Ahad, 7 Oktober 2012

SAMI SOKONG TOK GURU, MALUNYA TOK IMAM HINA TOK GURU


Sami di Wat Siam di Kelantan menyokong dan menghormati Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malangnya ramai Tok-Tok Imam membenci malah menghina Tok Guru. Pelik ........orang belum Islam suka Tok Guru, Orang yang Islam sejak lahir tolak Tok Guru.

FB Tok Guru melaporkan bahawa 
Ketua Sami Buddha Tumpat II, Phrak Khru Vithat Thammarat (Gambar) dari Wat Machimaran berkata, kalau tidak ada duit macam mana hendak buat jalan.

“Jadi kita pakat buat baik sebelum mati. Buat baik boleh balasan baik dan buat jahat boleh balasan jahat. Oleh itu kita kena pakat buat baik, tanya mahaguru kita (Tok Guru Nik Aziz).



“Jangan cakap banyak kalau tidak ada isi tak guna juga. Macam mahaguru kita tidak cakap banyak sebab dia ada isi,” katanya pada ucapan mewakili wat-wat Siam di majlis penyerahan sumbangan bagi dana pembinaan lebuh raya rakyat di Wat Machimaran di sini.

Sama-sama kita renung dan fikirkan ..............

Former aide: Assad planning escape to Russia

Ada Orang Umno Mahu Aniayakan Ali Rustam..???

Oleh Mohd Sayuti Omar
Saya baru mendapat panggilan telefon dari seorang rakan di Melaka. Dia mengakui hadir pada majlis kenduri Ketua Menteri Mohd Ali Rustam. Menurutnya majlis itu tidaklah sebesar mana yang dihebuhkan. Sesuai dengan kedudukan dia sebagai KM. Dikira okeylah...


Tetapi katanya kenapa kenduri itu menjadi isu dan hebohkan kerana ia ada agenda lain. Waktu ini katanya orang marah kepada ketua angakatan muda Keadilan, Shamsul Md Akin kerana mempesarkan isu kenduri itu. Katanya apa dolakukan dilakukan Shamsul itu hanya sebahagian saja tetapi ada lagi perkara yang orang tidak tahu.

Beliau yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa sebuah bahagian mengatakan orang Umno sendiri suka kalau isu kenduri itu disebar luaskan. Bahankan idea agar kenduri itu dibawa ke SPRM dan Ali disiasat merupakan idea orang Umno sendiri. Kata kawan itu ada orang Umno mahu mengkhianati Ali.

Jalan sukar melawan perkauman

Oleh Zulhabri Supian
Melawan perkauman bukan hal mudah lagi-lagi di negara ini yang sudah mendarah daging. Kita sering berusaha untuk lari namun sering digagalkan di meja makan bila bersama keluarga atau di hari perayaan besar.
Hal ini berlaku di kalangan anak semua bangsa, baik Melayu, Cina, India dan lainnya.


Oleh kerana berkecimpung di dalam dunia aktivisme selain dunia nyata (perniagaan), saya pernah menulis tentang peri pentingnya melawan perkauman di kalangan mereka yang mendakwa sebagai pejuang melawan perkauman. Ini bukan hal yang sengaja diada-adakan melainkan memang ada dan tanpa sedar dinafikan dan diberikan pelbagai alasan oleh si pelaku, aktivis anti-perkauman yang perkauman.
Dibesarkan di dalam dua dunia yang satunya penuh dengan wacana Melayu dan musuh-musuhnya dan satunya lagi, bangsa Malaysia dan kebersamaannya memberikan dimensi yang pelbagai di dalam menyikapi hal-hal yang berlaku di sekeliling.

Menilai tahap kepercayaan rakyat terhadap pemimpin politik

Oleh Markus Lim
Sebut sahaja mengenai pemimpin politik, akan kedengaran kesangsian dan persepsi negatif masyarakat awam terhadap mereka.
Jika anda berpeluang untuk mengadakan tinjauan pendapat mengenai pemimpin politik, kesudahannya tidak banyak berbeza.


Situasi ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, malah sudah dijangka. Umum maklum bahawa pemimpin politik bukan calang-calang individu biasa. Mereka dilihat mempunyai kemahiran luar biasa iaitu berpolitik!
Dalam dunia politik, apa yang benar tidak semestinya begitu. Malah, dunia politik penuh dengan kepura-puraan. Disebabkan sifat kepura-puraan itu juga, ramai pemimpin politik yang bersih dan ikhlas tidak dapat bertahan lama.
Terdapat beberapa jenis pemimpin politik di negara kita. Ada yang berfikiran terbuka, ada yang berfikiran sempit dan tidak kurang juga yang hanya menjadi pak turut yakni sekadar mengiakan apa yang diperkatakan oleh pemimpin tertinggi mereka.
Di satu pihak lagi, lahir pemimpin-pemimpin politik yang berkarisma, dinamik dan mempunyai pendiriannya yang tersendiri. Pemimpin jenis ini tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka biarpun menyedari tindakan itu mungkin membahayakan kerjayanya.
Malangnya, bilangan pemimpin sedemikian hanyalah kumpulan minoriti.

Berita Yang Digelapkan Oleh Arus Perdana - Gi ni rupa mu zahid....!!!



Gambar yang dipadamkan dari diterbit di semua media cetak arus perdana berbahasa Melayu/Inggeris milik dan kawalan UMNO tetapi telah diterbitkan disalah sebuah akhbar berbahasa Cina.

Gambar dimana Ahmad Zahid Hamidi Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden Kanan UMNO telah dirakam sedang memeluk erat, mesra dan manja dengan seorang wanita yang dipercayai seorang pegawai tentera dari negara luar.

Cukup lebar senyuman kedua mereka.

Apakah ini caranya UMNO dengan anutan Islam Wassatiyah menyambut tetamu wanita dari luar negara?

Dulu sekadar berjabat tangan.. Kini sudah naik taraf.. Berpelukkan erat bila bertemu muka!!!!

Umno Tingkat Taraf Hidup Bumiputra, Itu Hanya Penipuan.

Selama 50 tahun lebih umno memegang tampuk kuasa memerintah,Bumiputra melaya rupanya berpendapatan dibawah purata pendapatan Isi rumah seluruh negara.

Pendapatan isi rumah Bumiputera di Sabah berjumlah RM2,800, jauh di belakang purata

Purata pendapatan isu rumah rakyat Malaysia di seluruh negara berjumlah RM4,025. manakala kajian mendapati pendapatan isi rumah Bumiputera di seluruh negara adalah hanya sebanyak sebanyak RM3,624 .

Pendapatan Bumiputera Sabah , sebuah negeri yang kaya hasil bumi itu hanya 23 peratus daripada pendapatan purata semua Bumiputera dan 30 peratus dari keseluruhan pendapatan purata rakyat Malaysia 

Sistem AES Kaut Untung, Kita Dibodohkan Atas Alasan Undang-Undang.

Sejak dari awal sistem saman yang diswastakan dikenali sebagai AES diragukan dari perbagai segi. Syarikat yang dilantik sebagai operator sudah pasti mengejar jumlah saman yang tinggi untuk memperoleh komisyen yang tinggi kerana jumlah komisyen dan nilai peratusan meningkat berdasarkan jumlah saman yang dikutip.
 Saman sudah jadi bahan perdagangan yang mengkayakan ‘kroni’ yang memperolehi hak mengendalikan saman tersebut, tanpa memikirkan tekanan hidup yang dilalui rakyat.

Adalah bodoh jika kita menyokong pemasangan sistem AES ini benar untuk kebaikan rakyat, tidak nampakkah kita apa akibatnya jika saman mahu diperdagangkan.
Dalam undang-undang negara ini, kesalahanlalu lintas diguna untuk mengaut keuntungan. semua kesalahan kecil sekali pun budaya saman itu sudah jadi biasa, sehingga kesalahan kecik boleh dilepaskan dengan nasihat atau amaran pun disaman juga
Sepatutnya usaha mendidik pemandu supaya memandu lebih cermat perlu diberi keutamaan, bukan menyaman demi mengorek duit yang ada pada saku rakyat.

Dr Mohd Rumaizuddin - Yusuf Al-Qaradhawi dan Pengaruhnya Kepada ABIM

Perasmian PGU5 0 Sidang Media

Today in History for October 7th

PGU5 0 Ceramah Kemuncak Datuk Lajim Ukim

PGU5 0 Ceramah Kemuncak Tan Sri Kadir

Najib lindung perasuah besar?


KUALA LUMPUR 7  OKTOBER: Jika benar-benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak anti rasuah rasuah sepertimana ucapannya dalam Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin, beliau perlu mengambil tindakan terhadap tuduhan rasuah besar terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail.
Apapun sehingga kini, pentadbirannya gagal membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Najib perlu mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Ia berikutan dakwaan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).

PPKB Bantu Hampir 2,000 Isi Rumah Miskin Subang Jaya



SUBANG JAYA, 7 OKT :  Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM 300,000 dalam empat tahun bagi menjayakan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) bagi kawasan di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Dalam tempoh tersebut, seramai 1,920 keluarga atau isi rumah dari kalangan miskin mendapat manfaat daripada program berkenaan yang melibatkan sumbangan wang dan barangan keperluan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, PPKB adalah salah satu usaha membasmi kemiskinan yang digerakkan MPSJ di kawasan bandar melibatkan keluarga miskin seperti ibu tunggal, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).
Bagaimanapun, katanya, kumpulan terlibat harus dibela tidak sekadar dari segi kebajikan tetapi diberikan bimbingan supaya dapat berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.
“Bukan sahaja kebajikan kita beri tetapi kita berikan bimbingan untuk memupuk kemahiran dan keupayaan supaya mereka dapat meningkatkan jati diri melalui usaha perkhidmatan dan penjualan.
“Saya sangat tertarik dalam usaha yang dilakukan MPSJ dan Ahli Majlisnya.

Latest Hisham & Utusan spin: Christians voting for PR, so Muslims must vote UMNO

Latest Hisham & Utusan spin: Christians voting for PR, so Muslims must vote UMNO Umno leaders and its newspaper, Utusan Malaysia, have ramped up attacks against DAP secretary-general Lim Guan Eng for allegedly asking Christians to stand up against injustice.
The Penang chief minister reportedly told 300 church leaders this past week that Christians should not stay silent if they were faced with wrongdoings.
Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein said today the opposition was becoming desperate and resorting to harping on religious and racial issues ahead of the coming general election.
Speaking to reporters at the Taman Seri Lambak health tour carnival launch of the 1 Malaysia clinic at the housing estate here today, the home minister said the opposition was taking this tack as it was losing support from the people.
“When they meet Christians, they (the opposition) say like this... but when they meet with Muslims and Buddhists, they say like that. They predict the general election will be held soon so they think they can shore up support by inciting racial and religious issues,” he said.
Utusan: Watch out, Guan Eng talking to Christians!

Politics in Malaysia is the MOST PROFITABLE business

I am sure most Malaysians will agree with Prime Minister Najib Abdul Razak in a recent speech that there is more to corruption than government abuses. What more is not conjecture as much of it is in the public domain.
Surely it must be evident from the various writings in Malaysiakini, CPI and other weblogs unless someone is so out of touch with the present reality and fails to recognise the angst and anger of many civic-minded Malaysians who see their country sliding down the slippery slope.
Politics in Malaysia is the MOST PROFITABLE businessIt is true what Najib said that “What is often neglected, however, is the fact that corruption and corrupt behaviour is entangled deep with the moral fabric of all societies."
He went on to say, “It is critical, therefore, people in positions of power and authority to exemplify the values they wish their constituents would follow”.
But does Najib believe what he says?
And more importantly where is the walk besides the talk?
All we have seen seems to be in the contrary. We are wont to ask, “Where is the example from the people in positions of power and authority?”
Instead many blame successive BN administrations for the decrepit moral state of their country because of corruption and abuses of power, which Najib admits implicitly. And Najib has yet to shake off the ghost of Altantuya Shaaribuu whose murder still leaves the public with the question: “Who ordered the killing?”
The incumbent government has much to answer for its failure to inspire the rest of the nation to higher moral conduct when it fails to apply the rule of law objectively across the board and involves its politicians and proxies in unbecoming acts such as the publishing of ‘dirty videos’ and other acts of political subterfuge.
If inspiring is too much to ask, Najib will sound more convincing if he can stop his government from picking on Malaysians whose only crime is they want to see the greed he describes and the obsession with profit diminished.
Excuses, excuses

Undi-Soros: MB Selangor sangkal Mahathir



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim KUALA SELANGOR - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat) dalam pilihan raya umum boleh disifatkan sebagai undi kepada George Soros, spekulator matawang.
  
"Saya percaya tiada yang kenal dengan Soros dan anggota parti khususnya sudah matang, dan matang menilai kenyataan seumpama itu," kata Khalid yang juga Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor.
  
Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.
  
Dalam pada itu, semasa berucap pada perasmian Mesyuarat Agung PKR Cabang Kuala Selangor 2012 di Ijok, dekat sini, Khalid mengakui masih ada anggota parti itu yang memperlekeh parti dan meragui Pakatan Rakyat - gabungan kerjasama PAS, DAP dan PKR. 
  
"Saya akui masih ada ahli yang sanggup 'makan' dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri.
  
"Sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamat parti," katanya. - Bernama

Jangan Main Kotor : BN sedia hadapi perlawanan sengit di PRU-13, kata pemimpin muda

Wee berkata sokongan terhadap Najib masih perlu ditukarkan kepada undi untuk BN. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 7 Okt ― Memenangi mandat besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan lebih sukar ekoran perubahan sikap dan pengurangan sokongan terutamanya daripada golongan muda di negeri pentadbiran Pakatan Rakyat (PR), kata beberapa pemimpin muda Barisan Nasional (BN). Mereka berkata sebegitu bagi mengulas harapan pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu mendapatkan mandat yang lebih kuat bagi terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Ketua Pemuda Umno Putrajaya, Datuk Zaki Zahid berkata manakala kaji selidik beberapa menunjukkan BN mendahului, sokongan kepada kerajaan adalah antara “kuat” dan “tidak begitu kuat”.
“Satu kajian baru-baru ini dilakukan oleh pemimpin muda kami, termasuk (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin mendapati bahawa sokongan di kalangan belia berkurangan. Saya akan kata kami akan menang dengan mandat baik, tetapi untuk meraih mandat ‘kuat’ kenalah bekerja keras,” kata Zaki kepada The Malaysian Insider.

NO, Dr M - a vote for PR is a vote against YOU, nothing to do with Soros : EVIL SPINNING

WHEN I was away, Malaysiakini was busy trying to legitimise their receiving money from George Soros because I invited him to join the campaign to make war a crime.
NO, Dr M - a vote for PR is a vote against YOU, nothing to do with Soros : EVIL SPINNINGReceiving money from Soros and an invitation to make war a crime are two different things. In no way can one justify the other.
I only wrote to Soros after he admitted that I was not wrong in my criticisms of currency trading. Some people may remember that he said I was a menace to my country. By saying that the currency control Malaysia imposed to counter the effects of currency trading was the right thing to do, he was clearly admitting that I was right and was, therefore, not a menace to my country. Obviously, I would not have anything to do with him if he had continued to regard me as a menace to my country.
My letter inviting him to join the campaign to make war a crime was prompted by his financing of the campaign to prevent president George W. Bush from winning a second term. Bush is a warmonger and is responsible for the deaths of hundreds of thousands of Iraqis and 6,000 American soldiers in the war against Iraq.
I thought Soros' opposition to Bush was because he did not like war. But he replied to my invitation to work towards making war a crime by explaining that people had been fighting wars for 7,000 years and, therefore, war is a means of settling conflicts. Malaysiakini is quite right in surmising that his answer was in the negative. I was not surprised. Obviously, he was not against killing people in war. Nor I presume did he care for the massive destruction and sufferings caused by war.

Boleh percaya ke Mahathir benci Soros?


KUALA LUMPUR: Jenis yang hari ini maki hamun dan esok dengan mudah cakap lain pula tidak boleh dipercayai dakwaannya.

(Mahathir dan Soros)

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menolak apa yang disifatkannya sebagai 'histeria' terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Presiden Umno itu hari ini dilaporkan mendakwa, undi kepada Pakatan Rakyat (PR) sama seperti mengundi George Soros dan penjajahan semula.

"Tak boleh pakai, tak boleh percaya cakap dia. Dulu masa krisis kewangan 1997/1998, garang sungguh dia maki hamun Soros. Penyangaklah, macam-macam dia kata dan pada masa itu ramailah yang percaya.

"Tetapi pada tahun 2006, portal berita berkaitan MCA sendiri yang laporkan Dr Mahathir kata dia terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan itu.

"Saya ulangi, portal berita berkaitan MCA dan bukan Malaysiakini yang Dr Mahathir tuduh dibiayai Soros," kata Mohamad sambil menyindir.

Beliau berkata, memang itu sifat lumrah Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya.

Dr Asri : Semua Pihak Harus Diberi Peluang Sama Rata Untuk Wadah Politik


SHAH ALAM, 7 OKT : Politik matang di Malaysia hanya boleh dicapai sekiranya kerajaan memerintah memberikan peluang sama rata kepada semua pihak untuk menerangkan wadah mereka.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, politik yang matang hanya akan wujud jika masyarakat diberikan peluang untuk membuat penilaian secara adil dan saksama.
Beliau berkata, walaupun fahaman politik itu sama sekali berbeza, namun rakyat perlu diberi ruang untuk membuat penilaian secara matang dan memahami hujah semua pihak.
“Kepimpinan dan media perlu memberi ruang kepada semua pihak untuk kemukakan hujah dan bukan hanya terhad kepada satu pihak sahaja.
“Sebagai contoh, masyarakat kampung tiada rujukan selain televisyen (media perdana) sahaja. Bagaimana hendak buat penilaian yang adil?

Suami Tak Suka PAKAI Jubah - Ustaz Azhar Idrus

Mas KAHWIN Al Quran ? - Ustaz Azhar Idrus

Hukum LELAKI & Perempuan Pakai CINCIN Besi - Ustaz Azhar Idrus

Royalti Minyak - Husam bandingkan Kelantan dengan Brunei

Is a Turkey-Syria conflict inevitable?

Anwar Ibrahim: Kenapa Najib Marah Saya Jumpa Peguam Perancis?

PGU5 0 Ceramah Kemuncak Datuk Omar Abu Bakar

PGU5 0 Ceramah Kemuncak Ucapan Ahmad Amzad

PGU5 0 Ceramah Kemuncak YB Haji Wahid Endut

PGU5 0 Ceramah Mohamad Sabu

PGU 5 : Tengku Paduka suntik semangat baru rakyat Terengganu



(Tengku Paduka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)


JABI (Setiu): Penyertaan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Himpunan kebangkitan rakyat,  PAS Ganti Umno (PGU - 5) telah memberi semangat baru kepada rakyat Terengganu.

Kalau selama ini PAS agak bermasalah dengan penduduk kampung dan luar bandar, penyertaan Tengku Paduka memberi suntikan baru kepada rakyat, kata Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Rakyat Terengganu dikejutkan apabila Tengku Paduka telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz dengan disaksikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semalam.

Kemasukkan beliau bersama 2 lagi tokoh anak Terengganu kedalam PAS menyemarakkan lagi peluang PAS/PR merampas kembali Terengganu dari tangan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.

Adalah diangfarkan kehadiran orang ramai pada PGU 5.0 kali ini melebihi 60 ribu orang bermula pagi semalam hingga malam tadi.

Ganu Kite : 36 pelatih PLKN Kem Cenderawasih Cador gaduh


ACP-K-Manoharan KUALA TERENGGANU - Gara-gara dituduh memecah masuk lokar rakan, dua kumpulan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seramai 36 orang bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Pengkalan Berangan, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian tersebut berpunca apabila satu kumpulan pelatih menuduh ahli kumpulan lain mencuri barang, sehingga menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan kedua-dua kumpulan berkenaan.

“Kumpulan berkenaan seramai 27 orang kemudiannya bertindak menyerang kumpulan satu lagi yang terdiri daripada sembilan orang dan ada daripadanya bersenjatakan kayu, hingga menyebabkan kecederaan.

Faekah Husin ‘akur nasihat pemimpin PKR’


SPRM sedang teliti isu surat sokongan Faekah PETALING JAYA – Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, beliau tidak akan mengulas lagi isu berkenaan kenyataan menyentuh kedudukan Menteri Besar Selangor itu jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Katanya, beliau “akur” dengan teguran kepimpinan PKR agar tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.
“Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.
“Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Sendiri Buat : Pakatan timbul isu agama, kaum demi politik - Hisham

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan pembangkang yang semakin kerap menggembar-gemburkan isu agama dan perkauman sejak akhir-akhir ini adalah semata-mata atas kepentingan politik mereka terutama apabila pilihan raya umum semakin dekat.
"Setiap kali (semakin dekat) pilihan raya umum atau kecil, mereka akan menimbulkan isu-isu sedemikian, katanya kepada pemberita selepas Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti dan perasmian Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, di Kluang, hari ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan itu jelas semata-mata atas kepentingan politik mereka.

Terbongkar – Penyelewengan laporan audit dalam pembelian kapal selam Scorpene

Terbongkar – Penyelewengan laporan audit dalam pembelian kapal selam Scorpene

KUALA LUMPUR  :  Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kontrak perolehan kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi dan alat ketenteraan lain, tidak dikemuka untuk tujuan pengauditan.
“Ia tidak terkandung dalam laporan yang dikemuka Jabatan Ketua Audit Negara.
“Tugas Jabatan Ketua Audit Negara bukan menyiasat penyelewengan, tetapi menegur sekiranya perolehan tidak mengikut prosedur sepatutnya.
“JKAN, pertama akan mengaudit secara random apa yang dilapor kepada mereka. Dalam isu pembelian Scorpene, cara membuat pembayaran tidak dikemuka dalam penelitian audit. Sepatutnya penelitian ini dibuat oleh SPRM,” ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendesak semua pihak ‘harus menerima jawapan kerajaan’ mengenai isu itu seperti dijelaskan dalam laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
Azan dalam pada itu mengesyaki laporan audit sengaja lewat dikemuka ke parlimen, sebagai usaha untuk melindungi sesuatu.

GST untuk Rosmah Mansor beli Cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan shopping kat Milan

GST untuk Rosmah Mansor beli Cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan shopping kat Milan
Di satu pihak kita ada pendapatan. Datang nya dari segala macam cukai, dividend dari pelaburan, sumbangan dari syarikat milik kerajaan seperti Petronas dsb. Sebahagian besar juga datang dari hutang. Kerajaan pun hutang jugak. Macam pelajar yang ambil PTPTN. Beza nya, mahkamah tak kejar kerajaan. Tidak ada hukuman.
Kalau mahkamah yang dikuasai oleh UMNO/BN takkan kejar mereka, apa perlu kita buat. KITA rakyatlag yang kejar dan hukum mereka dengan menggantikan UMNO/BN di Putrajaya dan sebanyak mungkin kerajaan negeri. Ajor dan kejor dia yop!
Macam mana nak tingkat kan pendapatan? Naikkan cukai. Naikkan sumbangan daripada GLC dan pelaburan. Kita urus dari sudut pendapatan. Luaskan base cukai. Cukai semua orang seperti melaksanakan GST. Najib dah hint hint nak kasi GST. Mampuh kita semua. Orang atas pas pas kebawah kos dan ahkirnya, orang bawahan, rakyat miskin bayar cukai tinggi untuk menampung kehidupan kebangsawanan Najib dan geng2 dia. Setiap malam Kak Ros parti2 dan nyanyi atus pentas. Nari2 dengan Raja Shahrizal dan Mahathir Lokman.

Rafizi exposed another scandal of Najib -Petronas and EPF


Rafizi exposed another scandal of Najib -Petronas and EPF
By Kuek Ser Kuang Keng
Transparency lacking Since Najib Abdul Razak took over the premiership in 2009, the national oil and gas company Petronas has been instructed to move its overseas investment into the domestic market to benefit his cronies and prop up economic growth, claimed PKR director of strategy Rafizi Ramli.
Describing it as a “shortcut to benefit cronies”, Rafizi said this has disrupted Petronas’ strategy which has been in place for the past 20 years to build up Malaysian international oil reserves to ensure sustainable petroleum income for the nation.

Jenayah Makin Merosot : Pencuri pecah masuk kediaman MB N Sembilan

Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk dalam satu kejadian pagi ini.
Ketika dihubungi, Saiful Azly mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10 pagi ini.
Satu set televisyen dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu, katanya.
Katanya lagi, polis setakat ini bagaimanapun belum menahan mana-mana suspek.

PRU13: Pemuda Pas Pusat yakin pertahan Beserah


 PRU13: Pemuda Pas Pusat yakin pertahan Beserah
Nasarudin bersama sebahagian pemuda Pas yang menghadiri Jambori Amal selepas majlis perasmian.
 
KUANTAN – Pemuda Pas yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah kekal milik Pas, namun pihaknya tidak memandang ringan kepada Umno yang mungkin meletakkan calon terbaik untuk merampas kawasan itu.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasarudin Hassan Tantawi berkata, Pemuda Pas berusaha memastikan kawasan itu masih ‘kepunyaan’ parti itu dengan meletakkan ahlinya dalam keadaan bersiap sedia menghadapi kemungkinan.

“Kita tidak memandang ringan kepada parti lawan tetapi tidak juga ‘over confident’ kerana percaya ada saingan di Dun ini,” katanya selepas merasmikan Jambori Amal ke-19 Pemuda Pas.





LENSA : HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PGU5, PAS GANTI UMNO DI JABI, SETIU, TERENGGANU


Najib terbang lagi ke Sabah, petanda BN dalam bahaya


Buat kali kelima tahun ini, Perdana Menteri, Najib akan sekali lagi melawat Sabah selama dua hari, satu lagi bukti bahawa pergolakan politik dalaman Barisan Nasional (BN) negeri semakin serius sejak akhir-akhir ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sebentar tadi, Najib dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober, lawatan selama dua hari Najib sebagai apa yang disifatkan "penderitaan kehilangan kredibiliti dan kehilangan aura seorang pemimpin yang lemah".


Dia akan disambut Ketua Menteri yang semakin hilang sokongan, Musa Aman, Naib Presiden Umno-APCO yang mengintai jawatan Musa, Shafie Apdal dan pemimpin parti komponen BN negeri lain seperti Joseph Pairin Kitingan dan Bernard Dompok.

Budget 2013: Quit political fiction, adopt market principles

Watching public debate for budget between BN and Pakatan is just another political play.

By Medecci Lineil

Another federal budget is now in progress. This time is for next year 2013 and that begins on Jan 1, 2013
Prime Minister Najib Tun Razak submitted a proposed fiscal year 2013 Budget of RM251 billion to Dewan Rakyat on Sept 28, 2012. Pakatan Rakyat announced their shadow budget of RM234 billion two days before Friday in Parliament.
Watching public debate for budget between BN and Pakatan is just another political play. Dispute on figures, numbers and financial practises and that alone can never be settled as long as they are called politician.
They trumping the other guy’s proposal and each side attempting to gain political advantage. But in the end, what happens?
Back to the budget, if I were a lawmaker in the Parliament, I would vote against both budgets for unbalanced, fiscally irresponsible, immoral budget and mostly put Malaysia in disaster path toward a welfare state.
These are Keynesian big budget. People love Keynesianism because Keynes loves government spending, I know.
Look around you, RM400 million under 1Azam programme to benefit 58,330, RM2 billion for Green Technology Financing Scheme Fund, RM3 billion for BR1M 2.0 to benefit 4.3 million households and 2.7 million unmarried individuals.
Meanwhile, Pakatan Rakyat’s budget allocated RM2.8 billion annually for 2.8 million senior citizens above 60 years old and increasing welfare payment to RM550 per month which they claim this policy immediately frees 84,000 families from abject poverty.
Sounds like Keynesian enough? For your information, Keynesianism is a philosophy of creative government spending and endless government intervention.
Revise and reverse the ideas

Panetta: Syria Clash With Turkey May Escalate

Adam Adli - I Love Activism !!!...

Paris : Ucaptama “Does The Arab Spring Have The Potential To Become A Muslim Spring?”

 Dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Association of Muslim Social Scientists (AMSS) UK.

Saya dengan rendah diri telah memenuhi jemputan ke acara anjuran Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advance Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama Association of Muslim Social Scientists (AMSS) UK baru – baru ini bagi menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat AMSS, disamping menyampaikan ucaptama, “Does The Arab Spring Have The Potential To Become A Muslim Spring?” di Sorbonne, Paris.
Di dalam ucaptama tersebut, saya ungkapkan bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Timur Tengah adalah satu bentuk kelahiran semula demokrasi di rantau itu. Kelahiran ini telah menjatuhkan regim diktator yang sarat dengan penindasan dan autokrasi, yang menyekat kebebasan dan menindas rakyat Timur Tengah selama ini.
Lebih penting, apa yang terjadi di Timur Tengah telah mematahkan kesangsian bahawa Islam dan demokrasi tidak selari. Kebangkitan yang berlangsung bukanlah terbit dengan slogan – slogan yang Islami semata – mata, tetapi sebaliknya hasil perjuangan rakyat yang menuntut demokrasi, kebebasan dan keadilan.

Najib to visit Sabah, again..???

Prime Minister Najib Tun Razak will be visiting Sabah next weekend for the fifth time this year. 

KOTA KINABALU: Prime Minister Najib Tun Razak is due to make another visit to Sabah to shore up support for his Barisan Nasional coalition government.
The prime minister’s two-day visit next weekend to what the BN terms its ‘fixed deposit’ state will be his fifth trip to Sabah this year and comes at a time the ruling coalition is suffering a loss of credibility and losing its aura of invincibility.
According to his schedule made available by the Information Department, Najib will fly in on Oct 13 and head straight to Kg Inobong in Penampang to officiate at the groundbreaking of the Native Court building and to declare open a new bridge spanning the Moyog River.
He will then head to Kundasang to attend a meeting with state BN leaders at Kinabalu Park Kundasang where 26th Kinabalu International Climbathon is taking place over the weekend and he will flag off the 658 participants from 28 countries at 7am on Oct 14.
The prime minister will then fly to Kudat by helicopter and go on a walkabout at Kg Ayer within the town limits.
He will then making a flying visit to Tuaran for for a meet-the-people event before returning to Kuala Lumpur at 5pm the same day.

Brothers angered by lack of compensation for land

Being an Umno division chief has been of little benefit to Othman Mohd Yusuf who's been been given the run-around over his land compensation claim. 

KOTA KINABALU: Two brothers here have threatened to sue the state and federal governments for failing to compensate them for land that was expropriated from them more than seven years ago.
The two said the government had no right to delay compensation especially after claiming that they (both governments) were on a sound financial footing and were showing this by disbursing cash handouts to the people via various programmes ahead of looming elections.
Othman and Ahmad Shah Mohd Yussof said they have been given the run-around after knocking on the doors of various government departments to be reimbursed for the loss of two parcels of land together measuring some five acres in Karambunai near here.
The land in question is said to have been taken over by the state and federal governments respectively for the constructions of a water reservoir in Telipok and an access road to a navy base in Sepangar.
Speaking at a news conference arranged by his counsel, Erveana Ansari Ali, Othman said the land had been expropriated in 2005 and 2006.

Skandal PKFZ: Mahathir, Najib wajib hadir ke mahkamah

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib hadir memberi keterangan dalam perbicaraan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kedua-duanya, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak boleh memberi alasan untuk lari daripada undang-undang.
Beliau mengulas keterangan bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai kepentingan peribadi dalam projek itu.
Namun, Fuziah tidak menolak kemungkinan mereka memilih untuk berdiam diri dan tidak hadir dalam perbicaraan.
“Kita perlu ingat ketika kes Fitnah 1 pada tahun 1998, Mahathir juga disapina oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim namun beliau tidak hadir.

Turun petrol: Chua tak tahu beza manifesto, belanjawan..sama mc

KUALA LUMPUR 7 Oktober: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong gagal membezakan manifesto Buku Jingga dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat.
Beliau mengulas kritikan Chua seperti dilapor Malaysiakini semalam, bahawa Pakatan gagal memasukkan janji menurunkan harga petrol dan memansuhkan tol dalam belanjawannya.
Wiliam berkata, belanjawan adalah perancangan sesebuah kerajaan menggunakan wang bagi mentadbir negara dalam jangka masa setahun.
“(Manifesto) Buku Jingga pula janji-janji kita yang akan dilaksanakan dari masa ke masa selepas jadi kerajaan pusat,” katanya kepada Suara Keadilan.
Katanya lagi, perkara paling penting dalam Belanjawan Pakatan adalah mengurangkan defisit negara yang tinggi pada masa ini.
“Ternyata Chua gagal lihat perbezaan ini…dia cuba ambil satu perkara dan masukkannya ke tempat lain,” kata Bendahari KEADILAN itu.
Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat yang dibentangkan Ketua Pembangkang 26 September lalu menyasarkan penurunan defisit kepada 3.5 peratus, berbanding 4.5 peratus pada 2012.

Pemikiran Sengal : Umno dakwa himpunan 3 Nov PR mahu tutup kelebihan Bajet 2013...ketakutan yang amat puak Umno..!!!


Dr Mohd Puad Zarkashi
BATU PAHAT – “Saya berani katakan pembangkang mahu mengalih perhatian rakyat yang gembira dengan Bajet 2013 dengan mengadakan perhimpunan yang baru pada 3 November ini,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, niat sebenar untuk mengadakan perhimpunan itu adalah untuk mengalih perhatian rakyat yang  ketika ini begitu gembira dengan janji yang telah dikotakan oleh pihak kerajaan.

“Jadi mereka menggunakan alasan untuk mengadakan perhimpunan Bersih  pada bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang adil.

PR utamakan karisma, bukan nepotisme


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali KUALA LUMPUR - Pas, salah satu komponen Pakatan Rakyat (PR), menafikan nepotisme menjadi amalan perikatan berusia empat tahun itu sebagaimana digambarkan oleh pesaing politiknya.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, jika pun amalan sedemikian wujud, ia hanya berlaku secara kebetulan dan pihaknya mengutamakan karisma seseorang dalam memperjuangkan dasar parti.

Sehubungan itu kata beliau, pemilihan seseorang pemimpin dalam PR adalah mengikut kriteria yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan tanpa mengira pertalian darah.

"Kita lebih memilih kepada kriteria yang sesuai untuk seseorang itu memegang jawatan, bukan disebabkan dia anak orang itu, atau orang ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Kena Cabai : Mamat ni nak serang Anwar lagi !

DIA DAN GENG TIBAI NYA NAK SERANG ANWAR LAGI !   terutama di kubu kuat Pakatan Rakyat !   Tidak perlu diperkenalkan lagi!  masyarakat umum dah tahu !  Si mamat ini memang seorang manusia angkuh,  kaki  temberang, lidah celupar, dan mulut bau longkang !  Diperingkat awal dulu, beliau bersama Ezam Md Nor, Lokman Nor Adam, Roslan Kasim dan beberapa nama lagi,  ikhlas berjuang bersama DS Anwar dalam PKR, tetapi berpaling tadah kerana lebih pentingkan perut dan habuan.

Oleh kerana merasa diri mereka lebih cerdik dari Anwar, mereka sanggup bernaung semula dibawah Umno sebuah parti yang telah dilebel sebagai parti tong najis !  Oleh kerana setelah melompat dari parti najis,  dan najis di badan tak mampu di bersihkan, maka mereka lebih rela terjun semula kedalam tong najis !  Menjadi khadam dan balaci kepada Najib pun tak apa, janji poket berisi !. 
 
Keceluparan dan kebusukan mulut si mamat ini terserlah apabila beliau pernah mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul ‘Am PAS adalah seorang ulamak  P_ _ _MAK !  Begitulah berani, biadap dan kurang ajarnya mulut cucu Allahyarham Tun Ghafar Baba ini.  Orang jahil pun takkan sanggup berkata begitu,  jadi  sudah tentu beliau telah meletakkan dirinya lebih jahil dari si jahil.

Persidangan IAAC: Najib hanya setakat membaca teks ucapan sahaja ..lansung tak faham ucapan tersebut..!!!

Perbezaan di antara menyalah gunakan kuasa dan rasuah itu seperti ‘omelette’ dan telur dada. Sesiapa yang menggunakan kuasanya memang akhirnya menjadi perasuah. Saya masih tertarik untuk menyebut kembali tentang isu rasuah yang disebut oleh Najib dalam ucapan beliau di persidangan IAAC (International Association of Anti Corruption) beberapa hari yang lalu. Walaupun Najib tidak sesuai orangnya untuk bercakap tentang rasuah, tetapi beliau berhak untuk bercakap kerana bercakap itu adalah kebebasan seseorang manusia walaupun ianya tidak kena pada tempatnya.
Isu rasuah ini merupakan satu isu yang sangat besar untuk kita dan ucapan Najib itu amat menarik kerana beliau begitu faham tentang isu ini. Hanya yang mahir dalam sesuatu bidang itu, termasuk rasuah membolehkan seseorang itu bercakap tentangnya. Hanya seorang yang mahir dalam ilmu tasauf itu yang boleh memberikan gambaran tentang Tuhan dan jalan kepadaNya.

Mulut Jahat : Undi kepada Pakatan seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula, kata Dr M

 ( Mulut Jahat - Bermuka-muka..kawan baik dengan Soros sejak dulu )



KUALA LUMPUR, 7 Okt — Undi kepada Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan adalah undi untuk spekulator mata wang George Soros dan merupakan satu bentuk penjajahan semula, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam rencananya yang diterbitkan New Sunday Times hari ini, Dr Mahathir turut menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat mempunyai ikatan dengan Soros atas nama ‘masyarakat sivil’ serta mendakwa kedua-duanya mempunyai hubungan antara satu sama lain.
“Undi kepada pembangkang adalah undi kepada Soros, seorang saudagar mata wang yang kejam.
“Ia pastinya bukan untuk Malaysia dan kepentingannya. Jika terdapat rakyat Malaysia yang mahu dijajah, itu adalah pilihan mereka sendiri.
“Tapi saya yakin rakyat Malaysia pasti tidak mahu diperkudakan oleh orang asing,” kata Dr Mahathir dalam akhbar yang dikawal Umno tersebut.

Berniat Jahat : Utusan, blog mungkin reka senarai kabinet bayangan

PAS menafikan senarai kabinet bayangan Pakatan Rakyat yang disiarkan Utusan Malaysia dan sebuah blog baru-baru ini.
Ketika menafikan demikian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, senarai itu sengaja direka akhbar atau blog berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti itu dengan PKR dan DAP.

"Tak boleh, PKR atau Pakatan Rakyat tak pernah buat senarai kabinet bayangan. Takkan sama apa yang orang itu fikir dengan apa kita fikir.

"Perancangan (susunan kabinet) ada tapi kita tak boleh bagi tahu lagi sekarang, tunggu lepas kita menang pilihan raya umum kita umum," katanya.

Isu GO-KL: Mogok kedua pemandu teksi


Ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur
Ahli Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur membuat laporan polis berhubung artikel yang disifatkan mereka memburukkan imej pemandu teksi.
 
KUALA LUMPUR - Kenyataan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) di sebuah akhbar berbahasa Inggeris, bahawa perkhidmatan Go-KL tidak mungkin dihentikan mengecewakan pihak Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur, kerana menyifatkan ia sebagai tindakan membelakangkan tuntutan mereka.

Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Bestari Kuala Lumpur, Mohamed Asharaf Yasin  berkata, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan ketika belum ada sebarang kata putus dengan perbincangan yang berlangsung.
Menurutnya, pertemuan pada 2 Oktober lalu juga dijanjikan pertimbangan sembilan perkara yang dinyatakan, namun tiada sebarang keputusan sehingga kini.

Arutchelvan dakwa polis kata Suaram, BERSIH, PSM 'jahat'

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 1Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan mendakwa, polis memberi taklimat mengenai dakwaan "kejahatan" Suaram, BERSIH dan juga parti tersebut dalam satu majlis taklimat mengenai jenayah di sebuah sekolah rendah Tamil di Semenyih.
Arutchelvan yang membuat laporan polis semalam, mendakwa taklimat bersama kira-kira 70 ibu bapa dan anak mereka itu – kebanyakannya berusia 12 tahun ke bawah – dianjurkan oleh Hindu Sangam cawangan kawasan itu dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Semenyih.

"Ibu bapa yang hadir (taklimat) memberitahu kami ada satu persembahan slaid oleh dua pegawai polis – sebahagian daripadanya tentang jenayah tetapi ada juga maklumat tentang Suaram, BERSIH dan PSM," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malaysia Kita : Parti liar siswa diserbu..budaya kebangaan masyarakat kini....!!!

Parti liar siswa diserbu
SERBU... antara remaja ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dipercayai menganjurkan parti liar.
SERBU... antara remaja ditahan dalam serbuan di sebuah rumah kedai yang dipercayai menganjurkan parti liar. 
 
PETALING JAYA: Mengejutkan apabila sekumpulan remaja, termasuk pelajar kolej swasta, berpakat menganjurkan parti liar yang menyajikan dadah dan seks di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Damansara, di sini, yang turut diubahsuai menjadi disko mini, semalam.
Kegiatan mereka terbongkar selepas premis itu diserbu pihak berkuasa awal pagi.
Dalam serbuan jam 3 pagi, 27 lelaki dan lima wanita berusia antara 19 hingga 26 tahun yang kebanyakannya berada dalam keadaan khayal, dicekup.

Serbuan terhadap disko mini yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu dijalankan hasil intipan tiga hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, selepas mendapat maklumat awam mengenai kegiatan tidak bermoral di premis berkenaan.

Sepasukan polis dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menyerbu premis terbabit terpaksa memecahkan jeriji besi pintu utama yang dikunci dari dalam sebelum ke tingkat tiga yang dijadikan ruang untuk berhibur.