Isnin, 8 Oktober 2012

Islamofobia: Penyakit ciptaan barat


Islamofobia MUNGKIN benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia.
Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, yang merentasi pelbagai agama, boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua orang dalam agama itu?
Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, inilah yang berlaku terhadap orang Islam. Hanya kerana propaganda AS yang tidak henti-henti bercakap mengenai pengganas Al-Qaeda, yang jumlahnya mungkin tidak sampai 0.1 peratus pun daripada jumlah umat Islam, satu stereotaip dilemparkan kepada orang Islam.
Sehingga Biro Penyiasatan Persekutuan AS (FBI) membuat manual khas untuk mengenal pasti personaliti seorang Muslim. Lebih panjang janggut mereka, lebih ganas lah mereka.
Jadi apa yang menghairankan apabila November lalu, FBI mengeluarkan statistik jenayah m kebencian terhadap orang Islam di AS sepanjang 2010 meningkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Laporan itu menunjukkan jenayah yang dibuat berdasarkan rasa prejudis terhadap orang Islam meningkat kepada 160 pada 2010 berbanding 107 pada tahun sebelumnya.
Pertubuhan Human Rights First menyuarakan kebimbangan terhadap angka itu.

Soalan Tambahan - Produk Sawit - PKR Sungai Petani

Soalan Tambahan - Mahkamah Baru Klang - PAS Pokok Sena

Soalan Tambahan - Bantuan Anak Austisme - DAP Bukit Mertajam

Sesi Soalan - Pelaburan Proton - PKR Gombak

Sesi Soalan - Mahkamah Baru Klang - DAP Puchong

Sesi Soalan - Kejayaan Ops Selamat - DAP Bukit Bintang

Anwar Ibrahim: Masalah Negara Kalau Pemimpin Tidak Ada Ketegasan Dan Tak Berani

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PSM Sungai Siput

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PKR Subang(2)

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PKR Subang(1)

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PKR Gombak (3)

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PKR Gombak (2)

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PKR Gombak (1)

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PKR Balik Pulau (2)

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PKR Balik Pulau (1)

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - PAS Kota Raja

Pbhsn RUU Pengurusan Strata - DAP Rasah

Bila peragut kena belasah


Mukadimah
Jenayah dan kes ragut di Malaysia bukan sekecil lubang jarum. Bukan calang-calang kemarahan orang ramai kepada peragut.
Perbuatan meragut membabitkan kekejaman. Bayangkan ibu sarat mengandung, terbunuh akibat peragut. Belum lagi ratusan mangsa cedera parah ketika menyelamatkan diri daripada peragut.
Pokoknya pelbagai insiden melibatkan nyawa disebabkan peragut.
Izzah Dalam kecoh sana sini peragut, tidak kurang juga ada kalangan mereka yang salah sasaran.
Terjolok sarang tebuan dan buku bertemu ruas.
Bukan seorang dua yang pernah tersadai dilanyak orang awam.
Sebenarnya kes peragut dibelasah orang awam bukan isu baru lantaran kemarahan masyarakat tidak pernah surut.
Tidak keterlaluan dikatakan, kini menjadi satu kepuasan bagi sesetengah individu apabila berjaya menyepak, menerajang menumbuk  dan memaki hamun peragut. Ada di kalangan peragut  hampir hilang  nyawa akibat dibelasah.
Misalnya, kejadian di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dua lelaki cedera teruk dibelasah dengan batang golf oleh sekumpulan 20 penduduk ketika cuba melarikan beg tangan milik seorang guru.
Bahkan sejak akhir ini, media memaparkan satu demi satu kisah peragut dilanyak orang ramai.
Bayangkan puluhan manusia melanyak seorang peragut. Namun, adakah ini tindakan betul? Bolehkah kita menghukum peragut dengan undang-undang tangan sendiri hanya kerana geram.
Bicara Isnin minggu ini, tidak berkempen untuk melanyak peragut tetapi menyingkap sama ada wajar kita menggunakan siku, tangan, kayu dan belantan sendiri untuk mengajar si peragut.
Geram peragut minta tubuh isteri

Isu Pengerang: Penduduk hidu bau aneh

Kelibat kapal dipercayai punca bau gas asli dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari Rabu lalu.

PENGERANG: Gabungan NGO Pengerang mendakwa penduduk Kampung Jawa dan Sungai Kapal  dan Batu Mas terhidu bau aneh yang disyaki sebagai bau gas asli.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan bau tersebut cuma semakin hilang pada pada jam 6 petang Rabu lalu.
Selepas membuat penyiasatan, ahli-ahli Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang mendapati penduduk di Kampung Jawa, Kampung Batu Mas dan Pekan Sungai Kapal terhidu bau aneh tersebut.
Menurut penduduk, mereka ternampak sebuah kapal yang berhenti di luar persisiran pantai Kampung Jawa, pada masa yang sama angin meniup ke arah barat daya, menyebabkan kapal tersebut disyaki sebagai sumber bau tersebut.

MB Johor Diajak Berdialog Isu RAPID


KUALA LUMPUR, 8 OKT : MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub akan menghantar surat jemputan dialog berkenaan projek RAPID di Pengerang kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Salahuddin sebelum ini telah mempersoalkan keperluan mengambil-alih tanah penduduk 10 dari kampung tradisi di sekitar Pengerang bagi memberi laluan kepada Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas yang bernilai RM60 bilion itu.
“Kalau fobia sangat dengan debat, tidak apa. Mungkin saya akan datang (ke sesi dialog) dengan pakar pembangunan hartanah serta dari sektor petroleum dan gas,” kata Salahuddin dalam sebuah sidang media di lobi Perlimen hari ini.

PAS ucap tahniah perdamaian MILF-Filipina


KUALA LUMPUR: Berikutan perkembangan damai di Selatan Filipina, PAS mengucapkan tahniah di atas persetujuan damai awal di antara kumpulan pemisah Front Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina yang dicapai baru-baru ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  berkata, ia merupakan langkah awal ke arah mewujudkan keamanan wilayah autonomi yang memberi manfaat kepada rakyat terbanyak di Mindanoa.

“PAS berharap, perdamaian ini benar-benar terlaksana dan diambil kesempatan untuk mengisi perdamaian dengan membangunkan kembali wilayah yang sekian lama bergolak tersebut,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan.

481,424 calon duduki PMR esok

KUALA LUMPUR - Sebanyak 481,424 calon akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula esok sehingga 16 Okt ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
  
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini, mereka melibatkan 448,436 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 5,846 calon adalah dari sekolah di bawah agensi kerajaan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
  
Seramai 10,051 calon lagi adalah dari sekolah menengah agama negeri, 13,728 calon sekolah swasta, 1,151 calon persendirian dan 2,212 calon sekolah menengah agama rakyat.
  
Sementara itu di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A.Ghani berkata sebanyak 58,138 calon dari 279 buah sekolah di negeri itu akan menduduki PMR tahun ini. 
  
"Sebanyak 396 pusat peperiksaan dibuka yang melibatkan 3,411 jumlah petugas. Ia melibatkan 93 penyelia kawasan, 396 ketua pengawas, 396 pembersih bilik dan 2,526 pengawas peperiksaan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
      
Mohd Nor berkata terdapat dua calon yang menduduki peperiksaan sebagai calon tahanan iaitu di Pusat Pemulihan Akhlak Kempas, di sini.
  
Selain itu, 17 calon rabun, 31 calon pekak dan bisu serta seorang calon buta turut menduduki PMR kali ini, katanya. - Bernama

Kerja Syaitan : Reuters dedahkan Mahathir beri IC kepada PATI untuk mengundi BN..


Kalau sebelum ini korang dah baca laporan dari BBC News yang mempromosikan kenduri kahwin raksaksa Ali Rustam, ini pula ialah pendedahan oleh Reuters mengenai pendatang tanpa izin (PATI) yang diberikan IC di dalam "Project Mahathir".

Laporan BBC News mengenai majlis kahwin raksaksa Ali Rustam itu sila baca di ( SINI )

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Tuduhan Yang Dilemparkan Oleh Tun Dr. Mahathir Tidak Berasas - Salahuddin Ayub

At-Tarbiyyah KHAS - Jom Hijrah Tolak Jahiliyyah - Bahagian 2

At-Tarbiyyah KHAS - Jom Hijrah Tolak Jahiliyyah - Bahagian 1

Kalau rumah MB boleh dimasuki pencuri...


KUALA LUMPUR: Kalau kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan pun dimasuki pencuri, kebimbangan orang ramai terhadap jenayah tidak mungkin turun, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) mendakwa, pihaknya mahu menurunkan kadar kebimbangan orang ramai terhadap jenayah yang masih tinggi ketika ini.

"Adakah beliau fikir rakyat dengan mudah akan mempercayai dakwaannya itu sedangkan selepas beliau mendakwa sedemikian dilaporkan pula berita bertajuk pencuri pecah masuk kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Mohamad Hassan)," katanya.

Mahfuz berhadap pihak polis segera sedar bahawa ketakutan rakyat terhadap jenayah tidak boleh ditangani hanya dengan cakap-cakap sahaja atau dengan memanipulasikan indeks kadar jenayah.

DI MANA PERUNTUKAN BAJET 2013 KHUSUS UNTUK MENANGANI GEJALA SOSIAL MASYARAKAT YANG SEMAKIN MERUNCING?

Bajet 2013 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri pada Jumaat lepas membawa tema: “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat”. Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan.
Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala.

Dari kiri: Dr Harlina, Pn Rosmawati dan Ustaz Roslan.
Kami menyatakan rasa kesal tiadanya satu peruntukan khas dalam Bajet 2013 yang menjurus kepada usaha serius dan bersepadu menanngani gejala sosial dan sosial yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari, statistic membuktikan terdapatnya peningkatan pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku.
Peningkatan kes kehamilan luar nikah dan bilangan anak tak sah taraf:

Kantoi Lagi : Paderi kata Utusan 'menipu' dalam laporan kritik Guan Eng



Dua pemimpin Kristian hari berkata laporan memetik kenyataan mereka dalam Mingguan Malaysia semalam, yang didakwa mengkritik ketua menteri Pulau Pinang, adalah "penipuan semata-mata".
Biskop Gereja Lutheran Evangelical, Solomon Rajah dan bekas presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philips hari ini berkata, kenyataan mereka dilaporkan di luar konteks dalam berita bertajuk 'Gereja bukan tempat politik'.

Mereka menuntut supaya akbar edisi Ahad Utusan Malaysia itu menarik balik laporan berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf dalam edisi mereka selepas ini.

Dalam satu sidang media hari ini, kedua-dua paderi itu menjelaskan bahawa pemberita berkenaan hanya menghubungi mereka untuk mendapatkan pandangan umum mengenai "gereja dan politik".

Rajah berkata, kenyataannya itu bukan reaksi atau ulasan kepada dialog antara ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan pemimpin gereja di negeri tersebut.

"Saya tidak pernah sedar bahawa saya akan dipetik secara salah (atau apa yang saya katakan) disalah anggap.

"Saya tidak pernah mengetahui bahawa pandangan saya akan digunakan untuk memenuhi tujuan dan agenda Utusan. Ini sangat menyedihkan," katanya.

Muhyiddin Dan Peter Chin Gagal Fahami Kepentingan Penstrukturan Semula Air Selangor

KUALA LUMPUR, 8 OKT : Proses penstrukturan semula industri air Selangor telah dimulakan pada tahun 2006, semasa pentadbiran Kerajaan Pusat Umno-BN sendiri, namun fakta ini gagal diterima pemimpin gagasan itu sekarang.
Perkara ini gagal difahami oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, (Kettha) Datuk Peter Chin kata MP Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berkata, usaha ini telah dilakukan apabila Parlimen, yang dulu dikuasai Umno-BN meluluskan undang-undang penyusunan semula industri air.
“Saya mendpati TPM (Muhyiddin) dan Menteri KETTHA (Peter Chin) tidak faham kerana usaha ini (penstrukturan semula industri air) berlaku pada tahun 2006 semasa Parlimen meluluskan undang-undang penyusunan semula air.

Jawapan Kepada Mahathir : Undi Untuk BN, Undi Untuk Syaitan

SHAH ALAM 08 OKT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi untuk pembangkang adalah mengundi untuk spekulator mata wang George Soros.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan itu sentiasa disuntik untuk menakutkan rakyat yang sering dilontarkan sejak dahulu apabila menjelang Pilihanraya Umum (PRU).
Katanya, Mahathir dan pemimpin Umno-BN lain sangat takut sekiranya BN kalah dalam PRU 13 akan datang. Ini disebabkan kebanyakan dari pemimpin-pemimpin ini mempunyai ‘kepentingan’ serta mempunyai hubungan yang kuat dengan yahudi.
“Tengok sahaja Mahathir, beliau menggunakan duit rakyat untuk bertemu dengan bekas Presiden Amerika George W. Bush.
“Kemudian Kerajaan Pusat membayar puluhan juta kepada APCO Worldwide kononnya mahu memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, sedangkan ahli APCO itu terdiri daripada bekas menteri Israel dan pegawai besar tentera Israel,” katanya ketika dihubungi.

SUK Kedah Lantik Anak Sendiri Sebagai SU Majlis Daerah

Ahli MDKP: Basir Ismail (kanan), Jamal Nasir (kiri) melancarkan kempen desak Rasli letak jawatan

Mungkin ramai yang tidak sedar, kedudukan Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) kini berada di hujung tanduk.

Kini Datuk Rasli terpaksa berhadapan dengan siri-siri tindakan agresif dari ahli-ahli majlis Daerah Kubang Pasu yang tidak pernah di duga olehnya dan berlaku kepada mana-mana Setiausaha Kerajaan Kedah sebelum ini.

Angkara Utusan, Chamil Wariya Kantoi Dan Terpaksa Minta Maaf Pada Teresa Kok..!!!



Nampaknya, media pencacai Umno nombor satu ini tak habis-habis buat hal tak kira masa, tak kira siapa!


Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan 
Utusan Malaysia terpaksa memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.

Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.


Modus Operandi UMNO menawan negeri Pakatan Rakyat (akhir)

BACA DAN SEBARKAN!


Contoh2 VIRUS dan CONNECTIVITY






-TAMAT-

P/S: Semoga Pakatan Rakyat dan penyokong dapat memberi serangan balas yang berkesan dengan pendedahan ini. Selamat berjuang!

Indeks persepsi rasuah sudah lapuk, kata kawan UMNO


KUALA LUMPUR 8 OKTOBER: Kecacatan yang terserlah malahan memalukan buat Malaysia dan SPRM telah pun ‘diuruskan’ dengan mengatur supaya anggota lembaga penasihat antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menimbulkan kesangsian ke atas Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index, CPI) Transparency International.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini mendakwa bahawa Dmitri Vlassis dimanipulasi supaya mengatakan bahawa  CPI Transparency International “sudah lapuk’ dengan alasan bahawa ia tidak dapat menerangkan dengan tepat kompleksiti negara yang diberikan kedudukan”, “tidak produktif” dan “tidak dapat digunakan sesiapa pun”.
Vlassis merupakan anggota penasihat antarabangsa Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang merupakan ketua bagi Cawangan Rasuah dan Jenayah Ekonomi PBB (UNODC) yang dijemput dalam Persidangan dan mesyuarat agung Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA) baru-baru ini.

Mahasiswa dan Politik – Bah I

Oleh : Lim Kit Siang

Ucapan oleh Setiausaha Pemyelaras DAP, Lim Kit Siang di forum “Mahasiswa dan Politik” di Program Latihan Kepimpinan Mahasiswa Tahun Kedua, anjuran University Malaya Students Union di Universiti Malaya, 2 April 1968, jam 8 malam.

Tajuk pada malam ini, “Mahasiswa dan Politik” telah menjadi seperti tajuk wajib bagi forum-forum tahunan di kampus dan telah dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin pelajar, ahli-ahli politik dan ahli-ahli akademik sekurang-kurangnya sejak tiga tahun yang lalu.
Ini petanda yang sihat, justeru ia menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah dan sedang menyedari bahawa ada hubungan di antara pelajar dan politik. Namun, ia juga menunjukkan bahawa para pelajar masih belum pasti apakah bentuk hubungan yang sepatutnya, (selain menunjukkan) bahawa belum terbit kesepakatan umum di kalangan masyarakat pelajar tentang sifat perhubungan ini.
Jika forum ini dapat menyumbang kepada kemunculan kesepakatan berkenaan, maka saya akan merasa bahawa perbincangan malam ini akan lebih berguna daripada kebiasaannya. Ini kerana setelah itu pelajar-pelajar boleh berjuang untuk memberi isi dan bentuk kepada peranan mereka dalam politik, bukannya terperangkap dalam debat berpanjangan tentang sama ada mereka patut (memegang peranan), dan jika ia, peranan apa dalam politik.
Perbahasan adalah wajar dan baik. Malah, ia penting. Tetapi ia jangan pernah sampai memutuskan saraf tindakan.

Bank Negara rugi RM30 bilion angkara Menteri?


KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER: Dalam keghairahan kerajaan BN mengutuk Soros sebagai spekulator matawang asing, DAP mendesak kerajaan agar menjelaskan kerugian yang ditanggung Bank Negara mencecah RM30 bilion akibat skandal matawang oleh spekulator tempatan.
“Tan Sri Nor Mohamed Yakcop harus tampil menjelaskan sepenuhnya skandal kewangan ini demi kepentingan awam,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengulas jawapan parlimen yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim dua minggu lalu.
Timbalan Menteri Kewangan tersebut berkata di Parlimen bahawa Bank Negara hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.
“Ini menimbulkan persoalan berhubung kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 biarpun jumlah kerugian mencecah RM30 bilion seperti yang dianggarkan oleh bekas pegawai kanan Bank Negara Dr Rosli Yakcop yang pernah bekerja di bawah Tan Sri Nor,”

Tian Chua: 'Soal Faekah hanya isu kecil'


Tian Chua KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini mendakwa isu berkaitan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin adalah isu kecil dan menyerahkan kepada kepimpinan negeri menyelesaikannya.

Menurutnya, isu itu tidak perlu dibincangkan di peringkat pusat kerana hanya melibatkan isu negeri.

Katanya, "saya rasa isu itu, isu kecil sahaja."

"Isu itu tidak melibatkan PKR pusat, dan ia hanya melibatkan peringkat negeri dan biarlah mereka yang selesaikannya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.

Pagi tadi, Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak supaya Faekah meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan keadaan dalam PR.

Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya ke atas Faekah yang menimbulkan salah faham apabila mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.

Bajet BN rendah punca ekonomi negeri Pakatan terbantut – Khalid

KUALA LUMPUR 8 Oktober: Bajet 2013 BN gagal memberi jawapan berhubung penyelesaian masalah di beberapa negeri yang mengalami pertumbuhan ekonomi rendah termasuk yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, hasil perancangan ekonomi dari tahun 2005 hingga 2010 tidak meningkatkan perkembangan ekonomi di negeri yang mencatat pertumbuhan rendah.
“Contohnya, walaupun ada pelaburan besar di Kedah terutama di Langkawi pada 2005 hingga 2010, kesan keseluruhan kepada negeri itu sendiri tidak besar.
“Kita juga dapati ada jurang pendapatan (antara negeri) yang tidak dapat diselesaikan,” katanya pada sesi perbahasan Bajet BN di Parlimen, hari ini.
Menteri Besar Selangor itu berkata, satu kaedah baru dan perubahan struktur peruntukan perlu dibuat agar belanjawan negara dapat membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh.
Beliau mengambil contoh Australia dan Kanada yang mengamalkan ‘formula kesamarataan’ (equalisation formula) dalam merangka belanjawan negara agar pembangunan negara dibuat menyeluruh dan lebih saksama.

Perbahasan RUU Pengurusan Strata DAP Bukit Bintang

Penggulungan RUU Pengurusan Strata

Soalan Tambahan - Kekurangan Kuota Haji - PKR Machang

Soalan Tambahan - Kajian Sistem PBS - PAS Rantau Panjang

'Saya sedia debat dengan individu bertanggungjawab'

Kos KLIA2: Kenapa RM1.7 bilion jadi RM4 bilion?

'Pakatan not opposed to Rapid project, but ...'

'DAP no hudud' stickers discovered in Selayang

Anwar Ibrahim: Najib Takut Dengar Perbahasan Belanjawan Sebab Dia Tak Boleh Jawab

Terengganu bajet besar tetapi rakyat ...

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah selesai membentangkan Bajet 2013 di Parlimen pada minggu lepas. Bajet ini menyediakan peruntukan sejumlah RM251.6 bilion ringgit dengan RM201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan. 


Bajet yang dibentangkan ini, dilihat ramai, lebih merupakan bajet Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan memberi fokus khusus kepada golongan belia yang menjadi kumpulan sasaran penting dalam senarai pemilih PRU-13 akan datang.

Pada waktu yang sama Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim telah juga membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat yang bertemakan ‘Kesejahteraan Untuk Semua’ yang dilihat mampu menyaingi bajet kerajaan Pusat Umno-BN.

Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh ini adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan menjadi Kerajaan Persekutuan yang baru.

Negara Zina : Taman 'port' memadu asmara


Azahar Kasim
Pasangan yang duduk berdua-duaan di Taman Rekreasi Tampin.
 
TAMPIN – Memalukan. Itulah luahan orang awam berikutan lokasi riadah pada waktu petang dicemari dengan segelintir pasangan muda memadu kasih di situ.
Tindakan pasangan berkenaan bukan saja melangkaui batasan agama, malah menunjukkan contoh kurang sopan kepada golongan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kawasan itu menjadi tumpuan keluarga.
Itulah situasi yang berlaku di Taman Rekreasi Tampin, di sini, seolah-olah tiada pemantauan pihak berkenaan.
Penduduk tempatan, Azahar Kasim, 40-an berkata, dia sering menghabiskan waktu petangnya di taman berkenaan untuk berjoging.
Azahar mengakui sering ternampak pasangan kekasih muda atau mungkin masih di bangku sekolah berkelakuan tidak sopan di sebalik pokok besar di taman berkenaan.

Pukul wartawan Bersih 3.0 : Saksi polis janji kawad cam kedua

(Mangsa Keganasan Polis Dalam Bersih 3.0)
 
Seorang saksi polis memberi jaminan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk melakukan kawad cam sekali lagi bagi mengenalpasti anggota pasukan itu yang bertanggungjawab memukul seorang wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 April lalu.
ASP Kamarul Rizal Jenal ketika ditanya dalam inkuiri itu yakin "boleh" mengumpulkan anggota polis untuk mengecam anggota polis yang memukul Radzi Razak ketika perhimpunan itu.
Pegawai penyiasat kanan yang mengendalikan kes melibatkan wartawan daripada akhbar theSun itu berjanji akan menjalankan kawad cam itu selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau diminta berbuat demikian oleh pengerusi panel Datuk Dr Khaw Lake Tee yang memberi alasan, polis mampu menahan suspek dari kalangan peserta perhimpunan hanya dengan berdasarkan siaran gambar

Khaw: Kalau boleh kumpulkan 30 orang (kawat cam sebelum ini), boleh kumpulkan 30 orang lagi?

Kamarul:
Boleh.

Khaw: Kita akan menantikan kawat cam dalam minggu ini atau minggu depan. Boleh lakukan? Ini bukan diluar kebolehan polis kan?

Kamarul: Ya.

Khaw:
Kalau dengan gambar (peserta BERSIH) pun polis boleh tangkap. Kalau boleh lagi 30 untuk kenal pasti lagi.

Kamarul: Ya boleh.

Ekonomi Mantap : 8,000 lulusan jururawat kolej swasta menganggur

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kajian Kementerian Kesihatan menunjukkan ketika ini, kira-kira 8,000 lulusan kolej kejururawatan menganggur.

Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kesihatan akan berbincang untuk mencari penyelesaian menyeluruh supaya wujud keseimbangan antara jumlah lulusan kejururawatan yang dikeluarkan dan keperluan semasa.

"Ada lulusan kolej kejururawatan swasta yang terpaksa menganggur sehingga tiga tahun.

PRU 13 : Calon muslimat PAS punya rekod cemerlang

KUALA LUMPUR: PAS akan memberi peluang kepada Muslimat yang berkelayakan, berkeupayaan serta mempunyai 'track record' yang cemerlang untuk menjadi calon dalam pilihan raya nanti.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, mereka harus menunjukkan mutu perkhidmatan yang baik untuk mereka maju pada masa akan datang.

"Saya rasa parti akan memberi peluang kepada mereka yang terbaik, parti akan meneliti nama-nama mereka. Apatah lagi mereka yang sudah menunjukkan rekod dan prestasi yang baik hari ini," katanya ketika ditemui dalam Seminar Negara Berkebajikan: Tawaran PAS dan Peluang Kepada Wanita Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas peluang yang diberikan kepada Muslimat PAS dalam pilihan raya nanti memandang 32 nama calon di kalangan mereka telah diserahkan kepada PAS Pusat. Hampir semua negeri ada calon Muslimat.

PRU 13 : Bakal calon PAS digerakkan pastor Kristian....perkara mustahil yang ditakuti UMNO@BN...!!!!


(Francis, Ondon dan Melvin menunjukkan kawasan DUN Pitas yang terletak di utara Sabah)


KOTA KINABALU: Pernahkah anda terfikir, kempen calon PAS bakal digerakkan sepenuhnya oleh orang Kristian dan dia bukan penganut biasa tetapi pastor?

Tetapi inilah yang berlaku di Sabah sekarang. Bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron (gambar), seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor.

Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ.

Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis. Kedua-dua mereka juga beragama Kristian.

Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama.

Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik.

Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.

Rakilin Mahuda @ Melvin (gambar kanan) sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini.

"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya.

Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya.

PRU 13 : Umno@BN hanya boleh menang dengan penipuan SPR dan JPN

KUALA LUMPUR 8 Oktober: Umno BN boleh menang pilihan raya umum ke-13 hanya dengan penipuan dan konspirasi di antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.
“Kalau nak menang, lawan secara anak jantan. Saya nak ingatkan mereka, kalau masih menipu untuk menang, samalah macam Hosni Mubarak.
“Sebab BN tak ada cara lain untuk menang melainkan muslihat dan penipuan,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pendedahan sebelum ini, Projek Analisis Daftar Pengundi Malaysia (Merap) mendapati, terdapat kira-kira 100,000 nama bermasalah dan digabungkan dengan beberapa isu sebelum ini akan menjadi 400,000 pengundi meragukan.
Merap menjelaskan, 400,000 pengundi meragukan dalam daftar pemilih itu mampu mengubah 35 kerusi Parlimen.
“Daftar pengundi tercemar. Ribuan nama meragukan dalam senarai. Bila kita semak ke lokasi sebenar, alamat tidak wujud.

BN cuba sembunyi tahap kemiskinan di Sabah


KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu kerajaan Umno Barisan Nasional cuba menyembunyikan peratus sebenar tahap kemiskinan di Sabah.

Namun, jelasnya lagi walaupun sepandai mana kerajaan ingin menyembunyikannya, masyarakat dunia tetap mengetahuinya.

"Menurut kajian Bank Dunia pada tahun 2012 yang disiarkan dalam Malaysia Economic Monitor, kadar kemiskinan di Kelantan adalah jauh lebih baik berbanding Negeri Sabah.

"Di mana rakyat Sabah yang paling ramai dibelenggu kemiskinan adalah daripada suku kaum Rungus, Orang Sungai dan etnik Suluk," jelas beliau selaku Ahli Parlimen Beaufort di Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2013.

Kadir nafi keluarkan kenyataan bercanggah dalam perbicaraan PKFZ

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Bekas Menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir memberitahu mahkamah Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak nampak bagaimana beliau dikatakan telah bercanggah dalam kenyataan kepada polis berbanding bukti mahkamah dalam perbicaraan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Kadir (gambar) memberi keterangan selepas Mahkamah Tinggi Jumaat lepas membenarkan prosiding penyingkiran terhadapnya selepas mendapati percanggahan antara keterangannya di mahkamah berbanding keterangannya lebih awal dalam pengakuan bersumpah kepada pihak polis.
Kata Kadir hari ini: “Saya tidak nampak di mana kenyataan saya bercanggah.”
“Ia adalah bagi saya untuk membuat keputusan,” balas Hakim Datuk Ahmadi Asnawi.

Borhan : PKR S'gor mahu Faekah dipecat

NONEPengarah Pilihan Raya PKR Selangor Borhan Aman Shah mendesak supaya setiausaha politik menteri besar negeri itu, Faekah Husin meletakkan jawatan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengeruhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau juga berharap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil tindakan sewajarnya ke atas Faekah yang "menimbulkan salah faham" apabila mengulas mengenai kenyataan timbalan presiden Azmin Ali berhubung kedudukan Khalid.

"Kita minta agar menteri besar ambil tindakan pada Faekah. Semua tahu kita minta dia dilucutkan daripada jawatan yang ada. Ada beberapa perkara yang dia buat dah jadi salah faham.
"Desakan ini daripada semua cabang PKR Selangor. Jika dia rasa ini sebagai tekanan untuk dia, terpulang sama ada menteri besar hendak ambil tindakan atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau berkata, desakan itu mewakili pandangan daripada majlis pimpinan PKR negeri.

Kabinet tidak bantah PKFZ, kata Dr Mahathir kepada mahkamah

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat apa-apa aduan jenayah mengenai Kabinet ditipu dalam meluluskan pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan, kata bekas perdana menteri (PM) itu kepada Mahkamah Tinggi hari ini.
Tun Dr Mahathir, yang merupakan PM ketika projek itu diberikan restu, hari ini telah hadir sebagai saksi untuk Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet.
“Saya tidak ingat apa-apa bantahan serius (dari mana-mana anggota Kabinet) kerana semua sangat berminat untuk mengadakan projek ini,” katanya kepada peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong.
Apabila ditanya jika beliau atau mana-mana ahli-ahli Kabinet beliau telah membuat laporan polis untuk mengadu tentang ditipu, dia menjawab: “Tidak.”
Beliau juga menyatakan bahawa seorang anggota polis memberitahunya yang penyiasat telah ketahui tentang ini, Dr Ling tidak akan didakwa dengan apa-apa jenayah.

Dr M stumps PKFZ prosecutors - Ling did not cheat me: GE13 SHADOW PLAY?

Dr M stumps PKFZ prosecutors - Ling did not cheat me:  GE13 SHADOW PLAY?Government prosecutors in the RM12.5bil PKFZ trial were stumped when former premier Mahathir Mohamd appeared to back former Transport minister Ling Liong Sik's claim that he had not cheated the Cabinet, and therefore was not guilty of the charges pressed by the current administration.
"As far as I can remember, no Cabinet member objected to (the cost) of the project," Mahathir said in the High Court in Kuala Lumpur today.
The 87-year-old Mahathir, who ruled Malaysia with a fist of iron, was the centre of attention on Monday. Known for his penchant for the limelight, Mahathir did not disappoint.
He startled the courtroom when he disclosed that he had already told the police that he had not been cheated. He even recounted how one of the officers who recorded his statement had remarked that if they had known that, they would not have charged Ling. It now remains how Prime Minister Najib Razak's government will proceed with the trial.
Not a credible leader or witness

3 Nov : 'Tak boleh di dalam, depan stadium kita himpun'

KUALA LUMPUR: Kalau tak bagi buat 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' dalam stadium, kita akan buat di hadapan stadium, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil akan menolak permohonan untuk mengadakan himpunan tersebut di situ.

"Tidak ada masalah kalau pihak stadium tolak permohonan kita atas alasan hendak baiki bumbung.

"Kita hendak buat perhimpunan itu bulan Januari depan dan pada 3 November ini kita anjurkan dahulu perhimpunan pelancaran untuk perhimpunan di Stadium Bukit Jalil itu," kata beliau sambil menjangkakan masih sempat kerja memperbaiki bumbung itu diselesaikan.

Perhimpunan pelancaran pada 3 November ini, kata Mohamad, akan diadakan di Negeri Sembilan di tempat yang akan diberitahu kelak.

Pengerusi SPR tipu kata daftar pemilih M’sia paling bersih

KUALA LUMPUR 8 Oktober: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berbohong mengatakan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.
“Aziz menipu rakyat mengatakan daftar pemilih di Malaysia paling bersih di dunia, sedangkan di Selangor sahaja, daripada 400,000 nama pemilih baru, lebih 100,000 nama tak dapat dikesan,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri.
“Sebab itu, pilihan raya umum ke-13 nanti akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara,” tegasnya ketika dihubungi.
Aziz dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew April lalu berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.
Beliau berkata, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada kerana menurutnya, tiada daftar pemilih negara lain di dunia lebih bersih daripada Malaysia.
Kenyataan Aziz ini susulan penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan.
Anwar pada 30 September lalu turut mendedahkan, sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih SPR dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.
Justeru beliau memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.
Menurutnya, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, manakala 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

Kapal perang Amerika di M’sia, k’jaan ada agenda tersembunyi?

KUALA LUMPUR 8 Oktober: Kerajaan Umno BN digesa tidak menjadikan negara sebagai percaturan politik dunia dengan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di sini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
“Jangan jadikan Malaysia sebagai ‘base’ (pangkalan). Jangan dedahkan Malaysia sebagai tempat adu domba percaturan politik,” katanya merujuk kapal perang USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang, semalam.
Bernama melaporkan kenyataan pegawai pemerintahnya, Kapten Greg Fenton, kapal tersebut yang memuatkan pasukan pesawat udara Carrier Air Wing 5 dengan 5,000 anak kapal akan berada di negara ini selama lima hari.
Laporan itu turut menyatakan enam projek komuniti akan diadakan, manakala lebih 500 orang kenamaan Malaysia akan dirai dalam satu majlis di atas kapal tersebut hari ini.
Mahfuz yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan kebimbangan apabila USS George Washington dikatakan sebagai pasukan siap siaga untuk ‘bertindak melindungi dan mempertahan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik’.
Laporan itu juga menyebut, USS George Washington dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
“(Apabila) mereka datang untuk mengetahui maritim, sudah tentu mereka tahu tentang logistik. Adakah ada agenda tersembunyi?” soal Mahfuz.

Who is George Soros compared to Nor Mohamad! Explain RM30bil forex losses - Guan Eng



Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamad Yakcop must come clean on the Bank Negara forex scandal and fully account for the losses of RM15.8 billion from 1992-3 but estimated to reach RM30 billion. According to the Bank Negara’S financial report, Bank Negara recorded losses of RM10.1 billion in 1992 and RM5.7 billion in 1993.
However when replying to my question in Parliament 2 weeks ago, Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim only admitted to the RM 5.7 billion in losses in 1993. This gives rise to question about the RM10.1 billion losses in  1992 or even a total loss of up to RM30 billion as former Bank Negara senior officer Dr Rosli Yakcop who had  worked under Tan Sri Nor had estimated.
Why go after Soros, it's Nor who must come clean

Projek kawalan udara: KEADILAN persoal hubungan Enav-Selex

KUALA LUMPUR 8 Oktober: KEADILAN bimbang hubungan niaga antara Enav S.p.A, perunding lantikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi projek Air Traffic Modernization System (ATMOP) dengan Selex Sistemi Integrati (Selex) mencetuskan konflik kepentingan.
Perkara tersebut disuarakan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, DCA pada 3 Oktober lalu menganugerahkan surat tawaran kepada Enav sebagai perunding untuk tingkatkan tahap komunikasi pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitar.
“Dalam kenyataan media 11 Mei 2009, Enav dan Selex (umumkan) kerjasama untuk tembusi pasaran antarabangsa dalam perkhidmatan kawalan trafik udara.
“Klausa 29.1 surat perjanjian DVA dan Enav nyatakan perunding perlu patuhi undang-undang negara termasuk dalam soal perolehan.

Salahuddin : ‘Saya sedia debat dengan individu bertanggungjawab’


KUALA LUMPUR: "Saya tidak mahu layan cabaran debat dengan beliau, saya hanya bersedia berdebat jika dengan individu yang bertanggungjawab isu-isu dalam negeri.

"Dalam soal ini hanya Menteri Besar sahaja yang layak serta mempunyai segala jawapan berhubung dengan pembangunan projek Rapid itu," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika ditanya tentang debat dengan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau mengulangi kesediaan untuk bertemu dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berhubung dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).

Bercakap pada sidang media di Parlimen, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut memberitahu satu surat rasmi akan dihantar dalam masa terdekat kepada Abdul Ghani berhubung perkara tersebut.

Sesi Soalan RCI PATI DAP Kota Kinabalu

Hukum WARDEN Penjara Tak Solat JUMAAT Sebab Jaga BANDUAN - Ustaz Azhar Idrus

Suami Panas BARAN Pukul Barang - Ustaz Azhar Idrus

Sokong Parti ISLAM Masuk Syurga ? - Ustaz Azhar Idrus

Bawa BAYI Pakai Pampers Masuk SURAU - Ustaz Azhar Idrus

SAF Kanak-Kanak Belum BALIGH - Ustaz Azhar Idrus

Tourist influx causes discontent in Hong Kong

Banjir makin teruk, penduduk berang DBKL bina pangsapuri

PR : Kami tidak kenal George Soros

Court postpones RM100mil suit against PKR duo

Egyptians begin to grade Morsi

Peringkat Jawatankuasa RUU Perubatan Tradisional 2012

Today in History for October 8th

Perbahasan RUU Hakmilik Strata - PKR Gombak 1

Ustaz Mohamad Daud Iraqi | KuliahJumaat 05 Okt 2012

TGNA | KuliahJumaat 5 Okt 2012

Sesi Soalan - Duta Khas - PKR Batu

Sesi Soalan - Bayaran Pampasan - DAP Batu Gajah

Perbahasan RUU Perubatan Tradisional - PKR Kuala Kedah

Perbahasan RUU Perubatan Tradisional - PKR Gopeng

Perbahasan RUU Perubatan Tradisional - DAP Teluk Intan

Perbahasan RUU Pengurusan Strata - PKR PJS

Perbahasan RUU Pengurusan Strata - PAS Bukit Gantang

Perbahasan RUU Pengurusan Strata - DAP Seputeh

Perbahasan RUU Hakmilik Strata - PKR Gombak 2

Penggulungan RUU Perubatan Tradisional - 2

Penggulungan RUU Perubatan Tradisional - 1

Penggulungan RUU Hakmilik Strata

Perbahasan Usul 18(1) - Innocence Of Muslim - PKR Permatang Pauh

Perbahasan Usul 18(1) - Innocence Of Muslim - PAS Marang

Perbahasan Usul 18(1) - Innocence Of Muslim - PAS Kubang Kerian

Perbahasan Usul 18(1) - Innocence Of Muslim - DAP Bagan

Penggulungan RUU Perubatan Tradisional 2012 - 2

Penggulungan RUU Perubatan Tradisional 2012 - 1

Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 - PAS Padang Terap

Pbhsn RUU Perubatan Tradisional 2012 - DAP Kota Melaka 2

MB : Kutipan Hutang Talam Dikembali Untuk Pembangunan Rakyat

Kuala Selangor Akan Punyai 'Starbucks', Bazaar Tekstil Ala Jalan Tunku Abdul Rahman

Hasil Kutipan Hutang Talam Disalurkan kembali Untuk Pembangunan Rakyat Selangor

'Faekah harus dipecat'

Dato Seri Anwar Ibrahim - Jelajah Merdeka Rakyat. Bota Perak

Sudahlaaaa Hisham.. Koo yang kentut buat-buat tutup hidung kata busuk....

Perkauman: Hisham seperti pencuri menjerit pencuri

KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan tindakan pembangkang yang menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini seperti pencuri menjerit pencuri.
“Hakikat yang berlaku Umno dan rakan sejawat mereka yang sering memainkan isu ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Buktinya, kata beliau kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang membangkitkan kenyataan bahawa India dan Cina adalah kaum pendatang.

Selain itu, ujarnya bekas Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Nasir Safar dalam seminar 1Malaysia di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka telah menimbulkan isu perkauman iaitu orang Cina dan India sekarang kekal sebagai pendatang di bumi Malaysia.

Justeru, katanya Hishammuddin jangan pura-pura tidak tahu.

Menurutnya, sekarang guru-guru dipanggil dengan diberi taklimat keselamatan, isinya penuh dengan menanamkan perasaan kebencian kepada Pakatan Rakyat, kononnya jikalau BN kalah negara tidak tenteram.

Katanya, bukankah pemimpin Umno dan MCA yang bersikap lidah bercabang yang memainkan isu perkauman dan agama.

STOP THE THEATRICS: M'sia has become CORRUPT TO THE CORE under BN

STOP THE THEATRICS: M'sia has become CORRUPT TO THE CORE under BN
It was so kind of Prime Minister Najib Razak to contribute RM1 million to the Vienna-based International Anti-Corruption Academy (IACA). But to some critics, this move was just to “pull wool over the people’s eyes”.
To the critics, corruption must first be mopped up at home. They feel that some local NGOs deserve the money more when they are making serious efforts to rein in corruption in the country.
There is certainly something wrong when a leader blames everyone else and yet does not observe the corrupt behaviour of his own team.
The people’s perception is that there is a mass-scale corruption at all levels in the country. The people cannot anymore be oblivious to the effects of corruption, as its impacts have become obvious on their everyday life.
Corrupt to the core
People are leaving the Barisan coalition and their reason, among others, is that they just cannot tolerate the level of corruption in the government anymore. Their view seems to be that the government of today is corrupt to the core.
This opinion has hurt Barisan most in the past 30 years – right from the day Mahathir Muhamad took over as prime minister.
Corruption is today seen as corroding the country.  The people see the abuse of power by leaders more for their personal advantage. This is disconcerting the minds of voters who depend on the integrity of people in a position of authority.
Looking at the Corruption Perceptions Index of 2011, Malaysia ranked number 60 out of 183 countries with a score of 4.3/10 (hovering at 4 to 5 in the past 10 years).
The country’s one time partner – Singapore that left Malaysia in 1965 – was ranked number 5 with a score of 9.2/10 (hovering at 9 to 9.5 in the past 10 years).
Singapore’s success

Kenaikan harga minyak untuk elak kolestrol?


Saya terasa bagikan kurang percaya membaca ulasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr AWang Adek Hussein di dalam Sinar Harian hari ini, 8 Oktober 2012 semasa mengulas isu kenaikan harga gula.

Di dalam kenyataan beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok, beliau menyatakan bahawa masyarakat harus memandang positif kenaikan harga gula yang diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2013  baru-baru ini.

Menurut Awang Adek, kenaikan tersebut bertujuan untuk mengelakkan rakyat sakit akibat mengambil gula yang berlebihan.

Pada mulanya, saya menyangkakan barangkali kenyataan beliau telah tersalah lapor memandangkan agak mustahil seorang Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan sebegini dangkal.
Tetapi mengingat rekod beliau yang pernah ditabalkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan satu ketika dahulu, beliau pada hemat saya bukannya seorang yang cermat dalam mengatur gerak politik.

Sehingga hari ini, saya percaya, pertabalan beliau sebagai bakal Menteri Besar Kelantan satu ketika dahulu hanyalah untuk menyekatnya dari naik.