Sabtu, 20 Oktober 2012

Anti Islam : Orang Cina takut dengan hukum hudud, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata kempen anti hudud MCA sangat berjaya, dengan orang Cina semakin sedar tentang kemungkinan undang-undang Islam itu dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.
Presiden MCA itu berkata pengundi Cina kini lebih menyedari isu tersebut bukannya "main-main" tetapi mungkin menjadi realiti sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
"Saya boleh katakan orang Cina menyedari terhadap kemungkinan hukum hudud dilaksanakan. Mereka juga sedar bahawa DAP telah menipu bahawa hukum hudud tidak akan melibatkan bukan Islam.
"Kebanyakan orang Cina kini sudah sedar, saya pasti," kata beliau dalam sidang media di Wisma MCA hari ini.
Dr Chua (gambar) telah memberi respon terhadap kempen anti hudud MCA telah memberi kesan kepada pengundi Cina.

Anti Islam : Soi Lek bersetuju PAS galakkan rogol wanita bukan Islam..!!! Tuduhan dan fitnah melampau MCA kepada PAS..!!!

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini bersetuju dengan pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam, dengan berkata bahawa mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu.
Presiden MCA itu mendakwa dalam ucapan 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak menutup aurat memang wajar untuk dirogol.
"Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.
"Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang perhimpunan agung parti itu esok.

SPR siapkan draf kod etika k'jaan sementara



 
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya telah menyiapkan draf garis panduan dan kod etika tata laku kerajaan sementara seperti mana yang disyorkan oleh jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) penambahbaikan sistem pilihan raya.

Katanya, garis panduan setebal empat muka surat sebagai panduan kepada kerajaan sementara termasuk di negeri Pakatan Rakyat supaya tidak menyalahgunakan kemudahan awam dan harta termasuk pihak berkuasa tempatan.

"Di Australia, mereka memang menghormati peraturan kerajaan sementara. Tidak menggunakan harta awam, media awam, pejabat awam, kakitangan awam, yang ada awam, awam ini, jangan pakai.

"Mereka menghormatinya. Kerana kita tidak serius perkara ini, rakyat tidak menekan perkara ini, sehingga PSC dan sekarang rakyat sudah menyentuh perkara ini. Dan rakyat telah membuka mata.

"Jadi kita telah menyiapkan garis panduan kerajaan sementara, dan kami mesti duduk berbincang dengan kerajaan satu demi satu," katanya.

Kelantan juara Piala Malaysia 2012


Piala Malaysia
Penyokong Kelantan meraikan gol pasukan itu. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia
Asakan pemain ATM di kawasan pintu gol Kelantan. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia
Pengadilan kad kuning ke atas pemain Kelantan. - Foto Sinar Harian
Piala Malaysia
Suasana dalam Stadium Shah Alam ketika perlawanan ATM-Kelantan bermula.
penyokong pasukan Kelantan
Sebahagian daripada penyokong pasukan Kelantan. - Foto Sinar Harian Rosli Talib, Safwan Mansor, Khiru Shaleh Abdullah dan Zulfadhli Mohd Saki
penyokong pasukan Kelantan
Sebahagian daripada penyokong pasukan Kelantan. - Foto Sinar Harian Rosli Talib, Safwan Mansor, Khiru Shaleh Abdullah dan Zulfadhli Mohd Saki
Angkatan Tentera Malaysia
Sebahagian daripada penyokong pasukan Angkatan Tentera Malaysia. - Foto Sinar Harian

KEDUA-DUA pasukan yang berentap di medan akhir Piala Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan terikat seri 2-2 selepas 90 minit masa penuh perlawanan selesai.
Bagi menentukan siapa juara Piala Malaysia edisi 2012 sama ada ATM atau Kelantan, perlawanan ditambah 30 minit.
Di babak pertama masa tambahan, Kelantan menambah satu gol untuk mendahului ATM.
Berikut kedudukan jaringan:

ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61
Indra Putra minit ke-95
Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49

BERITA TERDAHULU:
Kelantan semakin menghampiri misi treble musim ini apabila sedang mendahului 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.
Persaingan merebut Piala Malaysia - piala berprestij arena bola sepak negara ini - sedang berlangsung. Kelantan turun dengan misi mahu menghimpunkan gelaran ketiga misi ini manakala ATM mahu menjulang piala ini buat julung kali.
ATM  hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya. Bagaimanapun, sepakannya tersasar.
Selepas itu, ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi  percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.
Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan  Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun  pada minit keenam.
Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi, tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.
Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Tandukkan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi, pada minit  ke-13.
Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai oleh Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.
Begitupun, serangan menerusi Indra Putra, dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.
Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang Norshahrul berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Kenapa susah sangat nak buat Sekolah Agama?

LAPORAN Audit Negara 2011. Sekolah Agama Kota Masai (Tempat aku laa....) Bangunan sekolah di atas rumah kedai, Walaupun sekolah Agama telah dibina tetapi tidak... 


Walaupun sekolah Agama telah dibina tetapi tidak dapat menampung pelajar yang ramai. Sekolah Kebangsaan boleh buat 2 buah iaitu di jalan Jambu dan di Jalan Tembikai, tetapi kenapa susah sangat nak buat Sekolah Agama.
Untuk Pengetahuan yang kurang faham, ini adalah Laporan Audit Negara., saya hanya menyampaikan saja sebab benda2 macam ni memang tak kluar TV atau Radio..., sebelum nak marah2 kat Pembangkang di johor marahlah Laporan ini..




Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Pemimpin Terulung Dunia Islam


HARI INI , 20 Oktober 2012 bersamaan 4 Zulhijjah 1433H, genaplah usia Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menginjak ke angka 65 tahun. 

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang merupakan antara pemimpin besar dunia Islam yang berjiwa kental & bersemangat tinggi dalam memperjuangkan Daulah Islamiah di bumi bertuah bernama Malaysia pada hari ini bagi menentang kebobrokan agenda serta dakyah tinggalan penjajah kolonialis yang masih diamalkan sehingga kini. 

Memulakan kariernya dengan menganggotai Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1978, beliau tidak menoleh ke belakang, terus memacu dan memimpin jemaah sehingga ke satu tahap yang begitu membanggakan seperti mana saat ini. 

Beliau merupakan seorang negarawan Islam yang dikagumi oleh kawan yang berjiwa murni dan digeruni oleh pihak lawan yang berniat keji. 

Sebagai ketua kepada sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di Malaysia dengan keahlian mencecah lebih sejuta orang dan sebaris dengan pertubuhan Islam dunia seperti Hamas dan Ikhwanul Muslimin, cita-cita murni beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi berteraskan Islam iaitu Amar Ma’ruf Nahi Mungkar sentiasa mekar di sanubarinya. Konsep Negara Berkebajikan yang mahu dilaksanakan beliau, mendapat perhatian bukan sahaja mereka yang berada dalam negara, bahkan mendapat liputan meluas daripada pihak antarabangsa yang mahu melihat negara idaman bagi setiap umat itu menjadi suatu realiti. Hal ini menyebabkan semakin ramai daripada kalangan mereka yang bukan beragama Islam semakin tertarik dan menyatakan minat untuk bersama Parti Islam, suatu perkara yang boleh dikatakan mustahil pada dekad yang sebelumnya.

Soi Lek: Greater fear of hudud among Chinese today

KUALA LUMPUR, Oct 20 – Datuk Seri Dr Chua Soi Lek appeared to suggest today that MCA’s anti-hudud campaign has been successful, saying that there is greater awareness and fear among the Chinese community today over the possibility of the Islamic law being being implemented should Pakatan Rakyat (PR) wrest federal power.
The MCA president (picture) said Chinese voters were now better aware that the issue is not just for “play-play” but would likely turn into reality should the federal opposition pact take Putrajaya in the coming polls.
“I would say that a lot of Chinese are better aware of the possible implementation of hudud. They are also aware that the DAP has been lying when it said that hudud will not affect the non-Muslims.
“More Chinese are now aware. That, I am very sure,” he told a press conference at Wisma MCA here after chairing a special briefing with party delegates ahead of tomorrow’s annual general meeting (AGM).
Dr Chua was responding to a question on how far he felt MCA’s anti-hudud campaign has reached the Chinese community.

Negara akan bankrup – Ekonomi akan tenggelam – Belanjawan Negara 2013


KUALA LUMPUR – Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara.
MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara.
Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan.
Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama.
Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion.
Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.
Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada  26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK.

Sektor pendidikan sebagai perniagaan RM500juta musnah


KUALA LUMPUR – Umno BN menjadikan sektor pendidikan sebagai perniagaan menyebabkan kira-kira 25 hingga 50 peratus peralatan bernilai lebih RM500 juta bagi projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dapat digunakan lagi akibat rosak.
Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pimpinan  Umno BN memperniagakan pendidikan bagi mengisi poket mereka sehingga mengabaikan kepentingan pembelajaran pelajar.
“Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana mereka jadikan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk digunakan dalam projek PPSMI untuk tujuan bisnes dan bukannya untuk mendidik murid serta pelajar,” katanya ketika dihubungi.
Demikian respon beliau berhubung laporan akhbar hari ini menyatakan kurangnya penyelengaraan dan kelemahan pentadbiran kerajaan menyebabkan banyak peralatan ICT yang dibekalkan untuk sekolah terabai bernilai lebih RM500 juta.

Bahaya – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion

KUALA LUMPUR – Hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.
“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain untuk membayar hutang juga akan terjejas.
“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.

RM147 Billion tidak dapat dikesan – Siapa yang nak bertanggungjawap BN atau Najib

Mengikut laporan Sinar Harian, RM147 Billion tidak dapat dikesan. Alangkah baiknya duit yang hilang itu digunakan untuk memberi pendidikan percuma dengan mansuhkan PTPTN sebanyak RM5 Billion. Baki RM142 Billion lagi, banyak perkara dapat dilaksanakan untuk manfaat yang lebih berfaedah kepada rakyat

CASTE Adakan Kempen Pupuk Kesedaran Memilih Kedai Makan Bersih


SUBANG JAYA, 20 OKT: Dalam meningkatkan kesedaran orang ramai, sekumpulan anak muda telah memulakan kempen advokasi tentang pentingnya memilih kedai makan yang bersih sebagai tempat menjamu selera.
Kempen yang dinamakan Projek CASTE (Creating Awareness In Society About Terrible Eateries) ini diadakan berikutan berlakunya beberapa kes kerancunan makanan di kawasan Subang Jaya semenjak dua tahun lalu.
Antara aktiviti yang diadakan oleh kumpulan enam anak muda itu termasuklah bertemu orang ramai di beberapa restoren yang mengambil bahagian untuk memberikan penerangan dan risalah berhubung isu kebersihan kedai makan.

Canada bars Petronas bid for Progress


TORONTO, Oct 20 — Canada blocked Malaysian state oil company Petronas’ C$5.17 billion (RM15.8 billion) bid for gas producer Progress Energy Resources Co yesterday, a surprise ruling that could have implications for a much bigger offer by China’s state-owned CNOOC for oil producer Nexen Inc .
“I can confirm that I have sent a notice letter to Petronas indicating that I am not satisfied that the proposed investment is likely to be of net benefit to Canada,” Christian Paradis, Canada’s minister of industry, said in a late-night statement.
Petronas has up to 30 days to make additional representations that could make its deal more palatable. Petronas said it was not ready to make any comment.
“Due to the strict confidentiality provisions of the (Investment Canada) Act, I cannot comment further on this investment at this time,” Paradis said.
The Petronas bid for Progress had not been expected to run into hurdles in a review process that asks the government to examine whether a deal is of “net benefit” to Canada.
But the deal attracted a lot more attention and scrutiny after oil major CNOOC Ltd made a C$15.1 billion bid for Canada’s Nexen Inc.
Earlier this month, Canadian Prime Minister Stephen Harper said China’s “very different” political and economic systems were a concern as his government decides whether to approve the CNOOC bid.
Some members of Canada’s governing Conservative Party are wary of the CNOOC offer, in part because of what they say are unfair Chinese business practices.

Groups call for UNITED FRONT in Johor to send UMNO packing!

Groups call for UNITED FRONT in Johor to send UMNO packing!Two non-governmental organisations in Johor have called for the creation of a united front comprised of individuals, NGOs and political parties to boost efforts to consign UMNO and BN "to the dustbin of history".
"This democratic united front includes the three parties in Pakatan Rakyat, i.e. Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) and Democratic Action Party (DAP) as well as all parties, including Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Human Rights Party (HRP), etc., NGOs and individuals from all walks of life who are opposed to the UMNO-BN rule," said a joint statement issued today by the Johor chapters of Friends of Suaram and Hindu Rights Action Force (HINDRAF Makkal Sakthi).
The groups expressed support for the 20-point “Civil Society General Election Demands”, saying the demands are suited to the issues in Johor, and can be summarised in three points called "the Johor Demands".
These include the elimination of racial discrimination, an end to corruption by government agencies, and the protection from "wanton land acquisition", namely the controversial Pengerang Integrated Petroleum Complex project.

HIPOKRASI : SOROS, FITNAH MENJELANG PRU 13...HATI-HATI DGN TAKTIK MAHATHIR...PENIPUAN YG DIULANG TAYANG, AKHIRNYA MENJADI KEBENARAN....


Perjumpaan Najib Razak dan George Soros di New York pada 2010 lalu dikatakan membuka pekung baru hubungan Melayu-Yahudi di kalangan ahli politik pemerintah. Namun Soros bukanlah sesuatu yang benar-benar baru menjelang pilihanraya umum (PRU). Isu Soros pernah dimanipulasi secara licik oleh Dr Mahathir dan konco-konconya ada tahun 1998. Kononnya saudagar matawang itu bertanggungjawab menjatuhkan ekonomi Malaysia ketika krisis matawang Asia 1997-1998. Soros juga didakwa sebahagian daripada komplot Yahudi sedunia untuk memusnahkan ekonomi negara-negara Islam. Tuduhan konspirasi Yahudi kemudiannya dikaitkan dengan Menteri Kewangan ketika itu, DS Anwar Ibrahim. Beliau difitnah kononnya sengaja mensabotaj ekonomi Malaysia dalam krisis matawang bagi tujuan membenarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) masuk menjajah. Fitnah disebar luas menerusi akhbar arus perdana pro UBN dan diulang selama berminggu-minggu.

Fakta! 97.5% Rakyat Malaysia Tolak Kamera AES JPJ Barisan Nasional!

KAMERA AES DARI JPJ DAN KERAJAAN BN
UNTUK MENJAMIN KEWANGAN RAKYAT
MASUK POKET KAUM BANGSAWAN.
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL!
KERANA MEMAHAMI ASPIRASI RAKYAT.

kerajaan persekutuan dibawah kendalian Barisan Nasional
berkata bahawa kerajaan TIDAK AKAN memansuhkan akta AES
kerana iainya bertujuan mendidik PENGGUNA JALANRAYA
dan bukannya bertujuan MENGAUT KEUNTUNGAN MAXIMA
RM beribu juta untuk kroni seperti yang di gembar gemburkan oleh Pakatan Rakyat

JPJ yang ''mewakili'' dan menjadi juru cakap kerajaan BN berkata sebanyak
63,000 gambar telah di tangkap di 21 lokasi AES hanya selama 8 hari.

rakyat pula mengkritik bahawa JPJ di bawah Barisan Nasional tidak memasang
kamera AES ini di kawasan maut tetapi di kawasan lapang dan jalan yang luas
yang lurus yang hanya boleh di bawa 35kmj hingga 70kmj saja!

Pakatan must endorse Johor Demand

The Johor Friends of Suaram and Hindraf Makkal Sakti said only then will Pakatan get their electoral support.

GEORGE TOWN: The Johor Friends of Suaram and Hindraf Makkal Sakti have come up with a Johor Demand and wants Pakatan Rakyat to endorse it.
They say Pakatan must endorse it, if they want their electoral support in Johore In a joint-statement here today, Friends of Suram coordinator, Ang Pei Shan and Hindraf’s Y Mohan said Johore Demand constituted three major demands: racism, “nationalisation” of alien workers and Pengerang.
Mohan said the NGOs would want pre-election commitment from Pakatan to implement their demands if the coalition took over power in Johor or Putrajaya.
Yesterday, he said, the Johore Demand was submitted to the state branches of DAP, PKR and PAS.
“Our support for next general election must be on a win-win strategic alliance,” Mohan said.
The NGOs’ main demands were:
  • Elimination of all racial oppression and work towards equality for all ethnic groups.
  • To protect Johorean rights and interests in land acquisition under the Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) project.
  • To repeal  Article 153 of the Federal Constitution, the New Economic Policy (NEP), Bumi quota and Section 17(1) of the Education Act 1996 to achieve unity, social harmony and prosperity of the country.
They said the unequal provision in Article 153 had given a legal basis for UMNO-dominated Barisan Nasional ruling elites to practise institutionalised racism, create two classes of citizens of Malays and non-Malays.

Anti Islam : Heng tuduh Nik Aziz benarkan rogol non-Muslim..!! Satu penghinaan MCA terhadap Tok Guru..???

NONE
Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Bercakap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur hari ini, Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.

"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.

"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng, di hadapan 1,032 perwakilan.

KANTOI! Kanada TOLAK Tawaran Petronas!


Perkembangan terbaru yang dipetik dari agensi berita antarabangsa, Reuters ini pastinya akan menambah tekanan buat pentadbiran perdana menteri Najib Altantuya yang kini terdesak mencari sumber minyak dan gas negara yang kini semakin menyusut ke paras krtikal sejak beberapa tahun lalu.

Kerajaan Kanada telah menolak tawaran syarikat gergasi minyak milik Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi bidaan pembelian ekuiti Progress Energy Resources Corp (Progress)  sebanyak CAD5.17 bilion (RM15.8 bilion) yang boleh menyebabkan implikasi besar bagi simpanan rizab minyak dan gasnya di luar negara, yang mana negara itu kini melihat cadangan daripada Nexen oleh China National Offshore Oil Corporation (CNOOC) milik kerajaan China lebih baik.

"Saya boleh mengesahkan bahawa saya telah menghantar surat notis kepada Petronas yang menunjukkan bahawa saya tidak berpuas hati bahawa pelaburan yang dicadangkan adalah tidak mungkin menjadi faedah bersih ke Kanada," kata Menteri Industrinya, Christian Paradis (gambar) dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Rupanya Soi Lek dah agak Najib nak kata lagu ni...

Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Di sebalik majlis pengijazahan universiti


Majlis pengijazahan tinggi martabatnya dalam tradisi keilmuan di seantero dunia.

Dalam majlis menyambut kejayaan penuntut dalam bidang masing-masing ini, graduan akan menyarung jubah dan diletakkan di atas kepala topi akademik (mortar board).

Dan kemudian siap sedia untuk menerima segulung ijazah daripada universiti.
Namun begitu, kini ramai yang beranggapan bahawa etika pemakaian dan pengijazahan ini hanyalah upacara rasmi universiti tanpa ada makna pengiktirafan ilmu.

Ada juga beranggapan bahawa ia upacara yang dicedok sepenuhnya daripada Barat. Jika begitu, dari mana asal tradisi ini dan apakah semangat di sebalik pemakaian topi akademik, jubah dan penerimaan ijazah?
Saya terpanggil untuk menerangkan secara ringkas empat aspek utama dalam majlis pengijazahan universiti yang perlu dihayati setiap graduan supaya berbekas dalam hati sanubari bahawa mereka sebenarnya membawa tanggungjawab yang berat.

Mereka memikul amanah guru untuk menyampaikan ilmu mereka kepada orang lain di samping menghargai sumbangan tamadun Islam dalam membentuk tradisi keilmuan dunia.
Tradisi pengajian hadis, tafsir
Istilah ijāzah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud "kebenaran atau keizinan yang diberikan oleh guru kepada penuntut untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari" (license to teach).

Tradisi yang asalnya diamalkan dalam ilmu hadis dan tafsir ini dibangunkan sejak abad ke-4 Hijrah atau ke-10 Masihi.

Musa case: Swiss probe continuing

Bruno Manser Fund says the probe into the RM40 million donation to Sabah Umno is ongoing.

KOTA KINABALU: A Swiss government investigation into the mystery donation of   RM40 million to Sabah is still going on .
The Switzerland-based Bruno Manser Fund (BMF) said the case against UBS AG, a Swiss global financial services company operating out of Basel and Zurich, Switzerland, which is linked to the money, is continuing.
Lukas Straumann, director of BMF, confirmed that the investigation launched by the Swiss Attorney General is ongoing.
“It started on Aug 29 and is expected to take a couple of months at least until its conclusion,” he said in a message to his affiliates here.
The statement comes after the Dewan Rakyat was told on Oct 11 that the amount concerned that was seized by the Independent Commission Against Corruption (ICAC) from a Sabah businessman at the Hong Kong International Airport in 2008 was a ‘political contribution’ to Sabah Umno by an unidentified donor.
Minister in the Prime Minister’s Department Mohd Nazri Abdul Aziz in a written reply to parliament on the outcome of the investigation into the affair denied that the seized amount was Sabah Chief Minister Musa Aman’s money.

Gaza-bound ship 'attacked by Israel forces'

Semarak Kemenangan Rakyat , Selamatkan Malaysia

SPR perlu dikaji semula - Abdul Rashid

MCA dearth of new ideas?

Suasana Petang Menjelang Final Piala Malaysia

Final Piala Malaysia: Perkembangan di Stadium Shah Alam


Final Piala Malaysia: Perkembangan di Stadium Shah Alam
Peminat Piala Malaysia dihiburkan dengan persembahan artis di kawasan tepi stadium
 
SEMENTARA tinggal lagi beberapa jam sebelum final Piala Malaysia malam ini bermula, suasana di pekarangan Stadium Shah Alam, Shah Alam sudah mula gamat dengan kunjungan para peminat bola sepak. 5 petang: Pintu masuk telah dibuka dan penyokong mula memasuki stadium. Tapi masih terdapat ribuan penyokong masih menunggu di luar stadium dengan melakukan sorakan yang penuh bersemangat. Beberapa barang yang dilarang berjaya dirampas oleh pasukan keselamatan yang bertugas, seperti pemetik api, botol air, vuvuzela dan air hon.

4.40 petang: Suasana di luar stadium riuh rendah dengan paluan gendang dan jeritan penyokong kedua-dua pasukan.

4.40 petang: Para penyokong ATM dan Kelantan mula menunggu di pintu masuk stadium. Pihak penguasa telah bersiap sedia untuk membuka pintu. Keadaan masih terkawal walaupun ribuan penyokong membanjiri pekarangan Stadium Shah Alam.
4.17 petang: Kelihatan beberapa van ambulans sedang masuk ke dalam stadium dan operasi kawalan keselamatan dipertingkatkan di sekitar stadium.

'K'jaan salah guna telco, spam pengguna'

NONEAnggota parlimen Serdang Teo Nie Ching mendakwa tindakan syarikat telekomunikasi menghantar lima juta pesanan 'spam' sambutan hari merdeka melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan satu bentuk salah guna kuasa oleh kerajaan.

"Maklumat peribadi diberikan atas keyakinan kepada syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk mendapatkan perkhidmatannya, dan tidak harus diguna untuk tujuan lain tanpa persetujuan pemiliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Teo merujuk kepada jawapan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di parlimen bahawa kerajaan menghantar 5,782,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung sambutan hari Merdeka melalui perkhidmatan Celcom, Maxis, DiGi and U-mobile.

Parlimen juga dimaklumkan bahawa ia melibatkan kos sebanyak RM332,599 tetapi ditanggung sepenuhnya oleh syarikat terbabit.

"Walaupun penghantaran SMS itu tidak menggunakan wang pembayar cukai, masih boleh dipersoalkan sama ada pembekal perkhidmatan telekomunikasi melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang dikuatkuasakan pada Jun tahun ini," kata Teo.

Anti Islam : MCA akan terus bangkitkan isu ‘hudud’

KUALA LUMPUR, 20 Okt — MCA akan terus membangkitkan isu hudud untuk memastikan rakyat tidak mengundi Pakatan Rakyat (PR) walaupun ia berulang, bagi menyelamatkan Malaysia dari menjadi negara teokratik Islam.
“Isu hudud ini adalah penting kerana hukum hudud ini bakal mengubah senario negara ini.
“Kita harus menyampaikan mesej ini kepada rakyat, terutama kepada masyarakat Cina bahawa negara teokratik tidak dapat diterima di negara ini,” kata timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas merasmikan perhimpunan agung Pemuda MCA pagi ini.
“Kami akan terus menerangkan kepada rakyat yang kami tidak boleh menerima negara teokrasi dan hukum hudud ala PAS,” katanya lagi.
Menteri kesihatan itu menemplak kritikan bahawa MCA telah mengulang-ulang isu hudud untuk meraih sokongan pengundi untuk memenangi pilihan raya dengan berkata isu tersebut perlu diulang bagi memastikan undang-undang Islam tersebut tidak diadakan di Malaysia.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah ketua pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong.
Wee berkata, dahulu DAP lantang menentang negara Islam yang dimahukan PAS, tetapi ia semakin berlembut untuk menawan Putrajaya.

'SPRM tak sahkan isu dana RM40j Umno Sabah'

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan sumbangan politik RM40 juta kepada Umno Sabah diseludup, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebenarnya masih belum mengesahkannya.

Lim berkata, SPRM belum membangkitkan persoalan sama ada wang itu terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram atau tidak.

Katanya lagi, satu-satunya penjelasan di parlimen, Ketua Menteri Musa Aman dibersihkan daripada dakwaan rasuah kerana wang itu sebenarnya disalurkan pada Umno Sabah dan bukan padanya.

Tiada sebarang penjelasan dibuat sama ada wang tunai dalam mata wang Singapura yang dibawa oleh peniaga balak Sabah Michael Chia daripada Hong Kong pada 14 Ogos 2008 itu diseludup atau wang pengubahan haram.

Justeru, kata Lim, bagaimana perdana menteri atau menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Aziz yang mengulas perkara itu tahu sama ada ia wang pengubahan atau tidak.

Pakatan Rakyat akan ubah polisi kabotaj


KOTA KINABALU: Pakatan Rakyat bersedia mengubah polisi kabotaj yang selama ini menyebabkan harga barangan di Sabah lebih tinggi berbanding semenanjung, jika diberi mandat untuk memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam musa berkata, polisi kabotaj yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini hanya bersifat menguntungkan pihak pengusaha kapal dan bukan rakyat kebanyakan.

"Pada saya ianya bukan kabotaj, tapi sabotaj polisi. Ianya Zalim, tidak berperi kemanusiaan. Kenapa perlu orang Sabah bayar gula, gandum, beras dan lain-lain dengan harga lebih mahal?

"Sebab itu jika Pakatan Rakyat memerintah, saya akan cadang kerajaan peruntukkan RM1 bilion untuk kapal-kapal angkut barangan, supaya harga barang jadi murah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini hari ini.

Polisi kabotaj ini didakwa adalah punca utama perbezaan harga barangan Sabah dengan semenanjung sekaligus memperlahankan dan menyekatkan pertumbuhan ekonomi Sabah.

KLANG : Projek Takungan Air RM 20 juta Dijangka Atasi Masalah Banjir

SHAH ALAM, 20 OKT : Kolam takungan air di Sri Sentosa yang dijangka siap dalam masa 18 bulan mampu mengatasi masalah banjir yang berlaku di Daerah Klang kata ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.
Projek RM 20 juta itu diharap dapat menampung limpahan air jika hujan lebat di kawasan Bukit Naga, Seri Gambut , Jalan Pendamar, Johan Setia, Bandar Putera dan Bandar Puteri.
“Mengikut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah Klang, projek itu akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja,” kata Shuhaimi ketika dihubungi TVSelangor.
Dalam pada itu, Shuhaimi berkata penduduk Johan Setia dan Bandar Puteri yang terjejas akibat banjir semalam sudah kembali ke rumah masing-masing selepas dipindahkan ke Dewan Al-Munirah Rumah Anak-Anak Yatim.

Masalah Kilang Haram Sungai Buloh Selesai Akhir Tahun

SHAH ALAM, 19 OKT : Pengusaha kilang haram di kawasan Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini diberi sehingga akhir Disember ini bagi mendaftarkan kilang mereka secara sah dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Manakala perbincangan akan diadakan dengan tuan tanah tapak kilang-kilang tersebut bagi menukarkan status tanah tersebut dari pertanian ke industri.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, proses pemutihan kilang haram boleh menyebabkan perniagaan bertambah maju dan berkembang pesat di situ.
Menurutnya, pertukaran status tanah dari pertanian kepada industri juga menaikkan nilai tanah dan memberi pulangan yang lebih kepada penduduk yang menyewakan tanah mereka kepada pengilang.
“Kita perlu betulkan sistem yang ada supaya perniagaan dijalankan mengikut cara yang betul.
“Kalau kita tidak betulkan banyak akan menjadi masalah. Perniagaan tidak boleh dijalankan secara efisyen begitu juga sistem pengangkutan termasuk segala aktiviti berkaitan.

Sabotaj Umno: Tindakan pecat serta-merta..!!! ha..ha..ha..ahli UMNO bakal tinggal 100 org jerk...!!!!

PAGOH - Umno telah menyediakan panduan mengenai definisi terperinci perbuatan mensabotaj parti untuk digunakan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun panduan itu akan diperhalusi terlebih dahulu oleh jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin parti sebelum diedarkan kepada kesemua bahagian.
"Semua ini akan diperhalusi oleh jawatankuasa yang dibentuk dan dibantu oleh urus setia ibu pejabat Umno untuk menggariskan perkara-perkara salah laku tadi dan akan kita edarkan kepada semua bahagian untuk dijadikan panduan.
"Umpamanya kalau seseorang  itu bertanding menentang calon Barisan Nasional, itu sudah lebih daripada sabotaj dan pada masa yang lepas kita ambil tindakan pecat serta-merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Pendidikan Johor di Kompleks Sukan Pagoh di sini hari ini.
Muhyiddin berkata pada masa lalu tindakan hanya diambil apabila laporan diserahkan kepada Majlis Tertinggi selepas pilihan raya.
 

Haram undi MCA?

Wah sudah pasti pakar-pakar ilmu fiqah PERKASA tidak lena tidur semalam. Di bawah limpah cahaya lampu, membelek  kitab-kitab turath atau mungkin buku akaun bank untuk menyemak baki, lalu memikirkan apa hukum yang sepatutnya. Tugas ini tentu sekali tidak boleh disandang Ulamak Muda United Malay National Organization. Nama United Malay National Organization mestilah dijaga elok, kerja-kerja kotor hendaklah diserahkan kepada ‘macai-macai’ supaya najis mukhaffafah, mutawassitah atau mughallazah tidak terpalit pada jasad United Malay National Organization, lalu mengundang keliru barisan sendiri.
Nah hari ini tetaplah hati pakar-pakar fiqah itu. Tentu sekali selepas mendapat lampu hijau ‘abang besar’, PERKASA mengumkan fatwa, “Haram umat Islam undi MCA”.  Walaupun Habib mereka Syed Hassan Syed Ali mengatakan mereka telah pun berijtihad dan tentu sekali berjihad mahu memenangkan BN. Fatwa ini terpaksa juga dikeluarkan kerana MCA sudah melampau.

Gangsterisme belia India: Mencari jalan pulang

Oleh: Hafiz Zainuddin

Kegiatan jenayah yang berkait rapat dengan gangsterisme semakin membarah di negara ini apalagi ia berkait rapat pertubuhan-pertubuhan bawah tanah kongsi gelap. Rompakan bersenjata, samun berkumpulan, pembunuhan, pergaduhan, ugutan, rogol beramai-ramai, pengedaran dadah, kutipan wang secara paksa terhadap peniaga-peniaga dan sebagainya adalah perkara biasa yang kita dengar saban hari.
Sejak melepasi era Botak Chin, Batang Kali; Malaysia kini berhadapan dengan kebangkitan gelombang gangsterisme yang menunjukkan penglibatan tinggi di kalangan belia India negara ini berbanding lain-lain kaum.
Di sebalik perasaan takut, marah dan salah-menyalah terhadap pelaku jenayah dan gangsterisme yang makin berleluasa, kita harus mengetahui perkara pokok yang menjadi persoalan mengapa gangsterisme makin berleluasa dan mengapa pula belia India ini terpanggil untuk menjadi sebahagian dari statistik menakutkan ini.
Langkah sumbang kerajaan
Malaysia telah digemparkan dengan pendedahan statistik jenayah seluruh negara yang semakin meningkat biarpun kerajaan berdolak dalik dengan pendedahan mengejutkan perihal pemalsuan data jenayah. Apapun, kita sebagai rakyat lebih tahu perkara sebenar apabila jiran, sanak-saudara dan teman-teman kita menjadi mangsa keadaan yang berlaku.
Disebabkan polemik jenayah dan kaitannya dengan gangsterisme ini semakin membimbangkan. Kerajaan Persekutuan dalam Belanjawan 2013 mereka telah memperuntukkan sejumlah  RM272 juta untuk memperbaiki ‘persepsi’ jenayah melalui pengiklanan.
Pun begitu, ia bukanlah satu usaha yang bijak. Kerajaan telah mengorak langkah sumbang apabila gagal melihat punca isu utama berlakunya jenayah.
Jawatankuasa bertindak tangani gangsterisme di kalangan belia India

'R' dilancar di Sabah, tuntut royalti 20%


KOTA KINABALU:
NGO Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas atau lebih dikenali sebagai 'R' di lancarkan di peringkat negeri Sabah hari ini.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa sempena Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Center di sini.

Turut serta pada majlis pelancaran itu, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong, Naib Pengerusi R Malaysia Abu Samah Hassan, Setiausaha R Malaysia Hishamuddin Ghazali serta Pengerusi R Sabah Nemrone Loveh.

Pemuda Pas: Soi Lek perlu minta maafPemuda Pas: Soi Lek perlu minta maaf


Nasrudin Hassan
SHAH ALAM – Pemuda Pas mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memohon maaf kepada seluruh rakyat di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai hudud.

Ketuanya, Nasrudin Hassan bimbang kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan, boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam.

Menurutnya, orang Islam wajib menerima hukum hudud, manakala bukan Islam pula tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya kerana ia tidak dikenakan ke atas mereka.

“Sehingga kini, belum ada kritikan daripada pemimpin Umno mengenai kenyataan Soi Lek. Saya berharap mufti membuat teguran kepada beliau.

PRU13: Jabatan Penerangan sudah bersedia..untuk menjadi hambe abdi UMNO@BN.!!

Jabatan itu telah lama bersedia dan kini melakukan penyelenggaraan bagi memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik untuk digerakkan apabila perlu.

TAWAU: Jabatan Penerangan Malaysia sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13, baik dari segi tenaga kerja mahupun logistik, kata Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Beliau berkata jabatan itu telah lama bersedia dan kini melakukan penyelenggaraan bagi memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik untuk digerakkan apabila perlu.
Persiapan jabatan termasuk penyediaan maklumat yang hendak disebar kepada rakyat serta program komuniti yang dilaksana secara berterusan, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat warga Jabatan Penerangan Sabah dan taklimat isu semasa, di sini hari ini.
Katanya sebagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawab menyampaikan dasar kerajaan, pihaknya terus meningkatkan aktiviti turun padang bersama masyarakat bagi memastikan rakyat memahami dasar berkenaan termasuk Belanjawan 2013.

UMNO Kedah Buat Tahi, Kerajaan PR Kedah Dipalitkan

Bayar RM2. 5 juta Kepada Kontraktor Tidak Berdaftar

Satu dakwaan berlaku iaitu seorang AJK Umno di Kedah (kiri - gambar suspek dari blog Kedahkini) terbabit dengan pembayaran RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) pada tahun 2010-2011.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut projek yang dimaksudkan ialah Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Bagaimanapun, menurut sumber, individu ini pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“Orang ini adalah AJK Umno Bahagian Kuala Kedah tetapi kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam Umno.

“Tetapi dia merupakan orang kuat bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Komen Bangang Fathul Bari Tentang MCA Hina Hudud

"Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam."

“Analisa ringkas mengenai hukum hudud ini boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan?,” katanya.

** Pelik sungguh kerana MCA yang hina hudud.., Pi mai pi mai akhirnya Pas dan Dap juga yang kena..? Memang cari makan sungguh ulamak ular*** Umno ni.. hehehe..

Nik Aziz: Amal mawaddah, bubar Umno naung dalam satu parti

KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.
“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.
“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.

MCA insists won’t let up on hudud

Liow (centre) said letting up on the hudud issue would lead to its implementation in Malaysia. — Picture by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, Oct 20 ― MCA will continue to pressure Pakatan Rakyat (PR) on the hudud issue, party leaders said today, insisting the old chestnut was necessary to warn voters off the pact and prevent Malaysia from becoming a theocratic Islamic state. “The hudud issue is something very important because hudud law will actually change the scenario of the whole country.
“We have to continue delivering this message to the rakyat, to the Chinese community… that this theocratic state is not acceptable in the country,” MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai told a press conference after opening the MCA Youth annual general meeting this morning.

Suasana Pagi Menjelang Final Piala Malaysia

Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia

CHUA SOI LEK HINA HUDUD

Fitnah Syaitan Terdesak : Ahli kesal cubaan sabotaj DAP

Ahli kesal cubaan sabotaj DAP
Kee Hiong (dua, kanan) dan Samsol (dua, kiri) bersama ahli DAP ketika membuat laporan polis di IPD Kajang, semalam.
 
KAJANG - DAP Parlimen Hulu Langat nafi terlibat dalam mencetak dan menampal pelekat berlogo DAP tertulis 'No Hudud' di bunting program Pas sekitar kawasan Semenyih dan Kajang, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangannya, Lee Kee Hiong mendakwa wujud perbuatan berunsur hasutan dan cubaan memburukkan nama DAP.

“Kita minta polis siasat dan ambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang sengaja mencetuskan isu agama.

“Pelekat tersebut menggunakan logo DAP tetapi bukan dibuat oleh DAP dengan tertulis ‘No Hudud’ di atasnya. Walaupun DAP membantah negara ini melaksanakan hukum hudud tetapi kita menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Kezaliman BN lebih Besar Dari Jasa Kepada Rakyat

Apakah jasa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat itu lebih besar daripada jasa-jasa Fir'aun yang mengambil dan memelihara serta membesarkan Nabi Musa Alaihisaalam, seorang nabi yang diturunkan oleh Allah ke muka bumi?

Persoalan ini menjadi pokok utama ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di surau Tuan Guru Zainal Abidin, di bandar Dungun, di sini pada Khamis malam 18 Oktober.

"Bab jasa ni, macamana (sebagaimana) cerita nabi Musa dengan Fir'aun, nabi Musa ni dipelihara oleh Fir'aun sehingga besar, kemudian nabi Musa melakukan kesalahan membunuh orang,

"lepas itu nabi Musa lari berjumpa nabi Syu'aib di Madyan, duduk disitu selepas 10 tahun, ketika mahu pulang ke Mesir, nabi Musa dilantik menjadi nabi, dan diperintahkan untuk melawan ayah angkatnya Fir'aun,"kata Nik Abduh mencerita kisah tersebut sebagaimana yang termaktub dalam al-Qur'an.

Pas: Presiden MCA tak faham hudud

SHAH ALAM – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek keliru mengenai prinsip dan pelaksanaan hukum hudud kerana Umno tidak memberi kefahaman kepadanya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Umno sepatutnya memberikan penerangan mengenai perkara itu kepada Soi Lek.

“Soi Lek tidak faham mengenai hudud dan dia tidak perlu komen mengenainya. Kita akan melaksanakan hukum ini melalui proses demokrasi.

“Peluang untuk berbahas terbuka luas untuk melihat implikasi pelaksanaan hukum itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Soi Lek bahawa pelaksanaan hudud di negara ini akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak.

Mustafa berkata, pelaksanaan hudud memerlukan persetujuan sebahagian masyarakat dan berharap pelaksanaan tersebut positif.
“Soi Lek boleh memberikan pandangan, tetapi kenyataan tersebut tidak menentukan masyarakat Cina akan faham, sekiranya beliau sendiri tidak faham,” katanya.