Memahami
Kes Talam
Kes Talam memang nampaknya mengelirukan.
Walaubagaimanapun, dengan sedikit sebanyak kesabaran dan huraian yang jelas,
kes ini sebenarnya mudah difahami.
Artikel ini akan membincangkan asal-usul
kes ini, bagaimana Selangor berjaya mengutip semula hutang Talam serta
bagaimana kes ini berbeza dengan kes-kes ‘bailout’ yang dilihat pada peringkat
persekutuan.
Latar
belakang
Cerita ini bermula dalam tahun lapan
puluhan dan sembilan puluhan, dengan seorang jurutera dan ahli MCA yang bernama
Chan Ah Chye yang bekerja di syarikat milik kerajaan Selangor, PKNS.
Chan mengasaskan Talam Corporation, dan
mungkin hasil hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin tertentu seperti Menteri
Besar waktu itu Muhammad Muhammad Taib, berjaya menjadi antara pemaju-pemaju
utama di Selangor.
Banyak tanah di Selangor diperuntukkan ke
Talam secara percuma. Tanah ini dicagarkan kepada bank untuk mendapatkan
pinjaman-pinjaman besar yang membiayai projek-projek Talam.
Pembaca boleh teka sendiri siapa yang dapat
berkongsi untung dari projek-projek ini.
Tauke-tauke zaman itu sentiasa berpendirian
bahawa berniaga dengan wang yang dipinjamkan adalah lebih baik daripada
menggunakan wang sendiri. Oleh itu, pinjaman-pinjaman Talam dari bank terus
meningkat.
Krisis
ekonomi, projek terbengkalai
Akhirnya, krisis ekonomi sekitar tahun 1997
melanda Talam. Akibat tidak berupaya untuk membayar balik pinjaman-pinjaman
besar, kedudukan kewangan Talam semakin merosot dan projek-projek semakin
terbengkalai.
Hairannya, Talam dan sekutu-sekutu
politiknya gagal insaf atau bertaubat.
Pada 2001, di bawah Menteri Besar BN Khir
Toyo, tiga bidang tanah diperuntukkan kepada anak syarikat Talam Maxisegar Sdn
Bhd sebagai pembiayaan pembinaan kampus induk UNISEL dengan kos pembinaan RM
750 juta.
Projek ini akhirnya turut terbengkalai dan
pada September 2006, Talam diklasifikasikan sebagai “Affected Company” menurut
amalan Practice Note 17 (PN 17) akibat kedudukan kewangannya yang parah.
Reformasi
di Selangor