Jumaat, 19 Oktober 2012

Memahami Politik Chua Soi Lek

Dulu saya sedikit tidak teralat dan tidak faham kenapa orang Cina boleh swing kepada DAP sehingga lebih 60%  meninggalkan parti terbesar kaum itu yang turut mencapai kemerdekaan 'dibayar' bersama Umno dan MIC. Kita tahu orang Cina sukar untuk meninggalkan apa-apa juga oragnisasi yang boleh menjaga kepentingan mereka. Lama juga saya tercari-cari kenapa orang Cina berubah sikap dan berubah pendirian politik. Terifkir juga kalau-kalau mereka beralih angin menyokong DAP kerana ada strategi sulit mereka untuk menghkhianti Melayu, mereka bermain menusuk dengan orang Melayu.


Chua Soi Lek: Terus asak.
Tetapi setelah melihat kepada sikap para pemimpin MCA dalam menghayati realiti hidup bernegara di dalam negara seperti Malaysia ini baru saya faham kenapa orang Cina berubah pendirian, dengan menyokong Cina oposisi dan meninggalkan parti Cina penyokong kerajaan. Salah satu sebab atau puncanya ialah kerana mereka melihat ada perbezaan besar di antara pemimpin; pendekatan diambil oleh MCA dengan apa dilakukan oleh pemimpin DAP.

Yang jelas nampak pemimpin Cina DAP lebih ikhlas dalam menjalini hubungi dengan orang Melayu menerusi Pas dan PKR. Bukan itu saja mereka juga memahami budaya dan ajaran agama Islam. Lim Guan Eng misalnya menelaah akan budaya dan juga ajaran agama Islam demi mendekatkan bukan saja pentas politik tetapi hati politik antara Cina dengan Melayu. Menerusi penelaaan itu Guan Eng cuba memahami aspirasi orang Melayu dan bukannya memprejudis seperti mana Chua Soi Lek. Dalam erti kata lain Cina DAP mengenali Pas dengan hati manakala Cina MCA mengenali Pas dengan memandang dari jauh di samping terus menerima bisikan "syaitan" Umno. Umno pula double standard dalam hal ini boleh menerima MCA tetapi mengecam DAP.

Najib dismisses claims RM40m Sabah Umno cash was smuggled

KUALA LUMPUR, Oct 19 ― Datuk Seri Najib Razak brushed aside today suggestions that a RM40 million political donation received by Sabah Umno had been smuggled into the country.
The Umno president was asked today by reporters if there was any basis to the suggestion by Pakatan Rakyat (PR) leaders that the money was brought in illicitly.
“No. No. It was already explained in Parliament,” he said when asked about the smuggling allegations.
Yesterday, the Barisan Nasional (BN) government continued to defend Sabah Umno’s RM40 million political contribution from an unknown source, with an Umno minister telling opposition lawmakers to refer to Hong Kong’s anti-graft agency if they opposed the contribution.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, in deflecting criticisms against Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman in the Dewan Rakyat, told the House that it was not an offence for a political party to receive donations from any individual.
“Political donations are not any offence. If we wanted to say it is an offence, we would have enacted laws against it,” he said to uproar from the opposition bench.
“If people want to contribute, let them contribute. What is the problem there?”

Audit : Sekolah agama di Johor tidak selesa, peralatan uzur

Murid ditempatkan di balai raya, surau dan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara. 


PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna.
Menurut laporan itu, oleh kerana bilangan murid yang ramai dan kekurangan bangunan sekolah, Jabatan Agama Johor (JAJ) telah membenarkan penempatan murid dibalai raya, surau dan rumah kedai sebagai tempat pembelajaran sementara.
Sehingga Disember 2011, sebanyak 24 buah sekolah di seluruh negeri Johor masih ditempatkan di pelbagai premis.
JAJ memaklumkan, kedudukan sekolah yang menumpang adalah disebabkan tiada tapak dan penyewaan dilakukan kerana bangunan sekolah yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai. Situasi tersebut menyebabkan murid terpaksa belajar dalam keadaan tidak selesa akibat gangguan bunyi bising dan keselamatan yang tidak terjamin.
Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur.
Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru.

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting

Best Blogger Tips



Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar ( datuk kepada Najib Razak, Hishamudin Hussien Onn), saya dapat menemui Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep saya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian. Ia adalah satu pertemuan yang mesra.

Setelah mendengar cadangan saya itu, Tunku menyatakan kepada saya sememangnya menjadi hasrat Kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali, namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan, sementelah lagi kerana keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan.

Tunku menyatakan kepada saya bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan, satu jalanraya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalanraya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan. Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalamai konfrontasi dengan Indonesia. 

Jika Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Gunung Ulu Kali, ia akan menerima kritikan dari Pembagkang, dan ini akan menjadikan ia satu isu politik. Untuk mengelak kejadian ini, Kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan.

Bajet 2013 memang pendekatan populis Najib-BN, kenapa nak perbodoh rakyat?

Dalam keghairahan rakyat bergembira menerima perkhabaran pemberian pelbagai insentif daripada kerajaan sebagaimana diumumkan Dato' Seri Najib Razak dalam Bajet 2013, terdapat beberapa perkara penting yang menghanyutkan rakyat dengan pengumuman itu.

Peningkatan defisit dan hutang negara serta pemberian "one off" antara perkara penting agar rakyat tidak terjerumus dalam perangkap Kerajaan Umno-BN.
 
Ikuti temubual NYZA AYOB, ADZHAR TAJUDDIN dan  ARIF ATAN dalam wawancara eksklusif pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop di Pejabat Editorial Harakah pada 3 Oktober lalu.
Bagaimana Najib boleh cakap BR1M dan rebat RM200 untuk telefon pintar itu bukan satu pendekatan populis?

Ubah pemikiran sebelum ubah peraturan

Oleh Dr Mohd Asri
Saya terfikir kata-kata ummul mukminin (mother of the believers) Siti Aishah mengenai penurunan (kedatangan) ayat-ayat al-Quran. Kata Aishah: “Sesungguhnya (peringkat) awal al-Quran yang turun ialah surah daripada al-Mufassal (surah-surah pendek bermula dari surah Qaf sehingga an-Nas) yang menyebut di dalamnya tentang syurga dan neraka


Sehinggalah apabila manusia telah kembali (datang) kepada Islam, maka turunlah (ayat-ayat) halal dan haram. Jikalau (peringkat) awal al-Quran turun menyatakan: “Jangan kamu minum arak”, nescaya orang ramai berkata: “Kami tidak akan tinggalkan arak sama sekali”. Jikalau peringkat awal al-Quran turun: “Jangan berzina”. Nescaya mereka berkata: Kami tidak akan tinggalkan zina sama sekali”.

Apa yang Aishah beritahu ialah mengenai pendekatan al-Quran dalam mengubah manusia. Ayat-ayat awal bukan menekan isu halal dan haram, sebaliknya penegasan tentang syurga dan neraka. Dalam erti kata lain membangunkan iman tentang hari Akhirat bahawa setiap insan akan dibalas kebaikan dan keburukan yang dilakukannya. Setelah hal itu mendalam dan dapat dihayati oleh manusia, barulah ayat-ayat berkaitan halal dan haram datang untuk membentuk peraturan syariat dalam kehidupan. Hasil dari pembentukan jiwa yang begitu menghayati tentang konsep syurga dan neraka, maka dengan mudahnya halal dan haram itu dihayati dalam kehidupan manusia ketika itu. Jikalau al-Quran pada awalnya berkempen soal halal dan haram sebelum pembentukan minda dan jiwa tentang Hari Akhirat pastinya manusia akan gagal mematuhi hukum-hakam tersebut.

Asal cenderung pada UMNO, kecerdikan pun hilang

Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Matlamat adalah perkara akhir dan muktamad yang ingin dicapai. Apabila matlamat dicapai, maka berlakulah kesempurnaan pada perkara tersebut. Matlamat hidup manusia tidak beriman adalah pelbagai, mengikut citarasa mereka masing-masing.
Namun matlamat hidup orang beriman cuma satu iaitu mendapatkan keredhaan Allah. Tidak beriman seseorang itu jika matlamat hidupnya bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah. 
Oleh kerana usaha untuk mendapatkan keredhaan Allah itu adalah merupakan suatu perjuangan, maka menyempurnakan suruhan Allah adalah satu kemenangan. Orang beriman yang mampu bersolat, berzakat, puasa dan menunaikan haji dianggap orang yang menang kerana berjaya menewaskan semua cabaran sehingga berjaya menunaikan perintah Allah.
Dalam Islam ada perkara yang menjadi kewajipan individu dan ada pula yang menjadi kewajipan kepada pemerintah, bukan individu. Solat wajib ditunai oleh setiap yang beriman, manakala melaksanakan hukum Allah dalam perundangan serta berlaku adil dalam pentadbiran negara adalah menjadi kewajipan kepada pihak pemerintah secara jamai.
Bagi kewajipan individu, lumrahnya semua orang mampu melakukan. Namun bagi kewajipan pemerintah ia terpaksa pula melalui langkah tertentu. Untuk melaksanakan pemerintahan adil (termasuk hukum hudud) ia perlukan kuasa. Ada pihak berusaha mendapat kuasa melalui 'mata pedang'.
Di Malaysia PAS memilih kaedah muwajahah silmiyyah, menyertai demokrasi untuk mendapatkan kuasa. Apabila ditakdirkan kuasa diperolehi maka PAS baru berjaya mendapatkan alat untuk menyempurnakan matlamat mendapat keredhaan Allah melalui melaksanakan perintahNya. Kalau setakat menang pilihanraya ia belum satu kemenangan untuk Islam. Kemenangan ialah apabila perintah Allah terlaksana; sama ada dalam aspek pentadbiran yang adil atau pelaksanaan undang-undang ciptaan Allah ke atas manusia.

Sampai perlu acu pistol ke kepala?

Oleh Izmil Amri

Khairy Jamalauddin, adalah Ketua Pemuda United Malays National Organisation yang sampai kiamat tidak akan insaf dan menyedari bahawa politik berasaskan kaum itu adalah tinggalan sejarah zaman lampau. Manusia spesis ini tidak akan pernah bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kecuali kalau diletakkan pistol ke kepalanya.
Ya itulah yang disebut Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau yang tampan bergaya dengan kemeja merah jambunya tatkala disoal tentang yang mana lebih dia dahulukan, Melayu atau Malaysia. Sang menantu mantan Perdana Menteri terpaksa mengambil hampir tiga minit untuk sampai kepada jawapan tidak ikhlasnya yang mafhumnya, ‘Kalau diletak pistol ke kepala saya, saya akan kata bahawa saya Malaysian first, kemudian Melayu.’
Macam tu sekali?
Sampai kena acu pistol ke kepala kau Khairy? Sampai macam tu sekali baru kau nak mengaku kau ‘Malaysian first‘?
Dari jauh kita akan mendengar slogan dan logo 1Malaysia saranan APCO kepada Perdana Menteri NAJ1B Razak menangis sayu. Ranaplah harapan kesatuan bangsa dan kemakmuran kaum. Terlihat jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO ini langsung tidak ikhlas dengan jawapannya. Malah saya akan terus terang kata bahawa beliau sebenarnya menipu.
Hadirin yang mengikuti forum anjuran alumnus Chevening itu pastilah tidak terbeli dengan ayat politik Khairy Jamaluddin. Tidak ramai yang bertepuk tangan apabila jawapan tersebut keluar dari mulut Khairy, menegaskan jawapannya kepada soalan sebelum itu bahawa memang ada isu kepercayaan di kalangan rakyat terbanyak terhadap UMNO dan Barisan Nasional.
Tidak sedia, tidak peduli

Guan Eng cadang kerajaan jangan tiru sikap Soi Lek

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER: Tindakan MCA memperlekehkan Laporan Ketua Audit Negara, kononnya laporan tersebut tidak mempunyai impak terhadap sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) harus dibetulkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak.
DAP menggesa supaya isu-isu besar yang diketengahkan laporan tersebut diberi perhatian oleh Perdana Menteri bagi membuktikan komitmen kerajaan BN kepada ketelusan dan akauntabiliti.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyelar tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang memperlekehkan laporan terbabit kononnya laporan itu tidak memberi sebarang impak terhadap sokongan rakyat kepada BN.
“Malah mantan presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat juga telah menyerang penggantinya itu,” ujar Guan Eng.

Audit: 13 GLC tak bayar dividen kepada kerajaan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut kerajaan menjelaskan ke mana perginya wang dividen yang tidak dibayar kepada kerajaan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan hanya 10 dari 23 GLC yang membayar dividen kepada kerajaan.
Pada Laporan Audit Ketua Negara 2010 sebelum ini pula menyatakan sebanyak 37 daripada 47 GLC tidak membayar dividen kepada kerajaan.

"Persoalan terpenting yang perlu kerajaan jawab dan bertanggungjawab ialah ke mana perginya wang itu semua?" kata beliau.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kalau 10 GLC boleh membayar dividen sebanyak RM109.364 bilion kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut, tentulah jumlah yang tidak dibayar lebih besar lagi kerana GLC yang tidak membayar dividen lebih banyak dari yang membayar.

Nurul : ‘Jumpalah peniaga kalau tidak mahu jumpa kami’

Nurul gesa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal berkompromi demi kebaikan bersama. 

KUALA LUMPUR:Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib digesa agar lebih prihatin dan berbincang dengan golongan peniaga di Brickfields.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sepatutnya mengambil tindakan keras. Siapa mahu berniaga begini?
“Ahmad Phesal telah memulakan tugas beliau dengan langkah yang salah. Beliau sepatutnya lebih mesra. Jumpalah mereka jika tidak mahu jumpa kami sekalipun,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media di Brickfields bersama Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun dan golongan peniaga.
Beliau berkata begitu berikutan tindakan DBKL yang melarang peniaga mendirikan khemah niaga di hadapan premis perniagaan mereka sempena perayaan hari Deepavali tidak lama lagi.
Selain itu, DBKL telah memperkenalkan sistem undi langsung untuk memperuntukkan kawasan gerai niaga.
“Selalunya para penjaja dan peniaga berniaga di Jalan Ah Tong tapi sekarang terpaksa pindah ke Jalan Berhala,” tambahnya.

Saya masuk politik bukan untuk jawatan, Saifuddin Abdullah


Saya masuk politik bukan untuk jawatan, Saifuddin Abdullah
Saifuddin: ‘Saya ada kepercayaan saya sendiri dan pendirian saya sendiri’
 
KUALA LUMPUR – Meskipun ditohmah dan dipertikaikan pelbagai pihak kerana pembawakan watak politiknya yang dilihat berbeza dan agak liberal, Datuk Saifuddin Abdullah mengakui bahawa perjuangannya membawa budaya politik baru bukan mudah.
Namun bagi wakil rakyat penggal pertama ini, ia bukanlah satu sebab atau alasan untuk beliau berputus asa dari terus mara ke hadapan.
“Saya ada kepercayaan saya sendiri dan pendirian saya sendiri tentang beberapa perkara yang asas, yang fundamental dan saya cukup yakin ia benar dan selagi ia tidak dibuktikan salah dan saya percaya ia benar, saya akan terus lakukan perkara itu," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini.
Katamya, "sama ada ia dapat diterima atau tidak, sama ada ia akan diterima cepat atau lambat, sama ada ia akan diterima sebahagian atau keseluruhan, pada saya, masa yang akan menentukan."
"Kita hanya perlu lakukan apa yang perlu kita lakukan,” kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.
Saifuddin ditanya cabaran yang perlu dihadapinya apabila sering tampil dengan idea yang berbeza daripada kerajaan sehingga ada yang kurang senang.

Penyelesaian Kes Anak Nazri Menyalahi Undang-undang

SHAH ALAM, 19 OKT : Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan kes serangan pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ‘telah selesai’ disifatkan melanggar integriti sistem keadilan di negara ini.
Menurut Naib Presiden PKR, N Surendran, tindakan Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri itu jelas bertentangan dengan dasar awam dan kedaulatan undang-undang negara.
Beliau berkata, sebarang jenayah mahupun salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pihak seharusnya dibawa ke mahkamah untuk dikenakan tindakan sewajarnya.
“Di bawah sistem perundangan kita, jenayah tidak boleh ‘diselesaikan secara baik’. Dengan mengambil tindakan sebegitu, Hishammuddin boleh dikatakan mungkin bersubahat. Adakah dia berkompromi hanya kerana kes itu melibatkan anak seorang Menteri Kanan Umno?

Haram mengundi MCA, Umno bagaimana?


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan keras Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Ali yang membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbaru Presiden MCA berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

DPPM menganggap Perkasa masih mempunyai iman di hati kerana sanggup mempertahankan Islam dengan mengeluarkan kenyataan keras seperti ini meskipun akan dibenci oleh pemimpin Umno BN serta rakan-rakan NGO mereka yang lain.

Setidak-tidaknya Perkasa berani mengeluarkan kenyataan beramaran tersebut yang pastinya akan menyentakkan pemimpin MCA. Kebenaran perlu ditegakkan meskipun ianya pahit untuk ditelan.

Namun demikian DPPM merasa sedih kerana para pemimpin Umno masih diam membatu dan ‘menikus’ untuk bangkit menegur atau mengherdik Presiden MCA itu.

Umno tidak dakwah Chua Soi Lek isu hudud


KUALA LUMPUR: Kenyataan berterusan oleh pimpinan MCA mempertikaikan hukum-hakam dan perundangan Islam membuktikan Umno tidak menjadikan perkongsian kuasa Barisan Nasional sebagai medium dakwah.


“Walaupun setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam,” kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali (gambar).

Katanya, kenyataan terkini Presiden MCA, Chua Soi Lek dalam satu video blog mendakwa jika hudud dilaksanakan di negara ini, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja adalah satu lagi bukti kegagalan Umno menyampaikan dakwah Islam.


Audit : S'wak bina jambatan RM20 juta ke belukar


 
Jabatan Kerja Raya (JKR) membina Jambatan Batang Strap di Sri Aman Sarawak bernilai RM20.43 juta tetapi melupakan jalan jalan di seberang sungai yang menghubungkannya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Hasilnya, jambatan konkrit sepanjang 182.4 meter itu hanya menghubungkan pekan berdekatan di Pantu dengan belukar di seberangnya.

NONE"Lawatan audit pada 17 Disember 2011 ke tapak projek di Pantu, Sri Aman mendapati projek jambatan konkrit bernilai RM20.43 juta ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan setelah disiapkan disebabkan jalan di seberang sungai sepanjang 10 kilometer untuk menghubung rumah panjang dan sekolah belum dibina," laporan itu dipetik.

Tanpa jalan itu, kira-kira 3,000 penduduk di 23 rumah panjang serta empat sekolah di situ tidak mempunyai akses kepada jambatan untuk menyeberang ke Pekan Pantu.

Pada 7 Mac, jabatan itu dalam maklum balasnya berkata, pihaknya akan mencadangkan pembinaan jalan itu yang dianggarkan sebanyak RM50 juta dalam rolling plan bawah rancangan Malaysia Kesepuluh.

Najib: Dakwaan RM40juta cuba diseludup tak berasas...!!! nafi jerk le...rakyat dah tahu..!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa wujud cubaan untuk menyeludup wang berjumlah RM40juta kepada Umno Sabah.

Presiden Umno itu menjawab soalan pemberita - sama ada dakwaan pembangkang bahawa wang tersebut cuba diseludup daripada Hong Kong adalah berasas.

"Tidak. Hal tersebut telahpun dijelaskan di parlimen," tegasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

Perbendaharaan, SPRM dan PAC perlu Siasat Laporan Ketua Audit Negara 2011

SHAH ALAM, 19 OKT : Perbendaharaan Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) didesak melakukan penyiasatan rapi terhadap isu-isu yang dibangkitkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, perhatian mestilah diberikan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang mungkin dengan sengaja tidak dibawa ke perhatian umum.
Katanya, ia ekoran tapisan awal pemerintah bagi mengelak liabiliti seperti yang berlaku dalam kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan penyalahgunaan wang zakat.
“Laporan Audit 2011 ini menyebut terdapat kajian Jabatan Audit Negara di dalam isu pertukaran saham MAS -AirAsia dan projek Pelabuhan Pendaratan yang gagal dan bermasalah.
“Namun demikian laporan audit tidak membuat sebarang rujukan terhadap kes-kes tersebut, sedang masyarakat awam menuntut suatu ketelusan.

Bekas Amah Rais Yatim dakwa dirinya ‘orang kecil, biar tuhan balas’

KUALA LUMPUR 19 Oktober: Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.
“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.
Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.
“Ketika wawancara, Robengah turut ditanya sama ada beliau pernah diperkosa Rais…beliau jawab, ‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” katanya lagi.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya itu ketika bekerja di Malaysia, seperti mana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007. Bagaimanapun, beliau kemudian  menafikan dakwaan itu dalam satu surat pada 2007 .
Dalam lawatan itu, rumah baru Robengah yang didakwa bernilai kira-kira RM100,000, turut dirakam.
Terdahulu, Jingga 13 dalam kenyataannya mempersoalkan sumber kewangan Robengah untuk membina rumah berkenaan, sedangkan dia hanya dibayar gaji paling tinggi RM500 sebulan ketika menjadi pembantu rumah Rais.

Najib enggan ulas isu hilang kerja kerana hudud

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.

Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.

Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.

Piala Malaysia : Persiapan Penyokong ATM "Helang Rimba"

DBKL backs down on demolition of historic temple

Perbezaan Sambutan Aidil Adha di Malaysia dan Mekah - Salam Selangor

Kerajaan Pusat Gagal Semak Harga Rumah di Selangor - INFO 12

Wan Azizah masak kek keju demi kesedaran isu jenayah

Keluarga remaja mati ditembak polis saman PDRM dan kerajaan Malaysia

Audit : K'tan masih tunggu RM340j lepas serah tanah pada pemaju

NONEKerajaan Kelantan masih menunggu bayaran lebih RM300 juta daripada sebuah syarikat swasta selepas menandatangani perjanjian untuk menyerahkan 1,000 ekar tanah (404.69 hektar).
Audit ke atas perjanjian itu mendapati tanah berkenaan diserahkan walau syarikat tersebut tidak menyerahkan bon jaminan pelaksanaan berjumlah RM15.91 juta kepada kerajaan negeri.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu mendapati, kerajaan Kelantan menandatangani perjanjian dengan Syarikat Liziz Standco Sdn Bhd pada Jun 2002 untuk membangunkan tanah yang terletak di lembangan Sungai Kelantan itu.

Kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut, sebagai ganti kepada projek infrastruktur, tanah dan wang tunai bernilai RM389.09 juta.

Pada November 2011, tanah seluas 716.8 ekar (290.079 hektar) dipindahmilik kepada syarikat tersebut namun  Liziz Standco hannya membayar semula dalam bentuk tanah dan wang tunai sebanyak RM45.68 juga, dengan RM343.41 juta masih tertunggak.

Audit : S'wak runding terus kontrak RM923 juta

Satu syarikat milik Setiausaha Kewangan Sarawak Diperbadan didapati menganugerahkan kontrak berjumlah RM923.03 juta kepada empat firma melalui rundingan terus.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyebut, Sarawak Coal Resources Sdn Bhd menganugerahkan kontrak untuk pengeluaran dan penghantaran arang batu di Mukah – yang menempatkan kawasan DUN Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Kontrak berkenaan dianugerahkan tanpa perakuan daripada setiausaha kewangan negeri, yang ditetapkan untuk kontrak bernilai lebih RM500,000.

Sebanyak 10 kontrak, masing-masing berjumlah antara RM4.42 juta dan RM262 juta dianugerahkan kepada Hock Peng Realty Sdn Bhd, Piritemp Sdn Bhd, Alam Suria Equity Sdn Bhd dan Verde Mount Corporation Sdn Bhd.

Kontrak bernilai paling besar, RM822.4 juta dianugerahkan kepada Hock Peng Realty.

Bagaimanapun, Sarawak Coal Resources dalam maklumannya kepada ketua audit berkata ia "tidak mengetahui" wujudnya pekeliling yang menetapkan sedemikian dan akan mematuhinya pada masa depan.

Audit itu juga mendapati Hock Peng Realty dan Alam Suria tidak mematuhi kontrak dan laporan kesan alam sekitar.

Audit 2011: Kerajaan BN terus seleweng, membazir


Laporan Audit 2011 sekali lagi mendedahkan berlakunya penyalahgunaan kuasa,penyelewengan dan pembaziran yang berterusan berlaku di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Saban tahun laporan audit dikeluarkan dengan beberapa teguran dan cadangan penambahbaikan di dalam tadbir urus kewangan, namun ianya terus berlaku seolah-olah ia tidak diambil berat oleh kerajaan. Ini menunjukkan sikap sebenar kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan dan penbambahbaikan.

Apa yang dibimbangi laporan audit yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara hanya sekadar untuk memenuhi kewajipan sebagai sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawab mengaudit perbelanjaan kerajaan semata-mata dan hanya untuk melengkapkan Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 yang menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti Kementerian/Jabatan serta pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen.
Laporan audit dijalankan melalui 4 jenis pengauditan, antaranya :-
Pengauditan Penyata Kewangan - untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan mengenainya telah
diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

Kerajaan Kedah tangguh pelaksanaan AES

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah mengambil pendirian menggunakan kuasa negeri untuk menangguhkan sementara pelaksanaan Sistem Kamera Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga taklimat dan kajian dibuat ke atas sistem itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Zawawi, keputusan itu dibuat setelah mendengar keluhan rakyat yang tertekan dengan pelaksanaan sistem AES oleh Kerajaan Pusat.

Bercakap kepada Harakahdaily, Phahrolrazi menegaskan, denda dan kaedah yang digunakan dalam sistem AES ini amat membebankan rakyat.

"Rakyat merungut, rakyat tertekan dengan sistem ini.Kita ambil pendirian sama dengan negeri Pakatan Rakyat yang lain untuk tangguh hingga penjelasan membabitkan agensi berkaitan dibuat, dan kajian dilaksanakan," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor.

Malahan pula kata beliau,  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih tidak meluluskan lagi penggunaan atau pemasangan AES di kawasan membabitkan hak PBT di sana.

Who wants to be a millionaire?

To those who still doubt that Umno is the curse of the Malays, try cutting off the links between Umno and these people, and see what happens.

Most people are familiar with the song or TV game show “Who wants to be a millionaire?”. Had that question “Who wants to be a millionaire?” been put to Malaysians in the past, a majority of the rakyat would have responded, “Yes, I would”; but today, in Prime Minister Najib Tun Razak’s prosperous “1Malaysia”, the most likely reply from a Barisan Nasional crony would be a dismissive, “Huh. I’m already a multi-millionaire.”
The secret to success? Being an Umno politician, of course; but entry to this exclusive club is conditional upon selling one’s soul, integrity and mind, to serve a new master – Umno and all it stands for. So, while some Malays mock other religions for being idolatrous, they conveniently forget that they themselves worship the goddess Umno.
Umno uses religion for control. Umno’s brand of Islam is not to make better people out of the Malays, to ensure they live harmoniously with Malaysians of other faiths and to practise the tenets of their religion. Instead, Islam is used liberally in Umno politics, to subjugate and subdue the Malays. Few Malays speak up, because to be seen questioning Umno might be misconstrued as doubting Islam.

PERKASA: Haram umat Islam undi MCA..!!!



 
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.

NONE"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan (kanan).

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA Dr) Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Syed Hassan berkata, walaupun anggotanya tidak akan mengundi PKR atau DAP, pasti terdetik di hati mereka ''pastinya haram bagiku memilih MCA kerana mereka menghina agama Islamku, jadi apa perlu aku keluar mengundi''.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Apa tujuan Soi Lek?

PPD yang beraksi macam 'si anjing Umno'

Aku nak bagi amaram kat Penolong PPD berkenaan, tolong jangan main bangsat, jangan ingat hang sorang saja boleh main bangsat. Dalam PAS belambak dok ada jenis kepala masam yang aku rasa takdak masalah langsung kalau setakat nak pi tunjai muka hang secara berdepan sekali pun.

Harakahdaily melaporkan:  
KOTA BHARU: Isu guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno tidak datang mengajar di sebuah sekolah di Tanah Merah turut berkumandang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun lebih dua tahun.


“Laporan telah dibuat ibu bapa terhadap pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan sehingga sekarang,” katanya pada persidangan Dun. -
Hrkh.
Itu yang terjadi di Kelantan. Aku yakin benda macam tu bukan saja berlaku di Kelantan tapi berlaku di seluruh negara.

Kantoi : Bayar RM2. 5 juta kepada kontraktor tidak berdaftar

Bagaimanapun, bekas MB menafikan beliau AJK Umno.

PETALING JAYA: Satu dakwaan berlaku iaitu seorang AJK Umno di Kedah terbabit dengan  pembayaran RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) pada tahun 2010-2011.
Laporan Ketua Audit Negara menyebut projek yang dimaksudkan ialah Taman Seri Gemilang, Flat seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Seberang Terus, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.
Bagaimanapun, menurut sumber, individu ini pernah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
“Orang ini adalah AJK Umno Bahagian Kuala Kedah tetapi kini dilaporkan melepaskan jawatan) tetapi masih memegang jawatan ad hoc dalam Umno.

Chua Soi Lek timbul isu hudud untuk hadapi PRU 13

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terus membangkitkan isu hudud dengan memperbesarkan apa yang didakwa ancamannya kepada ekonomi negara, mendakwa 1.2 juta rakyat bakal kehilangan pekerjaan jika undang-undang itu dilaksanakan.

Kenyataan terbaharu Chua itu tidak banyak perbezaan dengan kenyataannya sebelum ini berhubung hudud, termasuk mengatakan pelabur asing akan meninggalkan Malaysia sekiranya hudud dijalankan.

Kenyataan Chua kali ini, dengan memetik sumber teks pesanan ringkas melalui telefon, menampakkan isu hudud sengaja ditimbulkan lagi untuk meneruskan kehangatan debat isu ini dalam politik negara.

Dari sudut strategi, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, isu hudud yang menjadi satu isu yang boleh menentukan undi kaum Cina perlu dimainkan lagi untuk kepentingan MCA.

Kejayaan pertama Chua ialah isu ini telah hangat menjadi perhatian di media, dan dijangka akan turut menjadi perhatian khusus media berbahasa Cina, kerana debat ini melibatkan parti-parti mewakili kepentingan Cina.

Protest against temple demolition outside DBKL

Today in History for October 19th

Penjelasan Penang Hill Corporation berikutan teguran daripada Ketua Audit Negara

AES: PAS cadang potong gaji menteri

Swindon kurang kemalangan tanpa AES

Penang : 4 Jabatan Kerajaan Negeri Terima Anugerah 4 Bintang

MCA: After Mega Dinner, Mega Disaster Awaiting

By Koon Yew Yin
It was reported in the Star that several thousand people attended the mega dinner in the Ipoh Stadium, organised by the Perak MCA on 14 October. In his speech, Dr Chua Soi Lek, the MCA President, urged the guests to vote for the Barisan National because it had established a solid foundation dating back to independence. He also said that DAP would not be able to defend the Chinese even if Pakatan Rakyat took over power because it is subservient to PAS and Parti Keadilan.
At the function, Dr Chua presented RM 500,000 to 44 Chinese primary schools and 6 national type secondary schools or Rm 10,000 for each school.
Various thoughts come to my mind on reading the report of the mega dinner. One is of disbelief that the MCA leaders can stoop so low in using public funds for Chinese education in their attempt to win a few seats in the coming elections. But we should not be surprised especially when we look at MCA’s track record in the 2008 general election in Perak where they won only one state and three parliamentary seats.
A Chairman of one of the Chinese schools told me that he did not attend the dinner because he did not want to appear so stupid as to accept the Rm 10,000 bribe to vote for the MCA. Learning from the senior partner, electoral bribery appears to be the main item in the standard operating procedure manual of MCA for the coming election. But unlike UMNO in the Peninsula, and Taib and Musa Aman in Sarawak and Sabah who have billions in their political slush funds, MCA can only throw out crumbs – such is the party’s impotency and poor standing in the BN and governmental system.

MCA: See No Evil, Speak No Evil, Hear no Evil

Salahuddin: Jangan layan suara sumbang pertikai kerjasama Pas-DAP


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM- Pas tidak akan 'ambil pusing' cubaan pihak-pihak tertentu yang terus mempertikaikan kerjasama parti itu dan DAP kerana percaya kesetiaan dalam Pakatan Rakyat (PR) menjadi tunjang utama perjuangan.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya percaya DAP merupakan rakan setia dalam PR dan tiada perkara yang perlu dibimbangkan ekoran kerjasama kedua-dua parti.
"Walaupun ada yang mengatakan DAP anti-Islam, kita tidak pernah ambil pusing.
"Apa yang penting, selama ini kami saling hormat-menghormati dan saling mempercayai dasar perjuangan PR, itu yang paling utama," katanya kepada Sinar Harian Online.
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw kelmarin meminta pihak-pihak terbabit tidak mempertikaikan kerjasama Pas dan DAP kerana perkara itu tidak pernah menjadi batu penghalang untuk mereka terus bekerjasama.

Apa ada di sebalik parti Umno?

Umno memang berbangga kerana menurut ceritanya parti itu dilahirkan di istana Johor  pada 1946, tetapi apakah ia  benar-benar lahir di dalam istana, di luar istana atau ditangga istana??

Tak kisahlah di mana-mana pun,, barangkali yang lebih penting ialah Umno dapat tempias bau istana dan daulahnya. Tetapi pernahkah diceritakan  yang Sultan Johor amat berbangga atau sebaliknya  dengan kelahiran Umno di Istana baginda? wallahhu’alam!  
 
Selama ini dan hingga saat ini  memang Umno sudah terserlah sebagai sebuah parti bangsawan@parti anak beranak. Lihatlah pemimpin besar mereka,,, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husien Onn, Tun Mahathir, dan Tun Abdullah Badawi. Kemudian diwarisi pula oleh keturunan mereka seperti DS Najib Razak.  Dan sepas itu pula sudah pasti  Dato’ Hishamuddin Tun Husien, Mukhriz Mahathir  dan Khairi Jamaludin juga berangan-angan mengidam menjadi pemimpin nombor satu Umno mengikut jejak ayahnda mereka.Soalnya, apakah rakyat masih mahu bertuankan anak-anak bangsawan yang tidak pernah kenal lintah dan pacat,  selut dan lumpur, serta terik matahari itu ?

Memang dah kena dah !! Umno diiktiraf sebagai parti bangsawan  dan dalam masa yang sama Umno juga boleh diibaratkan sebagai parti anak raja. Almaklumlah,, lahirnya di Istana,, maka jadilah Umno sebuah parti yang mempunya dua martabat

Pertama – mertabat anak bangsawan,  yang biasanya mereka ini tidak kenal erti kesusahan. Yang penting bagi mereka  penampilan dan gaya hidup mesti mewah. Maka dengan kerana itu pemimpin Umno berlumba-lumba mendapatkan projek dan mengumpul harta tak kira halal atau haram!!  Bukanlah  pemimpin Umno, kalau tidak memiliki projek disana sini.

Kedua – martabat anak raja. Kalau anak raja tentulah ego mereka tinggi, kerana hidup dikelilingi oleh kemewahan.Bila hendakkan sesuatu mesti dapat !   Kalau kemahuannya tidak dipenuhi anak raja boleh memberontak !  mereka boleh buat apa saja walaupun melanggar tatasusila mahupun undang-undang. Samalah dengan Umno selama ini yang begitu rakus dengan kuasa termasuk mengamalkan budaya samseng !  .

Oleh : rahimothman

Pemuda Pas ajak Pemuda Gerakan berdialog


Ahmad Yahaya
ALOR SETAR - Pemuda Pas Negeri Kedah sedia berdialog dengan Pemuda Gerakan untuk memperjelas isu berkaitan undang-undang Islam termasuk hudud, sekiranya mereka masih prejudis terhadap perundangan Islam.

Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang tidak harus prejudis mahupun mempunyai stigma bahawa setiap garis panduan atau peraturan Islam yang diperkenal di negeri ini dilabelkan sebagai hudud atau undang-undang syariah Islam.

“Keng Liang perlu berfikir dalam konteks lebih luas, peraturan digubal ke arah kesejahteraan dan keharmonian serta meninggikan darjat manusia perlu disokong. Tidak dinafikan, kita berhak bersuara mengkritik atau membantah, tetapi mesti disusuli cadangan penambahbaikan yang lebih efisien,” katanya.

Hudud Cubaan Soi Lek Alih Isu Rasuah BN


SHAH ALAM, 19 OKT : Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek cuba mengalih fokus rakyat terhadap rasuah dan penyelewengan Umno-BN dengan membuat dakwaaan tidak berasas mengatakan seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hukum hudud dilaksanakan.
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berkata, Presiden MCA itu banyak kali memilih mempermainkan isu hudud demi politik sempit MCA.
Tetapi dalam masa yang sama memperlekehkan isu rasuah dan penyelewengan yang ditemui dalam Laporan Audit Negara 2011.
“Dr Chua masih dalam keadaan berkhayal serta ilusi baik (feel good) dan sentiasa mengeluarkan kenyataan yang memutar-belitkan serta mengelirukan.
“Beliau langsung tidak ada keupayaan untuk refleksi diri dalam isu hudud dan pentadbiran kerajaan Umno-BN yang menyeleweng,” kata Khai Loon dalam kenyataan medianya.

Khai Loon berkata, PAS adalah sebuah parti politik yang demokratik, sederhana dan terbuka.
PAS bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dan mendokong agenda reformasi bersama yang tertakluk dalam Buku Jingga.
Perjuangan PAS untuk merealisasikan sebuah Negara Berkebajikan juga disokong oleh semua ahli parti dan rakyat Malaysia.
“Yang mendukacitakan adalah MCA yang masih mempermainkan isu perkauman dan agama untuk mengaut modal politik .MCA rela untuk menjadi alat politik perkauman Umno,” katanya.

SPR nafi dakwaan PAS dan gesa parti politik guna saluran bantahan

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan hari ini menafikan tuduhan yang dibuat PAS dalam akhbar rasmi mereka Harakah yang menuduh SPR tidak melaksanakan tanggungjawab dalam memantau senarai daftar pemilih.
SPR juga menggesa parti politik menggunakan saluran bantahan apabila Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) dipamerkan nanti sekiranya tidak berpuas hati dengan  senarai pengundi di kawasan tersebut.
Isu pemegang pemegang kad pengenalan (IC) sementara disenarai sebagai pengundi yang dibangkitkan naib presiden PKR, Fuziah Salleh dakwa SPR adalah tidak berasas memandangkan semakan  dengan Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan nama daftar pemilih adalah layak untuk mengundi.
“Semakan SPR terhadap no. kad pengenalan pemilih berkenaan, Hasmidah binti Surahbil dengan JPN mengesahkan bahawa beliau ialah seorang warganegara dan layak untuk didaftarkan sebagai  pemilih.
“Berdasarkan semakan borang pendaftaran pemilih Hasmidah didapati  pendaftaran beliau dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) wakil parti politik, iaitu daripada Pakatan Rakyat (PR).  Jadi,  adakah SPR bersengkongkol dengan PPP daripada PR untuk mendaftar warga asing sebagai pemilih?,” kata setiausahanya, Datuk Kamaruddin Baria.
Selain itu, SPR juga membidas dakwaan isu pengundi Sungai Burong dipindahkan ke Pahang seperti yang didakwa oleh Timbalan Pengarah Pilihan Raya, Mariam Abdul Rashid selepas hasil semakan  nombor IC yang didedahkan tidak wujud dalam Daftar Pemilih SPR dan JPN.

PKR: Kes selesai, anak Nazri macam mana?



 
PKR menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan jawapan Parlimen bahawa kes pengawal peribadi anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah selesai.

Ini kerana, kata naib presidennya N Surendran, ia gagal menyentuh tentang siasatan terhadap Mohamed Nedim Nazri.

NONE"Apakah hasil daripada siasatan terhadap Mohamed Nedim bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan?

"Walaupun mengakui perkara itu disiasat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Huseein sengaja tidak memberitahu sama ada Nedim bersih daripada sebarang kesalahan," kata Surendran.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran (kiri) berkata, tanpa mengira kedudukan sosial, semua orang sama di mata undang-undang dan pengawal keselamatan terlibat juga berhak mendapatkan keadilan.

"Kami menggesa menteri dalam negeri mendedahkan segala-galanya fakta sebenar kes itu dan membuka semula siasatan ke atas kes serangan itu," katanya.

Hishammuddin dalam jawapan bertulisnya semalam berkata, kes memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim dan disiasat mengikut Seksyen 160, Kanun Keseksaan.

Bekas amah Rais Yatim didakwa bina rumah RM100,000

KUALA LUMPUR 19 Oktober: Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.
Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.
Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.
“Suami Robengah, Sukiman pula lumpuh sebelah kaki dan tidak boleh bekerja, malah mereka ada dua anak bernama Monica dan Tina yang masih bersekolah,” kata Fariz.
Dalam satu kenyataan media dikeluarkan semalam, Jingga 13 turut mendedahkan bukti gambar rumah berkenaan.
“Rakaman video Jingga 13 dengan Robengah juga menunjukkan sehingga kini beliau masih tidak bekerja,” kata Fariz.
Menurut Fariz, adalah tidak masuk akal jika Robengah tidak pernah menghantar wang kepada keluarganya sepanjang 8 tahun hingga mampu membina rumah sebesar itu, sedangkan jirannya memberitahu rumah Robengah sebelum ini sangat daif.

Sabah, Sarawak excluded from oil panel?

An opposition MP raises this question in Parliament, reminding the government Sabah was still one of the poorest states despite being an oil producer.

KOTA KINABALU: Tawau MP Chua Soon Bui has questioned the exclusion of Sabah and Sarawak in the special committee set up to review the oil royalty for oil and gas producing states.
Chia posed the question during her Budget 2013 debate speech in Parliament recently when enquiring about the progress of the committee that had been quiet ever since Prime Minister Najib Tun Razak announced its setting up on Aug 22.
She said a review of the 5% oil royalty rate paid to Sabah was 36 years old and it was time it was reviewed since much in the country and the world had changed and the right to extract all oil and gas resources found within Sabah in perpetuity was unreasonable.
Sabah, she said, was acknowledged as being the poorest state in the country despite being endowed with rich oil and gas resources and the continued extraction of its wealth was unacceptable.
Chua reminded that Sabah contributed about 25% of petroleum revenue, 12% of gas revenue to the nation which amounted to a large proportion of the RM65.45 billion of oil, gas and tax revenue paid to the federal government.

Increasing crime rate

Saifuddin Abdullah: Usah pertikai kesetiaan saya


Datuk Saifuddin Abdullah KUALA LUMPUR –  Ekoran kenyataannya dikatakan mengundang kontroversi sehingga dilabel mengamalkan politik ‘makan keliling’ kerana kenyataan berkaitan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan George Soros, Datuk Saifuddin Abdullah meminta semua pihak agar tidak mempertikaikan kesetiaannya terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Sebenarnya saya sedih kerana kenapa sampai saya perlu cakap begitu (kesetiaan kepada Umno) sebab ini tidak relevan langsung, tetapi apa boleh buat," kata ahli Majlis Tertinggi Umno ini.
Katanya: "Orang tak akan puas hati. Saya cakap begitu pun ada orang yang masih tidak puas hati. Jadi apa yang boleh saya buat?"
"Kita sepatutnya sudah sampai ke tahap politik di mana tak perlu lagi ungkapan 'kesetiaan saya tidak berbelah bahagi', itu sudah tidak perlu cakap lagi. Itu kalau tahun 70-an bolehlah," kata beliau dalam temubual bersama Sinar Harian Online, semalam.
Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berhadapan kritikan keras beberapa pihak dalam Umno sendiri yang mengecam pendirian kononnya beliau mempertahankan Suaram dan Soros.

Loji Pembersihan Air Sungai Sireh Kini Beroperasi 100 Peratus

SHAH ALAM, 19 OKT : Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Sireh di Tanjong Karang kini beroperasi 100 peratus untuk memproses air bagi bekalan air bersih kepada kira-kira 30,000 penduduk di sekitar Tanjong Karang dan Sekinchan.
Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Md Khairi Selamat berkata, LPA Sungai Sireh kini mampu memproses air bersih sebanyak 21 juta liter sehari (JLH).
“Paras air di muka sauk LPA Sungai Sireh pada 18 Oktober 2012 adalah pada bacaan 1.1 meter berbanding paras kritikal 0.20 meter.
“Rekod aliran air Sungai Bernam melalui pemantauan aliran air di Jambatan Sungai Bernam SKC adalah tinggi iaitu pada jumlah 141.95 meter padu sesaat,” kata Khairi dalam kenyataan medianya.

Hari ini genap 6 tahun Altantuya diletupkan...kisah nukilan John Berthelsen yang disiarkan oleh Asia Sentinel!!

The Murder of Altantuya Shaariibuu
Written by John Berthelsen   
 
Altantuya Shaariibuu, 1978-2006
Altantuya Shaariibuu, 1978-2006
Six years on, troubling questions remain about the Mongolian beauty's death, and who ordered it
It will be six years tomorrow since bodyguards for now-Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak dragged the Mongolian translator and party girl Altantuya Shaariibuu out of a car in a patch of jungle near the Kuala Lumpur suburb of Shah Alam. As she begged for her life and apparently that of her unborn child, they knocked her unconscious, then shot her twice in the head.

That was Oct. 19, 2006. According to court testimony, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar, members of the elite Unit Tindakan Khas, both assigned to Najib’s office, then wrapped Altantuya’s body in C4 plastic explosives and blew her up, possibly to mangle her remains so badly that the fetus would be destroyed.

Sirul Azhar was interrogated by police shortly after the murder was discovered. He was informed that anything he said could be held against him, in accordance with the law. In his cautioned statement, as his confession was called in Malaysia, he told authorities he and Azilah had been offered RM100,000 to kill the woman and her two companions, who were causing highly public embarrassment for Abdul Razak Baginda, Najib’s best friend. The 28-year-old Mongolian woman, in a letter found after her death, wrote that she was sorry she had been blackmailing Razak Baginda.

If French police records are to be believed, Razak Baginda was allegedly central to a massive bribery case in which a total of nearly €150 million in payments were steered to two Razak Baginda companies, Perimekar Sdn Bhd and Terasasi Hong Kong Ltd.

As Asia Sentinel reported earlier this year, records seized by the French police show that former Prime Minister Mahathir Mohamad and the French Foreign Minister Alain Juppe were aware of the transactions. Memos obtained by Asia Sentinel show the French expected at least part of the money to be steered to the United Malays National Organization, Malaysia’s biggest ethnic political party.

‘Sarawak’s paper millionaires’

The state government claims that they have created 2,000 millionaires through the Native Customary Rights JV concept, but others claim they are only paper millionaires. 

KUCHING: The Sarawak government claims that they have created 2,000 millionaires through the new Native Customary Rights concept but detractors say they are “paper millionaires”
Sarawak PKR chairman Baru Bian says that they are only paper millionaires.
He was refuting claims by assistant minister in the Chief Minister’s Office (Bumiputera Entrepreneur Development) Mohd Naroden Majais’ statement that 2,000 participant in the NCR exercise were now millionaires.
Naroden had said that through the NCR land development and new concept through JV, about 2,000 landowners who have 50 acres and above now are holding assets worth a million ringgit.
“Therefore, we can say that the scheme has created not less than 2,000 rural Bumiputera millionaires,” the assistant minister had said.
Bian who is also the Ba’Kelalan assemblyman.said: “His statement is misleading. In terms of acreage you may say they are ‘paper millionaires’.
“The truth is that they are ‘bankrupt millionaires’, because they have not been paid their dues by the investors and government agency’s agent like Pelita or LCDA (Land Custody Development Authority).
“Two cases had been nullified by the court including the brain child NCR land project of Chief Minister Abdul Taib Mahmud in Machan, Kanowit.

Orang Asli ditahan perjuang hak tanah mereka

Penahanan dibuat selepas mesyarat Exco Pahang memutuskan untuk pindahkan masyarakat Asli dari kawasan pembangunan Koridor Pembangunan Wilayah Timur. 

PETALING JAYA: Dua Orang Asli ditahan semalam selepas mesyuarat Exco Pahang memutuskan untuk memindahkan Orang Asli dari kawasan yang dikenal pasti untuk tujuan pembangunan.
Keputusan tersebut dibuat berikutan himpunan 500 Orang Asli dari Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOAP) yang berhimpun pada hari Rabu menuntut hak tanah adat di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang Datuk Sri Adnan Yaakob.
Bagaimanapun, keesokan harinya dua Orang Asli – On Kon  30, dan Musa Lateh 40 dari Kampung Tanam Rompin ditahan oleh polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Rompin di atas tuduhan mengganggu pekerja kontrak Koridor Pembangunan Wilayah Timur (ECER).
Menurut mereka berdua, pihak polis berniat menahan seorang Orang Asli lain, Moriol Libak, tetapi tidak dikesan dan menahan mereka berdua sebagai ganti.
Moriol merupakan antara anggota Orang Asli yang kehilangan tanah akibat daripada projek pembangunan ECER.

`Dua kesalahan’

Adakah Chua Soi Lek mahu jadi Nakoula Basseley Malaysia?

Oleh: tokpepijat

"Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkenal dengan dua benda iaitu aksi lucahnya bermukah dengan perempuan yang bukan isterinya dan mempersendakan Islam terutama hukum hudud.

Terbarunya, konon menerima SMS tentang negara bakal kehilangan 1.2 kerja akibat hukum hudud kerana penutupan rumah urut, pusat judi, kilang arak dan tempat maksiat.

Kita melihat kesemua benda yang Soi Lek membela dan mempertahankannya adalah yang bersangkutan dengan aktiviti samseng, gengster, kongsi gelap,pembunuhan dan dadah.

Juga kesemuanya adalah punca berlaku keretakkan rumah tangga, anak isteri kehilangan  kasih sayang, bapa pemabuk, ibubapa tahi judi, isteri mangsa sepak terajang suami,anak mangsa penampar suami. Mengapa Soi Lek begitu bersemangat mempertahankan aktiviti begitu?

Kita lihat tiada paderi, sami Buddha dan sami Hindu yang sokong langkah Soi Lek ini. Apakah ugama Soi Lek?

Husam Musa bidas kenyataan Shaziman


Datuk Husam Musa KOTA BHARU - “Kalau asyik tunggu pertimbangan, sampai bila Kelantan nak dapat lebuh raya” tegas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor yang menyatakan pihaknya tidak pernah membatalkan projek pembinaan jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, terdapat kekeliruan mengenai kenyataan Shaziman mengenai kos yang dikemukakan bagi jajaran 77 kilometer itu yang didakwa tinggi.

“Saya kurang jelas apa yang dinyatakan, mungkin, (pembaikan jalan Kota Bharu-Kuala Krai) jika itu maksudnya sudah tentu RM1.6 bilion itu besar jumlahnya, tetapi apa yang kita laksanakan ini adalah lebuh raya (baru), ia dua perkara yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.