Rabu, 24 Oktober 2012

‘Stop the slaying, set up IPCMC’

Suaram says it is not shocked to find out that almost 300 people have been killed by the police since 2007. It calls on the government to put a stop to such fatal shootings.

PETALING JAYA: Suaram has urged the government to put an end to “senseless shooting sprees” by the police, urging Prime Minister Najib Tun Razak to do what his predecessor failed to do – setting up the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC).
The human rights NGO was responding to a FMT article yesterday which quoted a parliamentary answer by Home Minister Hishammuddin Hussein which said that 298 have been killed by the police since 2007.
“Suaram was not shocked to see the figures as the numbers clearly reflect the common unofficial Standard Operating Procedure (SOP) of the force in Malaysia which is to ‘shoot to kill’,” said Suaram’s Right to Justice coordinator R Thevarajan in a statement.
“The question is, was there anyone accountable for these atrocities done by the police force in this country?” he asked.
Thevarajan noted that while some policemen were charged, many others were not.

Selepas Anthony, Guan Eng pula bela TG Nik Aziz




(Anthony Loke mempertahankan TG Nik Aziz di Dewan Rakyat)

KUALA LUMPUR: Selepas Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menepuk meja di Dewan Rakyat kerana marahkan fitnah MCA terhadap Tuan Guru Nik Aziz, Setiausaha Agung DAP pula mengambil langkah yang sama.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataannya hari ini menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang bukan Islam dirogol satu pembohongan besar.

"Ini satu pembohongan besar sama dengan pembohongan Utusan Malaysia apabila mendakwa saya anti-Melayu dan anti-Islam kerana Nik Aziz tidak pernah berkata begitu," kata Lim Guan Eng (gambar) dalam kenyataannya.

Semalam, Anthony Loke dalam ucapannya di Dewan Rakyat mempertikaikan kenyataan Chua Soi Lek yang bersetuju dengan Senator Heng dari MCA bahawa TG Nik Aziz menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam.

"Saya rasa ini adalah kenyataan yang paling biadab dari MCA. Chua Soi Lek adalah Presiden MCA yang paling silap dalam perkara ini," kata Anthony Loke, anggota Parlimen Rasah sambil menumbuk meja.

Bagi Lim Guan Eng, MCA adalah versi Cina untuk akhbar Utusan Malaysia yang bertenggek di atas kepalsuan, ketakutan dan kebencian untuk hidup.

Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' Umno dan MCA



(Dr Mahathir sahkan 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA)

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, penyataan beliau tentang wujudnya 'perjanjian syaitan' antara Umno dan MCA disahkan tidak sampai 24 jam selepas ianya didakwa.

Ia tidak lain dan tidak bukan disahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya di Universiti Malaya semalam.

"Semalam, saya secara terbuka mengatakan pemimpin MCA dan UMNO telah membuat 'perjanjian Syaitan' supaya masing-masing menyebarkan pembohongan dan penipuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina dan Melayu.

"Ia dibuat dengan keyakinan bahawa politik yang sedemikian satu-satunya cara untuk mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu buat Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Felda BIG Lie – Share allocated to someone who have not contributed to Felda


KUALA LUMPUR – Deputy minister Datuk Ahmad Maslan was left red-faced today when he failed to answer in Parliament a Sabah Umno MP’s question on why a person with no link to FELDA Global Ventures Holding (FGVH) had received a pink form for one million shares set aside exclusively for the plantation giant’s workers.
“There is a guy in Sabah who has no connection with FELDA, but he got a million [FGVH] shares.
“This person has not contributed anything at all to FELDA, not even politically,” Kalabakan MP Datuk Abdul Ghapur Salleh said during Question Time, before asking Ahmad to explain.
The deputy minister in the Prime Minister’s Department fumbled in his reply, saying there may have been a misunderstanding.
“The Sabah state government is given 5 per cent of the FGVH shares. That is a substantial amount.
“I presume that this is where the confusion may lie, as it may be the Sabah government that got those shares,” he told Abdul Ghapur.

Agihan saham FGVH perlu siasatan telus dan menyeluruh

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
“Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan,” kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ketika perbahasan di Parlimen hari ini mendedahkan terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham FGVH walaupun tiada kena mengena dengan pembangunan Felda.
“Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.
“Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku,” katanya.

Sarawak CM’s son spent RM750,000 on just one credit card, says ex-wife

Mahmud Abu Bekir’s divorce trial continues to shine light on the Sarawak chief minister’s alleged fortune. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 24 ― Shahnaz Abdul Majid gave an insight today into the spending habits of her ex-husband, when she said the son of the Sarawak chief minister charged more than RM750,000 to just one of his credit cards for the first six months of this year, as she testified in a Syariah court here to press her claim for RM400 million in their divorce settlement. Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib had charged RM782,520.55 from January until June on his American Express Platinum card while on a spending spree mainly in Europe, said Shahnaz today.
Two weeks ago, she had told the same court that Tan Sri Abdul Taib Mahmud’s son is worth more than RM1 billion.
She is demanding RM100 million as mutaah (Islamic conciliatory payment) following their recent divorce, and a RM300 million share of joint matrimonial assets.
The couple had finalised their divorce in May 2011, after a long-drawn court battle in which Shahnaz is claiming a total of RM400 million as compensation.

Deputy Finance Minister Awang Adek Husin was grilled by Pakatan Rakyat MPs

If there is a good example of irresponsible and recalcitrant leadership and governance, the Finance Ministry of Malaysia epitomizes it all.
Deputy Finance Minister Awang Adek Husin was grilled by Pakatan Rakyat MPs for insisting that the Ampang LRT line extension project was granted to George Kent (Malaysia) Bhd from the very beginning, despite leaked Finance Ministry documents showing otherwise.
“As far as I know, when a decision is made and when we have signed it, there are no more changes. No such thing. I don’t know what documents you are talking about,” Awang Adek told Parliament when winding-up the committee stage debate on the Finance Ministry’s Budget 2013 allocation.
Awang Adek was responding to the query from Saifuddin Nasution (PKR-Machang, left) on why a leaked Jan 25 Finance Ministry’s Procurement Committee (JPMK) meeting minutes bearing the prime minister’s signature showed that Balfour Beatty was awarded the project, but it was later announced that George Kent won the project.
Awang Adek said that the authenticity of the leaked documents was questionable, adding that there have been other instances where the premier’s signature was forged.Following this denial, Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) interjected and challenged the deputy minister to declare that the leaked procurement documents were false.
“I want an explanation if you are declaring that these documents are false. If you are, then we can use your statement here in Parliament to absolve (PKR director of strategy) Rafizi Ramli if he is charged under the Official Secrets Act (OSA),” Nurul Izzah said.

IGP must stop his boys from provoking Penans

The Royal Malaysian Police force needs to be educated on human rights and perspective of the people's struggle, claims Suaram.

KUALA LUMPUR:  Human rights NGO, Suaram, has called on the Inspector General of Police (IGP) Ismail Omar to warn his men not to interfere in the Penan tribe’s rights struggle in the Murum dam issue in Sarawak.
“In order to bring the credibility to the force, they should be seen as a neutral party and not to take the side of the oppressor.
“People resort to the blockade as an option to stop destruction of  their livelihood as the construction of the dam progresses. Is this a criminal offence?” asked Suaram in a statement issued today.
Suaram was commenting on a statement by Sibu police chief DSP Bakar Sebau who warned protesting Penan natives that criminal action will be taken against them if they continued to mount blockades on the accesses road leading to the controversial Murum dam project site.
The Penan community from eight affected villagers have been setting up blockades since Sept 25  stopping lorries and heavy vehicles from entering into the RM3 billion Murum Dam project site. They are demanding that the state government and contractors Sarawak Energy Berhad respect their rights and demands and keep promises given to them four years ago.

Gaji minima RM1,100: MCA-BN tak mahu rakyat senang


KUALA LUMPUR 24 OKTOBER: Penentangan MCA-BN terhadap cadangan perlaksanaan gaji minima RM1,100 oleh PR menimbulkan tanda tanya samada parti tersebut memusuhi golongan pekerja negara ini apabila mendakwa perlaksanaannya bakal memufliskan negara.
“Kualiti hidup keluarga dan individu di Malaysia akan bertambah baik. Yang menghairankan, mengapa MCA menentang cadangan ini seolah-olah mereka melancarkan perang terhadap golongan pekerja di Malaysia?” soal Ahli Parlimen Klang Charles Santiago ketika menjadi salah seorang panelis dalam forum ‘Bagaimana Pakatan Rakyat akan Membelanjakan Wang Rakyat’ anjuran Roketkini.com di Kuala Lumpur Ahad lalu.
Walhal katanya, sebelum ini Perdana Menteri Najib Razak sendiri telah memperkenalkan dasar gaji minima sebanyak RM900 di Semenanjung Malaysia dengan perbezaan cuma di antara RM900 dan RM1,100.
Pun begitu ujar Santiago, perlaksanaan gaji minima sebanyak RM900 tidak memberi apa-apa makna kerana ramai kalangan pekerja berpendapatan sekitar jumlah tersebut.

BN: Satu badan, banyak kepala

Bertemankan sekeping roti berintikan telur, belek-belek jumpa kuliah seorang pembesar yang tidak asing lagi, Nazri Aziz. Kuliah siasah syar’iyah, jangan main-main tau! Nazri kata Malaysia ni diasaskan dengan prinsip pentadbiran Islam di bawah raja-raja Melayu dan bukannya sekular. Dalilnya mudah. Ada dua dalil penting.
Satu, Perlembagaan tak pernah pun sebut sekular. ‘Seku’ atau ‘ular’ pun tak ada. Jadi macam mana pula boleh kata Malaysia ni negara sekular. Sebagai contoh dalam nama Nazri tak ada pun Chua, Soi atau Lek. Maka mana mungkin Nazri itu Chua Soi Lek yang sedang bergebang kata pemerintahan Islam ni akan membawa kemunduran. Yang ada pada nama Nazri cuma di tengahnya ada huruf ‘Z’.
Dalil kedua Nazri untuk memperkukuh istinbat bahawa Malaysia ini pemerintahan berprinsipkan Islam adalah bahawasanya perlembagaan menyebut Islam merupakan agama persekutuan. Maka dengan itu Islamlah negara ini. Contohnya, jika Nazri menukar namanya kepada Nazri Islam Aziz, maka bertambahlah Islamnya dia. Ini kerana namanya menyebut dengan jelas perkataan Islam. Walaupun bergesel pipi dengan MCA yang menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada Islam.

Malindo linked to Umno MP’s family?

DAP MP Tony Pua says two of Rompin MP Jamaluddin Jarjis' children control a huge stake in one of the companies behind the budget carrier.

KUALA LUMPUR: One of the companies behind the upcoming budget carrier, Malindo Airways, is controlled by Rompin MP Jamaluddin Jarjis’ family, said a DAP MP.
Tony Pua made the revelation today at a press conference in Parliament. Also present were PKR MP Nurul Izzah Anwar and PAS MP Khalid Samad.
Pua said the majority shareholder company, National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), is made up of four companies, including one called DZJJ Sdn Bhd.
“Among the directors in DJZZ are 27-year-old Nur Anis Jamaluddin and 25-year-old Ikhwan Hafiz Jamaluddin,” said Pua.

Campur tangan PM sebabkan kedudukan Petronas menurun

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Campur tangan kerajaan dalam Petronas menyebabkan agensi penilaian antarabangsa Fitch Ratings pada September lalu menurunkan penilaian prospek masa depan syarikat petroleum itu kepada negatif, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, akibat dari penurunan tersebut, penarafan Petronas yang sebelum ini antara yang terbaik di dunia juga dijangka diturunkan dalam masa terdekat.
“Ia menyebabkan Petronas terpaksa bayar faedah lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Rafizi, ketika mengumumkan penurunan itu, Fitch Ratings menyuarakan kebimbangan tentang terlalu banyak campur tangan kerajaan yang menyekat kebebasan Petronas.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah Petronas apabila syarikat penarafan antarabangsa suarakan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur.

'Bekir belanja 3/4 juta dalam 6 bulan guna kad caj' - mewahnya anak Taib Mahmud..!!!


Mahkamah Tinggi Syariah hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib -  anak kepada ketua menteri Sarawak - membelanjakan tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.

NONESeperti episod siri popular TV 'Lifestyles of the Rich and Famous', bil
terperinci dari kad caj Platinum American Express mendedahkan perbelanjaan itu dibuat di kedai-kedai mewah seperti Harrods dan kedai Ferrari di London dan perjalanan ke Dusseldorf di Jerman serta ke Perancis.

Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank, yang menunjukkan perbelanjaan sejumlah RM782,520,55 dikemukakan di mahkamah dan ditandakan sebagai pengenalan.

Ia juga mendedahkan bahawa Bekir (kanan) mempunyai RM5 juta dalam akaun CIMB dan RM3 juta lagi deposit tetap dengan bank tersebut.

Pendengaran hari ini juga menyaksikan Bekir hadir di mahkamah selepas tidak hadir dalam dua prosiding sebelumnya.

Di mana wang pampasan RM207 bilion?


(Laporan muka depan Harakah baru-baru ini)

KUALA LUMPUR: Keengganan Menteri Kewangan menjawab persoalan berkaitan RM207 bilion wang pampasan kepada waris buruh paksa landasan keretapi Siam - Burma hanya menambahkan kebimbangan jika wang tersebut disalahgunakan.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kementerian sepatutnya memberikan penjelasan bagi memastikan dana tersebut segera diagihkan kepada waris.

"Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini.  Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

IPP Gen-2: Tabiat lama BN berulang?

Oleh Dzulkefly Ahmad
1. Rundingan bekalan eletrik (tenaga) antara pihak Penjana Tenaga Bebas (IPP) dengan kerajaan sedang berjalan. Kerajaan diwakili oleh Tenaga Nasional Berhad dan pemberian konsesi adalah melalui kaedah ’tender terbuka’ atau ‘competitive bid’ yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga (EC). 

2. Untuk ingatan umum, konsesi IPP generasi pertama adalah perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang ‘berat-sebelah’ (lope-sided). IPP generasi pertama mendapat pulangan pelaburan sebanyak 20%-40% (ROE), sementara Tenaga menanggung bebannya. Umum masih ingat betapa Tan Sri Ani Arope, Pengerusi Tenaga ketika itu cukup kecewa dengan PPA yang dipaksa ke atas Tenaga secara amat berat sebelah dan tidak adil. Beliau kemudian meletakkan jawatannya.

3. Walaupun kerajaan menjamin bahawa PPA generasi ke-2 IPP akan menjadi lebih telus dan adil, para analyst kewangan telah mula mengkritik beberapa tindakan kerajaan.

Kelantan juga tangguh pemasangan AES

KOTA BHARU: Bersama-sama negeri Pakatan Rakyat yang lain, Kerajaan Negeri Kelantan juga hari ini memutuskan untuk menangguhkan penggunaan sistem Penguatkuasaan Automatik AES di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata sehingga kini pihak kerajaan negeri tidak menerima sebarang maklumat dari pemegang konsesi pemasangan Kamera AES tersebut.

“Kita sehingga kini masih lagi belum menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan pemasangan Kamera AES ini dan mengikut undang-undang, pihak kerajaan negeri mempunyai hak ke atas jalanraya negeri.

"Oleh itu kita bercadang untuk menangguhkan terlebih dahulu pemasangan kamera tersebut,” ujar beliau.

Takiyuddin berkata demikian selepas mesyuarat Exco hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini.

12 kaum yang dibinasakan kerana engkar hukum Allah

Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

Hina Islam : Demo bantah Chua Soi Lek di depan Wisma MCA

 
KUALA LUMPUR: Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.

Pas desak Soi Lek mohon maaf


Khairul Faizi Ahmad Kamil
KUALA LUMPUR - Pemuda Pas Pusat hari ini mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya memohon maaf kepada umat Islam di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum Islam secara terbuka.

Setiausaha Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi memberi tempoh seminggu kepada Presiden MCA itu untuk mengemukakan permohonan maaf.

Sekiranya Soi Lek enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat jika Soi Lek berdegil tidak mahu minta maaf.

PR Perak rujuk isu Soi Lek kepada Sultan, Mufti



(Pemimpin Pakatan Perak tanpa mengira agama dan kaum membantah Chua Soi Lek)

IPOH: Pakatan Rakyat Perak akan mengahtar surat kepada Sultan Perak yang juga Ketua Agama Negeri berhubung tindakan MCA khususnya Datuk Seri Chua Soi Lek tidak henti-henti menghina Islam.

Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, surat berhubung perkara itu juga akan dihantar kepada Mufti dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kenyataan Soi Lek sebelum ini jelas mengherdik agama Islam dan menceroboh ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam.

Kata beliau, perbuatan Chua Soi Lek sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

Harussani: Soi Lek tak berhak bercakap soal hudud



 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata presiden MCA Datuk Ser Dr Chua Soi Lek tidak berhak untuk bercakap soal hudud kerana tiada kepakaran dalam perundangan Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

NONEBeliau mengulas kenyataan Chua pada minggu lalu yang menjangkakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat negara ini – termasuk di pusat judi dan rumah urut.

Isu pelaksanaan hudud juga dibangkitkan dalam perhimpunan agung MCA pada hujung minggu lalu.

Harussani berkata, kelemahan penguatkuasaan undang-undang membuatkan pemimpin politik lantang membuat kenyataan mengenai hudud.

“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara ini, kita perlu hormati perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya lagi seperti dipetik akhbar itu.

Bank Negara digesa siasat status dana politik RM40 juta



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli KUALA LUMPUR - PKR menggesa Bank Negara mengambil tindakan bagi mengetahui status dana politik RM40 juta, yang didakwa meragukan dan dimiliki oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman melalui bukti-bukti yang mereka perolehi.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, penjelasan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen hanya untuk melepaskan Musa.

Menurutnya, kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah,  Datuk Wilfred Bumburing yang menyatakan RM40 juta itu bahawa dimasukkan ke dalam akaun peribadi seorang pemimpin Umno, menunjukkan ia melanggar Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001.

Tambahnya, "jika sejumlah wang yang banyak itu, RM40 juta dimasukkan ke dalam akaun seseorang, itu terlalu banyak, siapa yang kaya sangat."

"Pihak Bank Negara perlu menyiasat dari mana datangnya wang itu, kita tahu gaji pemimpin di Malaysia bukannya banyak sangat sehingga boleh kumpul sehingga RM40 juta," kata beliau lagi di sini, hari ini.

Bumburing juga merupakan Ahli Parlimen Tuaran. Beliau keluar Barisan Nasional Julai lalu.

Pemuda Pakatan gesa Musa Aman jawab skandal RM40 juta

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Pemuda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Umno dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menjawab mengenai RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan untuk Umno Sabah.
Ia ekoran penafian Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam perbahasan Dewan Rakyat Isnin lalu dan mengatakan dakwaan itu adalah ‘imaginasi’ Pakatan yang berterusan mempertegas isu berkenaan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sejak tahun 2009 hingga kini, Musa mahupun Umno tidak pernah sekalipun menafikan skandal tersebut.
“Apakah Umno Sabah bersedia untuk diaudit secara profesional untuk membuktikan penafian mereka?” soal Shamsul.

15 Kerusi Sabah, 16 Sarawak Bakal Milik Pakatan Rakyat.

Bekas Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu Datuk Lajim Ukin berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak semalam.

"Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya.

Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak.

"Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat.

Hina Islam: 150 berhimpun minta Soi Lek minta maaf

Seramai kira-kira 150 penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di hadapan ibu pejabat MCA hari ini bagi menuntut supaya presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta maaf atas kenyataan yang didakwa menghina Islam.
NONEKumpulan berkenaan mengancam akan mengadakan demonstrasi lebih besar dan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Chua tidak memohon maaf dalam tempoh seminggu.

Tuntutan itu adalah berhubung dakwaan Chua minggu lalu bahawa pekerjaan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan terjejas – termasuk dalam sektor rumah urut dan perjudian – sekiranya hudud dilaksanakan.

Memorandum berkenaan menyebut, tuntutan itu juga ekoran kenyataan Chua yang mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

NONEChua juga pada Sabtu lalu mempertahankan kenyataan naib pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie yang mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Tuntutan itu dinyatakan dalam satu memorandum yang diserahkan kepada setiausaha kerja pemuda MCA, Leonard Tan Soon Huat di perkarangan bangunan tersebut.

NONEPerhimpunan selama kira-kira 40 minit itu antara lainnya dipimpin ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Noor, ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan juga pemimpin NGO Jingga 13.

Turut menjadi perhatian dalam perhimpunan tersebut ialah pelakon Abby Abadi yang turut melaungkan slogan "Hidup Islam" dan "Hidup Rakyat" bersama peserta lain.

MP PAS Kubang Kerian Bahas Peruntukan 2013 Kementerian Luar

MP PAS Tumpat Bahas Peruntukkan Kem. Luar Negeri

MP PKR Kuala Kedah Soal Isu Permit Teksi dll

With nowhere to go, Syrians confront violence

Today in History for October 24th

Political donations: ‘Nobody gives free money’

Former MACC advisory panelist Robert Phang wants the government to draft a law to govern political donations to prevent corruption

PETALING JAYA: The government has been urged to draft a new law to address the issue of political donations, which according to former MACC advisory panelist Robert Phang, is tantamount to bribery.
“Nobody would give you free things or free money. And in Malaysia it must be in exchange for certain favours. Either they expect you to give them something or it has already been granted,” he said.
He said that the law must include sections that requires those who intend to give such donations to declare their objectives. The donor, he added, must also have “no interests whatsoever” in dealing with the government.
Phang said that the government’s reply on the issue so far has been shocking, and is akin to giving all political parties a “license to collect”.
“If this area is not carefully and seriously addressed, it will condone very bad practices to have political parties just simply collect [money] from anyone. The gates are left wide open and sets a dangerous precedent,” he warned.

IS THIS A JOKE: Ibrahim Ali 'hoping' to replace Nik Aziz as the next Kelantan chief minister?

IS THIS A JOKE: Ibrahim Ali 'hoping' to replace Nik Aziz as the next Kelantan chief minister?
Nik Aziz Nik Mat, the spiritual leader of PAS is still relevant as MB (Menteri Besar) of Kelantan. He still has the political stamina to move on despite his old age. Nik Aziz is now 81 years old – the oldest politician to hold a government post in the country.
Even at this age his mind is still alert and he has the forte to govern the state despite all the needless blitzkriegs by UMNO against him and his administration.
Nevertheless, with or without Nik Aziz Nik Mat, political analysts opine that Kelantan will remain under PAS for many more years to come. Nik Aziz is a religio-charismatic leader who is well-liked by Muslims and non-Muslims. This man is seen as an exemplary Islamic leader who lives a simple life, unlike many of the shady characters in UMNO.
Do not bicker over religion
The rakyat of Kelantan prize leaders who have religious piety in them and UMNO finds it almost impossible to compete with PAS on this ground. Most UMNO leaders are perceived by the rakyat as corrupt, inept and arrogant.
Kelantan is becoming more resilient after the 2008 general election. The economy is fine and the people of Kelantan live a harmonious life. They do not bicker over religion or race despite that fact that the rakyat are 95 percent Malay-Muslims and the rest non-Muslims.
It is the relative success of PAS in Kelantan that has helped convince non-Muslims in other states to accept PAS and Pakatan as an alternative for Barisan.
Nik Aziz will be contesting in the next general election and he will continue to lead Kelantan. There is no reason why Nik Aziz must give up politics as his leadership is still needed and relevant to the rakyat of Kelantan and the country in general.
The non-Muslims have no qualms whatsoever about voting for him and PAS. Cheers to Nik Aziz and his brand of moderate Islam.

Pakatan wants BNM to probe Sabah Umno’s RM40m ‘donation’

Initially said to be Musa’s, the RM40 million has since been declared by authorities as a “donation” to Sabah Umno. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 24 ― Pakatan Rakyat (PR) will lodge a report with Bank Negara Malaysia (BNM) tomorrow, citing possible money laundering in the remittance of a RM40 million “political donation” to Sabah Umno at the centre of a controversy involving Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman. PKR strategy director Rafizi Ramli said today that recent statements on the issue by two federal lawmakers ― law minister Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz and former Barisan Nasional (BN) MP Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing ― offer enough reason for the central bank to probe the source of the funds and its purpose.
Nazri had on Monday told the Dewan Rakyat that the RM40 million donation, which previous reports said had been in cash carried by Sabah timber trader Michael Chia in Hong Kong, was actually held in an investment account there and was later frozen by anti-graft authorities.
Yesterday, Bumburing said in a statement that the funds were remitted to the personal account of an unnamed Umno leader, which could be accessed by the leader’s family members.
“Their statements have only strengthened the suspicion that that there is an element of corruption and an infringement of laws in this RM40 million donation.

Another police killing in COLD BLOOD: Unarmed Dinesh Darmesena & 'Geng Viva Nanda'

Another police killing in COLD BLOOD: Unarmed Dinesh Darmesena & 'Geng Viva Nanda'
The quest for justice for the fatal police shooting of Dinesh Darmesena, 26, in Ampang continues due to the shocking failure by the police to take seriously the allegation that the deceased was killed while unarmed and in cold blood on 21 August, 2012 in Ampang.
Although the victim did not have any criminal record, the police had been quick to claim the deceased was part of a gang known as “Geng Viva Nanda” that were involved in a gang fight and had tried to attack the police with weapons and the police had shot him in self-defense.
Unnecessary
LFL finds this story by the police to be quite unbelievable. According to eye witnesses who were at the scene, they saw unmarked cars which blocked the car that Dinesh was travelling and a few men in plain clothes appeared and started shooting indiscriminately at the car and when Dinesh tried to flee, he was gunned down.
Why was it necessary to shoot him dead? Were any warning shots fired?
The Inquest into Dinesh's death is fixed for mention at 10 am, Wednesday, 24 October at Ampang Magistrate's Court (3).
- LFL

Dr Siddiq: Bantu SAR tapi kekalkan status


Dr. Siddiq Fadzil
SHAH ALAM - Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr. Siddiq Fadzil berkata, bantuan diberikan kerajaan untuk menguruskan Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah baik tetapi harus dikekalkan dengan status lamanya.

Kata beliau, SAR yang dibina berdasarkan institusi kerakyatan wajar mendapat bantuan kerajaan dalam memajukan pendidikan aliran Islam.

Sehubungan itu katanya, bantuan diberikan kerajaan untuk menguruskan SAR itu adalah baik, tetapi kerajaan tidak perlu mengambil alih "institusi kerakyatan."

Tambahnya, "memang seharusnya SAR ini dibantu supaya rakyat boleh mengurus dengan sendiri... dengan itu rakyat masih punya sesuatu."

"Jangan diambil hak rakyat atau kerakyatan itu dan jangan semua dikerajaankan.

"Jika tidak sampai bila-bila pun rakyat akan bergantung kepada pemerintah," kata beliau pada Wacana Sinar ke-15 bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin semalam.

JAKIM: 'Hudud tiada kesan kepada bukan Islam’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejar Jeneral (B), Datuk Sri Jamil Khir Baharom juga menolak cadangan untuk meminda Akta Pencegahan Jenayah 1959. K Pragalath


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memberi jaminan bahawa sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan maka undang-undang itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat bukan Islam.
“Jika undang-undang hudud hendak dilaksanakan di Malaysia, maka undang-undang hudud yang merupakan sebahagian daripada undang-undang Islam berada di bawah kuasa negeri.
“Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang-orang Islam sahaja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Mejar Jeneral (B), Datuk Sri Jamil Khir Baharom.
Oleh itu katanya, undang-undang hudud tidak akan memberi kesan terhadap rakyat bukan Islam. Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Bebas Tan Tee Beng.
Tan dalam soalannya bertanya kesan pelaksanaan hudud, sekiranya dilaksanakan, terhadap rakyat bukan Islam. Beliau turut bertanya samada Akta Pencegahan Jenayah 1959 akan dipinda dan diselaraskan mengikut undang-undang hudud di dalam pelaksanaan hukuman.
Menurut Jamil Khir, undang-undang hudud akan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam yang terletak di bawah bidang kuasa negeri seperti dalam Fasal (2) Perkara 74 dan butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
“Berdasarkan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa jenayah) 1965, bidang kuasa mahkamah syariah terhad kepada hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000 dan sebatan tidak melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman -hukuman tersebut,” kata Jamil Khir.
Beliau turut menolak sebarang perkaitan Akta Pencegahan Jenayah 1959 dengan undang-undang hudud.
“Justeru itu kerajaan tidak merancang untuk meminda akta ini,” katanya.

Amangate: Don't argue with Umno, guys. Let's just LEGITIMIZE CORRUPTION - BN STYLE!

The current raging allegations, knee-jerk defense and unexplained circumstances enveloping the RM40 million fund for UMNO Sabah raises a fundamental question that cannot remain buried.
It is about time that our politicians were taught a lesson in funding. Yes it is true that all political machineries need funds to further their cause and agenda. There is nothing wrong in raising funds to keep their political priorities afloat.
But what is of paramount importance is a political party must realize that it must work its guts out to raise the required funds. If the leaders and followers are incapable of seeking out creative and ethical ways to raise funds then the least they can opt for is to go begging.
By all means organize a dinner and pass the beggar’s bag around. Or go find a political-sugar-daddy funder willing to keep you afloat. Anyone who is supportive of your political badge should have no hesitation to dig deep into his or her pocket to help you through the very cause that you preach and they (your supporters) can relate well with.
But using your lead advantage to secure funds that are highly questionable is tantamount to scheming and stealing – for want of a better word.
Declare - make it compulsory

KEADILAN syorkan k’jaan contohi Parlimen UK potong gaji menteri

KUALA LUMPUR 24 Oktober: KEADILAN mengesyor kerajaan Malaysia mencontohi usul memotong gaji menteri seperti diamal Parlimen Westminster United Kingdom (UK) apabila ada di kalangan wakil rakyatnya tidak berpuas hati dengan prestasi menteri terbabit.
Naib Presidennya, N Surendran berkata, pada 1976, parti pembangkang di UK pernah membawa usul untuk memotong gaji Setiausaha Negara untuk Perindustrian Eric Varley seterusnya membawa kekalahan parti kerajaan di Dewan Rakyat.
“Usul memotong gaji adalah satu mekanisme yang berkesan untuk mengawal pihak eksekutif. Ia bertujuan memastikan seseorang menteri bertanggungjawab kepada Parlimennya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas keengganan Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kerana tidak membenarkan usul memotong gaji menteri yang difailkan tiga wakil pembangkang, Isnin lalu.
Alasan Pandikar, perkara itu menyalahi Peraturan Tetap 66(9) dan jika dibentang dan diluluskan, ia membawa masalah perundangan kerana gaji merupakan hak menteri terbabit.
Menurut Pandikar, keputusan itu berdasarkan kajiannya terhadap amalan Parlimen Westminster di tempat lain.

Kantoi : MP Umno dakwa individu tidak berkenaan terima 1 juta saham Felda


Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding  (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

NONE"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.

Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.

Alliance Bank berkait dengan Daim bukan Anwar, kata PKR

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Alliance Bank mempunyai mempunyai kaitan dengan Tun Daim Zainuddin dan bukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menjejaskan agenda Melayu semalam oleh bekas Menteri Kabinet Tan Sri Sanusi Junid, kata PKR hari ini.
Dalam Forum Ekonomi Melayu semalam, Sanusi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin cuba ‘meniru’ dasar anti-Yahudi Jerman dahulu dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada masyarakat bukan Melayu demi memastikan kepentingan Melayu dalam ekonomi terbela.
“Sanusi mendakwa usaha ini digagalkan oleh Anwar yang memberikan lesen perbankan kepada dua kumpulan perbankan bukan Melayu — Hong Leong Bank dan Alliance Bank.
“Tuduhan Sanusi tidak berasas. Alliance Bank Malaysia Berhad merupakan syarikat perbankan di bawah Alliance Financial Group Berhad (AFG) yang dikaitkan dengan Tun Daim Zainudin.
“Daim dikatakan memiliki 14.8 peratus AFG menerusi Langkah Bahagia Sdn Bhd. Langkah Bahagia bersama-sama pihak-pihak berkaitan syarikat pelaburan Singapura, Temasek Holdings Ltd mempunyai kepentingan di dalam AFG menerusi Vertical Theme Sdn Bhd,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media yang dihantar ke The Malaysian Insider hari ini.

Pakatan ulangi jaminan beri pendidikan percuma, hapus PTPTN dan tol

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) sekali lagi mengulangi jaminan akan mereformasi sistem pendidikan negara dengan memberi pendidikan percuma serta menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Pakatan mempunyai beberapa pendekatan untuk mengurus ekonomi antaranya mereformasi pendidikan, meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurus sumber dengan baik tanpa ketirisan.
“Malaysia perlu bertukar daripada ekonomi yang bergantung kepada komoditi kepada negara modal insan yang inovatif dan kreatif. Caranya adalah mereformasi sistem pendidikan, memberi pendidikan percuma dan menghapus PTPTN,” katanya dalam forum “Bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat akan membelanjakan wang rakyat” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCH), kelmarin.

Bajet defisit 15 tahun berturut-turut, negara di ambang musnah

KUALA LUMPUR 24 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara mengalami defisit selama 15 tahun berturut-turut sejak 1998 dan berkemungkinan berlanjutan hingga 2015 ekoran salah urus tadbir dan rasuah berleluasa.
“Negara mengalami defisit 15 tahun berturut-turut sejak saya dipecat pada 1998 hingga 2012. Dalam Bajet 2013 yang sedang kita bahas juga mengalami defisit. Dijangka berterusan sehingga 2015 dan mungkin seterusnya,” katanya dalam laporan perbahasan bajet Kementerian Kewangan.
Anwar berkata, hutang negara tidak termasuk jaminan hutang sudah mencecah RM476 bilion atau 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (GNP) pada penghujung 2011.
“Ini amat mencemaskan kerana hampir mencecah 55 peratus daripada KDNK iaitu paras bahaya sesebuah negara sebelum terjerumus dalam kebankrapan seperti Greece,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada 1991 hingga 1997, belanjawan negara sentiasa seimbang atau lebihan manakala ekonomi pula mencatat pertumbuhan purata 8.7 peratus.
“Bandingkan prestasi ini dengan Menteri Kewangan sekarang yang disandang Datuk Seri Najib Razak dari 2009 hingga 2011 yang hanya mencatat pertumbuhan KDNK secara purata pada kadar 3.2 peratus sahaja,” katanya.

Kementerian Kewangan diasak projek diberi pada George Kent

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Husin diasak ahli Parlimen Pakatan Rakyat kerana bertegas bahawa projek penyambungan LRT Ampang diberikan kepada George Kent (Malaysia) Bhd dari awal-awal lagi, walaupun dokumen kewangan yang bocor menunjukkan sebaliknya.

Awang Adek berkata, setakat yang beliau tahu, apabila keputusan dibuat dan apabila ia ditandatangani, tidak ada lagi perubahan.

Ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan bajet Kementerian Kewangan 2013, timbalan menteri itu juga berkata beliau tidak tahu tentang dokumen yang disebut oleh mereka itu.

Awang Adek menjawab soalan Saifuddin Nasution (PKR-Machang, kiri) mengapa minit mesyuarat jawatankuasa perolehan Kementerian Kewangan (JPMK) pada 25 Januari, yang memaparkan tandatangan perdana menteri, menunjukkan bahawa Balfour Beatty telah dianugerahkan projek tersebut, tetapi kemudiannya ia mengumumkan George Kent memenangi projek tersebut.

‘Derma’ RM40j masuk dalam akaun peribadi pemimpin Umno, kata bekas MP BN

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Kontroversi “derma politik” RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri Datuk Musa Aman telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi “seorang pemimpin Umno”, dakwa bekas ahli parlimen (MP) Barisan Nasional (BN).
Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing yang kini merupakan MP bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga “pemimpin Umno” yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.
“Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
“Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?” katanya dalam kenyataan tersebut.

Lebih baik negara sekular tetapi adil, kata bekas Mufti Perlis

Mohd Asri menegaskan negara sekular yang adil lebih baik daripada negara Islam yang mengeksploitasi agama. — Gambar oleh Anne Muhammad
SHAH ALAM, 24 Okt — Perdebatan sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular atau Islamik berlanjutan dengan Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menganggap ianya hanyalah pergaduhan jenama sambil mengatakan sebuah negara sekular yang adil lebih baik daripada negara Islam yang mengeksploitasi agama. Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di negara ini akan tetapi Menteri De Facto Undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Isnin lalu menegaskan di Parlimen bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular kerana tidak pernah diisytiharkan atau disahkan sedemikian dan tidak ditulis dalam Perlembagaan akan tetapi beliau berhenti sebelum melabel Malaysia sebuah negara Islam.
“Awak boleh namakan negara itu negara Islam tetapi awak eksploitasi Islam, untuk apa? Awak namakan negara sekular tetapi berikan hak rakyat, itu adalah lebih baik. Yang paling penting nilai-nilai yang dibawa. Orang suka eksploit jenama.

RM40m ‘donation’ held privately by Umno man, ex-BN MP claims


Bumburing claimed that relatives of the “Umno leader” were drawing down funds from the account. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 24 ― The RM40 million “political donation” to Sabah Umno at the centre of a controversy involving Chief Minister Datuk Musa Aman was remitted into the personal bank account of “an Umno leader”, a former Sabah Barisan Nasional (BN) lawmaker has alleged. Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, now an independent MP for Tuaran, said in an emailed statement last night that the family members of this “Umno leader” have been able to withdraw from this account “bit by bit”, drawing question marks over claims by BN leaders that the funds were meant for Sabah Umno’s use.
“Were these withdrawals approved by Umno?
“If the money was meant to be donated to Umno, why was it remitted into an individual and personal bank account?” he said in the statement.
The former deputy president of Sabah-based BN party United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) did not, however, reveal the identity of the Umno leader or provide proof to back his claim.

Koo Ham: MCA ketandusan isu


NGEH KOO HAM
IPOH – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkaitan kesan pelaksanaan hudud di negara ini, sebagai bukti parti komponen Barisan Nasional (BN) itu ketandusan isu.
“Apabila tidak dapat membongkar keburukan Pakatan Rakyat (PR), mereka cuba menggunakan sentimen lain pula untuk meraih undi," katanya.
Koo Ham berkata, apa yang dilakukan pemimpin parti itu jelas menunjukkan MCA terdesak dalam meraih sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Mufti Perak: Jangan biadab hal agama....kenapa tak berani tegur terus UMNO dan MCA..???



IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menganggap kelemahan penguatkuasaan undang-undang sebagai faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan negara.
Katanya, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria “Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.
Harussani berkata, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.
“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.

Asri: Ulama hanyut apabila sertai Umno


Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut", antara kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Asri, antara tokoh agama yang melihat arena politik tempatan dari dekat berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.
Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.