Ahad, 14 Oktober 2012

Ketua Pemuda PAS ziarah imam Hoslan



KUALA LUMPUR:
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan hari ini meluangkan masa menziarahi Imam Hoslan di kediamannya di PPR Cochrane, di sini.

Nasruddin yang hadir bersama exconya, Zamri As'ad Khuzaimi turut menyampaikan sumbangan khas dari Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Hoslan sekeluarga.

Hoslan dibebaskan khamis lalu iaitu lebih awal dari tempoh setahun hukuman penjara atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakannya membaling selipar kepada panel hakim.

Beliau kini menjalani perintah parol selama sebulan dan sedang dalam pemantauan pihak berkuasa.

Orang muda yakin Kepala Batas jatuh kepada Pakatan

KEPALA BATAS: Para pemuda sekitar Kepala Batas yakin parlimen kawasan itu akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 kerana kredibili mantan perdana menteri dan anak tok guru, Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan lagi sandaran sebagaimana dahulu.

Ketika diminta pandangan tentang pergolakan politik dalaman Umno Bahagian Kepala Batas mereka berkata, Barisan Nasional (BN) akan tumbang walaupun Pak Lah sendiri yang bertanding sebagai calun.

Mohd Faiz Ahmad, 20, (Gambar kiri) berkata senario sekarang bukan lagi menyebelahi Umno sebagaimana dulu jika BN letak kayu atau tunggul sekalipun parti mereka akan mengecapi kemenangan.

"Sekarang orang dah celik tidak macam dulu walaupun Pak Lah pernah jadi perdana menteri dan merupakan anak kepada Tok Guru Abdullah Haji Fahim sekalipun ia bukan lagi sandaran sepertimana dulu," katanya.

Rakannya, Yusof Othman, 22, (Gambar kanan) meminta para pemuda yang sayangkan bangsa dan agama agar melakukan perubahan demi menyelamatkan negara daripada terus manuju kebangkrapan.

Malaysia tiada boleh lari daripada bangkrap jika rakyat masih mempercayai BN memerintah kerana kewangan negara akan berkurangan ekoran terdapatnya  ketirisan.

"Bila tiris semuanya menuju kerugian.  Bahkan terdapat pula penyelewengan yang besar menyebabkan kehilangan wang rakyat," ujar beliau.

Seorang lagi pemuda yang sempat ditemui Sri Ganesan, 25, (gambar kiri) menambah, pemimpin yang korups patut dijatuhkan dan diganti dengan kepimpinan yang bersih.

"Buat apa mempertahankan kepimpinan BN yang nyata tidak layak lagi menjadi wakil rakyat, " jelas beliau.

Jangan halang orang buat baik



(Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap pada pelajar di Komplek Sukan Bertam.)

KEPALA BATAS: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal Kementerian Pelajaran Malaysia sanggup menghalang usaha kerajaan negeri Pulau Pinang daripada memberi RM100 kepada pelajar membabitkan darjah 1, 4 tingkatan 1 dan 4.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pemberian sumbangan itu kepada 300 orang pelajar emas seluruh Parlimen Kepala Batas di Komplek Sukan Bertam petang tadi.

Sepatutnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Ir Dr Wee Ka Siong tidak bertindak campur tangan melarang sekolah rendah dan menengah negeri ini daripada menerima borang yang dihantar demi kebaikan pelajar sendiri.

Ingatkan Najib tentang Soros: Terima kasih Muhyidin



(Pertemuan Soros dan Najib tidak perlu jika benar apa yang dicanangkan oleh tukang kempen BN)


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana mengingatkan Perdana Menteri bahawa bantuan George Soros "tidak membantu negara".

Ketika menyokong apa yang didakwanya sebagai peringatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang Soros, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah satu perkara bahaya jika tidak disedari peranan jutawan Yahudi di pelbagai negara.

Walaupun tidak dinyatakan, Mahfuz menyifatkan ingatan Muhyiddin itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akhirnya, Najib semalam mengesahkan bahawa beliau bertemu dengan Soros di New York dua tahun lalu.

13 ceramah serentak di Kelantan pada 19 Okt




KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan melalui Lajnah Penerangannya akan mengadakan ceramah penerangan Pentas Pemuda di 13 lokasi serentak di seluruh negeri Kelantan sempena ulang tahun ke 22 kerajaan PAS Kelantan.

Siri ceramah ini akan dibarisi oleh pimpinan parti Pakatan Rakyat di peringkat pusat dan juga negeri.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari dalam satu kenyataannya pada hari ini, ceramah penerangan ini akan diadakan pada 19 Oktober 2012 iaitu pada hari Jumaat jam 9.00 malam di 13 lokasi terpilih di seluruh negeri Kelantan.

Today in History for October 14th

Buangkan EGO dalam berjamaah , sabar & istiqomah berusaha untuk PRU-13


Meniti perjalanan perjuangan memerlukan ketekunan, kesabaran dan segala macam sifat2 positif yang lain. Begitu juga dalam perjuangan meniti arus pemerintah dan rakyat masa kini cabaran semakin kuat.

Dugaan demi dugaan semakin memerlukan kematangan insan untuk terus matang dalam perjuangan

Organisasi Islam juga perlu mantap dalam menghadapi pemikiran masyarakat kini. Kematangan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sangat penting kerana sesungguhnya kepimpinan yang adil, telus , wibawa dan ikhlas bekerja inilah yang sangat2 dinantikan dan diperhatikan bagi mendapatkan sokongan.

Tidak semudah yang disangkakan. Maka dengan itu, bilamana seseorang ahli memberikan pandangan dan teguran seharusnya kita bersyukur kerana dengannya kita dapat menginsafi dan mengkoreksi diri bahawa sesungguhnya kejayaan jemaah itu diutamakan bukan hanya mementingkan diri sendiri. Semua insan tersedia EGO masing-masing, namun sejauhmana sifat -ve ini dapat dijana dengan sebaik mungkin dalam membina kekuatan berjemaah.

Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur


Ahli Majlis PBT desak SUK Kedah undur
Ahli Majlis Daerah Sik dan Ahli Majlis Daerah Bandar Baru memegang sepanduk masing-masing ketika tunjuk perasaan hari ini.
 
ALOR SETAR -  Ekoran tiada maklum balas susulan demonstrasi aman dan penyerahan memorandum mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir melepaskan jawatannya, 5 September lalu, satu lagi demonstrasi aman diadakan di hadapan Wisma Darul Aman, hari ini.

Protes aman kali ini disertai wakil semua Ahli Majlis seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kedah, masing-masing membawa sepanduk Desak SUK Kedah letak jawatan.
          
Tiga tuntutan dibangkitkan kerana mendakwa Rasli mencabuli undang-undang Seksyen 10 dan 11 Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkaitan hal ehwal perlantikan Yang Dipertua (YDP) PBT.

25,000 pengguna Pengkalan Chepa alami gangguan bekalan air esok

Gangguan bermula 11 malam hingga 6 pagi Selasa.
  
Kawasan terlibat ialah Kampung Chekok, Chempaka, Kampung Tanjung Mas, Tanjung Chat, Taman Uda Murni, Kampung Kok Pasir, Paya Bemban, Kampung Kitang, Kampung Landak, Kampung Telok Puteri, Padang Bongor, Kampung Rambutan Rendang, Khatib Ali, Kampung Langgan dan Kampung Setol.
  
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan berkata gangguan itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Utama Tenaga Nasional Berhad di Loji Rawatan Air Tanjung Mas.
  
Sebarang pertanyaan boleh dibuat ke Pusat Info AKSB (PINTAS) di talian 1300-88-2572.  - Bernama

Ezam pertahan pertemuan Mahathir, Najib dengan Soros apabila kena batang hidung sendiri...!!!! ha..ha.ha..Ezam kotak....!!!

Bekas pengikut ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini tampil dengan teori bahawa pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan jutawan George Soros adalah berbeza jika dibandingkan dengan pertemuan bersama individu lain.

Laporan laman Sinar Harian hari ini menyebut, senator BN itu malah membandingkannya dengan peristiwa pertemuan Rasulullah dengan pemimpin Yahudi dan Quraisy.
"Rasulullah SAW juga pernah berjumpa dengan beberapa orang ketua Yahudi dan Quraish yang menjadi lawannya," laporan itu dipetik.
Kenyataannya itu timbul susulan pengakuan Najib bahawa pertemuan di Manhattan dengan Soros, dua tahun lalu adalah kunjungan hormat dan tiada perbincangan mengenai menjatuhkan kerajaan atau untuk mendapatkan kewangan.

Dana RM40 juta untuk aktiviti Umno Sabah.....Duit haram jadah jadi halal jika untuk UMNO...!!!

SHAH ALAM – Dana RM40 juta yang diberikan kepada Umno Sabah oleh penyumbang yang ingin dirahsiakan namanya adalah bagi kegunaan perancangan program parti dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sumbangan yang diberikan itu adalah dari penyumbang yang  percaya kepada dasar-dasar kepimpinan parti supaya dana itu boleh disalurkan untuk aktiviti parti dan perancangan program masa depan.
“Kenapa tidak untuk PRU13 akan datang, tidak salah kalau mahu memberi sumbangan kepada parti politik. Pembangkang juga turut menerima dana untuk parti mereka.

“Pada saya untuk aktiviti parti, seluruh parti mendapat bantuan dan duit tersebut akan digunakan kepada aktiviti parti,”  katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Belud kepada Sinar Harian.

Can we continue to rely on BN?

Will Najib be as cool if it was Pakatan that had received RM40 million as political contribution?

By Chua Jui Meng

I have known some double tongue people but Prime Minister Najib Tun Razak really takes the cake when it comes to double-speak, that too without the blink of an eyelid.
He not only blatantly double-speaks, he also applies two sets of laws – one for his Barisan Nasional-Umno cronies and another for others – to suit his and BN-Umno’s agenda.
Najib also abuses all government law enforcement agencies to intimidate his political rivals.
I dread to imagine the might of the full force of the BN law enforcement agencies that will be used to clamp down on the Pakatan Rakyat and its “donors” if the RM40 million had been Pakatan’s.
I really wish to see whether Najib will respond the same – by saying that it is unnecessary to reveal the source of RM40 million ‘donation’ for Sabah Umno – when Pakatan receives similar donations.
We are already witnessing how vindictive the BN is towards human rights non-governmental organisation (NGO) Suaram.
After the BN-controlled Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the police refused to probe the alleged corrupt deals in the multi-billion-ringgit purchase of Scorpene submarines from France, Suaram lodged a complaint with the French authorities.
Till today, the MACC still refuses to start a probe into the purchase by the Defence Ministry, then helmed by Najib.

Witness - A Schoolgirl's Odyssey

Nakhaei - Kerjasama PAS-DAP ancam kestabilan negara......Bekas Ahli PAS lebih PAS dari ahli sekarang...!!!

Cakna Rakyat : Rumah Rakyat

Syria-Turkish-Russia relations set to fray

MCA ANTI HUDUD - UMNO DIAM JERK..!!!


Baju neh bukan baju najib. Tetapi najib wajar dipersalahkan di atas kewujudan baju tersebut. Nak tahu tak baju tue baju apa? Tengok kat bawah neh.



Ko boleh buat baju MCA. Ko pun boleh buat baju MIC. Buat la apa2 baju atas apa2 kempen sekalipun. Suka ahti ko le nak anti hudud ke apa ke.. nanti ada la orang akan balas kempen2 ko dengan buat baju2 mereka pula sebagai counter attack atas kempen yang ko buat.


Yang aku faham dan kekal faham ialah MCA tolak hudud. MIC pun tolak hudud. Tetapi UMNO kata dia tak tolak hudud. Ini ditegaskan berkali2 oleh ILMU. Dan juga beberapa pemimpin2 UMNO. Mereka pro pelaksanaan HUDUD di Malaysia. 


Tapi tengokla MCA pakai baju apa kat atas tue? Atas logo sapa? BN tahu. Bukan MCA tapi BN. BN = Barisan Nasional. BN = yang mana Najib pengerusi BN = ketua / pemimpin bagi kesemua parti2 komponen yang bergabung dalam BN.


Ini juga bermaksud bukan setakat MCA jek tolak HUDUD. BN pun sama. Kesemua parti2 dalam BN tolak hudud termasuklah umno. Tak betul ka penaakulan aku?


Ayat2 kat belakang tue tulis


SAY NO TO PAS HUDUD.

Samseng Cat : Lagi Lemparan Cat Merah Di Program Pakatan

Seremban – Kunjungan pertama kali Pakatan Rakyat (PR) ke Kampung Baru Air Hitam, Jempol, malam kelmarin bagi menyampaikan ceramah ‘disambut’ dengan simbahan cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kejadian hanya disedari petugas PR kira-kira 11.30 malam selepas mendapati dua beg plastik cat merah dilempar atas jalan raya berhampiran tempat meletak kenderaan.

Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang hadir menyampaikan ceramah menyifatkan tindakan pihak terbabit sebagai kurang ajar dan tidak bertanggungjawab kerana cuba menimbulkan kekacauan terhadap majlis PR.

“PR pertama kali mengadakan ceramah di kawasan itu dan amat mengecewakan apabila berlaku insiden tidak diingini seperti itu sedangkan kehadiran kami hanya menyampaikan ceramah.

DAP: Kaji sebelum pinda akta untuk kes rogol statutori

Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok berkata, kajian perlu dilakukan sebelum meminda akta bagi tidak membenarkan hakim menggunakan budi bicara mereka untuk mengurangkan hukuman terhadap pesalah kes rogol bawah umur.

Teresa menjelaskan, individu atau organisasi berkaitan perlu dirunding bagi memastikan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah setimpal.

"Saya nak berkongsi tentang keprihatinan ramai wanita dalam kes pemain bowling dan juruelektrik yang dibebaskan dengan jaminan oleh hakim hanya kerana berkelakuan baik.

"Tapi saya juga tidak mahu melihat (perbahasan isu itu) kembali kepada hukuman penjara lima tahun," katanya pada sidang media di konvensyen DAP Wilayah Persekutuan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata, kerajaan akan mengemukakan usul pada sidang Parlimen akan datang bagi meminda undang-undang supaya Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai dalam kes jenayah seksual membabitkan mangsa bawah umur 16 tahun.
 

Kerajaan Negeri Seru JMB Tidak Potong Air Penduduk Tak Bayar Penyelengaraan


SHAH ALAM, 14 OKT: Tindakan sesetengah Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau syarikat pengurusan harta memotong bekalan air kediaman bagi mengutip tunggakan yuran penyelenggaraan dianggap sebagai kejam.
Sebaliknya, JMB atau syarikat pengurusan harta di pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal dinasihatkan agar mengambil tindakan lain berdasarkan peruntukan undang-undang.
Demikian menurut, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad ketika dihubungi TVSelangor hari ini.

Zul Noordin: Saifuddin 'tak layak' jadi timbalan menteri

MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".

Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Beliau mendakwa, isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".

Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.

Nak Solat JAMAK Tapi Tak Pasti LAMA Perjalanan - Ustaz Azhar Idrus

Ikut Cakap SUAMI Atau Mertua ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Belajar USULUDDIN, FEQAH & TASAWUF - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sengaja Keluarkan AIR MAZI Ketika Puasa - Ustaz Azhar Idrus

Pelajar Sekolah AGAMA Pakai Seluar JEANS - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Mohd Naim - Pemikiran Yusuf Qaradhawi Dalam Konteks Siyasah & Kemasyarakatan

Husam - Lebuhraya KB-Krai dibiayai dengan sumber alam Kelantan

'BERSIH Rocks gelorakan lapan tuntutan'

Saifuddin: Saya tidak bela Soros atau Suaram


SHAH ALAM - Datuk Saifuddin Abdullah menafikan beliau menyokong jutawan spekulator mata wang, George Soros ataupun Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebagaimana didakwa segelintir beberapa pihak, sebaliknya hanya memberi pendapat dari perspektif politik baru.
"Saya bukan sokong  Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan.
Saifuddin Abdullah "Politik kita terlalu adversarial, sehingga menimbulkan permusuhan sesama sendiri," kata Ahli Majlis Tertinggi Umno ini kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beberapa pihak dari Umno dan pro-Umno mengecam pendirian beliau secara terbuka dan juga menerusi Twitter dan laman sosial siber ekoran kenyataan pertengahan minggu lalu.

Antaranya, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Saifuddin tidak wajar mengamalkan politik 'makan keliling' dengan mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suaram, yang didakwa menerima dana daripada Soros - penyangak mata wang berbangsa Yahudi.

Najib Ada Rancangan Besar..!!! Datuk Dr Richard Sakian Gunting dan 4 pemimpin BN di Sabah isytihar keluar BN

Y. Bhg Datuk Richard Sakian GuntingLAHAD DATU 14 Okt: Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).
Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.
Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.
Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.
Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.

Najib: K'jaan BN 'munafik' jika tak tepati janji....sendiri mengaku kini...!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.

Menurut Najib kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.

"Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut 'binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.

"Kalau kita menggalas amanah, jangan kita khianati amanah. Sebab itulah saya bagi jaminan (kepada) tuan-tuan, setiap ayat, setiap perkataan yang kita luahkan kepada rakyat, kita dasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, kita tidak akan sebut kerana kalau berjanji kita tidak tunaikan, dosa itu adalah amat besar.

Pemegang konsesi AES bakal untung RM700 juta setahun

KUALA LUMPUR, 14 Okt — DAP hari ini menyeru agar Kementerian Pengangkutan menggantung sementara pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana ia hanya akan memberikan keuntungan kepada pemegang konsesi, dan bakal membebankan rakyat negara ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata melalui pemasangan 831 kamera di seluruh negara, syarikat konsesi berkenaan - ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd – mampu mendapatkan balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar sehingga RM700 juta.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan beroleh keuntungan RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta di bawah peringkat ketiga – jumlah lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," kata Lim (gambar) ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di Ibu Pejabat DAP di sini.

George Soros dengan Dr Mahathir



Niat buruk BN terhadap Pakatan Rakyat dengan mengaitkan Soros dengan 'coalition' alternatif itu nampaknya memakan tuan lagi. BN melabelkan George Soros sebagai penyangak matawang dan Mahathir terutamanya cuba membabitkan Soros dengan PR dengan berkata satu undi untuk Pakatan adalah satu undi untuk Soros. Nyata kata-kata ini adalah kata orang yang ‘desperate’ dan sesiapa yang mempunyai pemikiran yang ‘normal’ akan menganggap kata-kata ini sebagai kata-kata orang yang sudah terdesak. Dr Mahathir mencari apa-apa isu walaupun sekecil biji sawi yang boleh dikaitkan dengan parti-parti alternatif.
Kita selalu lah mendengar cara-cara berbahas politik seperti ini di kampung-kampung yang dimainkan oleh penyelia-penyelia kemas dan sebagainya. Tetapi untuk dijadikan isu seperti ini dan dihidangkan kepada masyarakat yang sudah berfikir, ia merupakan satu tindakan ‘counter productive’. Di kampung-kampung orang sudah bijak berfikir dan tidak mahu menerima isu ini sebagai isu yang membolehkan rakyat yang telah meninggalkan BN itu untuk kembali kepangkuan parti pemerintah itu. Saya beberapa kali berkata yang mempercayai isu yang dicipta oleh Dr Mahathir ini adalah ‘self insulting’ dan amat memalukan diri kita sendiri.

DAP: Apa faedah BR1M jika dapat saman AES?

Setiausaha DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berpendapatan rendah perlu membayar lebih daripada apa yang diterima melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya dikenakan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan menyalurkan RM500 kepada golongan berkenaan, yang perlu membayar RM300 setiap kali disaman melalui sistem AES.

"Apa yang bagusnya kalau kerajaan beri kepada anda RM500? Dengan ada dua saman, sama seperti mereka ambil semuanya balik dengan untung yang lebih mereka dapat," katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan hari ini.

Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September lalu. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.

Lim mendakwa, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan dan menjadi tanggungjawab DAP untuk membangkitkannya.

"Adakah masyarakat marah? Kalau marah, ini adalah peluang (kerajaan) memberi penerangan kepada rakyat," katanya lagi.

Wang rakyat ialah wang negara

Oleh SELENA TAY
Masih lagi kedengaran ramai rakyat Malaysia berkata, "Pihak pembangkang tiada wang dan pihak pembangkang tidak boleh buat apa-apa. Oleh itu, tidak perlu undi pihak pembangkang".
Kenyataan sebegini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak bijak berpolitik dan minda mereka masih berada di tahap yang terkebelakang.


Ini adalah kerana pihak pembangkang memang tiada wang semasa jadi pembangkang tetapi setelah mereka membentuk Kerajaan Persekutuan maka mereka tetap akan ada wang sebab wang rakyat yang dibayar dalam bentuk cukai itulah yang telah menjadi wang negara dan wang kerajaan. Justeru itu, sebenarnya wang rakyat ialah wang negara. Kerajaan Persekutuan hanyalah diamanahkan untuk menggunakan wang tersebut untuk memanfaatkan rakyat sebab Kerajaan Persekutuan sebenarnya bekerja untuk rakyat.
Jika minda rakyat Malaysia masih berfikiran mundur, maka negara pun akan ketinggalan dari segi persaingan untuk menjadi sebuah negara yang maju dari segi pembangunan fizikal dan rohani dengan berteraskan nilai-nilai murni dan keagamaan.
Kini pun sudah nampak bahawa gejala sosial semakin meningkat.

Isu Negara Kristian: Pembohongan UMNO-BN boleh rosakan pembangunan negara


KUALA LUMPUR 14 OKTOBER: DAP dengan jelas dan tegas mengulangi pendiriannya bahawa parti itu berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan yang menggangkat Islam sebagai agama rasmi negara.
Kenyataan ini dibuat rentetan pembohongan serius yang menuduh DAP terlibat dalam usaha untuk menubuhkan Negara Kristian di Malaysia dengan meminda Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.
Menyifatkan cuma orang bodoh sahaja yang mempercayai tuduhan tersebut, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menegaskan bahawa pendirian DAP adalah konsisten dengan pendirian tiga Perdana Menteri yang lalu Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn sejak 46 tahun penubuhan parti itu.
“Setakat pengetahuan dan pengalaman saya sejak 55 tahun kemerdekaan pada 1957, dan 49 tahun penubuhan Malaysia, tidak pernah wujud sebarang seruan untuk menubuhkan sebuah kerajaan Kristian di Malaysia.”
Tuduhan dan pembohongan tidak berasas paling tidak bertanggungjawab tersebut ujar Kit Siang adalah perancangan jahat pihak UMNO-BN yang memperlihatkan mereka semakin terdesak.
“Tindakan desperado ini tidak ada batasnya. Mainan propaganda jahat dalam media arus perdana maupun media sosial adalah untuk mencipta ketakutan dan menanam benih kebencian dan konflik untuk menjamin kedudukan Perdana Menteri keenam dan parti pemerintah.” katanya.
Dalil yang menyanggah tuduhan UMNO-BN

Bila Mahathir buka mulut, undi Melayu untuk BN menurun

KUALA LUMPUR: PAS melihat pengaruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak langsung menjejaskan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan datang.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Pakatan Rakyat tidak pernah risau apabila Dr Mahathir membuka mulut mengkritik apa sahaja yang beliau kehendaki.

"Saya melihat Dr Mahathir memang mempunyai pengaruh tetapi ia tidak langsung memberi kesan undi kepada mereka yang menyokong Pakatan Rakyat.

"Tetapi ia akan memberi kesan secara langsung kepada sokongan Umno Barisan Nasional," jelasnya kepada Harakahdaily.

Jelas Mahfuz, tindakan Dr Mahathir membuka mulut atau mengkritik sebenarnya menimbulkan kerisauan kepada pemimpin Umno.

Tertekan : Sokongan penduduk Ranau setinggi Gunung Kinabalu — Najib

KUNDASANG, 14 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata beliau tidak bimbang dengan kawasan Parlimen Ranau pada pilihan raya umum akan datang kerana beliau yakin sokongan rakyat di kawasan itu yang tidak berbelah bagi terhadap Barisan Nasional (BN).
“Sejak kami tiba di sini, saya dapat merasakan kedinginan udara dan saya percaya saya akan tidur dengan nyenyak malam ini.
“Bukan sahaja kerana kedinginan udaranya, tetapi kerana sokongan mantap penduduk di sini,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Negara Kinabalu di sini malam ini.
Turut hadir ialah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Najib juga bersetuju dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Karanaan dan Paginatan iaitu Datuk Masidi Manjun dan Datuk Dr Ewon Ebin bahawa masyarakat Ranau yang majoriti dari kaum Dusun ikhlas menyokong BN.

Najib: Dosa besar kalau janji tidak ditunai..!!!!


Najib Tun Razak KUDAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui Barisan Nasional (BN) menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.

Dipetik Bernama, Najib berkata, kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.

"Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut 'binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.

Budget ‘aiming’ towards GST

In his speech, Najib referred to Anwar as the PM-in-waiting, was that an admission that opposition could succeed BN?

Prime Minister Najib Tun Razak’s 2013 Budget wasn’t worth a debate. In fact Barisan Nasional MPs spent more time debating Anwar Ibrahim’s budget than their leader’s.
Why aren’t the BN MPs debating their own budget? Because it contains a lot of silly things.
The question is how is Najib going to implement his last minute add-ins?
Take for instance the reduced travel fares meant for senior citizens and those who earn RM2,000 or less a month? How will Najib’s people implement that?
Will commuters have to carry their pay slips when travelling on buses, trains and airplanes and have them shown to conductors?
Or will some people supply buses with card readers which can read MyKads to verify the holders’ income?
Then there’s a plan to build “affordable” homes which seriously not many people can actually afford because they earn RM3,000 or less a month?
Silly ideas don’t you think? I can only assume that the RM1.5 billion allocation was meant only for BR1M?
Then there’s Najib’s plan to raise disposable income.
Let’s compare Najib with Anwar’s plan to make disposable income.
Aiming to implement GST

Pasca 2008 : Umno kalah Melayu jadi kuat



Pilihanraya Umum ke 11 pada tahun 2004 menyaksikan Barisan Nasional menguasai 90.4% kerusi di Dewan Rakyat. Juaranya ialah UMNO walaupun tidak dapat mencatatkan rekod seratus peratus seperti beberapa parti komponen BN yang lain.

UMNO kecundang 7 kerusi kepada PAS dan juga 1 kerusi kepada Parti Keadilan (kini PKR). UMNO juga membantu parti-parti MCA, GERAKAN dan MIC menang dibeberapa kawasan majoriti Melayu dengan menumpaskan calon-calon Melayu daripada parti Pembangkang.

Kesan daripada tindakan UMNO ini, Kerajaan yang ditubuhkan dengan penguasaan lebih 90% di Dewan Rakyat itu hanyalah mengandungi 58.1% komposisi Melayunya. Manakala wakil rakyat bukan Melayu yang menang dibawah BN berjumlah 41.9%.
UMNO menang 109 kerusi didalam pilihanraya tersebut tetapi seorang wakil rakyatnya bukan dari keturunan Melayu.
Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008 menyaksikan prestasi terburuk BN dan juga UMNO.

Sekat dana asing cadangan 'hipokrit' Umno

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata, pemimpin Umno bertindak hipokrit apabila merancang untuk untuk menggubal undang-undang baru bagi menyekat penerimaan dana asing.

Sedangkan, Umno sendiri menerima dana asing bernilai RM40 juta yang diragui, kata MP Petaling Jaya Utara itu.

"Cadangan oleh menteri itu bukan sahaja tidak praktikal tetapi ia benar-benar satu tindakan Umno yang juga pemerintah yang hipokrit.

"Apa yang menimbulkan keraguan ialah apabila (menteri hal ehwal undang-undang) Datuk Nazri (Abdul Aziz) dengan tidak rasa bersalah ingin menggubal undang-undang apabila Umno sendiri menerima dana asing.

"Datuk Nazri sendiri mengakui bahawa wang RM40 juta dalam matawang Singapura yang cuba diseludup masuk ke Sabah dari Hong Kong oleh Michael Chia adalah bertujuan untuk Umno dan bukan untuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman," kata Pua dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nazri, seperti dilaporkan media semalam, yang menyebut bahawa undang-undang tersebut perlu untuk menghalang campur tangan asing ke atas keselamatan negara.

Saifuddin nafi punyai masalah dengan Umno

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) telah menafikan bahawa dia mempunyai sebarang masalah dalam Umno, dengan berkata isu-isu yang beliau timbulkan kelihatan bercanggah dengan garis parti kebetulan semata-mata kerana ia berdasarkan hal ehwal semasa.
“Kenyataan-kenyataan yang saya keluarkan hanyalah kebetulan, ataupun mungkin keadaan pada masa itu memerlukan pandangan sedemikian.
“Bagaimanapun setakat ini saya tiada masalah dalaman dengan Umno, saya juga tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti,” katanya dalam temu ramah khas bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.
Ahli Majlis tertinggi Umno, parti terbesar Melayu di negara ini dan tulang belakang gabungan Barisan Nasional (BN), telah diserang rakan sekerja kerana dikatakan mengabaikan penduduk di Temerloh baru-baru ini.
Ahli jawatankuasa Umno Temerloh Zainuddin Izarul telah menuduh Saifuddin suka mencari perhatian untuk meningkatkan kedudukannya dikalangan orang awam dengan membuat kenyataan bercanggah dengan pandangan rasmi parti itu sehingga “meninggalkan kewajipannya kepada pengundi”.

Pemimpin Umno abai rakyat, hanya fikir ‘perut’ sendiri

LAHAD DATU: Kenaikan harga pelbagai barangan keperluan harian kebelakangan ini sebenarnya akibat amalan pemimpin Umno BN yang hanya memikirkan ‘perut’ mereka sahaja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Harga barang naik, harga minyak naik. Salah siapa? Orang Cina? Siapa perdana menteri, siapa ketua menteri, siapa menteri kewangan?
“Ini salah pemimpin yang fikir perut, tidak fikir nasib rakyat” katanya pada ceramah di Assam, Lahad Datu, Sabah 13 Oktober lalu yang dihadiri ribuan rakyat.
Ketua Pembangkang itu mengakui marah dengan gelagat pemimpin Umno yang menjadikan harta negeri mahupun rakyat, sebagai aset ‘mak bapak’ mereka.
“Kamu boleh perintah tapi jangan ingat tanah ini, harta ini, harta mak bapak kamu. Harta ini harta negeri, harta rakyat dan kita bertanggungjawab.
“Sebab itu, saya lawan orang yang zalim, yang tamak habola, yang curi harta rakyat, perbodoh rakyat,” katanya.

FOREIGN INTERVENTION? Musa's RM40mil cold hard cash was in S'PORE DOLLARS!

FOREIGN INTERVENTION? Musa's RM40mil cold hard cash was in S'PORE DOLLARS!
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said the Government will consider the proposal to have a new law to prevent foreign intervention in the country through the influx of foreign funds.
He said “the influx of foreign funds for such purposes will cause us to become agents of foreign powers and we will be forced to create lies to destabilise the country."
The proposal by the Minister is not only impractical, it is completely hypocritical on the part of the Umno-led government.
We are in support of any measures to ensure that terrorist activities are not carried out in our country. In addition, we already have an Anti Money Laundering and Anti-Terrorist Financing Act in place. There are already other acts that prevents entities and persons from becoming foreign agents in this country.
However, what begs belief is the fact that Datuk Nazri has the cheek to put forward such an Act when UMNO itself has been one of the biggest, if not the biggest recipient of dubious foreign funding.
RM40 mil cold hard cash in Sing dollars

Ahmad Tamrin: Mana Lagi Fixed Deposit BN? Bye Bye!

Gesa Nik Aziz letak jawatan, kedudukan Hasan dipertikai

Datuk Fauzi Shaari : Ceramah Air Hitam

PRU 13 : Mahathir liabiliti kepada BN


PRU 13 pengaruh Dr MPETALING JAYA – Salah seorang pemimpin PKR, R. Sivarasa berkata, sama ada masih mempunyai pengaruh atau tidak dalam arena politik negara, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai liabiliti besar kepada Umno-Barisan Nasional (BN) yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Adakalanya Mahathir mengkritik kepimpinan Umno-BN, khususnya Najib supaya keluar dari parti, saya percaya beliau (Mahathir) akan lebih suka jika tempat Najib turut diganti,” ulas Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

Katanya, rakyat Malaysia  begitu dahagakan perubahan politik sebagaimana negara-negara lain, malah mereka sudah pasti menolak kepimpinan Dr Mahathir yang mengamalkan politik lama.
Katanya, biarpun ada yang mendakwa pengaruh Dr Mahathir semakin kurang, namun pemimpin itu masih mempunyai hubungan yang erat dengan tokoh-tokoh korporat besar, yang menjadi penyokong kuat dari segi dana.

Banner Yang Hina Islam Di Pasar Raya Sudah Berjaya Diturunkan. Allahuakhbar!

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/155653_492397320793392_1226283300_n.jpghttp://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/73931_492397347460056_89517988_n.jpghttp://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/548794_492397367460054_1843292577_n.jpghttp://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/23939_492397380793386_1600133600_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/76872_492394200793704_1256084589_n.jpg

Nak Tunggu Pihak Berkenaan Bertindak, Memang Lambatlah Jawabnya...
Nak Kena Tunggu Beratus Laporan Baru Nak Ambil Tindakan Gamaknya...
Atas Inisiatif Penyokong Pakatan Rakyat Yang Sensitif Terhadap Isu Ini, Mereka Telah Berbincang Dan Berjaya Menurunkan Banner Yang Menyentuh Sensitiviti Umat Islam Di Negara Ini...
Baju "Anwar Ibrahim Club" & "Ku Lihat Hijau" Tue....
Terbaiklah... Tahniah Dari Kami Untuk Anda, Saudara Amirul Ashraf...

Poster besar yang diletakkan di ruang legar utama sebuah pusat membeli-belah mencetuskan rasa kurang senang pengunjung umat Islam.

PRU 13: Antara petikan pengaruh Mahathir.....Najib makin hilang kuasa...!!!


PRU 13 pengaruh Dr M BERIKUT sebahagian daripada petikan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini, yang berkait rapat dengan pilihan raya umum.

“Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK. Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon.

“Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak.

“Najib seharusnya bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah,” – 12 September 2011

 "Saya mesti mengakui bahawa Najib dan pentadbirannya sangat terbuka. Apabila memerlukan konsultasi daripada sesiapa, mereka akan berbuat demikian, dan saya juga pernah memberikan pendapat beberapa kali, misalnya mengenai proses transformasi.

"Bagi saya, untuk kembali dan terlibat secara langsung (dalam politik), itu tidak mungkin berlaku. Sekali saya keluar, saya tidak akan masuk semula. Saya hanya berharap mereka akan membaca blog saya, hanya setakat itu yang boleh saya sumbangkan," - 30 September 2011

Faktor Dr M: PRU 2008 buktinya, kata Ibrahim Ali....ha.ha..Najib makin dipinggirkan..!!


Datuk Ibrahim Ali KUALA LUMPUR – Pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam arena politik negara terbukti apabila sindiran-sindiran beliau kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakibatkan Pilihan Raya Umum 2008 mencipta sejarah buruk buat kerajaan Barisan Nasional (BN).

Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah merupakan Perdana Menteri paling singkat memerintah sebelum tampuk pemerintahan bertukar tangan ekoran kekalahan teruk BN pada PRU 2008, yang mana empat negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Hal ini secara terang-terangan, memberikan gambaran bahawa faktor Tun Dr M mampu memberi penangan hebat ke atas keputusan pilihan raya di negara ini.

Hakikat itu diakui oleh Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

MCA Anti Islam


1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.
3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:

• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”

Dah Kantoi : Muhyiddin dakwa isu Soros bukan untuk keuntungan politik....bila senjata makan tuan...!!!



 
Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN tidak menggunakan isu jutawan George Soros – yang didakwa membiaya NGO tempatan untuk menjatuhkan kerajaan – demi keuntungan politik parti.

Beliau dipetik akhbar Mingguan Malaysia sebagai berkata, perkara itu hanya ditimbulkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir sebagai peringatan bahawa bantuan Soros itu "tidak membantu negara."

"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk menimbulkan masalah dalam negara kita.

"Kita tidak menggunakan itu (demi keuntungan politik) tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya dalam laporan akhbar milik Umno itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyatan timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis lalu yang bimbang serangan BN ke atas Soros akan "memakan diri sendiri".

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu lagi, Muhyiddin berkata isu sama ada perkara itu menimbukan kesan buruk kepada BN tidak timbul kerana dakwaan tersebut telahpun dipersoalkan banyak pihak.

"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah sat perkara bahaya.

"Peringatan Tun Mahathir adalah satu kenyataan dan badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu tidak membantu negara," katanya.

Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros – seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang – telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa membiaya Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

Perbezaan PAS dan Umno: DHPP

Perbezaan PAS dan Umno: DHPP:                                            
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran GK mendakwa pemimpin Umno memberikan gambaran imej yang buruk tentang Islam. Katanya, penentangan Umno terhadap hukum hudud serta amalan rasuah di kalangan pemimpin parti itu turut menjejaskan imej Islam.

“Saya lihat ada perbezaan antara dasar perjuangan PAS dengan Umno. PAS parti Islam dan Umno parti perkauman. Isu hudud sebenarnya tidak dapat dipisahkan dengan Islam, tapi Umno beri imej yang buruk tentang Islam di negara ini. Sama seperti amalan rasuah dengan Umno juga tidak dapat dipisahkan dengan parti itu,” jelasnya

Menurutnya, hampir kesemua pimpinan Umno bermula dari peringkat atasan hingga kepada pemimpin bawahan boleh terlibat dengan rasuah.

Royalti : Pusat terhutang dengan Kelantan RM10.4 bilion


BACHOK: Kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) kini terhutang dengan kerajaan Kelantan lebih RM10.43 bilion apabila gagal menjelaskan bayaran royalti 5 peratus terhadap hasil petroleum dicari gali di perairan negeri ini.

Ini adalah sejarah baru yang dicatat ketika negeri-negeri lain di Malaysia menambah jumlah hutang dengan kerajaan pusat sehingga ada yang melebihi RM1 bilion.

Presiden Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti – R), Nazri Deraman berkata, rakyat Kelantan dizalimi sejak 2004 sehingga sekarang apabila hak ke atas royalti dinafikan.

KANTOI! Muslihat Najib Altantuya Ke Kediaman Tun Mustapha Terbongkar!


Rupanya, muslihat Perdana Menteri Najib Altantuya yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah, yang akan melawat kediaman Allahyarham Datu Mustapha Datu Harun, yang digelar Bapa Kemerdekaan dan Bapa Pembangunan Sabah, hari ini, terbongkar.

Najib Altantuya dijadual berkunjung ke kediaman Allahyarham, yang dinamakan 'Istana Tun Mustapha' pada sebelah tengah Hari selepas menyempurnakan majlis perasmian Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat.

Antara yang dijangka menyambut ketibaan Najib Altantuya ialah anak Allahyarham iaitu Amir Kahar, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah semasa pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi.

Lawatan Najib Altantuya itu kununnya merupakan satu pengiktirafan kepada Allahyarham, seorang negarawan dan pahlawan yang banyak berjasa kepada negara serta rakyat Sabah.

Kelab MP-BN: 'Pengaruh Dr M cukup besar'....Najib makin tidak diyakini...!!!


Abdul Rahman Dahlan
Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan
 
SHAH ALAM – Sambil menegaskan Tun Dr Mahathir Mohamad "ada pengaruh" dalam menentukan arah aliran sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu seorang pemimpin yang sentiasa mengutamakan hak orang Melayu.
Peranan itu katanya, memberi pengaruh yang cukup besar dalam arena politik negara, lebih-lebih dalam menghadapi PRU13.
"Beliau diingat sebagai Perdana Menteri bermakna memang dari segi pengaruh itu masih ada," kata Setiausaha BN Sabah ini kepada Sinar Harian Online.
Umno, parti teras BN, dikembangkan ke Sabah ketika era Dr Mahathir.
Abdul Rahman, pemimpin muda Umno dari Sabah berkata, beliau melihat Dr Mahathir sentiasa bersungguh-sungguh dalam memastikan sokongan orang Melayu menyumbang kepada kestabilan politik negara yang sekali gus memberi ruang kepada Umno-BN kekal mentadbir Malaysia.

Fiesta Jalanan Selangor Tarik Perhatian Anak Muda

KLANG, 14 OKT: Fiesta Jalanan Selangor Daerah Klang Dan Fiesta Teater Selangor yang dianjurkan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Klang berjaya menarik perhatian anak-anak muda daerah tersebut.
Dianggarkan lebih separuh penyertaan dalam acara-acara yang dianjurkan selama sehari tersebut melibatkan golongan belia di bawah umur 40 tahun.
Dalam program yang diadakan di Dataran Seni Klang itu, pelbagai acara diadakan termasuklah persembahan teater, bacaan puisi, tarian tradisional, gamelan, muzik asli dan lain-lain.
Selain itu pelbagai pertandingan yang mampu menarik penyertaan golongan anak muda seperti pertandingan kompang, congkak, batu seremban, galah panjang, dam harimau dan memasak turut diadakan.
Pertandingan karaoke yang dikhususkan bagi golongan 40 tahun ke atas turut diadakan pada sebelah petangnya pula.