Khamis, 11 Oktober 2012

Faktor ekonomi jadi penentu PRU 13

Mesyuarat tahunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa di Tokyo, Jepun telah menunjukkan tanda-tanda ekonomi global yang semakin tidak memberangsangkan pada tahun-tahun mendatang.

Menurut Bank Dunia, pertumbuhan Asia akan menjadi lebih perlahan, sebahagiannya disebabkan ekonomi China yang semakin perlahan, walaupun rantau ini disebut-sebut sebelum ini sebagai agak terlindung daripada situasi di Eropah dan Amerika Syarikat.

IMF pula menjangkakan pemulihan ekonomi yang semakin lemah, disebabkan dasar-dasar kerajaan yang gagal memulihkan keyakinan.

Menurut laporan, IMF menurunkan unjuran pertumbuhan 2012 daripada 3.4 peratus Julai lalu kepada 3.3 peratus. Pertumbuhan ekonomi dunia tahun depan pula diturunkan kepada 3.6 peratus, berbanding 3.9 tiga bulan lalu.

Menurut badan itu lagi, pertumbuhan yang semakin perlahan pada tahun ini dan tahun hadapan bakal disertai peningkatan risiko. 

OKU Bangkit dan gagasan politik

Oleh Omar Abdul Aziz
SEJAK awal kempen OKU Bangkit yang bettemakan Gerakan Bersama Kebangkitan OKU Tahun 2012 dirancang untuk dilaksanakan, saya telah diberi ingatan betapa jalan yang akan dilalui bukanlah suatu yang mudah. Satu demi satu halangan ditempuh membuktikan ingatan yang diberikan itu bukan yang diada-adakan.

OKU Bangkit sekali-kali berbeza dengan gerakan-gerakan massa lain. Jika GMI, Bersih, Hindraf PPSMI dan pelbagai gerakan massa berhadapan dengan ujian yang bukan calang-calang, apataah lagi kempen yang digerakkan oleh orang kurang upaya “OKU” yang mengalami pelbagai kecacatan ini.

Dalam mendepani pelbagai cabaran itulah, kempen OKU Bangkit kian mendapat perhatian terutamanya dari mereka yang disasarkan untuk dibela. Golongan OKU, keluarga OKU, dan mereka yang prihatin sehari demi sehari tampil untuk menyatakan kebersamaan bagi membangunkan 15% populasi pendduk dunia yang mudah untuk terpinggir.

Dalam pertemuan Akhir yang diadakan di kampong Baru baru-baru ini, saya terus dilontarkan beberapa scenario untuk setiap OKU dan mereka yang prihatin sedar lantas bersama-sama membawa kempen OKU Bangkit. OKU yang dijadikan model penerima bantuan, OKU yang diugut untuk tidak berperanan dalam system demokrasi, dan OKU yang dibiarkan hidup dengan serba kedaifan. Justeru ia menuntut untuk OKU dan mereka yang prihatin keluar dari garisan-garisan takut dan menyatakan hak dalam kempen yang digerakkan ini.

Polis didakwa 'peras' isteri mangsa kematian dalam tahanan



 
Polis didakwa meminta RM300 daripada isteri kepada lelaki yang mati dalam tahanan P Chandran ketika dia mahukan maklumat berkaitan di ibu pejabat polis daerah Cheras sejurus sebelum meninggal dunia.

Perkara itu didakwa dalam laporan polis yang dibuat oleh abang ipar mendiang R Rajan Naidu.

Rajan dalam laporannya mendakwa, isteri mendiang N Selvi memberitahunya, pegawai polis meminta RM300 sebelum mendedahkan maklumat berkaitan suaminya.

Bernama sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad sebagai berkata, Chandran meninggal dunia akibat penyakit jantung di lokap Balai Polis Dang Wangi pada 10 September.

Fakta kezaliman kapal USS George Washington

Pencerobohan Iraq dan Afghanistan telah melibatkan kapal ini dengan:
- Melepaskan jet operasi untuk memerhati perairan Arab pada November 1997 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.
- Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet untuk menyerang Iraq pada 11 Ogos 2000 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.
- Melepaskan kapal terbang pengangkut yang mengandungi 9 skuad penggempur yang mengandungi jet pejuang dalam operasi pencerobohan Iraq pada September 2002.
- Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dalam operasi pencerobohan Afghanistan dan pencerobohan Iraq.
- Pencerobohan Iraq menyebabkan 7,269 orang awam terkorban, 30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.
- Serangan di Afghanistan mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban.
(sumber di sini)

Mahathir restu kapal nuklear Amerika masuk Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Kerajaan Umno BN pernah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di sini, dedah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Menurutnya, perjanjian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear berlabuh di perairan negara.
“Kita perlu faham, kapal Amerika yang penuh dengan senjata nuklear bukan bersifat pertahanan tetapi provokatif.
“Amerika telah menghantar kapal perang mereka jauh dari sempadan negara mereka ke negara-negara Asia dan ini merupakan tindakan yang sangat provokatif.
“Di negara lain termasuk NATO, mereka tidak membenarkan kapal perang yang bersenjata nuklear berlabuh ke negara mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Senjata Makan Tuan : 'Maka undi Najib bermakna undi Soros?'



 
MP Pakatan Rakyat berkata sekiranya dakwaan hubungan NGO Suaram dan jutawan George Soros terbukti benar, maka undi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga merupakan undi kepada pedagang matawang tersebut.
"Saya mahu lihat bagaimana media arus perdana memainkan perkara ini. Seperti yang kita tahu ada satu pertemuan rahsia di mana Najib meminta sokongan Soros ke atas gerakan global moderat.

"Maka, jika Soros dipersalahkan, maka satu undi untuk Najib juga merupakan satu undi untuk Soros," kata MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli kepada Malaysiakini.

Ya Badrotim Versi Baru (Intro Kanak2)

Ya Robbibil Mustafa (Versi Direnjis renjis)

Nasyid Ya Rasulullah (Versi Cindai)

Pemimpin NGO PRO UMNO 'belum baca' laporan Najib jumpa Soros



 
Beberapa pemimpin NGO hari ini enggan mengulas panjang apabila diajukan soalan berhubung pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jutawan George Soros di New York pada 2010.
Antaranya, ahli Majlis Perundingan Melayu (MPM) Shahbudin Embun yang mendakwa masih belum membaca laporan itu – yang disiarkan Malaysiakini hari ini.

"Saya tidak mahu komen sebab saya tak baca blog itu. Tetapi secara kasaranya, ini fakta yang umumnya diketahui daripada blog itu bahawa Soros tidak mesra dengan kira (kumpulan pro-kerajaan) tetapi mesra dengan pembangkang.
"Itu sahaja yang saya mahu komen. Jadi kamu pergi tidur dengan Soroslah," katanya dengan sinis dalam bahasa Inggeris apabila ditanya wartawan Malaysiakini dalam satu sidang media hari ini.
Tambahnya, MPM juga akan terus mempertahankan Najib, institusi demokratik dan instusi raja.

"Kami sebagai NGO, akan mempertahankan negara ini, Datuk Seri Najib, institusi demokratik dalam negara ini dimana Raja adalah ketua dalam perlembagaan.

Buang bayi: 'Taubat nasuha jika terlanjur'


Mat Jais Kamos FENOMENA buang bayi bukan lagi sesuatu yang baru di negara. Bahkan ia sudah menjadi seperti trend alaf ini apabila ada sahaja berita mengenai bayi tidak berdosa menjada mangsa sikap tidak bertanggungjawab si ibu saban minggu.

Sungguh menyedihkan, manusia yang dikurniakan akal, rupanya lebih dangkal fikiran mereka dan zalim berbanding haiwan.

Adakah keruntuhan moral ini membuktikan firman ALLAH SWT bahawa dunia akhir zaman akan menyaksikan manusia tidak lagi takut dan malu melakukan kemungkaran? Baru-baru ini, seorang ibu muda tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.

Ke mana hilangnya naluri seorang ibu? Jerih payah mengandung dan melahirkan ditolak tepi asalkan dosa yang dilakukan “terhapus” dari pandangan mata.

Ikuti wawancara Sinar Harian Online bersama Ketua Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Mat Jais Kamos bagi mengupas dan merungkai konflik anak muda yang rela hidup bergelumang dosa demi melampiaskan nafsu serakah.

Anak Mahmud Taib ada RM700juta dalam 111 akaun. Kalahkan Sadiq Sigaraga.

oleh Mummy Rokiah

Bekas isteri putera kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, Shahnaz Abdul Majid mendedahkan hari ini bahawa anak Tan Sri Mahmud Taib mempunyai 111 akaun di beberapa buah negara luar termasuk AS, Eropah dan Carribean.
 
Keseluruhan jumlah wang yang disimpan ialah sebanyak RM700 juta. Di antaranya di dalam Bank Of Swizerland sebanyak RM70.1 juta, HSBC Bank Jersey – RM52.19 juta, RM16.27 juta dan RM29.16 juta di HSBC Bank Hong Kong.
 
Benar atau tidak pendedahan bekas menantu Tan Sri Mahmud Taib ini satu persoalan lain. Rakyat percaya isteri pasti lebih tahu luar dalam parut di badan suaminya. Inikan pulak wang dan harta yang pernah dikongsi bersama semasa dibuai gelora cinta asmara (Pinjam senikata lagu P.Ramlee). Tan Sri Pehin seorang peminat tegar P.Ramlee pasti mengetahui senikata lagu  Jiwa Rasa Gelora, kasih pada teruna, bukan kerna intan permata kerna budi bahasa. 
 

Pakatan: BN mula iktiraf, takut Bajet PR


Belanjawan Pakatan Rakyat 2013Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) mula mengiktiraf dan pada masa yang sama "lebih takut" dengan pengaruh dibawa oleh bajet perikatan itu sehingga sanggup membuat perbandingan khusus dan terperinci, sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam.
"Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Bajet Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri," kata pemimpin-pemimpin PR iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong; Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata mereka, berkata, tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Husni sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat PR seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.

Kelewatan Laporan Audit bagi Belanjawan 2013 Negara Timbulkan Keraguan

KUALA LUMPUR, 11 OKT: MP Serdang, Teo Nie Ching mendakwa alasan Kerajaan Pusat untuk tidak membentangkan laporan Audit Negara 2013 tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
Ini kerana laporan audit tersebut penting untuk memastikan wang yang diperuntukkan dalam bajet bijak dibelanjakan, kata Nie Ching.
“Laporan Audit Negara diperlukan bagi mengenal pasti perkara-perkara yang tidak diperlukan dan memerlukan pembaikian.
Supaya rakyat dapat menikmati manfaat yang lebih baik daripada peningkatan yang dibuat melalui laporan itu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan pusat telah menangguhkan pembentangan laporan audit tahun ini bagi memberi lebih perhatian kepada perbahasan Belanjawan Negara 2013.

RM16 Juta Wang Di Dakwa Di Salur Kepada Umno Sabah


KUALA LUMPUR 11 OKT : Naib Presiden PKR Tian Chua mempersoalkan Kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menunjukkan bahawa wang berjumlah RM16 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
“Sekiranya dana terbabit disalurkan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, adakah ia tidak melanggari undang-undang dan tiada unsur rasuah?, soalnya dalam sidang media di Parlimen.
Beliau menambah peranan dan kegunaan bagi sumbangan itu kepada Umno Sabah juga tidak dijelaskan dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
“Peguam Negara dilihat seolah-olah cuba menyembunyikan fakta untuk kebaikan Musa Aman,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Hukum BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) - Ustaz Azhar Idrus

Kiraan FIDYAH Tak Puasa 2 HARI Tahun 1990 - Ustaz Azhar Idrus

Hukum TAK SOLAT Jumaat 3 Kali Berturut-Turut - Ustaz Azhar Idrus

SOLAT Sebab TAKUT Orang - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lambatkan SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Tanyalah USTAZAH : Poligami BUKAN Sunnah Tapi RUKHSAH - Ustaz Azhar Idrus

'So, a vote for Najib now is also a vote for Soros?'

Forum Politik Matang : Menurut Perspektif Islam - Bahagian 3

Forum Politik Matang : Menurut Perspektif Islam - Bahagian 2

Forum Politik Matang : Menurut Perspektif Islam - Bahagian 1

CM Lim urged BN Federal Government to release AG report

Imam Hoslan pertahan 'ijtihad ke atas perundangan'

PKFZ: Mahathir kata Liong Sik jujur sudah dijangka

KUALA LUMPUR: Bagi mengelakkan dirinya dianggap bodoh, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dijangka akan menyifatkan Tun Dr Ling Liong Sik seorang yang jujur, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jika Dr Mahathir kata Dr Ling tidak jujur, ia bermakna beliau bersetuju dengan tuduhan bahawa bekas Menteri Pengangkutan itu menipu kerajaan Malaysia yang mana beliau menjadi Perdana Menterinya waktu itu.

"Ia dengan sendirinya menjadi pengakuan bahawa beliau Perdana Menteri yang sangat bodoh sehingga kerajaan pimpinannya boleh ditipu begitu sahaja oleh Dr Ling," katanya.

Dr Mahathir membuat dakwaan sedemikian dalam perbicaraan tuduhan menipu ke atas Dr Ling membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

PKR gesa Najib penjelaskan dakwaan jumpa Soros pada 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing George Soros pada tahun 2010.
Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang tadi.
“Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua (foto fail).
“Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antaranya dengan Soros pada 2010. Saya mohon penjelasan.”
Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim.
Chua juga menyelar sikap kerajaan yang bersandiwara dan memutar belit fakta dengan bertindak menyerang badan bukan kerajaan (NGO) yang menerima dana asing dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan pusat.
Mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa oleh Chua pernah bertemu dengan Soros bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.
Susulan pendedahan dalam debat tersebut, media hari ini melaporkan Najib pada telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Mahkamah benar hukuman penjara MP Umno ditangguh....flip-flop lagi..!!!

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya,  Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini.

Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini.

Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000.

Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.

Jabatan Perbendaharaan akui Belanjawan Pakatan 2013 tepat

KUALA LUMpUR 11 Oktober: Analisa yang dibuat Jabatan Perbendaharaan atas arahan Umno BN mengesahkan anggaran kos yang dirangka Pakatan Rakyat dalam Belanjawan 2013 bagi membiayai program ekonominya adalah tepat.
Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab merangka Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, Rafizi Ramli berkata, angka-angka yang diumum oleh jabatan itu hampir sama dengan angka yang digunakan Pakatan Rakyat sebelum ini.
“Dalam program Pakatan, kita peruntukkan RM6 bilion setahun untuk menghapuskan tol, manakala anggaran terbaru Perbendaharaan juga RM6 bilion. (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin sebelum ini menganggarkan RM50 bilion.
“Kos untuk pendidikan percuma, kita anggarkan RM4 bilion manakala Perbendaharaan mengganggar RM5 bilion. Sebelum ini Umno BN menganggarkan RM18.5 bilion.
“Kos untuk hapus hutang PTPTN pula dianggarkan RM2 bilion, manakala BN tidak memperincikan tetapi bersetuju RM30 bilion boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun dengan kos RM2 bilion setahun,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Syabas Kementerian Pelajaran Cincin Rosmah dalam buku pelajaran sekolah rendah


Kelas Pemulihan Bijak Fikir: Buku bacaan Bahasa Melayu..macam itulah tajuk didepan buku ini, ada nama Sekolah (Tak perlulah aku nyatakan kat sini..hehehe...)

Mungkin buku ini dikeluarkan bagi sekolah-sekolah rendah bagi negeri Perak saja,negeri lain aku tak tahu..hahaha…

Dalam muka surat buku tersebut  ada bacaan yang secara langsung menyentuh  perkara berkaitan dengan Rosmah dan Cincin..hahaha..

Syabas kepada yang terlibat mencetak dan menerbitkan buku ini dan dijadikan bahan pembelajaran murid-murid,sekurang-kurang mereka tahu siapa itu Rosmah dan apa kaitanya dengan cincin..hehehe….


Nik Aziz: Pas sanggup dikatakan menang kerana DAP

Nik Aziz KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sanggup dianggap mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik atas pertolongan atau sokongan parti lain termasuk DAP.
  
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau juga tidak nampak apa yang silap tentang DAP.
  
"Saya tidak nampak di mana silapnya DAP sehingga ada pihak yang mempersoalkan tindakan PAS 'bersekongkol' dengan parti itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Saidina Ali, di Pekan Kok Lanas di sini, hari ini.
  
Beliau diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.
  
Dr Shahnon yang juga anggota seumur hidup PAS mendakwa apa yang dilakukan parti itu sekarang hanyalah menurut kehendak politik DAP.
  
Pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam, katanya. - Bernama

Bajet 2013 BN pinggir SAR

Mengelirukan: KASE desak tangguh AES

PAS persoal kehadiran kapal perang nuklear AS

Demokrasi tetapi menekan

Transformasi yang banyak-banyak dilaungkan oleh Najib hanya setakat di bibir sahaja. Tidak ada perubahan malah ia bertambah buruk keadaannya. Cara Najib mengumumkan satu demi satu pelan transformasi beliau itu, Najib seolah-olah bercita-cita tinggi macam dunia ini pun hendak dialihnya.


Lazimnya orang yang selalu keluar dengan berbagai rancangan yang mega-mega akhirnya tidak membawa apa-apa kesan dan tidak akan terlaksana segala pelan-pelan tersebut. Tetapi apabila pelan-pelan tersebut tidak diyakini oleh rakyat maka pihak-pihak yang bertentangan dengan kerajaan akan ditekan dan ditakut-takutkan.

Pihak yang bertentangan akan dilayan dengan buruk dan tidak bertamaddun dan tidak sesuai berlaku dalam dunia tanpa sempadan. Pimpinan kita dengan besar hati ingin mengikut peredaran masa dan zaman tetapi mereka mempunyai jiwa yag fakir.

Pada malam 9hb oktober yang lalu Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga, ditahan dan disusahkan perjalanan beliau di KLIA apabila beliau disekat di ‘auto-gate’ lapangan terbang itu selama 10 minit dan pegawai immigresen di situ tidak dapat memberi sebab kenapa beliau (Ambiga) diperlakukan begitu.

The NFC tale continues — Fikri Osman

The NFC tale continues — Fikri Osman
Just when you think it’s safe to read what is happening in Malaysia, you get a spin of the National Feedlot Centre (NFC) saga.
In her defamation suit against several PKR leaders, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil had her day in court yesterday to give her side of the story.
And what a tale it was, or a yarn as the case may be.
But the facts are simple when it comes to the NFC. Taxpayers lost RM250 million and public funds were used for the purchase of condominiums and whatever else.
Some Umno leaders might have defended her family’s use of public funds but it remains indefensible. And troubling that they can’t differentiate right from wrong.
But what is amazing is that after all the information in public domain that began with the Auditor-General’s Report last year, Shahrizat still stuck to her own narrative of events.
She argued that Datuk Bung Mokhtar Radin, Datuk Seri Nazri Aziz and Tun Dr Mahathir Mohamad had called for her head because they were influenced by the opposition.

Cabbies threaten to sully govt’s reputation

They say that they will take their grouses to passengers, especially foreigners, if the government continues to ignore their problems. 

KUALA LUMPUR: Taxi drivers here, it seems, have had enough of the government’s indifference towards the problems they face on a daily basis.
Several of them said that if the government failed to heed their cries for help and dialogue, they would take their grouses to the next level: their passengers, especially foreign tourists.
Metered Taxi Drivers Action Group chairman Amran Jan said: “If they don’t want to help, then we as the biggest media, will tell each passenger about [how] the government [treats us].”
He added that negative public perception, fueled by a lack of regulation and enforcement has pushed many of his collegues to the brink.
Accompanied by a few of his associates at a Bangsar restaurant, Amran said that taxi drivers have had to slog with little official help and impossible competition while taking public heat.
“The public’s perception is that taxis drivers are bad, but they never ask whether the system is bad! We have to face coupon systems, free buses, the constant issuance of permits.

Tony Pua : Kerajaan Salah Urus Tender MRT, Beri Projek Kepada Syarikat Buat Meter Air


SHAH ALAM, 11 OKT: MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua semalam menegaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak menentang projek pembangunan sistem pengangkutan awam, Aliran Transit Massa (MRT) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun PR mendakwa terdapat penyelewengan dan ketikdaktelusan di dalam pemberian tender projek tersebut kerana syarikat yang dipilih untuk membina projek tersebut tidak mempunyai kepakaran.
Ini akan menyebabkan kerugian berbilion ringgit dana awam dan mengancam keselamatan rakyat, MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
“Kita ambil (contoh) tender terbuka, minta semua syarikat antarabangsa datang untuk sertai tender.
Tetapi yang dapat tender itu bukan syarikat yang paling rendah harganya dan berpengalaman, tetapi satu syarikat yang tak pernah bina MRT pun.

Pakatan cadang penubuhan Pejabat Belanjawan Parlimen bebas

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan penubuhan sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen bebas yang bertanggungjawab menyediakan analisis belanjawan dan maklumat ekonomi kepada ahli-ahli parlimen secara objektif.
Menurut Rafizi Ramli, salah seorang ahli jawatankuasa manifesto dan dasar PR, cadangan tersebut sangat penting supaya perbahasan dasar dan keputusan kewangan boleh dibuat secara telus dan cepat.
“Sistem pejabat ini sudah lama digunakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom,” kata Rafizi.
“Pejabat ini supaya bagi membentuk amalan yang adil dan telus kepada kedua-dua pihak.”
Rafizi turut membidas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanadzlah, yang mengatakan Bajet PR sebagai salah pengiraan dan menuduh beliau menyalahgunakan kuasa dengan mengerah kakitangan awam di Jabatan Perbendaharaan dan jabatan lain untuk mencari kesilapan bajet dibentangkan PR.
“Berbanding Umno dan kerajaan, PR hanya mempunyai 12 orang dan dibantu oleh sekumpulan sukarelawan kecil dalam jawatankuasa ini,” tambah Rafizi.

Wang Haram Dan Rasuah : 'RM40j wang seludup untuk Umno Sabah, bukan Musa'.....ha..ha...kantoi..tak boleh nak pusing..!!!!


 
Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.
"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badam Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri," katanya.
Jawapan yang dikemukakan Nazri itu juga menyatakan bahawa badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan keputusan siasatan SPRM itu.
Permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama, katanya.
Usahawan tersebut yang dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

Mahfuz: Umno-Nasha boleh kerjasama tanpa Pas


Datuk Mahfuz Omar KUALA LUMPUR - Pas hari ini menegaskan pemimpin Umno dan bekas Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa boleh meneruskan kerjasama politik, jika itu yang diinginkan, tetapi tanpa kehadiran Pas.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas juga tidak mempunyai masalah sekiranya Umno mahu meneruskan perbincangan dengan Nasharudin, yang dilihat lebih dekat dengan parti teras Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Nasharudin, Ahli Parlimen  juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut dengan pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini.

"Kita tak kisah, minta pemimpin Umno, bolehlah bekerjasama dengan dia(Nasharudin).

"Sebelum ini pun, dalam mesyuarat Majlis Syura, dia tak datang, dia tak pernah pun usulkan kepada kami, jadi Pas tak kisah kalau mereka (Umno-Nasharudin) nak teruskan pun," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini, di lobi Parlimen, di sini.

IT'S STILL CORRUPTION: RM40 mil Sabah Umno's money not Musa's - Nazri

IT'S STILL CORRUPTION: RM40 mil Sabah Umno's money not Musa's - NazriPakatan Rakyat leaders expressed shock at the Malaysian Anti-Corruption Commission's decision to clear Sabah Chief Minister Musa Aman of graft and money laundering allegations, saying that it raised more questions than it answered.
"RM40 million is a huge sum, where did Sabah Umno get so much money? Who in Sabah Umno received it? How were the funds raised, was it from the federal government or from the state government or from members' contributions? We are dissatisfied with the explanation given and disappointed with the MACC for not probing deeper," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Musa was given the all-clear after the MACC found that the more-than S$16 million (RM40 million) channeled to Musa allegedly through corrupt means was meant for Sabah Umno’s use.
This was announced by Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz in a written reply to a question Tian had posed last week.
According to Nazri, the Attorney-General’s Chambers had shelved the matter after finding no element of corruption in the case, which had been raised by whistle blower site Sarawak Report earlier this year.
“The funds were actually contributions made to the Sabah Umno liaison body and not for the chief minister’s personal use,” said Nazri.
A-G again?

Masih Gila Talak : Tak mustahil Umno-Pas boleh kerjasama


Dr Mohd Puad Zarkashi
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menyokong kuat agar Pas dan Umno menjalin kerjasama demi perpaduan umat Islam dan ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dijadikan realiti.

Menurutnya, jika dilihat dari sejarah, Pas dan Umno sendiri pernah berada dalam kerajaan campuran pada awal 1970-an.

“Saya menyokong kuat supaya Umno dan Pas menjalin kerjasama, tetapi bukanlah dalam konteks bersatu tetapi jalinkan kerjasama. Jadi apa salahnya?” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Jalan Tengah Malaysia

Petikan ulasan saudara Anthony Loke, Pengarah Pendidikan Politik DAP serta Ketua Pemuda DAP.mengenai gagasan Jalan Tengah Malaysia. – Buku Berjudul Malaysia Milik Kita Bersama, 45 tahun perjuangan Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Pada 17 Januari 2010, semasa menyampaikan ucapan dasarnya dalam Persidangan Kebangsaan DAP, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengemukakan satu ungkapan baru yang dinamakan “Middle Malaysia” atau dalam terjemahan Bahasa Malaysia sebagai “Malaysia Pertengahan”.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan ungkapan ini?
Adakah ia merupakan satu ideologi baru atau sama saja seperti slogan sebutan Najib “Satu Malaysia”?
Ungkapan seperti ini sememangnya akan menimbulkan pelbagai polemik. Sudah tentu ada yang akan membuat pelbagai takrifan, ada yang akan menyokong dan semestinya ada  juga pengkritiknya.
Bagi saya, apabila sesuatu ucapan dalam perhimpunan politik dapat menimbulkan perbahasan di kalangan umum, ia merupakan manifestasi bahawa ramai yang mengambil berat tentang perkembangan parti tersebut dan haluan yang ingin diambilnya untuk mendapat sokongan rakyat.
Salah satu rencana yang mencuri perhatian saya ialah dari kolumnis terkenal Akhbar Sin Chew, Tay Tian Yan (rencananya dalam Bahasa Mandarin yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris di The Malaysian Insider). Beliau menyamakan “Malaysia Pertengahan” yang dilontarkan oleh Guan Eng dengan “The Third Way” atau “Jalan Ketiga”.
“The Third Way” merupakan satu idea yang diilhamkan oleh pakar sosiologi terkenal di Britain yang bernama Anthony Giddens. Ia merujuk kepada jalan pertengahan di antara sistem kapitalisme dan sosialisme.

WE DON'T BUY IT! Dr M & MCA fail to sway Chinese voters with 'honest' Dr Ling DRAMA

WE DON'T BUY IT! Dr M & MCA fail to sway Chinese voters with 'honest' Dr Ling DRAMA
Chinese voters will not be swayed by former premier Mahathir Mohamad's sweet words for ex-MCA president Ling Liong Sik; neither will they believe the top BN leadership was not involved in the massive RM12.5bil PKFZ financial debacle.
In fact, there is growing unease at the possibility that Prime Minister Najib Razak and his Umno-BN coalition was about to spring their next 'political drama' on the people in a bid to improve their chances of winning the 13th general election widely expected to be called early next year.
"It is too transparent an attempt to make peace with the Chinese community. In the first place, both Dr M and Ling have their own baggage from the past and it's also too obvious Umno and MCA are desperate to regain Chinese favor before calling for the next election," PKR MP for Gopeng Lee Boon Chye told Malaysia Chronicle.

"When Ling was charged, many felt it was unfair only because the top Umno leaders were spared. It was not a question of his innocence, which is for the court to decide but no Malaysian will believe that a financial scandal of this size can happen without the Umno elite involved and giving the orders. Now that Ling has asked for a review of his cheating charges because of Dr M's praise that he was honest and didn't cheat the Cabinet, there is concern that Umno-BN will again abuse the legal system to achieve its political agenda."
Sweeping RM12.5bil back under the rug

Kajian: Himpunan Bersih 3.0 jejas prestasi BN


 
KUALA LUMPUR: Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu mampu menjejaskan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Kajian yang meletak persoalan "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang kan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanyakan kepada 1536 responden.

Kajian ini dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur.

Hasil kajian itu mendapati, 52 peratus daripada responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan Bersih 3.0 itu memberi kesan kepada BN.

Rayuan ditolak, MP UMNO Sabak Bernam dan pembantu diarah ke penjara


Abdul Rahman Bakri
SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro kerana membuat lapan tuntutan palsu membabikan RM80,000 bagi program-program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh, 1 Mac lalu.
Selain itu, Akhtar juga menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Akhtar dalam penghakimannya berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar dan Rosli pula didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Kantoi : SPNB kata LRT catatkan perniagaan yang lebih baik semasa perhimpunan Bersih...ha..ha..ha..dulu kata rugi...!!!

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB), Kairani Mohamed hari ini mengakui bahawa perkhidmatan LRT mencatatkan bilangan penumpang yang lebih tinggi semasa perhimpunan Bersih pada 28 April lalu, akan tetapi dia kemudiannya terpaksa menutup beberapa stesen apabila polis mula menembak gas pemedih mata pada penunjuk perasaan.
Ketika memberi keterangan kepada inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Kairani memberitahu panel bahawa perkhidmatan LRT RapidKL, membuat keuntungan dengan bilangan penumpang meningkat dicatatkan di Kelana Jaya dan laluan Ampang.
“Kami mencatatkan peningkatan dalam jumlah penumpang sebanyak 80 peratus pada laluan Ampang dan 35 peratus di Kelana Jaya,” katanya, sambil menambah bahawa ia adalah satu hari yang baik untuk Rapid KL, anak syarikat SPNB.
Beliau juga memberitahu panel bahawa ramai 50,000 orang berhimpun secara aman, mewujudkan seperti suasana “karnival” sehingga 3 petang.

AES untuk rompak duit rakyat, bukan kurangkan kemalangan

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan cara yang betul untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya sebaliknya hanya helah kerajaan untuk mengaut duit rakyat.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mempersoal tindakan kerajaan BN menguatkuasakan sistem saman trafik elektronik ketika rakyat sedang menghadapi kemelut kenaikan kos hidup.
“Kalau nak kurang kemalangan jalan raya, bukan dengan menggunakan sistem AES. Kerajaan gunakan dua syarikat yang rapat dengan Umno dan MCA untuk menggalakkan kutipan saman.
“Ini membebankan rakyat,” kata Hee ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Abd Rahim Bakri bahawa semua imej yang dirakam kamera itu sedang dalam proses semakan dan pengesahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan.
“Syarikat yang membuat kutipan saman boleh buat ‘untung’. Jika saman kurang lima juta, syarikat tersebut dapat RM16 bagi setiap saman.
“Kalau saman lebih lima juta, syarikat akan berkongsi 50/50 dengan jumlah maksimum RM270 juta. Dari jumlah RM270 juta, dua syarikat tersebut akan mendapat 7.5 peratus dari keseluruhan kutipan saman.
“Pesalah trafik pula dipaksa menjelaskan saman dalam tempoh lima hari,” jelasnya.

Mat Sabu: Himpunan Kebangkitan Rakyat ditunda

Bagaimanapun Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pelancaran himpunan itu pada tarikh yang sama di Seremban.

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pada 3 November depan di Stadium Nasional Bukit Jalil ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perlawanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2012.
Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu berkata, bagaimanapun Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan pelancaran himpunan itu pada tarikh yang sama di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Negeri Sembilan.
“Himpunan kebangkitan rakyat ditangguhkan kerana pada waktu itu stadium digunakan untuk Piala Suzuki.
“Maka kami akan mohon untuk anjurkan semula Himpunan Kebangkitan Rakyat di Bukit Jalil pada tarikh 12 atau 19 Januari tahun depan.
“Kami harap dapat kerjasama semua pihak termasuk penyelenggara stadium menghormati permintaan ini selaras dengan saranan kerajaan supaya diadakan himpunan di stadium berbanding di jalanan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
50, 000 peserta

Rafizi dakwa BN mula takut Bajet PR

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) "lebih takut" dengan pengaruh dibawa oleh bajet perikatan itu sehingga sanggup membuat perbandingan khusus dan terperinci, yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam.

"Mereka lebih takutkan pengaruh dan perbandingan dasar yang dibawa oleh Bajet Pakatan Rakyat 2013 sehingga mereka mengabaikan terus belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri sendiri," kata Pengarah Eksekutif PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Rafizi berkata, tidak cukup dengan itu, menteri-menteri kanan seperti Husni sendiri mengerah kakitangan awam di Perbendaharaan dan jabatan-jabatan lain bekerja lebih masa untuk mencari bidasan bagi menjawab cadangan dasar yang dibuat PR seperti yang dibacakan oleh beliau semalam.

"Walaupun ini satu perkembangan yang baik, kami ingin mengingatkan bahawa kerahan seluruh jentera kerajaan untuk mencari bidasan kepada cadangan dasar Pakatan Rakyat adalah satu salah guna kuasa berbentuk partisan," katanya.

PAS dan kuasa

Sejarah kelahiran PAS ialah untuk menyahut seruan kewajipan demi berdakwah dan mengajak manusia ke jalan Allah dan memperkenalkan Islam dalam bentuk “Din Wa al-Daulah” seperti yang diarahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT

“Hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan orang yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).” (al-Imran 3:104)

Untuk mencapai cita-cita bagi menegakkan Amar Makruf dan Nahyu ‘Anil Munkar, tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik (kerajaan). Hal ini kerana kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di Madinah. Baginda tidak boleh melaksanakan Amar makruf Dan Nahyu Anil Munkar dengan sempurna ketika berada di Makkah kerana baginda tidak mempunyai kuasa. PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah tidak hanya bergantung kepada ceramah dan kuliah sebaliknya memerlukan kuasa bagi memastikan bahawa tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Justeru, kita bekerja untuk mencapai cita-cita tersebut. Penyertaan PAS dalam pilihan raya adalah salah satu wasilah untuk ke arah itu. Inilah uniknya PAS, iaitu sebagai sebuah parti politik dan juga sebagai gerakan Islam di negara ini.

Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS fasal 3. Dasar PAS ialah Islam.

Belanjawan PR Tumpu Tingkat Pendapatan Boleh Guna Keluarga


SHAH ALAM, 11 OKT: Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja mencerminkan usaha pakatan itu untuk menurunkan defisit perbelanjaan negara, malah turut menumpukan kepada usaha meningkatkan pendapatan boleh guna keluarga di negara ini.
Antara cadangan yang dibawa dalam Belanjawan 2013 PR bagi mencapai matlamat itu, termasuklah cadangan menurunkan harga kereta, meningkatkan program rumah mampu milik dan membebaskan pasaran dari sistem monopoli yang ada sekarang.
Rancangan PR menurunkan harga kereta dibuat menerusi makanisme menurunkan cukai eksais secara berperingkat dengan permulaan pemotongan sebanyak 20 peratus.
Manakala syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pula akan menumpukan program pembinaan rumah mampu milik dan bukannya bersaing dengan pemaju swasta membina rumah-rumah mewah.
Demikian menurut MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam Wacana Sinar siri ke-14 yang membincangkan Bajet 2013 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf malam tadi.

'Wahai Dr M, Umno, Utusan, NST, Star' - what say you now: Najib met Soros

'Wahai Dr M, Umno, Utusan, NST, Star' - what say you now: Najib met Soros
Talk about sweet revenge. News that Prime Minister Najib Razak had met up with U.S. billionaire George Soros raised a hoot of laughter with delighted Malaysian activists and opposition leaders, who had suffered relentless attacks by the government-controlled press over the past weeks for receiving funds from Soros-linked foundations.
Soros is the number 1 enemy of Najib's Umno party and his predecessor, former premier Mahathir Mohamad. Using the government-controlled mainstream media, Mahathir had led a campaign that opposition leaders said was aimed at scaring the conservative Malay electorate back into the Umno fold by using Soro's Jewish origins as a bogeyman.
It is also believed that Soros was a convenient scapegoat seized on by Umno strategists to pressure Malaysian NGO SUARAM into slowing its corruption trial in Paris against French naval giant DCNS, which has been accused of paying at least 114 million euros in illegal kickbacks to Najib and Umno for ordering 2 second-hand Scorpene submarines.

Kajian: Isu integriti boleh jejas prestasi BN


SHAH ALAM - Isu berkaitan dengan integriti pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno dilihat antara enam perkara yang boleh menjejaskan prestasi perikatan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), demikian menurut hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
Menurut kajian itu, responden yang ditemui awal bulan memilih isu tersebut sebagai keutamaan mereka, di mana ia mendapat sokongan di kalangan 66 peratus responden.
Menjelang PRU 13 Isu kebanjikan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tidak terkawal berada di kedudukan kedua dari segi populariti isu.
Isu-isu lain ialah loji pemprosesan nadir bumi Lynas (59 peratus), Pusat Fidlot Kebangsaan (55 peratus), kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54 peratus) dan demonstrasi menuntut pilihan raya bebas dan adil (52 peratus).
Penemuan ini diperoleh menerusi kajian berkaitan pola pengundian menjelang PRU13.
Ia dikendalikan antara 1 dan 16 September lalu, membabitkan 1,536 responden di Semenanjung Malaysia.
Penemuan yang dikeluarkan menerusi satu kenyataan hari ini adalah sebahagian daripada hasil kajian yang diumumkan setakat ini. Sebahagiannya telah diumumkan akhir bulan lalu.
PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Mandat semasa akan berakhir 28 April 2013.

Demonstrasi Bersih 3.0 ‘koyak’ undi BN?

Menurut kajian UMCEDEL, isu-isu lain lebih tajam untuk menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya umum ke 13 

PETALING JAYA: Demonstrasi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 3.0 (Bersih) pada 28 April lalu bakal menjejaskan prestasi BN di dalam pilihan raya umum ke 13, terutamanya di kalangan pengundi bukan Melayu.
Sebanyak 63 peratus pengundi Cina dan 51 peratus pengundi India yakin seruan ke arah pilihan raya bersih dan adil akan menjadi faktor penentu undi BN.
Di kalangan pengundi Melayu, sebanyak 49 peratus juga setuju.
Ini merupakan hasil bancian kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya (UMCEDEL) sejak 1 September hingga 15 September lalu yang melibatkan 1536 responden.
Trend sama boleh dilihat di kalangan pengundi baru.
Bancian itu menunjukkan 60 peratus pengundi baru dan 53 peratus pengundi kedua juga melihat pilihan raya bersih isu yang akan menjejaskan peluang BN memegang tampuk pemerintahan.
52 peratus lelaki dan 53 peratus wanita

Perdana Menteri Harus Hentikan Politik Kebencian


SHAH ALAM 11 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak diseru untuk menyatakan pendirian dan tindakan tegas terhadap usaha pihak-pihak tertentu yang giat menyemai fitnah terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Bercakap dalam sidang media di Parlimen semalam, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang memberitahu usaha jahat tersebut seolah-olah disemai untuk menanam benih kebencian di kalangan rakyat terhadap kredibiliti PR.
Mengambil contoh terbaru dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa kononnya DAP menganjurkan doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian, Kit Siang berkata perbuatan seperti ini harus dihentikan.
“Saya fikir sudah sampai masanya untuk Perdana Menteri bertindak menentang perbuatan tidak bertanggungjawab ini. Lebih-lebih lagi oleh pihak Umno dan medianya seperti Utusan.
“Ini semua tidak bagus dan tidak sihat untuk negara ini yang Najib selalu uar-uarkan sebagai sebuah negara demokrasi terbaik,” jelasnya yang juga MP Ipoh.

Imam Hoslan terus perjuang keadilan, banteras kezaliman

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Imam Hoslan Husin yang dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melempar selipar ke arah panel hakim dibebaskan dari penjara Kajang hari ini selepas didapati berkelakuan baik.
Beliau dilepaskan bersyarat di bawah perintah Parol dari Pejabat Parol Daerah Cheras di bawah Jabatan Penjara Malaysia kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi selepas menjalani hukuman penjara tujuh bulan tiga hari mulai 8 Mac lalu.
Hoslan dikehendaki melapor diri setiap minggu ke pejabat parol, atau pada bila-bila masa dikehendaki pegawai parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November 2012.
Hoslan turut perlu melapor diri jika ingin keluar dari daerah Cheras.
Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, bergegas hadir dari Hospital Kuala Lumpur dari menjaga anaknya akibat demam denggi.
“Syukur. Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara. Dengan kehendak Allah Taala dibebas. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga,” katanya kepada Keadilan Daily.

Wacana Bajet 2013 (Part 9)

Wacana Bajet 2013 (Part 8)

Wacana Bajet 2013 (Part 7)

Wacana Bajet 2013 (Part 6)

Wacana Bajet 2013 (Part 5)

Wacana Bajet 2013 (Part 4)

Wacana Bajet 2013 (Part 3)

Wacana Bajet 2013 (Part 2)

Wacana Bajet 2013 (Part 1)

MP PAS Pendang Bahas Bajet 2013

Today in History for October 11th

MP PKR Kuala Kedah Bahas Bajet 2013

MP PKR Lembah Pantai: Isu Anak Muda Muflis?

MP PAS Kuala Krai Bahas Bajet 2013

Wacana Sinar Harian Bajet 2013 Sidang Media

Wacana Sinar Harian Bajet 2013 Part 7

Wacana Sinar Harian Bajet 2013 Part 6

Wacana Sinar Harian Bajet 2013 Part 5

Imam Hoslan dilepaskan di bawah perintah Perol

KUALA LUMPUR: Imam Hoslan Husin hari ini dilepaskan di bawah perintah Perol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November ini.
Beliau dilepaskan bersyarat di Pejabat Parol Daerah Cheras kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Beliau dikehendaki melapor diri seminggu sekali mengikut arahan Parol Cheras sehingga tarikh tersebut.
Beliau di bawa ke sini jam 10.38 pagi dari Penjara Kajang.
Beliau dikenakan hukuman selama tujuh bulan tiga hari.
Parol satu pelepasan secara perintah parol di mana penghuni yang mempunyai tarikh bebas dan layak, boleh memohon untuk pelepasan tersebut.
Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.

1,000 guru, pelajar ke parlimen tuntut peruntukan SAR


 
KUALA LUMPUR: Beberapa wakil pendidik dan NGO berkaitan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia ke Parlimen hari ini menyerahkan memorandum bantahan berhubung pengabaian peruntukan kepada sekolah agama dalam pembentangan belanjawan 2013.

Memorandum tersebut menuntut Perdana Menteri dan Ahli Mesyuarat Jemaah Menteri memperuntukkan wang yang sewajarnya bagi pembangunan dan pengurusan untuk semua kategori sekolah agama.

Selain itu, tuntutan juga dibuat agar kerajaan menambah geran bantuan per kapita yang sedia ada, bantuan modal, buku teks, bantuan guru akademik dan bantuan-bantuan lain bagi melicinkan pentadbiran SAR.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, ketiadaan peruntukan untuk SAR membuktikan kefahaman Kerajaan BN terhadap pendidikan Islam masih terbatas dengan menganggap ia sebagai mata pelajaran sahaja, bukan sebagai institusi penting dan menyeluruh.

Media Umno BN cuba alih perhatian kes Scorpene – Cynthia

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Ketua Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, media kawalan Umno BN sengaja memutar belit isu perbicaraan supaya dapat mengalih perhatian rakyat terhadap skandal rasuah Scorpene yang masih dalam siasatan Mahkamah Perancis.
Katanya, Tribunal deGrande Instance yang dikendali dua hakim sudah mengambil kes tersebut dan sedang mencari bukti kukuh untuk mengadakan perbicaraan penuh.
“Tidak timbul isu sama ada berlaku perbicaraan  atau tidak. Apabila kita menyebut perkataan hakim, mahkamah dan inkuiri, ini bermakna ‘perbicaraan’ sedang berjalan. Hakim sedang mengumpul bukti untuk mengadakan perbicaraan penuh,” katanya ketika dihubungi.
Muka depan Berita Harian semalam menuduh Suaram berbohong apabila NGO itu membangkitkan mengenai perbicaraan membabitkan rasuah pembelian dua kapal selam oleh Malaysia di Perancis.

'Mana dana untuk 800,000 pelajar sekolah agama?'



 
Aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) hari ini berhimpun di depan bangunan Parlimen di ibu negara untuk menuntut dana yang diperuntukkan untuk sekolah itu dalam Belanjawan 2013.

Jurucakapnya Zainal Abidin Kidam berkata, kira-kira 800,000 penuntutnya masih belajar bawah kemudahan di bawah paras sederhana walaupun ibu bapa mengeluarkan wang sehingga RM600.

"Ini melibatkan lebih sejuta ibu bapa, yang memilih menghanar anak mereka ke seolah agama. Islam adalah agama rasmi persekutuan dan pendidikan bawah tanggungjawab kerajaan persekutuan.

"Setiap individu berhak mendapatkan pendidikan Islam," katanya.

PAS parti sesuai untuk saya - Tengku Paduka

Status Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebagai bapa saudara kepada Sultan Mizan Zainal Abidin tidak dipernah dipergunakan untuk kepentingan diri. Pada beliau, yang lebih mesra dengan panggilan Ku Duka, kepentingan rakyat Terengganu lebih menjadi keutamaan. Di atas kesedaran itu, Ku Duka menyerahkan borang menyertai PAS pada 6 Oktober 2012 kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat di Jabi. Ikuti temuramah beliau dengan wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan KHAIRUL AZLAM MOHAMMAD di Batu Buruk, Kuala Terengganu, 7 Oktober 2012.


Apakah yang mendorong Tengku menyertai PAS?

TENGKU SERI PADUKA RAJA: Pertamanya, saya ingin katakan bahawa saya menyertai PAS kerana Allah. Umur saya pun sudah mencecah 73 tahun, saya tiada apa-apa kepentingan, selain mahu menyaksikan Islam dan kebenaran tertegak di Terengganu dan di Malaysia amnya.

Saya melihat perkembangan politik dalam negara kita, keadaan sekarang ini begitu teruk dari segi penyelewengan, kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional, baik di Pusat dan di Negeri.

Saya bimbang, jika saya duduk diam sahaja di rumah, pandangan saya tidak laku kerana saya tidak di pentas politik. Sebab itu saya memilih PAS, yang saya rasa PAS adalah sebuah parti yang sesuai pada saya.