Sabtu, 6 Oktober 2012

Modus Operandi UMNO menawan negeri Pakatan Rakyat (2)

BACA DAN SEBAR!
 
Modus Operandi gerakerja UMNO adalah berpunca dari beberapa kelemahan:



Faktor2 kelemahan

Adakah Pakatan Rakyat turut mengalami masalah sama di bawah?

UMNO menyedari budaya feudalisme adalah faktor kelemahan utama. Pakatan Rakyat?

BERSAMBUNG…….

Modus Operandi UMNO menawan negeri Pakatan Rakyat (1)

BACA DAN SEBARKAN!







Pakatan Rakyat's path to Putrajaya (Pokémon Style) - Pt.2

Pakatan Rakyat's path to Putrajaya (Pokémon Style) - Pt.1

Belanjawan populis akibat politik sengit

Belanjawan 2013 yang dibentangkan minggu lalu menepati jangkaan banyak pihak apabila muncul sebagai bajet yang amat populis, meneruskan dan meningkatkan pemberian tunai dan bonus untuk kakitangan perkhidmatan awam.

Hakikat bahawa belanjawan kali ini merupakan satu persediaan menghadapi pilihan raya akan datang telah jelas dan banyak diulas.

Apa yang agak mengejutkan ialah tawaran yang kelihatan tidak berdasarkan perkiraan jangka panjang seperti rebat untuk belia membeli telefon pintar - melalui pembekal terpilih - yang kini lebih banyak berfungsi sebagai aksesori semasa.

Fokus pemerintah pada kali ini, iaitu belia dan kakitangan kerajaan amat jelas, sebagai usaha menarik dan menjamin undi yang selesa daripada golongan ini.

Apa yang turut mengejutkan ialah kekurangan reaksi tegas dan konstruktif terhadap belanjawan populis yang memerlukan belanja besar untuk dilaksanakan daripada pihak bertanggungjawab.

Ekonomi negara dan pembangunan jangka panjang kini terabai akibat persaingan politik sengit sehingga pentadbiran Najib menghasilkan belanjawan populis yang kurang berhemah.

Populisme berlebihan dalam pentadbiran negara tidak menyumbang kepada dasar dan tindakan yang berhemah, yang lebih diperlukan dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, ditambah dengan prospek krisis makanan dan kekurangan sumber.

Di negara jiran, Thailand, hal yang sama telah berlaku dan wajar menjadi pengajaran, apabila populisme yang ekstrem mengancam ekonomi negara.

Lebih empat tahun selepas pilihan raya umum pada Mac, 2008, persaingan politik yang sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dan konsultasi bipartisan yang amat kurang kini menampakkan kesan negatifnya.

Kepentingan ramai dan jangka panjang semakin terjejas akibat persaingan BN-PR yang amat sengit dan lebih kelihatan berlandaskan kepentingan politik kelompok.

Yahudi, Kristian New York 'lawan' iklan kecam Muslim


Defeat Jihad
Kumpulan Yahudi dan Kristian beli ruang iklan untuk melawan iklan “Defeat Jihad” di New York. – Foto ihsan CNN
 
NEW YORK – Tiga kumpulan Yahudi dan Kristian memulakan kempen iklan yang berasingan untuk melawan mesej berbaur kebencian yang dikeluarkan terhadap masyarakat Islam menerusi iklan yang dipaparkan di stesen-stesen kereta api bawah tanah di sini.
Iklan-iklan baru itu bertujuan menggalakkan toleransi agama dan menawarkan sokongan kepada komuniti Muslim.
"Bantu menghentikan kesempitan fikiran terhadap jiran Muslim kita," kata satu iklan.
"Sokong keamanan dalam kata-kata dan juga amalan," sebut satu lagi iklan.

Puad: 30 peratus pelajar terbaik SPM akan ditawar kursus perguruan..?? Yang 10 ribu graduan perguruan menganggur tu apa citer...!!!


puad-zarkashi BATU PAHAT - Pengambilan calon untuk Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan diiklankan mulai tahun depan dan sebaliknya akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar lepasan SPM yang memperolehi keputusan terbaik.
  
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah tersebut adalah usaha bagi meningkatkan kualiti guru selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
  
Sebelum ini, katanya, lepasan SPM yang ingin menjadi guru perlu memohon untuk menduduki ujian kelayakan khas atau M-Test dan akan dipanggil untuk temuduga selepas lulus itu.
  
Bagaimanapun mulai tahun ini, permohonan untuk mengambil ujian M-Test adalah terbuka kepada semua pelajar SPM pada hari terakhir peperiksaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata apabila keputusan peperiksaan SPM keluar nanti, kursus itu akan tawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik.

Sebelum itu, Mohd Puad, yang juga Ahli Parlimen Baru Pahat, menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dan penyampaian cek baikpulih rumah nelayan peringkat Parlimen Batu Pahat di Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Suloh di sini.
  
Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk membantu membaiki 155 buah rumah dari enam kampung nelayan di daerah itu. - Bernama

Salleh ragui kajian Merdeka Center mengenai populariti ketua menteri Sabah

KOTA KINABALU, 6 Okt — Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Center adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.
"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.
Katanya beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.
Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini. — Bernama

Golongan Kurang Berkemampuan Pangsapuri Taman Medan Cahaya Terima Bantuan Kerajaan Selangor



PETALING JAYA, 6 OKT : Seramai 50 penghuni Pangsapuri Taman Medan Cahaya di sini dari kalangan kurang berkemampuan menerima sumbangan Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui DUN Taman Medan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha berkata, ia adalah sumbangan berterusan Kerajaan Negeri kepada golongan ini berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat
Kumpulan sasaran itu yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dikenalipasti menerusi persatuan penduduk.
“Kita akan terus mengenalpasti kumpulan sasaran ini untuk dibantu supaya semua mereka terbela nasibnya,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada penghuni pangsapuri Taman Medan Cahaya di sini hari ini.

Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak

KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.

Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.

Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.

Today in History for October 6th

Kenduri Mega: "Tunggu maklum balas saya,"- Ali Rustam

Perasmian PGU5 0 Ucapan Ust Mohd Puzi Muda

Perasmian PGU5 0 Ucapan Ust Mohd Noor Hamzah

Konvoi Motosikal PGU5

Lensa : Konvoi Mengiringi Tok Guru Nik Aziz Sempena PGU 5 Jabi



















Konvoi mengiringi Tok Guru Nik Aziz sempena Himpunan Pas Ganti Umno ( PGU 5 ) yang diadakan di Pekan Jabi Besut.
Konvoi anjuran ARC Terengganu dengan kerjasama ARC Besut dan Setiu ini bermula dari Dataran Ketara Kg Gerai Jerteh dan berakhir di tapak program di Pekan Jabi.
Ratusan anak muda hadir dengan semangat berkobar kobar tanpa upah sesen pun demi melihat Umno digantikan dengan Pas di Terengganu ini ~ Tinta Hijau DKB

Serang Anak, Ahmad Mazlan tertekan


KUALA LUMPUR: Serangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan terhadap status Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hanyalah isu yang dikitar semula.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata ia bukan isu terbaru yang dimainkan Ahmad, sebaliknya sejak NGO itu ditubuhkan pada Nov 2007.

"Bukan perkara baru.  Setiap kali ada isu kritikal yang mereka tidak punya jawapan atau hujah, mereka kitar semula tentang status Anak," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Enggan mengulas lanjut soal status tersebut, Mazlan berkata Ahmad seharusnya melihat apa yang dibawa Anak itu dalam konteks membawa kebaikan ataupun perubahan kepada peneroka dan semua pihak.

Bangkit: Kenyataan Ahmad Maslan makan diri

Abd Rahman - Bangkit SEREMBAN – “Saya rasa beliau lupa," kata Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit), Abd Rahman Ramli berhubung kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang mendedahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.

Menurut Abd Rahman, kenyataan dibuat Ahmad memberi peluang kepada kepimpinan Anak untuk membidas semula.

“Datuk Ahmad Maslan seakan terlupa bahawa Anak ditubuhkan di bawah parti Pas sendiri. Pertubuhan ini sebenarnya tidak perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jelas sekali nampak kedangkalan beliau mengenai perkara itu. Kenyataan semborononya itu seperti telah memakan diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Sangat kaya dianggap rasuah?

Patutkah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dipinda supaya pihak yang sangat kaya diminta membuktikan kekayaan mereka?

Perkara ini dicadangkan oleh Ketua Transparency International Malaysia Paul Low bagi menangani kelemahan undang-undang yang menyebabkan SPRM terhalang dalam siasatan rasuah melibatkan pemimpin politik.

"Mungkin apa yang terhadap dalam Seksyen 114A Akta Keterangan patut diguna pakai juga dalam Akta SPRM, yang menyebut pihak berkuasa boleh memaksa pihak yang memiliki jumlah kekayaan tidak dapat dijelaskan menunjukkan bagaimana ia diperoleh," katanya ketika dihubungi.

Low memberikan contoh kes yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Syariah melibatkan anak ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir Abdul Taib dan bekas isterinya Shahnaz Abdul Majid.

Shahnaz menuntut mutaah RM400 juta dan aset bersama hasil daripada 19 tahun perkahwinan mereka.

"Bawah undang-undang sedia ada, SPRM tidak boleh buat apa-apa (kepada Bekir), tetapi kekayaannya tidak boleh dijelaskan. Bagaimana dia boleh ada RM800 juta?

"Jika ada perubahan undang-undang, SPRM boleh sepina isterinya untuk memberikan bukti," kata Low.

Lensa : Himpunan PAS GANTI UMNO (PGU 0.5) Setiu.

YAB Tuan Guru Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang memberi ucapan perasmiaan PGU 0.5 PAS Ganti Umno di Pekan Jabi,Setiu dihadapan ribuan umat yang secara sukarela datang tanpa duit poket dan nasi bungkus dari kerajaan negeri....

YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sedang memberi ucapan perasmiaan PGU 0.5 PAS Ganti Umno di Pekan Jabi,Setiu.









Najib merayu untuk peribadi, bukannya untuk UMNO atau BN

Najib merayu lagi. Dalam ucapan beliau di Expo Malaysiaku semalam Najib memohon dari rakyat untuk memberikan beliau mandat untuk meneruskan perjuangan transformasinya dan dengan mandat itu program yang dirancang untuk masa depan negara tidak terganggu.
Persoalannya sekarang apa yang membuatkan beliau terayu-rayu kerana beliau telah dengan bangga dan takburnya memberitahu semua pihak yang UMNO serta BN akan memenangi pilihanraya ini dengan majoriti yang meyakinkan. Beliau selalu berkata yang Pakatan Rakyat tidak ada pengalaman dan adalah terlalu tinggi risikonya jika rakyat memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Najib membuat rayuan ini kerana beliau merasakan yang kali ini merupakan pilihanraya yang paling sengit yang akan di hadapi oleh BN tetapi berlainan seperti yang beliau katakan semalam. Najib selalunya bercakap besar dengan takbur yang keterlaluan. UMNO yang sekarang beliau pimpin telah terlajak jalan terlalu acap, kerana UMNO sebenarnya ibarat orang yang tersesat jalan kerana tidak tahu jalan yang sebenar dan sebaiknya untuk parti itu lalui untuk keluar dari kesesatan itu.
Baru sekarang UMNO menyedari yang rakyat tidak boleh dipermainkan seperti yang selalu mereka lakukan terutamanya setiap pilihanraya datang. Tetapi bak kata perbidalan kita, ‘nasi sudah menjadi bubur’. Tidak usah kita ulangi semuanya itu kerana rakyat sudah pun memahami keadaan sebenarnya. Najib pun faham ‘sequence of events’ dalam politik selepas ini jika di dasarkan kepada apa yang sedang berlaku pada hari ini.

BUDJET 2013 : PERUNTUKAN BINA RUMAH CUMA RM12RIBU SEBUAH...!!!

MAKIN LAMA...MAKIN TERUK MAT NAJIB DI MALUKAN..
MAKIN LAMA...MAKIN RAKYAT KETAWA TGK GINCU MAT NAJIB...
KAKAHKHAKHA

LEPAS 1...SATU SEMUANYA MAU JATUHKAN NAJIB...
MAT SEMBAB DAH READY NAK TAKE OVER...KAHKAHA

KALI NI KANTOI KAT FB...
BUDJET NAJIB SEMUA ANGKANYA TIPU BELAKA..
BUDJET NAJIB SEMUA UTK IKUT SEDAP MULUT SAJA..
BUDJET NAJIB SEMUA MAIN HANTAM SAJA...
KAHKAHAKH

AMAT MEMALUKAN BILA MANA RAKYAT
LEBIH BIJAK DARI MAT NAJIB...