Khamis, 4 Oktober 2012

Syria shells Turkish village

DAP raps 'lazy' Ismail over CCM's apathy

A rock concert reminder from Bersih to gov't

Gerakan royalti minyak Kelantan ke parlimen

Pengerang MP: Rally participants paid RM30 each

Isu Datuk Bandar MBPJ, KSN Membelakangi MB dan Exco Selangor

SHAH ALAM,4 OKT: Kerajaan Negeri menyelar tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang membelakangi Menteri Besar Selangor dan ahli-ahli Exco Kerajaan alam kes pertukaran Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang ditukar secara mengejut baru-baru ini.
Exco Kesihatan. Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, media tempatan melaporkan bahawa kononnya persetujuan untuk pertukaran tersebut dicapai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Pengerang: Konspirasi Ghani, Najib rampas tanah penduduk besar-besaran

PETALING JAYA 4 Oktober: KEADILAN mendedahkan wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor. Menurut Naib Presidennya, Datuk Chua Jui Meng, Ghani dan Najib sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut untuk diagih kepada kroni mereka.
“Berdasarkan pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat kroni.
“Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus.
“Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus menguntungkan mereka dan kroni Umno BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengah hari tadi.
Rapid pada asalnya berminat melabur di Selangor

Pengerang: Peserta datang dengan rela hati


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyangkal tuduhan liar Ahli Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman bahawa perserta Himpunan Hijau membantah projek petrokimia di Pengerang pada 30 September dibayar.

Azalina di dalam perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat hari ini mendakwa mereka yang mengambil bahagian dalam himpunan hijau tempoh hari masing-masing dibayar RM30.

Salahuddin menafikan dakwaan itu dan menyatakan beliau tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membayar setiap peserta himpunan.

Malah beliau percaya, kehadiran peserta ke himpunan hijau tempoh hari kerana kerelaan hati mereka untuk melahirkan solidariti terhadap penduduk Pengerang.

Dah Kantoi : Pakatan dengki dengan kenduri anak saya.....dari percuma jadi lebih 1/2 juta..ha..ha.ha..!!!!



 
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkahwinan 'mega' anak lelakinya.

ali rustamBeliau berkata, perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

"Dia orang ini memang dengki dan tak ada kerja lain, gasak dia oranglah nak buat apa.

"Orang nak datang rumah saya sampai 130,000 sehingga dicatat dalam MBR (Malaysia Book Of Records) apa saya boleh buat, nasib baik anak saya kahwin kalau saya kahwin lagi ramai orang datang.

"Mereka datang pun kerana mereka menyokong BN, tetapi yang bukan penyokong BN pun ramai yang datang," katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh hari ini.

'Dia kahwin dulu berapa belanja?'
Beliau sekali lagi berjenaka apabila ditanya mengenai adakah beliau bercadang untuk mengisytiharkan segala perbelanjaan dalam majlis perkahwinan berkenaan.

Lupus al-Quran di laut

Ceramah Mega - Sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ceramah Mega - Sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya Oleh Anwar Ibrahim

Ceramah Mega - Sempena Konvoi Royalti ke Putrajaya Oleh Abdul Hadi Awang

The New Era of Sustainable Development

30 Hari untuk BN selesaikan bayaran tanah!!

Bersih wants new round of electoral roll cleaning up

Ito: Artis perlu ke depan dengan agenda BERSIH

Tian Chua: Kita harap Mahkamah Malaysia akan bicarakan kes Scorpene selepas PRU-13!

Tak Waras, Lari Cukai Masuk Penjara

Selepas PRU 13, KUASA RAKYAT !

Bajet 2012 : Mana peruntukan tangani gejala sosial?


Bajet 2013 yang dibentangkan YAB Perdana Menteri pada Jumaat lepas membawa tema: “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat”. Bajet tersebut dikatakan menandakan keprihatinan kerajaan terhadap suasana semasa kehidupan rakyat di setiap peringkat. Dalam aspek meningkatkan kesejahteraan sosial, Bajet 2013 memperuntukkan sebanyak RM591 juta untuk mengurangkan jenayah dengan pelbagai usaha memperkasakan agensi penguatkuasaan khususnya PDRM mencapai NKRA yang telah ditetapkan.
Kami, wakil beberapa NGO yang disebutkan di bawah, berpandangan langkah tersebut adalah satu pendekatan yang tidak strategik. Ianya tidak bertujuan mengurangkan kadar jenayah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya cuba menyelesaikannya di peringkat penguatkuasaan dan perundangan semata-mata. Kami yakin, usaha tersebut hanya bersifat reaktif dan tidak mampu menangani permasalahan peningkatan jenayah sosial dalam masyarakat. Usaha pencegahan adalah jauh lebih baik dan strategik daripada sekadar merawat sesuatu gejala.

Ali Rustam mungkin digelar 'Jayalalithaa Malaysia'


KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.

"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.

Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.

Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.

Gagal Siap Laporan Bertulis MTUC Gesa Kerajaan Tangguh Bayar Faedah Persaraan Hakim


KUALA LUMPUR, 4 OKT : Kegagalan Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari mengemukakan keputusan bertulis dalam kes semakan kehakiman Malaysian Trade Union Congress (MTUC) melawan Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas).
Oleh itu, MTUC meminta badan kehakiman untuk menunda pembayaran faedah persaraan kepada Hakim Zaleha yang akan bersara beberapa minggu lagi.
Dalam kes ini MTUC memohon untuk mengekses laporan audit dan dokumen perjanjian konsesi air yang ditandatangani oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas pada Disember 2004.
Zaleha yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan bahawa responden tidak berhak untuk mengakses laporan audit dan dokumen perjanjian konsesi air tersebut.

Universiti Dari Malaysia Langsung Tidak Tersenarai, Khaled Nordin Mesti Letak Jawatan!


Malaysia terus dilanda sindrom ketinggalan, bukan setakat dari segi ekonomi dan daya saing antarabangsa, malah paling mengejutkan apabila tiada satu pun universiti tempatan berada dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan Times Higher Education (THES) untuk tahun kedua berturut-turut.

Ranking terbaru untuk tahun 2012-2013 yang dikeluarkan hari ini memperlihatkan tiada satu pun universiti dari Malaysia berada dalam kedudukan 400 universiti terbaik dunia, sekaligus membuktikan bahawa pengenalan universiti bertaraf Apex yang dianugerahkan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) langsung tidak memberi sebarang makna.

Mendahului senarai terbaik semestinya datang dari Amerika Syarikat dengan 76 buah universiti di negara berkenaan berada dalam senarai 200 terbaik walaupun 51 daripadanya menunjukkan skor menurun.

Menduduki senarai pertama universiti terbaik dunia adalah California Institute of Technology (CIT) mengatasi universiti yang sangat dibanggakan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin yang pernah belajar di Universiti Oxford, United Kingdom yang berada di kedudukan kedua.

Pakatan: Gaji minima RM1,100 tak gugat perusahaan kecil, sederhana

KUALA LUMPUR 4 Oktober: Pelaksanaan gaji minima RM1,100 tidak akan menyebabkan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) muflis, kata Tian Chua.
“Bukan kerana dasar gaji minima itu sendiri, tetapi pelaksanaan dan sistem sokongan kerajaan yang tidak cukup kepada PKS. Berbanding Pakatan Rakyat, tumpuan kita ialah menaikkan pendapatan boleh guna.
“Selain itu, insentif diberi kepada pengusaha PKS yang melaksana dasar gaji minima,” kata Ahli Parlimen Batu itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mempersoal mengapa insentif sama tidak diberi kepada PKS yang melaksana gaji minima, sedangkan pengecualian cukai 10 tahun boleh diberi kepada Lynas dan projek Tun Razak Exchange, misalnya.
“Akta Gaji Minima tak boleh dibuat secara berasingan dengan insentif kepada PKS,” kata Tian.
Semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, syarikat dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana akan ‘gulung tikar’ jika dasar gaji minima RM1,100 dilaksanakan.
Pakatan juga meminta Ketua Pemuda BN itu untuk bersama pembangkang dalam menuntut kerajaan untuk ‘melupuskan status rahsia laporan sulit Bank Dunia bertajuk “Optimal Design for a Minimum Wage Policy in Malaysia” bertarikh 28 Julai 2011.

Speaker larang ahli PAC keluar kenyataan sebelum tamat pembentangan

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Parlimen hari ini meminta Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga tamat pembentangan dalam Dewan Rakyat.

Dalam surat yang dihantar kepada media, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, undang-undang ini dibuat untuk melindungi "hak dan keistimewaan" Majlis Mesyuarat.

Beliau (gambar) merujuk kepada Peraturan 85 dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dengan berkata "menyatakan larangan bagi mana-mana pihak untuk menyiarkan keterangan yang diberikan di
hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat sebelum penyata mengenai perkara dalam siasatan sesuatu Jawatankuasa itu dibentangkan kepada majlis mesyuarat".
Beliau berkata PAC merupakan "lanjutan dari Dewan Rakyat dan fungsi  sebenar adalah mewakili majlis mesyuarat.

Bung: Bantuan Soros untuk sekat pengaruh China



 
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa jutawan George Soros mendanai kumpulan antikerajaan bagi menyekat pengaruh China sebagai kuasa ekonomi dunia.

bung mokhtar parliament 080708 01"Suaram terima dana luar untuk operasi tentang kerajaan dan hasut rakyat.

"Soros dikenal pasti (dan) jatuhkan kerajaan di beberapa negara seperti Mesir dan Iraq dan hasut rakyat di sana untuk bangkit menentang kerajaan.

"(Dia) guna cara sama di Malaysia dan pilih Malaysia sebab strategik untuk halang China kembangkan ekonomi di abad ke-21.

"Ini strategi Amerika Syarikat," katanya sewaktu perbahasan Bajet 2013 di Parlimen petang tadi.

Bangkit menyokong beliau Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Turut hentam Malaysiakini

Kenduri Mega : Sikit buat Ali terlalu banyak bagi rakyat


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan bahawa agensi kerajaan negeri Melaka dikerahkan bagi menjayakan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dokumen mengandungi maklumat mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) membincangkan persiapan logistik majlis perkhwinan tersebut telah dibocorkan oleh pihak tertentu.

Minit mesyuarat tersebut juga menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Malah, DPPM dimaklumkan pihak Ketua Menteri itu mengakui majlis tersebut di taja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu.

DPPM hairan bagaimana begitu istimewanya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sisi kerajaan negeri.

'Kita mahu ambil kuasa dari orang gila kuasa'


SEREMBAN: "Kita bukan gila kuasa tetapi kita mahu ambil kuasa dari orang-orang yang gila kuasa."

Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad (gambar) yang menolak kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat gila kuasa.

Menurut beliau, orang gila kuasa ini membuat pelbagai perkara untuk mempertahankan kuasanya tanpa rasional sehingga bolehlah dikatakan mereka gila kuasa.

"Kalau nak berlawan biarlah berlawan cara anak jantan. Hujah dibalas dengan hujah. Ini tidak! Pukul dan bantai (mengutuk) kita seorang-seorang, fitnah itu, fitnah ini tetapi tidak beri  peluang untuk kita balas fitnah tersebut," kata Norazman dalam satu ceramah anjuran PKR Seremban di Taman Paroi Jaya baru-baru ini.

Lebih banyak berita propaganda menjelang PRU13


(Haji Mohamad Sabu...awasi berita propaganda menjelang pilihan raya)

RANTAU PANJANG: Rakyat dijangka berdepan lebih banyak lagi berita-berita berunsur hasutan dan propaganda tajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Sehubungan itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai propaganda bertujuan untuk mengelirukan rakyat.

Kata beliau usaha itu dilakukan Umno bagi mengekang kemaraan Paktan Rakyat yang semakin mendapat sokongan rakyat sekarang.

“Tumpuan mereka kepada kalangan orang Melayu supaya terus menyokong Umno dan BN pada pilihan raya nanti. Ini kerana orang Cina dan India tidak lagi menjadi deposit tetap mereka.

Bajet 2013 Pusat juga defisit moral


Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR –  Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lalu merupakan bajet yang menyebabkan negara terus menanggung defisit fiskal dan “defisit moral”, kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika membahaskan ucapan Bajet 2013 di bangunan Parlimen hari ini.
Menurut Nurul Izzah, bajet yang dibentangkan Najib jelas sama sekali meminggirkan generasi muda pada masa hadapan.
Meskipun memberikan beberapa imbuhan pada hari ini, ia bagaimanapun tidak menjamin kehidupan yang lebih baik kepada generasi berkenaan.
“Anak muda dan belia masa hadapan Malaysia tidak memerlukan sumbangan yang berbentuk jangka masa pendek dan sekadar mengisi saku sekali-dua.
“Anak muda mahukan peluang, ruang dan sokongan untuk membina masa depan yang lebih baik - bukan dibeban dengan hutang peribadi dan hutang negara gergasi, kadar gaji yang malar, kuasa membeli hasil matawang yang lemah, harga kereta tinggi, harga rumah diluar kemampuan dan kos sara hidup yang meningkat,” katanya.
Menurut beliau, majoriti golongan muda hari ini dibebani dengan kos sara hidup yang melambung tinggi dengan pendapatan yang tidak setimpal.

SHOWDOWN BUKIT BINTANG: Cab driver or BN's corrupt licensing system to BLAME?

SHOWDOWN BUKIT BINTANG: Cab driver or BN's corrupt licensing system to BLAME?The showdown all along Bukit Bintang – Malaysia’s tourism showcase deserves debate. This is a long standing issue that remains stubbornly unresolved.
Recently the BN political machinery had attempted to pacify taxi drivers by giving them free tyre purchases at pre-approved outlets. It did not go down well with the recipients. It was perceived as yet another case akin to the proverbial saying ‘giving a man a fish when he is in great need to learn to fish’.
Taxi drivers in Malaysia have been neglected for far too long. In a tiny city of hardly 25-kilometer radius, where stage bus services are a confirmed failure, taxi service is an intelligent alternative to shuttle around.
Given the densely mushrooming residential developments that hug the perimeters of the city of Kuala Lumpur, the usefulness of the taxi service to get to train stations is equally a felt need given the inadequate parking space.
So why is the taxi driver complaining of hardships? The answer to this crucial question is also the backbone of the problems faced by taxi drivers.
Corruption & greed

Belanjawan PR Tingkat Pendapatan Rakyat, Bajet Najib Sembunyi Hutang Negara


PETALING JAYA 4 OKT: Perbelanjaan berhemah, anti ketirisan, membantu meningkat pendapatan boleh guna isi rumah serta memberi manfaat kepada golongan wanita merupakan antara intipati Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (PR) yang dibentangkan baru-baru ini.
Sebaliknya Bajet 2013 Kerajaan Pusat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah sumbangan ‘one-off’ umpama ‘ole-ole’ pilihan raya.
Demikian rumusan yang dibuat dalam forum ‘Belanjawan 2013-Perbandingan’ yang diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti di sini malam tadi.
Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli meskipun PR mengurangkan perbelanjaan dalam belanjawannya tetapi mampu meningkatkan pendapatan boleh guna masyarakat negara ini.
Kajian menunjukkan belanjawan PR yang bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu mampu menambah pendapat boleh guna sehingga RM930 bagi sebuah keluarga yang mempunyai lima ahli di mana suami bekerja sebagai guru di Lembah Klang.

DAP: Menteri KPDNKK tidur & malas



DAP menyifatkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri "tidur" ekoran tidak mengambil tindakan terhadap syarikat yang gagal mengemukakan akaun teraudit tahunan.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, tindakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang hanya akan mengambil tindakan jika laporan dibuat tidak boleh diterima.
Menurut Pua (kanan), SSM tidak perlu menunggu laporan dibuat kerana sudah mempunyai rekod syarikat berkaitan.

"Ini jawapan paling malas daripada mulut menteri. Bukan kerja orang awam untuk cari syarikat yang bersalah," kata Pua.

Wang royalti minyak mesti dipulang kepada rakyat

KUALA LUMPUR 4 Oktober: Negeri pengeluar minyak dan gas wajib memperjuangkan tuntutan royalti untuk negeri masing-masing tanpa mengira parti mana yang memerintah, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kelantan, Mohd Azihan Che Seman.
“Kerajaan mana-mana negeri yang terlibat dengan tuntutan royalti minyak mestilah menjadi pendokong kuat untuk melaksanakan perjanjian yang dimeterai pada 1975 dahalu.
“Ini adalah amanah rakyat. Tak kira dari parti mana pun, kena laksanakan. Kerajaan Pusat tidak boleh nafikan hak penduduk negeri kerana perjanjian telah disepakati,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau sebelum itu bersama kira-kira 30 ahli peserta Konvoi Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalti) atau singkatannya ‘R’ menyerahkan memorandum NGO gabungan profesional bagi menuntut royalti minyak dan gas untuk Kelantan.
Memorandum diserahkan kepada wakil PAS iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di hadapan bangunan Parlimen, pagi tadi.

Tamrin dakwa Dr M pergunakan bapanya


BUKIT MERTAJAM: Anak Tun Ghaffar Baba, Tamrin Ghafar mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bukan sahaja petualang yang mencetusan pergolakan dalaman Umno sehingga dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1997 bahkan sering mengeluarkan kenyataan yang mencabul persoalan akidah.

Beliau yang berceramah di Galeri Pejuang, Ceruk To Kun, Bukit Mertajam bersama dua orang penceramah jemputan  iaitu Ustaz Sharil Long dan Ustaz Hafizal  menambah,  peristiwa pengharaman Umno tahun 1997 adalah angkara Dr Mahathir apabila Ghafar didesak lawan Tun Musa Hitam.

Tamrin yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Datuk Seri Anwar juga didesak Dr Mahathir agar mencabar Tun Ghafar Baba yang dianggap sampah kerana tidak dapat membantunya merealisasikan dasar Pandang Ke Timur dan Wawasan 2020.

"Pada saya mantan Presiden Umnolah yang mencetuskan polimik sebenar dalaman Umno sendiri, kestabilan negara serta akidah.


(Buku Anwar lawan Ghafar pernah diterbitkan)

"Sejak dulu jika dia tidak suka seseorang beliau akan mendesak orang lain cabar dan beliau sendiri akan sembunyi tangan, " terangnya semasa berceramah dalam program PAS Cawangan To Kun dan PAS Bukit Mertajam.

Peristiwa terbesar mengakibatkan pemecatan Datuk Seri Anwar juga dicipta oleh Dr Mahathir sendiri setelah beliau mendapati kekuatan Anwar makin meningkat dan sekiranya dibiarkan kemungkinan pengaruhnya akan hilang.

Jesteru itu, Anwar diinaya bukan sahaja dipecat bahkan ditangkap, difitnah dan diseksa dalam penjara.

Like the parable of 5 loaves & 2 fish, Ali Rustam's RM10 biryani for 1 could feed 3!

Like the parable of 5 loaves & 2 fish, Ali Rustam's RM10 biryani for 1 could feed 3!It only cost RM600,000 to feed the record-setting 130,000 guests who turned up for his son’s wedding last weekend, Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has said, rubbishing claims the lavish feast would have set him back between RM1.3 million and RM13 million — far more than he could afford on his public servant salary.
The wedding has come under intense public scrutiny after national news agency Bernama reported on Sunday that 26-year-old Mohd Ridhwan’s marriage to Nur Azieha Mohd Ali, also 26, lasted eight hours, with the number of guests — that included dignitaries like Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah and Malacca Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob — earning a place in the Malaysia Book of Records.
Mohd Ali told The Malay Mail he had hired 30 chefs for the “Malay wedding with kampung-style cooking” who each cooked up a biryani feast for 2,000 guests each, catering to 60,000 people at RM10 per head.
But each serving could feed three people, the 63-year-old Umno veteran told the English daily, adding that the RM600,000 was enough to feed up to 180,000 guests.
Why did they sponsor his personal event - that too can be corruption!

PKR: 'Pengambilan tanah besar-besaran akan berlaku'



 
Projek petrokimia Pengerang Johor hanya helah untuk pengambilan tanah secara besar-besaran oleh Menteri Besar Datuk Ghani Othman bagi memperkayakan kroni, dakwa Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng.

azlanBekas menteri kabinet itu mendakwa, projek Rapid Pengerang pada asalnya dicadangkan di Selangor tahun lalu dengan permohonan tanah 2.889 ekar, tetapi Petronas kemudiannya memohon 6,400 ekar tanah di Johor.

Bagaimanapun, pengambilan tanah yang diperlukan diambil secara berperingkat dan akan berakhir dengan 22.500 ekar tanah, dakwa pengerusi PKR Johor itu lagi.

"Ini menunjukkan hasrat Ghani Othman bagi mendapatkan tanah yang luas dengan murah," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

"Ia dilakukan dengan membeli pada harga rendah dan menjual murah kepada kroni. Kroni kemudiannya akan menukar jenis tanah daripada pertanian kepada pembangunan, dan menaikkan harganya 1,000 peratus atau lebih."

SCORPENE lawyers accept Anwar's invite: But Najib must assure SAFETY & NO DEPORTATION

SCORPENE lawyers accept Anwar's invite: But Najib must assure SAFETY & NO DEPORTATIONRenowned French human rights lawyers William Bourdon and Joseph Breham have agreed to accept the invitation of Opposition Leader Anwar Ibrahim to come to Kuala Lumpur and brief the Malaysian Parliament on the latest status of the Scorpenes corruption trial, provided that they will not be deported from the country or subjected to any physical harassment and intimidation.
"Both William and Joseph told Anwar they will come but they would like an assurance from the BN government that they won't be turned away at the airport and their time wasted. They also want to be assured that their physical safety will not be threatened," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"These are reasonable requests since they will be coming at the invitation of a Malaysian parliamentary leader and for the purpose of updating the country's lawmakers and the people on the latest findings on a matter of great national importance. Even though it might be 'sensitive' to Najib and Umno, the Malaysian people have a right to know how their money has been spent. If Najib and Umno are innocent, they should not fear."
In Paris to attend a seminar, Anwar also met and invited lawyers acting for Malaysian NGO SUARAM and French naval firm DCNS to Kuala Lumpur.  Bourdon and Breham act for SUARAM, while Olivier Metzner who acts for DCNS has yet to reply.
Hot potato

Cynthia Gabriel (SUARAM): Zero coverage about Scorpene Scandal in the main stream media!

Waktu Sesuai WANITA Solat Zohor Pada Hari JUMAAT - Ustaz Azhar Idrus

Solat Guna Kain Ada Kesan AIR MAZI - Ustaz Azhar Idrus

Hukum MAKAN & Minum Selepas JIMAK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum KAHWIN 2 Perempuan Sekaligus 1 AKAD - Ustaz Azhar Idrus

KHAS Buat Pemimpin Negara / KONTRAKTOR Cuai Agama - Ustaz Azhar Idrus

Today in History for October 4th

Bajet 2013, Komen MB Kedah

Penyerahan Memorandum R kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

MP PKR Lembah Pantai Bahas Belanjawan 2013 (3)

MP PKR Lembah Pantai Bahas Belanjawan 2013 (2)

MP PKR Lembah Pantai Bahas Belanjawan 2013 (1)

MB : Sidang Khas DNS Bincang 3 Isu Penting

Pecahkan ruyung dahulu sebelum dapat sagunya


Kenapa kita mendengar rakyat bercakap dan berbincang tentang politik tidak henti-henti sehinggakan jarang-jarang kita mendengar orang ramai bercakap pasal lain. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku sampai ketahap ini dan ini sahaja menunjukkan rakyat sedang dalam pencarian. Kehidupan rakyat tentulah ada masa pasang dan surutnya dan ia bergantung kepada siapa yang mentadbir dan memerintah kita. Setiap rakyat ditadbir oleh badan kerajaan secara ‘direct’ atau ‘indirect’ di dalam mana-mana negara yang berkerajaan.
Rakyat ditadbir oleh kerajaan sehingga di kampung-kampung dan mereka ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK itu adalah struktur pentadbiran kerajaan yang terendah sekali. Selalunya apabila sampai rakyat biasa bercakap di tempat-tempat awam tentang politik, tidak akan ada perkara lain yang berlaku selain dari berlakunya perubahan. Dalam politik dini hari rakyat Malaysia setiap peringkat bercakap politik dan politik kepartian.

Perubahan itu tetap berlaku dan ini adalah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sejarah. Kita tidak terlepas daripada angin perubahan ini dan sememangnya perubahan itu sudah sampai untuk berlaku. Kalaulah Muhammad SAW dahulu tidak berhijrah Islam itu susah untuk berkembang kerana masalah tentangan dari kaum musyrikin Makkah. Kemajuan dan perkembangan Islam sendiri terpaksa melalui perubahan dalam bentuk hijrah.

Najib's 2013 Budget: Promises Made, Promises Broken

This is my budget which aims at “improving the quality of life of the people, ensuring sustainable growth, spending prudently and reducing the fiscal deficit,” said the PM cum Finance Minister in his address to parliament. Only I and UMNO can. Hear, hear!
He doesn’t promise the moon and the stars, says he. But at least he is aware that people want to ride the Rocket to go to the Moon to get Justice. Naik Roket pergi Bulan untuk dapatkan Keadilan!
The PM is lying on all counts. Or isn’t forthcoming. No sustainable growth, no prudent spending, no change in structural deficit. Can our economy sustain growth on the backs of undertrained labor force with MCE standard on average? The economy is sabotaged for want of productive labor force. Our own plantation sectors are short of 500,000 workers. High end growth is not possible if we have under-qualified labor force. Spending prudently is impossible for a government intent on riding the reindeer driven sleigh all year round.

MACC powerless against CORRUPTION KINGPINS: Who, what & where are the BLOCKS?

MACC powerless against CORRUPTION KINGPINS: Who, what & where are the BLOCKS?The MACC has said that its investigations against a state leader for corruption has met with difficulties due to 'archaic laws'.
The MP for Kubang Kerian Salahuddin Ayub is quoted yesterday as saying
"We were told at the meeting that investigations against a state leader (ketua negeri), a person well known for having a lot of wealth, could not proceed due to shoddy laws and despite six investigations papers having been opened."
The MACC has not until now denied this.
The MACC should not look for excuses to justify its failure to bring these leaders to book. The question of admissibility of evidence is a matter that should be left to the court to decide.
The MACC should charge where there is evidence and let the court decide. If the courts throw out the case because of a problem with the law, then it would be for Parliament to move to correct the position. But without trying, it is simply ridiculous to justify not prosecuting on these grounds alone.
Unacceptable excuses

PKR tuduh projek RAPID bertujuan rampas tanah penduduk di Pengerang

PETALING JAYA, 4 Okt — Naib presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng menuduh projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang bertujuan untuk merampas tanah daripada para penduduk atas alasan pembangunan dan meningkatkan ekonomi.
Chua (gambar) berkata projek sebenar di Pangerang hanya melibatkan penggunaan kawasan seluas 2,889 ekar sahaja tetapi kerajaan negeri Johor sebaliknya menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi memperolehi keluasan kawasan hingga 22,500 ekar.
“Kerajaan Selangor pernah mendapat tawaran yang sama bagi projek di Pengerang. Tapi ia ditolak, kerana telah ditolak oleh pihak kerajaan negeri.
“Semasa tawaran itu dicadangkan kepada kerajaan Selangor menerusi Syarikat Everwish Sdn Bhd, mereka hanya meletak syarat sebanyak 2889 ekar saja yang diperlukan untuk mendirikan loji petrokimia di Pulau Indah,” kata Chua.
Ekoran bukti baru tersebut, Chua mempersoalkan kenapa sejumlah besar tanah itu dirampas oleh kerajaan Johor dibawah menteri besar (MB) Dato' Abdul Ghani Othman serta berharap beliau menjelaskan apakah rancangan bagi menggunakan baki tanah tersebut.
Chua juga tidak menolak sebuah syarikat kroni Tebrau Teguh Bhd di Johor mungkin akan mendapat faedah dalam perancangan baki tanah di Pengerang.

Jumlah ‘dislike’ #TanyaNajib bukti orang muda tolak PM, Bajet BN

KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah ‘dislike’ yang jauh melebihi ‘like’ pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, sangat pelik apabila  percubaan Najib mendekati orang muda ditolak melalui jumlah ‘dislike’ yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Pada rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah ‘dislike’ penonton adalah 1,409 dan ‘like’ pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah ‘dislike’ adalah 1,774 berbanding ‘like’ sebanyak 90.
Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan hangat dalam acara sama baru-baru ini.
“Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan,” kata Khai Loon ketika dihubungi.

Bajet daripada perspektif mahasiswa

Tanggal 28 September 2013 menjadi tarikh yang begitu penting buat seluruh rakyat Malaysia bermula daripada pihak atasan yang terdiri daripada barisan kabinet kerajaan mahupun pembangkang, golongan pertengahan yang terdiri daripada penjawat-penjawat awam, golongan korporat, penganalisis ekonomi  dan mahasiswa sehinggalah kepada golongan bawahan seperti petani, nelayan dan pekerja kilang, tatkala bajet tahunan negara dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak di dewan rakyat bagi tahun 2013.

Minda pemikir-pemikir ekonomi tanah air sebelum ini telah meramalkan bajet kali akan menjadi bajet paling kritikal yang digarap oleh barisan kepemimpinan Barisan Nasional dalam sejarah negara dek beberapa isu yang tidak memihak kepada mereka dan prestasi ekonomi negara yang menghadapi cabaran antara yang terhebat pernah dilalui.

Secara matematik, barisan kepemimpinan negara hanya mempunyai masa lebih kurang tujuh tahun lagi bagi merealisasikan wawasan mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Jika dilihat dari segi pendapatan perkapita negara pada tahun 2012 yang mencecah RM30,070 menurut fakta yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, angka itu masih jauh ketinggalan daripada apa yang direncanakan iaitu RM 49,500 (U$ 15,000) menjelang tahun 2020.

Najib's daughter & Ali Rustam's son: Mega banquets but MACC silent as a MOUSE

Najib's daughter & Ali Rustam's son: Mega banquets but MACC silent as a MOUSEWhat do we make out of the series of unending episodes that keep surfacing these days? The latest outbreak that is drawing a national outcry in the net and in warongs across the nation now is the record breaking wedding reception held for the son of a Chief Minister.
A reception for 130,000 guests sounds novel and celebrative. We are even proud to have it enlisted in the Malaysia Book of Records.
But when you do your arithmetic and post it against the national socio-economic plight and the ethics of business and politics, serious questions beg answers without fear or favor.
Private wedding turned into publicity event for the MB
Suppose the cost for the F & B is pegged at an ill-conceived and extremely conservative price of RM10 per head, it works out to a whopping RM1.3 million bill. That is, not even taking into consideration time costs, rental of canopy, tables and chairs, event costs and decorations, etc. And let us also not miss out on the cost incurred in ensuring security and logistics are adequately covered.
Now the spokesperson for the Chief Minister says that the reception costs were all sponsored. That makes Malaysian businessmen seem certainly very big-hearted.
Now here are the questions that beg answers that need to go down well with the rakyat.
How come a private family event – like this wedding, can become a public event and reeks of a political publicity attempt?
Spending lavishly at the Rakyat's expense

Tambah 200,000 pengundi baru, Umno BN mahu rampas Kedah

KUALA LUMPUR 4 Oktober: Usaha menambah 200,000 pengundi baru di Kedah seperti dilapor baru-baru ini menunjukkan kerajaan Umno BN begitu terdesak merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bagi sebuah negeri mempunyai jumlah rakyat sebesar itu yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Tidak logik untuk sebuah negeri mempunyai 200,000 pengundi yang tak berdaftar, itu yang kita risaukan sekarang, tapi kita akan terus memantau usaha terdesak itu,” katanya kepada Keadilan Daily mengulas laporan bahawa Umno Kedah kini berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 yang layak mengundi di negeri itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tindakan Umno itu boleh dianggap sebagai perang psikologi terhadap rakyat Kedah, selepas kaedah yang sama digunakan di Selangor.

Dunia Kini : Taib Mahmud dipilih Ikon Kepimpinan Legenda BrandLaureate 2012.....Rakyat Sarawak Miskin Dan Susah...????

PETALING JAYA, 4 Okt —  Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (gambar) dipilih memenangi Anugerah Ikon Kepimpinan Lagenda BrandLaureate 2012 di sini malam tadi.
Taib meraih pengiktirafan tersebut atas sumbangannya dalam pembangunan dan pemodenan negeri Sarawak.
Anugerah tersebut dianjurkan oleh Asia Pacific Brands Foundation (APBF) dan disampaikan oleh Pengerusi APBF, Jen (B) Tan Sri Dr Mohamad Hashim Ali dan Presiden BrandLaureate Dr K K Johan.
Majlis penganugerahan itu turut mengumumkan 41 lagi ikon BrandLaureate yang mewakili bidang masing-masing termasuk Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Wanita Sepanjang Tahun 2012.
Beliau dipilih atas sumbangannya memperjuangkan hak wanita dan inisiatif dalam pelbagai program bagi membantu mempertingkatkan status wanita serta membuka peluang untuk golongan itu mencapai kemajuan.
Selain itu, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dipilih untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat — BrandLaureate Hall of Fame dan penerjun wanita negara Pandelala Rinong menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama Grand Master. — Bernama

Apa dosa rakyat S’ngor Pusat sorok dana kerajaan negeri?

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali menempelak Kerajaan Pusat kerana menyembunyikan maklumat terperinci berkenaan projek dari pengetahuan kerajaan negeri.
Ia berikutan Selangor hanya menerima RM364 juta untuk tempoh dari Januari 2012 hingga September 2012 sedangkan negeri itu merupakan penyumbang terbesar daripada Keluaran Dalma Negara Kasar (KDNK) iaitu sebanyak 23 peratus.
“Menteri Kewangan menyentuh isu KDNK dengan menyatakan pertumbuhan ekonomi negara berkembang dengan lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus dan buat julung kalinya melepasi paras RM1 trilion, dan Selangor merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 23 peratus daripada KDNK negara hasil daripada amalan pentadbiran yang baik dan telus,” kata Ahli Parlimen Gombak itu dalam laporan perbahasan Bajet 2013.
“Bajet Selangor hanya berjumlah RM1.5 bilion, jika benar Kerajaan Pusat menyerahkan sejumlah RM67 bilion, di mana selebihnya wang tersebut kerana audit negara yang dijalankan ke atas bajet negeri hanya bernilai RM1.5 bilion,” soal Azmin lagi.

‘R’ Terus Desak PM Bayar Royalti Minyak Kelantan



KUALA LUMPUR, 4 OKT : Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (R) menyerahkan satu memorandum di luar perkarangan bangunan Parlimen bagi menuntut penyelesaian segera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hak bayaran royalti negeri Kelantan.
Pengerusi Royalti, Nazri Deraman berkata, Perdana Menteri perlu memastikan pembayaran wang royalti dibuat secara tunai oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagaimana Akta Pembangunan Petroleum 1974.
“Isu pengeluaran petroleum sebagai hasil bumi negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui batasan kepentingan politik yang sempit.
“Lakukan bayaran tunai atau royalti hasil daripada pengeluaran minyak dan gas dalam perairan negeri Kelantan kepada kerajaan negeri yang berjumlah RM10.4 bilion dengan kadar segera mengikut Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan dan Petronas pada 9 Mei 1975,” katanya.

IC palsu: Komplot Umno BN untuk menang p’raya

KUALA LUMPUR 4 Oktober: KEADILAN percaya Umno BN berkomplot dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memalsukan kad pengenalan untuk melayakkan warga asing mengundi bagi membantu kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Naib Presidennya, N Surendran berkata, tidak mungkin JPN atau SPR boleh memalsukan kad pengenalan dan senarai daftar pemilih tanpa komplot bersama Umno BN.
“Jelas modus operandinya bagi memastikan survival Umno BN. Perbuatan ini secara terancang. Mana mungkin SPR atau JPN melakukan perkara ini bersendirian.
“Sebaliknya ada pihak lebih berkuasa mengarahkan mereka melakukan penipuan,” katanya ketika dihubungi.
Merujuk laporan Daily Express, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh pada sidang medianya di Parlimen kelmarin mendedahkan, dua nama dimasukkan dalam data senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu.

Ambiga: Gangguan imigresen ugutan pada NGO

BERSIH mendakwa tindakan "mengganggu" empat ahli jawatankuasa pemandu NGO yang ingin keluar negara sebagai "ugutan daripada arahan peringkat tertinggi".

"Ini satu lagi serangan kepada masyarakat sivil. Mereka melakukannya tanpa sebarang asas dan ini satu bentuk gangguan," katanya dalam sidang media di ibu negara.

Dakwanya, empat ahli jawatankuasa BERSIH disekat sementara ketika hendak menaiki penerbangan antarabangsa sejak bulan lepas.

Keempat-empat mereka adalah Maria Chin, Yeoh Yang Poh, Wong Chin Huat dan Andrew Khoo.

Gangguan itu, kata Ambiga, menyebabkan pasport mereka disemak secara manual sedangkan kaedah tersebut boleh dilakukan secara automatik melalui mesin pemeriksaan yang disediakan.

RMK9: Apa perkembangan lebuh raya ke Kota Bharu


KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh manakah perkembangan perlaksanaan projek lebuh raya ke Kota Bharu yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub di Dewan Rakyat hari ini.

Berikut adalah soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah serbuan atau tindakan ke atas pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut, spa dan sebagainya. Dari jumlah yang ditahan pihak berkuasa, berapa peratus dari pekerja di pusat-pusat ini yang mempunyai permit kerja dan berapa pula yang dikategorikan sebagai PATI atau yang menyalahguna visa atau permit kerja.

Rafizi: RM1 trilion KDNK cuma 'helah matematik'



Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, jangkaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan melepasi RM1 trilion pada 2013 semata-mata "helah matematik".

Rafizi berkata, perbezaan jumlah nominal KDNK pada 2013 berbanding sebelumnya disebabkan penggunaan tahun asas yang berbeza, sekali gus menyebabkan angkanya jauh berbeza.

NONEBekas akauntan itu berkata, KDNK nominal bagi 2013 merupakan nilai nominal yang diukur pada harga malar pada 2005, sementara KDNK bagi tahun 2012 diukur pada harga malar pada 2012.

"Apabila kita semak semula asas tahun kita daripada 2000 kepada 2005, KDNK nominal 2013 akan meningkat sebanyak RM60 bilion.

"Jika kita masih gunakan tahun 2000 sebagai asas tahun, angka KDNK 2013 kira-kira RM980 bilion.

Beliau berkata demikian dalam forum belanjawan Pakatan Rakyat di Petaling Jaya malam tadi.

Kerajaan Negeri Cadang Penyelesaian Hutang Pembeli Rumah PKNS


SHAH ALAM 4 OKT : Kerajaan Negeri akan meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyenaraikan nama pembeli-pembeli rumah PKNS yang dibebani hutang tertunggak bagi menyelamatkan daripada dilelong.
Cadangan itu dibuat ekoran beberapa pembeli rumah PKNS menuntut perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan menggunakan mekanisme yang sedia ada bagi membantu masalah itu.
Katanya, ia termasuk bantuan melalui zakat dan mengenakan bayaran sewa rendah.
“Jika mahu kira dari segi orang yang berhutang, nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 78 peratus. Ia melibatkan bilangan yang ramai.
“Kita tidak boleh senang-senang ambil hutang itu tetapi kita ada usaha sendiri untuk meringankan beban mereka,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco.
Justeru, Abdul Khalid berkata, pihaknya perlu menilai beberapa aspek antaranya golongan kurang berkemampuan dan berpenyakit akan layak menerima bantuan melalui zakat dan kadar sewa bulanan yang rendah.

Bajet BN tiada struktur ekonomi, hanya ‘pusing angka’ – Rafizi

PETALING JAYA 4 Okt: Bajet BN yang defisit selama 16 tahun berturut-turut bakal mengakibatkan rakyat sengsara berikutan kenaikan kos sara hidup, kata Rafizi Ramli.
Menyifatkan ia sebenarnya mendorong negara ke arah bankrap, Pengarah
Strategi KEADILAN itu berkata, bajet BN tiada dasar yang membentuk struktur ekonomi negara.
“Kita tahu negara ada masalah struktur ekonomi. Sebab itu saya cakap Bajet BN ‘bangang’ kerana langsung tak ambil kira ataupun cuba perbaiki masalah struktur ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian depan 200 orang dalam Forum Belanjawan 2013 di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, malam tadi.

(Part 4/4) Tan Sri Khalid Ibrahim: Suara Rakyat

(Part 3/4) Tan Sri Khalid Ibrahim: Pencapaian

(Part 2/4) Tan Sri Khalid Ibrahim: Perjalanan

(Part 1/4) Tan Sri Khalid Ibrahim: Menteri Besar Selangor

Memalukan!! Video #TanyaNajib Di Private, Twitter Teruk Di Belasah.. Bukti Najib Di Tolak Majoriti Rakyat


Program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube.
Najib kelihatan berjoli sakan semata-mata untuk promosikan mempromosikan program tersebut.

Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan mengiklankan di Google.
Ianya dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda. (rujuk sini).
Najib seolah-olah cuba menandingi Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.

Namun malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga internet.

Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube]
gambar-milosuam

Namun, tak sampai setengah lepas tu video YouTubetersebut telah diprivatekan (kata mudah, padam). Sungguh memalukan, setelah pelbagai usaha di buat untuk promosi program tersebut berakhir dengan kegagalan. Lihat di bawah dan klik sini.

Manakala di Twitter #TanyaNajib, Najib teruk di belasah oleh pengikutnya. Pelbagai soalan yang tak logik tetapi ianya menggambarkan warga internet sudah bosan dengan Najib. Maka medan inilah menjadi tempat melepaskan ketidakpuasan hati terhadap Najib dan pentadbirannya.


Kesimpulannya, apa yang di buat oleh Najib dan pentadbirannya di tolak kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan permainan mereka.
Rakyat hanya tak sabar untuk mengundi pada PRU13 bagi menumbangkan Najib dan gerombolannya.

Saya tak makan diugut, Mazlan jawab Azalina



Mazlan Aliman SENAI – "Saya tak akan minta maaf dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan," demikian tegas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, semalam.

Mazlan berkata demikian menjawab permintaan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mahu beliau meminta maaf kerana membuat tuduhan melulu terhadapnya berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

“Saya tidak kata dirinya (Azalina) terlibat dalam projek itu. Apa yang saya sebut ialah, selaku Ahli Parlimen, beliau mempunyai alasan dan sebab mengenai pembangunan itu dilakukan di kawasan perkampungan penduduk.