau orang digigit anjing.

Cover Line : 'Kohilan, Kamalanathan tak hadir mesyuarat lulus kondo'

Satu sumber di Majlis Perbandaran Selayang mengesahkan bahawa dua orang bekas ahli majlisnya Datuk A Kohilan Pillay dan P Kamalanathan tidak menghadiri mesyuarat majlis penuh yang meluluskan kondominium kontroversi berhampiran kuil Batu Caves.
“Ya. Kohilan dan Kamalanathan tidak hadir ke mesyuarat majlis penuh itu," kata sumber ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Presiden MPS Datuk Zainal Abidin Aala dijangka akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam sedikit masa lagi.

Rancangan untuk pembinaan kondominium 29 tingkat itu menjadi tumpuan selepas jawatankuasa kuil, diketuai pemimpin MIC termasuk presiden Datuk Seri S Samy Vellu, mengadakan demonstrasi bagi membantah rancangan tersebut.

Anggota exco Selangor Ronnie Liu kemudiannya mendedahkan dokumen yang menunjukkan bahawa BN meluluskan projek tersebut pada 2007 ketika mentadbir Selangor.

Liu dilaporkan berkata, Kohilan dan Kamalanathan merupakan antara yang bertanggungjawab meluluskan projek kondominium itu.

Timbalan menteri luar dan MP Hulu Selangor itu masing-masing kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

JADILAH PERDANA MENTERI MALAYSIA, BUKAN PERDANA MENTERI PAHANG! BERIKAN ROYALTI KELANTAN. TAHNIAH RAKYAT PAHANG


Kenyataan Media NGO R MALAYSIA berkenaan isu WANG EHSAN PAHANG.
JADILAH PERDANA MENTERI MALAYSIA,
BUKAN PERDANA MENTERI PAHANG!
BERIKAN ROYALTI KELANTAN.
TAHNIAH RAKYAT PAHANG

Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai R, yang kini sudah menubuhkan R MALAYSIA, gabungan lebih 100 buah badan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Sarawak, Johor dan semua negeri di Malaysia bagi mengetuai isu tuntutan royalti di seluruh Negara pada perlancarannya 3 Oktober 2012 lalu di Shah Alam, Selangor.

R MALAYSIA ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Negeri Pahang dan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa Negeri Pahang layak menerima bayaran tunai RM100 juta daripada 5 peratus pengeluaran minyak di Medan Bertam, 160km daripada perairan Pahang.

Pengeluaran minyak yang dijangkakan akan dicapai pada suku ke 3 pada tahun 2014,  dengan sasaran pengeluaran berjumlah 17,500 hingga 20,000 tong sehari dengan rizab minyak 64 juta tong dalam Blok PM307, Lembangan Melayu Utara (North Malay Basin).

R TUNTUT BAYARAN TUNAI @ ROYALTI BUKAN WANG EHSAN

Pilih satu dari dua jenis permuafakatan: yang hak atau yang bathil

Saya selalu bercakap tentang memulakan perubahan dan menjadikan negara ini kembali kepada keadaan asalnya, iaitu sebuah negara yang mempunyai tahap politik, budaya kehidupan dan ‘ambience’ yang baru, maksud saya keadaan seperti yang pernah kita alami dahulu.
Kita mahukan politik ini menjadi hak rakyat semata-mata dan bukannya ditentukan serta dibentuk oleh pimpinan yang mewujudkan suasana yang tidak sihat dalam politik negara. Kita mahukan sebuah negara yang mana kita akan tidak henti-henti menaruh harapan dan semua pihak berusaha untuk mencapai sebuah negara yang bersatu padu di antara kaum, cara hidup dan agama yang berbilang-bilang.
Hakikatnya Tuhan telah menjadikan kita berkaum-kaum dan berbangsa-bangsa serta berlainan budaya hidup untuk mengenali di antara satu dengan yang lain dan seterusnya menghormati sesama rakyat yang berbilang bangsa dan cara hidupnya ini. Usaha awal sedang berlaku di mana rakyat melalui parti-parti politik mereka sekarang mula melakukan dan bermuafakat untuk mencapai matlamat yang baik, walaupun mereka ada perbezaan samada cara hidup dan kepercayaan serta bangsa-bangsa yang berbeza-beza.
Kita telah berjaya dengan permuafakatan di antara parti-parti di dalam BN dahulu, tetapi sekarang cara dan kaedah itu telah tidak lagi mampu untuk mengekalkan keadaan kesatuan di antara kaum kerana setiap parti masih lagi terikat dengan semangat perkauman yang tinggi dan ini amat merbahaya untuk generasi yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada lagi di dunia ini.

IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?

HAMID SANGGUP MATI DEMI IBU PERTIWI!


ANAK JATI....Hamid Hassan, anak jati Tawau merupakan pesara Yayasan Sabah. Hamid menyertai politik pada tahun 1987 sebagai Ketua Cawangan Parti Bersatu Sabah di Tanjung Batu Laut Tawau. Hamid dilantik sebagai Ketua Kampung Tanjung Batu Laut pada tahun 1990. Pada tahun 1995, Hamid menyertai UMNO dan menjadi Ketua Cawangan Tanjung Batu Laut.

SEDUTAN BUKU IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?

HAMID @ ZAINI HASSAN, merupakan pejuang ulung yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri, Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Ketua Komponen Parti Barisan Nasional menyuarakan kebimbangan dan teguran yang bernas berhubung isu kerakyatan songsang.

Sebagai Lelaki Sejati, walaupun diugut, diherdik, dicaci, dicerca dan disoal siasat bagaikan penjenayah, namun Hamid bersemangat waja dan berjiwa perwira. Tidak takut oleh ugutan dan tidak gentar oleh tekanan pihak berkuasa.
Kesan daripada tekanan mental dan paksaan fizikal, Hamid lumpuh selama lebih 3 tahun akibat serangan darah tinggi, kencing manis, gout dan lemah jantung. Kini dengan penuh semangat membara Hamid kembali memperjuangkan isu petualangan sindiket kad pengenalan projek setelah mampu berjalan kembali. Wawancara ini menyerlahkan segala-galanya.
Mutalib: Alhamdulillah saudara sudah beransur sembuh. Semangat saudara cukup kuat. Apakah saudara masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang tergendala kerana uzur?

HAMID: Syukur Alhamdulillah di atas doa saudara dan seluruh rakyat Malaysia. Saya sudah beransur pulih setelah mendapat ujian Illahi selama hampir 3 tahun. Ikhtiar saya berhasil. Semangat saya tidak patah sekalipun saya telah meninggal dunia kerana roh dan perjuangan saya sudah sebati. Tuhan hanya beri saya CUTI PANJANG daripada menulis, tetapi fikiran dan jiwa saya terus membara memperjuangkan isu PATI tanpa jemu.
TIDAK ADA yang dapat menghalang saya. Saya yakin dan percaya perjuangan yang ikhlas dan menjulang kebenaran akan menang sekalipun menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Kalau boleh saya ingin TUTUP MATA (mati) setelah PATI sifar!
Mutalib: Apakah mereka (Polis) masih ganggu saudara sekalipun dalam keadaan uzur?

HAMID: Ya. Mereka tetap mendesak saya datang ke Balai Polis atau Penjara Air Panas untuk mengambil kenyataan, tetapi saya bertegas mengatakan bahawa saya uzur dan bersedia disoalsiasat di rumah kerana saya tidak dapat berjalan dan terasa lemah sekali. Ada juga yang datang ke rumah dan ada juga yang berdegil menyuruh saya ke Balai. Tetapi saya tidak endahkan mereka. Syukurlah ini baru boleh bangun. Tiga bulan lalu angkat kakipun tak boleh.
Mutalib: Kenapa saudara tidak berhenti sahaja daripada mengkritik kerajaan dan berehatlah kerana kesihatan tidak mengizinkan?

KANTOI LUMAT LUNYAI!!!...UMNO KHIANATI JANJI DAN MENIPU RAKYAT SABAH!!!!!



BN penipu. UMNO Penipu. Sewaktu Kerajaan BERJAYA memerintah. Harris telah berjanji akan membina sebuah jambatan Menumbok-Labuan.

2 tahun kemudian selepas penyerahan Labuan dengan tanpa restu rakyat Sabah, untuk memenangi hati rakyat, Dr. Mahathir sekali lagi berjanji akan membina jambatan tersebut kerana katanya Labuan amat penting sebagai pusat perbankan persisir pantai.

Sewaktu Abdullah Badawi menjadi PM dia juga berjanji akan meneruskan proses pembinaan jambatan tersebut dgn alasan Labuan penting untuk pembangunan sebagai pulau bebas cukai dan pusat industri minyak dan gas tetapi jambatan selat teberau menghubungkan Johor-Singapore pula yg siap.

Kini, Najib jadi PM tiada jambatan pun dibina malah menteri wilayahnya berkata "TIADA JANJI JAMBATAN LABUAN".

Apa erti semua ini? Kita sudah ditipu oleh BN UMNO.


SUDAHLAH KHIANATI JANJI... PENIPU PULA!!!!!... ITULAH DIA UMNO PARTI YANG BAKAL TERSUNGKUR PADA PRU 13 NANTI!!!!

INILAH DIA.. APABILA RAKYAT SABAH TUNTUT JANJI UMNO/BN YANG BERJANJI DUA DEKAD YANG LALU AKHIRNYA RAJA NONG CHIK KATA TIADA JANJI DITABUR....

TUNGGU SAJA PRU 13 NANTI... RAKYAT SABAH AKAN KUBURKAN UMNO....INI KALI LAH!!!!!

UMNO GERSANG IDEA, MUFLIS POLITIK...DULU KUTUK DAN CACI KINI IKUT APA YANG PKR/PR BUAT!!!!!..HA..HA..HA...


Dulu bukan main lagi mengutuk, mencaci dan menghina bas Jelajah Merdeka Rakyat PKR.

Tak cukup dengan cacian dilempar dengan cat merah dan lontaran batu.

Sekarang pihak UMNO jilat balik kahak pekat hijau mereka.

Sudah ada bas diberi nama JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA MALAYSIA dengan wajah Najib dan Muhyiddin dipaparkan.

Apa punya ketandusan buah fikiranlah UMNO ni.. dahlah pemimpin tertinggi tiada buah nak berdebat dengan DSAI.

Sebab itu.. lain kali jangan terlepas cakap. Kan sekarang meniru cara dan gaya kempen PKR/PR..

Sekarang muka siapa yang malu?... Ooppss terlupa admin.. UMNO mana ada kulit muka nak tahu malu!!!!!

Johor sedang dilanda angin perubahan

Johor sedang dilanda angin perubahan
KHAIRUL Faizi Ahmad Kamil, 39, adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat. Dalam masa yang sama beliau adalah Yang Dipertua PAS kawasan Kluang, Johor.
Beliau adalah antara tokoh muda PAS yang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada politik. Kerja sepenuhnya masanya adalah ahli politik.
Menjadi rutin mingguan Khairul Faizi untuk pulang ke Johor, bersama rakan-rakan dalam PAS dan Pakatan Rakyat di Kluang.
Minggu lalu, ketika penulis turun ke Johor, beliau sibuk menguruskan majlis dialog pemimpin PAS Johor dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di sebuah hotel di Kluang, antara bandar utama di Johor selepas Johor Bahru.
Malamnya, mereka mengadakan ceramah di depan Pejabat PAS Kawasan Kluang. Ia disertai oleh pelbagai pihak termasuk penduduk bukan Islam di bandar Kluang.
Khairul Faizi hanya baru menjadi Yang Dipertua PAS Kluang sessi lalu. Namun beliau sudah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum iaitu tahun 2004 dan 2008. Kedua-duanya beliau kalah di DUN Mahkota dalam parlimen Kluang.
Dalam pilihan raya 2004, beliau hampir hilang wang deposit apabila hanya mendapat 4,107 undi sedangkan lawannya dari Umno mendapat 19,045 undi.
Namun dalam pilihan raya 2008, Khairul Faizi mendapat 9,809 undi iaitu peningkatan 100 peratus manakala lawannya mendapat 17,487 undi.

PR teruskan Himpunan Kebangkitan Rakyat esok

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) tetap dengan pendirian mahu mengadakan  Himpunan Kebangkitan Rakyat esok walaupun mendapat tentangan beberapa pihak.

Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, PR tidak akan berganjak daripada pendirian meneruskan perhimpunan tersebut demi kepentingan  rakyat.

Menurutnya, perhimpunan tersebut adalah kehendak rakyat dan PR sebagai pelaksana program akan bersama mereka untuk menjayakannya.

Tambahnya, "seperti biasa, kita akan tetap buat himpunan itu pada tarikh dan masa ditetapkan."

"Kita tahu ramai yang menghalang, tetapi perhimpunan ini adalah kehendak dan permintaan rakyat, jadi kita akan jayakannya.

"Itu kata mereka (pertubuhan badan bukan kerajaan), tapi kita akan buat," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Ibu Kugan: Saya tak percaya laporan bedah siasat pertama

N Indra - ibu kepada A Kugan - memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau tidak percaya laporan bedah siasat pertama ke atas anaknya itu, kerana beliau percaya Kugan meninggal dunia akibat dipukul sewaktu ditahan oleh pihak polis.

NONEIndra (kiri) - yang memfailkan saman sivil RM100 juta terhadap
kerajaan dan polis - memberitahu mahkamah bahawa bercanggah dengan laporan bedah siasat pertama yang menemui 22 kecederaan pada badan Kugan, laporan bedah siasat kedua pula memperincikan 45 kecederaan yang dialami anaknya itu.

Selain Indra, peguamnya, N Surendran juga memberi keterangan dalam prosiding di mana video Kugan terbaring di bilik mayat Hospital Serdang pada malam pada 20 Januari 2009, turut ditunjukkan di mahkamah.

Calon BN dilayan bagai VIP di sekolah

NONEAhli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendesak Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan berhubung dakwaan kehadiran individu disyaki bakal calon BN di majlis yang diadakan di sekolah dalam kawasannya.
Khalid mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa individu didakwa bakal calon BN tersebut menghadiri majlis itu "tanpa jemputan dan diberi layanan VIP" oleh pihak sekolah pada minggu lalu.

"Saya minta Menteri Pelajaran (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk memberi jawapan sama ada benar atau salah. Saya nak beritahu saya ada gambar-gambarnya," kata Khalid dalam sidang media di pejabatnya petang ini.
Beliau mendakwa, kejadian itu berlaku di dua buah sekolah menengah, melibatkan kehadiran calon BN untuk kerusi DUN dan kerusi parlimen Shah Alam.Sedangkan, pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah walaupun ketika tanah sekolah itu masih belum diserahkan oleh kerajaan negeri kepada kementerian, katanya.

MP dakwa panggung wayang di Shah Alam 'projek BN'


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendakwa satu projek pembangunan kompleks panggung wayang dengan ruang eksklusif di kawasannya, yang menerima bantahan penduduk setempat, adalah satu "projek BN".
"(Jenis projek seperti) ini merupakan projek yang dijalankan oleh BN, bukan Pakatan Rakyat.

"Jangan kaitkan dengan dengan Pakatan, Umno akan mainkan (ini) bila siap (bahawa) inilah (projek) Pakatan, katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Beliau mendakwa, syarikat pemaju tersebut dimiliki oleh seorang bekas calon bekas calon BN daripada MIC yang pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2008 di Perak.

NONE"Yang terlibat bukan orang Pakatan," katanya yang berkeras bahawa Pakatan Rakyat tiada kena mengena dengan projek berkenaan.

Beliau juga mendesak Majlis Bandaraya Shah Alam memberi penjelasan rasmi berhubung kelulusan projek berkenaan yang turut melibatkan pembinaan ruang eksklusif itu.

Sedangkan sebelum ini, iklan yang dipaparkan pada pagar bangunan tersebut hanya menjelaskan rancangan untuk membina pusat komersial dan bukannya tempat hiburan, katanya.

'Nazri juga bertanggungjawab apa dia beritahu Parlimen'


 
Menteri kabinet, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, adalah bertanggungjawab secara peribadi terhadap apa yang mereka cakap di Parlimen.

Mereka tidak boleh memberi alasan bahawa mereka hanya membaca apa yang pegawai mereka sediakan, kata Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
"Seorang menteri boleh gubah apa yang diberi oleh pegawainya.

"Dia boleh memilih ayat yang untuk digunakan di Parlimen, dan mesti berpuas hati dengan semua bukti diserahkan kepadanya," kata Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu hari ini.

Tian Chua mengulas kenyataan Nazri semalam bahawa tidak ada konflik kepentingan berkaitan dakwaan anak lelakinya menggunakan kereta mewah jutawan balak, Michael Chia.

Peta Tapak Lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat

Klik untuk Besarkan Imej

Islam, Sekolah Agama Rakyat, masjid dan surau terbela di Pulau Pinang


GEORGE TOWN 2 NOVEMBER: Tuduhan UMNO/BN bahawa kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP sebagai ”anti-Islam” terbukti tidak benar apabila Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) itu terus ”Memartabatkan Agama Islam” dalam Belanjawan Pulau Pinang 2013 yang bertemakan Agenda Ekonomi Saksama.
Selain menjadikan masjid dan surau sebagai institusi merangkumi aktiviti kemasyarakatan, sebanyak RM13.84 juta daripada RM46.42 juta peruntukan bagi memartabatkan agama Islam disediakan untuk pembangunan sekolah agama rakyat (SAR).
Ia berbeza sama sekali dengan Belanjawan Kerajaan Persekutuan 2013 yang tidak menyediakan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, peruntukan untuk pembangunan agama Islam bagi 2013 termasuk usaha meneruskan pembinaan masjid baru yang mengambil kira prasarana mesra OKU.

AES Pulau Pinang sasar basmi kemiskinan 2013


GEORGETOWN: 'AES' atau 'Agenda Ekonomi Saksama' menjadi tema Bajet 2013 Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sasaran utamanya untuk menghapus kemiskinan pada tahun 2013.

Agenda ini memfokuskan bebebarapa perkara bagi meningkatkan ekonomi serta mengekalkan langkah-langkah kebajikan kepada rakyat.

Pagi tadi semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pembekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2013 di persidangan Kedua Penggal Ke Lima Dewan Undangan Negeri Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) mengkhabarkan bahawa dasar Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) telah berjaya membuka mata pemimpin agar tidak lagi mengamalkan dasar lama yang merugikan setiap kali pembentangan bajet.

Kali ini, kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM970, 561,310 untuk dibelanjakan tahun 2013 nanti.

Guan Eng berkata, kerancakan ekonomi penting untuk menjadikan negeri ini berstatus maju di arena antarabangsa dengan pendapatan tinggi meskipun ekonomi global tidak menentu.

PKNS Kemukakan Notis Tuntutan Terhadap Utusan Malaysia Dan Zaini


SHAH ALAM, 2 NOV : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mengemukakan notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan “Cuit” akhbar itu, Zaini Hassan, berhubung artikel yang berunsurkan fitnah terhadap pemaju hartanah itu.
Tindakan ini selari dengan saman Kerajaan Selangor terhadap akhbar itu yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu ini.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, artikel yang disiarkan dengan tajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” bertarikh 31 Oktober 2012 seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes yang tidak sah, terlibat dengan kesalahan jenayah, tidak jujur, korup dan tidak beretika.
Beliau berkata, penyiaran artikel berkenaan juga memberi gambaran seolah-olah PKNS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor.
“Kenyataan yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul periksa dengan tujuan tertentu,” katanya.

Today in History for November 2nd

Myanmar's Muslim refugees strain villages

Peminat Kelantan Rela lepaskan Mat Yo

Baram-ACT 2: Baram dam kill them second time

PKNS : PREC Martabatkan Usahawan Melayu Dan Bumiputera - INFO 12

Belia Sijangkang : Kursus Penyembelihan Binatang Halal - Salam Selangor

NGO rancang demo bantah keganasan penguatkuasa

Royalti 20 peratus baik untuk rakyat Sabah

Global Ikhwan nafi mahu hidupkan ajaran sesat

Khalid Samad - Fitnah Umno Tentang Isu Penjualan Arak & Judi

PRU 13 : Lelaki, wanita sama penting dalam pilihan raya


MARANG: Penglibatan wanita dalam amalan sistem pilihan raya adalah sama penting dengan kaum lelaki bagi setiap satu undi yang diperolehi oleh mana-mana parti.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, penglibatan muslimat sangat penting kerana seorang pengundi wanita sama dengan pengundi lelaki.

Apatah lagi, katanya rakyat berdepan dengan kerajaan yang banyak melakukan kejahatan dan kemungkaran.

“Apa lagi kita berdepan dengan kerajaan yang banyak melakukan kejahatan dan melakukan kemungkaran sama ada yang nampak, yang tidak nampak. Di sana ada kejahatan yang rakyat tidak nampak.

SPR pamer rang daftar pemilihan tambahan suku tahun ke-3

Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) Suku Tahun Ketiga 2012, yang menyenaraikan 135,214 permohonan pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat pusat mengundi, kini dipamer di 948 lokasi seluruh negara sehingga 6 November ini.
  
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata permohonan pendaftaran itu melibatkan 106,168 pendaftaran pemilih baru dan 29,046 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih sedia ada yang berdaftar dengan SPR.

Beliau berkata setiap permohonan akan melalui 148 tapisan termasuk semakan maklumat peribadi seperti kewarganegaraan, umur kelayakan dan kelayakan untuk menjadi pengundi tidak hadir sebelum dimasukkan ke dalam data Rang DPT itu.
  
"Jika sesuatu permohonan itu tidak melepasi tapisan tersebut, borang permohonan tidak akan didatakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  

Johor: Pendapatan turun, projek kucar-kacir




 KUALA LUMPUR: Johor bukan sahaja mengalami penurunan pendapatan, malah projek mega di negeri itu pula gagal dan kucar-kacir, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Laporan Ketua Audit Negara menyatakan pendapatan Johor turun 18 peratus pada 2011.

"Itu penurunan pendapatan, sekarang pula projek Hab Petroleum Asia pula kucar-kacir apabila Asia Petroleum Hub Sdn Bhd (APH), dibubarkan," katanya.

Salahuddin juga mempersoalkan status tanah yang menjadi tapak tanah projek tergendala itu dimajukan.

"Adakah tanah itu masih milik kerajaan Johor atau sudah dipindahmilik kepada pihak berkenaan?

Selangor : Mangsa Siksa Bekas Suami Dapat Khidmat OSCC


PUCHONG : Golongan wanita negeri ini yang menghadapi masalah keganasan rumah tangga diseru untuk segera menghubungi Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau One Stop Crisis Centre (OSCC).
Seruan itu dibuat Exco Wanita, Dr. Rodziah Ismail ketika membuat lawatan ke atas mangsa kekejaman bekas suami di sebuah flat kos rendah di sini petang tadi.
“OSCC menyediakan khidmat bantuan professional menyeluruh kepada mangsa-mangsa keganasan.
“Yang penting, mangsa jangan takut dan malu untuk mendapatkan bantuan di OSCC kerana kita wujud untuk membantu mereka,” jelas Rodziah.
Dalam pada itu, beliau turut memberitahu akan menyediakan pelan jangka panjang bagi membantu mangsa yang dikunjungi hari ini, Rasidah Mohamed, 38.
“Kita akan membantu beliau menjana pendapatan bagi menampung kehidupannya bersama lima anak.
“Memang beliau ada menerima bantuan setiap bulan namun itu masih tidak mencukupi,” ujar beliau.
Selain itu, demi keselamatan mangsa dan anak-anak, Rodziah meminta agar satu Interim Protection Order (IPO) dapat dikeluarkan bagi menghalang bekas suami mendekati mangsa.

NGO Islam Pahang bantah kenyataan Presiden MCA

KUANTAN - Kira-kira 150 individu dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang berkumpul di Bangunan MCA Kuantan untuk menyerahkan memorandum bagi membantah kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini yang dianggap menghina hukum hudud.
  
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata beberapa wakil pertubuhan terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis sebelum itu untuk berkumpul menyerahkan memorandum berkenaan.
  
"Kami benarkan asalkan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Beliau berkata perhimpunan itu bersurai sebaik wakil mereka menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil MCA pada pukul 2.15 petang.

Kos selenggara rumah RM12 juta: Di mana wasatiyyah Najib?

KUALA LUMPUR 2 November: Pentadbiran Perdana Menteri (PM) yang gemar berbelanja mewah dan boros tetapi pada masa sama cuba menonjolkan imej berjiwa rakyat menimbulkan persoalan di mana sebenarnya konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan beliau.
Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail mengulas kos penyelenggaraan kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi tempoh 2008 hingga 2011 sebanyak RM12,094,707.06.
“Pembaziran yang dilakukan PM dan TPM sebenarnya boleh dikawal kalau benar Najib ikut amalan wasatiyyah.
“Peliknya kenapa dalam isu ini konsep wasatiyyah yang diamal Najib tidak selari. Sebaliknya duit dibazirkan sesuka hati,” kata Aisyah ketika dihubungi.

Skandal Tanah N9: Tiga lagi Syarikat milik Umno-BN Akan Di Dedah


PETALING JAYA, 2 NOV – PKR akan mendedahkan tiga lagi syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan berhubung skandal Hutan Simpan di Negeri Sembilan yang dipercayai dimiliki oleh pimpinan-pemimpin Umno-BN.
Hari ini PKR mendedahkan nama sebuah syarikat swasta yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal hutan simpan di negeri itu yang dikaitkan dengan Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.
Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR,Pengarah Straterginya, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa tanah tersebut tidak pernah dipindahmilik kepada syarikat swasta kerana kekal dimiliki Yayasan Negeri Sembilan adalah tidak benar.
Merujuk kepada satu surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 4 Mac 2004, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan yang bermesyuarat pada 3 Mac 2004 telah meluluskan permohonan dari Yayasan Negeri Sembilan untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah seluas 1,014 di Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol.
Pindaan ini bagi tujuan ladang getah kepada sebuah yarikat bersama ASLI-YNS Sdn Bhd.
Lebih memalukan katanya, pelaburan Dr Yeoh di dalam syarikat tersebut hanyalah berjumlah RM5 dari modal keseluruhan RM10.

Kong Cho Ha: AES kekal...Sombong dan Angkuh Menteri ni..!!!


Kong Cho Ha SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara buat masa sekarang.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan AES sebagaimana telah dirancang dan kini dalam proses merujuk Pejabat Peguam Negara berhubung pendirian empat negeri Pakatan Rakyat (PR) yang memutuskan untuk menangguhkannya.

Menurutnya, kerajaan menggunakan AES adalah untuk menjaga keselamatan pengguna lalu lintas dan tindakan pembangkang akan mengancam nyawa rakyat.

"Kerajaan setakat ini tidak mempunyai cadangan untuk tangguh AES, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang minta tangguh pun sebab mereka mahu penjelasan dan itu sebagai mengeluarkan pendapat mereka.

Rafizi cabar Nazri ambil tindakan undang-undang

PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengambil tindakan undang-undang berhubung pendedahan membabitkan anaknya menggunakan kenderaan mewah yang didakwa milik ahli perniagaan Michael Chia.

“Saya dituduh menyebarkan fitnah terhadap Mohamed Nazri, kerana mendakwa mereka menggunakan kenderaan itu dan terbabit dalam rasuah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh saya adalah fitnah, saya mencabar beliau untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Kami (pembangkang) mempunyai bukti yang kukuh, selain gambar kami juga mempunyai bukti rakaman video mengenai penggunaan `Hammer’ oleh ahli keluarga mereka,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Pengerusi MCA N Sembilan dapat tanah hutan simpan Jempol

PETALING JAYA 2 November: KEADILAN hari ini mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004 meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.
Beliau turut menunjukkan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menyatakan kelulusan itu.
“Lebih memalukan syarikat ini hanya ada modal keseluruhan sebanyak RM10, dan Yeow hanya miliki pelaburan berjumlah RM5 sahaja,” jelasnya sambil menunjukkan salinan maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

MB Selangor: Noh berdepan 2 tokoh Umno



(Adun Sekincan berucap dalam perhimpunan membantah Noh)

Biarpun gendang pilihan raya umum belum dipalu, dendangannya tetap kedengaran di mana-mana, sementelah ia memang dijangka akan dipalu bila-bila masa sahaja.

Sama ada parti pemerintah, BN mahupun Pakatan Rakyat, masing-masing cuba menawarkan yang terbaik untuk para pengundi.

Di negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah, sudah tentu bahangnya begitu terasa, lebih-lebih lagi kepada pihak pembangkang di negeri terbabit iaitu BN.

BN kini sedang mengintai-intai peluang di Selangor yang merupakan lubuk emas kepada negara.  Lebih-lebih lagi apabila melihat kejayaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor melalui menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Lantaran itu, kerusi menteri besar Selangor memang menjadi tumpuan puak-puak di dalam BN, khususnya Umno, lebih-lebih lagi setelah bekas menteri besar yang terpalit dengan tuduhan rasuah, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dikatakan tidak mungkin dicalonkan sebagai menteri besar.

Skandal RM40 juta: KEADILAN lapor SPRM Isnin ini

PETALING JAYA 2 November: KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan jutawan balak Sabah, Michael Chia pada 3 petang Isnin ini berhubung skandal RM40 juta melibatkan pemimpin Umno Sabah.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, Seksyen 16 Akta SPRM 2009 menetapkan perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan dan manfaat diterima orang lain.
“Penafian Nazri bahawa anaknya terima habuan kewangan tiada kaitan dengan beliau tidak boleh diterima.
“Menurut Seksyen 16(A), beliau boleh disiasat jika anaknya terima habuan dari Michael Chia atas kedudukannya sebagai menteri kanan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Rafizi berkata, Seksyen 16(B) menguatkan lagi perkara ini dengan menetapkan perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun tiada suapan sebenar diterima.
“Rasuah tetap berlaku walau ia sekadar (di peringkat) perbincangan,” jelasnya lagi.

Skandal RM40 juta: SPRM diingat berhenti jadi ejen Umno BN

KUALA LUMPUR 2 November: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa berhenti menjadi ejen pembersihan segala penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno BN.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mengingatkan agensi itu berhubung skandal anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menikmati manfaat terus dari Michael Chia, ahli perniagaan yang terbabit dalam skandal RM40 juta untuk Umno Sabah.
Chia adalah individu utama dalam skandal penyeludupan wang haram RM40 juta kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ditahan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada 2008 berhubung perkara itu.
“Seperti dalam kes NFC, suami Shahrizat Jalil bebas begitu saja, sedangkan pelbagai bukti telah dikemukakan, jadi dalam kes RM40 juta ini diharap SPRM berhenti jadi ejen Umno,” tegasnya ketika dihubungi.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu berkata, beliau akan menunggu maklum balas seterusnya daripada Nazri dan merujuk perkara itu kepada Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum membawa isu ini ke polis dan SPRM.

Kelantan sedia selesai isu royalti minyak di luar mahkamah

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Kelantan bersedia untuk menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak di luar mahkamah sekiranya Putrajaya memenuhi tuntutan RM800 juta royalti kerajaan PAS setiap tahun sejak 2005, kata exconya, Datuk Husam Musa.
Husam, yang mengetuai Gabungan Professional Menuntut Royalti Kelantan, sedang menimbangkan pengumuman kerajaan pada Selasa lalu yang menjanjikan RM100 juta kepada Pahang untuk pengambilan kawasan minyak di negeri tersebut.
“Tiada sebab untuk tidak membayar kepada Kelantan. Saya harap kita boleh selesaikan perkara ini di luar mahkamah,” katanya kepada The Malaysian Insider awal minggu ini.
Perjuangan Kelantan menuntut royalti minyak daripada Petronas telah berlanjutan sekian lama di mahkamah sejak ianya difailkan pada Ogos 2010, walaupun berjiran dengan Terengganu, penyelsaian negeri itu dibuat di luar mahkamah awal tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pahang dijangka akan menerima pembayaran khas sejumlah RM100 juta setahun bermula suku ketiga 2014, sebaik sahaja Petronas Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil memulakan pengeluaran minyak di Block PM 307 di lapangan minyak Bertam yang terletak di kawasan sejauh 160km dari pantai.
“Lapangan minyak itu terletak di kawasan kerajaan persekutuan,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan dipetik Bernama.
“Ia menjadi polisi untuk memberikan hasil minyak lima peratus secara tunai kepada Pahang.”
Jelas Husam (foto fail), jika kerajaan boleh memberikan bayaran kepada Pahang, Kelantan seharusnya menerima perkara yang sama seperti tertakluk di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974.
Beliau turut menjelaskan beberapa akhbar juga menggunakan istilah berbeza untuk menerangkan pembayaran minyak kepada Pahang.
NST (New Straits Times) gunakan perkataan ‘royalti’, Sinar menggunakan ‘bayaran tunai’, Star juga merujuk bayaran lima peratus itu sebagai ‘bayaran petrol’. Semuanya di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974, tanpa mengira istilah yang digunakan, ia mendiskriminasi Kelantan,” kata Adun Salor itu lagi.

MCA masih berhutang permohonan maaf



(Tan Koon Swan dan Glenn Knight, pendakwaraya Singapura)

PULAU PINANG: DAP mendakwa, MCA cuba membersihkan nama dan bekas pemimpinnya yang dipenjarakan ekoran skandal koperasi pengambilan deposit yang berlaku 26 tahun lalu.

Anggota Parlimen DAP dari Bukit Bendera,  Liew Chin Tong dalam kenyataannya mendakwa, MCA  masih berhutang 'permohonan maaf' dari rakyat Malaysia ekoran skandal yang berlaku pada tahun 1986 itu.

Bekas Presiden MCA, Tan Koon Swan akan dianugerahkan award 'Kejayaan Sepanjang Hayat' dalam forum Ekonomi China Sedunia yang akan diadakan di Melbourne, Australia 12 dan 13 November ini.

Ia disifatkan sebagai satu pengiktiraf terhadap sumbangannya dalam politik dan perniagaan. Anugerah ini dianjurkan oleh Asia Strategic and Leadership Institute (ASLI).

Dalam sidang media ketika mengumumkan award itu, presiden MCA,  Chua Soi Lek berkata, "Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Koon Swan kerana majlis ini menunjukkan dia tidak bersalah dan sudah tiba masa untuk membalas jasanya."

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis dengan ugutan NGO PRO UMNO


(Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menunjukkan laporan polis yang mereka buat)


SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan  Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:

‘Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah’.

Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

“Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.

“Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.

PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan


MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.

“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.

(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menerima sumbangan untuk dana pilihan raya Muslimat PAS Terengganu.)

Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.

NGO rancang demo bantah keganasan penguatkuasa terhadap orang awam

Sekumpulan 30 NGO merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka bagi menuntut supaya agensi penguatkuasa menghentikan keganasan terhadap orang awam.

Wakil NGO, Dr Irene Fernandez berkata, perhimpunan pada 9 Disember itu dirancang memandangkan terdapat banyak kes serius melibatkan keganasan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEIrene berkata, perhimpunan itu juga bagi mendesak menteri dalam negeri, ketua polis negara dan ketua pesuruhjaya SPRM membersihkan nama pasukan masing-masing dengan melaksanakan tujuh tuntutan mereka.

Beliau mendakwa, agensi berkenaan "memiliki sejarah dengan reputasi keganasan, sikap suka menembak sesuka hati, kebal hukuman undang-undang dan bertindak sebagai pelindung orang kaya."

"Menteri, ketua polis negara dan ketua pesuruhjaya (SPRM) bertanggungjawab untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kepercayaan dan profesionalisme dalam pasukan polis, SPRM dan agensi penguatkuasaan lain," katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Antara kes melibatkan penguatkuasa berkenaan yang menarik perhatian sebelum ini ialah kejadian pada Ogos lalu - melibatkan seorang lelaki, Dinesh Darmesena, 26 yang ditembak mati oleh polis di Ampang.

Rafizi gesa Nazri ikut jejak Shahrizat ambil 'cuti'


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz harus mengikut jejak bekas menteri wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang "bercuti" daripada kabinet ketika beliau sedang disiasat berkaitan dakwaan rasuah, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Katanya, ini kerana di kalangan pemimpin Umno dan BN yang banyak mengkritik Shahrizat, yang paling lantang adalah Nazri sendiri.
Menurut Rafizi, sekiranya Nazri yang sebelumnya begitu bimbang
(skandal) National Feedlot Corporation (NFC) akan mengheret dan melemahkan kedudukan Umno dalam pilihan raya akan datang, maka "saya fikir sekarang adalah giliran beliau pula".
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini, Rafizi berkata beliau akan membuat laporan terhadap Nazri Isnin ini supaya siasatan dapat dimulakan, juga terhadap jutawan balak, Michael Chia yang didakwa memberi kenderaan mewah (SUV) kepada anak Nazri.

KANTOI! Rahman Dahlan Kena Hentam Lagi!


Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berkata Jabatan Audit Negara (JAN) merupakan sebuah badan yang bebas daripada kuasa politik dan semua urusan pengauditan dilaksanakan mengikut piawaian antarabangsa.
  
Beliau berkata setiap tugasan secara spesifik merujuk kepada tajuk sesuatu projek dan bukan melihat kepada pihak yang melaksanakannya.

"Kita tidak tengok kepada kerajaan 'A' atau kerajaan 'B', kami 'colour blind', setiap negeri atau jabatan yang diaudit disusuli dengan laporan, boleh lihat kepada laporan itu.
  
"Sebab itu, setiap laporan yang dikeluarkan mesti dibaca keseluruhannya kerana ada terdapat pandangan dan pendapat daripada jabatan atau agensi yang diaudit, diakui memang ada terdapat kelemahan tetapi sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM).