Rabu, 3 Oktober 2012

Royalti ada dalam perjanjian dalam perlembagaan- Bhg.1

Anwar's speech at Tinderbox launch

PRU BATAL : NAJIB PENAKUT..DAH HANG VIDEO DIA KAT YOUTUBE...HA..HA..HA...!!!!

Tak sampai 2 jam tetiba dah di "private"kan kerana dislikes yang terlalu banyak...
593 likes, 1,365 dislikes
All Comments (3,374)
Tak percaya? Tengok sini...

PRU BATAL : Video Hangout Najib Di Privatekan Di Internet.

Tak sampai sejam sesi hangout najib razak tamat, video tersebut yang sepatutnya masih boleh ditonton telah diprivatekan. ( klik sini )

Video sesi hangout Anwar Ibrahim yang dirakamkan pada 17 ogos lepas peliknya masih boleh ditonton hingga sekarang, ( sila klik sini )

Mungkinkah faktor terlalu banyak yang dislike dan komen-komen yang agak pedas telah membuatkan najib razak bersetuju untuk memprivatekan video tersebut?.

PRU BATAL : Hangout Najib Kene Dislike Dan Terima Komen Pedas

Kesian dekat najib ( buat muka kesian je la) sudah la belum sempat acara hangout yang disiarkan live di youtube najib sudah kene perli, ( baca sini ) tengah bersiaran pun kene lagi, kah..kah..kah.. memang kesian


Agaknya najib lupa nak hantar pencacai-pencacai upahan kaki bodek backup agaknya.. cuba tengok gambar bawah nei.. 





Ya betul, sesi hangout najib kene dislike, kira banyak la jugak berbanding jumlah keseluruhan yang tonton.


Sehingga detik tadi seramai 892 dah dislike, yang like tu ade la 525, kalau undi ni najib dah kalah dengan majoriti besar nei, yang dislike menang majoriti 2/3. kah..kah..kah

Namun tak sampai 15 minit dari screenshot pertama itu "tukanglawan sangat terkejut bila sekali lagi check jumlah dislike, jumlah itu sudah meningkat lebih dari 1250. lihat gambar dibawah


 



Disamping tu, najib kene perli kaw-kaw masa sesi nei.. sikit komen yang "tukanglawan" dapat petik dan kongsikan.


- Mengapa DS takut untuk berdebat dgn DSAI? Cakap sorang2 macam pahlawan

- Who is this loser???

- budget kroni. Hidup Umno. hidup melayu


- Saya cadangkan dato seri berdebat dengan ketua pembangkang. Terima kasih


- najib sembang lebat.. bahas dekat parlimen takut.. boooo!!!


- PALO BOTAK, BIBIR MERAH


- bosannye soklannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn,,,


- Rebat Untuk Smartphone: Najib Memperbodohkan Rakyat


- saya masih menunggu DSAI demam bila debat dgn Tuan PM,buktikan !Debat !Debat!Debat!


- Jibby awat tak datang parlimen aritu? mc ker?
 


Nampaknya najib makin hilang populariti, idea meniru sesi goggle hangout yang dilakukan Anwar Ibrahim akhirnya memalukan najib, sudah pasti dengan kayu ukur ini anda dapat mengagak antara najib dan Anwar siapa pilihan rakyat malaysia agaknya?

Tak apa lah, harap pencacai tolong segera tekan like dan letak komen membodek segera,  najib dalam keadaan tertekan sekarang. kah..kah..kah

P/s boleh lagi kalau korang nak komen. kah..kah..kah..... nak dislike ke like suka korang la..  klik sini

PRU BATAL : Video live #TanyaNajib terima lebih banyak dislikes, berbanding likes

SEBENTAR tadi baru sahaja selesai program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube. Najib Razak dilihat berbelanja besar untuk mempromosikan program tersebut.

Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan pengiklanan di Google Adsense dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda rujuk sini [Promosi #TanyaNajib].

Kalau dilihat, Najib Razak cuba menandingi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai ahli politik pertama di Asia bersiaran melalui Google Hangout, melalui program #BorakAnwar.

Malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya.

Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton sila lihat sendiri klik [YouTube]



Malah program soal jawab tentang Bajet 2013 bersama Najib Razak ini nampaknya sekadar menjadi bahan lawak di Twitter. Ini jelas membuktikan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Najib Razak kurang disenangi oleh golongan anak muda (majoriti pengguna internet).


ReJaM© "Bertambah lambatlah Pilihanraya nampaknya... "

BERTUAHNYA KERJA KONTRAK DI TABUNG HAJI...!!!

Kerja Kontrak Pun Kaya-Raya...!!!
Duit Orang Kampung Jadi Mangsa Kapitalis...!!!

Menanti BN duduk di blok pembangkang

Mohd Rashidi Hassan,
PILIHAN Raya Umum sudah tidak lama lagi. Sama ada dibuat bulan ini atau sehingga Mac 2013, pasti kita akan tempuh juga.

Bagi Pakatan Rakyat, persediaan secukupnya sudah dipasak sejak beberapa bulan lepas, dengan satu niat dan tekad, iaitu untuk menawan Putrajaya, sekali gus menumbangkan Barisan Nasional.

Oleh sebab itu, berbanding dengan 12 kali PRU yang lepas-lepas, BN kali ini, berada dalam situasi yang amat gelabah.

Mereka gelabah kerana gema suara untuk menumbangkan BN, berkumandang di seluruh pelosok negara, sehingga BN berasa amat was-was dan ragu.

Keraguan timbul kerana tiada lagi kawasan yang benar-benar selamat buat BN. Semua negeri yang menjadi tapak kubu kuat mereka, semakin hari semakin goyah dilanda badai rakyat.

Di Sarawak 'wind of change' berkumandang pada Pilihan Raya Umum negeri, sehingga menyebabkan hampir 15 kerusi Parlimen dijangka dirampas Pakatan, berikutan kemenangan pada kerusi Dewan Undangan Negeri.

Ali Rustam dakwa kos perkahwinan mewah anaknya hanya bernilai RM600,000..!!! Dah kantoi pagi kata percuma...petang jadi lebih 1/2 juta...!!!

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu.
Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000 hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh menjamu tiga orang.
Dalam kenyataan kepada The Malay Mail, naib presiden Umno itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta untuk majlis perkahwinan tersebut, “mungkin tidak pernah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung.
“Mungkin beliau hanya menghadiri majlis makan dengan sup sirip ikan Yu yang berharga RM100 satu kepala, sebab itu beliau tidak faham.”

IS THIS FOR REAL? We need to work with int'l community to FIGHT CORRUPTION - Najib

IS THIS FOR REAL? We need to work with int'l community to FIGHT CORRUPTION - Najib
KUALA LUMPUR, -- The Malaysian government recognises the need for cooperation with the international community in pursuing anti-corruption efforts within the country, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
He pointed out that fighting corruption was now an integral part of the government's ambitious plans to transform the government and accelerate economic growth in Malaysia.
He said the Malaysian government had made fighting corruption one of its priorities by including it as a National Key Result Area (NKRA) under the Government Transformation Programme GTP.
Najib said this in his welcoming message in conjunction with the 6th International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA) annual general meeting and conference, which will be held here from tomorrow to Oct 7.

Tarif elektrik: Bajet praktikkan 'penipuan'

 
Belanjawan 2013 yang dibentangkan minggu lalu jelas "mempraktikkan penipuan" apabila gagal mengumumkan peningkatan tarif elektrik, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Lim berkata, pengakuan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berhubung perkara itu mengejutkan kerana kerajaan yang bertanggungjawab patut mengumumkannya dalam belanjawan.

NONE"Sekiranya peningkatan tarif elektrik adalah tidak dapat dielakkan, kenapa ia tidak diumumkan dalam Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 September lalu?" Soal Lim (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, kegagalan itu jelas "penipuan terancang" dalam "rekod 3D" - defisit, hutang (debts) dan penipuan (deception) - kerajaan.

Ia bertentangan sama sekali dengan dasar 3S Pakatan Rakyat, iaitu surplus (lebihan), pengekalan (sustainable) pengurangan hutang dan tindakan tegas (stern) terhadap rasuah, kata anggota Parlimen Bagan itu.

Chin semalam dilaporkan berkata, penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.

Kos Perkahwinan anak lelaki Ali Rustam didedah!! Pagi Percuma....Petang Lebih 1/2 juta..???


Inilah yang dikatakan sebagai murah oleh seorang pemimpin UMNO!!  RM600,000 belanja untuk sebuah Majlis Perkahwinan anak lelakinya dianggap sebagai murah...

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mendakwa kos makanan untuk perkahwinan anak lelaki sulungnya berjumlah RM600,000 untuk 180,000 orang tetamu.

Dipetik daripada The Malay Mail Online, beliau mengatakan 30 tukang masak yang menyediakan nasi beriani campur diupah untuk setiap 2000 hadirin untuk 60,000 orang dengan harga RM10 satu kepala menjadikan kos keseluruhan berjumlah RM600,000 dengan setiap hidangan yang boleh menjamu tiga orang.

Dalam kenyataan kepada The Malay Mail, naib presiden Umno itu mengatakan Lim Kit Siang yang menuduh beliau membelanjakan RM13 juta untuk majlis perkahwinan tersebut, “mungkin tidak pernah berpeluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Melayu dengan masakan ala kampung.

Isu RCI Sabah: Kerajaan berani berdepan rakyat - Hishammuddin

Dozens Killed in Syria Blasts

(Part 1/4) Tan Sri Khalid Ibrahim: Menteri Besar Selangor

Kelantan berhak batal perjanjian dengan Petronas

Kawan TEPUK Bahu Sebab Solat SUNAT - Ustaz Azhar Idrus

INZAL (Keluar Mani) Ketika Tidur - Ustaz Azhar Idrus

JARAK Tiupan Sangkakala - Ustaz Azhar Idrus

Tabung SUMBANGAN Dijadikan HADIAH Pertandingan - Ustaz Azhar Idrus

Cara TEGUR Imam Salah KIBLAT - Ustaz Azhar Idrus

Graduan penjara

Pihak berkuasa banteras penjualan DVD lucah

Red-clad Kelantanese in Putrajaya for oil royalty ruling

Kg Railway: Declare as heritage site say descendants

M.J. Akbar: Tinderbox - The Past and Future of Pakistan

LAPORAN KHAS : Bonus Selangorku

Isu Rapid : Salahudddin Ayub Gesa Dialog Bersama MB Johor

Anwar invites lawyers for Suaram and DCNS to Dewan

Sidang khas DUN S'gor bincang 3 isu penting

Agenda Wanita Malaysia

MB : SPRM Di Alu-alukan Siasat Isu Pembelian Kompaktor Sampah

Royalti: Kelantan dibenar rayu ke Mahkamah Persekutuan

RM200 smartphone rebate. What do they have to say?

'Archaic law' stops MACC action against 'rich leader'

Pakatan's mammoth rally to demand clean, fair polls

Ikhlas now stalks foreign traders with 'fake Mykad'

Royalti Kelantan: Mahkamah benar timbul persoalan undang-undang

Surat Cinta Anwar Ibrahim Kepada Dr Wan Azizah

Hisham wants appeal on Malaysiakini decision

Khalid Ibrahim - Pencapaian Kerajaan Selangor

No support for cabbie protest

Yesterday's taxi driver protest failed to garner public sympathy. Their poor reputation may be the reason.

KUALA LUMPUR: If there was one thing that yesterday’s cabbie protest failed to achieve, it was roping in the public for support.
Their five-hour demonstration on Jalan Bukit Bintang yesterday did not seem to win many Malaysians over to their side.
A glance at FMT’s comments section showed that KL cabbies had a poor reputation as the city’s ferrymen, earning them little sympathy in the process.
“I have little or no sympathy for these taxi drivers,” said Facebook user Hazri Haili.
“I know life is hard as a taxi driver, but the majority of you at Bukit Bintang are the ones that rip me and tourists off. Tough luck.”
Users were also critical of the cabbies’ opposition towards the free-to-ride GO-KL bus service, which was recently set up on two routes in the city.
One user, James Ak Sakai, said: “Sorry, I have no sympathy with the budget cabbies especially. Last time, they asked for a hike on the taxi fare with the promise of using the meter, but what happened after that?”
Another, Ryan Shanker Rajasekar, said: “GO-KL is better, because they’re not going to rip-off customers. Drivers not only want to cut the throats of tourists but also the locals.
“They can protest all they want. All I can say is they deserve it and please maintain the GO-KL bus service.”
Other users also praised the Land Public Transport Commission (SPAD) for coming down hard on errant cabbies in recent months.
A Facebook user, Choo Eng Hong was one of them: “They charge hefty prices according to their whim and fancies… I may agree to some of their issues. However, I support SPAD in taking action against them…”

‘This is very bad’

Though supportive of taxi drivers, Malaysian Association of Tour and Travel (MATTA) president Mohd Khalid Harun appeared at wits’ end with them.
He said he did not know why cabbies would protest against the GO-KL service, adding that it was a benefit for everyone in KL.


ANWAR to meet Scorpenes lawyers today: TRIAL ESCALATES as 1st subpoena served

ANWAR to meet Scorpenes lawyers today: TRIAL ESCALATES as 1st subpoena servedOpposition Leader Anwar Ibrahim is in Paris and will meet the lawyers acting for both SUARAM and DCNS in the Scorpenes corruption trial. He is due to formally invite them to come to Malaysia and brief Parliament on the latest status of the case.
"Anwar flew off last night to Paris to attend a seminar. While he is there, he will also meet the lawyers from both sides of the case and ask them to update us all on the latest progress. Yes, he will formally present them with a letter of invitation," PKR vice president Tian Chua told Malaysia Chronicle.
"We hope Prime Minister Najib Razak will take note that the Scorpenes deal involves RM7.3 billion of the public's money and is of great concern to the whole nation. We would advise him not to deport the lawyers should they accept the invitation from the Leader of the Malaysian Opposition. If Najib is foolish enough to do that, it would be most disgraceful and straightaway tell the world that he and UMNO have got a terrible secret they are desperate to hide from everyone."
Anwar is expected to issue a press statement or may hold a media conference on his meeting with the lawyers later on Wednesday.
Major breakthrough: 1st subpoena served!

Sidang khas DUN untuk bentang kertas putih Talam



 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri memohon perkenan Sultan Selangor ke atas cadangan untuk membentangkan kaedah kutipan hutang daripada Talam Corporation dalam satu sidang khas DUN.Katanya, kerajaan juga memohon perkenan baginda untuk membentangkan hasil pelaksanaan kempen "Selangorku Bersih" dan isu penyusunan semula industri perkhidmatan air dalam sidang khas itu.

NONEKhalid berkata Sultan Selangor bagaimanapun masih belum memberi kata putus ke atas cadangan yang dikemukakan dalam satu pertemuan pagi ini.

Sekiranya hasrat tersebut mendapat perkenan Tuanku Sultan, beliau menjangkakan sidang khas ini akan diadakan pada dua hingga tiga minggu akan datang, katanya.
"Sidang khas berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri membentangkan ketiga-tiga isu secara lebih terperinci di samping memberi peluang kepada rakyat Selangor mendapat maklumat tentang isu ini dengan jelas dan tepat," katanya.

Menurutnya kertas putih berhubung kaedah terperinci kerajaan negeri mengutip hutang Talam berjumlah RM392 juta telah disiapkan dan mesyuarat kerajaan negeri telah meluluskannya.

Katanya, kertas putih tersebut akan diserahkan kepada pejabat DUN pada Isnin depan.
'Bentang semua surat'

Scorpene : Anwar Jemput 2 Peguam Perancis Ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 OKT – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjemput dua orang peguam Perancis yang bertindak bagi pihak NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di dalam sidang pendengaran berhubung kes Scorpene untuk memberi taklimat kepada semua MP Pakatan Rakyat.
MP Subang, R. Sivarasa berkata Anwar telah berangkat ke Paris pada Selasa (semalam) untuk menyerahkan surat jemputan kepada William Bourdon dan Joseph Breham.
“Surat jemputan adalah dari pihak ketua pembangkang kepada kedua-dua peguam tersebut untuk menghadiri satu taklimat yang akan dikendalikan bagi semua ahli parlimen,” kata Sivarasa semasa sidang media di lobi parlimen.
Sivarasa berkata, taklimat berkenaan telah dijadualkan untuk berlangsung semasa sidang parlimen kali ini yang akan berakhir pada Nov 27.

Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka......ingat k'jaan nenek moyang dia eh..???



Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

NONEMahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat
PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.

OKU impikan Malaysia baru di bawah Pakatan

KOTA BHARU: Biar pun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diterajui Datuk Seri Najib Razak, malangnya lebih 361,000 golongan kelainan upaya (OKU) masih lagi terpinggir.

Ini kerana kementerian itu hanya diberikan peruntukan sejumlah RM1.65 bilion iaitu 3.39 peratus daripada RM49.7 bilion perbelanjaan pembangunan dalam bajet 2013.

Dan daripada jumlah peruntukan tersebut dipecah pula kepada lima agensi iaitu Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Selain itu Institut Sosial Malaysia dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW).

OKU pula diletak di bawah JKM yang turut bertanggungjawab menjaga kebajikan ibu tunggal, warga emas, orang-orang miskin dan pelbagai lagi.

Jamaluddin Jarjis terima elaun MP tertinggi RM 27,227.20 sebulan..!!

Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR:  Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis disenarai sebagai Ahli Parlimen yang menerima elaun paling tinggi iaitu sebanyak RM27,227.20 sebulan.
Ahli Parlimen Rompin itu menerima jumlah elaun bulanan selaras dengan tugasnya sebagai Duta Khas Amerika Syarikat di bawah Pejabat Perdana Menteri.
Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai senarai agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Suruhanjaya, Perbadanan dan Lembaga yang melibatkan Ahli Parlimen atau bekas Ahli Parlimen serta jawatan dan elaun yang dibayar.
Dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah Fong Po Kuan, Nazri berkata sebanyak 16 orang serta bekas Ahli Parlimen terlibat sebagai angota agensi kerajaan, GLC, Suruhanjaya, Perbadanan, dan Lembaga dalam pelbagai kapasiti di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Jamaluddin bagaimanapun menurut Nazri tidak menerima sebarang elaun dengan menjadi Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Berhad.

PR's RM4.5bil budget for women: 10 times more than Umno-BN's "miserly" plans - Azizah

PR's RM4.5bil budget for women: 10 times more than Umno-BN's "miserly" plans - AzizahWomen’s issues are wide and varied. Women make up half of the population, and yet we are under-represented in the workforce and in politics. I speak as one who was a working woman, an eye doctor in government hospitals for 15 years while juggling further studies and motherhood. I also speak as a muslimah and a mother of 6 children.
Thankfully all my children were blessed with the opportunity for higher education and they are leading happy and productive lives now, despite the dark days when their father was jailed. I also speak as a grandmother of three grandchildren.
Today, I also address all of you, as a politician. Thus, it is with this wide and varied experience and understanding that I wish to discuss with you, the key matter of women’s issues.
7 key thrusts

Kabinet bayangan: PR mahu ambil sikap realistik?

ANALISIS - Sama ada mengelak atau mahu terus merahsiakan strategi mereka untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Pakatan Rakyat hakikatnya tidak dapat menafikan “tempat duduk” pimpinan kanan mereka di Putrajaya sudah dibincangkan di peringkat tertinggi.
‘Pandangan peribadi’ Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei misalnya bersabit 20 pimpinan kanan dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpotensi bakal dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, menunjukkan bahawa nama-nama tertentu sudah dikenal pasti.
Tambah meyakinkan, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sendiri memberitahu Sinar Harian, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin meninggalkan negeri yang ditadbirnya selama sepenggal ini sekiranya PR berjaya menakluk Putrajaya pada PRU13.

Tee Yong Silap Baca Belanjawan Pakatan Rakyat 2013

SHAH ALAM, 3 OKT : Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat memperuntukkan sebanyak RM 4 bilion bagi peruntukan kenaikan gaji kakitangan Kerajaan dan bukannya RM5.1 bilion seperti yang didakwa Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong.
Tee Yong dalam semalam menuduh Pakatan akan membelanjakan sebanyak RM 2.4 bilion bagi kenaikan gaji guru, RM 2 bilion bagi kenaikan gaji kakitangan awam serta RM 754 juta bagi kenaikan gaji polis di dalam Belanjawan Pakatan 2013.
Jawatankuasa Dasar dan Manefesto Pakatan yang bertanggungjawab menyediakan Belanjawan itu berkata, Tee Yong tidak membaca sepenuhnya keseluruhan dokumen tersebut.
“Pendekatan yang diambil Pakatan adalah mengekalkan anggota polis sedia ada tanpa pengambilan baru.
Ini berbeza dengan cara Umno-BN yang ingin meningkatkan pengambilan baru sehingga 30 peratus menjelang 2015 yang sudah tentu akan meningkatkan tanggungan gaji,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Warga Asing Dapat MyKad Dalam Masa Tiga Bulan

KUALA LUMPUR 3 OKT : Kementerian Dalam Negeri diminta memberi penjelasan bagaimana warga asing boleh mendapat MyKad dalam masa tiga bulan sedangkan beribu rakyat Malaysia dari komuniti India terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk mendapat kerakyatan.
Gerakan Jingga 13 hari ini mendedahkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran mendakwa menyaksikan sendiri ramai warga asing di daerah Keningau, Sabah diberikan Mykad hanya dalam tempoh tiga bulan.
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa menegaskan, perkara ini perlu diselesaikan kerana melibatkan kedaulatan negara.
“Kita menuntut penjelasan Datuk Hishamuddin (Hussein) bagaimana warga asing boleh mendapatkan kad pengenalan dengan cukup mudah dalam tempoh tiga bulan.

Pergerakan hak wanita tak perlu di M’sia, Najib perlekeh wanita

KUALA LUMPUR 3 Oktober: Wanita Pakatan Rakyat membidas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Najib Razak kerana memperlekeh peranan wanita dalam pembangunan negara.
Ini berikutan Najib dalam ucapannya sempena Hari Wanita Kebangsaan 2012 semalam mengatakan pergerakan menuntut hak wanita adalah tidak perlu kerana wanita telah diberikan hak mereka sejak kemerdekaan lagi.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, Perdana Menteri itu meremeh dan menghina golongan wanita kerana cuba membandingkan golongan itu dengan negara luar.
“Najib memperlekehkan wanita sedangkan kita berada di tahap pemberdayaan wanita dan mengarus perdanakan peranan wanita.

Separuh peruntukan Bajet 2013 hasil Petronas

KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kepada umum sebahagian besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2013 adalah dipungut daripada hasil petroleum.

Jumlah tersebut merangkumi 45 peratus atau kira-kira RM96 daripada jumlah keseluruhan Bajet 2013.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, manakala jumlah tunggakan royalti yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan sekarang meningkat kepada RM10.4 bilion.

“Tanpa segan silu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan belanjawan 2013 kononnya berjiwa rakyat.

“Sedangkan hasil yang dikutip daripada Petronas meningkat begitu banyak sekali berbanding sebanyak RM22 bilion (20 peratus) pada 2002,” katanya di sini semalam.

Ikhlas: 50% peniaga asing ada MyKad, Pasport palsu...termasuk jadi pengundi SAH SPR....!!!


ahli persatuan Ikhlas
Ridzuan (tengah) bersama ahli persatuan Ikhlas yang lain menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Travers, Bangsar, di ibu negara semalam.
 
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon.
Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.

Guan Eng: Kedai 1M'sia juga jual emas permata?



 
DAP mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk tambahan 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak kerana nilainya terlalu tinggi selain boleh menyebabkan peruncit tempatan gulung tikar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, peruntukan yang secara puratanya RM6.7 juta itu 15 kali ganda lebih tinggi daripada di semenanjung yang hanya RM470,000 kos sebuah kedai.
"Bolehkah BN menjustifikasikan perbelanjaan RM6.7 juta hanya untuk menubuhkan sebuah kedai KR1M yang menjual barangan keperluan asas seperti gula, beras dan garam?

"Atau kedai-kedai KR1M juga menjual barang-barang mewah seperti beg tangan berjenama, emas dan permata berlian?" soalnya sinis.

Lim berkata (atas), Najib sebelum ini mengumumkan pembinaan 85 kedai KR1M di Semenanjung Malaysia dengan peruntukkan berjumlah RM40 juta.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim mendakwa, peruntukan itu mungkin akan memberi manfaat kepada syarikat Mydin yang memperoleh kontrak untuk mengendalikan kedai itu dan boleh memberikan kesan negatif kepada peruncit tempatan.

Dalam belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu, menteri kewangan berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM386 juta bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan seragam.

Ia akan dilakukan dengan membuka sebanyak 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari semenanjung ke negeri itu, termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman.

Katanya, secara umumnya harga barangan keperluan di tempat itu lebih mahal berbanding semenanjung disebabkan kos penghantaran dan pengagihan yang lebih tinggi.

Lensa : Himpunan ' ROYALTI KELANTAN ' Di Istana Kehakiman Putrajaya




Bajet 2013, BR1M 2.0, siswa dianak tirikan?


"Apakah mereka yang bekerja dengan gaji RM1,500 sebulan menjadi pelajar separuh masa di IPT juga tidak layak menerima BR1M 2.0?

Sedangkan mereka juga adalah pekerja yang menyumbang kepada pembangunan negara dan juga pengajian tinggi negara?

Siswa tidak termasuk kategori penerima BR1M 2.0

1 Okt. 2012 - Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.

Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.

GST berselindung disebalik Bajet 2013?


KUALA LUMPUR: Kerajaan BN jelas tidak ikhlas dalam pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), malah kelihatan seperti menggunakan tipu helah untuk mengaburkan pelaksanaan ini dalam Bajet 2013 yang dibentang minggu lalu.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan jelas ingin meyakinkan sektor kewangan bahawa kerajaan persekutuan mampu untuk meneruskan pentadbiran biarpun dipenuhi ketirisan dan budaya rasuah serta kronisme.

Himpunan mega Kebangkitan Rakyat 3 November di Bukit Jalil


KUALA LUMPUR 3 OKTOBER: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan sebuah himpunan yang dinamakan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal mengambil di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November 2012, bermula pada jam 4 petang dan berakhir pada 12 tengah malam
Perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat serta barisan NGO ini bertujuan mendesak kerajaan melalui SPR membersihkan senarai pemilih pilihanraya sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.
Membuat pengumuman tersebut, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bersama Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke, Naib Presiden PKR Tian Chua dan wakil NGO Jingga 13, Fariz Musa berkata, himpunan ini dibuat kerana lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir tidak dihiraukan langsung.
“Himpunan kali ini kita akan memberi fokus kepada dua perkara pokok iaitu mengenai daftar pemilih dan berkaitan kebebasan media.”
Katanya, perkara ini telah berterusan walaupun rakyat Malaysia telah turun ke jalan raya semasa perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Belanjawan biliob-bilion, barang kat hospital pun tak dak

Oleh Penarik Beca
Orang banyak bercakap fasal Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. saya nak cakap apa? saya bukan reti ekonomi.

Yang saya teringat dua perkara yang saya dengar cerita. Pertama, cerita guru-guru di sekolah. Depa kena pakai duit sendiri untuk tugas-tugas rasmi. 


Nak fotostat, nak beli alat bantu mengajar dan sebagainya. saya cerita takat saya dengar ja. Nak tau lebih lanjut tanya depa la.

Kedua, baru-baru ni, seorang kawan saya masuk Hospital Selayang. Sekali tu, dia dengar doktor-doktor termasuk doktor pakar merungut di depan dia: "Orang tak tau masalah kami. Barang tak ada. Barang tak ada sebab peruntukan tak ada. Dah lama dah macam ni".

Najib, ko meh sini kejap.

Najib aku dengar ko cakap ko mendengar luahan dan masalah rakyat berkenaan kos sara hidup. Yang cakap kat aku neh pun bukan calang2 orang. Tapi calang2 mesin. Nama dia lrt. Berikut bukti dia cakap begitu kat aku ;
Baru2 neh anak sedara ko ada like fanpage amenoworld. Dia marah aku sound2 ko walaupun aku rileks jek sound2 ko. Aku ada pesan kat dia suruh ko like fp amenoworld. Aku harap ko dah berbuat demikian. Bukan apa, pembangkang sekalipun dia masih rakyat. Walaupun aku tak sokong bien tapi aku masih rakyat dan kebajikan aku dalam masyarakat tetap dalam tanggungan ko. 

Baru2 neh kita seme tahu bahawa ko naikkan gula sebab diabetes. Ko cakap pesakit diabetes dah bertambah. Bahkan pengakuan ko di parlimen ada menyebut atas nasihat dan persetujuan persatuan perubatan ke apa menyokong kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen. Walaupun ko tak la sebut gula naik 2osen dan ko hanya sebut subsidi kurang 20sen bagi sepeket gula.


Ubah perkataan dan ayat ketika menyampai sesuatu perkara yang kurang baik bagi membentuk persepsi nampaknya tak berhasil. Ia hanya lah menampakkan ko bodoh piang dan memalukan diri sendiri. Majoriti berfikir begitu walaupun mungkin totok umno sanggup menipu ahti dan diri mereka sendiri. 


Lihat sendiri kenyataan ko kat bawah neh najib ;

Pakatan himpun di stadium Bukit Jalil teruskan tuntutan Bersih


Mohamad Sabu KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Umat di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 3 November bagi menyatakan pendirian berkenaan dengan lapan tuntutan Bersih 2.0.
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, perhimpunan besar-besaran ini dibuat bagi meneruskan tuntutan lapan perkara tuntutan Bersih 2.0, yang tidak mendapat maklum balas kerajaan dan semakin dilupai.
"PR memutuskan untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil iaitu tempat yang Perdana Menteri sarankan untuk mana-mana pihak yang ingin membuat perhimpunan, perlu buat himpunan di sana.
"Kami membuat himpunan ini kerana kami dapati lapan perkara yang dituntut Bersih tidak dihiraukan, terutama daftar pemilih yang bersih dan media yang lansung tidak berubah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, di sini.

Bajet Desperado 2013

Dr. Rosli Yaakop,
Bajet desperado! Bajet desperado! Itulah impresi pertama penganalis setelah mendengar ucapan bajet 2 jam lebih di corong radio pada petang Jumaat, 28 September 2012. Di dalam artikel prabajet bertajuk ”Bajet 2013 Pastinya Bajet Pilihan Raya” yang disiarkan di dalam Harakahdaily, 25 September 2012, penganalis menyebut:
Perancangan awal  kerajaaan UMNO-BN ialah untuk mengadakan PRU13 sebaik-baik sahaja bajet 2012 dibentangkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Ianya ditunda kerana kerajaan tidak yakin ia boleh mancapai sasaran yang ditentukan, iaitu, menang besar (mengembalikan majoriti dua pertiga di dalam parlimen) sekiranya PRU13 diadakan se awal bulan November atau Disember 2011. Selepas itu, laporan perisikan (dari Cawangan Khas Polis, Perisikan Tentera dan Laporan KEMAS) yang diterima oleh Perdana Menteri secara berkala terus menerus menunjuk ke arah UNMO-BN akan hilang kuasa “jika PRU13 diadakan sekarang” menyebabkan Perdana Menteri merasa gentar untuk menetapkan tarikh piliharaya. Laporan perisikan yang menunjukkan bahawa UNMO-BN bakal menepuh laluan yang semakin sukar untuk mempertahankan kuasa apatah lagi untuk mencapai sasaran mengembalikan majoriti dua pertiga menyebabkan PRU13 sudah tertangguh hampir setahun. Berdepan dengan suasana yang genting ini, kerajaan UMNO-BN tiada jalan lain kecuali menggunakan sepenuhnya bajet 2013 sebagai alat untuk membeli undi. Oleh itu, bajet 2013 adalah adik kembar kepada bajet 2012. Wajah mereka serupa, iaitu, wajah bajet pilihan raya. Tawaran-tawaran yang terkandung dalam bajet 2012 bakal diulang dalam bajet 2013, malah, dimaniskan lagi merangkumi kesemua segmen pengundi.  Fokusnya ialah untuk membeli undi, bukan menjana pertumbuhan ekonomi yang lestari.”.

TNC UTHM didakwa atas tuduhan minta suapan


Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM15,000 daripada seorang kontraktor pada Disember 2010.
  
Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad, 52, dituduh meminta suapan itu daripada Mohamad Anal Talhah, 41, sekitar Disember 2010.

Ia sebagai dorongan melakukan suatu transaksi dengan kononnya menolong Mohamad Anal mendapatkan kerja daripada Pejabat Pembangunan dan Pengurusan harta bina UTHM.
  
Abdul Aziz juga dituduh menerima wang tunai berkenaan daripada Mohamad Anal, bagi dorongan sama yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, di Bank Muamalat, Cawangan UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, pada 28 Januari 2011.
  
Kedua-dua pertuduhan terbabit dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Akta lapuk SPRM bebaskan ‘jerung besar’

Naib Presiden PAS berkata, terdapat kelemahan dalam Seksyen 23 dan 50 Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang menyukarkan SPRM menjalankan pendakwaan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menyarankan satu suruhanjaya ditubuhkan bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes rasuah khususnya yang melibatkan kes berprofil tinggi.
Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat kelemahan dalam Seksyen 23 dan 50 Akta Pencegahan Rasuah 2009 yang menyukarkan SPRM menjalankan pendakwaan.
Akta tersebut menyentuh undang-undang yang membabitkan pengakuan saksi semasa soal siasat, namun tidak boleh diterima pakai dalam pendakwaan mahkamah.
“Ini menyebabkan beberapa kes yang membabitkan tokoh ternama dan individu tertentu tidak dapat dituduh di mahkamah kerana kekurangan bukti walaupun mereka mengakui terlibat dalam perbuatan rasuah.
“Setiap pendakwaan dalam mahkamah perlu mempunyai bukti, walaupun pengakuan dibuat, ini memberikan kesukaran kepada SPRM,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

Sabah BN struggling to regain initiative

As an opposition candidate, defector Wilfred Bumburing will have the support of two former Tuaran MPs to woo voters making him a formidable candidate.
KOTA KINABALU: If there was one thing that MP Wilfred Bumburing did for the ruling Barisan Nasional coalition when he defected to the opposition in July, it was to force the disparate  BN branch in Tuaran to unite.
With the opposition in the state, seen by the BN as their ‘fixed deposit’, gaining ground,  the parliamentary constituency of Tuaran has always been shaky as could be seen by the surge in support for the opposition in the last election.
There has always been a fear within the ruling coalition that the defection of top Sabah BN leaders to the opposition would have a domino effect around the state.
The exit in quick succession from the BN by MPs from Tuaran (Bumburing) and Beaufort (Lajim Ukin) as well as a Senator (Maijol Mahap) and a host of senior political leaders once aligned to Sabah Umno has caused the once mighty coalition to pause.

YOU'RE BEHIND TIMES, Eli tells Najib: Step down as Women's minister!

YOU'RE BEHIND TIMES, Eli tells Najib: Step down as Women's minister!It is hard to understand why Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would choose an occassion such as National Women's Day to insult Malaysian women and our efforts to achieve equality.
Najib, who is also Women, Family and Community Development Minister, was quoted as saying there is "no need for a women's rights movement in Malaysia." According to him, equality has already been given from the start.
Najib further revealed just how out of touch he is with the lives ordinary Malaysians, especially women when he used the example of an elite golf club in the United States that restricts women membership. Women in Malaysia, he says, are free to join any club.
What he fails to understand is the struggle for gender equality is not about gaining admission to elite country clubs. Instead, generations of Malaysian women have been struggling to address the lack of women in decision-making positions, such as Parliament, State Assemblies, corporate boardrooms and the civil service.
We have been fighting to ensure women receive equal pay as our male counterparts. We have been demanding for women to be treated by society with respect and dignity.

Himpit, PAS Ganti Umno 5.0 pada 5-6 Okt di Jabi


SETIU: PAS Terengganu akan menyuntik semangat anak-anak muda di negeri ini melalui dua program serentak iaitu Himpunan Pemuda Pemudi & Muslimat Terengganu (Himpit) dan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 5.0 di Pekan Jabi pada 5 dan 6 Oktober ini.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah (gambar) berkata sasaran utama PGU 5.0 kali ini adalah golongan muda-mudi yang menjadi penentu kemenangan parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Katanya, di Terengganu kuasa pengundi muda sangat besar hingga 40 peratus yang boleh menjadi undi penentu mana-mana parti bertanding kelak.

“Pada himpunan PGU 5.0 kali ini, kita cuba sasarkan kepada anak-anak muda lelaki dan perempuan. Golongan ini sangat besar di Terengganu hingga 40 peratus dari jumlah pengundi.

SOALAN-SOALAN YANG MESTI DIJAWAB OLEH SETIAP PENGUNDI YANG BAKAL MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI


1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Dan soalan cepuemas
Siapakah bela lembu dalam kondo?

A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat
 

Presiden ANAK tidak gentar ugutan Azalina

Ahli Parlimen Pengerang telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji ucapan Mazlan dan membuat tuntuan agar beliau meminta maaf dalam masa tedekat.

PETALING JAYA: Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman tidak gentar dengan ugutan Datuk Seri Azalina Othman yang dikatakan mahu menyaman beliau kerana menuduh bekas menteri itu terlibat dalam kelulusan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor.
Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang telah mengarahkan peguamnya untuk mengkaji ucapan Mazlan dan membuat tuntuan agar beliau meminta maaf dalam masa tedekat.
“Beliau (Azalina) nak saman saya berjuta ringgit gamaknya. Sebagai seorang Muslim yang terlibat dengan perjuangan rakyat, saya tidak gentar dengan ugutan beliau.
“Saya sentiasa yakin dengan pertolongan Allah. Ribuan di Dataran Sungai Rengit mendengar ucapan saya. Ianya disebar dalam youtube, tv alternatif dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Mazlan turut mempersoalkan apakah peranan Azalina sebagai seorang ahli parlimen yang mewakili penduduk Pengerang, dalam memelihara kepentingan penduduk.
“Mengapa projek RAPID tidak dibuat di lokasi pemindahan penduduk berdekatan kampung Datuk Seri Abdul Ghani Othman?

Pemuda Pas: Budayakan kempen politik sihat

PENGANALISIS politik, Dr Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisatif Dasar (CPI) memberikan pandangannya bahawa kempen politik yang memburukkan lawan menjadikan pengundi merasa muak dan jijik serta menyebabkan parti terbabit kehilangan sokongan dalam pilihan raya.
Beliau menjelaskan pengundi akan menumpukan kepada isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada mereka seperti rasuah, pendidikan dan ekonomi apabila membuat keputusan, dan bukannya kempen memburuk-burukkan lawan.
Seorang lagi pengalisisis politik, Dr Faizal Hazis juga berkongsi pandangan yang sama. Pandangan beliau adalah pengundi atas pagar mahu melihat penyelesaian konkrit kepada isu-isu penting bagi mereka dan politik Malaysia harus dibentuk oleh idea-idea dan perbahasan dan bukannya kempen negatif yang tidak sihat.
Pandangan kedua pengalisis ini amat baik dan perlu diberi perhatian penting. Sebenarnya kempen negatif telah merwarnai politik negara sudah terlalu lama. Budaya memburukkan pemimpin tertentu melalui media utama adalah strategi paling ampuh yang digunakan bagi menjatuhkan lawan politik mereka. Sudah tentu, yang sering menjadi mangsa sejak dahulu sehingga sekarang adalah pembangkang (Pakatan Rakyat).

Belanjawan Pakatan : Suami carum untuk isteri buat wanita rasa lebih dihargai

KUALA LUMPUR 3 Oktober: Golongan wanita lebih dihargai dan dibela jika suami mereka mencarum dengan kadar minimum RM120 menerusi skim Caruman Wanita Nasional seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013.
Naib Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, sebagai kerajaan prihatin, Pakatan mahu peranan dan pengorbanan wanita diiktiraf.
“Golongan wanita adalah pekerja yang tidak dibayar gajinya, terutama suri rumah, mereka bekerja dari pagi hingga malam.
“Dengan adanya caruman ini yang lebih memfokuskan kepada suri rumah, bermakna pengorbanan mereka melahirkan individu berkualiti sebagai aset pembangunan negara diiktiraf,” katanya ketika dihubungi.
Selain melahir dan membesarkan anak, malah golongan itu sanggup berkorban demi keluarga sehingga ada yang terpaksa berhenti kerja.
“Ada yang sebelum kahwin mereka bekerja, tapi selepas kahwin berhenti, jadi dengan caruman ini, mereka akan rasa lebih dihargai dan terbela.
“Bukan sahaja untuk dirinya, tapi jika perkara tidak diingini berlaku ke atas suaminya, nasib anak-anak juga terbela dengan adanya caruman tersebut,” ujar Haniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan.

Jawapan Pakatan Rakyat Kepada Chua Tee Yong


Kami merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Dato’ Chua Tee Yong yang menuduh angka-angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 adalah tidak tepat berdasarkan perkiraan ringkas beliau seperti berikut:
1.            Bentuk kenaikan gaji hasil dari dasar-dasar Pakatan Rakyat adalah kenaikan gaji guru sebanyak RM2.4 bilion (hasil dari pelaksanaan Elaun Khas Perguruan sebanyak RM500 setiap bulan bagi setiap orang guru), kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak RM2 bilion (hasil dari pelaksanaan gaji minima RM1,100 di sektor awam dan pelarasan gaji kepada semua kakitangan) dan kenaikan gaji anggota polis sebanyak RM754 juta (hasil dari cadangan untuk membekukan pengambilan baru anggota polis sehingga tahun 2015).

2.      Mengikut perkiraan beliau, jumlah kesemua kenaikan gaji ini sebanyak RM5.1 bilion tidak selari dengan angka di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 yang menunjukkan pertambahan gaji sebanyak hanya sebanyak RM4 bilion.

Berdasarkan perkiraan mudah itu, beliau menuduh Belanjawan Pakatan Rakyat mengandungi angka-angka yang menipu dan hasil dari penyelidikan yang kucar-kacir.

Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dokumen-dokumen rasmi termasuklah Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 ada mengambil kira semua perkara ini dalam menentukan angka-angka yang digunapakai.

SPRM buka 6 kertas siasatan ke atas 'ketua negeri'

Seorang anggota panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Salahudin Ayub berkata suruhanjaya itu sebelum ini membuka sebanyak enam kertas siasatan ke atas seorang "ketua negeri" berhubung dakwaan rasuah.
NONENamun, pendakwaan terhadap "tokoh popular dan memiliki harta yang banyak" itu tidak dapat dibuat kerana kelemahan peruntukan undang-undang bawah Akta SPRM 2009, kata MP PAS itu tanpa menamakan individu tersebut.

MP Kubang Kerian itu berkata, kelemahan dalam peruntukan berhubung pengakuan dan beban pembuktian berkaitan kes rasuah perlu diteliti semula melalui satu suruhanjaya pembaharuan undang-undang yang perlu segera ditubuhkan.

"Sebab itu SPRM mencadangkan kepada (panel khas SPRM) untuk membawa (cadangan ini) ke parlimen, supaya diadakan pembaharuan kepada undang-undang ini," kata naib presiden PAS itu lagi dalam satu sidang media di banguna Parlimen hari ini.
Jelasnya, kelemahan itu melibatkan peruntukan dalam Seksyen 23 dan Seksyen 50 Akta SPRM 2009.