Sabtu, 13 Oktober 2012

WALAUPUN TAKUT DEBAT, NAJIB AKUI DEBAT BOLEH HASILKAN IDEA BERNAS

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Riba diharamkan kerana ?

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Takut akan Allah

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Sedekah vs Riba

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Jangan sampai diminta !

Murat Karayilan: Hoping for a Kurdish Spring

Rebel fighters 'capture' Syrian soldiers

Video seks pemimpin PR Perak akan disebar oleh blogger UMNO.. tapi tak sempat sebar dah KANTOI!!

Sehari dua yang lalu Blogger-blogger UMNO sedang rancak menyebarkan cerita kononnya ada seorang pemimpin Pakatan Rakyat dari Perak yang berwatak alim telah melakukan seks haram di Indonesia bersama pelacur di sana.

Dakwa mereka lagi video itu kini dalam simpanan salah seorang kawan baik pemimpin itu dan akan disebarkan kerana sahabatnya itu tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan.

Menariknya kali ini ianya disebarkan oleh sebuah blog yang menggunakan nama Tok Guru 86, satu gelaran yang biasanya kita berikan kepada seseorang yang punya ilmu agama..

Tetapi apa yang disiarkannya adalah kontras sama sekali dengan nama blognya.. Blog pencacai UMNO itu telah menyiarkan gambar di bawah.. lihat printscreen di bawah..



Ayat yang paling menarik yang ni.. "Tiada yang rahsia di blog tokguru86. Yang hak pasti berdiri dan yang bathil kita bakal bongkarkan. Tungguuuu..."

Benarkah apa yang didakwa oleh pencacai UMNO itu? atau ianya sekadar satu lagi fitnah?

Tok Guru adalah satu gelaran yang diberikan kepada seseorang yang berilmu.. tetapi apa ilmu yang ada pada Admin Blog Tok Guru 86 akupun tak tahu..

Oleh kerana kebodohan yang dimiliki oleh Admin Blog Tok Guru 86 itu.. fitnah yang hendak disebarnya itu dengan mudah dikantoikan..

Berdasarkan tajuk yang tertera pada image ditelefon bimbit iaitu 'Sanden Bergoyang'.. ianya adalah videoclip dari Indonesia.

Kit Siang gesa RCI untuk dana asing Umno

DAP menuntut sebuah suruhanjaya diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung "sumbangan politik" RM40 juta untuk Umno Sabah.

Pemimpin popularnya Lim Kit Siang berkata, sebagai pihak berkepentingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno patut menubuhkan RCI menyiasat kemasukan wang dari Hong Kong itu, sekali gus membersihkan nama Malaysia dan BN sendiri.
"Apa yang diabaikan sepenuhnya, RM40 juta itu bukan bersih tetapi wang kotor," dakwa Lim.

Dakwa Lim lagi, wang itu dibawa masuk secara tunai oleh ahli perniagaan Michael Chia sebelum beliau ditahan atas dakwaan penyeludupan dan pengubahan wang.

Najib dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi semalam enggan mendedahkan penyumbangnya atas alasan pembangkang juga tidak mendedahkannya.

Beliau juga mengaku sumbangan itu dibuat dengan cara yang betul.

Oiii UMNO Hang pa Buta ke?? Kaabah di HINA di Mega Mall Kuantan!!!! Mana Hassan Aqidah!! Mana PERAKASA!!!!

BIADAB! Kaabah dihina di Megamall Kuantan.

 
Mohon pihak bertanggungjawab batalkan event kurang ajar dan menghina agama Islam serta merta! 

Kenapa permit untuk event ini diluluskan kerajaan Pahang?

*Pihak Jabatan Perdana Menteri tak nak cancelkan ke event ni? seperti mana mu arahkan kuliah Ustaz Azhar dibatalkan serta merta di UMP??? ABU!!

SEBARKAN DAN PROTEST SEHINGGA EVENT KURANG AJAR INI DIBATALKAN SERTA MERTA!

RM40mil is "DIRTY MONEY", Najib as Umno head has vested interest: Form RCI

RM40mil is "DIRTY MONEY", Najib as Umno head has vested interest: Form RCI - Kit Siang
The  Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak has refused to disclose the source of the RM40 million  “political donation” for  UMNO Sabah that was the subject of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigation of Sabah Chief Minister, Datuk Musa Aman, giving an unbelievably weak and unacceptable excuse.
Najib said that “All parties have a right to receive political donations” and “As long as it is through the right channels, it is not an offence”.
Dirty money
What Najib had completely ignored is that the RM40 million is not “above-board money” but dirty money, as it is Hong Kong-laundered UMNO funds which the Sabah businessman  Michael Chia had tried to smuggle into the country in his luggage in cash in the form of $S16 million currency but  got arrested at the Hong Kong International Airport on August 14, 2008 for money trafficking and laundering.
This has raised a very pertinent question, whether the MACC and the Attorney-General are empowered to enquire and prosecute the top UMNO leadership (including the UMNO President) whether for corruption or money laundering without getting the green-light from the Prime Minister?
Nobody in Malaysia is under the illusion that  the MACC and Attorney-General have such powers, that is to conduct full investigations into the top UMNO leadership including the UMNO President, involving corruption and money laundering, as the Prime Minister is none other than the UMNO President himself.
Separate & independent commission

Muzakarah antara PAS dan UMNO siapa khianat sebenarnya..?


PETRONAS pula macam nak BERPOLITIK..!!!

Minyak Itu Pemberian Allah...


Sambil menunggu bola sepak, sempat tgk berita. Terkejut saya apabila Petronas pula mengeluarkan kenyataan, kemampuan Petronas utk menyumbang kpd negara secara berterusan akn me
njadi membebankan jika bayaran royalti kpd negeri2 dinaikkan daripada kadar lima peratus sekarang kpd 20 peratus.

Kwn saya ramai yg bekerja di Petronas. Namun ada yg saya setuju pendapat mereka mengenai Petronas dan ada yg saya tak bersetuju. Bagi saya minyak mcm juga seperti air atau dulu bijih timah. Sewajarnya air tidak dijual kpd rakyat dgn harga yg mahal kerana ia hasil semulajadi yg diberikan Allah.

Begitu juga dgn minyak. Bukannya Petronas lahirkan minyak tapi ia sudah ada cuma dicarigali oleh Petronas utk mendapatkannya. Ia bukan dicipta tetapi telah tercipta oleh yg Maha Esa. Biarlah Petronas mencari hasil keuntungan berganda syarikat milik rakyat ini di luar negara dgn pelaburan seperti paip saluran gas, loji2 penapis, loji2 petrokimia dan sebagainya.

Piala Malaysia: Kelantan Masuk Final, Mana Budak Yang Nak Bogel Tu?

Kelantan Menang, Mana Budak Nak Bogel Tu?

Satu-satu hal yang dibangkitkan oleh remaja-remaja rakyat Malaysia sekarang ini.
Akal mereka sentiasa mahu melakukan perkara yang kadang-kadang tidak terjangkau dek akal.
Masih ingat lagi dengan kisah seorang lelaki yang bernama Johari Pain yang mencabar dirinya mahu mengerat ‘anunya’ sekiranya penerjun Malaysia, Pandelela Renong mampu memenangi pingat dalam Sukan Olimpik London 2012 beberapa bulan lalu?
Ternyata, Johari Pain kecut perut selepas Pandelela berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara yang dia sertai.
Johari Pain juga terus senyap sepi tanpa melakukan cabaran yang dia sendiri lontarkan.
Yang terkini, seorang anak muda remaja bernama ‘MisterBiawak Evans’ pula melakukan perkara yang lebih kurang sama.

Malaysia Kita : Pakar Hairan Mengapa Dah 17 Mesin ATM Di Malaysia Berjaya Dipecahkan

Pakar Hairan Mengapa Dah 17 Mesin ATM Di Malaysia Berjaya Dipecahkan?

BACHOK – Kementerian Kewangan mahu pihak bank yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan berisiko tinggi berlaku rompakan supaya segera memindahkannya ke kawasan lebih selamat.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pihak bank juga diwajibkan mengadakan mesin ATM yang baru bertaraf piawaian antarabangsa yang sukar dipecahkan.
Pihak bank juga diwajibkan memasang sistem penggera yang dapat didengar dari jauh oleh pasukan keselamatan apabila ia dipecahkan, katanya.
“Di samping itu mereka juga perlu memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan kerap mengadakan rondaan oleh pasukan keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampai elaun sara hidup kepada 540 nelayan, yang keseluruhan berjumlah lebih RM100,000 di Perupuk di sini hari ini.

Kenapa Restoran Makanan Mamak berjaya dan Restoran Melayu gagal

Oleh Hidup Ringkas
Data daripada persatuan peniaga restoran makanan mamak menunjukkan peratusan kegagalan yang cukup rendah. Peratusan kedai mamak yang gagal hanyalah serendah 5% sahaja. Daripada 100 kedai mamak yang dibuka hanya 5 restoran sahaja yang akan gulung tikar. Apa rahsia mereka?
Ada juga di kalangan peniaga Melayu yang membuka restoran yang berjaya bertahan, terutamanya para peniaga Tom Yam. Terdapar banyak kedai-kedai restoran Tom Yam yang perniagaan mereka hebat mampu bertahan dengan jumlah pendapatan yang tinggi. Apa rahsia mereka?
Terdapat di kalangan rakan saya yang menceburkan diri dalam perniagaan restoran, tapi malangnya perniagaan mereka gagal bertahan lama. Terdapat ramai lagi orang Melayu yang terjun dalam perniagaan restoran yang bungkus belum cukup setahun berniaga. Apa masalah mereka?
Dari pemerhatian saya, rahsia kejayaan peniaga kedai makan mamak banyak disumbang oleh pemahaman mereka tentang apa maknanya ‘customer service’. Dalam bahasa Melayu, kita namakan khidmat pelanggan.
Faktor utama pelanggan masuk ke kedai makan adalah kerana mereka mahu dilayan untuk menghilangkan rasa lapar. Ada juga yang masuk hanya untuk minum sahaja dan golongan ini mempunyai kehendak ‘mahu dilayan’ yang tinggi.
Sediakan satu kumpulan berdedikasi khas untuk melayan pelanggan

We are being cheated by the government – Penan Sarawak

By Survival International
The Penan’s blockade of the Murum dam road began on 26th September.
Leaked plans to resettle Malaysia’s Penan have surfaced, as the tribe continues to hold atwo-week blockade on the road leading to the controversial Murum dam.
Anger is growing within the tribe, which says it has been ‘manipulated’ and ‘cheated’ by the Sarawak government as it makes way for the dam.
The Murum Penan say they have been kept in ‘complete darkness’ about the resettlement plans, despite the dam’s construction starting four years ago, and only months remain until their ancestral lands will be entirely flooded.
However, this shroud of secrecy has been broken by a leaked ‘Resettlement Action Plan’,obtained by Sarawak Report, which reveals how the government is using the negative effects of rampant logging of the Penan’s forests, to justify the tribe’s resettlement.
It says, ‘as the surrounding environment has been degraded due to logging and plantation development … the Penan now need to spend more time planting crops for both subsistence and sale.’
The plans advocate moving the Penan to ‘sufficient arable land…to provide for transition into cash crop agriculture’, despite evidence showing that the Penan rely on the forest for 75% of their sustenance.

ORANG MUDA TAK SOKONG!!! 50,000 Veteran UMNO P. Pinang terpaksa bantu BN pada PRU13

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/TKslC4KdubI/AAAAAAAARzI/sAJUPjA70l8/s320/orgtuabodoh.jpg
BUKIT MERTAJAM: Veteran Umno Pulau Pinang akan menggerakkan lebih 50,000 anggotanya bagi membantu Barisan Nasional (BN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan Pengerusinya Datuk Ismail Din berkata usaha itu bagi memastikan BN merampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. 
"Veteran Umno adalah seperti duta kecil kepada Umno dan BN kerana kami akan berkempen dari rumah kami sendiri supaya menyokong BN. 
"Kami bekerja secara sukarela dan tekad kami hanya untuk membantu BN agar terus memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas persidangan tahunan Veteran Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, Sabtu.

Najib: PRU13 boleh diadakan bila-bila masa.....ada berani..bubarlah sekarang...!!!


Najib: PRU13 boleh diadakan bila-bila masa PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh diadakan bila-bila masa kerana rakyat sudah yakin janji yang dibuat akan dilaksanakan.

"Ini sebab bila kita umum BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) rakyat yakin kita akan bayar tahun depan. Kita boleh buat pilihan raya bila-bila masa sahaja kerana rakyat dah yakin janji kita tunai... kadang-kadang lambat sedikit tetapi lambat laun kita akan laksanakannya," jelasnya.

Najib, Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini.

South East Asia: An economy on the rise

Today in History for October 13th

TUAN RUMAH Ambil Duit Jamuan KAHWIN - Ustaz Azhar Idrus

Perempuan HAID Akad Nikah Dalam MASJID - Ustaz Azhar Idrus

Siapa MESTI Letak MAS KAHWIN ? - Ustaz Azhar Idrus

Guna Duit Simpanan KWSP Untuk HAJI - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Nassuruddin Daud | Kuliah Jumaat 12 Okt 2012

Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmood | Kuliah Jumaat 12 Okt 2012

Hudud: Pas mahu terus bincang dengan rakan PR


Nik Abduh Nik Abdul Aziz KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menegaskan pihaknya akan terus berbincang dengan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang isu hudud memandangkan ia adalah jalan terbaik, kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Kita sedar isu hudud ini telah berpanjangan agak lama, dan jawapannya sudah ada bahawa kita akan teruskan perbincangan dalam PR," kata Nik Abduh kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Pemuda Pas hari ini.

Kata beliau lagi, pendirian Pemuda Pas juga adalah untuk menghormati kedudukan setiap parti dalam PR untuk bersama berjuang dalam pilihan raya akan datang.

"Apa yang kita pegang adalah, setiap parti sentiasa menghormati kedudukan kita dalam PR... kita nak kritik parti - parti dalam PR, kita harap ia berlangsung dalam keadaan yang harmoni," kata beliau.

Umno@BN halang perjuangan untuk tegak Islam


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan bukan DAP yang menghalang perjuangan PAS menegakkan Islam, sebaliknya Umno yang bersikap sedemikian. Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Iskandar al- Hiss, berkata perjuangan PAS untuk menegakkan syariat Islam selama ini terhalang dengan sikap Umno yang berkuasa.
"Ketika ini, DAP tidak memerintah di peringkat pusat.  Yang banyak menghalang kerja PAS untuk menegakkan Islam ini adalah Umno.

"Sejak kita merdeka 55 tahun, apa yang Umno tidak buat untuk menghalang PAS untuk tegakkan Islam?" soal beliau.
Tegas beliau lagi, halangan yang dilakukan Umno itu boleh dibuktikan ketika kerajaan Kelantan meluluskan enakmen undang-undang Islam negeri itu pada 1994.

Kit Siang: DAP sekular tapi bukan anti-Islam


Lim Kit Siang SHAH ALAM – DAP menegaskan walaupun parti tersebut mengamalkan konsep sekular, namun tidak sesekali bersikap anti-Islam.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, sepanjang 46 tahun sejarah parti tersebut, DAP secara konsisten mengatakan Malaysia adalah sebuah negara demokratik, berbilang kaum, sekular dan mempunyai pelbagai agama dengan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi bukan sebuah negara Islam.

Menurutnya, dakwaan beberapa pemimpin yang mengaitkan DAP dengan menuduh parti ini cuba menjadikan ‘Malaysia sebuah negara Kristian’ adalah tidak berasas dan cubaan untuk merosakkan keharmonian negara.

"Adakah mungkin hanya selepas 46 tahun, DAP cuba menubuhkan sebuah negara Kristian apabila tiada pemimpin parti atau dokumen polisi berkata mengenainya?

Dewan Pemuda PAS Pusat hormat pandangan peribadi Shahnon

UMNO BN penghalang PAS, bukan DAP - Pemuda PAS

PAS tidak tandus pemimpin ganti Nik Aziz - Nik Abduh

Pemuda PAS giat kempen Cintai Rasulullah


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggiatkan Kempen Cintai Rasulullah dengan mencetak 100 ribu keping pelekat kereta, yang mula diedarkan hari ini.
Pelekat tersebut yang diedarkan kepada seluruh negara bertujuan  menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah dengan menjadikan baginda Rasulullah sebagai contoh dan idola setiap manusia.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata kempen ini juga bertujuan memberikan kesedaran terhadap masyarakat umum menyedari kepentingan hidup beragama, khususnya agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.
Lebih-lebih lagi, tambah beliau baru-baru ini umat Islam  seluruh dunia bangkit membantah penerbitan filem Innocent of Muslims yang menghina Rasulullah SAW.

MB : Graduan Unisel Perlu Berdikari Dan Terokai Ilmu Baru


BESTARI JAYA, 13 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati graduan Universiti Selangor(Unisel) agar berdikari dan tidak takut meneroka ilmu baru bagi bersaing mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira lebih 1,500 hadirin semasa Majlis Istiadat Konvokesyen Ketujuh Unisel di Di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya di sini hari ini
“Mahasiswa Unisel mendapat pengiktirafan dan anugerah di peringkat negara dan antarabangsa kerana kecemerlangan akademik dan projek masing-masing yang ada di antaranya mengatasi pencapaian universiti-universiti tempatan yang lain,” kata Abdul Khalid
Abdul Khalid berkata, graduan perlu berusaha mencari kerja dengan mencari inisiatif sendiri serta menambah kemahiran sedia ada dari masa ke semasa.

RM40 juta : Kalau tak salah pasai apa sampai nak kena seludup di Hong Kong?

Jawapan bangang Najib berkenaan ‘sumbangan politik’ RM40juta

Bab betul atau tak duit tu adalah ‘sumbangan politik’ yang tak salah kita bincang lain kali. Kali ni aku cuma nak highlight betapa bodoh lagi bangangnya jawapan Najib tu.
Harakahdaily melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah adalah “sumbangan politik” (political donation) untuk Umno.
Bagaimanapun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbang wang tersebut kepada Umno apabila ditanya pemberita.
“Ia adalah untuk sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul. – Mkini.

Sinarharian pulak melaporkan:

SHAH ALAM – Langkah Umno Sabah menerima RM40 juta daripada seorang ahli perniagaan, yang didakwa menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong, adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. – Sinar.
Bab betul atau tak duit tu adalah ‘sumbangan politik’ yang tak salah, kita bincang lain kali. Kali ni aku cuma nak highlight betapa bodoh lagi bangangnya jawapan Najib tu.
Kut-kut ada terutama sekali dari kalangan penchachai Umno BN yang masih tak perasan, aku salintampal sekali lagi kat bawah ni, kali ni dengan highlight warna merah.

Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

 …adalah amalan biasa sesebuah parti politik kerana diterima mengikut prosedur betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak
Harakahdaily melaporkan:

Siswa!! Beli Kereta Perodua Kami, Lebih Mudah? Khas Untuk Pelajar Tahun Akhir IPTS & IPTA!!

 Cara Terbaik Menyebabkan Mahasiswa Jadi Muflis..!!!

Beli Kereta Siswa!! Beli Kereta Perodua Kami, Lebih Mudah? Khas Untuk Pelajar Tahun Akhir IPTS & IPTA!!
Belum masuk alam pekerjaan lagi, sudah ditawarkan kepada anak-anak muda dengan mengajak siswa beli kereta Perodua mereka? Kalau mengangur bagaimana? Adakah Perodua akan ada tawaran “grace period” tidak perlu bayar untuk tempoh setahun lamanya?
Sudah tentu tidak. Mereka mesti mahu untung dengan apa cara sekalipun. kelihatan, orang kuat Perodua ini sudah mula panas punggung. KPI belum tercapai agaknya pada tahun 2012 ini.
Syarikat Perodua ini jugalah baru-baru ini yang mencadangkan kereta melebihi 10 tahun dilupuskan. Apa alasan yang mereka berikan? Tidak selamat katanya? Tidak selamat atau jualan perdoua sedang merudum sekarang? Yang mana satu?
Memang mereka hanya mengira “perut” mereka sahaja. Tidak syak lagi.

Hanya Bawa Kad Matrik & Penjamin Boleh Beli Kereta Perodua

Beli Kereta Perodua Siswa!! Beli Kereta Perodua Kami, Lebih Mudah? Khas Untuk Pelajar Tahun Akhir IPTS & IPTA!!
Bukankah 4-5 tahun lepas Perodua dilihat bersungguh-sungguh  naikkan harga “replacement Kancil” atas alasan model kereta mereka ada “bau-bau” Jepun? Sekarang ini mereka sendiri yang melatah dengan tindakan mereka dahulu….

Haramkan Sahaja Akhbar Utusan Malaysia


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita-berita fitnah, hasutan, lucah dan provokasi.

Utusan Malaysia yang merupakan lidah rasmi UMNO/BN sememangnya amat suka menyiarkan berita-berita bersifat provokasi, lucah dan fitnah. Namun yang amat memelikkan, tiada satu tindakan pun diambil oleh Kementerian Dalam Negeri. Utusan Malaysia dilihat seolah-olah kebal terhadap undang-undang Malaysia.

Utusan Malaysia bukan sahaja dibaca oleh golongan dewasa malahan turut dibaca oleh golongan pelajar. Apakah wajar akhbar yang menyiarkan berita-berita sebegini dibiarkan berleluasa dan menjadi media massa utama negara?

Nik Abduh: Semua pemimpin ulama layak ganti Mursyidul Am


Nik Abduh Nik Abdul Aziz KUALA LUMPUR - “Semua pemimpin Pas layak menggantikan Tok guru, terutama dari kalangan ulama. Namun, isu pengganti Tok Guru tidak timbul kerana masih belum tiba masanya dan ia tidak dibincangkan lagi,” kata Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali agar Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan dengan menyerahkan tugasnya itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Nik Abduh berkata, isu Hasan telah dijawab Ketuanya, Nasrudin Hassan bahawa kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan.

Menurutnya, Hasan tidak berhak membuat kenyataan tersebut kerana kepimpinan dalam parti adalah urusan parti.

Hadi: Pas dapat untung kerjasama dengan DAP


Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti itu memperoleh pelbagai keuntungan hasil kerjasama dengan DAP dalam pakatan pembangkang.
  
Beliau berkata, kerjasama dengan DAP memudahkan Pas menarik sokongan masyarakat bukan Melayu di negara ini seterusnya membolehkan parti itu kini mentadbir dua negeri di Malaysia.
  
"Kita juga sebenarnya dapat tadbir Perak dengan kerjasama erat DAP ... kita langsung tidak pernah rugi dalam mana-mana kerjasama kita. Malah kita juga dapat keuntungan kerjasama dengan BN (Barisan Nasional) sebelum Pas keluar pada 1978.
  
"Kita buat kerjasama yang dapatkan keuntungan kepada kita tetapi dalam masa sama kita tiada tolak ansur sekiranya kita kena korbankan perkara tunjang perjuangan kita," katanya kepada pemberita.
  
Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah, nasihat dan beramah mesra dengan pelajar Maahad Tahfiz Tok Jiring di Kampung Tok Jiring di sini, hari ini.
 

Hasan Akidah Sama Kelas Dengan Salentia

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Tidak semena-mena Hasan Akidah menyentuh prihal Pas. Mungkin kalau dia tidak sentuh Pas orang tidak mengenangnya. Umno melihat Hasan tidak ubah seperti supit aiskrim yang dilempar ke dalam tong sampah tetapi tidak masuk ke dalam. Supik aiskrim nampak cantik tetapi tidak boleh diguna lagi sebab bucunya sudah dikekah (gigit), tembus. kalau bubuh air pun akan bocor.

Kali ini dia mencadangkan supaya Nik Aziz Nik Mat berundur dari jawatan Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Haron Din. Dia juga mendakwa Nik Aziz sebagai amat berkuasa, sebagai presiden, sebai MB dan sebagai mursyidul am Pas. Soalnya kenapa Hasan mengungkitkan perkara ini, dengki ke?

Hasan tidak payah dengki atas sanjungan dan penghormatan tinggi diberikan ahli Pas dan rakyat negara dari berbilang kaum kepada beliau. Nik Aziz berhak untuk mendapat sanjungan itu melihat kepada beberapa keistimewaan dan pendekatan politiknya yang futuristik.

Derma Cara Umno : ADUN didakwa biaya ketua kpg lawat Medan

Bagaimanapun, seorang ketua kampung yang dihubungi memberitahu, hanya orang tertentu dipilih menyertai lawatan ke Medan itu.

PETALING JAYA: Sekumpulan ketua kampung dari Tanjung Surat melawat Medan, Indonesia yang didakwa dibiayai ADUN Tanjung Surat Datuk Harun Abdullah pada 2 Oktober lalu.
Menurut sumber Umno, pada mulanya lawatan itu ditawarkan kepada 12 ketua kampung tetapi dua orang tidak mahu pergi.
“Tujuan lawatan itu ialah supaya mereka menyokong Harun  kekal bertanding mempertahankan kerusi Tanjung Surat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
“Supaya mereka  menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ghani Othman bagi  mengekalkan Harun sebagai ADUN Tanjung Surat,” kata sumber Umno Pengerang.
Beliau memberitahu, Harun berbuat demikian kerana beliau menyedari peluangnya untuk dicalonkan dalam PRU 13 tipis.
Harun menjadi ADUN Tanjung Surat sejak PRU 1999 tetapi beliau kalah dalam pertandingan jawatan ketua Umno bahagian pada 2008 kepada Datuk Seri Azalina Othman Said, waktu itu menjadi menteri pelancongan.
Bagaimanapun, seorang ketua kampung yang dihubungi memberitahu, hanya orang tertentu dipilih menyertai lawatan ke Medan itu.

Nik Aziz sifatkan Nasha ‘lidah panjang’

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.
Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.
“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok,  sikap itu seperti  'lidah panjang',” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Khalid Samad : Siasat Bina Pusat Hiburan Tanpa Kelulusan MBSA

SHAH ALAM, 13 OKT : Sebuah syarikat pemaju didakwa merancang membina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif di kawasan Padang Jawa di sini biarpun belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad berkata, rancangan tersebut juga mendapat tentangan daripada penduduk di Kampung Padang Jawa Petaling dan Kampung Padang Jawa Klang.
Mereka bimbang kedua-dua pusat hiburan itu akan menyebabkan berlakunya aktiviti kurang sopan.
“Apabila kita rujuk kepada Ahli Majlis MBSA didapati bahawa kelulusan untuk pembinaan kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif ini daripada pihak perlesenan MBSA belum lagi dikemukakan.
Bukan sekadar belum diluluskan tetapi juga belum dikemukakan.

Laungan "ROYALTI HAK KELANTAN" di Stadium Shah Alam

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Ibu & Bapa Baginda Rasulullah SAW

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Hukum berkahwin...Hak Suami & Hak Isteri

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Wajah yang bercahaya

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Orang yang cerdik, Orang yang jahil

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Takut & Mengharap pada Allah swt

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Dahsyatnya hari kiamat

Terpaksa Mengaku : Najib akui jumpa George Soros di New York..!!!

Dana Seludup : RM40 juta kepada Umno Sabah hanya 'derma politik'

KWSP : lepas tu ada pinjam lagi ...dan pinjam lagi ...dan pinjam ..... begitulah sehingga kini .. dan pinjam tu tak payah bayar???

hmmm.... gua tatau tentang lu orang ...tapi yang pasti gua salah seorang yg masih mempunyai caruman KWSP ....

 
bila sebut kwsp ni ..gua tingat pada tahun 98 ..che det guna duit kwsp sebanyak RM1.6 billion untuk bail out kompeni anak dia Konsortium Perkapalan Berhad ...... 

lepas tu ada pinjam lagi ...dan pinjam lagi ...dan pinjam ..... begitulah sehingga kini ..... dan pinjam tu tak payah bayar????????????

Harun Taib: 'Tak payah layan Hasan Ali'


Harun Taib SHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan “dia tidak berhak” untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,” katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai “menghiris hati” ahli dan penyokong Pas.

3 KETUA MENTERI, 1 Perkahwinan, 1 Penceraian dan 1 Sumbangan


Semalam, kerajaan BN dengan bangganya mengumumkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bebas dari tuduhan skandal melibatkan wang RM40 juta kerana telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa (SPRM) atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Adakah SPRM sudah menjalankan siasatan penuh termasuk merekodkan kenyataan Datuk Seri Musa?

Menurut jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Peguam Negara tidak menemui apa-apa elemen rasuah dalam kes penahanan ahli perniagaan Sabah di Hong Kong ketika cuba untuk menyeludup keluar RM40 juta dalam mata wang Singapura. Nazri berkata bahawa siasatan  mendapati wang itu adalah untuk sumbangan politik kepada UMNO Sabah dan bukannya kepada Musa.

BN pasti menyangka rakyat Malaysia sebegitu bodoh jika mereka mengharapkan supaya orang ramai untuk mempercayai cerita ini dan menerima hakikat bahawa segala-galanya adalah baik kerana wang yang diseludup itu adalah untuk UMNO Sabah dan bukannya untuk Musa. Apakah syarat-syarat disebalik pemberian RM40 juta kepada UMNO Sabah dan mengapa ianya di dalam mata wang Singapura?. Sekali lagi SPRM cuba untuk menutup terang-terangan amalan politik wang oleh BN.

Najib tanya Kimma: Siapa Ali Hamsa? "Kita dalam kapal yang sama,"...!!!! Merayu lagi untuk diri sendiri..???


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba meredakan aduan bahawa masyarakat India Muslim dipinggirkan dengan berkata golongan itu sebenarnya diberikan jawatan paling tinggi dalam kerajaan.

NONE"Siapa ketua setiausaha negara?" katanya merujuk kepada aduan bahawa masyarakat India Muslim kurang diwakili dalam kerajaan.

Jawatan itu kini disandang Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat kontrak perkhidmatan pada 23 Jun.

Berucap dalam acara pembukaan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ke-36 hari ini, Najib mengulas ucapan presiden parti itu Syed Ibrahim Kader yang berkata masyarakat mereka ketinggalan.

Najib berkata, Ali seorang yang baik dan OK dengan pelbagai pihak sama ada Melayu atau Kimma, justeru tiada perbezaan atau pemisah dalam isu ini.

"Kita dalam kapal yang sama," kata Najib lagi.

Terbukti SPRM Alat UMNO BN, Tutup Skandal RM40 juta UMNO Sabah

BN ingat rakyat senang ditipu kes RM40 juta?

Kuala Lumpur: “Adakah SPRM telah membuat siasatan penuh termasuk mengambil kenyataan Datuk Seri Musa?” tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Semalam, katanya kerajaan BN bangga mengumumkan pembebasan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman daripada skandal wang tunai S$16 juta (RM40 juta) ekoran tindakan SPRM untuk menggugurkannya daripada dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.

Menurutnya, mengikut jawapan bertulis Parlimen Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Pejabat Ketua Peguam Negara tidak menjumpai apa-apa elemen rasuah dalam kes seorang ahli peniagaan Sabah yang ditahan di Hong Kong kerana menyeludup wang berjumlah RM40 juta dalam mata wang Singapura.

Katanya, Nazri berkata bahawa siasatan menunjukkan duit itu sebenarnya merupakan sumbangan politik kepada Umno Sabah dan bukan kepada Musa.

Kenapa Najib takut berbahas di Parlimen?

PEMBENTANGAN  Belanjawan adalah merupakan salah satu sesi Parlimen yang mendapat liputan meluas dan perhatian yang lebih dari biasa; baik dari ahli politik, penganalisa politik, ahli ekonomi, ahli akademik, ahli perniagaan, pengamal media, kakitangan kerajaan, mahasiswa, pengusaha kecil, warga swasta, suri rumah bahkan seluruh rakyat yang peka akan situasi di sekelilingnya.

Maka, lumrahnya sesi perbahasan Parlimen untuk satu–satu Belanjawan yang dibentangkan–sama peri pentingnya. Perbahasan Belanjawan 2013, menjadi sesi Parlimen terpenting menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.  Lebih penting kerana PilihanRaya ini menjadi penentu hala tuju masa depan negara ini; mengekalkan regim lama Barisan Nasional atau menabalkan kerajaan baru di Putrajaya yang dipimpin Pakatan Rakyat.
Bermula dengan pembentangan Belanjawan pada Jumaat lepas oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Perdana Menteri Malaysia, sesi perbahasan menyusul dengan dimulakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin Setiausaha Politik Menteri Kewangan dan kebanyakan menteri kabinet lupa untuk mengingatkan majikan mereka bahawa tanggungjawab mereka tidak terhenti hanya pada membentangkan belanjawan.
Sebagai Perdana Menteri yang tanpa segan berdegar–degar menggelarkan Malaysia sebagai “world’s best democracy” – harus malu apabila mengambil sikap membentangkan belanjawan, memilih untuk tidak hadir sesi perbahasan, sebaliknya hanya menyokong untuk diluluskan sahaja.

Kerajaan autokratik

Lensa : Anwar Di Sabah

Wacana: Bajet BN vs Bajet PR

Wacana Bajet 2013WACANA Sinar Harian siri ke-14 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf membawa tajuk Bajet 2013 membariskan Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan; Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan sebagai ahli panel, serta Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik, sebagai moderator. Ikuti taip skrip penuh wacana yang berlangsung kelmarin.

Bajet 2013 bajet gula- gula, pilihan raya, populis, tidak mampan dan banyak ‘one short’. Bagaimana Datuk meyakinkan rakyat apabila komentar dan kritikan diberikan kepada Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Apakah kelebihan Bajet 2013 untuk menafikan seluruh kritikan tersebut?

Abdul Rahman: Label diberikan populis, gula-gula atau bajet pilihan raya, itu satu diskripsi menyatakan bahawa bajet mesra rakyat, merasai masalah rakyat di peringkat akar umbi. Label tidak penting, yang penting ialah sama ada bajet ini dapat menggerakkan ekonomi ke depan, mengekang defisit bajet dan negara, atau hutang negara mampu memberi keselesaan kepada segelintir rakyat terpinggir kerana pergolakan ekonomi dunia yang meruncing.

Bajet 2013 mengambil kira semua faktor, hampir kesemua segmen masyarakat, wanita, orang tua, polis, swasta, galakan pelaburan ada terkandung dalam belanjawan. Apa yang penting ialah memastikan defisit tidak menjadi satu jumlah memudaratkan ekonomi pada masa akan datang. Sekarang negara terpaksa buat perubahan kerana subsidi terlalu menyeluruh. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) satu percubaan baik dan konsep beri subsidi ini kena pada tempat. Ia amat penting dan harap berterusan.

Pada masa sama, Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan bajet alternatif yang agak ringkas tetapi ada gambaran keutamaan diletakkan PR. Saya menghargainya tetapi risau bajet PR tidak berdasarkan fakta ekonomi yang dapat dibuktikan. Defisit 3.5 peratus yang diunjurkan oleh mereka tidak masuk akal.

Saya suka bahas bajet alternatif kerana saya risau bajet ini tidak fahami oleh rakyat, ia akan memudaratkan dan kesan bahaya kepada ekonomi dan negara.

Kita berhadapan dengan bajet bulan bintang dan cakerawala. Bajet PR , tidak ada sistem dwi parti (tidak ada peruntukan Kabinet bayangan) tidak realistik dan janji perkara sukar dicapai, seperti mana yang dikemukakan oleh pengkritik, ini kerana PR tidak memerintah, tidak ada urus sebenar.

Apakah respons YB terhadap hakikat sebenar bajet PR?

Tony Pua: Berpengalaman atau tidak dalam merangka bajet atau mentadbir sebuah negeri bukan isu. Jelas pada 2008 dengan tiada pengalaman kita berjaya mentadbir Selangor dan Pulau Pinang secara beramanah dan baik. Penambahan ekonomi kedua-dua negeri kian meningkat dan pencapaian lebih baik daripada sebelum itu.

Bajet alternatif dibuat setelah kita melihat apakah benar-benar penting untuk rakyat di luar seperti pendapatan mereka, gaji RM1,500 sehingga RM2,005. Kita lihat pendapatan tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso. Adakah perbelanjaan paling besar bagi mereka ialah kereta kerana mereka bayar tiap-tiap bulan? Berapa pendapatan yang sepatutnya tiap-tiap bulan?

Itu merupakan punca masalah rakyat yang perlu diselesaikan sebelum tengok perkara lain. Kalau tidak ada pendapatan untuk berbelanja, tekanan di rumah amat tinggi.

Kita kena tengok masalah itu kerana masalah utama adalah cukai terlalu tinggi. Satu kereta mewah dan kecil RM108,000 tapi harga yang ada dalam Akta Kerajaan adalah RM38,000 sahaja.

Dalam bajet kita, kita turunkan cukai eksais 20 peratus kerana tidak boleh turunkan secara langsung 100 peratus. Itu dapat menjimatkan pemilik kereta.

Kedua, apa yang lebih penting ialah perumahan Kita fikir cara membina rumah mampu milik bagi rakyat, kita lihat keperluan orang ramai. Apa kita boleh buat ialah minta syarikat GLC tumpu untuk membina rumah mampu milik. Jangan bersaing dengan syarikat swasta untuk membina rumah mewah. Itu bukan peranan GLC dan agensi kerajaan. Kerajaan bukan nak bersaing dengan swasta, kita mahu kerajaan tumpukan wang mereka untuk membina rumah mampu milik untuk orang ramai.

Apa penilaian Wan Saiful bagi bajet PR dan bajet BN?

Wan Saiful: Selepas bajet dibentang, apa yang berlaku ialah rakyat berlumba-lumba ucapkan terima kasih kepada kerajaan pemerintah. Sedangkan jika kita faham konsep belanjawan tidak ada apa yang perlu terima kasih kerana belanjawan tidak menggunakan duit kerajaan.

Dari mana kerajaan mendapat dana, konsep pendapatan dan perbelanjaan kerajaan perlu kita fahami. Kerajaan berbentuk ekstraktif bukannya produktif (bukan syarikat yang menyumbang ke arah Keluaran Dalam Negara (GDP)). Kerajaan mengambil dana daripada rakyat dan syarikat diusahakan oleh orang lain dibelanjakan.

Kita melantik kerajaan untuk memainkan peranan tertentu. Apabila kerajaan memainkan peranan, agak keterlaluan kita memuja mereka yang membelanjakan duit yang diambil secara paksa.

Mungkin ada masanya kita sanggup berikan sumbangan kepada pembangunan negara contohnya 15 peratus tetapi disebabkan perundangan dihalalkan 26 peratus dalam pendapatan kita. Kita kena faham, percukaian. Perbelanjaan dibentangkan Perdana Menteri, termasuk dicadangkan PR menggunakan duit yang diambil secara paksa, perbelanjaan duit kita adalah kebaikan untuk negeri kenapa perlu puja mereka janji bulan bintang. Sepatutnya mereka perlu berterima kasih kepada kita kerana menyediakan mereka wang termasuklah gaji mereka.

Budaya feudal agak keterlaluan, ahli politik dianggap terlalu tinggi hingga jumpa cium tangan. Budaya ini perlu ditamatkan. Bajet 2013, yang penting pertanggungjawaban dalam pembentangan.

Apabila bercakap data, satu perkara susah. Apabila PR boleh membentangkan bajet sedemikian, ini adalah lonjakan ke hadapan. Kita kena bagi pujian dan kredit kerana tidak ada parti lain dalam Barisan Nasional (BN) yang menghasilkan cadangan bajet untuk dipertimbangkan. Hanya PR yang buat. Apa yang berlaku dalam BN ialah Perdana Menteri bentang, semua sokong. Tidak ada pertanggungjawaban di situ.

Rogol Penan: Bekas wartawan berang dengan 'rundingan'



 
Bekas wartawan yang menulis tentang insiden rogol wanita Penan di Sarawak menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap The Star yang memohon maaf kepada gergasi pembalakan Samling tanpa berunding dengannya.

Hilary Chiew menulis laporan berjudul "Against their will" (bukan kehendak mereka) pada 6 Oktober 2008.

NONEBeliau menyifatkan penyelesaian luar mahkamah antara The Star dan Samling itu sebagai kurang menyenangkan untuk bidang kewartawanan.

"Walaupun hakikatnya saya telah meninggalkan The Star pada awal 2010, amat dikesali apabila The Star tidak merasakan saya patut dimaklumkan tentang keputusan itu.

"Saya tidak pernah, pada bila-bila masa, dimaklumkan atau dirujuk tentang rundingan penyelesaian luar mahkamah," kata Chew.

The Star pada 2 Oktober menyiarkan permohonan maaf berhubung artikel itu.

Difahamkan Samling pada Isnin secara rasmi menarik balik saman fitnah terhadap harian itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Lau Bee Lan.

Jangan was-was, lakukanlah perubahan

Rasa tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.
Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah untuk dikawal.
Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung. Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh perundangan negara kita.

Pemuda : 'Hasan Ali tidak layak desak Nik Aziz'


Nasrudin Hassan SHAH ALAM – Pemuda Pas Pusat menegaskan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak berhak untuk meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am parti itu.
Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan.
Hasan telah dipecat dari Pas awal Januari lalu.
“Siapa yang hendak jadi pemimpin, itu hak parti yang tentukan.
“Dia tak berhak membuat kenyataan tersebut sebab kepimpinan dalam parti adalah urusan parti,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan, memetik Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menerusi tulisannya di laman sosial milik beliau, mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya susulan kenyataan mempertahankan kerjasama Pas dan DAP.

Umno terdesak tamatkan sistem kroni AP CPO?

Keputusan Kabinet semalam untuk menurunkan cukai ekspot minyak sawit mentah (CPO) dan menamatkan kuota AP penjualan CPO tanpa cukai sebanyak 5 juta metrik tan, pastinya mengizinkan pelbagai pihak, khasnya pengilang penapis kelapa sawit (Refiners) menarik nafas lega.

·    Perkara ini adalah sebahagian isu yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan Belanjawaan saya pada hari khamis lalu, yan mendesak kerajaan suapaya segera mengambil tindakan segera atas isu ini.

·    Saya telah tegaskan dalam perbahasan bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi mesti mengubah ke struktur duti ekspot yang rendah, fleksibel dan terbuka supaya syarikat penapisan minyak sawit Malaysia boleh berdaya saing dengan Indonesia. Malaysia sebelum ini mengenakan duti ekspot 23% yang tidak fleksible atas CPOnya, berbanding Indonesia yang bukan sahaja serendah 13.5% tetapi mempunyai regim duti ekspot yang fleksible mengikut pergerakan harga CPO dunia.

·    Krisis isu penapisan minyak sawit ini bermula pada bulan Oktober tahun lepas. Seharusnya masalah ini di selesaikan secepat mungkin, tetapi Kementerian gagal mengambil apa-apa tidakan selama 10 bulan. Menjadi lebih parah lagi apabila dua bulan lalu, Kementerian bertindak dengan meningkatkan jumlah kuota AP Minyak Sawit sebanyak 2 juta metrik tan lagi.

Kantoi Habis : Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan.....JASA bertanggungjawap mencipta isu...!!!



 
Projek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Awar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 icg anwarDengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

soros lse fund raising dinner 181206 sorosBagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Isu-isu lain yang dimuatkan di bahagian ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Sumpah PM tentang Altantuya
Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 altantuyaBagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 contentIa juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

50,000 naskhah dicetak
Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen JASA -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

panduan penjelasan isu semasa book jasa soros bn 131012 najib"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.