Selasa, 16 Oktober 2012

Shahnon Kasi Musuh Pas Kontoi

Masa Pak Shahnon Ahmad keluar dalam sebuah telivesyen (tv) penjilat buntut, yang kononnya melahirkan rasa kesal dengan Pas yang berkawan dengan DAP dan takut kepada parti Cina itu, saya terus membuat catatan di dalam blog menjelaskan apa sebenar yang berlaku dari pengamatan saya. Tujuannya supaya tidak ada yang 'terbolah' terus marahkan Shahnon dengan laporan berkenaan yang jelas berunsur jahat dan khianat.


Laporan penjelasan Shahnon yang dipetik.
Saya mengamati butiran kata-kata Shahnon dan melihat mimik wajahnya semasa bercakap dan disuluh oleh camera tv berkenaan. Saya amat dan depnuh cermat.

Sebagai orang yang ada sedikit ilmu dalam bidang wartawan, dan juga memahami ilmu dan keadah puter belit (spin) saya menasihat orang Pas agar jangan tidak marah kepada Shahnon. Saya sudah mengagak bahawa bukan semua yang Shahnon ucapan disiar oleh tv berkenaan dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Saya yakin beliau ikhlas ketika mengeluarkan pendapatnya itu.

Saya juga ada masuk tv beberapa kali dan menghadapi masalah sama. Saya faham sangat dengan perangai tv atau media Malaysia yang tidak bersikap profesional dan menjadi pentaksub melampau kepada pihak tertentu. Mereka akan eksploikan apa saja asalnya boleh menggembirakan hati taukeh mereka. Sikap inilah menyebabkan bergemanya laungan mengatakan media negara ini tidak bebas dan telus.

Apa Sebab Musa Tarik Balik Saman Ke Atas Anwar?

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Keputusan bekas IGP Musa Hasan menarik balik saman malu terhadap Anwar Ibrahim mungkin tidak mengejutkan kerana ia adalah perkara biasa saja, tetapi tidak begitu bagi saya. Iya semacam ada sesuatu perkembangan baru di antara kedua-dua bekas IGP dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


 Musa menyaman Anwar kerana berhubung insiden peristiwa "mata lebam" di mana Musa dikaitkan sebagai turut terlibat dalam peristiwa tersebut dan dituduh menyembunyikan beberapa fakta dalam proses penyiasatan peristiwa berkenaan. Ekoran itu menyebabkan Anwar bertindak membuat laporan polis terhadap Musa dan Peguam Negara Abdul Ghani Petail.

Alasan Musa untuk menarik saman itu kerana berlaku salah faham oleh pihak defeden (Anwar) berhubung kedudukannya ketika itu, dan beliau menerima untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Ustz Haslin Bahrin - Syaitan Tinggalkan 3 Ikatan Simpulan

PISAH AGAMA DARI POLITIK - PENDIRIAN UMNO SAMA DENGAN PEMERINTAH SINGAPURA.



Pendirian UMNO selama ini yang melihat politik dan agama perlu dipisahkan adalah sama dengan pendirian pemerintah Singapura..
Pemerintah di Singapura bukanlah beragama Islam..
maka "selayak"nya lah mereka beranggapan sedemikian..

Tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah Melayu yang beragama Islam.. dan mereka sendiri yang mengaku kononnya negara ini adalah negara Islam..
maka pemisahan agama dari politik tidak boleh berlaku..

kerana sesungguhnya agama itu adalah kehidupan...
agamalah yang membentuk keperibadian seseorang,bagaimana pula ianya mahu dipisahkan dari urusan kerja sehari-hari..?

Berikut adalah petikan berita dari Utusan Online..
mungkin Utusan berpendapat penyiaran berita seperti ini dapat menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa pendirian UMNO selama ini yang memisahkan agama dari politik sememangnya tepat, dengan memberikan contoh ianya turut diamalkan kerajaan Singapura...
Politik tidak kotor..
yang mengotorkan dunia politik adalah si pemain politik, iaitu manusia..
manusia jadi begitu kerana mereka tiada pegangan agama yang kuat ataupun mereka sendiri memisahkan agama dari politik..

Pendirian UMNO sama dengan negara sekular..
patutlah ulama' gelar negara ni negara sekular..

Rujuk SINI

Walaupun dah 'dimekap', masih jelas nampak sisi huduh laporan audit

Aku cukup yakin, laporan audit 2011 tu dah 'dimekap' tapi malang bagi Umno BN, masih nampak jugak rupa huduh laporan audit tu.

Malaysiakini melaporkan:
Selepas tertangguh lebih dua minggu, Laporan Ketua Audit Negara 2011 dibentangkan di Parlimen hari ini.

Pejabat ketua audit negara dalam kenyataannya hari ini berkata, berdasarkan kepada pengauditan terhadap 456 penyata kewangan Kerajaan dan agensi kerajaan tahun 2011, sebanyak 338 (85.1 peratus) penyata kewangan diberikan Sijil Audit Tanpa Teguran.

Manakala sebanyak 25 (5.5 peratus) penyata kewangan telah diberikan Sijil Audit Berteguran kerana terdapat beberapa piawaian perakaunan yang tidak dipatuhi sepenuhnya.

Baki 43 (9.4 peratus) pula penyata kewangan masih dalam proses pengauditan, menurut laporan itu lagi. - Mkini.

Apa Rahsia Hassan Ali Dakwa Ingin Terus Bersama PAS?

Hasan Ali: Saya tetap dengan PAS, tak akan masuk Umno

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di Besut, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!

Laporan Ketua Audit 2011 (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!
Laporan yang sentiasa ditunggu oleh rakyat malaysia dan kalangan ahli-ahli parlimen yang sentiasa “dahagakan” laporan yang dipanggil Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen, itupun selepas 2 minggu parlimen bersidang. Apa sebabnya?
Kata menteri, beliau mahu kalangan ahli parlimen menumpukan kepada perbahasan pembentangan Bajet 2013 terlebih dahulu.

Laporan Ketua Audit Negara 1 : Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan

  • Semakan kami terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan di sini kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan
  • Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.
  • Dalam banyak-banyak projek itu, hanya satu dijalankan dengan tender terbuka, yang selebihnya siapa dapat?
  • Termasuklah enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL (kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd)
  • Sedangkan Laporan ketua Audit Negara 2011 ada mengatakan USL didapati “tidak berpengalaman” dan pegawai teknikal syarikat itu pula “kurang kompeten” untuk menyiapkan projek tersebut.
  • Erm….jahanam duit rakyat.
Kenapa tiada pengalaman pun boleh dapat? Mungkin mereka tiada pengalaman yang luar biaasa tetapi mungkin ada tangan “yang lur biasa” yang meluluskan”. Seterusnya…

Penemuan mengejutkan Laporan Audit Negara 2011 untuk N.Sembilan


"Antara beberapa penemuan yang mengejutkan dalam laporan Ketua Audit Negara yang baru dikeluarkan ialah: Perbelanjaan tahunan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menurun ke RM 5.63 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 7.15 juta pada tahun 2010.

Hasil cukai tanah telah menurun ke RM 112.51 juta untuk tahun 2011 berbanding RM 114.03 juta pada tahun 2010.


Penjualan saham yang begitu banyak. Pada akhir tahun 2011, pelaburan saham Kerajaan Negeri dalam Penyata Kedudukan Kewangan berjumlah RM0.59 juta. Ini merupakan penurunan sebanyak 97.5% ekoran 3 daripada 4 saham Kerajaan Negeri iaitu saham Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan Malaysia Airport Holdings dengan nilai pokok RM22.91 juta telah dijual dalam tahun 2011.

Terdapat 33 unit rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) yang masih kosong semenjak tahun 2005. Tunggakan sewa Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) semakin meningkat pada tahun 2011 berbanding tahun 2009 dan 2010 iaitu sebanyak 25.4% berbanding kutipan sepatutnya. Terdapat rumah Rumah Awam Harga Rendah (RAHR yang belum dikeluarkan hak milik walaupun pembeli telah selesai bayaran sewa beli antara 1 hingga 7 tahun.

Malaysian scholar in Singapore courts controversy with ‘sumptuous’ sex blog

KUALA LUMPUR, Oct 16 — A Malaysian National University of Singapore (NUS) law scholarship holder has stirred up controversy after he posted photographs and videos of his girlfriend — also from Malaysia — and him having sex, on his blog, which he has been forced to remove after it went viral in recent days.
Alvin Tan Jye Yee told Yahoo! Singapore that he had taken down his joint sex blog with his girlfriend “because there’s been too much trouble for this and we want to stay out of trouble”.
The NUS student said erotic photos and videos of himself and his girlfriend going viral was “exciting”, according to Yahoo! Singapore.
On the site “Sumptuous Erotica“, Tan and his girlfriend Vivian Lee said they loved posting details of their sex life on the web “for everyone to enjoy” and that they uploaded only self-made content.
Tan and Lee (picture) are understood to be back home in Malaysia.

AES: Pakatan semak semula jika tawan Putrajaya


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat berpendirian akan menyemak serta mengkaji semula pelaksanaan Automated Enforcement System (AES) jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum yang akan datang.

Berkata pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu selain semakan semula pelaksanaan AES, Pakatan akan turut membuat semakan kepada perjanjian antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan syarikat yang melaksanakannya.

"Jika kita mengambil alih Putrajaya nanti, kita akan membuat semakan serta kajian semula terhadap perlaksanaan AES.

"Apa yang kita lihat sekarang AES ini bukan sahaja telah membebankan rakyat serta untuk mengaut keuntungan tetapi juga lokasi-lokasi pemasangan AES ini turut meragukan," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Laporan Utusan berniat jahat –YB Lee Guan Aik

ALOR SETAR – Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darul Aman, YB Lee Guan Aik menyelar tindakan Utusan Malaysia menyiarkan berita yang bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan beliau.

YB Lee Guan Aik yang juga Pengerusi DAP Kedah menegaskan bahawa, berita tersebut adalah berniat jahat bagi melaga-lagakan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, mahupun di Malaysia.

Pada 14 Oktober 2012, iaitu kelmarin, saya ada buat sidang media bagi mengulas pelaksanaan garis panduan papan iklan yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

“Dalam kenyataan tersebut, saya langsung tidak menyatakan DAP menentang undang-undang berunsurkan Islam jika mahu dilaksanakan di sini (Kedah), tetapi saya berkata bahawa apa-apa sahaja undang-undang yang perlu dilaksanakan memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat).

WANG PEMBAYAR CUKAI RM16.4JUTA HANGUS LESAP!!!!!


Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus guyub!!!!!!
Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011.

ANTARA ALASAN UTAMA MENGAPA NAJIB MASIH GENTAR DAN CUAK NAK BUBARKAN PARLIMEN!!!!!


Pada pandangan admin, inilah sebahagian dari alasan utama mengapa Najib Razak masih enggan nak bubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada PRU 13 walaupun cakap berdegar-degar besar kononnya rakyat memberikan sokongan besar dan padu kepada UMNO dibawah kepimpinannya.

Bila warga bukan Melayu/Islam sudah menerima dan mendakap perjuangan yang dibawa PAS, maka hayat UMNO akan tamat.

Bila gagasan Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS/PKR/DAP, kesatuannya semakin utuh dan padu terutamanya dikalangan pengundi bertaraf warga emas maka jawapnya UMNO akan hancur lebur.

UMNO TUMBANG... ISLAM DAN MELAYU GEMILANG...UMNO KECUNDANG.. MELAYU TETAP TIDAK AKAN HILANG....UMNO BERKUBUR, RAKYAT BERSYUKUR.

Wanita, kerjaya dan rumahtangga

Oleh Azrine Razak,
“Tahniah Puan Melisa, anda diterima untuk menyertai kursus yang kami anjurkan di Australia minggu hadapan,” kata Encik Zulkifli, Ketua Jabatan Melisa. Melisa sangat gembira tetapi dalam masa yang sama otaknya ligat berputar dengan pelbagai persoalan. 


“Alamak, macam mana dengan hubby? Boleh ke dia bagi aku pergi ni? Bagaimana pula dengan anak-anak... siapa pula yang hendak menjaga mereka? Mak nak pegi umrah, mak mertua pula tidak sihat.” Aduh, banyak benda nak kena fikir. Susah-susah tak payah pergi. Tapi, inilah peluang untuk aku menimba pengalaman kerja, selain membentuk keyakinan diri. Insyallah, bila prestasi kerja meningkat, ada peluang kenaikan gaji. Melisa dibelenggu dilema.  Selepas makan, Melisa berbual dengan Malik, “Pa, Mama dapat pergi Australia untuk kursus yang Mama apply last month,” kata Melisa dengan perlahan. “Really, sayang? Oh... this is great, sudah lama Mama tunggu peluang ini. So, just go dear,” kata Malik. “Errr… tapi pa, macam mana dengan Alisha dengan Qaiyyum, siapa nak jaga?” tanya Melisa teragak-agak. “Eh, sayang nie, Abang kan ada, Abanglah jaga. Macam tak biasa pula. Kalau Mama outstation, bukankah Papa yang jaga?”

Hukuman rogol gadis bawah umur wajar diputuskan mahkamah, kata Tun Zaki Azmi

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Hukuman bagi kesalahan merogol gadis di bawah umur 16 tahun seharusnya kekal diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi.

Beliau berkata, hukuman bagi kesalahan itu tidak wajar ditetapkan kepada satu hukuman semata-mata kerana ada faktor yang perlu dipertimbangkan seperti fakta kes sebelum pesalah dikenakan hukuman berat atau ringan.

"Dalam kes seorang lelaki tua merogol gadis bawah umur, dia memang layak diberikan hukuman paling berat iaitu penjara dan sebatan. Tiada persoalan dalam hal itu.

"Tetapi dalam kes yang melibatkan pasangan remaja, adakah remaja perempuan itu tidak bersalah langsung?

"Saya katakan kedua-duanya bersalah dan adakah adil jika hanya lelaki itu yang dihukum?" katanya sambil menambah kata laporan polis pada kebiasaannya dibuat ibu bapa perempuan yang menjumpai diari anak mereka.

Sebuah lagi projek sakit di Sarawak

Projek Membina Jalan Tebedu/Darul Iman/Darul Insan Jaya/Temong/Darul
Fa’lah/Darul Huda, Tepoi di Tebedu, Samarahan
Mengikut Laporan Penilaian Tender terhadap Projek Membina Jalan Tebedu/Darul Iman/Darul Insan Jaya/Temong/Darul Fa’lah/Darul Huda, Tepoi di Tebedu, Samarahan, penender NDC Dredging & Construction Sdn. Bhd. telah lulus ketiga-tiga peringkat penilaian tender dan dicadangkan untuk diperakui oleh Jawatankuasa Penilaian Tender sebagai kontraktor untuk projek tersebut.
Semakan Audit terhadap prestasi kontraktor berdasarkan laporan JKR mendapati kemajuan kerja sebenar kontraktor untuk projek Jalan Biawak pada 30 November 2009 hanyalah 1.82% berbanding dengan 2.85% yang dijadualkan iaitu 1.03% lewat. Bagaimanapun, Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak masih bersetuju menawarkan tender tersebut kepada NDC Dredging & Construction Sdn. Bhd pada harga kontrak RM10.35 juta.
Sehingga lawatan Audit pada 21 Disember 2011 projek ini belum siap dan dikategorikan sebagai projek sakit. Mesyuarat Pemantauan Rapi telah diadakan oleh JKR dan konsultan setiap 2 minggu bermula 10 Mac 2011 dan 8 surat amaran telah dikeluarkan kepada kontraktor supaya mempercepatkan kemajuan kerja di tapak. Sijil Tidak Siap telah dikeluarkan pada bulan Mei 2011 dan ganti rugi yang tertentu dan ditetapkan sejumlah RM491,751 telah dikenakan terhadap kontraktor berkenaan.
Notis Penamatan Kontrak telah dikeluarkan pada 22 Februari 2012 dengan kemajuan fizikal 44.5% dan sejumlah RM6.43 juta telah dibayar kepada kontraktor berkenaan. Keadaan Jalan Tebedu/Darul Iman/Darul Insan Jaya/Temong/Darul Fa’lah/Darul Huda, Tepoi, Tebedu, Samarahan yang tidak siap adalah seperti Gambar 4.7 dan Gambar 4.8.

Surplus Pulau Pinang meningkat 312%, wang rakyat dijimatkan


GEORGE TOWN, 16 OKTOBER: Lebihan surplus yang meningkat sebanyak 312% merupakan rekod yang paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang dengan jumlah RM138 juta pada 2011 Berbanding RM33 juta sahaja pada 2010.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini, pencapaian ini adalah hasil  usaha gigih rakyat negeri tersebut dan semangat kerja berpasukan semua anggota pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan pentadbiran Cekap Akauntabel dan Telus (CAT).
Pun begitu, katanya, kerajaan negeri Pulau Pinang sedia menerima teguran Laporan Ketua Audit Negara dengan hati yang terbuka.
Menurutnya, beliau telah pun mengarahkan jawapan daripada semua jabatan berkenaan sekiranya ada kelemahan yang harus diperbaiki maupun ada teguran audit yang tidak berasaskan fakta atau disebabkan kesilapan pihak lain yang sebenarnya tidak pun melibatkan kerajaan negeri.
Menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul, Guan Eng berkata bahawa baki RM362.3 juta yang tidak dibelanjakan itu adalah disebabkan oleh dua perkara utama dimana RM100 juta yang diperuntukkan untuk pengambilan tanah hub pendidikan Asian Women Leadership University (AWLU) di Kampung Genting, Balik Pulau tidak dibelanjakan.

Activate - Kenya Rising

Meeting Syria's displaced

Anwar Dakwa Kehilangan Berbillion Ringgit Dalam Laporan Ketua Audit Negara

Laporan Audit Unisel: Selangor tuding jari kepada BN

Pulau Pinang: Kaji dahulu sebelum pasang AES

Pengerang: Perlaksanaan Rapid bercanggah

Anwar: Pakatan tak tolak Rapid tapi bantah pelaksanaan

Pengerang: Jawapan kementerian kurang memuaskan

Pengerang: Alasan kerajaan tidak logik

Guan Eng: P Pinang tangguh pelaksanaan AES

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan membuat kajian dan rundingan dengan kerajaan persekutuan sebelum membenarkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang digelar "kamera 1Malaysia".

Katanya, rakyat kurang senang dengan pelaksanaan sistem kamera itu yang didakwa "bukan menghalang kesalahan berlaku, tetapi lebih mirip kepada syarikat kroni mendapat keuntungan".

"Saya rasa apa yang diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat memang untuk menyahut hasrat rakyat bahawa pelaksanaan AES ini akan membimbangkan dan juga menguntung kroni.

"Itulah sebabnya cadangan dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang, kita nak kaji dulu rancangan untuk memasang kamera 1Malaysia ini.

"Denda RM300 dikenakan khusus di tempat kereta membawa kereta laju, kita kena mengkaji dan mendapat rundingan semua pihak," kata MP Bagan itu.

Khaled: PTPTN kekal, pengajian percuma belum sedia



Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR - Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.

"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Tubuh Tribunal Siasat Peguam Negara Kes Mata Lebam

SHAH ALAM 16 OKT : Peguam N Surendren mengesa ditubuhkan sebuah tribunal pebagi menyiasat penglibatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam konspirasi Kes Liwat 1 empat belas tahun lalu.
Desakan itu dibuat peguam Surendran yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penarikan balik saman fitnah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap Anwar pagi tadi.
Tribunal perlu dibuat kerana beliau (Abdul Gani) dinyatakan sebagai berkonspirasi dengan Musa untuk menamatkan kareer politik Anwar.
“Penarikan balik saman menunjukkan bahawa segala fakta Anwar bahawa terdapat konspirasi peringkat tertinggi terhadap beliau adalah benar dan ada asasnya.
“Perkara ini mesti disiasat,” tegasnya yang dihubungi melalui panggilan telefon sebentar tadi.
Pagi tadi, Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Musa, memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad mengenai penarikan balik saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Lapan Agensi Kerajaan Negeri Terima Imbuhan Tanda Penghargaan

SHAH ALAM, 16 OKT : Sejumlah RM20,000 akan diberikan kepada lapan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri kerana mencapai prestasi pengurusan memberangsang(sangat baik) seperti yang dilapor dalam  Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Lapan agensi tersebut ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) dan Perbendaharaan Negeri Selangor.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kejayaan yang dicapai kesemua agensi terbabit amat membanggakan berbanding tahun 2010 di mana hanya empat jabatan dan agensi negeri mendapat penarafan empat bintang.

'Memasarkan' Islam kepada umat moden



 
Sama ada dahulu atau sekarang, seseorang tidak akan dapat menjadi insan yang adil terhadap sesuatu hakikat dan maju ke hadapan jika dia bersifat jumud dan menutup pemikirannya dari mendengar dalil dan fakta disebabkan sesuatu sentimen.

Sikap yang seperti itu dinamakan dengan fanatik atau taksub. Mereka yang taksub kepada pendapat seseorang, enggan mendengar pendapat orang lain sekalipun pihak yang lain itu telah memberikan hujah dan dalil yang kukuh.

Sesuatu pendapat itu sepatutnya diterima bukan atas nama individu tetapi atas alasan atau fakta yang diberikan.
Keburukan fanatik
Fanatik ini telah berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu. Ia sehingga membawa kepada permusuhan sesama Islam dek perbezaan pendapat dalam hukum syarak.

Sehingga dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidil Haram, Mekah umat Islam bersolat dengan empat imam dan setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Setiap makmum akan memilih imam yang sesuai dengan mazhabnya.

Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Hal ini berterusan, sehinggalah gerakan pembaharuan pemikiran agama berjaya menghapuskan kekarutan tersebut. Bayangkanlah jika hal tersebut berterusan sehingga hari, di kala umat Islam begitu lemah dan berpecah.
Selepas Rasulullah SAW wafat, baginda meninggalkan ramai para sahabah yang merupakan ilmuwan besar bagi umat ini. Namun, tiada seorang di kalangan para sahabah yang agung itu menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain.

Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh khalifah yang empat, atau ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka jauh lebih memahami syariat Rasulullah SAW dari orang selepas mereka.

Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain-lain tokoh lagi, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain.

KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Filipina Terbongkar (Bahagian 2)


Jika artikel pagi tadi para pembaca telah mengetahui muslihat pertama dan kedua mengapa perdana menteri Najib Altantuya beriya-iya mahu menjadi orang kuat dalam perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam, kini dipaparkan pula pendedahan kedua mengapa Najib Altantuya sanggup terbang ke Istana Malacanang di Manila yang pastinya ada cerita di sebaliknya. (Bahagian pertama KLIK DI SINI)

Bukan setakat isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dari kepulauan Mindanao dan Sulu menjadi taruhan tetapi maklumat sulit kerajaan Filipina yang dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat mendedahkan bahawa kepulauan Sulu dan kawasan sekitar sehingga menganjur ke kepulauan Spratly, rupanya kaya dengan sumber minyak dan gas asli bernilai berbilion dolar!

"Many oil nationalists in Kota Kinabalu and Kuching even think that the oil-and-gas rich Sulu Islands, once linked not so long ago with the eastern and northern seaboards of Sabah, should be included as well in a new political equation in the region. 

Jingga 13 lapor polis wang seludup RM40 juta untuk Umno Sabah

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus didesak supaya mendedahkan secara terperinci pihak yang menyumbang wang seludup RM40 juta kepada Umno Sabah.
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, keengganan Najib mendedahkan perkara itu membuktikan beliau terlibat dalam skandal penggubahan wang haram.
“Wujud kesalahan jenayah yang dilakukan Najib apabila bersekongkol dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan hartawan Michel Chia serta Umno dalam aktiviti tersebut.
“Selaku Menteri Kewangan, Najib harus sedar tindakan menyeludup wang haram serta sumbangan kepada parti politik adalah satu jenayah.

Menteri Wanita dibidas, tak hadir penggulungan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat mempersoalkan ketidakhadiran Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dalam sesi penggulungan Belanjawan 2013 bagi kementerian itu.

Ketidakpuasan hati di kalangan ahli parlimen wanita itu mula dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) diikuti Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) dan Zuraida Kamarudin (PKR-Ampang).

Ekoran pencelahan mereka itu menimbulkan sedikit kekecohan menyebabkan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandi terpaksa mententeramkan sidang dewan rakyat sebaik sahaja sesi soal jawab tamat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Datuk Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang turut bangun meminta Timbalan Menteri Wanita mengabaikan hujahan mereka.

'Laporan audit padam kerugian berbilion ringgit'



 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian "berbilion ringgit" yang didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja.

"Projek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya.
Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini.

Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013.

Apa mekanisme naik gaji CEO Tabung Haji?

Dewan gamat, 'Menteri wanita' tak hadir penggulungan

Kos 400 juta, ITIS masih gagal berfungsi

RM40 juta Untuk UMNO : Jingga 13 buat laporan polis

Pakatan akhirnya sepakat terima projek RAPID, minta ditangguh

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Selepas berlakunya sedikit percanggahan pendapat antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dalam isu pembangunan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil membuat penjelasan pakatan pembangkang itu menerima projek tersebut. Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini bagaimanapun menggesa agar projek itu dipindahkan ke lokasi lain, dan ditangguhkan sementara supaya kerajaan dapat meneliti beberapa isu yang dibangkitkan penduduk terutamanya berkaitan dengan kajian kesan alam sekitar jika projek itu diteruskan.

Audit : Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus


Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011.
Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.

NONERancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang membuat "tuntutan palsu" – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise.

Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.

Projek itu dimulakan dengan geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012.

DAP : 'Jangan laga-lagakan Pas dan DAP'


Dr Tan Seng Giaw KUALA LUMPUR - DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

SAHNON AHMAD!!! Terus istiqamah bersama PAS, UMNO tak yakin dengan al Quran dan Sunnah



PULAU PINANG: "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama,” demikian ditegaskan oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dalam ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi tadi.
Malah, beliau sangat yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang insya Allah mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.

"Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.


"Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” ujar beliau lagi.

Sangkakala untuk UMNO.

Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan colonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diujudkan dan menentang Malayan Union.
Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO.  Hari ini UMNO lah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka. 1946, UMNO dan Melayu bangkit menentang pemberian kerakyatan untuk menyelamatkan Melayu, hari ini, UMNO jual negara untuk selamatkan diri. Marilah kita menghukum pengkhianat negara dengan hukuman yang kita tahu yakni melucutkan mereka dari berkuasa.UMNO jual negara kita dan kita membiarkan ia dilakukan.
Kita jangan sekali kali memaafkan kesalahan dan kemungkaran hanya kerana pelaku nya Melayu. Kalau tidak, apa yang saya kata berulang kali sebelum ini, akan tiba suatu hari pesalah akan masuk rumah kita meniduri isteri dan anak perempuan kita, kita akan kata- tidak mengapa sebab pelaku itu Melayu dan UMNO pulak tu!

Audit : 9 GLC rugi 3 tahun berturut-turut


Parlimen SHAH ALAM –  Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC)  tersenarai antara sembilan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengalami kerugian  bagi tiga tahun berturut-turut, kata Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Mengikut laporan tersebut kerugian HDC pada 2008 mencatat jumlah  RM13.80 juta, 2009 sebanyak RM14.57 juta dan pada 2010 sebanyak RM20.50 juta.

Turut sama tersenarai dalam sembilan syarikat yang mengalami kerugian adalah Indah Water Konsortium, Kereta Api Tanah Melayu Bhd, Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd, Jaring Communications Sdn Bhd, Syarikat Prasarana Negara Bhd, Inno Bio Ventures Sdn Bhd, Jambatan Kedua Sdn Bhd dan Assets Global Network Sdn Bhd yang kesemuanya mencatatkan kerugian sebanyak RM2.446 bilion.

PAC may probe Mindef’s RM3.2 bil fiasco

Public Accounts Committee member Kamaruddin Jaafar says this was not the first time they have found irregularities in contracts involving the Ministry of Defence. 

KUALA LUMPUR: The Public Accounts Committee (PAC) may probe the case of RM3.2 billion spent by the Ministry of Defence to build poor housing for military personnel.
Tumpat MP Kamaruddin Jaafar, a member of the PAC, said this when met at the Parliament lobby today.
“We will look into ithe issues highlighted by the Auditor-General’s report. I’m quite sure this matter will be looked into,” he added.
The report indicated that the ministry’s project to build quarters for its married personnel had ballooned in cost, from the intial RM1.22 billion to a whopping RM3.2 billion.
To make matters worse, the report also said that completed quarters were marred with defects and the contractor failed to carry out the necessary maintenance works.

Auditor : RM4m wasted on Putrajaya park

AG points to weaknesses in the management of the federal capital’s 10 “education, research and tourism” centres. 

PETALING JAYA: Nearly RM4 million worth of equipment at Putrajaya’s Botanical Park is not functioning, according to the Auditor-General’s 2011 report.
This was among the weaknesses that the AG observed in the management of the federal capital’s 10 parks.
The report said Putrajaya Corporation (PPJ), the authority that administers the Federal Territory of Putrajaya, had spent RM744.93 million on developing 10 parks to serve as “education, research and tourism centres” equipped with “suitable facilities”.
Despite the “tourism centre” tag, promotion activities had not been intensive enough to attract visitors, it added.
It also pointed to unsatisfactory security control by a private company, saying this had led to loss of assets.
Another “weakness” observed in the report was that PPJ spent RM1.85 million on equipment for park maintenance alone.

PR Akan Perjelas Laporan Audit Ketua Negara Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 OKT : Pakatan Rakyat(PR) akan mengadakan penjelasan menyeluruh kepada rakyat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkenaan ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan audit yang dikemukakan itu menunjukkan berlakunya ketirisan yang jumlahnya melebihi berbilion ringgit.
“Ketirisan itu berlaku yang dipadam begitu sahaja adalah berkenaan hutang-hutang dan projek-projek kepada rakyat seperti rumah-rumah guru dan tentera yang tergendala,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau kesal kerana laporan audit itu lambat dibentangkan di Parlimen.
“Walaupun ia sudah diterima oleh pihak Parlimen tetapi ia merupakan pelanggaran kepada Parlimen oleh pihak Eksekutif.

Campur tangan ‘orang politik’ punca GLC rugi – Johari

KUALA LUMPUR 16 Oktober: Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul berkata, dua syarikat kerajaan yang mengalami kerugian mencecah lebih RM1 bilion berpunca akibat campur tangan politik.
Syarikat tersebut adalah Indah Water Konsortium (IWK) dan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (KL Rapid).
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 semalam, syarikat tersebut masing-masing mencatatkan kerugian terkumpul hingga akhir 2010 iaitu sebanyak RM888.1 juta dan RM293.83 juta.
“Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditubuhkan kerajaan dikendalikan secara tidak berhemah. Ini disebabkan penerajunya adalah di kalangan orang politik yang dianugerahkan jawatan tertinggi oleh badan-badan tersebut, jadi hasilnya bukan bawa keuntungan, tetapi kerugian,” katanya ketika dihubungi.
Tambah Ahli Parlimen Sungai Petani itu, IWK yang ditubuh pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu diragui malah membimbangkan kerana perkara yang bersangkutan dengan kebersihan perlu melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), bukannya dengan penubuhan syarikat.
“Syarikat yang ditubuhkan itu tidak masuk akal, kenapa urus tangki najis perlukan syarikat, cukup sekadar PBT yang uruskan. Kalau kontraktor tak dapat uruskan, bermakna PBT boleh terus ambil tindakan.
“Kerugian boleh dijangka kerana orang politik yang jadi bosnya. Kalaupun mereka ada kelayakan, masalahnya tiada pengalaman dan ada kepentingan peribadi,” jelas Johari.

Audit Saran DBP Pantau Syarikat Cetak Dan Edar Buku Elak Jejas Pelajar



SHAH ALAM, 16 OKT : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disarankan supaya memantau pengurusan syarikat konsesi yang dilantik bagi memastikan operasi percetakan dan pengedaran buku teks sekolah berjalan lancar dan tidak menjejaskan pembelajaran pelajar.
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011, pihak DBP hanya mengambil tindakan setelah mendapati syarikat konsesi penswastaan menghadapi krisis kewangan yang kritikal dan tidak mampu untuk meneruskan operasinya.
Menurut laporan itu, syarikat konsesi seringkali gagal merancang pembekalan dan pengedaran buku teks ke semua sekolah seluruh negara dengan baik sehingga mengakibatkan kelewatan.

Audit : RM1b untung, dividen tak dibayar pada kerajaan oleh GLC


 
Sekurang-kurangnya sembilan syarikat milik kerajaan persekutuan yang mencatatkan keuntungan selepas cukai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut, namun tidak mengisytiharkan atau mencadangkan dividen kepada kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati, syarikat itu mengumpulkan keuntungan terkumpul selepas cukai sebanyak RM943.46 juta.

Pekeliling Perbendaharaan Bil 11 Tahun 1993 menyatakan bahawa bayaran dividen sekurang-kurangnya 10 peratus daripada keuntungan selepas cukai setiap tahun perlu dibayar kepada kerajaan sebagai pemegang saham.
NONE









Sekiranya keuntungan lebih diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan, peratusan dividen perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat.

Ketua audit negara telah mengaudit penyata kewangan 47 syarikat yang 50 pegangannya dimiliki kerajaan daripada tahun 2008 hingga 2010.

Laporan itu mendapati 23 syarikat dilaporkan untung sebelum cukai untuk tiga tahun berturut-turut dengan nilai RM255.834 bilion sementara sembilan lagi mengalami kerugian bernilai RM2.446 bilion.

Utusan patut didakwa kerana menulis fitnah, kata peguam Mat Sabu

GEORGETOWN, Oct 16 — Utusan Malaysia harus didakwa kerana menulis dan mengedarkan laporan memfitnah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu di mahkamah, menurut sidang mahkamah tinggi hari ini.
“Jika Mohamad didakwa atas kesalahan membuat kenyataan berunsur fitnah, Utusan yang mencetak dan mengedarkan pada orang ramai juga harus didakwa dalam seksyen 500 kanun keseksaan,” kata peguam Muhammed Hanipah Maidin di mahkamah hari ini.
Timbalan presiden PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, telah memohon untuk menggugurkan tuduhan ke atas kes fitnah yang beliau dakwa bercanggah dengan Artikel Lapan Perlembagaan Persekutuan.
Muhammed memberitahu mahkamah di bawah seksyen 500 kanun keseksaan, sesiapa yang mencetak dan menyebarkan fitnah juga boleh didakwa.
“Jika Mohamad didakwa dalam seksyen ini, Utusan yang melaporkan kenyataan fitnah juga perlu didakwa dalam seksyen ini.
“Tetapi kenapa Utusan tidak didakwa, kenapa berat sebelah? Kenapa Mohamad didakwa tetapi Utusan dibebaskan? Ini bertentangan dengan Artikal Lapan Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan layanan sama adil tidak mengikut kaum atau agama,” katanya lagi.

Hasan Ali: Saya tidak akan sertai Umno...pulak dah..he..he..!!!


Hasan Ali
BESUT - Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat oleh Pas Januari lalu berkata, beliau akan tetap bersama parti itu walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan bekas Naib Presiden parti itu.

Malay NGOs urge KDN to act against Suaram French lawyers

Adun BN Kelantan 'bersama' menerima Memorandum Royalti | Pembentangan Bajet Kelantan 2013

Speaker backs down from MP’s challenge

BN MP dares Ronald Kiandee to punish him for an insulting remark.

KUALA LUMPUR: Deputy Speaker Ronald Kiandee today backed down from a BN MPs’ challenge to take action against him for insulting one of his colleagues in the opposition.
Kiandee instead defended the offending MP, Pasir Salak’s Tajuddin Abdul Rahman, against protests from the opposition bench.
Tajuddin’s insult came in the midst of an uproar over Deputy Women Minister Heng Seai Kie’s refusal to reply to questions.
Heng even defied Kiandee’s order to respond to the queries.
As Pakatan MPs continued with their protests, Tajuddin stood up to say that The Star had described a “woman MP” as someone who “walks and talks like a man”, referring to Ampang MP Zuraida Kamaruddin (PKR).
The remark provoked more protests, with Subang MP R Sivarasa (PKR) citing a standing order and demanding that Kiandee rebuke Tajuddin.