Ahad, 21 Oktober 2012

Iklan babitkan wanita tidak patuh kod etika


Rubiyah Haron ALOR SETAR - Kebanyakan iklan yang dipasang atau disiarkan dalam media melibatkan wanita tidak patuh kepada Kod Etika Pengiklanan.

Naib Yang Dipertua Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) Kebangsaan, Rubiyah Haron berkata, sepatutnya iklan sama ada di papan iklan, media cetak serta elektronik  menunjukkan budaya bersesuaian dengan rukun negara berkaitan kesopanan dan kesusilaan.

Beliau berkata, setakat ini undang-undnag mengenai etika pengiklanan sangat longgar terutama dalam soal penggunaan model wanita dan lelaki yang berpakaian tidak sopan.

“Kod Etika Pengiklanan tidak terlalu ketat kerana terpulang kepada pengamal iklan mahu patuh atau sebaliknya terhadap garis panduan yang ditetapkan.

BAT: Harga rokok naik mulai esok

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai
Isnin, 22 Oktober 2012.
  
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
 
    Rangkaian DUNHILL                            RM10.20
    Rangkaian KENT                                 RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT       RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                        RM8.70
    PALL MALL Biasa                                RM10.60
    BENSON & HEDGES                           RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                          RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL              RM10.60
 
BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau  tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

Today in History for October 21st

Takungan Air Selangor Mencukupi, MB Gesa Hentikan Kenyataan Kelirukan Rakyat

SHAH ALAM, 21 OKT: Takungan air di Empangan Sungai Selangor yang meningkat sebanyak 55.43 peratus kepada 127.49 meter padu mampu menampung bekalan air kepada penduduk sekitar Lembah Klang.
Empangan yang membekalkan 60 peratus bekalan air di sekitar Lembah Klang ini membekalkan air untuk dirawat di tiga Loji Pembersihan Air (LPA) iaitu; LPA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), LPA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan LPA Bukit Badong (SSP3).
Bagaimanapun Umno-BN Selangor terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat dengan dakwaan kononnya Lembah Klang bakal berdepan krisis air ekoran penurunan paras air di empangan.
“Saya mengesa semua ahli politik terutamanya pihak pembangkang di Selangor supaya berhenti membuat kenyataan-kenyataan mengelirukan mengenai isu air termasuk kedudukan paras takungan di empangan.
“Kenyataan mengelirukan dan tidak benar ini seolah-olah  memperlekehkan kerja keras kakitangan kerajaan yang selama ini bertungkus lumus untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi,” menurut Abdul Khalid dalam satu kenyataan media.
Abdul Khalid juga memberitahu usaha memastikan bekalan air sentiasa mencukupi ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan penyusunan semula industri perkhidmatan air.
Objektif ini di samping meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bekerja keras dalam memantau status air di dalam empangan.

Kerajaan Selangor Buktikan PR Mampu Tadbir Negara Lebih Baik


KLANG, 21 OKT: Rekod hampir lima tahun pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) membuktikan pakatan tersebut mampu mentadbir kerajaan negara dengan lebih baik berbanding rekod 55 tahun Umno-BN.
Antaranya termasuklah prestasi cemerlang kewangan dan kecekapan pentadbiran Kerajaan Selangor sehingga mendapat pujian Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam Laporan Audit Negara baru-baru ini.
Laporan tersebut antara lain menyatakan simpanan atau kumpulan wang disatukan bagi Selangor telah meningkat sehingga mencecah RM 1.94 bilion pada 2011.
Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding mana-mana negeri yang diterajui Umno-BN.
Selain itu, amalan perbelanjaan secara berhemah oleh Kerajaan Selangor turut membolehkan kerajaan negeri itu membentangkan belanjawan berimbang semenjak tahun 2009 lagi.

Umno mesti keluar BN

1.     Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.

2.     Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

3.     Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.

Hina Islam: Mapim gesa Raja-Raja Melayu bertindak


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon agar Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam di negara ini bertindak untuk menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak berhak untuk memberi komentar yang menyentuh soal hukum Islam di negara ini.
Justeru, Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) menegaskan parti politik seperti MCA sepatutnya diingatkan bahawa mereka jangan menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai hukum Islam yang mereka berhak untuk tuntut dilaksanakan.

Katanya, ucapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam persidangan MCA semalam yang sekali lagi memuncakkan serangannya kepada hukum hudud sangat melampau dan tidak harus dikompromi lagi.

“Hanya beberapa hari sahaja sebelum ini hanya dengan bersandar kepada sebuah tulisan dalam blog yang tidak dikenali, beliau menuduh bahawa jika hudud dilaksanakan lebih sejuta orang akan kehilangan kerja di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Islam ada kaedah pilih Pakatan atau BN


RANTAU PANJANG: Bagi orang Islam hanya satu kaedah sahaja sebagai panduan untuk memilih antara Pakatan Rakyat dan BN ketika pelbagai kempen politik cuba mempengaruhi mereka sekarang.

Hanya al Quran sahaja panduan bagi mereka. Mana-mana kempen yang selari dengan ajaran al Quran boleh menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ketika musim pilihan raya sekarang begitu banyak sekali kempen cuba mempengaruhi orang ramai terutamanya yang disampaikan melalui televisyen.

“Pendeknya terdapat pelbagai idea dan alasan kedua-dua belah pihak sekarang. Kita  sendirilah  yang terpaksa  membuat kesimpulannya.

“Mujurlah kita ada Quran untuk membuat rujukan dan panduan,” katanya pada ceramah sempena sambutan 22 tahun PAS mentadbir Kelantan di Pohon Buloh, Meranti malam semalam.

Mahathir tidak tolak PRU13 tahun ini...Presiden Malaysia dah beri arahan tue Najib...!!!

SERI ISKANDAR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri berkata, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.
"Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.
Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) boleh menunggu waktu yang sesuai untuk memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat persediaan.

Ibrahim mahu Nik Aziz berdiam diri, cabar bubar Pas..!!! hoi katak lu tutup mulut ah...tak sedar dah kencing PAS...!!!


Datuk Ibrahim Ali SHAH ALAM - Perkasa mendakwa kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang  mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah dalam politik sambil berkata “kita tiru tindakan” Tun Dr Mahathir Mohamad, menunjukkan pendirian beliau tidak konsisten.
Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sifat berdiam diri perlu diambil oleh Nik Aziz bagi mengelak kenyataan-kenyataan yang meragukan banyak pihak.
Menurutnya, Nik Aziz dalam kenyataannya dilihat sering tidak konsisten dan boleh menimbulkan kekeliruan.
"Bubar Paslah... sekarang ini, kenyataan Nik Aziz sering bercelaru, kalau Nik Aziz lebih banyak duduk diam lebih mudah orang Islam nak bersatu.
"Lagi banyak dia bercakap lagi banyak bercelaru, dalam parti dia pun banyak bercelaru.

Soi Lek: MCA tak takut hadapi DAP...!!! macam biasalah penakut kata tak takut hantu..hi.hi..!!!!


Najib
Najib bersama para pemimpin dan perwakilan MCA melaungkan 'Barisan Nasional (BN) boleh' pada perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-48 di Dewan San Choon, hari ini.
Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Perang antara MCA dan DAP berterusan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek petang ini menegaskan bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah takut untuk berdepan dengan DAP.
Katanya, MCA sudah bertarung dengan DAP dalam 10 pilihan raya umum lalu dan rekod terbukti menunjukkan MCA selalu menang.
"Ini bukan kali pertama MCA bertemu DAP, kita pernah seri sekali dan cuma tewas dua kali sahaja.
"Selebihnya, MCA menang terhadap DAP sebanyak tujuh kali," kata beliau pada sidang media selepas menutup Perhimpunan Agung MCA Ke-59 di sini, hari ini.

Dalam Tekanan : Najib seru komponen BN buat persediaan sebelum ‘berperang’...PRU dah jadi peperangan buat BN kini...!!!

 
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak.

Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Hudud: Kenyataan Presiden MCA jejas usaha kerajaan..!!! tak berani nak marah pun...!!!


Shaharol Niza Omar ALOR SETAR - Sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN), Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai Islam hanya berdasarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya oleh individu tidak dikenali.

Bendahari Kehormat Majlis Belia Negeri Kedah, Shaharol Niza Omar berkata, kenyataan itu dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Beliau berkata,  kenyataan itu boleh mengundang salah tanggapan penganut agama lain kononnya Islam adalah agama menindas golongan pekerja sedangkan hakikatnya ia tidak diamalkan dalam perundangan Islam.

“Kita amat kesal kerana ini bukan pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan Islam,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Baiki KOMPUTER Sambil Buka FOLDER Peribadi - Ustaz Azhar Idrus

Ibu ENGGAN Serah Harta Pusaka Pada ANAK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Tukar NIAT Solat Bila Masuk Waktu ZOHOR - Ustaz Azhar Idrus

Nak Berubah TAPI Diperli Kawan - Ustaz Azhar Idrus

Hukum CUKUR Bulu Kening BAYI - Ustaz Azhar Idrus

Sembang UT : Isu Politik Semasa

Sembang UT Wan Aishah Wan Ariffin

Rakyat Bangkit Tuntut Air Percuma - Pengerusi GPRS

Media kerajaan berat sebelah perkara normal - Azman Ujang

MCA : 'Anti-hudud stance won't sour ties within BN'

Masih nak sokong parti cop keris telanjang ?

Walaupun parti ini dulu hebat dan gah, tetapi selepas gelombang refomasi 1998, terselaklah sudah seribu satu macam keburukan oleh para pemimpin mereka. Untuk tidak menyokongnya lagi,   kita tidak perlu berfikir sepuluh kali. Sekali fikir pun dah cukup!    Ini sebab-sebab kenapa kita  jangan lagi menyokong parti ini ,,, 

1.     Ia sebuah parti anak angkat istana ,, almaklum ,  tempat lahirnya di istana !!. tetapi kini sudah telingkup!  maruah entah kemana,  daulah tak usah cerita le!
 
2.     Ia dipimpin oleh keluarga bangsawan yang darah mereka tak sama warna dengan darah rakyat! Lagi pun mereka ini terlebih perihatin dalam menjaga kepentingan anak-anak dan suku-sakat mereka sahaja!   

 3.     Ia sebuah parti keramat orang Melayu,, Tidak mentaatinya akan menyebabkan ketulahan!  Kalau menderhaka apatah lagi,,, Justeru kalau orang Melayu tidak mahu lagi di bangang-bangangkan oleh pemimpin parti ini,, jangan ragu-ragu lagi,, .tinggalkan saja ! pilih parti lain yakni ABU. (asal bukan umno)
   
      Oleh : rahimothman

Masyarakat Cina sertai dialog Negara Berkebajikan PAS


KLUANG: PAS Johor buat kali keduanya mengadakan majlis dialog dengan masyarakat Cina di negeri ini yang dibuat melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Lebih 50 peserta yang terdiri dari kalangan orang Cina di bandar ini menyertai majlis dialog itu.

Dengan diketuai oleh Pesuruhajaya PAS Johor, Dr Mahfodz Mohamad, PAS secara berterus terang dan bersemuka dengan masyarakat Cina bagi menerangkan dasarnya.

"Ini kali kedua kita bua majlis sebegini selepas kita adakan di Johor Bharu sebelum ini untuk zon selatan," kata Dr Mahfodz ketika memberikan ucapan aluan-aluannya di majlis yang dinamakan Dialog PAS dan Negara Kebajikan itu.

Angkara Chua Soi Lek, habislah Umno kali ini


KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

UMNO PENGECUT!!! Chua Soi Lek boleh hina hudud depan Najib, tanda lemahnya UMNO

Presiden MCA, Chua Soi Lek terus menyerang hukum hudud dengan mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hukum Islam itu dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara Islam, namun menggunakan dakwaan dangkal itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.


NONE
"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Najib yang turut mendengar ucapan berapi Soi Lek berkenaan isu hudud kemudiannya memuji pendekatan yang dikatakan sambil menambah ia menaikkan semangat ahli BN menghadapi pilihanraya umum.


Katanya, DAP diperalatkan PAS bagi memenuhi cita-cita tinggi menawan Putrajaya sedangkan MCA yang menolak hudud dilaksanakan tidak dibantah Umno sehingga ke hari ini.

Rakyat sudah sedia pilih Pakatan ganti BN

JOHOR BAHRU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin rakyat di negara ini sudah bersedia untuk bangkit melakukan perubahan dengan memilih Pakatan Rakyat (PR) menerajui kepimpinan kerajaan sebaik sahaja berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan suara rakyat yang dilontarkan kepada PR ketika mengadakan program Ceramah Jelajah Rakyat di seluruh negara termasuk negeri ini berserta Sabah dan Sarawak.

“Najib (Perdana Menteri) kini sudah mula goyang. Sebab apa, sebab Sabah yang beliau kata antara kubu kuat Umno-Barisan Nasional (BN) akan kalah.

“Rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan. Ini semua soal suara keramat dan hasrat rakyat sendiri. Kini, ‘enough is enough’ dan sudah tiba masanya ‘time for change’,” katanya kepada lebih 3,000 hadirin yang hadir ke program Ceramah Jelajah Rakyat di Sutera Mall, di sini, malam tadi.

Mass turnout expected at funeral for slain Lebanese police chief

Syria - Grappling for an Eid ceasefire

Isu Jenayah oleh Kak Wan

MCA in 'war mode'

No turning back if Pakatan ruins Malaysia, warns PM

'Ingat bapak dia punya jet?'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak menjadi kesalahan baginya dan pemipin Pakatan Rakyat untuk menggunakan jet dalam program bertemu rakyat.

Dalam ucapannya ketika bertemu sekumpulan penduduk di Puchong, Anwar secara berseloroh berkata langkah itu juga boleh mengelakkan daripada serangan menggunakan cat dan batu.

"Kita naik bas kena baling cat. Naik kereta kena baling batu. Jadi kita naik jet. Biar mereka tak boleh baling batu. Kalau baling, kena muka mereka balik.

"Memang ada syarikat yang bagi pinjam. Dulu tak bagi. Sekarang bagi sebab dia tahu kita akan menang. Sekarang ada lima syarikat yang nak bagi pinjam," katanya.

Kenyataannya itu bagi mengulas isu jet yang digunakannya ketika program Jelajah Merdeka Rakyat ke Sabah pada bulan lalu.

Isu berkenaan dilaporkan dengan meluas dalam media pro-BN dan dijadikan modal dalam kempen ceramah pemimpin pro-BN – dengan jolokan "Buyjet (Beli jet)" – sebagai sindiran untuk mempertikai belanjawan alternatif Pakatan.

Soi Lek: Countries with hudud are backward

PRU13: BN mahu menang besar, kata Najib...makin tertekan nampaknya 1Najib..!!!


PRU13: BN mahu menang besar, kata Najib KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Rraya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dipetik Bernama,  Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Selepas Umno, Giliran MCA Untuk Sahut Cabaran Kit Siang

JOHOR BAHRU, 21 OKT : Selepas Umno gagal menjamin peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, kini cabaran tersebut dilontarkan kepada MCA pula.
Cabaran ini dilontarkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kepada MCA yang dilihat semakin terdesak untuk menraih undi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
“Mereka (MCA) kata ‘stability over chaos’ .
“Kita minta mereka umumkan tidak akan ada huru-hara jika berlaku perubahan pentadbiran,” katanya di hadapan 6,000 hadirin pada siri Jelajah Merdeka Rakyat semalam.

Hudud: Umno hormati pendirian kaum lain, kata Soi Lek


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek KUALA LUMPUR - MCA menafikan parti itu 'mengawal' Umno terutamanya dalam membuat keputusan tentang pelaksanaan hukum hudud di negara itu seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan baru-baru ini.
Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan tersebut hanyalah pandangan tipikal Nasrudin dan beliau mengulangi ketegasannya supaya isu hudud tidak dipolitikkan.
"Saya rasa saya tidak perlu beritahu semua orang yang Barisan Nasional, yang didominasikan oleh Umno tahu apa yang wajar  untuk gabungan kesepakatan parti ini.
"Umno tahu apa yang baik dan buruk dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Anti Islam : Pembohong besar katakan hudud tidak melibatkan bukan Islam kata Ostad CSL

Chua berkata sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, hubungan antara kaum saling berkait dan saling bergantung antara satu sama lain. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata ia adalah satu pembohongan besar sekiranya ada yang mengatakan hudud tidak melibatkan orang yang bukan beragama Islam. Presiden MCA itu berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, hubungan antara kaum saling berkait dan saling bergantung antara satu sama lain.
“Jika hudud dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada politik, ekonomi, sosial serta pelaburan dalam negara.
“Jika hudud mahu dilaksanakan, maka mereka mahu menutup Genting, mahu menutup kedai nombor ekor, bahkan kini di Selangor tidak ada panggung wayang baru dibuka, cuba kita lihat berapa banyak peluang pekerjaan yang akan hilang?
“Jadi, bagaimana kamu boleh katakan ia tidak melibatkan orang bukan Islam?” kata Chua dalam sidang medianya selepas merasmikan perhimpunan agung MCA yang ke 59, hari ini.

Politik Perkauman Dan Rasis : Melayu sudah muak dengan DAP kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucapa dalam mesyuarat agung MCA hari ini. — Gambar oleh Choo Choo May
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata orang Melayu sudah muak dengan DAP, mencabar parti pembangkang itu yang mendakwa sebagai parti pelbagai kaum untuk bertanding di kawasan Melayu. “Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP... semuanya karut,” katanya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-59 di sini hari ini.
Antara yang hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, dua Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib juga bersetuju dengan Presiden MCA bahawa pemimpin-pemimpin DAP kononnya mengutamakan pelbagai kaum tetapi pada hakikatnya tidak begitu.
“Bersikap demokratik...adakah mereka lebih demokratik daripada kami (BN). Jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz (bekasl naib pengerusi DAP kebangsaan Tunku Abdul Aziz Ibrahim), beliau akan beritahu anda,” kata Najib sambil menegaskan mesej BN ialah perubahan sebenar dan kemajuan pesat sedang berlaku di Malaysia.
“Reformasi hanya sekadar satu slogan,” katanya. — Bernama

Anti Islam : Jangan guna hudud untuk pancing undi, kata Perkasa pada MCA

Perkasa melihat tindakan MCA mengguna hudud sebagai menghina Islam. 

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini memberi amaran kepada MCA kerana menghina umat Islam dengan membangkitkan isu hudud.
“Isu hudud biar orang Islam tentukan. Jika mahu undi bukan ini caranya sehingga menghina dan mempertikaikan agama orang lain. Apakah ini sifat–sifat seorang presiden parti politik?
“Jangan sampai kami gunakan kuasa (mengundi) yang ada pada kami bila tiba pilihan raya,” kata ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi dalam satu kenyataan media.
Tiga hari yang lalu presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek berkata pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan.
Hukuman hudud merupakan salah satu hasrat yang ingin dilaksanakan oleh PAS sekiranya memenangi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Umno BN main isu perkauman untuk rompak hasil negara

SKUDAI 21 Oktober: Politik perkauman sengaja direka Umno BN untuk terus merompak hasil kekayaan negara, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dari dulu mereka tidak berhenti mainkan isu perkauman, sebab apa?, tidak lain hanya untuk memecahbelah keharmonian rakyat.
“Bila rakyat bertengkar, maka mudahlah mereka mengaut keuntungan ekonomi negara ke dalam poket mereka,”
“Untuk mengalih perhatian dari soal ini, mereka api-apikan dengan kata-kata Melayu mesti bersatu, jangan tolong cina,” katanya ketika berucap depan 6,000 hadirin ketika Ceramah Perdana Merdeka Rakyat ke Johor di Sutera Mall, Skudai, malam tadi.
Katanya, tuduhan media arus perdana kononnya beliau dan Pakatan Rakyat menjadi alat kuasa asing, tidak menghalang fokus untuk membebaskan rakyat daripada kezaliman Umno BN.
“Umno BN tiap hari mainkan dalam media mereka konon saya alat Soros, alat yahudi, alat Amerika.
“Tapi saya nak kata dengan mereka, tuduh lah saya apa saja kerana ia tidak langsung menganggu fokus saya untuk membebaskan rakyat dari belenggu kekejaman mereka.

LIDAH BIAWAK!!! UMNO, MCA, GERAKAN sama sahaja



UMNO, MCA dan Gerakan sama-sama 'berlidah biawak'?

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Ramai yang tidak faham isu sebenar mengapa pakatan ahli-ahli majlis PR mendesak Dato' Rasli Basir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatan, lalu mendesak saya membuat penjelasan dalam kolum Harakah. Saya mengambil masa hampir separuh hari untuk mencari sudut fokus yang tepat dan 'selamat' (pada kedudukan saya) untuk menulis tetapi gagal.

Saya memimpin sebuah unit di bawah SUK dan bekerja melaksanakan misi seorang Menteri Besar. Justeru setiap ayat yang boleh difahami maksudnya maka ia membayangkan imej MB. Maka saya membuat ketetapan untuk tidak mengulasnya. Biarlah gerombolan ahli majlis yang diketuai oleh Basir Ismail menjalankan kerja mereka dan saya menjalankan kerja sendiri.

Isu kedua yang kecoh di Kedah ialah isu pelaksanaan Islam yang kemudian mengundang kenyataan-kenyataan kontroversi. Segalanya bermula dengan persepakatan MCA dan Gerakan  Kedah menyerang kerajaan negeri Pakatan dengan menggunakan  isu perkauman. Hampir tiga tahun mereka mengasak dengan isu yang sama iaitu kuota perumahan 50-50,  'kegagalan' membina semula kandang pemotongan babi yang telah diruntuhkan berhampiran kampung Melayu dan dakwaan kononnya PAS memaksa papan iklan menggunakan tulisan jawi. Antara yang membangkitkan isu tersebut ialah Dato' Chor Chee Heung (MP Alor Setar), Dato' Chong Itt Chew (Pengerusi MCA Kedah) dan Tan Keng Liang (Ketua Pemuda Gerakan Kedah).

Perwakilan MCA Sindir Najib Altantuya!


Alangkah indah dan bermakna jika sesuatu temu rapat atau mesyuarat politik membincangkan hal-hal berkaitan dengan dasar negara demi kesejahteraan rakyat yang mengundi mereka dalam pilihanraya.

Bagaimanapun ia tidak berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Malaysian Chinese Association (MCA) yang dirasmikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Najib Altantuya sebentar tadi.

Sebaliknya ia saling tak tumpah umpama dalam Perhimpunan Agung Umno, dalam mesyuarat MCA pun Najib Altantuya terus menjadikannya medan mencerca, mengherdik dan memburuk-burukkan keperibadian pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang.

The power is with the people

Stop blaming the BN government or Pakatan Rakyat for the state of affairs within our nation today. We have to take our fair share of blame too.

Today our people are divided in so many ways. Whether intended or not these divisions reached its peak under Mahathir’s watch because this Umno-led Barisan Nasional government saw in these divisions their way towards consolidating political power and personal wealth for themselves, their families and their cronies.
The rich and the poor. The powerful and the weak. The VVIP’s and the VIP’s. The connected and the not too connected. The privilege and the not so privileged. Those in Umno and those outside Umno. Those in Barisan Nasional and those outside of Barisan Nasional. The Malays and the non-Malays. Royalty and commoners.
Everywhere we look these barriers became obstacles we encountered on a daily basis and caused great hardship and impossible odds to overcome as we go on with our daily lives and the business of trying to earn a decent living.

Anti Islam : Negara amal hudud antara yang 'paling korup' kata Soi Lek



 
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

NONE"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS".

Jemputan ke forum terbuka, “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” 22 Oktober ini


KUALA LUMPUR 21 OKTOBER: Mendepani krisis urus tadbir ekonomi negara oleh BN, orang ramai dijemput hadir untuk mendengar penjelasan lanjut Pakatan Rakyat dalam forum “Bagaimana PR akan membelanjakan wang rakyat?” yang akan diadakan pada 22 Oktober 2012 hari Isnin bermula jam 8 malam ini bertempat di Tingkat 1, Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLCAH).
Forum yang dianjurkan oleh portal maklumat dan berita Roketkini.com bakal menampilkan beberapa panelis yang pakar dan berpengalaman dalam bidang perekonomian iaitu Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dipengerusikan oleh Penganalisis politik DAP Dr. Ong Kian Meng.

Siapa nak rakyat berfikir sebagai gajah?


Seorang lelaki melalui sekumpulan gajah… beliau tiba-tiba henti…

“Bagaimana satu tali nipis yang mengikat kaki depan gajah itu daripada bergerak… Dahlah tak pengikat besi, tiada pagar sangkar… Kalau gajah itu nak lari, bila-bila masa saja, mereka boleh putuskan tali nipis di kaki… tapi mengapa mereka tidak?” bisik hati beliau…


Lelaki itu bertanya kepada pelatih gajah dan bertanya mengapa gajah-gajah tersebut tidak melarikan diri…

“Hahahha… semasa gajah ini kecil, kami dah gunakan tali yang sama untuk mengikat mereka… dan pada masa itu sudah cukup untuk memerangkap mereka… Apabila gajah ini besar, mereka sudah dilatih mereka tidak akan dapat melarikan diri. Mereka masih percaya tali nipis tersebut cukup untuk memegang mereka, jadi sebab itu mereka tak pernah terfikir untuk melarikan diri….,” terang pelatih tersebut.

Belanjawan Pakatan Rakyat boleh benam Bajet BN 2013

Oleh Safar Jumaat
APABILA Pakatan Rakyat membentangkan Alternatif Bajet 2012 – "Ekonomi Rakyat Negara Berkat", dua hari lebih awal dari Pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang merupakan Menteri Kewangan – memberi kesan yang cukup positif.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika memberi taklimat di Parlimen, Rabu lalu menyebut tiada kenaikan cukai dibuat kecuali mengawal ketirisan yang meningkat akibat gejala rasuah dan ketidakcekapan.
Lebih menarik, apabila Anwar menyebut, cadangan untuk menubuhkan PetroSabah, PetroSarawak dan PetroTerengganu – di mana Petronas diminta menaungi syarikat-syarikat ini hingga ia berjaya berjalan sendiri.

Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 1

Tengku Razaleigh - Krisis Perlembagaan 1993 - 2

Rais Yatim - I have changed my MODE

IMBAS KEMBALI : Rais Yatim Bantai TV3 Dan RTM

Anti Islam : Perwakilan MCA gayakan baju-T baru ke AGM

Para perwakilan ke perhimpunan agung MCA tahun ke-59 memecah tradisi parti itu apabila mengenakan kemeja-T berwarna biru – warna rasmi BN – dan bukannya baju seragam putih seperti tahun sebelumnya.
NONEKemeja-T baru itu menonjolkan logo 1Malaysia dan "pilih BN" di bahagian lengan.

Bahagian belakang pula diterakan dengan pelbagai mesej untuk menyerang slogan "Ubah" DAP.

Seorang perwakilan yang ditemui berkata, pendekatan baru itu sangat bagus dalam menghadapi propaganda Pakatan Rakyat kerana "propaganda negatif" itu banyak memberi impak.

Selain itu, baju berkenaan juga dicetak di bahagian belakangannya, antaranya dengan slogan "Katakan tidak pada hudud PAS" dan "Ubah? Bankrap dalam dua tahun".

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi tetamu kehormat bagi merasmikan acara hari ini juga hadir dengan memakai baju berwana biru.

Amboi-amboi Najib.... Seronoknya kena peluk... ?

Kat dalam negara dialah manusia paling hebat... paling terbaik,, kalau tidak masakan boleh menjadi  orang no 1 ...  


Lu orang tengok dan lihat sendiri... seronok sungguh Najib... 

Jadi tak hairan apa yang berlaku dalam negara yng mana ada kaitan dengan negara Uncle Sam ni..

DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang


DAP gesa tindakan ke atas MB Pahang
Kor Ming (kiri) menunjukkan video pertemuan Adnan dengan masyarakat Orang Asli Pahang pada sidang media, semalam.
 
IPOH - DAP Perak menuntut Lembaga Disiplin Umno mengambil tindakan terhadap Menteri Besar Pahang atas kekasaran bahasa yang didakwa digunakan dalam pertemuannya bersama penduduk Orang Asli di negeri itu, beberapa hari lalu.
Setiausahanya, Nga Kor Ming berkata, penggunaan perkataan kasar dan kesat tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin yang menjawat jawatan tertinggi dalam negeri.

Katanya, insiden yang dimuat naik melalui laman YouTube itu agak memalukan apabila ada ketikanya, Datuk Seri Adnan Yaakob mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.      

Pas: Ketua Pemuda MCA bawa politik kuno



Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyifatkan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai pemuda kuno apabila membawa isu lama dalam politik tanah air.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
“Sebagai anak muda, beliau sepatutnya lebih dinamik dan maju dalam membawa politik yang lebih matang. Rugilah MCA ada (Ketua) Pemuda seperti beliau.

 “Beliau mendendangkan lagu lama MCA. Isu agama dan perkauman tidak patut dimainkan. Sebagai ketua, beliau perlu bawa dimensi baru dalam partinya. Kalau lagu lama masih didendangkan macam mana nak pandu arah anak muda masa kini?” soalnya.

Semalam, Ka Siong menggesa rakyat untuk menolak pemerintahan teokratik pembangkang.

Katanya, politik negara kini dalam keadaan yang membimbangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) bercita-cita mengambil alih tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ka Siong tersasar daripada realiti.

“Beliau cukup silap menggambarkan PR seperti itu. Sebagai pemimpin muda, beliau perlu bawa anak muda lebih telus, cekap dan demokratik dalam menyuburkan demokrasi negara, tetapi sebaliknya,” katanya.

Jelajah Merdeka Rakyat Anwar Ibrahim di Skudai Johor

Kelantan vs ATM (3-2) Final Piala Malaysia, Saksikan 5 Gol Yang Menarik

Ingatkan hebat sangat Kerajaan BN Johor!


DARIPADA 546 Sekolah Agama Kerajaan Johor, 170 masih menumpang di Sekolah Kebangsaan, Surau, rumah kedai dan bangunan Ladang.

Salah satu yang saya sempat rakam ialah Sekolah Agama Bandar Putra, Kulai. Muridnya 1,800 orang. Bersesak2 dengan murid yg ramai di bangunan yg tidak sesuai.

Ingatkan hebat sangat Kerajaan BN Johor!

Chua Soi Lek Melampau Hina Hudud! Ini Balasannya!


Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan nampaknya memakan diri!

Lihat saja apa yang terjadi semasa perhimpunan Agung parti itu yang bermula sejak semalam hingga lewat petang ini.

Foto yang dirakam di atas diambil kira-kira jam 11 pagi semalam semasa perwakilan pemuda sedang membahaskan usul menyokong kepimpinan perdana menteri Najib Altantuya dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum akan datang.

Hampir satu pertiga kerusi yang diperuntukkan di dalam Dewan San Choon, tempat persidangan tersebut kosong tanpa dipenuhi seperti tahun-tahun lepas.

Ahli Umno Bakal Sabotaj Parti Secara Besar-Besaran Pada PRU13


Majlis Tertinggi UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan yang tidak ada ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihanraya nanti.
Nampaknya barulah UMNO mula hendak sedar yang penyakit UMNO itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihanraya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap bahagian yang akan membuat laporan online kepada jawatankuasa secara terus.
 Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap UMNO kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.
Mengikut laporan SPRM, seramai lebih dari 1.5 juta ahli UMNO telah mensabotaj BN dalam piihanraya yang lalu dan ahli-ahli UMNO sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihanraya yang lalu dan yang akan datang.

TAK SEMUA orang Cina pandai matematik terutamanya kalau dah BERSAHABAT DENGAN PEMIMPIN UMNO...!!!

iiAAYAAAH !!! LU MANA CEKOLAH LATUK, UTANG MANYAK TATAK BULIH BANKLAP Oiii... KAH KAH KAH !

Gua rasalah beb Datuk Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA ni semasa sekolah beliau TAK GUNAKAN CAPUAH seperti yang selalu di GUNA PAKAI oleh SEKOLAH JENIS CINA... sebab itu BEBAL beliau sama dengan PEMIMPIN UMNO... kah kah kah... ada ke HUTANG BANYAK TAK BOLEH MUFLIS... kah kah kah... sekolah mana lah beliau ya beb... sepatut cikgu kat sekolah tersebut DIPECAT 24 JAM kerana mengajar ILMU SALAH atau ILMU SONGSANG... kah kah kah !.
Dulu gua ingatkan ORANG CINA semuanya PANDAI MATEMATIK beb... tapi gua SILAP kerana TAK SEMUA orang Cina pandai matematik terutamanya kalau dah BERSAHABAT DENGAN PEMIMPIN UMNO... nampak GAYANYA pemimpin Umno lagi BIJAK MENIPU hinggakan orang CINA MCA pun boleh TERPENGARUH dengan PERKIRAAN pemimpin Umno... lebih baik lu jangan jadi orang Cina lah LATUK sebab itu kecik punya PERSOALAN pun lu dah TAK TAHU... kah kah kah !.

Malaysia Kita : Ugut rogol, bunuh dua cucu


Ugut rogol, bunuh dua cucu
Suresh (kiri) menunjukkan kepada Hian Wah almari baju miliknya yang diselongkar suspek.
 
SERI KEMBANGAN – “Jangan cakap tipu, mana simpan barang kemas, kalau tidak saya akan bunuh dan rogol dua cucu awak," kata salah seorang daripada lima suspek yang memecah masuk sebuah rumah di Taman Bukit Serdang di sini, awal pagi Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kehadiran suspek disedari seorang penghuni yang tidur di bilik tingkat bawah selepas terdengar pintu biliknya dibuka.

Mangsa, P Amrithal, 55, berkata, suspek dipercayai dua warga tempatan dan tiga warga asing itu terus memaksanya memberitahu kedudukan peti besi dan bertindak memukul serta mencekiknya.

Amrithal mendakwa, suspek kemudian mengoyak baju tidur cucu dan anak saudara perempuannya yang masing-masing berusia 11 dan 20 tahun.

Malaysia Kita : Buat maksiat di hotel bajet


Buat maksiat di hotel bajet
Pegawai Penguat Kuasa Syariah Dungun merampas sehelai seluar dalam milik pasangan terbabit untuk dijadikan bahan bukti kes selepas menahan pasangan berkenaan pagi kelmarin.
 
DUNGUN - Keghairahan seorang pelajar kolej untuk pulang bercuti ke kampung bersama teman lelaki bertukar detik hitam apabila dia dicekup pihak berkuasa ketika berada di sebuah bilik di hotel bajet, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, 20, yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan dikatakan baru menamatkan peperiksaan akhir dan datang ke bandar ini untuk menemui teman lelakinya sebelum bercadang pulang bersama ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang.

Di sebalik cerita Kedah Corp Bhd & Papua New Guinea

oleh Muhammad Sanusi Md Nor
Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).
1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah.
2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70% kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.
3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah menjerut dirinya dalam percanggahan apabila beliau mengatakan di Parlimen semalam bahawa bukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) Hong Kong yang membersihkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman daripada kes rasuah wang ‘seludup’ RM40 juta dari Hong Kong pada Ogos 2008.
Menjawab soalan tambahan oleh Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai, Nazri berkata di Parlimen semalam:
“Yang Berhormat bercakap tentang wang yang dibawa masuk daripada Hong Kong. Saya hendak sebut di sini itu bahawa siasatan yang dijalankan bukan daripada SPRM. Siasatan dijalankan oleh ICAC iaitu Hong Kong yang terkenal dengan penyiasatan without fear or favor. ICAC telah pun menyatakan itu bahawa tidak ada kes rasuah di sini. Soal sumbangan kepada mana-mana pertubuhan pun tidak ada kesalahan. Kalau macam mana-mana parti pun hendak menerima wang tidak ada kesalahan, boleh terima orang hendak sumbang bagilah, apa salahnya.”
Akan tetapi, Nazri menceritakan perkara yang berlainan dalam jawapan bertulisnya kepada Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chan minggu lepas berkenaan perkara yang sama iaitu:
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan UMNO Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

EU kutuk rancangan Israel


EU kutuk rancangan Israel
Pembinaan haram juga mula dibina berdekatan bandar Har Homa.
 
BRUSSELS - Perwakilan Tinggi Kesatuan Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton, menyelar tindakan Israel membina kira-kira 767 unit rumah baru di kawasan Tebing Barat.
Dalam kenyataannya semalam, pembinaan itu terletak antara Baitulmaqdis Timur dengan Baitullaham di Tebing Barat.
“Mustahil rancangan ini boleh diteruskan kerana ia menyalahi undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, EU berulang kali menggesa Israel segera menamatkan semua aktiviti penempatan di Tebing Barat selaras dengan perjanjian di bawah Pelan Tindakan Antarabangsa.

Libya still not free on Gaddafi death anniversary

Israeli navy seizes European Gaza aid ship

Lebanese fear bombing means Syrian conflict has spilled over

Tensions mount as Lebanon mourns victims of bomb attack

Lebanon blast stirs fears of return to violence

TGNA - Nak Jadi Menteri Sangat Tapi Budus, Jahil Serta Tak Pandai

Final Piala Malaysia: Kelantan Juara

Celoteh Santai Bersama Abby di Bukit Payong

Final Piala Malaysia : GAMBAR YANG PALING SEMPOI DAN COOL!!!!


Inilah pada hemat dan pandangan admin gambar yang paling cool dan sempoi yang berjaya dirakam di dalam Stadium Shah Alam, Selangor,  jika ianya bukan di edit dan superimpose sempena pertandingan akhir Piala Malaysia 2012 yang berkesudahan Kelntan menang dengan menewaskan ATM 3 gol berbalas 2.

Tahniah kepada pasukan Kelantan dan syabas serta tabik spring kepada rakyat Kelantan yang berani menzahirkan dan meluahkan apa yang terpendam dilubuk hati mereka apabila, jika benar mengibarkan kain rentang berbunyi:- "TAK NAK NAJIB"

Kain rentang ini jika asli sudah pasti mampu dilihat dari semua sudut didalam Stadium Shah Alam.

UMNO TUMBANG... ISLAM DAN MELAYU GEMILANG DAN RAKYAT HIDUP SENANG!!!

Tambang teksi akan dinilai semula berikutan kenaikkan kos operasi

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Tambang teksi bandar sedang dikaji semula kerana kenaikan kos operasi seperti bahan api dan alat ganti walaupun Putrajaya memperkenalkan perkhidmatan bas metro percuma dan projek My Rapid Transit (MRT) bernilai berbilion-bilion ringgit untuk memastikan perjalanan yang berpatutan bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang, kata pengatur industri, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, kos yang semakin meningkat, iaitu harga petrol, gas asli dan alat ganti adalah “jalan keluar”, sambil menambah bahawa pemandu teksi mempunyai sebab untuk menaikkan harga tambang.
Putrajaya baru-baru ini memberi baucar RM520 dalam untuk satu set tayar bagi 80,000 teksi yang dianggarkan di seluruh negara.
Walaupun begitu, 300 pemandu teksi membantah di bandar ibu negara dua minggu lalu terhadap saman trafik yang diterima dan perkhidmatan bas percuma di sekitar kawasan membeli-belah utama Kuala Lumpur di Bukit Bintang.