Rabu, 17 Oktober 2012

Slip Gaji CEO Tabung Haji.. Pendeposit Perlu Tahu..!!

Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan wang bagi perbelanjaan di sana pula.

Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an.

Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang.

Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar.

Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di atas.

Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!

Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan!

Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?

Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak?

Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian!

Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.

Gejala Sosial: Apa tindakan kerajaan Selangor

Kerajaan Selangor memahami pola hidup rakyatnya. Sebagai sebuah negeri yang paling maju dan terkedapan dalam segala hal, rakyat Selangor terdedah kepada natijah negatif daripada pembangunan fizikal serta pengaruh global yang mencairkan jati diri bangsa dan agama.Perkembangan teknologi tinggi juga dijuarai Selangor.

Dengan alat komunikasi canggih yang berkonsep dunia di hujung jari menyemarakkan masalah remaja-belia yang cepat terangsang dengan bahan visual yang termuat di dalam facebook dan MMS.
Kelunturan nilai insan jelas terpampang di dada akhbar dan media massa perdana baik media cetak mahupun elektronik. Pergaduhan ekstrem hingga menyebabkan kecederaan bahkan kematian, dendam berpanjangan hingga melibatkan keluarga dan kawan juga sering terpapar dalam akhbar.

Kesan dadah dan komplikasi kompleks dek penagihan dadah semakin ketara. Penyakit yang berjangkit yang dikaitkan dengan zina, keberantakan rumah tangga dan kecelaruan hidup anak daripada keluarga yang tidak bahagia sentiasa mencuri perhatian para wartawan. Fenomena multi negatif R: rempit, rogol, rasuah, rompak, rock &roll,rakus, rosak(vandalisme) selain daripada dadah,zina, jenayah dan  judi.

Peratus penyertaan TAWAS tidak tepat


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Ketiadaan statistik yang tepat mengenai jumlah kelahiran di Selangor dijadikan alasan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyangkal Laporan Audit Negara 2011 bahawa hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar untuk menyertai Tabung  Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak diperkenalkan pada 2008.
  
Beliau turut menyangkal perangkaan yang dikemukakan dalam laporan audit mengenai jumlah kelahiran di Selangor dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas seramai 313,706 orang .  
  

Angkuh Dan Bongkak : Pelaksanaan AES di 831 lokasi seluruh negara diteruskan - Timb Menteri


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan pemasangan kamera Sistem Pelaksanaan Automatik (AES) di 831 lokasi seluruh negara, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata langkah itu diteruskan kerana kerajaan melihat AES sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut, sekali gus merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk membela majoriti rakyat.

"Pada masa ini kadar purata adalah 19 kematian sehari atau purata 448,000 kemalangan setahun dan kos sosial yang terpaksa ditanggung kerajaan adalah tidak kurang RM 9 bilion setahun, maka jika tidak ada langkah drastik maka kita takut ianya akan menjadi serius," katanya.

Mazlan: 'Anak tidak mahu asas Tun Razak dikhianati'


Mazlan: 'Anak tidak mahu asas Tun Razak dikhianati'
Mazlan menunjukkan peta lokasi untuk projek Rapid di Pengerang, Johor. - Foto oleh jurugambar Muhammad Zulfadhli Ahmad Zaki 
 
NAMA Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang sinonim dengan perjuangan mempertahankan hak-hak anak peneroka Felda yang ada kalanya kelihatan ‘agak’ agresif. Di sebalik cabaran dan kontroversi yang membabitkan beliau, beliau kelihatan seolah-olah tidak tegar dengan beberapa halangan dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada warga Felda khususnya.

Dalam temu bual bersama Sinar Harian Online semalam, Mazlan menekankan bahawa beliau konsisten dalam perjuangannya. Katanya, walaupun sudah lama kali ditahan, beliau tidak akan patah semangat untuk meneruskan perjuangannya.

Mazlan, yang juga pemimpin Pas Pusat menekankan: "Bagi kami ada hasil perjuangan kami itu."


SINAR HARIAN ONLINE: Bolehkah saudara menjelaskan perkembangan perjuangan membela nasib anak peneroka Felda?

SelangorKini: 19 – 26 Oktober, 2012

Iran: The impact and limits of sanctions

Okello Oryem, Uganda's state minister for foreign affairs

UN: Rwanda defence minister 'commanding Congo rebellion'

UN: Rwanda and Uganda arming rebels in DR Congo

Majoriti 2/3 bukan lagi signifikan, kata pensyarah

Suaram Thanks Barisan Nasional To Get More Malaysian To Support Suaram

Perjanjian Bangsamoro, permulaan sejarah baru

Suaram: French Interfering With The Malaysian Affairs? You Got To Be Kidding!

Tony Pua files motion to cut Ismail Sabri's salary

Malaysia Kita : Bayi 8 bulan mangsa dera meninggal dunia


Bayi 8 bulan mangsa dera meninggal dunia
Nur Irisyafida Balkis dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
 
BATU PAHAT - Seorang bayi berusia lapan bulan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selama enam hari, dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya.
Nur Irisyafida Balkis, dimasukkan ke hospital itu Khamis lalu kerana mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri. Masih belum diketahui bagaimana bayi itu didera.
Dia meninggal dunia jam 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
Ibu mangsa, yang dikenali sebagai Aida, 29, ketika ditemui berkata, sewaktu Balkis dimasukkan ke hospital, dia terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Aida terkilan kerana Balkis, yang sudah pandai merangkak dan baru hendak belajar berjalan, tidak sempat menggunakan 'baby walker' yang dibelinya.

AUDIT 2011: PAKATAN RAKYAT ADALAH WAJAH BARU UNTUK MALAYSIA

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan pencapaian kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mendapat penarafan yang baik dan memuaskan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang telah dibentangkan sebagai satu pengiktirafan bahawa pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat adalah ‘wajah baru untuk Malaysia’.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan, “Nilai keadilan sosial dan kebajikan rakyat adalah keutamaan di dalam urustadbir kewangan negara dan negeri. Dengan laporan audit ini, rakyat sewajarnya dapat menilai kemampuan dan kompetensi serta akauntabiliti yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat berbanding ketidakcekapan dan pecah amanah yang menjadi budaya UMNO dan BN sejak 55 tahun negara mencapai kemerdekaan”.


Beliau mengambil contoh kelewatan menyiapkan projek pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan yang dilaporkan mencatatkan peningkatan nilai kontrak semasa kepada RM177.76 juta, iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Projek jambatan baru ini telah diluluskan di dalam RMK-9 sebagai alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna untuk menyeberangi Sungai Kelantan. Agensi pelaksana bagi projek ini ialah Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), manakala Konsortium I.S Resourcers Sdn Bhd – RIS Capital Sdn Bhd telah dilantik secara rundingan terus untuk melaksanakan projek ini dalam tempoh 30 bulan iaitu dari 18 Jun 2007 hingga 17 Disember 2009 dengan kos asal RM143 juta. Bagaimanapun, projek ini telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn Bhd pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan setelah mendapat persetujuan daripada JKR. Namun, sehingga 31 Disember 2011, kemajuan kerja di tapak projek adalah di paras 76.5% dan pengauditan yang dijalankan mendapati secara keseluruhannya pembinaan projek ini adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam aspek perancangan dan pelaksanaan.

Kantoiiii!!! Bukti Perbicaraan Skandal Scorpene Terbongkar!



Beberapa minggu lalu, pencacai Umno termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan polis menyerbu pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) cuba mencari apa saja bukti bagi menakut-nakutkan NGO tersebut dari meneruskan pembongkaran skandal komisen kapal selam kelas Scorpene yang membabitkan perdana menteri Najib Altantuya.
Puas mencari namun nampaknya tiada apa yang dapat menghalang Suaram dari terus membongkar dan mendedahkannya kepada umum.

Tidak lama kemudian, Umno dan Barisan Nasional (BN) mendakwa bahawa tiada perbicaraan berlangsung di Paris, Perancis seperti yang didakwa Suaram menerusi satu kenyataan yang dibuat bekas pendakwaraya negara itu, Yves Charapenel.

Namun, untuk membuktikan bahawa kenyataan Charpenel itu silap, salah seorang peguam yang berhujah di hadapan dua hakim yang mendengar kes tersebut pada Mac lalu, Fadiah Nadwa Fikri tampil dengan satu lampiran faksimili yang dihantar dari Paris.


Fadiah memuat naik gambar lampiran tersebut menerusi akaun Twitter miliknya sebentar tadi (gambar atas).

Najib Anak Orang Kaya, Kita Jangan Lupa Jana Ekonomi Negara.

Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa perdana menteri, siapa menteri kewangan?"
 Kita jangan lupa perdana menteri sekarang ini rupanya seorang anak bangsawan, masih kecil bapa sudah menteri, anak menteri mahu apa pun senang, anak menteri tak rasa susah macam rakyat, tak ikat perut macam rakyat. 

Sudah pasti anak menteri makan mewah dan sedap, Rakyat terbanyak kadang-kadang makan ikan kembung yang dah "kembung" dan kadang-kadang makan saja  makan hanya ikan bilis yang dah hapak.

Rakyat terbanyak bila isteri mahu beli beg tangan atau cincin suami sudah pening sebab akan kacau  belanja dapur, lainlah najib, wang tabung rosmah masih banyak, mau beli beg mahal atau kasut mahal tiada masalah.

Audit : Sekolah Agama Kerajaan Johor Dianaktirikan?


LAPORAN yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia iaitu Laporan Audit Negara 2011 akhirnya dikeluarkan juga dan dibentangkan di Parlimen pada hari semalam (Isnin). Ramai yang sebenarnya telah 'gatal tangan' dan menggaru-garukan kepada yang tidak gatal kerana menunggu laporan audit yang masih belum dibentangkan, ibarat 'menunggu buah yang tidak gugur'.

Beberapa kejutan telah dilaporkan di dalam media maya, di antaranya berita berkaitan seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta.

Terdapat juga berita tentang dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010.

Projek membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin juga mendapat perhatian. Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion

Ismail Sabri enggan jawab sama ada akan ambil tindakan terhadap YGK

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan, dan Koperasi (KPDNKK) dilihat enggan menjawab pertanyaan ahli Parlimen pembangkang sama ada akan mengambil tindakan terhadap YGP Holdings Sdn Bhd kerana tidak menghantar laporan kewangan mereka - sama seperti kesalahan dilakukan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob seakan-akan mengelak apabila ditanya adakah kementeriannya akan mengambil tindakan sama terhadap YGP Holdings, seperti yang dilakukan kementerian itu kepada Suaram.
"Kita tiada membezakan antara mana-mana syarikat ... kita akan siasat sekiranya ada aduan.
"Soal syarikat lain, kita siasat dan ambil tindakan, lebih kurang 200 syarikat, bezanya syarikat ini orang heboh, syarikat lain orang tak heboh," katanya (gambar) menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Bagaimanapun, apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar cuba meminta kepastian kementerian akan ambil tindakan terhadap YGP dan juga NFCorp, Ismail hanya berkata; ".... YGP ke,  kalau tak "compliant" sila maklumkan kepada kita."
Beliau turut berkata, sekiranya ada mana-mana syarikat melanggar Akta Syarikat, kementeriannya akan mengambil tindakan.

PRU 13 mungkin dalam Nov.atau Dis. 2012 ..!!!

Najib masih takut membubarkan parlimen, namun oleh kerana tempoh edah semakin dekat nak tamat, rakyat sudah boleh mengagak bila parlimen akan dibubarkan dan bila tarikh PRU Ke-13 akan diumumkan.

Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila “janji ditepati” nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet 2013 tempoh hari?  Rakyat Malaysia sama ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan. 

Gulungan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M250 dan “one off”  RM1000 untuk bekas tentera.

Pulau Pinang jimat wang rakyat, disoal. Kerajaan membazir diam pula.


Lim Guan Eng sudah pun menjawab soalan yang cuba disensasikan Utusan Malaysia di muka depannya hari ini. Semalam lagi Guan Eng sudah jawab soalan tersebut, sebelum sempat pun Utusan bertanya. Jadi apabila terjeling muka depan yang tersepah di lantai, saya hanya mampu ketawa.
Semalam lagi, Guan Eng sudah mengeluarkan kenyataan bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjaya menjimatkan sejumlah besar peruntukan Kerajaan Persekutuan.
Guan Eng berkata bahawa baki RM362.3 juta yang tidak dibelanjakan itu adalah disebabkan oleh dua perkara utama dimana RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University (AWLU) di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan.
“Ini disebabkan AWLU bersetuju untuk memilih tapak kerajaan negeri di Pondok Upeh, maka pengambilan tanah di Kampung Genting dibatalkan dan kos RM100 juta dijimatkan,

Audit : Selangor kekal negeri terkaya di Semenanjung


KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang di Parlimen Isnin lalu menunjukkan Selangor di bawah tadbiran Pakatan Rakyat terus kekal menjadi negeri terkaya di Semenanjung.
Walaupun Selangor bukan negeri pengeluar minyak dan gas, tetapi ketelusan dan urus tadbir yang baik yang diamalkan oleh kerajaan Selangor telah dibuktikan dalam analisa laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti kewangan yang telah dikeluarkan.
Penyata kedudukan kewangan yang ditunjukan pada akhir 2011 bagi kerajaan negeri Selangor adalah berjumlah RM1,944.01 juta iaitu sekitar 22.5% berbanding negeri Johor yang juga dikatakan sebagai negeri kubu terkuat UMNO yang hanya mencatatkan RM450.50 juta dan jumlah ini menunjukkan pencapaian Johor adalah  -10.9% berbanding tahun sebelumnya. Manakala Jumlah kewangan yang berjaya dikumpulkan di Perak hanya berjumlah RM780.73 juta iaitu cuma meningkat hanya 2.0% dari tahun sebelumnya.
Daripada hasil laporan yang dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, jumlah yang telah dikumpulkan di Selangor, Johor dan Perak ini adalah berdasarkan perbandiangan anggaran hasil termasuk hasil cukai, hasil bukan cukai dan juga terimaan bukan hasil.
Penyumbang utama bagi Kerajaan Negeri Selangor adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong. Hasilnya
menyumbang sejumlah RM993.98 juta (60.8%) daripada jumlah hasil tahun 2011 yang berjumlah RM1,634 juta.

Lensa : Demontrasi terhadap saman camera AES di JPJ Ipoh.








Zahid Hamidi Jadi TPM Selepas PRU 13..!!

Oleh Shahbudin Husin
Jika Muhyiddin Yassin mula mendapat perhatian yang semakin meluas sebagai sosok yang dilihat lebih sesuai menggantikan Najib yang penuh dengan segala macam masalah selepas piihanraya umum akan datang, nama Zahid Hamidi turut meniti di bibir majoriti ahli dan perwakilan UMNO sebagai tokoh yang paling mantap untuk bergandingan dengan Muhyiddin.


Tidak dapat dinafikan pilihanraya yang mesti diadakan sebelum April 2013 ini adalah
penentuan hidup dan mati karier politik Najib. Kalah atau gagal mendapat majoriti dua pertiga, Najib pasti dihumban ke lembah persaraan. Hanya kejayaan mendapat majoriti lebih dua pertiga saja yang mampu memberikan talian hayat bagi bernafas lebih lama di Seri Perdana.

Sementara PR makin bertambah keyakinan disebalik pelbagai isu yang kini hampir semuanya menjadikan UMNO dan BN semakin lemah, di dalam UMNO sendiri Najib juga mula menghadapi bibit-bibit persaingan daripada timbalannya, Muhyiddin.

Kerajaan Negeri Mohon Tangguh Pertukaran Pegawai Kewangan Negeri


SHAH ALAM, 17 OKT : Kerajaan Negeri memohon supaya pertukaran Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Ariff Abdul Rahman ke Putrajaya yang berkuatkuasa pada 15 Oktober lalu ditangguhkan buat sementara waktu.
Ini kerana kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Kerajaan Negeri sedang dalam proses menyiapkan Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijadualkan pada 19 November depan.
Bagaimanapun menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri bersedia untuk mengadakan perbincangan berhubung pertukaran pegawai tinggi negeri itu sejurus selesai pembentangan belanjawan nanti.

Polis masih siasat buku mengenai AG, kata menteri

NONEMenteri hal ehwal Undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata polis masih menyiasat buku mengenai peguam negara bertajuk Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah.

Nazri berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada MP Ipoh Timor Lim Kit Siang di Parlimen.

Sebelum ini MP Cheras Tan Kok Wai yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin DAP turut mengemukakan soalan kepada yang dipertua Dewan Rakyat mengenai status siasatan ke atas Gani.

Satu laporan polis juga dibuat sebelum ini oleh anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung buku tersebut, yang ditulis dan diterbitkan seorang peguam, Zainal Abidin Ahmad.

Lim juga meminta Nazri menjelaskan status siasatan rasuah ke atas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

KEADILAN desak tangguh AES sehingga kajian teliti selesai

KUALA LUMPUR 17 Okt: KEADILAN mendesak kerajaan Umno BN menangguh pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian teliti melibatkan semua pihak, dibuat.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presidennya, N Surendran berkata, ia berikutan pelaksanaan AES dibuat tergesa-gesa tanpa mengambil kira pandangan rakyat.
Tanpa menolak usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, beliau berkata, pendekatan kerajaan tidak harus membebankan rakyat.
Malah, katanya, pelaksanaan AES banyak kelemahan termasuk pemasangan kamera di lokasi tidak sesuai, papan tanda amaran yang tidak tepat dan banyak lagi.
“AES bukan bertujuan mendidik tetapi hanya meraih keuntungan. Rakyat tak puas hati kerana ia bukan mahu kurangkan kemalangan tapi untuk meraih keuntungan,” katanya.
Apatah lagi, Surendran berkata, perjanjian kontrak dengan syarikat pengendali meragukan apabila sejumlah RM800 juta dilabur untuk pemasangan kamera dan RM3.8 bilion untuk penyelenggaraan selama lima tahun.
“Kos ini tak masuk akal. Kroni Umno BN raih keuntungan dari projek ini sedangkan ia melibatkan wang rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Pulau Pinang bertegas tidak akan meneruskan pemasangan AES kerana sehingga kajian terhadap pelaksanaan projek itu, selesai.

YAWAS Tidak Akan Jadi Seperti Amanah Saham Selangor Yang Lingkup Di Bawah Khir


SHAH ALAM, 17 OKT: Kerajaan Negeri hari ini menyangkal dakwaan bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo bahawa Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan lingkup dan gagal menarik minat rakyat Selangor.
Sebaliknya YAWAS yang menguruskan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tidak akan lingkup kerana YAWAS menerima geran sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan operasinya.
YAWAS juga mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang.
Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Menteri Besar hari ini.
“Dari 2008 hingga 2011, YAWAS menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini meringankan kos operasi,” kata Abdul Khalid.

LKAN lewat bukan kerana proses pengauditan tidak lengkap

Najib malukan wanita Umno

Pemuda PAS Perak Buat Laporan Polis Terhadap Keng Liang

Suaram: We're still party to Scorpene inquiry in France

Kami Tidak Setuju Projek RAPID Di Pengerang - Gabungan NGO Pengerang

Nazri Aziz signs Batang Kali petition

Ismail Sabri Giat Siasat SUARAM, Syarikat Umno-BN Dilepaskan


KUALA LUMPUR 17 OKT: Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa menggunakan kuasanya untuk menyiasat pengkritik pentadbiran Umno-BN tetapi melindungi syarikat kroni Umno-BN yang melanggar undang-undang.
MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Ismail Sabri seharusnya berasa malu kerana gagal mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat tersebut yang tidak menyediakan laporan kewangan sejak 2007.
Akan tetapi Ismail Sabri sanggup mengarahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd (Suaram) kerana memiliki akaun meragukan.
Pada masa sama, Tony mendakwa laporan audit 2011 menunjukkan SSM gagal mengutip kompaun berjumlah RM 554.94 juta daripada syarikat yang melanggar undanga-undang SSM.

Dosa besar nafi lebuh raya di Kelantan

Kerajaan pusat dikatakan berdolak dalih dalam isu pembinaan lebuh raya Kota Bharu - Kuala Krai.

Dua ahli parlimen PAS hari ini mengkritik kerajaan pusat berikutan kegagalan  membina Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai.
“Kami tidak puas hati dengan jawapan Timbalan Menteri Kerja Raya (Yong Khoon Seng) yang cuba tutup kegagalan kerajaan pusat.
“Beliau mengalih isu dan menyeleweng tetapi mengakui ada cadangan menaik taraf jalan dan kemudian ada cadangan untuk bina lebuh raya sebagai sebahagian daripada rangkaian lebuhraya bermula dari Pahang.
“Ia adalah dosa besar untuk menafikan hak rakyat,” kata ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar dalam satu sidang media di Parlimen selepas mendapat jawapan berkaitan lebuhraya tersebut.
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai mula-mula dicadangkan dalam tahun 2002 di bawah Rancangan Malaysia ke 8 namun tidak dijalankan.
Sekarang projek lebuh raya bernilai RM1.8 bilion sejauh 73 km tanpa tol diusahakan oleh kerajaan negeri menggunakan wang wakaf lebuhraya.
Setakat ini RM4 juta telah dikumpul untuk tujuan tersebut.

Rakyat Kelantan Bina Lebuh Raya Sendiri : Kerajaan Umno-BN Patut Malu


KUALA LUMPUR 17 OKT: Kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN patut merasa malu apabila rakyat Kelantan mengambil inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Krai.
Sikap Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berdolak dalik berkenaan isu lebuh raya itu menyebabkan Kerajaan Negeri Kelantan menyelar tindakan Kerajaan Pusat kerana menafikan hak rakyat.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, Kerajaan Pusat yang kononnya bermaruah seharusnya berasa malu dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina lebuh raya itu menggunakan derma dan waqaf rakyat.
“Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf untuk memenuhi hak keperluan rakyat membina lebuh raya itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Lebuh raya: Menteri cuba alih kepada air Kelantan


KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor cuba menutup kegagalan kerajaan pusat membina lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu yang pernah dijanjikan semenjak tahun 1996 apabila cuba mengalih kepada isu air Kelantan.

Ahli Parlimen PAS melahirkan rasa tidak puas hati apabila menteri berkenaan terus berdolak-dalik setelah mereka membangkitkan isu lebuh raya berkenaan.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pembinaan lebuh raya itu adalah sebahagian daripada cadangan kerajaan pusat yang bermula di Pahang seterusnya ke Kota Bharu.

Malah katanya, menteri juga akui walaupun ada cadangan untuk meningkatkan taraf jalan tersebut tetapi kos terlalu tinggi menyebabkan kerajaan pusat membatalkan rancangan tersebut.

Katanya, kerajaan Kelantan sedar akan keperluan lebuh raya tersebut amat mendesak dan kegagalan kerajaan pusat untuk melaksanakannya maka kerajaan negeri terpaksa memulakan inisiatif untuk melaksanakan lebuh raya tersebut.

Audit : Program ‘TUKAR’ tiada kelulusan Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Semakan Audit mendapati, Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) yang dicanang Umno BN kononnya untuk menaik taraf kedai runcit tidak mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit (LKAN) 2011, pelantikan konsultan dan pembekal program itu diuruskan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan melantik sebuah syarikat secara lantikan terus.
“Bagaimanapun, tiada surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk pelantikan ini. SKM tidak mengeluarkan surat tawaran pelantikan konsultan dan pembekal program TUKAR kepada syarikat tersebut.
“Pelantikan ini hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah SKM pada mesyuarat Lembaga Pengarah pada 30 Mei 2011,” LKAN dipetik.
Audit juga mendapati, tiada perjanjian ditandatangani antara SKM dengan syarikat konsultan dan pembekal program selain geran asas program itu yang belum digunakan.
“Tiada dokumen yang boleh dirujuk sebagai panduan untuk syarikat melaksanakan program TUKAR dan tiada penetapan dibuat bagi perkara tersebut.

Wanita Pakatan desak Menteri Wanita fokus, bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Wanita Pakatan Rakyat (Pakatan) mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Parlimen untuk membincangkan isu berkaitan wanita.
Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata, desakan itu ekoran banyak soalan tidak dijawab Menteri mahupun Timbalan Menteri Wanita dalam sidang kali ini.
“Sudah banyak persoalan yang kita bangkitkan dalam Dewan, tentang bilangan (Ahli Parlimen) wanita dalam Parlimen, keselamatan wanita dan kanak-kanak, tapi satu pun pemimpin Barisan Nasional tak jawab,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika membacakan kenyataan bersama Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof di Parlimen hari ini.
“Kita juga mempersoal kenapa Najib melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Wanita, sedangkan beliau memegang dua lagi kementerian yang penting sehingga mengabaikan isu wanita,” tambah Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu.
Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Kelantan lulus Enakmen Lembaga Talian Paip Petroleum

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Undang-Undang Lembaga Talian Paip Petroleum Kelantan bagi mengurus hal tanah, kawal selia pembinaan dan operasi telaga paip.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri bersetuju supaya swasta menerajui pembinaan saluran paip petroleum dari Bagan Datoh Perak ke Sungai Dua, Bachok.

Katanya, projek itu merangkumi aktiviti pemindahan petroleum daripada pelabuhan luar pantai di Bagan Datoh melalui saluran paip sepanjang 350 km ke Kelantan.

Enekmen itu mengandungi 34 fasal dicadang Husam disokong Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, Datuk Anuar Tan Abdullah kemudian mendapat kelulusan anggota Dewan.

Husam berkata, petroleum yang dipindahkan melalui saluran paip dicadang disimpan atau disetorkan di kompleks simpanan di Machang sebelum dieksport semula melalui pelabuhan di Bachok.

Menurutnya setor penyimpanan petroleum akan dibina di Bukit Bakar Machang, manakala pelabuhan petroleum luar pantai akan dibina di Bagan Datoh Perak dan Bachok.

Jangan bebankan rakyat bila gagal kutip dividen GLC

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak mahu kegagalan kerajaan mengutip dividen dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibebankan kepada rakyat.

"Kita tidak mahu berlaku keadaan di mana kerajaan yang gagal dalam pentadbiran kewangannya, contohnya gagal mengutip dividen dari GLC, tiba-tiba hendak buat Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dan membebankan rakyat akibat kegagalan kerajaan itu," katanya.

Mahfuz berkata, Laporan Audit menunjukkan, dari 47 GLC, hanya 23 syarikat telah memperolehi keuntungan sebelum cukai.

Bagaimanapun, daripada 23 syarikat yang memperolehi keuntungan tersebut, hanya 10 syarikat yang membayar dividen kepada kerajaan.

PRU : PAS minta penjelasan SPR kempen di media sosial


KUALA LUMPUR: PAS menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung larangan parti politik berkempen di media sosial selepas jam 12 tengah malam.

Penjelasan itu perlu dilakukan memandangkan ia tidak jelas, selain bertentangan dengan penggunaan media sosial yang bersifat 24 jam.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Hatta Md. Ramli, berkata penggunaan terma parti politik itu tidak jelas, sama ada ia membabitkan calon, wakil calon dan sebagainya.

"Ia juga seolah-olah menyekat kebebasan seseorang, lebih-lebih lagi media sosial seperti Facebook, Twitter ini lebih berbentuk peribadi," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak bersetuju dengan larangan tersebut, lebih-lebih lagi di saat Pakatan Rakyat tidak mendapat ruang di media utama.

"Ia satu perkara yang tidak munasabah, selain usaha menyekat Pakatan Rakyat untuk berkempen di media sosial, khususnya di saat Pakatan Rakyat tidak mempunyai ruang di media utama," tambah beliau lagi.

Dr. Hatta juga berkata tindakan SPR itu hanya menjadikn badan pengendali pilihn raya itu sebagai tidak sesuai dan tidak relevan dalam perkembangan media sosial hari ini.

Putrajaya menyokong keluarga mangsa tragedi Batang Kali tuntut keadilan

 
KUALA LUMPUR, 17 Okt — Putrajaya menawarkan bantuan kepada keluarga yang terlibat dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada tahun 1948 dan mahu kerajaan Britain untuk membuat pemohonan maaf secara terbuka ke atas kejadian tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu wartawan di Parlimen hari ini bahawa beliau akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk melihat apa tindakan undang-undang yang dapat dibuat untuk membantu keluarga mangsa yang terlibat.
“Ini kali pertama saya menyertai perkara ini, saya akan merujuk kepada rakan sejawatan saya dan cuba melihat apa yang Wisma Putra dapat lakukan,” kata ahli parlimen Padang Rengas itu.
Menteri di jabatan perdana menteri itu telah menandatangani petisyen dibuat oleh keluarga mangsa pada Ahad lalu yang menuntut Parlimen Britain untuk “memohon maaf” bagi pihak kerajaan Britain di atas kejadian yang berlaku pada 12 Disember, 1948 itu.

Tony Pua kemuka usul potong gaji Ismail Sabri



 
Seorang ahli Parlimen telah memfailkan usul untuk memotong RM10 gaji Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri kerana didakwa telah menyalahguna kuasa dengan menggunakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat Suara Inisiatif Sdn Bhd

NONEAhli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua berkata beliau memfailkan usul tersebut hari ini kerana mendakwa Ismail telah menggunakan jawatannya untuk agenda politik BN dalam menyiasat akaun Suara Inisiatif.

"Sebaliknya, beliau gagal untuk mengambil sebarang tindakan terhadap lima syarikat yang berkaitan dengan Umno yang tidak mengemukakan akaun mereka, ada yang sejak tahun 2007.

"Syarikat-syarikat ini dan pengarah mereka, termasuklah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan," kata Pua.

Katanya, YGP Holdings Sdn Bhd, di mana Khairy dan Abdul Rahman  adalah pengarahnya, tidak memfailkan akaun teraudit sejak 31 Disember 2006, tetapi tiada tindakan diambil terhadapnya.

Ia juga mendedahkan bahawa National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), rakan kongsi dalam syarikat penerbangan murah terbaru negara, Malindo Airways, tidak mengemukakan akaun teraudit sejak tahun 2007.

AES: Kelantan mungkin ikut langkah Pulau Pinang

KOTA BHARU: Kelantan mungkin mengikut jejak langkah Pulai Pinang menggantung sementara pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik kerana ia dianggap menguntungkan syarikat kroni.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan mungkin boleh mengikut jejak langkah serupa kerana projek berkenaan dilihat memberi keuntungan kepada kroni.

“Sebelum ini Pulau Pinang mengumumkan tidak akan meneruskan pemasangan AES sementara menunggu kajian berhubung pelaksanaan projek tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2013 pada persidangan Dun hari ini.

Baru-baru ini Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, Pulau Pinang akan mengkaji pemasangan kamera AES dan membincangkan dengan semua pihak yang berkepentingan.

Malaysia berpura-pura serius banteras rasuah

Lim Kit Siang,
Saya telah menerima jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz kepada beberapa perkara yang saya telah bangkitkan tentang rasuah dalam ucapan Belanjawan 2013 di Parlimen 4 Oktober 2012 lalu, yang mana beliau tidak mempunyai masa untuk menjawab ketika penggulungan beliau.

Dalam ucapan saya, saya telah meminta Perdana Menteri untuk mengemaskini kepada Parlimen dan negara apakah tindakan yang telah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dengan pelbagai laporan polis ke atas “trio” Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Saya telah bertanya secara terperinci apakah hasil daripada laporan polis berkenaan pertuduhan rasuah ke atas Peguam Negara terutamanya melibatkan buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad bertajuk “Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah?”?

Ini adalah jawapan bertulis Nazri:

Perancis siasat dakwaan rasuah, bukan campur tangan – Suaram

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Siong berkata, siasatan mahkamah Perancis bukan untuk campur tangan hal ehwal Malaysia, sebaliknya bagi menyiasat dakwaan rasuah kepada mereka yang terbabit dalam urus niaga Scorpene.
“Mahkamah Perancis menjalankan siasatan kerana syarikat yang menjual kapal selam adalah milik Perancis. Mereka mahu menyiasat adakah wujud rasuah atau komisen yang dibayar kepada Malaysia,” tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.
Pegawai Eksekutifnya, Cynthia Gabriel menjelaskan, kehadiran peguam Suaram ke negara ini bukan bertujuan mencampuri urusan Parlimen, tetapi bagi menerangkan situasi sebenar ekoran berlaku kekeliruan sebelum ini.

Amaran Suaram kepada k’jaan jangan sekat peguam Scorpene

KUALA LUMPUR 17 Oktober: Kerajaan Umno BN diingatkan supaya tidak menyekat kemasukan dua peguam Perancis – William Bourdon dan Joseph Breham yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Pegawai Eksekutif NGO hak asasi itu, Cynthia Gabriel berkata, kerajaan tiada sebab berbuat demikian kerana mereka berhak berjumpa anak guamnya di mana-mana negara termasuk Malaysia.
“Suaram adalah anak guam kepada Bourdon dan Breham. Mereka seharusnya bebas untuk bertemu dengan kami di sini,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (KLSCAH), hari ini.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, kedua-dua peguam itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di mahkamah Perancis.
Mereka telah memohon visa dan akan hadir sebelum sidang Parlimen berakhir, November ini.
Awal Oktober lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia.

Orang Asli Pahang berhimpun, serah memo pada MB



 
Sekumpulan 500 anggota masyarakat Orang Asli Pahang yang berhimpun di Wisma Sri Pahang, Kuantan hari ini berjaya menyerahkan memorandum berhubung pewartaan tanah milik mereka kepada Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
NONEWakil Jaringan Kampung-kampung Orang Asli Malaysia (JKOASM), Shafie Dris berkata, wakil kumpulan tersebut juga berpeluang mengadakan pertemuan dengan Adnan dan juga anggota exco kerajaan negeri bagi membincangkan tuntutan terbabit.

"Kita berkumpul selama setengah jam di Wisma Sri Pahang dan kemudian menteri besar sampai. Kita beri memorandum pada dia. Dia kata ada tuntutan yang munasabah. Ada satu, dua yang tak. Tapi dia tak jelaskan yang mana.

"Kami juga diberi makan oleh mereka. Dan sekarang sedang berkumpul di padang Majlis Perbandaran Kuantan 2 (MPK2) untuk tahu keputusan hasil mesyuarat dengan menteri besar," kata Shafie ketika dihubungi Malaysiakini.

Jika SPR 'bersih' BN pasti tumbang ke bumi.

Oleh Safar Jumaat
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sebenar baru tersedar dari lena yang panjang. Selama ini, tiada siapa mengejutkan mereka dari tidur yang nyenyak itu tetapi perubahan yang berlaku dalam lanskap politik Malaysia, menjadikan tidur mereka sering terganggu.


Setiap kali ada bantahan mengenai pendaftaran pengundi, boss SPR selalu tampil dengan membawa sindrom menafikan. Sesiapa pun dalam SPR tidak perlu risau jika ada bantahan. Malahan, mereka sepatutnya berterima kasih. Memang ada undang-undang yang membenarkan orang ramai membuat semakan dan batahan. 
Jadi, kenapa mahu memberi tahu orang ramai, sesiapa yang membantah seolah-olah memperendah-rendahkan SPR? SPR akan lebih tulin dari biasa jika mereka mendengar bantahan dan menerimanya secara ikhlas. Tidak perlu marah-marah dan tidak perlu mengatakan parti-parti pembangkang sengaja mahu mencari salah SPR.

Kalau benar BN itu telus, kenapa takut isystihar harta?



Kecelaruan yang negara alami kini, bukannya kerana masalah yang disebabkan oleh rakyat sebenarnya. Masalah yang ada pada hari ini adalah masalah yang disebabkan oleh pemimpin-pemimpin kita. Rakyat tidak memberi masalah kepada kerajaan. Sebaliknya kerajaan dan pimpinanlah yang memberikan masalah kepada rakyat sehinggakan rakyat sudah berang di dalam hati mereka yang menyebabkan mereka mempersoalkan segala tindak tanduk pimpinan dan parti yang memerintah negara kita sekarang ini.
Isu yang terbesar dalam negara kini ialah rasuah yang menyebabkan sistem kerajaan sekarang hampir lumpuh kalau kita sandarkan penilaian kita dengan negara-negara maju. Rasuah ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin justeru itu telah menyebabkan banyak perkara yang tidak betul lagi berlaku di hadapan mata rakyat.
Saya tertarik dengan cadangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP, yang telah pun melakukan usaha yang bertanggungjawab mematikan budaya rasuah di negeri P Pinang yang beliau tadbir. Beliau mencadangkan beberapa cara untuk menghapuskan rasuah seperti yang beliau sendiri telah lakukan di P Pinang sejak beliau mentadbir negeri itu.
Di antaranya setiap ahli-ahli Pentadbir Negeri dari exco kerajaan serta pegawai pelaksana mengisytiharkan harta mereka. Mereka dikehendaki mengisytiharkan harta mereka termasuk akaun bank mereka di dalam dan di luar negara. Cara ini amat penting dilakukan kerana rakyat yang telah memberikan mereka mandat mahukan mereka mentadbir dengan bersih dan menghilangkan keraguan tentang kebersihan mereka menjaga harta benda rakyat.