Isnin, 29 Oktober 2012

Tiga Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri akan di ganti dalam sehari dua..???

Sumber yang rapat dengan timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin memaklumkan, perdana menteri, Najib Razak akan mengadakan satu pertemuan rahsia antara semua pakar strategisnya dalam beberapa hari akan datang.
Agenda pertemuan yang akan dibincangkan adalah pertukaran beberapa menteri besar dan ketua menteri yang tidak sehaulan dengan Najib Razak.
Antara nama-nama yang akan bertukar antaranya menteri besar Terengganu, Ahmad Said, menteri besar Perak, Zambry Kadir dan ketua menteri Melaka, Ali Rustam.

Kerajaan Sabah menganiaya rakyat dengan merampas tanah yang diusahakan


TANAH YANG TELAH DI USAHAKAN DI CEROBOH PEMAJU PROJEK MESEJ(E KASIH) DI KAMPUNG MONTENIOR BEAUFORT TANPA PEMBERITAHUAN DAN MEROBOHKAN RUMAH SERTA MEMUSNAHKAN TANAMAN.
Complaint Message saya adalah pemilik permohonan tanah di kampung montenor beaufort sejak 1987,telah di luluskan untuk penyukatan pada tahun 2003 dan telah di sukat serta di tanam batu tetapi geran lambat di proses.
Sebelum ini saya telah bertanya dengan mereka yang mengukur tanah saya itu dan mereka mengatakan tanah saya tidak termasuk dalam program e kasih (projek mesej).
Dalam tanah itu telah saya usahakan pelbagai tanaman seperti durian,langsat,manggis rambutan,nenas dan lain lain tanaman ,sebuah rumah sederhana besar juga telah di dirikan.Kini semuanya telah di musnahkan tanpa pengetahuan saya dan tanpa apa apa pampasan atau sebarang rundingan.
Saya memohon agar aduan rakyat dapat membantu kerana jabatan tanah beaufort pula kini mensyorkan agar permohonan tanah saya itu di batalkan atas alasan tiada kerajaan.Pegawai PPHT Beaufort juga telah saya jumpa tetapi jawaban yang di beri lebih memihak kepada pemaju projek…..

UMNO: Sudah hendak jatuh, masih mengaku gagah

Saya tidak tahu bagaimana ada pemimpin peringkat tertinggi BN percaya yang BN akan mendapat sedikit lebih kerusi parlimen dari apa yang di dapati dalam PRU yang ke 12 dahulu. Di samping mengakui akan kehilangan beberapa kerusi yang sekarang di pegang oleh BN di Sabah dan Sarawak, BN masih berkeyakinan boleh mendapat lebih dari 140 kerusi dari jumlah 222 kerusi parlimen keseluruhannya.
Nampaknya UMNO dan BN mempunyaai formula ilmu kira-kira yang baru. BN mengakui yang enam atau tujuh kerusi di Sabah akan kalah dan jumlah yang sama juga akan kalah di Sarawak. Tetapi dengan berkurangan jumlah kemenangan BN di kedua-dua buah negeri ini ia menambahkan kemenangan BN melebihi 140 kerusi.
Tetapi dalam ilmu kira-kira apabila sesuatu angka itu di tolak, angka itu akan menjadi kurang. Jadi kalau hendak tahu ilmu kira-kira (belum lagi matematik) yang baru di mana menolak jumlah angka itu akan menambah bilangan jumlah angka tersebut, elok belajar dari BN bagaimana menolak jumlah sesuatu angka itu boleh menambah bilangan angka itu.. Selalunya angka itu akan bertambah jika dicampur bukannya ditolak.
Tetapi kita tahu kenapa BN merasakan ia akan mendapat lebih dari 140 kerusi dan fenomena kekeliruan ini memang biasa berlaku dalam BN. Semasa Abdullah Badawi membubarkan parlimen dahulu pun, tentunya beliau membuat perkiraan yang BN akan memenangi jumlah kerusi yang besar sebagaimana yang beliau perolehi semasa PRU tahun 2004 dahulu. Dalam hal membuat kira-kira ini, BN memang selalu salah dan kesalahan ini akan berlaku lagi di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Asri Tidak Payah Layan Setiausaha Dewan Ulamak Pas


Alah sensitif sangat sesetengah orang Pas terutamanya para ustaz muda yang baru pandai membelit serban atau baru pandai menambat tali pinggang keledar atas kapal terbang dalam memberi reaksi apa-apa teguran dan kritikan umum ke atas mereka. Sikit-sikit hendak berdebat sikit-sikit hendak berdebat mentang-mentanglah insturment debat itu dibenarkan oleh Islam.

Bukan semua debat membawa kebaikan. Apakah dimaksudkan 'memperlagakan' kepala itu membawa kebaikan dan diperlukan dalam serba serbi?

Asri: Jangan layan ulamak muda Pas.
Kalau sebelum ini ketua dewan pemuda Pas Nasarudin Hasan, selalu berkokok hendak berdebat dengan orang itu dan orang ini, kini ada watak baru pula yang menambah angkah dan bilangan ingin berdebat. Kali ini setiausaha dewan ulamak Pas, Dr Mohd Khairuddin A Razali pula mencandangkan untuk berdebat dengan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Isunya ialah ekoran teguran dan peringatan Asri secara umum agar pemimpin Pas bila menang mentadbir kerajaan kelak tidak jadi seperti Ayutullah. Saya tidak pun mendalami apakah maksud Asri itu dan menganggap ia sebagai peringatan biasa yang tidak perlu diberi reaksi. Sebagai seorang pendakwa dan aktif menulis pandangan itu terbit dari celah mindanya saja.

Suara yang dinyatakan itu adalah kelumit-kelumit kebimbangan mungkin yang ada beliau tersilau ada unsur-unsur berkenaan bakal berlaku di dalam Pas kelak.

Saya rasa teguran atau peringat (lebih tepat) Asri itu tidak salah. Ia untuk kebaikan Pas juga. Lagipun peringatan itu sekiranya Pas menang dan memerintah negara ini. Saya tidak tampak Asri sudah membuat dakwaan yang pemimpin Pas waktu ini termasuk Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat sudah bersikap seperti Ayatullah, iaini dalam bahasa mudah diktator yang menggunakan pendekatan agama. Maaflah kalau istilah saya ini salah.

Syrian TV Says Blast Near Damascus Kills 10

Egypt imposes curfew to save funds

Hurricane Sandy disrupts US presidential election campaign

Amazing Footage Of Hurricane Sandy From Space

Anwar Ibrahim: Negara Ini Selamat Kalau Kita Pertahankan Hak Rakyat

Hasan JATI tiba-tiba gabra tak tentu pasal !!


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali alJATI  seolah-olah menjadi risau dan gabra apabila beliau mendapat bisikan dari Syaitan Umno bahawa   “DAP dan MCA ada agenda sulit”   untuk menghadapi PRU 13 nanti.  Ahh!, kalau MCA boleh bersepakat dengan DAP, kenapa PAS tak boleh berkompromi dengan Umno?  Ha, ha! Itulah niat sebenar Hasan, tetapi malang,,  kerana dia tidak pernah  bertanya kenapa pula Umno tidak mahu ikut kehendak PAS!
Hasan sebenarnya mahu menjadi penyelamat kepada UmnoBn. Kalau boleh dia mahu DAP ikut MCA, bukan sebaliknya. Begitu juga PAS,, Hasan mahu PAS ikut Umno bukan ikut DAP dan PKR.  Berhempas pulas si Mamat ni membuat kenyataan-kenyataan yang boleh membuat Umno tertawan padanya, namun tak dipandang pun oleh Umno. Sebusuk-busuk dan sebodoh-bodoh Umno rupa-rupanya pandai juga mereka memilih antara kucing kurap dan kucing parsi ! kasihan Hasan !!
Oleh : rahimothman

ROMBONGAN DSAI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DITANJUNG KARANG, SELANGOR, DISAMBUT OLEH RIBUAN PENDEMO ANTI-DSAI (TIBAI) DARI UMNO?????


BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI!!!

Rombongan JELAJAH MERDEKA RAKYAT yang diketuai oleh Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disertai sama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Iok, merangkap  Menteri Besar Negeri Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim... serta Adun Bukit Antarabangsa YB Azmin Ali merankap Timbalan Presiden PKR... serta Penyelaras DUN Permatang Hj Yahya Sahri dan Penyelaras DUN Sungai Burung, di Tanjung Karang semalam, telah disambut dengan demo TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim ) anjuran pengkagum UMNO totok yang tak sampai 12 orang!!!.

Mana pergi ahli-ahli UMNO Tg Karang yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap bakal MB Selangor yang dikenal pasti, itu pun kalau UMNO menang, Noh Omar!!!!!

Takkanlah begini punya ciput mampu kumpulkan para "pendekar" dan "pahlawan" untuk sekat rombongan DSAI beb!!!!.. Jangan nampak sangat sengkek dan cikainya kamu ni wahai Noh Omar!!!!

Tak cukup duit atau sokongan UMNO dah semakin kurus, mengucup dan merudum?

Kalau dengar dari kata berdegar-degar cakap besar, Noh Omar bukan main lagi. Cakap rakyat Selangor dah serik menyokong PR tapi nampaknya sudah terbalik. Ahli-ahli UMNO dibahagian Tanjung Karang sendiri dah bosan dan menyampah nak buat kerja-kerja bodoh demi survival politik Noh Omar.


CUBA PERHATIKAN BETUL-BETUL GAMBAR-GAMBAR YANG DIMUAT NAIK...ADA PARA PENDEMO ITU BUKANNYA ORANG MELAYU PUN!!!!!!

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG...NANTI JAWAB NAJIB....UMNO NAK TUMBANGGGGGGGG..

PENYOKONG TEGAR UMNO 1M'SIA PUN DATANG DENGAR CERAMAH DSAI JELAJAH MERDEKA RAKYAT DI BATANG KALI, HULU SELANGOR!!!!!


BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!!!
Dicelah-celah ribaun yang hadir mendengar ceramah DSAI siri Jelajah Merdeka Rakyat di Batang Kali, Hulu Selangor malam tadi, sempat jua dirakam salah seorang yang hadir datang mendengar dengan memakai baju T logo 1M'sia.

Petanda yang penyokong tegar UMNO/Najib pun sudah mula nak beralih dan berubah arah sokongan.

Lagi difitnah lagi ramai yang berhijrah...

TANYA SAMA NAJIB... MENGAPA KAU GOYANG.... NANTI JAWAB NAJIB....UMNO NAK TUMBANGGGGGGG.

KANTOI! Pelakon Porno MCA Alami Nasib Serupa Dengan Najib Altantuya!

Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata, tindakan sebahagian masyarakat Cina keluar daripada majlis ketika bosnya, Chua Soi Lek di Kulai, Johor semalam berucap bukan petanda pengurangan sokongan terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN) amnya.

Liow berkata, pihaknya sudah mendapat banyak sokongan dengan penganjuran majlis makan malam mega di pelbagai tempat dan insiden semalam tidak membawa maksud bahawa ia menjadi isu besar.
Ia tidak bermakna mereka tidak memberikan sokongan kepada kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan kongres berkaitan sel tunggal di Kuala Lumpur hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina, China Press hari ini melaporkan, kira-kira 20 peratus atau lebih 4,500 daripada 15,000 yang hadir dalam majlis makan malam MCA di Kulai keluar ketika Chua sedang berucap.

Isteri Muda Tendang Ketua Menteri Sarawak Di Khayalak Ramai?



Satu berita tentang Ketua Menteri Sarawak tersebar di dalam internet. Di dakwa berlaku pergaduhan di antara TS Taib Mahmud dengan isteri beliau.

Sila baca printscreen di bawah :


Laporan tersebut telah disiarkan di dalam Sarawak Report. Lihat di bawah :

Ahli-ahli Umno seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat


Oleh Aspan Alias
Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakkan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka.

Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agung parti itu, tiba- tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat di dalam negerinya sendiri.

Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong Umno yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat.

Beliau seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan Pakatan belum lagi memerintah kerajaan negara ini. Pakatan akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.

Pemilik kedai KTM Layang-layang tuntut ex-gratia



Kira-kira 50 orang pemilik kedai dan penyewa di tanah KTM Layang-layang, Simpang Renggam semalam berhimpun bagi menuntut bayaran ex-gratia selepas diarahkan keluar daripada kawasan itu.

Mereka berkumpul kira-kira sejam di depan kedai-kedai yang akan dirobohkan dekat stesen kereta api Layang-layang.

Penyelia Pusat Aduan Rakyat PAS Simpang Renggam Suhaizan Kaiat berkata, mereka yang telah berniaga lebih 30 tahun di kawasan itu tidak berpuas hati dengan dasar tiada ex-gratia kepada pemilik kedai.

NONE"Alasan pihak kerajaan bahawa pekedai dan penyewa kedai tidak berhak untuk mendapat pampasan kerana mereka sudah mendapat keuntungan daripada kedai di atas tanah KTM.

"Alasan ini adalah tidak munasabah kerana dalam perniagaan terdapatnya untung dan rugi," kata Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS negeri.

Suhaizan juga membayangkan terdapat pilih kasih daripada Kementerian Pengangkutan apabila membuat bayaran RM2.33 juta ganti rugi untuk pemindahan, termasuk gerai, untuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar.

S'gor bina lebih 6000 rumah kos rendah sejak 2008

SHAH ALAM: Sejak mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008, Pakatan Rakyat sehingga tahun ini telah berjaya menyiapkan pembinaan lebih 6000 buah rumah kos rendah bagi manfaat rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk yang sedang dalam proses pembinaan dan yang sedang dirancang untuk pembinaan pada masa terdekat.

Bagi rumah kos rendah iaitu dengan harga RM42,000 ke bawah, sebanyak 1,696 buah disiapkan bagi daerah Petaling,  Hulu Langat (1,510), Gombak (2,193), Sepang (880) dan Kuala Selangor (191).

Kesemuanya adalah berjumlah 6,000 buah rumah.

Umum calon awal: BN ketinggalan, dakwa Azmin


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
SHAH ALAM - Tindakan Barisan Nasional (BN) yang mungkin menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lebih awal berbanding sebelum ini dilihat sebagai ketinggalan kerana langkah tersebut telah pun dilaksanakan oleh PKR sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, walaupun parti itu belum memutuskan masa yang sesuai untuk mengumumkan calon tetapi Ketua Umumny, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada membuat beberapa pengumuman tentang beberapa calon parti itu.

“Semalam, Anwar turut mencadangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak dalam pilihan raya umum akan datang.

“Malahan, beliau sebelum ini turut mengumumkan Naib Presiden, PKR N. Surendra, akan bertanding di Padang Serai manakala Pengarah Strategi, PKR, Rafizi Ramli akan bertanding di Pandan,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Aidiladha Karangkraf, di sini, hari ini.

Syed Mokhtar bakal jadi duri bila PR ambil alih Faderal Government nanti.

Syed Mokhtar is a front man for UMNO business interests. Most of the takeovers are funded by loans. The concentration of loans to the tune of nearly RM 35 billion, and the consequences to the banks and financial system should some of the businesses fail, are frightening.
With so many strategic businesses controlled by UMNO, it is guaranteed that Pakatan Rakyat will not have an easy time should they take over the Federal government.
Saya nak makan nasi lemak, beras dibeli dari siapa?! BERNAS!! BERNAS milik siapa?! Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!!
Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi o! Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli dari Aliran Ihsas Resources, milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!
Minum kopi mesti campur gula! Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR, MSM milik Felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar; MSR milik TanSri Syed Mokhtar sepenuhnya!
OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari!

Mahdzir Khalid hang jangan dok kona banyak sangat, mai jawab soalan2 ni...!!!

"Jawapan Mahdzir sekadar melepas batuk di tangga.."
-YB Abd Ghani Ahmad
 

Alor Setar - Jawapan yang diberikan oleh Bekas MB, Dato' Seri Mahdzir Khalid berhubung isu 'projek sakit' seperti yang didedahkan oleh Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak adalah tidak meyakinkan rakyat dan sekadar 'melepas batuk di tangga'.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah, YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad sebagai mengulas kenyataan Mahdzir seperti yang disiarkan oleh agensi berita Bernama.

Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Ghani yang diedarkan kepada wartawan:

KANTOI! Patutlah Nazri Tutup Kes RM40 Juta, Rupanya...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah menafikan menerima apa-apa wang dari jutawan kayu Michael Chia lebih skandal berupa RM40 juta yang melibatkan Umno Sabah.

Beliau mengulas komen blogger Malaysia Today yang kini dalam buangan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin (juga dikenali sebagai RPK) yang mendakwa bahawa Nazri dan anaknya Mohamad Nedim masing-masing menerima RM3 juta dan sebuah kereta sport dari Chia.

"Oh tidak, ia tidak benar, ia tidak benar. Chia ialah rakan. Saya tidak tahu jika dia dipinjamkan kereta untuk anak saya. Anda perlu bertanya kepada anak saya, "katanya di pejabatnya petang ini.

Walaupun dia tidak langsung mengkritik Raja Petra atas dakwaan terbaru itu, Nazri berkata bahawa dia tidak mempunyai masalah dengan perkara ini.

"RPK adalah seorang yang sosial. Beliau menggabungkan banyak dengan orang, jadi dia mungkin mendapat maklumat daripada mereka. Kemudian (Petra) menulis ini, ia memberikan saya peluang untuk menjelaskan cerita saya, "katanya.

Umno khuatir persaingan ‘pahlawan lama’, kata Ku Nan

KUALA LUMPUR, 29 Okt ― Sebahagian ahli Umno khuatir dengan kembalinya rakan-rakan lama mereka untuk kerusi yang bakal dipertandingkan berkemungkinan menjadikan persaingan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang lebih sengit, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
“Saya beritahu agar mereka tak ambil hati. Tuan-tuan  juga ... tahu bagaimana kerenah dan perangai kawan-kawan kita,” katanya ketika melancarkan Persatuan Bekas Ahli Parlimen (Mubarak) hari ini.
Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, kemudiannya mengesahkan parti itu telah memulakan kempen tanpa melalui arus perdana dengan mendekati organisasi bukan kerajaan yang mewakili pesara-pesara polis, tentera dan bekas ahli politik.
“(Kempen kita) telah berjalan pun. Itu pasal kecurigaan mungkin timbul,” kata Abdul Aziz kepada pemberita.
“Kita buat program untuk menceritakan hal kejayaan Barisan Nasional (BN) setakat ini ... Ini peranan kita, dan tidak ada langsung nawaitu untuk nak menentukan kita sendiri sebagai calon.
“Jika sekiranya salah seorang daripada kita dipilih sebagai calon ... ia disebabkan personalitinya, yang diterima pengundi.”
Tengku Adnan (foto fail) turut menjelaskan BN sedang mencari calon yang mesra rakyat untuk dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.
“Kita hendak calon yang rakyat hendak, bukan calon yang dipilih oleh parti atau individu-individu tertentu dalam parti,” tegasnya.
“Malah presiden (Datuk Seri Najib Razak) sendiri telah sebut … bukan calon yang presiden hendak, dia nak calon yang rakyat nak mewakili mereka sebagai wakil rakyat.”
Beliau juga turut mengesahkan BN sekarang memberikan tumpuan bukan hanya untuk menang empat kerusi daripada Pakatan Rakyat (PR), tetapi kesemua kerusi.

Sistem Biometrik Pekerja Asing : Jawapan Kerajaan Bercanggah


KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat.
Abdullah pada sesi soal jawab mengemukakan soalan tambahan mengenai keberkesanan sistem biometrik yang diperkenalkan kerajaan memandangkan peningkatan kejadian jenayah sosial warga asing.
Namun Abu Seman menafikan perkara berkenaan dan menyatakan dakwaan tersebut tidak benar.
“Soalan saya jelas, apa sudah jadi dengan biometrik yang dikatakan efiseyen dan mencemarkan keraguan yang berlaku iaitu tidak berada dalam pendaftaran negara tetapi ada dalam pendaftaran pemilih.

Lagi Petani Tanjong Karang Berdemo Bantah Subsidi Benih Padi Tidak Berkualiti


TANJONG KARANG 29 OKT: Petani di kawasan Tanjong Karang dan Sekinchan berang dan membuat laporan polis terhadap tindakan Datuk Seri Noh Omar yang memberikan tender subsidi benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria.
Menurut Naib Penyelaras DUN Sungai Burong, Misran Serman, laporan polis itu dibuat bersama Loo Kim Yong dan S Ragavan semalam berikutan kemungkinan wujudnya penyelewengan mengenai agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.
Katanya, benih yang diberikan kepada petani melalui subsidi Kerajaan Pusat itu kurang berkualiti dan menyebabkan benih padi yang akan ditanam itu tidak dapat hidup serta menyebabkan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan kerugian besar ditanggung petani.

BANGSA UMNO MEMANG BIJAK2 BELAKA

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/c14.0.403.403/p403x403/399440_495448877137973_991965769_n.jpg

EC plans info blitz on indelible ink

The commission says it wants to prevent sabotage before or during the polls.

PETALING JAYA: The Election Commission (EC) is going on a nationwide campaign to educate voters and political parties about the use of indelible ink.
The campaign will be carried out through TV commercials, brochures and other forms of communication, according to the commission’s deputy chairman, Wan Ahmad Wan Omar.
Among the main objectives is to prevent sabotage before or during the 13th general election.
“We want to make sure voters won’t be tricked by irresponsible parties who mark them with some other ink come polling day,” Wan Ahmad told FMT.
He said EC officers had been trained to spot the difference between indelible ink and normal ink, but added that the commission wanted to prevent “difficulties” that might arise if voters who had not cast their ballots arrived at polling stations with their fingers already marked.

AES wajar ditangguh, negeri Pakatan mahu kaji

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus menangguh pelaksanaan sistem kamera automatik (AES) memandangkan 40 peratus daripada jumlah kamera tidak akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata peratusan menolak pemasangan AES sangat besar dan beliau merasakan kerajaan harus menilai semula pelaksanaan peraturan baru itu.

Katanya, negeri Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk menangguhkan pemasangan kamera AES sehingga kajian terperinci dilakukan termasuk mendapat pandangan daripada pengguna jalan raya.

Sebanyak 331 kamera yang akan dipasang di negeri Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Jumlah itu adalah 40 peratus daripada jumlah kamera yang akan dipasang seluruh negara iaitu 831 kamera.

Nik Aziz: Saya sebut tutup aurat untuk Islam

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan kenyataan lamanya yang ditafsirkan pemimpin kanan MCA sebagai membenarkan merogol orang bukan Islam.

NONE"Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat 'padanlah' kalau kena rogol pun.

"Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam," beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily hari ini.

Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie pada 20 Oktober lalu menuduh Nik Aziz membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Nik Aziz yang didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.

Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Apa pun yang Pakatan Rakyat buat, Umno BN tetap akan menang PRU13?

Adakah Undi Awal 240 Ribu Petugas SPR Jadi UNDI DEPOSIT BN...???


Realitinya, walaupun kehadiran ke program Pakatan Rakyat semakin meningkat tapi jumlah kehadiran tu tak banyak mana kalau dibandingkan dengan jumlah pengundi di situ. Itu belum ditolak lagi orang luar yang hadir.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Okt — Barisan Nasional (BN) menjangkakan untuk memenangi lebih daripada 140 kerusi parlimen yang mereka perolehi dalam pilihan raya 2008 walaupun serangan dan ceramah oleh Pakatan Rakyat (PR) seringkali mendakwa mereka boleh merampas Putrajaya dalam pilihan raya akan datang yang mesti diadakan pada penghujung April 2013, kata sumber dalam kerajaan.

Walaubagaimanapun, ahli politik BN mengaku tujuh kerusi parlimen di Sarawak dan enam di Sabah terdedah untuk PR menangi tetapi kubu kuat mereka di kawasan luar bandar kekal kukuh. - TMI.
Mungkn ramai ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat tak berapa nak boleh terima berita ni.

Memang pun kalau ditengok kepada sokongan rakyat, nampak macam PR boleh kalahkan BN dalam PRU13 nanti. Memang nampak jelas sokongan kepada Pakatan Rakyat memang semakin memberangsangkan.

Agenda Ekonomi Saksama


Di tengah kesedaran global tentang bahaya ketidaksaksamaan terhadap pertumbuhan ekonomi, kelangsungan hidup masyarakat dan pastinya kestabilan; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menyuarakan Agenda Ekonomi Saksama demi mengarahkan parti DAP dan Pakatan Rakyat terhadap soal ketidaksaksamaan.
Dalam sebuah forum anjuran Roketkini, Guan Eng bermain dengan huruf-huruf Automated Enorcement System (AES) dan secara berseloroh menyeru ke arah perlaksanaan AES yang berbeza – Agenda Ekonomi Saksama.
Namun mesej yang disampaikannya tegas: bahawa mengurangkan ketidaksaksamaan adalah agenda utama bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, DAP dan Pakatan Rakyat.
Di peringkat antarabangsa, The Economist, sebuah majalah aliran ‘kanan-tengah’ telah dengan bersahaja menyiarkan sebuah laporan bertajuk “True Progressivism: the new politics of capitalism and inequality” (Progresivisme sebenar: Politik baru kapitalisme dan ketidaksaksamaan). Majalah mingguan itu berkata “ketidaksaksamaan telah mencapai satu tahap di mana ia boleh menjadi tidak efisyen dan buruk untuk pertumbuhan.”

PAS-DAP kukuh hubungan kerana ISA, sedar fitnah UMNO-BN


KUALA LUMPUR, 29 OKT: Penangkapan pemimpin rakyat secara zalim tanpa bicara oleh UMNO-Barisan Nasional di bawah Operasi Lalang pada Oktober 1987 mempunyai hikmah tersendiri apabila ia memberi peluang kepada PAS dan DAP mengenali satu sama lain secara intim buat kali pertama.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang turut menjadi mangsa tahanan tanpa bicara ISA itu berkata, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali, lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan UMNO.
Katanya, hubungan rapat dalam tahanan di antara pemimpin PAS dan DAP berjaya mematahkan memomokkan UMNO yang mahu masyarakat bukan-Melayu melawan PAS dan masyarakat Melayu menentang DAP.
“Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti pada hari ini.
“Ini membenarkan PR untuk bergabung dan memperkuatkan diri untuk mencabar kuasa BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulangtahun ke-25 penahanan zalim ISA dalam Operasi Lalang.

‘Jentera Impian’ DAP bawa harapan baru


SEREMBAN, 29 OKT: Seakan sebuah babak dari filem Transformers, DAP melancarkan kenderaan kempen pilihanraya; sebuah treler panjang yang berubah menjadi pentas ceramah,  ditemani dua lori lebih kecil berfungsi sebagai gerai dan pejabat bergerak.
Diberi nama ‘Dream Machine’ atau Jentera Impian, kenderaan tersebut dilancarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di sini malam tadi dalam rangka berhadapan dengan kempen pilihanraya umum ke-13 yang menjelang tiba.
Ketiga-tiga kenderaan tersebut dihiasi maskot burung enggang UBAH dan dilitupi slogan ‘Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia’ dengan hiasan yang diharapkan bakal memikat pandangan orang ramai.
Bercakap kepada media, Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata bahawa treler tersebut adalah pentas mudah alih dengan latar belakang besar dan sedikit tata cahaya.
Katanya lagi, trak-trak tersebut dipinjamkan kepada DAP oleh penyokong parti untuk tujuan kempen pilihanraya.

BN: And we have Pakatan's secret documents, too..!!!

Singgah Selangor - Island BBQ Steamboat & Sejarah Jugra - SALAM SELANGOR

At-Tarbiyyah KHAS : Ustaz Haslin Bahrim di MSSAS

Menteri Gulong Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian 4

Menteri Gulong Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian 3

Menteri Gulong Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian 2

Menteri Gulong Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian

MP PAS Padang Terap Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian

MP PAS Kuala Krai Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian

MP PAS Pendang Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian

MP PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan 2013 Kem. Pertanian

Anwar Ibrahim: Siapa Yang Lulus Projek Condo Di Batu Caves?

Khalid bandingkan TPM dgn peniaga kway teow

Anwar jawab isu pembangunan Batu Caves

World Walking Day 2012, Oct 28th at Taman Merdeka, Johor Bahru

Umno Seperti Singa Tua Yang Tidak Ada Gusi

Senjata Umno untuk membiarkan MCA yang diketuai oleh Presidennya Datu Seri Chua Soi Lek untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan. Isu ini telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika PR memerintah. Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP.

Pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata. Pertama hendak meli hat supaya Dap melatah dan keluar PR. Kedua untuk menarik sokongan orang cina kepada Mca, kerana sokongan orang cina kepada Mca dan gerakan hampir sudah tidak ada.

Pada mulanya pemimpin Umno mampu senyum walaupun penghinaan di hadapan pemimpin Umno kerana demi kuasa dan sokongan undi orang bukan Islam. Sekarang pemimpin Umno sudah resah tektik ini tidak menjadi. Harapan untuk melihat Dap melatah tidak berlaku. Manakala sokongan orang Cina untuk beralih sokongan masih tidak berhasil. Orang bukan Islam sudah memahami bahawa isu ini dibangkitkan untuk memancing undi dan memecahkan sokongan kepada PR. 

Pemandu teksi ancam himpun di Dataran Merdeka tanda bantah kerajaan

KUALA LUMPUR 29 Oktober: Menteri Pengangkutan diberi tempoh tiga minggu untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi pemandu teksi dan jika gagal, satu himpunan di ibu negara akan diadakan sebagai tanda bantahan kepada kerajaan.
Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan memberi amaran, seluruh pemandu teksi Lembah Klang akan berhimpun di Dataran Merdeka jika Datuk Seri Kong Cho Ha gagal memberi sebarang tindak balas.
“Kemelut pemandu teksi berterusan berpuluh tahun dan semakin tidak terkawal…Terbaru kami dikatakan pemandu teksi terburuk di dunia,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau juga meminta masyarakat tidak meletakkan beban kesalahan sepenuhnya kepada pemandu teksi yang menjadi mangsa pengurusan industri teksi.
Dalam pada itu, pemandu teksi, Manoharan mengecam akhbar The Star kerana memburukkan reputasi pemandu teksi dalam laporannya.
“Rosak imej 100,000 pemandu, kami juga manusia dan ada maruah. Jika kami rosakkan imej negara, bagaimana dengan penindasan berpuluh tahun terhadap kami?” soalnya.
Pengurusan terburuk di dunia
Amran menyifatkan, ‘anugerah’ pemandu teksi terburuk di dunia sebagaimana dinyata dalam akhbar tersebut berpunca dari pengurusan industri teksi paling teruk di dunia.

MP pembangkang kecam agensi pembantu rumah asing biadap

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat mengecam tindakan agensi pembantu rumah asing ekoran sikap tidak sensitif mereka dalam membuat pengiklanan yang boleh menyinggung negara jiran Indonesia.
MP PKR Chua Tian Chang pada hari ini di Parlimen mendedahkan satu pengiklanan bertajuk “Indonesia maids now on SALE” (gambar) yang dipamerkan oleh Smart Labour Services Sdn Bhd di sekitar Klang.
“Iklan ini sangat tidak sensitif dan tidak menghormati maruah seorang manusia,” kata Chua.
“Ia bukan sahaja tidak menghormati malahan pada masa depan mungkin akan menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Indonesia pada masa depan.”
Naib presiden PKR itu juga berkata isu iklan pembantu rumah tersebut kini sudah berlegar di alam maya dan ramai rakan-rakannya di seberang yang sudah menghubunginya bagi menyatakan rasa tidak puas hati.
Turut hadir sama dalam sidang media tersebut MP Ampang, Zuraida Kamaruddin juga menggesa agensi kerajaan untuk meneliti isu yang dibangkitkan ini.

Petani Melayu, Cina, India lapor polis terhadap Noh Omar



Petani di Sekinchan membuat laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berhubung tender pemberian benih padi bernilai RM164.8 juta kepada pembekal yang tidak memenuhi kriteria tender.

Menurut laporan polis yang dibuat petani itu semalam, mereka mengesyaki wujud salah guna kuasa dan penyelewengan dalam proses agihan tender benih padi sah bagi tahun 2013 hingga 2014.

Laporan polis oleh Misran Serman, Loo Kim Yong dan S Ragavan di balai polis Sekinchan itu antaranya mendakwa lebih separuh kuota subsidi benih padi sah setahun berjumlah 80,000 tan metrik dianugerahi kepada syarikat kroni.

‘I did not get RM3m from Chia but the car…’

Nazri Abdul Aziz denies receiving RM3 million from a timber tycoon 'friend' but is unsure if the latter lent his car to his son.

KUALA LUMPUR: Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz has denied receiving any money from timber tycoon Michael Chia over a purported RM40 million scandal involving Sabah Umno.
He was responding to Malaysia Today blogger Raja Petra Kamarudin (also known as RPK) who claimed that Nazri and his son Mohamad Nedim received RM3 million and a sports car respectively from Chia.
“Oh no, it’s not true, it’s not true. Chia is a friend. I don’t know if he lent the car to my son. You have to ask my son,” he told FMT in his office this afternoon.
Although he did not directly criticise Raja Petra over the claim, Nazri said that he had no problem with this matter being raised.

Umno, the MASTERMIND, behind the use of Islam to drive Muslims in M'sia APART

Instead of calling for an Islamic syariah law (hudud) common to all Muslims UMNO is politicising the issue by concocting a strange brand of hudud – hudud ala PAS to mock PAS and Islam.  The rakyat are now eager to know whether there is hudud ala UMNO, when the Qur’an does not mention anything of this sort.
Hudud simply means “restrictions referring to the confines of tolerable behaviour and punishments in Islam”. As for Muslims they are mindful of the many scholastic views with regard to hudud and punishments that rely more on hadith than the Qur’an per se. PAS on its part is not oblivious to these facts.
Even among Muslims today – peeking at the various Islamic schools of thought – they have not reached a scholarly consensus on the issue of hudud. What more implementing the laws.
No reason to worry about hudud
The non-Muslims thus have no reason to worry about hudud that is being hyped and loamed by UMNO and MCA.
When PAS is gaining popularity and UMNO losing supporters, UMNO and its supporters are creating more blunders when it comes to Islam and politics. PAS believes in fulfilling the noble Islamic values in its approach to politics and has faith that if these deific values were adhered to the nation could be a better place for all to live in – Muslims and non-Muslims.
UMNO is obviously losing in this battle against PAS.
Branding hudud as hudud ala PAS is just a malicious excuse by UMNO to reject hudud.  Hudud, for that matter, is a political big stick used by UMNO to split apart Pakatan and scare the non-Muslims into not voting for an alternative government. This ruse, however, is failing UMNO more than PAS.
Hudud is not their priority

Hudud: Pas-DAP sudah ada titik persamaan, kata Hadi


Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

AES Dipulang Kepada Kerajaan Selepas Lima Tahun, Siapa Untung, Soal Guan Eng


KUALA LUMPUR, 29 OKT – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Sistem Kamera Automatik (AES) akan dikembalikan kepada Kerajaan Pusat selepas lima tahun.
Guan Eng mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang disiarkan akhbar berbahasa Cina, Sin Chiew hari ini.
“Kalau ada kebaikan selepas lima tahun dipulangkan kepada Kerajaan Pusat, saya nak tanya kamera 1Malaysia (AES) dipulangkan?

Rapid: Penduduk terpaksa beli tanah RM80,000


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu penduduk Pengerang bukan sahaja diarahkan berpindah bagi memberi laluan pembinaan projek 'Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) namun mereka juga terpaksa membeli tanah yang telah disediakan oleh kerajaan negeri bagi penempatan baru.

Beliau yang ditemui di Parlimen turut menyatakan jumlah kos tanah yang perlu dikeluarkan oleh penduduk Pengerang hampir RM80 ribu mengikut keluasan tapak rumah.

"Kerajaan negeri tidak pernah mengambil sikap prihatin mereka terhadap penduduk Pengerang dalam soal pembangunan projek Rapid di sana.

"Yang mana kita sedia maklum penduduk bukan sahaja diarah keluar dari kampung tradisi tetapi penduduk juga turut diarahkan membayar tanah penempatan baru mereka bagi tujuan membina rumah mereka," jelas Salahuddin kepada Harakahdaily.

Ku Nan: Dong Zong 'tamak'



 
Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa NGO pendidikan Cina Dong Zong yang berkeras membantah pelan pembangunan pendidikan negara, sebagai 'tamak'.

"Dong Zong ni, apa yang kita buat ini salah. Saya nak beritahu Dong Zong ini supaya mereka mengingat kembali tentang sejarah. Pada 1980 di mana tahap sekolah cina. Tanya dialah sendiri.

"Yang membangunkan sekolah cina, memperbaiki tahap sekolah cina dengan baik adalah MCA melalui BN.

"Dan kita telah membangunkannya, tapi dia... Ini kadangkala mereka ini... Bila saya sebut nanti orang marah... Sebab kerana ketamakan mereka... Ini jadi masalah," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Suruhanjaya Integriti tidak terima aduan pegawai Kastam ‘berbelanja’ lebih dari peruntukan..!!! Pulak..Report Polis Ada..mana satu nak tutup nie..!!!

PUTRAJAYA, 29 Okt — Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan hari ini menjelaskan tidak menerima sebarang aduan berhubung seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia yang berbelanja sakan melebihi peruntukan seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Pengerusi Suruhanjaya Integriti, Datuk Heliliah Mohd Yusof berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sama ada daripada orang awam mahupun agensi berkaitan.
“Kami belum menerima sebarang aduan berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Jalinan Integriti antara ahli-ahli Suruhanjaya Integriti dan pihak berkepentingan, di sini.
“Sekiranya ada aduan dibuat, sudah pasti kita menjalankan siasatan.”
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Heliliah Mohd Yusof mendakwa tidak terima laporan pegawai Kastam berbelanja lebih. — Foto oleh Choo Choy May
Heliliah turut menjelaskan, terdapatnya kemungkinan agensi Kastam telah menjalankan siasatan mereka sendiri kerana perkara itu membabitkan urusan pentadbiran mereka. “Itu urusan pentadbiran mereka (Kastam) mungkin mereka ada menjalankan siasatan, tetapi jika ada aduan, kami akan menyiasatnya,” katanya lagi.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 telah mendedahkan terdapat seorang pegawai Kastam yang membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan sehingga mencecah RM1.82 juta.
Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussein, turut berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai tersebut, namun menjelaskan tindakan hanya boleh diambil selepas siasatan dilakukan pihak polis.

Saya sebut tutup aurat untuk Islam – TG Nik Aziz


KOTA BHARU: “Saya sebut tutup aurat untuk orang Islam tidak kepada bukan Islam. Kalau tak tutup aurat “padanlah” kalau kena rogol pun.

“Tapi oleh sebab dia pandang serong awal-awal lagi kepada Islam, maka dia beremosi. Ini sesuailah dengan Umno yang juga pandang serong terhadap Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS berkata, tohmahan yang dilempar MCA terhadapnya jelas sangat beremosi dan menampakkan pandangan serong mereka terhadap Islam.

Ia juga sama dengan Umno yang memandang serong Islam, bahkan menolak Islam dalam dasar perjuangan partinya.

Beliau ditemui pada rumah terbuka sempena Aidiladha di kediamannya di Pulau Melaka semalam. Pada majlis itu Menteri Besar mengorbankan tiga lembu dan dagingnya diagih kepada penduduk kampung.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie dilaporkan mendakwa Tuan Guru  Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

'Umno pun ada dokumen rahsia pembangkang'..!!!



 
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata partinya akan menyiasat berhubung dakwaan kebocoran maklumat kesiapsiagaan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tegasnya, beliau juga telah menulis surat kepada semua 13 anggota parti komponen BN supaya lebih berhati-hati daripada berlaku kebocoran maklumat sekalipun pihaknya mempunyai sistem kod untuk menjejaki dokumen itu seperti yang didedahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

"Saya hendak dapatkan dokumen yang ada pada Lim Guan Eng, sapaya saya tahu siapa yang beri kepada beliau.

"Daripada dokumen itu sendiri, orang menerima dokumen itu, tidak tahu coding di mana... Barang kali dia (pemimpin BN) letak merata-rata... Dalam pejabat rambut sama hitam, hati lain-lain.

Terbukti Islam tergugat bukan kerana DAP

KUALA LUMPUR: Episod penghinaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuktikan tohmahan Umno selama ini bahawa DAP bahaya kepada Islam terbukti silap.

"Terbukti dan teruji yang menghina Islam ialah MCA bukannya DAP," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Namun, katanya, senjata Umno untuk membiarkan  MCA yang diketuai oleh Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek untuk memperlekehkan Islam telah mengakibatkan senjata makan tuan.

Isu ini, katanya,  telah menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno dan gerak saraf mereka bahawa Islam tergugat jika  Pakatan Rakyat memerintah.

Bagi beliau, tindakan pemimpin Umno membiarkan pemimpin MCA memfitnah dan memburukkan Islam dengan serampang dua mata.

Pertama hendak melihat supaya DAP melatah dan keluar PR.

Kedua untuk menarik sokongan orang Cina kepada MCA, kerana sokongan orang Cina kepada MCA dan Gerakan hampir sudah tidak ada.

Jalanraya: RMK-5 lulus projek, RMK-9 tarik balik


KOTA BHARU: Cadangan membesarkan laluan Gua Musang-Kota Bharu sebenarnya dilulus pada 1986 membabitkan Rancangan Malaysia (RMK-5), namun malangnya  pada RMK-9 projek tersebut ditarik balik.

Sedangkan jalan berkenaan dikategorikan JKR sebagai kelas F, di mana telah mencapai tahap kapasiti penuh pada 1986.

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Kelantan (ROYALTI -R), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, apa yang berlaku itu adalah diskriminasi yang berterusan berlaku terhadap Kelantan.

“Ini bermakna sehingga sekarang sudah mencecah 26 tahun Kelantan disisih daripada mendapat kemudahan jalan raya yang lebih sempurna seperti di negeri-negeri lain.

“Janji hanya tinggal janji sebab politik sempit diamalkan pemimpin kerajaan pusat yang diketuai Umno. Mereka mengenepikan aspirasi rakyat Kelantan,” katanya di sini.