Rabu, 31 Oktober 2012

Isu Royalti Negeri Pahang & Kelantan

DRAMA PENDEK HANG NAJIB JADI PEMIMPIN AMANAH..!!!



Genting bukan pemegang saham FGV...!!!!

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures (FGVH), Datuk Sabri Ahmad
Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures (FGVH), Datuk Sabri Ahmad 
 
KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini sekali lagi menjelaskan bahawa Genting Bhd bukan pemegang saham syarikat itu.
FGV juga menegaskan bahawa ia tidak memberikan mana-mana saham kepada Genting semasa dan selepas tawaran awam permulaannya.
"Mustahak bagi FGV untuk memberikan penjelasan itu agar orang ramai dan juga peneroka Felda tidak terkeliru dengan laporan yang tidak jelas," kata Presiden Kumpulannya Datuk Sabri Ahmad dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada satu artikel yang diterbitkan oleh MalaysiaKini bertajuk "Umno MP: Why did unrelated person get one million FGV shares?" pada 24 Okt, 2012.
Merujuk kepada jadual yang dilampirkan bersama artikel itu yang menyenaraikan pemegang saham utama FGV, Sabri berkata: “407.005 juta yang dinyatakan dalam jadual itu ialah bilangan saham yang dipegang secara langsung oleh Genting dalam Genting Plantations Bhd pada 7 Mei 2012 berasaskan kepada Laporan Tahunan 2011 Genting Plantations.

Media PRO UMNO@BN : Hasan Ali tubuh rangkaian TV, radio online



 
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.

Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.

"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.

"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.

Turut hadir semasa sesi pelancaran tadi ialah Pengarang Kanan Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan dan juga bekas ADUN Penanti Muhammad Fairus Khairuddin.

Mewahnya : RM12 juta kos selenggara kediaman rasmi PM, TPM

KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun sebanyak RM12,094,707.06. Penyelenggaraan bagi Seri Perdana, kediaman Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria untuk kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebanyak RM5,117,305.26.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan demikian dalam jawaban bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat hari ini.

FESYEN TERKINI ALAF BARU MEMENUHI CITA RASA ISLAM WASSATIYYAH!!!!


Gambar ini admin kutip dari lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia.

Sebahagian model memperagakan baju pada majlis sidang akhbar The Islamic Fashion Festival bertemakan  "HAKUNA MATATA".
Tema diciplak dari cerita  Kartun The Lion King. Sebab itu fesyen ini pun macam orang zaman duduk dalam hutan jugak.

Adakah tergamak penganjur boleh namakan ini fesyen umat Islam?...Cuba peratikan betul-betul minah model sebelah kiri. Dah lah tak pakai tudung. Peragakan baju fesyen nampak ketiak!!!!!. Ini betul-betul gila babi punya fesyen yang jaja dan jual nama Islam.

Betul-betul hamlau punya kerja!!!!

Lagi memelikkan bila dengan bangga dan megah boleh lidah biawak rasmi UMNO tolong kempen. Satu kerja yang menghina Islam.

Sebelum ini Presiden MCA Chua Soi Lek hina Islam depan Najib, Najib tersenyum tak kata apa tapi beri RM30 juta sebagai upah.

Agak-agak berapa upah pula pengajur ni dapat menghina Islam?

UMNO TUMBANG.. ISLAM DAN MELAYU GEMILANG......UMNO TIADA...ISLAM TIDAK LAGI DIHINA.

Kertas siasatan Suaram ditolak AG, kata menteri



KUALA LUMPUR, 31 Okt — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kertas siasatan badan bukan kerajaan (NGO), Suaram telah ditolak oleh Peguam Negara (AG) kerana mahu meneliti laporan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu.
"AG mahu lihat dahulu siasatan oleh ROS, oleh sebab itu kertas siasatan dipulangkan.
"Bukan kerana siasatan tak lengkap, siasatan sudah lengkap malahan akta untuk membawa Suaram ke muka pengadilan juga sudah dikenalpasti," kata Ismail Sabri, yang juga menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Ismail Sabri juga berkata keputusan yang diambil AG adalah kerana kes tersebut mempunyai hubung kait dengan banyak agensi tetapi keutamaan diberikan kepada ROS.

"Menerusi apa yang dimaklumkan oleh AG, mereka menyatakan bahawa mahu meneliti siasatan dibawah ROS terlebih dahulu kerana ia merupakan bidang kuasa mereka," tambah Ismail Sabri.

Kondo Batu Caves : MB umum anggota pasukan petugas minggu depan

Kerajaan Selangor akan mengumumkan keanggotaan pasukan petugas bebas mengkaji isu sekitar pembinaan kondominium berhampiran kuil Subramaniar di Batu Caves selepas mendapat persetujuan mereka yang dicadangkan.

Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ia akan hanya diumumkan selepas mesyuarat mingguan exco minggu depan kerana beliau sendiri akan menghubungi nama-nama yang dicadangkan untuk menganggotai pasukan petugas tersebut.

Tuduhan ‘Creative Accounting’ Di Selangor Tidak Berasas


SHAH ALAM, 31 OKT : Tuduhan bahawa Kerajaan Selangor mengamalkan “creative accounting” adalah melampau dan tidak berasas kerana kesahihannya telah diperakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Selangor disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Menurutnya, ia selaras dengan piawaian perakaunan berasaskan “International Public Sector Accounting Standards – Financial Reporting Under Cash Basis Accounting”.
Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2011 sebelum ini menyatakan Penyata Kewangan Kerajaan Selangor pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011.
Laporan tersebut juga mengatakan rekod perakaunan Kerajaan Selangor telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

After Sandy, New Yorkers Head Back to Work

Sandy's economic costs could run to $20 bln

Myanmar's minorities: Crying for help

Menteri Gulong Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri - 1

MP PAS Jerai Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri

MP PKR Subang Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri

MP DAP Teluk Intan Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri

MP DAP PJ Utara Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri

MP PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri

MP PKR Sg Petani Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri

PKNS : PREC Martabatkan Usahawan Melayu Dan Bumiputera


SHAH ALAM 31 OKT: Peniaga dan usahawan yang menyewa ruang niaga di bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini bakal menikmati ruang niaga dan kemudahan awam yang lebih baik.
Perkembangan ini setelah lima bangunan milik PKNS akan dipindahmilik kepada anak syarikatnya iaitu Private Real Estate Company (PREC) bagi meningkatkan pengurusan aset tersebut.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata penambahbaikan tersebut selari dengan matlamat asal penubuhan PKNS iaitu meningkatkan taraf kehidupan Bumiputera.
Beliau berkata PREC sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan kemudahan di dalam ke lima-lima bangunan tersebut sejak Oktober 2011. Ini termasuk memperbaiki tandas, eskalator, lif, papan tanda dan kerja-kerja tersebut dijangka siap pada Mac 2013.
PREC turut bekerjasama dengan Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS untuk menambah tapak niaga di bangunan-bangunan untuk usahawan Melayu dan Bumiputera.

Kerajaan Selangor Saman Utusan Atas Artikel PKNS


SHAH ALAM 31 OKT : Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Artikel tersebut bertajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.
Pengumuman saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini petang tadi.
“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini.
“Justeru, Kerajaan Negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil kerana artikel tersebut ternyata palsu dan menjejaskan nama baik Menteri Besar,” tegasnya yang turut ditemani Ahli Exco Negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ronnie Liu.

Harap provokasi bacul tidak berulang di Jelajah Le Tour De Scorpene Ahad ini

Masalah fundamental negara ketika ini adalah sistem perlaksaanan Kerajaan Pemerintah yang berhadapan dengan wabak ketirisan, pemberian komisyen dan salahguna kuasa. Masyarakat tidak pernah lupa akan pembayaran komisyen RM 500 juta lebih kepada syarikat PERIMEKAR dan pembunuhan kejam Altantuya Sharibuu berhubung pembelian kapal selam Scorpene.
Atas kepedulian dan rasa bertanggungjawab cintakan tanahair, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan SUARAM akan menganjurkan siri Ceramah Perdana Le Tour De Scorpene Zon Selatan pada 04 November 2012 bertempat di Perkarangan Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Pasir Gudang, Jalan Betik 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.
SAMM Johor menjangkakan akan berlaku tindakan provokasi murahan dari pihak tidak bertanggungjawab ekoran daripada sikap UMNO yang mencetuskan provokasi pada program Pakatan Rakyat pada 27 Oktober 2012 di Bandar Seri Alam, Masai, Johor yang dengan sengaja memasang lagu-lagu dengan speaker yang kuat bertujuan untuk mengganggu penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dari mendengar ucapan dan amanat Pimpinan Pakatan Rakyat pada malam tersebut.

Minta Penjelasan Menteri Syarikat Konsesi AES Menyamar JPJ

KUALA LUMPUR, 31 OKT – Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).
Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.
“Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ.
“Letak logo JPJ, nama ‘Automated Enforcement System’ sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?” katanya di lobi Parlimen.
Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Terima dana Soros derhaka kepada negara, dakwa MP BN

KUALA LUMPUR, 31 Oktober — Ahli Parlimen (MP) mendakwa penerimaan dana atau sebarang kaitan dengan penyumbang dana daripada Open Society yang dimiliki George Soros adalah satu bentuk penderhakaan kepada Malaysia walaupun Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak sendiri pernah bertemu spekulator itu.
"Penerimaan dana daripada Soros ini akan timbulkan persepsi kepada masyarakat serta merupakan satu bentuk ancaman kepada demokrasi berparlimen dan raja.
"Ini adalah satu penderhakaan!" kata MP Jasin, Datuk Wira Hj Ahmad Bin Hamzah semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.
Perbahasan melibatkan badan bukan kerajaan (NGO), SUARAM dibangkitkan oleh MP Pasir Emas Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) gagal menjalankan tanggungjawab dalam memantau NGO tersebut.
Susulan pendedahan tersebut, ia telah menimbulkan satu polemik baru melibatkan NGO di Malaysia walaupun Najib dalam laporan media awal bulan lalu turut mengakui bertemu spekulator mata wang asing, Soros tetapi tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh  spekulator mata wang tersebut.
Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.
“Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.

RM12m spent on PM and DPM homes

Nazri Aziz reveals the sums incurred between 2008 and 2011 in maintaining Sri Perdana and Sri Satria.

KUALA LUMPUR: The government spent more than RM12 million to maintain the official residences of the Prime Minister and Deputy Prime Minister between 2008 and 2011.
Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz said RM6,977,401.80 was spent on Seri Perdana, Prime Minister Najib Tun Razak’s residence, and RM5,117,305.26 on Sri Satria, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin’s residence.
Nazri said this in a written parliamentary response to Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap).
The highest yearly maintenance cost for Seri Perdana was recorded in 2008, at RM1,896,616.80. For Sri Satria, it was in 2011, and the amount was RM1,455,804.
The Seri Perdana complex sits on a 42.5-acre site along Persiaran Seri Perdana, in Putrajaya’s Precinct 10. It is open to the public for guided tours and walk-in visits from 9am to 3pm every day, except Friday.
Sri Satria is located along Lebuh Perdana Selatan in Precinct 16.

Kerjasama Honda – Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar….

Honda Proton DRB Hicom Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....
Kalau sebelum ini, Proton (Proton Holdings Berhad) pernah bekerjasama dengan Mitsubishi di awal kemunculannya dahulu, dan kerjasama tersebut terhenti sekejap sebelum Proton menyambungnya kembali sehingga lahirnya model Proton Inspira yang diasaskan daripada model Lancer GT pada penghujung 2010. Tetapi…
Tetapi…..Kerjasama Proton dengan Mitsubishi tidak boleh terus disamakan dengan apa yang dilaporkan dikebanyakan berita baru-baru di mana akan berlakunya kerjasama antara Proton dan Honda. Hakikatnya, Mitsubishi hanyalah “small player” yang mana mereka belum ada tapak di Malaysia. Pengikut & pelanggan mereka mungkin ada tetapi tidak segah Honda & Toyota di Malaysia. Itu sebablah lahir kerjasama Mitsubishi dengan Proton, sekurang-kurangnya mereka dapat “sesuatu” apabila bekerjasama dengan pembuat kereta tempatan seperti Proton.
DRB Hicom Proton 150x150 Kerjasama Honda   Proton. Proton Rugi. Ikan Jerung (Honda & DRB Hicom) Yang Untung Besar....
Kuala Lumpur: Gergasi automotif Jepun, Honda Motor Co. Ltd (Honda Motor) dipilih DRB-Hicom Bhd sebagai rakan strategik asing untuk anak syarikatnya, Proton Holdings Bhd.
DRB-Hicom, dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, satu Perjanjian Kerjasama membabitkan Proton Holdings dan Honda Motor sudah dimeterai. Konglomerat itu berkata, perjanjian berkenaan membolehkan Proton Holdings dan Honda Motor meneroka peluang kerjasama dalam empat bidang utama dalam industri automotif, iaitu peningkatan teknologi, pengenalan barisan produk baru, perkongsian platform dan juga kemudahan pengeluaran.
Memiliki kerjasama dengan peserta automotif global yang kuat dan terkenal seperti Honda Motor sebagai rakan kongsi strategik asing akan memberi kelebihan kepada Proton Holdings serta Kumpulan DRB-HICOM dengan potensi untuk berkembang sebagai pengeluar peralatan tulen (OEM).
Kerjasama ini akan memberikan kesan positif kepada Proton Holdings dan Kumpulan DRB-Hicom untuk jangka panjang, katanya. DRB-Hicom berkata, perjanjian kerjasama berkenaan akan berkuat kuasa sehinggalah tertubuhnya pelaksanaan Perjanjian Muktamad.

Kenapa Umno takut sangat dengan Nik Aziz?


Umno dan PERKASA adalah musuh PAS,, Bekas pemimpin PAS juga adalah musuh PAS. Baru-baru ini, Dr Hasan Ali alJATI dan Uztaz Nakhaei yang sekian lama menjadi keldai Umno  serta Ibrahim Ali presiden PERKASA berkokok lagi. Mereka mahu Nik Aziz berundur,  kononnya Nik Aziz dah tua, tak mampu buat kerja dan makan gaji buta,, lebih baik lepaskan jawatan kepada orang lebih muda,,, kata mereka.  Kah, kah, kah!   itulah tahap keberanian mereka !  Nak tegur kebobrokan Najib lansung mereka tak berani !
Kasihan pulak teman tengok dua tiga ekor musang ini!  Tindakan mereka ibarat bibir tak mancung gigi tersorong-sorong !  Samalah macam musang nak mintak jaga reban ayam!!  Apa-apa pun TG Nik Aziz tetap dianggap oleh rakyat Kelantan dan masyarakat Islam ‘amnya sebagai seorang pemimpin yang  berintergriti dan berkredibiliti.  Semakin Nik Aziz difitnah dan diperlekeh semakin tinggi pula darjatnya !!  Lagi tinggi darjat pemimpin, semakin tinggilah daulah parti PAS itu sendiri, namun Umno tak faham-faham,, masih meneruskan kejian dan tohmahan! 
 
Dalam sibuk menyindir Umno ciplak idea Nik Aziz 
Tuan Guru Nik Aziz bukanlah seperti bekas pemimpin PAS Dato’ Asri Muda atau Ustaz Nakhaei, bukan juga seperti Dr Hasan Ali mahupun Ustaz Nasha yang mudah digula-gulakan oleh Umno.  Nik Aziz seorang pemimpin yang  jujur, bijak dan berani,pemimpin yang tegas dan kukuh pendirian! Perjuangan Islamnya tidak pernah longgar dan luntur sedikitpun. Sesungguhnya pengaruh dan kekuatan TG Nik Aziz masih kukuh dan konsisten.  TG Nik Aziz sendiri nampak masih yakin dan mampu meneruskan khidmat. Orang ramai khasnya rakyat Kelantan masih mahukannya.
Masyarakat Islam termasuk bukan Islam,  sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan amat menyenangi TG Nik Aziz.  Kalaupun kudratnya tidak sehebat orang muda, tetapi idea dan buah fikiranya yang cukup bernas masih diperlukan!  Ini yang amat ditakuti dan tidak disenangi oleh Umno. Tentu kita masih ingat, dalam sibuk menyindir dan memperlekeh Nik Aziz,  Umno telah meniru atau copy paste idea Nik Aziz. Misalnya pembinaan rumah tiga bilik,  berkerja lima hari seminggu, cuti dua bulan untuk isteri bersalin, penggunaan dinar dan sebagainya.  Umno usah kata nak berterima kasih, sebaliknya terus riak dan bongkak!!
Oleh : rahimothman 

Tahaluf Siyasi Strategi Mapan , Islam Tak Tergadai !

Oleh P Hayat
Media perdana dikuasai Umno-BN didapati terus menerus menyerang PAS di dalam isu hubungan PAS dengan DAP hanya dengan satu tujuan agar hubungan tersebut menjadi retak menunggu belah. Serangan tersebut sehinggalah menyeret batang tubuh Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan desakan agar Tuan Guru digantikan.
Media tersebut sengaja hendak mencipta angin ribut di tengah gelanggang yang aman dan tenteram. Umno seolah-olah begitu dengki dan irihati melihat perpaduan kukuh seluruh ahli Pas di bawah karisma dan aura Tuan Guru Nik Aziz.
Ini adalah satu permainan murahan akhbar Utusan Malaysia yang tidak pernah serik biarpun berpuluh juta ringgit denda pernah diputuskan oleh mahkamah dalam pelbagai kes laporan berunsur fitnah ke atas pemimpin Pas.
Mainan media Umno itu seperti sebelumnya juga dijangka gagal menggugat Pakatan Rakyat sebaliknya ia hanyalah taktik mengalih isu kelemahan belanjawan 2013 Najib yang tempang.

PERANGAI HODOH UMNO!!! Maki hamun dan halau MB Selangor dengan parang

KETIKA umat Islam melaksanakan ibadah korban dan merayakan Aidil Adha, beberapa samseng lelaki dan wanita yang kita faham merupakan penyokong Umno, memaki hamun dan menghalau Menteri Besar Selangor dengan parang dan pisau di tangan.

Budaya samseng yang diterapkan oleh United Malays No Otak, Umno telah membuatkan penyokong mereka sanggup bertindak di luar batas. Sebelum ini bas jelajah Merdeka Rakyat diserang oleh penyokong Umno kini MB pula dimaki hamun dan dihalau.


Rujuk keratan Akhbar Sinar Harian edisi Selangor, bertarikh 31 Oktober 2012 di bawah ini.




Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dipilih oleh masyarakat setempat melalui suara majoriti dan pilihanraya. Beliau juga Menteri Besar Selangor yang sah dipilih oleh suara ramai.

Tok Guru Makin Kukuh Bila Diasak

Rahmat dan hikmat Tuhan itu kadang-kadang kita tidak dapat menyelaminya langsung. Adakalanya kita berfikir begini tetapi yang jadi sebaliknya. Selalu berlaku perkadasan di antara hamba dengan Rabbnya. Misalnya musuh Pas dan mereka membenci Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan beliau berundur dari politik mengira apabila dilakukan asakan dan tekanan ke atas MB itu beliau akan menjadi lemah jiwa dan tertekan akhirnya segera meninggalkan jawatan, tetapi yang jadi sebaliknya.

Nik Aziz: Makin ditekan makin naik.
Tokguru itu semakin diasak bukan jadi makin tertekan dan mudah mengaku kalah untuk melepaskan jawatan, sebaliknya ia menjadi semakin bersemangat dan terus degil untuk mempertahankan jawatannya. Seolah-olah desakan dan tekanan itu menjadi penawar atau beteri tambahan pula kepadanya. Beliau jadi macam tepong yang dibubur serbut penaik, makin menggelembung.

Tenguk apa yang beliau jawab dan ulas apabila ada pihak tertentu meminta beliau berundur sambil memperkecil-kecil keupayaan serta mempertikaikan kesiahatannya. Apa jawabnya, katanya dia masih sihat dan masih ada kederat untuk berkhdimat. Cakap-cakap pun berasap-asap.

"Kalau sekat nak lawan Umno bila-bila sajalah. Dan orang berkhidmat bukan menggunakan fizikal tetapi akal," begitulah katanya. Jawaban itu menunjukkan desakan dan perlecehan itu tidak memberi bekas sikitpun dan mengugahkan semangatnya untuk terus berada di tempatnya kini.

Projek “Feed-in Tariff” SEDA, syarikat “kosong” dapat tender?


KUALA LUMPUR, 31 OKTOBER: Penganugerahan projek menguruskan perlaksanaan mekanisme “Feed-in Tariff” (FiT) bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 kepada banyak syarikat yang tidak layak dan dikaitkan dengan anak  mantan Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menimbulkan banyak tandatanya.
Seperti yang umum telah ketahui, 32.4 peratus daripada jumlah 139MW telah diperuntukkan kepada 12 syarikat yang dimiliki oleh Suzi Suliana Mohd Sidek dan suaminya Todd Michael Morath, dan dua lagi pemilik saham bersama biarpun tidak memenuhi syarat kelayakan.
“Jawapan Menteri Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui jelas menunjukkan bahawa pihak pengurusan SEDA telah campur tangan dalam proses penawaran yang membolehkan syarikat-syarikat kosong yang dimiliki oleh Suzi Suliana dapat quota yang begitu besar,”

8th Bersih leader held at airport

In the incident on Saturday, a Bersih steering committee member was briefly detained for about 30 minutes before he was allowed to fly out to Singapore.

PETALING JAYA: The government’s harassment against Bersih leaders continued with the eighth steering committee member of the polls watchdog being stopped by the authorities at the airport.
In the latest incident which happened on Saturday, Arul Prakash (photo, left) was held briefly by immigration officers for about 30 minutes at the LCCT (Low Cost Carrier Terminal) while traveling to Singapore.
“I was told that my name was blacklisted,” he told FMT today.
He said that an immigration officer witheld his boarding pass and passport, and made photocopies of them.
He also made a few calls, said Arul.
“After awhile they told me I can go. But when I asked why I was stopped, they simply said: You have to check with PDRM (Royal Malaysia Police),” said Arul, who is also Pusat Komas executive director.

S'gor hantar surat tuntutan pada Utusan, Zaini agar mohon maaf

Majlis mesyuarat kerajaan Selangor kesal dengan artikel yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini berkenaan aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang didakwanya berunsur fitnah dan hasutan.

"Justeru, kerajaan negeri mewajarkan satu tindakan tegas diambil terhadap akhbar dan penulisnya, Datuk Zaini Hassan kerana artikel tersebut berniat jahat, palsu dan  menjejaskan nama baik Menteri Besar," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri telah mengarahkan peguam untuk menghantar surat tuntutan maaf kepada Utusan Malaysia dan Zaini.

"Kerajaan negeri juga telah mengarahkan PKNS mengambil tindakan yang sama," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

"Walaupun kita menghormati kebebasan media, namun media tidak boleh menyalahgunakan kebebasan itu untuk melaporkan berita berunsur fitnah, palsu  dan mengelirukan," tambahnya.

Kit Siang: Kong Cho Ha letak jawatan jika 112 ahli parlimen sokong tangguh AES

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha perlu meletak jawatan sekiranya 112 ahli parlimen menyokong untuk penangguhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.
Menurut Lim, dua orang ahli Umno telah bersetuju untuk menyokong penangguhan ini, selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengusulkan untuk menangguhkan AES untuk kesalahan jalan raya, dan memerlukan kajian yang mendalam sebelum dilaksanakan.
"Hari ini, ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang merupakan timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) juga menyokong dasar ini ditangguhkan terlebih dahulu.

Pejabat MP Serdang dipecah, komputer hilang..!! duit RM400 tak diambil..???



 
Pusat khidmat wakil rakyat anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching di Balakong dipecah masuk malam tadi menyebabkan sebuah mesin pencetak dan komputer hilang.

Bagaimanapun, Teo agak pelik apabila pencuri itu tidak menyentuh wang RM400 yang disimpan dalam laci.

NONEDalam kenyataannya hari ini ini, Teo (kanan) berkata, kakitangan pejabat itu yang diperkenalkan sebagai "Loh" menyedari perkara itu ketika tiba di tempat kejadian pada 10.45 pagi tadi.

Justeru, Teo yang juga timbalan setiausaha publisiti DAP mengesyaki insiden itu berlaku antara malam tadi dan pagi ini.

"Kami sudah membuat laporan polis dan kami berharap polis dapat bertindak," katanya.

Teo berkata, kejadian itu jenayah terbaru yang menimpanya dalam tempoh empat bulan selepas dirompak pada 13 Julai lau.

Prelude: Baram dam, ending a legacy

IS THIS BN EFFICIENCY, Zambry? Permaisuri Bainun Hospital ceiling collapses

IS THIS BN EFFICIENCY, Zambry? Permaisuri Bainun Hospital ceiling collapsesIPOH- Part of the ceiling of the Specialist Centre Complex at the Raja Permaisuri Bainun Hospital here collapsed this morning.
No injuries were reported in the 6am incident.
The ceiling gave way near the Dermatology Clinic, located on the first floor, leaving a big hole.
This is the first such incident in the hospital, about 18 years after its construction.
- New Straits Times

Akta Perhimpunan Aman tiada jaminan, program PR terus diganggu

KUALA LUMPUR 31 Oktober: Akta Perhimpunan Aman (PAA 2012) tidak memberi sebarang jaminan keselamatan selagi program yang
dianjur Pakatan Rakyat terus diganggu dan dihalang kerajaan, kata Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
“Dari segi propaganda, PAA 2012 ini diperlihatkan lebih terbuka. Tapi hakikatnya akta ini ada banyak jurang kelemahan undang-undang yang boleh dipergunakan oleh penguasa.
“Kita memohon mengadakan program mengikut prosedur dan undang-undang PAA 2012. Namun gangguan tetap ada. Langsung tidak ada
jaminan keselamatan dari polis,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Jalan Duta, hari ini.
Beliau merujuk program di Pasir Gudang, Johor 27 Oktober lalu apabila pemuda Umno melakukan provokasi, memasang kuat rakaman kaset dalam balai raya, berdepan tapak ceramah anjuran DAP kawasan itu.

KASE sedia peguam selesai saman AES


KUALA LUMPUR: Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyediakan lebih 100 peguam untuk membantu orang ramai yang menerima saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman tidak perlu khuatir dan disarankan tidak membayar saman tersebut.

"Kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012.

"Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300 itu, ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

DAP: Nak percaya ketua audit atau Rahman Dahlan?



 
Anggota parlimen DAP hari ini menyelar tindakan Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) yang mendakwa Pakatan Rakyat memanipulasikan perakaunan kreatif dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

NONE"Mereka mempersoalkan kebijaksanaan dan ketelusan Ketua Audit Negara (Ambrin Buang)," kata wakil rakyat Bukit Bendera Liew Chin Tong (kanan).

Liew berkata, menuduh negeri Pakatan memindah dana akaun amanah bermaksud seolah-olah ketua audit negara dan kakitangannya tidak mampu melakukan semakan menyeluruh dan mengesan amalan yang dipersoalkan.

"Siapa yang kita hendak percaya? MP Kota Belud (Abdul Rahman Dahlan) atau ketua audit negara?" soalnya.

BNBBC semalam mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Abdul Rahman sebagai timbalan ketua BNBBC mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

Tok Guru : Ucapan terharu dan tahniah kepada polis negeri Kelantan

Lagi tahanan mati dalam penjara

Ali : Anak saya kahwin ala kadar bukan ala DAP..ha..ha..ratus ribu ala kadar..!!!

Pemandu teksi serah memo kepada menteri

KASE terus desak kerajaan tangguh saman AES

MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Dlm Negeri

MP PKR Machang Bidas Pasir Mas

MP PAS Kuala Selangor Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Antarabangsa

MP PKR Machang Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Antarabangsa

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Antarabangsa

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan 2013 Kem. Perdagangan Antarabangsa

Diskusi Untukmu Wanita - Salam Selangor

Lebih 6,000 Rumah Kos Rendah Disiapkan Dalam Masa 4 Tahun Pakatan Rakyat di Selangor - INFO 12

Penganalisis: Wan Azizah tak sesuai tanding Dun

Wan Azizah Wan Ismail SHAH ALAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat tidak sesuai bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), memandangkan beliau merupakan pemimpin tertinggi parti.

Penganalisis politik, Prof Dr Jayum Jawan berpendapat, sebagai presiden parti, Wan Azizah selayaknya bertanding di peringkat lebih besar iaitu di peringkat Pusat atau Parlimen.

“Ini bukan soal di mana tempat sesuai untuk beliau bertanding, tapi kesesuaian untuk beliau bertanding.

“Seorang pemimpin nasional kena bertanding peringkat lebih besar. Biasanya, pemimpin bawahan parti yang akan bertanding di negeri, tapi kalau beliau mahu juga bertanding, itu haknya,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta pandangan mengenai kerusi yang sesuai ditandingi Wan Azizah.

Kelmarin, Wan Azizah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi Dun Selangor atau Pulau Pinang, bagaimanapun beliau masih belum memuktamadkan pilihannya itu.

Najib: Rakyat perlu hargai pemimpin amanah, tepati janji...tapi rakyat perlu hukum dan tolak pemimpin pecah amanah serta penipu..!!!!


 Najib Tun Razak SUNGAI PETANI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menghargai pemimpin yang sentiasa amanah dengan tanggungjawab yang diberikan serta menepati janji.
Beliau berkata pemimpin yang tidak pernah mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan wajib disokong oleh rakyat demi kesejahteraan negara.
"Kita (pemimpin yang) tidak pernah bercakap bohong, kita bercakap benar, jadi kita mesti faham bahawa apa yang kita lakukan itu memang menepati kehendak agama kita, menepati hadis Rasulullah SAW.
"Ini amanah yang kita galas, tidak pernah khianati dan setiap janji kepada rakyat kita tepati," katanya dalam ucapan pada majlis Perhimpunan Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Kedah di Pantai Merdeka di sini hari ini.

AES: PR sedia peguam, hargai pendirian Pemuda Umno


Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini menyatakan kesediaan mereka menyediakan khidmat peguam kepada penerima-penerima saman yang berpunca daripada pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, penerima saman AES bermula 13 Oktober lalu diminta tidak membuat bayaran kompaun yang dikenakan sebanyak RM300 selepas tarikh pembayaran.

Menurutnya, penerima saman akan diberi pembelaan melalui peguam yang disediakan oleh Pas dan PR jika mereka dibawa ke mahkamah.

Serah memo pada Anwar, TEKSI mahu tuntutan permit direalisasi

KUALA LUMPUR 31 Oktober: Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (TEKSI) menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi TEKSI, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud bersama kira-kira 15 anggota NGO itu yang diiringi Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Ia turut diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad.
Sebelum ini , Anwar pernah menyatakan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menamatkan pemberian permit teksi secara besar-besaran kepada syarikat teksi yang kebanyakannya dimiliki kroni Umno.
Sebaliknya, permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi secara individu dan menegaskan masalah pemandu teksi akan segera diselesai sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Mohammad Ridzwan menjelaskan, pihaknya mewakili semua pemandu teksi di Malaysia meminta kerajaan memandang serius permasalahan mereka.
“Kita menuntut agar permit individu diberikan kepada semua pemandu teksi tanpa syarat, juga kadar cukai kenderaan untuk pembelian kenderaan teksi bagi kenderaan nasional dimansuhkan.
“Kami juga menuntut kebenaran diberikan bagi penggunaan teksi selain dari Proton untuk teksi bandar kerana kos pembaikan dan ketahanan kurang memuaskan,” jelasnya mengenai kandungan memorandum itu kepada Mohamed Nazri.

AES celaru, kerajaan didesak batal semua saman

KUALA LUMPUR 31 Oktober: Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) keliru dan celaru, justeru kerajaan perlu membatalkan semua saman yang dikeluar sejak 13 Oktober lalu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat beberapa pengguna jalan raya yang dikenakan saman kerana memandu lebih had laju ditetapkan iaitu 110km/j di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Namun, Seksyen 79(2) menyatakan kesalahan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, jadi ada kekeliruan di situ,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu.
“Hukuman di bawah seksyen tersebut juga menetapkan denda tidak melebihi RM500, bukan minimum RM300. Jadi kepada mereka yang telah disaman, kita sarankan tak perlu bayar kompaun,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tuntutan: Pemandu teksi serah memo kepada menteri


KUALA LUMPUR: Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi Malaysia (Teksi) hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Memorandum yang diserahkan di parlimen itu turut dihadiri Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin bersama 15 orang wakil dari NGO Teksi.

Pengerusi Teksi, Mohammad Ridzwan Mohamad Daud ketika bertemu Mohamed Nazri menjelaskan, pihaknya mewakili semua pemandu teksi di Malaysia yang meminta Kerajaan Malaysia agar memandang serius segala permasalahan yang dihadapi mereka.

"Kita menuntut agar permit individu diberikan kepada semua pemandu teksi tanpa syarat, malah juga menuntut kadar cukai kenderaan untuk pembelian kenderaan teksi bagi kenderaan nasional dimansuhkan.

Lawan saman AES dengan tidak membayar, kata Mahfuz

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Pemimpin PAS hari ini menggesa pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang dikeluarkan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) sebaliknya menasihati mereka untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
"Sekarang saya mahu tanya, jika kerajaan masih enggan menangguhkan pelaksanaan AES dan menggugurkan semua saman yang dikeluarkan, semua yang menerima saman itu tidak perlu membayar kompaun RM300 itu. Tetapi mereka perlu mengikut arahan yang diarahkan untuk ke mahkamah..." kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media hari ini.
Beliau (gambar) turut berkata Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menyediakan peguam bagi mewakili individu yang memilih untuk membawa kes ke mahkamah.
Semalam, PR berkata mereka akan menangguhkan kesemua kelulusan pelaksanaan AES di empat negeri yang mereka perintah iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai dan kajian lebih mendalam.
Ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam berkata langkah yang diambil oleh PR ini bermakna sebanyak 331 daripada 831 kamera AES yang dirancang untuk dibina seluruh negara tidak akan dilaksanakan.

Kamera AES tersebut yang digunakan untuk mengecam kenderaan yang laju dan melanggar lampu isyarat ketika ini masih dalam pelaksaan fasa awal yang telah diletak di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Peluang terakhir untuk rasa gas pemedih mata dan semburan air kimia?

Memang la tak sepatutnya Pakatan Rakyat yang mengaku memperjuangkan kebebasan bersuara gunakan jugak gas pemedih mata dan semburan air kimia untuk suraikan penunjuk perasaan. Tapi bukan boleh kira sangat, dalam Pakatan Rakyat pun ramai jugak pemimpin yang mentaliti macam pemimpin Umno.
Sinarharian melaporkan:
SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.

“Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya. - Sinarharian.
 

Air Selangor : Teknologi membran dimulakan di Shah Alam



 
Bagi menambah bekalan air negeri, Selangor akan memperkenalkan teknologi penapisan membran yang dipertikaikan kerajaan pusat di sebuah loji lamanya di Shah Alam yang ditutup 17 tahun lalu, sebagai projek perintis.

Exco negeri Xavier Jayakumar berkata, dengan kos antara RM50 hingga RM80 juta untuk baik pulih dan naik taraf, Loji Rawatan Air Bukit Jelutong yang ditutup pada 1995 itu dijangka dibuka semula dalam tempoh enam bulan.

Provokasi Umno ganggu ceramah Merdeka Rakyat gagal

KUALA LANGAT 31 Oktober: Provokasi Umno untuk ganggu ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi gagal apabila ceramah Umno BN yang diadakan serentak di khemah berjarak 50 meter dari situ hanya dihadiri kurang 100 penyokong.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, ceramah yang dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim itu merupakan program bantuan rakyat bertujuan untuk melakukan provokasi terhadap ceramah Pakatan Rakyat.
“Apa yang kita boleh lihat, ceramah kita lebih mendapat sambutan, dan itu yang merunsingkan puak Umno. Sedangkan program mereka hanya dihadiri warga tua yang datang untuk menerima bantuan, tapi kita tak halang, ini negara demokrasi,” kata Azmizam.
Semasa pimpinan Pakatan Rakyat berucap, sekumpulan 20 pemuda memakai T-shirt BN membuat provokasi dengan meletakkan motosikal mereka sepanjang laluan ke tapak ceramah Merdeka Rakyat.
Mereka turut menunggang motosikal sambil mengibarkan bendera BN dan menjerit-jerit membuat bising.
Ia berbeza di tapak ceramah Merdeka Rakyat yang dihadiri lebih kurang 5,000 penduduk setempat.
“Umno sendiri takut melihat kebangkitan rakyat yang semakin mendapat maklumat dari ceramah-ceramah Pakatan Rakyat,” kata Naib Ketua AMK Pusat itu.

PKNS Jamin Kebajikan Peniaga dan Penyewa


SHAH ALAM, 31 OKT : Peniaga di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dinasihatkan tidak bimbang terhadap penstrukturan semula aset perbadanan itu.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Ibrahim berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan yang prihatin, PKNS sentiasa memastikan kebajikan para peniaga dan penyewa di premis itu dilindungi.
Sehubungan itu, katanya, peniaga tidak perlu khuatir berhubung dakwaan yang mengatakan kemungkinan mereka akan diusir dari premis perniagaan itu sekiranya ia diambil alih oleh pihak lain.
“Kita memberi jaminan bahawa kedua-dua peniaga sebagai penyewa dan PKNS sebagai pemegang aset bakal berdepan dengan situasi menang-menang (win win situation). Tidak timbul isu penindasan mahupun membelakangkan peniaga di premis itu,” katanya kepada TV Selangor.

Menanti impak besar himpunan di Seremban, 3 Nov

Siri demonstrasi aman, perhimpunan raksasa atau perarakan besar-besaran menuntut proses pilihan raya yang bersih dan adil, sejak kali pertama diadakan pada November 2007, sememangnya  mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat semakin meningkat, tanda kesedaran rakyat terhadap tuntutan asas demokrasi itu bertambah terbuka dan menyeluruh. Proses pendemokrasian yang merupakan trend global dan fenomena sejagat tidak mampu disekat lagi. Malah Malaysia seharusnya berada dalam liga teratas bersama negara-negara demokratik yang memberi peluang sepenuhnya rakyat untuk berpartisipasi secara bebas.

Dalam himpunan terakhir, Bersih 3.0, pada April 2012, penyertaan masyarakat Tionghua lebih menyerlah, menunjukkan keresahan berdepan pelbagai penipuan dan manipulasi semasa pilihan raya kini dikongsi lebih ramai khalayak. Ia juga bukti nyata bahawa tsunami politik Mac 2008 masih mempunyai momentum yang kuat.

UDA mahu bekerjasama dengan majlis agama negeri untuk bangunkan tanah wakaf....!! Jangan diwakafkan pada kroni sudahlah..??

Jazlan berkata UDA gembira dan teruja apabila model pembangunan tanah wakaf berkenaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Okt — Syarikat Milik Penuh Menteri Kewangan Diperbadankan, UDA Holdings Bhd yang berhadapan dengan masalah kekurangan bank tanah dalam memastikan survivalnya berharap model pembangunan tanah wakaf yang dibangunkan akan dapat menyelamatkan syarikat berkenaan terutama sekali dalam meneruskan projek pembangunan di kawasan bandar utama di negara ini. Model pembangunan tanah wakaf UDA dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang menggunakan kaedah pembiayaan Ijarah secara total dibangunkan untuk projek pembangunan Tanah Wakaf Setee Aishah di Seberang Jaya, Pulau Pinang menyaksikan pembinaan sebuah pusat perniagaan tiga tingkat mengandungi 27 lot kedai serta 76 unit rumah teres dua tingkat dengan anggaran kos pembangunan sebanyak RM19 juta di atas tanah wakaf seluas kira-kira 3.68 hektar.
Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengakui bahawa syarikat berkenaan gembira dan teruja apabila model pembangunan tanah wakaf berkenaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya untuk pembangunan Wakaf Setee Aishah mengikut hukum syarak seperti yang digariskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Fight AES fines, PAS’s Mahfuz tells road users

PR has moved to block the rollout of the AES camera network in the states governed by the pact. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Oct 31 ― A PAS lawmaker today urged road users not to pay off traffic summonses issued under the federal government’s controversial Automated Enforcement System (AES), saying that they should claim trial to the offences instead. “Now I want to ask, if the government refuses to delay the implementation of the AES and withdraw all summonses issued, everyone who receives the AES summonses don’t need to pay the RM300 compound, instead follow this instruction to go to court...” PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said at a press conference today.
He said that Pakatan Rakyat (PR) was prepared to provide lawyers to represent those who chose to contest the summonses in court.
Yesterday, PR said it would suspend approval for the AES’s implementation in the four states of Penang, Selangor, Kedah and Kelantan, to allow for further discussion and public feedback.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng yesterday said that PR’s move would mean that 331 out of the planned 831 cameras under the nationwide AES scheme will not be installed.
The AES cameras, which detects speeding motorists and those who beat traffic lights, is in its pilot phase, with 14 installed in Perak, Kuala Lumpur, Selangor and Putrajaya.

Projek Mewah : Menara Warisan Merdeka 118 tingkat, kata kementerian

azlanWalaupun penafian awal oleh syarikat pemaju, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, tetapi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengesahkan bahawa ketinggian Menara Warisan Merdeka,  memang akan ditambah menjadi 118 tingkat - daripada 100 tingkat yang dirancang.

Kementerian berkenaan mendedahkan demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun semalam.

PNB sebelum ini telah menafikan dakwaan aktivis warisan, Teoh Chee Keong bahawa ketinggian menara itu akan ditambah kepada kira-kira 120 tingkat.

Jawapan bertulis itu juga mengesahkan bahawa projek ini akan melibatkan pengambilalihan tanah swasta sekitar tapak menara serta tanah kerajaan bagi projek tersebut, serta pembinaan jalan akses tambahan.

Sekali lagi, ini bercanggah dengan penafian PNB bahawa tiada tanah swasta yang akan terlibat

Mangsa Kapitalis Dikenali : Pelaburan emas oleh Genneva hampir cecah RM10b, kata Putrajaya

Semua akaun bank dan lain-lain aset Genneva telah dibekukan oleh BNM sejak 1 Oktober lalu. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 31 Okt — Putrajaya mendedahkan jumlah pelaburan ke atas skim perdagangan emas oleh Genneva Malaysia hampir mencecah sebanyak RM10 bilion yang baru-baru ini diserbu oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM), kata Datuk Dr Awang Adek Husin hari ini. “Maklumat yang saya ada mendapati sebanyak 35,000 pelabur yang sudah dikenalpasti, tetapi jumlah pelaburan keseluruhan mampu mencecah RM 10 bilion,” kata timbalan menteri kewangan tersebut di Parlimen semasa sesi soal-jawab hari ini.
Awang Adek sebelum ini memberitahu Parlimen bahawa Genneva memiliki liabiliti yang melebihi asetnya sekaligus menunjukkan bahawa syarikat itu bahawa mereka tidak mampu memberikan pulangan kepada pelaburnya.

Bung Mokhtar: AES tidak sesuai sekarang, PRU 13 makin hampir

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)  baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.
Datuk Bung Moktar Radin
Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN. “Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.
“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.
“AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya,” kata Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.
Kesemua empat negeri yang diperintah oleh PR telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan AES yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.
Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.
“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya