Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Haji Kepada Semua Muslimin dan Muslimat!


Jutaan jemaah haji wukuf di Padang Arafah

MAKKAH, 25 Okt — Kumpulan 28,000 jemaah haji Malaysia menyertai dua juta jemaah dari seluruh dunia hari ini untuk berwukuf di Padang Arafah iaitu kemuncak penyempurnaan ibadah haji mereka.
Para jemaah memenuhi Arafah yang bertukar menjadi kota raya khemah terbesar di dunia ketika ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom membacakan khutbah sebelum masuk waktu Zohor pada 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia) dan seterusnya mengimamkan solat Zohor di khemah jemaah haji Malaysia.
Semasa di Padang Arafah, jemaah haji akan mengisi waktu dengan berzikir, membaca al-Quran atau melakukan solat sunat.
Wukuf yang jatuh pada 9 Zulhijjah merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh jemaah, termasuk bagi mereka yang sakit walaupun seketika.
Waktu wukuf bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) pada 9 Zulhijah (25 Okt) sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) 10 Zulhijah (26 Okt).
Sementara itu, kawasan lapang di Arafah sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk negara-negara yang menghantar jemaah dan antara perkhemahan terbesar adalah milik Turki, Iran, Indonesia, Pakistan dan Mesir.
Selepas ini, jemaah akan bergerak meninggalkan Arafah bagi mengerjakan ibadah haji seterusnya ke Muzdalifah, melontar tiga jamrah di Mina, tawaf dan saei.
Jemaah haji akan melakukan ibadah melontar jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.  — Bernama

BN tidak setuju Khalid diiktiraf MB Selangor terbaik.....!!!



Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan baru-baru ini tidak langsung menggambarkan kecemerlangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mengurus tadbir kewangan Selangor.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, laporan tersebut mendedahkan ketidakcekapan Abdul Khalid mengawal
kewangan dan perbendaharaan negeri sejak pakatan pembangkang memerintah negeri.
“Kita (BN Selangor) tidak bersetuju pengiktirafan diberikan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Abdul Khalid menteri besar paling cemerlang.
“Ini kerana laporan itu memperlihatkan banyak kelemahan dalam pentadbiran pimpinan Abdul Khalid.
Kelemahan ini dilaporkan secara telus oleh Ketua Audit Negara namun Abdul Khalid dengan angkuh cuba menafikan dan mempertikaikannya.
"Inikah sikap pemimpin berjiwa besar,” katanya pada sidang media semalam.

Ulama PAS bukan Ayatullah, tegas Ustaz Harun


KUALA LUMPUR: Ulama PAS berpegang teguh mempertahankan ajaran dan prinsip Islam sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-sunnah dan PAS tidak boleh disamakan dengan Ayatullah sama sekali.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) ketika mengulas kebimbangan individu tertentu terhadap pemimpin PAS yang kemungkinan mengambil pendekatan Ayatullah dalam pemerintahan sekiranya diberi peluang menjejakkan kaki di Putrajaya.

"Sejarah Islam membuktikan betapa telusnya corak pemerintahan Islam itu sendiri apabila dikurniakan oleh Allah s.w.t akan tampuk pemerintahan.

"Rasulullah s.a.w sendiri tidak memulakan peperangan Badar kecuali setelah mengadakan perbincangan dengan kaum Ansar, inilah pendekatan PAS yang menjadi pegangan kita selama ini," ujar beliau ketika dihubungi.

Menurut beliau lagi, sudah menjadi tradisi pemerintahan Islam bersikap telus ketika memerintah.

Kit Siang selar MCA membisu berhubung jawapan menteri berkenaan hudud

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Penasihat DAP Lim Kit Siang menyelar pemimpin MCA yang membisu berhubung jawapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa hudud hanya melibatkan golongan Muslim dan tidak terpakai untuk bukan Islam.
Jawapan menteri yang memegang portfolio agama Islam itu kata  Lim, jelas bercanggah dengan pendirian Datuk Seri Chua Soi Lek yang begitu tegas dan nyata menolak pelaksanaan hukum Islam di negara ini.
"Masih tiada jawapan lagi dan yang ada cuma senyap sunyi!

"Bagaimana ini boleh terjadi apabila sejak dua tahun lalu, Chua telah mengepalai puak-puaknya yang terdiri daripada menteri dan timbalan menteri MCA mengelilingi negara dengan satu-satunya tema kempen iaitu “tipu” untuk mengatakan hudud tidak akan melibatkan orang bukan Islam," kata Lim (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan lagi, dengan sikap Dr Chua berkenaan hudud itu, "mereka tentu sekali akan memarahi Jamil Khir kerana 'menipu' di Parlimen.

BN's NEVER-ENDING list of corruption scandals: No punishment, just COVER-UPS

BN's NEVER-ENDING list of corruption scandals: No punishment, just COVER-UPS
One of the basic rules of good and clean governance is the crafting and implementantion of public policies that benefits the people and the nation. Private scandal involving questions about integrity and moral behaviour should neither infringe nor influence public policy to the detriment of the nation’s interests. By allowing private scandal to defeat public policy, BN is running a failed government.
Bank Negara losses - RM30 bil
Several exposes have highlighted how the BN government not only condones private scandal but also promotes bad public behaviour. Beginning with the Bank Negara foreign exchange scandal, which the Bank Negara admitted incurred losses of RM 10.1 billion in 1992 and RM5.7 billion in 1993.
What is shocking was not the claim by senior Bank Negara officials that the losses were actually double the RM15.8 billion admitted by BN but that the person behind the colossal losses escaped unpunished and later even promoted as Minister. Tan Sri Nor Mohamad Yakcop was forced to resign from Bank Negara on July 10, 1994 for his role in the RM15.8 billion losses and is now the Minister in the Prime Minister’s Department.
Shahrizat's Cowgate - RM250 mil

Cara HILANGKAN Was-Was Ketika Angkat Takbir - Ustaz Azhar Idrus

Hukum WANGIAN Ada Alkohol - Ustaz Azhar Idrus

Solat Jemaah Dalam Rumah 2 Tingkat - Ustaz Azhar Idrus

Khas Buat WANITA Cantik "_" - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Campur Pakaian Yang Terkena AIR MANI Ke Dalam Mesin Basuh - Ustaz Azhar Idrus

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(2) - Lesen Mega Bank Islam

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(1) - Keciciran Jadual Hutang

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(8) - Jabatan Kastam

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(7) - iWK Masalah & Penyelesaian

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Luar - DAP Bukit Bendera

Struktur AP Sawit - PAS Kuala Selangor

Strategi Minyak Sawit - DAP Taiping

Pan Borneo - DAP Bandar Kuching

Krisis Euro & FTA - DAP Ipoh Barat

Harga Saham FGVH - DAP Bakri

AES & Kelajuan - PAS Pokok Sena

Permit Teksi - PKR Kuala Kedah

Dasar Automatif Negara 2012 - PKR Machang

Pbhsn Peringkat Jwtnk - Kem.P&iAT - DAP Kota Melaka

Pbhsn Peringkat Jwtnk - Kem.P&iAT - DAP Kepong

Pbhsn Peringkat Jwtnk - Kem.P&iAT - DAP Beruas

Pbhsn Peringkat Jwtnk - Kem.P&iAT - DAP Batu Gajah

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.PP&K- Isu Perladangan & Komoditi

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.PP&K - PAS Kota Raja

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.PP&K - PAS Hulu Langat

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.PP&K - DAP Beruas

Pbhsn Peringkat Jwtnk - Kem.PP&K - PAS Kuala Selangor

Kem Luar - Isu Sri Lanka & Rohingnya

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Luar - PKR Indera Mahkota

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Luar - PAS Tumpat

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Luar - PAS Kubang Kerian

Perbahasan Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Luar - DAP Seputeh

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(6) - Skim Emas Bermasalah

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(5) - MRT & George Kent

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(4) - iPP & 1MDB

Penggulungan Peringkat Jwtnk - Kem.Kewangan(3) - Jumlah Hutang Luar Negara

Ekslusif - Salam Aidiladha Oki & Kholidi untuk Warga Kelantan

YB Dr Mohd Fadzli | Penghayatan Hari Wukuf 25 Okt 2012

Bank Negara urged to probe RM40mil 'donation'

Pelaksanaan AES ditangguhkan di seluruh negeri Kelantan | Sidang Media 24 Okt 2012

Malaysian Chinese women was accused by Taiwan immigration to have involved in human trafficking

NGO demo dihadapan Wisma MCA Perak

Undang-undang syariah perlu diselaraskan - Bung

Khalid Ibrahim : Air Di Selangor Tak Cukup..??

Khalid Ibrahim : Mentadbir Selangor Sejak 2008, Jauh Lebih Baik Daripada BN Selama 50 Tahun

Laporan polis terhadap blog isu rumah Perak

Perkasa defends Syed Mokhtar

Najib Razak Ponteng Sidang Parlimen semata mata mahu bermain golf dengan Tiger Woods

Dalam kesibukan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya menteri dan timbalan menteri berhempas-pulas menjawab soalan bertulis dan lisan yang dikemukakan ahli parlimen Pakatan Rakyat, rupanya perdana menteri Najib ponteng sidang semalam semata-mata mahu bertarung dengan pemain golf nombor dua dunia, Tiger Woods!
Kejohanan yang dianjurkan oleh CIMB milik adiknya, Nazir Razak memperlihatkan betapa Najib hanya menghabiskan wang pembayar cukai tanpa memikirkan nasib jutaan rakyat yang bertungkus-lumus mencari sesuap nasi bagi diri dan keluarga.
Diadakan di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, Selangor, Najib sebelum ini pernah menyatakan hasrat sedemikian bagi meraikan kehadiran bintang golf terkemuka dunia itu yang kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia 13 tahun lalu, ketika itu untuk Piala Dunia.
Beraksi satu ‘flight’ dengan Woods serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dan adiknya, Nizam Razak, Najib seakan tidak mempedulikan apa yang terjadi kepada menteri dan timbalan menterinya terus diasak bertubi-tubi oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat yang hadir semalam.

Johor tak dapat manfaat Iskandar Malaysia?

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berjaya meyakinkan projek pembangunan Iskandar Malaysia memberi limpahan manfaat kepada Johor, kata Salahuddin Ayub.

"Banyak dakwaan yang kita dengar kononnya projek Iskandar Malaysia mendorong aktiviti ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh Johor.

"Tetapi dakwaan itu dinafikan sendiri oleh laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan hasil kerajaan Johor pada 2011 menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara juga melaporkan penurunan turut berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kerajaan Johor kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.

Diminta mengulas mengenai jawapan kerajaan mengenai perkara berkaitan, Salahuddin menyifatkan jawapan tersebut sangat tidak meyakinkan.

"Jawapan tersebut lebih banyak berkisar kepada unjuran dan perancangan," katanya.

Roslan Kasim masih iktiraf pencacai najis !!

“Kehadiran dua peguam Perancis dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang berhubung isu rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene hanya bermakna sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa Datuk S. Nallakaruppan, Umi Hafilda Mohd. Ali dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk turut serta.  Hanya mereka yang rapat dengan Anwar layak menerangkan siapa Anwar sebenarnya. Bukannya mereka yang terpengaruh dan terpukau dengan imej yang hanya dilakonkan oleh Ketua Pembangkang itu,"   demikian kata  Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim kepada Utusan Malaysia kelmarin. 
 
Kah, kah, kah!!  kesiannya dia !  Ada lagi rupanya Mamat si katak lompat ini. Ingatkan dah Qolu,,.. dah insaf, dan jadi orang baik-baik! , tetapi tiba-tiba muncul dengan hujjahnya yang pelik bercampor lucu!  Apakah jadahnya si Umi, Datuk Nalla, dan Datuk T perlu dikaitkan dengan “isu kapal selam scorpene” ? Dah tak siuman lagi agaknya si Roslan Kasim ini.

Syaitan Politik : Kain rentang DAP tolak HUDUD pulak tersebar..

Sekali lagi orang-orang kampung cuba diperbodohkan lagi... Inilah petanda bahawa Be End sudah kekeringan modal dalam berpolitik. Hanya fitnahlah senjata terakhir mereka...
Woii mangkuk, DAP tak sebodoh ni laa...
Depa dah terkantoi bilamana Chua Soi Lek telah secara terang-terangan bukan saja menolak malah menghina Hudud. Dan untuk menutup kenyataan itu, orang-orang kampung perlu diberi persepsi bahawa DAP juga menolak dan menghina Hudud....
DAP Kuala Sepetang perlu ambil tindakan jika ini adalah fitnah daripada puak pemfitnah yang kekeringan modal untuk berhujah tuh...

“Kami masih perlukan Tok Guru” – Siti Zailah

KOTA BHARU: “Kami rakyat negeri Kelantan masih perlukan Tok Guru terus memimpin kami.

“Walau apa pun kata musuh, tetapi kemampuan Tok Guru terbukti dan diakui oleh semua pihak sampai ke peringkat antarabangsa,” kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kehebatan dan keistimewaan yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan pemimpin Umno-BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad makin resah dan gelisah.

Justeru katanya mereka cuba menyerang kepimpinan dan peribadi Mursyidul Am PAS.

“Dr Mahathir dan Umno-BN sudah habis ikhtiar mahu menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu. Bermacam-macam senjata mereka cuba termasuk menyerang peribadi Tok Guru,” katanya.

Beliau yang juga anggota Parliman Rantau Panjang ditemui pada program Penghayatan Hari Wuquf Peringkat Negeri di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV di sini hari ini.

Anthony Loke Terharu Terima Surat Penghargaan Dari TG Nik Aziz

Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.

Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!

Klik untuk lebh jelas

Isu air: NGO Solidariti Hijau sokong Kerajaan Selangor

SHAH ALAM - Di sebalik pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran Negeri Selangor terutama pertikaian isu air, semalam 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti Hijau tampil menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Negeri Selangor yang membantu rakyat dalam isu air.
Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkifli Omar berkata, beliau mahu Kerajaan Persekutuan membantu dalam pembangunan air di negeri itu dalam pemberian infrastruktur yang lengkap.
"Saya harap isu air tidak dipolitikkan kerana ia adalah hak asasi manusia dan dalam usaha mencapai taraf negara maju, isu air harus diselesaikan terlebih
dahulu," katanya.
Beliau dalam pada itu turut memuji inisiatif Kerajaan Selangor yang menawarkan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat di negeri itu dalam usaha meringankan beban rakyat.
“Usaha ini wajar dipuji dan dicontohi Kerajaan Negeri lain dalam memberi kemudahan air kepada rakyat," katanya.

Keprihatin MCA Hanya Lakonan Menjelang PRU


SHAH ALAM, 25 OKT : Kerajaan Selangor sedia buktikan bahawa Kerajaan Umno-BN dahulu bertanggungjawab meluluskan pembinaan projek kabel bervoltan tinggi merentasi Taman Connaught dan beberapa kawasan perumahan di Cheras pada tahun 2007.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Hussin berkata, beliau mempunyai minit Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) 2007 dan bersedia mendedahkannya kepada umum selepas mendapat kebenaran kerajaan negeri.
Faekah berkata, MCA Bandar Tun Razak tidak layak menuding jari kepada kerajaan negeri sekarang kerana mereka langsung tidak mempertahankan hak rakyat apabila kelulusan dibuat pada 2007.
“Jangan menuding jari terhadap kerajaan negeri sekarang kerana kegagalan BN selaku kerajaan negeri yang tidak mempertahankan hak rakyat pada  2007,” katanya dalam sebuah kenyataan media.
Ujar Faekah, MCA Bandar Tun Razak sengaja memutar belit isu ini kerana mahu menutup kelemahan mereka.

After receiving RM40mil, could a politician still put the people FIRST?

After receiving RM40mil, could a politician still put the people FIRST?The Dewan Rakyat is still in an uproar over the Sabah Umno political donation controversy. The alternative camp, of course, keeps attacking and demanding an explanation to make it clear whether the money was "black money" or received through legitimate channels. Meanwhile, the BN looks calm while defending the legitimacy of the donations and categorically denying any immoral practices.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said in response that Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) had investigated and closed the case as there was no evidence showing corruption practices.
The controversy will certainly not end just like that. It is foreseeable that the alternative coalition will continue to attack and try to dig more details. It is still too early to say whether it would be intensified like the National Feedlot Centre scandal or left unsettled. Let's just wait and see!
Money is the 'milk'
To be frank, politics can never be separated from money. As long as money serves as the "milk" for politics, it is afraid that no political party in the world will say no to political donations. The question is, do we have a legal provision to regulate political donations through strictly supervising the ins and outs of political donations while limiting the amount of it? More importantly, do we have a law allowing the authorities to investigate donors who make huge amount of donations? Have the donations eventually gone into the pockets of vested interest groups?

Mahathir, UMNO and the Fall of the Malays

We must clap on Dr Mahathir. Encourage him. Dr Mahathir has turned out to be UMNO’s worse enemy. Whatever he says now are poison to UMNO. It is as though he is UMNO president. He is the only one who cares more about UMNO. Najib is not. He is busy promoting himself. Najib travels north, the party travels south. Najib, the present UMNO president is haplessly lost. It must be true then, what Tun Daim told me last year- that Najib hasn’t got what  it takes to lead UMNO , what more the country.
As to whether he can lead UMNO- that is immaterial to us. We just don’t want an incapable leader to lead this country to ruins. UMNO has structured this country around debt. During lean or good times, UMNO just doesn’t care. It continues to spend beyond the country’s means. UMNO alone is responsible for the looting and pillage of this country. Corruption is endemic under UMNO rule. Failed projects belonging to cronies are bailed out. UMNO plots and conspires with others to plunder this country.
Mahathir is wrong- it’s not despite of these but because of these, we reject UMNO.
As Mahathir continues to dole out unsolicited advice and wisdom, he is actually exposing Najib as a useless and clueless UMNO leader. Don’t the other UMNO leaders see this? Or are they actually wishing to see the exit of Najib and what Dr Mahathir sees as the root cause of UMNO’s impotence- the exit of Rosmah Mansor. It’s no secret that Mahathir blames Rosmah Mansor entirely for what is happening to UMNO.

Laporan rasuah pada CEO S'wak Energy dibuat di Norway



 
Bruno Manser Fund (BMF) membuat aduan dakwaan rasuah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Bhd Torstein Dale Sjotveit dengan badan antirasuah Norway Okokrim berhubung projek empangan Murum dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score).

NONELaporan itu dilaporkan oleh akhbar Norway Dagbladet berjudul "Natives furious with Norwegian dambuilder" (Orang Asal berang dengan pembina empangan Norway), kata BMF, NGO yang berpangkalan di Switzerland dalam kenyataannya minggu lalu.

BMF mendakwa mendapat maklumat pada 2010 bahawa syarikat Sjotveit (kanan) dianugerahi kontrak talian kuasa lebih RM99 juta yang mana anak Ketua Menteri Sarawak Abu Bekir Taib didakwa sebagai pemegang saham utama.

NGO itu juga mendakwa, pada tahun yang sama, Sarawak Energy menjual sebahagian daripada anak syarikat pembinaan yang menguntungkan itu kepada syarikat yang sama.

"Tambahan pula, pada Januari 2012, bank-bank di Malaysia mengeluarkan bon Islamik bernilai RM2.5 juta bagi pihak Sarawak Energy," kata BMF sambil mendakwa salah sebuahnya anak syarikat kerjasama yang dikaitkan dengan keluarga Taib.

"Aduan Bruno Manser Fund pada masa ini disokong oleh siasatan syarikat penyelidikan Belanda Profundo."

Ampang LRT: Finance Ministry a model of RECALCITRANT governance!

Ampang LRT: Finance Ministry a model of RECALCITRANT governance!If there is a good example of irresponsible and recalcitrant leadership and governance, the Finance Ministry of Malaysia epitomizes it all.
Deputy Finance Minister Awang Adek Husin was grilled by Pakatan Rakyat MPs for insisting that the Ampang LRT line extension project was granted to George Kent (Malaysia) Bhd from the very beginning, despite leaked Finance Ministry documents showing otherwise.
"As far as I know, when a decision is made and when we have signed it, there are no more changes. No such thing. I don't know what documents you are talking about," Awang Adek told Parliament when winding-up the committee stage debate on the Finance Ministry's Budget 2013 allocation.
Awang Adek was responding to the query from Saifuddin Nasution (PKR-Machang) on why a leaked Jan 25 Finance Ministry's Procurement Committee (JPMK) meeting minutes bearing the prime minister's signature showed that Balfour Beatty was awarded the project, but it was later announced that George Kent won the project.
Awang Adek said that the authenticity of the leaked documents was questionable, adding that there have been other instances where the premier's signature was forged.Following this denial, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) interjected and challenged the deputy minister to declare that the leaked procurement documents were false.

AES bangkitkan kemarahan rakyat

Banyak telah dibicarakan dan berbagai reaksi yang tidak begitu menyenangkan apabila Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System - AES) dilaksanakan penguatkuasaannya di seluruh negara.

Walaupun tujuan asalnya untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya, di samping mendidik pengguna jalan raya supaya pemandu lebih berhemah terutama sekali mematuhi lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju.

Walau apapun, hak dan suara rakyat hendaklah dihormati kerana sebagai pengguna jalan raya mereka lebih arif tentang permasalahan yang berlaku dan akan berlaku jika AES ini diteruskan juga.

Bayangkanlah, sistem lampu isyarat merah, kuning dan hijau itu apabila bertukar ke warna kuning yang memberikan isyarat supaya berhenti, hanya satu atau dua saat sahaja, sedangkan kenderaan yang mengekori kita dari belakang mungkin dipandu agak laju. Sudah tentu akan membahayakan pemandu di hadapan sekali kerana terpaksa menekan brek secara mengejut dan mudah terjadi pelanggaran yang bakal membabitkan beberapa keenderaan yang lain.

Syaitan Politik : Batu besar dibaling ke pejabat DAP Perak



 
Dua ketul batu besar dilempar di pejabat DAP Perak di Ipoh hari ini menyebabkan beberapa tingkap kaca pecah, kata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning Wong Kah Woh.

Beliau percaya batu itu dibaling semasa waktu rehat tengah hari dan disedari ketika kakitangan pejabat pulang daripada makan kira-kira jam 1.30 petang.

NONELaporan polis dibuat di ibu pejabat polis daerah di Ipoh, tambahnya.

"Kami sedang cuba menyemak rakaman CCTV, termasuk milik jiran, untuk melihat sama ada kita boleh dapatkan sesuatu untuk diserahkan kepada polis," kata Wong kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau tidak mengesyaki mana-mana individu atau kumpulan tetapi percaya insiden itu dilakukan oleh "seorang yang kuat" kerana walaupun mengenai dinding, batu yang dibaling pergi sejauh tiga meter ke dalam pejabat.

Syed Husin: Anwar beritahu Zul minta bayaran kosongkan kerusi..!!

Senator PKR Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkannya kepadanya bahawa anggota parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran bagi mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada ketua pembangkang itu bertanding.

NONE"Yang mula-mula beritahu saya adalah Anwar Ibrahim ketua umum PKR," kata Syed Husin sewaktu menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli dalam perbicaraan di mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, ketua pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk "Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin".

Menurutnya, Zulkifli menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk "Anjing-anjing Pencen".

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.

Novel Cereka berjudul ‘Laporan Ketua Audit Negara’

Oleh: Shirzad Lifeboat
Bgi kebanyakan daripada kita, tidak ada keperluan merujuk kepada pakar-gelaran-sendiri seperti Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah untuk mengapresiasi konsep asas ekonomi tentang ‘kekurangan wang’ atau scarcity of money.

Mereka yang pernah mempelajari bidang ekonomi tahu akan implikasi konsep tersebut dalam kehidupan seharian. Dan mereka (dibaca kebanyakan rakyat Malaysia) yang tidak pernah belajar disiplin berkenaan memahaminya menerusi jumlah baki bank masing-masing, atau jumlah hutang masing-masing, atau betapa peningnya urusan mengimbangi pendapatan bulanan dengan kos sara hidup, atau malah keresahan dan kegelisan menanti hari gaji. Senario ini bukan sekadar menjelaskan konsep kekurangan wang tetapi turut mencerminkan sebuah masyarakat negara membangun yang kedudukan umum ekonominya, sekalipun sejauh dan sekuat mana digilap oleh ahli politik kerajaan yang memerintah, sebenarnya sedang merudum dan menuju ke arah ketandusan dan kemiskinan.
Banyak kajian menunjukkan betapa rentan dan mudah terancamnya ekonomi negara membangun sekiranya kerajaan memerintah tidak amanah, tidak menghormati prinsip akauntibiliti dan tidak memberikan penekanan terhadap angkara penyalah-gunaan kuasa.
Secara mudah, negara membangun boleh menjadi negara kurang maju atau malah mencapai status negara mundur sekiranya kerajaan yang memerintah mengamal amalan yang dikatakan itu dan tidak menghormati konsep ‘kekurangan wang’.

Nik Aziz: Umno gagal jaga Melayu, Islam


 Rakaman terima kasih turut dilanjutkan kepada Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.

PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Umno kerana kegagalan parti tersebut dalam menjaga kepentingan masyarakat Melayu dan umat Islam.
“DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana,” kata Nik Aziz yang juga merupakan Mursyidul Am PAS dalam suratnya kepada Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke.
Dua hari lalu semasa sidang Dewan Rakyat Ahli Parlimen Rasah yang juga Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke mempertahankan Nik Aziz.
“Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap,” kata Loke sambil menepuk meja.
Ketika Perhimpunan Agung MCA minggu lalu, Naib Pengerusi Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie telah mendakwa bahawa Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol.
Kenyataan Heng turut disokong oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Surat tersebut yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Kelantan dan ditandatangani oleh Setiausaha Politik Nik Aziz, Wan Nik Wan Yusoff turut me

MB Kedah dedah penyelewengan projek BN


ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil pendekatan ‘menyerang balik’ pemimpin Barisan Nasional (BN) yang sejak kebelakangan ini sering menyalahkan Kerajaan Negeri, terutama dirinya berhubung dakwaan penyelewengan, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2011.
AZIZAN
Beliau yang sebelum ini mengambil sikap berdiam diri, kini tampil mendedahkan empat projek bawah kerajaan BN yang gagal sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri menanggung beban hutang yang banyak.

“Saya dan pegawai Kerajaan Negeri asyik diserang konon seleweng projek, kali ini saya dedahkan empat projek besar yang ada kaitan dengan penyelewengan kerajaan terdahulu. Adakah kali ini mereka akan nafi? Saya sudah letih tanggung beban (hutang) atas kesilapan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, projek yang dimaksudkan itu ialah projek 99 East Langkawi, ternakan udang di Kerpan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Projek Jerai Internasional Park.

Azizan berkata, projek 99 East Langkawi bermula sejak 2007 dengan "joint venture agreement" dan "shareholders agreement" ditandatangani antara Kedah Corporation Berhad (KCB) dengan Terra Monda Development Pte Ltd pada Februari 2007, bagi membangunkan Bukit Malut membabitkan 144 hektar tanah Permodalan Kedah Berhad (PKB).

Takut kalah PRU 13 punca kes rayuan Altantuya ditangguh lagi


KUALA LUMPUR 25 Okt: Pendengaran kes rayuan dua anggota polis yang dihukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, ditangguh berikutan pilihan raya umum ke-13 kian dekat.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, berkata  Umno BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak takut sokongan terhadap kerajaan menjunam jika kes rayuan itu diteruskan sebelum PRU 13.
Apatah lagi, katanya, pendengaran rayuan itu mungkin mendedahkan dalang sebenar pembunuhan yang mendapat liputan di peringkat antarabangsa.
“Ada kemungkinan dua anggota polis yang dihukum mati itu akan menggunakan peluang untuk membela diri mereka. Mereka dijadikan kambing hitam dan mungkin mahu tegakkan keadilan untuk mereka,” katanya.
Semalam, Mahkamah Rayuan menangguh pendengaran kes rayuan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Lans Koperal Sirul Azhar Umar yang dihukum mati kerana pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada Oktober 2006.
Sebelum ini, kes rayuan yang dijadual didengar pada Ogos ditangguh sebelum tarikh baru ditetapkan pada 31 Oktober dan 1 November lalu.

Nik Aziz: Tahniah DAP berani bidas MCA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

pakatan ceramah shah alam 041211 nik aziz"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Loke pada 22 Oktober lalu bangkit mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", dengan menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai "paling biadap".

Tindakan itu menyebabkan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.

Rafizi: Saya sendiri akan ke Hong Kong bertemu ICAC siasat dana RM40 juta


Rafizi (kanan) telah menyerahkan kertas laporan kepada BNM bagi menggesa badan pusat terbabit untuk menyiasat sumbangan dana RM40 juta kepada Umno Sabah. — Gambar fail
KAUALA LUMPUR, 25 Okt —  Sekiranya masih gagal mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mengenai status kes berhubung sumbangan dana RM40 juta kepada Umno Sabah, Rafizi Ramli berkata beliau sendiri akan Hong Kong bagi mengemukakan bukti baru terhadap kes tersebut kepada badan berkenaan.
Menurut Rafizi yang sudah menghubungi ICAC, sehingga kini badan tersebut masih gagal memberikan penjelasan sama ada kes tersebut telah ditutup atau masih berjalan.
“Jika masih gagal mendapatkan sebarang jawapan dan penjelasan daripada ICAC mungkin saya sendiri terpaksa pergi ke Hong Kong.
“Berdasarkan kenyataan dan bukti baru yang diperoleh menerusi kenyataan pemimpin Umno dan di Parlimen, saya berpendapat terdapat asas untuk ICAC menyiasat terutamanya dibawah Seksyen 16 (3), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 memandangkan terdapat keraguan ke atas sumber wang tersebut,” kata Rafizi semasa ditemui di Bank Negara Malaysia (BNM) pagi ini.

Sabotaj : Kerajaan Kedah terlalu berlembut dengan pegawai?


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2011, kerajaan negeri Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) sepanjang 2010 hingga 2011.


PAKR yang terlibat ialah Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.
Laporan sama turut mendedahkan carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 15 Februari lalu mendapati Pengarah bagi lima syarikat terbabit adalah individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain atau daripada keluarga yang sama.
Merujuk kepada laporan tersebut, SSM dalam maklumbalasnya pada tarikh sama mengesahkan salah satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.
"Semakan lanjut terhadap baucar bayaran mendapati sebanyak RM500,000 telah dibayar kepada kontraktor tersebut dengan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain pada 2011," jelas laporan itu.
Selain itu, semakan audit mendapati jadual bahan (BQ) yang disediakan bagi 181 kerja berjumlah RM390,400 di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus adalah tidak terperinci berbanding skop yang sepatutnya dinyatakan mengikut jadual kadar.

Dr M’s attack on Najib tactical, say analysts


Only the rural Malays will buy the former premier's attempt to rally the electorate behind the ruling coalition with communal politics.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad’s attempt to scare the Malays through communal politicking will not work, said analysts who viewed the former prime minister’s recent criticism against the Najib government as “tactical”.
Yesterday, Dr Mahathir, the influential former Umno president, speaking at the 2012 Malay Economic Congress, called Prime Minister Najib Razak’s administration “weak” and hinted that it was making too much concessions to non-Malays.
Malaysia’s longest-serving premier argued that the country’s majority race is now divided and is fast becoming a “beggar” dependent on the support and sympathy of the minorities.
This was the second time Mahathir had openly criticised Najib just ahead of the 13th general election, but he said current premier cannot take the blame alone.
He cited Malay disunity as key to the current government’s predicament.
Political observers noted that Mahathir’s strategy had often been used in the past, but the tactic may still be effective in driving the Malays away from the opposition.
“This is apparently a scare tactic. It may work on the rural Malays but not the urban Malays,” said analyst James Chin of Monash University.
“If you look at the key institutions of the government, they are still held by the Malays,” he said, adding that much of Mahathir’s race rhetoric has the least impact on an informed and decided electorate.

Caution

6 YEARS hence, Altantuya's murder still under wraps: 'SEMUANYA OK!'


6 YEARS hence, Altantuya's murder still under wraps: 'SEMUANYA OK!'
So another year has come to flow down the bridge of justice and the slain lass is still suffering from injustice.
Altantuya was murdered and savagely destroyed without any trace through the approved and authorized use of military grade high security C4 explosives. And we still do not know who gave the marching orders.
Her entry and egress records were wiped off clean from Malaysia’s immigration records and we still do not know who was behind this and why.
She was killed with a bullet to her head and then blown away to tiny bits and pieces and we still are guessing as to why would anyone be killed like this way.
Most brutal
Are the hauled up two murderers still in prison? Why are they not hanged? Nobody knows. Anyway nobody also knows how they look yeah.
But the world knows that the killing of Altantuya was most brutal and unprecedented; the world knows that this is a case that is still being kept under wraps. But nobody is able to fight decisively for her justice – not even Mongolia.
That much we know about contemporary politics, power and crime.
Where are all the world’s leaders who parade the earth with their sermons of justice, honor and human rights? Where are all the leading nations who adorn their countries with the sash of ‘developed world’ status?
Where are all the heads of religions across the globe who preach and reprimand their sheep to stay the clear path and who breathe moral justice without ventilating?
Semuanya OK

Skandal RM40 juta: AMK cabar Umno Sabah diaudit profesional bebas


KUALA LUMPUR 25 Okt: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar badan profesional mengaudit akaun Umno Sabah bagi membuktikan RM40 juta benar-benar disalur kepada parti itu.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata penafian Umno BN kononnya wang itu bukan milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak memadai melainkan audit bebas dibuat.
“Sejak 2009 sehingga 2012, Musa tidak pernah menyatakan wang itu dana untuk Umno Sabah.
“Mengapakah baru sekarang kata wang berkenaan untuk Umno Sabah? Mengapa ambil masa tiga tahun untuk dedahkan?” katanya pada kenyataan media bersama Pemuda Pakatan Rakyat.
Dalam perbahasan Dewan Rakyat 22 Oktober lalu, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan cuba melindungi pembabitan Musa Aman dalam skandal penggubahan wang haram RM40 juta itu.
Setiausaha BN Sabah itu juga menafi ahli perniagaan, Michael Chia pada 2008 ditahan pihak berkuasa Hong Kong kerana menyeludup wang tunai itu.

“Wang Umno” RM 40 Juta Langgar Undang-Undang


KUALA LUMPUR, 25 OKT : PKR mahu Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat pemindahan wang bernilai RM 40 juta dari sebuah akaun luar negara kepada pemimpin tinggi Umno Sabah kerana ada asas bahawa transaksi tersebut melanggar undang-undang pengubahan wang haram.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata terdapat empat asas bagi BNM untuk memulakan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.
Empat asas tersebut adalah dibawah Seksyen 3(1), Seksyen 14(b) dan Seksyen 16 (3), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 serta peraturan wang asingoleh BNM melalui ‘ECM4-Pembayaran Umum”.
Rafizi menyerahkan kertas laporan berhubung wang RM 40 juta tersebut kepada Pegawai Bahagian Komunikasi Strategik BNM Zoe Rai.
Seksyen 3(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 menetapkan seseorang perlu menetukan terlebih dahulu wang yang diterima tidak datang daripada hasil yang haram.

Bukti jelas ulama Umno hanyut, Asri jawab Fathul


SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.
Ustaz Asri "Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.
Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.
"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.
"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.
"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.
Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Belanjawan Rakyat – Memacu dan Membaikpulih


Oleh Edry Faizal

Seandainya pilihan raya umum akan berlangsung tidak lama lagi, paling lewat sekitar bulan April tahun depan. Belanjawan terkini yang dibentangkan baik daripada pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, memberi gambaran kepada dasar-dasar dan hala tuju ekonomi apabila mereka menjadi nakhoda negara pada penggal seterusnya. Dengan tugas berat membawa negara berdepan badai ekonomi yang tidak menentu seperti diramalkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Warga yang celik sedar bahawa belanjawan merupakan pengurusan wang mereka oleh pemerintah yang mendapat mandat. Oleh itu rakyat berhak untuk tahu, apakah manfaat wang itu akan kembali kepada mereka? Jika manfaatnya akan kembali kepada rakyat, dalam bentuk apa? Adakah bentuk pengurusannya akan mengulangi pendekatan-pendekatan sebelum ini? Inilah antara soalan-soalan yang akhirnya membentuk soalan besar dan umum iaitu, bagaimana wang rakyat akan dibelanjakan?
Justru, menyedari betapa perlunya rakyat mendapat dan menghadam maklumat-maklumat itu lewat perbincangan, Roketkini yang merupakan sumber maklumat utama berbahasa Malaysia parti DAP menganjurkan forum “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” Panelisnya terdiri daripada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud. Forum ini dipengerusikan oleh Penganalisis politik DAP Dr. Ong Kian Meng.
Para panelis bermula dengan perincian kepada Belanjawan PR 2013, masing-masing membentang dan mengupas juzuk-juzuk tertentu daripada Belanjawan tersebut. Dr. Siti Mariah membuka gelanggang menyentuh tentang kepentingan-kepentingan wanita yang diangkat oleh Belanjawan PR 2013. Beliau menjelaskan bagaimana hasil daripada penelitian dan penyelidikan Wanita Pakatan akhirnya melahirkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang menggariskan tujuh tuju tumpu mencakupi aspek perundangan, kelangsungan hidup berkualiti, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Dari Agenda Wanita Malaysia Ke Belanjawan

Dewan Rakyat untuk rakyat atau main-main?


 Penyalahgunaan dewan dan perbuatan melepaskan tanggungjawab terserlah semasa sesi Dewan Rakyat.
Sesi Dewan Rakyat menonjol sebagai satu medan untuk ahli parlimen berpolitik dan bukannya berdebat mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Antara yang paling ketara adalah penyalahgunaan dewan oleh ahli parlimen.
Dalam ucapan kebanyakan ahli parlimen, mereka merujuk kepada dewan ini sebagai dewan mulia namun kemuliaan dewan tersebut dinodai dalam ucapan mereka dengan penggunaan bahasa yang tidak beretika.
Contohnya, semalam semasa sesi perbincangan peruntukan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan (Bebas) menggelar Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham (DAP) sebagai pondan.
Gobalakrishnan turut mempamerkan permainan politik beliau dengan membuat tawaran terbuka agar Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him (DAP) keluar parti.
Sim menolak tawaran tersebut. “Saya mempunyai prinsip,” kata beliau. Penggunaan bahasa tidak sopan bukan baru malah sudah acap kali berlaku namun sebagai seorang pemerhati, saya tidak melihat sebarang tindakan tegas diambil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat mahupun timbalannya.

Hudud bukan polemik baru


Cerita korban pasti tidak akan lekang daripada sebuah perjalanan kehidupan utusan Allah dalam melaksanakan perintah Tuhannya. Kisah Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya, Nabi Ismail A.S. yang diceritakan dalam Al-Quran. Acap kali dikongsikan kepada semua lapisan masyarakat dan telah disyariatkan oleh Allah kepada umat Islam untuk melaksanakan ibadah korban.

Soal pengorbanan pasti tidak terlepas daripada cengkaman kehendak diri. Dalam banyak perkara, kebanyakannya perasaan untuk berkorban pasti bertentangan dengan rasa hati yang berat untuk tidak berkorban. Sehingga pada satu tahap, “Kalau nak sangat, kau kena langkah mayat aku dulu” kata si hati. Soal ikhlas pula mengambil alih tempat di hati, maka itu lebih baik.

Acap kali juga kita mendengar isu hukum Islam yakni hudud, hangat dibahaskan di antara pemimpin-pemimpin negara. Hudud dalam sudut bahasa  merujuk kepada ‘had’, atau ‘limit’.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

Setiap perlakuan pasti ada had yang ditetapkan. Hudud yang disebut di dalam kalam Al-Quran ini bukan ciptaan manusia. Al-Quran itu sendiri juga bukan ciptaan manusia, malah sebagai panduan cara hidup buat segenap umat manusia.

Jadi Apa Persoalan Sebenar?

Sejuk hati bila pemimpin DAP pertahan PAS

Panik. Gelabah. Meracau-racau. Mungkin itu istilah sesuai dapat dirumuskan tentang situasi Umno-BN berdepan tsunami politik Mac 2008, lebih empat tahun lalu, yang menyaksikan BN kalah mengejut lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Nampak jelas, sekali Umno dirundung malang, hilang segera kewarasan berpolitik, juga kebijaksanaan mengatur strategi. Segala yang tercapai dek tangan digapai bagi menyelamatkan diri daripada terus tenggelam.

Sentimen dan api perkauman dinyalakan. Media dan alat propaganda yang dikuasai Umno, misalnya Utusan Malaysia dan TV3, bebas memercikkan bahang panas  menggugat sensitiviti. Jika saingan politiknya, seperti PAS ataupun DAP, berbuat demikian, pemimpin dan aktivisnya pasti diserkup pelbagai akta. Apa pun, rakyat semakin matang dan cermat memerhati aksi golongan terdesak itu.

Memikirkan pengundi masih bermentaliti lapuk, mudah dikelirukan isu-isu sensasi dan cepat melupakan persoalan kritikal  -- seperti korupsi, salahguna kuasa, peningkatan kadar jenayah, kenaikan kos hidup -- Umno dan kembarnya, MCA, mencari jalan pintas demi mempertahankan Putrajaya.

Kepada audien Melayu-Islam, Umno ghairah menggambarkan PAS begitu kemaruk kuasa, sanggup menggadai prinsip perjuangan dan rela memeluk rakan barunya, DAP, yang dipersepsikan sebagai musuh agama dan bangsa. DAP pula diunjurkan  menjadi parti paling dominan dan mempunyai kuasa penentu dalam Pakatan Rakyat. Segalanya bertujuan untuk menakutkan pengundi Melayu terhadap usaha Pakatan membentuk kerajaan alternatif.

Dana RM40j: PKR mahu Bank Negara siasat 5 pihak


SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu Bank Negara menyiasat lima pihak berhubung isu dana politik RM40 juta, yang pernah disahkan disumbangkan kepada Umno Sabah tetapi didakwa masih menimbulkan keraguan.
Kelima-lima pihak itu disenaraikan dalam laporan yang dikemukakan kepada Bank Negara hari ini.
Rafizi Ramli Lima pihak berkenaan ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Nazri Aziz, pemimpin Umno “X” yang disebut oleh Ahli Parlimen Tuaran sebagai penerima wang RM40 juta ke akaun peribadinya, mana-mana pemimpin Umno lain yang turut tahu mengenai pemindahan wang ini tetapi tidak melaporkan kepada Bank Negara dan Michael Chia, ahli perniagaan dari Sabah yang dikaitkan dengan tuduhan mengaut keuntungan dari hasil balak yang diperolehi secara rasuah.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Rafizi berkata, Bank Negara perlu menyemak kembali sama ada pengisytiharan tersebut mengikut ECM4 telah dibuat pada ketika wang RM40 juta dipindahkan.
"Jika tidak, ia dikira melanggar peruntukan Akta dan perlulah disiasat dengan sewajarnya," katanya.
Salinan laporan kepada Bank Negara juga diedarkan kepada media, tengah hari ini.
Semalam, PKR menggesa Bank Negara menyiasat status dana sejumlah itu ekoran pendedahan Ahli Parlimen Tuaran, Sabah. Datuk Seri Wilfred Bumburin bahawa ia telah dimasukkan ke dalam akaun seorang individu dari negeri itu.
Kelmarin, Nazri memberitahu di Parlimen bahawa Chia tidak pernah ditahan di Hong Kong ekoran dakwaan penyeludupan wang berjumlah RM40 juta.
Beliau berkata, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) tidak pernah menahan ahli perniagaan itu yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah melibatkan Musa.

Berikut laporan dimaksudkan:

PENDAHULUAN
1. Kepimpinan Bank Negara Malaysia (“BNM”) yang berjaya mengurus dan mengawalselia sektor perbankan dan kewangan di Malaysia memang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
2. Pelan strategik BNM untuk membangunkan lagi sektor perbankan dan kewangan negara, termasuk menjadikan Malaysia pusat kewangan Islam antarabangsa yang tersohor akan bergantung kepada persepsi komuniti pelabur antarabangsa terhadap kebebasan, integriti dan ketelusan sektor perbankan dan kewangan negara.
3. Oleh yang demikian, salahguna dan penyelewengan yang bersabit dengan sektor perbankan dan kewangan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah. Tuduhan-tuduhan yang melibatkan aktiviti pengubahan wang (“money laundering”), jika tidak disiasat secara bebas dan telus, akan memberikan kesan besar kepada reputasi BNM dan cita-cita negara mahu menjadi pusat kewangan antarabangsa yang tersohor.

Skandal RM40 juta Musa Aman cetus 6 persoalan baru


KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA & PEMUDA PAKATAN RAKYAT (24 Oktober 2012)

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) bersama-sama Dewan Pemuda Pas Malaysia serta Pemuda Sosialis DAP di bawah Pemuda Pakatan Rakyat terpanggil untuk memberikan respon balas kepada penafian yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung isu skandal RM40 juta melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Di dalam perbahasan Dewan Rakyat pada 22 Oktober yang lepas, Rahman yang juga merupakan Setiausaha BN Negeri Sabah, menyatakan bahawa beliau menolak dakwaan bahawa Michael ditahan di lapangan terbang Hong Kong kerana menyeludup ‘secara fizikal’ wang tunai berjumlah RM40 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong.
Malah beliau menganggap tindakan Pakatan Rakyat yang berterusan berada di dalam ‘imiginasi’ apabila berterusan mempertegas isu tersebut.
AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa Rahman seharusnya tidak berterusan mengelirukan rakyat dengan teori yang merepek dan menjengkelkan.
AMK melalui saya telahpun mengemukakan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) pada OKtober 2009, yakni setahun selepas media antarabangsa mendedahkan penahanan seorang rakyat Malaysia bernama Michael Chia, confidante Musa Aman yang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong kerana disyaki membawa wang haram di dalam matawang Singapura berjumlah 16 juta Dollar Singapura bersamaan RM40 juta.

Dana RM40 juta: K'jaan tetapkan duluan luar biasa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.

Jika tidak ditangani dengan baik, perdana menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu, kata bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.

NONE"Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik, dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad'," kata Phang berkata dengan sinis.

"Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus.

"Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."

Rafizi gesa BNM sahkan status kesahihan pengisytiharan dana RM40j Umno Sabah


Rafizi bercakap dengan media selepas menyerahkan kertas laporan kepada Bank Negara Malaysia. — Gambar oleh Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR, 25 Okt — Ketua strategi PKR, Rafizi Ramli menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menggesahkan sama ada sumbangan RM40 juta kepada Umno Sabah dilakukan mengikut saluran sah atau tidak seperti yang ditetapkan dibawah peruntukkan Akta Kawalan Tukaran Wang 1953 dan Notis Kawalan Tukaran Wang, ECM 4.
Rafizi semasa bercakap kepada wartawan di ibu kota pagi ini selepas menyerahkan kertas laporan kepada BNM mendakwa jika penyaluran wang tersebut tidak pernah diisytihar ia bermakna Umno telah melanggar akta tersebut memandangkan ECM 4 menetapkan setiap pemindahan wang melebihi RM200,001 perlulah dilaporkan melalui borang khas kepada BNM.
“Kita mahu BNM dedahkan sama ada wang ini pernah diisytihar atau tidak. Jika tidak ia sama sekali telah melanggar ECM 4 dan ia perlulah disiasat dengan sewajarnya,” kata Rafizi.

Walk The Talk - BN Rembau VS MP PR

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - PKR Machang

Pencelahan Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - PAS Padang Terap

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - PKR Lembah Pantai

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - DAP Bukit Mertajam

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - DAP Bukit Bendera

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - DAP Batu Gajah

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - DAP Bagan

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa - Kem.Kewangan - DAP Bandar Kuching

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa Kem Kewangan Ketua Pembangkang

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa Kem Kewangan PAS Kuala Selangor

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa Kem Kewangan PAS Kubang Kerian

Pbhsn Peringkat Jwtnkuasa Kem Kewangan PKR Indera Mahkota

Tempoh 1 minggu kepada Soi Lek

200 demo bantah kebiadaban Soi Lek

Penentang Anwar alami krisis peribadi

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.


Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar.
Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Jambatan Belukar: Rakyat dinafikan hak pembangunan


Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendedahkan beberapa kelemahan ketara kerajaan negeri Sarawak di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, kami merasa kesal dan kecewa atas kelemahan-kelemahan yang seharusnya dapat dielakkan.
Antara kelemahan kerajaan negeri yang harus diambil perhatian serius ialah kelewatan projek pembangunan kemudahan asas, kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek di bawah peruntukan yang disediakan, kelemahan ketara dalam bantuan kebajikan kepada rakyat miskin dan kelemahan pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan negeri.

Saya mengambil contoh kegagalan kerajaan negeri menjalankan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-9. Peruntukan khas RM1 billion gagal dibelanjakan oleh kerajaan negeri dengan baik, sedangkan peruntukan ini berbentuk ‘once off’ dan tiada projek sambungan dalam Rancangan Malaysia ke 10.

Sarawak : 'Penan pertahan tanah walau tidak diiktiraf warganegara'



 
Murum adalah kawasan pedalaman dipenuhi hutan khatulistiwa dan mengambil masa perjalanan selama lebih empat jam dari pekan Bintulu, Sarawak.

NONEAtas nama pembangunan, kerajaan negeri Sarawak bertindak
memajukan Murum dengan meluluskan lesen pembalakan, membenarkan tanaman kelapa sawit diusahakan dan kini melaksanakan projek empangan hidroelektrik Murum.

Pada masa sama, kawasan itu juga menempatkan lapan kampung rumah panjang kira-kira 1,400 etnik Penan.

Berhadapan dengan penempatan semula akibat projek empangan Murum, mereka kini bertindak menghadang jalan masuk ke projek empangan berkenaan.

Wartawan Malaysiakini berkunjung ke Murum dan menemubual etnik Penan di situ.

Menurut Senang Kalang, 27 tahun, beliau tetap akan mempertahankan tempat tinggal dan tanah adat mereka itu.

"Kami tidak pernah takut. Mati dengan kebenaran lebih mulia dari hidup sebegini," katanya tegas.

Menurutnya, kerajaan Sarawak tidak pernah melibatkan mereka dalam perbincangan untuk memajukan kawasan itu.

Katanya, mereka hanya didekati pemaju projek berkenaan selepas
kerja-kerja awal pembinaan dijalankan.

Koleksi Kenyataan Menghina Islam dari UMNO

Kalau orang yang mengaku Islam tak mulakan maki Islam, takkan MCA kafir tu berani
1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

Mahathir tidak pernah mungkir janji?

Semalam Utusan Malaysia dapat RM1.50 dari saya kerana buat pertama kali saya membeli senaskah akhbar propaganda UMNO itu setelah lima belas tahun tidak membeli atau melanggannya. Saya membeli rokok di sebuah stesyen minyak di Subang Jaya dan saya ternampak ‘headline’ muka depan akhbar itu yang menarik hati saya untuk berbelanja sebanyak RM1.50. Apa yang menarik kepada saya ialah tajuk ‘Dr M tegur Nik Aziz’ di muka depan akhbar itu. Setelah berfikir seminit dua saya relakanlah RM1.50 untuk membeli akhbar ini. Kali ini terpedaya juga saya oleh Utusan kerana tajuknya yang menarik perhatian saya apatah lagi ia melibatkan nama Dr M di muka depan itu.
Dalam liputan Utusan itu, Dr M telah menegur TGNA kerana telah memberitahu rakyat yang Tok Guru itu akan bertanding di dalam pilihanraya yang akan datang. Dr Mahathir menuduh TGNA tidak menepati janji-janji beliau (TGNA) untuk mengundurkan diri dari menjadi calon dalam pilihanraya yang akan datang dan meminta rakyat supaya menolak TGNA. Dr M berkata memilih orang yang tidak menunaikan janjinya akan membawa banyak masalah kepada negara. Apa masalah yang dimaksudkan Dr M itu tidak pula saya ketahui kerana saya tidak membaca lapuran itu sehingga habis walaupun saya telah membeli akhbar itu dengan berat hati.