Sabtu, 27 Oktober 2012

SPR & Penipuan Rakyat Umum Ke-13

PRU13 dan ayat songsang

Dalam tulisan kali ini saya ingin membawa ayat-ayat songsang. Saya ingin membuka surah yang telah dihafal tetapi tidak difahami. Saya ingin membuka bait-bait yang sering dilaungkan tetapi tidak dihayati.
Saya ingin melagukan syair kasar yang tidak akan menenteramkan jiwa. Surah dan bait-bait ini telah menjadi beban sejarah jika tidak saya dendangkan kepada orang ramai.
Surah dan ayat songsang ini ialah tentang PRU-13 yang akan dijalankan tidak lama lagi. Bila PRU-13 ini akan diadakan saya tidak tahu. Saya bukan nujum. Malah tarikh dan saat PRU-13 ini untuk saya tidak begitu penting. Untuk saya tarikh PRU-13 bukan surah yang akan membawa kita semua ke jambatan yang lurus.

Apa yang sahih, tarikh PRU-13 ini hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memastikan United Malays National Organisation kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Logistik telah tersusun rapi. Semua yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada BN telah dilakukan.

Pada hemat saya keputusan PRU-13 akan menafikan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Pada pemerhatian saya kerajaan Pakatan di Selangor akan jatuh ke tangan United Malays National Organisation. Jelas apa yang saya tulis ini adalah ayat-ayat songsang. Ayat-ayat ‘potong stim' yang ramai penyokong Pakatan tidak akan bersetuju. Bunyi surah ini amat kasar tetapi inilah hakikat realpolitik dalam negara Dunia Ketiga.

Ayat-ayat songsang dalam tulisan saya ini bukan saya pungut dari mimpi. Ayat ini tidak saya terima melalui saka. Ayat-ayat ini berasaskan realpolitik yang sedang berlaku di hadapan mata saya. Ayat-ayat ini datang dari laporan demi laporan yang saya terima sebagai ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.

Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih


Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.

Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.

Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:

Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Kes RM10 juta Mohamad Hassan, tiga persoalan perlu dijawab


KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan lanjut untuk mendapatkan keterangan saksi luar Negara di bawah Akta 621, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 melibatkan pemindahan wang berjumlah RM 10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Hassan pada tahun 2008.
Demikian antara jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Nazri Aziz kepada  Ahli Parlimen Seremban John Fernandez yang telah beberapa kali di Dewan Rakyat mendesak agar menteri berkenaan menjawap soalan mengenai status siasatan yang dijalankan sehingga kini.
Menurut Fernandez ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini, kes pemindahan RM10 juta Mohamad Hassan ini telah menimbulkan tiga persoalan penting yang menjadi tanda tanya ramai pihak.
“Kita nak tahu dari mana Menteri Besar Negeri Sembilan ini memperoleh RM10 juta tersebut.
“Keduanya, apakah tujuan beliau menghantar wang tersebut ke London dan yang terakhir ialah kepada siapa wang RM10 juta ini diberikan?” soalnya.

Bertindak segera, Islam Rohingya di ambang maut


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu diselamatkan.


“Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini dapat diperolehi,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkembangan terkini sangat meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan merebak ke seluruh Myanmar.

“Kami  sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa serangan oleh etnik Buddha Rakhine.

MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’


KUALA LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah  jawapan Parlimen Jamil yang menyebut “jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” itu mewakili pendirian MCA?
“Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin peringkat nasional mereka dalam BN?”
“Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?”  soal beliau.
Menyifatkan MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’, Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan bahawa situasi ini telah membongkar kepura-puraan kempen MCA mengenai hudud sejak dua tahun lalu.

Umno Mula Buat Kacau Jelajah Merdeka Rakyat!


Ini berita yang baru diterima.

Jelajah Merdeka Rakyat yang akan bersambung esok di Wilayah Persekutuan dan Selangor mula diganggu bermula malam tadi.

Umno Bahagian Bandar Tun Razak telah mengupah gangster untuk membuat kacau kira-kira jam 850 malam tadi di sekitar kawasan program ceramah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di pasar Pekan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sekitar 30 pemuda yang dipercayai diupah Umno mula bergerak liar di sekitar tapak ceramah dan membuat bising menggunakan motosikal masing-masing.

Pengajaran Dari MAHATHIR, Syarikat GENNEVA GOLD Dan UTUSAN MALAYSIA


Masih ingat lagi tragedi yang menimpa para pelabur yang melabur puluhan, ratusan malahan jutaan RM di sebuah syarikat pelaburan jongkong emas Genneva Gold?.

Bila dilihat pada majlis pelancarannya yang menjemput Tuanku Agong ketika itu (Sultan Mizan), dan seterusnya dilancarkan oleh ikon negarawan terulung Malaysia Tun Mahathir, pasti ramai yang percaya pelaburan ini adalah sesuatu yang sah.

Masakan ia ada unsur-unsur penipuan jika 1500 VIP telah hadir memberikan sokongan pada majlis pelancarannya pada 15 Disember 2010. Berita pelancaran yang gah itu turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 17 Disember 2010 dengan tajuk berita 'Dr. Mahathir Galak Rakyat Simpan Emas'. Maka berbondong-bondonglah rakyat terutama mereka yang baru berpencen dengan wang simpanan yang mereka ada itu menyahut seruan Tun supaya melabur di dalam pelaburan emas.

Pakaian Nabi Nabi Allah

Pemurah adalah sifat Nabi Ibrahim a.s.

Redha adalah sifat Nabi Ishak a.s.

Sabar adalah sifat Nabi ayyub a.s.

Isyarat adalah sifat Nabi Zakaria a.s.

Berjauhan adalah sifat Nabi Yusuf a.s.

Memakai pakaian daripada bulu adalah sifat Nabi Yahya a.s.

Mengembara adalah sifat Nabi Isa a.s.

Hari Jumaat dan Dajjal laknatullah

Islam mengajarkan kepada setiap kita untuk menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang tahu bila berlakunya hari Kiamat akan terjadi. Bahkan Nabi Muhammad SAW juga tidak tahu bila berlakunya hari Kiamat.

"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat:" Bilakah terjadinya? "Katakanlah:" Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba ". Mereka bertanya kepadamu seolah-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui," (QS Al-A'raaf ayat 187).

Satu-satunya isyarat soal jadual hari Kiamat dari Rasulullah SAW hanyalah bahawa ia bakal terjadi pada hari Jumaat. Namun jumaat tanggal, bulan dan tahun berapa? Wallahu a'lam. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Rasulullah SAW bersabda:

"Dan tidak akan terjadi hari Kiamat melainkan pada hari Jumaat," (HR Muslim).

Jika ada pihak selain Allah yang layak memberi tahu kita soal perkara ghaib seperti jadwal Kiamat, maka itu sepatutnya adalah Nabi Muhammad SAW utusan Allah yang seringkali memang diberitahu Allah rahasia-rahasia perkara ghaib. Namun dalam hal ini kita tidak mendapati satu hadis pun yang menjelaskan tarikh, bulan dan tahun kejadian hari Kiamat. Sikap mempercayai adanya pihak selain Allah yang mengetahui perkara ghaib boleh membawa seseorang terjatuh kepada dosa syirik ...! Sebab ia rela mengalihkan kepercayaannya dalam perkara ghaib kepada pihak selain Allah.

"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (kesudahan masing-masing), "(QS Az-Zumar ayat 68).

Siapa penghuni Syurga dan Neraka ketika Ini?

Adalah kemestian bahawa manusia dan makhluk yang lain akan dibangkitkan pada hari kiamat, dihisab amalannya, dan kemudian dimasukkan ke syurga dan neraka. Semua itu terjadi nanti setelah kiamat di akhir zaman. Mengenai hal itu, masih ingat dengan peristiwa Isra 'Mi'raj yang dialami Rasulullah? Ya, Rasul diperlihatkan langsung oleh Allah dengan penghuni-penghuni syurga dan neraka.

Dalam hadis sahih mengenai Isra 'Mi'raj, kita temui kisah Rasulullah shalallahu' alaihi wa sallam melihat pelbagai pemandangan penduduk syurga dan neraka. Lalu selepas peristiwa Isra 'Mi'raj, apakah sekarang ada penghuni neraka dan syurga sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah ribuan tahun lalu?

Bahagian Pusat Konsultasi Syariah dalam menjawab soalan tersebut menjawabnya berdasarkan apa yang tertera di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.

Bahawa sumber sumber aqidah Islam adalah Al Quran dan As Sunnah, dan kita wajib mempercayai dan meyakini sepenuhnya maklumat yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah itu, apatah lagi berkaitan dengan hal yang ghaib. Kerana saiz dan cara memandang masalah yang ghaib itu jelas berbeza dengan dunia yang nyata. Secara logik dan sebab musabab, akal kita boleh menerima bahawa di sisi lain dari segala yang nyata dan empiris ini, ada hal hal yang bukan empirikal di mana logik dan hukum fizik tidak lagi berlaku disana.

Syirik yang kita tidak sedari

“Kamu lahir bulan apa?”, kata seorang remaja kepada temanya. Temanya pun menjawab “21 Mei..” oo berarti, bintangmu gemini ya. Tahu tidak, minggu ini kamu akan tertimpa musibah kalau tidak percaya lihat saja zodiakmu di majalah itu” katanya. “Masa’ sih? Iya…ya…”Fenomena di atas seringkali terjadi di kalangan remaja islam yang ada di negeri ini. Membaca zodiak
yang ada pada majalah-majalah remaja umumnya untuk mengetahui masa depan yaitu apa-apa yang akan mereka alami minggu ini. Apakah hal ini dibenarkan dalam pandangan syari’at islam?Berawal Mengenal Hukum Mendatangi Tukang Ramal

Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu dalam kitabnya “Khudz ‘Aqidataka Minal Kitaabi wa Sunnati Shohiihai” (Ambillah aqidahmu dari Al Kitab dan As Sunnah yang Shahih) memaparkan sebuah pertanyaan: “Apakah seseorang itu diperbolehkan untuk membenarkan tukang ramal yang mengetahui ilmu ghoib (baca: masa depan)?” Beliau menjawab, “Tidaklah dibenarkan untuk mereka mendatangi tukang-tukang ramal dalam rangka mengetahui perkara ghoib karena Allah ta’ala telah berfirman,

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

“Katakanlah tidak ada satu orangpun yang ada di langit maupun di bumi yang mengetahui perkara ghoib kecuali Allah“ (QS. An-Naml: 65). Dan dalam hadist yang shohih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “ Barang siapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal dan membenarkan perkataan mereka, maka orang itu telah kufur terhadap Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” Karena memang Al Qur’an terang-terang menyatakan bahwa yang mengetahui perkara ghoib hanyalah Allah Ta’ala.

Syria fighting rages despite truce deal

Today in History for October 27th

12/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

11/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

10/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

09/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

08/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

07/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

06/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

05/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

04/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

03/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

02/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

01/12 Jesus Christ In Christianity & Islam - Sheikh Ahmed Deedat

Hukum SENGAJA Azan Awal - Ustaz Azhar Idrus

Adakah 3 Hari Dikira MUSAFIR ? - Ustaz Azhar Idrus

Kepala TERHENJUT Ketika Sujud - Ustaz Azhar Idrus

Air MUSTAKMAL Air Yang Terkena BADAN Ketika Mandi ? - Ustaz Azhar Idrus

Nak WUDUK Tapi Tangan & Kaki BERBALUT - Ustaz Azhar Idrus

Islamnya Sesebuah Negara Bukanya Disebabkan Diiktiraf oleh Dunia atau Majoriti Rakyatnya Beragama Islam

Oleh: Tok Janggut
Nampaknya kenyataan Mahathir sejak dulu hingga sekarang bertambah celaru dan menonjolkan bahawa betapa bebal dan jahilnya beliau terhadap ajaran Islam. Beliau kononya bercakap tentang Islam untuk menunjukan kepada umat Islam di Malaysia dan kepada dunia Islam bahawa beliau arif dan faham terhadap ajaran Islam tetapi sebaliknya menampakan kejahilan yang mendalam dan makin bertambah sesat kenyataanya.

Dalam satu kenyataanya berkaitan dengan hudud. Beliau berkata hudud bukan berkaitan dengan agama tetapi berkaitan dengan politik. Ini jelas terbukti akan jahilnya beliau terhadap agama dan kenyataan itu membuktikan beliau makin jauh dari Islam malahan bertambah sesat pegangan agamanya.

Apa yang terkandung dalam Quran adalah berkaitan kehidupan manusia secara menyeluruh termasuk bab politik, agama dan lain-lainya. Hudud dinyatakan dalam Quran dan hadis Nabi secara jelas kerana ia adalah sebahagian dari Islam yang menjadi tuntutan umat Islam yang beriman serta yang bertaqwa untuk mengamal dan melaksanakanya.

Soi Lek Wajar Dilantik Sebagai Penasihat Agama Umno Atau Ketua Agama Negara

Oleh: Tok Janggut

Kalau sudah berkali-kali dengan rasa sombong, megah dan ego Presiden MCA dan pemimpin Gerakan berani menghina Islam, menghina syariat Allah tetapi tiada siapa yang mampu menegur atau memberi amaran, maka elok sajalah Soi Lek ini dilantik sebagai Penasihat Agama UMNO seumur hidup atau dilantik sebagai Ketua Agama negara kerana Ketua Agama yang ada sekarang pun tidak mampu dan tidak berani memberi amaran kepada "bapak syaitan" ini, maka apa lagi yang boleh umat Islam harapkan untuk menjaga kesucian agama Islam dan syariat Allah dari terus dihina dan dicaci?

Punca utamanya sehingga membuatkan MCA dan Gerakan berani menghina Islam ialah UMNO sendiri. Kalau UMNO yang selama ini dilihat oleh MCA dan Gerakan sebagai penganut Islam tetapi seringkali menghina dan mempersendakan syariat Allah dan Sunnah Nabi, maka MCA dan Gerakan yang selama ini menjadi tempat berpautnya UMNO untuk meneruskan nyawanya sudah tidak ada rasa segan silu lagi melakukan perkara yang sama sebagai menunjukan betapa benci dan antinya mereka terhadap Islam selama ini.

Haram Undi MCA : Sekutu Rapatnya Bagaimana?

Tindakan dari Presiden MCA, Chua Soi Lek yang berkali-kali menghina Islam mendapat perhatian daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia [Perkasa]. Malaysiakini pada tarikh 19 Oktober baru-baru ini melaporkan Perkasa telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali bahawa haram umat Islam untuk mengundi MCA.

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''
-Malaysiakini

Sultan Kelantan mencemar duli sempurna korban


Sultan Kelantan tidak ketinggalan mencemar duli bersama-sama rakyat menyempurnakan majlis korban.
Sultan Kelantan tidak ketinggalan mencemar duli bersama-sama rakyat menyempurnakan majlis korban.

KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyempurnakan majlis korban di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini, hari ini.

Baginda yang mengenakan baju T-shirt berwarna merah tiba di majlis tersebut kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan diiringi pasukan keselamatan.

Turut menyertai baginda ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, kerabat diraja Kelantan dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Calon PRU : Pas dan DAP tak umum awal



SHAH ALAM - Pas dan DAP tidak akan mengikut rentak Barisan Nasional (BN) yang akan mengumumkan nama calon mereka dua minggu lebih awal sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menjelang PRU 13
Bagaimanapun pendekatan berbeza diambil oleh PKR, yang sudah pun berbuat demikian di beberapa kawasan secara tidak rasmi oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beberapa bulan yang lalu.

Pas, PKR dan DAP merupakan anggota Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, parti itu lebih selesa mengambil pendekatan tidak mengumumkan nama calon mereka lebih awal dan hanya berbuat demikian  jika perlu.

"Pas tidak akan umum kecuali perlu. Contohnya dalam kes Salahuddin Ayub yang akan bertanding di Johor. Umumnya memang kita tidak akan umum awal," katanya.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan calon Pas sudah maklum bahawa nama mereka akan dicalonkan di kawasan-kawasan tertentu dalam misi merampas Putrajaya pada PRU yang dianggap getir ini.

"Kita tidak beritahu secara menyeluruh. Secara umum mereka boleh agak (dicalonkan)," ujar beliau.

Peniaga, orang ramai halang DBKL rampas khemah bazar Deepavali


KUALA LUMPUR 27 Oktober: Kira-kira 100 peniaga bersama orang ramai berhimpun di Jalan Tun Sambanthan bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah dan jualan bazar Deepavali di Brickfields.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, 40 penguatkuasa DBKL gagal merampas kira-kira 30 khemah yang dipasang di sepanjang kaki lima kedai di Jalan Tun Sambanthan.
Peniaga dan orang ramai yang marah tindakan itu melaungkan ‘DBKL balik’, ‘Kami bayar cukai’ dan ’1Malaysia? apa ini!?
Kekecohan hampir tercetus, namun kehadiran kira-kira 20 anggota Polis beruniform dan preman berjaya mengawal keadaan.
Peniaga kemudiannya hanya diberi jaminan lisan oleh DBKL bahawa khemah bazar mereka tidak akan dirampas sehingga Isnin depan.
Seorang peniaga yang ditemui, Nel, 40, berkata, permohonan untuk bazar Deepavali di Jalan Tun Sambanthan bagi tahun ini dibuat kepada DBKL sejak 24 Ogos lalu.

Kantoi Habis : Kerajaan Selangor bidas BN mainkan isu Batu Caves


Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu bersama para penyokong Pakatan Rakyat selepas sidang sidang media mengenai isu pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves. — Gambar oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 27 Okt —Dakwaan ahli politik Barisan Nasional (BN) ke atas pembinaan kondominium di Batu Caves sama sekali tidak berasas, kata ahli mesyuarat kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu pada sidang media hari ini.
Ahli dewan undangan negeri (adun) Pandamaran tersebut juga berkata penjelasan oleh pemimpin Gerakan, senator A. Kohilan Pillay semalam sebagai satu pembohongan kerana menafikan "Kebenaran Merancang" adalah kelulusan kepada pemaju untuk laksanakan pembangunan.
"Penjelasan oleh Kohilan mengatakan "Kebenaran Merancang" adalah bukan kelulusan melaksanakan sama sekali mengarut.

Pelan pembinaan oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd yang dihantar kepada Majlis Perbandaran Selayang untuk mendapatan "Kelulusan Merancang" kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves. — Gambar oleh Md Izwan
"Mana ada perkara kelulusan melaksanakan seperti yang dikatakan oleh Kohilan.

Gaji Polis 2012 Perlu Semakan Semula. Gaji Akhir Lulusan DIPLOMA : Polis (RM4,480), Kakitangan Awam Biasa (RM5,730) & SPRM (RM6,121)!

Gaji Polis Diraja Malaysia 2012 Gaji Polis 2012 Perlu Semakan Semula. Gaji Akhir Lulusan DIPLOMA : Polis (RM4,480), Kakitangan Awam Biasa (RM5,730) & SPRM (RM6,121)!
Isu Gaji Polis Diraja Malaysia 2012 : Semalam kalangan ahli parlimen tidak kira daripada kalangan Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat ada membawakan isu ketidakadilan gaji polis 2012 dan juga soal kebajikan anggota polis yang ada sekarang….
Mereka ini kerap kali berselisih pendapat di Dewan Rakyat mengenai beberapa isu, tetapi adakalanya mereka ini boleh sepakat dan sebulat suara untuk membawa beberapa isu bersama…

Permintaan Semakan Gaji Polis 2012 Supaya lebih Adil

Sekarang ini apa yang kalangan anggota polis harapkan dan memohon kepada JPA supaya diberikan keadilan dan diberikan hak yang sama rata dengan perkhidmatan kerajaan yang lain dan anggota pakaian seragam yang lain serta ada semakan semula terhadap gaji polis 2012 yang ada sekarang in. Apa yang berlaku sekarang skim gaji polis 2012….kami berikan contoh :
Bagi lulusan Diploma, gaji akhirnya anggota polis lulusan ini ialah sebanyak RM4,480, gaji akhir anggota perkhidmatan awam (yang biasa) RM5,730 dan gaji SPRM RM6,121
Kalau dilihat kepada angka-angka di atas ini dilihat tidak ada keseimbangan. Yang menguatkan lagi permintaan anggota polis supaya dibuat semakan semula gaji polis 2012 ini adalah kerana melihatkan perbandingan gaji dengan negara-negara lain :
  • gaji anggota polis di negara lain adalah lebih tinggi berbanding perkhidmatan lain berikutan pengiktirafan yang telah diberikan kepada pasukan penguatkuasa itu.
  • gaji Ketua Polis Daerah (OCPD) lebih rendah daripada pengetua sekolah menengah, (sedangkan) pengetua jaga sebuah sekolah manakala OCPD jaga sebuah daerah.
Jikalau kita dikatakan gaji polis 2012 (Polis Diraja Malaysia)yang ada ketika ini tidak setimpal, apatah lagi nasib yang menimpa kakitangan Penjara pula yang menerima gaji terendah dalam kalangan anggota pasukan seragam yang lain.

Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!

Perniagaan Syed Mokhtar Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!
Kami sebenarnya tidak jeles apatah lagi iri hati tetapi kami “anti monopoli”. Apa sebenarnya matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB)? Kalau tidak bukan, mahu menyaksikan kejayaan DEB yang menjanjikan 30% kekayaan ekonomi Bumiputera tercapai. Malangnya sehingga hari ini masih belum berjaya? Di mana silapnya? 
Jikalau aktiviti pembahagian kekayaan negara dan aset negara diberikan kepada satu dua individu, jangan sesekali kita bertanya mengapa dasar DEB tidak berjaya.
Apa yang berlaku hari ini, satu demi satu perkhidmatan dan penggunaan seharian dalam negara ini, sudah menjadi miliknya. Bumiputera lain pun mahu “merasa juga”. Sedangkan jurang Melayu kaya dengan yang Melayu miskin semakin meluas hari ini.
Syed Mokhtar Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan. Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya.
Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat. Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi. BERNAMA
Daripada segi sikap, kehidupan dia, sejarah dia, daripada segi pencapaian dia memang menjadi pedoman dan sejarah hidup dia kami sendiri simpan sebagai koleksi kejayaan orang-orang ternama di Malaysia
  • Jikalau diikutkan, kami sebenarnya bangga apabila orang Islam kaya.
  • Jikalau nak naikkan imej orang Islam biarlah “BERJAYA” atas sebab bersaing sesama Islam lain
  • Apa yang kami harapkan adalah syarikat-syarikat yang tiada “kepentingan” diberikan ruang dan peluang
  • Dalam etika perniagaan pun, diharamkan monopoli apatah lagi benda-benda yang menjadi keperluan & dekat dengan rakyat

Video Kritikan Bung Mokhtar Dengan Monopoli Syed Mokhtar di Dewan Rakyat

 

Aktiviti monopoli dan kekayaan negara haruslah dipecahkan. Kalau nak elakkan bagi Cina atas nama Tanah Melayu bagi mengimbangi ekonomi, agih-agihkan kepada Melayu lain yang berniaga juga dengan adil & saksama. Bukan hanya terletak pada seorang sahaja atas nama penswastaan. Apa-apa yang berlaku pada akan datang, apa akan jadi kepada Malaysia

Senarai Pegangan Perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar ?

Tindakan tegas DBKL jika sewakan gerai kepada peniaga asing....telah berlaku puluhan tahun maa..!!!!

Masalah itu berpunca daripada sikap peniaga tempatan sendiri yang mahu meraih pendapatan mudah dengan mengenakan kadar sewa tinggi kepada warga asing. 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bertindak tegas terhadap peniaga tempatan yang didapati menyewakan gerai kepada warga asing dalam usaha mengekang kebanjiran peniaga asing di ibu kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib berkata ini kerana masalah itu berpunca daripada sikap peniaga tempatan sendiri yang mahu meraih pendapatan mudah dengan mengenakan kadar sewa tinggi kepada warga asing.
“Mereka tahu warga asing akan tetap bayar biarpun mahal. Ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab penjaja tempatan terhadap lesen yang kita berikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ibadah korban Masjid Negara, di sini hari ini.
Untuk itu, Ahmad Phesal berkata DBKL dengan kerjasama polis dan imigresen akan bertindak lebih agresif mengesan peniaga asing di sekitar ibu kota khususnya di Pasar Jalan Raja Bot di Chow Kit.
DBKL akan membatalkan lesen peniaga tempatan terbabit serta menyita lot gerai berkenaan jika didapati disewakan kepada warga asing, katanya.

Kempen media sosial: Idea SPR ketinggalan zaman


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM - DAP, komponen Pakatan Rakyat, secara sinis menyifatkan larangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas kempen mengguna media sosial selepas tengah malam hari terakhir berkempen sebagai pendekatan "ketinggalan zaman" dan tidak masuk akal.

"Kenapa mereka perlu mengeluarkan peraturan yang ketinggalan zaman ini? Saya percaya ia adalah sesuatu yang sangat mustahil untuk dilaksanakan," kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya DAP, Anthony Loke.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, walapun SPR bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu, adalah mustahil untuk mengawal berjuta- juta akaun Facebook dan media sosial yang lain.

"Bagaimana kalau pengundi yang menggunakan laman sosial ini untuk tujuan berkempen? Adakah ini ada kena-mengena dengan calon itu sendiri?

Kempen media sosial: Komponen BN ragui mekanisme SPR


Menjelang PRU 13

SHAH ALAM - MIC, komponen Barisan Nasional (BN) menyambut baik peraturan baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan melarang kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir menerusi media sosial tetapi mempersoalkan mekanismes yang hendak digunakan.
Malah, ia adalah satu cadangan yang proaktif untuk dilaksanakan ketika PRU13 berikutan penggunaan media sosial kini semakin berkembang bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di kawasan-kawasan luar bandar.
"Ia adalah satu cadangan baru yang bagus dari segi prinsipal kerana semua calon dari pelbagai parti perlu patuh dengan larangan terbabit bagi melicinkan proses pembuangan undi nanti," kata Setiausaha Agung MIC, Datuk S. Murugessan ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Namun, beliau berkata, undang-undang yang diperkenalkan itu seharusnya lebih 'logik' untuk dilaksanakan kerana terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira untuk menjadikan larangan terbabit lebih realistik.
"Mereka (SPR) perlu perhalusi semula larangan yang diperkenalkan itu kerana harus melihat rasionalnya," kata Murugessan.

Menteri arah siasat punca bekalan elektrik terputus di lapangan terbang KK..??

PUTRAJAYA, 27 Okt — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini mahu siasatan dijalankan berhubung punca bekalan elektrik terputus di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Khamis lepas yang menyebabkan penerbangan dibatalkan dan ramai penumpang terkandas.
Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap “pihak yang cuai” tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.
“Jika hasil siasatan menunjukkan ada unsur sabotaj, maka laporan polis akan dibuat untuk tindakan undang-undang selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Kong (gambar) berkata beliau merasa amat dukacita atas kejadian itu yang menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan orang ramai yang bakal meraikan Hari Raya Aidiladha di kampung halaman masing-masing.
Beliau juga berharap pengendali lapangan terbang dapat memastikan wujudnya Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) jika perkara sebegini berlaku pada masa akan datang.
KKIA ditutup pada malam Khamis selepas lampu landasan tidak berfungsi sehingga memaksa beberapa penerbangan masuk dan keluar dibatalkan atau dijadual semula menyebabkan ramai penumpang terkandas. — Bernama

Krisis Rohingya: Lebih 800 premis musnah, 64 maut


Rohingya
Foto satelit menunjukkan kawasan yang musnah yang musnah dalam kebakaran ekoran rusuhan terbaru sejak awal minggu ini. - Foto ihsan BBC
YANGON - Human Rights Watch, sebuah badan hak asasi manusia, mengedarkan foto-foto yang menggambarkan kemusnahan teruk di sebelah barat Myanmar yang dilanda rusuhan kaum.

Rusuhan sejak awal minggu ini telah memusnahkan 800 rumah dan bangunan serta lebih 60 orang terbunuh.

Foto satelit dikeluarkan Human Rights Watch menunjukkan kira-kira 10 hektar (35 ekar) musnah di Kyaukpyu, bandar tepi pantai di Rakhine.

Kumpulan hak asasi manusia itu berkata kebanyakan penduduk kawasan tersebut adalah etnik Rohingya Islam.

Laporan dipetik BBC berkata, kebanyakan penduduk telah meninggalkan lokasi sasaran yang dijadikan sasaran ke kawasan laut menggunakan bot.

Nazri Aziz Nak Masuk PAS?


Ini berita bertaraf kelas satu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz difahamkan sudah berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu.

Antara butir pertemuan, spekulasi mengenai hasrat Nazri yang juga ahli parlimen Padang Rengas mahu menyertai PAS.

Bagaimanapun belum dapat disahkan status tersebut sehingga kini.

Nazri dikhabarkan sudah bosan dengan dengan kepimpinan Umno terutama perdana menteri Najib Altantuya selain dianggap antara penggerak kem timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin bagi menyingkirkan Najib Altantuya.

Sumber PAS hanya menyebut pertemuan Nik Aziz dengan Nazri hanya kunjungan hormat biasa tanpa sebarang agenda dan permintaan politik tertentu.

Najib Altantuya yang mengetahui hal tersebut sudah membuat beberapa tindakan susulan termasuk tindakan drastik bakal menggugurkannya sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Sebelum ini, bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan Lajim Ukin turut melakukan tindakan serupa sebelum mengambil keputusan keluar Umno beberapa hari kemudiannya.

Rupanya, ni la sebabnya PAS - DAP bekerjasama



Operasi Lalang jadi batu asas kerjasama DAP-PAS hari ini

ULASAN Berikut adalah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ahli Parlimen Bagan sempena ulangtahun ke-25 Operasi Lalang hari ini:

DAP menyeru agar kerajaan Persekutuan meminta maaf kepada semua tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), segera melepaskan semua tahanan yang masih ditahan dan menjadikan Kem Tahanan Kamunting sebagai muzium sebagai peringatan kepada peripenting kebebasan dan hak asasi serta memulihkan negara daripada trauma penahanan tanpa bicara yang dilakukan secara rambang hanya atas sebab menentang BN.

25 tahun yang lalu pada 27 Oktober 1987, saya menjadi antara mangsa pertama Operasi Lalang yang ditahan di bawah ISA oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya ingat lagi bagaimana sebagai ahli Parlimen Kota Melaka yang baru dipilih, betapa terkejutnya saya apabila diberitahu bahawa saya merupakan ancaman kepada keselamatan negara yang bakal mencetus huru-hara dan rusuhan sekiranya saya tidak ditahan.

Kempen media sosial: Larangan SPR sukar dikuat kuasa, kata pakar ICT


SHAH ALAM - Susulan peraturan baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggunakan media sosial mendapat reaksi yang pelbagai dari parti politik dan penganalisis IT.
Menjelang PRU 13
Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia, Azli Paat berkata, larangan berkempen secara fizikal iaitu ceramah dan sebagainya masih boleh dikawal, namun untuk media sosial nampak sedikit janggal.

"Peraturan baru yang dikeluarkan oleh SPR, akan menjadi bahan jenaka oleh semua pihak kerana ia sukar untuk dilaksanakan... malah peraturan sebegini tidak boleh diaplikasikan di zaman siber kini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Azli menambah, "kalau dulu, jam sembilan malam mereka sudah tidur, kini dengan adanya teknologi yang pesat membangun, jam tiga pagi belum tentu mereka akan tidur."

"Maka di mana rasionalnya jika peraturan sebegitu rupa diaplikasikan?" kata beliau lagi.

"Ada peraturan yang lama boleh dibawa ke hari ini, malah ada peraturan yang tidak boleh dibawa ke hari ini yang kita mempunyai teknologi yang canggih," kata Azli lagi.

Lima Aset Komersil Kekal Milik PKNS



SHAH ALAM 27 OKT : Lima aset komersil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu SACC Mall, Shah Alam; Menara PKNS, Petaling Jaya; Kompleks PKNS Shah Alam dan Kompleks PKNS Bangi, serta Wisma Yakin, Kuala Lumpur masih kekal milik PKNS.
Perkara ini dinyatakan Timbalan Pengurus Besar(Korporat) PKNS, Datin Paduka Norazlina Zakaria dalam satu kenyataan media.
Menurutnya, PKNS sekarang sedang dalam proses menyelaraskan aktiviti-aktiviti teras Kumpulan PKNS.
“Salah satu daripada inisiatif korporat yang sedang dilaksanakan adalah penubuhan sebuah syarikat milik penuh PKNS, Private Real Estate Company (PREC), yang akan memfokuskan kepada pelaburan dan pengurusan hartanah.
Sebagai menepati tadbir urus korporat yang telus, penubuhan anak syarikat ini (PREC) dan pindah milik aset-aset komersil PKNS kepada PREC mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Kewangan dan Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri,” katanya.
Tambahnya, pihak Kementerian Kewangan juga memberikan kelulusan bertulis bagi maksud di atas.
Pada masa yang sama, PKNS ingin mengesahkan pelaburannya di dalam saham Genting Sanyen Power Sdn Bhd dan KESAS Bhd masih kekal.
Namun begitu, PKNS akan senantiasa menilai portfolio pelaburan dari masa ke semasa dan bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran yang memberikan pulangan yang munasabah kepada PKNS.

Manifesto: Apa sebenarnya?


Menjelang PRU 13 KUALA LUMPUR - Mutakhir ini, semakin Malaysia menghampiri pilihan raya umum ke-13, semakin kerap perkataan 'manifesto' menjadi topik perbincangan di media massa dan perbualan rakyat serta sembang politik di kedai kopi. Menjelang pilihan raya umum. yang boleh diadakan pada bila-bila masa, masyarakat kebelakangan ini juga didedahkan dengan pelbagai penjelasan mengenai manifesto politik khususnya berhubung pencapaian, janji-janji  yang dikotakan dan tidak kurang juga janji-janji yang tidak tertunai. 

Apakah itu manifesto? Menurut kamus, manifesto adalah satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Lorong Belakang : Kerja seks bukan satu pilihan

Yayasan Selangor tambah bilangan penerima dana

BN machinery to go all out to capture Penang

UMNO HAMPIR PASTI AKAN MENEMUI AJAL DALAM PRU KE-13 NI

Kaedah menagih simpati sebagai satu dari talian hayat UMNO...
The Malaysian Insider....
Mamak Madey kata Melayu merempat dan meminta sedekah di negara sendiri... !!!
Jadi kena la bergabung semuanya sekali dibawah Umno...!!!
Nampak sangat Umno dah terdesak kan???
Dah 55 tahun Umno mentedarah DUIT NEGARA dan layan Melayu berdasarkan parti...
Apa cerita royalti gas dan minyak Kelantan yang dinafikan???
Memang celaka Umno neh...
Umno dan macai-macainya tak habis-habis menipu ja kerjanya...

Demi MCA Najib Sanggup Agamanya Dipijak-Pijak Oleh Chua Soi Lek

Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri.

Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.

Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M.  BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.

Perhimpunan Arafah gambaran Mahsyar

SEMALAM jutaan umat Islam seluruh dunia yang mengerjakan ibadat haji memenuhi setiap inci dan ruang di padang Arafah.
Selain sebagai memenuhi rukun haji, perhimpunan di Arafah juga adalah manifestasi kepada usaha taqarrub (mendekatkan) diri kepada Allah, Pencipta Yang Maha Agung.

Pertemuan umat Islam yang mengenakan pakaian ihram yang sama warna iaitu putih turut menzahirkan kesatuansebagai saudara seagama biarpun dibatasi oleh bahasa dan warna kulit yang berlainan. Segala hal keduniaan seperti pangkat, kedudukan dan jawatan tinggi serta harta tidak lagi 'berguna'.
Sebaliknya, semua umat Islam merendah diri dan mengikhlaskan hati masing-masing dengan niat yang satu iaitu mendapatkan pengampunan Allah Rabbul Jalil.
Lebih daripada itu, perhimpunan setahun sekali ini adalah persis bagaimana manusia akan dibangkitkan semula dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihitung amalan semasa hayat kita.
Ketua Pakar Rujuk Ibadat Haji 1433H, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, semasa wukuf akan kelihatan lautan manusia ibarat laut yang tidak bertepi.

Soi Lek biadap, Najib senyap

Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Dato' Seri Anwar Ibrahim.
"Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,”" kata Ketua Umum KeADILan itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.
Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.
Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.
Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.
Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.

MCA Hina Islam,Mana Suara Umno!

Oleh SELENA TAY
Perhimpunan Agung MCA baru sahaja diadakan pada 20hb dan 21hb Oktober 2012 yang lalu. Dalam ucapannya semasa Perhimpunan tersebut diadakan, Presiden MCA, Chua Soi Lek telah membuat kenyataan memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Kenyataan Chua Soi Lek juga menghina Hudud dan sekaligus menghina Islam. Kelakuan Chua yang melampaui batas ini seolah-olah telah direstui oleh para pemimpin Umno yang semuanya diam membisu sahaja.
Adakah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak begitu lemah sekali yang telah mengakibatkan Presiden MCA itu berani menunjukkan belangnya? Mengapa dan kenapa boleh jadi sampai begini?
Adakah kerana BN begitu terdesak sekali untuk meraih sokongan pengundi Cina dan oleh itu Chua Soi Lek dibenarkan bermaharajalela tanpa diberi sebarang teguran oleh Umno? Mana suara Umno dalam hal ini?
Hakikatnya ialah PM Najib masih berada dalam sindrom penafian dan enggan menerima hakikat bahawa masyarakat Cina sudah menolak BN. Justeru itu, beliau patut menegur Chua Soi Lek dengan memberi Chua satu amaran yang serius supaya Chua jangan berkelakuan melampaui batas dalam usaha meraih sokongan pengundi Cina. Tetapi sehingga kini, PM Najib diam sahaja.

MELAYU MENJADI PENGEMIS!!! Kerana pemerintahan UMNO sejak merdeka


Semalam mantan Perdana Menteri berkata Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan,

"Kita penggemis di tanah air sendiri dan memerlukan pertolongan daripada orang lain walaupun sedikit," kata bekas perdana menteri itu dalam Kongres Ekonomi Melayu di Kuala Lumpur semalam.
Memang benar dakwaan Mahathir tersebut kerana kedudukan ekonomi orang Melayu jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan orang lain khususnya. Dasar Ekonomi Baru (DEB) tajaan Umno juga gagal meletakkan martabat orang yang ditempat yang sepatutnya. Jangankan 18 %, 10 % pun tidak dicapai. Kedudukan sekarang pun banyak bantu dengan pegangan ekuiti GLC kalau tidak sudah tentu lebih jauh merudum.

Vote for UMNO means more misery and enslavement

The battle for freedom, democracy and the triumph of the common man, must be won over and over again. That is why we must repeat, for the benefit of new readers, our agenda to replace the corrupt UMNO government. When Dr Mahathir implored the public to continue voting and supporting UMNO, the road he offers will bring Malaysians more misery and enslavement.
What has UMNO done while being government? Each year since 1988, the government has been spending more money that it earns. That was just a year after Mahathir emerged victorious in the UMNO civil war of 1987. Since then, contrary to what Najib said upon ascending the throne, the government has got bigger and moving towards more command economy and concentration of power.Najib now has more similarities with the Kim's of North Korea than Obama or western democrats.

Malaysia Kita : ‘Tuisyen’ dagang tubuh

‘Tuisyen’ dagang tubuh
KUALA LUMPUR: Bagi menarik lelaki hidung belang melanggani pekerja khidmat seks warga China dan Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan bagi memudahkan komunikasi.
Antara perkataan yang diajar ialah abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring.
Bagaimanapun, jika gagal menguasainya dalam masa tiga hari, mereka dipukul
Harian Metro difahamkan, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.
Malah, wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan mampu meningkatkan pendapatan kerana lebih disenangi pelanggan. Tambahan pula, pelanggan dilaporkan lebih puas dengan layanan pelacur yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerja yang hanya menggunakan bahasa isyarat.
Perkara itu didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat dengan sindiket terbabit sejak setahun lalu.

Ribut emas Genneva timbulkan risiko politik menjelang PRU 13....Dalang Yang Dilindungi Pemerintah..!!!!

Ibu (dari kiri) Lim, Che Surin dan Shanthi bergantung kepada pendapatan Genneva Malaysia sebagai pelabur. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 27 Okt — Pada ketika ramai orang Islam di Malaysia memulakan perjalanan pulang ke kampung bersama dengan keluarga mereka untuk merayakan upacara mengagihkan daging dan gelak tawa pada hujung minggu panjang Aidiladha ini, peniaga emas Che Surin Jusoh dari Genneva Malaysia bergelut untuk menjelaskan kepada anak berusia lima tahun mengapa mereka tidak boleh kembali ke Kedah untuk bercuti. “Anak lelaki saya akan bertanya 'Ma, Kenapa tak bawa Keluar? Lama tak jalan-jalan',” penjual emas berusia 32 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider awal minggu ini, pada ketika warga kota tergesa-gesa pulang untuk meraikan percutian Islam itu di kampung halaman.
“Saya tidak tahu apa yang hendak dikatakan ... saya hanya mempunyai RM1, 000 hingga RM2, 000 dalam akaun bank saya,” tambah ibu kepada dua anak dan pencari nafkah tunggal dalam keluarga.
Che Surin adalah antara 60,000 penjual dan pembeli yang telah ditinggalkan dalam kerugian besar selepas Bank Negara menyerbu firma itu dan merampas 200kg emas bulion yang dianggarkan bernilai RM40 juta dari premis di Jalan Kuchai Lama di sini pada 1 Oktober.
Jabatan Hal Ehwal Komersil Singapura juga telah menjalankan operasi yang sama terhadap Genneva Pte. Ltd di Singapura.
Dilaporkan bahawa skim yang dikendalikan oleh Genneva menawarkan pulangan yang sangat tinggi sehingga 24 peratus setahun.
Skim bekerja adalah emas itu diletakkan berharga di antara 18 peratus dan 20 peratus melebihi kadar pasaran, dan pembeli telah dibayar jaminan pulangan bulanan kira-kira tiga peratus. Emas fizikal tidak diserahkan kepada pembeli dan syarikat akan membeli balik pelaburan selepas akhir tempoh kontrak.
Ini bermakna bahawa pulangan atas pelaburan pelanggan muncul dibiayai oleh modal prinsipal yang dimasukkan ke dalam skim melebihi kadar pasaran untuk emas.

Playing the religion game

The failure of Najib to control Chua's illogical rantings is obvious to many of the urban Malays and this gives the lie to Umno's claims as the defender of Islam.

Are both Prime Minister Najib Tun Razak and MCA president Dr Chua Soi Lek vying with each other to see who is the dumbest person where political strategy is concerned?
This is the scenario. Chua has certainly overdone it in regards to wooing the Chinese. He has insulted Islam in the recent MCA annual general assembly held on Oct 20 and 21 by defending the claim of a MCA Wanita deputy minister who had said that PAS condones the rape of non-Muslim women who do not conform to the Islamic dress code.
By this crazy bone-headed move, Chua has certainly alienated the Malay voters.
And to top it all, PM Najib who has all along proclaimed that Umno champions Islam and Malays had the cheek to keep quiet at the assembly.
The prime minister must have thought that as BN controls the mainstream media, Chua’s antics would not reach the ears of the rural Malays.
There is the power of the internet. And that is the reason why there is a lack of internet coverage in the rural areas.

SPR: Kami tidak sekat tempoh berkempen..??



Abdul Aziz Mohd Yusof SHAH ALAM - Setiap calon dan parti yang bertanding diingatkan agar menggunakan sebaik mungkin tempoh masa berkempen yang ditetapkan untuk mengelak sebarang rasa tidak puas hati peraturan yang akan dikuatkuasakan dengan ketat kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, tiada alasan untuk mana-mana parti untuk terus berkempen selepas jam 12 malam hari terakhir tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak termasuk menggunakan media sosial.

"Perkara ini sudah lama dikuatkuasakan, dan jika semua parti politik dan calon yang bertanding faham akan undang-undang, isu ini tidak akan timbul," kata beliau.

"Larangan untuk tidak berkempen seperti ceramah dan sebagainya termasuklah juga berkempen melalui media sosial," kata Abdul Aziz kepada Sinar Harian Online.

Kalendar Jenayah - 27 Oktober 2012

Dozens killed in Myanmar violence

Deadly violence tests Syria Eid ceasefire

Explosions during Syrian ceasefire

Syria clashes 'violate' Eid ceasefire

Vincent Lee - Konvensyen Politik Baharu SABAH.

Narawi Ahmad - Konvensyen Politik Baharu SABAH.

Ustaz Dusuki- kisah Nabi Ibrahim, raya korban