Khamis, 1 November 2012

Anwar Ibrahim: 48 Jam Lagi (Another 48 Hours)

Reaksi Orang Ramai Berkenaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)

Semakan gaji: Reaksi Penjawat Awam

Budak Sekolah menjadi Mangsa Majlis Datuk Seri Najib Tun Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
“Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
“Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati,” katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.
Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Najib bercakap soal amanah..
Tapi amanahkah Najib jika beliau menggunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri berkempen untuk kepentingan UMNO/BN dalam satu majlis rasmi kerajaan iaitu ‘Majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan bersama Perdana Menteri?
Amanahkah Najib jika beliau hadir ke majlis rasmi itu sebagai Perdana Menteri tapi disambut sebagai Presiden Parti?


Najib dan Rosmah menginap di hotel mewah Atlantis di Dubai RM100,000 satu malam.!!!

Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06.
Kediaman rasmi Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.
Penyelenggaraan bagi Seri Perdana bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria pula sebanyak RM5,117,305.26.
Jumlah ini dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Parlimen semalam.
Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi PM dan TPM bagi tahun 2008 hingga 2011.

Gaji Kakitangan 2013 Naik Lagi? Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Sehingga 5%!!

Gaji Kakitangan Awam naik lagi? Nampaknya kakitangan awam bakal menerima berita baik tidak lama lagi. Mungkin? Bukankah dah naik sebelum ini? Nak selaraskan lagi? Inilah yang dinamakan rezeki & berita baik 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia.
Saat-saat begini, “khidmat & komitmen” kalangan kakitangan awam amat diperlukan bagi memastikan pengurusan negara menjadi lebih baik & dalam pada masa yang sama kebajikan penjawat awam terus dibela….
Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji kakitangan awam termasuk kenaikan tahunan (KGT) sehingga lima peratus bermula tahun depan. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat di Malaysia. ”Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula,” katanya.
Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum. Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
“Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan,” katanya.
Adakah akan mula dilaksanakan pada awal bukan satu kelak? Tidak dapat kami pastikan….Ini kerana kajian akan dilakukan pada tahun 2013, pelaksanaannya tidak diketahui bila.
Kalau disemak semula kenyataan Datuk Seri Ali Hamsa, sebelum ini dah naik 13% contohnya, jadi sekarang ini Ketua Setiausaha Negara (KSN) nak kaji lagi 5%. Maknanya selepas ini akan menjadi 18%?

New Jersey faces Superstorm Sandy's devastation

PKR Dakwa Ada Bukti Menteri Lindungi Individu Tertentu

Penjelasan sebenar Isu Lembah Sireh

Syrian military launches fresh strikes on Damascus

Sharizat tak tahu apa yang suaminya lakukan – Nazri pulak tak tahu apa yang anaknya lakukan

Tambah kapsyen
Hampir sama saja nampaknya jawapan Nazri berikan bila didedahkan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Micheal Chia dengan jawapan Sharizat bila didedahkan ahli keluarganya menyalahgunakan dana untuk NFC.
Dalam kes NFC yang melibatkan RM250Juta dana awam yang diguna ikut suka depa oleh ahli keluarganya, Ketua Wanita UMNO mendakwa beliau tidak tahu suaminya membida Projek Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat berkata, Salleh tidak pernah membincangkan perkara itu dengannya dan sepanjang berkahwin selama 33 tahun, mereka juga tidak mencampuri hal urusan kerja masing-masing.
“Saya dapat tahu tentang NFC melalui suami dan media,” kata Shahrizat.
Katanya, suami dan tiga anak mereka, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah juga tidak pernah meminta bantuannya mendapatkan projek itu dan beliau tidak terbabit dalam proses kelulusan serta menguruskan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).
Dalam isu anak Nazri Aziz menggunakan Hummer milik Micheal Chia yang pernah ditahan di Hong Kong kerana menyeludup RM40 Juta tunai suatu masa dulu pula.. jawapannya juga dia tidak tahu menahu..

LAWATAN NAJIB RAZAK DI TANJUNG DAWAI, MERBUK, KEDAH HANYA DISAMBUT OLEH BUDAK-BUDAK TADIKA DAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH SAHAJA!!!!!!


Suasana pagi di Tg Dawai, Merbuk, Kedah, sempena lawatan rasmi Najib Razak disana.

Beliau hanya disambut oleh budak-budak tadika dan murid-murid sekolah rendah sahaja selain beberapa kerat warga dewasa.

Budak-budak tadika dan sekolah rendah ini diarah kibarkan jalur gemilang dan bawa sepanduk tulis I LOVE PM,,,,SELAMAT DATANG PM.. WE LOVE U...
Budak yang langsung tak tahu apa benda ini dipergunakan oleh para pemimpin UMNO bagi menunjukkan kononnya rakyat Kedah amat sayang dan menyokong Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia.

DUA HELAI SURAT MELONDEHKAN PERANGAI UMNO YANG SEBENAR!!!!!!!

JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR, SILA KLIK PADA FOTO.
Inilah dia perangai UMNO yang sebenar.

Surat diatas sekali ialah surat dari Guru Besar Sek Kebangsaan Sungai Petani Kedah, kepada Ibu Bapa/Penjaga murid  tahun 6 sekolah tersebut yang dipilih kononnya untuk meramaikan menyambut Najib Razak di Pantai Merdeka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00ptg sempena Perhimpunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.

Nak tunjuk pada Najib kononnya rakyat ramai sungguh menyambut beliau maka dikerah murid-murid sekolah yang tidak tahu butir-butir apa sebagai penambah dan perbanyakkan angka untuk propaganda murahan UMNO.

Agak-agaknya kalau Menteri Besar Kedah kerajaan PAS/PR maukan murid-murid sekolah rendah datang menyambut beliau dalam satu upacara rasmi, pihak Guru Besar Sekolah yang sama keluarkan surat tak?

UMNO DAH TERUK!!!!... SAMPAIKAN KOTAK PENSEL BUDAK SEKOLAH PUN NAK DIPOLITIKKAN!!!!

Begitulah tahap UMNO berpolitik, sampaikan kotak pensel pun nak bubuh muka Najib dan logo 1M'sia.

Politik UMNO dah sama taraf dengan budak sekolah saja sekarang ini... Betul-betul memalukan sekali.

Sama Tapi Tak Serupa : Anak saya bukan isteri, tak perlu beritahu apa dia lakukan



Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata beliau tidak melihat sebarang kesalahan dengan anaknya yang didakwa menggunakan kereta mewah yang dimiliki Michael Chia, dengan mengatakan hubungan Nedim dengan peniaga balak Sabah itu tidak berkaitan dengan jawatannya selaku menteri kabinet.
Beliau memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mengawal setiap pergerakan Nedim kerana beliau sudah dewasa, dan menambah jika anaknya menggunakan kereta Chia, itu adalah urusan peribadi anaknya dengan Chia.
"Saya tidak tidur dengan anak saya, saya bukan homoseksual. Anak saya bukan isteri atau kekasih saya. Apa yang dia buat, dia tak perlu beritahu saya.
"Ini urusan anak saya dan Chia. Jika Chia mahu memberikan Nedim Hummer atau Ferrari, itu bukannya urusan dengan saya. Saya yang menteri, bukan anak saya," kata Nazri  kepada wartawan apabila ditemui oleh wartawan di Parlimen hari ini.
Nazri dalam jawapan kepada pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang menuduh beliau mempunyai kepentingan, mempertahankan Chia apabila anaknya, Nedim menggunakan kereta mewah atas nama Chia.
"Apa salah dia, cuba beritahu saya? Dia bukan menteri. Mana ada kepentingan. Dia anak saya," katanya lagi.

AES: Kong pertahan keputusan guna sumber luar

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mempertahankan keputusan kerajaan mendapatkan khidmat luar berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada dua syarikat swasta, yang menurutnya, dibuat berdasarkan beberapa faktor.

NONEKatanya, keputusan untuk tidak menyerahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan sistem tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kos dan sumber manusia yang terlibat serta kepakaran pengurusan ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

"Terdapat negara-negara lain yang juga mengambil khidmat luar (untuk sistem yang sama melibatkan syarikat swasta).  (Ia) bukan subkontrak.

"Ini adalah sebahagiannya kerana kos yang terlibat dan juga jumlah tenaga kerja. Dan saya fikir ia juga kepakaran dalam pengurusan (syarikat)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Maritim Dunia 2012 hari ini

Mendatangkan Ulamak Arab Untuk Menghancur Perjuangan Rakyat!.

Oleh: abuhikam

"Menghadapi kebangkitan rakyat dan jihad islam adalah suatu beban berat yang tiada ujungnya bagi mana-mana kerajaan yang zalim atau tirani. Setiap kebangkitan dan perjuangan rakyat tidak bisa dipadam dengan kekuatan fizik. Kekuasaan kerajaan sehebat mana pun akan menemui keletihan, kekalahan, kerugian harta benda dan menguras ekonomi kerajaan penguasa tersebut. Malah bisa mengorban ribuan perajurit terbaiknya.

Hakikat inilah yang berlaku pada penjajah belanda dalam menghadapi kebangkitan perjuangan rakyat di bawah pimpinan Pengiran Diponegoro. Kerajaan belanda kerugian besar dan terpaksa menelan krikil krisis ekonomi yang berat akibat perbelanjaan yang tinggi dalam menghadapi perjuangan jihad ini. Kerusakan harta benda, kehilangan soldadu terbaiknya, kejatuhan reputasi sebagai kuasa barat yang tangguh di zamannya. Belanda terpaksa berdepan dengan suatu kekuatan yang sangat luar biasa. Kekuatan rakyat yang dimotori oleh seorang pengiran yang bersosok ulamak bergelar Diponegoro.

Anwar: Aziz Bari ada kelebihan tanding di Sabak Bernam


Anwar Ibrahim SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pemilihan bekas pensyarah  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari sebagai calon untuk bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan penyandang jawatan itu yang disabitkan kesalahan tuntutan palsu.

 “Semua itu tidak ada kaitan, calon yang dipilih sebenarnya mempunyai kelebihannya sendiri.

“Aziz merupakan seorang yang pakar dalam bidang undang-undang, menpertahankan hak asasi dan mempunyai kefahaman Islam yang baik, maka sebab itulah beliau dipilih,”  katanya kepada Sinar Harian Online selepas hadir pada pelancaran Buku  `Anwar’s Third Trial’ di sini, hari ini.

Ketua Umum PKR ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Aziz yang mengesahkan beliau akan bertanding di Sabak Bernam pada PRU13.

Penyandang jawatan Datuk Abdul Rahman Bakri disabitkan bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu.

Masyarakat Cina mula terima hudud...UMNO dan MCA makin hilang punca..!!!

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Masyarakat Cina kini mula menerima dan memahami pelaksanaan hukum hudud, menurut kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Walaupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat bekerja keras menentang pelaksanaan hukum Islam tersebut, kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.
Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.
Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.
"Terdapat peningkatan sokongan masuarakat Cina terhadap pelaksanaan hudud.
"Perbezaan sembilan bulan antara kedua-dua kajian juga menyaksikan peningkatan 12 peratus; menjadikan peratusan menerima hudud meningkat kepada 24 peratus, dengan peningkatan (hanya) satu peratus tentangan terhadap pelaksanaan hudud."
"Ini menjelaskan pengundi Cina semakin memahami isu tersebut," kata UMCEDEL dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, UMCEDEL turut mendapati generasi muda masyarakat Cina berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berbanding kumpulan responden yang lebih berumur.
"Generasi muda Cina menunjukkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur," jelas kenyataan berkenaan.

Pulau Pinang lulus enakmen elak lompat parti



Lim Guan Eng GEORGETOWN - Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan rang undang-undang 'Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012' bertujuan membanteras amalan melompat parti untuk mendapatkan habuan.

Rang undang-undang yang dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) itu dibahaskan dalam tempoh sehari sebelum diluluskan dengan undian dua pertiga.
Dalam pembentangannya Guan Eng berkata, rang undang-undang itu telah digubal dengan kerjasama dan sokongan penuh semua parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Ia bertujuan membanteras budaya tidak sihat dan tidak beretika. 

PSM minta Ketua Polis NS ambil alih kes IPD Rembau

Memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Hal Ehwal India, ASP Alagaesan pada jam 12.30 tengahari tadi bagi pihak Ketua Polis Negeri Sembilan. 

SEREMBAN: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh meminta beliau dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Negeri Sembilan mengambil alih satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau.
Bagaimanapun memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Hal Ehwal India, ASP Alagaesan, pada jam 12.30 tengahari tadi bagi pihak Ketua Polis Negeri Sembilan.
Menurut Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, tindakan segera oleh Osman amat diperlukan kerana beberapa perkara atau insiden yang berlaku di IPD Rembau baru-baru ini.
Perkara tesebut berlaku rentetan daripada satu insiden pergaduhan di antara 12 lelaki daripada keluarga yang sama dengan empat orang lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumah keluarga tersebut pada 20 Oktober lalu.
“Kami mendapati bahawa segelintir anggota polis Rembau telah menjalankan tugasnya dengan sikap yang tidak profesional dan beretika serta menjalankan tugasnya dengan menanam sikap dengki dan membalas dendam terhadap Setiausaha PSM Cawangan Seremban, S Tinagaran.
“Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa anggota keluarga yang ditahan dan beberapa anggota polis, bahawa memang ada unsur untuk menfitnah dan memangsakan Tinagaran.
“Kami juga mendapati siasatan yang dijalankan adalah hasil dari perasaan yang kurang memuaskan dan dengki serta membuat kesimpulan bahawa semua tahanan (12 ahli keluarga) ada kaitan dengan kumpulan gangster.

Jangan guna 'alasan kartun' naik harga barang


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan kerajaan supaya menggunakan alasan munasabah untuk menaikkan harga barang dan bukan "alasan kartun".

Dengan mengambil contoh alasan kerajaan untuk menaikkan harga gula, beliau mempersoalkan "apakah dengan menaikkan harga gula, kita boleh mengurangkan penyakit kencing manis?"

"Alasan yang diberikan oleh kerajaan bahawa ini baik untuk kesihatan kerana apabila harga gula mahal, orang kurang makan gula.

"Akan tetapi apakah munasabah gula mahal, orang kurang makan gula?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan alasan tersebut ketika membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Sambil mengemukakan harga gula yang sentiasa naik dari masa ke semasa, Mahfuz berkata, "kalau ikut logik kerajaan apabila berlaku kenaikan tidak ada penyakit kencing manis, tetapi wad kencing manis ramai, penuh".

Tolak royalti 20%, PAS Sabah bidas Shafie Apdal


KUALA LUMPUR: Sabah terlebih dahulu perlu menerima hasil dari sumber minyaknya sebelum diagihkan ke negeri-negeri lain.

Apabila terdapat lebihan dari agihan tersebut, barulah ia wajar diagihkan ke negeri-negeri lain, tegas Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling (gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Umno Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal yang menolak tawaran Pakatan Rakyat memberikan bayaran royalti sebanyak 20 peratus jika berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Seperti yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ketika sambutan hari Malaysia di Sabah sebelum ini, Islam telah memperingatkan mana-mana hasil yang diperoleh dari negeri tersebut perlu diagihkan untuk keperluan negeri itu sendiri sebelum diagihkan ke negeri lain.

Yayasan Selangor Anjur Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara

SHAH ALAM, 1 NOV : Yayasan Selangor akan menganjurkan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara pada 18 November (Ahad) ini di Dewan Syarahan Universiti Selangor (UNISEL), Seksyen 7 Shah Alam.
Komunikasi Korporat Yayasan Selangor, Saifullah Zulkifli berkata, Yayasan Selangor menganjurkan Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara sebagai langkah penambahbaikan terhadap dasar dan sistem pendidikan negara perlu diberikan perhatian.
Ia supaya Dasar Pendidikan Negara tidak tergelincir daripada landasan pembinaan negara-bangsa yang bertamadun.
“Pakar-pakar pendidikan dikumpulkan bagi mengkaji dan membahaskan isu-isu dasar pendidikan di Malaysia dengan perjalanan konvensyen dibahagikan kepada beberapa sesi.
“Sesi pertama adalah merupakan ucaptama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku mantan Menteri Pendidikan Malaysia dan Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” kata Saifullah dalam kenyataan medianya.

Kajian semula gaji hanya libat 20% penjawat awam yang diumum KSN


logo cuepacs KUALA LUMPUR - Cuepacs berkata kajian semula gaji kakitangan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum.
Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus diberi perhatian supaya tidak ketinggalan.
Sehubungan itu kata beliau, laporan media bahawa kajian semula melibatkan keseluruhan kakitangan awam tidak benar.
"Hanya mereka yang sudah capai tahap gaji maksimum. Dua puluh peratus ini harus diberi keutamaan.

Hudud: Utusan jahil terus kelirukan rakyat


Utusan masih jahil tentang hukuman hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk ‘Polemik Hukum Hudud PAS’ menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.
Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat 2 versi Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok, apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam.

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh penulis tersebut juga cukup mengelirukan para pembaca, sedangkan apa yang diusahakan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu berdasarkan pandangan para ulamak yang muktabar yang diiktiraf keilmuan mereka, ianya bukan hudud PAS tetapi ianya merupakan hudud yang berdasarkan disiplin ilmu Islam yang berpaksikan Al-Quran dan As-sunnah.

Adapun berkenaan dengan dakwaan bekas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan seperti mana yang dilaporkan dalaman artikel itu bahawa Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah adalah dakwaan yang tidak benar dan menyeleweng daripada hakikat yang sebenarnya.

Peniaga diusir, Pantai Telok Kemang dirampas untuk pembangunan

KUALA LUMPUR 1 November: 100 wakil peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson berhimpun di perkarangan Parlimen hari ini membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan ‘menutup periuk nasi’ mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.
Perhimpunan itu diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani dan Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib.
Dalam panas terik, kumpulan tersebut turut memegang sepanduk dan kain rentang antaranya bertulis “Selamatkan Pantai Kito”, “Mana Hak Kami” dan “Kekalkan Keaslian Pantai Telok Kemang”.
Mereka juga menyampaikan memorandum berhubung perkara itu.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tanah tersebut ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.
Katanya, kerajaan negeri rakus merampas tanah tersebut dan menghalau peniaga terbabit tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.

Mana pergi untung projek udang Kerpan RM6.15 juta pada 2007?

ALOR SETAR – Projek ternakan udang di Kerpan, Ayer Hitam yang melibatkan beratus-ratus ekar tanah petani pada tahun 1993 telah berlaku penyelewengan di mana hasil keuntungan projek tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun.

Satu Perjanjian Pengurusan Projek Ternakan Udang bertarikh 27 Disember 2007 ditandatangani antara Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB), sebuah syarikat yang ditubuhkan secara bersama antara Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan pegangan nisbah keuntungan 40:60.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, hasil keuntungan projek tersebut tidak diagihkan seperti yang dipersetujui bersama.

Sejak berpuluh tahun berlaku, kini Kementerian Kewangan menimbulkan kes ini pada zaman pemerintahan Pakatan Rakyat serta menuntut ganti rugi.
“Dalam perjanjian tu, keuntungan mesti dibahagi dua seperti dipersetujui, tetapi tak patuh, akhirnya pihak Kementerian Kewangan timbul semula pada zaman saya (Pakatan Rakyat).
“Ini penyelewengan kerajaan dulu (BN), tapi pihak kementerian saman kita pula nak duit tu RM2 juta, jadi kita kata nak bayar macam mana, tak pernah dapat pun duit tu,” jelas beliau pada sidang media Majlis Penyerahan Lembu Sempena Hari Raya Korban yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.

Adakah kerajaan menyokong perasuah?

Persoalan tersebut ditimbulkan ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berikutan keengganan hakim mengetepikan pertuduhan terhadap Datuk Shamsul Bahrin Ismail yang membocorkan maklumat berkaitan NFC. 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyifatkan penolakan permohonan Datuk Shamsul Bahrin Ismail untuk mengetepikan 17 tuduhan sebagai terburu – buru dan menyokong pemberi rasuah.
“Ini membuktikan bahawa keputusan hakim seolah-olah tidak berminat mendengar kes yang akan memberi implikasi dalam kes saman Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil terhadap saya dan (Pengarah Strategi PKR) Rafizi Ramli.
“Ia juga mencerminkan seolah-olah kerajaan Malaysia termasuk polis dan SPRM menyokong pemberi rasuah dengan melindungi (Pengerusi Ekskutif NFC)  Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dari menghadapi pertuduhan,” kata Zuraida dalam sidang media di lobi Parlimen yang turut dihadiri Shamsul.

Man hit by iron rod, cries foul over police inaction

KESAS gagal selenggara parit punca banjir kilat

MB Selangor : "Saya Keras Kepala" Kerana Jaga Duit Rakyat

Kecemerlangan Akademik UNISEL 2013 - Salam Selangor

BARAM - ACT 1: "I want to live like this until I die"

SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia, dakwa PKR

PAS jemput rakyat datang ke himpunan 3 Nov

Umno buat rakyat macam beruk dengan pisang

Anwar : Najib oh Najib..kenapa engkau goyang...!!!

Cute - Bayi Arnab Tidur

Pulau Pinang bentang undang-undang sekat anti-lompat parti


GEORGE TOWN, 1 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membentangkan pindaan Perlembagaan Negeri untuk mengharamkan wakil rakyat melompat parti.
Katanya, pindaan itu yang dibentang di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang penting kerana ia dapat menyelesaikan masalah negara yang telah banyak kali mengalami huru-hara apabila kerajaan-kerajaan negeri ditumbangkan oleh Kerajaan Pusat secara tidak demokratik, melalui pembelotan ahli-ahli politik.
Menurutnya, pertukaran kerajaan itu disebabkan wakil rakyat diperdagangkan dengan habuan politik untuk mengkhianati  bukan sahaja parti yang diwakili mereka tetapi juga kepercayaan rakyat yang memilih mereka dan amanah awam terhadap proses pilihan raya demokratik.
Beliau menjelaskan bahawa dalam sejarah Malayisa, sudah berlaku di tiga negeri di mana mandat rakyat tidak dihormati, iaitu di Sarawak pada tahun 1966, di Sabah pada tahun 1994 dan di Perak pada tahun 2009.
Kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat negeri-negeri tersebut dalam pilihan raya umum masing-masing ditumbangkan secara tidak demokratik tanpa memberikan peluang kepada rakyat untuk memberi mandat baru menerusi pilihan raya, tambah beliau.
“Adalah perlu ia tidak berulang lagi di mana-mana negeri dan negeri Pulau Pinang rela memimpin usaha ini,” katanya.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, krisis sedemikian menggambarkan wakil-wakil rakyat yang terlibat tidak mempunyai kewibawaan atau kredibiliti sebagai pemimpin, tiada pendirian kepartian dan moralnya boleh dipersoal.
“Demi mempertahankan sistem demokrasi kita, amalan jahat ini harus diharamkan,” tambah beliau.
Butir-butir pindaan

Bukti Hubungan Dato’ Seri Nazri Aziz Dan Michael Chia, “Conflict Of Interest” Dalam Penyiasatan Tuduhan Rasuah RM40 Juta

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
(Sila rujuk Lampiran A)
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).

Gambar A1
Gambar A2

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.
Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

RM40m donation linked to sale of Navy secret?

Former top cop Mat Zain Ibrahim notes the coincidence of Chia’s arrest with the alleged Terasasi-DCNS transaction.

PETALING JAYA: There is a likely connection between the RM40 million contribution to Sabah Umno and the sale of a secret Navy document to a French defence company, according to former KL CID chief Mat Zain Ibrahim.
In an open letter released today, Mat Zain said the transactions for the political donation and the document sale were made around the same time in Hong Kong.
He alleged that Prime Minister Najib Tun Razak and Attorney-General Abdul Gani Patail had had full knowledge of both incidents since 2008 or earlier.
In August 2008, timber tycoon Michael Chia, alleged to be a proxy of Sabah Chief Minister Musa Aman, was detained at Hong Kong with S$16 million (RM40 million) in a suitcase. He had booked a flight to Sabah.
Last May, news reports alleged that a subsidiary of the French company DCNS had paid 36 million euros (RM146 million) to the Hong Kong-based Malaysia-owned Terasasi (Hong Kong) Ltd for a document that contained the Malaysian Navy’s evaluation of the Scorpene-class submarines that the government was planning to buy.
Najib confidante Abdul Razak Baginda was one of the owners of Terasasi.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Tuntut Royalti Di Seremban


SHAH ALAM 1 NOV: Paktan Rakyat(PR) mensasarkan kehadiran 50 ribu orang dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal berlangsung di Taman Seremban Jaya, Seremban pada (Sabtu) 3 November ini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, semua rakyat dialu-alukan hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada perlancaran program ini yang akan bermula jam 4 petang sehingga 12 malam.
Katanya, himpunan ini merupakan anjuran kerjasama parti-parti di dalam PR iaitu PAS, PKR dan DAP dengan membawa empat tema utama iaitu tuntutan pilihan raya yang bersih dan adil, royalti minyak, kehijauan dan Felda.
“Himpunan ini merupakan pra-perlancaran program jelajah kebangkitan rakyat ke seluruh negara bagi membawa tema ini keseluruh negeri bagi menerangkan dan membawa mesej penting kepada semua rakyat di negara ini,” katanya kepada TV Selangor.

Speaker Dun saman Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang


Datuk Musa Sheikh Fadzir
GEORGETOWN - Speaker Dewan Undangan negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Pengerusi Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung kenyataannya mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang.
  
Bercakap pada sidang media di sini, Abdul Halim berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2 petang menerusi firma guaman Tetuan M. Kanesan & Associate.
  
Katanya beliau mengambil tindakan itu kerana mendakwa terdapat unsur fitnah dalam kenyataan Musa berhubung projek itu yang boleh memburukkan kredibiliti dan imejnya sebagai speaker.
  

Sabah RCI identifies 48 witnesses

Irrespective of whether or not the elections are called, the RCI on Sabah's population burst will begin in January 2013.
KOTA KINABALU: The Royal Commission of Inquiry into Sabah’s over three decade old illegal immigrant controversy will start public hearings next year.
With the 13th general election due anytime now and some expecting parliament to be dissolved this month, the five-man panel headed by former chief judge of Borneo Steve Shim Lip Kiong announced Jan 14 as D-Day for Sabahans to hear evidence of what many claim is a massive immigration system fraud.
Shim said the panel had so far identified 48 witnesses to be called for the public hearing which will be held at the Kota Kinabalu High Court.
“We met today to finalise the list of witnesses and (look at) their relevance in our inquiry,” he told reporters after the panel met for their first meeting since their appointment on Sept 21.
Shim disclosed that since their appointment, they had set up an investigative team to identify witnesses for the inquiry into the illegal immigrant problem.
He said the investigative team had done a good job identifying witnesses who will give evidence at the public hearing.
He declined to reveal the witness list but urged “anyone who can give us relevant information” to “come forward to testify.”
Shim also rejected criticism that the RCI panel was dragging its feet on the issue.
“No delay … in fact our team of investigators have covered a substantial part in identifying witnesses.”
Six months target

PRU ke-13: Harapan perubahan

Oleh Zulhabri Supian
Memasuki bulan November teka teki tarikh pilihanraya umum (PRU) ke-13 terus hangat berlangsung. Setiap rakyat Malaysia baik yang peduli atau tidak peduli politik terus memperkatakannya; bila? siapa bakal menang? siapa bakal PM baru? dan seterusnya. Apa yang pasti dalam tempoh 6 bulan ini, Parlimen dan seluruh dewan undangan negeri kecuali Sarawak wajib dibubarkan untuk sebuah pesta demokrasi bernama pilihanraya.

Keputusan PRU 2008 yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dinafikan majoriti 2/3 buat pertama kali dan kemenangan parti-parti pembangkang (kemudian Pakatan Rakyat (PR) di 5 buah negeri membawa politik Malaysia ke dalam arena baru di mana harapan rakyat terhadap negaranya kembali memulih dan kesedaran politik rakyat yang semakin tinggi. Meski sistem pilihanraya masih dilihat tidak adil dan bebas yang kemudiannya melahirkan gerakan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, secara umum rakyat masih menaruh kepercayaan. Begitu juga dengan PR dan parti pembangkang lainnya. Sejak mengikuti PRU secara sedar mulai 1999 dan berdasarkan pembacaan sejarah PRU pertama hingga kesembilan, saya meyakini PRU ke-13 bakal menjadi yang terhebat dalam sejarah negara. Buat pertama kali rakyat Malaysia dihidangkan dengan prospek penggantian kerajaan yang bukan Barisan Nasional. Meski ramai juga yang meragui termasuk di kalangan pendukung PR kerana menganggap sistem pilihanraya yang masih cacat, hati nurani pengundi yang akhirnya akan menentukan jatuh bangun. Harus diingat, PRU 2008 adalah waktu di mana para penganalisa politik, aktivis dan pekerja politik tewas kepada hati nurani pengundi yang berani membuat perubahan tanpa heboh.
PRU 13 dan negara jiran

Kajian UMCEDEL menunjukkan masyarakat Cina mula terima hudud

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Masyarakat Cina kini mula menerima dan memahami pelaksanaan hukum hudud, menurut kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Walaupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat bekerja keras menentang pelaksanaan hukum Islam tersebut, kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.
Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.
Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.
"Terdapat peningkatan sokongan masuarakat Cina terhadap pelaksanaan hudud.
"Perbezaan sembilan bulan antara kedua-dua kajian juga menyaksikan peningkatan 12 peratus; menjadikan peratusan menerima hudud meningkat kepada 24 peratus, dengan peningkatan (hanya) satu peratus tentangan terhadap pelaksanaan hudud."
"Ini menjelaskan pengundi Cina semakin memahami isu tersebut," kata UMCEDEL dalam satu kenyataan hari ini.
Malah, UMCEDEL turut mendapati generasi muda masyarakat Cina berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berbanding kumpulan responden yang lebih berumur.
"Generasi muda Cina menunjukkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur," jelas kenyataan berkenaan.

Kenapa Kong Chong Ha degil sangat pertahan AES?

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mendesak Menteri Pengangkutan Kong Cho Ha agar menangguh segera perlaksanaan Sisten Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah kuat ditentang oleh pelbagai pihak termasuk pihak parti pemerintah sendiri.

Sejurus Pemuda UMNO dan CUEPACS yang ikut bersama Pakatan Rakyat yang mendesak agar AES ditangguh, Kong Cho Ha dinasihat supaya tidak lagi degil mempertahankan pendiriannya yang menswastakan kuasa penguatkuasaan yang jelas berpihak kepada syarikat swasta.

Walaupun Kong Cho Ha berjaya selamat diri daripada usul potong gaji menteri yang ditolak oleh Speaker Dewan, tetapi prestasi Kong dalam mentadbir Kementerian Pengangkutan memang lembap dan banyak dipertikaikan.

Lulus 2005 : Projek rumah murah BN untuk Melayu di PP dipersoal


Tiada satu rumah pun dibina di sebidang tanah di Teluk Kumbar yang diperuntukkan untuk projek kediaman mampu milik Melayu walaupun syarikat berkaitan kerajaan pusat mendapat kelulusan pembangunan pada 2005, dakwa Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP).

Presidennya Rahmad Isahak berkata, kira-kira dua (2.26) daripada 114 ekar tanah gred pertama dikhaskan untuk pembangunan 235 unit rumah kos rendah, di atas tanah seluas 700 kaki persegi dengan kos RM35, 000 setiap satu.

NONEJusteru, Rahmad mempersoalkan kenapa tiada pembangunan dibuat di kawasan Selatan Pulau Pinang itu walaupun berhasrat melaksanakan tujuh tahun lalu.

Katanya lagi, tanah itu sebelum ini diluluskan untuk pembangunan kepada Island and Peninsular Development (I&P), anak syarikat Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, dua tahun kemudiannya, Malaysian Resources Corporation Berhad menandatangani perjanjian dengan syarikat berkaitan kerajaan pusat Perlaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB) untuk membangunkan kediaman daripada pangsapuri mewah kepada perumahan mampu milik.

DON'T HIDE BEHIND WIFE OR SON: Be man enough to admit it, Nazri

Dato Seri Nazri Aziz ought to have disclosed his relationship with timber tycoon Micheal Chia when responding to questions over the RM40 million Sabah investigations in Parliament.
It is quite simple really. If you are de facto law Minister, then you have to be independent.
Yes, you answer questions based on information you have received from the Attorney-Generals chambers or the MACC, but as Minister, you are not supposed to take their responses for granted. You are no parrot for the AG or the MACC. You are a Minister. You must be beyond them and put yourself in a position to criticize and direct them if necessary after taking into account what has been said by all parties concerned in the Dewan Rakyat.
In order to do this, logic demands that you maintain impartiality so that when we MP's question you, you respond fairly and take action without fear or favour.
Nazri is himself a lawyer. He knows this. It is basic. You should not involve yourself if you have relations with those involved in the cases that come before you.
Just like in the case of his son, the matter was dealt with by a different Ministry probably because of his relationship with his son as well, so why the double standards here?
Be man enough to admit it

Chia link will not cost BN, unlike NFC scandal, says Nazri

KUALA LUMPUR, Nov 1 — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz denied today that allegations of his son’s link to Sabah timber trader Michael Chia would cost Barisan Nasional (BN) politically like the National Feedlot Centre (NFC) scandal.
Nazri was defending himself against allegations of conflict of interest in his alleged defence of Sabah timber trader Micheal Chia. — File pic
“It doesn’t bother me at all. That (NFC case) is husband and wife...what he does, he doesn’t tell me. “It is different from husband and wife,” the outspoken minister told reporters when approached in Parliament.
Nazri was defending himself against allegations by PKR’s Rafizi Ramli, who had accused him of conflict of interest in his alleged defence of Chia, the businessman who was accused of attempting to smuggle RM40 million to Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman.
Rafizi had asked if Nazri’s alleged “relentless” defence of Chia was because his son, Nedim, had been using the businessman’s half a million ringgit Hummer.

SUV Hummer tanda kaitan Nazri-Chia


Tindakan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz didakwa mempunyai konflik kepentingan apabila beliau memberitahu Parlimen bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah, kerana mereka berdua dilihat sebagai kawan.

NONEHubungan antara kedua-duanya didakwa adalah dalam bentuk
kenderaan SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh anak sulung Nazri, Nedim.

NONEDakwaan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini, yang menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya  sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal (foto bawah).