Selasa, 9 Oktober 2012

Akibat budget lebihkan TADIKA KEMAS DAN PERMATA, elaun guru PPSMI akan di tarik balik !!


Best Blogger Tips




Permasalahan elaun BISP(PPSMI) yang membebankan dan mengelirukan guru-guru.

Kerajaan dalam usaha untuk menarik balik elaun BISP daripada guru-guru. Bagi semua guru tidak mempunyai masalah dengan penarikan elaun tersebut kerana sedia maklum bahawa elaun tersebut memang akan ditarik.

Yang menjadikan perkara ni isu ialah 
Dasar ini diperkenalkan di peringkat kementerian tetapi surat penarikan elaun dibuat oleh JPN Pahang. Sila rujuk surat di atas PEMBERHENTIAN DAN PEMULANGAN BALIK BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP) GURU SAINS/ MATEMATIK.
Kalau mengikut surat yang dikeluarkan JPN itu hanya elaun guru matematik dan sains sahaja yang ditarik, tetapi elaun bagi guru bahasa inggeris TIDAK DINYATAKAN status menyebabkan elaun guru bahasa inggeris masih diteruskan. Sedangkan kewujudan elaun BISP ini kerana matapelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris. 

Ini bermakna satu PENGANIAYAAN kepada guru-guru SAINS dan MATEMATIK.
Surat pemberhentian dikeluarkan pada tarikh 27 ogos 2012 dan mewajibkan guru-guru memulangkan semula elaun yang diterima menyebabkan guru-guru terpaksa membayar balik elaun selama 9 bulan bermula dari bulan januari 2012. 

Tolak Islam : PAS Nafi Tuduhan Shahnon Ahmad

TERMAKAN Nazar Sendiri - Ustaz Azhar Idrus

Jamak TA'KHIR Maghrib Dalam Waktu ISYAK - Ustaz Azhar Idrus

Ambil BARANG Lupus Kira - Ustaz Azhar Idrus

Hukum DUIT Denda Pelajar SEKOLAH - Ustaz Azhar Idrus

WARDEN Tak Solat SUBUH Sebab Jaga BANDUAN - Ustaz Azhar Idrus

Selangor Umum Ambil Alih Syarikat Tol Minggu Depan, Tol Percuma Bermula Januari?


Ini berita yang dterima dari sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Kerajaan Selangor khabarnya akan membuat pengumuman untuk mengambil alih beberapa syarikat konsesi lebuhraya (tidak dinamakan) yang beroperasi dalam negeri Selangor, minggu hadapan.

Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa pengambilalihan ini akan membuka satu jalan kepada perlaksanaan salah satu janji begitu ditekankan dalam Buku Jingga iaitu tol percuma di laluan yang dikendalikan semua syarikat konsesi terbabit, bermula pada Januari 2013.

Sama seperti orang lain, maklumat ini agak mengejutkan dan nampak tidak masuk akal pada mulanya.

Tapi dengan mengambil kira pegangan kerajaan negeri dalam beberapa syarikat konsesi pengendali lebuhraya sekarang, tidak nampak kenapa kita perlu menolak kesahihan maklumat ini.

AKHIRNYA TUN MAHATHIR MENGAKU DIRINYA KINI SUDAH NYANYUK!!!!!


Dr M enggan ulas isu forex kerana 'nyanyuk'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab dengan kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an.

Dengan sinis, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk" – seperti yang didakwa seorang MP DAP semalam.

"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?

"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda,"
katanya.




IT'S A LIE, Murum Blockade is still on: The Penans are fighting for SURVIVAL - HELP THEM!

MURUM – The Penans in Murum affected by the Murum Hydro-electric Power (HEP) Dam are still blockading the road leading to the construction site of the dam despite newspaper reports saying otherwise.
Raymond Abin, coordinator for Sarawak Conservation Alliance for Natural Environment (SCANE) confirmed today via telephone that the blockade in Murum is still on and the reports in the newspapers saying that the blockade has been lifted is false.
IT'S A LIE, Murum Blockade is still on: The Penans are fighting for SURVIVAL - HELP THEM!Raymond said, “Liwan Lagang did indeed tried to negotiate with the Penans to dismantle the blockade, however the Penans were not happy with him as he could not assure them in writing that the government would accede to their demands.”
According to Raymond, the Penans however, did agree to Liwan suggestion to not bring their children to the blockade site and with this some of the Penans brought their children back to their villages.
Liwan also invited a few Penans with him to Bintulu and then Kuching to meet and negotiate with government officials there.
It is here that Liwan told the press that the blockade has been lifted contrary to the report that Raymond gave.
“I met the elders and leaders in Murum yesterday and they are saying that the blockade is still on,” Raymond said.
“They told me that only one headman accompanied the few members of the community to Kuching and that they are not in the position to make any decisions on behalf of the whole community,” added Raymond.
“The Penans are still adamant with their demands to the government,” said Raymond.


Aktivis: Hak Orang Asli tak dipelihara Perlembagaan

Seorang wakil NGO Orang Asli mendakwa, kerajaan masih menganggap golongan itu seperti "bayi" walau negara sudah lama mencapai kemerdekaan kerana hak komuniti tersebut tidak dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Koordinator Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia, Tijah Yok Chopil berkata ini menyebabkan golongan itu berhadapan dengan peminggiran.
NONETambahnya, perkara itu tergambar melalui keadaan lebih 800 kampung Orang Asli yang masih dalam keadaan tidak sempurna.
"Masih banyak pembangunan asas yang tidak lengkap, bekalan air dan elektrik yang tidak lengkap dan pencerobohan tanah yang berleluasa, pembalakan dan perkuburan yang ditolak adalah antara masalah yang kami hadapi," katanya.

Jelasnya, perkara berkenaan berpunca daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak menetapkan status dan kedudukan Orang Asli dengan jelas.

"Dalam Perlembagaan tidak dinyatakan dengan jelas hak Orang Asli. Yang kedua persepsi pemerintah yg seolah-olah menganggap Orang Asli ini seperti bayi.

Menurut Tijah, Orang Asli diiktiraf sebagai golongan bumiputera tetapi mereka tidak dilindungi dalam Perkara 153 Perlembagaan yang hanya menjamin hak istimewa bumiputera Melayu dan Sabah serta Sarawak.

Turki pilih Al-Shar’a untuk ganti Assad


Faruq al-Shar'a
AKCAKALE - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu menyarankan Naib Presiden Syria, Faruq Al-Shar'a, adalah individu tepat menggantikan Bashar Al-Assad sebagai Presiden sekali gus menghentikan pergolakan  krisis di Syria.

Dalam temu bual di stesen televisyen tempatan, Ahmet Davutoglu menegaskan, pemilihan itu bakal disenangi oleh puak pemberontak dan askar kerajaan kerana beliau merupakan tokoh Muslim Sunni dan pernah diberi kepercayaan menjadi menteri luar selama 15 tahun sebelum menjadi naib presiden pada 2006.

“Al-Shar'a merupakan calon tepat kerana tidak terlibat dalam pergolakan di Syria dan mampu membawa peralihan kerajaan,” katanya.

Sidang Media R di Istana Kehakiman Putrajaya

Wawancara Keputusan Mahkamah Kes Royalti

Dato Hj Ahmad Yakob | Royalti Istana Kehakiman Putrajaya

Dato Husam Musa | Royalti Istana Kehakiman Putrajaya

PKR persoal arahan Datuk Bandar KL robohkan kuil

Pakatan: Minimum wage won't destroy economy

TGNA | Majlis sumbangan masyarakat bukan Islam untuk Lebuhraya Rakyat

TGNA | Taklimat kepada rombongan dari Narathiwat, Thailand

RESOLUSI SAMM 03/2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (pengurusan) Kebangsaan siri 03/2012 di Sekinchan, Selangor pada 6 Oktober 2012. Rapat yang diadakan sehari bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 10.00 malam menghimpunkan hampir semua penyelaras SAMM peringkat Kebangsaan, Negeri  dan Kawasan serta menghimpunkan orang sumber dari perbagai latar sesuai dengan agenda rapat kali ini "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13". Maka telah dilahirkan beberapa gerak kerja yang praktikal dan yang telah disimpulkan dalam 8 Resolusi.

Berikut ialah resolusi SAMM sempena rapat kali ini yang perlu diangkat kepada massa;
1. Negara ini sememangnya bermasalah maka diputuskan walau apa pun terjadi, regim Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.
2. Isu scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara. Isu ini perlu diadili dalam negara. SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Perbincangan awal telah dibuat bersama SUARAM, dalam masa terdekat akan diumumkan siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa ’Najib’  Pertualang Negara.

Isu Faekah: CheguBard gesa hindar konflik

Tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno-BN bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu.

PETALING JAYA: Disebalik desakan berterusan agar Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin meletakkan jawatannya, ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) lain tampil membuat gesaan agar konflik itu dihentikan segera.
Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin @ CheguBard berkata tumpuan seharusnya kepada pentadbiran Selangor tatkala Umno- Barisan Nasional (BN) bertungkus lumus untuk merampas kembali negeri itu.
Beliau berkata pimpinan parti yang terlibat tidak sepatutnya mengelirukan rakyat dengan isu sedemikian, malah beliau turut menyatakan kegusaran berhubung hal tersebut.
“Siapa yang cakap tidak penting, tapi jangan bergaduh di media, guna twitter dan sebagainya. Saya gusar bila ada pimpinan besar buat contoh dan beri komen di laman sosial sehingga ahli lain pun akan turut serta.
“Maka tiba masa hentikan semua kerja ini dan tumpu untuk menguatkan Selangor dengan cara pentadbiran yang baik. Tidak perlu kecoh tentang hal ini kerana masa terbaik adalah untuk diam,” kata CheguBard memberi nasihat.

Fenomena Astronomical Tide Penduduk Diminta Berjaga-jaga


SHAH ALAM, 9 OKT : Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia berikutan fenomena ‘Astronomical Tide’ dijangka akan berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini dan dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak mendadak terutama di kawasan terbabit.
Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ehsan Mukri berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Jabatan Laut Malaysia dan meminta orang ramai untuk berwaspada menjelang fenomena yang dijangka berlaku minggu depan itu.
Menurutnya, fenomena itu juga menyebabkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

Garis Panduan Serius Atasi Pencerobohan tanah

KUALA LUMPUR, 9 OKT : Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin meminta Kerajaan Pusat mengeluarkan satu garis panduan bagi menangani masalah pencerobohan tanah di kawasan projek perumahan elit.
Mengambil kira pengalaman bencana tanah runtuh beberapa tahun yang lalu, perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan projek lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR) turut melibatkan tanah rizab hutan di kawasan Ampang.
“Menurut Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Ampang mempunyai sejumlah 600 cerun dan 2 dari cerun tersebut dikenalpasti oleh pihak berkuasa tempatan sebagai berada dalam keadaan kritikal.
“Keadaan ini seperti bom jangka dan boleh mengakibatkan malapetaka berlaku pada bila-bila masa,” katanya pada sesi perbahasan Bajet 2013 di parlimen hari ini.

Dr M enggan ulas isu forex kerana 'nyanyuk'



 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengelak apabila ditanya mengenai kenaikan pangkat bekas timbalan gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang didakwa bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion dalam dagangan tukaran wang asing pada awal 1990-an.

Dengan sinis, Mahathir berkata beliau tidak dapat menjawab soalan kerana sudah "nyanyuk" – seperti yang didakwa seorang MP DAP semalam.

"...saya nyanyuk, jadi kenapa orang masih mahu tanya saya?

"Anda tengoklah, saya nyanyuk jadi saya tidak dapat jawab soalan anda," katanya.

Dr M jangka sokongan kepada BN akan meningkat kerana Bajet 2013

KUALA LUMPUR, 9 Oct — Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 akan meningkat dengan pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lalu.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu juga turut memuji bajet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "baik" dan akan membantu BN dalam pilihan raya akan datang.
"Bajet (2013) itu baik ... Saya rasa sokongan kepada BN akan ada peningkatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan kepada kakitangan Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Beliau (gambar) yang sebelum ini berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun pernah mengeluarkan kenyataan BN akan menjadi kerajaan lemah selepas PRU 13 yang dijangka tidak lama lagi.
Kenyataan itu bagaimanapun disanggah beberapa pemimpin BN, malah mereka juga tidak bersetuju dengan dakwaan Dr Mahathir bahawa pemberian wang tunai oleh pentadbiran Najib adalah satu bentuk pembelian undi tetapi menegaskan bahawa veteran politik itu juga mengakui bahawa BN perlu untuk meningkatkan populariti bagi memastikan kerajaan yang lebih kuat selepas PRU akan datang.

Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul


GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."
(Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)

Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.

Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.

KEADILAN ajak beramai-ramai turun Konsert Bersih 8T Sabtu ini

KUALA LUMPUR 9 Oktober: KEADILAN menggesa seluruh rakyat termasuk anggota parti hadir beramai-ramai ke Konsert Bersih 8 Tuntutan (8T), Sabtu ini.
Naib Presidennya, Tian Chua berkata, pelbagai alasan dan dolak-dalik diberi untuk tidak melaksanakan lapan tuntutan tersebut, sekaligus memberi persepsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seakan-akan tiada kemahuan untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya.
“Oleh itu, KEADILAN menyokong penuh usaha kumpulan NGO yang mengadakan konsert tersebut, demi meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia betapa pentingnya pilihan raya yang bebas dan bersih,” katanya dalam kenyataan.
Konsert itu dijadual bermula 4.00 petang hingga 11.30 malam di Stadium Kelana Jaya dan masuk dengan derma minimum.
Antara artis-artis yang akan mengambil bahagian dalam Konsert 8T itu ialah Ito Mohd atau lebih dikenali dengan nama besarnya – Ito Blues Geng, Julian Mokhtar and The Geng, Republic of Brickfields, kumpulan Dum Dum Tak, kumpulan Hui Se De Dai dan Ray Cheong.

Didakwa Beri Tender Padi Kepada Kroni : Noh Digesa Lepas Jawatan Menteri


SHAH ALAM, 9 OKT: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar digesa meletakkan jawatan berikutan tiada ketelusan dan wujud skandal meragukan dalam proses tender membekalan benih padi oleh kementerianya.
Skandal benih padi negara itu melibatkan tender bernilai RM164.8 juta yang diserahkan kepada beberapa pembekal yang tidak memenuhi kriteria serta mempunyai kaitan dengan individu tertentu dalam Umno.
“Terdapat dua syarikat yang dapat lebih separuh dari kouta keseluruhan iaitu Seri Merbok Sdn Bhd yang pengarahnya Datuk Rais yang juga bekas exco Negeri Sembilan dapat 22,000 tan dan satu lagi, Hj Mohd Noor Sdn Bhd yang dapat 20,000 tan,” demikian menurut Adun Sekinchan, Ng Sue Lim ketika dihubungi TV Selangor hari ini.
Menurut Sue Lim lagi, anak kepada pemilik syarikat Hj Mohd Noor Sdn Bhd, Ahmad Fuad Mohd Noor pula merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor.

SAMM Selangor Gesa Polis Siasat Hamidzun


SABAK BERNAM, 9 OKT : Polis digesa membuat siasatan segera terhadap Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin yang didakwa melakukan ‘penyelewengan’ ketika menjadi peguam kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil berkata, walaupun kononnya Hamidzun membayar semula wang berkenaan tetapi dari segi profesionalisme guaman ia tetap merupakan kesalahan.
Justeru, pihak SAMM Selangor membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam bersama kira-kira 10 orang ahlinya menggesa tindakan segera diambil oleh polis.
“Jika benar perkara ini berlaku beliau (Hamidzun) seharusnya dilucutkan dari menjadi seorang peguam kerana jelas menipu dan dikhuatiri ramai lagi akan tertipu dengan gelaran peguamnya,” kata Azhar dalam kenyataan medianya.
Sebelum ini media melaporkan kes pecah amanah itu melibatkan wang berjumlah RM199,236.15 itu didakwa berlaku sebelum Oktober 2010, ketika Hamidzun merupakan rakan kongsi dalam firma guaman yang juga panel peguam PKNS, Zamri Ibrahim & Co.

PKFZ: Selepas keterangan Dr M, Liong Sik mahu tuduhan dikaji semula

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba ke mahkamah. — Gambar oleh Choo Choo May
KUALA LUMPUR, 9 Okt — Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mengarahkan peguamnya untuk memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula caj menipu yang dikenakan terhadap beliau, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah untuk memberikan keterangan sejak dua hari lalu. Dr Mahathir, yang berdiri sebagai saksi keempat bagi panel pembelaan, telah berulang kali dengan sewajarnya membela Dr Ling semasa dua hari di mahkamah termasuk mengatakan hari ini bahawa beliau percaya bekas menteri pengangkutan itu tidak mampu untuk menipu kerajaan.
"Setakat yang saya tahu, dia (Dr Ling) adalah seorang yang jujur,” kata bekas perdana menteri yang memerintah paling lama, selepas mengisytiharkan kepada mahkamah bahawa dia telah mengenaliDr Ling selama lebih  daripada 30 tahun dan berkhidmat dengan selama 17 tahun dalam kerajaan.

PKR anjur perhimpunan bantah perobohan kuil

Scorpene inquiry proves 'valid basis' for graft claim

MRT Jalan Sultan Penduduk jumpa MP Pakatan

Moh Terjah | Isu-Isu Setempat di Parlimen Kuala Lipis Pahang

Peniaga Warga Asing Dilindungi Persatuan Dan Penguatkuasa..!!!

Syrian army shells towns in Idlib province

Is the church now more politically inclined?

S Jayathas sertai PKR untuk 'singkir BN dari Putrajaya'

Kuala Terengganu: BN mahu diberi peluang, PR sedia beri saingan


Kuala Terengganu: BN mahu diberi peluang, PR sedia beri saingan
Orang ramai mendengar ceramah disampaikan Wahid dalam perhimpunan memperingati stadium runtuh di Gong Badak, baru-baru ini.
 
KETIKA Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 2009, sudah cukup membuktikan mandat tidak diberi kepada parti itu, sebaliknya dimiliki pembangkang.

Walaupun Terengganu dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said iaitu selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, itu belum cukup untuk Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membangunkan kawasan itu semaju mungkin seperti yang didakwa pembangkang.
Bahu yang tidak menggalas 1001 impian rakyat, tidak akan dapat merasa kepahitan yang perlu ditelan apatah lagi satu persatu kesalahan dijaja pembangkang demi menjatuhkan pihak lawan.

Mengupas lebih mendalam isu mandat yang ditolak ke kiri dan kanan itu, Sinar Harian bersemuka dengan Wan Farid bagi meminta jawapan beliau secara profesional.

Women’s issues trifling to Najib

It is alarming that as a leader he has little or no knowledge of the state-of-affairs concerning women in this country.

The greater the ignorance the greater the dogmatism – Sir William Osler
It appears that the Suaram-initiated suit alleging prime minister Najib Tun Razak’s involvement in a multibillion dollar graft scandal has disturbed the premier’s equilibrium, so much so that it has left him ‘bewildered’ over the role of women’s movement in this country.
On Oct 2, in his speech commemorating the National Women’s Day celebration, Najib who is also the Women, Family and Community Development Minister, dismissed the need for a women’s right movement in the country, saying women have been treated equally “since the start” and that Malaysia was more advanced than others in that aspect.
“In some developed countries, the men were allowed to vote before women but, in Malaysia women had the right to vote from the start,” he had said.
His flat-footed speech is testimony that women’s issues are of no significance to Najib.

Pas: 'Perjuangan kami tidak ubah'


mahfuz omar
KUALA LUMPUR - Pas menyangkal pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sambil menegaskan, perjuangan parti itu masih mengikut landasan yang telah ditetapkan enam dekad lalu walaupun bekerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Sehubungan itu menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, kenyataan ahli seumur hidup Pas itu hanya satu pandangan peribadi.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas tidak pernah berubah daripada matlamat asal parti.

Menurutnya, tujuan PR, yang dianggotai Pas, DAP dan PKR, hanya untuk menjatuhkan Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN).

"Perjuangan kita sama seperti dulu dan tak pernah berubah," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Umno sudah tidak boleh dikenali lagi

Aspan Alias,
Najib akan tercatat dalam sejarah sebagai seorang ‘unelected Prime Minister’ negara ini kerana beliau tidak mengadakan pilihanraya sehingga  tamat penggal mandat Abdullah Badawi dahulu. Beliau tidak berapa yakin untuk mendapatkan sokongan rakyat. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk mendapat kepastian yang BN masih diterima tetapi sehingga hampir habis saki baki penggal yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dahulu Najib masih tidak berkeyakinan untuk menang dalam PRU yang akan datang ini. Ini sahaja sudah meyakinkan rakyat yang Najib belum berkeyakinan yang beliau akan mendapat sokongan rakyat.


Allahyarham Tun Razak juga memakan masa lebih dari empat tahun untuk memanggil pilihanraya. Tun Razak telah memanggil pilihanraya hanya pada bulan Ogos 1974 setelah beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman pada tahun 1970 dahulu. Tetapi perbezaan di antara Tun Razak dan Najib Tun Razak amat besar.

MB Kelantan terharu dikunjungi Nazri Aziz



KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang sering kali mengunjunginya setiap kali ke Kelantan.

Menurutnya, Nazri Aziz satu-satunya menteri yang kerap mengunjunginya setiap kali datang ke Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas pertemuannya dengan menteri itu, di pejabatnya pagi tadi.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal di atas menteri lain yang langsung tidak berkunjung ke pejabatnya selaku tuan rumah untuk bertanya khabar atau berbincang masaalah rakyat.

Al Quds Antarabangsa kunjungi Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Yayasan Al Quds Antarabangsa Ayman Masoud melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, tengah hari tadi.

Kunjungan  wakil Yayasan Al Quds yang berpusat di Beirut itu  bersempena lawatan dan jemputan rasmi oleh kerajaan Malaysia ke sini.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Pengarah Yayasan Al Quds Malaysia Makram Abu Salam.

Kedatangan mereka ini sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Presiden PAS atas usahanya bersama Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi mengasaskan  Yayasan Al Quds Antarabangsa.

Menurut Ayman Masoud, isu Palestin telah menyatukan semua pihak antara kerajaan dan pembangkang di negara ini.

Umno LED display a danger for motorists?

A DAP leader wonders if a person distracted by the bright lights gets involved in an accident, can he or she hold the Umno headquarters management responsible.
KUALA LUMPUR: Motorists passing the Umno headquarters here are left dazzled by the LED display on the building’s walls, which among others, showcases an image of Prime Minister Najib Tun Razak.
However, several Pakatan Rakyat leaders queried whether the Umno building management had the necessary approval for this.
Ipoh Barat MP M Kulasegaran asked whether the building management had complied with the necessary regulation.
“Has the local council approved it? I don’t think they would have allowed [such a large display] in other places,” he said.
The DAP vice chairman said that the LED display was huge and imposing, distracting drivers using the surrounding roads.

Janji Bandar Baru Dabong jadi kenyataan


KUALA KRAI: Bukan sekadar mengingatkan rakyat terhadap tuntutan agama, sebaliknya ulama juga berjaya membawa Kelantan ke era baru dengan kemunculan bandar-bandar baru yang semakin bertambah.

Hampir semua jajahan di Kelantan memiliki kawasan pertumbuhan baru dengan pembangunan yang lebih terancangan dan tersusun.

Bermula dari Tumpat sehingga ke Gua Musang bandar-bandar baru boleh dilihat di merata tempat.

Tidak ketinggalan juga Dabong yang suatu ketika dahulu tempat buangan bagi guru-guru yang menyokong pembangkang, sekarang sudah jauh berubah.

Tidak lama lagi lanskap Dabong juga bakal berubah dengan pembangunan bandar baru yang terletak di Kampung Stong.

Kawasan seluas 45.6 hektar bakal dibangunkan taman perumahan yang lengkap dengan bangunan pejabat, rumah kedai, masjid, tadika, dewan orang ramai, taman permainan, pasar raya dan stesen minyak.

SALAM SELANGOR : Memahami Pilihanraya

Kerajaan Pusat Digesa Bersikap Adil Kepada Semua Negeri.

Soalan Tambahan - Syarikat Petronas Nasional - PKR Machang

Kes Suaram, ROS hantar notis siasatan pada si mati

Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengeluarkan notis mengarahkan beberapa anggota kanan NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), termasuk kepada seorang yang meninggal dunia dua tahun lalu, untuk memberi kenyataan pada hari Jumaat.

Notis yang bertarikh semalam itu, mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah (CPC), telah dihantar ke pejabat peguam Suara Inisiatif Sdn Bhd, dan menamakan pengasas Suaram, Fan Yew Teng, serta pengasas bersama Mohd Nasir Hashim dan Pengarah Eksekutif Nalini Elumalai.

Fan meninggal dunia pada tahun 2010.

Nalini berkata menurut notis tersebut, ketiga-tiga mereka diminta hadir menemui pegawai penyiasat ROS, Ab Rahim Mohammad pada 12 Oktober untuk merekodkan kenyataan mereka di bawah Seksyen 112 CPC.

Gaji minima tidak akan rosakkan ekonomi negara


KUALA LUMPUR 9 OKTOBER: Keengganan kerajaan BN melaksanakan tuntutan gaji minima menimbulkan persoalan apabila Bank Dunia secara jelas menyatakan bahawa perlaksanaan cadangan tersebut  akan merangsang ekonomi negara.
“Kesimpulannya sangat jelas, pelaksanaan RM1,100 gaji minima sepertimana cadangan Pakatan Rakyat hampir tidak akan memberikan kesan kepada ekonomi negara malah ia secara langsung mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing tidah mahir.”
Demikian ujar Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Thong dalam kenyataan medianya sebagai  maklumbalas terhadap status twitter Ahli Parlimen BN Kota Belud Abdul Rahman Dahlan.
Abdul Rahman dalam status twitternya pada 7 Oktober lalu mendakwa bahawa beliau telah menyemak cadangan gaji minima tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia.
Beliau dalam status twitternya berkata, “Laporan Bank Dunia tidak seperti apa yang anda dakwa!”-  “checked wt Ministry of Human Resources thru @PKamalanathan. WorldBank report on min wage is not classified as u alleged!”

Anak muda mahu cetus perubahan

Beliau menyertai DAP baru-baru ini atas keinginan untuk menyumbang tenaga dan idea dalam satu era yang penuh cabaran. Rasa keterujaan inilah yang mendorong beliau meninggalkan karier sebagai jurutera dan menyertai DAP. Ikuti wawancara ringkas wartawan roketkini Iza Suraiya Zainudin bersama Yeo Bee Yin.

Kenapa menyertai Politik dan DAP
Saya menyertai politik kerana ingin melihat perubahan dalam sejarah politik di Malaysia. Saya menyertai politik kerana mahu menyumbang dan bukan menjadi pemerhati itu yang paling penting.
Bagaimana saudari melihat DAP
Setelah melihat, dan sebelum ini saya juga merupaka sukarelawan di HQ DAP , jadi saya teruja melihat di HQ DAP rata-rata pekerjanya adalah orang muda dan tiada birokrasi saya juga rasa pemimpin seperti Lim Kit Siang juga mudah didekati. Saya juga saya diterima dengan baik, saya juga rasa walaupun sebelum menyertai DAP.
Saya suka bekerja disini kerana mereka sangat dinamik dengan tugas mereka dan berpendirian dengan dasar yang dibawa. Contohnya, Saudara Lim Kit Siang yang berpendirian dengan dasar yang beliau bawa, walaupun pernah dimasukkan ke penjara. Kerana saya cuma ingin melihat segala dasar yang dirangkakan dilaksanakan sebaaik mungkin.
Bagaimana pula peranan saudari setelah menyertai DAP

Teks dan Pendidikan Politik

Oleh: Arjuna Dharmawijaya

Ranjau Sepanjang Jalan. Tajuk sahaja sudah membujuk. Ini bukan novel cinta picisan mat gadis-gadis, tapi ini terjemahan berbahasa Melayu buat sebuah buku yang ditulis oleh seorang pemikir-pejuang Islam – Sayyid Qutb. Diambil dari terjemahan asalnya berbahasa Arab – ‘Ma’alim Fit Thariq’. Buku ini pernah seketika dilacak gerakan Islam seluruh dunia di era revivalisme Islam sekitar 1970an. Dan, nama Sayyid Qutb bukanlah asing buat para Islamis termasuklah aktivis-aktivis Islam di Malaysia. Beliau merupakan tokoh yang dijulang sebagai simbol ‘daulah islamiyyah’ sehinggakan di akhir hayatnya, dia dihukum bunuh para militer Mesir.
Teks. Barangkali, teks penting sebagai agen untuk menggerakkan kesedaran massa.Teks memberikan harapan pada idealisme.Dan, dasar idealisme sangat mustahak. Ini bertujuan menggerakkan sekalian aktivis dan ahli parti berusaha lebih keras untuk mengejar cita-cita bersama. Di sini, kita dapat lihat bahawa politik bukanlah kerja meraih undi semata-mata.
Tugas berpolitik – yang lebih mendasar bukan untuk memenangi pilihanraya, tetapi menyampaikan pendidikan. Misalnya, dalam sesebuah parti politik – pendidikan tentang dasar dan manifesto sesuatu parti politik itu perlu disebarkan dan difahami oleh ahlinya. Itupun gerak-kerja politik yang strategik untuk jangka masa panjang.

Siapa lebih meragukan?


Dulu apabila Teo Nie Ching masuk masjid, Utusan Malaysia dan UMNO terpekik terlolong seperti dirasuk hantu kerana marahkan Ahli Parlimen DAP ini. Dikatakan najis la, tak hormat Islamlah, tak sopanlah dan bermacam-macam lagi tuduhan jahat.
Kini apabila Lim Guan Eng bermajlis dengan kumpulan gereja pula, sekali lagi mereka terpekik-pekik seperti orang menurun. Utusan UMNO menuduh DAP nak guna gereja, nak hasut dan nak timbulkan kekacauan. Entah dari lubang mana idea kotor ini terilham hingga sanggup memutar belitkan kenyataan dalam majlis tersebut hingga menjadi keliru dan salah.
Putar belit fakta untuk kelirukan rakyat
Apa salah jika DAP atau mana-mana parti-parti politik mengajak penganut Kristian untuk berbakti kepada negara dengan mempromosi nilai-nilai yang baik? Apa salah berdialog dengan penganut Hindu atau Buddha dan mendorong mereka untuk turut serta melakukan perubahan? Apa berdosa mengajak kaum muslimin menegakkan kebenaran?
Atau, hanya UMNO sahaja yang boleh mengajak semua penganut agama di Malaysia untuk turut membantu melakukan ‘transformasi’ plastiknya itu?
Penghujungnya, apa saja yang DAP buat, tidak dilihat secara objektif, tidak diterima secara objektif sebaliknya ia menjadi fitnah dan caci maki puak Utusan UMNO. Inilah yang terhasil akibat dari dasar politik assabiyah yang tidak melihat budaya demokrasi seperti dialog, forum atau diskusi sebagai sesuatu hal yang sihat dan objektif.

Huruf Z di sekitar Anwar

Oleh Rahman Shaari
Sejumlah nama yang memuatkan huruf Z amat dominan dalam kehidupan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum Anwar terkeluar dari Umno, Datuk Zahid Hamidi ialah tokoh berhuruf Z yang kuat menyokongnya. Melalui taktik Machiavellian, Anwar merestui Zahid berpidato tentang nepotisme dan kronisme. Itu berlaku dalam Persidangan Umno 1998


Anwar memerlukan Zahid dalam hal di atas, kerana beliau sendiri tidak mahu berlawan secara langsung dengan Tun Mahathir Mohammad. Hal ini demikian kerana dalam  persidangan sebelumnya, iaitu pada 1996, Anwar telah berjanji melalui pantun: Angkut-angkut terbang ke langit Sampai di langit dimakan merbah; Biar bertangkup bumi dan langit, Setia hamba tidak berubah.

Meneliti pantun itu, jika mengikut prinsip ‘janji ditepati’, Anwar kekal setia kepada Mahathir.

Deadlock over state-Penan negotiations

The Penans affected by the Murum Dam project claim that the government had four years ago agreed to a compensation package which they want honoured.

KUCHING: Negotiations between the Sarawak government and the Penan community ended in a deadlock after the latter refused to accept any ‘compromise’ on the compensation package from the state.
Spokesman for the community Isah Abang said the government must keep to its promises especially on the cash compensation.
“As agreed between our community and the government four years ago, the cash compensation of RM500,000 should remain and it should not be deducted for any other purposes. This is one of the reasons why we erected the blockade on Sept 26.
“We were told that the cash compensation would be used for other purposes such as for building our houses, land for planting our crops and other expenditure which would exceed the RM500,000 and we would end up owing the government.
“If this is the case, we really feel cheated. If they insisted on this, then we would want the dam to be stopped and we want our land back as we would prefer to be as we were before,” she reportedly told local daily Borneo Post.

Pengundi Pos Luar Negara : SPR tiba-tiba pusing 180º bersungguh-sungguh nak buat pulak?

Macamana dari keadaan bersungguh-sungguh takmau sampai tahap walaupun terpaksa gunakan alasan bangang tiba-tiba boleh jadi setuju pulak. Tentu punya ada udang di sebalik batu.

Malaysiakini melaporkan:
Pindaan peraturan mengenai pilihan raya bersabit pemilih di luar negara menjadi pengundi pos akan dibentang dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan itu adalah syarat tambahan yang menuntut rakyat Malaysia di perantauan berada di tanahair sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos. - Mkini.  
Sebelum ni memang banyak pihak dah menjerit pasai isu ni sampai tahap ditubuhkan satu NGO khas MyOverseasVote untuk tangani isu ni.

Setakat ni hanya kakitangan kerajaan dan penuntut diluar neraga bersama pasangan depa saja yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi pos, selain dari tu tak layak  dan kalau nak mengundi kena balik mengundi di Malaysia.


Dipihak SPR pulak, pengerusinya sebelum ni memang nampak sungguh bersungguh-sungguh takmau jugak bagi warganegara Malaysia yang duduk di luar negara boleh mengundi termasuk sampai tahap bagi alasan bangang.


Youths concerned over election date

First time voters say the delay puts BN in a bad light.

KUALA LUMPUR: Young urban voters see the Prime Minister’s delay in announcing the election date as a sign of indecisiveness.
FMT spoke to several Klang Valley residents between the ages of 21 and 25 and found that most were concerned with the uncertainty over the election date.
They also claimed that their generation was not apathetic to issues concerning the wellbeing of the nation and that they were exposed to arguments from both sides of the political divide.
Melvin Lourdes, a marketing executive, said he agreed with many of his friends that the delay did not put BN in a good light.
“It only shows that they have no confidence in getting the support of the public,” he said.
“I also feel that even members of the ruling government might be looking forward to election dates as they too need to do necessary preparations.” said Melvin.

Bantah Tindakan DBKL Keluar Notis Roboh Kuil Berusia 100 Tahun



DAMANSARA 9 OKT : Naib Presiden PKR, N Surendran hari ini membantah notis yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan sebahagian struktur Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia lebih 100 tahun.
Notis bertarikh 25 September itu juga dengan jelas menyatakan kegagalan untuk memenuhi arahan dalam tempoh sebulan membolehkan DBKL meruntuhkan kuil yang terletak di Jalan P Ramlee itu.
Notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen (72) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi tadi, Surendran berkata, notis tersebut merupakan satu simbol jelas penindasan masyarakat India di negara ini oleh Kerajaan Umno-BN.
“Dalam surat khabar berbahasa Tamil, Perdana Menteri(Datuk Seri Najib Razak) meletakkan iklan besar-besar merayu masyarakat India memberikan kepercayaan kerajaan (Umno-BN).

Gaji CEO Tabung Haji: Mahfuz sedia dedah dokumen


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sedia mendedahkan dokumen berkaitan kenaikan gaji Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang didakwa kini bergaji RM85,000.

Bagaimanapun beliau berkata, ianya akan dibuat selepas mendengar penjelasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom terlebih dahulu.

"Ya, saya sedia dedah dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kenaikan gaji CEO Tabung Haji itu yang juga ada kaitan dengan menteri terbabit.

"Kita tidak persoal kenaikan itu. Cuma kita mahukan penjelasan, atas perkiraan apa kenaikan itu diberikan," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Jamil Khir semalam bahawa kenaikan gaji tersebut tidak ditentukan secara sembarangan dan bukan sesuatu yang tersembunyi.

Kerakusan Manusia : Bangkai ikan terdampar di pantai Pengerang

Fenomena sebegini amat ganjil kerana kejadian ini tidak pernah berlaku. 

PETALING JAYA: Para nelayan di Pengerang, Johor mengalami fenomena ganjil apabila menyaksikan bangkai-bangkai ikan dalam jumlah yang agak banyak terdampar dan bertaburan di persisiran pantai.
Ahli Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang, Hong Thian Hwa berkata, fenomena sebegini amat ganjil kerana kejadian ini tidak pernah berlaku.
Menurutnya, beliau telah menerima panggilan daripada penduduk Sungai Buntu. Pada petang keesokan hari, beliau membuat pemerhatian di persisiran Sungai Buntu dan Sungai Kapal dan mendapati bangkai ikan yang terapung sebelumnya telah dihanyut ke persisiran pantai.
Hong juga menjumpai bangkai seekor anjing di pantai Sungai Kapal dan penduduk di situ memberitahunya anjing tersebut masih bekeliaran di tepi pantai pada sebelah pagi semalam. Penduduk mensyaki anjing tersebut mati selepas termakan bangkai ikan.
Menurut beliau, pada tahun 2010 pernah berlaku sekumpulan ikan mati disebabkan oleh tumpahan minyak di lautan berdekatan tetapi jika dibandingkan dengan kejadian ini ianya jauh lebih serius.
Semalam katanya, pegawai dari Jabatan Perikanan telah membuat pemeriksaan di tempat kejadian.
Beliau berharap Jabatan Perikanan boleh mengemukakan hasil siasatan atas sebab kematian sekumpulan ikan itu dan supaya langkah- langkah pencegahan dapat diambil.

Kerajaan Pusat Tiada Kesungguhan Laksana Gaji Minima


KUALA LUMPUR, 9 OKT : Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kesungguhan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan gaji minima ekoran terlalu banyak alasan yang dikemukakan seolah-olah ingin melengahkan perkara ini.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, terlalu banyak tempoh percubaan yang diumumkan oleh kerajaan serta mengulangi kenyataan bahawa cadangan gaji minima PR bakal mengakibatkan negara muflis.
Jelasnya, melihat kepada sikap acuh tidak acuh ini, beliau percaya kerajaan Umno-BN langsung tidak mempunyai kesungguhan untuk melaksanakannya.

Azmin serah isu Faekah kepada SU Agung


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali KUALA LUMPUR - Sambil menyifatkan isu Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, yang didakwa telah mengeruhkan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebagai "masalah pentadbiran",  Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyerahkan kepada setiausaha agung untuk menguruskannya.
Menurutnya, PKR tidak mempunyai sebarang keputusan atau usul pada masa sekarang, dan diserahkan kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengkaji perkara tersebut.
Katanya, "tak ada isu, tak ada usul, belum ada keputusan, semua itu saya serahkan kepada parti."

PR tells Dr M: After retirement, there's no need to make SENSELESS STATEMENTS

PR tells Dr M: After retirement, there's no need to make SENSELESS STATEMENTS
Pakatan Rakyat leaders have sharply rebuked former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s statement that a vote for the coalition was a vote for US billionaire George Soros.
PAS deputy president Mohamad Sabu said Mahathir’s statement could not be trusted citing how the latter had absolved Soros as culprit in the 1997-98 financial crisis during the duo's meeting in 2006.
“First he scolded Soros and accused the Jews of bringing down the ringgit. Then when he met Soros, he said Soros was not involved. Then he left UMNO, only to rejoin.
"This (kind of talk) cannot be trusted at all,” he told Harakahdaily.
Mahathir recently wrote that voting "for the opposition, is a vote for Soros, the rogue currency trader”, as well as for recolonisation.
Pointing towards Soros's funding for news portal Malaysiakini, Mahathir alleged that it was aimed “to achieve regime change” and “to put his nominees as prime minister and ministers in the Malaysian government”.

Isu perbicaraan helah untuk tutup penglibatan Najib dalam Scorpene

KUALA LUMPUR 9 Oktober: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin percaya, dakwaan mengatakan tiada perbicaraan di Perancis bertujuan untuk menutup penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
“Kalau betul dakwaan pendakwa Perancis itu, kenapa Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor melantik peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk tugasan sulit di luar negara daripada 2 hingga 25 April lalu didakwa melibatkan skandal Scorpene.
“Atas kapasiti apa beliau ke sana, sedangkan kerajaan ada kumpulan peguam sendiri. Ini yang menambahkan kemusykilan,” katanya ketika dihubungi.
Pendakwa Perancis, Yves Charpenel mendakwa tiada perbicaraan kes Scorpene di Perancis seperti dihebohkan media, tetapi memberitahu semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.
Shamsul menyifatkan kenyataan itu mengelirukan, malah gagal meyakinkan rakyat bahawa Najib tidak terlibat dalam skandal itu.

S Jayathas sertai PKR untuk 'singkir BN dari Putrajaya'

Bekas ketua penerangan Hindraf S Jayathas hari ini menyerahkan borang untuk menyertai PKR secara rasmi.
Katanya, beliau antara lainnya menyertai parti itu untuk meneruskan perjuangan dalam isu melibatkan masyarakat India.
Jayathas mendakwa, beliau tidak menghadapi apa-apa masalah dalam Hindraf dan penyertaannya dalam PKR adalah untuk "menyingkirkan BN dari Putrajaya",
"Negara ini memerlukan perubahan... Perubahan mesti daripada peringkat persekutuan dan perubahan datang daripada gabungan politik Pakatan Rakyat," kata Jayathas dalam sidang media itu.
Borang itu diterima naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar di ibu pejabat PKR hari ini.
Turut hadir Naib Presiden N Surendren, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Khalid Jaafar.
Jayathas berkata sebelum ini beliau pernah menyertai Parti Keadilan Nasional (PKN) pada 2000 sebelum aktif dalam Hindraf.

Beliau pernah menjadi calon PKR pada 2004 di kawasan DUN Merlimau.

Hebat Filem PKFZ : Ling seorang yang jujur, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bekas anggota kabinetnya Tun Dr Ling Liong Sik tidak mampu menipu jemaah menteri.

Dr Mahathir ketika memberi keterangan semasa diperiksa peguam Ling, Wong Kian Kheong hari ini berkata, beliau mengenali bekas menteri pengangkutan itu sebagai seorang individu yang jujur.

Bagaimanapun, jawapan Dr Mahathir itu dipersoal oleh Timbalan Ketua pendakwa II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang bertanya bagaimana bekas PM itu mengetahui Ling tidak mampu menipu.

Hanya tertuduh yang akan mengetahui perkara seperti itu, kata Abdul Majid.

Dr Mahathir merupakan saksi keempat yang memberi keterangan untuk pembelaan Ling.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau mengenali Ling selama 30 tahun ketika tertuduh menjadi presiden MCA.

DAP: Guna RM272.5 juta untuk banteras jenayah

Wang sebanyak itu sepatutnya disalurkan untuk kerja membenteras jenayah dari digunakan untuk program perhubungan awam dalam keselamatan awam. 

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menimbangkan semula peruntukan RM272.5 juta untuk program perhubungan awam dalam keselamatan awam dan sebaliknya disalurkan kepada usaha pihak polis membenteras kejadian jenayah yang sedang berleluasa.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia amat bimbang dengan perkembangan aktiviti jenayah dan pertambahan kes jenayah di seluruh negara gagal dibendung setakat ini.
“Kes terbaru ialah rompakan bersenjata RM11.5 juta mikrocip dari sebuah kilang di kawasan Industri Bukit Tengah Pulau Pinang kelmarin,” katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan media semalam.
Soal beliau, “bayangkan kalau kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Mohamad Hassan) sendiri tidak selamat kerana dimasukki pencuri, bagaimana 28 juta rakyat Malaysia boleh merasa selamat dari jenayah?”

MP PAS Hulu Langat Bahas Bajet 2013

MP PAS Shah Alam: PKR tidak menentang Islam ..

MP PKR Gombak: Soal Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya

Perak : Tanah Orang Melayu Nak Digadai....!!!

Today in History for October 9th

PMR Bermula

Anwar Ibrahim: Kalau Kita Menang, Insha'Allah, Wajah & Peta Politik Di Malaysia Akan Berubah

Skandal Pengemis : Mampu kutip RM500 sehari


Fokus: Pengemis mampu kutip RM500 sehari
Adawiyah mendekati pelanggan untuk menjual VCD dan tisu.
 
ALOR GAJAH - Aktiviti mengutip derma di daerah ini dilihat semakin menjadi-jadi terutama hadapan pintu masuk bank, stesen minyak, tempat letak kenderaan, kedai makan dan pasar raya besar.
Difahamkan, seorang ‘ustaz’ ditugaskan menghantar dan mengambil pengutip derma dalam kalangan kanak-kanak atau remaja dengan kereta mewah, sekali gus menjadikan amalan ini seolah-olah perniagaan untuk mengaut untung berganda.

Wartawan Sinar Harian yang menyamar sebagai penderma berpeluang mendengar pengalaman dua pengutip derma berusia 11 dan 15 tahun di dua lokasi berasingan.

Adawiyah ketika ditemui di hadapan sebuah stesen minyak di sini, berkata, dia terpaksa melakukan kerja itu kerana desakan hidup.

MB didakwa enggan jumpa penduduk Pengerang


JOHOR BAHRU: Hasrat wakil penduduk Pengerang untuk bertemu Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berhubung isu RAPID dan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) hari ini sekali lagi tidak kesampaian.

Rombongan mereka bersama NGO Pengerang ke pejabat Menteri Besar di Bangunan Pentadbiran Negeri di Nusajaya itu siang tadi hanya disambut setiausaha sulitnya, En Hasnol.

Menurut Mazlan Aliman yang turut serta dalam rombongan itu, pada mulanya Hasnol hanya bersedia menerima memorandum di kaki lima pejabat sahaja.

Namun selepas didesak, beliau akhirnya akur untuk mengadakan perbincangan dan mendengar luahan penduduk.

"Bila ditanya mana MB, kata SU Sulit MB, ada program luar kawasan. Ertinya tiada di Pejabat.

"Ada Staf pejabat MB maklumkan sebelum itu, MB ada di pejabatnya dan hanya akan outstation sebelah petang. Ertinya sengaja mengelak, tak mau berjumpa rakyat sendiri," luah Mazlan kecewa.