Isnin, 15 Oktober 2012

Kelantan juga bagi bonus sebulan setengah gaji

KOTA BHARU: Kelantan hari ini mengumumkan membayar bonus satu bulan setengah gaji kepada semua kakitangan awam negeri, di mana setengah bulan gaji dibayar Ogos lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan perkara itu ketika membentang Bajet Kelantan 2013.

Teks belanjawannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Menteri Besar berkata, baki selebihnya akan dibayar pada bulan Disember ini dan Januari 2013.

Katanya juga budaya Kerja Berprestasi Tinggi yang berpegang Ubuddiyyah, Masuliyyah dan Itqan membolehkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memperolehi empat bintang dalam penilaian “Star Rating” dan menduduki tangga ke empat daripada 13 pejabat SUK di negara ini pada 2011.

Salahuddin: Pas tidak goyah diserang bertubi-tubi..yang goyong sekarang UMNO@BN...!!!



Salahuddin Ayub SHAH ALAM –  Pas tidak akan goyah mahupun terjejas meskipun berhadapan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas ahlidan pemimpin, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian, Salahuddin menegaskan, walaupun ramai yang masuk dan meninggalkan parti itu, kemudian muncul dengan pelbagai dakwaan tidak berasas,ia tidak mengubah apa-apa dalam Pas sebaliknya hanya merugikan individu berkenaan.

“Pas pernah kehilangan orang nombor satu, presidennya, timbalannya, naibnya, setiausaha agungnya. Ini sejarah yang pernah dilalui.

Audit 2011: Tindakan sivil ke atas NFCorp ditimbang



Parlimen KUALA LUMPUR – Projek Pusat Fidlot Kebangsaan (PFN) yang menjadi topik hangat tahun lalu kini dalam proses tindakan susulan dan belum selesai sepenuhnya, kata Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, pihak kerajaan kini sedang mengambil beberapa langkah bagi mengkaji semula hala tuju projek berkenaan dan berkemungkinan mengambil tindakan sivil ke atas  National Feedlot Corporation (NFCorp) milik keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Isu itu menjadi perhatian selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan tahun lalu.

“Beberapa siri perbincangan telah pun diadakan oleh pihak Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama-sama dengan Jabatan Peguam Negara untuk meneliti tindakan-tindakan sesuai yang boleh diambil oleh Kerajaan terhadap NFCorp.

Najib Altantuya Sah Pengecut!

Keengganan Perdana Menteri, Najib Altantuya menjelaskan tujuan dan topik perbincangannya bersama spekulator matawang antarabangsa, George Soros jika benar pertemuan itu tidak melibatkan sebarang rahsia yang perlu disembunyikan, ditempelak Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

“Rakyat ingin tahu apa muslihat pertemuan tersebut, apakah benar ia hanya perjumpaan biasa? Apa agenda yang dibincangkan atau menyambung perjanjian tersembunyi antara Soros dan Mahathir dulu?” soalnya.

Menurut Azan, pertemuan tersebut jelas membuktikan Barisan Nasional (BN) yang selama ini menuding jari terhadap Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros dan dalam masa sama meminta bantuan darinya.
“Sifat talam dua muka Najib Altantuya yang menyambung lidah Mahathir (Mohamad) dengan mendakwa Pakatan Rakyat menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan terbukti sengaja direka dan dihebohkan untuk memberi imej negatif kepada Pakatan Rakyat walhal pada sama kedua-duanya juga mengatur pertemuan sulit dengan Soros.
“Pertemuan itu pula tidak diperjelaskan, jadi ia menambah kesangsian kepada rakyat,” kata Azan yang ditemui sebentar tadi.

Ketua Audit Negara: Berlaku banyak penyelewengan di antara pengendali projek, PBT dan individu yang terlibat dalam projek kerajaan


Banyak projek berkepentingan awam yang tidak mengikut spesifikasi dan kualiti material untuk infrastruktur awam, antaranya membabitkan pembinaan sebuah hospital di Johor, dedah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw.
“Contohnya, projek pembinaan hospital di Kluang banyak kesalahan. Kos berjumlah RM380 juta, namun berlaku kelewatan sehingga setahun.
“Ini adalah projek runding terus. Adakah ia sesuatu projek yang terlalu mendesak sehingga terpaksa dianugerah secara runding terus? Tak cukup ketelusan,” kata Ahli Parlimen Kepong itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum itu, Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid mengakui masih terdapat kelemahan dalam pengurusan kontrak, penyelengaraan peralatan dan bangunan oleh kementerian, agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Malah beliau turut bersetuju kelemahan tersebut berlaku pada setiap tahun.

Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus Kerana Tak Pandai Urus Ekonomi....!!!


SHAH ALAM 15 OKT : Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.
Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.
Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.
Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.
Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.
Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.
Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.
Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.

Struktur semula subsidi IPP elak tarif elektrik naik


KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa membuat penstrukturan semula subsidi yang diberikan kepada penjana tenaga bebas (IPP) untuk mengelakkan berlakunya kenaikan kadar tarif elektrik.

Ahli Parlimen Padang Terap Mohd Nasir Zakaria berkata, pemberian subsidi sebanyak RM19 billion kepada IPP itu perlu dilihat semula oleh kerajaan.

Malah katanya, melalui penswastaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjadi penyumbang wang tunai kepada IPP yang membuat keuntungan besar.

Akibat tekanan itu, katanya, TNB telah merayu kepada kerajaan untuk meningkatkan tarif bagi mengatasi kedudukan kewangannya yang terjejas.

"Akhirnya, TNB akan menaikkan tarif elektrik di mana pengguna akan terus menjadi mangsa," katanya dalam soalan tambahan di Dewan Rakyat.

UMNO Menikus dihadapan MCA


1. Setiausaha Agung MCA  Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak  apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti Islam .  
2. Saya melihat beliau pura - pura bertanya  " Adakah  PAS juga menganggap DAP sebagai anti Islam ?
3. Persoalannya   "Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian ? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan  kepada  masyarakat non Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud" ?
4. Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masaalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ? dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti islam pula ? MCA lah yang sangat ketara sikap anti Islamnya.

AKAUNTAN NEGARA BUKTIKAN PR LEBIH BAIK DARI BN@UMNO

Laporan audit menunjukkan kerajaan Selangor dibawah PR memerintah lebih baik dari kerajaan negeri Selangor dibawah BN sebelum ini

Dengan MENGURANGKAN HUTANG YANG DITINGGALKAN oleh KERAJAAN BN jelas menunjukkan kerajaan BN Selangor sebelum ini hanya tahu MENAMBAHKAN HUTANG

Rujuk laporan Jabatan Audit Negara atas kewangan kerajaan negeri Selangor dihalaman xiii- sumber -


AUDIT : MB KHALID TAK PANDAI MENGURUS,HASIL SELANGOR . .. SELANGOR BAKAL MUFLIS???


HASIL SELANGOR MENINGKAT 114.3%
SHAH ALAM 15 OKT : Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.
Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.

Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.

Laporan Audit Dedah Kepincangan Badan Berkanun & Kementerian Di Bawah BN

Laporan Audit 1

Mindef bayar RM3.2b untuk kuarters 'tak memuaskan'

Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.

Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.

Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd.

Menurut laporan tersebut, USL didapati "tidak berpengalaman" dan pegawai teknikal syarikat itu pula "kurang kompeten" untuk menyiapkan projek tersebut. -mk

Laporan Audit 2

Audit : Jambatan kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu siap 76.5 peratus


Parlimen KUALA LUMPUR - Setakat 31 Dis lepas, Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra Kota Bharu di Kelantan telah siap sebanyak 76.5 peratus, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.
  
Menurut laporan itu, projek bernilai RM143 juta tersebut diberi tempoh 30 bulan bermula 18 Jun 2007 hingga 17 Dis 2009, namun projek itu gagal disiapkan dan Kementerian Kerja Raya telah menyerahkan hak kepada Aneka Prestij Sdn Bhd pada Mac 2010 untuk meneruskan baki projek.
  
"Satu perjanjian tambahan telah ditandatangani pada 14 Sept 2011 bagi melanjutkan tempoh kontrak selama 96 hari bermula 9 Ogos 2011 hingga 13 Nov 2011," kata laporan itu.
  
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan sebelum ini memaklumkan jambatan itu boleh digunakan sebahagian (dari Pasir Pekan ke Kota Bharu) pada Februari depan.

Forum for Our children

[Full] Diskusi Pengubatan Islam - TG Haron Din

'Bajet khayalan kpd rakyat Kelantan' - Datuk Alwi | Pembentangan Bajet Kelantan 2013

'Belanjawan rezeki dari Allah' - YB Dato' Abd Fattah | Pembentangan Bajet Kelantan 2013

ECONOMY 2012: Industrial uses for silver provide growth

Nazri Aziz Jawab Isu 'Lewat' Bentang Laporan Audit Negara 2011

Shahrizat: 'Saya bukan beban pada BN, Umno'..he..he..tapi beban pada negara kak ijat oooi...!!!!


Shahrizat Abdul Jalil KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan beliau menjadi bebanan kepada Barisan Nasional, Umno dan kerajaan berikutan skandal projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
  
Shahrizat, yang memberi keterangan pada prosiding kes saman fitnah beliau terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli di Mahkamah Tinggi di sini, berkata peletakan jawatannya pada April lepas juga bukanlah kerana menjadi bebanan parti yang diwakili.
  
Ketua Wanita Umno itu berkata tindakan meletak jawatan adalah satu pengorbanan untuk keluarga akibat fitnah tersebut.
  
"Saya meletak jawatan untuk membersihkan nama saya dan keluarga, serta berkorban demi parti," katanya ketika disoal balas peguam Ranjit Singh, yang mewakili Mohd Rafizi.

Ada sebab perbelanjaan pertahanan negara diragui

Teras ingin menarik perhatian kepada semua ahli Parlimen bahawa kerajaan perlu dituntut untuk mengamalkan sikap telus dalam perbelanjaan untuk pertahanan negara.


Ketelusan dan akauntabiliti adalah syarat demokrasi yang berkualiti. Mana-mana pemerintah yang tidak telus atau tidak mahu mengamalkan akauntabiliti sukar untuk disifatkan sebagai pemerintah yang demokratik.


Mengikut kajian Transperancy International UK dari 93 negara yang dikaji mengenai ketelusan dalam belanjawan pertahanan negara Malaysia berada dalam ketegori sederhana dan rendah. Laporan mengenai kajian ini telah diterbitkan pada Oktober 2011.


Audit : 2 syarikat k'jaan rugi lebih RM1 bilion


Dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini antaranya menunjukkan IWK menanggung kerugian akibat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasi yang semakin meningkat.

RapidKL pula dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini hanya mencacatkan keuntungan pada tahun 2009 selepas mendapat peruntukan kerajaan berjumlah RM112.23 juta bawah pakej rangsangan ekonomi.

Audit juga mendapati terdapat kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipannya.

Maklum balas RapidKL dalam laporan tersebut menyebut, kerugian yang dialami itu berpunca daripada kos pekerja dan kos penyelenggaraan yang sentiasa meningkat.

Audit : Majuikan digulung untuk lepaskan tanggungan

Mesyuarat khas jemaah lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada 19 April lalu telah bersetuju supaya anak syarikat badan berkanun itu - Majuikan Sdn Bhd (MSB) - digulungkan bagi melepaskan tanggungan dan menyelesaikan kesemua tindakan undang-undang ke atas MSB.

Proses penggulungan MSB akan dimulakan sebaik sahaja mendapat kelulusan menteri, demikian menurut Laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.

Menurut laporan tersebut, pengurusan MSB telah menghenti atau menamatkan operasi anak-anak syarikat dan cawangan yang rugi.

LKIM akan melaksanakan pengecilan operasi syarikat dengan mendormankan syarikat induk dahulu dan juga memberhentikan kakitangan dengan pampasan mengikut undang-undang buruh sedia ada dan seterusnya menjualkan anak-anak syarikat MSB mengikut nilai pasaran setelah mendapat kelulusan menteri.

Menurut laporan itu, tindakan tersebut adalah penyelesaian menyeluruh bagi mengelakkan pihak LKIM daripada terus menanggung kerugian yang berterusan.

Sementara proses penggulungan berjalan, mesyuarat khas jemaah lembaga LKIM itu juga telah bersetuju supaya dilaksanakan tindakan untuk mengecilkan operasi syarikat dilaksanakan seperti berikut:
Anak Syarikat:

1. Majuikan Fish Protech Sdn Bhd ditutup pada 27 Julai 2012 dan akan disewa kepada Tiger Taipan Sdn Bhd JV Gabungan Koperasi Universiti Berhad pada 1 Oktober 2012 dengan kadar sewa RM5,000 sebulan.

Audit : Pensyarah sementara UiTM dilantik tanpa bukti tamat pengajian



 
Semakan audit mendapati 15 penerima biasiswa - yang terdiri daripada seorang peringkat PhD dan 14 peringkat sarjana - telah dilantik sebagai pensyarah sementara Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2003 hingga 2009 tanpa bukti mengemukakan bukti telah tamat pengajian.

Mereka telah dilantik berdasarkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa Biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM), demikian menurut laporan maklum balas daripada Perbendaharaan Malaysia ke atas isu-isu utama dalam Laporan Ketua Audit Negara mengenai aktiviti badan berkanun persekutuan serta pengurusan syarikat subsidiari bagi tahun 2011.

"Mengikut borang tersebut 15 penerima biasiswa itu menyatakan telah menamatkan pengajian tetapi masih belum menerima keputusan rasmi daripada Universiti berkaitan.

"Pelantikan ini adalah bertentangan dengan prosedur pelantikan pensyarah sementara kerana tidak mengemukakan bukti tamat pengajian," kata laporan tersebut.

Katanya, ini disebabkan Borang Melapor Diri Bagi Pemegang Biasiswa TPM tidak menghendaki sesalinan skrol, transkrip atau pengesahan universiti tempat pengajian dikemukakan bersama sebagai bukti tamat pengajian.

Audit : Pegawai kastam 'membeli-belah' RM1.82 juta

Seorang pegawai kastam membeli ratusan barangan yang tidak diperuntukkan yang mencecah RM1.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Pegawai tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan itu, telah membuat pesanan secara lisan bagi barangan tersebut, yang sesetengahnya berharga ribuan ringgit, dan melebihi kuantiti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penetapan Permohonan Pembelian Peralatan Logistik Pencegahan.

Pegawai itu membuat pesanan berikut:
  • Tambahan 50 sistem GPS sedangkan dia hanya diberi kuasa untuk membuat pesanan bagi 30 sahaja, pada harga RM6,174 setiap satu;
  • Tambahan 100 lampu Search Light Hell sedang jumlah yang diluluskan adalah 50 sahaja pada harga RM1,292,60 setiap;
  • 60 lampu beacon pada harga RM1,311 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
  • 250 lampu suluh yang boleh dicas semula pada harga RM1, 217,16 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.
  • 100 walkie-talkie pada harga RM5,259 setiap satu, sedang tiada kelulusan untuk membelinya.

SPR larang kempen guna media sosial selepas tengah malam..cara-cara membatalkan kemenangan Pakatan...!!!!


PRU13 KUANTAN – Semua parti politik diingatkan supaya tidak menjalankan kempen selepas jam 12 tengah malam hari terakhir pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti termasuk penggunaan media baru seperti facebook, twitter, blog atau sebagainya.

Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, SPR akan mendapatkan kerjasama

daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan tiada pihak yang ingkar dengan undang-undang itu.

“SPR sudah memberikan tempoh yang cukup kepada parti yang terlibat dalam pilihan raya untuk mengadakan kempen. Justeru gunakanlah masa yang diberi itu sebaik-baiknya, serta hentikan kempen bila sudah tamat waktu,” katanya.

Audit : RM3.2b for low quality military housing

The Auditor-General notes that the project cost ballooned by a whopping 15%.

KUALA LUMPUR: The Ministry of Defence (Mindef) spent a whopping RM3.2 billion for poor quality living quarters, according to the Auditor-General’s 2011 report.
The report also pointed to a 15% cost overrun in the project, aimed at housing married military personnel. The initial cost of the project was estimated at RM1.22 billion.
“Under the Ninth Malaysia Plan, Mindef had completed 38 married quarters projects with the initial cost of RM1.740 billion,” it said.
“As at December 2011, 46,880 units of various class of married quarters had been built for the four services.
“Audit findings revealed that the overall construction performance of 12 married quarters projects built within the Ninth Malaysia Plan and management of married quarters were unsatisfactory.”
The report stated that the contractors failed to complete construction within the initial contract period and were given time extensions of 94 to 1,240 days.

Laporan Audit 2011: Kewangan Selangor Sekali Lagi Perolehi Penarafan Baik


SHAH ALAM, 15 OKT: Kedudukan kewangan Kerajaan Selangor diklasfikasikan sebagai “baik” oleh Jabatan Audit Negara dengan peningkatan dari segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan pengurusan kewangan.
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 mencatatkan peningkatan baki Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM1.944 bilion.
Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM 357.13 juta berbanding RM1.58 bilion pada tahun 2010.
Kerajaan Negara berjaya meningkatkan simpanan walaupun terus melaksanakan pelbagai program meringankan beban rakyat seperti diskaun cukai pintu rumah kos rendah, pemberian air pecuma 20 metre padu dan Jom Shopping.
Kerajaan Negeri turut mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM 62.50 juta dari RM 1.571 bilion pada 2010 kepada RM 1.634 bilion pada 2011.
Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatatkan surplus sejumlah RM 180.50 juta berbanding surplus RM 124.24 juta pada tahun 2010.
Demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
“Prestasi kewangan Kerajaan Negeri pada tahun 2011 meningkat daripada tahun 2010 dengan peningkatan lebihan hasil berbanding jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan,” menurut laporan tahunan itu.

SAMM : Kenyataan Keng Liang Tweet Biadap Dan Hina Islam


SHAH ALAM, 15 OKT: Kenyataan Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan foto lelaki berseluar pendek untuk mengelakkan golongan lelaki PAS teransang merupakan satu kenyataan biadap dan menghina agama Islam.
Dua kenyataan dalam tweet Keng Liang yang dianggap melampau dan mempersenda hukum agama Islam itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) untuk melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model berpakaian sopan.
Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan medianya hari ini.

PAC akan panggil jabatan kerajaan bermasalah dalam Laporan Ketua Audit Negara beri penjelasan

KUALA LUMPUR, 15 Okt  — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini berkata pihaknya akan memanggil jabatan kerajaan yang bermasalah seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk memberikan penjelasan.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya telah mengenal pasti terdapat lebih kurang 30 jabatan yang mempunyai masalah paling ketara untuk dipanggil.
“Kita telah kenal pasti lebih kurang 30 jabatan kerajaan yang mempunyai masalah paling ketara seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Negara 2011,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu lagi.
Laporan Audit Negara 2011 telah dikeluarkan hari ini dan telah pun diserahkan kepada semua ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ketika sidang media itu juga, Azmi turut menjelaskan, jabatan - jabatan yang bermasalah itu akan dipanggil secepat mungkin bermula pada tahun ini untuk memberikan penjelasan.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan jabatan-jabatan kerajaan yang bermasalah tersebut.
“PAC akan tentukan jabatan yang akan dipanggil untuk siasatan lanjut, seperti yang dicadangkan ketua audit negara ... kita kaji dan akan buat keputusan.

Shahrizat: Selak kain, sinsing baju budaya Melayu

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberitahu, perbuatannya menyinsing lengan baju dan bersedia untuk menyelak kain merupakan budaya Melayu.
Ketua Wanita Umno itu tanpa segan silu menjawab demikian ketika disoal peguambela, Ranjit Singh yang mewakili anak guamnya, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Shahrizat, perlakuannya semasa berucap pada Perhimpunan Wanita Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kerana beliau bersemangat memberi ucapan.
Katanya lagi, perbuatan itu adalah satu budaya bagi melambangkan persediaan untuk ‘bergaduh’.
“Sebagai wanita Melayu, terutamanya saya dari Pulau Pinang, itu cara kita (Melayu) kalau dah nak marah.
“Itu menunjukkan jika mereka bersedia bergaduh, saya juga bersedia,” katanya.

Menteri: Tiada peruntukan halang syarikat, NGO terima dana asing

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata tiada peruntukan dalam Akta Syarikat dan Akta Pertubuhan yang menghalang mana-mana pertubuhan atau syarikat menerima dana asing.
Katanya, kerajaan boleh mengesan penyaluran dana asing melalui dokumen yang diterima daripada organisasi dan syarikat tersebut.
Namun, tiada peruntukan dalam kedua-dua akta berkenaan yang membolehkan kerajaan menghalang pertubuhan atau syarikat berkenaan daripada menerima dana asing.
Jelasnya, pertubuhan dan syarikat perlu menghantar dokumen antaranya akaun untung rugi dan laporan pengarah yang diaudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta minit mesyuarat atau aktiviti tahunan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pemantauan.

Dr M, Rafidah ‘terpengaruh’ dengan tuduhan Rafizi dan Zuraidah, kata Shahrizat

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) memberitahu mahkamah tinggi bahawa pemimpin Barisan Nasional (BN) telah “terpengaruh” dengan kenyataan dari pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin, tetapi tidak bersetuju bahawa mereka telah “dibasuh otaknya” oleh kedua defendan.
Ketua Wanita Umno itu memberi keterangan dalam sesi soal balas dengan peguambela Ranjit Singh dalam kes fitnah dengan Rafizi dan Zuraida berkenaan kenyataannya tentang skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Ranjit telah membaca beberapa kenyataan dari pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz yang mahu beliau meletak jawatan parti dan kementerian berikutan dari kontroversi projek NFC.
Ranjit bertanya beliau apakah kenyataan pemimpin BN tersebut berdasarkan fakta atau “terpengaruh” dengan kenyataan Rafizi dan Zuraida.
“Mereka terpengaruh dengan kenyataan defendan pertama dan kedua,” kata Shahrizat.
“Apa yang saya tahu bahawa mereka cuma manusia biasa. Ini adalah pembunuhan karier politik dan fitnah, mereka mungkin terpengaruh,” katanya.
Sebelum itu, Ranjit telah bertanya adakah “pemimpin tertinggi BN telah “dibasuh otaknya” oleh defendan pertama dan kedua”.
Shahrizat menjawab: “Tidak”.
PKR berulang kali menyerang projek tersebut dengan dakwaan tentang “pinjaman” kira-kira RM84 juta yang diberikan kepada NFC kepada syarikat yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat, termasuk RM13.8 juta untuk dua kondominium mewah di Bangsar.

Nazri praises Pakatan led states

The federal minister says this shows that the Barisan Nasional government has no ill intention against their political rivals.

KUALA LUMPUR: After receiving praises from the Auditor-General (AG) for managing their state finances well, a federal minister also congratulated Pakatan Rakyat-led states.
“It’s good for them. There are good Pakatan and BN managed states. I congratulate them,” said Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz, at a press conference held at the Parliament lobby today.
Earlier, it was reported that the AG had praised Selangor and Penang for collecting a revenue of RM62.50 million and RM192.19 million respectively.
Both states recorded an surge of 46.8% and four percent respectively as compared to the previous year.
The AG report also praised Kedah and Kelantan for their revenue collection but said that the states needed to improve their debt management system.
Nazri said that the AG report proved that the Barisan Nasional (BN) government has no bad intention against their political rivals as accused by some quarters.

Audit: 23 syarikat GLC untung RM255b, hanya 10 bayar dividen

Laporan Audit Negara 2011 merumuskan sebanyak 23 syarikat kerajaan mencatatkan keuntungan RM255.8 bilion sepanjang tiga tahun antara 2008 dan 2010 manakala sembilan lagi mengalami kerugian terkumpul RM2.5 bilion.
Parlimen Dalam laporan itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang juga berkata, daripada 23 syarikat yang memperolehi keuntungan RM255.8 bilion, hanya 10 syarikat membayar dividen kepada kerajaan bagi tiga tahun berturut-turut iaitu sebanyak RM109.364 bilion manakala empat syarikat yang lain hanya membayar dividen bagi tahun-tahun tertentu.
"Sebanyak 20 daripada 25 syarikat telah membayar cukai bagi tiga tahun berturut-turut berjumlah RM81.382 bilion kepada kerajaan," katanya dalam laporan yang diedarkan di Parlimen.
Seksyen 6(d) Akta Audit 1957 mengehendaki Ketua Audit Negara menjalankan pengauditan untuk menilai sama ada aktiviti kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan selaras dengan objektif aktiviti berkenaan.
Pengauditan tersebut melibatkan pelbagai aktiviti seperti pembinaan, infrastruktur, penyenggaraan, pengurusan aset, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan hasil, pelajaran, kesihatan, pertanian, modal insan dan program peningkatan sosioekonomi.
Katanya, laporan ini mengandungi perkara yang telah diperhatikan hasil daripada pengauditan terhadap 58 aktiviti atau projek di bawah 28 kementerian atau Jabatan Persekutuan dan pengurusan tujuh syarikat kerajaan.
"Pada umumnya, terdapat kelemahan seperti 'improper payment', kerja atau bekalan tidak mengikut spesifikasi atau tidak berkualiti atau tidak sesuai, kelewatan tidak munasabah, pembaziran, pengurusan hasil dan pengurusan aset kerajaan," kata Ambrin dalam laporan kali ini.

Laporan Audit – 30 Jabatan Kerajaan Akan Dipanggil


KUALA LUMPUR, 15 OKT – Sebanyak 30 Jabatan Kerajaan akan dipanggil memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung salah laku yang dikesan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, beliau berpuas hati dengan peningkatan prestasi kewangan negara namun masih terdapat kelemahan di beberapa bahagian.
“Kita dapati masih terdapat kelemahan di bahagian pengurusan kontrak, peralatan dan penyelengaraan bangunan bagaimanapun ada peningkatan.
“Supaya tiada kekeliruan, PAC akan memanggil jabatan tertentu untuk siasatan lanjut,” katanya selepas mendengar penerangan daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Azmi memberitahu, hampir 30 jabatan kerajaan yang dikenalpasti bermasalah.
“Yang ada masalah banyak, tetapi kita akan panggil kes-kes besar dahulu, lebih kurang 30 buah jabatan kerajaan.
“Kita akan panggil mereka secepat mungkin dalam tahun ini juga,” katanya.

ADTEC Jerantut lewat hampir 2 tahun, tergendala paling lama

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, Pahang mengalami kelewatan pembinaan paling lama iaitu 706 hari atau 23 bulan, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
“Empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga enam lanjutan masa melibatkan antara 90 hingga 706 hari.
“Manakala ADTEC Jerantut mengalami kelewatan paling lama, iaitu 706 hari,” jelas laporan tersebut.
LKAN 2011 turut menyatakan perolehan peralatan pembelajaran berjumlah RM228 juta diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan secara runding terus.
“Prestasi perolehan peralatan pembelajaran kurang memuaskan. Kelewatan pelaksanaan, proses rundingan harga mengakibatkan peralatan tidak dapat dibekalkan sebaik bangunan siap.
“Terdapat kerja yang tidak mematuhi spesifikasi, tidak berkualiti dan tidak sesuai,” ulas laporan berkenaan.
Institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia itu antara lapan pusat latihan yang dibina antara tahun 2009 hingga 2011.

Naik taraf jalan S’wak tak memuaskan, banyak ‘projek sakit’

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sarawak secara keseluruhannya kurang memuaskan, bermasalah dan terdapat juga disifatkan sebagai ‘projek sakit’ yang perlu diberi perhatian.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011, dari 2006 hingga 2011, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah telah meluluskan peruntukan untuk melaksana 175 projek dengan nilai asal kontrak berjumlah RM1.727 bilion.
Daripada 175 projek, 146 projek bernilai RM1.04 bilion dilaksana oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS), manakala sebanyak 29 projek bernilai RM622.94 juta dilaksana Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPSS).
“Daripada 101 projek bernilai RM437.57 juta yang telah disiapkan, sebanyak 38 projek (37.8%) bernilai RM178.94 juta mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.
“Sebanyak 13 projek (17.6%) bernilai RM229,27 juta daripada 74 projek yang sedang dilaksanakan merupakan ‘projek sakit’ kerana lewat dan jadual melebihi 20%,” jelas laporan itu lagi.
Ditemui juga dalam laporan tersebut bahawa pembinaan tidak mengikut spesifikasi kontrak dan pelanggan tidak puas hati berikutan maklum balas terhadap kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan.

Indah Water rugi hampir RM1 bilion – Audit

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dibentang hari ini.
“Kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion.
“Prestasi kewangan IWK kurang memuaskan. Syarikat tidak mampu menjana keuntungan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan untuk menampung perbelanjaan operasinya,” tulis laporan tersebut.
Justeru, prestasi syarikat pembetungan nasional itu ditandakan sebagai ‘kurang memuaskan’ dalam laporan tersebut.
“Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya.
“Projek tidak dirancang dengan teliti. Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan bagi projek yang komponen utamanya gagal dalam pengujian dan pentauliahan,” jelas laporan berkenaan.

Audit tegur kerugian Rapid KL RM300 juta

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
“Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009.
“Bilangan bas sedia guna bagi empat model iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75 dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50 peratus daripada keseluruhan bas sebenar,” jelas laporan itu.
LKAN 2011 turut menegur kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan RapidKL yang kurang memuaskan, manakala peratusan bas boleh beroperasi tidak mencapai 100 peratus.
RapidKL ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta. Pada Jun 2009, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Incorporated dengan pegangan ekuiti 100 peratus.
RapidKL juga adalah pengendali sistem tren transit aliran Ampang dan Kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian di Lembah Klang.

Umno BN saring Laporan Audit, ketepi penyelewengan NFC

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentang hari ini tidak mendedahkan secara menyeluruh mengenai kepincangan dalam urus tadbir negara, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Beliau berkata, kelewatan 27 hari pembentangan laporan itu memberi peluang kepada kerajaan Umno BN memilih isu-isu tertentu untuk diambil perhatian dan mengenepikan isu-isu besar yang dibangkitkan.
“Laporan Audit sepatutnya menyentuh mengenai laporan kewangan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2011. Dalam tempoh itu, kita harap ada satu laporan spesifik mengenai isu-isu yang berlaku sepanjang tahun 2011. Tapi dalam laporan ini tidak mengandungi isu-isu yang berlaku sepanjang tempoh itu.
“Kerajaan buat keputusan untuk membuat saringan mengenai isu apa yang lebih diutamakan untuk diisi dalam laporan tersebut,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Azan berkata, kerajaan sepatutnya menyentuh isu-isu besar yang berlaku sepanjang tahun lalu termasuk penyelewengan projek NFC (National Feedlot Corporation), isu rumah pertamaku, hutang isi rumah dan lebihan perbelanjaan luar jangka.
“Tapi malangnya semua ini tidak kelihatan. Walaupun Laporan Audit itu ada, tetapi untuk tujuan dokumentasi untuk diserah kepada Ahli Parlimen, ia telah disaring,” kata Azan.

PAC dedah pembinaan Hospital Kluang RM380 juta lewat setahun

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Banyak projek berkepentingan awam yang tidak mengikut spesifikasi dan kualiti material untuk infrastruktur awam, antaranya membabitkan pembinaan sebuah hospital di Johor, dedah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw.
“Contohnya, projek pembinaan hospital di Kluang banyak kesalahan. Kos berjumlah RM380 juta, namun berlaku kelewatan sehingga setahun.
“Ini adalah projek runding terus. Adakah ia sesuatu projek yang terlalu mendesak sehingga terpaksa dianugerah secara runding terus? Tak cukup ketelusan,” kata Ahli Parlimen Kepong itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum itu, Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid mengakui masih terdapat kelemahan dalam pengurusan kontrak, penyelengaraan peralatan dan bangunan oleh kementerian, agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Malah beliau turut bersetuju kelemahan tersebut berlaku pada setiap tahun.
Ekoran itu, katanya, Ketua Audit Negara akan menyerahkan laporan kepada PAC untuk menentukan pihak yang akan dipanggil selepas mesyuarat jawatankuasa itu minggu depan.

NFC : Peguam tayang video Rafizi 'Si Tanggang'



 
Peguam kepada Rafizi Ramli hari ini menayangkan klip video ucapan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam perhimpunan agung wanita Umno tahun lalu di mahkamah, yang antara lain menyifatkan pengarah strategi PKR itu sebagai 'Si Tanggang'.

NONEShahrizat yang juga ketua Wanita Umno pada 30 November lalu ketika menyampaikan ucapan dasarnya antaranya melabelkan Rafizi sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangannya berhubung isu National Fidlot Corporation (NFC.)

Beliau dilaporkan berkata, Rafizi sepatutnya "belajar dengan ibu-ibu" di perhimpunan itu dan bukan jadi "anak derhaka, jual agama dan bangsa".

NONEVideo yang dimainkan oleh peguam Ranjit Singh itu juga menunjukkan Shahrizat sebagai berkata, Rafizi - bekas pegawai di Petronas - dilihat seperti menentang orang yang memberinya biasiswa.

Shahrizat sebelum ini diasak hebat oleh Rafizi dalam isu NFC yang dimiliki anggota keluarganya, sehingga memaksanya berundur sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pada April lalu.

Sementara itu, Shahrizat juga memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berdepan dengan serangan pembangkang dalam isu NFC merupakan "cabaran terbesar" dalam karier politiknya.

Shahrizat letak jawatan kerana tidak mahu menjadi beban...dah tak boleh elak baru mengaku...!!!

Shahrizat memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau meletak jawatan sebagai menteri kerana tidak ingin menjadi beban kepada kerajaan dan keluarganya. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 15 Okt — Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memberitahu mahkamah tinggi bahawa beliau meletak jawatan sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kerana beliau tidak mahu menjadi beban kepada kerajaan dan keluarganya. Beliau meninggalkan jawatan kabinet tahun ini selepas tempoh senatornya tidak diperbaharui oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Wanita Umno itu telah memberi keterangan dalam sesi soal balas oleh peguambela Ranjit Singh dalam kes menyaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dalam kenyataan mereka tentang skandal Pusat Fidlot Nasional.
 “Saya tidak mahu membebankan kerajaan, dan juga keluarga. Saya mahu masa ini untuk mencari kebenaran,” kata Shahrizat.

Guna Air LONGKANG Untuk Berubat - Ustaz Azhar Idrus

IMAM Silap Baca SALAM - Ustaz Azhar Idrus

Sebutan TAKBIR Dalam Solat - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Bersalam Dengan Emak & Bapa Saudara Sabit - Ustaz Azhar Idrus

Percubaan SPM : Maksud Li'an - Ustaz Azhar Idrus

AES perlu dikaji semula

Lagu Anwar Khas Untuk Najib

Selangor temui kaedah baru rawat air - Khalid

Penang Airport Leaks

Nurul Izzah dakwa Felda beli sawit segar murah

Nazri: Laporan AG puji Pakatan bukti k'jaan tiada niat jahat

Kembalikan bantuan SAR

Kekalkan silibus SAR

TG Haron Din - Mukjizat Rasulullah SAW

TG Haron Din - Kisah Nabi Nuh

Harga Masjid Bawah BN Selangor RM 10 Juta, Harga Pakatan Rakyat RM 6.4 Juta - INFO 12

Shot five times single mom sues cops, govt.

Husam: PAS masih pilih Anwar jadi PM

Our Children & Statutory Rape with Dr Hartini

5 sebab pinda Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah

Pindaan dibuat untuk mengetatkan hukuman terhadap pesalah rogol bawah umur.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjelaskan lima sebab mengapa Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah perlu dipinda dan tidak digunapakai bersama Seksyen 376 dalam Kanun Keseksaan yang melibatkan kes rogol bawah umur.
“Seksyen 376 memberi perlindungan kepada gadis dan kanak-kanak bawah umur 16 tahun dari dieksploitasi secara seksual.
“Kajian dan perundingan juga perlu dibuat dengan segenap lapisan masyatakat melalui persidangan meja bulat,” kata Nazri dalam persidangan Dewan Rakyat ketika membawa usul untuk tidak membenarkan hukuman ringan dalam kes rogol bawah umur.
Seksyen 294 membenarkan seseorang diberikan hukuman bon selama lima tahun menggunakan budi bicara hakim manakala Seksyen 376 memperuntukkan hukuman minima selama lima tahun.

Shahrizat elak jawab peguambela, nafi pernah kata Rafizi

KUALA LUMPUR 15 Oktober: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini menafikan beliau pernah menggelarkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebagai ‘jambu’ dalam ucapannya awal tahun lalu.
Ketika diasak peguambela, Ranjit Singh, Shahrizat bagaimanapun memilih jawapan selamat dan cuba menyembunyikan individu yang menerima jolokan itu oleh beliau.
“Saya tak namakan sesiapa dalam ucapan tersebut. Itu rahsia saya, siapa makan cili dia akan terasa,” katanya.
Peguam mewakili Shahrizat, Shafie Abdullah bangun membantah mengatakan isu tersebut tidak layak ditimbulkan kerana ia bakal memalukan anak guamnya.
“Ini pertanyaan yang melangkaui. ‘Jambu’ boleh diberikan kepada sesiapa,” katanya.
Kenyataan Shafie ini sekaligus menggambarkan kebenaran bahawa Shahrizat sememangnya pernah mengungkap demikian terhadap Rafizi.
Ketua Wanita Umno itu dalam satu mesyuarat Februari lalu berkata, beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada “penghendap” dalam KEADILAN yang berniat mahu mengambil alih jawatannya selaku Menteri Wanita.

Projek jalan raya di Sarawak bermasalah, kata Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan  hari ini di parlimen mendapati projek membina dan menaik taraf jalan luar bandar di negeri Sarawak bermasalah malahan terdapat juga projek yang disifatkan sebagai “projek sakit” dan perlu diberikan perhatian.
“Sebanyak 101 projek bernilai RM437.57 juta yang disiapkan adalah tidak memuaskan, manakala 38 projek (37.6%) bernilai RM178.94 juta telah mengalami kelewatan antara 15 hingga 242 hari daripada jadual asal.
Sebanyak 13 projek sakit (17.6%) bernilai RM229.27 juta daripada 74 projek kerana kelewatan menepati jadual patut siap sebanyak 20%,” tulis laporan tersebut.
 Lebih memeranjatkan, laporan itu juga mendapati projek pembinaan jalan yang telah siap tidak mengikut spesifikasi kontrak dan kualiti pembinaan jalan, keselamatan dan keselesaan jalan tidak memuaskan pengguna jalan raya hasil daripada maklum balas yang diperoleh.
“Kebanyakkan projek yang tidak mengikut piawaian tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah seperti jalan terlalu berbukit, turapan bitumen nipis, jalan tidak rata, jalan cepat rosak dan berlubang.
“Di samping itu, lawatan oleh pihak audit juga mendapati tiga projek (satu di Miri, dua di Samarahan) pembinaan jalan baru dan naik taraf jalan sedia ada bernilai RM 28.75 juta tidak memasukkan keperluan membina culvert dan jambatan yang sesuai dalam skop kerja kontrak.

KDNK Kelantan 2012 atasi peringkat negara

KOTA BHARU: Biar pun ada pihak mendakwa Kelantan tidak membangun, namun laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kelantan mengatasi peringkat negara.

KDNK Kelantan 2012 dijangka meningkat kepada RM11,144 juta dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus, sedangkan pertumbuhan Malaysia pada tahun sama pada kadar 4 hingga 5 peratus.

Sektor perkhidmatan menjadi penyumbang utama kepada KDNK Kelantan pada 2010 iaitu sebanyak 73.8 peratus, sektor pertanian (19.4 peratus) dan pembuatan (4.7 peratus).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, KDNK Kelantan pada 2012 bagi sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 80.4 peratus.

“Kerajaan berbelanja secara bijaksana, berhemah dan adil serta mengutamakan kebajikan kepada rakyat berdasar keapda sumber sebenar,” katanya pada ucapan Belanjawan Kelantan 2013 pada persidangan Dun hari ini.

Memahami rekabentuk “Kejuruteraan politik-agama” UMNO

oleh: Hafiz Zainuddin
Mencari sempurna; tidak puas-puas berlingkar di segenap atap bumbung dan menara masjid, UMNO melangkah masuk ke gereja mencari hidayah pembaharuan spiritual politik mereka dalam rabaan berahi penuh yakin.


Dalam penantian seluruh negara yang nampaknya tak sabar untuk menerima pelbagai bentuk bantuan ‘one off’ tanpa sedar akan perangkap masa yang telah terpasang seperti GST, kenaikan tariff elektrik dan kos sara hidup, di bawah teduh gelegar gereja, UMNO menjenamakan semula formulasi mereka mengharap belas ehsan penganut ajaran Isa Al-Masih dan berkah paderi-paderinya namun kecundang. Kalau dulu PAS dituduh mempergunakan surau, masjid dan Islam bagi kepentingan politik kepartian. Hari ini, giliran DAP pula dituduh memperguna gereja sebagai tempat kempen politik.
Bagi pemerhati politik, UMNO makin tersepit disebalik transformasi ekstrem populis Najib pasca K-Pop Hari Sejuta Belia. Peralihan strategi propaganda perang UMNO ke gereja ini merupakan eksperimen senjata politik baru. UMNO-BN sedang mencaturkan sesuatu untuk melepaskan leher mereka dari cengkaman pelbagai persoalan dan permasalahan ekonomi rakyat dan negara yang kritikal. Jerutan makin menguat, apakah UMNO-BN bakal hidup lebih panjang?
Siapa heret gereja: Utusan spin lagi?

Menjawab bidasan tumpul BN : Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 mapan

Hafiz Zainuddin
Kerajaan BN dilihat terlalu obses dengan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 sehinggakan sanggup melakukan kajian terperinci untuk membidas dasar yang dibentangkan PR. Apapun, dengan ketiadaan akses kepada data dan statistik kerajaan Persekutuan , PR berjaya merangka sebuah belanjawan  mapan dan mantap, mengambil kira kepentingan rakyat dan amalan urus tadbir yang telus.


Bidasan yang dibuat terhadap Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 disifatkan sebagai bidasan politik untuk memberi gambaran buruk terhadap persepsi rakyat, pun begitu PR bukanlah sebuah entiti yang cepat melatah dengan segala dakwaan malah berjaya membuktikan bahawa segala bidasan yang dibuat BN hanyalah bidasan tumpul. Berikut adalah bidasan BN dan jawab balas PR terhadap tuduhan yang diberikan bersumber kepada Jawatankuasa Dasar & Manifesto Pakatan Rakyat.
BN menuduh bahawa peruntukan RM56 bilion bagi gaji kakitangan awam akan menyebabkan 72,000 kakitangan awam hilang pekerjaan.

Tidak Pandai Mengurus : Empat Negeri Pakatan Rakyat Terus Dipuji Ketua Audit Negara!

Laporan 2011 Ketua Audit Negara yang dikeluarkan hari ini menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dibuat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia, meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau!

Ramai rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit dan terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang yang sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO. 

Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini  akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini? 

Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO. 
Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan. 
Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman. 

MP Pakatan minta k'jaan kekal sukatan pelajaran SAR

Seorang MP PAS hari ini memohon jaminan kerajaan supaya tidak mengubah sukatan pelajaran yang digunakan oleh Sekolah Agama Rakyat (SAR) sekiranya pusat pengajian itu berdaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan kerajaan (SABK).
Che Uda Cik Nik (PAS-Sik) berkata perkara itu menjadi rungutan kalangan tenaga pengajar SAR yang tidak bersetuju kerajaan mengubah sukatan dan tradisi pengajaran kitab lama apabila sekolah itu didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Kalau mendaftar, tetapi silibusnya perlu diubah. Ini yang kita tidak setuju, kerana apa? Kerana pusaka datuk nenek kita yang membaca kitab lama ini adalah penting. Kalau kita mendaftar, tradisi itu kita buang. Yang ini para ustaz tak mahu terima. 

"Adakah menteri akan menteri pelajaran boleh memberi jaminan jika didaftarkan, kita boleh kekalkan silibus itu. Soalnya silibus, bukannya soal kuasa, tanah dan lain-lain, itu soal yang kedua," katanya.

Che Uda menambah, sekolah terlibat akan menyokong sekiranya kerajaan boleh memberi jaminan, bahawa silibus dan sistem pengajaran itu akan dikekalkan di sekolah berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diberi laluan untuk mencelah semasa ucapan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sesi perbahasan di parlimen.

RM3.6b kos tambahan untuk projek landasan berkembar utara, kerana isu tanah dan kos lain

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Putrajaya perlu membelanjakan kos tambahan sebanyak RM3.6 bilion sebagai pampasan pengambilalihan tanah, dan kos lain untuk Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Ipoh Ke Padang Besar bernilai RM12.49 bilion, yang telah dua kali dilanjutkan masa kontrak untuk rel sepanjang 329km, Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan.
Laporan yang dikeluarkan hari ini menunjukkan kos tambahan adalah kerana pengambilalihan tanah (RM698.17 juta), pampasan setinggan (RM37.64 juta), caj perundingan (RM256.96 juta), caj sambungan semula TNB (RM203.48 juta), lain-lain dan yuran undang-undang (RM1.38 juta), skim pembayaran yuran pemprosesan tertunda (RM10.05 juta) dan caj faedah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) (RM2.4 bilion).

Tanah: Rakyat miskin, wakil rakyat yang dapat

Percayakah anda, dalam suasana rata-rata rakyat Terengganu tidak mempunyai tanah untuk tempat kediaman mereka serta sedang bergelumang dengan bebanan kemiskinan dan kos sara hidup yang tinggi, kerajaan negeri ‘Darul Iman’ di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Sri Ahmad Said telah secara berani dan terbuka ‘menganugerahkan’ tanah yang istimewa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen dari UMNO/Barisan Nasional (BN).

Antara exco dan wakil rakyat UMNO yang telah diluluskan permohonan tanah itu adalah Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail; Adun Kuala Besut, Dr. A Rahman Mokhtar; Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera; Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Mat Zain; Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad; Adun Batu Rakit, Khazan Che Mat; Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman; Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Adun Kemasik, Ir. Rosli Othman.

Kesemua mereka telah dianugerahkan tanah sekurang-kurangnya satu hektar setiap seorang dan ia merupakan tanah-tanah strategik yang mempunyai nilai yang amat tinggi.