Khamis, 18 Oktober 2012

Fakta Sahih Sabah Berubah Angin


Fakta Sahih Pakatan Ke Putrajaya


44 killed by air strike in northern Syria

UN human rights chief supports Syria ceasefire bid

Piala Malaysia : Temubual Bersama Kelab-kelab Penyokong Kelantan

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Doa Rasulullah...Anugerah dari Allah...Iblis menyesal

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Doa Rasulullah SAW utk umatnya

Melayu Mengamuk : Nur Jazlan dan UDA sudah tidak relevan

7 terperangkap rumah runtuh di Shah Alam

Kartun Panas Dari Zunar

balun habis khazanah rakyat

licinkan habis simpanan rakyat

tolak najib rosmah

rakyat selamat

KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Lumut Terbongkar!


Kedatangan Perdana Menteri Najib Altantuya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini rupanya bukan setakat lawatan biasa tetapi rupanya ada udang di sebalik megi!

Selain memuji kununnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai institusi yang begitu penting dan perlu terus dipertahan serta diperkuat dalam semua dimensi dan aspek, kedatangannya adalah untuk memastikan undi tentera tidak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat!

Walaupun menteri besar haram Perak, Zambry Kadir bukanlah calon pilihan Najib Altantuya semasa rampasan kuasa di negeri itu pada 4 Februari 2009, tetapi jika sudah terdesak, yang lawan akan menjadi sahabat untuk berpaut di dahan yang rapuh.

Turut hadir selain Zambry adalah menteri pertahanan Zahid Hamidi yang juga difahamkan goyah di parlimennya sendiri di Bagan Datoh serta ahli parlimen Lumut yang juga menteri pengangkutan, Kong Cho Ha yang menang tipis dengan majoriti hanya 174 undi pada pilihanraya umum lalu.

Semua orang mengetahui bahawa TLDM kini diletakkan sebagai 'kem panas' berikutan salah seorang bekas panglimanya telah menyertai Pakatan Rakyat.

Edisi Kantoi : Himpunan skandal Audit Negara 2012 yang tertangguh












Nurul sambut baik Musa tarik balik saman


Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyambut baik langkah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggugurkan saman fitnah ke atas ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.

Sehubungan itu, anak sulung Anwar ini berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kezaliman oleh mana-mana pihak.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai  menegaskan, mana-mana pihak yang berkepentingan termasuk ahli politik tidak sewajar ‘kebal’ daripada sebarang tindakan undang-undang.

Beliau menuntut agar proses pendakwaan dilaksanakan dengan lebih telus dan mengamalkan pentadbiran ‘bersih’.

“Hanya ALLAH saja tahu hati manusia, sebagai anak saya mendokong keputusan yang diambil setelah berbincang dengan para peguam.

Ramai tak tahu apa itu AES, hantu atau perompak modern

Oleh: mohdnoorawang

"Ramai rakyat Malaysia tidak ambil peduli dan tidak tahu apa itu AES. Pada dasarnya AES ialah hantu jembalang tanah dan ajen perompak modern wang rakyat Malaysia dari pemandu pemotoran di Malaysia. AES ditubuhkan oleh Jabatan Pengankutan Jalan Malaysia (JPJ) . AES dilaksanakan konsesi kroni BN/UMNO untuk merompak wang pemandu pemotoran  dibawah selian JPJ.

AES ialah Sistem Pengkuasaan Automatik atau dalam bahasa inggerisnya Automatid Enforment System. Dengan bahasa mudah faham ialah pemasangan kamera automatik dijalan raya Malaysia dan lampu isyarat. Kaedah pemasang ialah sistem BOOT (Built, Operate, Own and Transfer) oelh dua syarikat milik UMNO (alibaba)  dan MCA .

Menjelang tahun 2013 sebanyak 831 AES dipasang seluruh negara dengan tempuh kontrak selama 66 bulan oleh dua syarikat kroni BN/UMNO yang diluluskan oleh JPJ. Sistem AES berkuatkuasa 23 September 2012.

Takdir Allah, Terdedah Fitnah MCA dalam BN lebih bahayakan UMNO


Umat ISlam tidak perlu ragu-ragu lagi, malah Umat Islam dalam Barisan Nasional tidak perlu ragu-ragu lagi dengan sikap tidak cermat setiap komponen Barisan Nasional yang semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan sumber "Cap Ayam" untuk memperburukkan lagi pandangan Bukan-Islam terhadap usaha PAS memperjuangkan keadilan Islam.

Dari Harakahdaily:

“Saya menerima satu SMS, saya cuba menghubungi orang tersebut, tapi sudah tentu dia tak jawab seperti biasa. SMS ini adalah satu kerisauan dan kami berharap ia adalah tidak benar.

"SMS ini menyatakan bahawa MCA sentiasa bercakap tentang hudud tapi tidak tentang pekerjaan yang bakal kehilangan akibat penguatkuasaan hukum hudud di negara ini,” kata Chua dalam videonya.

POLITIK MENTALITI KEBUDAK-BUDAKKAN SUDAH MENJADI AMALAN SEBATI UMNO!!!!!!



Sila lihat dengan mata kepala anda sendiri betapa tahap mentaliti para penyokong UMNO bila berpolitik.,

Masih menggunakan cara politik purba pupus tarikh.

Tak hairanlah apabila mantan Presiden UMNO selama 22 tahun sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata, yang masih duduk dalam UMNO mereka yang jenis kurang cerdik.


KARTUN-KARTUN NAJIS MUGHALLAZAH MULA MUNCUL

 SELEPAS KISAH NAJIB GAGAL MENJAWAB SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH MURID SEKOLAH RENDAH KEB. KIARAMAS, KUALA LUMPUR!!!!!


Selepas video klip Najib Razak dimalukan oleh murid Sekolah Rendah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur kerana gagal menjawab bab binatang apakah selain dari anjing yang dikategorikan sebagai najis Mughallazah, tersebar luas diinternet,  kini beberapa kartun yang memperli dan mempersendakan akan kurang arifnya Najib Razak berlegar ligat dialam maya.

Page facebook JPJ kena maki dengan rakyat bila buka topic AES...

Utusan fitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang, main sentimen perkauman lagi


GEORGE TOWN, 18 OKTOBER: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini memperlekehkan usaha UMNO dan lidah rasminya, Utusan Malaysia untuk memainkan sentimen perkauman melalui fitnah jahatnya dengan mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang kononnya meminggirkan masyarakat Melayu.
Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia yang menuduh bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menggunakan dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera untuk membina rumah kos rendah sebagai tindakan yang memakan diri sendiri.
Ketua Pembangkang Pulau Pinang merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilyah Pulau Pinang (PERDA), Dato Azhar Ibrahim dilaporkan Utusan Malaysia menyelar keputusan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan dana bernilai RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik.
“Kenyataan Azhar ini adalah tidak masuk akal kerana ini bermakna hanya perlu RM 3,360 untuk membina sebuah yunit! Saya ingin melihat PERDA bina rumah kos rendah dan mampu milik dengan kos RM 3,360 seyunit –mustahil dilakukan,” kata Guan Eng.
Menurut beliau lagi, sejak tahun 2008, kerajaan negeri melalui Penang Development Corporation (PDC) telah membina 4,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah dengan 8,000 yunit lagi disumbangkan oleh pihak swasta menjadikan keseluruhan 12,000 yunit.

Apabila Sicelaka Raja Porno Hina Islam, Sibangsat Menghilangkan Diri.

Mana si penghunus keris, mana JMM (Jalang Melayu Malaysia), mana suara Perkosa, mana Beras Jati, mana Zul Firaun dan yang sewaktu dengannya apabila Islam dihina dan terus dihina oleh si celaka Raja Porno. Penghinaan si celaka raja porno terhadap Islam lebih hebat daripada kata-kata yang dikeluarkan oleh Karpal Singh.
Gua memang menunggu komen dari para pencacai tentang kenyataan Raja Porno nih yang sudah hilang kejantanan mereka kerana semua telor-telor mereka dah hilang entah kemana. Wahai barua-barua Umno sial lagi celaka, dimanakah iman yang ada pada diri kamu yang selama ini kamu agung-agungkan.
Mana perginya tok-tok peti yang bukan main lantang membela Islam apabila ia melibatkan pembangkang. Memang patut gua panggil para pencacai Umno dan yang sewaktu dengannya sebagai lahanat yang tidak patut dimaafkan. Lebih baik pergi mampus lagi bagus dari hidup memesongkan akidah umat Islam.

SAMM : Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES Atau Rakyat Bertindak Sendiri



Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaan Sistem AES yang meragut wang rakyat sepanjang 24jam sehari, 7 hari seminggu. 


Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanraya yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya terhadap poket kerajaan dan kroni. Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk keselamatan rakyat di atas jalanraya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat dengan sistem saman AES.


AES juga tidak disebut sebagai sistem keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.


Butir perjanjian di antara syarikat pengendali AES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Ini mencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untuk mencuri wang poket rakyat?

AES:Menteri Pengangkutan Cuba Bermain Api Dengan Mencabar Rakyat??

Dewan Rakyat semalam bergelegak gara-gara isu AES@SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia). Ahli Parlimen Sri Gading (BN) dan Ahli Parlimen Johor Bharu (BN) membawa suara rakyat agar SR1M ditangguhkan terlebih dahulu dan perlu diadakan kajian terperinci.

Manakala Ahli  Parlimen Arau dan Kinabatangan juga dari BN menyokong SR1M....Lalu berlakulah pertikaman lidah sesama ahli parlimen BN.

Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada Sri Gading dan Johor Bharu kerana sudi membawa perkara itu ke dalam dewan. Minggu lepas pun Sri Gading dah bawa perkara berkenaan. Minggu ini beliau bawa lagi. Terima kasih YB......

Seperti yang saya katakan sebelum ini, orang ramai tidak menolak 100 peratus penggunaan AES. Cuma kaedah dan keberkesanannya perlu dikaji balik agar dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan, dan kerajaan tidak dilihat cuba mencari pendapatan dengan SR1M. 

Malam tadi keluar di berita TV3 Menteri Pengangkutan mencabar rakyat agar tidak melakukan kesalahan jalan raya supaya syarikat yang memasang dan mengendalikan kamera AES tidak mendapat untung.

Saya tepuk dahi melihat ayat sebegitu yang keluar dari mulut seorang menteri.....

Kalau nak guna istilah bodoh mungkin agak kasar bunyinya. Sesuai digantikan dengan perkataan kurang cerdik.

Kalau ada 2-3 orang menteri seperti itu dalam kabinet Datuk Najib, jawabnya memang betul BN akan bungkus dalam PRU 13.

Datuk menteri......Datuk jangan cabar rakyat......nanti rakyat tukar kerajaan barulah Datuk tahu langit tinggi atau rendah. Ingat Datuk.....jangan cuba bermain dengan api.

KASE questions RM404m ‘mark up’ for AES

A PAS-linked group claims that there is a "mark up" of RM404 million paid by the local contractors.

KUALA LUMPUR: The two local contractors handling the Automated Enforcement System (AES) may have paid RM404 million more for the speed cameras.
Anti-Saman Ekor Campaign (KASE) legal adviser Zulhazmi Shariff said today that a Transport Ministry parliamentary reply indicated that the private companies implementing the project for the government, namely Beta Tegap Sdn Bhd and A.T.E.S. Sdn Bhd, had invested RM717 million in the nationwide project.
However, he said filings made by their foreign technology partners Redflex Traffic Systems (Australia) and Jenoptik Robot (Germany) respectively showed a much lower cost for the same contracts.
“From what we found from a filing to the Australian Security Exchange dated Dec 19, 2011, Redflex had announced that it has obtained a contract worth more than USD50 million (RM151 million) to install 450 fixed cameras and 140 mobile cameras for Beta Tegap,” he said, showing copies of the filings of both companies which he obtained online.
For Jenoptik Robot, he said the company had announced that it was receiving USD53 million (RM160 million) to install 550 cameras for A.T.E.S.
He said the price included implementation and comprehensive support for five years.
Zulhazmi, who is also a PAS member, said this totalled to about RM312 million spent, which was RM404 million less than the RM717 the local companies had invested.
“That would make the difference of RM404 million. Why such a high mark up price?
“This is pure earning for these companies. Why didn’t the government buy these technologies directly?” he asked.

Money making firms

SKMM keberatan mendakwa pasangan kekasih berkenaan blog seks...!!!!

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini berkata keberatan untuk mendakwa pasangan muda Malaysia yang menyiarkan gambar dan video aksi seksual mereka dalam blog kerana ia akan menjejaskan masa depan pasangan tersebut.
“Jika saya pergi mencari mereka, ia akan menjadi kes jenayah ... masa depan mereka akan terjejas,” Pengerusi SKMM, Datuk Sharil Tarmizi memberitahu The Malaysian Insider.
“Cukuplah,” tambah beliau merujuk kepada penyiasatan telah diumumkan oleh Lembaga Disiplin Universiti Nasional Singapura (NUS).
Alvin Tan Jye Yee rakyat Malaysia yang mengambil jurusan undang-undang pemegang di NUS dan teman wanitanya Vivian Lee dilihat terlibat dalam beberapa perbuatan seks dalam laman blog “Sumptuous Erotica” milik mereka.
Salah satu daripada aksi yang dikongsi Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee dalam laman blog mereka.
Dilaporkan awal hari ini bahawa kedua-duanya menghadapi kemungkinan pendakwaan jenayah dan dipenjarakan jika disabitkan kesalahan kerana mempamerkan bahan-bahan lucah selepas mereka memasukkan gambar-gambar dan video aksi seks mereka di blog, yang telah dibuang selepas heboh baru-baru ini. Polis Jenayah Komersil Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata semalam bahawa pihak berkuasa mempertimbangkan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya pasangan tersebut kerana melanggar undang-undang menyebarkan bahan-bahan lucah.
Beliau mengatakan perkara tersebut akan dirujuk kepada SKMM terlebih dahulu.
Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.
Terdahulu hari ini, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) telah dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan membiarkan orang ramai untuk menilai sama ada tingkah laku pasangan tersebut boleh diterima atau tidak.
Pada Jun tahun lalu, trio ‘Datuk T’ ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, telah didakwa di bawah seksyen yang sama, Kanun Keseksaan, kerana memiliki dan menyiarkan bahan lucah berhubung video yang mereka katakan menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pelacur.
Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah dan kemudiannya didenda. Shazryl Eskay didenda RM3, 000 atau penjara tiga bulan, Shuib didenda RM1, 500 atau dua bulan penjara, dan Abdul Rahim didenda RM1, 000 atau penjara sebulan.
Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut dalam pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.
Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.
Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman "Gutter Uncensored".

Sistem AES: Pandangan anda?

KERAJAAN tidak berhasrat untuk memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara.
Kerajaan berkata, langkah itu diteruskan kerana mendapati AES sebagai satu tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat untuk membela majoriti rakyat.

Pada masa ini, kadar purata adalah 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak kurang RM9 bilion setahun, maka jika tidak ada langkah drastik, dikhuatiri ia akan menjadi serius.

Kementerian Pengangkutan menegaskan pelaksanaan AES dilakukan selepas melalui kajian terperinci dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Apakah pandangan anda? Adakah ia wajar diteruskan? Jika tidak perlu diteruskan, apa syor dan saranan anda?

Pendedahan Isu Negeri Roadstone Sdn Bhd (NRSB) anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan

Negeri Roadstone Sdn Bhd (NRSB) merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan. Menurut laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan aktiviti jabatan/agensi dan pengurusan syarikat kerajaan Negeri Sembilan tahun 2011, NRSB mencatatkan kejatuhan keuntungan dari rm7.35juta kepada rm5.74juta (bagi 2009-2010).

Isu yang agak ketara ialah pembahagian dividen iaitu rm600 ribu pada tahun 2010. Bayaran tersebut agak tinggi walaupun keuntungan yang diperolehi pada tahu tersebut sedikit malah menurun berbanding tahun sebelum.

Yang menarik, pemilikan saham NRSB 51% hanya milik Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan. Selebihnya 49% milik siapa? Mohon YABDato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan menjelaskan milik siapa 49% saham NRSB.

Anwar Ibrahim: Pemuda-Pemuda Ada Semangat Baru Untuk Mempertahankan Hak Kita

Hukum Pakai Jersi PORTUGAL Ada Lambang SALIB - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Driver TEKSI Hantar Penumpang Ke GENTING Highland - Ustaz Azhar Idrus

Allah Ada TANGAN & Berada Di LANGIT ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lagu CINTA Yang Islamik - Ustaz Azhar Idrus

Belajar AGAMA Tapi Akhlak Buruk - Ustaz Azhar Idrus

Anwar Ibrahim: Saya Perhatikan Sekarang Kebangkitan Rakyat Sabah Menunjuk Perubahan

'Mindef image more important than billions lost?'

AES: Mahfuz wants 'stubborn' Kong's pay docked

Pengerang:Pakatan tegaskan pendirian

MORE BIG TALK: BN development agenda much superior - Najib

MORE BIG TALK: BN development agenda much superior - Najib
TELUK INTAN -- The national development agenda presented by the Barisan Nasional (BN) is better and superior than that of the opposition, said Datuk Seri Najib Razak.
The prime minister said with no experience and track record behind them, the opposition failed to prove that their alliance was stronger than that of the BN which had been tested for more than 50 years.
"The BN government knows that in shouldering the responsibility, we've got to have a sense of humanity and tawadduk (humility) to understand the aspirations of the people, to feel the pulse of people," he said when addressing nearly 10,000 people at the 'Sepagi Bersama Perdana Menteri' programme at Arena Square here today.
He said even though times had changed, but the BN principle remained unchanged amid different styles.
"We have different style before, but the principle does not change, only the style changed. Before, (the leader paced with) a walking stick and dressed in a bush jacket, now adorning the 1Malaysia shirt, simple and not expensive. The government should have continuity because if there is no continuity, the government can't make long-term plans," he said.
- Bernama

Mursyidul Am: Umno bagai musang jaga reban ayam


KUALA LUMPUR- Permintaan Umno supaya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur sama seperti musang meminta menjaga reban ayam.
Demikian kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ekoran tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan Malaysia, bekas pemimpin PAS yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Datuk Nakhaei Ahmad yang keluar daripada PAS menyuruh Tuan Guru Nik Aziz berundur daripada jawatan Mursyidul Am PAS.
Katanya, tidak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang matang sesuai dengan usianya sudah menjangkau 61 tahun tentu tahu apa yang PAS putuskan.
“Tiba-tiba musuh PAS sedih kerana Tuan Guru Nik Aziz mencemar perjuangan Islam PAS.
“Sejak bila pula Umno dan media Umno iktiraf PAS sebagai parti Islam? Bukankah selama ini Umno mengatakan PAS bukan parti Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Pujian itu, ujarnya seperti kata-kata Saidina ALi Karramallahuwajhah "Kalimah itu betul, maksud yang dikehendaki batil", ertinya puji ada makna yang tersirat.

Isu guru (Umno) tak mengajar bergema di sidang Dun

KOTA BHARU: Isu guru yang memegang jawatan kanan dalam Umno tidak datang mengajar di sebuah sekolah di Tanah Merah turut berkumandang dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustapha mendakwa guru berkenaan bebas melakukan apa sahaja termasuk tidak hadir ke sekolah walau pun lebih dua tahun.

“Laporan telah dibuat ibu bapa terhadap pihak atasan namun tidak diambil sebarang tindakan sehingga sekarang,” katanya pada persidangan Dun.

Wan Yusof berkata, beliau difahamkan kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah sama sudah acap kali merungut, namun masalah dihadapi tidak nampak ada jalan penyelesaian.

“Saya percaya Pejabat Pelajaran Daerah pun dah tahu isu berkenaan. Namun saya bimbang kalau-kalau ia cuba disembunyikan begitu sahaja,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh mengintai isu berkenaan kerana ia melibatkan masa hadapan pelajar yang terabai.

Pemuda Pas: ‘Soi Lek liabiliti kepada BN’


PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.
Nasrudin Hasan Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan–bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
Bagaimana seorang presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak profesional, malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu–satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud dalam Islam.

Kadir Jasin: Perang siber burukkan unsur anarki menjelang PRU


Kadir Jasin Tokoh Wartawan Negara 2011 PETALING JAYA - Unsur anarki dalam media terutama berasaskan Internet di Malaysia dijangka akan menjadi lebih buruk melalui perang siber menjelang pilihan raya umum.
Ia dikhuatiri mengakibatkan pengundi membuat pilihan kerana kekeliruan dan bukan kefahaman, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin.
Semasa berkongsi pemerhatian itu dalam wacana "Komunikasi Massa: Antara Demokrasi dan Anarki" di sini hari ini, beliau berkata anarki dalam media digital secara terang-terangan memutar-belitkan fakta dan dalam masa yang sama tidak menghormati hak menjawab (mereka yang dilibatkan).
Katanya, unsur anarki dalam media berlaku apabila mereka yang tidak terlatih dalam selok belok kewartawanan, tidak arif mengenai undang-undang berkaitan dan etika kewartawanan serta mentakrifkan kebebasan secara literal, telah melantik diri menjadi 'wartawan'.
"Boleh dijangkakan perang siber ini mungkin memburukkan unsur anarki ini yang akan berlaku dengan lebih hebat dalam masa yang singkat apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan tarikh PRU (pilihan raya umum) ditentukan.
"Ini situasi yang perlu diperhatikan oleh pengkaji-pengkaji media, PRU akan datang banyak bukan ditentukan oleh kefahaman, tetapi kekeliruan.
"Ini kemungkinan yang sangat berbahaya apabila orang yang akan keluar mengundi, tidak keluar mengundi atau merosakkan undi kerana kekeliruan," kata Kadir.

Kedai makanan Melayu

Barangkali perlunya kita ada RTP (Restaurant Transformation Plan) dan sememangnya kita perlu ada KPI yang baru untuk usahawan bumiputera dalam industri ini.

Tahukah anda bahawa Malaysia ini sememangnya istimewa, berdasarkan bancian yang saya rekacipta semata-mata Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak kedai Tom Yam berbanding Bangkok, Mee Bandung dan Sirap Bandung tidak terdapat di Bandung dan orang Amerika tidak pernah dalam seumur hidup mereka makan atau memasak Nasi Goreng USA (melainkan mereka datang melancong atau tinggal di Malaysia).
Maka benarlah kata slogan propaganda Kementerian Pelancongan iaitu Malaysia Truly Asia atau bak kata penunjuk perasaan Indonesia yang marah sewaktu tewas dalam piala bola AFF tempoh hari, Malaysia Truly Maling Asia (maling bermaksud curi).
Namun penulisan hari ini bukanlah tertumpu kepada kehebatan tukang masak kita mereka bentuk masakan. Pada hari ini kita melihat lebih kepada sudut perniagaan yang menyediakan hidangan yang disebutkan di atas, kedai makan Melayu.
Dari nasi campur waktu makan tengah hari di belakang pejabat hinggalah ke kedai tomyam tepi jalan sesungguhnya kedai makan Melayu mewarnai corak kebudayaan kota Kuala Lumpur dan saya yakin setelah anda habis membaca penulisan saya ini anda juga mempunyai suatu kisah yang tidak dapat anda lupakan sewaktu anda singgah di kedai makan Melayu itu.
Sebelum ini ada yang mempersoalkan tentang sijil halal Old Town White Coffee, kas-kas dalam nasi kandar atau mitos ramuan seluar dalam terpakai dalam sup tulang Jalan Doraisamy yakinlah bahawa pengunjung mereka tetap tidak akan berkurang.
Orang-orang Melayu akan masih lagi bersepah di Old Town dan Kedai Mamak bukan kerana mereka suka akan masakan mereka akan tetapi kerana mereka tiada pilihan.
Untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan saya apa kita kita melihat senarai ciri-ciri stereotaip kedai melayu

Ciri-Ciri Kedai Melayu

Isu Musa Aman selesai selepas pilihan raya


Isu RM40 juta yang dirampas oleh penguasa Hong Kong beberapa ketika dahulu tetap menjadi isu ramai terutamanya di Sabah dan seluruh negara amnya. Musa yang dikatakan empunya kepada wang itu telah menafikannya yang wang sejumlah itu bukan untuk beliau tetapi untuk sumbangan kepada parti UMNO yang sehingga hari ini tidak diberitahu siapakah penyumbangnya.
Nazri Aziz telah menjawab isu ini di Parlimen pada 11 Oktober lalu dan beliau telah memberitahu Dewan Rakyat yang wang itu merupakan sumbangan politik kepada UMNO. Peguam Negara pun telah memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa kerana beliau mengatakan yang tidak ada kes terhadap Musa Aman. Najib tidak memberikan apa-apa komen tetapi hanya menyatakan UMNO tidak bercadang untuk memberitahu siapa penderma itu.

MP Pakatan ke Filipina kongsi pengalaman kekalkan perjanjian damai

KUALA LUMPUR 18 Oktober: Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menghantar deligasi di kalangan Ahli Parlimennya ke Filipina untuk berkongsi asas-asas utama dalam mewujudkan keamanan di wilayah itu, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap dalam kenyataan, Ketua Pembangkang itu berkata, ia adalah susulan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di selatan Filipina, minggu lalu.
Beliau berkata, agenda rasmi delegasi terbabit adalah untuk bertemu dengan pihak berkuasa Filipina, pemimpin-pemimpin MILF dan tokoh politik yang terlibat dalam menyumbang ke arah keamanan.
Anwar berkata, Pakatan Rakyat mempunyai sejarah tersendiri dalam kepelbagaian politik dan boleh berkongsi pengalaman untuk mempastikan perjanjian damai yang dimeterai berkekalan.
“Prinsip inklusiviti adalah asas kepada keamanan yang kukuh dan harus melibatkan semua pihak yang berkepentingan dalam isu Moro. Kepelbagaian etnik dan puak di Filipina menuntut satu forum yang lebih luas untuk kestabilan yang berkekalan.
“Pendekatan Pakatan Rakyat lebih inklusif dengan memberi tumpuan dan memastikan tidak ada kelompok masyarakat yang terpinggir, seterusnya masyarakat di rantau ini akan mendapat kebaikan darinya,” katanya hari ini.

Pendidik : Henti Penganiayaan Tidak Profesional Terhadap Guru

KUALA LUMPUR, 18 OKT : Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mengemukakan satu memorandum mendesak Kementerian Pelajaran menghentikan segala bentuk tindakan tidak profesional, penganiayaan dan kezaliman kepada warga pendidik.
Presidennya, Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, dalam masa dua minggu pihaknya menerima tidak kurang daripada 100 aduan berhubung tekanan yang dikenakan terhadap guru.
Bercakap pada satu sidang media di lobi Parlimen, NGO Pendidik mendesak Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengembalikan semula semua hak guru teraniaya selain menghentikan diskriminasi warga guru dengan melabel satu kelompok sebagai Umno-BN dan satu lagi kelompok bukan Umno-BN.
Lantaran itu juga, mereka turut mendesak pembentukan satu jawatankuasa bebas di bawah Parlimen bagi menangani dan mengendalikan kes-kes penganiayaan terhadap guru.

Hannah : Minta JKR Jelas Siapa Bertanggungjawab Selenggara Jejambat Banjir

SUBANG JAYA 18 OKT : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh menuntut Kementerian Kerja Raya untuk menjelaskan kepada umum status projek Subang-Kelana Jaya Link yang mula beroperasi sejak Jun 2009.
Desakan itu dibuat beliau ekoran kejadian banjir di Jejambat Jalan Kemajuan Subang dua hari lalu sehingga menyebabkan sebuah kereta terperangkap.
Hannah memberitahu, respon daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menyatakan lebuhraya yang menelan kos RM 315.46 juta itu masih belum diserahkan kepada pihak JKR Pusat walaupun tempoh liabiliti kecacatan sudah tamat pada 30 Jun 2011.
Tambah beliau, kontraktor lebuhraya tersebut, Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) juga diberi tempoh sehingga 15 Oktober 2011 untuk melakukan pembaikan beberapa kecacatan.
“Namun difahamkan, JKR masih tidak mengambil alih laluan berkenaan, kenapa (JKR tidak mengambil alih) dan kita juga kini dalam proses mendapatkan senarai kecacatan yang dinyatakan JKR kepada pihak AZRB sebelum ini.

RM40 Juta: Najib Didakwa Lindungi Musa

KUALA LUMPUR, 18 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi Datuk Seri Musa Aman berhubung skandal wang RM40 juta kepada Umno Sabah, kata Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
“Saya rasa tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan khususnya berkaitan RM40juta dari Hong Kong ke Sabah.”
“Walaupun Nazri(Aziz) kata Pesuruhjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) sedang menyiasat tetapi apakah yang perlu dibuat oleh SPRM adalah wang yang diperolehi oleh Ketua Menteri Sabah dari Hong Kong adalah SPRM juga perlu siasat kerana ia melibatkan nama baik negara dan kerajaan,” katanya di lobi Parlimen.
Tegasnya, apa yang perlu dijelaskan kepada rakyat adakah wang berkenaan untuk Umno Sabah atau milik peribadi Musa yang juga Ketua Menteri Sabah.
Lebih dikesalkan, kenyataan Najib yang dilihat cuba memberikan perlindungan kepada Musa.
Pada tahun 2008, seorang ahli perniagaan Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Hong Kong disyaki memiliki wang berjumlah RM40 juta.

Kenyataan Pengerusi PERDA Tak Masuk Akal : Utusan Terus Tabur Fitnah


SHAH ALAM, 18 OKT : Umno dan Utusan Malaysia terus menabur fitnah apabila mempersoalkan Kerajaan Pulau Pinang tidak menggunakan Akaun Amanah Perumahan Bumiputera sejumlah RM33.6 juta untuk membina 10,000 rumah kos rendah dan mampu milik.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sekiranya kerajaan negeri menggunakan wang amanah berkenaan, pihaknya akan dituduh tidak mahu menggunakan wang negeri untuk membina rumah mampu milik.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan bahawa akaun amanah tersebut naik 58 peratus kepada RM33.6 juta.
“Lagipun wang akaun amanah tidak mencukupi kerana untuk membina 350 unit rumah kos sederhana rendah, kos pembinaan tanpa kira kos tanah menjangkau RM35 juta,” kata Guan Eng dalam kenyataan medianya.
Beliau berkata, fitnah jahat Utusan dan Umno semakin terserlah dengan kenyataan Ketua Pembangkang Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Datuk Azhar Ibrahim menyelar kerajaan negeri tidak mahu menggunakan wang akaun RM33.6 juta untuk membina 10,000 unit rumah kos rendah dan mampu milik.

Audit 2011: Selamatkan amanah yang hilang

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru  seluruh rakyat khususnya golongan muda supaya bersikap cakna dan prihatin terhadap kualiti urustadbir kewangan negara dan negeri sebagaimana yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Peranan yang dimainkan oleh pihak Ketua Audit Negara adalah sangat penting di dalam menjunjung prinsip keadilan dan hisbah (ombudsman) yang menuntut pihak kerajaan supaya mengamalkan dasar dan sistem pengurusan khazanah negara dengan amanah dan akauntabiliti yang tinggi demi menjaga dan mengawasi kemaslahatan seluruh rakyat.

Laporan ini juga adalah selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki Ketua Audit Negara untuk mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian serta agensi kerajaan, dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di Parlimen.

Menarik untuk diketahui bahawa secara keseluruhannya bagi tahun 2011, kerajaan Persekutuan telah menerima hasil berjumlah RM185 bilion, peningkatan sebanyak 16% berbanding hasil pada tahun 2010 yang berjumlah RM159.65 bilion dan ianya merupakan hasil yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007.

Soi Lek umpama 'orang takut hantu'


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  terhadap hudud umpama 'orang takut kepada hantu'.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, hudud tidak pernah dilaksanakan.

"Kalau laksana pun orang bukan Islam tak terlibat jadi tidak perlu takut," katanya.

Beliau mengulas kenyataan kerabat Umno itu yang dibuat melalui video blognya kononnya 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika laksana hudud.

Ini termasuklah pekerja rumah urut, tempat perjudian Genting dan sebagainya.

Ekoran itu, Tuan  Ibrahim  juga menasihatkan Chua Soi Lek agar beliau kena bimbang keselamatan nyawa dan harta orang ramai bukannya membela penjenayah.

Pakatan mahu Pusat tangguh AES, henti ‘rompak’ duit rakyat

KUALA LUMPUR 18 Oktober: Pakatan Rakyat menolak alasan kerajaan bagi menjustifikasikan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, alasan AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak munasabah dan tidak boleh diterima.
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN itu berkata, sistem tersebut hanya untuk mengkayakan kroni hasil ‘rompakan’ duit rakyat.
“Kroni-kroni Umno BN meraih keuntungan daripada projek ini. Kita mahu Umno BN melaksanakan sistem ini dengan telus kerana ia melibatkan wang rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, kerajaan memperketatkan undang-undang yang tidak sepatutnya dan ia digubal semata-mata untuk mengaut keuntungan.
“Kamera dipasang di tempat yang tidak munasabah, seolah-olah sengaja mencari kesalahan rakyat,” tegasnya.
“Seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, memandu laju tidak dijadikan asas utama kesalahan,” jelas beliau.
Menurut Abdullah Sani, kutipan lebih 2,000 saman dalam masa dua hari bukti kerajaan sekadar ingin ‘membuat’ duit melalui kutipan saman.
“Ia mencerminkan kerajaan yang tidak prihatin, apatah lagi untuk membela rakyat,” katanya sambil menegaskan pelaksanaan AES perlu ditangguh dan disemak semula.
AES sebabkan kemalangan meningkat di London

Audit : Berteman nyamuk di rumah orang tua Sabah


Penghuni di rumah jagaan warga tua di Sabah terpaksa tidur bertemankan nyamuk, mandi dengan air sejuk, tidak diberi makan selepas jam 5 petang, dan diberi makan bahan yang tidak sesuai atau tidak dapat dikunyah.

Malah, tiada rekod bahawa ubat-ubatan diberikan kepada penghuni di salah satu rumah jagaan yang diaudit, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Pemeriksaan audit mendapati seramai 81 daripada 150 penghuni menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi, kenicng manis, hiperkolesterolemia, gout dan lain-lain.

"Pemberian ubat di RWT (Rumah Warga Tua) Air Panas kepada penghuni yang menghidap penyakit tidak dapat disahkan kerana tiada rekod disediakan," laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, pegawai rumah jagaan yang ditemubual memberitahu pegawai audit bahawa beliau tidak menyedari keperluan untuk merekodkan pemberian ubat.

NONEPenghuni di RWT Sri Harapan di Sandakan dan RWT Sri Pritchard di Papar pula tidak diberi makan selepas jam 5 petang, walaupun garis panduan jabatan kebajikan menetapkan makan disajikan antara jam 9 hingga 9.30 malam.

Panduan jabatan tersebut menetapkan supaya sajian disajikan mengikut waktu – sarapan (7 pagi), minum pagi (10 pagi), makan tengahari (12.30 petang), minum petang (3.30 petang), makan malam (6.30 petang) dan minum malam (9 malam).