Selasa, 30 Oktober 2012

Kantoi! Wang Tunai RM40 Juta Bukan Untuk Umno!


“Derma politik” kontroversi RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman rupanya telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi “seorang pemimpin Umno”, dakwa bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Wilfred Mojilip Bumburing yang kini merupakan ahli parlimen bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga “pemimpin Umno” yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.
“Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
“Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?” katanya dalam kenyataan tersebut.
Bekas timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.

YB KINABATANGAN LAWAN YB MACHANG

Anwar Ibrahim: Najib, Nak Tolong Rakyat Tak Bankrap, Curi Duit Rakyat Boleh Bankrap

Dah Terdesak : Makmal bincang isu air di Selangor akan ditubuh

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan mencadangkan penubuhan makmal bagi menyelesaikan isu air di Selangor pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kementerian akan meminta penyertaan wakil kerajaan negeri Selangor untuk hadir dalam makmal yang akan dikendalikan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Pihak ketiga seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar dalam bidang berkaitan juga dijemput menyertai perbincangan dalam makmal itu, katanya.

Hujjah Terdesak Ala Desperado KP UMNO

Setelah gagal mempertahankan amalan kronisma dalam pemberian konsesi penjanaan kuasa kepada syarikat IPP, Ketua Pemuda UMNO terpaksa menggunakan hujjah terakhir yang paling lekeh iaitu dengan menuduh PR bersikap hipokrit! Ini, menurutnya, adalah kerana kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham sebanyak 25% dalam Genting Sangyen melalui anak sayrikatnya dan tidak menjualnya tetapi sebaliknya turut menikmati keuntungan dari konsesi yang dikutuk mereka.

HUJJAH KEBUDAK-BUDAKAN
Bila mendengar hujjah ini, saya tidak dapat menahan diri dari tergelak kerana teringat semasa zaman remaja apabila seorang rakan ditangkap guru kerana merokok dan dia memberi alasan kepada guru tersebut bahawa ramai lagi yang merokok juga! Begitulah bagi saya taraf hujjah yang dibawa Ketua Pemuda UMNO! Kalau sudah bersalah itu mengaku sahajalah dan terima sahajalah hukuman yang telah ditetapkan untuk kesalahan tersebut. Tidak perlulah menegakkan benang yang basah dengan membabitkan pihak lain.

Dia harus ingat, bahawa dia adalah Ketua Pemuda dan bukannya ketua remaja atau kanak-kanak UMNO. Maka perlu berhujjah atas dasar diberikan konsesi sedemikian rupa dan bukannya faktor sampingan seperti anak syarikat kerajaan Selangor ada saham!

Hakikat sebenarnya ialah saham kerajaan Negeri Selangor dalam Genting Sangyen telah dibeli pada zaman kerajaan UMNO/BN. Apabila PR mengambil alih, saham itu telahpun merupakan milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Mungkin sekiranya PR memerintah sebelum ini, semasa konsesi itu mahu diberi, maka PR tidak akan membelinya dan akan menentang pemberian konsesi tersebut di semua peringkat. Namun ianya telahpun menjadi milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dan terpaksa menilai samada perlu menjualnya atau sebaliknya.

SEBAB PR MENENTANG KONSESI IPP: MENGUNTUNGKAN KRONI

KANTOI: AKHIRNYA MIC MENGAKU PROJEK KONDO DILULUSKAN PADA 2007 MASA BN MEMERINTAH.....KAHKAHKAH......

MPS sangkal projek kondo Batu Caves diluluskan Pakatan

KUALA LUMPUR, 30 Okt —  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor. Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis.
“Sebenarnya, Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan.
“Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama.
“Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut,” kata beliau.
Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains (JMG) pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu, namun pihak Jabatan Alam Sekitar, dalam laporan awalnya, tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.

KEPALA UMNO!!! Ketua Audit Negara dan pegawai-pegawainya bodoh?

NONEMajlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Dah takdak isu, depa tuduh Ketua Audit Negara tak reti buat kerja

Dari sudut lain nampak macam depa nak kata pejabat Ketua Audit Negara bersekongkol dengan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya laporan audit untuk Pulau Pinang nampak cantik. Tak masuk akal sangat kut kalau nak dakwa sampai macam tu.

Bharian melaporkan:
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini meminta Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang untuk menjelaskan jumlah hasil pendapatan kewangan yang diperoleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran pembangkang secara terperinci kerana angkanya meragukan.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebagai contoh di Pulau Pinang, laporan kewangan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2011 negeri itu dipercayai bukan jumlah yang sebenar. - Bharian.   
Kesian pulak aku tengok puak-puak ni, sampai hati depa kata Ketua Audit Negara tak reti buat kerja. Takkan la pejabat Ketua Audit Negara tak sedar kalau betul berlaku "creative accounting" yang boleh ubah pengurusan kewangan sampai Laporan Audit Negara boleh sebut
"Prestasi pengurusan kewangan juga telah menunjukan pencapaian cemerlang Jabatan Kewangan negeri dalam mengurus hal-ehwal kewangan negeri". - Roketkini

Saidina Ali Pasti Isytihar Perang ke Atas UMNO.

Antara bahan propaganda yg dihasilkan oleh golongan "agama" dalam UMNO adalah kononnya PAS ini Khawarij. 
Hujjah mereka adalah kerana PAS menentang Kerajaan Islam. Yang herannya, tak berani pulak mereka samakan PAS dengan SAidna Muawiyyah dan Saidatina Aisyah yang menentang kerajaan Saidina Ali pulak ye? 
 Hakikatnya, golongan Khawarij ini jelas sesat. Malahan, Saidina Ali telah memerangi serta membunuh golongan Khawarij ini. Khawarij yang terkenal mengucap dua kalimah syahadah serta kuat beribadat itu dibunuh dan diperangi oleh Saidina Ali. Golongan2 Khawarij yang ini darah mereka ditumpahkan oleh Saidina Ali serta khalifah2 selepasnya.
Walaubagaimanapun, golongan Khawarij ini adalah jauh lebih "Islamik" dari UMNO. 
Misalnya:
1.0 Khawarij tidak menolak hukum hudud. UMNO tolak hudud
2.0 Khawarij tidak menghalalkan judi dan arak. UMNO menghalalkan judi dan arak
3.0 Khawarij kuat mengerjakan solat. UMNO pula tidak kesah ahli2nya mengerjakan solat atau tidak.
4.0 Khawarij menentang korupsi. UMNO menghalalkan korupsi.
5.0 Khawarij tidak redha orang bukan Islam menghina Islam. UMNO melindungi orang bukan Islam yang menghina Islam
6.0 Khawarij amat teliti dalam perkara halal dan haram. UMNO tidak kesah halal haram
7.0 Khawarij tidak pernah menghina Islam secara terbuka. UMNO terus menerus menghina Islam 

Polis: Himpunan 3 Nov di Seremban langgar akta



Saiful Azly Kamaruddin SEREMBAN – Program Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan Sabtu ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan tindakan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ini kerana, sehingga petang semalam, tiada sebarang permit di bawah akta undang-undang tersebut dikeluarkan kepada pihak penganjur.
“Sekiranya penganjur mengadakan juga perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Taman Seremban Jaya, mereka akan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.
Beliau berkata, polis sebelum ini sudah memberi peluang kepada penganjur untuk melengkapkan semula borang permohonan mengikut peruntukan undang-undang, bagaimanapun tiada maklum balas penganjur diterima dalam tempoh diberikan.
"Saya telah berjumpa dengan wakil penganjur kelmarin dan memaklumkan secara rasmi mengenai dua perkara.
"Satu, polis mengambil maklum akan program perhimpunan tersebut dan kedua, permohonan penganjur tidak dapat diproses memandangkan pengisian borang tidak mengikut kepada peruntukan dikehendaki,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini.

NFCorp berhutang dengan NS...uiks duit juta2 tu mana pegi..!!!!


Datuk Seri Mohamad Hasan SEREMBAN –  Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) didakwa berhutang dengan Kerajaan Negeri Sembilan sehingga mencecah RM200,000 berikutan sewa pajakan tapak projek yang tertunggak, sejak setahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang beroperasi di Gemas itu tertunggak bayaran sewa berikutan isu yang melanda syarikat berkenaan.
“Kita sudah tulis surat kepada NFCorp kerana sudah setahun tertunggak bayaran sewa tanah seluas 1,500 ekar yang dipajakkan.
“Sekiranya pihak NFCorp masih gagal membayar dalam tempoh ditetapkan, kita akan batalkan sewa pajakan projek berkenaan dan kadar bayaran akan dinaikkan dalam kontrak penjanjian baru,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, hari ini.

Pekebun kecil: Kenapa tergamak ‘sembelih’ kami?


TEMERLOH: Seramai 90 pekebun kecil getah Felda Lakum, Lanchang di sini mendakwa kerugian lebih RM3 juta sejak empat tahun lalu akibat persatuan mereka gagal mendapat lesen membeli dan menjual serta pusat mengumpul getah (PMG) daripada Lembaga Pelesenan Getah Malaysia (LPGM).
Dalam aduan mereka kepada Konvoi Cakna Rakyat yang dipimpin Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mereka mendakwa mempunyai bukti permohonan persatuan tersebut telah dikhianati.

(Gambar: Fauzi menyerahkan memorandum kepada Tuan Ibrahim.)

Dalam memorandum mereka kepada rombongan PAS Pahang itu, mereka menjelaskan persatuan mereka merupakan warga Felda Lakum yang telah berdikari mengusaha dan membangunkan sendiri ladang getah dengan bantuan tanaman semula di bawah Risda, telah mengeluarkan hasil sejak 2009.

PAS SELANGOR “GHOSTBUSTERS” EXORCISE THE PHANTOMS FROM THE ELECTORAL ROLL

The work of  flushing out fraudulent voters entails organised and dedicated teams whose strenuous efforts on the ground over the last 2 years have resulted in thousands upon thousands of phantom voters being eliminated from the electoral register.  

It is estimated that there are now at least half a million aliens registered to vote for UMNO/BN during PRU13 in the state of Selangor to wrest the crown jewel of the Malaysian economy by foul means from the hands of Pakatan Rakyat, a state which has built up strong reserves of RM 1.9 billion through prudent financial management and the elimination of crass corruption in the last 4 years.
Every 3 months, the struggle by the grassroots army to kick out “hantu-hantu” culminates in the SIASATAN AWAM which must the SPR is forced to conduct in accordance with the electoral law.  Not unexpectedly, the “ghosts” don’t seem too hungry nor eager to turn out to face fearless flesh-and-blood humans determined to batter the hell out of the “apparitions”.

Cuepacs juga gesa tangguh AES, rancang kaji selidik seluruh negara


AES
SHAH ALAM - Cuepacs turut menggesa supaya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguhkan ekoran desakan yang diterima daripada kakitangan awam, yang jumlahnya lebih 1.3 juta orang.
Semalam, negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) mendesak tindakan sedemikian manakala Pemuda Umno pula mengambil pendirian yang sama hari ini.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada kakitangan penjawat awam yang berulang-alikdari rumah ke tempat kerja, termasuk mereka yang bergegas atas arahan majikanmasing-masing.
Beliau juga berkata, sistem AES perlu dikaji semula untuk melihat lokasi yang sesuai diadakan kamera dan perlu ada koordinasi di setiap negeri termasuk negeri-negeri ditadbir PR.
“Bukan negeri ini pasang, negeri itu tak mahu pasang, kita terima desakkan daripada ramai kakitangan awam yang berulang-alik untuk bekerja.

Projek Usahasama Yayasan Selangor Beri Syarat Perlu Untung 30%


SHAH ALAM, 30 OKT : Yayasan Selangor (YS) memberi jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah miliknya pada masa kini dan akan datang adalah telus.
Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki berkata, pihaknya kini berhati-hati dan mensyaratkan pulangan projek usahasama YS (joint-venture) adalah 30:70.
Di mana YS perlu mendapat 30 peratus keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut.
Jelas Ilham, ia adalah berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Umno-BN dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 hingga 5 peratus sahaja daripada GDV.

Letak Bekas KP JPA Tanding Di Putrajaya

Kadang-kadang nasib malang dan penganiayaan berlaku ke atas seseorang atau kumpulan di negara ini berlalu begitu saja. Kalau tidak ada yang membela kejadian itu akan tertutup dari pengetahuan awam. Sedihnya ia akan jadi seperti mana katak atau ular yang mati dilanggar kereta, bangkainya akan dibiarkan berulat di tengah jalan, dan lama ke lamaan hancur begitu saja diselam tanah.


Abu Bakar Abdullah: Teraniayaan.
Begitu juga dengan nasib sesetengah pegawai kerajaan yang tidak ada kekuatan untuk melawan atau pun ada jiwa membela diri terhadap tindakan politik oleh parti pemerintah. Nasib malang yang yang diterimanya dibiarkan saja dengan meletakkan semua itu atas kehendak takdir untuk tidak mendamaikan jiwa. Sesetengah dari mereka mati beragam begitu saja kerana tidak ada keupayaan untuk membela diri disebabkan berjauhan dengan penguasa-penguasa politik.

Mereka yang dekat dengan penguasa politik apa lagi yang sedia menjadi perkakas akan mendapat manfaat lumayan seperti kenaikan pangkat dan segala macam kemudahan termasuk memakan gaji buta. Walaupun grednya jauh lebih rendah dan perkhidmatannya baru setahun jagung tetapi kerana dekat dengan penguasa, kenaikan pangkatnya secepat kilat di senja hari.

Yang tidak kenal penguasa dan tidak sedia jadi perkakas terus bersembahyang hajat mendoakan  kenaikan pangkat. Setengah sampai berlumut di ruang pejabat tetapi pangkat tetap tidak naik. Lalu mereka pun senyap-senyap mendengangkan lagu, "di manakah keadilan" seorang diri?

Selangor arah hentikan kondo Batu Caves, wujudkan pasukan penyiasat bebas

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Selangor telah memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, dengan melantik badan penyiasat bebas untuk ditubuhkan esok.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri memberi jaminan supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, mengakui bahawa arahan menghentikan projek ini menyebabkan pihak pemaju mengalami  kerugian.
“Kita mesti bertindak dengan cepat, sebab kita tidak mahu mengambil keputusan yang salah.
“Kelewatan akan mengakibatkan kerugian, tapi kita mesti mengikut syarat-syaratnya, itu yang kami sedang lakukan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Abdul Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata satu badan bebas akan dipilih oleh Exco Selangor dalam mesyuarat esok.
Beliau berkata, badan tersebut dipilih berdasarkan mereka yang pakar dalam industri tersebut seperti perancang bandar dan bekas hakim.
MIC dan Gerakan telah mengetuai protes menentang projek kondominium 29 tingkat yang didakwa diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR), yang berhampiran dengan gua batu kapur yang menjadi tapak Kuil Sri Subramaniar dan menjadi tempat orang beragama Hindu menyambut Thaipusam.
Exco Selangor, Ronnie Liu telah mendedahkan projek tersebut diluluskan pada tahun 2007 semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor.
“Penerangan dari Kohilan yang mengatakan “kelulusan perancangan” itu tidak diluluskan itu adalah tidak benar,” kata Liu.
Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat warga beragama Hindu yang kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.

Kelantan sedia disiasat

RM100m suit: Kugan's mother to testify on Nov 2

Bestino investors protest at PM's office

Menteri (Miri) gulong P'bahasan Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi - 5

Menteri (Miri) gulong P'bahasan Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi - 4

Menteri (Miri) gulong P'bahasan Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi - 3

Menteri (Miri) gulong P'bahasan Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi -2

Menteri (Miri) gulong P'bahasan Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi

MP PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi

MP PAS Hulu Langat Bahas Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi

MP PKR Machang Bahas Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi

MP PAS Kuala Selangor Bahas Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi

MP DAP Klang Bahas Peruntukan 2013 Kem. Tenaga, Teknologi

MP DAP PJ Utara Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Tenaga, Teknologi

MP PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan 2013 Kem. Kemajuan Luar Bandar

MP PAS Jerai Bahas Peruntukan 2013 Kem. Kemajuan Luar Bandar

MP PKR Kuala Kedah Bahas Peruntukan 2013 Kem. Kemajuan Luar Bandar

MP PKR Indera Mahkota Bahas Peruntukan 2013 Kem. Kemajuan Luar Bandar

MP DAP Batu Gajah Bahas peruntukan 2013 Kem. Kemajuan Luar Bandar

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan 2013 Kem. Kemajuan Luar Bandar

Azmin Ali: Chua Soi Lek, Jangan Kacau Tan Sri Khalid

Tanah warisan: NGO serah memo kepada Pakatan

Tanah warisan: Pembangunan jangan zalimi rakyat

PAS dakwa Abu Bakar dikambing hitam

Langat 2 : MB cabar Menteri

200 pelabur emas berkampung di pejabat PM

Azmin Ali: Cukuplah! Kita Rehatkan UMNO & Barisan Nasional

Khalid Ibrahim: Jangan Curi Duit Rakyat

Wacana: Ulama Pas sedia ikut syarat Asri


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang kaedah dan syarat yang sesuai bagi mengadakan wacana, yang disyorkan pihaknya untuk menyelesaikan kontroversi berkaitan soal teguran dan gaya pimpinan Ayatollah.
Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Mohd Khairuddin A Razali berkata, Pas tidak mempunyai masalah untuk membincangkan secara matang dan profesional dengan Asri yang sudah "terbiasa dengan Pas."
Menurutnya, Pas akan mengambil tindakan susulan untuk berbincang dengan Asri bagi mencapai persetujuan untuk memilih platform yang boleh membincangkan isu pemimpin Ayatollah dalam suasana lebih berilmu dan matang.
Tambah beliau, “kita menyambut baik jika Dr Asri bersetuju.”
“Kita akan bincangkan cara yang akan digunakan untuk membincangkan isu itu, kalau beliau nak guna cara wacana, kita akan ikut.
"Lagi pun kita tidak kekok dengan beliau, kita sudah biasa, dan kita akan berbincang dengan sesiapa sahaja yang mahu pencerahan dalam sesuatu isu yang meragukan.
"Kita yakin perbincangan berilmu ini akan dilakukan dalam keadaan aman,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini, di sini.

Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65%-105% Tidak Akan Diturunkan Kerana…(Jawapan Menteri)

Duti Eksais Kereta Malaysia Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
Duti Eksais : Kalau diikutkan, liberalisasi di dalam beberapa segmen sektor automotif ini, kita sepatutnya melakukannya sejak daripada tahun 2005 lagi. Tetapi disebabkan kita masih lagi tidak bersedia untuk melaksanakan beberapa persetujuan dan ketetapan di dalam akta dan WTO.
Berkenaan dengan isu tersebut, beberapa jawapan daripada Menteri telah diperolehi termasuklah dasar kerajaan mengenai cadangan “rombakan” duti eksais yang ada ketika ini..
Duti Eksais Kenderaan Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
Duti eksais yang dikenakan  ketika ini adalah cukai menyeluruh ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri.

Jawapan Dato ‘ Sri Mustapha Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia) Mengenai Duti Eksais?

Duti Eksais Proton Duti Eksais Kereta Import & Tempatan 65% 105% Tidak Akan Diturunkan Kerana...(Jawapan Menteri)
Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar rakyat:

BRIM Senjata BN Menjatuhkan Pakatan Rakyat PRU13.

Oleh: mohdnoorawang

"Barisan Nasional akan menggunakan wang BRIM (RM500/RM250) sebagai senjata utama untuk kekal berkuasa walaupun dengan menang dengan majoriti mudah. Dari sumber garakkerja BN/UMNO BRIM adalah langkah akhir untuk meraih undi terutama kawasan luar bandar dan negeri negeri yang majoritinya kawasan melayu dan bumiptra.

BRIM (RM500/RM250) akan diberi pada hampir tujuh juta penduduk Malaysia bermula bulan Febuari 2013. Sumber dari gerakkerja BN/UMNO pemberian BR1M akan digerakkan secara skla yang besar dan akan dihadiri oleh pemimpin utama BN/UMNO dan bakal calun BN/UMNO seluruh negara.
Program BR1M adalah kempen dan medam kempen utama atau perang saraf utama dalam tahun 2013 sebellum menjelang PRU13 yang akan diadakan paling lewat bulan March 2013.
Di Terengganu *****uhnya satu pelan bertindak dan pelan gerakkerja BN/UMNO akan mengadakan program BR1M secara mega dan wang BR1M akan diagihkan hampir penduduk Terengganu yang rata ratanta berpendapatan dibawah RM800 satu bulan.
Pengerusi JKKKK seluruh Terengganu diarahkan membuat bacian baru kepada penduduk Terengganu yang belum mendapat BRIM peringkat pertama. Dengan BR1M BN/UMNO Terengganu dikatakan mendapat menyambung hayat BN/UMNO Terengganu.

Another death in prison, family cries foul

Family of R Kumarajah are demanding answers, alleging his death was due to negligence of Kajang prison authorities.
PETALING JAYA: A 27-year-old man, serving time at the Kajang prison, died yesterday, and his family is alleging that his life could have been saved if prison authorities had been sensitive to his plight.
Relating the case at the Kajang Hospital mortuary, G Sivamalar of Lawyers for Liberty said inmate Kumarajah died due to negligence of prison officials.
Kumarajah, 27, who was serving time for petty theft, had complained of stomach ache last Friday and prison authorities allegedly did not provide him medical attention.
The prison’s doctor only gave Kumarajah pain killers on the second day when the pain persisted.
However, on the third day, his stomach bloated up. According to Sivamalar, the doctor had the audacity to suggest that Kumarajah was faking his illness.

Johor still MCA stronghold - 'liar' Liow

Johor still MCA stronghold - 'liar' LiowMCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai said the early departure of a fifth of the estimated 15,000 guests at an MCA mega dinner, as reported in a Chinese daily, was not a sign that the party was losing support in Johor.
According to a China Press report on Sunday, many began to leave when MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek gave his speech on Saturday.
“We organise a lot of these mega dinners and we receive a lot of support,” said Liow, who maintained that Johor was still the stronghold of his party.
“I, myself, was in Kampar (Perak) and there were more than 600 tables and more than 6,000 people there,” he said.

Pemuda Umno tuntut kerajaan tangguhkan sistem AES

Terlalu banyak kelemahan AES dikenal pasti walaupun sistem itu bertujuan untuk menangani berlakunya kes kemalangan.

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno hari ini sebulat suara menuntut kerajaan supaya menangguhkan hasrat untuk pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, terlalu banyak kelemahan AES dikenal pasti walaupun sistem itu bertujuan untuk menangani berlakunya kes kemalangan.
“Bukan tak setuju. Mungkin pada dasarnya ia satu cadangan yang baik tapi kami sebulat suara tuntut kerajaan tangguhkan AES dan kaji semula pelaksanaan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda di Bangunan Umno di sini hari ini.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kajian itu perlu meliputi kewajaran lokasi kamera itu dipasang, had laju yang praktikal, serta pendedahan
kepada umum sebelum ianya dilaksanakan memandangkan terlalu banyak rungutan diterima mengenainya.
“Penangguhan ini juga tak bermakna menghalalkan pengguna jalan raya melanggar undang-undang sedia ada tapi AES ni terlalu banyak masalah.
“Harap jemaah menteri yang bermesyuarat pada minggu ini dapat membincangkan mengenai isu ini dan dapat keluarkan satu keputusan,” katanya.
Semalam, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat – Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan – memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AES di negeri-negeri terbabit.
Pemasangan AES

KDN : 209 mati dalam tahanan Polis sejak 2000 hingga Sept 2012

Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein, setiap kes kematian disiasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah 

KUALA LUMPUR: Seramai 209 orang kena tahan meninggal dunia sejak tahun 2000 sehingga September tahun ini.
Bagaimanapun bukan semua kematian yang beraku adalah disebabkan oleh polis.
“Harus difahami, bahawa tidak semua kematian berlaku di dalam lokap polis sebaliknya sebahagian besar  di hospital.
“Di antara punca-punca kematian adalah disebabkan oleh HIV/AIDS dan penyakit-penyakit lain seperti tibi, hepatitis C, asma dan (sakit) jantung,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulis beliau kepada Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him.
Hishamuddin menambah bahawa Polis Di Raja Malaysia prihatin terhadap tahap kesihatan tahanan dalam lokap dan perhatian khusus terhadap golongan yang berisiko tinggi dan kes kritikal.

Tarif air: Selangor selamatkan RM500 juta duit rakyat dari 'diratah' Syabas

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Meskipun baru empat tahun Pakatan Rakyat (Pakatan) mentadbir Selangor, negeri itu berjaya menyelamatkan RM500 juta wang rakyat daripada ‘diratah’ Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Pusat dalam pengurusan industri air.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kejayaan itu hasil daripada tindakan kerajaan negeri menyekat perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Pusat dengan Syabas.
“Kita lakukan penyusunan semula (industri air) ini untuk (kenaikan) tarif air yang akan dikenakan oleh Syabas. Hingga empat tahun ini, menerusi penyusunan semula tersebut, sekurang-kurangnya rakyat Selangor sudah tidak perlu bayar hampir RM500 juta.
“Kalau ikut kenaikan tarif, kami telah selamatkan RM500 juta duit rakyat di tiga kawasan iaitu Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Ekoran itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bertegas untuk membangunkan teknologi membran bagi meningkatkan jumlah penghasilan air di loji rawatan walaupun Kerajaan Pusat berdegil mahu meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

'Tanda Putera' ditayangkan pada 2013..tangguh kali kedua...!!!



 
Filem kontroversi Tanda Putera yang dikritik hebat pembangkang ditangguh lagi untuk kali kedua ke tahun depan, kata pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba.

"Tiada tayangan (kerana tarikh) 15 November ini ia dibatalkan.

"Tarikh baru hanya pada tahun 2013 dan tiada lagi slot untuk tahun ini," kata Shuhaimi melalui SMS kepada Malaysiakini ketika diminta mengesahkan khabar angin penangguhan itu.

NONEBeliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan perkara itu kepada Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Naguib Razak atau setiausaha kementerian penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf untuk menjelaskannya.

"Paling baik jika perkara ini dirujuk kepada ketua pengarah Finas, Encik Naguib Razak atau setiausaha Datuk Kamaruddin untuk (lebih jelas) alasan (penangguhan)," katanya.

Naguib sewaktu dihubungi menerusi pembantunya bagaimanapun enggan memberi sebarang maklum balas kerana "buat masa ini jadualnya agak padat dengan mesyuarat".

Laporan audit: PAC panggil enam kementerian untuk siasatan

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil enam kementerian untuk siasatan lanjut berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw berkata kementerian itu adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya.
“Siasatan awal kita mendapati ada kelemahan. Contohnya mengenai ubat, farmasi di Kementerian Kesihatan, masalah dalam Jabatan Kerja Raya, ‘double tracking’ dalam Kementerian Pengangkutan dan kelemahan kuarters perumahan di Kastam,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Memalukan, jika benar KM ditendang isteri muda

 
Satu berita mengenai Ketua Menteri Sarawak ditendang oleh isteri mudanya  tersebar di internet. Wow, kalau cerita ini benar memang  ia satu berita yang amat mengejutkan, kerana jarang sekali seorang isteri muda sanggup bertindak demikian.

Walau apa pun alasannya ia tak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi  di depan khalayak ramai. Sudah tentu maruah salah satu atau keduanya akan tergadai!  Dan kepada si isteri,,,apabila ini berlaku  masihkah beliau berhak menuntut syurga yang terletak di bawah tapak kaki suami? Wallahhu’alam!!  

Barangkali ini juga satu peringatan kepada lelaki-lelaki tua! Jangan terlalu ghairah dan sewenang-wenangnya memperisterikan seorang wanita muda. Wang dan kemewahan bukanlah segala-galanya.
Oleh : rahimothman

Migrant Care syak warga Indonesia dalang iklan amah untuk dijual

Anis menambah, bisnis TKI yang sah di Indonesia berdasarkan UU Nombor 39 Tahun 2004 semuanya dikuasai oleh pihak swasta.

JAKARTA – Migrant Care, sebuah NGO  yang ditubuhkan di Indonesia mengesyaki adanya campur tangan orang Indonesia dalam iklan TKI (amah) untuk dijual yang ditemui di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Menurut Pengarah Migrant Care, Anis Hidayah, iklan tersebut bukan semata-mata kecuaian kerana pemerintah Indonesia telah mengesahkan  TKI melalui UU Nombor 39 Tahun 2004 Tentang Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia di Luar Negeri.
“Ada sindiket TKI terkait iklan tersebut. Saat ini, TKI sudah menjadi industri dan kami mencurigai adanya orang Malaysia serta Indonesia yang bermain,” ujar Anis, saat dihubungi Okezone, hari ini.
Anis menambah, bisnis TKI yang sah di Indonesia berdasarkan UU Nombor 39 Tahun 2004 semuanya dikuasai oleh pihak swasta.

Demi kroni, tanah Kampung Railway dirampas, penduduk dihalau

KUALA LUMPUR 30 Oktober: Kerajaan bertindak zalim merampas tanah tapak rumah peneroka asal Kampung Railway, Jalan 12, Sentul demi projek pembangunan kroni.
Penduduk mendesak supaya Yeoh Tiong Lai Corporation (YTL) menarik balik saman ke atas mereka dan memohon kerajaan menjadikan penempatan tersebut sebagai Kampung Warisan.
YTL mengemukakan saman pemula terhadap penduduk kerana mendakwa mereka kini tinggal di tanah milik syarikat tersebut dan menghalang projek tersebut bermula.
Kesulitan 31 keluarga terbabit mendapat perhatian Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga Naib Presiden KEADILAN.
Dalam sidang medianya bersama wakil penduduk berkenaan di Parlimen hari ini, Tian menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dan menggesa pertemuan diadakan bersama penduduk.

Terengganu : Rakyat desak wakil rakyat BN kembalikan tanah

KUALA LUMPUR: Rakyat Terengganu akan sekali lagi berhimpun di hadapan pejabat Menteri Besar bagi menuntut hak milik tanah yang dinafikan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi memberi amaran agar wakil rakyat BN yang dianugerahkan tanah menyerahkan semula kepada kerajaan negeri.

"Sekiranya tidak, rakyat yang tidak memiliki tanah ini akan berhimpun di hadapan pejabat MB bagi mendapatkan tanah mereka yang dirampas sebelum ini," katanya dalam sidang media.

Beliau melahirkan kekecewaan dengan sikap rakus kerajaan BN Terengganu yang tanpa rasa bersalah menganugerahkan tanah kepada wakil rakyatnya dengan minima satu hektar sedangkan ratusan ribu rakyat mereka masih tidak mempunyai tapak kediaman.

"Ini satu yang malang, apabila sebuah negeri yang kaya raya tetapi rakyat terus dibelenggu dengan kemiskinan," katanya.

Jambatan Sultan Yahya lambat siap dibisukan


 KOTA BHARU: Umpama bertukar antara orang gemuk dan sembab. Itulah yang berlaku kepada Umno apabila projek kerajaan pusat gagal siap mengikut jadual dibisukan, sebaliknya bising terhadap projek kerajaan negeri.

Sedangkan projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya kedua lebih tiga tahun tersasar daripada jadual asal. Lebih parah lagi apabila terpaksa ditambah lagi peruntukan lebih RM34 juta.

Projek berkenaan dipecah tanah oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 18 Jun 2007 sepatutnya siap pada 31 Disember 2009.

Projek berkenaan melibatkan kos awal sebanyak RM143 juta, sekarang mengikut Laporan Ketua Audit Negara bertambah kepada RM177.76 juta.

Sedangkan projek pembangunan Lembah Sireh tidak melibatkan sebarang kos kerajaan negeri, sebaliknya pembangunan berkenaan ditanggung sepenuhnya syarikat swasta.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan Umno yang berselindungi di sebalik nama NGO membuat laporan SPRM berhubung kelewatan projek pembangunan Lembah Sireh seperti “bertukar orang”.

MB : Teknologi membran lebih murah dari Langat 2


 
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum sidang Dun bermula bagi membincangkan isu air di Selangor.

Salah satu perkara yang akan dibincangkan dengan Muhyiddin yang merupakan ketua jawatankuasa kabinet untuk Projek Langat 2 adalah mengenai teknologi membran bagi menggantikan Langat 2.

Khalid menegaskan, kos teknologi membran yang dapat meningkatkan penghasilan air jauh lebih rendah berbanding Langat 2 yang hanya dapat menyelesaikan masalah air pada 2016.

"Saya sudah tulis surat kepada beliau tapi belum ada jawapan tapi saya akan tulis surat lagi dan akan bertemu beliau sebelum sidang Dun pada 19 November ini kerana saya akan menjawab semua soalan berhubung isu air di Selangor.

Syarikat Kapitalis : Ramai melabur emas kerana mahu untung cepat....siapa pelindung wang haram ini.!!!

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ramai terjebak dalam pelaburan yang tidak berlesen termasuk perdagangan emas kerana mahu mendapatkan pulangan tinggi dan hasil lebih baik untuk mengelak daripada kadar rendah faedah bank untuk tingkatkan pendapatan mereka, kata Suruhanjaya Sekuriti.
Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd, Worldwide Far East Bhd dan Bestino Group Bhd adalah antara 25 pelaburan tidak berlesen ditawarkan oleh individu dan syarikat yang disenaraikan oleh bank pusat sebagai berisiko dan  dipantau pada tahun lepas.
Jumlah ini meningkat dua kali ganda dan merupakan rekod tertinggi sejak 2003.
“Lebih ramai orang sanggup untuk melabur dalam skim sebegini,” kata timbalan pengurus besar dan ketua hal ehwal pelaburan dan aduan, Sujatha Sekhar Naik pada bulan lepas.

Saya tak layan desakan ‘Umno buangan’ - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak khususnya pihak lawan supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sebaliknya beliau berkata, beliau hanya akan tunduk kepada sebarang keputusan yang ditetapkan oleh pimpinan tertinggi PAS.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan ketika mengulas desakan pihak tertentu supaya beliau melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan melayan desakan mana-mana pihak khususnya pihak yang disifatkannya sebagai ‘Umno buangan’ yang tidak putus-putus mahu beliau melepaskan jawatan.

Beliau mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau berundur atas alasan sudah tidak mampu menjadi pemimpin setelah 22 tahun menerajui pemerintahan negeri itu.

Mengulas lanjut, Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, untuk berlawan dengan Umno tidak perlu tubuh yang sihat, sebaliknya kekuatan minda.

BNBBC: Negeri Pakatan manipulasi perakaunan kreatif...

NONEMajlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Rafizi: Langkah NS batal status tanah tak sah


Mohd Rafizi Ramli KUALA LUMPUR - PKR mendakwa tindakan Kerajaan Negeri Sembilan membatalkan status hutan simpan kekal di Hutan Simpan Jeram Padang Selatan, Johol, adalah tidak sah.

Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, tindakan itu tidak sah dari segi undang-undang kerana melanggar Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.

Menurutnya, sehingga kini Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, masih belum memberikan sebarang jawapan berhubung pendedahan yang dibuat oleh PKR.

“Kami (PKR) akan membuat laporan polis di Seremban pada Khamis ini, agar satu siasatan dapat dijalankan.

KEADILAN lapor polis, desak siasatan pembalakan haram MB N Sembilan

KUALA LUMPUR 30 Oktober: KEADILAN akan membuat laporan polis Khamis ini mendesak siasatan terhadap pengambilan hutan simpan untuk aktiviti pembalakan haram yang dilakukan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hassan.
“Sehingga kini Mohammad masih belum memberi sebarang jawapan mengenai perkara ini dan hanya mendiamkan diri. Oleh itu, saya dan pimpinan Pakatan Rakyat serta aktivis NGO akan membuat laporan polis di Seremban pada 1 November ini jam 3 petang agar siatan dapat dimulakan segera,” kata Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau berkata, Mohammad perlu mendedahkan segera semua maklumat skandal konsesi pembalakan di negeri itu melibatkan kuota 4,800 hektar.
“Rakyat berhak tahu siapa yang mendapat konsesi balak ini, berapa hasilnya kepada kerajaan negeri dan status hak milik tanah-tanah ini setelah diterokai.
“Sebaliknya jika keadaan ini tidak berlaku, KEADILAN akan terus mendedahkan individu-individu yang mendapat ‘durian runtuh’ dari kegiatan pembalakan di atas tanah hutan simpan ini dan kaitan mereka dengan pimpinan Umno BN,” kata Rafizi.
8,616 hektar hutan simpan dibatalkan status  

Ilham : Pembangunan tanah YS telus

Yayasan Selangor (YS) kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70. 

PETALING JAYA: Yayasan Selangor (YS) memberi jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah miliknya kini dan akan datang
adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.
Pengurus Besar Ilham Marzuki berkata, Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut.
“Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat negeri Selangor,” tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik YS akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.
“Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), YS akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah).
“Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg. Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300 juta (“in cash and kind”),” katanya.

Mangsa Kapitalis : 200 pelabur emas berkampung di pejabat PM



 
Kira-kira 200 orang pelabur skim pelaburan emas, Bestino "berkampung" di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini untuk meminta Datuk Seri Najib Abdul Razak campur tangan bagi
menyelesaikan masalah pengeluaran wang mereka.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Pelabur Bestino, K Gunasekaran (bawah) berkata, tindakan itu diambil setelah masalah masih tidak dapat diselesaikan walaupun tiga perjumpaan diadakan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

NONE"Isu ini sudah tiga tahun. Tiga kali kita jumpa dengan menteri kewangan kedua bersama peguam dan ahli jawatankuasa kami. Dan ini juga merupakan kali ketiga kami datang ke pejabat perdana menteri.

"Kita tak ada pilihan. Jadi kita nak jumpa perdana menteri dan mahu minta dia campur tangan. Dia kata rakyat didahulukan. Kita akan tunggu di sini sampai dapat berjumpa perdana menteri," katanya.

Pada Februari lalu, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen.

Bank Negara pula merampas aset syarikat itu di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 (AMLATFA) berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.

Selangor orders halt to Batu Caves condo, sets up independent task force

File photo of the rally at the Batu Caves temple complex on October 26, 2012 to protest against the construction of the condominium. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Oct 30 — Selangor has ordered a temporary halt to the construction of the 29-storey condominium near Batu Caves pending the findings of an independent state-level task force to be set up tomorrow, Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said today. He, however, offered the state’s assurance that the matter would be resolved as soon as possible, admitting that the stop-work order would cost the developers financial losses.
“We must act very fast... because we don’t want to create an unfair business decision. Delays lose money but we must also make sure that it must comply with all the regulations … that is what we are trying to do,” Khalid (picture) told a press conference in Parliament.
The Bandar Tun Razak MP said members of the proposed independent task force will be selected during the Selangor state executive council meeting tomorrow.
He said the task force would comprise members without any interest in the issue and will include professionals from the relevant industries such as town planners, lawyers and former judges.

Ego Dan Bongkak : Putrajaya tolak rancangan air Selangor, mahu Langat 2 terus dibina

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Putrajaya sekali lagi menegaskan untuk meneruskan projek pembinaan loji penapisan air Langat 2 di Selangor, dan mengatakan projek tersebut diteruskan bagi mengelakkan masalah air di Selangor.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon memberitahu Dewan Rakyat bahawa cadangan kerajaan Selangor untuk menggunakan teknologi membran untuk loji penapisan yang sedia ada hanya untuk jangka masa pendek, dan tidak akan dapat membekalkan air untuk jangka masa panjang.
“Tambahan pula, untuk menaik taraf loji sedia ada dengan teknologi membran, saya rasakan kos akan lebih mahal,” kata beliau, selepas menjawab soalan dari Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika sesi soal jawab.
Noriah juga menolak kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang mahu mencabar kerajaan persekutuan untuk menerima cadangan kerajaan negeri jika dia dapat membuktikan cadangannya lebih murah dari loji penapisan Langat 2 yang bernilai RM3 billion itu.
Ahli parlimen Sungai Besar itu juga berkata, kerajaan persekutuan telah mengkaji kemungkinan krisis air di Selangor sejak tahun 1990an.

Tee Kiat: Swasta AES diputuskan sebelum 2008...


 
Bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kabinet memutuskan untuk menswastakan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum beliau menjawat jawatan itu.

Ditanya kenapa langkah itu diambil, Ong berkata, beliau juga membangkitkan perkara yang sama ketika menjadi menteri pada 2008.

NONEPenggal perkhidmatannya berakhir pada 2010, selepas tewas di tangan Dr Chua Soi Lek dalam pertandingan merebut kerusi presiden MCA.

"Tetapi saya mesti beritahu kamu, keputusan (menswastakan sistem AES) dibuat (oleh kabinet) sebelum saya menjadi menteri," kata Ong dalam sidang media dalam kawasan parlimennya di Pandan hari ini.

Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang mendapat kontrak itu didakwa sebagai kroni kepada kepimpinan BN dan bakal mendapat keuntungan besar daripada saman trafik yang dikeluarkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri bagaimanapun menafikan perkara itu dan memberitahu parlimen bahawa skim AES bukan untuk mengayakan kroni kerajaan.

Selangor : Antara teknologi membran dan Langat 2

Menteri Besar Selangor dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, bertelagah mengenai pilihan untuk menyelesaikan masalah air Selangor 

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berselisih pendapat berkenaan penyelesaian masalah air Selangor.
Kerajaan Persekutuan mahu membina loji air Langat 2 untuk mengatasi masalah kekurangan air tetapi kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat menentang projek tersebut tetapi Kerajaan Selangor menawarkan alternatif teknologi membran yang didakwa lebih murah.
Noriah hari ini menyatakan bahawa teknologi membran hanya boleh menjadi alternatif untuk jangka pendek, bukannya jangka panjang.
“Teknologi membran ialah teknologi moden untuk merawat air tetapi tidak dibuktikan boleh meningkatkan kapasiti air dalam skala besar. Mungkin dalam jangka pendek, tetapi tidak dapat memenuhi unjuran jangka panjang,” kata Noriah.
Menurut Noriah kos sebanyak RM95 juta untuk satu loji sahaja.
Abdul Khalid  yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak membidas jawapan Noriah yang didakwanya mengelirukan kerana merasionalisasikan projek Langat 2.
“Adakah Timbalan Menteri pernah baca kertas kerja untuk menentukan pilihan air dari Pahang? Bagaimana unjuran dan kos bandingan dibuat?

Karpal gesa S'gor batal projek kondo Batu Caves


Ketika Pakatan Rakyat dan BN saling menuding jari dalam projek pembinaan kondominium di Batu Caves, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa kerajaan Selangor memansuhkan cadangan itu segera.

Katanya, tindakan itu akan menamatkan pertelingkahan, sekali gus meredakan kebimbangan penganut Hindu dan mengelak ancaman kerosakan terhadap kuil yang menjadi tarikan pelancong di situ.

"Kerajaan negeri tidak boleh mengetepikan manifestasi bantahan terhadap projek itu," katanya.

Karpal juga menawarkan perkhidmatan undang-undang secara pro bono kepada jawatankuasa kuil jika memerlukan bantuan.

Kantoi Habis : MPS sangkal projek kondo Batu Caves diluluskan Pakatan..ianya dilulus pada 2007 oleh Kerajaan BN...!!!! Ha.ha..tak boleh tutup dah..!!!!.

Zainal Abidin (kiri) berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis. — Gambar oleh Choo Chay May
KUALA LUMPUR, 30 Okt —  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang Datuk Zainal Abidin B. Aala menyangkal tuduhan kerajaan Barisan Nasional yang mengatakan projek kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diluluskan oleh Pakatan Rakyat negeri Selangor. Zainal Abidin semasa sidang media selepas mesyuarat majlis MPS hari ini berkata Kebenaran Merancang yang diluluskan pada 30 November 2007 adalah kunci kepada segala pembinaan yang diberikan oleh mana-mana pihak majlis.
“Sebenarnya, Kebenaran Merancang adalah kunci kepada mana-mana pembinaan yang diluluskan.
“Projek ini melibatkan dua fasa, kedua-duanya diberikan semasa 2007 dan pembinaan lot kedai yang sudah siap itu adalah fasa pertama.
“Fasa kedua adalah pembinaan kondo tersebut,” kata beliau.
Zainal Abidin juga mendedahkan projek itu telah diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geo-Sains pada ketika zaman pemimpin Barisan Nasional lalu namun pihak Jabatan Alam Sekitar dalam laporan awalnya tidak menyokong pembinaan projek oleh pemaju Dolomits Properties Sdn Bhd.